Isnin, 3 Februari 2014

Utusan Online - Agrobiz

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Agrobiz


Ternak belangkas elak pupus

Posted: 03 Feb 2014 06:40 AM PST

NAMUN, setelah melihat hasil tangkapan semakin berkurangan berbanding 30 tahun dahulu timbul kesedaran dalam diri Ahmad agar taburan haiwan laut tersebut perlu dipertingkatkan.

"Sebelum ini sebagai nelayan belangkas kami hanya menangkap haiwan ini untuk dijual namun sejak akhir-akhir ini belangkas semakin berkurangan.

"Hasil daripada jualan juga semakin hari semakin merosot kerana sejak dari dahulu saya sendiri tidak pernah terfikir untuk memulihara belangkas agar haiwan ini dapat terus membiak dengan baik," katanya ketika ditemui dalam program Kembara Media Perikanan 2013 anjuran Jabatan Perikanan baru-baru ini.

Bagaimanapun usaha menternak belangkas bukanlah sesuatu yang mudah, banyak usaha serta kos perlu dikeluarkan.

Usaha Ahmad yang bersungguh-sungguh memulihara taburan belangkas telah mendapat perhatian pihak Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan agensi tersebut telah mengeluarkan dana sebanyak RM35,000 untuk membina bilik penetasan belangkas untuknya.

Menerusi kemudahan tersebut, Ahmad kini mampu menetaskan hampir 100,000 ekor anak belangkas setiap tahun dan dilepaskan ke laut.

Anak belangkas yang baharu menetas memiliki saiz lebih kecil daripada syiling 10 sen dan tumbesarannya amat perlahan.

Untuk mencapai saiz syiling 10 sen, belangkas memerlukan jangka masa selama dua tahun.

Di pusat penetasan miliknya, Ahmad menjaga anak belangkas tersebut sehingga berumur dua tahun sebelum dilepaskan ke laut.

Tujuannya untuk memastikan kelangsungan hidup anak belangkas berada pada tahap yang tertinggi.

Bagaimanapun Ahmad tidak berkemampuan memelihara haiwan laut tersebut sehingga dewasa berikutan kekangan kewangan dan cara yang terbaik adalah melepaskan anak-anak belangkas kembali ke laut.

Pada masa yang sama Ahmad tetap meneruskan tangkapan belangkas untuk dieksport ke negara jiran, Thailand.

Akui Ahmad, usahanya menetas dan melepaskan kembali anak belangkas ke laut berbaloi apabila hasil tangkapan kini semakin meningkat.

"Jika kena pada musimnya iaitu pada bulan November sehingga Februari, hasil tangkapan mampu mencecah 1,000 ekor sebulan.

"Malah di Johor dan Melaka pernah dicatatkan hasil tangkapan mencecah lima hingga enam ribu ekor sebulan," katanya.

Ujar Ahmad, belangkas kebiasaannya mengambil masa hampir 15 tahun untuk matang, namun bagi belangkas betina apabila menginjak usia ke sembilan tahun, haiwan marin tersebut mula menghasilkan telur untuk disenyawa.

Saiz belangkas dewasa tidak menentu namun boleh dikategorikan antara berat 700 gram (g) sehingga satu kilogram (g) seekor.

Kini menerusi usaha tersebut, belangkas mampu membiak dengan lebih baik namun berapa ramaikah nelayan yang sanggup untuk melaksanakan usaha seperti Ahmad di negara ini dalam menyelamatkan haiwan prasejarah tersebut daripada diancam kepupusan.

Belangkas merupakan haiwan bercengkerang dan hidup di kawasan berair tetapi dalam keadaan tertentu, akan naik ke darat untuk tujuan bertelur.

Kuasa penyubur tanaman

Posted: 03 Feb 2014 06:40 AM PST

Oleh ASHRIQ FAHMY AHMAD
agro@utusan.com.my

Tony Peng (empat dari kanan) menunjukan contoh baja yang dihasilkan sambil diperhatikan oleh kakitangan syarikatnya.

BAJA yang dihasilkan daripada 100 peratus bahan kimia mungkin memberikan kesan yang negatif terhadap tumbuhan mahupun pengguna.

Biarpun baja jenis itu lebih mudah untuk dihasilkan serta murah, namun kesan negatif yang akan ditanggung menyebabkan kebanyakan daripada kita akan berfikir dua kali untuk membeli produk pertanian yang menggunakan baja tersebut.

Bagi mengelakkan masalah tersebut, All Cosmos Industries Sdn. Bhd. tampil memperkenalkan baja biokimia untuk penyelesaian masalah pertumbuhan tanaman.

Menggunakan jenama RealStrong, syarikat tersebut memanfatakan teknologi yang diadaptasi dari Taiwan bagi menghasilkan baja khas untuk kegunaan ladang kelapa sawit, getah, padi, buah-buahan serta bunga-bungaan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Tony Peng, syarikat itu ditubuhkan pada tahun 1999 di negara ini bagi memasarkan produk serta melaksanakan kajian serta perkembangan (R&D) agar produk yang dihasilkan sesuai dengan keadaan cuaca di negara ini.

Ujarnya, selain Malaysia, pihaknya juga memiliki kemudahan penyelidikan dan pembangunan (R&D) di Taiwan, China Amerika Syarikat dan Vietnam.

"Di sini kami menggunakan teknologi bio untuk menghasilkan baja biokimia.

"Penggunaan teknologi tersebut adalah untuk mengurangkan kadar bahan kimia di dalam baja, menaikan keberkesanan serta memperbaiki fungsnya," katanya ketika di temui di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), Kuala Lumpur baru-baru ini.

Jelas Tony, penggunaan teknologi bio dalam pengasilan baja bukan sahaja dapat mengurangkan kos pengeluaran, malah turut menambah keberkesanan fungsi baja dalam menyuburkan tanah, membantu tumbesaran produk pertanian dengan lebih pantas dan pelbagai lagi.

"Menerusi penggunaan baja RealStrong, pengguna dapat menjimatkan kos pembajaan kerana baja ini hanya perlu ditabur tiga hingga empat kali sahaja setahun berbanding baja biasa iaitu enam hingga tujuh kali.

"Malah menerusi rekaan baharu iaitu, baja pintar (smart fertilizer) dapat mengurangkan serangan penyakit seperti serangan kulat Ganoderma sp. kepada tanaman kelapa sawit," katanya.

Sebagai contoh, syarikat tersebut telah menghasilkan baja baharu yang diinovasi khas untuk kegunaan tanaman kelapa sawit iaitu MPOB F4.

MPOB F4 merupakan baja bio kimia hasil kerjasama All Cosmos Sdn. Bhd. dengan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) yang mana memiliki nutrien kimia yang seimbang , dilitupi oleh bahan organik berasaskan tumbuhan dan organisma mikro.

Baja tersebut juga merupakan kombinasi baja tiga dalam satu yang lengkap serta mesra alam.

Seperti mana yang kita ketahui, kelapa sawit merupakan antara tanaman yang pesat berkembang dan sesuai dengan iklim tropika dan dikategorikan sebagai tanaman kontan negara.

Kelapa sawit memiliki pelbagai kegunaan iaitu sebagai bahan makanan, bahan asas industri dan sumber tenaga dan sehingga kini masih tiada tanaman lain dapat menggantikan fungsi serta kelebihannya.

Justeru, permintaan terhadap tanaman itu amat tinggi dan hanya beberapa negara sahaja yang memiliki kelebihan tanah serta cuaca yang sesuai untuk pertumbuhan kelapa sawit.

Malaysia memiliki ladang kelapa sawit yang besar, justeru penggunaan baja merupakan antara faktor penting dalam menentukan kestabilan hasil komoditi tersebut sekali gus memacu pertumbuhan ekonomi negara yang baik.

Apa yang terdapat dalam baja RealStrong? Baja yang dihasilkan oleh syarikat tersebut terdiri daripada bahan kimia (N, P, K, Mg, B, TE) yang digabungkan bersama bahan organik berasaskan tumbuhan dan mikrob untuk menghasil tanaman berkualiti dalam jangkamasa panjang.

Malah, mereka turut menggunakan bahan yang mengandungi organisma mikro bermanfaat (EM) yang berperanan mengikat nitrogen daripada udara dan tanah, menguraikan fosfat dan potasium serta memecahkan bahan organik kepada bentuk yang boleh diserap oleh tumbuhan (akar).

Dalam pada itu, integrasi kimia dan bahan organik dilihat dapat mempertingkatkan pH tanah sekali gus menambah kecekapan penyerapan nutrien oleh tumbuhan serta merangsan bahan tersebut yang sedia ada di dalam tanah bagi kegunaan jangka masa panjang.

Kehadiran EM dalam baja tersebut menggalakkan pertumbuhan akar, pembentukan buah dan pengeluaran pucuk baru.

Malah, hasil daripada penggunaan organik semulajadi, baja bio kimia RealStrong membantu meningkatkan nutrien serta daya pegangan air di dalam tanah serta kelebihan penyerapan nutrien seperti zink, magnesium, kalsium, dan mangan.

Dihasilkan berdasar kajian saintifik ke atas tanah dan tanaman, baja bio kimia itu juga berkesan untuk membaiki struktur tanah yang bermasalah disebabkan penggunaan baja kimia yang berlebihan dalam jangka masa lama.

Jenama RealStrong menggunakan tiga sistem sinergi seperti yang dinyatakan sebelum ini iaitu bahan kimia, bahan organik dan organisma mikro bermanfaat (EM).

Antara produk yang terdapat dalam EM yang diperkenalkan menerusi baja bio kimia RealStrong adalah lapan jenis organisma mikro yang bertindak sebagai pengikat N (Natrium) dan penguraian unsur P (Pottasium) dan K (Kalium).

Namun bagi penyakit reput pangkal batang yang disebabkan Ganoderma boninense, terdapat sejenis fungi (kulat) yang digunakan untuk mengawalnya namun masih di peringkat kajian.

Kreativiti syarikat tersebut memanfaatkan teknologi bio telah mendapat perhatian kerajaan sekali gus telah menganugerahkan status syarikat BioNexus oleh Malaysia Biotechnology Corporation (BiotechCorp).

Jelas Tony, pengiktirafan tersebut menunjukkan kerajaan peka serta menyokong sepenuhnya usaha mempertingkatkan penggunaan teknologi bio di pihak industri.

"Apa yang pihak kami harapkan adalah sokongan yang berterusan dari kerajaan serta semua pihak dalam penggunaan teknologi bio kerana teknologi ini merupakan penyelesaian terbaik terhadap penghasilan tenaga, makanan, kesihatan, alam sekitar dan pelbagai lagi," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Kota

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Penduduk mahu isu diselesai segera

Posted: 03 Feb 2014 10:33 AM PST

Oleh SOFIAN BAHAROM
kota@utusangroup.com

Sampah sarap tersangkut di tiang jambatan berhampiran pekan Kajang, Selangor didakwa berpunca daripada kegagalan pihak bertanggungjawab menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan. - UTUSAN/WAHIDIN SALIM

HULU LANGAT 3 Feb. - Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang yang didiami kira-kira 40,000 pengundi berbilang kaum tidak pernah sunyi daripada pelbagai isu berbangkit yang melibatkan kehidupan seharian penduduknya.

Antara yang menjadi keluhan utama penduduk bandar yang terkenal dengan sate itu ialah isu mengenai kesesakan, pembangunan dan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Penduduk dikatakan sudah tidak tahan lagi menempuh kesesakan yang melampau setiap hari di beberapa kawasan berdekatan dengan pusat bandarnya terutama ketika waktu puncak.

Mereka tidak nampak sebarang usaha pentadbiran Parti Keadilan Rakyat (PKR) ke arah memudahkan urusan harian penduduk di bawah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Lee Chin Cheh yang meletakkan jawatan tanpa sebarang alasan kukuh baru-baru ini.

Jalan Hishamuddin, Jalan Besar, Jalan Semenyih dan Jalan Sungai Chua yang merupakan nadi kepada laluan penduduk Kajang dilihat saban tahun bertambah sesak dan memerlukan penambahbaikan sistem laluan dan juga pelebaran.

Turut dipersoalkan penduduk ialah peranan PBT dalam menjaga kebersihan Kajang berikutan keadaan Sungai Langat yang dipenuhi sampah-sarap telah menjejaskan imej kawasan tersebut.

Permasalahan melibatkan pembangunan turut menjadi kerisauan penduduk memandangkan kawasan tersebut pernah mengalami beberapa siri banjir yang menyebabkan kerugian besar terhadap mereka sebelum ini.

Mereka jelas mahukan langkah proaktif pihak berkuasa untuk memastikan kawasan berdekatan Jalan Bukit, Jalan Reko, Jalan Semenyih, Jalan Kampung Sungai Kantan dan Jalan Sungai Jelok mempunyai mekanisme terbaik dalam mengelakkan musibah banjir seperti berlaku pada tahun 2011.

Sementara itu tinjauan Utusan Malaysia ke sekitar pekan Kajang mendapati dakwaan penduduk memang berasas.

Kesesakan lalu lintas begitu ketara terutama pada waktu puncak, selain masalah longkang tersumbat turut menjadi punca kilat sering berlaku.

Penduduk Kajang mahu pemimpin mendengar, selesai masalah

Posted: 03 Feb 2014 10:33 AM PST

Usaha penambahbaikan sistem laluan dan juga pelebaran jalan perlu dilakukan segera bagi keselesaan pengguna di Jalan Hishammudin, Kajang, Selangor.

HULU LANGAT 3 Feb. - Bersikap terbuka, mampu membawa perubahan serta prihatin kepada masalah rakyat.

Itulah antara kriteria yang ditetapkan oleh pengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang bagi memilih wakil rakyat pada hari pengundian pilihan raya kecil kawasan itu nanti.

Tinjauan Utusan Malaysia juga mendapati, penduduk juga mahukan wakil rakyat yang sentiasa turun mendengar dan menyelesaikan masalah mereka.

Seorang pesara yang hanya mahu dikenali Murad, 58, berkata, peristiwa beberapa penempatan di situ dilanda banjir melebihi satu meter kira-kira empat tahun lalu masih segar dalam ingatan.

Menurutnya, pada ketika itu berpuluh kenderaan yang diletakkan di ruang letak kereta di tepi jalan dan di dalam kompleks membeli-belah Metro Kajang juga tenggelam.

"Kami memang tidak ingin perkara sebegitu berulang. Apa yang penting, wakil rakyat yang dipilih perlu menjaga kebajikan kami.

"Kami mahukan seorang pemimpin yang mendengar kerisauan kami dan mampu menyelesaikannya.

"Kita tahu tempat ini banyak isu khususnya masyarakat Kajang tertanya-tanya sebab peletakan jawatan wakil rakyat Kajang, Lee Chin Cheh dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pula masuk, ini merisaukan kami dan kami berasa seperti teraniaya," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Selain itu menurutnya, isu kemudahan asas sering bermain di mulut masyarakat Kajang terutama melibatkan Hospital Kajang yang berusia lebih satu kurun dan kurang diberi perhatian dari segi peningkatan prasarananya.

Katanya, sudah tiba masanya hospital yang besar jasanya kepada penduduk kawasan berkenaan dinaik taraf selaras dengan perkembangan semasa terutama ketika populasi penduduk Kajang kian meningkat saban tahun.

"Hospital ini sudah lama menjadi pusat kepada keperluan kesihatan penduduk. Ramai yang menggunakan perkhidmatan hospital setiap masa dan ini perlu diberi perhatian sewajarnya daripada pihak bertanggungjawab," katanya.

Perasaan sama turut dikongsi, seorang peniaga Hashim Yunus, 65.

Katanya, dia ingin melihat Kajang berubah daripada landskap sebuah 'pekan koboi' kepada sebuah bandar yang saling melengkapi keperluan semasa masyarakat yang mendudukinya.

"Kami mahu melihat Kajang menjadi sebuah bandar yang bukan untuk penduduknya balik dan duduk sahaja. Kajang perlu membangun dan menawarkan punca pencarian sendiri kepada penduduknya. Ramai kini yang duduk di Kajang tetapi bekerja di ibu kota," katanya.

Sementara itu Mohd. Faezan Matau, 25, berkata, sebagai mewakili golongan belia di situ mereka juga inginkan perubahan terhadap kawasan tersebut.

Menurutnya, mereka mahu Kajang menjadi tumpuan golongan berkenaan memulakan kerjaya dan dalam masa sama meningkatkan ekonomi mereka.

"Itu aspirasi kami golongan belia. Apa yang kita lihat di Kajang kini perlu dimajukan dan dijadikan sebuah tempat yang dapat meningkatkan potensi kami masing-masing," katanya.

Pendapat sama turut disuarakan Fazira Shamsuri, 20.

Katanya, Kajang perlu memiliki sebuah landskap pembangunan pesat yang mesra usahawan memandangkan bidang tersebut merupakan kecenderungan golongan berkenaan.

"Kami ingin mengembangkan potensi dan berharap infrastruktur sesuai dibangunkan di kawasan ini," ujarnya.

Enam unit kedai terbakar

Posted: 03 Feb 2014 10:33 AM PST

SEPANG 3 Feb. - Enam unit kedai hangus dalam kebakaran di Jalan Besar, Sungai Pelek di sini awal pagi semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sepang, Nor Hashim Ab Wahab berkata, antara premis yang terlibat adalah kedai membaiki motosikal, menjual peralatan sembahyang, kedai runcit dan kedai membaiki alat pendingin serta peti sejuk.

Menurutnya, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu.

"Kami menerima panggilan kecemasan pada pukul 2.10 pagi dan tiba di lokasi kejadian pada pukul 2.19 pagi tetapi api telah pun marak pada ketika itu.

"Kebakaran dapat dikawal sepenuhnya pada pukul 2.43 pagi dan kebakaran dapat dipadam pada pukul 3.07 pagi. Sebanyak 18 anggota dengan dua jentera terlibat dalam operasi ini," katanya ketika ditemui pemberita di sini.

Nor Hashim berkata, deretan kedai yang betul-betul terletak di tepi jalan besar itu berusia antara 20 hingga 40 tahun.

"Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih disiasat," katanya.

Pada masa sama, beliau berkata, pihaknya turut membuka pusat sehenti kebakaran berhampiran lokasi kejadian selepas operasi itu selesai.

Jelasnya, pembukaan pusat sehenti tersebut adalah untuk membantu mangsa kebakaran mendapatkan pertolongan daripada agensi berkaitan.

"Antara agensi yang terlibat ialah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) berhubung urusan kad pengenalan dan Jabatan Imigresen sekiranya melibatkan pasport serta beberapa agensi lain," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Johor

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Khabar gembira buat rakyat

Posted: 02 Feb 2014 10:13 AM PST

Oleh MOHD. KHAIRUL MOHD. ALI
utusanjohor@utusan.com.my

JOHOR BAHRU 2 Feb. - Kempen penurunan harga barang sehingga 70 peratus yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru merupakan khabar gembira bagi masyarakat, khususnya mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana.

Kamardin Junid, 65, berkata, langkah mengadakan kempen tersebut merupakan tindakan yang wajar memandangkan masyarakat kini berdepan dengan kenaikan pelbagai barang keperluan harian.

"Kempen penurunan harga tersebut memang langkah yang baik oleh pihak kerajaan kerana dapat membantu mengurangkan beban yang dipikul masyarakat.

"Apatah lagi apabila pelbagai barang yang akan dikurangkan harga itu merupakan barangan keperluan asas yang digunakan setiap hari," katanya yang merupakan seorang pesara kerajaan.

Kempen selama enam bulan itu melibatkan 10 pasar raya utama di seluruh negara, antaranya Econsave, AEON, Mydin, NSK, Giant, AEON BIG, Tesco dan 99 Speedmart.

Penurunan harga pula melibatkan sehingga 4,000 jenis produk keperluan harian seperti makanan segar, makanan sejuk beku, makanan kering, makanan dalam tin, barangan keperluan kanak-kanak serta bayi.

Rahayu Ahmad, 34, juga gembira kerana kempen itu melibatkan pelbagai barangan keperluan kanak-kanak dan bayi.

"Perkara biasa bagi sesebuah keluarga di Malaysia untuk mempunyai bilangan anak yang ramai. Jadi, kempen ini perkara yang bagus dan sekurang-kurangnya kerajaan turut mengambil kira ibu bapa yang mempunyai ramai anak kecil dan berusaha membantu mereka," katanya yang merupakan seorang pekerja swasta.

Turut menyokong kempen terbabit, Zulkifli Masud, 39, yang berharap pihak berkuasa memastikan setiap pasar raya yang terlibat melaksanakan penurunan harga dan bukan hanya pasar raya yang terletak di kawasan tumpuan ramai.

"Kempen seperti ini amat baik, namun saya berharap pihak kerajaan memastikan bahawa pasar raya yang tidak terletak di kawasan bandar utama turut terlibat sama. Ini bagi memudahkan masyarakat berpendapatan rendah yang tinggal jauh dari bandar besar," katanya.

Gerai rakyat tempatkan semula 45 gerai

Posted: 02 Feb 2014 10:13 AM PST

Abd. Razak Minhat

LEDANG 2 Feb. - Kerajaan merancang membina gerai rakyat menggantikan kesemua 45 gerai di sepanjang Jalan Tangkak-Muar untuk dijadikan satu produk pelancongan baharu selepas bandar Tangkak dikenali sebagai bandar tekstil.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Serom, Abd. Razak Minhat berkata, gerai yang terlibat ialah dari Parit Bunga sehingga ke Pekan Rawang yang menjual makanan laut, buah-buahan tempatan, air jambu, pisang goreng dan barangan Industri Kecil dan Sederhana (IKS).

"Gerai-gerai tersebut akan disusun semula dan ditempatkan di satu kawasan yang sudah dikenal pasti di antara Parit Bunga dan Rawang.

Kawasan perniagaan tersebut akan dilengkapkan dengan tempat meletak kereta dan kemudahan lain.

"Langkah ini juga bagi memastikan lalu lintas tidak terganggu. Gerai-gerai itu perlu dikumpul di satu kawasan khas bagi menyeragamkannya kerana ketika ini kedudukannya berterabur," katanya ketika ditemui di Pusat Khidmat DUN Serom, di Pekan Serom 3, di sini hari ini.

Beliau berkata, ketika ini kebanyakan mereka berniaga di hadapan rumah masing-masing dan terdapat gerai kelihatan uzur serta situasi itu memberi imej kurang baik kepada pihak luar yang pertama kali berkunjung ke daerah ini.

Katanya, kedudukan laluan tersebut amat strategik untuk dibangunkan dengan gerai rakyat kerana menghubungkan dua plaza tol di daerah ini iaitu di Tangkak dan Bukit Gambir selain tidak jauh dari kawasan rekreasi Gunung Ledang.

Menurut Abd. Razak, projek penempatan semula gerai-gerai berkenaan akan menjadi satu tarikan baharu terutama 17 gerai makanan laut yang menjual kupang, lokan, siput serta udang galah yang sememangnya terkenal di laluan itu sebelum ini.

Dalam pada itu, mulai tahun ini katanya, kesemua peniaga berkenaan diarahkan menganjakkan gerai masing-masing pada jarak kira-kira tiga meter dari bahu jalan bagi memastikan kebersihan dan keselamatan terjamin.

Abd. Razak berkata, peraturan Majlis Daerah Tangkak (MDT) itu bertujuan memastikan keselamatan peniaga serta pelanggan bagi memastikan tidak mengganggu lalu lintas, notis sudah diberikan dan jika ingkar tindakan tegas akan dikenakan.

"Sebelum ini terdapat gerai yang diletakkan berhampiran dengan bahu jalan dan ini menimbulkan rasa kurang selesa dan tidak selamat kepada pengguna jalan raya. Ada pelanggan yang tidak mahu turun dan membeli dari dalam kereta.

"Begitu juga rungutan mengatakan terdapat gerai yang tidak mengamalkan kebersihan. Dengan peraturan baharu dikuatkuasakan ini mereka diwajibkan berniaga di belakang parit besar di sepanjang jalan itu," ujarnya.

Beliau juga meminta peniaga terutama makanan laut supaya mengutamakan aspek kebersihan dengan menempatkan kupang dalam bekas khas bagi mengelak dihinggapi lalat, selain membuang sisa kupang di tempat yang betul.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Dalam Negeri

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Kerajaan negeri ada bukti Pas Kedah tidak bersih

Posted: 03 Feb 2014 03:38 AM PST

ALOR SETAR 3 Feb. - Kerajaan negeri Kedah mempunyai bukti terdapat kepincangan pengurusan dan penyelewengan yang berlaku sepanjang Pas mentadbir negeri itu sebelum ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir berkata, beliau sedang menunggu masa yang sesuai untuk mendedahkan segala penyelewengan itu bagi membuktikan pentadbiran Pas tidak bersih, berbanding apa yang didakwa oleh pemimpin Pas Kedah, Datuk Mahfuz Omar.

Laporan Ketua Audit Negara dahulu ada menyentuh mengenai kepincangan pengurusan malah ada penyelewengan yang berlaku ketika zaman pentadbiran Pas Kedah melibatkan kerajaan negeri, syarikat milik kerajaan (GLC) negeri dan jabatan di bawah kerajaan negeri.

Mungkin Mahfuz tidak baca, terlupa atau sengaja terlupa, saya tidak tahu tetapi apa yang saya tahu kepincangan pentadbiran Pas Kedah adalah antara sebab mengapa keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang lalu memihak pada kita.

Saya akan dedahkan dalam masa terdekat mengenai semua ini, tidak perlu tergesa-gesa," katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan dan menghadiri majlis ramah mesra bersama kakitangan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) Ampang Jajar di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Jabatan Peguam Negara diminta beri penjelasan

Posted: 03 Feb 2014 03:31 AM PST

KUALA LUMPUR 3 Feb. - Panel Penasihat Perundingan dan Pencegahan Rasuah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bimbang mengenai spekulasi dalam media berhubung dua bekas pegawai seorang menteri Kabinet yang belum didakwa di mahkamah seperti diumumkan minggu lalu.

Pengerusinya, DatukJohan Jaaffar berkata, sebagai sebuah panel bebas, pihaknya berasa bimbang tentang perkembangan itu yang boleh menimbulkan spekulasi atau tanggapan mengenai campur tangan luar.

Dalam kenyataan kepada Bernama hari ini, panel itu menarik perhatian bahawa ia dengan tegas berpendapat untuk menampakkan ketelusan, Jabatan Peguam Negara perlu memberi penjelasan.

Menurut panel itu, ia kesal terhadap spekulasi bertiup kencang mengenai campur tangan politik atau pendakwaan terpilih berhubung dengan perkara itu tetapi menambah ia percaya perkara seumpama itu tidak benar sama sekali.

Panel 11 anggota itu seterusnya berkata, ia membantah keras sebarang campur tangan politik atau sebaliknya terhadap usaha SPRM untuk memerangi rasuah kerana boleh menghakis kepercayaan masyarakat terhadap SPRM, Jabatan Peguam Negara dan kerajaan sendiri.

SPRM, dalam kenyataan sebelum ini berkata seorang bekas setiausaha politik bergelar Datuk, dan pengarah sebuah daripada yayasan yang diketuai oleh Datuk berkenaan, akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur di bawah Kanun Keseksaan atas tuduhan pecah amanah membabitkan lebih RM1.1 juta dan satu lagi tuduhan menipu membabitkan RM1 juta.

Panel itu berkata, ia akan meminta penjelasan daripada Jabatan Peguam Negara tentang mengapa kedua-dua mereka, seorang daripadanya ialah bekas setiausaha politik, belum didakwa di mahkamah seperti diumumkan oleh SPRM, Isnin lepas.

Menurut Johan, apabila anggota-anggota panel menerima surat pelantikan semula untuk satu lagi penggal daripada Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini, Perdana Menteri mengulangi komitmennya bahawa walaupun SPRM menunjukkan penambahbaikan dalam usaha memerangi rasuah, ia seharusnya meningkatkan lagi usaha ke arah itu selaras dengan aspirasi rakyat bagi menghapuskan rasuah.

Kedua-dua mereka ditangkap oleh SPRM dan dibebaskan dengan ikat jamin RM50,000 seorang. Ia berkata ketiga-tiga yayasan itu ditubuhkan antara 1980-an dan 2011 tetapi tidak didaftarkan sebagai pertubuhan kebajikan atau persatuan. Sebaliknya ia beroperasi sebagai syarikat.

SPRM berkata, kedua-dua mereka memegang jawatan sebagai pengarah dan anggota Lembaga Pemegang Amanah ketiga-tiga yayasan berkenaan, dan dana yayasan itu juga dikeluarkan dan ini bertentangan dengan objektif penubuhan ketiga-tiga badan itu. - BERNAMA

Isteri Apek selamat lahirkan bayi perempuan

Posted: 03 Feb 2014 02:59 AM PST

KOTA BHARU 3 Feb. - Penjaga gawang negara, Khairul Fahmi Che Mat atau lebih dikenali sebagai Apek menjadi insan paling gembira apabila dikurniakan cahaya mata sulung hari ini.

Isterinya, Nur Eilunie Natasha Jaafar, 23, atau Leuniey selamat melahirkan bayi perempuan seberat 2.75 kilogram secara normal di Hospital Pakar Perdana di sini kira-kira pukul 3 petang ini.

Ibu Leuniey, Nor Laila Abu Bakar, 42, ketika mengesahkan perkara itu berkata, kehadiran orang baharu yang juga merupakan cucu sulung amat menggembirakan keluarganya. - UTUSAN ONLINE

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Utara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


PPDNKK Taiping kesan 91 kes langgar akta

Posted: 02 Feb 2014 10:13 AM PST

Oleh SYUKRI SHAARI
pengarang@utusan.com.my

Adlina Ropaie

TAIPING 2 Feb. - Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Taiping mengesan 91 kes pelbagai kesalahan dengan nilai rampasan sebanyak RM58,615.10 dan kompaun berjumlah RM11,950 sepanjang bulan Januari lalu.

Ketua Cawangannya, Farah Adlina Ropaie berkata, sebahagian besar kesalahan yang berjaya dikesan pihaknya membabitkan pelanggaran Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 dengan catatan sebanyak 55 kes manakala Akta Timbang dan Sukat 1972 pula kedua terbanyak iaitu 24 kes.

Katanya, lain-lain kes membabitkan pelanggaran Akta Perihal Dagangan 2011 sebanyak tujuh kes, Akta Kawalan Bekalan 1961 dengan empat kes dan Akta Perlindungan Pengguna 1999 satu kes.

"Selain itu, berdasarkan jumlah kes berkenaan, 35 daripadanya dikesan sepanjang Ops Harga 2014 yang bermula pada 20 Januari lalu. Sepanjang tempoh operasi berkenaan dilaksanakan sehingga 31 Januari lalu, pihak kami berjaya mengesan 26 kesalahan dalam kalangan peniaga membabitkan Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 serta sembilan kes lagi melibatkan Akta Timbang Sukat 1972.

"Nilai rampasan yang dicatatkan sepanjang tempoh berkenaan pula mencecah RM3,744.45. Operasi tersebut akan berterusan sehingga 9 Februari ini," katanya ketika ditemui selepas melakukan tinjauan harga sempena Ops Harga 2014 di pasar raya Tesco di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Farah Adlina memberitahu, kesalahan paling ketara dilakukan oleh peniaga sepanjang tempoh Ops Harga dilaksanakan ialah gagal mempamerkan tanda harga pada barangan yang dijual.

"Selain itu, kesalahan lain yang sering dilakukan peniaga ialah menjual barang kawalan melebihi harga seperti ditetapkan dan juga menggunakan alat penimbang yang telah tamat tempoh," jelasnya.

Dalam pada itu, menurut Farah Adlina, sepanjang berlangsungnya operasi berkenaan, sebanyak 816 premis telah diperiksa oleh PPDNKK daerah setakat 30 Januari lalu.

"Daripada jumlah itu, 712 pemeriksaan membabitkan gerai-gerai di pasar malam. Selain itu, kami juga melakukan pemantauan di 35 kedai runcit, 23 kedai makan, 23 medan selera, 15 di pasar basah dan lapan di pasar raya," katanya.

Dewan SK Sungai Burong 80% siap

Posted: 02 Feb 2014 10:13 AM PST

PARIT BUNTAR 2 Feb. - Dewan Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Burong, Kuala Kurau yang diluluskan peruntukan pembinaannya oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir pada tahun lalu, kini hampir 80 peratus siap.

Guru Besar sekolah itu, Khorsiah Idris berkata, pihaknya amat berterima kasih atas keprihatinan Zambry untuk membolehkan dewan berkenaan didirikan di atas tapak bekas sekolah lama demi kemudahan pelajar.

"Berkat kesabaran lima tahun menunggu, akhirnya impian untuk memiliki sebuah dewan sendiri bakal membuahkan hasil.

"SK Sungai Burong merupakan antara sekolah luar bandar tetapi terkenal dalam sukan hoki kerana ramai bekas pelajar kami telah mewakili peringkat daerah, negeri dan negara," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis sumbangan bantuan persekolahan kepada 290 murid sekolah berkenaan, di sini baru-baru ini.

Yang turut hadir, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Sungai Burong, Baharin Md Desa dan Naibnya, Abdul Malek Asli.

Dalam pada itu, Khorsiah berkata, bantuan persekolahan yang disumbangkan oleh kerajaan itu meliputi semua pelajar dari tahun satu sehingga tahun enam.

500 hadirin meriahkan majlis DPCP

Posted: 02 Feb 2014 10:13 AM PST

IPOH 2 Feb. - Lebih 500 pemimpin dan usahawan kaum Cina seluruh negeri ini hadir memeriahkan sambutan Tahun Baharu Cina anjuran Dewan Perhimpunan Cina Perak (DPCP) di sini semalam.

Sambutan turut diserikan dengan kehadiran Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir; Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Datuk Seri S.K Devamany dan Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Chenderiang, Datuk Dr. Mah Hang Soon.

Dalam ucapannya, Zambry mengharapkan agar sambutan itu akan terus diraikan oleh semua kaum bagi mengeratkan hubungan serta perpaduan.

"Kita dapat berkumpul dan meraikan perayaan ini walaupun berbeza latar belakang politik. Kita perlu terus memastikan keamanan dan kedamaian yang dikecapi negara ini terpelihara.

"Ini kerana keamanan jika hilang sukar untuk kita dapatkan kembali. Justeru, saya mahu kita kekalkan semangat ini dalam negeri Perak sehingga bila-bila dan ini adalah tanggungjawab kita semua," katanya.

Sementara itu, Pengerusi DPCP, Chai Wai Keong berkata, perayaan yang disambut tahun ini cukup bermakna apabila pelbagai kaum menghadiri majlis tersebut.

"Semoga tahun baharu ini memberi rahmat kepada semua dan keharmonian dapat terus dikekalkan di negara ini," katanya.

Tegasnya, DPCP telah menganjurkan lebih 40 aktiviti kebudayaan pada tahun lalu yang antara lain bertujuan memupuk semangat muhibah antara kaum selain menjana ekonomi negeri.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Selatan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


Membara ringankan beban rakyat

Posted: 02 Feb 2014 10:13 AM PST

Oleh FADZLY IZAB
utusanmelaka@utusan.com.my

Idris Haron (tiga dari kiri) menyampaikan bantuan persekolahan kepada murid Sekolah Rendah Agama JAIM Parlimen Tangga Batu di Pulau Gadong, Melaka, kelmarin.

MELAKA 2 Feb. - Program Membantu Rakyat (Membara) yang diperkenalkan Barisan Nasional (BN) pada tahun ini dilihat sebagai inisiatif berterusan kerajaan dalam usaha meringankan beban rakyat terutamanya mereka yang memerlukan.

Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron berkata, program yang merupakan kesinambungan kepada program Juara Rakyat yang diadakan sebelum ini bukti bahawa kerajaan BN sentiasa prihatin terhadap keperluan rakyat di pelbagai peringkat.

Menurutnya, walaupun baru berhadapan dengan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) tahun lalu, kerajaan tetap terus prihatin memberi khidmat membela rakyat dalam apa juga keadaan.

"Ini jelas menunjukkan bahawa kerja yang dilakukan pemimpin parti ini (BN) tidak bermusim, malah terus dilaksanakan tanpa sebarang kekurangan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Membara 'Kembali Ke Sekolah' Peringkat Parlimen Tangga Batu di Dewan Serbaguna Rumah Awam 1 Pulau Gadong di sini semalam.

Yang hadir sama Ahli Parlimen Tangga Batu, Datuk Dr. Abu Bakar Mohamad Diah; Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Pembangunan Sukan negeri, Datuk Ab. Rahaman Ab. Karim dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klebang, Lim Ban Hong.

Kata Idris, selain program bantuan persekolahan kepada murid-murid di beberapa sekolah terpilih di negeri ini, pelbagai aktiviti lain turut diatur sepanjang tahun sempena Program Membara tersebut.

"Justeru, seluruh masyarakat diharap dapat terus memberi sokongan padu kepada kepimpinan BN bagi memastikan kemakmuran dan nasib rakyat di negeri ini terus dibela," ujarnya.

Sementara itu, seramai 198 murid dari 22 Sekolah Rendah Agama Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dipilih menerima bantuan peralatan dan beg sekolah serta RM50 setiap seorang dalam majlis berkenaan.

Tambah Idris, pemilihan murid dari sekolah rendah agama JAIM disebabkan telah banyak skim bantuan persekolahan lain disalurkan kepada murid di sekolah kebangsaan dan sekolah lain oleh kerajaan.

Aerodome Sungai Rambai jadi lapangan terbang

Posted: 02 Feb 2014 10:13 AM PST

MELAKA 2 Feb. - Aerodrome Sungai Rambai di Kampung Tasek dekat sini bakal menempa sejarah apabila akan dinaik taraf sebagai lapangan terbang sokongan kepada Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) April ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Rambai, Datuk Hasan Rahman berkata, peruntukan bagi menaik taraf aerodrome sebanyak RM500,000 telah diluluskan oleh Kerajaan Pusat.

Menurutnya, peruntukan yang diperoleh itu akan digunakan bagi pembinaan menara kawalan, pejabat, cafe, hangar dan sebagainya bagi meningkatkan infrastruktur lapangan terbang Sungai Rambai itu.

''Masalah yang belum selesai ialah berkaitan pengambilan tanah berhampiran aerodrome seluas 0.45 hektar untuk pembinaan pelbagai infrastruktur termasuk membina menara kawalan baharu.

''Jabatan Penerbangan Awam (DCA) telah bersetuju untuk mengiktiraf Aerodrome Sungai Rambai sebagai lapangan terbang sokongan kepada LTAM.

''Ini satu pengiktirafan tertinggi sejak lapangan terbang ini dibuka 15 tahun lalu daripada sebuah landasan yang pendek dan telah dipanjangkan untuk memudahkan pesawat ringan mendarat," katanya di sini hari ini.

Hasan berkata, sebagai lapangan terbang sokongan itu, Aerodrome Sungai Rambai akan menjadi pendaratan pesawat ringan seperti Cesna 172 dan Fokker jika LTAM menghadapi masalah.

Menurutnya, masalah pengambilan tanah bagi pembinaan menara kawalan yang baharu di peringkat akhir rundingan dan ia dijangka selesai tidak lama lagi.

Katanya, apabila semua masalah itu selesai, kerja-kerja menaik taraf Aerodrome Sungai Rambai akan bermula dan ia dijangka memberi nafas baharu kepada lapangan terbang tersebut.

''Saya merancang untuk menjadikan Aerodrome ini untuk lokasi penggiat sukan penerbangan khususnya paramotor dan mikrolight bagi golongan belia menceburi bidang penerbangan," katanya.

Hasan berkata, landasan sepanjang itu akan terus menjadi tapak lokasi karnival udara Sungai Rambai Fly In 2014 sejak dianjurkan pada 1999.

Beliau berkata, penganjuran Sungai Rambai Fly In yang berakhir hari ini terus mendapat perhatian pengunjung walaupun ia tidak sebesar karnival udara di tempat lain.

''Saya bangga karnival ini sudah berusia 15 dan tetapi mampu menarik kedatangan pelbagai pesawat ringan dan menjadi perhatian penggiat sukan penerbangan," ujarnya.

Aktiviti daki gunung rancakkan sektor pelancongan

Posted: 02 Feb 2014 10:13 AM PST

Mohd. Khalid Yunus (kiri) bersama Tun Hairudin Abu Bakar (tiga dari kiri) menyampaikan hadiah kepada pemenang kategori Terbuka Wanita dalam Cabaran Menjejak Laluan Yam Tuan Antah 2014 di Hutan Lipur Gunung Datuk, Rembau, baru-baru ini.

REMBAU 2 Feb. - Menyertai Cabaran Menjejak Laluan Yam Tuan Antah 2014 di Hutan Lipur Gunung Datuk, dekat sini bukan sekadar memenuhi aktiviti sukan lasak semata-mata.

Ini kerana, ia lebih menyerlahkan tentang adat dan sejarah peninggalan nenek moyang seperti mana terdapatnya papan tanda yang diletakkan di kawasan gunung berkenan iaitu 'Nan senteng dilabuhkan, Nan panjang dikeratkan, Nan rumping disisipkan'.

Tambahan pula, sejarah bidalan itu terjadi apabila puncak gunung ini pernah digunakan oleh Dato' Perpatih Nan Sebatang untuk mengumpulkan ketua-ketua adat dan mengisytiharkan gelaran dan penyandang Dato' Lembaga pada tahun 1372.

Maka, dengan mekarnya sejarah tersebut, Persatuan Kembara Negara (PKN) meneruskan misi menjejaki laluan bersejarah ini melalui aktiviti sukan, yang mana merupakan sirkit pertama dalam Cabaran Gunung Negara 2014.

Presiden PKN, Datuk Mohd. Khalid Yunus berkata, biarpun setiap gunung menyimpan rahsia dan mitos tersendiri yang menjadikan sesebuah gunung itu unik dengan sejarah yang tersimpan berabad lamanya, namun ia kini sering menjadi lokasi beriadah dan menjalankan aktiviti sukan lasak.

''Maka pada cabaran di Gunung Datuk ini, kita dapat saksikan seramai 662 peserta telah menyertai aktiviti ini, yang merupakan sirkit pertama, sebelum diteruskan di Cabaran Gunung Bujang Melaka Antarabangsa, Kampar (Perak) pada 6 April depan.

''Kemuncaknya ialah di Cabaran Gunung Berembun Antarabangsa, Terengganu pada 6 September," katanya kepada Utusan Malaysia di kaki Gunung Datuk, dekat sini baru-baru ini.

Yang turut hadir Pengerusi Bertindak Jawatankuasa Pelancongan negeri, Tun Hairudin Abu Bakar.

Kata Mohd. Khalid, pada tahun ketiga ini cabaran ini, penambahan hadiah diperhebatkan di mana disediakan bagi wanita veteran berusia 40 tahun ke atas yang beraksi dalam kategori wanita terbuka.

''Hadiah khas turut diberikan kepada senior veteran lelaki yang berusia 55 tahun ke atas, selain hadiah misteri bagi mereka yang mendaftar dalam kumpulan seramai 20 orang ke atas," katanya.

Tambahnya, ini adalah sebahagian cara mempromosikan produk pelancongan tempatan terutamanya berkaitan pendakian gunung, yang sememangnya diminati peserta dalam dan luar negara.

Sementara itu dalam cabaran kali ini, kategori terbuka lelaki dimenangi Muhaizar Mohamad dengan catatan masa 1 (jam) 25 minit, manakala kategori terbuka wanita dimenangi oleh Nor Amelia Musa dengan catatan masa 1:41 minit dan kategori terbuka veteran dimenangi N. Devandran dengan catatan masa 1:30 minit.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Muka Hadapan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Muka Hadapan


Anwar akui Selangor bermasalah

Posted: 02 Feb 2014 10:13 AM PST

Broken Link!

The content you are looking for is not available. You might had clicked on a broken link from another website or the content itself might have been removed.

You may want to consider our archive on

If you think there is an error, please click here to report and let us know.

Peluang cerah untuk bebas - SukaGuam

Posted: 02 Feb 2014 10:13 AM PST

Broken Link!

The content you are looking for is not available. You might had clicked on a broken link from another website or the content itself might have been removed.

You may want to consider our archive on

If you think there is an error, please click here to report and let us know.

'Kami hampir putus asa'

Posted: 02 Feb 2014 10:13 AM PST

Broken Link!

The content you are looking for is not available. You might had clicked on a broken link from another website or the content itself might have been removed.

You may want to consider our archive on

If you think there is an error, please click here to report and let us know.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved