Ahad, 2 Februari 2014

Utusan Online - Kota

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Galak guna pengangkutan awam

Posted: 02 Feb 2014 10:13 AM PST

Oleh MOHD. ZULFADLI SHARIFUDIN
kota@utusangroup.com.my

Sebahagian warga kota yang menyertai KL'xtra Pagi Bebas Kenderaan, semalam. - UTUSAN/AMIR HAFIZ ABD RAHMAN

KUALA LUMPUR 2 Feb.- Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengurangkan penyediaan tempat letak kereta di bangunan-bangunan komersial menerusi penetapan baharu standard piawaian perancangan untuk pembangunan akan datang.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib berkata, langkah tersebut diambil dalam usaha mengurangkan kemasukan kenderaan ke pusat bandar.

Menurutnya, berdasarkan syarat baharu itu hanya setiap 1,000 meter persegi sahaja membolehkan satu lot tempat letak kereta diwujudkan berbanding setiap 500 meter persegi sebelum ini.

"Inisiatif berkenaan bagi menggalakkan penggunaan pengangkutan awam dalam bandar dan amalan gaya hidup sihat.

Ahmad Phesal Talib (hadapan) bersama-sama sebahagian warga kota berbasikal sempena Program Car Free Morning kedua di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur, semalam.

"Turut terlibat kawasan-kawasan berhampiran stesen transit aliran ringan (LRT) yang akan dikurangkan sebanyak 30 peratus daripada jumlah lot tempat letak kereta dalam jarak 200 meter dari stesen," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan program 'Car Free Morning' kedua, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Teknikal dan Trafik Kuala Lumpur Car Free Morning (KLCFM), Datuk Naim Mohamad dan Ketua Pengarah DBKL, Datuk Mhd. Amin Nordin Abd. Aziz.

Terdahulu beliau menyertai aktiviti berbasikal bersama kira-kira 2,500 peserta,.

Acara dua jam bermula 7.30 pagi itu disertai peserta yang datang bersama keluarga dan rakan sambil berbasikal, berjalan kaki dan berkasut roda.

Sempena program itu juga beberapa jalan terlibat ditutup.

Antaranya, Jalan Raja Laut, Jalan Sultan Ismail, Jalan Tunku Abdul Rahman, Jalan Dang Wangi, Jalan Ampang, Jalan P.Ramlee dan Jalan Tun Perak.

Tambah Ahmad Phesal, , penetapan baharu jumlah tempat letak kereta berdasarkan piawaian perancangan pembangunan akan dilaksanakan terhadap mana-mana permohonan pembangunan komersial bermula tahun ini.

"Walaubagaimanapun bagi pengurangan lot tempat letak kereta dari stesen LRT telah pun dilaksanakan sejak lebih setahun lalu," jelasnya.

Mengulas mengenai penganjuran program 'Car Free Morning' beliau berkata, ia membuktikan kesungguhan DBKL dalam menyediakan ruang terbaik di tengah-tengah pusat bandar sebagai lokasi riadah terutama kepada warga kota.

Kempen yang dijalankan pada hari Ahad pertama setiap bulan ini adalah antara langkah untuk mengurangkan pelepasan asap karbon dioksida di dalam bandar.

Hari Wilayah: Warga kota rebut ganjaran

Posted: 02 Feb 2014 10:13 AM PST

Orang ramai beratur panjang untuk menaiki bot yang ditawarkan percuma sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan sepanjang Februari ini di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 2 Feb. - Warga kota tidak melepaskan peluang memanfaatkan ganjaran yang ditawarkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sepanjang bulan ini sempena Hari Wilayah Persekutuan.

Antaranya, menaiki bot dan pony ride di Taman Tasik Titiwangsa, penggunaan kemudahan sukan seperti gelanggang futsal, tenis, badminton , squash dan penggunaan tandas awam DBKL.

Turut ditawarkan semua kompaun trafik sebanyak RM30.

Tinjauan Utusan Malaysia hari ini mendapati taman berkenaan menjadi tumpuan warga kota membawa ahli keluarga beriadah, walaupun terpaksa beratur panjang untuk menaiki bot disediakan.

Seorang pekerja swasta, Mazlina Rais, 40, menyifatkan tawaran itu sebagai usaha menggalakkan lagi warga kota melakukan aktiviti riadah bersama keluarga.

"Saya memang selalu datang ke sini bersama-sama ahli keluarga terutama pada sebelah petang setiap hujung minggu.

" Tawaran ini saya anggap sebagai hadiah yang tidak ternilai," kata ibu kepada empat orang anak itu.

Pekerja swasta, Rozaidi Ramli, 38, pula berkata, dia sememangnya tidak sabar untuk menyambut Hari Wilayah Persekutuan yang jatuh pada 1 Februari setiap tahun itu.

Katanya, ini kerana sempena sambutan itu pelbagai ganjaran menarik ditawarkan kepada warga kota.

"Walaupun tiada insentif baharu ditawarkan tahun ini, usaha DBKL mengekalkan tawaran percuma seperti menaik bot dan pony ride serta semua kompaun trafik sebanyak RM30 ia sudah cukup baik,"katanya.

Turut sependapat dengan Rozaidi, Mekahinda Nasor, 38.

Katanya, pemberian 'goodies' dan penganjuran pelbagai aktiviti melibatkan warga kota itu sekurang-kurangnya memberi peluang mereka menghayati perayaan itu.

"Saya berharap warga kota dapat memanfaatkan tempoh tawaran yang diberikan ini sebaik mungkin,"katanya.

SPUK: Perkasa kemahiran, tambah pendapatan usahawan kecil WP

Posted: 02 Feb 2014 10:13 AM PST

SEBAHAGIAN peserta kursus kecantikan SPUK bergambar selepas penyampaian sijil tamat kursus di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

KUALA LUMPUR 2 Feb. - Kira-kira 46 peserta menyertai kursus kecantikan melalui Skim Pembangunan Usahawan Kecil (SPUK) anjuran Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP), baru-baru ini.

Pengurus Bahagian Perancangan & Pembangunan Komuniti YWP, Ida Harlina Ikhwan Nasir berkata, program itu merupakan inisiatif berterusan yayasan untuk memperkasakan kemahiran dan menambah pendapatan usahawan-usahawan kecil di seluruh wilayah ini.

"Semua peserta diharapkan dapat mengamalkan teknik dan ilmu yang dipelajari.

"Saya percaya hanya kemahiran akan membezakan tahap marhalah dan pendapatan seseorang usahawan," katanya pada majlis penutupan dan penyampaian sijil kepada 46 peserta di sini.

Kursus yang dikendalikan Akademi Jemari itu memfokuskan kepada dua jenis kursus iaitu Solekan & Dandanan Rambut, Tudung dan Spa & Rawatan Muka.

Sepanjang kursus selama empat hari itu peserta diberi pendedahan secara praktikal bertujuan meningkatkan kemahiran serta kualiti perkhidmatan kepada pelanggan.

Peserta juga dibekalkan dengan peralatan dan keperluan untuk dipraktikkan dan memulakan perniagaan secara kecil-kecilan, khususnya secara bergerak atau dari rumah.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Feminin

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Feminin


Serlah kecantikan mata

Posted: 02 Feb 2014 07:30 AM PST

Gamkan bulu mata palsu dengan cermat.

TAHUN Baharu Cina juga dikenali sebagai festival musim bunga, menandakan masuknya musim bunga yang membawa keceriaan dan warna-warni dalam kehidupan.

Walaupun sambutannya kini menjadi acara yang dikongsi bersama kaum-kaum lain, ia tetap terunggul sebagai satu festival penting dalam kalendar masyarakat Cina.

Kaum wanita tidak kurang hebatnya kala menggayakan pakaian tradisional Cina seperti Cheongsam dan pakaian baharu lain.

Bagaimana pula dengan solekan? Adakah perlu mengenakan pilihan warna yang sama seperti hari-hari biasa?

Menurut jurusolek antarabangsa Shu Uemura , Lisa Yap, mata ialah bahagian utama yang perlu disolek untuk mereka yang inginkan solekan ringkas tetapi mahu kelihatan berbeza daripada hari biasa.

Katanya, solekan mata lebih menarik dengan menggunakan penggaris mata.

"Mulakan daripada penjuru mata dan kemudian perlahan-lahan lukislah garisan. Untuk memperoleh mata yang segar dan cantik, pastikan anda membentuk garisan tersebut sehingga hujung mata dan lentikkan sedikit. Ini akan memberi ilusi mata yang lebih muda dan segar.

"Selain penggaris mata pensel, wanita boleh menggunakan penggaris mata cair atau kaligrafi untuk hasil yang lebih dramatik," ujarnya.

Solekan mata juga lebih menarik jika anda menambah lentik bulu mata dengan memakai bulu mata palsu yang sesuai.

"Setiap satu bulu mata palsu Shu Uemura merupakan buatan tangan oleh mereka yang berkemahiran dalam bidang ini. Terbaharu ialah bulu mata yang diperbuat daripada kertas yang lebih mudah melekat dan

ditanggalkan," katanya.

Kurus dan langsing dengan L'AROME

Posted: 02 Feb 2014 07:30 AM PST

SELANGOR Izza 012-2694289 Siti 019-3339067 Mohd Nasir 017-6720162 Aznida 019-6267858 Rohana 017-3250565 Kedah Ita 017-4374854 Kuala Lumpur Nina 017-6344875 Wadah 017-3481496 Johor Aty 013-3747481 Yani 019-7991485 Negeri Sembilan Zaharah 012-2920303 Terengganu Azizah 019-9176487 Perak Ema 013-5002758 Fatimah 013-4141081 Melaka Hartini 019-6640041 Nurbayati 012-6868175 Emma 017-6421255 KELANTAN Nik Suria 019-9555004

Kebanyakan orang menganggap parut merekah (strecth mark) dan selulit mustahil untuk dihilangkan. Ini kerana masalah itu dianggap sebagai parut yang kekal selamanya tetapi sebenarnya tidak.

Pada zaman canggih dan serba moden ini, hampir semua perkara boleh dilakukan. Jadi, parut dan selulit kini boleh dihilangkan dan dibuang selamanya hanya dengan beberapa sapuan. Bagi pengguna setia L'AROME, Norbayati Izua atau lebih mesra dengan panggilan Yati, dia amat kagum dengan perubahan yang dialaminya hanya dalam masa 10 hari sahaja.

"Saya amat teruja dan rasa sangat seronok kerana dipertemukan dengan serum L'AROME. Walaupun suami tidak kisah dengan penampilan saya tetapi kita harus ingat bahawa wanita sebenarnya ingin kelihatan menarik dan cantik untuk suami tercinta," katanya.

Dia sedar lemak pada bahagian perut dan lengan kian menebal. Yati juga tahu bahawa kalau dia membiarkan masalah itu kian menebal, sudah tentu lemak yang terkumpul sukar dibuang. Pelbagai cara digunakan Yati untuk menurunkan berat badan termasuk senaman dan mengambil suplemen. Namun, keadaan tidak banyak berubah. Dia juga sudah menghabiskan beratus-ratus ringgit untuk mencuba pelbagai jenis produk kecantikan yang diiklankan tetapi keputusan yang diperolehinya menghampakan.

Yati amat berterima kasih kepada ejen yang memperkenalkan serum ajaib ini kepadanya.

"Saya melahirkan anak secara pembedahan. Saya ada dua cahaya mata dan kedua-duanya pun melalui pembedahan. Pelbagai krim saya gunakan untuk menghilangkan kesan tersebut tetapi semuanya hampa. Akhirnya, saya terpikat dengan satu iklan tentang L'AROME di akhbar dan saya terus mencubanya.

"Hanya dalam 10 hari bukan sahaja parut semakin pudar tetapi badan saya juga sudah kurus. Saya hanya sapukan pada perut sahaja. Ia juga membantu saya mengurangkan selera makan. Ajaibkan? Tetapi ini memang kisah benar. Saya lakukan sedikit senaman dan keputusannya memang memeranjatkan terutama suami saya,"cerita Yati tentang pengalamannya menggunakan L'AROME.

Punca utama yang menarik perhatian Yati untuk menggunakan L'AROME ialah cara serum ini digunakan kerana ia bukan untuk diminum tetapi untuk kegunaan luar.

"Saya menggunakan produk ini mengikut aturan iaitu saya ambil dua tiga titik ke atas telapak tangan dan sapu pada bahagian perut beberapa minit. Lakukan dua kali sehari iaitu selepas mandi pagi dan sebelum tidur. Krim ini boleh disapu pada mana-mana bahagian tubuh yang dirasakan banyak lemak," jelas Yati lagi.

Oleh sebab terlalu gembira dengan apa yang dialaminya itu, dia memberitahu rakan-rakannya. Semua rakannya yang mendengar pengalamannya turut menggunakan produk L'AROME dan mereka turut mendapat reaksi yang positif. Rata-rata mengalami penurunan berat badan, manakala lemak degil hilang.

Selain itu, lengan pula bertambah cekang kerana lemak yang selama ini bersembunyi di bawah lapisan kulit cair menjadi peluh. Kini Yati bukan setakat menjadi pengguna tetapi pengedar yang secara langsung dapat meningkatkan pendapatan keluarganya. "Semua wanita yang menggunakan produk ini tidak berasa ragu kerana ia hanya untuk kegunaan luar dan tidak ada sebarang kesan sampingan," katanya yang kini giat mempromosikan L'AROME Apple Stem Cell ke mana saja dia pergi.

Dia tidak takut atau rasa bersalah kerana produk ini seratus peratus halal kerana ia berasaskan stem sel epal yang digabungkan dengan tumbuhan lain.

Stem sel epal

Dalam pada itu, pengguna harus tahu bahawa stem sel epal ini bukannya diperolehi daripada epal biasa seperti yang dijual di pasar raya. Stem ini diasaskan oleh Dr. Fred Zulli, saintis tersohor Barat menggunakan sejenis epal liar yang hanya terdapat di hutan-hutan Switzerland sahaja. Rasanya pahit dan tiada siapa yang mahu memakannya.

Dr. Fred Zulli melihat ada keganjilan tentang epal liar ini kerana walaupun terbiar di bawah pokoknya selepas luruh selama tiga bulan, ia tidak kecut atau rosak. Buah ini masih dalam keadaan segar kerana stem selnya yang unik dan dapat mengekalkan keadaan asalnya walaupun lama terbiar. Setelah membuat uji kaji di makmal miliknya di Buch, 50 meter dari Zurich, terhasillah produk L'AROME.

"Sebab itulah saya dapat meyakinkan pengguna bahawa produk ini halal seratus peratus dan mereka boleh menggunakannya tanpa was-was," tambah Yati.

Jadi, L'AROME ialah pilihan yang tepat untuk mereka yang mahu melangsingkan badan dan mereka yang cinta kepada kecantikan. Ini kerana lemak-lemak di badan terutama bahagian perut sangat mengganggu kehidupan. Oleh itu, kita semua perlu sedar untuk membuang lemak-lemak ini dengan bantuan L'AROME. Usah gusar dan bimbang kerana anda akan kembali langsing selepas berjinak-jinak dengan produk ini.

L'AROME Apple Stem Cell Slimming Serum dapat membakar lemak anda dalam masa 24 jam. Ia sekali gus mengurangkan kesan parut selepas bersalin dan dapat mengempiskan perut anda. Ia diformulasi khusus untuk perkara-perkara berikut:

LEMAK: Pembakaran lemak berlaku sangat pantas. Anda hanya perlu sapu serum ini di kawasan yang anda inginkan. Ia akan kekal di lapisan kulit luar dan dalam kerana ia mudah meresap. Pembakaran lemak terhasil setiap kali anda makan dan berpeluh selagi anda tidak membasuh bahagian yang diletakkan serum.

SELULIT: Perubahan ketara hanya dalam tempoh satu minggu. Sapu dengan konsisten untuk mencapai kesan maksimum ini.

LANGSING: Perubahan yang amat ketara dalam masa tiga hingga tujuh hari. Anda boleh membentuk kecantikan dan kelangsingan tubuh dengan memberikan tumpuan di kawasan yang anda inginkan.

PARUT MEREKAH: Hampir seratus peratus hilang dalam masa satu bulan. Produk ini membantu membakar lemak berlebihan di sekitar perut, pinggul, paha dan lengan.

Stokis

Bagi Mohd Nasir, dahulu dia hanya berminat untuk menggunakan produk tetapi setelah melihat sendiri keberkesanan produk ini, dia terus mengambil keputusan untuk menjadi stokis. Mohd Nasir amat yakin dengan produk L'AROME Apple Stem Cell Slimming Serum ini akan laris. Jangkaannya tepat kerana jualan semakin meningkat dan ini berpunca daripada reaksi daripada pengguna kerana mereka mendapat kesan baik. Selepas itu, mereka sampaikan daripada mulut ke mulut.

"Sambutan luar biasa daripada jualan yang hebat ini membantu meningkatkan pendapatan saya. Syukur Alhamdulillah. Saya berani kata jika anda di luar sana berhasrat untuk berniaga, L'AROME Apple Stem Cell Slimming Serum merupakan produk yang paling tepat. Apa yang lebih menarik lagi untung runcit 100 peratus daripada ditawarkan kepada stokis. Cepat, sementara belum ramai lagi stokis yang berdaftar," katanya.

Jika anda berminat untuk daftar sebagai stokis di kawasan anda sila hubungi nombor telefon yang tertera di bawah.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Utara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


Exco: Kerajaan Kedah tunggu pengesahan MCA

Posted: 01 Feb 2014 10:59 AM PST

Oleh SAFINA RAMLI
utusankedah@utusan.com.my

Mukhriz Tun Dr. Mahathir mendapat buah limau dari Dewa Keewangan setibanya ke Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina anjuran MCA negeri Kedah di Alor Setar, semalam. - MINGGUAN/ISMAIL KAMADIN

ALOR SETAR 1 Feb. - Kerajaan negeri Kedah perlu menunggu pengesahan MCA Pusat sebelum melantik seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada parti itu sebagai Exco.

Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr. Mahathir berkata, pihaknya telah bersedia pada bila-bila masa dan tidak keberatan untuk membuat pelantikan tersebut jika menerima pengesahan.

"Saya difahamkan, dalam mesyuarat agung luar biasa (EGM) MCA Pusat (baru-baru ini), ada beberapa keputusan yang mereka buat tetapi masih ada dua tiga perkara yang ingin mereka selesaikan terlebih dahulu.

"Ada juga keputusan yang bersangkut paut dengan pelantikan Exco tetapi saya perlu pengesahan MCA Pusat sebelum pelantikan peringkat negeri dapat dibuat," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis rumah terbuka Tahun Baharu Cina anjuran Dewan Perhimpunan Cina Kedah di Tanjung Bendahara di sini hari ini.

Yang turut hadir Timbalan Presiden Gerakan, Dr. Cheah Soon Hai; Ketua Pemuda Gerakan, Tan Keng Liang dan lain-lain jemputan.

Berikutan prestasi buruk MCA pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) Mei lalu, mesyuarat agung parti itu sebelum ini melarang anggotanya memegang sebarang jawatan dalam kerajaan.

Namun pada 20 Oktober lalu, resolusi mesyuarat agung luar biasa parti itu pula membenarkan anggotanya menerima pelantikan jawatan peringkat kerajaan negeri.

Kedah mempunyai dua ADUN daripada MCA iaitu Dr. Leong Yong Kong (Gurun) dan Chua Thiong Gee (Kulim).

Sementara itu, Mukhriz memberitahu, kerajaan negeri bersedia menjalin kerjasama dengan Dewan Perhimpunan Cina Kedah untuk menganjurkan pesta tanglung dalam usaha mengeratkan hubungan pelbagai kaum di negeri ini.

"Saya telah bercakap dengan Pengerusi Dewan Perhimpunan Cina Kedah, Datuk Cheng Lai Hock mengenai cadangan untuk menjadikan pesta tanglung sebagai salah satu acara yang dapat mengeratkan hubungan antara kaum.

"Saya lihat perkara ini sebagai baik dan meminta pihak beliau mengemukakan kertas kerja untuk kita bincangkan di peringkat Exco," katanya.

Manfaatkan program Jimat Belanja Dapur

Posted: 01 Feb 2014 10:59 AM PST

KANGAR 1 Feb. - Orang ramai disaran mengambil kesempatan berbelanja di pasar tani yang menganjurkan program Jimat Belanja Dapur kerana pengguna ditawarkan dengan penjimatan harga antara lima hingga 20 peratus berbanding pasar awam bagi 20 jenis komoditi terpilih.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian negeri, Ahmad Bakri Ali berkata, antara komoditi itu termasuk cili merah yang 10 peratus lebih murah, kobis bulat (20 peratus), tomato (10 peratus) serta bawang kecil dan bawang besar India (10 peratus).

"Pasar Tani Taman Sena Indah pada setiap Sabtu dan Ahad serta Pasar Tani Simpang Empat pada setiap Khamis merupakan antara 40 pasar tani di seluruh negara yang melaksanakan program Jimat Belanja Dapur di sepanjang tahun," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas melancarkan Program Jimat Belanja Dapur 2014 dan Pasar Tani Khas Tahun Baharu Cina peringkat negeri anjuran Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) di Tapak Pasar Tani Taman Sena Indah di sini hari ini.

Yang turut hadir Pengarah FAMA negeri, Shahrizal Sudiman dan Pengarah Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) negeri, Khairul Amin Talib.

Ahmad Bakri berkata, program Jimat Belanja Dapur merupakan langkah kerajaan untuk menangani kos sara hidup yang semakin meningkat selain mendidik rakyat untuk berbelanja secara berhemah.

Katanya, kenaikan harga komoditi biasa berlaku akibat kekurangan bekalan disebabkan faktor cuaca seperti hujan dan musim tengkujuh.

"FAMA berusaha menangani masalah ini termasuk melaksanakan program Jimat Belanja Dapur di pasar tani terpilih," katanya.

Berikutan itu katanya, FAMA akan mengimport kobis, tomato, cili merah dan bawang India untuk diagihkan bekalan kepada usahawan yang mengikuti program berkenaan.

Katanya, bagi program jangka panjang pula, FAMA akan menyimpan stok untuk komoditi terpilih seperti cili merah dan tomato.

"Stok komoditi ini akan dibeli pada bulan Oktober untuk 'dilepaskan' bagi menstabilkan harga dalam pasaran pada November atau Disember," katanya.

Selain itu katanya, FAMA juga bersedia membekalkan barangan terpilih terus kepada peruncitnya di pasar tani.

"Tujuannya untuk mengurangkan kebergantungan peruncit kepada orang tengah sekali gus dapat menjual dengan lebih murah kepada pengguna," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Dalam Negeri

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Info trafik: Machap-Yong Peng, Pedas-Seremban kini sesak

Posted: 02 Feb 2014 02:36 AM PST

KUALA LUMPUR 2 Feb. - Berikut adalah keadaan trafik semasa (5 hingga 6.15 petang di lebuh-lebuh raya utama seperti disiarkan dalam laman Twitter Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM) di https://twitter.com/LLMinfotrafik:

6.15pm PLUS@Selatan: Trafik masih perlahan dari Machap ke Yong Peng, Pedas Linggi ke Hentian Rehat Seremban.

6.15pm Jambatan PP: Trafik masih perlahan dari sebelum dan selepas Plaza Tol Jambatan menghala ke arah Pulau. Berhati - hati memandu.

6.10pm PLUS@Utara: Status kemalangan di KM111.2 arah selatan (Sg. Petani Selatan - Bertam). Insiden selesai dan trafik kembali lancar.

5.57pm Jambatan PP: Trafik masih perlahan dari Plaza Tol Jambatan ke arah Pulau. https://twitter.com/LLMinfotrafik/status/429916915360751616/photo/1

5.50pm KL-Karak/LPT: Trafik masih perlahan dari Bentong ke Plaza Tol Bentong, Plaza Tol Bentong ke Bukit Tinggi dan sekitar Plaza Tol Gombak.

5.43pm PLUS@Selatan: Status kemalangan di KM116.2 arah utara (Yong Peng - Pagoh). Trafik perlahan 8km.

5.32pm PLUS@Utara: Trafik kini semakin perlahan dari Bukit Beruntung menghala ke Rawang Selatan.

5.15pm PLUS@Selatan: Trafik bergerak perlahan menghala ke selatan bermula dari Ayer Hitam sehingga Kulaijaya. Rancang perjalanan anda.

5.10pm PLUS@Selatan: Makluman kemalangan di KM116.2 arah utara (Yong Peng - Pagoh). Tidak melibatkan penutupan lorong tp trafik perlahan 4km.

- UTUSAN ONLINE

Isu Sweden: UMNO Kelantan bantu 4 beradik bersekolah

Posted: 02 Feb 2014 02:16 AM PST

KOTA BHARU 2 Feb. - UMNO Kelantan akan membantu empat anak pasangan warga Malaysia yang ditahan pihak berkuasa Sweden untuk meneruskan sesi persekolahan mereka di negeri ini.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, beliau akan bertemu Pengarah Jabatan Pendidikan (JPN) Kelantan, Hussain Awang bagi membincangkan perkara itu.

"Saya yakin JPN akan membantu sebaik mungkin. Mereka (JPN) boleh datang berjumpa anggota keluarga untuk bincang dan pastikan adik-beradik ini ditempatkan di sekolah yang bersesuaian," katanya selepas melawat empat beradik itu di Kampung Wakaf Tok Wali, Peringat di sini Ahad.

Mustapa, yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, berkata, beliau yakin kerajaan Persekutuan akan membantu sebaik mungkin bagi membawa ibu bapa kanak-kanak berkenaan pulang ke tanah air.

"Kita amat gembira dan berterima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak; Timbalan Menteri Luar, Datuk Hamzah Zainuddin dan Kementerian Luar yang begitu prihatin dengan nasib yang menimpa kanak-kanak ini.

"Kita mendoakan segala-galanyanya berjalan lancar di sana (Sweden) dan turut mendoakan ibu bapa kanak-kanak ini dapat kembali untuk bersama dengan anak-anak mereka," katanya.

Empat beradik itu, Aishah Azizul Raheem, 14, Ammar, 12, Adam, 11, dan Arif, 7, tiba pukul 7.04 pagi semalam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur sebelum dibawa pulang ke kampung ibunya di Kota Bharu.

Mereka kini dijaga ibu saudara mereka, Shaleena Norshal.

Azizul Raheem Awalludin, pegawai Tourism Malaysia di Sweden dan isteri Shalwati Norshal, seorang guru yang bercuti tanpa gaji, ditahan reman sejak 18 Dis lepas kerana didakwa memukul tangan seorang anak lelaki mereka kerana tidak solat.

Sementara itu, di BESUT, Menteri Pendidikan 2, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, Kementerian Pelajaran akan memastikan keempat-empat beradik berkenaan tidak berdepan masalah dalam mendapatkan pendidikan di negara ini.

"Sesuai dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia yang memberi peluang belajar kepada semua, saya memberi jaminan yang mereka tidak akan menghadapi sebarang masalah untuk meneruskan belajar di negara ini sekiranya mereka mahu," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kelab Sukan dan Rekreasi Parlimen Besut di Dataran Kuala Besut hari ini.

Bagaimanapun, beliau berkata, keluarga empat beradik itu perlu mengemukakan permohonan serta berbincang dengan kementerian terlebih dahulu bagi mengetahui status pendidikan mereka sebelum kelulusan diberi.

Mengulas kedudukan jawatan ibu kanak-kanak terbabit, yang mengambil cuti tanpa gaji semasa ditahan, Idris berkata, kementerian akan melakukan semakan sebelum membuat keputusan berhubung perkara itu.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, kerajaan sentiasa memantau situasi pelajar Malaysia yang terbabit dengan pergolakan di luar negara seperti di Mesir dan Syria bagi memastikan mereka selamat serta dapat belajar dengan baik. - BERNAMA

NGO buat laporan polis klip video Teresa Kok

Posted: 02 Feb 2014 02:14 AM PST

KUALA LUMPUR 2 Feb. - Empat pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini membuat laporan polis meminta tindakan diambil terhadap seorang wakil rakyat kerana menghina Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor serta kerajaan.

Laporan dibuat terhadap Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok yang didakwa terbabit dalam pembikinan klip video bertajuk 'Onederful Malaysia' sempena Tahun Baharu Cina itu, dimuat turun dan tersebar meluas dalam laman YouTube sejak lima hari lepas.

NGO terbabit adalah Persatuan Aduan Rakyat, Persatuan Inspirasi Melayu Gombak (Impak), Persatuan Pemilik-Pemilik Telefon Bimbit Malaysia (Perbit) dan Gabungan NGO Daerah Gombak.

Pengerusi Persatuan Aduan Rakyat yang juga bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk T. Murugiah berkata laporan itu meminta polis bertindak terhadap pihak yang terbabit dalam mengarah dan menerbit klip video yang disifatkan boleh menggugat perpaduan kaum.

"Klip yang tersebar luas ini telah mengutuk Perdana Menteri, isterinya dan mengkritik kerajaan. Malahan klip ini mampu mencetuskan masalah perkauman dengan melaga-lagakan kaum di negara ini. Kami meminta polis menyiasat dengan segera.

"Kami juga berharap Teresa Kok meminta maaf dan menarik balik klip video itu," katanya selepas membuat laporan polis kira-kira pukul 1.30 petang di Balai Polis Gombak hari ini.

Sementara itu, Timbalan Presiden Impak, Muhammad Naguib Kaharuddin meminta Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) menyiasat secara menyeluruh berhubung klip video terbabit.

Klip video berdurasi 11 minit 39 saat itu memaparkan empat individu termasuk Teresa sedang berbual dan membincangkan pelbagai isu berkaitan kaum dan negara. - BERNAMA

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Selatan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


Bantuan RM100 bantu persediaan hadapi UPSR

Posted: 01 Feb 2014 10:59 AM PST

MELAKA 1 Feb. - Bantuan Awal Persekolahan 2014 diterima daripada kerajaan akan digunakan sebaik-baiknya termasuk sebagai persediaan awal untuk membeli bahan rujukan bagi menghadapi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

Rata-rata murid yang ditemui berkata, bantuan diterima setiap tahun itu banyak membantu mereka membeli bahan keperluan sekolah.

Muhammad Hamizan Mohd. Nizam, 12, berkata, bantuan itu juga dapat mengurangkan beban kewangan yang ditanggung ibu bapanya.

"Untuk menghadapi UPSR tahun ini sudah pasti saya perlukan banyak buku rujukan untuk membuat ulang kaji pelajaran.

"Syukur adanya bantuan daripada kerajaan ini yang secara tidak langsung telah memberi motivasi buat saya untuk berusaha bagi memperoleh keputusan memberangsangkan kelak," katanya.

Dia ditemui dalam majlis penyerahan bantuan RM100 oleh Ketua Menteri, Datuk Idris Haron kepada 160 murid sekolah rendah dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang di Japerun Sungai Udang, di sini baru-baru ini.

Sementara itu, Muhammad Haiqal Mohd. Hashim, 12, berkata, kebimbangan untuk meminta wang daripada ibu bapa bagi membeli buku rujukan tidak lagi menghantuinya dengan adanya bantuan tersebut.

"Dulu saya susah nak beli buku rujukan kerana tiada duit dan saya juga tidak sampai hati nak minta duit dari ibu bapa.

"Alhamdulillah, saya layak menerima bantuan ini dan saya akan gunakan untuk membeli buku rujukan serta kelengkapan bagi menghadapi UPSR nanti," katanya.

Bagi Muhammad Rakin Aiman Aziman, 12, pula, bantuan yang digunakan untuk membeli buku-buku rujukan sebagai bahan sokongan setiap kali menghadapi peperiksaan telah membantu dia meningkatkan prestasi dalam pelajaran.

"Dengan wang bantuan yang saya dapat sejak beberapa tahun ini, sedikit sebanyak membantu saya memperoleh keputusan yang baik dalam peperiksaan kerana boleh membeli buku-buku rujukan diperlukan," katanya.

Dalam pada itu, Mohd. Aiman Hakim Mohd. Asrul Afendi, 12, berharap bantuan tersebut dapat dinaikkan bagi membolehkan murid-murid sekolah membeli lebih banyak bahan rujukan.

Kebakaran semak meningkat

Posted: 01 Feb 2014 10:59 AM PST

BEBERAPA kenderaan bergerak perlahan melepasi kepulan asap tebal di Jalan Sungai Ujong berhampiran Taman AST, Seremban kelmarin, ekoran kebakaran lalang yang dipercayai berpunca daripada api colok. - MINGGUAN/ASWAD YAHYA

SEREMBAN 1 Feb. - Kebakaran semak yang berlaku di Taman AST dekat sini tengah hari semalam mengundang suasana cemas di laluan utama kawasan tersebut apabila diliputi asap tebal.

Keadaan itu mengganggu aliran trafik berikutan pemandu yang melalui Jalan Sungai Ujong tersebut terpaksa memperlahankan kenderaan masing-masing bagi mengelakkan kemalangan.

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Seremban, Edsamara Omar memberitahu, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam selepas api marak dan tidak dapat dikawal di kawasan lapang di Taman AST tersebut.

"Kejadian api lalang (semak) ini berlaku di beberapa tempat berikutan angin kuat, selain sikap orang ramai yang suka melakukan pembakaran terbuka," katanya.

Menurut Edsamara, pihaknya menerima panggilan kecemasan itu pada pukul 11.20 pagi sebelum mengarahkan seramai 12 anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Seremban serta Seremban 2 ke lokasi kejadian.

Beliau tidak menolak kemungkinan punca kebakaran itu daripada bara colok yang dibakar dekat Taman AST sebelum mengenai lalang kering di kawasan semak berdekatan lalu merebak.

Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, Norazam Khamis ketika ditemui memberitahu, pihaknya menerima 20 panggilan telefon daripada orang ramai berhubung kejadian serupa sejak semalam.

Beliau meminta orang ramai agar tidak melakukan kebakaran terbuka lebih-lebih lagi dalam keadaan cuaca panas sejak kebelakangan ini.

"Kita menasihati orang ramai supaya tidak melakukan aktiviti pembakaran terbuka kerana ini akan memburukkan lagi keadaan sekali gus meningkatkan indeks pencemaran udara.

"Pada masa sama, kita juga telah meminta semua anggota untuk bersedia bagi menghadapi sebarang kemungkinan berlaku kebakaran serupa di tempat-tempat lain," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rekreasi

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rekreasi


Dunia motor lasak milik Gabit

Posted: 31 Jan 2014 11:55 AM PST

SELAIN berlumba atau membuat pertunjukan aksi, Gabit turut sama berkongsi pendapat dalam meningkatkan keupayaan motosikalnya bersama jurutera terlibat.

BAGI peminat sukan permotoran, mungkin ramai yang tidak kenal nama Muhamad Habibullah Mohd Salleh. Namun, apabila disebut Gabit, pasti akan terkenangkan pelumba muda yang berbakat besar ini.

Dalam dunia kanak-kanak di negara ini, kala usia 10 tahun, mereka mula belajar bermain basikal gunung, namun ketika itu, Gabit telah pun menyertai pertandingan motocross kategori junior.

Empat tahun kemudian, Gabit mengukir sejarah apabila menjuarai pertandingan Kejuaraan Motocross Malaysia SIC-AAM dalam kategori junior sebelum memasuki kategori Novis pada tahun 2007.

Setahun berlalu, dia bersama abangnya Mohd Al-Amirul Asy-Syahid Mohd Salleh yang dikenali sebagai Gaban, masing-masing bertukar kedudukan pada kategori ekspert sehingga tahun 2009.

Sebagai pelumba sejati, bukan sahaja sukan motocross digilainya, malah Gabit turut menyertai CubPrix, Malaysia Super Series-600cc dan kejuaraan Supermoto.

Hari ini pula, Gabit terlibat dalam sukan permotoran lagak ngeri dengan melakukan aksi-aksi lasak menggunakan motosikal.

Cintanya terhadap dunia permotoran membuatkannya menimba banyak pengalaman walaupun pada usia baru mencecah 22 tahun. Dalam pada itu, dia juga bakal bergelar bapa pada pertengahan bulan hadapan. - AMIRUL/AZMAN

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Muka Hadapan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Muka Hadapan


Kerajaan akan bantu sedaya upaya

Posted: 01 Feb 2014 10:58 AM PST

Broken Link!

The content you are looking for is not available. You might had clicked on a broken link from another website or the content itself might have been removed.

You may want to consider our archive on

If you think there is an error, please click here to report and let us know.

Kuasa mutlak Sultan Selangor

Posted: 01 Feb 2014 10:58 AM PST

Broken Link!

The content you are looking for is not available. You might had clicked on a broken link from another website or the content itself might have been removed.

You may want to consider our archive on

If you think there is an error, please click here to report and let us know.

Empat beradik gembira pulang ke tanah air

Posted: 01 Feb 2014 10:58 AM PST

Broken Link!

The content you are looking for is not available. You might had clicked on a broken link from another website or the content itself might have been removed.

You may want to consider our archive on

If you think there is an error, please click here to report and let us know.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved