Khamis, 23 Januari 2014

Utusan Online - Johor

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Pastikan peniaga letak tanda harga

Posted: 22 Jan 2014 11:32 AM PST

Oleh MOHAMED SAARI
utusanjohor@utusan.com.my

ABDUL Aziz Siamin (dua dari kanan) dan Norshida Ibrahim (kiri) melihat ikan yang dijual di Pasar Borong Taman Yayasan semasa melakukan tinjauan harga sempena Ops Harga di Segamat, kelmarin.

SEGAMAT 22 Jan. - Ops Harga 2014 yang dilancarkan Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) cawangan Segamat semalam akan memberi tumpuan kepada pasar basah, kedai runcit, pasar mini, medan selera dan restoran.

Pengurusnya, Abdul Aziz Siamin berkata, operasi itu juga bertujuan memastikan para peniaga meletakkan tanda harga pada barangan jualan mereka terutamanya menjelang sambutan Tahun Baru Cina tidak lama lagi.

"Peniaga yang melakukan kesalahan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatuan 2011 boleh didenda sehingga RM50,000 (individu) dan RM100,000 (syarikat) atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

"Sepanjang tempoh Ops Harga ini, pesalah akan terus didakwa di mahkamah kerana tindakan kompaun yang sering dikenakan selama ini tidak memberi kesedaran kepada mereka," katanya selepas melakukan tinjauan harga di sekitar Taman Yayasan, di sini semalam.

Yang turut serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Buloh Kasap, Norshida Ibrahim dan beberapa ketua kampung di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Buloh Kasap.

Abdul Aziz berkata, pihaknya akan memberi tumpuan terhadap alat timbang dan sukat bagi memastikan peralatan tersebut berfungsi dengan betul dan sah seperti yang digariskan di bawah Akta Timbang dan Sukat 1972.

Beliau berkata, para peniaga yang menipu sukatan dan timbangan boleh didenda maksimum RM4,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, Norshida menasihatkan para pengguna supaya bijak membuat perancangan semasa berbelanja dan mengutamakan barangan keperluan asas terlebih dahulu serta membuat perbandingan.

NGO disaran bantu didik pengguna amal perbelanjaan berhemat

Posted: 22 Jan 2014 11:32 AM PST

MOHAMED Khaled Nordin menyampaikan replika cek RM25,000 dan trofi kepada wakil peniaga Medan Selera Impian Tepian Tebrau di Dewan Sangkar Kristal, Johor Bahru, kelmarin.

JOHOR BAHRU 22 Jan. - Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negeri ini disaran membantu kerajaan untuk mendidik dan menggalakkan orang ramai mengamalkan perbelanjaan berhemat.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, NGO terutama persatuan pengguna juga diharap dapat membantu memberi kesedaran tentang aspek itu kerana mampu mempengaruhi corak perbelanjaan isi rumah serta pengguna.

Menurutnya, usaha itu boleh dibuat menerusi pelbagai program seperti kempen hebahan supaya dapat dikongsi bersama.

"Kerajaan negeri akan mengikuti perkembangan persatuan pengguna yang ada di negeri ini dan mereka yang aktif serta sering menganjurkan program kepenggunaan akan diberi dorongan dan bantuan yang sewajarnya.

"Yang penting dan perlu diutamakan adalah pengguna," katanya dalam Majlis Penyampaian Anugerah Program Pengiktirafan Medan Selera Pilihan Pengguna 2013 di Dewan Sangkar Kristal, di sini semalam.

Dalam majlis itu, beliau turut menyampaikan hadiah kepada medan selera terbaik iaitu Sri Stulang, Tepian Tebrau dan Atap Berlian Hutan Bandar yang membawa pulang hadiah dalam bentuk peruntukan pembangunan berjumlah RM25,000 setiap satu.

Dalam pada itu, Mohamed Khaled turut memuji program dianjurkan Persatuan Penggerak Pengguna Johor (PPPJ) yang berjaya mewujudkan kerjasama baik antara NGO dengan agensi kerajaan pada masa akan datang.

"Saya berharap dengan pengiktirafan yang diterima akan menjadi motivasi dan tekad bagi penerima meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan untuk kesejahteraan para pelanggan," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Feminin

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Feminin


Norlizana perkenal CheekyLizzy

Posted: 22 Jan 2014 09:50 PM PST

Oleh mariatul qatiah zakaria
maria.zakaria@utusan.com.my
Gambar nooradzrene mohammed noor

Norlizana Fazlia Zulkafli menunjukkan sebahagian daripada produk kraf jahitan yang dihasilkan.

TIDAK memiliki kemahiran bukanlah penamat kepada apa juga yang ingin dilakukan kerana tiada yang mustahil di dunia ini janji ia disusuli dengan semangat serta keyakinan diri.

Istilah di mana ada kemahuan di situ ada jalan juga sedikit sebanyak mampu membuatkan seseorang itu berfikir, kejayaan pasti diperoleh sekiranya dilakukan dengan bersungguh-sungguh.

Menjadikan kesemua itu sebagai kata-kata semangat untuk memajukan diri, Norlizana Fazlia Zulkafli, 30, berusaha mendalami bidang jahitan walaupun sebelum ini memegang jarum dan benang pun tidak pernah.

Ditambah lagi dengan alasan bosan dan sunyi tinggal di rumah tanpa berbuat apa-apa, menjadikan Norlizana atau lebih mesra disapa Liz lebih tekad untuk mempelajari bidang jahitan.

Berkat usaha yang bersungguh-sungguh serta semangat yang tinggi, siapa sangka daripada tidak tahu menjahit apatah lagi bermain dengan benang dan jarum, akhirnya Liz mampu membuktikan kejayaan menerusi penghasilan kraf tangan yang menjadi mata pencarian sampingannya.

Diletakkan di bawah jenama CheekyLizzy, kesemua kraf tangan yang dihasilkan adalah tulen daripada jahitan Liz sendiri.

Berbicara lanjut mengenai pembabitannya dalam bidang kraf tersebut, ulas anak kelahiran Ipoh, Perak ini, segala-galanya berlaku apabila dia mendirikan rumah tangga dan mengikut suaminya pulang ke negara kelahirannya di Melbourne, Australia.

Pada awal penghijrahannya, Liz tidak mempunyai pekerjaan dan masa seharian di rumah hanya dihabiskan untuk mengemas serta melakukan kerja-kerja rumah.

Dalam tempoh tersebut, Liz yang biasa bekerja di tanah air terasa kekok dan masa yang terluang banyak dihabiskan dengan melayari internet.

Akhirnya dengan tidak sengaja Liz telah melayari beberapa blog yang memaparkan mengenai keindahan kraf tangan yang dihasilkan sendiri melalui jahitan.

Pada masa yang sama, Liz turut mendapati di Melbourne, banyak kraf tangan yang dihasilkan sendiri dijual melalui internet dan tanpa berfikir panjang dia terus menanam minat untuk belajar menjahit.

"Terus terang saya nyatakan bahawa saya tidak tahu menjahit dan seumur hidup tidak pernah memegang jarum dan benang, tetapi sejak berkahwin dan mengikut suami berhijrah, saya jadi bosan tinggal di rumah tanpa melakukan sebarang pekerjaan.

"Akhirnya sementara menanti jawapan untuk dipanggil temuduga, internet merupakan peneman setia hinggalah satu hari saya melihat banyak kraf tangan yang menarik dihasilkan oleh orang-orang di sini (Melbourne) dan ia dijual secara dalam talian melalui internet.

"Dari situlah saya mula terfikir untuk belajar menjahit sekaligus menghasilkan kraf tangan sendiri dan akhirnya inilah hasilnya, CheekyLizzy," ujarnya yang ditemui sewaktu pulang ke tanah air untuk melawat ayahnya yang menjalani pembedahan pintasan jantung di Institut Jantung Negara (IJN), di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Kini bukan sahaja mahir bermain dengan benang dan jarum, malah Liz juga mahir menggunakan mesin jahit dan pelbagai kraf tangan telah dihasilkan.

Antaranya, bekas pensel, beg susu bayi, beg sandang belakang, dompet, beg tote, tilam bayi, bantal, dan pembalut pasport.

Apa yang membanggakan sejak pertengahan tahun 2012, kraf tangan yang dihasilkan Liz telah pun dipasarkan di pasar di Melbourne.

Selain itu, jenama CheekyLizzy juga boleh didapati melalui laman sosial facebook, laman sesawang www.cheekylizzy.com serta madeit.com.au.

Menggunakan fabrik serta aksesori seperti zip serta butang yang berkualiti, Liz memberitahu kini pelanggannya terdiri daripada pelbagai golongan.

Sememangnya turut membuka tempahan daripada pelanggannya, Liz juga menerima tempahan mengikut cita rasa para pelanggannya.

Tidak hanya menghasilkan pelbagai kraf mengikut tempahan, Liz juga menghasilkan barangan yang siap untuk kemudahan pembeli membeli secara terus tanpa perlu menunggu lama.

Boleh didapati pada harga serendah RM12, barangan kraf yang dihasilkan Liz sememangnya cukup berkualiti di samping kraf yang begitu menarik dengan pelbagai warna dan pilihan.

"Kesemua barangan CheekyLizzy dijual dalam mata wang dollar Australia tetapi ia berbaloi kerana bahan-bahan yang digunakan baik daripada fabrik serta aksesori adalah yang berkualiti.

"CheekyLizzy sememangnya merupakan barangan kraf yang dihasilkan sepenuhnya oleh saya dan Insya-Allah apa jua barangan yang dikehendaki ada dijual ataupun anda boleh menempahnya.

"Sudah pasti penghantarannya akan sampai terus di hadapan pintu rumah pelanggan," katanya menutup bicara.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Dalam Negeri

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Beri kelonggaran cuti kepada masyarakat Cina

Posted: 23 Jan 2014 03:21 AM PST

KUALA LUMPUR 23 Jan. - Syarikat-syarikat swasta disaran memberi kelonggaran cuti lebih awal kepada pekerja Tionghua sempena sambutan Tahun Baharu Cina minggu depan.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Kaprawi berkata, saranan itu bertujuan mengelakkan kesesakan lalu lintas yang dijangka berlaku menjelang perayaan tersebut.

Kelonggaran cuti lebih awal disarankan supaya orang ramai terutama masyarakat Cina boleh membuat persediaan awal dalam merancang perjalanan mereka untuk pulang kampung," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis pelancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya sempena Tahun Baharu Cina 2014 Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di Plaza Tol Sungai Besi di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Ops Harga: Tiada pihak akan terlepas

Posted: 23 Jan 2014 03:17 AM PST

KUALA LUMPUR 23 Jan. - Operasi harga barangan (Ops Harga) yang dilancarkan serentak di seluruh negara Isnin lalu tidak semata-mata memberi fokus kepada peniaga kecil tetapi turut melibatkan pasar raya dan restoran.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah berkata, tiada pihak yang terkecuali daripada operasi berkenaan bagi memastikan peraturan di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan dipatuhi.

Sekarang ini yang menjadi isu ialah kenaikan harga barangan basah, sebab itu tumpuan lebih kepada pasar basah dan kedai runcit.

Tetapi kita akan pergi keseluruhannya, tidak kira peniaga kecil atau besar,'' katanya dalam sidang akhbar Persidangan Pandangan Strategik Malaysia Kali Ke-16 anjuran Institut Kepimpinan dan Strategi Asian (ASLI) di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE.

NBOS: Tiga bas diserahkan kepada ATM

Posted: 23 Jan 2014 03:12 AM PST

PUTRAJAYA 23 Jan. - Tiga buah kementerian bersetuju menyerahkan sebuah bas masing-masing kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk digunakan sebagai bas sekolah menerusi pelaksanaan agenda transformasi Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS).

Kerjasama itu melibatkan Kementerian Kewangan, Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan; Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Pertahanan.

Majlis penyerahan bas itu disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa dan Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ismail Ahmad yang menerima replika kunci daripada tiga wakil kementerian terbabit di pekarangan Jabatan Perdana Menteri di sini hari ini.

Sesi penyerahan dimulakan oleh Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri. Dr. Mohd. Irwan Serigar diikuti Ketua Setiausaha Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Arpah Abdul Razak.

Kementerian Sumber Manusia diwakili oleh Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Kemahiran, Dr. Mohd. Rasyid Buyong Hamzah.

Dengan adanya kemudahan tiga buah bas itu, sebanyak 70 orang anak tentera di sekitar Lembah Klang bakal menerima manfaat daripada program fasa pertama yang merupakan salah satu prinsip NBOS iaitu mengoptimumkan sumber terkumpul bagi mencapai hasil lebih baik. - UTUSAN ONLINE

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Selatan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


Barangan RM55,000 dirampas

Posted: 22 Jan 2014 11:32 AM PST

Oleh FARABI SHEIKH SAID AL JABRI
utusanN9@utusan.com.my

SAIFULBAHRI Abdul Kadir (kanan) bersama anggotanya memeriksa harga barangan keperluan ketika mengadakan operasi di sekitar pekan Gemencheh, Tampin, Negeri Sembilan, semalam. - UTUSAN/ABD. RAZAK AID

TAMPIN 22 Jan. - Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan negeri telah melakukan rampasan barangan bernilai RM55,000 sejak semalam dan hari ini di dua daerah menerusi Ops Harga 2014 yang dilancarkan Isnin lalu.

Timbalan Pengarah PPDNKK negeri, Saifulbahri Abdul Kadir memberitahu, sejumlah RM50,000 nilai barangan telah dirampas oleh pihaknya melibatkan kesalahan di bawah Kesalahan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 serta Akta Timbang dan Sukat 1972.

Jelasnya, yang juga Ketua Pegawai Penguat Kuasa PDNKK, rampasan berkenaan dibuat hasil daripada pemeriksaan yang dilakukan oleh pihaknya di Nilai melibatkan dua lokasi di Nilai 3 dan sekitar Bandar Baru Nilai.

"Dalam operasi yang kita lakukan di beberapa buah premis kita mendapati sebanyak 14 kes melibatkan kesalahan Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan serta satu kes melibatkan Akta Timbang dan Sukat," katanya ketika ditemui dalam Ops Harga di Gemencheh, dekat sini hari ini.

Dalam pada itu, dalam serbuan yang sama di sekitar kawasan Gemencheh hari ini, Saifulbahri turut memberitahu, pihaknya mengesan beberapa peniaga yang didapati melanggar peraturan dengan tidak meletakkan harga barangan di kedai mereka.

Saifulbahri mengingatkan kepada para peniaga di negeri ini bahawa mereka seharusnya memaparkan tanda harga pada setiap barangan jualan selain menggunakan alat timbang yang ditentu sah oleh pihak berkuasa bagi mengelakkan penipuan terutamanya dalam aspek sukatan.

"Kita melihat pada ketika ini terdapat kecenderungan peniaga mengambil kesempatan untuk meraih keuntungan dengan menaikkan harga barangan sesuka hati dan kita tidak akan lagi berkompromi dengan mengambil tindakan kepada mereka yang cuba mencabar undang-undang," katanya.

Justeru Saifulbahri meminta kerjasama daripada orang ramai untuk menyalurkan maklumat yang tepat dan jelas kepada pihaknya bagi membolehkan tindakan diambil terhadap peniaga yang sengaja melakukan kesalahan bagi mengaut keuntungan berlebihan.

PBT tidak dibenar naikkan cukai pintu - MB

Posted: 22 Jan 2014 11:32 AM PST

SEREMBAN 22 Jan. - Kerajaan negeri tidak akan membenarkan pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini menaikkan kadar cukai terutamanya cukai pintu pada tahun ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, keputusan itu dibuat sebagai sebahagian daripada inisiatif kerajaan mengurangkan beban rakyat.

Beliau berkata, walaupun ia bermakna PBT terpaksa menanggung beban akibat kos operasi yang meningkat, kerajaan negeri membuat keputusan itu demi kesejahteraan hidup rakyat.

"Serentak dengan itu juga, kerajaan berharap para peniaga menerima keputusan ini dengan tidak menaikkan harga barang secara keterlaluan memandangkan mereka hanya membayar cukai pada kadar lama.

"Ini penting kerana usaha kerajaan bagi mengurangkan beban rakyat tidak akan berjaya tanpa kerjasama daripada semua pihak dan dalam hal ini para peniaga juga perlu memainkan peranan mereka," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Exco, di sini hari ini.

Menurutnya, kerajaan negeri juga melakukan pengorbanan dengan mengarahkan semua PBT melonggarkan syarat bagi penjaja dan peniaga kecil mendapatkan lesen perniagaan.

Katanya, para penjaja juga menikmati pengecualian bayaran permit niaga selama tiga tahun yang mengakibatkan PBT mengalami kekurangan pendapatan mencecah jutaan ringgit sepanjang tempoh tersebut.

"Semua ini dilakukan kerana kerajaan mahu terus membantu menggalakkan aktiviti perniagaan di negeri ini dengan memudahkan peraturan yang selama ini dianggap terlalu ketat," ujarnya.

Mohamad memberitahu, mesyuarat Exco juga telah memutuskan takrifan penjaja sebagai mereka yang berniaga di premis yang tidak kekal seperti pasar malam, pasar tani, berniaga di bawah payung dan secara bergerak.

Jelasnya, walaupun syarat bagi penjaja telah dilonggarkan, mereka hanya dibenarkan berniaga di lokasi yang munasabah dan bukannya di tempat seperti persimpangan jalan atau berdekatan lampu isyarat.

"Mereka juga tidak boleh menyewakan perniagaan itu kepada pihak lain kerana kelonggaran syarat ini bertujuan membuka peluang kepada orang ramai menjalankan perniagaan sendiri," tegasnya.

Generasi muda perlu rebut peluang jadi usahawan

Posted: 22 Jan 2014 11:32 AM PST

MELAKA 22 Jan. - Generasi muda diseru untuk tidak mensia-siakan segala peluang yang dihidangkan kerajaan bagi melibatkan diri dalam bidang perniagaan dan keusahawanan.

Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron berkata, peluang itu perlu direbut terutamanya oleh belia bumiputera dalam usaha memajukan ekonomi diri, keluarga dan masyarakat.

Menurutnya, belia yang bijak mengambil peluang serta kreatif dalam membuat keputusan akan membantu mengangkat negara ke satu tahap yang lebih membanggakan di mata dunia.

"Sebaliknya, belia yang bersikap pasif akan terus terkongkong dalam zon selesa dan tidak akan berusaha keluar dan memajukan diri sendiri," katanya ketika merasmikan program Ramah Mesra Usahawan Belia Melaka 2014, di sini semalam.

Yang turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Pembangunan Usahawan negeri, Datuk Hasan Rahman; Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp. Malaysia, Datuk Hafsah Hashim dan Presiden Gabungan Muda Berjaya (GMB) Malaysia, Agil Faizal Ahmad.

Majlis tersebut sempena Siri Jelajah Kongres Muda ke Melaka bagi mengadakan forum serta mendengar usul dan pendapat dari usahawan yang seterusnya akan dibawa ke Kongres Muda di Kuala Lumpur pada 27 hingga 29 Mac ini.

Jelas Idris, beliau yakin program yang diadakan itu memberi banyak manfaat kepada para usahawan muda bagi menggalakkan penglibatan mereka.

"Program ini bertujuan untuk memberikan gambaran betapa seriusnya kerajaan dalam meletakkan orang muda di satu kedudukan bagi memperbaiki diri dan maju ke hadapan," ujarnya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Utara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


Harga di kantin sekolah kekal

Posted: 22 Jan 2014 11:32 AM PST

Oleh KHAIRUL ABIDIN NUAR
khairul.nuar@utusan.com.my

Shamsudin Abu Hassan (dua dari kiri) bersama para guru dan pelajar melihat senarai harga pada menu makanan di kantin SMK Raja Chulan ketika melawat sekolah berkenaan di Ipoh, kelmarin.

IPOH 22 Jan. - Kerajaan tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pengusaha kantin yang cuba menaikkan harga makanan di sekolah, lebih-lebih lagi ketika rakyat berdepan dengan kenaikan harga barang.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Pengguna, Sumber Manusia dan Masyarakat Sivil negeri, Datuk Samsudin Abu Hassan berkata, pihaknya yakin tidak berlaku kenaikan di kantin sekolah di negeri ini kerana tiada sebarang aduan diterima.

Hari ini saya turun padang meninjau harga makanan di kantin sekolah-sekolah. Saya melihat perkara ini tidaklah berlaku secara meluas seperti yang dilaporkan di akhbar baru-baru ini. Cuma mungkin ada insiden kecil yang digembar-gemburkan bahawa harga makanan di kantin sekolah begitu mahal.

Jadi, saya berharap agar perkara ini tidak digunakan oleh pihak tertentu untuk dijadikan sebagai satu isu. Di kantin sekolah ini misalnya, harga secawan teh o panas dijual pada harga 60 sen berbanding RM1 sekiranya dibeli di luar. Jadi, harga yang ditawarkan kepada pelajar secara keseluruhannya amat rendah," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mengikuti operasi pemeriksaan harga makanan di kantin-kantin sekolah anjuran Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Perak di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Raja Chulan di sini hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau turut menggesa Persatuan Pengguna yang ditubuhkan di sekolah-sekolah supaya lebih aktif menerapkan ilmu kepenggunaan dalam kalangan para pelajar sekali gus dapat melahirkan lebih ramai pengguna bijak pada masa hadapan.

Selain itu katanya, rakyat juga harus turut sama membantu serta tidak menyalahkan kerajaan semata-mata dalam menangani isu kenaikan harga barang.

Rakyat sebenarnya dapat membantu kerajaan dengan menstabilkan harga di pasaran. Misalnya, tak salah kalau kita boikot jika harga ikan naik. Tak makan ikan seminggu dan beralih kepada telur, tujuannya memberi pendidikan kepada peniaga-peniaga," katanya.

Islam benteng gejala keruntuhan akhlak - Raja Muda

Posted: 22 Jan 2014 11:32 AM PST

KANGAR 22 Jan. - Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, umat Islam tidak boleh memandang ringan gejala keruntuhan akhlak khususnya dalam kalangan remaja seperti penyalahgunaan dadah, kegiatan buli dan gangsterisme yang kian menular di negara ini.

Sehubungan itu, titah baginda, agama Islam seharusnya menjadi benteng yang boleh menyelamatkan anak-anak muda daripada terjerumus dalam aktiviti tersebut.

Marilah kita (umat Islam) sama-sama mempertingkatkan program-program berbentuk keagamaan dan seumpamanya.

Ini bagi menggalakkan remaja pewaris bangsa berminat mencari ilmu serta mendekatkan diri dengan program-program bercorak keagamaan dan akhlak," titah baginda.

Baginda bertitah demikian ketika menutup program Daurah Tasawwur Islam 2014 anjuran Jabatan Mufti Negeri Perlis dengan kerjasama Kedutaan Arab Saudi yang berlangsung di sebuah hotel di sini hari ini.

Program selama tiga hari itu antara lain bertujuan mengeratkan lagi ukhuwah silaturrahim dengan Kedutaan Arab Saudi dalam merangka satu program penghayatan terhadap Islam.

Yang turut hadir Menteri Besar, Azlan Man dan Penasihat Kedutaan Arab Saudi di Malaysia, Sheikh Abd. Rahman Al-Bulaihi.

Tuanku Syed Faizuddin bertitah, program seumpama itu seharusnya dijalankan secara berterusan dengan menerap, menyemai dan memantapkan lagi pengisian Islam kepada seluruh rakyat.

Ia termasuklah penggubalan dasar-dasar tertentu dalam jurusan pentadbiran awam dan negara," saran baginda.

Titah baginda, dalam membentuk pendidikan ummah berteraskan nilai-nilai agama, umat Islam perlu mengimbangi semula peranan dalam menerapkan nilai tersebut yang merupakan komponen penting pembentukan sahsiah ummah, identiti bangsa dan negara Islam yang progresif.

Oleh yang demikian, peranan kita perlu diperluaskan manakala minda kita semestinya dimerdekakan daripada takuk lama dengan berfikiran secara kritis untuk menghasilkan idea-idea bernas bagi memastikan masyarakat mampu menghayati nilai-nilai Islam sebenar," titah baginda.

Hina PM: Polis ambil keterangan

Posted: 22 Jan 2014 11:32 AM PST

Oleh MOHD. KHUZAIRI ISMAIL
utusanpenang@utusan.com.my

Abdul Rahim Hanafi

PULAU PINANG 22 Jan. - Polis sudah mengambil keterangan daripada pihak yang terbabit dalam tunjuk perasaan menghina Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung isu kangkung yang didakwa turut melibatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machang Bubok, Lee Khai Loon minggu lalu.

Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, keterangan pihak terbabit direkod di bawah Seksyen 9, Akta Perhimpunan Aman.

Menurut beliau, pihaknya juga telah mengambil keterangan daripada pihak yang dipercayai terlibat dalam membawa banting '13 Mei' semasa tunjuk perasaan membantah Khai Loon di Seberang Jaya, dekat sini 18 Januari lalu di bawah Akta Hasutan.

Walau bagaimanapun, Abdul Rahim tidak mendedahkan jumlah individu yang diambil keterangan dalam kedua-dua kejadian tersebut.

"Siasatan kedua-dua kes masih dijalankan dan ini menunjukkan polis tidak berat sebelah atau mengamalkan dwi standard dalam menjalankan siasatan.

"Kita menjalankan siasatan tanpa mengira mana-mana kumpulan (parti politik) dan sekiranya seseorang itu didapati terbukti terlibat dalam kejadian tersebut, kita akan menahannya untuk membantu siasatan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Dalam kejadian di Pasar Malam Alma, Bukit Mertajam dekat sini 15 Januari lalu, sekumpulan penyokong pembangkang dipercayai diketuai Khai Loon dengan biadap menyumbat kangkung ke dalam mulut replika Perdana Menteri dan mempersenda kenyataan Najib berhubung penurunan harga sayuran berkenaan baru-baru ini.

Ekoran tindakan kurang ajar itu, kira-kira 3,000 penduduk diketuai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican mengadakan bantahan di Seberang Jaya dan mendesak Khai Loon memohon maaf.

Reezal Merican sebelum ini menafikan pihaknya terbabit dalam membawa banting '13 Mei' semasa perhimpunan itu serta dalam masa sama menyifatkan tindakan tersebut adalah manifestasi kemarahan orang Melayu terhadap tindakan tidak bertanggungjawab Khai Loon menghina Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rekreasi

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rekreasi


Laluan getir head hunter

Posted: 22 Jan 2014 09:50 PM PST

Oleh AMIR SARIFUDIN
amir.mansor@utusan.com.my

JAMBATAN gantung menjadi tarikan kepada pelancong di laluan head hunter dan Camp 5, Mulu, Sarawak.

MIRI - Lebih 300 tahun lalu, dikhabarkan suku kaum Kayan yang memang terkenal dengan kemahiran berperang, bertindak meluaskan kawasan-kawasan penguasaan mereka.

Ini menyebabkan mereka merampas penempatan suku kaum lain. Suku kaum Kayan akan menjelajah ke kawasan pedalaman untuk menggempur dan memenggal kepada lain-lain suku kaum bagi mencapai hasrat tersebut.

Berdasarkan kisah itu, antara laluan diguna oleh suku kaum Kayan berkenaan ialah antara Kuala Terikan berhampiran Kuala Medalam di Limbang hinggalah ke Camp 5 dekat Mulu, Miri,

Bermula dari situ, laluan berkenaan kemudian dikenali sebagai 'Head Hunter Trail dan kini menjadi tumpuan pelancong dalam dan luar negara.

Penulis dan dua wartawan Utusan Malaysia, Nor Sedek Ismail dan Md. Azrin Rosly, berkesempatan melalui pengalaman menarik menggunakan laluan Head Hunter tersebut dengan kerjasama Lembaga Pelancongan Sarawak (STB).

Bermula dari Limbang, seseorang perlu melalui jalan darat sebelum sampai ke rumah panjang Kuala Medalam yang mengambil masa satu jam.

Di rumah panjang suku kaum Tabun ini, banyak pengalaman menarik termasuk mengenali budaya dan cara kehidupan mereka. Malah penulis serta rakan-rakan juga berkesempatan mempelajari jenis tumbuh-tumbuhan dan sayur-sayuran yang diguna mereka untuk perubatan dan sebagai bahan makanan.

Penghulu Daerah Limbang, Siga Weng, 70, yang menghuni rumah panjang tersebut memberitahu, penduduk di situ kerap memakan sayur-sayuran hutan dan tanaman yang ditanam sendiri termasuk padi.

"Ini amalan kami sejak dulu dan saya yakin keadaan ini menyebabkan ada penduduk umurnya panjang, katanya.

Di rumah panjang itu juga, ibu kepada Siga, Aja Lalang, 90, kelihatan masih kuat dan sihat. Kehidupan hariannya menganyam tikar untuk dijual.

Yang menarik, Aja akan menganyam tikar dari pukul 10 atau 11 pagi hinggalah larut malam.

Ketika di rumah panjang, kami berkesempatan mempelajari beberapa perkataan suku kaum Tabun. Antaranya, 'rudap membawa maksud tidur; 'kuman (makan); 'domacing (selamat datang); 'sakai (tetamu) dan 'domalam (selamat malam)

Setelah bermalam di rumah panjang, kami kemudian menaiki bot panjang yang mengambil masa tiga hingga empat jam untuk ke Kuala Terikan bagi memulakan perjalanan merentasi laluan Head Hunter.

Dalam perjalanan menggunakan bot itu, kami berpeluang singgah di Taman Negara Mentawai untuk makan tengah hari. Memang jarang pelancong menginap di Taman Negara Mentawai mungkin kedudukannya yang jauh namun kawasan berkenaan tenang dan memiliki pemandangan yang cantik.

Sebaik sahaja tiba di Kuala Terikan, perjalanan melalui laluan Head Hunter bermula iaitu sejauh 11.3 kilometer untuk sampai ke Camp 5. Kami diiringi penunjuk arah, Addy Agong, 52, yang mahir selok-belok laluan berkenaan. Turut serta ialah seorang rakan kami Devanantahan Nathan.

Sebaik sahaja memulakan perjalanan, hujan lebat menyebabkan kami perlu lebih berhati-hati disebabkan kawasan hutan berkenaan dipenuhi laluan berakar dan berbatu licin.

Dalam keadaan hujan itu, Addy sempat menceritakan sejarah laluan Head Hunter selain menunjukkan jenis tumbuh-tumbuhan dan serangga yang ditemui.

Sepanjang perjalanan, seseorang perlu melalui dua jambatan gantung yang diperbuat daripada tali dan akhir kami selamat tiba di Camp 5 dalam keadaan basah kuyup.

Camp 5 memang terkenal dengan suasana tenang, udara nyaman dan sejuk.

Dikelilingi gunung-ganang dengan kabus dan sungai yang airnya sejuk sepanjang masa.

Kebanyakan pelancong yang datang ke Camp 5 menggunakan laluan dari Mulu dan jarang sekali melalui Head Hunter.

Di Camp 5, pelancong berpeluang melakukan aktiviti masing-masing seperti bersantai, mandi sungai, mengambil gambar pemandangan dan banyak lagi.

Kehadiran kami di Camp 5 turut berpeluang merasai keenakan rambutan dan durian di situ kerana secara kebetulan ia adalah musim buah-buahan.

Setelah tidur semalam di Camp 5, keesokannya bermula 6.30 pagi, perjalanan ke puncak Pinnacles bermula.

Pinnacles terkenal sebagai pendakian puncak paling mencabar, getir, sukar dan berisiko tinggi di Asia Tenggara walaupun jaraknya hanya sekitar 2.4 kilometer.

Dengan pendakian menegak dan laluan berbatu tajam serta licin selain dipenuhi akar-akar pokok, ia dianggap begitu sukar. Keadaan itu juga menyebabkan hampir separuh daripada jumlah pelancong yang datang ke Camp 5 gagal sampai ke puncak Pinnacles. Sepanjang pendakian, pelancong juga dinasihatkan meninggalkan botol bekalan air di tengah perjalanan dan apabila perjalanan menurun nanti, pelancong

boleh mendapatkan semula bekalan air tadi. Malah, setiap pendaki juga sering diingatkan bahawa perjalanan menurun selepas pendakian adalah lebih sukar kerana memerlukan kekuatan dua kali ganda melibatkan lutut.

Di samping itu, setiap tahun terdapat kes-kes pendaki tiba di Camp 5 pada waktu malam dan pihak pengurusan terpaksa menghantar pasukan bantuan disebabkan ada pendaki yang tercedera.

Selain itu, antara peraturan ditetapkan ketika pendakian ialah jika hujan semua pendakian terpaksa dibatalkan dan pelancong perlu berpatah balik ke Campa 5.

Keadaan ini bagi mengelak berlaku sebarang kemalangan.

Setelah pendakian ke Camp 5, pelancong akan tidur semula di Camp 5 dan keesokan harinya perlu berjalan sejauh 8 kilometer untuk ke Kuala Litut dan seterusnya ke Taman Negara Mulu.

Perjalanan dari Camp 5 ke Kuala Litut mengambil masa tiga hingga empat jam. Dari Kuala Litut, kami menaiki bot panjang selama 30 minit untuk sampai ke Taman Negara Mulu.

Di Taman Negara Mulu antara daya tarikan ialah Gua Angin, Gua Rusa dan beberapa buah gua lagi. Di Gua Rusa, jutaan kelawar dapat dilihat keluar mencari makan pada sebelah petang.

Bagi pelancong yang mahu mencuba laluan Head Hunter dan seterusnya mendaki puncak Pinnacles diikuti aktiviti menjelajah ke gua-gua di Taman Negara Mula, boleh menghubungi agensi-agensi pelancongan terutama pihak Lembaga Pelancongan Sarawak (STB).

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Muka Hadapan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Muka Hadapan


Cabaran rentas sempadan

Posted: 22 Jan 2014 11:32 AM PST

Broken Link!

The content you are looking for is not available. You might had clicked on a broken link from another website or the content itself might have been removed.

You may want to consider our archive on

If you think there is an error, please click here to report and let us know.

Malaysia beri penekanan transformasi pendidikan pasca 2015

Posted: 22 Jan 2014 11:32 AM PST

Broken Link!

The content you are looking for is not available. You might had clicked on a broken link from another website or the content itself might have been removed.

You may want to consider our archive on

If you think there is an error, please click here to report and let us know.

1,757 ditahan dalam tempoh 24 jam

Posted: 22 Jan 2014 11:32 AM PST

Broken Link!

The content you are looking for is not available. You might had clicked on a broken link from another website or the content itself might have been removed.

You may want to consider our archive on

If you think there is an error, please click here to report and let us know.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved