Jumaat, 3 Januari 2014

Utusan Online - Feminin

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Feminin


Tudung mudah pakai

Posted: 03 Jan 2014 06:09 AM PST

Oleh MERAN ABU BAKAR
Gambar NOOR AZLINA JAAFAR

Tudung corak bunga kecil yang ringkas tetapi cantik.

WANITA yang memakai tudung sudah semestinya memiliki banyak jenis dan warna tudung. Memiliki pelbagai warna tudung adalah perlu kerana hendak disesuaikan dengan baju yang hendak dipakai.

Kadang-kadang anda sudah pun memiliki warna-warna asas bagi setiap warna, namun dirasakan masih belum mencukupi kerana bagi satu-satu warna terdapat pula warna yang lembut, samar atau gelap.

Justeru anda akan membeli lagi sehingga terdapat beberapa warna hijau, merah, kuning dan sebagainya. Dengan kata lain, setiap wanita ingin memiliki banyak tudung dan apabila terdapat sahaja rekaan dan corak tudung terbaharu pasti akan dibeli.

Memenuhi keinginan wanita yang menyukai corak dan warna tudung yang pelbagai, Colourful Collections turut menyediakan banyak warna dan corak tudung yang menarik.

Di antaranya ialah tudung awning keras, awning lembut, awning bersilang, selendang dan tidak ketinggalan anak tudung atau tudung inner.

Menurut pemilik Colourful Collections, Zuraity Zulkifli yang menjual tudung melalui atas talian, kelainan tudung keluarannya ia dapat memenuhi pelbagai kehendak pelanggan yang menyukai tudung-tudung yang berbeza.

Tudung merah dengan awning lembut bersilang dua warna.

Tudung-tudung tersebut pula kata Zuraity, dibuat supaya dapat disesuaikan dengan pemakaian ke pejabat atau bersiar-siar.

Zuraity bersama suaminya, Mohd. Faizul Zaid, yang telah tiga tahun berniaga tudung ini menambah, koleksi tudung beliau dibuat daripada fabrik jenis kapas, lycra, syifon dan syifon jojet. Fabrik seperti ini senang dibentuk, selesa dan cantik terletak di atas kepala.

"Setiap minggu akan dimuatkan dua kali koleksi terbaru yang boleh dilihat oleh pelanggan. Biasanya saya tidak akan mengulang rekaan yang telah sedia ada. Namun jika banyak permintaan, baru saya akan mengulang semula rekaan yang dipinta.

"Sekarang ini pelanggan sukakan tudung atau selendang yang mudah dipakai kerana biasanya wanita ingin cepat bersiap untuk ke tempat kerja. Jadi mereka tidak mahu membuang masa lama membetulkan tudung dan selendang.

"Saya juga ada membuat selendang yang mudah dipakai yang hanya perlu disarung dan dipinkan bahagian yang selebihnya,'' ujar Zuraity.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Johor

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


8 peniaga terima penghargaan MDKT

Posted: 02 Jan 2014 11:09 AM PST

Oleh FARIK SALLEH
pengarang@utusan.com.my

Hasrin Kamal Hashim (enam dari kiri) bergambar kenangan bersama peniaga yang diraikan selepas Majlis Mesyuarat Tindakan Daerah MDKT di Kota Tinggi, kelmarin.

KOTA TINGGI 2 Jan. - Seramai lapan peniaga diraikan dalam Majlis Ramah Mesra dan Penyampaian Penghargaan kerana menjalankan perniagaan melebihi 50 tahun di kawasan pentadbiran Majlis Daerah Kota Tinggi (MDKT).

Yang Dipertua MDKT, Hasrin Kamal Hashim berkata, kesemua perniaga tersebut dipilih berikutan komitmen serta kesetiaan melebihi 50 tahun membangunkan perniagaan bersama pihaknya.

"Selain itu, penghargaan tersebut adalah sebagai tanda terima kasih MDKT kerana menyokong dan menjadi tulang belakang kepada MDKT melalui pembayaran lesen. Ada antara mereka yang telah memulakan perniagaan sejak tahun 1948 dan sebab itu kita memberikan mereka penghargaan.

"Penghargaan ini amat bermakna sebagai satu galakan kerjasama dan satu semangat serta contoh kepada peniaga lain untuk terus berniaga selain menjelaskan lesen tanpa tunggakan. Kesemua lapan peniaga tersebut kita beri potongan 50 peratus bayaran lesen perniagaan pada tahun 2014," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Mesyuarat Tindakan Daerah MDKT di sini semalam.

Yang turut hadir Setiausaha dan Ketua Whip MDKT, Mohd Hisam Said dan Sarjikon Mojri serta ahli-ahli majlis MDKT.

Menurut Hasrin Kamal, MDKT juga berharap kelapan-lapan peniaga itu dapat menjadi contoh kesedaran kepada peniaga dalam menjalankan perniagaan di dalam kawasan pentadbiran pihak berkuasa tempatan tersebut.

"Mungkin selepas ini ada anugerah bagi 100 tahun bersama MDKT pula. Malah pihak kita juga akan sentiasa fikirkan supaya peniaga setia bersama MDKT melalui apa jua pengisian termasuk aktiviti, program atau kempen yang dianjurkan," katanya lagi.

Kerajaan negeri alu-alukan sumbangan kepada mangsa banjir

Posted: 02 Jan 2014 11:09 AM PST

Hasni Mohammad (bersongkok ) beramah mesra dengan murid-murid yang menerima sumbangan beg dan peralatan sekolah di Benut, Pontian, baru-baru ini.

PONTIAN 2 Jan. - Kerajaan negeri menyambut baik sumbangan yang dihulurkan oleh pelbagai pihak bagi meringankan beban mangsa banjir termasuk kepada anak-anak mereka yang memulakan sesi persekolahan semalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Benut, Datuk Ir. Hasni Mohammad berkata, keprihatinan pelbagai pihak itu bukan sahaja dapat meringankan beban kewangan keluarga yang terjejas, malah membuktikan sikap mengambil berat serta pemurah rakyat Malaysia yang sentiasa peka dengan keadaan yang berlaku di negara ini.

"Bukan sahaja badan bukan kerajaan (NGO), malahan syarikat milik kerajaan (GLC) turut turun ke padang bagi menghulurkan sumbangan kepada mangsa banjir mengikut keperluan masing-masing.

"Inilah sebenarnya menjadi kekuatan rakyat Malaysia yang sentiasa merasai kesusahan yang dialami oleh saudara-saudara mereka walau di mana sahaja berada," katanya pada Majlis Penyampaian Beg Sekolah kepada mangsa banjir di Komplek Penghulu Mukim Benut di sini baru-baru ini.

Pada majlis tersebut, seramai 117 anak-anak mangsa banjir di tiga pusat pemindahan iaitu Kampung Parit Stan, Parit Abdul Rahman dan Tampok Laut menerima sumbangan daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Yang turut hadir Pengurus Besar PTPTN Zon 2, Rahimah Senin; Penghulu Mukim Benut, Abd. Jabal Kiman dan Naib Ketua UMNO Bahagian Pontian, Muhamadan Ahmad.

Hasni yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah negeri berkata, sebelum ini keluarga mangsa banjir di kawasan berkenaan turut menerima sumbangan daripada pelbagai pihak termasuk agensi dan jabatan berkenaan.

"Mereka yang berpindah ke pusat pemindahan banjir dan berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan menerima bantuan RM500 seperti yang diumumkan oleh kerajaan Pusat baru-baru ini," katanya.

Sementara itu, Rahimah berkata, pihaknya turut memberikan bantuan serupa kepada mangsa banjir di Batu Pahat dan Segamat yang melibatkan 230 pelajar.

Beliau berkata, sumbangan beg berserta peralatan sekolah merupakan tanggungjawab sosial korporat pihaknya bagi meringankan beban kewangan mangsa banjir dalam membuat persiapan persekolahan anak-anak mereka.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Selatan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


PPSPM cipta bot pembersih

Posted: 02 Jan 2014 11:09 AM PST

Oleh AMRAN MULUP
utusanmelaka@utusan.com.my

Beberapa anggota Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) di atas bot pembersih yang dicipta oleh jurutera PPSPM di Melaka, semalam.

MELAKA 2 Jan. - Jika sebelum ini usaha membersihkan Sungai Melaka dibuat secara manual tetapi kini Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) memperkenalkan prototaip bot pembersih sungai yang dilengkapi teknologi terkini.

Bot pembersih sungai yang dibangunkan oleh jurutera PPSPM itu kini mampu membersihkan sungai dengan mengutip sampah sarap terapung dengan lebih sempurna dan cepat berbanding cara lama.

Ketua Pegawai Eksekutif PPSPM, Datuk Baharom Majid berkata, prototaip bot berenjin 40 kuasa kuda itu sedang diuji dan telah memulakan kerja-kerja membersih di sepanjang Sungai Melaka dari Taman Rempah hingga ke Dataran Sungai di Banda Hilir.

Menurutnya, usaha mereka bentuk bot pembersih sungai itu dijangka dapat menjimatkan kos yang dibayar PPSPM kepada kontraktor pembersihan sebanyak RM23,000 sebulan.

"Bot ini amat istimewa kerana reka bentuknya dihasilkan oleh jurutera PPSPM sendiri khusus untuk mempercepatkan dan memudahkan kerja-kerja pembersihan di sungai.

"Buat masa ini, kita ada sebuah sahaja bot dengan kos lebih daripada RM20,000 dan memang ada cadangan untuk menambah jumlah tersebut mengikut keperluan," katanya di sini semalam.

Baharom berkata, prototaip bot itu akan ditambah baik bagi memastikannya selamat digunakan serta tidak menimbulkan sebarang masalah.

Setakat ini katanya, bot sepanjang sembilan meter itu menunjukkan keberkesanan dalam kerja-kerja pembersihan sungai.

Beliau berkata, bot tersebut direka bentuk selama setahun oleh jurutera PPSPM sebelum prototaipnya dapat dihasilkan.

"Setakat ini, kerajaan negeri berpuas hati selepas melihat prototaip bot pembersih sungai dan kita akan menambah jumlah bot ini mengikut keperluan," katanya.

YDP baharu MPJ tumpu modal insan

Posted: 02 Jan 2014 11:09 AM PST

Ismail Othman (tengah) menyerahkan peruntukan RM600,000 kepada Hazudin Hashim (kiri) bagi pembinaan rumah golongan kurang berkemampuan di Jasin, Melaka, semalam.

JASIN 2 Jan. - Penekanan terhadap pembangunan modal insan menjadi fokus utama Hazudin Hashim apabila dilantik sebagai Yang Dipertua Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) yang baharu.

Menurutnya, pembangunan modal insan wajar diberikan keutamaan kerana Jasin mempunyai banyak institusi pengajian tinggi (IPT) dan terbaharu Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Seri Mendapat akan dibuka pertengahan tahun ini.

Beliau yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari Universiti Malaya (UM) berkata, penekanan ke arah itu amat penting dalam melahirkan individu yang berketerampilan khususnya golongan remaja di daerah ini.

"Tugas-tugas yang masih berjalan sewaktu di bawah Yang Dipertua lalu, Datuk Murad Husin akan diteruskan dan saya akan melihat beberapa keperluan yang perlu dibangunkan di Jasin.

"Saya juga akan mendapatkan taklimat terlebih dahulu daripada seluruh pegawai sebelum tugas-tugas baharu yang akan saya laksanakan terutama dalam usaha memperkukuhkan kedudukan kewangan MPJ," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam Jamuan Makan Malam sempena Sambutan Ulang Tahun MPJ ke-7 di Dewan Alamanda di sini malam tadi.

Yang turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Ismail Othman; Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Perpaduan, Hal Ehwal Pengguna dan Koperasi negeri, Datuk Latiff Tamby Chik dan Ahli Parlimen Jasin, Datuk Ahmad Hamzah.

Hazudin, 44, dilantik sebagai Yang Dipertua MPJ menggantikan Murad yang berpindah sebagai Yang Dipertua Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) berkuat kuasa semalam.

Beliau sebelum ini adalah seorang peguam bela daripada 1994 hingga 2000 dan berkhidmat sebagai Penasihat Undang-undang di Yayasan Melaka selama sepuluh tahun.

Mengulas lanjut, Hazudin berkata, turut diberikan penekanan oleh beliau ialah memperkukuhkan kedudukan kewangan MPJ.

Justeru katanya, kawasan berpotensi dalam sektor pelancongan akan diberi penekanan selain pembangunan sektor industri turut mendapat keutamaan dalam pentadbiran baharunya.

"Tugas yang saya galas berbeza dengan bidang kerja saya sebelum ini tetapi ini tidak menjadi masalah kerana pengalaman 20 tahun di sektor awam dan swasta banyak membantu saya," katanya.

Justeru, beliau berharap semua kakitangan MPJ memberikan kerjasama untuk membantunya memantapkan pentadbiran dan melonjakkan MPJ sebagai antara pihak berkuasa tempatan (PBT) paling mapan.

Mengoca ikan aktiviti unik tahun baharu

Posted: 02 Jan 2014 11:09 AM PST

KUALA PILAH 2 Jan. - Seramai 60 peserta terdiri daripada penduduk Kampung Tanggai menyertai pertandingan mengoca ikan iaitu aktiviti menangkap ikan dengan cara tradisional menggunakan tangan di hulu sungai Muar dekat Gua Batu Maloi, Johol semalam.

Acara mengoca secara berpasangan berkenaan diadakan sempena program sambutan Tahun Baharu 2014 yang dianjurkan oleh Komuniti 1Malaysia dan Gerakan Belia 4B Kampung Tanggai dengan kerjasama Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johol.

ADUN Johol, Abu Samah Mahat berkata, sebanyak 50 kilogram ikan keli dan talapia dilepaskan ke sungai untuk aktiviti mengoca yang diadakan setiap kali menyambut tahun baharu.

Katanya, pada tahun ini, acara itu melibatkan semua peringkat umur dan jantina serta dilakukan secara berpasangan seperti ibu dan anak.

''Kita sedia maklum bahawa aktiviti ini dilakukan secara tradisional di dalam sawah padi selepas penat bekerja seharian maka dengan penganjuran acara ini dapat mendedahkan kepada remaja dan belia mengenai pengalaman mengoca ikan dengan menggunakan tangan," katanya.

Kata Abu Samah, selain sebagai pendedahan, aktiviti tersebut dapat merapatkan hubungan antara ahli keluarga dan masyarakat kampung.

Dalam masa sama, pelbagai aktiviti lain turut diadakan termasuk pertandingan meneka berat buah nangka, karaoke, gotong-royong membersihkan kawasan perkuburan dan penyerahan bantuan kepada 30 warga emas.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Utara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


Gajah liar serang kampung

Posted: 02 Jan 2014 11:09 AM PST

Oleh ABD RAZAK OSMAN
utusankedah@utusan.com.my

PENDUDUK melihat pokok pisang yang dimusnahkan oleh gajah liar di Kampung Kaki Bukit, Baling, Kedah, baru-baru ini.

BALING 2 Jan. - Sebanyak 40 keluarga di Kampung Kaki Bukit, Bongor di sini hidup dalam ketakutan apabila dua ekor gajah liar didakwa kerap menyerang kampung itu terutama pada waktu malam sejak seminggu lalu.

Haiwan dipercayai dua beranak itu sering berada berdekatan tiga buah rumah penduduk dan bertindak memusnahkan pelbagai tanaman termasuk berpuluh-puluh pokok pisang.

Kemunculan gajah itu juga menakutkan 15 penduduk untuk keluar menoreh getah kerana bimbang terserempak dengan haiwan tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kaki Bukit, Ahmad Tajuddin Umat, 40, berkata, kes sedemikian perlu diberi perhatian serius oleh pihak berkenaan.

"Sebelum berlaku perkara tidak diingini, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Baling perlu bertindak segera," katanya.

Menurutnya, pendapatan penduduk di kawasan itu dikhuatiri terjejas apabila tidak dapat menoreh memandangkan harga getah mencecah lebih RM3 sekilogram ketika ini.

"Penduduk bimbang jika perkara ini dibiarkan begitu sahaja," katanya.

Seorang penduduk, Fakrulrazi Ahmad, 53, berkata, gajah yang masuk ke kampung itu adalah dari hutan berdekatan.

"Kami minta pihak berkenaan, terutama Perhilitan ambil tindakan segera menghalau gajah supaya masuk ke hutan semula," katanya.

Menurutnya, jika dibiarkan, gajah itu boleh merosakkan tanaman padi organik seluas hampir 10 hektar yang diusahakan oleh penduduk dan kini sudah mula mengeluarkan hasil.

"Pada masa ini, gajah itu mula mencari makanan hanya kira-kira 100 meter sahaja dari rumah penduduk," katanya.

21,884 murid mula belajar sesi tahun satu di Pulau Pinang

Posted: 02 Jan 2014 11:09 AM PST

P. Kamalanathan (kiri) beramah mesra dengan dua murid cacat penglihatan yang baru memulakan sesi persekolahan tahun satu di Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Alma, Bukit Mertajam, Pulau Pinang, semalam.

BUKIT MERTAJAM 2 Jan. - Seramai 21,884 murid tahun satu mendaftar bagi sesi persekolahan 2014 yang bermula hari ini di seluruh negeri ini.

Pengarah Pelajaran negeri, Datuk Ahmad Tarmizi Kamaruddin berkata, jumlah itu membabitkan 398 sekolah termasuk Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT).

"Sesi persekolahan berjalan lancar sejak awal pagi dan tidak ada masalah besar yang menjejaskan murid pada hari pertama kerana masing-masing kelihatan teruja.

"Yang wujud cuma masalah kecil seperti murid tidak dapat sekolah yang diminta dan pertukaran guru yang mana ini merupakan perkara biasa," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, Ahmad Tarmizi mengiringi Timbalan Menteri Pendidikan II, P. Kamalanathan meninjau sesi permulaan persekolahan di Sekolah Kebangsaan (SK) Pendidikan Khas Alma di sini.

Selain sekolah itu, beberapa sekolah turut dilawati termasuk SJKT Bukit Mertajam dan SK Convent Greenlane.

Bagi kemasukan ke tingkatan satu pula, Ahmad Tarmizi berkata, seramai 23,783 pelajar turut memulakan sesi persekolahan hari ini.

Murid SK Guar Nangka dikunjungi Timbalan Exco Pendidikan

Posted: 02 Jan 2014 11:09 AM PST

Asmaiza Ahmad (kiri) diiringi Dun Kasa beramah mesra dengan murid tahun satu di Sekolah Kebangsaan Guar Nangka, Mata Ayer, Perlis, semalam.

ARAU 2 Jan. - Seramai 35 murid tahun satu Sekolah Kebangsaan (SK) Guar Nangka, Mata Ayer di sini melalui pengalaman menarik pada hari pertama persekolahan apabila dikunjungi oleh Timbalan Exco Pendidikan negeri, Asmaiza Ahmad.

Asmaiza yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chuping meluangkan masa kira-kira sejam untuk beramah mesra dengan murid-murid tahun satu di sekolah berkenaan.

Turut hadir Pengarah Pendidikan negeri, Dun Kasa dan Guru Besar sekolah berkenaan, Noorizah Shuid.

Sementara itu, Dun berkata, seramai 2, 672 murid prasekolah menduduki 121 kelas di 71 buah sekolah rendah di seluruh negeri ini hari ini.

Katanya, seramai 3,620 murid tahun satu di 74 buah sekolah rendah pula turut memulakan sesi persekolahan mereka.

"Seramai 3,947 pelajar tingkatan satu turut memulakan persekolahan di 29 buah sekolah menengah di negeri ini.

"Keseluruhan pelajar sekolah menengah tingkatan satu hingga enam di Perlis adalah seramai 21, 269 orang," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Dalam Negeri

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Banjir: 12 sekolah masih tutup di Sarawak

Posted: 03 Jan 2014 02:36 AM PST

KUCHING 3 Jan. - Seramai 1,347 murid di negeri ini masih belum memulakan sesi persekolahan kerana kawasan sekolah mereka masih ditenggelami banjir.

Penolong Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN) negeri, Mohamed Faizal Shah Ali berkata, pihaknya dimaklumkan oleh Jabatan Pendidikan Sarawak bahawa masih terdapat 12 sekolah yang mempunyai 1,347 murid belum dapat dibuka setakat ini disebabkan banjir.

Beliau berkata, 12 sekolah yang masih ditutup ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Tegageng di Subis, Miri; SK Kampung Klid/Plajau di Dalat, Mukah; SK St. Mark (M), SK Nanga Selangau, SK Kuala Lemai dan SK Nanga Tajam di Selangau, Sibu.

Turut ditutup ialah SK Nanga Nirok di Kanowit, SK Nanga Serau di Julau, SK Pangtray di Daro, SK Jalan Deshon dan SK Nanga Bon di Sibu serta SK Metalun di Belaga," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. - UTUSAN

Belia perlu amalkan politik intelektual

Posted: 03 Jan 2014 02:32 AM PST

KUALA LUMPUR 3 Jan. - Golongan belia tanah air perlu menjadikan politik intelektual sebagai satu budaya jika mereka benar-benar mahu membawa perubahan kepada negara.

Menurut Presiden Generasi Pelapis Malaysia (GPM), Muhammad Shazwan Sazali, politik intelektual bermaksud budaya berpolitik yang berasaskan fakta, saksama dan mengambil perspektif yang lebih meluas dalam menerima dan membincangkan satu-satu isu.

Jelas beliau, dewasa ini, dengan kewujudan dan kebebasan media-media sosial, masyarakat terutamanya golongan belia, kebiasaannya hanya menerima bulat-bulat apa sahaja 'maklumat' yang disebarkan.

"Amat jarang sekali para belia khususnya golongan siswazah bersikap kritikal dan analitikal terhadap maklumat yang diterima.

"Akibatnya mereka mudah diperdayakan oleh golongan-golongan berkepentingan dan menyebabkan penyebaran luas maklumat-maklumat yang kurang tepat mengenai isu-isu semasa," jelas beliau ketika ditemui selepas sidang akhbar Persidangan Isu-isu Kebangsaan Untuk Generasi Y 2014 (NICGY2014) di Pusat Dagangan Dunia Putra, di sini hari ini. - UTUSAN

Syor Tun Mahathir elak banjir

Posted: 03 Jan 2014 12:59 AM PST

KUALA LUMPUR 3 Jan. - Bekas perdana menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mencadangkan agar tingkat satu bangunan dan rumah ditinggikan untuk mencegah dilanda banjir.

Beliau berkata, tingkat satu - lobi atau dewan masuk - sesebuah bangunan perlu ditinggikan sekurang-kurangnya 12 kaki (3.6 meter) dari paras jalan raya, manakala dinding konkrit dibina di sekeliling bahagian bawah tingkat satu hingga ke tempat parkir di bahagian bawah bangunan.

Dalam tulisan terbaru beliau melalui blog www.chedet.cc, Dr. Mahathir juga mencadangkan agar tanjakan dibina dari jalan raya ke pintu masuk bangunan di tingkat satu dan satu tanjakan lagi dibina untuk membolehkan kenderaan turun ke parkir bertingkat.

"Jalan raya akan bertukar menjadi seperti longkang apabila berlaku banjir akibat hujan atau air pasang. Ini akan membolehkan air banjir mengalir cepat ke dalam terusan atau sungai, sebaik sahaja air laut surut atau hujan berhenti," katanya.

Beliau berkata, di kawasan pantai timur yang sering dilanda banjir pada musim monsun, penyelesaian paling mudah ialah membina bangunan bertiang seperti rumah Melayu. - BERNAMA

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rekreasi

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rekreasi


Berjalan atas pokok

Posted: 02 Jan 2014 07:04 AM PST

Aliran jeram yang mendamaikan di Sungai Sedim, Kulim.

CUTI persekolahan mungkin sudah berakhir, tetapi pengalaman sepanjang percutian baru-baru ini boleh tentunya dikongsi antara satu sama lain dan seterusnya mungkin boleh dijadikan panduan bagi mereka yang ingin merancang percutian pada masa hadapan.

Destinasi percutian pula berbeza-beza. Ada yang memilih untuk ke tempat-tempat menarik di negara jiran sebagi destinasi untuk membawa keluarga.

Tetapi, dalam negara juga mempunyai pelbagai lokasi menarik yang ada antaranya kita tidak sedari. Setiap negeri di Malaysia mempunyai puluhan tarikan pelancongan untuk dikunjungi yang setiap satu menawarkan pengalaman yang berbeza.

Sungai Sedim juga menjadi lokasi untuk aktiviti sukan lasak.

Ada pula yang cukup unik yang langsung tidak pernah terlintas di fikiran kita bahawa destinasi atau percutian seperti itu wujud di negara ini.

Ada antaranya kelihatan sederhana, tetapi mempunyai keistimewaan dan keunikan sendiri yang hanya dapat dirasai apabila telah menjejakkan kaki ke sana.

Bagi mereka yang sering berkunjung ke negeri Kedah, destinasi pelancongan yang kerap terlintas di kepala tentunya Pulau Langkawi.

Yang suka membeli-belah pula, sudah tentu berminat ke Bukit Kayu Hitam dan dalam perjalanan pulang mahu singgah di Pekan Rabu, Alor Star untuk membeli barangan tradisional yang jarang boleh didapati di tempat lain.

Tetapi jangan lupa, daerah Kulim yang lebih dikenali sebagai kawasan perindustrian sebenarnya turut memiliki tarikan pelancongannya tersendiri.

Mungkin tidak sehebat destinasi-destinasi lain, tetapi pastinya ia mempunyai kelainan yang mampu memberi kepuasan tersendiri.

Jambatan atas pokok sepanjang hampir satu kilometer yang mendekatkan lagi

Mungkin ada yang tertanya-tanya apa tempat menarik yang ada di Kulim? Hutan Lipur Sungai Sedim yang berada dalam Hutan Simpan Gunung Inas adalah antara yang boleh dikunjungi untuk merehatkan minda sambil 'bermesra' dengan alam semujadi.

Ini merupakan kawasan hutan tanah pamah yang kaya dengan pelbagai jenis tumbuhan semujadi yang ditengah-tengahnya mengalir Sungai Sedim yang menyediakan pelbagai aktiviti air menarik.

Pemandangan dari atas pokok yang memukau.

Ada lapan anak sungai mengalir sepanjang Sungai Sedim yang sejauh 15 kilometer beserta dengan jeram yang menjadi lokasi sukan lasak seperti berkayak dan berakit di arus deras.

Kerana tarikan itu Sungai Sedim dan anak-anak sungai sekitarnya seperti Sungai Reyau, Sungai Merbok, Sungai tebuan, Sungai Karangan, Sungai Terona, Sungai Bekui, Sungai Bikan dan Sungai Buloh pernah menjadi lokasi pertandingan kayak arus deras peringkat antarabangsa.

Tetapi aktiviti yang paling menarik dan boleh disertai oleh semua orang ialah 'berjalan' atas pokok atau 'canopy walk'. Dikenali sebagai Tree Top Walk, ia terletak di kaki Gunung Inas dan setinggi 50 meter dari aras bumi.

Mula dibina pada 2004 dan siap pada 2005 dengan jarak hampir satu kilometer untuk membolehkan pengunjung menikmati dan menghayati kaindahan hutan.

PINTU masuk ke Tree Top Walk di Sungai Sedim, Kulim.

Di anggap sebagai yang terpanjang di dunia, berjalan di atas Tree Top Walk ini membolehkan pengunjung melihat dan merasai sendiri pemandangan hutan dari atas pokok.

Malah, ia menjadikan pengunjung lebih dekat dengan flora dan fauna yang terdapat dalam hutan simpan itu dan jika bernasib baik anda akan berselisih dengan penghuninya yang pelbagai itu.

Binaannya pula kemas dan selamat kerana sepanjang jambatan atas pokok itu ada penghadang yang cukup tinggi di kiri dan kanan untuk keselamatan pengunjung.

Oleh itu, bagi mereka yang ada keluarga boleh membawa bersama anak-anak termasuk yang masih bayi. Ini kerana boleh bawa bersama kereta sorong bayi di atas Tree Top Walk ini.

Kalau rasa penat berjalan, maklumlah jaraknya satu kilometer, boleh berehat seketika di check point yang telah disediakan.

Yang pasti, berjalan dari pokok ke pokok ini sememang satu pengalaman yang berbeza. Itu adalah pengalaman yang ditawarkan kepada mereka yang berkunjung ke Hutan Rekreasi Sungai Sedim.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Muka Hadapan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Muka Hadapan


351 Bible dirampas, 2 lelaki diberkas

Posted: 02 Jan 2014 11:09 AM PST

Broken Link!

The content you are looking for is not available. You might had clicked on a broken link from another website or the content itself might have been removed.

You may want to consider our archive on

If you think there is an error, please click here to report and let us know.

Harga barang makan meningkat

Posted: 02 Jan 2014 11:09 AM PST

Broken Link!

The content you are looking for is not available. You might had clicked on a broken link from another website or the content itself might have been removed.

You may want to consider our archive on

If you think there is an error, please click here to report and let us know.

Harga ikan kembung di Kedah naik 50 peratus

Posted: 02 Jan 2014 11:09 AM PST

Broken Link!

The content you are looking for is not available. You might had clicked on a broken link from another website or the content itself might have been removed.

You may want to consider our archive on

If you think there is an error, please click here to report and let us know.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved