Jumaat, 27 Disember 2013

Utusan Online - Kota

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


MPSJ diminta kaji semula

Posted: 27 Dec 2013 11:01 AM PST

Oleh NORMAIRAH JAMALUDDIN
kota@utusangroup.com.my

Chong Chee Yen (tengah) bersama sebahagian 35 peniaga sekitar Subang Jaya berkumpul sebagai membantah kenaikan kadar baharu lesen perniagaan yang didakwa naik terlalu mendadak di pekarangan MPSJ, Subang Jaya, Selangor, semalam. - UTUSAN/Ghazali Basri

SUBANG JAYA 27 Dis. - Kira-kira 35 peniaga di sini membantah kenaikan kadar baharu lesen perniagaan yang didakwa dinaikkan secara mendadak oleh Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ).

Peniaga mendakwa, kenaikan itu memberi kesan kepada mereka yang terdiri daripada peniaga kecil dan sederhana kerana dibuat tanpa sebarang pemberitahuan notis awal.

Naib Pengerusi Parti Gerakan Selangor, Chong Chee Yen, berkata, kerajaan negeri perlu mengkaji semula kenaikan tersebut kerana kenaikannya terlalu mendadak sehingga mencecah 400 peratus bermula tahun depan.

Menurutnya, kenaikan itu akan sudah tentu memberi kesan kepada kos peniagaan.

"Kami dimaklumkan bahawa kedai runcit dikenakan yuran sehingga RM1,000 setahun berbanding RM180 sebelum ini.

"Tindakan ini amat keterlaluan kerana dilaksanakan tanpa sebarang notis awal," katanya kepada pemberita semasa mengetuai bantahan aman bersama peniaga di pekarangan i MPSJ di sini hari ini.

Semasa bantahan tersebut, Chee Yen turut menyerahkan memorandum bantahan kepada Timbalan Setiausaha MPSJ, Mohd. Zulkarnain Che Ali bagi mewakili peniaga terlibat.

Menurut beliau, pihaknya dimaklumkan MPSJ bahawa kenaikan kadar tersebut adalah pindaan baharu Undang-undang Kecil Perlesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian MPSJ 2007.

"Bagaimana pun kami melihat kenaikan yang terlalu mendadak itu hanya akan menyebabkan kesulitan kepada peniaga pada masa akan datang," katanya.

Sementara itu, seorang peniaga, Chen Eng Keng, 38, berkata, dia berharap MPSJ dapat menangguhkan kenaikan tersebut dan mengenakan kadar yang lebih munasabah.

"Sudahlah sewa di sini mahal ditambah dengan kadar lesen yang naik secara tiba-tiba pula, perkara tersebut benar-benar memberi tekanan kepada kami.

"Kami juga tidak mendapat maklumat yang jelas mengapa kadar tersebut dinaikkan, sedangkan sebelum ini caj yang dikenakan sangat berpatutan," ujarnya.

Golongan muda diminta lebih matang dan rasional - Johan

Posted: 27 Dec 2013 11:01 AM PST

Johan Abdul Aziz (tengah) bersama sebahagian daripada penerima bantuan persekolahan sekitar Hulu Langat selepas merasmikan Program Empat Dalam Satu di Semenyih, Hulu Langat, Selangor, semalam. - UTUSAN/AZMAN ASMAYATIM

HULU LANGAT 27 Dis. - Anggota masyarakat terutama golongan muda diminta bersikap lebih matang dan rasional dalam melahirkan rasa tidak puas hati mereka terhadap sebarang isu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semenyih, Datuk Johan Abdul Aziz berkata, mereka tidak sepatutnya terpedaya dengan pengaruh dan ajakan untuk turun berdemonstrasi yang dikhuatiri boleh memporak perandakan keamanan negara.

Menurutnya, tindakan itu hanya merugikan diri mereka sendiri dan akan merencat semangat golongan muda.

"Lebih baik kita menyertai pelbagai aktiviti yang menyihatkan atau mengambil iktibar dari pelbagai sejarah dan peristiwa yang berlaku di negara lain, dalam erti kata pentingnya kita mempertahankan keamanan negara kita yang tercinta ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai penganjuran Himpunan Guling Kerajaan pada 31 Disember ini yang dipercayai cuba memperalatkan golongan belia untuk menentang kerajaan menerusi demonstrasi jalanan.

Terdahulu beliau hadir merasmikan Program Empat Dalam Satu di sini.

Selain acara pelepasan empat veteran ahli UMNO berbasikal menjelajah Selangor sejauh 341 kilometer, beliau turut melancarkan Kelab Bola Sepak Peringkat DUN Semenyih.

Turut diadakan majlis penyampaian penghargaan kepada Kelab Bola Sepak Remaja Semenyih Putra United yang menjuarai Divisyen 1 Kejohanan Bola Sepak 1 Malaysia Cardiff Club (1MCC) baru-baru ini dan Penyerahan Bantuan Kembali Ke Sekolah kepada kira-kira 200 pelajar sekolah rendah sekitar Hulu Langat.

Johan menambah, adalah lebih baik melibatkan diri dalam aktiviti sukan kerana ia bukan sahaja meningkatkan kesihatan, sebaliknya usaha untuk mengharumkan nama negara sekiranya terpilih ke peringkat antarabangsa.

"Ini sebagaimana yang kami usahakan di daerah ini, apabila kita mampu untuk melahirkan dua pemain muda kebangsaan bagi mewakili pasukan bola sepak negara," katanya.

Tambahnya, semangat empat ahli veteran UMNO berbasikal menjelajah Selangor itu perlu dijadikan contoh kepada anak-anak muda lain dengan melibatkan diri melalui kegiatan lebih sihat dan tidak merugikan diri mereka sendiri.

Menurutnya, acara berbasikal itu merupakan sebahagian latihan fizikal dan mental mereka sebelum menyertai satu ekspedisi berbasikal untuk mengerjakan umrah di Tanah Suci Mekah pada Mac 2014.

Kerajaan peruntuk RM7 juta untuk PP1M

Posted: 27 Dec 2013 11:01 AM PST

Hasan Malek (tengah) mencuba alat membuat laksa kebak selepas merasmikan Program Penjaja 1Malaysia di R&R Bukit Dukong, Kajang, Selangor, semalam - UTUSAN/Aizzul A.Majid

KUALA LUMPUR 27 Dis. - Kerajaan memperuntukkan RM7 juta untuk melaksanakan transformasi fizikal premis penjaja dan peniaga kecil selaras dengan matlamat Program Penjaja 1Malaysia (PP1M) sejak mula diperkenalkan tahun lalu.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek berkata, PP1M diperkenalkan bagi menaik taraf kawasan perniagaan melalui premis yang lebih bersih dan teratur serta menekankan penyediaan makanan yang bersih, sihat dan selamat.

"Program ini dimulakan di Kuala Lumpur dan diteruskan secara berperingkat ke kawasan-kawasan lain di seluruh negara.

"Kerajaan juga memperkenalkan satu lagi projek yang dikenali sebagai 'transformasi kios' yang bertujuan memberikan landskap baharu kepada gerai tradisional penjaja yang dibina dengan kayu dan zink," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan PP1M di Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Bukit Dukung, Kajang dekat sini hari ini.

Menurut Hasan, melalui projek 'transformasi kios', penjaja dan peniaga kecil akan menggunakan gerai keluli tahan karat.

Katanya, sebanyak 13 projek 'transformasi kios' telah dilaksanakan di PP1M Bukit Dukung yang juga merupakan projek perintis sebelum dikembangkan ke seluruh negara.

"Kementerian melalui kerjasama strategik bersama Grand Saga Sdn. Bhd. (Grand Saga) iaitu syarikat konsesi tol Lebuhraya Cheras-Kajang telah bersetuju untuk berkongsi peruntukan menaik taraf pusat penjaja di sini yang menelan anggaran kos keseluruhan sebanyak RM114,000," jelasnya.

Turut bekerjasama menjayakan program itu adalah Majlis Perbandaran Kajang, Jabatan Kerja Raya (JKR), Syarikat Yaqin Marketing Sdn. Bhd. serta persatuan-persatuan penjaja dan peniaga kecil setempat.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Johor

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Murid mula bersekolah dibantu

Posted: 26 Dec 2013 10:22 AM PST

Oleh MUHAMMAD ZIKRI
pengarang@utusan.com.my

Suhaimi Salleh (kiri) menunjukkan kemahiran menggunting rambut selepas majlis penyampaian sumbangan beg sekolah di Dewan Serbaguna Tok Moy, Kampung Duku, Pontian, kelmarin.

PONTIAN 26 Dis. - Seramai 200 murid di kawasan Tanjung Piai di sini menerima sumbangan beg sekolah daripada Badan Perhubungan UMNO negeri sebagai persediaan memasuki sesi persekolahan baharu minggu depan.

Pergerakan Puteri UMNO serta Biro Pendidikan UMNO Bahagian Tanjung Piai turut menyumbangkan peralatan sekolah selain perkhidmatan gunting rambut percuma.

Naib Ketua UMNO Bahagian Tanjung Piai, Suhaimi Salleh berkata, sumbangan tersebut bertujuan membantu ibu bapa yang kurang berkemampuan membuat persediaan persekolahan anak-anak mereka.

"Kami berharap sesi persekolahan mereka akan lebih bermakna serta bermotivasi dengan sumbangan yang diterima ini," katanya dalam majlis penyampaian sumbangan kepada ibu bapa dan wakil sekolah di Dewan Serbaguna Tok Moy, Kampung Duku di sini semalam.

Yang turut hadir, Ketua Puteri UMNO Bahagian Tanjung Piai, Rahimah Ithnin; Pengerusi Biro Pendidikan UMNO Bahagian Tanjung Piai, Mohd. Mokhtar Abdullah dan Setiausaha UMNO Bahagian Tanjung Piai, Shafie Kadar.

Suhaimi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kukup berkata, kerajaan sentiasa prihatin dan bersungguh-sungguh memberi pendidikan sempurna kepada semua lapisan masyarakat termasuk anak-anak golongan kurang berkemampuan supaya mereka tidak ketinggalan dalam bidang tersebut.

Beliau berharap semua ibu bapa memastikan anak-anak mereka mendapat pendidikan yang sebaiknya bermula di peringkat prasekolah sehingga ke sekolah menengah dan seterusnya ke institusi pengajian tinggi (IPT).

"Dengan kemudahan bangunan sekolah yang serba lengkap termasuk di luar bandar, tenaga pendidik yang berkualiti serta berkemahiran, tentunya tiada halangan bagi mereka untuk berjaya," katanya sambil menyarankan ibu bapa mewujudkan tabungan khas bagi tujuan pendidikan anak-anak demi masa depan mereka.

Beliau berkata, dengan adanya perancangan awal, beban ibu bapa akan berkurangan kerana mereka telah mempunyai sumber kewangan mencukupi bagi memenuhi keperluan semasa.

"Sekurang-kurangnya mereka boleh menabung sebanyak RM150 sebulan dan pada akhir tahun dapat mengumpul sebanyak RM1,800 yang boleh digunakan pada awal persekolahan," katanya.

Acara menarik ulang tahun Johor Bahru

Posted: 26 Dec 2013 10:22 AM PST

Ismail Karim (tiga dari kiri) menyentuh bebola kristal elektronik bagi melancarkan Perayaan Ulang Tahun Ke-20 MBJB di Johor Bahru, baru-baru ini.

JOHOR BAHRU 26 Dis. - Pelbagai acara menarik menanti warga bandar raya ini sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-20 Bandar Raya Johor Bahru mulai 1 Januari ini.

Datuk Bandar Johor Bahru, Ismail Karim berkata, sebanyak 20 acara dianjurkan hingga penghujung Jun depan sempena mengimbau dan meraikan 20 tahun perisytiharan Johor Bahru sebagai bandar raya kelima di negara ini pada 1 Januari 1994.

"Acara yang disusun termasuk aktiviti sosial, kerohanian, cara hidup sihat, sukan, kemasyarakatan, pengindahan dan keilmuan membabitkan semua golongan belia, kanak-kanak, keluarga, pemaju, profesional dan komuniti setempat.

"Tema yang dipilih ialah JB Dihatiku bertujuan mengeratkan kerjasama serta hubungan baik dan harmoni antara staf Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) dan warga bandar ini," katanya semasa melancarkan Perayaan Ulang Tahun Ke-20 MBJB di sini kelmarin.

Yang turut hadir, bekas Datuk Bandar Johor Bahru, Mohd. Jaffar Awang yang berkhidmat mulai 2009 hingga 2011.

Ismail turut berharap semua warga bandar raya ini menghayati tema yang dipilih dan bersama-sama bertanggungjawab menjadikan Johor Bahru sentiasa bersih, indah dan ceria.

Beliau berkata, Johor Bahru yang kini menjangkau usia 158 tahun mengalami pelbagai proses peralihan dan perubahan iaitu dari sebuah perkampungan kecil petani dan nelayan kepada bandar yang pesat membangun dan kini menuju sebuah bandar raya maju, bersepadu dan bertaraf antarabangsa menjelang 2020.

"Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Johor Bahru mengalami beberapa perubahan yang agak ketara membabitkan pertumbuhan kawasan penempatan baharu, pembangunan infrastruktur, landskap, rekreasi serta projek pembangunan mega yang memberi imej baharu kepada bandar raya ini.

"MBJB menyahut saranan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dengan memberikan perkhidmatan yang sebaik mungkin supaya bandar raya ini sentiasa kondusif untuk didiami," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Feminin

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Feminin


Gaya santai 2014

Posted: 26 Dec 2013 09:37 PM PST

Oleh Siti Aishah Yusoff
Gambar NOORADZRENE MOHD NOOR

But paras lutut yang cukup bergaya.

Melangkah ke tahun 2014, gedung membeli-belah terkenal Hennes & Mauritz atau lebih popular dengan singkatan H&M muncul dengan himpunan fesyen dengan gaya lebih segar, santai dan urban yang sudah pasti mengujakan para penggemarnya.

Bersedia untuk bebas mengekspresikan keriangan melalui koleksi wanita yang ala tomboi dengan sedikit elemen-elemen nakal tetapi masih ada gaya bohemia.

Begitulah H&M menterjemah tema koleksi pakaian wanita untuk musim bunga 2014 ini.

Pakaian wanita dengan gaya urban menampilkan kelainan pada olahan dan diri wanita tersebut.

Koleksi kali ini didominasi busana dengan perincian tassel (berumbai), blaus longgar yang feminin, dan jaket kulit tampal cantum (patchwork ) yang menggunakan fabrik suede, kulit, bulu tiruan, kapas dan kulit metalik.

Koleksi unik ini didatangkan dalam pelbagai warna ceria seperti hitam, putih, mocha, metalik dan putih gading.

Melalui kombinasi gaya urban dan bohemia , koleksi ini kelihatan berbeza dan bergaya kepada wanita yang memakainya. Setiap ekspresi mereka pasti tampil menarik dan manis.

Selain itu, bagi melengkap dan menambahkan keanggunan gaya H&M juga membawa pelbagai variasi aksesori untuk dipadankan seperti beg tangan, rantai leher dan tangan , cincin, tali pinggang, kasut but, kasut tumit tinggi dan sandal.

Bagi koleksi pakaian untuk jejaka tampil dengan gaya kemas dan licin namu masih kelihatan santai.

Seluar pendek gaya berpotongan kemas, jaket juruterbang, baju panas bertekstur, kameja , dan seluar pendek bercorak flora adalah beberapa koleksi menarik yang ditampilkan sempena musim bunga 2014.

Koleksi yang menggunakan fabrik kapas, kapas melange, campuran linen suede dan kulit didatangkan dalam variasi warna putih, biru laut, khaki dan kelabu, merah jambu dan kuning sitrus.

Harga untuk pakaian adalah bermula dari pada RM59.90 hingga RM999 manakala harga untuk aksesori bermula RM39.90 hingga RM249.

Semua koleksi ini boleh diperoleh di semua casangan H&M di beberapa gedung membeli-belah terkemuka seluruh negara.

Promosi akhir tahun Habib

Posted: 26 Dec 2013 09:37 PM PST

Pilihan barang kemas memukau pandangan

JUALAN cuci gudang Habib yang diadakan setiap hujung tahun memang sesuatu yang dinantikan oleh peminat barang kemas Habib Jewels. Untuk tahun ini Habib telah memilih hanya tiga lokasi untuk 'dicuci' iaitu di cawangan utama di Ampang Point, Selangor, Air Keroh, Melaka dan Plaza Angsana, Johor.

Apa yang lebih menarik, Jualan Cuci Gudang Habib ini memberi potongan hebat sehingga 80 peratus untuk barangan kemas berlian dan permata terpilih. Bukan itu sahaja, potongan ini juga melibatkan barangan kemas emas 916 sehingga RM15 segram dan potongan harga untuk jongkong emas 999 sehingga RM20 segram.

Habib turut menawarkan perkhidmatan tukar beli emas pada nilai sebanyak 18 peratus harga susut dan juga membeli dan menjual Jongkong Emas 999.9 dan Perak 999 yang boleh didapati dengan berat bermula dari 5 gram sehingga 1 kilogram.

Lanjut masa perniagaan

Sepanjang Jualan Cuci Gudang Habib ini, bilik pameran Habib yang terlibat akan memanjangkan waktu perniagaan dari jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam. Pelanggan-pelanggan Habib juga boleh mendapatkan barangan kemas yang dieksport dengan potongan harga sehingga 80 peratus. Bukan itu sahaja, koleksi berlian bersijil antarabangsa pada harga yang sangat rendah dan barangan berlian seperti koleksi Ice Habib yang boleh didapati pada harga serendah RM699 setiap satu.

Satu lagi berita baik untuk pelanggan Habib ialah barangan kemas mutiara iaitu rantai leher dan gelang tangan mutiara yang boleh dimiliki pada harga RM38 setiap satu untuk 100 pelanggan pertama setiap hari. Bukan itu sahaja, hadiah percuma untuk juga akan diberikan untuk pembelian RM2,000 keatas dan peluang untuk memenangi hadiah cabutan bertuah seperti barangan kemas berlian dan permata Habib, jongkong emas Emas dan barangan kemas Pandora.

Jadi, jangan lepaskan peluang untuk memiliki barangan kemas Habib pada harga yang terendah yang hanya boleh didapati setahun sekali ini di lokasi-lokasi yang terpilih iaitu, Ampang Point, Ayer Keroh, Plaza Angsana dari 25 hingga 29 Disember 2013.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Dalam Negeri

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Himpunan Guling Kerajaan: Penganjur perlu dipertanggungjawab

Posted: 27 Dec 2013 02:06 AM PST

Oleh NURULANUAR MANSOR

KUALA LUMPUR 27 Dis. - Pihak penganjur Himpunan Guling Kerajaan perlu dipertanggungjawabkan dan dikenakan tindakan keras terhadap sebarang kekaucauan serta kerosakan harta benda yang berlaku semasa perhimpunan tersebut pada 31 Disember ini.

Selain itu, Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Arman Adzha Abu Hanifa, mereka juga perlu dikenakan tindakan keras berdasarkan perlembagaan sekiranya ada individu yang mengibarkan bendera selain Jalur Gemilang pada perhimpunan tersebut.

Beliau turut menyatakan, penganjur perhimpunan haram itu jelas tidak menghormati sistem demokrasi, perlembagan, undang-undang dan hak rakyat lain dengan menghasut rakyat khususnya golongan muda menyertai demonstrasi haram tersebut.

Justeru, beliau bersama lima pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membuat laporan polis terhadap pihak penganjur perhimpunan haram itu di Balai Polis Damansara di sini hari ini agar tindakan tegas dapat segera diambil.

"Kami telah mengumpul bukti hasutan mereka dan telah menyerahkannya kepada pihak polis.

"Ini bukan retorik tetapi kenyataan kerana bukti-bukti tersebut jelas menunjukkan mereka melaku hasutan dan tidak menghormati perlembagaan dan undang-undang," jelas Arman Adzha.

NGO yang membuat laporan polis berkenaan ialah Persatuan Veteran Tentera Malaysia, Suara Anak Muda 1Malaysia, Majlis Jalinan Melayu Malaysia dan Briged Kesatria Mahasiswa.

Turut sama membuat laporan ialah Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Petaling Jaya Utara danPergerakan Pemuda UMNO Cawangan SS9A. - UTUSAN ONLINE

Krim kosmetik Sensual Meiji mengandungi racun - KKM

Posted: 27 Dec 2013 12:53 AM PST

KUALA LUMPUR 27 Dis. - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menasihatkan orang ramai agar tidak membeli dan menggunakan produk kosmetik Sensual Meiji Skin Renewer Cream yang dikesan mempunyai racun berjadual asid azelaik.

Dalam kenyataan hari ini, Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi Datuk Eisah A. Rahman berkata, produk yang dikilangkan di Taiwan itu diuji serta dikesan mengandungi racun yang tidak dibenarkan dalam produk kosmetik dan tidak lagi dibenarkan untuk dijual di Malaysia.

Katanya, produk yang mengandungi asid azelaik, perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah, yang bertujuan untuk mengurangkan kesan inflamasi bagi merawat masalah jerawat dan hanya boleh digunakan dengan nasihat profesional kesihatan.

"Penggunaan asid tanpa mendapat nasihat kepakaran daripada profesional kesihatan dikhuatiri boleh menyebabkan kesan yang tidak diingini seperti bahagian kulit muka yang disapu mengalami rasa terbakar, kegatalan, kesan kemerahan, kulit mengelupas dan perubahan warna kulit," katanya.

Beliau berkata, syarikat yang bertanggungjawab ke atas notifikasi produk itu diarah memberhentikan penjualan atau pembekalan dengan serta-merta dan memanggil balik kesemua stok produk itu dari pasaran dalam tempoh 72 jam.

"Sesiapa yang mempunyai stok produk itu dinasihatkan menghentikan penjualan, pengedaran atau penggunaan produk berkenaan dengan serta-merta," katanya.

Eisah berkata, pemilikan produk itu melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 dan jika didapati bersalah boleh dihukum maksimum tiga tahun penjara dan denda RM25,000 atau kedua-duanya.

Sementara itu, beliau berkata, syarikat yang didapati bersalah melakukan kesalahan itu boleh dikenakan hukuman denda sehingga RM50,000 dan hukuman bagi kedua-dua individu ataupun syarikat akan meningkat jika didapati mengulangi kesalahan sama.

Pengguna yang mengalami sebarang kesan sampingan atau kesan buruk akibat penggunaan produk kosmetik, dinasihatkan menghubungi Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan, di talian 03-8835532/5533/5537. - BERNAMA

Kerjasama 3 pihak lahirkan graduan penuhi permintaan - PM

Posted: 27 Dec 2013 12:41 AM PST

KUALA LUMPUR 27 Dis. - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerjasama erat antara institusi pengajian tinggi (IPT), bakal majikan serta pelajar mampu melahirkan graduan yang berkeupayaan bagi memenuhi pasaran pekerjaan.

Perdana Menteri berkata, selain meningkatkan kualiti pendidikan, kerjasama itu adalah penting untuk memperkasa graduan, dalam bidang yang bakal diceburi.

"Saya percaya bahawa pemerkasaan modal insan adalah intipati penting dalam agenda pembangunan negara," katanya dalam catatan di laman Facebooknya hari ini.

Dalam usaha melahirkan graduan berkualiti yang memenuhi kehendak pasaran, kerajaan telah melaksanakan beberapa usaha, antaranya membangunkan Modul Pembangunan Kemahiran Insaniah dan Modul Asas Pembudayaan Keusahawanan yang diajar di semua IPTA.

Siswazah yang sudah tamat pengajian juga diberikan peluang mengikuti program latihan khusus dengan kerjasama syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan pihak industri seperti Khazanah Nasional Berhad, Multimedia Development Corporation (MDEC), Bank Negara Malaysia dan beberapa syarikat tempatan lain.

Selain itu, Program Penjodohan Siswazah turut dijalankan dengan industri melalui kerjasama dengan syarikat tempatan yang mencari dan menempatkan siswazah di industri yang bersesuaian. - BERNAMA

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Selatan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


4 taman didakwa diserang denggi

Posted: 26 Dec 2013 10:22 AM PST

Oleh SAJIDA ASARULAH KHAN
pengarang@utusan.com.my

Phoon Kow Chai (kanan) melihat keadaan longkang Kampung Pa Kah Choon bersama seorang penduduk ketika melawat kampung tersebut di Jempol, kelmarin.

JEMPOL 26 Dis. - Seorang Ahli Majlis Daerah Jempol (MDJL) mendakwa seramai 60 orang dari empat kawasan perumahan di pekan Bahau telah menerima rawatan akibat demam denggi dalam tempoh dua bulan ini.

Phoon Kow Chai yang juga Ahli Lembaga Pelawat Hospital Jempol berkata, pihaknya menerima statistik berkenaan daripada penduduk terlibat dan jumlah itu dibimbangi meningkat sejak kebelakangan ini.

"Pada awalnya, beberapa penduduk di kawasan Taman Pelating dekat pekan Bahau dimasukkan ke Hospital Jempol akibat demam denggi.

"Kemudian beberapa hari selepas itu, penduduk bersebelahan taman itu iaitu Taman T Juara, Taman Melati serta Kampung Pa Kah Choon pula dimasukkan ke hospital akibat jangkitan demam yang sama," katanya di sini semalam.

Tambah Kow Chai, apa yang mengejutkan ialah dari Kampung Pa Kah Choon sahaja seramai 20 orang penduduk telah dimasukkan ke hospital secara berperingkat.

"Kita difahamkan kesemua mereka dari kampung ini dibenarkan keluar hospital selepas menerima rawatan antara tiga hingga enam hari dalam wad," tegasnya.

Beliau juga percaya jangkitan demam denggi itu berlaku disebabkan persekitaran di kawasan perumahan yang dipercayai menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes.

"Apa yang perlu dilakukan oleh penduduk terlibat ialah segera mengadakan gotong-royong membersihkan kawasan sekitar dan ia tidak boleh dipandang remeh, yang mana boleh mengakibatkan kehilangan nyawa," jelasnya lagi.

Dalam pada itu Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr. Zailan Adnan memberitahu, dakwaan Kow Chai itu akan disiasat secara terperinci termasuklah meneliti kesemua kes denggi yang dilaporkannya.

"Nasihat saya kepada mereka, segeralah mendapatkan rawatan jika demam di mana-mana klinik mahupun hospital supaya pencegahan dan rawatan dapat dibuat segera.

"Menjadi harapan saya agar semua pihak dapat membersihkan kawasan perumahan dan jangan biarkan nyamuk aedes ini membiak.

"Pemeriksaan akan dilakukan oleh pegawai dari jabatan ini dan jika didapati ada tanda pembiakan, tindakan boleh diambil ke atas mana-mana individu dan paling kita bimbang ialah kesihatan mereka yang mendiami perumahan itu boleh juga terjejas akibat nyamuk ini," katanya.

Melaka prihatin keseimbangan psikologi

Posted: 26 Dec 2013 10:22 AM PST

MELAKA 26 Dis. - Kerajaan negeri sentiasa memberikan penekanan terhadap aspek keseimbangan psikologi di kalangan penjawat awam negeri ini dalam memastikan perkhidmatan yang diberikan berada di tahap yang terbaik.

Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron berkata, setiap penjawat awam harus memiliki kesihatan psikologi yang baik kerana golongan itu sering berhadapan dengan kerenah rakyat yang pelbagai.

Menurutnya, dengan penekanan terhadap aspek psikologi juga selain dapat memberikan kepuasan kepada pelanggan, hubungan di antara rakan sejawat dan majikan juga dapat diperkukuhkan.

"Kerajaan negeri tidak melepaskan peluang untuk memastikan kesejahteraan psikologi di kalangan penjawat awam dan sentiasa berusaha merancang pembangunan perkhidmatan psikologi ke arah melahirkan pekerja yang dapat memberikan perkhidmatan terbaik.

"Pelbagai program dan aktiviti dijalankan bagi mencapai visi melahirkan penjawat awam yang dinamik, progresif dan berdaya saing melalui kecerdasan mental, emosi dan fizikal," katanya.

Beliau berkata demikian dalam teks ucapannya yang dibacakan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Naim Abu Bakar ketika merasmikan Simposium Kebangsaan Psikologi Insan anjuran Kolej Universiti Islam Melaka (Kuim) di Auditorium Seri Negeri, Ayer Keroh di sini baru-baru ini.

Yang turut hadir, Naib Canselor Kuim, Prof. Emeritus Datuk Dr. Mohd. Yusoff Hashim dan penceramah dan pakar motivasi terkenal, Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah.

Idris berkata, usaha pembangunan perkhidmatan psikologi di kalangan penjawat awam negeri telah dilaksanakan sejak tiga tahun lalu melalui Pelan Strategik Perkhidmatan Psikologi Jabatan Ketua Menteri 2011-2020.

Menurutnya, pelan di bawah kendalian Unit Psikologi, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia itu telah merangka dan melaksanakan pelbagai program antaranya kaunseling dan kursus berkaitan.

"Kerajaan negeri memerlukan modal insan berketrampilan, berpengetahuan serta berkemahiran lengkap dengan keperibadian mulia selain memiliki minda kelas pertama dalam melaksanakan tugas dan menghadapi cabaran pada setiap masa," katanya.

Kemas kini borang BR1M secara atas talian

Posted: 26 Dec 2013 10:22 AM PST

JEMPOL 26 Dis. - Pergerakan Puteri UMNO Bahagian ini berhasrat untuk turun padang bagi mendekati masyarakat Orang Asli dan pekerja ladang untuk membantu mereka mengisi dan mengemas kini borang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) menerusi atas talian

Ketuanya, Norfasliza Mohd. Salleh (gambar) berkata, pihaknya yakin kaedah mengisi dan mengemas kini BR1M menerusi sistem secara online adalah lebih mudah berbanding kaedah konvensional pengisian borang.

"Hanya dalam tempoh beberapa saat borang permohonan tersebut dapat dihantar malah mereka tidak perlu beratur dan mengguna cara kaedah untuk menghantar borang.

"Namun tidak semua pihak mahir menggunakan sistem dalam talian. Oleh yang demikian Puteri UMNO Bahagian Jempol bercadang mendekati Orang Asli dan pekerja ladang bagi membantu mereka dalam urusan BR1M," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Menurutnya lagi, bagi melicinkan proses, Puteri UMNO akan membuka kaunter pendaftaran dan kemaskini BR1M di Pejabat UMNO Bahagian berdekatan dengan bangunan Bank Simpanan Nasional (BSN) Bahau.

Katanya, kaunter itu akan dibuka pada 1 Januari ini iaitu pada hari Rabu bermula pukul 9 pagi hingga 5 petang itu terbuka kepada semua penduduk di Jempol yang layak memohon BR1M.

"Saya berharap agar penduduk dapat menggunakan peluang ini dengan baik. Jangan risau segala urusan kita jalankan dengan percuma," katanya lagi.

Dalam perkembangan lain Norfasliza turut memberitahu, pihaknya telah membuat satu laporan polis dan membantah penganjuran perhimpunan yang didalangi pembangkang bagi menggulingkan kerajaan pada 31 Disember ini.

Sambil menyifatkan tindakan itu sangat tidak bertanggungjawab beliau menjelaskan perhimpunan itu lebih mendatangkan kemudaratan dan menyebabkan negara menjadi huru-hara dan mengancam keselamatan orang ramai.

"Rakyat perlu sedar kerajaan yang sedia ada adalah pilihan majoriti dan dipilih menerusi sistem demokrasi berparlimen," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Utara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


Kedah longgar syarat beri biasiswa

Posted: 26 Dec 2013 10:34 AM PST

Oleh OPAT RATTANACHOT
uspetani@utusan.com.my

Norsabrina Mohd. Noor menyampaikan bantuan beg sekolah kepada salah seorang kanak-kanak di Sekolah Kebangsaan Sungai Taka, Bandar Baharu, Kedah, kelmarin.

BANDAR BAHARU 26 Dis. - Kerajaan negeri bersetuju memberikan kelonggaran kepada para penduduk sekitar daerah ini yang lahir di negeri Perak atau Pulau Pinang untuk mendapatkan bantuan pendidikan daripada Lembaga Biasiswa dan Pinjaman Negeri Kedah (LBPNK).

Pengerusi Jawatankuasa Sains, Inovasi, Teknologi Maklumat Komunikasi dan Teknologi Tinggi Kedah, Datin Norsabrina Mohd. Noor berkata, kelonggaran tersebut diberikan ekoran masalah status taraf anak negeri dalam kalangan penduduk kawasan itu yang dilahirkan di luar Kedah.

Beliau berkata, bagaimanapun mereka yang terlibat dikenakan syarat tambahan iaitu kedua-dua ibu bapa pemohon mesti dilahirkan di Kedah dan mendapat pengesahan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar Baharu.

"Sebelum ini ramai anak negeri Kedah dilahirkan di Perak atau Pulau Pinang akibat ketiadaan kemudahan bersalin di kawasan Bandar Baharu. Berikutan itu, mereka secara automatik tidak layak mendapat biasiswa negeri Kedah meskipun memperoleh keputusan cemerlang.

"Kerajaan negeri amat memahami masalah ini dan kita bersetuju memberikan kelonggaran kepada mereka terlibat selepas ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan beg sekolah sumbangan Pejabat ADUN Bandar Baharu kepada 90 murid di dewan Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Taka di sini semalam.

Norsabrina berkata, dengan kelonggaran itu, beliau berharap pelajar cemerlang di daerah Bandar Baharu akan menggunakan kesempatan terbabit untuk mendapatkan biasiswa bagi melanjutkan pelajaran ke tahap lebih tinggi.

Tambah beliau, kerajaan negeri dan Pusat turut bekerjasama untuk memastikan pembinaan sebuah hospital di daerah Bandar Baharu disegerakan sekali gus mengatasi masalah status kelahiran dalam kalangan penduduk.

Polis minta saksi kes langgar lari tampil beri maklumat

Posted: 26 Dec 2013 10:34 AM PST

ALOR SETAR 26 Dis. - Saksi yang mempunyai maklumat berhubung kemalangan maut melibatkan seorang pembantu gerai makan Universiti Utara Malaysia (UUM), Mohd. Malik Samsudin, 30, di Kilometer 22.5, Lebuh Raya Utara Selatan menghala Changlun dekat sini pagi kelmarin diminta tampil memberikan maklumat.

Pegawai Penyiasat Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu, S. Ragu berkata, polis menerima maklumat berhubung penemuan mayat seorang lelaki di tepi lebuh raya berdekatan kilang Gano Excel dari arah Jitra ke Changlun daripada orang awam yang melalui kawasan itu kira-kira pukul 7.45 pagi.

Menurutnya, sebuah motosikal jenis skuter Yamaha Ego bernombor pendaftaran RK 6913 turut ditemui berdekatan mangsa.

Dalam kes berasingan, Ragu turut meminta bantuan orang ramai menyalurkan maklumat berhubung satu lagi kemalangan maut di Kilometer 23.1 dari arah Changlun ke Jitra pada 4 Disember lalu.

Kemalangan itu melibatkan seorang pekerja sebuah kilang pengeluar makanan, Mohd Iswandi Ishak, 22.

Tambah Ragu, kedua-dua kejadian tersebut adalah kes langgar lari dan sesiapa yang mempunyai maklumat tentang kejadian tersebut diharap dapat menghubungi Bahagian Trafik IPD Kubang Pasu di talian 04-9172222 atau menerusi telefon bimbitnya iaitu 013-5201383.

Cari ah long guna talian tertera

Posted: 26 Dec 2013 10:34 AM PST

IPOH 26 Dis. - Polis Perak akan mengambil tindakan tegas terhadap kegiatan ah long yang terus menawarkan pinjaman kepada orang ramai menerusi iklan-iklan mereka seperti poster, pelekat dan kain rentang di negeri ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Perak, Supritendan Maszely Minhad berkata, kesemua maklumat akan diselidiki bagi mengenal pasti dalang di sebalik aktiviti berkenaan.

"Pasukan risikan akan digerakkan bagi mengenal pasti siapakah dalang-dalang yang mengusahakan kegiatan haram ini. Kesemua nombor telefon yang tertera dalam iklan itu akan dihantar ke Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk tindakan lanjut. Jika cukup keterangan, kita akan mengambil tindakan sehingga mendakwa mereka di mahkamah," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas operasi Ops Vulture bersama Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) bagi menurunkan poster ah long di sekitar daerah ini di sini baru-baru ini.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Muka Hadapan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Muka Hadapan


400 laporan polis diterima

Posted: 26 Dec 2013 10:21 AM PST

Broken Link!

The content you are looking for is not available. You might had clicked on a broken link from another website or the content itself might have been removed.

You may want to consider our archive on

If you think there is an error, please click here to report and let us know.

Kadar Simpanan Asas dinaikkan

Posted: 26 Dec 2013 10:21 AM PST

Broken Link!

The content you are looking for is not available. You might had clicked on a broken link from another website or the content itself might have been removed.

You may want to consider our archive on

If you think there is an error, please click here to report and let us know.

Jangan biarkan dalang bebas

Posted: 26 Dec 2013 10:21 AM PST

Broken Link!

The content you are looking for is not available. You might had clicked on a broken link from another website or the content itself might have been removed.

You may want to consider our archive on

If you think there is an error, please click here to report and let us know.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved