Ahad, 22 Disember 2013

Utusan Online - Johor

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Pengajar GiatMara digesa jadi ‘murabbi’

Posted: 21 Dec 2013 10:01 AM PST

Oleh HANIZA HASSAN
utusanjohor@utusan.com.my

JOHOR BAHRU 21 Dis. - Tenaga pengajar Pusat Latihan GiatMara digesa bertindak sebagai murabbi iaitu individu yang berperanan mendidik rohani, jasmani, akal dan emosi pelatih supaya mereka dapat menghayati serta mengamalkan ilmu yang dipelajari.

Pengerusinya, Datuk Jaujan Sambakong berkata, golongan tenaga pengajar GiatMara mempunyai cabaran dan peranan yang lebih luas dan bukan hanya berperanan untuk menyampaikan ilmu kepada pelatih, malah menggalas amanah yang amat mulia dalam memperbaharui dan memperbaiki kehidupan manusia terutama generasi muda yang menjadi teras modal insan negara.

Keberkesanan pendidikan akan terhasil apabila tenaga pengajar dapat membangunkan jiwa, membina akal dan membentuk akhlak manusia dengan asuhan ilmu dan adab yang mulia.

Ilmu sangat penting dalam kehidupan manusia kerana ilmu mampu membawa manusia ke arah mencapai kesejahteraan dan ketenteraman dalam hidup," katanya pada Majlis Graduasi Pelatih GiatMara Johor, di sini hari ini.

Pada majlis yang turut dihadiri Pengarah GiatMara negeri, Mohamad Merjuki Kasanwidi itu, seramai 427 pelatih daripada 13 pusat latihan menerima Sijil Profesional Giatmara.

Dalam majlis itu, Jaujan turut menyampaikan sijil kepada 77 orang ahli Kelab Teknologi Bumiputera (KTB) yang terdiri daripada pelajar di negeri ini.

KTB yang dilancarkan sempena Karnival Inovasi GiatMara & Bike Skill Fest 2012 di Permas Jaya, Pasir Gudang pada Oktober tahun lalu berperanan untuk memupuk minat dan kecenderungan peserta KTB sebagai platform bagi menarik lebih ramai pelajar dan belia bumiputera untuk mengikuti latihan kemahiran.

Dalam pada itu, Mohamad Merjuki meminta semua pelatih GiatMara di negeri ini melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran, ilmu dan ciri-ciri yang unggul supaya dapat bersaing dan merebut peluang dalam persaingan dunia tanpa sempadan.

Beliau berkata, arus teknologi maklumat kini menjana landskap dunia dengan mengubah sistem ekonomi Malaysia daripada berlandaskan pengeluaran kepada pengetahuan.

Sains dan teknologi sangat penting dalam pembangunan ke arah ekonomi berteraskan pengetahuan dan menerusinya, kebijaksanaan akal fikiran bagi menggunakan maklumat menjadi teras utama yang menentukan arus perkembangan dan kemajuan ekonomi sesebuah negara.

Apa yang dihasratkan oleh pihak pengurusan GiatMara adalah lepasan pelatih mampu berdikari dan berusaha dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang dibekalkan sepanjang menjalani latihan," katanya.

Minat dorong Faris dalami bidang animasi

Posted: 21 Dec 2013 10:01 AM PST

Mohd. Faris Azman berkongsi kegembiraan dengan pasangan kembar, Radikarmiza Syari (kiri) dan Niaparaliza Syari selepas diumumkan Pelatih Terbaik pada Majlis Graduasi GiatMara Zon Selatan di Johor Bahru, semalam.

JOHOR BAHRU 21 Dis. - Minat yang dipupuk sejak sekolah menengah dalam bidang animasi mendorong Mohd. Faris Azman, 22, mengambil kursus pendek Teknologi Animasi GiatMara dan lebih menggembirakan apabila dia dinobatkan sebagai penuntut terbaik pada konvokesyen pelatih Giatmara Johor, di sini hari ini.

Bekas graduan Diploma Sains Matematik Universiti Teknologi Mara (UiTM) Segamat itu muncul penuntut terbaik selepas memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.75.

Mohd. Faris mengikuti kursus enam bulan di GiatMara Pasir Gudang selepas beberapa bulan bekerja dalam bidang grafik di sebuah syarikat swasta di Bandar Baru Uda.

"Sewaktu bekerja di sana, saya melihat bidang animasi menyediakan peluang pekerjaan yang lebih cerah dan mampu berkembang pesat dalam arena dunia tanpa sempadan ini.

"Selepas ini saya bercadang bekerja sambil belajar ke peringkat lebih tinggi dan mungkin memilih bidang kejuruteraan supaya ilmu yang diperoleh tidak tertumpu kepada satu bidang sahaja," katanya.

Pada majlis itu, seramai 427 pelatih GiatMara Johor yang menamatkan pengajian, menerima Sijil Profesional GiatMara.

Sijil kepada semua pelatih itu disampaikan oleh Pengerusi GiatMara, Datuk Jaujan Sambakong. Yang turut hadir, Pengarah GiatMara negeri, Mohamad Merjuki Kasanwidi.

Sementara itu pasangan kembar, Niaparazila dan Radikarmiza Syari, 19, yang mengikuti kursus Rekaan Grafik Iklan turut melahirkan kegembiraan kerana berjaya menghabiskan enam bulan pengajian dengan cemerlang dan mendapat PNGK 3.42.

Bagi mereka, kelebihan dilahirkan sebagai kembar digunakan sebaik mungkin dengan saling bertukar pendapat dan pengetahuan tentang sesuatu perkara.

Menurut Radikarmiza, persaingan sememangnya wujud dalam diri mereka namun dari sudut positif kerana untuk membangkitkan semangat menjadi yang terbaik.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Feminin

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Feminin


Vene tinggalkan zon selesa

Posted: 22 Dec 2013 04:38 AM PST

Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH
adawiyah.koh@utusan.com.my

SAMPAI bila perlu makan gaji? Ayat ini mungkin tidak pernah dipedulikan oleh mereka yang sudah berada di 'zon selesa' walaupun kadang-kala pernah dicuit oleh persoalan itu.

Pun begitu, mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan duduk di rumah untuk menjadi suri rumah sepenuh masa bagi wanita profesional seperti jurutera, doktor, peguam, pensyarah dan arkitek, mungkin sesuatu yang agak merugikan.

Apatah lagi dengan jumlah tenaga wanita dalam bidang profesional di negara yang masih jauh berkurangan.

Bagaimanapun perkembangan ini sebenarnya sesuatu yang baik buat ekonomi negara kerana wanita profesional ini memilih untuk membuka syarikat sendiri.

Langkah wanita profesional seperti ini wajar dijadikan contoh kepada wanita lain di luar sana supaya tidak mensia-siakan kebolehan yang dimiliki.

Vene Amylinda Mohd .Pilus, 42, antara wanita profesional yang makan gaji untuk 15 tahun sebelum ini.

Bekas jurutera ini mengakui kerja makan gaji sebenarnya banyak menyekat kebolehan yang dimiliki oleh seseorang.

"Nama pun bekerja dengan orang, tidak semua idea saya boleh diterima majikan. Kebetulan, bidang saya ini dimonopoli golongan lelaki.

"Adatlah kerja makan gaji tetapi saya gunakan peluang itu untuk mempelajari selok-belok yang berguna jika ingin membuka perniagaan sendiri," katanya.

KepercayaanWalaupun masih baru dalam dunia perniagaan online, Vene diberikan kepercayaan oleh suaminya mengeluarkan produk sendiri.

Dari situ, Vene belajar tentang pengurusan perniagaan yang sememangnya memberikan pengalaman begitu berharga.

Setelah selesa, Vene nekad berhenti kerja dan memberi fokus kepada perniagaan.

"Di sini bergunanya pengalaman dalam bidang kejuruteraan untuk memulakan perniagaan sendiri," katanya.

MatlamatBukan mengejar keuntungan semata-mata, sebaliknya matlamat Vene mahu menjadi wanita berjaya yang pada masa sama mampu menguruskan keluarga dengan baik.

Cerita Vene, bertukar bidang bukan sesuatu perkara yang mudah tetapi pengalaman sebagai jurutera membiasakan dirinya dengan kerja lapangan, kajian dan penyelidikan.

Pengalaman itu jugalah yang digunakan dalam menghasilkan produk terutama berkaitan kecantikan. Vene lebih selesa jika penyelidikan bahan dilakukan terlebih dahulu sebelum dijual kepada pengguna.

Tidak hairanlah krim pelangsing Vene mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan.

"Saya berhasil menghasilkan produk pertama Vene iaitu krim pelangsing dalam tempoh enam bulan. Ini semua hasil sokongan suami yang banyak membantu," katanya.

Pencapaian itu suatu yang membanggakan memandangkan jangkaan awalnya dia hanya mahu menjadi suri rumah dan berniaga secara sambilan.

Ekoran keserasiannya dengan dunia perniagaan, Vene mengembangkan perniagaan dengan memperkenalkan duta produknya yang juga pelakon, Wilma.

Walaupun perlu berbelanja besar untuk promosi, dia menganggapnya berbaloi kerana hasilnya menyaksikan jualan produk yang memberangsangkan sehingga mencecah 50,000 unit.

"Ada beberapa kriteria saya memilih Wilma. Mudah dan senang bekerja dengannya. Selain itu, dia bukan sahaja cantik tetapi matang.

"Saya juga mahu Vene dikenali sebagai produk Muslimah dan Wilma menampilkan ciri-ciri yang saya mahukan itu.

"Tambahan pula dia masih kelihatan menarik walaupun sudah beranak lima," katanya yang merancang memasarkan Vene ke Singapura, Indonesia dan Brunei dalam skala besar.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Dalam Negeri

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Kraftangan Malaysia yakin capai sasaran jualan kraf RM400 juta tahun ini

Posted: 22 Dec 2013 01:55 AM PST

KOTA BHARU 22 Dis. - Kraftangan Malaysia yakin mampu mencapai sasaran jualan hasil kraf tangan sebanyak RM400 juta ke seluruh negara sehingga hujung tahun ini.

Ketua Pengarahnya, Datuk Mohd. Kamil Mohd. Ali berkata, sehingga November ini, Kraftangan Malaysia telah mencatatkan jualan hasil kraf tangan sebanyak RM348 juta ke seluruh negara.

Menurutnya, daripada jumlah tersebut, sebanyak RM90 juta adalah jualan hasil kraf tangan di Kelantan.

"Ini menunjukkan jualan hasil kraf tangan untuk tahun ini telah meningkat berbanding tahun lalu di mana kita telah mencapai jualan sebanyak RM342 juta.

"Sasaran ini mampu dicapai memandangkan Kelantan adalah antara penyumbang utama jualan hasil kraf apabila mencapai sehingga 40 peratus untuk jualan batik," katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Sijil Latihan Jangka Pendek (LJP) dan Penyampaian Insentif Pembangunan Usahawan, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Banjir : Tiada wabak penyakit berjangkit dilaporkan di Pahang

Posted: 22 Dec 2013 01:22 AM PST

KUANTAN 22 Dis. - Jabatan Kesihatan negeri mengesahkan tiada sebarang wabak penyakit berjangkit berlaku semasa atau selepas fenomena banjir yang melanda beberapa daerah di Pahang baru-baru ini.

Pengarahnya, Datuk Dr. Norhizan Ismail berkata, pihaknya sentiasa melakukan pemantauan mingguan terutama untuk mengesan penyakit bawaan air seperti leptospirosis atau kencing tikus.

"Jika tidak berlaku bencana banjir sekali pun, pemantauan mingguan sentiasa diteruskan dan bilangan kes juga berbeza-beza di setiap daerah iaitu purata antara julat 0 hingga tujuh kes seminggu.

"Notifikasi kes leptospirosis dua minggu sebelum banjir ialah masing-masing tiga kes iaitu pada 17 hingga 23 November dan 24 hingga 30 November, katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Katanya, dalam tempoh berlakunya banjir iaitu pada 1 hingga 14 Disember, sebanyak 10 kes didaftarkan.

Menurut Dr. Norhizan, bilangan kes yang didaftarkan pada kedua-dua minggu semasa dan selepas banjir masih dalam bilangan yang dijangkakan iaitu kejadian endemik leptospirosis dan bukan kejadian kes luar biasa. - UTUSAN ONLINE

UniMAP rintis kerjasama dengan Ensicaen Perancis

Posted: 21 Dec 2013 09:12 PM PST

CAEN 22 Dis. - Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) hari ini merintis kerjasama akademik dan penyelidikan dengan Institut Kejuruteraan Caen (Ensicaen) di sini.

Kerjasama itu akan turut membabitkan pertukaran pelajar dan staf bagi memperkasakan jambatan ilmu yang terjalin melalui memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani kedua-dua pihak.

Pada majlis menandatangani MoU itu, UniMAP diwakili Naib Canselornya, Prof Datuk Dr Kamarudin Hussin manakala Ensicaen oleh pengarahnya, Prof Dr Dominique Goutte.

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang juga Canselor UniMAP berangkat menyaksikan majlis menandatangani MoU yang berlangsung di kampus Ensicaen di sini.

Hadir sama Duta Besar Malaysia ke Perancis Tan Sri Ismail Omar.

Kamarudin berkata kerjasama UniMAP dan Ensicaen akan meningkatkan jaringan kerjasamanya dengan institusi pengajian tinggi luar negara.

Ensicaen yang ditubuhkan pada 1976 dan terletak di tengah-tengah bandar Caen juga memberi tumpuan kepada kegiatan penyelidikan termasuk berkaitan mikroelektronik, teknologi dokumen, instrumentasi dan sensor.

Ensicaen yang kini mempunyai lebih 5,000 pelajar telah melahirkan ramai siswazah dan penyelidik yang mempunyai pasaran dalam dan luar negara. - BERNAMA

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Utara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


Manfaatkan peti maklumat

Posted: 21 Dec 2013 10:02 AM PST

Oleh SHAHNI FARHANA MAT SAHIR
utusankedah@utusan.com.my

Ahmad Ibrahim (kiri) menyerahkan Peti Maklumat Polis kepada wakil penduduk Kuala Nerang selepas merasmikan Hari Kesedaran Jenayah Kontinjen Kedah 2013 di Jitra, Kedah, semalam. - BERNAMA

ALOR SETAR 21 Dis. - Penduduk yang mempunyai maklumat tentang jenayah, namun tidak berani untuk melaporkannya, kini boleh berbuat demikian menerusi peti maklumat yang diletakkan di beberapa lokasi tumpuan ramai.

Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim berkata, pihaknya menyedari ramai enggan berjumpa dengan pegawai polis untuk membuat laporan tentang kegiatan jenayah di kawasan mereka dan keadaan itu menyebabkan maklumat penting tersebut tidak dapat disalurkan dengan pantas kepada pihak berkuasa.

"Jadi, bagi memudahkan orang ramai menyalurkan maklumat, mereka kini boleh melaporkannya menerusi surat dan memasukkannya ke dalam peti maklumat ini," katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan Hari Kesedaran Jenayah Kontinjen Kedah 2013 di pekarangan pusat beli-belah Jitra Mall di sini hari ini.

Beliau memberitahu, buat masa ini, setiap 11 daerah di negeri ini dilengkapi empat peti maklumat yang akan diletakkan di balai polis tertentu dan juga kawasan tumpuan awam termasuk pusat beli-belah.

"Kita akan tambah peti maklumat ini dari semasa ke semasa bagi memudahkan orang ramai menyalurkan maklumat jenayah untuk tindakan segera pihak polis," ujarnya.

Menurut Ahmad, anggota polis akan memeriksa peti maklumat itu sekerap mungkin dan setiap laporan akan ditapis sebelum tindakan diambil dengan kadar segera.

"Ini adalah salah satu kaedah kepada mereka yang mempunyai maklumat jenayah tetapi enggan berjumpa polis. Bagaimanapun saya menggalakkan orang awam datang terus ke balai polis untuk membuat laporan secara terus," kata beliau lagi.

Dalam perkembangan lain, kata beliau, jenayah yang paling kerap berlaku di negeri ini adalah kecurian motosikal yang mana sebanyak tujuh hingga 10 kes dilaporkan setiap hari.

Sasar tambah 80 Komuniti 1Malaysia di Perak

Posted: 21 Dec 2013 10:02 AM PST

GOPENG 21 Dis. - Jabatan Penerangan negeri menyasar menubuhkan 80 buah lagi Komuniti 1Malaysia (K1M) di seluruh negeri ini bagi menyalurkan maklumat dan dasar kerajaan secara berterusan kepada rakyat.

Pengarahnya, Muhamad Aszahari Abdul Rahman berkata, ketika ini terdapat 90 buah K1M di seluruh negeri dan pihaknya sedang menunggu kelulusan penambahan tersebut daripada Kementerian Komunikasi dan Multimedia.

Kata Muhamad Aszahari, melalui K1M pelbagai aktiviti bermanfaat dapat dilaksanakan untuk memupuk kerjasama dan perpaduan di kalangan rakyat.

"Setakat ini Jabatan Penerangan negeri telah melaksanakan lebih 200 acara di seluruh negeri ini termasuk 10 Karnival Sepakat K1M," katanya ketika berucap pada Karnival Sepakat K1M di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Gopeng di sini hari ini.

Karnival tersebut yang berlangsung selama dua hari bermula hari ini dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Komunikasi dan Multimedia negeri, Datuk Shahrul Zaman Yahya.

Yang turut hadir, Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Perak, Basri Jasmo dan Yang Dipertua Majlis Permuafakatan K1M Perak, Musanib Ahmad.

Menurut beliau, setiap program yang dilaksanakan kebanyakannya melibatkan ahli-ahli K1M dalam usaha membantu mereka memasarkan setiap produk yang dihasilkan.

"Kita sering menggalakkan ahli K1M melibatkan diri dalam setiap program yang diatur supaya produk mereka mampu diketengahkan kepada umum," katanya.

Dalam pada itu Shahrul Zaman berkata, Karnival Sepakat mampu menggerakkan anggota masyarakat di peringkat akar umbi untuk sama-sama terlibat dalam setiap aktiviti yang diadakan yang secara tidak langsung mampu memperkukuhkan jaringan antara kerajaan dan rakyat.

Katanya, K1M juga berperanan menolak sebarang unsur negatif seperti fitnah dan khabar angin yang ditaburkan pihak yang tidak bertanggungjawab di peringkat komuniti.

"Saya yakin jika usaha dapat dilakukan dengan baik maka tiada komuniti dalam negeri ini yang tertinggal dan terpinggir dalam arus pembangunan negara ketika ini," katanya.

Perda sumbang RM2.8 juta bantuan pendidikan

Posted: 21 Dec 2013 10:02 AM PST

TASEK GELUGOR 21 Dis. - Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda) menyediakan peruntukan besar bagi membiayai program pendidikan dan kebajikan tahun ini dalam usaha memenuhi tanggungjawab sosialnya.

Pengerusi Perda, Datuk Shahbudin Yahaya berkata, sebanyak RM2.8 juta telah dibelanjakan untuk pendidikan dan RM240,000 untuk meningkatkan kesejahteraan masyarakat miskin.

"Peruntukan besar dalam bidang pendidikan disalur bagi membolehkan pelajar kurang mampu mendapat peluang sepenuhnya meneruskan pelajaran seperti rakan lain.

"Sehingga kini hampir 100,000 pelajar negeri ini mendapat manfaat yang dibuktikan melalui peningkatan pencapaian dalam peperiksaan yang diduduki mereka," katanya selepas menyampaikan uniform sekolah kepada 180 pelajar kurang mampu dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Teluk Ayer Tawar, Sungai Dua dan Permatang Berangan di sini semalam.

Shahbudin yang juga Ahli Parlimen Tasek Gelugor menjelaskan, bantuan tersebut diberikan setiap tahun bertujuan mengurangkan beban ibu bapa menjelang sesi persekolahan baharu.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Selatan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


Kemalangan motosikal menurun

Posted: 21 Dec 2013 10:02 AM PST

Oleh FADZLY IZAB
utusanmelaka@utusan.com.my

Mohd. Fadhil Hassan membetulkan topi keledar salah seorang penunggang motosikal sambil diperhatikan Jaafar Yaakob (kiri) semasa Operasi Motosikal di Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin, Melaka, malam semalam.

MELAKA 21 Dis. - Jumlah kemalangan motosikal di negeri ini menurun sebanyak 278 kes setakat November lepas iaitu daripada 602 kes pada tahun lalu kepada 324 kes bagi tempoh sama tahun ini.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri, Mohd. Fadhil Hassan berkata, penurunan itu adalah hasil operasi dijalankan terhadap pengguna motosikal di negeri ini.

Menurutnya, daripada jumlah itu berlaku penurunan terhadap jumlah mereka cedera parah daripada 137 orang tahun lalu kepada 71 orang tahun ini manakala cedera ringan turut menurun daripada 323 orang kepada 142 dalam tempoh berkenaan.

"Bagaimanapun, jumlah kematian yang dicatatkan masih tinggi dengan pengurangan hanya satu kes daripada 142 kematian tahun lalu kepada 141 kes pada tahun ini," katanya pada sidang akhbar selepas Operasi Motosikal di Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ) arah selatan dekat Bukit Piatu, di sini malam tadi.

Yang hadir sama, Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan JPJ negeri, Jaafar Yaakob; Setiausaha Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR) negeri, Thomas Ong Tai Chu dan Penolong Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya negeri, Abdullah Kechut.

Dalam operasi bermula dari pukul 8 hingga 11 malam itu, 312 kenderaan pelbagai jenis diperiksa dengan 65 daripadanya diambil tindakan.

Sebanyak 87 saman turut dikeluarkan merangkumi 96 jenis kesalahan termasuk tiada lesen memandu (17 kes), lesen tamat tempoh (tujuh kes), tiada perlindungan insurans (tujuh kes), cermin gelap (12 kes), lampu HID (sembilan kes), nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi (13 kes), notis arah periksa PG1 (17 kes) dan notis arah periksa (13 kes) serta sebuah motosikal disita.

Menurut Mohd. Fadhil, operasi itu turut melibatkan seramai 140 anggota pelbagai agensi termasuk polis, MKJR, JKJR, Jabatan Alam Sekitar, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Puspakom.

Tambahnya, fokus utama JPJ adalah untuk memeriksa motosikal pada operasi kali ini walaupun kenderaan lain turut diperiksa.

''Operasi berterusan ini bertujuan mengurangkan kadar kemalangan dan kematian disebabkan kemalangan jalan raya selain memastikan tiada pelanggaran undang-undang dilakukan pengguna jalan raya," katanya.

Sempena program itu, MKJR turut menyumbang sebanyak 20 baju pantul cahaya dan 250 pelekat pantulan bagi penunggang motosikal manakala JKJR menukarkan sebanyak 22 buah topi keledar baharu termasuk empat topi keledar kanak-kanak yang didapati tidak selamat digunakan.

Hospital Pakar Salam akan dibuka di Kuala Terengganu

Posted: 21 Dec 2013 10:02 AM PST

TELOK KEMANG 21 Dis. - Syarikat Hatimuda Sdn. Bhd. yang memiliki Hospital Pakar Salam (Salam) melabur sebanyak RM85 juta untuk membuka sebuah lagi rangkaian hospital itu di Kuala Terengganu pada Februari tahun hadapan.

Pengarah Urusannya, Datuk Ir. Zainal Bachik berkata, pembukaan premis di Kuala Terengganu nanti merupakan hospital yang ketiga selepas di Shah Alam, Selangor dan Senawang, Negeri Sembilan.

''Hospital Pakar Salam Kuala Terengganu nanti mempunyai enam tingkat dan dilengkapi sehingga 200 katil selain kemudahan perubatan canggih termasuk peralatan pemeriksaan MRI (Magnetic Resonance Imaging)," katanya.

Zainal ditemui pemberita selepas meraikan media dalam majlis anjuran Salam di sebuah hotel dekat sini, malam tadi.

Yang turut hadir, Pengarah Eksekutif Kumpulan Hospital Salam, Datin Maslina Ibrahim serta beberapa doktor pakar hospital berkenaan.

Katanya, Salam juga akan membina dua lagi hospital iaitu di Bangi, Selangor dan Alor Setar, Kedah pada tahun hadapan bagi menampung keperluan orang ramai terhadap perkhidmatan hospital swasta itu.

Sementara itu, Maslina memberitahu, Hospital Pakar Salam Kuala Terengganu meletakkan sasaran dalam kalangan pesakitnya dari golongan berpendapatan rendah dan pertengahan dengan pada tahun pertama operasinya sebanyak 60 katil disediakan.

''Kita akan mengawal caj yang dikenakan oleh doktor pakar supaya khidmat perubatan ini turut dapat dinikmati golongan tersebut," ujarnya.

Mengulas prestasi Hospital Pakar Salam Shah Alam dan Senawang, Maslina memberitahu, nisbah keuntungan yang dicapai kedua-duanya sehingga kini pada kadar 10 peratus biarpun sasarannya adalah 15 peratus berikutan komitmen yang tinggi dalam pengurusan dan pelaksanaannya.

''Purata perolehan bulanan adalah pada kadar RM3.4 juta di Senawang manakala RM3 juta di Shah Alam dengan purata jumlah pesakit luar sebulan di Senawang ialah 3,000 hingga 4,000 orang dan mereka yang keluar masuk wad sebulan di hospital sama pada angka 1,000 orang sebulan," katanya.

Bagi tujuan itu, katanya, Hospital Pakar Salam Senawang akan dikembangkan dengan penambahan sehingga 200 katil berbanding sekarang 103 katil untuk kemudahan rawatan selepas bangunan tambahan diubah suai.

''Perkhidmatan doktor pakar juga akan ditambah di semua hospital Salam. Kami berusaha memberikan keselesaan dengan amalan mesra pesakit selain meningkatkan perkhidmatan kepada orang ramai dalam semua peringkat kehidupan," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Muka Hadapan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Muka Hadapan


43 emas tutup saingan

Posted: 21 Dec 2013 10:01 AM PST

Broken Link!

The content you are looking for is not available. You might had clicked on a broken link from another website or the content itself might have been removed.

You may want to consider our archive on

If you think there is an error, please click here to report and let us know.

Kadar baharu tol berpatutan

Posted: 21 Dec 2013 10:01 AM PST

Broken Link!

The content you are looking for is not available. You might had clicked on a broken link from another website or the content itself might have been removed.

You may want to consider our archive on

If you think there is an error, please click here to report and let us know.

Ubah suai urusan ekonomi demi masa depan

Posted: 21 Dec 2013 10:01 AM PST

Broken Link!

The content you are looking for is not available. You might had clicked on a broken link from another website or the content itself might have been removed.

You may want to consider our archive on

If you think there is an error, please click here to report and let us know.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rekreasi

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rekreasi


Gila Maraton

Posted: 21 Dec 2013 04:45 AM PST

AKTIVITI maraton sememangnya dapat mencabar kebolehan seseorang untuk berlari merentas jarak dengan kelajuan tertentu mengikut kemampuan diri masing-masing. Aset terpenting adalah badan mereka yang boleh dilatih untuk menjadi lebih baik daripada sebelumnya.

Maraton umpamanya adalah antara jenis larian yang semakin diminati sebahagian besar generasi muda zaman sekarang. Justeru, mereka menjadikan maraton sebagai satu budaya atau trend aktiviti hujung minggu mereka.

Bukan setakat menyertai setiap acara yang diadakan, malah ada di antara mereka ketagih untuk berlari sehingga sanggup ke luar negara semata-mata mahu melepaskan gian untuk menyertai acara maraton tanpa mengambil kisah soal kos dan sebagainya.

Ramai yang menyangka maraton adalah sesuatu yang mudah tetapi hakikatnya adalah sukar bagi mereka yang baru berjinak-jinak dengan dunia larian. Persiapan dan latihan merupakan perkara yang penting untuk mereka berjaya menamatkan larian dalam jangka masa yang sepatutnya.

Orang ramai patut tahu larian biasa tanpa henti tidak dikira sebagai maraton. Larian maraton sebenarnya merangkumi jarak larian sejauh 42.195 kilometer (26 batu) dan ia merupakan jarak yang telah ditetapkan di peringkat antarabangsa.

Jadi, jika anda lari kurang daripada jarak berkenaan, anda bukanlah berlari maraton tetapi hanya larian pendek. Banyak informasi berkenaan maraton yang anda boleh kaji di internet dan laman sosial yang boleh membantu anda memahami apa itu maraton.

Sudah banyak generasi muda yang terlibat dan lihat sendiri di taman rekreasi dan juga gimnasium, sudah pasti ada golongan ini yang giat membuat persiapan larian maraton.

Mereka juga sanggup menghabiskan wang yang banyak untuk membuat persiapan serta menanggung kos perjalanan dan pendaftaran kejohanan maraton di luar negara yang sememangnya tidak masuk akal.

Minggu ini .com paparkan anda tentang mereka yang gila maraton sehingga ketagih untuk membuat larian terutamanya maraton. - AZRIN/NOOR AZLINA JAAFAR

17 anak muda teruskan perjuangan

Posted: 21 Dec 2013 04:45 AM PST

LATIHAN fasa pertama Projek KE7B Malaysia Greenland 2014 yang meliputi lima siri telah pun menutup tirai baru-baru ini. Dalam latihan tersebut, satu ujian kelayakan telah diadakan bagi menyaring jumlah peserta untuk menjayakan projek yang julung kali dianjurkan oleh rakyat Malaysia.

Pada 29 November lalu, bertempat di Kompleks Sukan UiTM, Shah Alam, sebanyak 17 peserta telah dipilih oleh jurulatih bagi mengikuti latihan fasa kedua yang akan bermula pada bulan Januari 2014.

Kesemua peserta itu dipilih daripada sejumlah 117 anak muda berusia bawah 35 tahun yang menawarkan diri untuk menyertai Projek KE7B Malaysia Greenland 2014 pada sesi pemilihan yang telah diadakan di Stadium UiTM, Shah Alam pada 24 Ogos 2013.

Dalam tempoh tiga bulan latihan demi latihan diadakan, akhirnya 17 peserta termasuk dua wanita dipilih untuk meneruskan perjuangan bagi menempatkan diri dalam 10 peserta terbaik yang bakal mengibarkan Jalur Gemilang di bumi beku Greenland pada pertengahan tahun 2014.

Projek yang diadakan bagi membuktikan kepada dunia bahawa Malaysia juga memiliki rakyat bersemangat kental dalam meneroka sesuatu yang dianggap mustahil itu bakal menyaksikan anak-anak muda kita meredah permukaan ais beku di Greenland sejauh 550 kilometer selama 35 hari pada April hingga Mei 2014.

Peringkat akhir siri latihan fasa pertama itu menyaksikan para peserta melakukan ujian larian berulang-ulang di Kompleks Sukan UiTM.

Ujian larian itu disertai sebanyak 26 peserta dan selepas mengambil kira masa kelayakan dan prestasi latihan sebelumnya di Gunung Nuang, Selangor; Gunung Brinchang di Cameron Highlands, Pahang; Trans Slim melibatkan pendakian empat puncak iaitu Gunung Liang Timur, Gunung Liang Barat, Gunung Tumang Batak dan Gunung Chondong Gelinting di Perak serta Genting Sempah, Pahang, hanya 17 peserta bakal meneruskan cabaran berikutnya.

Kesemua mereka yang terpilih itu akan menjalani latihan fasa kedua di Gunung Kinabalu, Sabah pada 2 hingga 9 Januari ini, selain di New Zealand dan Norway.

Salah seorang peserta yang terpilih, Muhd Hafizuddin Abd. Muthalib, 24, berkata, beliau tidak menyangka akan terpilih kerana namanya yang terakhir diumumkan.

Saya tak sangka sebab pihak penganjur telah umumkan dua anak kelahiran Kedah sudah terpilih. Ketika itu, hati saya berkata bukan rezeki saya untuk mengikuti latihan seterusnya.

Bila nama saya diumumkan, saya agak terkejut dan bersyukur,"katanya yang berasal dari Hutan Kampong, Alor Setar, Kedah.

Beliau berkata demikian kerana sebelum itu pihak penganjur memaklumkan bahawa mereka hanya akan memilih dua anak Kedah untuk ke Greenland.

Bagi memanjatkan kesyukuran, beliau akan menunaikan nazar iaitu khatam al-Quran sebelum memulakan latihan fasa kedua pada awal tahun hadapan.

Sementara itu, Muhammad Khairul Izwan Aziz, 25, mengucapkan terima kasih kepada pihak penganjur kerana memberi peluang kepadanya untuk meneruskan latihan.

Saya akan cuba sebaik mungkin untuk latihan seterusnya dan berharap akan terpilih ke Greenland. Ini kerana daripada 17 peserta, hanya 10 yang akan terpilih bagi menjayakan Projek KE7B Malaysia Greenland 2014,"ujarnya.

Tambahnya, pemilihan 10 peserta terbaik itu akan dibuat selepas selesai latihan yang dijangka diadakan di New Zealand.

Dalam pada itu, Helmy Adha Amiruddin, 25, berkata, beliau akan melipatgandakan usaha untuk meningkatkan stamina sebelum ke New Zealand.

Saya akan bekerja keras untuk menempatkan diri dalam 10 peserta terbaik, seterusnya melakar kejayaan sebagai antara rakyat Malaysia pertama merentasi benua Greenland.

Saya berbangga dengan pencapaian ini kerana keputusan menunjukkan saya mendapat markah yang terbaik iaitu 8.2," katanya.

Untuk tujuan itu, beliau akan lebih kerap melakukan latihan terutama joging sekurang-kurangnya lima kilometer sehari.

- ROHANA MAN

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved