Selasa, 17 Disember 2013

Utusan Online - Kota

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Terabai dan menyedihkan

Posted: 17 Dec 2013 10:41 AM PST

Oleh MOHD. ZULFADLI SHARIFUDIN
kota@utusangroup.com.my

Keadaan bangunan Pangsapuri PKNS Jalan SS8 Kelana Jaya, Selangor yang usang dan suram. - utusan/MOHD AZIM ABD RAHMAn

PETALING JAYA 17 Dis. - Keadaan Pangsapuri PKNS di Jalan SS8, Jalan SS3/39, Sungei Way di sini begitu menyedihkan dan menyakitkan mata.

Tinjauan Utusan Malaysia ke pangsapuri milik Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) itu mendapati pangsapuri berusia 29 tahun sudah terlalu usang dan menakutkan walaupun berada di lokasi yang strategik dan boleh dilihat dari Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP).

Walaupun terletak dalam kawasan bandar raya malangnya tahap fizikal pangsapuri setinggi 15 tingkat itu sangat tidak memuaskan.

Pangsapuri dua blok itu dilengkapi kemudahan surau, sebuah dewan serbaguna dan beberapa buah kedai namun, banyak yang perlu diberi perhatian serius khususnya dalam aspek penyenggaraan infrastruktur.

Penghuninya yang ditemui melahirkan rasa kecewa dan mengharapkan pihak bertanggungjawab melaksanakan perubahan segera seperti kerja-kerja mengecat semula bangunan, menggantikan lif, bumbung dan memperbaiki anak tangga.

Penduduk turut mendakwa, kerja-kerja mengecat bangunan itu yang dilaksanakan oleh pihak PKNS juga telah tergendala kira-kira awal tahun lalu tanpa diketahui sebabnya.

Tinjauan juga mendapati, tangga di pangsapuri itu memerlukan pembaikan dilaksanakan dengan segera kerana keadaannya yang begitu usang dan berkarat, malah beberapa anak tangga berlubang sehingga boleh mengundang bahaya kepada penghuni.

Keadaan lif juga begitu uzur dan perlu digantikan dengan yang baharu setelah tidak pernah ditukar. Kemudahan tersebut yang sering rosak sudah tentu menyusahkan penduduk jika berlaku kes kecemasan seperti jika penghuni mahu segera ke hospital dan sebagainya.

Hanya satu perkara yang boleh dipuji iaitu walaupun keadaan pangsapuri itu kelihatan usang, namun faktor kebersihan sehingga kini boleh dikatakan memuaskan kerana pengutipan sampah dilaksanakan secara berkala oleh pihak kontraktor.

Bagaimanapun, itu di persekitarannya sahaja. Di bahagian atas, terdapat segelintir penduduk yang membuang sampah di atas anak tangga.

Penduduk minta PKNS baik pulih pangsapuri

Posted: 17 Dec 2013 10:41 AM PST

PETALING JAYA 17 Dis. - Penduduk Pangsapuri PKNS Jalan SS8 meminta pihak Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) membaik pulih semula tempat mereka berteduh dengan segera.

Ahli Jawatankuasa (AJK) Badan Pengurusan Bersama (JMB) Pangsapuri PKNS Jalan SS8, Mohd. Kassim Abbas, 62, berkata, pangsapuri yang dibina pada 1985 itu dahulunya merupakan 'kawasan panas'.

"Selepas tertubuhnya JMB di sini pada tahun lalu telah dapat mengurangkan masalah sosial seperti vandalisme, ragut, pecah kereta dan rumah dengan kawalan ketat daripada anggota keselamatan.

"Selain itu, kami juga mengambil inisiatif untuk membina pagar di sini kerana dahulu tiada pagar yang memudahkan orang luar untuk memasuki kawasan pangsapuri ini," katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Menurut Mohd. Kassim, pihak JMB telah beberapa kali membuat permohonan kepada PKNS untuk menyelesaikan beberapa masalah di situ namun dia mendakwa PKNS umpama 'lepas tangan', maka semua beban terpaksa ditanggung oleh JMB dan penghuni.

"Pihak PKNS telah menggantikan sebahagian daripada bumbung pangsapuri ini tetapi tidak kesemuanya. Kami juga tidak mempunyai peruntukan yang banyak untuk menggantikan lif-lif itu selain alat gantinya yang sukar diperoleh kerana jenama lif adalah versi lama.

"Apabila kami mahu menaikkan yuran penyenggaraan, penghuni sudah tentu tidak bersetuju. Saya mohon pihak PKNS mempertimbangkan permohonan kami sebelum pihak JMB mentadbir pangsapuri secara 100 peratus selepas ini," ujarnya.

Seorang penduduk Mohd. Suffian Mohd. Sani, 35, pula berkata, dia berharap pihak PKNS dapat membantu menyelesaikan permasalahan yang dihadapi penghuni pangsapuri berkenaan.

"Sudah 29 tahun pangsapuri ini tidak dicat semula. Selain itu, saya berharap lif-lif di sini dapat ditukar kepada yang baharu kerana kerap kali kami menggunakan tangga yang usang apabila lif rosak," jelasnya.

Selain itu, dia juga meminta semua penghuni bekerjasama dalam memastikan pangsapuri itu bebas daripada gejala vandalisme selain menjaga keamanan dan kebersihan di situ.

Hanya nilai sewa hartanah naik

Posted: 17 Dec 2013 10:41 AM PST

Oleh MUHAMAD AIMY AHMAD
kota@utusangroup.com.my

Tengku Adnan Tengku Mansor bersama Ketua Pemuda UMNO Bahagian Bandar Tun Razak, Datuk Rizalman Mokhtar (kanan) melihat kemudahan pejalan kaki di tempat letak kereta bertingkat atau 'Park and Ride' di Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur, semalam. Turut sama Pengerusi PPP Wilayah Persekutuan, Datuk A.Chandrakumanan.

KUALA LUMPUR 17 Dis. - Hanya 80,000 daripada jumlah keseluruhan penerima notis yang menghantar surat bantahan terhadap keputusan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk menguatkuasakan kadar baharu cukai taksiran mulai 1 Januari depan, setakat pagi hari ini.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, angka itu tidak besar jika dibandingkan dengan lebih 500,000 jumlah keseluruhan pemegang hartanah di ibu kota yang menerima notis cukai pada kadar baharu itu.

Menurutnya, kebanyakan bantahan yang dikemukakan itu mengemukakan alasan yang sama iaitu keliru mengenai penilaian semula cukai tersebut.

"Sudah berkali-kali kita beritahu bahawa tidak perlu risau tentang kenaikan cukai ini kerana yang naik hanyalah kadar nilai sewaan hartanah dan bukan kadar cukai itu sendiri.

"Saya amat kesal dengan pihak-pihak yang cuba mengelirukan orang ramai termasuk meminta Datuk Bandar Kuala Lumpur meletak jawatan, bagi saya itu kerja tidak berfaedah," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas melancarkan kemudahan Park n Ride Bandar Tasik Selatan, di sini hari ini.

Semalam, satu perhimpunan diadakan oleh Ahli Parlimen pembangkang di Dataran DBKL bagi membantah kenaikan kadar cukai pintu itu, yang dihadiri kira-kira 500 orang.

Tambah Tengku Adnan, ramai keliru dengan notis yang dikeluarkan oleh DBKL sebelum ini dan beliau meminta pemegang hartanah terlibat menunggu kadar baharu yang akan diputuskan kelak.

"Sebagai contoh, ramai yang ingat mereka perlu membayar RM100,000 selepas penilaian semula dilakukan terhadap nilai sewaan hartanah yang pada asalnya RM40,000, itu tidak betul dan tunggu kadar yang akan tetapkan nanti," tegasnya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Johor

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Modul Keluarga Sakinah dikaji semula

Posted: 16 Dec 2013 10:56 AM PST

Oleh MOHAMAD FIKRI ROSLY
utusanjohor@utusan.com.my

ABD. Mutalip Abd. Rahim (kanan) beramah mesra dengan peserta kursus perkahwinan sambil diperhatikan oleh Berhan Abdul Rahman (dua dari kanan) pada Majlis Perasmian Modul Kursus Pra Perkahwinan Islam Versi 3 Daerah Johor Bahru di Hotel Selesa, Pasir Gudang, Johor, kelmarin.

JOHOR BAHRU 16 Dis. - Modul Keluarga Sakinah yang dibangunkan oleh Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Takzim akan dikaji semula agar lebih memberi tumpuan kepada semua peringkat umur, terutama belia dalam usaha mengurangkan kadar perceraian di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Agama negeri, Abd. Mutalip Abd. Rahim berkata, isu perceraian hari ini tidak sama dengan suatu masa dahulu kerana cabaran yang dihadapi sekarang memerlukan pendekatan yang lebih berkesan untuk menanganinya.

"Perceraian yang berlaku pada masa kini bukan sahaja disebabkan faktor kemiskinan atau pengetahuan agama, malah orang yang berkereta dan berkedudukan juga menghadapi situasi sebegini. Sebelum ini Modul Keluarga Sakinah memberi tumpuan kepada kelompok tertentu dan banyak menyentuh bab seperti kekeluargaan sahaja.

"Hari ini kita mahu pergi kepada belia melalui 10 modul yang ada di bawah program tersebut iaitu dari usia tujuh tahun hingga 14 tahun, 15 hingga 21 tahun, 22 hingga 40 tahun dan warga emas," katanya kepada Utusan Malaysia selepas majlis perasmian Modul Kursus Pra Perkahwinan Islam (PPI) Versi 3 Daerah Johor Bahru di Hotel Selesa Pasir Gudang, dekat sini semalam.

Yang turut hadir Pengarah Urusan Pulai Utama Management, Datuk Berhan Abdul Rahman.

Kursus praperkahwinan sehari anjuran Pulai Utama Management itu dihadiri seramai 265 bakal pengantin yang turut melibatkan penambahan masa dan penambahbaikan modul melibatkan tayangan video untuk meningkatkan kefahaman peserta.

Menurut Abd. Mutalip, kehidupan masyarakat dahulu tidak banyak melibatkan cabaran kepada rumah tangga seperti yang berlaku pada hari ini di mana pada suatu ketika adalah normal bagi sesebuah keluarga hidup bahagia dengan pasangan suami isteri mempunyai sehingga lebih sembilan orang anak.

"Tetapi hari ini arus kemodenan menuntut kepada kesabaran yang tinggi. Jadi saya nasihatkan suami isteri hari ini agar memupuk sikap sabar kerana sabar itu adalah 'rempah' nombor satu dalam perkahwinan selain menghidupkan sunah Rasulullah dengan solat berjemaah dan membaca al-Quran," katanya.

Bandar Koperasi bakal dibina di Iskandar Malaysia

Posted: 16 Dec 2013 10:56 AM PST

ABDUL Fattah Abdullah (tengah) beramah mesra dengan peserta Konvensyen Pengukuhan Audit Dalam Pengurusan Risiko Koperasi dan Sistem Pengurusan Berkomputer Angkasa di Hotel New York, Johor Bahru, baru-baru ini.

JOHOR BAHRU 16 Dis. - Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) bakal memperkenalkan satu projek berimpak tinggi yang akan dilaksanakan koperasi negeri ini dikenali sebagai Bandar Koperasi.

Projek yang pertama seumpamanya dibangunkan oleh koperasi di negara ini dijangka dibangunkan di Iskandar Malaysia, sekali gus bersama mengambil bahagian dalam kerancakan pembangunan di kawasan berkenaan.

Presiden Angkasa, Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata, cadangan pembinaan Bandar Koperasi itu dibuat oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dengan Angkasa yang bertindak sebagai koordinator.

Menurutnya, cadangan tersebut adalah baik terutama dalam usaha memastikan ahli koperasi dapat merebut peluang yang ada di Iskandar Malaysia dan bersama-sama memberi sumbangan kepada ekonomi negara.

"Angkasa melihat pembangunan Bandar Koperasi itu sebagai satu cadangan yang sangat baik, sekali gus menyeru kepada kerajaan negeri lain untuk mengikut langkah yang diambil kerajaan negeri Johor.

"Justeru, projek itu diharap dapat dilaksanakan tidak lama lagi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Pengukuhan Audit Dalam Pengurusan Risiko Koperasi dan Sistem Pengurusan Berkomputer Angkasa (SPBA) di sini kelmarin.

Beliau berkata, Bandar Koperasi ini bakal menempatkan antaranya pusat perniagaan, perumahan dan hotel yang kelak diharap dapat memberikan ruang untuk ahli koperasi menjalankan perniagaan mereka di situ.

Tambahnya, buat masa ini, pihak terlibat sedang membuat perancangan bagi membangunkan Bandar Koperasi termasuk mengenal pasti tapak sesuai di Iskandar Malaysia untuk dibangunkan projek berkenaan.

Sementara itu, Abdul Fattah menyeru setiap pemimpin koperasi supaya memberikan perhatian kepada bidang pengauditan dalam usaha memastikan setiap aktiviti dibuat dapat dilaksanakan dengan baik dan berkesan.

Selain itu, tambahnya, pengurusan risiko juga perlu diberi tumpuan dengan mengambil kira semua faktor yang boleh memberi ancaman dan menghalang pencapaian pelbagai projek dijalankan oleh koperasi.

Justeru, beliau meminta mana- mana koperasi yang belum memohon untuk mendapatkan pakej SPBA yang disediakan Angkasa.

"Angkasa membekalkan SPBA yang dianggarkan bernilai RM30,000 secara percuma dan maklum balas kita terima telah membantu melancarkan urusan seperti senarai pendaftaran ahli dan sistem pengurasan serta perakaunan," katanya.

Beliau berkata, buat masa ini sebanyak 1,780 koperasi didaftarkan dengan Angkasa sudah menggunakan sistem tersebut.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Selatan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


Tujuh PPR dibina di Melaka

Posted: 16 Dec 2013 10:56 AM PST

Oleh FADZLY IZAB
utusanmelaka@utusan.com.my

SEBAHAGIAN pengunjung melihat model rumah pangsa semasa Majlis Pecah Tanah PPR Ayer Panas, Bemban, Melaka, kelmarin.

JASIN 16 Dis. - Kerajaan negeri mengenal pasti tujuh lokasi berpotensi untuk memajukan Projek Perumahan Rakyat (PPR) melibatkan sebanyak 3,200 unit bermula pada tahun hadapan sehingga 2018.

Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron berkata, kesemua projek PPR berkenaan bakal dibangunkan untuk memenuhi keperluan memiliki rumah terutamanya bagi rakyat berpendapatan rendah dan sederhana di negeri ini.

"Semua tujuh lokasi yang dikenal pasti itu termasuklah PPR Lipat Kajang (500 unit), PPR Pulai Fasa II (400 unit), PPR Kampung Tun Kudu (500 unit), PPR Ayer Molek Darat (400 unit), PPR Bukit Rambai (400 unit), PPR Sungai Putat Fasa II (400 unit) dan PPR Sungai Udang sebanyak 600 unit," katanya ketika berucap dalam majlis Pecah Tanah PPR Ayer Panas, Bemban di sini semalam.

Turut hadir Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Halimah Mohd. Sadique; Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Ismail Othman dan Ketua Pengarah Jabatan Perumahan Negara, Datuk Yusof Ghazali.

PPR Ayer Panas yang dibangunkan Jabatan Perumahan Negara dan Lembaga Perumahan Melaka itu merupakan projek ketiga di negeri ini selepas PPR Pangsapuri Rakyat Sungai Putat, Batu Berendam dan PPR Paya Rumput di Krubong.

Menurut Idris, projek PPR Ayer Panas melibatkan pembinaan 500 unit rumah merangkumi tiga bilik tidur dan dua bilik air serta pelbagai kemudahan serba lengkap berharga RM35,000 seunit dan dijangka siap sepenuhnya pada Mei 2015.

"Selain PPR Ayer Panas, Kerajaan Persekutuan baru-baru ini turut meluluskan dua lagi projek PPR termasuk 600 unit di Paya Rumput serta 200 unit lagi di Kampung Tun Razak, Bukit Katil," ujarnya.

Sementara itu, jelas beliau, kerajaan negeri juga mengenal pasti sebanyak 14,656 unit rumah kos rendah yang telah diluluskan tetapi masih gagal dibina oleh pemaju perumahan swasta sejak 2000 hingga 2012 melibatkan kawasan seluas 259 hektar.

Tambahnya, Melaka turut bercadang menaikkan taraf perumahan kos rendah di negeri ini kepada Rumah Mampu Milik (RMM) selaras dengan kuasa membeli penduduk yang majoritinya mampu memiliki rumah pada kadar harga di bawah RM150,000.

"Perumahan mampu milik kini menjadi Indeks Prestasi Utama (KPI) di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) untuk meningkatkan taraf kehidupan isi rumah berpendapatan rendah dan sederhana serta mempertingkatkan infrastruktur asas penduduk luar dan pinggir bandar," katanya.

Lintas Budaya Payakumbuh-Seremban meriah

Posted: 16 Dec 2013 10:56 AM PST

SEREMBAN 16 Dis. - Seramai 40 tetamu dari Sumatera Barat, Indonesia menyertai Majlis Lintas Budaya Payakumbuh-Seremban yang dilangsungkan di Kompleks Belia dan Sukan Paroi di sini semalam.

Majlis yang menggabungkan kebudayaan antara Negeri Lima Puluh Kota dan Negeri Sembilan itu, nyata menyaksikan himpunan persaudaraan yang kuat, selain perkongsian budaya yang sama.

Pegawai Pejabat Bupati Kabupaten Lima Puluh Kota, Dr. Alis Marajo berkata, beliau berusaha supaya hubungan Minangkabau antara Sumatera Barat dan Negeri Sembilan diteruskan sehingga generasi akan datang.

''Saya begitu menyayangi hubungan ini kerana kita berkongsi Adat Perpatih dan bahasa yang mirip.

''Mengikut sejarahnya, rombongan dari Sarilamak atau Payakumbuh yang diketuai oleh Datuk Putih dan Sutan Sumanik merupakan perintis yang telah membuka sebuah perkampungan di Negeri Sembilan ini.

''Datuk Putih terkenal sebagai pawang mempunyai ilmu kebatinan, malah beliau yang memberi nama Seri Menanti bagi tempat istana raja yang sekarang sehingga menyebabkan berlakunya asimilasi budaya," katanya di Paroi dekat sini semalam.

Sementara itu, peserta Indonesia selaku pengacara majlis itu, Tesi Febrina, 29, berkata, dengan adanya lintas budaya Indonesia dan Malaysia, hubungan antara dua negara seberang dapat dieratkan lagi.

''Kita akan lebih mengenali dengan lebih dekat lagi kebudayaan masing-masing terutama dalam seni tari dan budaya. Saya harap hubungan itu akan diteruskan lagi.

''Seronok melihat persembahan tarian gabungan dua budaya dari Lima Puluh Kota dan Negeri Sembilan, seperti satu semangat yang luar biasa," katanya.

Dalam pada itu, Presiden Persatuan Ikatan Kekeluargaan Warisan Minang Negeri Sembilan (IKWAMNS), Datuk Khairuddin Hassan berkata, program itu merupakan permintaan Bupati Kabuputen Lima Puluh Kota sendiri setelah lama tidak diadakan dengan kali terakhir diadakan di Balai Labu.

''Kami telah berbalas surat antara pemerintah dan bersetuju menggiatkan program selain menarik minat pelancong walaupun banyak masalah yang tidak dapat dielakkan namun diusahakan agar dapat berjalan lancar," katanya.

Majlis lintas budaya berkenaan telah dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kemudahan Awam dan Alam Sekitar negeri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ampangan, Abu Ubaidah Redza.

Program itu mendapat kerjasama Angkatan Seni Baru Yayasan Negeri Sembilan, Anstech Services Sdn. Bhd, Kumpulan Akademi Yayasan Negeri Sembilan dan Institut Perhotelan dan Pelancongan Negeri Sembilan serta Tourism Malaysia.

Kerajaan BN utamakan rakyat

Posted: 16 Dec 2013 10:56 AM PST

SEREMBAN 16 Dis. - Kerajaan Barisan Nasional (BN) amat prihatin dalam projek pembangunan dan kesejahteraan rakyat, malah tidak pernah mengamalkan sikap 'pilih bulu' dalam melaksanakannya biarpun kawasan terbabit dimenangi pembangkang.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, semua projek berkenaan dijalankan secara adil kerana rakyat diutamakan.

''Apa yang kita mahu ialah rakyat hidup sejahtera dan mereka tidak diabaikan," katanya dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-13 di sini hari ini.

Menjawab soalan Ng Chin Tsai (DAP-Temiang), Mohamad memberitahu, dalam soal membantu rakyat fahaman politik harus diketepikan dan sebab itulah BN sentiasa peka dalam isu rakyat.

Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesejahteraan Bandar Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Jalaluddin Alias memberitahu, sebanyak 37 projek Majlis Perbandaran Seremban (MPS) telah dijalankan dalam tempoh dari 2008 hingga 2013 yang menelan belanja lebih RM5.9 juta.

''Pada tahun 2008 sejumlah 14 projek dilaksanakan di Temiang. Pada tahun 2009 sebanyak lapan projek, 2010 iaitu tiga projek, 2011 adalah sebanyak empat projek, manakala 2012 sebanyak tiga projek dan tahun ini sebanyak lima projek," tegasnya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Dalam Negeri

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


PM lancar Pelan Bersepadu Pelancongan Genting

Posted: 17 Dec 2013 02:16 AM PST

KUALA LUMPUR 17 Dis. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan Pelan Bersepadu Pelancongan Genting (GITP) dengan nilai projek berjumlah RM5 bilion.

Di bawah pelan berkenaan yang bakal disiapkan secara berperingkat dalam tempoh 10 tahun itu akan turut merangkumi pembangunan Taman Tema Antarabangsa 20th Century Fox pertama di dunia dengan kos bernilai RM1 bilion serta pusat beli-belah Genting Premium Outlet, iaitu kedua terbesar di Asia Tengara selepas Johor Premium Otlet. - UTUSAN ONLINE

Edar pil kuda, penganggur berdepan hukuman mati

Posted: 17 Dec 2013 02:13 AM PST

KOTA BHARU 17 Dis. - Seorang penganggur berdepan hukuman gantung sampai mati apabila didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan mengedar pil kuda seberat enam kilogram di Kampung Lundang di sini, pada awal bulan ini.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh, Mohd. Fazelan Md. Khuzeh, 26, ketika dihadapkan di hadapan Majistret Nik Habri Muhamad hari ini.

Mohd. Fazelan didakwa mengedar pil kuda itu pada pukul 10 malam, 5 Disember lalu.

Dia yang berasal dari Tumpat, didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.

Tiada jaminan ditawarkan kepada tertuduh dan mahkamah menetapkan 9 Januari depan untuk sebutan semula kes. - UTUSAN ONLINE

ADUN Terengganu angkat sumpah depan SPRM, mufti

Posted: 17 Dec 2013 01:35 AM PST

KUALA TERENGGANU 17 Dis. - Mulai tahun hadapan anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan pegawai kanan Kerajaan Terengganu akan dikehendaki mengangkat sumpah di hadapan SPRM dan Mufti selain memegang al-Quran.

Menyatakan demikian Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata langkah ini bertujuan untuk menentukan pembuat pengakuan berlaku jujur dan amanah dengan tanggungjawab yang digalas.

"Jika mereka hendak lakukan juga (rasuah), itu terserah kepada mereka, urusan dengan Allah, yang penting kita sudah beritahu bahaya rasuah, sudah bagi penerangan dan langkah pencegahan yang perlu dilakukan," katanya.

Ahmad bercakap kepada pemberita pada Program Transformasi Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) mencegah rasuah kepada Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) di sini hari ini.

Katanya, kerajaan negeri akan meneruskan tradisi untuk berhubung rapat dengan agensi penguatkuasaan seperti SPRM dan taklimat SPRM hari ini akan diperluaskan kepada pegawai kanan kerajaan dan ketua-ketua jabatan tidak lama lagi.

Taklimat itu juga adalah sebagai komitmen kerajaan negeri Terengganu dalam menjalankan urusan pentadbiran dengan telus dan berintegriti untuk mengukuhkan keyakinan rakyat terhadap sektor perkhidmatan awam.

Ahmad berkata beliau tidak mahu berlaku sebarang kesilapan di kalangan ADUN yang bakal menjerat diri mereka dalam perangkap rasuah akibat kesilapan kecil dalam urusan pentadbiran harian.

"Hari ini banyak perkara disentuh, termasuk kuasa perundangan serta bentuk kesalahan rasuah dan perkara-perkara yang boleh disabitkan sebagai suapan yang mudah berlaku dalam kehidupan seharian.

Taklimat kira-kira tiga jam itu disampaikan oleh Pengarah Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali. - BERNAMA

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Utara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


RM188.84 juta urus Perlis 2014

Posted: 16 Dec 2013 10:56 AM PST

Azlan Man

KANGAR 16 Dis. - Perlis memperuntukkan sebanyak RM188.84 juta untuk perbelanjaan mengurus pelbagai program dan projek kesejahteraan rakyat di negeri ini pada tahun depan.

Daripada jumlah tersebut, dengan anggaran hasil RM82.77 juta pada 2014, kerajaan negeri mengalami defisit tahunan yang dianggarkan berjumlah RM106.07 juta.

Menteri Besar, Azlan Man berkata, defisit tersebut menunjukkan pertambahan sebanyak RM0.54 juta atau 0.5 peratus berbanding tahun ini yang hanya berjumlah RM105.53 juta.

Bagaimanapun kata beliau, pertambahan defisit tersebut adalah kecil dan terkawal iaitu 7.5 peratus daripada keseluruhan pertambahan perbelanjaan mengurus yang berjumlah RM7.19 juta.

"Pertambahan perbelanjaan mengurus selari dengan pertambahan hasil negeri menunjukkan komitmen kerajaan negeri untuk mengawal defisit ke paras lebih mapan dan berdaya maju tanpa menjejaskan kesejahteraan rakyat dan pembangunan negeri," katanya ketika membentangkan Bajet Negeri Perlis 2014 dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis di sini hari ini.

Beliau menjelaskan, peruntukan RM188.84 juta itu merupakan pertambahan sebanyak RM7.19 juta atau 3.96 peratus dalam Bajet Negeri Perlis 2014 berbanding peruntukan RM181.65 pada tahun ini.

"Di bawah peruntukan mengurus, RM43.52 juta adalah untuk emolumen dan RM53.09 juta bagi perkhidmatan dan bekalan.

"Sejumlah RM87.75 juta diperuntukkan bagi pemberian dan pembayaran tetap manakala selebihnya iaitu RM4.23 juta bagi pembelian aset dan baki RM0.25 juta perbelanjaan lain," kata beliau.

Azlan menjelaskan, bagi pembangunan, sebanyak RM58.99 juta diperuntukkan termasuk RM33.49 juta yang dicarum oleh Kerajaan Negeri Perlis.

"Jumlah caruman kerajaan negeri meningkat RM0.55 juta atau 1.7 peratus berbanding 2013 bagi memastikan projek pembangunan dapat diteruskan demi kesejahteraan rakyat," tambah beliau.

Beliau memberitahu, pengagihan peruntukan pembangunan dibahagikan kepada enam agensi pelaksana yang terdiri daripada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (RM20.28 juta), Jabatan Kerja Raya (RM20.38 juta), Jabatan Pertanian (RM4.97 juta), Jabatan Perkhidmatan Veterinar (RM3.82 juta), Jabatan Pengairan dan Saliran (RM6.80 juta) dan Jabatan Perhutanan (RM2.74 juta).

Menurut beliau, hasil kerajaan negeri bagi 2014 dianggarkan berjumlah RM82.77 juta yang disumbangkan menerusi hasil cukai sebanyak RM14.01 juta.

"Hasil bukan cukai pula sebanyak RM40.58 juta dan terimaan bukan hasil berjumlah RM28.18 juta," ujar beliau.

Azlan berkata, anggaran hasil kerajaan negeri pada tahun depan meningkat sebanyak RM6.65 juta atau 8.74 peratus berbanding tahun ini yang berjumlah RM76.12 juta.

"Peningkatan berlaku merupakan sebahagian besar sumbangan oleh pertambahan pemberian Kerajaan Persekutuan di bawah komponen Terimaan Bukan Hasil," ujar beliau.

Pelihara semula Istana Raja Bendahara Perak

Posted: 16 Dec 2013 10:56 AM PST

PEMANDANGAN bahagian hadapan Istana Raja Bendahara Perak di Kuala Kangsar, Perak kelihatan sudah usang, berlumut dan terbiar begitu sahaja patut dipulihara. - UTUSAN/HASHIM P. MAMAT

KUALA KANGSAR 16 Dis - Kerajaan negeri diminta memulihara semula bangunan Istana Raja Bendahara Perak di Jalan Tun Razak di sini yang telah terbiar begitu sahaja sejak lebih 30 tahun lalu sebagai salah satu bangunan sejarah warisan kesultanan di negeri ini.

Pengerusi Persatuan Keturunan Megat Terawis, Tan Sri Megat Najmuddin Megat Khas mendakwa, istana terbiar kosong tanpa penghuni itu tidak dijaga dengan sewajarnya sebaik sahaja ditinggalkan selepas kemangkatan Raja Bendahara Perak, Raja Abdul Rashid Sultan Idris Shah I pada 1958.

"Bangunan istana itu amat bernilai dari segi sejarah kesultanan Perak dan tidak sepatutnya dibiarkan begitu sahaja. Sudah tiba masanya dibangunkan sebagai sebuah muzium yang mungkin boleh menempatkan koleksi warisan Raja Bendahara itu sendiri.

"Istana ini mempunyai seni bina dan reka bentuk indah dan boleh dijadikan salah satu produk pelancongan di Kuala Kangsar. Sekurang-kurangnya, biarlah bangunan ini dicat semula, dibaik pulih agar nampak lebih menarik," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sementara itu, tinjauan Utusan Malaysia mendapati bangunan istana tersebut berada dalam keadaan mendukacitakan kerana catnya sudah lusuh dan berlumut, malah sebahagian daripada strukturnya yang dibina daripada kayu, telah rosak dan reput.

Biarpun rumput di sekelilingnya dipotong rapi, namun, keadaan bangunannya berada dalam keadaan tidak terurus.

Dalam pada itu, Megat Najmuddin mendakwa, Raja Bendahara merupakan waris ketiga takhta Kesultanan Perak selepas Raja Muda Perak dan Raja Dihilir Perak.

Namun beliau mendakwa, gelaran Raja Bendahara Perak telah dimansuhkan selepas kemangkatan Raja Abdul Rashid kerana mengikut Undang-Undang Tubuh Negeri Perak, gelaran Bendahara adalah untuk orang kebanyakan dan bukannya keturunan diraja.

"Gelaran ini kemudiannya dikenali dengan nama Orang Kaya Bendahara dan pernah disandang oleh Laksamana Megat Terawis pada 1528," katanya.

BPA terima 46 aduan di Perlis

Posted: 16 Dec 2013 10:56 AM PST

KANGAR 16 Dis. - Biro Pengaduan Awam (BPA) telah menerima sebanyak 46 aduan berkaitan agensi-agensi di bawah kerajaan negeri dan kementerian atau agensi di bawah pentadbiran Kerajaan Persekutuan dari 1 Januari hingga 30 November tahun ini.

Pengerusi Hal-Ehwal Komunikasi Korporat dan Aduan Awam negeri, Datuk Mat Rawi Kassim memberitahu, daripada jumlah tersebut sebanyak 22 aduan adalah mengenai agensi-agensi di bawah kerajaan negeri manakala 24 lagi di bawah kementerian dan agensi Kerajaan Persekutuan.

"Antara aduan diperoleh BPA ialah menerusi laman web, panggilan telefon, program seperti aduan kaunter bergerak, borang aduan, lama sosial, emel dan sistem khidmat ringkas (SMS)," katanya ketika menjawab soalan Khaw Hock Kong (BN-Titi Tinggi) dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis di sini hari ini.

Menurut beliau, BPA akan mendaftarkan aduan dalam sistem 1-Aduan Berkomputer dan meminta agensi berkenaan untuk memberi maklum balas dalam tempoh lima hari bekerja.

"Jawapan tersebut akan menentukan sama ada kes itu berasas atau tidak berasas, maklum balas akan diberikan kepada pengadu dalam masa dua hari bekerja," tambah beliau.

Mat Rawi berkata, antara aduan diterima ialah berkaitan kelewatan, tindakan tidak adil, kekurangan kemudahan awam, kelemahan peraturan, salah guna kuasa, salah laku anggota awam, kegagalan mengikut prosedur, kegagalan penguatkuasaan dan kualiti perkhidmatan tidak memuaskan.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Muka Hadapan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Muka Hadapan


Harun, pengikut didakwa

Posted: 16 Dec 2013 10:56 AM PST

Broken Link!

The content you are looking for is not available. You might had clicked on a broken link from another website or the content itself might have been removed.

You may want to consider our archive on

If you think there is an error, please click here to report and let us know.

ETP tarik RM220 bilion pelaburan

Posted: 16 Dec 2013 10:56 AM PST

Broken Link!

The content you are looking for is not available. You might had clicked on a broken link from another website or the content itself might have been removed.

You may want to consider our archive on

If you think there is an error, please click here to report and let us know.

Pelaburan ECER lepasi paras RM55 bilion

Posted: 16 Dec 2013 10:56 AM PST

Broken Link!

The content you are looking for is not available. You might had clicked on a broken link from another website or the content itself might have been removed.

You may want to consider our archive on

If you think there is an error, please click here to report and let us know.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Dadah RM14 juta dirampas, pegawai kanan ditahan

Posted: 16 Dec 2013 08:04 PM PST

KUALA LUMPUR 17 Dis. - Polis merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM14 juta dalam beberapa serbuan di sekitar Nilai dan Lembah Klang semalam dan Sabtu.

Dalam serbuan oleh Jabatan Siasatan Narkotik itu, beberapa pegawai kanan sebuah agensi penguatkuasaan ditahan bersama empat warga Nigeria. - UTUSAN ONLINE

Atlet angkat berat remaja maut

Posted: 16 Dec 2013 10:56 AM PST

Oleh FADZLY IZAB
utusanmelaka@utusan.com.my

MELAKA 16 Dis. - Seorang atlet angkat berat remaja negeri ini meninggal dunia selepas motosikal yang ditunggangnya hilang kawalan lalu terhumban ke dalam longkang di Jalan Ayer Leleh, di sini tengah malam tadi.

Dalam kemalangan kira-kira pukul 12.45 tengah malam itu, Muhamad Afiq Rasik, 20, maut di tempat kejadian akibat kecederaan serius di bahagian dalaman badan.

Menurut jurucakap polis, mangsa dan beberapa orang rakannya dalam perjalanan pulang dari arah pusat bandar ke rumahnya di Kampung Ayer Leleh sebelum motosikal jenis Demak miliknya terbabas.

Dia tercampak dari motosikalnya dan mengalami kecederaan teruk di bahagian dalam badan," kata jurucakap itu ketika dihubungi di sini.

Menurut jurucakap itu lagi, mangsa yang bekerja sambilan sebagai pengawal keselamatan di Sekolah Seri Bandar sejak sebulan lalu kemudian dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat.

Sementara itu, jurulatih mangsa, Yuzaimi Yunus, 28, memberitahu, mangsa terlibat dalam sukan angkat berat sejak berumur 17 tahun dan kini dipilih mewakili Melaka.

Dia sedang giat menjalani latihan angkat berat dan bercita-cita mendapat pingat emas pada Sukan Malaysia (Sukma) di Perlis yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Arwah juga pernah memenangi pingat emas Kejohanan Angkat Berat Remaja Kebangsaan 2013 di Putrajaya bagi kategori 105 kilogram pada Oktober lalu," ujarnya ketika ditemui di bilik mayat Hospital Melaka di sini.

Kakak mangsa, Ernisa, 28, pula memberitahu, mangsa sempat mengambil seorang adiknya yang bekerja di Dataran Pahlawan kira-kira pukul 10.30 malam sebelum keluar semula untuk minum bersama rakannya.

Jenazah Muhamad Afiq dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Ayer Leleh di sini," katanya.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Salehhudin Abd. Rahman ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved