Jumaat, 13 Disember 2013

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Sukan SEA Myanmar: Praveen hadiahkan emas

Posted: 13 Dec 2013 11:07 PM PST

NAY PYI TAW 14 Dis. - Praveen Nair Mathaven mencipta kejutan dengan menghadiahkan pingat emas buat Malaysia dalam acara ekuestrian dressage individu di Sukan SEA Myanmar 2013 hari ini.

Membuat penampilan pertama pada temasya sukan dwi tahunan itu, Praveen mengetepikan dua pencabar dari Indonesia untuk menghadiahkan emas ketiga Malaysia dalam sukan ekuestrian di Myanmar.

Dua emas Malaysia sebelum ini hadir dalam acara endurance individu (Mohd. Sulaiman Muda) dan berpasukan (Sulaiman, Abdul Halim Alihan dan Asri Abdul Aziz), Rabu lalu.

Kontinjen negara tidak mensasarkan emas daripada ekuestrian di Myanmar. - UTUSAN ONLINE

Sukan SEA Myanmar: Karate tokok dua lagi emas

Posted: 13 Dec 2013 10:51 PM PST

Oleh DAYNE AZMIN

NAY PYI TAW 14 Dis. - Dua emas berjaya dikaut Malaysia dalam sukan karate di temasya Sukan SEA Myanmar 2013 sebentar tadi.

Pingat emas pertama negara diraih oleh S.Senthil Kumaran dalam acara komite 60 kilogram (Kg) lelaki sebelum S.Shree Shavmini menambah satu lagi emas menerusi acara sama kategori wanita. - UTUSAN ONLINE

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Dua suspek culik bayi masih berada dalam negara

Posted: 13 Dec 2013 11:00 PM PST

PERMATANG PAUH 14 Dis. - Polis percaya dua suspek kes culik seorang bayi perempuan di Paya Terubong di negeri ini semalam masih berada dalam negara.

Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, suspek itu membabitkan dua wanita, seorang keturunan Cina amat dikehendaki bagi membantu siasatan.

Beliau berkata, siasatan mendapati kedua-dua suspek bukan anggota sindiket

pemerdagangan bayi yang pernah ditahan polis dalam Op Pintas Sayang 1 dan 2

sebelum ini.

"Siasatan awal kita mendapati kedua-dua mereka menculik bayi tersebut untuk dijual dan pihaknya masih meneruskan siasatan lanjut terhadap kedua-dua mereka itu," katanya di sini hari ini.

Dalam kejadian semalam, polis berjaya menyelamatkan seorang bayi perempuan berusia tujuh bulan yang diculik dari rumah neneknya di Paya Terubong selepas menahan seorang warga emas yang membeli bayi itu dengan harga RM3,000. - UTUSAN ONLINE

Bayi perempuan ditemui di belakang rumah di Puchong

Posted: 13 Dec 2013 10:55 PM PST

KUALA LUMPUR 14 Dis. - Seorang bayi perempuan yang baru dilahirkan ditemui di sebuah lorong di belakang sebuah rumah teres dua tingkat di Jalan BK 4/6, Bandar Kinrara, Puchong malam tadi.

Ketua Polis Daerah Serdang ACP Abdul Razak Elias berkata, bayi yang masih bertali pusat itu ditemui kira-kira 12.10 tengah malam tadi oleh seorang wanita yang tinggal berhampiran.

"Wanita itu terdengar bunyi tangisan bayi tanpa henti antara pukul 11.30 malam hingga 12.10 malam. Dia lalu menjenguk dari tingkap dapur rumahnya dan mendapati seorang bayi di belakang rumahnya," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata wanita itu kemudiannya menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang.

Bayi itu dihantar ke Hospital Serdang dan keadaannya dilapor stabil.

Abdul Razak berkata pihak polis turut menemui sehelai sarung bantal yang terdapat kesan darah. - BERNAMA

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


366 tahanan penjara Aleppo dibebaskan.

Posted: 13 Dec 2013 09:30 AM PST

DAMSYIK 14 Dis. - Pihak berkuasa Syria semalam membebaskan 366 orang tahanan `atas alasan kemanusiaan di penjara Aleppo yang terletak di utara negara tersebut yang kini berada di bawah pengepungan penentang kerajaan.

Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria berkata, kumpulan pertama yang melibatkan 10 orang tahanan sudah dibebaskan Khamis lalu, dengan kebanyakan daripada mereka pernah disabitkan dengan kesalahan jenayah.

``Pihak berkuasa sudah membebaskan 366 orang tahanan di penjara Aleppo, atas alasan kemanusiaan selepas penentang kerajaan mengepung penjara berkenaan, kata agensi berita SANA.

Sementara itu, Pengarah Pertubuhan Pemantau Hak Asasi Manusia, Rami Abdel Rahman memberitahu AFP, keadaan di dalam penjara tersebut begitu `teruk dan para banduan di sana dibebaskan bagi mengelakkan mereka diserang pelbagai penyakit termasuk batuk kering. - AFP

Kerajaan India saman Kedutaan Amerika Syarikat.

Posted: 13 Dec 2013 08:46 AM PST

NEW DELHI 14 Dis. - Kerajaan India semalam mengambil tindakan menyaman kedutaan Amerika Syarikat (AS) di negara tersebut, selepas mereka melakukan satu tindakan `memalukan apabila memberkas seorang pegawai diplomat yang sedang menghantar anaknya ke sekolah di New York.

Jurucakap Kementerian Luar India, Syed Akbaruddin berkata, Duta AS ke India, Nancy Powell telah menerima surat saman berkenaan ketika mengadakan pertemuan dengan Setiausaha Kementerian Luar, Sujatha Singh sehari selepas penahanan Timbalan Konsul Devyani Khobragade.

``Kami berasa begitu terkejut dengan cara bagaimana beliau dimalukan dan kami akan mengambil satu tindakan tegas terhadap AS.

``Beliau sudah melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan baik, perbuatan sedemikian terhadap seorang diplomat India tidak dapat diterima. kata Syed Akbaruddin kepada AFP. - AFP

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


JKN pantau wabak penyakit

Posted: 13 Dec 2013 10:10 AM PST

Oleh ZAMZURINA AHMAD
zamzurina.ahmad@utusan.com.my

KUANTAN 13 Dis. - Sebanyak 84 pasukan dari Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) digerakkan di kawasan-kawasan yang teruk dilanda banjir di negeri ini bagi menjalankan aktiviti pencegahan wabak penyakit berjangkit.

Pengarahnya, Datuk Dr. Norhizan Ismail berkata, daripada jumlah tersebut, sebanyak 29 pasukan ditempatkan di Kuantan termasuk 14 pasukan yang dipinjamkan dari daerah lain kerana daerah ini paling teruk terjejas akibat bencana itu.

"Jabatan Kesihatan sentiasa mengawasi dan memantau keadaan banjir untuk menyediakan perkhidmatan pasukan perubatan dan pasukan kesihatan.

"Malah, pasukan perubatan telah beroperasi selama 24 jam di pusat pemindahan banjir yang mempunyai mangsa melebihi 1,000 orang," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut Norhizan, pihaknya kini lebih mengutamakan pemantauan aspek kebersihan dan kesihatan selepas banjir bagi mengelak berlakunya penyakit berjangkit seperti demam denggi, kolera, tifoid hepatitis A, keracunan makanan dan leptospirosis (kencing tikus).

"Antara usaha dilakukan ialah memeriksa serta memantau kebersihan persekitaran dan memusnahkan bekas-bekas yang berpotensi untuk pembiakan nyamuk. Kita juga membantu melupuskan bangkai serta sisa-sisa bangkai yang boleh menyumbang kepada pembiakan lalat, tikus dan lipas dan memeriksa gerai atau premis makanan.

"Dalam pada itu, kita turut menjalankan pendidikan dan promosi kesihatan bagi menasihati penduduk supaya berhati-hati serta sentiasa mengamalkan kebersihan diri," jelasnya.

Katanya, penduduk yang mempunyai sebarang pertanyaan boleh menghubungi Bilik Gerakan Banjir Jabatan Kesihatan negeri di talian 09-5707910.

Jangan ambil kesempatan terhadap mangsa banjir

Posted: 13 Dec 2013 10:10 AM PST

Shahiruddin Ab. Moin (dua kanan) bersama sebahagian ahli koperasi turut menyumbang untuk mangsa banjir pada majlis penutup Kursus Perundangan Koperasi Peringkat Negeri Pahang 2013 di Hotel MS Garden, Kuantan, semalam.

KUANTAN 13 Dis. - Mangsa banjir di negeri ini khususnya di sini diminta menggunakan perkhidmatan Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), agensi kerajaan dan badan sukarela bagi mengangkut sampah banjir ke tempat pembuangan sampah yang disediakan.

Pengerusi Jawatankuasa Koperasi, Keusahawanan dan Kepenggunaan negeri, Datuk Shahiruddin Ab. Moin berkata, beliau menerima aduan terdapat pemilik lori mengenakan caj melampau kepada mangsa banjir untuk mengangkut sampah itu ke tempat lain.

Tambahnya, tindakan tersebut dilihat mengambil kesempatan tanpa mempedulikan nasib mangsa yang sedih akibat banyak harta benda mereka musnah disebabkan bencana itu.

"Saya ada menerima aduan daripada mangsa banjir yang memberitahu dikenakan sehingga RM500 oleh pemilik lori terbabit untuk mengangkut sampah banjir ke tempat pembuangan sampah.

"Mereka diingatkan jangan ambil kesempatan terhadap kesusahan dialami mangsa banjir. Kalau mahu membantu biarlah mengenakan caj yang munasabah. Saya minta mangsa terbabit supaya berhubung terus dengan MPK kerana pelbagai agensi kerajaan sedia membantu mengangkut sampah itu di kawasan mereka," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Kursus Perundangan Koperasi Peringkat negeri yang disertai 180 pemimpin koperasi di sini hari ini.

Pada majlis itu, beliau melancarkan derma kilat membantu mangsa banjir melibatkan wartawan dan jurugambar yang turut menjadi mangsa bencana tersebut.

Mengenai dakwaan terdapat sebuah pasar raya yang memindahkan barangan rosak mereka akibat banjir ke cawangan lain, Shahiruddin berkata, setakat ini pihaknya belum menerima laporan mengenai perkara tersebut.

Namun katanya, tindakan akan diambil jika didapati pasar raya terbabit berbuat demikian kerana tidak mempedulikan kebersihan serta kesihatan pelanggan yang membeli barangan berkenaan.

"Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan negeri akan menyiasat dakwaan ini kerana membabitkan keselamatan pengguna dan perkara berkenaan tidak patut berlaku demi mengejar keuntungan," ujarnya.

50 keluarga peneroka terima bantuan GWGF

Posted: 13 Dec 2013 10:10 AM PST

Abdullah Abu Bakar (duduk, empat dari kiri) bergambar bersama peneroka yang menjadi mangsa banjir di Felda Bukit Kuantan, Kuantan, semalam.

KUANTAN 13 Dis. - Gabungan Wawasan Generasi Felda (GWGF) dengan kerjasama Felda menyampaikan sumbangan kepada 50 keluarga peneroka yang terlibat dalam bencana banjir di negeri ini minggu lalu.

Timbalan Pengerusinya, Datuk Abdullah Abu Bakar berkata, gerakan misi bantuan itu membabitkan mangsa di Felda Bukit Kuantan, Felda Jengka 8, Jengka 11, Jengka 15 dan Felda Jengka 16.

Menurutnya, GWGF merangka bentuk bantuan yang diperlukan mangsa banjir mengikut keperluan dalam dua fasa iaitu semasa dan selepas bencana tersebut.

"Bantuan selepas banjir melibatkan pembersihan kawasan perumahan peneroka, surau, masjid dan lain-lain tempat terlibat akan dilaksanakan selepas banjir kembali pulih,'' katanya selepas menyampaikan bantuan tersebut di Felda Bukit Kuantan di sini semalam.

Abdullah yang juga Presiden Alumni Majlis Belia Felda Malaysia (AMBFM) berkata, misi bantuan itu merupakan satu inisiatif GWGF dalam menyumbang tenaga bagi meringankan beban mangsa terlibat.

Menurutnya, keperluan asas seperti 40 dapur gas, 400 botol air mineral, dan makanan ringan berkhasiat disalurkan bagi meringankan beban yang ditanggung mereka.

Katanya, objektif misi berkenaan adalah bagi memberi bantuan asas dan membantu kawasan kediaman warga Felda yang terjejas akibat bencana itu.

"Ini menunjukkan bahawa semangat kekitaan menjadi tunjang perjuangan Pengerusi GWGF, Tan Sri Rozali Ismail yang sentiasa prihatin dengan kesulitan yang dialami warga Felda," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Mahkamah kekal keputusan bebas bekas Ahli Parlimen

Posted: 13 Dec 2013 10:10 AM PST

Mohd. Apandi

KUALA LUMPUR 13 Dis. - Mahkamah Tinggi di sini hari ini mengekalkan perintah pelepasan dan pembebasan bekas Ahli Parlimen Pas bagi kawasan Jeli, Mohd. Apandi Mohamad daripada tiga pertuduhan memalsukan dokumen tuntutan sewa hotel berjumlah RM31,050, sembilan tahun lalu.

Hakim Kamardin Hashim memutuskan demikian selepas menolak rayuan pihak pendakwaan setelah mendapati rayuan tersebut tidak mempunyai merit.

Mohd. Apandi, 52, yang hadir ke mahkamah memakai kot dan seluar berwarna coklat kelihatan gembira dengan keputusan tersebut.

Pihak pendakwaan mengemukakan rayuan setelah tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Sesyen pada 11 Februari 2011 yang melepas dan membebaskan Mohd. Apandi daripada tuduhan itu.

Mahkamah rendah tersebut membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie.

Mengikut pertuduhan, Mohd. Apandi didakwa sebagai Ahli Dewan Rakyat kawasan Jeli mengemukakan tuntutan pernyataan palsu berhubung sewa Hotel Perdana Resort, Pantai Cahaya Bulan yang terletak di Kota Bharu, Kelantan berjumlah RM31,050.

Butiran-butiran tersebut terkandung dalam dokumen Kenyataan Tuntutan Menghadiri Mesyuarat-Mesyuarat Atas Undangan Kerajaan Persekutuan atau kerajaan negeri untuk Januari 2002 hingga Jun 2003 yang bertarikh di antara 4 Februari 2002 dan 14 Julai 2003.

Beliau yang diwakili oleh peguam bela Datuk Sukri Mohamed didakwa melakukan perbuatan itu di Cawangan Kewangan, Pejabat Parlimen Malaysia, Jalan Parlimen di sini antara 11 Februari 2002 dan 23 Julai 2003.

Mohd. Apandi didakwa melakukan perbuatan itu di Cawangan Kewangan, Pejabat Parlimen Malaysia, Jalan Parlimen di sini antara 11 Februari 2002 dan 23 Julai 2003.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 11(C) Akta Pencegahan Rasuah 1997 yang boleh dihukum menurut Seksyen 16 akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda sehingga lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana yang lebih tinggi.

Pendakwaan diwakili oleh Timbalan Pendakwa Raya, Abdul Ghafar Ab. Latif.

Suami wanita dikaitkan Adi Putra mahu kes dibuka semula

Posted: 13 Dec 2013 10:10 AM PST

Nooraida Abdul Talib dan suaminya, Amiruddin Osman menunjukkan laporan polis meminta siasatan baru dijalankan terhadap kes yang dikaitkan dengan Adi Putra di Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 13 Dis. - Suami wanita yang dikaitkan dengan pelakon Adi Putra hari ini membuat laporan polis untuk meminta siasatan kes hubungan mereka dibuka semula.

Amiruddin Othman, 56, berkata, pihaknya telah membuat permohonan agar kes itu disiasat semula kerana tidak puas hati dengan siasatan yang dilakukan oleh pegawai penyiasat terdahulu.

"Saya hanya inginkan keadilan dan menegakkan kebenaran buat isteri saya," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini yang turut dihadiri isterinya.

Semalam Adi mengadakan sidang akhbar menyatakan beliau bebas daripada kes itu setelah polis pada 2 Disember lalu mengeluarkan keputusan rasmi mengklasifikasikan kes itu sebagai no further action (NFA) atau tiada tindakan selanjutnya.

Kedua-dua belah pihak telah mendapat keputusan rasmi daripada pihak polis berkenaan kes itu yang disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan itu.

Laporan polis Amiruddin hari ini dibuat di bahagian tatatertib, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini.

Sementara itu, peguam yang mewakili Amiruddin, Muhammad Hasif Hasan, juga berpendapat bahawa seksyen yang digunakan untuk siasatan sebelum ini tidak relevan.

"Oleh itu, pihak kami akan mengemukakan permohonan kepada pendakwa raya untuk melihat semula bukti dan melantik semula pegawai penyiasat yang baru serta melihat seksyen yang lebih relevan," ujarnya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Jennifer Lawrence fobia labah-labah

Posted: 13 Dec 2013 10:10 AM PST

JENNIFER LAWRENCE

LOS ANGELES - Aktres Hollywood, Jennifer Lawrence dilaporkan menangis kerana takutkan labah-labah.

Keadaan itu berlaku semasa Lawrence menjalani penggambaran filem The Hunger Games: Catching Fire di sebuah kawasan hutan di Hawaii, baru-baru ini.

"Semua orang memberitahu saya bahawa tiada labah-labah di hutan tersebut, namun jangkaan saya meleset apabila saya ternampak serangga itu pada sebatang pokok.

"Disebabkan terlalu takut, saya mula menangis dan krew-krew penggambaran menenangkan saya," katanya.

Sehubungan itu, Lawrence kini mengakui dirinya fobia labah-labah.

Dalam pada itu, aktres berusia 23 tahun tersebut melahirkan hasrat untuk berehat sebentar daripada dunia lakonan kerana berasa terlalu sibuk sejak kebelakangan ini.

"Saya mungkin ingin berehat seketika, namun itu tidak bermakna saya ingin berhenti berlakon.

"Jadual kerja yang padat membuat saya ingin meluangkan lebih masa bersama keluarga dan menikmati masa cuti yang selesa," ujarnya. - AGENSI

Bipasha lancar koleksi fesyen

Posted: 13 Dec 2013 10:10 AM PST

BIPASHA BASU

MUMBAI - Pelakon jelita, Bipasha Basu merupakan bintang Bollywood wanita pertama yang melancarkan koleksi fesyen dengan jenama sendiri.

Jika sebelum ini dia terkenal dengan perniagaan menjual cakera padat kesihatan, kini Bipasha tampil pula dengan koleksi aksesori hasil rekaannya yang dijual secara atas talian melalui butik trunklabel.com.

Bipasha berkata, aksesori yang terdapat dalam butik tersebut termasuklah tali pinggang, barangan kemas, kasut dan beg tangan yang hanya boleh dibeli secara dalam talian.

Dalam pada itu, Bipasha yang juga model memberitahu tujuannya memulakan perniagaan secara dalam talian adalah bagi memberikan kemudahan dan keselesaan kepada pelanggan yang meminati dunia fesyen.

Katanya, semua aksesori yang dilancarkan itu sangat menarik dan sesuai digayakan oleh sesiapa sahaja.

Tambahnya lagi, perniagaan secara atas talian juga boleh mendekatkan hubungannya dengan para peminat. - AGENSI

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Retorik UMNO ada batas

Posted: 13 Dec 2013 10:10 AM PST

DATUK ABDUL RAHMAN DAHLAN ialah Ahli Majlis Tertinggi UMNO dan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan

AHLI UMNO bersemangat sewaktu mengikuti ucapan penggulungan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak melalui skrin besar di ruang legar Pusat Dagangan Dunia Putra sempena Perhimpunan Agung UMNO 2013 di Kuala Lumpur, 7 Disember lalu. - UTUSAN/AZLAN HADI ABU BAKAR

Perhimpunan Agung UMNO yang baru seminggu berlalu, besar kesannya terhadap saya secara peribadi yang pertama kali duduk di kerusi Ahli Majlis Tertinggi (MT). Perhimpunan ini bukan sekadar memenuhi tuntutan Pendaftar Pertubuhan (ROS) tetapi lebih besar daripada itu.

Ia adalah perhimpunan pemimpin Melayu bagi mencorak masa depan anak bangsa. Ia merupakan pertemuan peribadi bagi sekalian yang hadir memenuhi segenap ceruk Dewan Merdeka.

Saya kira, hanya pemimpin, ahli dan penyokong parti yang benar-benar memahami peri pentingnya pertemuan keluarga besar UMNO itu. Tidak mengapa kerana yang utama, kita tahu mengapa kita berada di sana.

Segala yang berlaku sepanjang Perhimpunan Agung UMNO 2013 mempunyai kepentingan tersendiri- tidak kiralah gerai yang berakhir dengan lelongan bagi menarik pelanggan, kumpulan makcik yang setia mengikuti ucapan dan perbahasan sambil bersila di depan layar besar di Aras 2 PWTC, atau sesi teh tarik tanpa henti bersama rakan-rakan sepanjang persidangan.

Semua itu, yang berlaku di luar dewan, sama penting dengan ucapan, keluhan, teguran dan cadangan perwakilan yang bergema di dalam Dewan Merdeka.

Kita bersua muka di luar dewan dan pantas bersalaman serta berpelukan sambil bertanya khabar selepas lama tidak berjumpa. Kemesraan itu menenggelamkan tinggi atau rendahnya jawatan kita dalam parti kerana yang terlintas di hati hanyalah keseronokan bertemu ahli keluarga selepas sekian lama.

Tanpa disedari, jabatan tangan dan pelukan dalam suasana kemeriahan itu turut mengukuhkan parti. Ketua bahagian dan ahli akar umbi saling berbual dan bertukar pandangan tanpa banyak protokol, malah ada kalanya Presiden parti turut menyapa kerana seperti saya katakan, ini adalah pertemuan adik-beradik UMNO.

Saya ada terbaca komen sinis sesetengah pihak yang mengatakan Perhimpunan Agung UMNO 2013 tidak lebih daripada retorik. Jawapan saya mudah. Mereka melihatnya sebagai retorik, saya melihatnya sebagai menyuntik semangat perjuangan.

Bagi kepemimpinan UMNO, Perhimpunan Agung UMNO adalah medan terbaik bagi kita menaikkan suhu semangat perjuangan ahli di semua peringkat. Ini adalah sebagai persediaan awal menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), dalam tempoh empat tahun. Percayalah, empat tahun bukan tempoh yang panjang.

Kita jangan emosional atau hipokrit apabila membicarakan soal retorik. Semua parti politik di dunia bergantung kepada retorik sebagai penyambung perjuangan dan isu retorik jugalah yang menjadi pengisian dalam setiap perhimpunan agung parti masing-masing.

Ini boleh dilihat dalam Konvensyen Tahunan Parti Demokrat dan Republikan di Amerika Syarikat, Parti Buruh dan Konservatif di Britain dan di kampung halaman kita sendiri setiap kali Pas, DAP dan PKR mengadakan muktamar serta konvensyen tahunan. Justeru, apa perlu dihairankan apabila Perhimpunan Agung UMNO dipenuhi retorik kerana satu dunia melakukannya!

Pun demikian, retorik UMNO ada batasnya. Harus diingat, banyak isu yang dibangkitkan dan idea baru dikembangkan dalam setiap Perhimpunan Agung UMNO. Kombinasi idea baru dan retorik parti ini mencetuskan semangat luar biasa dalam diri ahli setiap tahun, malah mereka meninggalkan perkarangan PWTC di akhir perhimpunan dengan tekad untuk terus berjuang demi parti disayangi.

Susur galur ini mungkin tidak difahami penggerak laman web yang bagai tidak menang tangan mengecam UMNO. Pelbagai tohmahan dan kritikan dilempar terhadap Perhimpunan Agung UMNO kali ini tetapi tidak mengapalah kerana bagi saya, setiap orang berhak meluahkan pandangan dan mereka boleh terus berbuat demikian.

Bagaimanapun, mereka lupa bahawa ada idea dan cadangan yang dikemukakan dalam Perhimpunan Agung UMNO kali ini boleh dibincang ke peringkat Majlis Tertinggi dan dengan kelulusan parti selepas diperhalusi sedalam-dalamnya, dibawa pula ke peringkat Kabinet. Itu cara UMNO atas nama perjuangan untuk semua.

Ada juga laporan media online mendakwa UMNO kini dilihat lebih bersifat berhaluan kanan sejak PRU-13, dan lebih cenderung kepada proses Islamisasi atau radikalisme. Saya juga terbaca tweet pemimpin DAP, Lim Kit Siang, yang memetik analisis berita portal online mengenai dakwaan ini.

Pandangan saya mudah. UMNO adalah parti yang menghormati proses demokrasi yang didukungi kuasa majoriti. Oleh kerana golongan majoriti Melayu/bumiputera terus menyokong UMNO dan Barisan Nasional (BN), maka seharusnyalah UMNO mendengar suara majoriti serta mengkaji dasar-dasar yang setimpal dengan kehendak golongan majoriti berkenaan.

Kita harus menghormati kaedah ini kerana ia memenuhi tuntutan proses demokrasi. Rakyat memberi undi dan menjadi tanggungjawab UMNO serta BN untuk menghormati sepenuhnya kepercayaan itu selepas mereka memilih kerajaan sedia ada bagi mengekalkan kuasa.

Secara peribadi, saya berpendapat Lim Kit Siang harus menyalahkan diri sendiri kerana cuba 'mengaburi' mata pengundi bukan bumiputera untuk tidak menyokong BN. Di akhirnya, golongan berkenaan yang menanggung akibatnya berikutan kekurangan wakil mereka dalam kerajaan.

Ditakdirkan 'Green Party' bertapak di Malaysia dan menjadi kuasa politik utama yang membantu mengekalkan UMNO sebagai parti nombor satu Malaysia, pastinya rakyat akan mendengar mengenai dasar dan desakan mereka melaksanakan dasar yang mapan serta mesra alam.

Bagaimanapun, dalam konteks Perhimpunan Agung UMNO yang baru lalu, semua saranan dan desakan supaya dasar lebih tegas serta radikal dilaksanakan parti akan dikaji secara mendalam di peringkat MT UMNO, selain turut dibincang bersama rakan komponen dalam BN. Asasnya ialah kita mesti mendengar suara majoriti!

PAU 2013 turut peranan lebih besar yang digerakkan sayap Pergerakan Wanita dan Puteri dalam parti selama ini. Saya setuju dengan saranan Wanita supaya ahlinya yang berusia bawah 35 tahun menjadi ahli Puteri UMNO secara automatik sebelum diserap sebagai ahli Wanita UMNO sebaik melepasi usia 35 tahun. Percaturan itu agak sistematik dan harus digalakkan bagi membantu usaha mengukuhkan kedua-dua sayap.

Saya berpandangan keanggotaan dalam Puteri UMNO harus dikekalkan sehingga mereka berusia 40 tahun. Pada usia iu, ahli yang menyertai Wanita UMNO memiliki kelayakan dan pengalaman politik sewajarnya untuk dijadikan bekalan berkecimpung di peringkat lebih tinggi.

Saya juga gembira melihat sayap Pemuda, yang saya pernah anggotai tidak lama dulu, kekal menjadi sayap penting UMNO dalam mendokong dasar-dasar kritikal untuk agama dan bangsa.

Inilah indahnya UMNO. Keluarga besar ini tidak pernah sunyi daripada pelbagai ragam dan kerenah namun semuanya diterima sebagai sebahagian daripada proses yang mendewasakan parti. Saya yakin 3.4 juta ahli UMNO sayangkan parti ini kerana ikrar perjuangan kami tidak pernah berubah.

Atas nama agama, bangsa dan negara, perjuangan keramat UMNO akan dipelihara selama-lamanya.

Menyusun semula GLC

Posted: 13 Dec 2013 10:10 AM PST

Rohami Shafie
Penulis ialah Pensyarah Kanan Perakaunan dan Kewangan, Pusat Pengajian Perakaunan, Kolej Perniagaan, Universiti Utara Malaysia

ARTIKEL saya bertajuk 'Ke manakah ekonomi bumiputera?' (Utusan Malaysia, 10 Disember 2013) mendapat maklum balas pelbagai pihak. Ada antaranya rakan-rakan saya yang bekerja sebagai eksekutif kanan di syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Isu yang disentuh oleh saya mengenai GLC ini adalah isu yang dari dahulu sehingga kini mendapat tempat dalam kalangan orang Melayu dan kaum bumiputera.

Selari dengan isu yang dibangkitkan, saya tertarik dengan berita yang mengatakan bahawa China sedang bercadang untuk menyusun semula pelaburan GLC-GLCnya. Diberitakan juga bahawa syarikat-syarikat pelaburan berkaitan kerajaan Malaysia (GLIC) juga banyak membuat pelaburan di luar negara. Antaranya seperti Tabung Haji.

Berita-berita mengenai GLC dan GLIC bukan sahaja menarik minat rakyat Malaysia tetapi juga rakyat negara-negara lain. Sudah semestinya banyak kajian akademik telah dibuat mengenai GLC dan GLIC di seluruh dunia.

Sebenarnya sudah ada langkah untuk mentransformasikan GLC, tetapi sejauh manakah kesannya ke atas pembangunan dan kemajuan negara umumnya, dan ekonomi bumiputera, khususnya?

Tindakan yang dibuat oleh China bertujuan untuk memperkukuhkan GLC tetapi pada masa yang sama kerajaan China masih menguasai kepentingan GLC. Acuan syarikat pelaburan Singapura dijadikan contoh. Adakah acuan yang sama perlu dilaksanakan oleh GLC Malaysia?

Bagi saya, tidak semestinya menggunakan sepenuhnya acuan yang sama. Apa yang perlu dilakukan adalah dengan mengubahsuai acuan tersebut bertepatan dengan polisi untuk memajukan ekonomi bumiputera.

Antara pendekatan yang boleh dilaksanakan adalah dengan meningkatkan pelaburan dalam penyelidikan dan inovasi. Pendekatan ini sesuai untuk meningkatkan produk-produk terbaharu GLC bagi meningkatkan daya saing GLC di samping memastikan aset-aset GLC tidak terlepas ke tangan orang lain.

Sememangnya ada antara GLC-GLC ini diintai oleh pihak-pihak tertentu, kalau tidak masakan ada pihak mengesyorkan agar syarikat berkeuntungan tinggi seperti Petronas disenaraikan di Bursa Malaysia. Tujuan mereka untuk menguasai kepentingan syarikat sebegini yang merupakan syarikat mega bertaraf dunia.

Kerajaan perlu menumpukan kepada industri yang boleh menjana keuntungan tinggi di samping memberi impak besar kepada kepentingan ekonomi kaum bumiputera. Malangnya terdapat rungutan dalam kalangan eksekutif kanan GLC yang mengatakan bahawa GLC tidak boleh bersaing sepenuhnya kerana adanya 'tangan-tangan ajaib'.

Akhirnya GLC kelihatan seperti tidak membantu kaum bumiputera, tetapi hanya membantu pihak-pihak yang 'terpilih' sahaja. Rungutan ini merupakan rahsia umum yang merupakan antara barah lama yang berlaku sejak dahulu lagi.

Kerajaan perlu mengambil kira keluh-kesah ini kerana untuk menyalahkan sepenuhnya Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) adalah satu tindakan yang tidak akan menyelesaikan isu GLC dan ekonomi bumiputera.

Ramai antara mereka ini merupakan CEO-CEO yang hebat-hebat belaka, jika tidak masakan ada antara mereka sebaik sahaja tidak menjadi CEO-CEO GLC dilamar terus oleh syarikat-syarikat lain termasuklah syarikat luar negara. Sayang sekali kita kehilangan mereka.

Jadi, tanggungjawab untuk memperkukuhkan ekonomi bumiputera bukan setakat terletak di bahu CEO-CEO sahaja tetapi juga melibatkan semua pihak terutamanya lapisan pentadbiran tertinggi GLC. Inilah keluh kesah yang dibawa oleh rakan-rakan saya dalam GLC dan luar GLC sebagaimana sudah menjadi rahsia umum kepada rakyat.

Selain itu, kerajaan perlu menguatkuasakan langkah pembangunan vendor agar mereka ini benar-benar berdaya saing. Vendor-vendor ini mestilah mereka yang benar-benar terbukti berkualiti atau sekurang-kurangnya mempunyai minat mendalam untuk berjaya dalam perniagaan. Tiada lagi vendor yang hanya mahukan keuntungan sekelip mata dengan bantuan kerajaan.

Dengan kata lain, usahawan tulen yang berkualiti tinggi yang benar-benar berjiwa membantu ekonomi bumiputera perlu dikenal pasti. Kerajaan perlu memantau prestasi-prestasi vendor ini agar mereka ini benar-benar berada pada paras vendor berprestasi tinggi.

Usah ambil mudah perkara ini kerana jika tidak ia boleh menjejaskan kualiti ekonomi dan perniagaan kaum bumiputera dan kesannya ekonomi bumiputera masih lagi di takuk yang sama. Bagi vendor-vendor yang tidak menunjukkan prestasi yang terbaik, kerajaan perlu menyantuni mereka dengan cara tidak merugikan ekonomi bumiputera.

Ekonomi kaum bumiputera tidak akan ke mana jika masih ada lagi golongan yang inginkan keuntungan sekelip mata demi kepentingan peribadi. Ayat mudah, mahu cepat kaya! Maka, timbullah isu ketirisan di sana sini apabila ada di antara golongan 'terpilih' ini menjual atau menyewa lesen perniagaan kepada kaum lain dan warga negara asing.

Sebab itulah Agenda Memperkasakan Ekonomi Bumiputera tidak boleh sesekali memandang sepi perkara ini.

Kerajaan perlu melibatkan semua golongan kaum bumiputera terutamanya setiap institusi ekonomi bumiputera seperti GLC dan GLIC perlu bergerak dengan sistematik, menyusun semula strategi dan tumpukan sepenuhnya polisi membantu bumiputera tanpa meminggirkan keuntungan jangka masa panjang untuk negara. Tanganilah perkara ini sebelum terlambat.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved