Ahad, 24 November 2013

Utusan Online - Kota

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Penduduk bantah projek baharu

Posted: 24 Nov 2013 10:09 AM PST

Oleh NORMAIRAH JAMALUDDIN
kota@utusangroup.com.my

Seorang penduduk, Jerry Chan menunjukkan laluan utama ke projek pembangunan baharu yang sedang dibina oleh pemaju dikhuatiri akan menjejaskan landskap semula jadi dan mengakibatkan tanah runtuh di kawasan perumahan Templer Villa di Selayang, Selangor semalam. - UTUSAN/MOHD. NAIM AZIZ

SELAYANG 24 Nov. - Penduduk 10 buah taman perumahan sekitar Taman Templer bimbang sebuah projek pembangunan yang sedang dijalankan di kawasan mereka bakal membawa risiko tanah runtuh dan mengancam keselamatan penduduk berdekatan.

Mereka turut berasa kecewa apabila kerajaan negeri dan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) memberi kelulusan kepada pemaju untuk meneruskan projek tersebut biarpun mendapat bantahan daripada penduduk.

Presiden Persatuan Pemilik dan Penduduk Templer Villas, Thay Peng Kee berkata, bantahan itu dibuat setelah jurutera luar yang membuat kajian tanah mendapati kawasan itu berisiko untuk runtuh jika diteroka.

"Hasil kajian tersebut mendapati, tahap kecerunan di tapak projek kebanyakannya adalah pada tahap tiga dan empat. Pemaju didapati tidak mematuhi syarat-syarat Garis Panduan Perancangan Pembangunan di Kawasan dan Tanah Tinggi Negeri Selangor, 2010.

"Apabila berada pada tahap empat seharusnya tiada apa-apa projek pembangunan dibenarkan kerana tanah di situ berisiko besar untuk runtuh. Kami tidak faham mengapa kerajaan negeri dan MPS tidak semak perkara ini dengan teliti," katanya dalam sidang akhbar semasa mempengerusikan mesyuarat agung persatuan tersebut di sini hari ini.

Menurutnya, selain faktor keselamatan kawasan tersebut juga memiliki dua tempat rekreasi iaitu Taman Rimba Templer dan Air Terjun Kanching yang dipenuhi khazanah alam termasuk pelbagai spesies flora dan fauna yang perlu dipelihara dengan baik.

"Jika projek tersebut masih diteruskan akan memberi kesan buruk kepada tempat rekreasi ini yang pastinya mencemarkan kawasan hijau yang telah dijaga sejak sekian lama.

"Pelaksanaan projek ini jelas tidak telus dan hanya mementingkan keuntungan semata-mata," ujarnya.

Sementara itu, Pengerusi Gabungan Persatuan-persatuan Penduduk Templer Park dan ahli Kelab Golf Perangsang Templer (PTGC), Datuk Mukhtar Ismail berkata, kawasan itu perlu dikekalkan sebagai zon hijau sehingga 2020 seperti yang diwartakan oleh MPS pada 1998.

"Jika dibangunkan maka musnahlah harapan untuk melihat kawasan ini kekal hijau. Taman Rimba Templer yang dihadiahkan Sultan Selangor ketika itu, Almarhum Sultan Hishamuddin Alam Shah pada 1954 juga merupakan kawasan tadahan air yang dikhuatiri akan terjejas sekiranya pembangunan tersebut dilaksanakan.

"Oleh itu kami minta supaya kerajaan negeri dan MPS mengkaji semula pelaksanaan projek itu yang membawa lebih keburukan daripada kebaikan," jelasnya.

90 peratus penduduk Kg. Baru sudah setuju

Posted: 24 Nov 2013 10:09 AM PST

KUALA LUMPUR 24 Nov. - Sebanyak 90 peratus daripada keseluruhan pemilik hartanah di Kampung Baru telah bersetuju untuk membangunkan tanah masing-masing sebagaimana dirancang bersama dengan Perbadanan Pembangunan Kampung Baru (PKB).

Persetujuan itu diperoleh menerusi maklum balas yang diterima daripada borang kaji selidik yang diedarkan kepada kesemua 1,381 pemilik dan waris lot tanah di kampung itu.

Di samping itu, sebanyak 80 peratus responden mahu segera berunding dengan PKB bagi tujuan pembangunan semula kawasan tersebut.

Timbalan Pengerusi PKB, Datuk Seri Matshah Safuan berkata, melalui empat Siri Taklimat Pembangunan Kampung Baru oleh PKB sebelum ini, majoriti penduduk telah bersetuju dan bersedia untuk mengkomersialkan lot-lot tanah mereka.

"Walaupun ada sedikit halangan apabila 50 peratus daripada status tanah penduduk kampung itu masih lagi bermasalah tetapi itu bukan penghalang kepada kami untuk membantu penduduk membangunkan Kampung Baru.

"Malah, telah terdapat lima kumpulan dalam kalangan penduduk sudah mula membangunkan tanah masing-masing dengan menggunakan pelbagai insentif pembangunan yang ditawarkan melalui PKB," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas sesi taklimat terakhir daripada empat siri kepada kira-kira 600 waris dan pemilik tanah Kampung Atas A, Kampung Atas B dan Kampung Pindah di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru semalam.

Terdapat tujuh buah kampung dalam kawasan Kampung Baru. Empat kampung lain ialah Kampung Hujung Pasir, Kampung Periok, Kampung Masjid dan Kampung Paya.

Sesi taklimat itu dipengerusikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PKB, Naharudin Abdullah, dan turut dihadiri Pengerusi PKB, Datuk Astaman Abdul Aziz.

Mat Shah berkata, bagi merancakkan lagi proses pembangunan semula Kampung Baru, PKB akan mula memanggil pemilik-pemilik lot tanah untuk digabungkan bagi menjadi tapak projek-projek yang bersesuaian untuk dibangunkan.

"Terpulanglah apa juga bentuk cadangan yang mereka ingin majukan atau menyerahkan kepada pihak pemaju yang berdaftar dengan PKB tetapi yang pasti pembangunan semula Kampung Baru bukan lagi sesuatu yang mustahil untuk dijayakan," katanya.

Bagaimanapun, katanya, PKB tidak dapat menghalang penduduk daripada menjual tanah mereka kepada pihak tertentu tetapi mereka perlu memastikan penjualan tersebut mestilah memenuhi syarat ketat.

"Mereka perlu sedar bahawa Kampung Baru merupakan tanah kurnia dan hak milik kekal Melayu yang dikenakan sekatan kepentingan.

"Sekatan kepentingan ini secara jelas menyatakan tanah tersebut tidak boleh dijual dan tidak boleh diduduki oleh orang bukan Melayu. Oleh itulah ditubuhkan PKB bagi memastikan seluruh 124.37 hektar keluasan tanah milik Melayu di Kampung Baru ini tidak akan jatuh kepada mana-mana pihak yang tidak berkenaan," jelasnya.

Menurutnya, sebagai tanah kurnia hak milik kekal Melayu, pemilik tanah di Kampung Baru menikmati cukai pintu sebanyak dua peratus sahaja.

"Jadi apabila mendapat tahu bahawa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bakal menaikkan kadar cukai tersebut pada 1 Januari akan datang, diharap tidak akan menjejaskan kadar cukai pintu yang selama ini dinikmati penduduk Kampung Baru.

"Jika selama ini penduduk hanya membayar RM20 dan RM30 setahun, memang ada akan terkejut apabila mendapat taksiran yang naik sehingga 200 hingga 300 peratus, jadi perkara ini bakal dibawa kepada DBKL," katanya.

Tingkatkan kebersihan ibu negara

Posted: 24 Nov 2013 10:09 AM PST

Tengku Adnan Tengku Mansor (dua dari kanan) turut cuba mengendalikan corong penyedut sampah milik Alam Flora sambil dibantu oleh Mohd. Zin Hassan sempena Kempen Kebersihan Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur, kelmarin.

KUALA LUMPUR 24 Nov. - Semua pihak termasuk peniaga dan orang ramai diminta menitikberatkan aspek kebersihan bagi memulihkan imej Kuala Lumpur yang dilabel sebagai sebuah bandar raya yang kotor.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, kerjasama warga kota bersama pihak berkuasa amat perlu untuk memastikan Kuala Lumpur menjadi contoh kepada bandar-bandar lain.

"Sikap suka membuang sampah merata-rata serta mementingkan diri perlu diubah kerana tiada gunanya jika kerajaan menyediakan kemudahan kelas pertama tetapi tidak digunakan dengan betul.

"Masih ramai yang mempunyai pemikiran kelas ketiga dalam aspek kebersihan dan pengguna sendiri harus mengelak daripada berkunjung ke premis makanan yang kotor sebagai langkah mendidik peniaga supaya menjaga kebersihan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika melancarkan Kempen Kebersihan Wilayah Persekutuan yang bertemakan Bersih dan Ceriakan KL di Lanai Seni, Jalan Tuanku Abdul Rahman, semalam.

Yang turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian, Datuk Adnan Md. Ikshan dan Ketua Pegawai Eksekutif Alam Flora, Mohd. Zin Hassan.

Tambah Tengku Adnan, kementeriannya turut memperkenalkan Skuad Pendidikan Penguatkuasaan (SPP) melalui Jabatan Penguatkuasaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk meningkatkan lagi kebersihan.

Ujarnya, skuad itu berperanan memberi kesedaran kepada warga kota tentang tanggungjawab menjaga kebersihan, khususnya di kawasan tumpuan ramai.

"Skop tugas mereka juga adalah untuk membina hubungan yang baik antara warga kota dengan DBKL bagi mendidik dan menasihati orang ramai untuk mematuhi undang-undang.

"SPP juga akan menerangkan kepada orang ramai mengenai undang-undang yang diguna pakai dan akibat daripada kesalahan yang dilakukan," ujarnya.

Sementara itu, kempen tersebut disertai agensi kerajaan dan swasta termasuk DBKL, Alam Flora Sdn. Bhd., Persatuan Penjaja Kecil Masjid India, Persatuan Penjaja Kecil Lorong Tuanku Abdul Rahman dan para pelajar.

Antara aktiviti yang dijalankan di bawah program itu ialah kempen pembasmian tikus dan pemeriksaan ke premis perniagaan makanan, selain mengadakan sesi pertemuan dengan penjaja, peniaga dan penduduk untuk menggalakkan penyertaan warga kota dalam setiap kempen yang dijalankan.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Johor

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


NGO sokong cuti Jumaat, Sabtu

Posted: 23 Nov 2013 10:07 AM PST

Oleh ZULHISHAM ISAHAK
utusanjohor@utusan.com.my

SEBAHAGIAN anggota Majlis Gabungan NGO Melayu Negeri Johor yang hadir untuk Menjunjung Kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dalam Majlis Pengurniaan Darjah Kebesaran dan Pingat Sempena Hari Keputeraan Sultan Johor Ke-55 di Muar, semalam. - MINGGUAN/ISHAK RAHMAD

MUAR 23 Nov. - Kira-kira setengah juta ahli Majlis Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan Melayu Johor (Gabung) menyatakan sokongan penuh terhadap perisytiharan cuti mingguan kepada Jumaat dan Sabtu yang diumumkan Sultan Johor hari ini.

Naib Presiden Gabung, A. Rahman Mahadi berkata, Gabung yang mewakili 368 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di seluruh negeri amat berbesar hati dengan perisytiharan itu dan berharap seluruh rakyat tanpa mengira kaum menerimanya dengan hati terbuka.

"Ini adalah satu kebanggaan untuk syiar Islam di negeri ini dalam keadaan agama Islam diperlekeh dan direndah-rendahkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan tidak sedar diri. Jumaat adalah penghulu bagi segala hari. Jadi, tidak ada sebab untuk kita menolaknya.

"Kita bukan sahaja berharap dapat memartabatkan Islam tetapi juga memberi kesan positif terhadap pembangunan rohaniah dan fizikal di negeri ini," katanya ketika ditemui pada Majlis Doa Kesyukuran, Majlis Terimaan, Mengadap Takzim dan Majlis Darjah dan Pingat Sempena Hari Keputeraan Sultan Johor di Dewan Jubli Intan, di sini hari ini.

Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mencemar duli menyempurnakan majlis tersebut. Turut berangkat Tuanku Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah; Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim; Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim dan anakanda-anakanda Sultan Johor.

Hadir sama Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman dan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Mohamed Khaled, Noorainee dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa antara yang dikurniakan Darjah Mahkota Johor Yang Amat Mulia Pangkat Pertama Datuk Seri Paduka Mahkota Johor (SPMJ) yang membawa gelaran 'Datuk'.

A. Rahman yang juga Presiden Pertubuhan Penyatuan Pembelaan Melayu Malaysia (PPPMM) mengetuai lebih 500 ahli Gabung berkumpul di pekarangan dewan itu bagi menyatakan sokongan terhadap perisytharan tersebut sebelum melaungkan Daulat Tuanku sebanyak tujuh kali.

Sementara itu, Presiden Pertubuhan Islam Gabungan Amal (Pertiga), Kamisan Mian berkata, pelaksanaan cuti mingguan itu tidak tertakluk di bawah Perlembagaan Persekutuan dan rakyat Johor tidak perlu terkejut dengannya.

Katanya, pelbagai program keagamaan bagi umat Islam dan masyarakat bukan umat Islam dapat dilakukan pada hari cuti tersebut termasuk melakukan aktiviti riadah.

"Kita sekarang berada dalam zaman teknologi dan semua pangkalan data boleh diakses dengan hujung jari. Jadi, apa masalahnya? Bagi kami ini adalah satu kebanggaan sebagai rakyat Johor kerana hanya beberapa negeri sahaja yang cuti pada hari Jumaat dan Sabtu," katanya.

200 ikrar taat setia kepada Sultan Johor

Posted: 23 Nov 2013 10:07 AM PST

JOHOR BAHRU 23 Nov. - Kira-kira 200 warga bandar raya ini yang terdiri daripada ketua jabatan, kakitangan awam serta wakil pemimpin masyarakat termasuk ketua kampung dan penghulu menghadiri Majlis Ikrar Taat Setia sempena Hari Keputeraan Sultan Johor Ke-55 hari ini.

Majlis yang bermula pukul 8.30 pagi itu turut dihadiri oleh Pegawai Daerah Johor Bahru, Amran Abd. Rahman selaku wakil rasmi Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar; Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG), Onn Jabbar dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah (MPJBT), Salehuddin Hassan.

Pentadbir Tanah Daerah Johor Bahru, Ashari Kasnan dalam ucapannya mewakili semua ketua jabatan dan hadirin yang hadir, turut merafakkan ucapan tahniah serta mendoakan semoga baginda sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Dalam Negeri

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Pencawang SESB terbakar, 8,000 pengguna terjejas

Posted: 24 Nov 2013 03:03 AM PST

KOTA KINABALU 24 Nov. - Gangguan bekalan elektrik kira-kira dua jam yang dialami kira-kira 8,000 pengguna di sekitar kawasan Likas, Kolombong, Lintas dan Iramanis berpunca pencawang elektrik Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB) di Tanjung Lipat terbakar kira-kira 6.55 pagi Ahad.

Pengurus Besar Kanan (Pengurusan Aset) SESB, Muhamad Nazri Pazil berkata, pemeriksaan di tempat kejadian mendapati salah satu alatubah di pencawang itu mengalami kerosakan menyebabkannya terbakar.

"Bekalan elektrik kepada semua pengguna di kawasan terlibat berjaya dipulihkan secara berperingkat dan pulih sepenuhnya pada 9 pagi," katanya dalam kenyataan di Kota Kinabalu.

Katanya, anggaran awal kerugian yang dialami akibat kebakaran itu ialah RM2 juta.

Muhamad Nazri berkata, pasukan Teknikal SESB sedang giat menjalankan pemeriksaan ke atas alatubah berkenaan bagi mengenal pasti punca sebenar kerosakan dan bentuk tindakan selanjutnya yang akan diambil.

Pengguna digalakkan menghubungi talian Hotline SESB di 15454 atau 088-515000 sekiranya kawasan mereka terputus bekalan elektrik dan semua aduan melalui saluran aduan rasmi 24 jam itu akan diambil tindakan segera, katanya. - BERNAMA

Kucing kurap: Kakitangan MPPP 'serang' Jeff Ooi di pasar

Posted: 24 Nov 2013 02:45 AM PST

Oleh AZELI ALI

JEFF Ooi (kanan, berkaca mata) enggan menemui kakitangan MPPP, Mohd. Rofi Osman (kiri, mengangkat tangan) yang meminta Ahli Parlimen Jelutong itu menarik balik perkataan 'kucing kurap' tang digunakannya merujuk kakitangan awam di Pulau Pinang, ketika beliau melawat Pasar Awam Jelutong di sini hari ini. - UTUSAN/SAZALI CHE DIN

PULAU PINANG 24 Nov. - Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi yang sedang melawat Pasar Awam Jelutong di sini hari ini 'diserang' seorang kakitangan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) yang tidak berpuas hati dengan perkataan 'kucing kurap' yang digunakan wakil rakyat DAP itu bagi merujuk penjawat awam di negeri ini.

Mohd. Rofi Osman, 58, dengan lantang mendesak Jeff menarik balik kenyataan tersebut dan meminta maaf secara terbuka kepada semua kakitangan MPPP.

Bagaimanapun, Jeff seolah-olah tidak mengendahkan tuntutan Mohd. Rofi yang ditemani isterinya, Aminah Abdullah dan cuba mengelak daripada bersemuka dengan mereka.

Beberapa pembantunya cuba menghalang kedua-dua mereka daripada menghampiri ketika Ketua Staf Pejabat Ketua Menteri itu mengadakan sidang akhbar berhubung penjaja haram di kawasan berkenaan.

Berikutan 'serangan' tersebut, Jeff terpaksa menamatkan segera sidang akhbar berkenaan lalu beredar dari situ. - UTUSAN ONLINE

Swasta tidak terikat cuti Jumaat, Sabtu - MB Johor

Posted: 24 Nov 2013 02:41 AM PST

PASIR GUDANG 24 Nov. - Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pihak swasta tidak terikat dengan pelaksanaan pertukaran cuti hujung minggu dari Sabtu dan Ahad ke Jumaat dan Sabtu di negeri ini bermula awal tahun depan.

"Terpulang kepada pihak swasta untuk mengikutnya atau tidak," katanya kepada pemberita selepas aktiviti gotong royong di Taman Dahlia di sini Ahad.

Beliau berkata, sebelum ini Johor pernah melaksanakan cuti hujung minggu pada Jumaat iaitu sebelum 1994 dan ia dijangka tidak akan memberi kesan besar terhadap ekonomi Johor.

Mohamed Khaled berkata, sektor perniagaan dan pelaburan tidak akan terkesan secara negatif malah mendapat lebih manfaat kerana pejabat kerajaan negeri beroperasi pada Ahad.

"Sebelum ini terdapat rungutan bahawa sektor swasta tidak dapat berurusan dengan jabatan kerajaan negeri kerana kesibukan urus niaga tetapi sekarang dengan pertukaran tersebut kita harapkan mereka akan datang kerana kita akan bekerja pada Ahad," katanya.

Sebuah media Singapura, Channel News Asia melaporkan keputusan itu akan menjadikan Johor sedikit kurang menarik untuk pelaburan selain ia tidak tepat pada masanya berikutan kerjasama dalam pelbagai sektor semakin meningkat antara Johor dan republik itu.

Mohamed Khaled berkata, sememangnya akan ada perbezaan pendapat apabila sesuatu yang baharu dilaksanakan namun yakin ia tidak memberi kesan besar terhadap ekonomi.

Kerajaan negeri, katanya, akan memaklumkan kerajaan pusat mengenai pertukaran cuti hujung minggu itu sebelum 1 Januari tahun depan.

"Ini akan memberi masa untuk kerajaan pusat mengkaji sebelum membuat keputusan sama ada jabatan dan agensi kerajaan pusat akan mengikuti keputusan untuk tidak bekerja pada Jumaat dan Sabtu," katanya.

Pertukaran cuti hujung minggu itu dititahkan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pada majlis Doa Kesyukuran, Majlis Terimaan, Majlis Menghadap Takzim dan Majlis Darjah dan Pingat sempena sambutan ulang tahun keputeraan baginda di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim di Muar Sabtu. - BERNAMA

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Utara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


Ketengahkan keunikan bubur asyura

Posted: 23 Nov 2013 10:07 AM PST

Oleh MOHD. SHARIZA ABDULLAH
utusankedah@utusan.com.my

Badrol Hisham Hashim (dua dari kiri) bersama Suraya Yaacob (empat dari kiri), Badruddin Amiruldin (kanan) dan Pengarah Bahagian Pengiklanan, Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia, Datuk Abdul Khani Daud (kiri) mengacau bubur asyura ketika program Karnival Asyura Negeri Kedah 2013 di Menara Alor Setar, Kedah, semalam.

ALOR SETAR 23 Nov. - Lebih 300 peserta daripada pelbagai agensi kerajaan, swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negeri ini bergotong-royong menyediakan 41 kawah bubur asyura bagi menyemarakkan sambutan Maal Hijrah 1435 di pekarangan Menara Alor Setar di sini hari ini.

Karnival Asyura Kedah itu dianjurkan oleh Tourism Malaysia Kedah dengan kerjasama kerajaan negeri, Buraqoil, Menara Alor Setar, Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS), Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA).

Persiapan dilakukan seawal pukul 8 pagi oleh para peserta untuk menyediakan bubur asyura dengan pelbagai resipi agensi masing-masing sebelum diedarkan kepada orang ramai yang melintasi jalan utama berhadapan Menara Alor Setar dan mereka berkunjung ke situ selain di hotel-hotel.

Yang hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga, Perumahan dan Pembangunan Insan negeri, Badrol Hisham Hashim; Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Kebajikan Masyarakat, Pertanian dan Asas Tani serta Pembangunan Usahawan negeri, Datuk Suraya Yaacob; Pengerusi FAMA, Tan Sri Badruddin Amiruldin; Pengarah Tourism Malaysia Kedah, Roslan Othman dan Pengurus Besar Menara Alor Setar, Haslinda Abdul Rashid.

Karnival sehingga pukul 5 petang itu turut dimeriahkan dengan aktiviti lain seperti persembahan The Tariking, persembahan artis, kuiz pelancongan, silat, demonstrasi mengisar beras dan persembahan pancaragam pelajar sekolah.

Badrol Hisham berkata, selain menyemarakkan kedatangan bulan Muharam dan tahun baru kalendar Islam, karnival berkenaan juga mengeratkan ukhuwah sesama jabatan dan NGO di negeri ini serta memperkenalkan menu tersebut kepada para pelancong khususnya dari luar negara.

Katanya, karnival juga adalah sempena Tahun Melawat Malaysia 2014 untuk mewujudkan kepekaan masyarakat terhadap kempen tersebut seterusnya menjadi program Pelancongan Berasaskan Kemasyarakatan (CBT) sebagai salah satu aktiviti pelancongan di Kedah.

"Ini juga memberi peluang kepada pelancong yang berkunjung ke Kedah untuk turut serta dalam komuniti tersebut bagi menimba pengalaman baharu dan merasai aktiviti masyarakat tempatan.

"Para pelancong gemar pada perkara unik dan bubur asyura merupakan makanan tradisional istimewa yang boleh diketengahkan ke peringkat antarabangsa. Kemungkinan karnival ini diadakan setiap tahun dan lebih besar lagi pada tahun depan," kata beliau kepada pemberita selepas melancarkan karnival tersebut.

Dalam pada itu, Roslan berkata, Tourism Malaysia Kedah cuba mempromosikan bubur asyura sebagai salah satu produk pelancongan dengan mempelopori penganjuran karnival seumpama itu yang mendapat sambutan menggalakkan daripada 41 agensi kerajaan, swasta dan NGO.

Katanya, ini secara tidak langsung dapat mengetengahkan bubur asyura utara kepada orang ramai dan pelancong.

"Penyediaan bubur asyura mempunyai pelbagai cita rasa mengikut wilayah seperti di selatan dan timur tanah air. Secara tidak langsung kita mulakan dengan Kedah dan merupakan satu promosi kepada semua," katanya.

Aliran trafik: Atasi kekeliruan pengguna

Posted: 23 Nov 2013 10:07 AM PST

Ooi Zhi Yi

PULAU PINANG 23 Nov. - Kerajaan DAP Pulau Pinang digesa mengatasi kelemahan sistem aliran trafik sehala yang diperkenalkan di beberapa jalan utama khususnya di sekitar Pulau Tikus dan Persiaran Gurney.

Setiausaha Pemuda Gerakan negeri, Ooi Zhi Yi berkata, langkah itu perlu memandangkan lebih 100 aduan diterima pihaknya mengenai sistem berkenaan terutama sistem aliran baharu trafik di kawasan tersebut yang diperkenalkan Julai lalu.

Menurutnya, Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dilihat gagal meletakkan papan tanda mencukupi bagi memaklumkan pertukaran sistem jalan berkenaan daripada dua hala kepada sehala.

"Sebelum ini MPPP melakukan tempoh percubaan untuk peralihan sistem aliran trafik di jalan-jalan terbabit tetapi masih ramai pengguna jalan raya yang keliru dengan perkara ini terutama pelancong.

"Garisan-garisan penanda arah lama tidak dicat atau dipadamkan dengan sempurna dan masih jelas dapat dilihat, sekali gus mengundang kekeliruan kepada pengguna," katanya ketika ditemui semasa membuat tinjauan aliran trafik di Jalan Kelawai di sini hari ini.

Yang turut hadir ialah Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung Persekutuan (JKKKP) Ladang Hong Seng, Saravanan Kumar.

Bermula hujung Julai lalu, lebih 20 jalan di sekitar Pulau Tikus seperti Jalan Kelawai, Jalan Burma, Jalan Pemenang, Jalan Concordia, Lorong Kuching, Lorong Pulau Tikus, Lorong Leandros, Lebuh Raya Maktab dan sebahagian Jalan Cantonment ditukar menjadi laluan sehala.

Zhi Yi yang juga Ketua Pemuda Gerakan Bukit Bendera dalam pada itu menambah, sekiranya MPPP gagal mengatasi masalah dan kelemahan tersebut, pihaknya khuatir berlaku kesesakan trafik yang lebih teruk memandangkan ketika ini musim cuti persekolahan dan beberapa perayaan besar bakal disambut tidak lama lagi.

"Kita juga minta penghadang jalan bersifat sementara yang digunakan untuk menutup beberapa laluan ditukar kepada konkrit bagi menjamin keselamatan orang ramai dan mohon kerajaan negeri mengkaji semula kedudukan papan tanda yang menunjukkan aliran trafik baru agar diletakkan di tempat yang lebih strategik.

"Kemalangan kecil sering kali terjadi kerana pengguna tidak dapat melihat dengan jelas papan tanda baharu yang diletakkan itu," katanya.

Selain itu katanya, peralihan sistem aliran trafik yang diperkenalkan bukan sahaja menyebabkan trafik semakin sesak malah turut memberi kesan kepada pendapatan peniaga di jalan-jalan terlibat.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Selatan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


Denda jika potong pokok di Bandaraya Melaka

Posted: 23 Nov 2013 10:07 AM PST

MELAKA 23 Nov. - Orang ramai yang didapati memotong pokok-pokok di sekitar negeri ini khususnya di pusat bandar akan dikenakan hukuman menanam semula pokok tersebut sebagai ganti.

Jika sekiranya mereka gagal menanam pokok yang ditebang, kerajaan negeri tidak akan teragak-agak untuk mengenakan kompaun atau tindakan lain ke atas mereka.

Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron berkata, mesyuarat Exco telah mengambil keputusan untuk menguatkuasakan peraturan denda dan sebagainya bagi mana-mana individu atau pihak yang memotong pokok sama ada di sekitar bandar raya ini atau lain-lain lokasi di negeri ini.

"Berkuat kuasa serta-merta, setiap individu atau mana-mana pihak termasuk pemaju yang ingin membangunkan sesuatu kawasan perlu mendapat kebenaran bertulis untuk menebang pokok.

"Jika mereka melanggar peraturan ini, mereka akan dikenakan tindakan iaitu menanam semula pokok yang ditebang atau mereka bakal dikenakan tindakan kompaun," katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Ulang Tahun Ke-50, Zoo Melaka dan Night Safari serta melancarkan kad Tiga Taman Tema Satu kad keahlian di Zoo Melaka di sini hari ini.

Kad keahlian yang dijual dengan harga RM399 bagi keluarga dan RM188 bagi individu membolehkan pemegang kad tersebut memasuki tiga taman tema selain Zoo Melaka dan Night Safari ialah Melaka Wonderland dan Taman Burung.

Pemegangnya bakal menikmati faedah memasuki ketiga-tiga taman tema tersebut secara percuma selama setahun tanpa had.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Muka Hadapan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Muka Hadapan


Johor cuti Jumaat, Sabtu

Posted: 23 Nov 2013 10:07 AM PST

Broken Link!

The content you are looking for is not available. You might had clicked on a broken link from another website or the content itself might have been removed.

You may want to consider our archive on

If you think there is an error, please click here to report and let us know.

Pas umpama barua DAP

Posted: 23 Nov 2013 10:07 AM PST

Broken Link!

The content you are looking for is not available. You might had clicked on a broken link from another website or the content itself might have been removed.

You may want to consider our archive on

If you think there is an error, please click here to report and let us know.

Bahaya Melayu liberal, moderat

Posted: 23 Nov 2013 10:07 AM PST

Broken Link!

The content you are looking for is not available. You might had clicked on a broken link from another website or the content itself might have been removed.

You may want to consider our archive on

If you think there is an error, please click here to report and let us know.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rekreasi

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rekreasi


Pelumba & mekanik saling melengkapi

Posted: 23 Nov 2013 05:08 AM PST

SEBUT sahaja kerja berpasukan, sudah tentu masing-masing mempunyai tanggungjawab yang penting bagi menentukan kejayaan mencapai sasaran mereka.

Misalnya di dalam sukan permotoran, hanya pelumba yang sering diagung-agungkan oleh peminat tetapi kejayaan berkenaan tidak mungkin dicapai sekiranya tidak dibantu oleh ahli pasukannya.

Mekanik merupakan tulang belakang kepada pasukan kerana merekalah yang bertanggungjawab untuk menyiapkan komponen terpenting iaitu enjin.

Tanpa hasil kerja tangan mereka, sesebuah pasukan itu akan lumpuh atau sukar untuk mencapai kejayaan termasuk menamatkan perlumbaan dengan cemerlang.

Malaysia sebenarnya mempunyai ramai mekanik yang berpotensi untuk berjaya tetapi tidak mempunyai pendedahan kepada industri yang lebih luas itu.

Kebanyakan daripada mereka hanya mempunyai kelulusan dari sekolah teknik tempatan dan belajar sendiri ketika bekerja di bengkel-bengkel biasa selepas tamat persekolahan.

Dengan ilmu yang sangat minimum, mereka masih mampu mengembangkan bakat hanya bersandarkan pengalaman serta kajian tersendiri.

Orang ramai sepatutnya melihat prestasi mereka ini sebagai salah satu aset yang sangat bernilai, tambahan pula mereka sudah berpengalaman melaksanakan tugas dalam keadaan tekanan.

Sudah tentu pasukan mengharapkan mereka dapat menyediakan enjin yang mantap sebelum perlumbaan. Namun di sebalik tanggungjawab itu, bayangkan tekanan yang mereka perlu tempuh.

Minggu ini .com paparkan anda tentang mekanik serta individu penting yang menjalankan tugas di sebalik tabir perlumbaan sukan permotoran. - AZRIN/HAFIZ JOHARI/GHAZALI BASRI

Nikmati keseronokan bersenam

Posted: 23 Nov 2013 05:08 AM PST

BERSENAM boleh menjadi perkara yang membosankan serta memenatkan jika kamu tidak dapat menikmati keseronokan apabila melakukan aktiviti tersebut.

Apabila keghairahan untuk bersenam sudah hilang, maka kamu akan mencari alasan untuk tidak meneruskan aktiviti tersebut lagi.

Panduan berikut diharapkan dapat membantu meningkatkan semangat untuk terus bersenam dan menikmati keseronokan apabila melakukan aktiviti kecergasan itu.

- LYNN

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved