Sabtu, 16 November 2013

Utusan Online - Feminin

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Feminin


Ayue suka sukan lasak!

Posted: 15 Nov 2013 10:11 AM PST

PENDEKATAN santai dan menghiburkan yang digunakan blogger terkenal Hanis Zalikha dalam penulisannya, membuatkan Norhamidah Rejaluddin atau lebih mesra dengan panggilan Ayue, 27, tidak jemu mengunjungi laman blog gadis itu.

Selepas setahun, barulah Ayue mengambil langkah pertama untuk mendirikan blog Cherita AyueJean setelah mendapat inspirasi daripada blog-blog yang dibacanya saban hari.

Seperti blogger baharu lain, dia juga berhadapan cabaran mencari identiti dan kelainan serta keunikan yang mahu diketengahkan dalam blog yang dibina pada peringkat awal.

Apabila berjaya melepasi cabaran tersebut, katanya, penyertaan dalam dunia blog menjadi lebih mudah terutama dengan adanya bantuan daripada komuniti blogger tempatan.

Nak tahu lebih lanjut, jom ikuti temu bual .com bersama Ayue yang diadakan di Menara Berkembar Petronas, KLCC baru-baru ini.

Sebelum itu, jangan lupa untuk melayari http://ayuejean.blogspot.com dan jadilah salah seorang pengikut blog anak jati Kuala Lumpur ini. - LYNN/SAFIYANA SALIM & KOLEKSI PERIBADI AYUE

Serum anti penuaan

Posted: 15 Nov 2013 10:11 AM PST

SENTIASA komited dalam memberikan perlindungan kulit terbaik menentang tanda penuaan akibat persekitaran, Elizabeth Arden dengan bangganya memperkenalkan Prevage Anti-aging Intensive Repair Eye Serum.

Perawatan anti penuaan mata tersebut membantu untuk memutar kembali petanda penuaan kulit. Produk ini berkesan menyelesaikan masalah penampilan garis dan lipatan yang memberi kesan pada bahagian mata.

Mata kelihatan lebih menawan dengan penampilan dramatik dan cantik.

Ahli sains telah membuktikan bahawa pendedahan kepada asap, pencemaran dan rengsa lain boleh mempercepatkan penuaan kulit dua kali ganda lebih cepat.

Ancaman persekitaran seperti ini menghasilkan radikal bebas yang menyebabkan keradangan kulit pada tahap selular.

Kesan daripada ancaman itu adalah penambahan kedutan dan bintik serta penurunan kolagen dan elastin.

Prevage Anti-aging Intensive Repair Eye Serum Baru ini menggabungkan teknologi eksklusif daripada Elizabeth Arden, selain memiliki ciri-ciri antioksida yang paling berkuasa. Dengan adunan AFC (nacetyl-sfarnsylcysteine) dan thiotaine, formula lembut dan ringan daripada produk ini turut membantu merawat tanda penuaan pada bahagian mata, terutamanya garis dalam di bahagian atas mata.

Ia turut memperbaiki penampilan bayangan gelap, kedutan, dan pengenduran dan lipatan kelopak mata.

Hadir di dalam bekas silinder perak yang berkonsepkan pam kedap udara, serum ini boleh diperoleh pada harga RM525.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Johor

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Ganggu pelajar duduki SPM

Posted: 15 Nov 2013 10:11 AM PST

Oleh AZIZI MAJID
utusanjohor@utusan.com.my

AZAHAR Abd. Rahman (lima dari kanan) dan Abdul Manaf Abd. Rahman (empat dari kanan) bersama penduduk kampung dan ahli Biro Pengaduan Awam UMNO Gelang Patah menunjukkan laporan polis yang dibuat ekoran pencerobohan jet pejuang disyaki milik Singapura di pekarangan SMK Tanjung Adang, Gelang Patah, Nusajaya, Johor, semalam.

NUSAJAYA 15 Nov. - Seramai 62 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjung Adang, Gelang Patah di sini yang sedang menduduki peperiksaan mendakwa terganggu dengan bunyi kuat apabila setiap kali pesawat pejuang, disyaki dari negara jiran melintasi kawasan persekolahan berkenaan.

Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan, Azahar Abd. Rahman berkata, kehadiran pesawat pejuang itu disedari penduduk setempat sejak 7 November lalu apabila melalui ruang udara di kawasan berkenaan hampir setiap hari kecuali cuti hujung minggu.

''Kehadiran jet-jet pejuang disyaki dari Singapura ini telah mengganggu tumpuan para pelajar yang sedang menduduki peperiksaan kerana boleh dikatakan selang beberapa minit ada sahaja jet pejuang akan lalu.

''Bunyinya pula cukup kuat kerana terbang pada ketinggian sederhana dan sekurang-kurangnya 10 kali pesawat ini berulang alik dari ruang udara di sini bermula pukul 10 pagi hingga ke petang," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Menurut Azahar, masalah tersebut perlu ditangani segera kerana bukan hanya mengganggu para pelajar ketika menduduki peperiksaan, malah melibatkan kedaulatan dan keselamatan negara.

Ketua Kampung Tiram Duku, Abdul Manaf Abd. Rahman berkata, pencerobohan ruang udara disyaki oleh pesawat tentera udara republik tersebut bukan pertama kali terjadi kerana masalah sama pernah berlaku sebelum ini.

Katanya, sehingga kini, mereka juga tidak dimaklumkan sama ada pesawat pejuang tersebut dibenarkan untuk menggunakan ruang udara negara ini atau sebaliknya.

''Agak lama juga jet-jet pejuang tersebut tidak melalui ruang udara di sini dan kali ini kembali semula. Ini menunjukkan bahawa pihak pemerintah Singapura tidak menghormati keputusan kerajaan Malaysia berkaitan dengan larangan menggunakan ruang udara negara ini bagi jet-jet Singapura.

''Justeru, saya berharap pihak yang berkenaan seperti Kementerian Pertahanan dan Wisma Putra memandang serius perkara ini termasuklah membuat bantahan kepada pemerintah Singapura," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Biro Pengaduan Awam UMNO Gelang Patah, Mohd. Faiz Abdullah yang menerima aduan berhubung kejadian tersebut telah membuat satu laporan polis di Balai Polis Gelang Patah di sini semalam.

Rokok, arak bernilai lebih RM2 juta dirampas

Posted: 15 Nov 2013 10:11 AM PST

RAMLI Johari (dua dari kiri) menunjukkan sebahagian daripada rokok dan minuman keras yang dirampas dalam sidang akhbar di Menara Kastam di Johor Bahru, Johor, semalam.

JOHOR BAHRU 15 Nov. - Sejumlah 1.085 juta batang rokok putih dan 687 botol minuman keras bernilai lebih RM2 juta termasuk cukai dipercayai cuba diseludup masuk ke negara ini berjaya dirampas di Bangunan Sultan Iskandar di sini kelmarin.

Pengarah Kastam negeri, Datuk Ramli Johari berkata, barangan tersebut dirampas dalam lima buah kenderaan penumpang dari Singapura yang melalui laluan masuk kenderaan di bangunan tersebut pukul 12.05 tengah malam.

Menurutnya, dua lelaki berusia 40 hingga 50 tahun yang memandu dua daripada lima van berkenaan ditahan, manakala tiga lagi sempat melarikan diri dan meninggalkan kenderaan yang dipandu mereka.

"Rokok putih dan minuman keras yang dirampas sepasukan anggota penguat kuasa kastam itu dipercayai belum mendapat kelulusan," katanya dalam sidang akhbar di Menara Kastam Johor di sini hari ini.

Beliau berkata, kesemua rokok putih yang dirampas itu bernilai RM173,500 dan cukai terlibat dianggarkan sebanyak RM1.7 juta, manakala nilai minuman keras pula berjumlah RM45,882 dengan cukai terlibat adalah sebanyak RM153,349.

Katanya, kedua-dua barangan tersebut merupakan barang larangan import di bawah Perintah Kastam (Larangan mengenai import) 2012 dan memerlukan lesen import daripada Jabatan Kastam Diraja Malaysia mengikut Peraturan 18, Peraturan-Peraturan Kastam 1977.

"Kes ini disiasat di bawah Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967 iaitu dengan disedari terlibat dalam mengangkut barang larangan dengan niat untuk mengelak daripada apa-apa larangan yang terpakai bagi barang-barang itu.

"Siasatan lanjut sedang giat dijalankan dan dua suspek itu kini ditahan reman selama 14 hari sehingga 26 November ini," katanya

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Dalam Negeri

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Lawatan PM ke Bangladesh erat hubungan dua hala

Posted: 16 Nov 2013 01:29 AM PST

KUALA LUMPUR 16 Nov. - Lawatan rasmi tiga hari Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke Bangladesh mulai esok akan mempererat lagi hubungan dan kerjasama yang sedia wujud antara kedua-dua negara. Menurut kenyataan Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman, lawatan itu memberi peluang yang cukup baik bagi pemimpin kedua-dua negara bertukar-tukar pendapat dan mencapai persefahaman lebih rapat berhubung isu-isu kepentingan bersama.

"Lawatan Perdana Menteri ke Bangladesh menggariskan betapa pentingnya Malaysia melihat hubungannya dengan Bangladesh," kata kenyataan itu.

Semasa lawatan itu, Najib dijadual mengunjungi Presiden Bangladesh, Md. Abdul Hamid dan menghadiri mesyuarat bilateral dengan rakan sejawatannya Sheikh Hasina bagi membincang dan bertukar-tukar pandangan tentang isu-isu kepentingan bersama serantau dan antarabangsa.

Najib juga dijadual menjadi Tetamu Utama pada majlis perasmian Hospital Peringatan Pakar dan Kolej Kejururawatan Sheikh Fazilatunnesa Mujib.

"Hospital itu, yang dinamakan bersempena ibu perdana menteri Bangladesh akan diurus oleh KPJ Malaysia," menurut kenyataan itu.

Najib akan diiringi isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan delegasi 62 orang termasuk Anifah dan pegawai-pegawai kanan Pejabat Perdana Menteri dan Kementerian Luar.

Sementara itu, Rosmah dijadual melawat Hospital Komuniti Dhaka dengan Tabung Kebajikan Kanak-kanak Sedunia di bawah PERMATA telah menyumbang RM103,000 bulan lepas kepada Mercy Malaysia bagi 'Projek Cacat Bibir dan Tekak' di Bangladesh. - BERNAMA

Sistem keadilan mantap prasyarat kemajuan negara - Raja Nazrin

Posted: 16 Nov 2013 12:05 AM PST

IPOH 16 Nov. - Badan kehakiman yang kukuh serta sistem keadilan yang mantap merupakan prasyarat bagi pertumbuhan dan kemajuan negara, kata Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah.

Baginda bertitah, dalam masyarakat demokratik seperti Malaysia, sistem undang-undang menjadi tonggak utama yang menjamin bahawa setiap pihak mendapat layanan secara adil dan saksama.

"Oleh itu, mahkamah dan peguam mempunyai peranan penting dalam memulihara hak, kesaksamaan dan kebebasan yang dijamin perlembagaan," titah baginda ketika menyampaikan ucaptama pada Syarahan Undang-undang Badan Peguam Perak 2013 di sini hari ini.

Titah baginda, sejajar dengan itu, peguam dan hakim perlu memiliki daya intelek serta kepintaran emosi dan sosial yang tinggi untuk mendapatkan kepercayaan dan keyakinan pemegang kepentingan terhadap sistem keadilan.

Titah baginda, ini kerana setiap warganegara mengharapkan wujudnya sistem undang-undang yang tidak boleh dinodai.

"Seperti yang anda maklum, sistem undang-undang mempunyai beberapa pemegang kepentingan. Setiap pemegang kepentingan perlu bekerja dengan berlandaskan satu wawasan bersama untuk mewujudkan satu sistem undang-undang yang rapi serta telus dan adil.

"Matlamat pembangunan negara tidak boleh mengetepikan keperluan wujudnya satu sistem undang-undang yang mantap, adil dan dinamik, yang amat penting untuk melahirkan sebuah negara makmur dan maju," titah baginda.

Raja Nazrin bertitah, oleh kerana peguam diamanahkan tugas menegakkan undang-undang dan keadilan, maka profesion guaman sepatutnya bukan sekadar menarik mereka yang memiliki ketinggian daya intelek, tetapi juga yang dianugerahi integriti dan kejujuran.

"Apabila berbangkit isu etika, selalunya ia bersifat menyulitkan, khusus dan tidak mudah memperoleh jawapan. Memanglah, ada kalanya, tiada jawapan yang benar-benar 'tepat' atau 'silap', namun terdapat satu pendekatan tepat, yang akan sekurang-kurangnya melahirkan suatu respons, hasil daripada kejujuran dan hati nurani yang dimiliki seseorang," titah baginda.

Oleh itu, titah baginda, untuk mewujudkan kesedaran secara beretika dalam sesuatu keadaaan, seseorang itu terlebih dahulu perlu memahami tanggungjawab umum dari segi etika dan peguam juga perlu sentiasa sedar bahawa mereka mempunyai tanggungjawab dari segi profesion dan moral.

Raja Nazrin bertitah, peguam tanpa mengira dari sektor awam atau swasta, terikat dengan tuntutan dan semangat peraturan profesion undang-undang yang ditetapkan oleh pelbagai badan pengawas profesional.

"Ini seterusnya diperkuatkan oleh common law dan prinsip sama rata yang perlu dipatuhi seseorang peguam terhadap klien, masyarakat, mahkamah dan keadilan itu sendiri.

"Sebagai pegawai mahkamah, sama ada anda berkhidmat dalam kerajaan atau sektor swasta, anda mempunyai tanggungjawab dari segi etika terhadap mahkamah, tanggungjawab untuk menegakkan keadilan dan ini sebenarnya merupakan tanggungjawab paling penting. Ia tidak bercanggah dengan tugas lain kerana sebagai peguam, tanggungjawab utama anda ialah untuk berkhidmat demi kepentingan keadilan," titah baginda.

Baginda bertitah dalam menunaikan tugasnya di mahkamah, kadangkala seseorang peguam perlu bertindak dalam pelbagai cara, yang mungkin boleh merugikan kliennya.

"Peguam, sama ada dari sektor awam atau swasta, tidak sepatutnya memperdaya mahkamah atau menyebabkan mana-mana pihak atau saksi dipandang serong atau menyembunyikan sebarang dokumen yang boleh menjejaskan kes kliennya," titah baginda.

Baginda bertitah perkara yang perlu sentiasa diberi keutamaan ialah setiap kes dibentangkan kepada mahkamah secara adil kerana masyarakat mengharapkan agar setiap kes dibentangkan tanpa sebarang rasa takut serta dengan cekap dan secara bersungguh-sungguh. - BERNAMA

Pemilihan semula Pemuda UMNO Rompin berjalan lancar

Posted: 15 Nov 2013 08:15 PM PST

ROMPIN 16 Nov. - Pemilihan semula Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian Rompin hari ini berjalan lancar apabila 204 perwakilan mula mengundi kira-kira pukul 10.50 pagi di Dewan Besar Muadzam Shah di sini.

Pemilihan itu diarahkan UMNO Pusat supaya diadakan dengan menyaksikan semua jawatan dalam sayap itu termasuk ketua dan naib dipilih semula.

Pada pemilihan 12 Oktober lalu, penyandang jawatan Ketua Pemuda UMNO bahagian itu, Datuk Mohammad Sahfri Abd. Aziz berjaya mempertahankan jawatan itu manakala Naib Ketua pula dimenangi oleh Muhammad Yusnizam Md. Yunus. - UTUSAN ONLINE

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Utara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


Teksi sapu jejas pendapatan

Posted: 15 Nov 2013 10:11 AM PST

Oleh MOHAMAD HANIPAH TEH
utusanperak@utusan.com.my

Hentian teksi yang jaraknya hanya 10 meter dari hentian bas di Gerik ini kehilhatan 'sunyi' tanpa kehadiran penumpang yang 'dicuri' oleh kereta sapu yang beroperasi secara haram di kawasan berkenaan.

GERIK 15 Nov. - Pemilik kereta sewa berdaftar di daerah ini mendakwa pendapatan mereka terjejas teruk akibat aktiviti kereta sewa tidak berdaftar atau teksi sapu yang semakin berleluasa.

Pemandu mendakwa pendapatan mereka pernah hanya RM6 sehari kerana tiada penumpang yang mahu menggunakan khidmat mereka akibat saingan daripada teksi sapu.

Pengerusi Persatuan Pemandu-Pemandu Kereta Sewa bandar Gerik, Hairudin Janapan, 52, berkata, masalah itu berlarutan kerana terlalu banyak teksi sapu yang 'mencuri penumpang' sehingga menjejaskan pendapatan mereka.

Menurutnya, mereka kesal kerana aktiviti teksi sapu tidak dipantau dan dibanteras oleh pihak berkuasa.

"Teksi sapu ini bebas mengambil penumpang di mana-mana sahaja termasuk di stesen bas di sini. Lebih menghairankan ada teksi sapu dari selatan Thailand yang berani masuk ke stesen bas di sini dan mengambil penumpang untuk ke sempadan Thailand di Pengkalan Hulu.

"Kegiatan mereka semakin berleluasa sehingga menjejaskan pendapatan pemandu kereta sewa berdaftar," katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Seorang pemandu, Soaid Hamid, 53, dari Kampung Pahat di sini berkata, dia tidak mempunyai sumber pendapatan lain, selain daripada membawa kereta sewa bagi menampung perbelanjaan harian yang semakin tinggi terutama persekolahan anak-anak.

"Namun, sejak kebelakangan ini, pendapatan saya semakin merosot kerana kekurangan penumpang yang lebih gemar memilih teksi sapu dengan alasan tambangnya lebih murah," katanya.

Sementara itu, Ishak Sirun, 67, dari Kampung Baru Lawin dekat sini kecewa kerana pihak berkuasa tempatan (PBT) tidak bertindak terhadap sikap pemilik motosikal dan kereta persendirian yang meletakan kenderaan di tapak yang dikhaskan untuk kereta sewa berdaftar di stesen bas di sini.

Sebaliknya, dia mendakwa pemandu kereta sewa berdaftar tidak dibenarkan meletakkan kenderaan mereka di kawasan berkenaan.

"Masalah ini pernah diajukan kepada pihak yang berkenaan tetapi tindakan mereka ibarat melepaskan batuk di tangga sahaja," katanya.

Tinggal di flat Simpang Kuala digenangi air najis

Posted: 15 Nov 2013 10:11 AM PST

Halipah Abdul Ghani (kiri) dan Suhara Shukur Ahmad Saad terpaksa tinggal di dalam rumah yang digenangi air kumbahan akibat paip kumbahan tersumbat di Rumah Pangsa Simpang Kuala, Alor Setar, Kedah, semalam.

ALOR SETAR 15 Nov. - Seorang ibu dan anaknya yang menghidap penyakit mental terpaksa tinggal dalam keadaan tidak terurus dan menyayat hati terutama selepas paip kumbahan rumah mereka di Rumah Pangsa Simpang Kuala di sini tersumbat sejak dua minggu lalu.

Air daripada kotoran kumbahan melimpah sehingga ke ruang tamu rumah yang diduduki oleh Halipah Abd. Ghani, 57, dan Shuhara Shukur Ahmad Saad, 36, sehingga menyebabkan bau busuk, namun di situ juga mereka memasak, makan dan tidur kerana tiada lagi tempat tinggal untuk dua beranak itu.

Bekalan air di rumah mereka telah dipotong kerana bayaran bil lebih RM200 tidak dijelaskan dan jika mereka mahu menggunakan air, dua beranak ini akan mengambil air di surau rumah pangsa tersebut dan untuk mengisi perut pula, mereka hanya mengharapkan ihsan orang ramai.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Rumah Pangsa Simpang Kuala, Zakeri Hassan berkata, jiran-jiran turut bersimpati dengan nasib dua beranak itu dan berharap pihak bertanggungjawab dapat membantu Halipah dan Shuhara Shukur dengan membawa mereka berdua tinggal di tempat yang lebih baik.

Zakeri berkata, dua beranak itu telah tinggal di rumah pangsa itu sejak 20 tahun lalu dan keadaan mereka bertambah teruk selepas kematian suami Halipah, Ahmad Saad Mat kira-kira lapan tahun lalu.

"Anak Halipah, Shuhara Shukur ini akan menjadi agresif apabila penyakitnya datang, dia akan menghempaskan semua barang-barang, berlari keluar dalam keadaan berbogel sehingga menyebabkan semua jiran takut untuk keluar dari rumah.

"Dia hanya akan pulih apabila menerima suntikan dan ubat daripada jururawat yang akan dipanggil oleh jiran-jiran apabila penyakitnya datang," katanya ketika ditemui di Rumah Pangsa Simpang Kuala di sini hari ini.

Menurutnya, paip kumbahan rumah anak-beranak ini selalu tersumbat dan kali ini lebih dua minggu air kumbahan meleleh keluar.

"Saya sendiri telah telefon banyak pihak untuk membantu keluarga ini, namun malangnya masih tiada maklum balas diterima, kami sangat berharap mereka ini dapat tinggal di tempat yang lebih baik," jelasnya.

Kata Zakeri, mereka mendapat wang bantuan bernilai RM300 sebulan daripada Jabatan Kemajuan Masyarakat (JKM), namun disebabkan penyakit, Shuhara Shukur tidak dapat hidup dengan normal seperti orang lain.

Seorang jiran dua beranak itu, Norlaila Said, 45, berkata, sekarang ini penyakit Shuhara Shukur kerap menyerang dan dalam seminggu lebih, tiga kali dia akan berkelakuan tidak normal.

"Saya memang takut jika penyakitnya datang kerana dia akan bertindak agresif dan pernah dia memecahkan pasu bunga saya. Bila dia sakit saya akan kunci pintu rumah saya.

"Saya harap mereka dua beranak akan ditempatkan di tempat yang lebih sesuai untuk mereka, saya sendiri kasihankan dan berharap pihak yang bertanggungjawab akan membantu mereka dengan segera," jelasnya.

Dalam pada itu, Suhara Shukur ketika ditemui berkata, dia baru sahaja mendapatkan suntikan untuk penyakitnya itu daripada jururawat hospital kelmarin.

"Saya dah lama sakit dan mak pun sakit juga, ayah pula dah meninggal dunia," katanya.

Ibu tunggal bakal duduki rumah baru

Posted: 15 Nov 2013 10:11 AM PST

Aznel Ibrahim ( tengah ) dan Ismail Saffian menyatakan sesuatu berhubung pembinaan rumah baru kepada M. Sandra (kiri) ketika meninjau keadaan rumah usang yang diduduki wanita tersebut sejak sekian lama di Pengkalan Hulu, Perak, semalam.

PENGKALAN HULU 15 Nov. - Setelah hampir 30 tahun tinggal dalam serba kekurangan dan kedaifan nasib seorang wanita akhirnya terbela apabila bakal menerima sebuah rumah baharu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Hulu, Datuk Aznel Ibrahim berkata, isu mengenai halangan membina sebuah rumah akan selesai tidak lama lagi apabila Pejabat Daerah Pengkalan Hulu meluluskan pembinaan baharu menggantikan sebuah rumah daif di Jalan Betong.

"Permohonan untuk membina sebuah rumah telah dilakukan sejak sekian lama tetapi masalah tanah yang menjadi rizab jalan menyebabkannya memakan masa yang lama untuk diproses bagi mendapatkan taraf TOL untuk melayakkan pemohon membina rumah di tanah tersebut.

"Saya mengharapkan Pegawai Daerah memberi kelonggaran untuk membina sebuah rumah di tanah tersebut bagi membantu kehidupan keluarga ini," katanya ketika meninjau keadaan rumah tersebut di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Eksekutif Yayasan Bina Upaya (YBU), Datuk Ismail Saffian yang turut hadir berkata, YBU turut memberi sumbangan bagi menyiapkan rumah satu bilik itu.

"YBU adalah sebuah yayasan yang ditubuhkan sejak 2009 bertujuan membantu rakyat miskin dan daif untuk membina kehidupan lebih sempurna dan selesa, sehingga kini sudah empat buah rumah baru telah dibina.

"Selain itu, YBU juga menyediakan dana untuk pinjaman perniagaan bagi golongan peniaga kecil yang memerlukan pinjaman dana tanpa faedah bagi menjalankan perniagaan mereka," katanya.

Bakal penghuni rumah baharu tersebut, M. Sandra, 50, berkata, dia amat terharu dengan keprihatinan wakil rakyat membela nasib rakyat yang miskin dan daif sepertinya.

"Saya amat terharu apabila wakil rakyat sendiri turun padang meninjau keadaan saya yang serba kekurangan ini dan saya mengucapkan terima kasih kepada ADUN dan YBU," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Selatan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


Nelayan pantai mohon pampasan

Posted: 15 Nov 2013 10:11 AM PST

Oleh AMRAN MULUP
utusanmelaka@utusan.com.my

Mohd. Piah Hashim

JASIN 15 Nov. - Sebanyak 57 nelayan di Pantai Siring, Kampung Pulai dekat sini meminta kerajaan negeri mempertimbangkan bayaran sagu hati sebanyak RM5,000 seorang ekoran pelaksanaan Projek Bekalan Elektrik ke Pulau Besar tidak lama lagi.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Nelayan Pantai Siring, Mohd. Piah Hashim berkata, bayaran sagu hati sebanyak RM5,000 dianggap tidak setimpal kerana pendapatan nelayan dijangka terjejas teruk sepanjang tempoh dua tahun apabila projek Tenaga Nasional Berhad (TNB) bernilai RM30 juta mula dilaksanakan.

Menurutnya, sepanjang tempoh tersebut, nelayan akan menghadapi kesukaran untuk menangkap ikan kerana gangguan daripada projek membina menara kabel elektrik merentasi laut dari Pantai Siring ke Pulau Besar.

''Pada perbincangan sebelum ini, semua pihak termasuk TNB telah bersetuju pembayaran sagu hati RM5,000 tetapi sebaliknya hari ini (semalam) pembayaran sagu hati yang ingin diberikan hanyalah RM1,400.

''Sebahagian besar nelayan tidak bersetuju dengan bayaran sagu hati yang dicadangkan oleh Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) kerana tidak berbaloi ekoran daripada kesan projek itu yang menjejaskan pendapatan nelayan,'' katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Kesyukuran dan Kenduri Projek Bekalan Elektrik ke Pulau Besar di Jeti Nelayan Pantai Siring, Kampung Pulai dekat sini hari ini.

Majlis tersebut dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Serkam, Zaidi Atan dan Pengurus Besar TNB Melaka, Baderul Sham Saad.

Menurut beliau, mereka adalah nelayan pantai yang menggunakan bot kecil dan pembinaan menara kabel elektrik itu menyebabkan sumber ikan tidak ada di kawasan yang sering kita menangkap ikan.

''Jumlah keseluruhan bayaran sagu hati ialah RM285,000 jika hendak dibandingkan dengan projek yang bernilai RM30 juta," katanya.

Beliau menambah, nelayan di Pantai Siring tidak pernah membantah sebarang bentuk pembangunan termasuk pembinaan projek bekalan elektrik merentasi laut ke Pulau Besar.

''Apa yang kami minta ialah biarlah bayaran sagu hati itu setimpal dengan kedudukan punca rezeki kami menangkap ikan di perairan yang terlibat dengan projek TNB ini kerana bakal terjejas sepanjang dua tahun nanti," katanya.

Sementara itu Baderul Sham berkata, pihak TNB menunggu sebarang keputusan daripada kerajaan negeri untuk menyelesaikan isu tuntutan sagu hati daripada nelayan di Pantai Siring.

''Projek ini sepatutnya sudah boleh dimulakan tetapi apabila masalah bayaran sagu hati tidak diselesaikan, maka terpaksa ditangguhkan sementara waktu sehingga semua dapat diselesaikan dengan baik," katanya.

SDSI 2013 sasar kontrak jualan RM12 juta

Posted: 15 Nov 2013 10:11 AM PST

HASAN Rahman (tiga dari kiri) melekatkan tanda pelekat di cermin hadapan teksi sambil diperhatikan oleh Bahria Mohd. Tamil (dua dari kiri) sebagai tanda prapelancaran pengiklanan SDSI di badan bas dan teksi di Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka, kelmarin.

MELAKA 15 Nov. - Showcase Satu Daerah Satu Industri (SDSI) yang menghimpunkan lebih 500 usahawan dari 13 buah negeri menyasarkan kontrak jualan bernilai RM12 juta bagi penganjuran kali kelapan di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) dari 19 November hingga 1 Disember ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Pembangunan Usahawan negeri, Datuk Hasan Rahman berkata, pameran SDSI tahun lalu telah menghasilkan jualan kontrak sebanyak RM11.3 juta dan dijangka meningkat pada pameran kali ini.

Menurutnya, penganjur turut menyasarkan jualan sebanyak RM5.5 juta pada tahun lalu dan dijangka mencecah RM6 juta dalam showcase yang bakal berlangsung selama tiga hari itu.

''Peningkatan kontrak jualan dan jualan tunai dijangka meningkat dalam showcase kali ini berikutan pertambahan pempamer dari 584 usahawan tahun lalu meningkat kepada 590 usahawan dari 13 buah negeri yang akan mengambil bahagian.

''Penganjur turut meramalkan kehadiran pengunjung daripada 120,000 tahun lalu dijangka mencecah 200,000 pengunjung pada SDSI terbesar yang menghimpunkan ramai usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS)," katanya.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan Roadshow Showcase SDSI peringkat negeri di Seri Negeri di sini semalam.

Pada majlis tersebut, bas Panorama dan Persatuan Teksi Negeri Melaka akan menjadi duta mempromosikan Showcase SDSI ke setiap daerah di negeri ini.

Yang turut hadir, Pengarah Sekyen Pembangunan Perniagaan Bumiputera, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Bahria Mohd. Tamil.

Showcase SDSI itu adalah anjuran Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri bersama kerajaan negeri.

Mengulas lanjut Hasan berkata, showcase yang dianjurkan itu bertujuan membantu usahawan PKS memasarkan produk dan perkhidmatan SDSI yang berkualiti di peringkat domestik dan antarabangsa.

Menurutnya, selain itu, pameran tersebut dapat memberi pendedahan umum kepada orang ramai bahawa keluaran SDSI adalah berpotensi dan berkualiti.

''Lebih penting, usahawan PKS dapat mewujud dan memperluaskan rantaian perniagaan antara usahawan, pembeli, pengedar, ejen pemasaran, stokis, pengimport, pasar raya besar dari dalam dan luar negara," katanya.

Justeru katanya, pengisian utama SDSI ialah pameran produk dan perkhidmatan, seminar keusahawanan, pemadanan perniagaan, klinik usahawan dan menu Malaysia.

Beliau menambah, antara yang menjadi tumpuan dalam showcase kali ini ialah jem strawberi dari Pahang, jus mangga (Kedah), kraf tangan (Sarawak), minuman herba (Melaka) dan sebagainya.

Kekurangan keluarga jadi pendorong kejayaan

Posted: 15 Nov 2013 10:11 AM PST

NOR Syakirah Abd. Rahman menunjukkan keputusan 5A UPSR kepada ibunya,Noryahati Ahmad di Bukit Baru, Melaka, kelmarin.

MELAKA 15 Nov. - Hidup dalam keluarga yang serba kekurangan bukanlah menjadi halangan kepada murid Sekolah Kebangsaan (SK) Datuk Palembang, Syakirah Abd. Rahman, 12, untuk memperoleh keputusan cemerlang dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang diumumkan hari ini.

Sebaliknya, anak bongsu dari enam beradik itu menjadikan faktor tersebut sebagai pendorong serta pemangkin semangat untuk berjaya dalam pelajaran demi mengubah nasib keluarganya.

Bapanya, Abd. Rahman Abd. Ghani, 52, seorang pesara tentera manakala ibunya, Noryahati Ahmad, 50, hanyalah seorang suri rumah serta tidak mampu memberikannya kemewahan kepada anaknya seperti orang lain.

Namun, perkara itu langsung tidak mematahkan semangat Syakirah malah kerana sudah terbiasa dengan disiplin tinggi serta ketegasan bapanya mendidik menjadikan dia mampu meraih kecemerlangan yang membanggakan diri serta keluarganya.

Ditanya mengenai rahsia kejayaan, Syakirah memberitahu, dia hanya belajar seperti biasa semasa di sekolah tetapi banyak membuat ulang kaji serta latihan semasa di rumah.

"Saya jarang keluar bermain dengan kawan-kawan jika ada waktu lapang dan tidak mengikuti kelas tambahan di luar waktu sekolah.

"Saya hanya belajar sendirian dengan bantuan ayah di rumah dan boleh menghabiskan masa sehingga lebih lima jam untuk membaca, membuat ulang kaji serta latihan semasa di rumah," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Paya Ikan, Bukit Baru di sini.

Katanya, selain sering belajar semasa di rumah, dia juga kerap bertemu guru-gurunya jika tidak memahami sesuatu tajuk yang diajar.

"Guru-guru juga amat mengambil berat dan sedia membantu saya walaupun di luar waktu kelas untuk memastikan saya dapat memahami segala yang dipelajari,' ujarnya.

"Kejayaan ini amat bermakna kepada saya dan berharap dapat diteruskan pada masa akan datang demi mencapai cita-cita menjadi saintis.

"Selain itu, saya juga bercita-cita menyambung pelajaran ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), namun terpaksa melupakannya kerana keluarga tidak mampu," tambahnya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Muka Hadapan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Muka Hadapan


Pas ada bukti Karpal bohong

Posted: 15 Nov 2013 10:11 AM PST

Broken Link!

The content you are looking for is not available. You might had clicked on a broken link from another website or the content itself might have been removed.

You may want to consider our archive on

If you think there is an error, please click here to report and let us know.

Kemuncak HSKU ExxonMobil

Posted: 15 Nov 2013 10:11 AM PST

Broken Link!

The content you are looking for is not available. You might had clicked on a broken link from another website or the content itself might have been removed.

You may want to consider our archive on

If you think there is an error, please click here to report and let us know.

Instrumen kewangan Islam

Posted: 15 Nov 2013 10:11 AM PST

Broken Link!

The content you are looking for is not available. You might had clicked on a broken link from another website or the content itself might have been removed.

You may want to consider our archive on

If you think there is an error, please click here to report and let us know.

Kredit: www.utusan.com.my

Jumaat, 15 November 2013

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Kanak-kanak dipercayai mangsa dera meninggal

Posted: 15 Nov 2013 09:28 PM PST

Oleh Kamaruddin Hamzah

BESUT 16 Nov. - Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun yang dipercayai mangsa dera, meninggal dunia malam tadi semasa dalam perjalanan ke Hospital Besut.

Mangsa, Puteri Nur Qristina Balqis Abdullah dipercayai berasal dari Johor dan tinggal bersama ibunya yang menumpang di rumah keluarga angkat di Seberang Jerteh.

Ibunya, seorang ibu tunggal dikatakan memangku anaknya yang dalam keadaan lemah, berjalan kira-kira 100 meter ke pejabat jabatan Pertahan Awam Malaysia (Jpam) untuk mendapatkan bantuan bagi mengejarkan anaknya ke hospital.

Kanak-kanak itu yang terdapat pelbagai kesam lebam di badannya, meninggal dunia kira-kira pukul 8 malam. - UTUSAN ONLINE

Kanak-kanak 3 tahun meninggal dipercayai didera

Posted: 15 Nov 2013 09:00 PM PST

Broken Link!

The content you are looking for is not available. You might had clicked on a broken link from another website or the content itself might have been removed.

You may want to consider our archive on

If you think there is an error, please click here to report and let us know.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved