Isnin, 11 November 2013

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


15 rumah dilanda banjir kilat

Posted: 11 Nov 2013 10:21 AM PST

Oleh HARIS FADILAH AHMAD
utusanktn@gmail.com

KUALA LIPIS 11 Nov. - Sebanyak 15 buah rumah di Padang Tengku di sini dilanda banjir setelah hujan lebat selama dua hari bermula semalam.

Penduduk yang terlibat adalah di Kampung Kechau Tui, Felda Kechau Satu, Kampung Melaka, Kampung Darling dan Kampung Berahmah.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Tengku, Datuk Mustapa Long berkata, kejadian tersebut dipercayai berpunca daripada saluran air tersumbat di kawasan berdekatan.

"Apabila hujan lebat, sampah sarap dan bahan buangan tersekat di saluran berkenaan menyebabkan air melimpah ke kawasan kampung," katanya kepada pemberita selepas melawat kejadian itu di Kampung Kechau Tui.

Yang turut hadir Pemangku Penghulu Mukim Telang, Abdullah Zawawi Kamaluddin dan Ketua Kampung Kechau Tui, Azmi Mat Ludin.

Menurut beliau, banjir kilat berkenaan juga disebabkan terdapat kegiatan perlombongan berdekatan kawasan itu sehingga menyebabkan air Sungai Tui melimpah dengan terlalu cepat.

"Pemaju sesebuah projek perlu prihatin dengan keadaan itu supaya tidak berlaku banjir kilat dan mengganggu keselesaan penduduk pada masa akan datang," katanya.

Didik pengguna internet lebih rasional

Posted: 11 Nov 2013 10:21 AM PST

MARAN 11 Nov. - Pengguna internet di negeri ini diminta melayari program 'Klik dengan Bijak' anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) untuk menjadi pengguna yang bertanggungjawab dan rasional semasa mengakses laman sosial dan sesawang.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Multimedia dan Komunikasi negeri, Datuk Shahaniza Shamsuddin berkata, program itu diadakan bagi meningkatkan kadar celik teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta kesedaran penggunaan internet.

Menurutnya, program itu sangat baik bagi mengingatkan pengguna tentang tanggungjawab dan memastikan mereka mengetahui apakah kandungan atau perisian penggunaan tersebut.

"Pengguna perlu diingatkan bahawa penggunaan laman sosial seperti Facebook, Twitter, dan lain-lain tidak berseorangan di laman maya, tetapi bersama ribuan orang yang membaca serta berkongsi maklumat.

"Oleh itu, catatan negatif seperti fitnah dan memburukkan individu, tokoh, institusi, pertubuhan dan pihak lain boleh menjejaskan reputasi pihak terbabit,'' katanya selepas merasmikan program Hari Bersama Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) Kampung Chenor yang turut dihadiri Pengarah SKMM Wilayah Timur, Norazhar Hasan di sini semalam.

Katanya, SKMM mempunyai kaedah tersendiri mengesan maklumat dan fitnah yang disebarkan melalui laman sosial apatah lagi membabitkan keselamatan negara serta kepentingan awam.

Tegasnya, keghairahan pengguna mengeksploitasi laman sosial untuk memberi komen negatif melampau dan sensitif seperti perkauman dan agama boleh 'memakan diri sendiri'.

"Pengguna perlu menggunakan laman sosial atau media baharu itu dengan bijak bagi mengeratkan silaturahim, mempromosi produk dan menyampai mesej lebih bertanggungjawab,'' katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Sentul turut mengingatkan pengguna supaya tidak menggunakan kecanggihan ICT yang disediakan untuk ' menyerang pemimpin kerajaan.

"Pada masa sama, mereka perlu berhati-hati dengan jenayah siber yang banyak berlaku di laman maya kerana ada pengguna mudah terpengaruh dengan 'ayat-ayat cinta'," katanya.

Pengalaman baharu di Taman Safari Bukit Gambang

Posted: 11 Nov 2013 10:21 AM PST

ZIRAFAH dan banyak lagi haiwan terdapat di Safari Gambang yang mula dibuka pada bulan Mei lepas

KUANTAN 11 Nov. - Taman Safari Bukit Gambang (TSBG) merupakan tarikan pelancongan terbaharu di negeri ini yang kini menjadi tumpuan ramai pengunjung dari seluruh negara terutama pada cuti am dan hujung minggu.

Taman safari berkeluasan 55 hektar itu menempatkan 454 spesies hidupan liar yang kebanyakannya dari luar negara sekali gus merupakan taman safari terbesar di negara ini mengikut spesifikasi Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan)

Eksekutif Kanan Pemasaran dan Komunikasi, Bukit Gambang Resort City (BGRC), Zoe Soo (gambar) berkata, TSBG sesuai untuk semua lapisan masyarakat kerana para pengunjung berpeluang melihat dan menyentuh dengan lebih dekat hidupan di safari itu.

"Sejak dibuka kepada umum Mei lalu, empat zon telah beroperasi iaitu Wild Savannah, Simba Hill, Night Jungle dan Foreign Village yang kebanyakannya menempatkan beberapa spesies hidupan liar yang hampir pupus dari luar negara seperti dari benua Afrika dan negara Australia.

"Menariknya, setiap spesies diambil secara berpasangan bagi memudahkan mereka membiak dan pengunjung diberi peluang untuk menyentuh dan membelai anak-anak haiwan yang baru dilahirkan seperti singa putih dan kanggaru putih," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurut Zoe, beberapa zon yang masih dalam pembinaan seperti Forest Land, Land of Predators, Desert Land dan Bear Mountain turut dibuka sebahagiannya walaupun bakal siap sepenuhnya pada Disember ini.

"Para pengunjung dapat merasakan mereka seolah-olah mengembara di pinggir hutan yang berbukit-bukit dengan pelbagai jenis hidupan seperti gajah, kuda belang, zirafah, badak sumbu, harimau, singa, burung unta, kerbau merah jambu, rusa dan dubuk bebas berkeliaran.

"Namun pengunjung tidak perlu bimbang soal keselamatan kerana pengembaraan tersebut menggunakan sebuah bas perantara yang mempunyai tingkap luas," jelasnya.

Menariknya, kata beliau, pertunjukan haiwan dengan pelbagai aksi turut diadakan dua kali sehari iaitu pada pukul 3 petang dan 8 malam di Village Arena yang berkapasiti 2,000 pengunjung dalam satu-satu masa.

Tiket pula dijual pada harga RM48 bagi dewasa dan RM28 bagi kanak-kanak.

Sementara itu, seorang pengunjung, Roslan Mohd. Noor, 45, dari Kuala Besut, Terengganu berkata, TSBG memberi peluang kepada mereka melihat pelbagai jenis hidupan yang kian pupus dan tidak terdapat di Malaysia.

"Selama ini kita hanya melihat haiwan seperti dubuk, singa putih dan kanggaru melalui kaca televisyen tetapi di sini kita dapat melihatnya dengan jelas dan bergambar bersamanya.

"Selain menghiburkan, taman safari ini turut memberi pelbagai maklumat kepada kanak-kanak mengenai hidupan liar yang wujud di dunia ini," jelasnya.

Bagi Nur Asiyah Faizuman, 20, dari Cheras, Kuala Lumpur, dia begitu gembira apabila dapat melihat dan berinteraksi bersama pelbagai hidupan liar dengan lebih dekat.

"Saya sangat gembira apabila dapat memberi makanan kepada zirafah dan burung-burung. Paling menarik apabila saya sendiri berada dalam sangkar burung dan bebas menangkap pelbagai jenis burung yang begitu cantik," kata penuntut di sebuah institusi pengajian tinggi itu.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


100 orang terkorban dalam kejadian ribut di Somalia minggu lalu

Posted: 11 Nov 2013 09:37 AM PST

BOSASSO, Somalia 12 Nov. - Sekurang-kurangnya 100 orang terkorban selepas ribut tropika melanda Somalia minggu lalu di wilayah semi autonomi Puntland, kata Presidennya Mohamud Farole, hari ini sambil merayu kepada bantuan daripada mana-mana agensi keselamatan.

"Ribut kuat melanda bandar Bandarbeyle dan Eyl pada hari Sabtu dan Ahad lalu, dengan beratus-ratus buah rumah dan binatang ternakan dihanyutkan ke laut, ujar Farole kepada pemberita.

Beliau turut merayu kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) supaya menyalurkan bantuan kepada mangsa yang memerlukan, selain satu jawatankuasa sudah dibentuk bagi menyiasat punca kejadian serta nilai kerosakan. - REUTERS

Serangan mortar korbankan lima pelajar

Posted: 11 Nov 2013 09:36 AM PST

DAMSYIK 12 Nov. - Serangan bom mortar di sebuah sekolah di sini telah mengakibatkan lima orang kanak-kanak terkorban dan 27 lagi cedera.

"Jumlah kematian akibat daripada serangan pengganas yang mensasarkan sekolah St. John Damsyik itu sudah meningkat kepada lima orang dengan kesemua mereka merupakan kanak-kanak, lapor televisyen negeri.

Terdahulu, Menteri Luar Syria memberitahu media rasmi Al-Ikhbariya, 11 orang kanak-kanak mengalami kecederaan akibat daripada serangan itu dengan kebanyakan mereka berasal dari daerah Qassaa, tengah Damsyik. - AFP

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Shahrizat, Rafizi sama-sama tarik balik saman isu NFCorp

Posted: 11 Nov 2013 10:21 AM PST

Shahrizat Abdul Jalil

KUALA LUMPUR 11 Nov. - Bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hari ini menarik balik saman fitnah RM100 juta terhadap Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohd. Rafizi Ramli dan Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin berhubung isu National Feedlot Corporation Sdn. Bhd. (NFCorp).

Shahrizat yang juga Ketua Pergerakan Wanita UMNO, memfailkan saman tersebut melalui peguam utamanya, Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah pada 19 Januari 2012.

Mohd. Rafizi pula pada 30 Mac tahun sama, telah memfailkan tuntutan balas terhadap Shahrizat dengan mendakwa bekas menteri Kabinet itu yang sepatutnya menjawab pendedahan dibuatnya berhubung isu NFCorp, sebaliknya melancarkan serangan peribadi dan dendam terhadapnya.

Peguam, Datuk Ahmad Redza Abdullah yang mewakili Shahrizat memberitahu pemberita, bekas menteri Kabinet itu dan Mohd. Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan saling bersetuju menarik balik saman masing-masing di Mahkamah Tinggi di sini.

Peguam, Ranjit Singh yang mewakili Mohd. Rafizi dan Zuraida yang juga Ketua Wanita PKR, mengesahkan saman terhadap anak guamnya ditarik balik tanpa kos dan tanpa kebebasan memfailkan tindakan saman yang baharu.

Ekoran perkembangan itu, Pesuruhjaya Kehakiman, Vazeer Alam Mydin Meera membatalkan saman dan pernyataan tuntutan berkenaan semasa prosiding di kamar beliau di sini.

Sementara itu di Mahkamah Persekutuan, Putrajaya pula, Muhammad Shafee memberitahu pemberita, anak guamnya menarik balik saman tersebut disebabkan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) telah berakhir.

''Apabila PRU sudah selesai, tindakan saman tersebut tidak perlu diteruskan lagi dan adalah bijak bagi mereka untuk menarik balik saman ini tanpa sebarang perintah mengenai kos,'' katanya lagi.

Walau bagaimanapun dalam satu kenyataan akhbar oleh Muhammad Shafee pada petang ini, beliau menyatakan, tuntutan saman oleh NFCorp terhadap Mohd. Rafizi di sebuah lagi Mahkamah Tinggi di sini akan diteruskan dengan sewajarnya.

Muhammad Shafee juga menyatakan, Shahrizat berhak untuk mengambil tindakan undang-undang jika penarikan balik saman tersebut digunakan untuk membuat kesimpulan yang memudaratkan terhadap anak guamnya itu.

Shahrizat selaku pihak plaintif dalam pernyataan tuntutannya sebelum ini mendakwa, Mohd. Rafizi dan Zuraida yang dinamakan sebagai pihak defendan telah melancarkan satu kempen strategik untuk mencemarkan nama baiknya dengan mengaitkan diri beliau dengan NFCorp.

Walhal menurut bekas menteri Kabinet itu, beliau tidak memegang jawatan atau memiliki ekuiti dalam projek tersebut mahupun Agro- Science Industries Sdn. Bhd. (Agro-Science).

Agro-Science yang diterajui oleh suami Shahrizat, Datuk Seri Dr. Mohamad Salleh Ismail dan anak-anaknya, Wan Shahinur Izmir, Wan Shahinur Izran serta Wan Izzana Fatimah Zabedah merupakan syarikat induk yang memiliki hampir kesemua saham terbitan NFCorp.

Penyiaran dan pengulangan kenyataan berbaur fitnah itu didakwa Shahrizat memberi gambaran, beliau menyalahgunakan kedudukannya sebagai Ketua Pergerakan Wanita UMNO dan menteri agar projek NFCorp diserahkan kepada Agro-Science.

Plaintif yang mendakwa pernyataan fitnah tersebut telah menyebabkan reputasi dan nama baiknya terjejas menuntut ganti rugi am atas fitnah lisan sebanyak RM50 juta sementara ganti rugi teruk dan teladan juga sebanyak RM50 juta serta memohon perintah injunksi.

Shahrizat telah memberikan keterangan dalam perbicaraan kes saman tersebut namun masih belum selesai. Beliau tidak hadir di mahkamah ketika mahkamah membatalkan saman tersebut.

Mohd. Rafizi dan Zuraida hadir bersama peguam mereka.

Muhammad Shafee hujah pelantikannya sah

Posted: 11 Nov 2013 10:21 AM PST

PUTRAJAYA 11 Nov. - Peguam Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah berhujah di Mahkamah Persekutuan hari ini bahawa pelantikan beliau mengetuai pasukan pendakwaan dalam rayuan pendakwa raya bagi kes liwat melibatkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sah di sisi undang-undang.

Beliau menghujahkan, pelantikannya selaku pendakwa raya tidak dibuat secara kekal sebaliknya secara sementara dan tidak melibatkan konflik kepentingan.

Hujah peguam terkemuka itu, beliau tidak pernah dipanggil sebagai saksi dalam perbicaraan kes liwat melibatkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu walaupun keterangannya telah direkodkan.

Sehubungan itu, Muhammad Shafee menyatakan, Mahkamah Rayuan betul ketika mendapati tiada bukti material yang mencukupi bagi menyokong hujahan peguam bela bahawa beliau merupakan saksi yang berpotensi dalam kes itu.

Muhammad Shafee selanjutnya menyatakan, Peguam Negara boleh melantik sesiapa yang layak selaku pendakwa raya asalkan mereka sesuai serta berkebolehan.

Menurut beliau, pelantikan selaku pendakwa raya dalam rayuan itu dibuat berdasarkan peruntukan di bawah Seksyen 376(3) dan Seksyen 379, kedua-duanya dalam Kanun Tatacara Jenayah (CPC) serta Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan.

Muhammad Shafee menyatakan, pelantikan itu sah kerana Seksyen 379 antara lain memberi kuasa kepada pendakwa raya melantik seorang peguam mengendalikan kes jenayah.

Seksyen 378 pula menyebut hanya pendakwa raya, timbalan pendakwa raya kanan atau timbalan pendakwa raya boleh bertindak dalam rayuan jenayah, bukan pihak lain.

Sehubungan itu, hujahnya, Mahkamah Rayuan betul ketika memutuskan Seksyen 376(3) yang menyatakan pendakwa raya boleh melantik mereka yang layak sebagai timbalan pendakwa raya, perlu dibaca secara harmoni dengan Seksyen 378 kerana kedua-duanya konsisten di antara satu sama lain.

Panel lima hakim diketuai oleh Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Md. Raus Sharif yang bersidang bersama Tan Sri Abdull Hamid Embong, Tan Sri Ahmad Maarop, Datuk Hasan Lah dan Datuk Seri Abu Samah Nordin menetapkan keputusan rayuan itu pada 21 November ini.

Sebelum itu, peguam Karpal Singh yang mewakili Anwar berhujah, pelantikan Muhammad Shafee selaku pendakwa raya dalam rayuan itu terbatal dan tidak mempunyai kesan.

Peguam bela menghujahkan, hanya pegawai kerajaan yang dilantik selaku pendakwa raya secara tetap diberi kuasa mengendalikan rayuan jenayah di mahkamah.

Sehubungan itu, hujahnya, Muhammad Shafee tidak boleh bertindak selaku pendakwa raya kerana beliau bukan pegawai kerajaan dan tidak layak menerima gaji yang dibayar menggunakan wang rakyat.

Hujah Karpal, Seksyen 379 tidak konsisten dengan Seksyen 378 yang telah dipinda berkuat kuasa pada 1 April 1998 yang jelas melarang pengamal undang-undang persendirian bertindak bagi pihak pendakwa raya dalam rayuan jenayah.

Beliau turut menyatakan, Muhammad Shafee merupakan saksi material dalam kes liwat kerana beliau berada di kediaman Datuk Seri Najib Tun Razak ketika bekas pembantu peribadi Anwar, Mohd. Saiful Bukhari Azlan datang menemui Perdana Menteri (ketika itu Timbalan Perdana Menteri).

Sehubungan itu, Karpal menghujahkan, Muhammad Shafee seharusnya dilarang daripada mewakili pihak pendakwaan dalam rayuan itu kerana kehadirannya boleh menimbulkan konflik kepentingan.

Pada 9 Januari tahun lalu, Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah melepas dan membebaskan Anwar selepas mendapati tiada bukti kukuh bagi menyokong keterangan Mohd. Saiful Bukhari selain tidak selamat untuk mahkamah bergantung kepada bukti asid deoksiribonukleik (DNA).

Anwar, 66, didakwa meliwat Mohd. Saiful Bukhari, 28, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No. 99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di ibu negara antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Utusan Online - Hiburan

Posted:

Utusan Online - HiburanIkuti berita penuh untuk ruangan Hiburan menerusi laman web http://www.utusan.com.myhttp://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan Utusan Online - Hiburanhttp://www.utusan.com.my/utusan/themes2012/logo.pnghttp://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan Jenazah Allahyarham Ahmad Busu selamat dikebumihttp://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20131111/hi_01/Jenazah-Allahyarham-Ahmad-Busu-selamat-dikebumi KLANG 11 Nov. - Jenazah pelakon dan pelawak tanah air, Allahyarham Ahmad Busu yang meninggal dunia akibat strok malam tadi selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang di sini pagi ini.2013-11-11T13:05:13+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd Oleh ABDUL YAZID ALIAS<url>http://www.utusan.com.my/pix/2013/1111/Utusan_Malaysia/Hiburan/hi_01.small.jpg</url><link/>http://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20131111/hi_01/Jenazah-Allahyarham-Ahmad-Busu-selamat-dikebumi </image></item><item><title>Pernikahan 'anak ibu'http://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20131111/hi_02/Pernikahan-anak-ibu ENITISKAN air mata sejurus selepas upacara akad nikah sekali gus sah bergelar seorang suami, ia umpama menerima satu tanggungjawab yang maha berat terpikul di batu jemalanya. "Itu tanda saya menerima dan...2013-11-11T13:55:10+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd Oleh AIDA RIZMARIZA KAMARUDDIN & GARRET DAWUM<url>http://www.utusan.com.my/pix/2013/1111/Utusan_Malaysia/Hiburan/hi_02.small.jpg</url><link/>http://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20131111/hi_02/Pernikahan-anak-ibu </image></item><item><title>Jongkong emas jadi hantaranhttp://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20131111/hi_03/Jongkong-emas-jadi-hantaran BERTEMAKAN 'Mawar', majlis pernikahan Fizo Omar bersama Mawar Abdul Karim dilihat meriah dengan kehadiran sanak saudara ditambah kedatangan rakan selebriti. Majlis pernikahan ini menyaksikan pihak lelaki...2013-11-11T13:55:10+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd <url>http://www.utusan.com.my/pix/2013/1111/Utusan_Malaysia/Hiburan/hi_03.small.jpg</url><link/>http://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20131111/hi_03/Jongkong-emas-jadi-hantaran </image></item><item><title>Seindah mawarhttp://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20131111/hi_04/Seindah-mawar Tudung saji tudung periuk Tidaklah sama tudung Fareeda Sudah dicari bunga segenap pelusuk Mawar juga dambaan jiwa ITU merupakan pantun yang dibalas pengacara yang mewakili keluarga Mawar Abdul Karim kepada...2013-11-11T13:55:10+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd <url>http://www.utusan.com.my/pix/2013/1111/Utusan_Malaysia/Hiburan/hi_04.small.jpg</url><link/>http://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20131111/hi_04/Seindah-mawar </image></item><item><title>Ketua kumpulan Tiga ghaibhttp://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20131111/hi_05/Ketua-kumpulan-Tiga-ghaib MEMILIH Tiga sebagai nama pilihan untuk berada dalam industri, kumpulan ini sebenarnya baru sahaja melancarkan single pertama mereka berjudul Pengakuan bulan lalu. Pada mulanya kumpulan ini dianggotai oleh...2013-11-11T13:55:10+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd <url>http://www.utusan.com.my/pix/2013/1111/Utusan_Malaysia/Hiburan/hi_05.small.jpg</url><link/>http://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20131111/hi_05/Ketua-kumpulan-Tiga-ghaib </image></item><item><title>Fizo Omar, Mawar selamat diijabkabulkan pagi inihttp://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20131110/hi_01/Fizo-Omar-Mawar-selamat-diijabkabulkan-pagi-ini HULU LANGAT 10 Nov. - Pelakon, Fizo Omar, 28, dan model tudung, Mawar Abdul Karim, 24, selamat diijabkabulkan dalam majlis pernikahan pasangan itu di rumah pengantin perempuan, di Counrty Height, di sini...2013-11-10T10:23:12+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd Oleh GARRET DAWUM<url>http://www.utusan.com.my/pix/2013/1110/Utusan_Malaysia/Hiburan/hi_01.small.jpg</url><link/>http://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20131110/hi_01/Fizo-Omar-Mawar-selamat-diijabkabulkan-pagi-ini </image></item><item><title>Zara Zya hapus sifat maluhttp://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20131110/hi_02/Zara-Zya-hapus-sifat-malu DRAMA Love You Mr. Arrogant nyata telah mengubah perjalanan seni aktres bernama Zara Zya ini. Bukan sahaja dari segi populariti namun turut mengubah persepsinya terhadap bidang lakonan. Masakan tidak dalam...2013-11-10T21:06:48+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd Oleh RASDAN AHMAD<url>http://www.utusan.com.my/pix/2013/1110/Utusan_Malaysia/Hiburan/hi_02.small.jpg</url><link/>http://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20131110/hi_02/Zara-Zya-hapus-sifat-malu </image></item><item><title>Cinta main-main Nas Adila?http://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20131110/hi_03/Cinta-main-main-Nas-Adila MINGGU ini kecoh khabarnya penyanyi Nas Adila akan menerima rombongan merisik daripada penyanyi Jamal Abdillah. Tak nak mengaku mengenai hal itu, Nas kononnya menyerahkan pada Jamal untuk menjawab mengenai...2013-11-10T21:06:48+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd <url>http://www.utusan.com.my/pix/2013/1110/Utusan_Malaysia/Hiburan/hi_03.small.jpg</url><link/>http://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20131110/hi_03/Cinta-main-main-Nas-Adila </image></item><item><title>Aliff Aziz kena santau?http://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20131110/hi_04/Aliff-Aziz-kena-santau MENGUCAP panjang Syed bila mendengarkan malang yang menimpa Aliff Aziz baru-baru ini. Tapi kali ini bukan cerita pasal masalah disiplin Aliff tetapi kisah muntah darah. Tak salah Syed kejadian muntah darah...2013-11-10T21:06:48+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd Suntikan? Lupakan saja!http://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20131110/hi_05/Suntikan-Lupakan-saja KALAU nak suntik vitamin C untuk kulit lebih cantik, baik lupakan. Saya takut jarum," kata Ziana Zain, 45, tentang kaedah yang paling popular untuk tujuan kecantikan itu. Malah penyanyi ini berasa ?berdosa?...2013-11-10T21:06:48+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd Oleh AMIRAH AMALY SYAFAATBelum masa tinggalkan stesen radiohttp://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20131110/hi_06/Belum-masa-tinggalkan-stesen-radio TIDAK terlintas untuknya meninggalkan kerjaya asal semata-mata menumpukan bidang perniagaan, Zaff mengakui tumpuan kini lebih terarah kepada menyeimbangkan kedua-dua bidang yang begitu diminatinya. Baginya...2013-11-10T21:06:48+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd <url>http://www.utusan.com.my/pix/2013/1110/Utusan_Malaysia/Hiburan/hi_06.small.jpg</url><link/>http://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20131110/hi_06/Belum-masa-tinggalkan-stesen-radio </image></item><item><title>Agih pada yang memerlukanhttp://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20131110/hi_07/Agih-pada-yang-memerlukan KETIKA muda dan popular mereka dipuja. Bila sudah 'tamat tempoh' ramai yang menderita dan hidup dalam keadaan serba kekurangan. Perkara ini bukan baru terjadi. Sudah acap kali masyarakat didedahkan dengan...2013-11-10T21:06:49+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd Oleh SYED MUSSADDAD SYED MAHDI<url>http://www.utusan.com.my/pix/2013/1110/Utusan_Malaysia/Hiburan/hi_07.small.jpg</url><link/>http://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20131110/hi_07/Agih-pada-yang-memerlukan </image></item><item><title>Youtube popularkan Shazlynhttp://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20131110/hi_08/Youtube-popularkan-Shazlyn PERTAMA kali menonton video Youtube bertajuk Ragam Muka Buku yang kini viral di Internet, penulis terhibur dengan gelagat pelakonnya yang bersahaja. Video yang dihasilkan oleh Shazreen Fazlynda Fazli Ku...2013-11-10T21:06:49+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd Oleh RAJA INTAN DIANNA RAJA AZAHAM<url>http://www.utusan.com.my/pix/2013/1110/Utusan_Malaysia/Hiburan/hi_08.small.jpg</url><link/>http://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20131110/hi_08/Youtube-popularkan-Shazlyn </image></item><item><title>Terbit teater kanak-kanakhttp://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20131110/hi_09/Terbit-teater-kanak-kanak SEJAK ditubuhkan dua tahun yang lalu, perkembangan yang ditunjukkan oleh Akademi Teater Muzikal dan Seni Persembahan Enfiniti (ENACT) cukup memberangsangkan. Selain mempunyai tenaga pengajar yang berpengalaman...2013-11-10T21:06:49+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd Oleh SYED MUSSADDAD SYED MAHDI<url>http://www.utusan.com.my/pix/2013/1110/Utusan_Malaysia/Hiburan/hi_09.small.jpg</url><link/>http://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20131110/hi_09/Terbit-teater-kanak-kanak </image></item><item><title>Kebangkitan pelawakhttp://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20131110/hi_10/Kebangkitan-pelawak KEBELAKANGAN ini perkembangan bidang komedi atau lawak jenaka menjadi satu fenomena baharu dalam industri hiburan tempatan. Malah banyak stesen televisyen tempatan berlumba menghasilkan pelbagai program...2013-11-10T21:06:49+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd <url>http://www.utusan.com.my/pix/2013/1110/Utusan_Malaysia/Hiburan/hi_10.small.jpg</url><link/>http://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20131110/hi_10/Kebangkitan-pelawak </image></item><item><title>Inikah calon drama terbaik?http://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20131110/hi_11/Inikah-calon-drama-terbaik AKHIRNYA tidak ke mana. Drama-drama sedu sedan, bercorak pop dan melodrama yang memerah airmata juga dipilih untuk diberi pengiktirafan pada Anugerah Skrin 2013 yang akan berlangsung pada 29 November ini.2013-11-10T21:06:49+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd <url>http://www.utusan.com.my/pix/2013/1110/Utusan_Malaysia/Hiburan/hi_11.small.jpg</url><link/>http://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20131110/hi_11/Inikah-calon-drama-terbaik </image></item><item><title>Dendam tidak terlerai Five Minuteshttp://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20131110/hi_12/Dendam-tidak-terlerai-Five-Minutes PERANG mulut antara kumpulan Five Minutes dengan pengacara Olga Syahputra pernah menyebabkan kedua pihak itu hampir bertumbuk sekitar empat bulan lalu. Semuanya gara-gara Olga mendakwa Five Minutes sebagai...2013-11-10T21:06:49+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd Kerja gila Lady Gagahttp://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20131110/hi_13/Kerja-gila-Lady-Gaga DAH kehabisan ideakah? Tak cuma dengan menzahirkan idea menerusi kepelbagaian busana dan rekaan baju yang pelik dan jelik, Lady Gaga muncul pula dengan hasrat yang luar biasa. Mungkin ada yang berpendapat...2013-11-10T21:06:50+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd Ya, kami bercinta!http://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20131110/hi_14/Ya-kami-bercinta SELEPAS berteka-teki hampir sebulan mengenai kemesraan yang terjalin, akhirnya Moon Geun Young, 26, dan Kim Bum, 24, mengakui sedang bercinta. Tidak seperti segelintir artis Korea Selatan yang menyembunyikan...2013-11-10T21:06:50+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd Shila jaga batas pergaulanhttp://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20131110/hi_15/Shila-jaga-batas-pergaulan BERCINTA atau tidak? Ramai berteka-teki mengenai hubungan sebenar penyanyi Shila Amzah dengan pelakon Johan As?ari. Ada yang dakwa memang sah kedua-duanya bercinta apalagi selepas masing-masing kembali...2013-11-10T21:06:50+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd Oleh SITI ATHIRAH DZULKIFLY<url>http://www.utusan.com.my/pix/2013/1110/Utusan_Malaysia/Hiburan/hi_15.small.jpg</url><link/>http://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20131110/hi_15/Shila-jaga-batas-pergaulan </image></item><item><title>Mamu, Gerak, Zero layak sertai http://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20131109/hi_04/Mamu-Gerak-Zero-layak-sertai SHAH ALAM 9 Nov. - Kumpulan pelawak Gerak, Mamu dan Zero akhirnya melayakkan diri bertanding dalam Maharaja Lawak Mega 2013 bersama 13 lagi peserta pada musim ketiga pertandingan itu, 15 November ini.2013-11-09T12:32:56+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd Beri kepuasan tersendirihttp://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20131109/hi_01/Beri-kepuasan-tersendiri SETIAP individu mempunyai aktiviti masa lapang sendiri. Ada di antara mereka melakukannya bagi mengisi masa lapang kerana ia hobi kegemaran mereka. Ada pula yang aktif bersukan. Namun, bagi jejaka berusia...2013-11-09T02:14:24+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd Oleh MOHD. KHAIRUL MOHD. ALI<url>http://www.utusan.com.my/pix/2013/1109/Utusan_Malaysia/Hiburan/hi_01.small.jpg</url><link/>http://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20131109/hi_01/Beri-kepuasan-tersendiri </image></item><item><title>Hyun Bin pandai menabunghttp://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20131109/hi_02/Hyun-Bin-pandai-menabung SEJAK membabitkan diri dalam bidang seni 17 tahun lalu, pelakon yang juga model, Hyun Bin telah mempunyai wang simpanan sebanyak RM104,556,900 dalam bank. Aktor kacak itu membuat pendedahan tersebut sewaktu...2013-11-09T02:14:24+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd <url>http://www.utusan.com.my/pix/2013/1109/Utusan_Malaysia/Hiburan/hi_02.small.jpg</url><link/>http://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20131109/hi_02/Hyun-Bin-pandai-menabung </image></item><item><title>Maha Jeffery selesa bergerak solohttp://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20131109/hi_03/Maha-Jeffery-selesa-bergerak-solo BIARPUN perjalanan muzik insan bernama Mahathir Jeffery bermula secara berkumpulan, namun sejak tahun lalu, dia lebih senang bergerak secara solo. Kehadirannya dalam arena underground secara solo sebenarnya...2013-11-09T02:14:24+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd <url>http://www.utusan.com.my/pix/2013/1109/Utusan_Malaysia/Hiburan/hi_03.small.jpg</url><link/>http://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20131109/hi_03/Maha-Jeffery-selesa-bergerak-solo </image></item><item><title>Hotel Ancasa bawakan Heavy Machine, N' The Boys Nov inihttp://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20131108/hi_10/Hotel-Ancasa-bawakan-Heavy-Machine-N-The-Boys-Nov-ini KUALA LUMPUR 8 Nov. - Sebagai sokongan kepada penggiat muzik negara, Hotel dan Resort Ancasa akan membawa dua kumpulan legenda - Heavy Machine dan N' The Boys untuk menghiburkan para pengunjungnya sepanjang...2013-11-08T19:53:12+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd Oleh NURULANUAR MANSOR
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Hormati institusi tonggak negara

Posted: 11 Nov 2013 10:21 AM PST

Najib Tun Razak berucap pada Majlis Makan Malam Bicara Perdana Sempena Kongres Profesor Negara II di Hotel Istana, kuala lumpur, kelmarin. - UTUSAN/MOHD. NAJIB MOHD. NOR

ALHAMDULILLAH, pada malam ini saya diberi kesempatan untuk mendengar rumusan yang telah dicapai dalam Kongres Profesor Negara II yang bertemakan Gagasan Penyatupaduan Nasional.

Izinkan saya mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Majlis Profesor Negara (MPN) sebagai sebuah badan pemikir yang bebas mempunyai keupayaan yang tinggi serta pendapat yang berintegriti yang boleh memainkan peranan penting membantu kerajaan untuk melangsungkan proses membina sebuah negara bangsa secara lebih terancang dan tersusun.

Saya amat yakin dan percaya bahawa badan ini memang boleh menjadi rakan kongsi kepada kerajaan sebab penyuburan pemikiran intelektual dari kalangan intelligentsia adalah merupakan satu sumber kekuatan kepada negara kita yang tidak boleh dinafikan oleh sesiapa.

Sebagai sebuah negara kita perlu meletakkan peranan intelligentsianya sebagai salah satu daripada peranan dan sumber kekuatan kepada negara kita.

Topik yang telah dipilih oleh Majlis Profesor Negara-Penyatupaduan Nasional adalah amat tepat dan kena pada masanya sebab proses membina sebuah negara bangsa tidak pernah statik sebalikya mengalami proses yang begitu dinamik yang sentiasa terdedah kepada perubahan persekitaran dan landskap, kadang-kadang pemikiran positif, kadang-kadang aliran atau trendnya adalah sebaliknya.

Sebagai sebuah negara yang begini kompleks kepelbagaiannya antara paling unik di dunia dan perkara ini saya telah tekankan dalam ucapan belanjawan saya, menggambarkan betapa kompleksnya masyarakat kita di Malaysia ini apabila saya sebut bahawa orang Melayu sahaja terdiri daripada 41 suku, orang Cina 10 suku, orang India tujuh suku, orang Asli 18 kategori, bumiputera Sabah lebih 60 kumpulan etnik, sub-etnik dan di Sarawak pula lebih 40 suku.

Kalau kita lihat kompleksiti masyarakat seperti ini risiko negara kita akan terjerumus kepada lembah konflik dan perbalahan mungkin lebih tinggi daripada kemungkinan kita boleh muncul sebagai sebuah negara yang aman, harmoni dan berjaya.

Negara-negara lain kalau kita lihat tidak begitu kompleks seperti negara Malaysia namun negara-negara tersebut tidak berjaya malah ada yang boleh dikatakan sebagai 'failed state' kerana gagal mengurus tadbir negara mereka menyebabkan konflik dalaman yang begitu parah telah melanda negara-negara mereka.

Kalau saya sebut small miracle seolah- olah ia terjadi dengan sendiri. A miracle happened by itself tetapi pada saya ini bukan satu keajaiban tetapi sesuatu outcome yang menjadi kenyataan kerana ia telah dirancang oleh pengasas-pengasas negara kita. Our founding fathers terdiri daripada mereka yang mempunyai wawasan yang mempunyai komitmen kepada rule of law dan mungkin agak menyanjung prinsip a sense of fair play and justice yang ada pada mereka.

Secara kebetulan walaupun saya di bangku sekolah ketika itu tetapi saya dapat melihat secara dekat pemimpin-pemimpin waktu itu daripada Almarhum Tunku Abdul Rahman, pemimpin-pemimpin lain termasuk ayahanda saya (Tun Abdul Razak Hussein) serta pemimpin-pemimpin kaum lain.

Mereka tidak ada sesuatu keinginan untuk mengetepikan kaum atau pun komuniti lain. Saya lihat inilah titik tolaknya apabila kita dapat menunjukkan sistem nilai dan sikap seperti ini dan kita terjemahkan dalam proses yang disebutkan oleh Profesor Zakri tadi iaitu berdasarkan kepada BN yakni 'bargaining negotiation'.

Pembentukan Perlembagaan negara kita yang kita katakan berasaskan kepada sosial kontraknya dan lain- lain dasar tidak tergelincir daripada prinsip bahawa setiap kaum, setiap komuniti ada tempat di bawah bumbung langit Malaysia ini dan bila kita ada perasaan seperti itu, maka kita boleh menterjemahkan dalam bentuk dasar-dasar yang menjurus kepada proses nation buiding.

Bukan bererti kita tidak terdedah pada permasalahan yang agak serius pada ketika tertentu tetapi bila kita ada perasaan seperti ini some how rather kita boleh manage our differences. Kita tidak biarkan perbezaan pendapat kita ini menjadi terlalu keterlaluan out comenya sehingga kita tidak boleh membawanya ke jalan yang boleh diterima oleh semua kaum dan komuniti.

Bila tragedi hitam 13 Mei pun banyak orang meramalkan negara kita akan hancur, tidak mungkin kita dapat pulih tetapi kita pulihkan negara kita dengan begitu cepat sekali. Kalau kita lihat tempoh pemulihannya dalam masa beberapa tahun sahaja dan kita dapat lihat negara kita bertambah kukuh, lebih kuat daripada peristiwa yang hampir menghancurkan negara kita.

Pemimpin-pemimpin kita ada sense of fair play, yang berada ke hadapan daripada kelok pemikiran pada ketika ini. Siapa dapat fikir sistem politik waktu kita merdeka dahulu mengenai perkongsian kuasa, masa itu. Kita berada ke hadapan. Negara lain tidak dapat berfikir seperti ini.

Pembangkang pada pilihan raya ini sahaja baru hendak mengikut atau meniru langkah yang telah kita bina dahulu sebab bila kita ada perkongsian kuasa kita tidak membincangkan soal sensitif di luar empat pintu, empat dinding tetapi secara dalaman.

Sebab itu proses kalau kita hendak bargain dan negotiate, cuba kita bargain dan negotiate gunakan media massa sampai sudah kita tidak boleh selesai sebab bila kita telah nyatakan pendirian kita secara terbuka kita tidak akan undur daripada pendirian kita.

Sebaliknya bila kita berunding berdasarkan semangat (bargaining and negotiation) tadi dalam sebuah bilik secara tertutup kemungkinan kita untuk mencapai permuafakatan nasional lebih tinggi daripada kalau kita buat secara terbuka.

Inilah kita lihat hari ini, mungkin prinsip ini kita lihat sebagai mudah tetapi dalam tahun 50-an dahulu kita sudah memulakan proses ini. Sebab itu saya kata kita bernasib baik kerana kita mempunyai pemimpin-pemimpin dan pengasas negara yang berfikiran a head of our times dan sebab itulah bila kita sudah tetapkan national psyche kita pemimpin-pemimpin terdahulu membentuk our national psyche dan our national psyche itulah yang menyebabkan hari ini kita berjaya dan kemungkinan dalam masa tujuh tahun nanti kita akan menjadi sebuah advance nation yang maju.

This is the result of the process yang telah dimulakan dan kompleksitinya amat dahsyat dalam negara. Itu saya sebut dari segi komposisi kaum, etnik dan sub-etnik. Kalau dilihat dari segi sistem pendidikan, saya tidak fikir ada negara lain ada sekolah kebangsaannya, ada sekolah jenis kebangsaan Cina, jenis kebangsaan Tamil ada aliran agama, ada sekolah mubaligh dan sebagainya tetapi kita masih boleh membawa nagara kita ke tahap kejayaan seperti yang kita ada pada hari ini meskipun kompleksiti ini perlu juga kita fikir bagaimana kita boleh mantapkan lagi proses nation building ini.

Sebab itulah saya bila mengambil alih pimpinan negara, saya perkenalkan Gagasan 1Malaysia. Selain daripada faktor saya sebutkan tadi menambahkan kepada prinsip-prinsip yang termaktub dalam Rukun Negara kita, saya tokok tambah dengan Gagasan 1Malaysia.

Sebab bila Dr. Mahathir perkenalkan konsep bangsa Malaysia, ia tidak pernah dinyatakan apa maksud bangsa Malaysia, jadi kita kena lihat bahawa Gagasan 1Malaysia bukanlah mengenai soal pilihan raya. Sebab bila sudah selesai PRU-13 orang tanya apa yang telah berlaku pada Gagasan 1Malaysia. Saya katakan Gagasan 1Malaysia its not about general election, its about nation building. Ia melangkau soal pertimbangan dalam masa pilihan raya sebab kalau kita boleh berpegang kepada prinsip-prinsip dan nilai-nilai yang kita sudah huraikan dalam Gagasan 1Malaysia soal penyatuan dan perpaduan nasional akan tercapai, insya Allah.

Saya kira inilah yang perlu kita lakukan, tidak tergelincir daripada memahami dan menghayati bahawa secara conscious proses nation building mesti kita lakukan.

Tidak ada gunanya kalau kita bina institusi yang sepatutnya menjadi tonggak kepada negara kita, kita hendak runtuhkan institusi tersebut. Bila kita buat sistem kehakiman, kita persoalkan sistem kehakiman. Kita hendak jaga martabat raja-raja, kita mempersendakan raja-raja, kita tubuh SPR-Suruhanjaya Pilihan Raya kita pula mengutuk SPR seolah-olah SPR ini menyeleweng. Kira-kira 40,000 mat bangla boleh mengundi dalam pilihan raya yang lalu, tidak masuk akal ceritanya. Sebab itulah saya hendak pergi ke Bangladesh dalam 10 hari lagi. Saya hendak jumpa, hendak cari 40,000 mat bangla itu. Saya hendak ucap terima kasih kepada mereka kerana mengundi Barisan Nasional.

Ini semua merosakkan proses nation building. Ya, kita hendak menang pilihan raya, ya kita hendak yakin orang mengundi kita tetapi bila kita menabur fitnah yang begitu dahsyat kita meruntuhkan institusi-institusi yang menegakkan negara Malaysia kita yang tercinta ini.

Sebab itulah kalau orang kata saya marah, memang saya marah. Sebab apa, ini bukan soal politik tetapi ini meruntuhkan negara dan saya akan pertahankan negara Malaysia. Keamanan, keselamatan dan keharmonian negara kita tanggungjawab saya sebagai Perdana Menteri. Pertahankannya supaya ada masa depan yang sama-sama sinarannya dapat dirasai oleh kita.

Negara Malaysia mempunyai potensi promise of great things jangan kita persia-siakan harapan bersama negara Malaysia yang menanti kita semua.

Moga sumbangan Majlis Profesor Negara ini membantu kita untuk menjamin memastikan masa depan yang diharapkan itu menjadi kenyataan, insya-Allah.

'Berkecamuk' di enam negeri

Posted: 11 Nov 2013 10:21 AM PST

Oleh ZULKIFLI JALIL
dan KASTHURI JEEVENDRAN
pengarang@utusan.com.my

CANTAS mencantas untuk terus mendominasi parti dan keretakan dalaman, antara punca kebanyakan pemimpin tertinggi DAP negeri tampil membuat kenyataan terbuka 'menghentam'.

Ini dipercayai ada hubung-kait dengan pemilihan negeri yang akan diadakan tidak lama lagi. Pemimpin kanan DAP seperti Lim Kit Siang dan anaknya, Lim Guan Eng dikatakan akan memastikan 'orang'nya dipilih pada pemilihan parti kali ini. Seterusnya, didakwa akan membantu mereka menguasai dan 'mencantas' ahli-ahli yang tidak menyokong mereka.

Apa yang terjadi di negeri-negeri berikut:

1. JOHOR

- PENGERUSI DAP negeri ini, Dr. Boo Cheng Hau tidak begitu digemari oleh dinasti Lim dan puak-puak mereka sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Ini khususnya apabila beliau dilihat begitu lantang mengkritik kepimpinan Lim. Perkara ini sudah berlaku sebelum pilihan raya umum ke-13 lagi. Oleh demikian, terdapat dakwaan daripada ahli DAP bahawa dinasti Lim sengaja membuat keputusan untuk bertanding di beberapa kawasan yang rata-rata mempunyai undi Cina dengan membelakangkan Cheng Hau bersama pengikut- pengikut lain yang selama ini telah bertungkus-lumus membangunkan DAP Johor.

Cheng Hau merupakan tunjang utama yang berpengaruh dalam membawa sokongan masyarakat Cina secara khusus dan lain-lain bangsa kepada DAP. Cheng Hau juga mempunyai barisan kepimpinan tertinggi negeri yang setia kepada beliau kerana yakin dengan beliau sehinggalah muncul Lim Kit Siang di Gelang Patah. Tidak cukup dengan itu, Kit Siang turut membawa masuk Liew Chin Tong dari Pulau Pinang (Bukit Bendera) dan Teo Nie Ching (Serdang) untuk mengukuhkan kedudukannya. Kedua-dua pemimpin ini pula merupakan orang kuat dinasti Lim. Malah, dikatakan sudah ada dakwaan terdapat 'tangan ghaib' dari DAP pusat yang bertindak menukar calon-calon mengikut 'selera' dan kepentingan mereka demi memastikan kuasa dan pengaruh Cheng Hau berkurangan.

Perkara ini berterusan walaupun selepas PRU lepas. Kali ini lebih terbuka dengan terdapat usaha untuk 'mencantas' Cheng Hau selamanya. Perkara ini dijangka akan berlaku pada Konvensyen DAP negeri 2013 Disember ini.

Antara dijangkakan, Cheng Hau mungkin 'ditendang' keluar dan digantikan dengan Chin Tong yang juga pengikut setia Kit Siang yang akan mengikut semua kehendak mereka.

2. KEDAH

- DAP Kedah pula tampak tidak sehaluan dengan pusat apabila akar umbi di negeri itu menyokong bekas pengerusi negeri, Lee Guan Aik yang dipecat oleh DAP pusat. Malahan Guan Eng bertindak melantik anak emasnya, Zairil Khir Johari yang sering mendapat jolokan Melayu celup untuk menggantikan Guan Aik.

Apa yang peliknya, pengikut serta ahli DAP di Kedah masih mahukan Guan Aik dan menolak Zairil yang tidak pernah mempunyai sebarang kaitan dengan DAP Kedah sebelum ini. Guan Aik juga merupakan antara pengkritik dinasti Lim yang disifatkan 'sudah lari' dari prinsip parti.

Guan Aik mendakwa, berlaku amalan pancung-memancung dalam DAP Kedah yang didalangi dua pimpinan DAP Pusat mewakili CEC yang diarahkan untuk menyelia negeri ini selepas PRU-13. Berikutan itu, beliau mahu Pendaftar Pertubuhan (ROS) menyiasat lantikan jawatankuasa interim DAP Kedah tersebut yang didakwa dilakukannya secara terburu-buru.

Katanya, tindakan itu bukan sahaja sebagai usaha untuk merosakkan imej parti tersebut, sebaliknya mahu menyelamatkannya daripada 'tangan-tangan hitam' yang berada dalam parti itu sendiri.

Guan Aik menambah, dia percaya setiap kejadian yang melanda pimpinan DAP Kedah sebelum PRU-13 lalu juga adalah dirancang oleh 'tangan-tangan hitam' daripada DAP Pusat yang cuba masuk campur berkaitan urusan di negeri. Terdapat khabar angin yang mengatakan Zairil dari Pulau Pinang sengaja dilantik supaya boleh mengetuai kepimpinan di Kedah dan dikuasai oleh kumpulan dinasti Lim yang ketika ini lebih dikuasai oleh penyokong bukan dinasti Lim.

3. MELAKA

- Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri, Goh Leong San dari DAP meletakkan jawatan serta-merta apabila disindir oleh ADUN DAP kerana ucapannya yang memuji Ketua Menteri Melaka, Datuk Idris Seri Haron.

Beliau sebelum itu menyuarakan rasa kagum dan memuji kematangan yang ditonjolkan Idris dalam menerajui kepemimpinan kerajaan negeri.

Peletakan jawatan Leong San telah diikuti oleh ADUN Bachang, Lim Jak Wong sebagai Ketua Whip.

Adalah sungguh memeranjatkan apabila Leong San bertindak sedemikian kerana selama ini DAP Melaka merupakan satu-satunya negeri dalam parti itu yang masih bersatu dan walaupun berlainan kem, masing-masing sanggup berdiam diri atau menyelesaikan kemelut dalam keadaan tertutup dan sukar dihidu oleh mana-mana pihak.

Leong San juga dianggap sebagai musuh utama yang sering tidak berpuas hati dengan cara kepimpinan tertinggi pusat mentadbir parti itu. Pernah beberapa kali secara lantang dia mengkritik dinasti Lim. Adalah agak sukar untuk dinasti Lim dan puaknya melebarkan kuasa di Melaka seandainya Leong San masih berpengaruh di negeri itu.

Natijahnya, akibat memuji Ketua Menteri, alasan itu terus dipergunakan untuk menekan beliau sehingga meletak jawatan. Pada pemilihan parti depan, Leong San sudah tentunya tidak lagi berpeluang memegang jawatan itu lagi. Dengar khabar, salah seorang keluarga terdekat dinasti Lim akan memegang jawatan Pengerusi negeri tersebut.

4. PERAK

- Operasi cantas mencantas kali ini juga bakal menyaksikan kejatuhan pasangan sepupu, Datuk Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Ming yang tidak pernah sehaluan dengan dinasti Lim malah menganggap Perak sebagai 'milik' mereka.

Adalah sedikit sukar untuk sebarang tangan ghaib menyentuh hal negeri ini. Namun dengan menggunakan sekumpulan pemimpin dari DAP Pusat, maka sedikit kekecohan sedang dilakukan dari semasa ke semasa untuk memastikan kepimpinan pasangan sepupu itu semakin lemah. Pada konvensyen negeri kali ini mungkin kuasa kedua-dua mereka akan beralih arah kepada M.Kulasegaran dan Thomas Su yang merupakan pengikut tegar dinasti Lim.

5. PAHANG

- Perkara yang sama juga terjadi di Pahang di mana sekumpulan pemimpin negeri digantung selama enam bulan dan tidak dibenarkan bertanding pada pemilihan negeri yang akan diadakan pada masa terdekat. Punca mereka digantung ekoran sokongan kepada ahli DAP yang keluar parti dan bertanding secara bebas. Antara yang digantung ialah ADUN Tras, Choong Siew Onn. Mereka ini bukanlah penyokong tegar dinasti Lim yang akan mengikut rentak lagu yang dimainkan.

6. SELANGOR

- Datuk Teng Chang Kim yang merupakan musuh 'ketat' dinasti Lim juga dijangka dicantas selamanya. Namun proses itu mungkin memakan masa. Walaupun Chang Kim merupakan jaguh dalam memperjuangkan prinsip parti dan berjaya mengekalkan nama baik dalam kalangan ahli dan penyokongnya, namun kehadiran beliau dari awal lagi tidak disenangi oleh mana-mana penyokong tegar dinasti Lim.

Beliau terlampau vokal sehingga kadang- kadang amat sukar untuk mengawalnya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Agrobiz

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Agrobiz


Pulihara khazanah ubatan dari rimba

Posted: 10 Nov 2013 09:55 PM PST

Oleh ASHRIQ FAHMY AHMAD
ashriq.ahmad@utusan.com.my

Taman Rimba Herba Perlis menempatkan tumbuhan herba tempatan yang mempunyai nilai perubatan kepada masyarakat.

MASYARAKAT negara ini telah lama menggunakan tumbuh-tumbuhan sebagai penyembuh penyakit.

Sebutkan apa jua kaum, terutama komuniti Orang Asli pastinya memiliki kaedah tersendiri dalam penggunaan tumbuhan dalam proses merawat penyakit.

Tumbuhan herba yang terdapat di dalam hutan sebenarnya memiliki nilai yang tidak terhitung. Sehingga kini hanya sebahagian sahaja yang berjaya dikenal pasti identiti serta penggunaannya.

Selebihnya, rahsia tumbuhan herba tersebut masih belum dikenal pasti tersimpan kukuh jauh di tengah belantara.

Bagaimanapun, kajian demi kajian giat dijalankan pihak-pihak tertentu sama ada di pihak kerajaan, badan bukan kerajaan juga institusi-institusi penyelidikan bagi mengenal pasti tumbuhan yang berpotensi untuk kegunaan manusia.

Pihak Jabatan Hutan Negeri Perlis (JPNPs) merupakan antara pihak yang amat sedar akan potensi tumbuh-tumbuhan itu dan keperluan untuk mengembangkannya.

Bagi Penolong Pengarah, Eko-Pelancongan JPNPs, Che Aziz Ali, hutan bukan setakat membekalkan balak semata-mata.

Jelasnya, pelbagai tumbuhan di dalamnya mampu membekalkan pelbagai kegunaan dan memiliki nilai ubat-ubatan dan nilai komersial yang lain.

"Kami amat menyedari hal ini dan berusaha menyampaikan maklumat berkenaan tumbuhan herba kepada orang ramai.

"Antara usaha jabatan adalah dengan menubuhkan sebuah muzium etnobotani dan bank genetik bangi kebanyakan sumber tumbuhan herba yang boleh di temui seluruh negara di sini," katanya ketika ditemui di Taman Rimba Herba Perlis dalam program Kembara Bersama Media Kementerian Sumber Asli (NRE) baru-baru ini.

Tambah Che Aziz, taman Rimba Herba tersebut ditubuhkan oleh JPNPs pada 1998 dan dibuka kepada orang ramai pada tahun 1999.

"Antara lain tujuan penubuhan taman itu adalah untuk memperkenalkan tumbuhan herba tempatan yang mempunyai nilai perubatan kepada masyarakat setempat.

"Koleksi tumbuhan herba yang terdapat di taman Rimba Herba terdiri daripada tumbuhan liar sedia ada di dalam taman, tumbuh-tumbuhan yang didatangkan dari tempat lain dan tumbuh-tumbuhan ubatan yang berasal dari negara lain yang telah lama diperkenalkan di negeri ini," katanya.

Berdasarkan kajian yang dibuat oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), terdapat 80 peratus penduduk dunia masih menggunakan tumbuhan herba sebagai ubatan tradisional.

China dan India umpamanya adalah antara negara yang tertua mengamalkan perubatan tradisional berasaskan tumbuhan dan di seluruh dunia hampir 422,000 tumbuhan berbunga dan 50,000 daripadanya digunakan untuk tujuan perubatan.

Di negara ini, bilangan tumbuhan vascular yang wujud dianggarkan sebanyak 12,500 spesies atau 40 peratus di seluruh negara dan lima peratus daripada jumlah di dunia. Daripada keseluruhan jumlah tersebut, hampir 2,830 adalah spesies berpokok.

Sehingga kini koleksi di taman tersebut telah mencecah 1,000 spesies, antaranya tongkat ali, kacip fatimah, cekur, mengkudu, dan pelbagai lagi.

Sesetengah tumbuhan herba yang terdapat di situ merupakan tanaman yang biasa ditemui di sekeliling rumah tetapi memiliki nilai perubatan seperti bunga raya, bunga tahi ayam, senduduk, pokok kapal terbang, sirih, daun kesom, pinang dan sebagainya.

Dikenali sebagai muzium hidup, taman Rimba Herba amat sesuai dijadikan destinasi kunjungan utama bagi mereka yang berminat untuk mengenali dan mengetahui jenis serta kegunaan tumbuh-tumbuhan tempatan yang memiliki nilai perubatan.

Ujar Che Aziz, melalui pengalaman melihat, menyentuh dan menikmati hasil produk tumbuhan herba, secara tidak langsung pelawat akan mendapat pengetahuan dan kesedaran tentang kelebihan tumbuhan herba.

"Di taman ini kami turut menyediakan laluan interpretasi, tandas, wakaf, bangku rehat dan meja, ruang taklimat, pusat informasi, kiosk cenderahati serta pusat jualan tumbuhan dan produk herba," katanya.

Antara aktiviti menarik yang boleh dijalankan di taman tersebut adalah lawatan berpandu dan lawatan pandu sendiri ke denai alam, rendaman kaki dalam minyak herba, lawatan ke laman orkid dan jualan pokok terutamanya produk herba.

Selain daripada itu, pengunjung juga boleh menikmati urutan minyak herba dan mencuba minuman herba yang ditawarkan di sana.

Taman Rimba Herba Perlis dibuka pada setiap hari bermula pukul 8 pagi hingga 5 petang dan anda boleh menghubungi kakitangan jabatan di talian 04-9765966 untuk sebarang maklumat tambahan atau datang terus ke taman tersebut di Rimba Herba, Jabatan Perhutanan Negeri Perlis.

Paya bakau sebagai sumber perubatan

Posted: 10 Nov 2013 09:55 PM PST

DI Malaysia , terdapat banyak hutan paya bakau yang berguna dalam bidang perubatan. Negeri Sabah mempunyai kawasan hutan paya bakau paling banyak di Malaysia yang boleh dikomersialkan dalam pembuatan ubat-ubatan dari tumbuhan alam.

Pokok paya bakau mempunyai tiga spesies yang popular di dunia.

Satu daripada spesies yang diberi tumpuan ialah languncularia racemosa iaitu pokok bakau putih kerana kandungan biologi yang boleh dikomersial dalam bidang farmasi.

Laguncularia racemosa atau lebih dikenali sebagai white mangrove mempunyai taburan sepanjang pantai banyak dari kawasan tropika benua Amerika termasuk Caribbean dan pantai Pasifik.

Laguncularia racemosa mengandungi banyak kandungan biologi seperti flavonoid, alkaloid, terpenoid, yang telah dijadikan sebagai kandungan dalam ubat antikeradangan dan dalam terapi perubatan yang lain.

Spesies tumbuhan bakau menunjukkan komposisi kimia yang berbeza dalam metabolit tertentu seperti polifenol, terpenoid, polisakarida dan kandungan lain pada kepekatan yang lebih rendah.

Ini telah menunjukkan beberapa tindak balas penting farmakologi seperti aktiviti antikeradangan, antioksidan, antitumor, antikulat dan antibakteria.

Spesies ini lebih cenderung dalam pembuatan ubat yang boleh digunakan untuk masalah kulit.

Ini kerana, tumbuhan bakau mengandungi bahan yang beracun tetapi berguna untuk manusia kerana komponen tersebut boleh digunakan sebagai antifungal dan antibakteria serta sebagai pepticidal.

Tambahan pula, Laguncularia racemosa mengandungi aqueous dan ekstrak etanol daripada batang pokok yang boleh dijadikan ubat kerana kandungan kimia tersebut boleh digunakan sebagai antimikrob.

Ini dapat dibuktikan dengan hasil kajian dari Federal University of Pernambuco dari Brazil.

Dalam kajiaan tersebut, endophytic fungi (sejenis kulat) yang diasingkan dari daun Laguncularia racemosa menghasilkan metabolit sekunder yang boleh dijadikan sebagai antimikrob.

Proses pengasingan dari tumbuhan bakau itu menunjukkan penemuan baru dalam bidang farmasi dan perubatan.

Ini menyediakan sumber baharu dalam pembuatan ubat untuk antimikrob atau penghasilan ubat-ubatan yang mampu membunuh bakteria dan patogen yang lebih mesra alam kerana dihasilkan dari tumbuhan dan tidak mengandungi kimia yang berbahaya kepada manusia.

Selain itu, kajian yang dijalankan oleh University of Port Harcourt, Nigeria mendapati daun Langucularia racemosa mampu menaikkan berat badan dan sebagai makanan tambahan atau makanan kesihatan untuk haiwan ternakan seperti arnab, kuda dan lain-lain.

Kajian telah dilakukan menggunakan arnab dewasa dan berat badan haiwan tersebut bertambah setelah diberikan dari pokok bakau putih.

Apabila arnab dewasa diberikan daun pokok bakau terbabit, berat badan setiap arnab menaik dengan kadar sihat.

Ini juga dapat mengurangkan kos makanan kerana arnab tersebut hanya makan dalam kuantiti yang sedikit dengan bantuan daun dari pokok bakau putih.

Selain menaikan berat, senyawa antibakteria dalam daun tersebut menjadikan arnab tersebut sihat kerana selain menambahkan berat badan, kandungan ion antibakteria dalam daun tersebut memastikan kesihatan usus dan perut haiwan tersebut.

Kesimpulannya, Langucularia racemosa mengandungi kandungan kimia sebagai antibakteria, antifungal dan antimikrob yang boleh digunakan sebagai alternatif dalam penghasilan ubat-ubatan yang berasal dari alam dan tidak memberikan kesan negatif kepada penggunanya.

Hakikatnya, pokok paya bakau boleh dikomersialkan dalam bidang perubatan dan pada masa sama memberikan kesan yang positif dan baik kepada masyarakat.

Dalam zaman serba moden ini, kita seharusnya kembali ke alam untuk menghasilkan ubat dari tumbuh-tumbuhan yang sememang memberikan kesan yang lebih baik dan bebas bahan kimia berbahaya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Megabait

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Megabait


Kuasa kamera kompak

Posted: 10 Nov 2013 09:55 PM PST

Oleh: ASHRIQ FAHMY AHMAD
ashriq.ahmad@utusan.com.my

PowerShot merupakan antara siri kamera kompak keluaran Canon yang terkenal menghasilkan kualiti imej terbaik.

Kini, barisan kamera tersebut dipertingkatkan dengan empat siri baharu iaitu PowerShot G16, PowerShot S120, PowerShot SX510 HS dan PowerShot SX170 IS.

Ke empat-empat siri kamera tersebut terbahagi kepada dua iaitu PowerShot G16 dan S120 dan PowerShot SX510 dan SX170 IS.

PowerShot G16 dan S120 merupakan model terbaik dalam siri tersebut dengan kelebihan pemfokusan automatik (AF) terpantas dalam sejarah kamera kompak.

Antara kelebihan lain bagi PowerShot G16 adalah penggunaan pemproses imej DIGIC 6, rakaman berterusan 12.1 rangka sesaat (fps) dalam resolusi penuh untuk mod P dan 5.7 fps untuk mod AF selain kelebihan lain iaitu mod Star Shooting, Background Defocus (mod HDR).

Dijana oleh pemproses terbaru DIGIC 6, sensitiviti kedua-dua kamera tersebut dipertingkatkan bagi merakamkan imej dengan baik biarpun berada didalam keadaan cahaya yang kurang.

Dilengkapi bersama HS SYSTEM Canon dan gabungan CMOS 12.1 megapiksel dengan sensitiviti tinggi bersama pemproses imej DIGIC 6 direka khas untuk prestasi ultra-laju serta menghasilkan kualiti imej yang luar biasa.

Kedua-dua kamera tersebut turut disertakan bersama lensa baharu dengan kadar pemfokusan lima kali ganda dan boleh ditambah sehingga 10 kali ganda bersama aplikasi baharu Canon, ZoonPlus.

PowerShot G16 memiliki lensa cerah f/1.8 (W)-f/2.8/(T) yang mampu beraksi dengan baik biarpun berada dalam keadaan cahaya yang samar-samar atau kesan 'bokeh' (kabur belakang subjek yang dirakam) dengan sangat baik.

Manakala bagi PowerShot S120, Canon telah mempertingkatkan aperture kepada f1.8 dan penggunaan skrin sesentuh 3.0 inci untuk operasi yang lebih kasual dan ringkas.

Antara aplikasi baharu yang unik terdapat pada kedua-dua kamera tersebut adalah mod 'Star Shooting' bagi mereka yang gemar merakamkan imej langit malam.

Mod itu membolehkan anda merakam imej langit dipenuhi bintang dalam dua pecahan mod iaitu 'Star Nightscape' atau 'Star Trails' atau video 'Star Time Lapse'.

Bagi menjadikan pengalaman merakam imej lebih menyeronokkan serta menaik taraf kualiti imej rakaman, Canon turut mempertingkatkan kesan khas (filters) kreatif sedia ada.

Sebagai contoh aplikasi 'Background Defocus' yang mana memberikan kesan 'bokeh' yang mana hanya ditemui pada kamera refleks lensa tunggal (DSLR).

Untuk memudahkan perkongsian imej pegun dan video di laman sosial seperti YouTube, Facebook dan Flickr atau ke komputer dengan lebih mudah dan pantas, Canon turut menyediakan kelebihan WiFi.

Pengguna telepon pintar boleh menggunakan aplikasi CameraWindows yang boleh diperolehi di Apple App Store dan Google Play Store untuk memuat naik imej dengan segera daripada kamera.

PowerShot G16 dan S120 juga boleg dioperasikan didalam air dengan menggunakan sarung khas WP-DC52 dan WP-DC51.

Seterusnya, PowerShot SX510 HS dan SX170 IS yang mana merupakan antara peneman terbaik anda ketika mengembara ke serata pelusuk dunia.

Direka bagi anda yang mementingkan versatiliti serta kelebihan pemfokusan yang lebih jauh, PowerShot SX510 HS dan SX170 IS turut dilengkapi penderia CMOS dengan 12.1 megapiksel dan lensa optikal 24milimeter (mm) dengan pemfokusan 30 kali ganda dan boleh ditingkatkan sehingga 60 kali ganda menerusi ZoomPlus.

Terakhir, PowerShot SX170 IS pula merupakan kamera kompak dengan kadar 16.0 megapiksel, lensa optikal 28 mm dengan 16 kali ganda pemfokusan yang boleh dimiliki pada kadar harga berpatutan.

PowerShot SX170 IS dijana oleh pemproses imej DGIC 4 memberikan kamera tersebut kelebihan ketika merakam video termasuk video berdefinisi tinggi penuh (Full HD), kesan bunyi stereo dan juga terminal HDMI serta aplikasi video 'Super Slow Motion'.

Cipta kelainan dengan Galaxy Note 3

Posted: 10 Nov 2013 09:55 PM PST

Oleh MASZUREEN HADZMAN

MENERUSKAN legasi telefon pintar penuh gaya, Samsung Malaysia Electronics (SME) baru-baru ini sekali lagi tampil dengan pilihan terbaru Samsung Galaxy Note 3.

Bagaikan membawa sebuah komputer di dalam poket, itulah yang boleh dikatakan bagi telefon bimbit pintar terbaru keluaran Samsung ini.

Dengan menggunakan pemprosesan 2.3 Ghz Quad-Core, sememangnya memberi anda kuasa terbaik bagi sebuah telefon pintar.

Tindakan Samsung menambah baik perisian sebelum ini melihatkan komitmennya dalam menghasilkan telefon mudah alih yang direka untuk kemudahan manusia.

Menurut Pengarah Urusan SME, Kwon Jae Hoon, Galaxy Note baru ini merupakan kesinambungan evolusi Samsung sebelum ini.

"Ia menyampaikan pengalaman baru dari segi reka bentuk yang lebih nipis dan ringan dengan skrin lebih besar, tetapi tampak lebih kompak. Ia lebih berkuasa dan bateri tahan lebih lama.

"Rekaannya lebih cantik dan ia memberi pengalaman yang lebih baik daripada semua segi," katanya pada majlis memperkenalkan peranti tersebut di ibu negara baru-baru ini.

Buat pertama kalinya, Note 3 mempunyai belakang yang bertekstur dan boleh didapati dalam warna hitam, putih dan merah jambu.

Fungsi S Pen diperkasakan dengan kemampuan berbilang tugasan yang lebih canggih.

Sementara itu, Samsung Galaxy Note 3 turut memperkenalkan fungsi S Pen yang digunakan sebagai 'kunci' yang dapat membuka ciri-ciri Note 3.

Jelasnya, S Pen mempunyai lebih banyak fungsi, bukan saja untuk menulis atau melukis.

Apabila S Pen disentuh pada skrin dan butang ditekan, satu menu dengan pilihan lima tugasan khas dipaparkan yang membolehkan pengguna menulis nombor telefon atau alamat untuk membuat panggilan, disimpan dalam telefon, menghantar e-mel atau mencari pada peta; membulatkan maklumat untuk disimpan atau melukis kotak untuk membuka aplikasi tertentu.

S Note juga dikemaskini dan lebih intuitif dan senang disusun selain lebih mudah untuk menulis maklumat.

Note 3 juga mempunyai multiwindow yang lebih baik di mana aplikasi sama boleh dibuka dalam dua tetingkap berasingan.

Penambahbaikan lain termasuk peningkatan kuasa bateri kepada 3200 mAh supaya Note 3 tahan lebih lama. Contohnya, video boleh dimain empat jam lebih lama, iaitu peningkatan kira-kira 40 peratus, kata Park.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved