Ahad, 3 November 2013

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Sandiwara hudud Pas lagi?

Posted: 03 Nov 2013 10:17 AM PST

oleh Zulkifli Noordin

Barisan pemimpin pakatan pembangkang dalam sidang media sewaktu Konvensyen Pertama pakatan itu di Wisma MBSA, Shah Alam, Selangor pada tahun 2009.

NAMPAKNYA tiap kali ada pilihan raya, sama ada pilihan raya umum (PRU) atau pilihan raya kecil (PRK), pasti Pas akan mula memukul gendang hudud dan PRK Sungai Limau tidak terkecuali.

Malah mereka semakin galak bila Sultan Brunei mengumumkan negara itu akan melaksanakan hudud; tanpa sedikit pun memahami perbezaan besar di antara Malaysia dengan Brunei Darussalam.

Pertama, Brunei Darussalam adalah negara milik tuanku sultan sebagai pemerintah mutlak. Tiada siapa boleh mempertikai kuasa tuanku sultan Brunei. Dan kita bersyukur walaupun diberi kekayaan hasil minyak yang melimpah ruah, dan menjadi antara orang terkaya didunia, Tuanku Sultan Brunei tetap meletakkan undang-undang Allah sebagai keutamaan. Alhamdulillah dan sekarang tuanku telah bersedia melaksanakan hudud.

Kedua, Brunei Darussalam tidak ada parti cauvinis rasis, ekstremis atau pelampau perkauman dan agama. Dan Brunei tidak ada Karpal Singh, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng. Brunei tidak ada Anwar Ibrahim. Brunei tidak ada Suaram, Bar Council, atau pelopor penganjur seks bebas LGBT. Brunei tidak jual kalimah Allah. Brunei tidak bersekongkol dengan mana-mana kafir harbi!

Suasana di Brunei berbeza dengan Malaysia. Malaysia sebuah negara yang tidak dimiliki atau dikuasai oleh individu. Malaysia milik seluruh rakyat dan warganegaranya, dengan tuanku sultan dan Raja-raja negeri sebagai payung mahkota bagi rakyat jelata.

Kalau Pas benar-benar ikhlas mahu mengikut seperti Brunei, saya cadangkan kepada Pas supaya membawa usul ke Parlimen supaya hak milik dan kekuasaan pemerintahan negara diserah kembali kepada Raja-raja Melayu secara mutlak, sebagaimana Tuanku Sultan Brunei.

Dan setelah hak milik negara dan kuasa pemerintahan mutlak diserahkan kepada Raja-raja Melayu, barulah kita usulkan kepada tuanku supaya mengikut jejak langkah Tuanku Sultan Brunei.

Jika tidak, janganlah bandingkan Malaysia dengan Brunei. Itu perbandingan yang cukup kurang cerdik namanya. Dan bagi Datuk Seri Hadi Awang untuk sekali lagi bermain kompang hudud, dan menolak sistem Malaysia kononnya ini negara yang berpaksikan Perlembagaan sekular, saya mahu tanya Hadi Awang:

1. Beranikah Hadi Awang membawa usul hudud ke Mesyuarat Kepimpinan Pakatan Pembangkang DAP-PKR-Pas supaya hudud diterima dan dilaksanakan sebagai undang-undang negara jika pembangkang menang PRU dan berkuasa?

2. Bukankah Hadi Awang sendiri pada 8 Sept 2008 menandatangani Suratcara Persefahaman Pakatan Pembangkang yang menegaskan pendirian 'menjunjung prinsip-prinsip dasar yang termaktub didalam Perlembagaan Persekutuan termasuk dasar seperti kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan?'.

3. Bukankah Hadi Awang sendiri pada 19 Disember 2009 di Auditorium MBSA Shah Alam dalam Konvensyen Pakatan Pembangkang DAP-PKR-Pas menandatangani Memorandum Persefahaman yang menegaskan akan 'mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, Islam sebagai agama bagi Persekutuan?'.

4. Bukankah Hadi Awang sendiri menyatakan dalam Amanat Perdana Pemangku Presiden bertajuk 'Pilihan raya ke 11: Formula Kemenangan" pada 18 Januari 2003 bahawa 'justeru kerana isu negara Islam dan perlaksanaan hudud dan syariat menjadi punca perpecahan Barisan Alternatif (BA) dahulu, maka Pas perlu membuat satu pengorbanan dan (ijtihad besar) untuk tidak memasukkan persoalan negara Islam dan perlaksanaan hudud di peringkat federal. Peruntukkan mengenai Islam adalah mencukupi sekadar apa yang telah termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan dan seperti yang diamalkan kini di peringkat federal. Seandai menang dalam pilihan raya akan datang, BA atau pembangkang akan menubuhkan sebuah kerajaan demokratik dan adil di peringkat Federal atau Pusat, yang mendokong Perlembagaan Persekutuan sedia ada?'.

5. Bukankah Hadi Awang yang menyatakan semasa Muktamar Agung Pas 2011 bahawa 'Negara Islam tidak disebut dalam al-Quran, yang disebut ialah Negara Berkebajikan?'.

6. Bukankah Hadi Awang pada 08 Jan 2013 bersama-sama dengan Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang menyatakan Kristian boleh mengguna pakai kalimah Allah dan walaupun Majlis Syura Pas telah pada 13 Jan 2013 menegaskan kristian tidak boleh mengguna pakai kalimah Allah atas soal akidah, Hadi Awang tidak pernah menarik balik persetujuan pembangkang 8 Januari 2013 tersebut?

7. Adakah Hadi Awang lupa kenyataan beliau mengenai pelaksanaan hudud semasa mengambil alih menjadi Menteri Besar Terengganu?

Sebenarnya saya boleh aturkan beberapa lagi kenyataan dan pendirian Hadi Awang dan Pas mengenai hudud dan negara Islam yang jelas berbolak-balik dan tidak konsisten. Depan orang Melayu lain cerita, depan Karpal Singh dan DAP lain cerita.

Pokok pangkalnya, janganlah jadikan hudud sebagai modal meraih undi bila tiba musim pilihan raya sahaja. Ittaqullah. Takutlah kepada Allah!

Dan janganlah bermegah dengan calon Pas bagi PRK Sungai Limau lulusan agama, lulusan Al-Azhar. Kita orang Melayu memang sejak dahulu diajar menghormati para ulama dan ilmuwan, termasuk para ustaz dan ustazah yang benar-benar hidup melaksanakan ajaran Islam.

Tetapi tidak semua ustaz dan ustazah, tidak semua lulusan Al-Azhar yang benar-benar melaksanakan dan mengamalkan perjuangan dan cara kehidupan menurut al-Quran dan Sunah. Malah ada yang pernah sampai murtad keluar daripada Islam, nauzubillah.

Jangan lupa pernah ada dua orang ustaz dan ustazah lulusan Al-Azhar Mesir telah mengisytiharkan diri murtad dan keluar daripada agama Islam. Pernah ada ustaz dicekup berkhalwat. Pernah ada ustaz yang menyondol isteri orang.

Menjadi ustaz dan ustazah, menjadi graduan dan lulusan Al-Azhar semata-mata bukan tiket dan kelayakan untuk menjadi pemimpin dan wakil rakyat.

Untuk membolehkan seorang Muslim itu mengerjakan solat jemaah di masjid, kita perlukan pembangunan. Individu itu memerlukan kenderaan untuk ke masjid.

1. Dia perlu makan dan minum mengisi perut supaya solatnya tidak terganggu akibat kelaparan. Ini bermakna dia perlukan pekerjaan atau peluang untuk mencari rezeki melalui perniagaan;

2. Dia perlu kesihatan yang baik untuk menyempurnakan solat. Maknanya dia perlu persekitaran yang sihat dan prasarana perubatan yang baik seperti hospital dan pusat kesihatan;

3. Dia perlukan rehat yang cukup bermakna dia perlukan rumah yang sempurna dan selesa;

4. Dia perlukan kenderaan yang selesa seperti motor atau kereta untuk ke Masjid, bermakna dia perlu ada pendapatan untuk membeli kenderaan tersebut;

5. Dia perlukan adanya sebuah Masjid untuk membolehkan dia solat berjemaah. Dan Masjid itu perlukan peralatan dan seperti paip air, kipas, pembesar suara dan lain-lain;

6. Dia perlukan jalan raya untuk ke Masjid, bermakna sebatang jalan raya perlu dibina;

7. Dan bila dia pergi berjemaah waktu Subuh, Maghrib atau Isyak dia perlu melalui jalan yang terang berlampu supaya tidak kegelapan.

8. Dan bila dia ke masjid, keluarga dan harta benda dirumah perlu dijaga, maka dia memerlukan polis untuk menjaga keselamatannya;

Bermakna, cukupkah sekadar menjadi ustaz maka rakyat wajib mengundi calon itu. Adakah cukup sekadar dia boleh jadi imam solat. Bagaimana pula dengan segala prasarana yang diperlukan untuk melaksanakan solat itu?

Kalau kebolehan dan kelayakan calon sekadar menjadi ustaz, elok bertanding jawatan imam atau bilal, bukan untuk menjadi wakil rakyat. Dan calon yang akan menjadi wakil rakyat memerlukan bantuan dan kerjasama sebuah Kerajaan untuk melaksanakan tugas dan tanggung jawab dia. Dan kerajaan Barisan Nasional telah membuktikan bahawa sejak dulu, kini dan selamanya, BN adalah sebuah kerajaan yang bukan sahaja mampu melaksanakan tanggungjawab sebagai sebuah Kerajaan, malah akan menepati semua janji-janji yang diberikan.

Menjadi wakil rakyat memerlukan lebih daripada hanya seorang ustaz. Dan rakyat serta pengundi Sungai Limau sedar akan perkara itu.

Rakyat Sungai Limau sedar bahawa hanya calon Barisan Nasional sahaja yang boleh melaksanakan dan menterjemahkan tanggungjawab sebagai seorang wakil rakyat, bukan sekadar untuk menjadi khalifah tahlil.

Yang penting bagi seorang pemimpin termasuk wakil rakyat ialah amanah dan quwwah, selain beriman dan benar-benar memperjuangkan Islam yang sebenarnya seperti yang diperintahkan Allah didalam al-Quran dan Sunah Rasulullah SAW.Rasulullah SAW bersabda, "Akan datang sesudahku penguasa-penguasa yang memerintahmu. Di atas mimbar mereka memberi petunjuk dan ajaran dengan bijaksana, tetapi bila turun mimbar mereka melakukan tipu daya dan pencurian. Hati mereka lebih busuk dari bangkai." Hadits Riwayat Ath-Thabrani

Gabem pergiatkan kempen 1K1S

Posted: 03 Nov 2013 10:17 AM PST

Oleh NIZAM YATIM
nizam.yatim@utusan.com.my

PADA masa ini pemilikan ekuiti bumiputera dalam syarikat masih lagi berada pada tahap yang kurang memuaskan iaitu sekitar 24 peratus sahaja.

Hakikat itu adalah sesuatu yang cukup mengecewakan kita memandangkan bumiputera merangkumi 67 peratus daripada penduduk negara ini jika dibandingkan dengan kaum Cina yang hanya berjumlah 23 peratus tetapi memiliki hampir 50 peratus ekuiti dalam syarikat.

Menyedari hakikat itu, maka Gagasan Badan Ekonomi Melayu (Gabem) sedang menjalankan kempen Skim Satu Keluarga Satu Syarikat (1K1S) secara agresif bagi meningkatkan bilangan bumiputera yang memegang ekuiti dalam syarikat.

Pengerusi Gabem, Tan Sri Dr. Abdul Rahim Tamby Chik berkata, menerusi kempen itu yang boleh disifatkan sebagai satu anjakan paradigma kepada bumiputera, mereka akan digalakkan menubuhkan syarikat keluarga.

"Segala aset seperti hartanah yang dimiliki suami, isteri dan anak-anak akan dijadikan hak milik syarikat dan kemudiannya akan ditukarkan menjadi saham yang diagihkan sesama mereka.

"Saya rasa kita perlu berbuat sedemikian bagi meningkatkan nilai harta orang Melayu dan bumiputera. Sekarang banyak daripada harta orang Melayu ini tidak dimasukkan dalam perkiraan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia dan tidak dihitung dalam perangkaan pemegangan ekuiti nasional," katanya.

Beliau berkata, keadaan itu adalah berbeza dengan kaum Cina yang mana tanah, rumah, kenderaan dan lain-lain harta mereka dijadikan aset kepada syarikat keluarga sehingga menyebabkan pemilikan ekuiti mereka menjadi lebih tinggi.

Menurut beliau, selain bermanfaat untuk meningkatkan pemilikan ekuiti golongan bumiputera di negara ini kepada sekurang-kurangnya 30 peratus, kempen 1K1S juga akan mendedahkan orang Melayu dengan budaya persyarikatan.

"Dengan adanya syarikat keluarga, orang Melayu akan tahu macam mana nak mengendalikan syarikat termasuk menguruskan kewangan supaya sentiasa mendapat keuntungan.

"Bila orang Melayu dan bumiputera sudah mahir untuk mentadbir sebuah syarikat, baharulah dia dengan senang boleh mengendalikan projek. Sekarang terbalik, dia pergi lobi untuk dapatkan projek dulu, selepas itu baharu dia tubuh syarikat.

"Sebab itu sekarang, daripada setiap 100 syarikat bumiputera yang ditubuhkan, hanya antara 18 hingga 20 peratus yang berjaya.

"Orang Cina dia tubuh syarikat dulu walaupun kecil. Sebab itu dia sudah faham macam mana nak uruskan perniagaan dan apabila diberikan projek yang besar, dia boleh kendalikan," ujarnya.

Katanya, Gabem menyambut baik pengumuman kerajaan dalam Bajet 2014 untuk mewujudkan Skim Usahawan Permulaan Bumiputera (Superb) dengan dana permulaan RM30 juta dan Skim Usahawan Pasar Malam dengan dana sebanyak RM100 juta.

"Langkah ini adalah selaras dengan kempen 1K1S yang kita jalankan dan kita berharap ini akan meningkatkan penglibatan bumiputera dalam bidang perniagaan dan keusahawanan," katanya.

Tambah beliau, kempen 1K1S juga adalah bagi menyokong usaha kerajaan yang telah menubuhkan Dana Ekuiti Bumiputera (Equibumi).

"Saya difahamkan Equibumi dengan peruntukan RM300 juta yang telah diamanahkan kepada SME Bank bertujuan membantu syarikat bumiputera yang berwibawa mengambil alih syarikat tersenarai atau syarikat yang berpotensi untuk disenaraikan di Bursa Malaysia melalui pembiayaan yang disediakan.

"Kebiasaannya, ia akan diuruskan oleh Ekuiti Nasional Bhd. (Ekuinas) bagi membolehkan syarikat bumiputera mengambil alih syarikat bukan bumiputera supaya pemegangan saham kita dapat ditingkatkan dengan segera.

"Prasyarat kepada kejayaan pengambilalihan syarikat-syarikat bukan bumiputera ini ialah Ekuinas dan lain-lain agensi kerajaan yang telah diberikan peranan harus menyediakan satu barisan kepimpinan pengurusan yang profesional.

"Tidak guna kita ambil syarikat, lepas itu kita tak boleh hendak mengendalikannya. Mungkin syarikat berpotensi untuk disenaraikan tetapi kerana ketiadaan barisan kepimpinan baharu yang berwibawa, ia akhirnya masuk ke dalam parit," katanya.

Dalam pada itu, katanya, langkah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan peruntukan RM200 juta yang akan disalurkan melalui SME Bank bagi Program Pembangunan Semula Tanah Rizab Melayu akan memastikan kawasan-kawasan berkenaan tidak terus ketinggalan daripada arus pembangunan.

"Pembangunan secara komersial kawasan strategik seperti Kampung Baru, Kampung Pandan dan Kampung Datuk Keramat di Kuala Lumpur akan membantu masyarakat Melayu setempat meningkatkan taraf hidup mereka seiring dengan pembangunan pesat di kawasan sekitarnya.

"Kita berharap pembangunan yang dimulakan pada 2014 ini akan menjangkaui tahun-tahun berikutnya sehingga boleh wujud satu bentuk pembangunan seperti Kuala Lumpur City Centre (KLCC) yang hebat itu," ujarnya.

Menurut beliau, Gabem suka menyarankan pembangunan tanah-tanah rizab Melayu tidak hanya tertumpu di Kuala Lumpur sahaja sebaliknya perlu diperluaskan ke negeri-negeri lain termasuk di Johor Bahru, Melaka dan Pulau Pinang.

"Bagi meningkatkan pulangan pendapatan kepada orang Melayu, maka bangunan yang telah siap dibina bolehlah disewa kepada semua kaum.

"Penyewaan mestilah diliberalisasikan, sekurang-kurangnya 30 peratus ataupun sehingga 50 peratus premis disewakan kepada bukan bumiputera asalkan hak milik hartanah tersebut tidak berpindah kepada bukan Melayu.

"Dalam skim penyewaan seperti ini, hak milik tetap pada tangan Melayu. Kita sewakan kepada bukan Melayu bagi membolehkan pemilik-pemilik premis mendapat pendapatan yang lebih tinggi," katanya.

Sementara itu, katanya, Penubuhan Pusat Inovasi dan Kreativiti Global (Magic) dengan dana sebanyak RM50 juta seperti yang diumum dalam Bajet 2014 membuktikan kerajaan serius untuk memastikan bahawa inovasi dan kreativiti menjadi asas kepada syarikat bumiputera.

"Untuk trend yang akan datang kita tidak mahu lagi bumiputera hanya menubuhkan syarikat kontraktor kecil kelas F sahaja sebaliknya dengan adanya bantuan daripada Magic ini mereka akan terlibat dalam perniagaan yang jarang orang buat.

"Apabila terlibat dalam bidang perniagaan sedemikian peluang untuk berjaya adalah lebih tinggi lagi dan ini harus direbut terutama di kalangan orang Melayu yang mempunyai ilmu dan berpendidikan tinggi.

"Dengan segala program yang telah diumumkan kerajaan, kita berharap usahawan baharu bumiputera yang bakal dilahirkan adalah benar-benar berdisiplin, lebih komited, profesional, dinamik dan berorientasikan pasaran," ujarnya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Koleksi inspirasi polo

Posted: 03 Nov 2013 04:36 AM PST

MEREKA yang gemar mengenakan fesyen seperti pemain polo (sukan berkuda), mungkin akan rambang mata sebaik sahaja melangkah masuk ke butik La Martina.

Mula bertapak di Argentina, jenama ini dikenali sebagai jenama penghasilan barangan teknikal untuk kuda polo.

La Martina juga menghasilkan fesyen pakaian untuk lelaki, wanita dan kanak-kanak.

Istimewanya, La Martina menitikberatkan kualiti dalam menawarkan barangan terbaik untuk sukan polo yang menonjolkan budaya dan gaya hidup berkelas.

Oleh itu, mereka yang meminati gaya sukan polo, boleh mengunjungi butik yang terletak di pusat beli-belah Pavilion, Kuala Lumpur.

Koleksi yang ditampilkan sesuai untuk semua lapisan umur dan seiring dengan statusnya sebagai sebuah jenama gah yang memenuhi cita rasa masa kini.

Selain baju-T polo , baju sukan, seluar, kasut kulit, jaket kulit dan but, jenama ini turut menawarkan koleksi hebat aksesori daripada topi, beg, zip sehingga topi keledar dan banyak lagi untuk pelanggan mereka.

Tinggalkan kerjaya demi anak

Posted: 03 Nov 2013 04:36 AM PST

Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH
Foto ABDUL NAZIR MOHAMED

Bahagia... Suraya Yeop bersama anaknya, Ilhan Moris dan Aaron Azlan.

MENINGGALKAN dunia glamor dan kerjaya profesional semata-mata ingin menumpukan perhatian kepada si comel tersayang?

Tidak ramai yang sanggup mengambil tindakan sedemikian, namun bagi bekas personaliti dan pengacara Suraya Yeop Jr tindakannya meninggalkan kerjaya demi anak tatkala berada di kemuncak populariti adalah keputusan terbaik yang diambilnya.

Begitu juga May Ann yang berhenti kerja sebagai jurutera untuk mendahulukan keperluan anak-anak.

Malahan, kedua-dua ibu ini tidak menyesal, sebaliknya berbangga dan bahagia kerana mampu menjalankan tanggungjawab sepenuhnya dengan meluangkan masa sebagai ibu.

Suraya memberitahu, dia tidak menyesal meninggalkan kerjaya sebegitu sebaliknya bangga kerana mampu melihat anak-anaknya, Ilhan Moris, 3, dan Aaron Azlan, 1 bulan, membesar di depan mata.

Lagipun, anak-anak saya menyusu badan dan aktif, memerlukan perhatian dan saya tidak mahu meninggalkannya bersama pembantu rumah kerana takut akan senario penderaan yang sering berlaku sekarang.

Sehingga kini saya tidak menggunakan khidmat pembantu rumah. Saya berharap agar si kecil mengalami fasa tumbesaran di hadapan mata di samping melalui situasi normal pertalian antara ibu dan anak," ujarnya yang hanya melakukan kerja sambilan di syarikat perhubungan awam milik kakaknya.

Katanya, kerja sambilan itu tidak mengganggu rutin hariannya sebagai ibu kerana dia bekerja mengikut projek tertentu dalam jangka masa yang singkat.

Bagi ibu muda berkenaan, kelebihan tidak menyerahkan tugas ibu kepada pembantu rumah membuatkan anak-anaknya sentiasa rapat dengannya sehingga tidak betah berjauhan antara satu sama lain.

Walaupun pada awalnya sukar untuk saya membuat keputusan tetapi selepas berbincang dengan suami, salah seorang daripada kami perlu berkorban. Hasilnya, saya puas melihat anak-anak membesar di depan mata," ujarnya yang memilih Carrie Jr, Joyful Raspberry untuk mandian anak-anaknya.

Berkomunikasi

Sementara itu, May Ann memilih untuk bekerja sambilan sambil menjaga anak-anaknya, Keean Lee, 5 dan Karissa Lee, 1.

Istimewanya, May Ann mengajar anak-anaknya untuk berkomunikasi dengan menggunakan bahasa isyarat.

Saya menggunakan kaedah ini untuk berkomunikasi dengan anak-anak sejak peringkat bayi. Misalnya, saya akan mengajar mereka menunjukkan simbol misalnya nak makan dan sebagainya hanya menggunakan tangan.

Jika saya bekerja mungkin saya tidak mempunyai masa yang cukup berinteraksi dengan mereka. Kini saya mempunyai masa setiap hari untuk menggalakkan interaksi dua hala dengan anak-anak," ujarnya.

Katanya, masa bersama sangat penting untuk anak-anaknya misalnya aktiviti mandi atau berenang.

Dalam penjagaan diri anak-anak, May Ann lebih teliti dan sebab itulah dia akan memilih produk mandian yang sesuai dan disukai anak-anaknya.

Buat masa ini, wangian Carrie Jr, Joyful Raspberry berjaya menceriakan anak-anaknya dan ini menjadikan aktiviti mandi mereka lebih ceria.

Ada yang berkata kos kehidupan di kota metropolitan seperti Kuala Lumpur sangat tinggi. Ini menyebabkan ramai ibu bapa sukar untuk membuat keputusan termasuk berhenti kerja.

Nasihat saya mudah, wang mungkin kita boleh cari tetapi masa untuk anak-anak memang kita tidak boleh beli," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Johor

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Pelihara bidang sastera - Khaled

Posted: 02 Nov 2013 10:48 AM PDT

Oleh NURUL HUDA HASSAN
huda.hassan@utusan.com.my

MOHAMED Khaled Nordin menyampaikan hadiah kepada Othman Zainudin (berkerusi roda) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada, Johor Bahru, semalam. - MINGGUAN/RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU 2 Nov. - Bagi memastikan kelangsungan bidang sastera dalam masyarakat, sebuah pusat tamadun Melayu serantau dan penubuhan Galeri Persuratan Johor dicadang ditubuhkan di negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, penubuhan pusat itu membolehkan pelbagai sejarah dikumpul, disimpan dan dipamerkan di galeri tersebut kelak terutama bagi rujukan masa depan.

Selain itu katanya, rekod perkembangan dan kegiatan organisasi bahasa serta sastera, tokoh penulis bersama karya yang dihasilkan sejak abad ke-17 sehingga hari ini juga dapat dipamerkan di situ.

"Umum mengetahui Johor merupakan sebuah negara yang kaya dengan warisan budaya dan bangsa sama ada dari segi sistem politik, sosial, kesenian dan kebudayaan, malah bahasa dan sasteranya juga mempunyai keunikan tersendiri.

"Jadi, saya cadangkan supaya Yayasan Warisan Johor (YWJ) merangka satu pelan bagi menubuhkan pusat tamadun Melayu serantau dan Galeri Persuratan Johor dalam usaha memastikan kelangsungan bidang itu," katanya ketika berucap dalam Majlis Penyampaian Hadiah Sastera Darul Takzim Kesembilan bertemakan Muafakat Johor Melalui Kesusasteraan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada, di sini semalam.

Pada majlis itu, Othman Zainudin menjadi penerima hadiah Karyawan Sastera Johor, Wahyu Budiwa Rendra Abdul Wahid (Cipta Karyawan Muda Johor) dan Chong Chee Song (Karyawan Bukan Melayu Johor).

Mohamed Khaled berkata, rakyat negeri ini bukan sahaja harus berbangga dengan keunikan serta keistimewaan yang ada tetapi perlu berusaha memulihara bidang terlibat supaya hasilnya dapat diperluas kepada masyarakat terutama golongan belia.

Beliau berpendapat, sastera sebagai cabang kebudayaan yang mendukung nilai etnik dan estetik juga boleh memainkan peranan berkesan membentuk cara berfikir selain mampu mewujudkan semangat permuafakatan dalam kalangan rakyat berbilang kaum di negara ini.

Mohamed Khaled yakin, pengarang dan sasterawan dapat memainkan peranan masing-masing dalam usaha mentransformasikan masyarakat ke arah golongan lebih peka terhadap pembangunan serta berdaya saing dalam semua bidang kehidupan.

"Kreativiti dan imaginasi penulis serta sasterawan diperoleh daripada hasil pergaulan dalam masyarakat, mereka mengamati, merasakan suka duka dan merasai secara langsung kejadian atau peristiwa yang berlaku di sekeliling.

"Seorang penulis mempunyai keupayaan menceritakan sesuatu perkara dalam bentuk dan lenggok bahasa penceritaan yang mudah untuk difahami pembaca sekali gus kejadian dan peristiwa dapat disebarkan melalui penulisan," katanya.

TMM 2014: Penggiat pelancongan perlu sedia

Posted: 02 Nov 2013 10:48 AM PDT

PONTIAN 2 Nov. - Operator pelancongan di negeri ini perlu bersiap sedia bagi sama-sama menyambut kehadiran pelancong ke negara ini sempena Tahun Melawat Malaysia 2014 (TMM 2014) agar manfaat daripadanya dapat dinikmati bersama.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan Kepenggunaan Negeri, Datuk Tee Siew Kiong (gambar) berkata, persiapan bukan sahaja perlu dilakukan oleh sektor penginapan seperti hotel, resort atau inap desa tetapi juga sektor lain seperti pengangkutan awam, kebersihan tempat awam seperti tandas dan keceriaan kawasan.

"Begitu juga kepada agensi-agensi pelancongan, mereka diminta turut menyenaraikan tempat-tempat menarik untuk dilawati di Johor supaya para pelancong dapat merasai kelainan di negeri ini. Tanggungjawab sama juga perlu dipikul oleh pemandu pelancong yang tentunya mempunyai segala maklumat serta keistimewaan sesuatu tempat yang akan dikunjungi.

"Saya telah mempengerusikan dua mesyuarat bersama jabatan dan agensi kerajaan serta operator pelancongan untuk menjayakan TMM 2014 dan mesyuarat terakhir akan diadakan bagi mendengar maklum balas daripada jabatan dan agensi berkenaan serta yang terlibat secara langsung dengan sektor pelancongan," katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas persiapan kerajaan negeri menghadapi TMM 2014 selepas majlis makan malam di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Chi Chih, di sini semalam

Menurut Siew Kiong, Johor mempunyai 13 pintu masuk dan setiap daripadanya terdapat agensi yang akan bertugas untuk meraikan ketibaan pelancong dan para pengusaha inap desa di negeri ini diminta mempersiapkan penginapan 'ala kampung' yang selesa kepada pengunjung.

"Dalam hubungan ini, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan lain-lain agensi dapat membantu pengusaha inap desa di kampung-kampung tradisional bagi meningkatkan mutu perkhidmatan mereka kepada orang ramai.

"Begitu juga pengusaha cenderamata, kraf tangan, industri kecil dan sederhana (IKS) juga perlu diberikan maklumat dan pendedahan mengenai Tahun Melawat Malaysia supaya mereka turut menerima kesannya. Saya harap semua pihak dapat menjaga imej negeri dengan memberikan layanan baik kepada pelancong," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Feminin

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Feminin


Gadis geologi ratu memasak

Posted: 03 Nov 2013 04:36 AM PST

Oleh KHAIRUNNISA SULAIMAN
Foto: NOOR AZLINA JAAFAR dan koleksi IZYAN HANI.
Tudung: Aduh! By Adu
Pakaian: ZAWARA
Solekan: MIMIE ROMYZA

Walaupun mempunyai pekerjaan tetap, masakan tetap menjadi hobi utama Izyan.

TIDAK pernah turun ke dapur sehinggalah semasa menunggu keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), namun siapa sangka Izyan Hani Mohd. Izham, 26, boleh muncul sebagai Juara Master Chef Musim Kedua. Walaupun tidak pernah bercita-cita untuk menjadi chef, masa senggang yang panjang sementara menunggu keputusan SPM memupuk minatnya terhadap bidang masakan gara-gara melayan program masakan seperti Master Chef Australia dan Amerika Syarikat (AS) di televisyen setiap hari.

Mulanya saya tonton sekadar suka-suka tetapi melihat kepada cara masakannya yang mudah dan ringkas, saya mula terfikir untuk mencuba," kata pegawai geologi di sebuah syarikat minyak dan gas ini.

Bermula dengan hidangan ringkas untuk dua adiknya yang bertindak sebagai penguji rasa, Izyan semakin kerap memasak lebih-lebih lagi selepas melanjutkan pelajaran di Kanada.

Biasanya selepas habis peperiksaan, saya tidak sabar untuk ke pasar raya membeli bahan-bahan mentah untuk dimasak.

Di pasar raya saya akan mengambil masa dua tiga jam hanya membelek barang-barang masakan yang dijual di sana," katanya.

Bagi Izyan memasak sebagai salah satu cara untuk menenangkan fikiran dan mengurangkan stres selepas habis peperiksaan.

Ketika di Kanada, Izyan mencuba pelbagai jenis masakan yang ditonton dalam rancangan televisyen di sana.

Ketika itu timbul minat yang mendalam terhadap dunia masakan apatah lagi ia cukup berbeza dengan bidang sains yang saya pelajari," katanya yang sering menjadi tumpuan peminat cilik.

Selepas kembali ke tanah air, Izyan menghadiri uji bakat untuk program Master Chef sekadar mencuba nasib.

Mulanya saya masuk uji bakat Master Chef secara suka-suka tetapi apabila berjaya dalam uji bakat saya mula bersemangat untuk menang," kata gadis yang dilahirkan di Amerika Syarikat (AS) ini.

Setelah berjaya dalam Master Chef, Izyan kini sibuk dengan pelbagai aktiviti seperti menulis buku, membuat demonstrasi masakan dan mengadakan kelas.

Izyan telah menyiapkan sebuah buku masakan bertajuk 'Cerita Rasa Izyan Hani' yang sedang dalam proses penyuntingan dan bakal berada di pasaran tidak lama lagi.

Buku ini mengandungi 40 resipi berkonsepkan 'easy meals & comfort food' yang menceritakan perjalanan kulinari Izyan dari awal mengenali skil memasak sehinggalah menjuarai Master Chef Malaysia Musim Kedua dan selepas program itu berakhir.

Selepas bergelar juara, jadual kehidupannya kini padat dengan pelbagai aktiviti termasuk sebagai kolumnis sebuah majalah remaja, menjadi model tudung Aduh by Adu selain penceramah jemputan di beberapa buah pusat pengajian tinggi.

Dalam kesibukannya itu, Izyan akan mencari ruang untuk mengisi masa lapang yang terhad dengan berenang dan melancong.

Kini masa saya lebih terisi dengan pelbagai aktiviti biarpun saya masih lagi bekerja," katanya.

Kolagen rahsia awet muda

Posted: 03 Nov 2013 04:36 AM PST

kULIT berjerawat, warna kulit tak sekata, gelap dan bermacam-macam masalah lagi membuatkan kita kurang berkeyakinan, rasa malu dan rendah diri untuk keluar berhadapan dengan orang ramai.

Ramai wanita mahukan wajah yang cantik, kulit licin dan tidak berkedut tetapi mustahil untuk kekal cantik tanpa kulit berkedut seiring peningkatan usia kerana semakin berusia, kulit semakin kurang anjal, kering dan kusam.

Oleh itu kita lihat wanita-wanita dahulu gemar mengambil ulam-ulaman dan sayur-sayuran berkhasiat untuk awet muda dan mengekalkan seri wajah.

Situasi ini sedikit berbeza dengan zaman sekarang kerana pelbagai makanan tambahan, ubatan dan rawatan tertentu dihasilkan untuk membantu mereka memiliki kulit yang cantik, salah satunya kolagen .

Keberkesanan kolagen dari segi kesihatan juga terbukti berdasarkan kajian yang menunjukkan orang Okinawa, Jepun, antara yang paling ramai mempunyai purata hidup melebihi 100 tahun.

Menyedari keperluan tersebut, kolagen Eve dihasilkan untuk penjagaan kulit wajah.

Kolagen ini dihasilkan khusus untuk anda yang mengalami masalah kulit dan terbukti mampu menjadikan kulit lebih cerah, cantik dan licin dalam masa singkat!

Ini meliputi setiap aspek penjagaan kulit bermula dengan penjagaan dalaman hinggalah luaran. Dengan hanya mengamalkan minum Eve satu paket sehari, anda akan mengalami perubahan wajah yang ketara dan lebih menawan.

Kolagen yang paling laris ini ternyata berkesan kerana mengandungi kolagen kelas pertama. Kandungan kolagennya sebanyak 6,000 miligram amatlah sesuai untuk kulit wanita Asia.

Keberkesanannya dapat dirasai dalam masa tujuh hingga 10 hari, terutama pada kulit dan rambut. Eve amat sesuai untuk semua golongan terutamanya wanita dan gadis, juga amat sesuai untuk ibu menyusu serta untuk lelaki.

Jika anda masih berlengah, sampai bila-bila anda tidak merasa perubahan yang anda inginkan sedangkan sudah ramai yang berjaya dan bergembira dengan perubahan yang mereka alami.

Cuba bayangkan dengan mengamalkan Eve Collagen ini, anda akan:

* Mendapat kulit yang gebu dan licin walaupun baru bangun tidur - kulit anda kelihatan cantik, mulus dan putih berseri tanpa mekap.

* Rakan/rakan dan ahli keluarga terpegun melihat perubahan anda - Anda kelihatan lebih muda dan cantik!

* Anda kelihatan berkeyakinan dan gembira - mana tidaknya, muka, rambut dan badan anda terasa sungguh bersih dan selesa.

* Sering ke cermin dan bergambar di kamera kerana anda sendiri tidak akan mempercayai perubahan yang anda lalui di wajah dan badan anda!

* Menjadi semakin yakin, bersemangat tinggi, tidak lagi berputus asa dan tidak lagi kecewa untuk berhadapan di khalayak ramai.

Kelebihan kolagen Eve 6,000mg (Fish Collagen)

* Membantu menjadikan kulit semakin lembut, licin dan anjal

* Mengurangkan garisan halus dan kedut terutama di bawah mata

* Menyerikan wajah serta mencerahkannya

* Mengurangkan pigmentasi pada wajah

* Mengurangkan jerawat serta parut pada wajah

Rambut:

* Membantu menguatkan akar rambut

* Menjadikan rambut lebih lembut dan bersinar

* Mengurangkan rambut bercabang serta gugur

* Membantu menjadikan rambut lebih cepat panjang dan lebat

Tubuh badan:

* Membantu meneutralkan radikal bebas

* Membantu meningkatkan system imun badan

* Meningkatkan kadar metabolisma dalam badan

* Membantu menstabilkan peredaran darah haid serta mengurangkan senggugut

* Membantu melancarkan peredaran darah serta melambatkan penuaan.

* Mengurangkan kadar kolesterol serta mengatasi masalah sembelit

* Menjadikan tubuh badan menawan serta tidak menggeleber

* Menguatkan tulang, gigi dan sendi serta memudahkan pergerakan sendi

* Menjadikan kuku lebih bersinar dan tidak pucat

* Mengetatkan faraj serta memberi tenaga kepada wanita

* Menganjalkan serta mencantikkan payu dara

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Dalam Negeri

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Batal lesen: Iktibar, amaran semua syarikat keselamatan

Posted: 03 Nov 2013 02:11 AM PST

KUALA LUMPUR 3 Nov. - Pembatalan lesen syarikat kawalan keselamatan baru-baru ini adalah sebagai iktibar, amaran dan pengajaran kepada syarikat lain supaya tidak melakukan kesalahan atau melanggar peraturan, kata Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (Keselamatan), Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Alwi Ibrahim.

"Adalah menjadi tanggungjawab semua syarikat kawalan keselamatan mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan KDN bagi mengelak sebarang kejadian atau insiden buruk berulang," katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada 24 Oktober lepas, KDN mengumumkan pembatalan lesen syarikat kawalan keselamatan yang menggaji pengawal keselamatan terlibat dalam kejadian menembak mati pegawai operasi Ambank di Jalan USJ Central 2, Subang Jaya, pada 23 Oktober.

Syarikat berkenaan didapati gagal mematuhi syarat dan peraturan pengendalian serta pengurusan agensi persendirian di bawah Akta Agensi Persendirian 1971.

KDN adalah kementerian bertanggungjawab mengeluarkan Lesen Agensi Persendirian kepada semua syarikat kawalan keselamatan.

Pada masa ini, terdapat 751 syarikat kawalan keselamatan telah diberikan Lesen Agensi Persendirian (Kawalan Keselamatan) dan jumlah pengawal keselamatan warga tempatan di seluruh negara sehingga 28 Oktober 2013 adalah seramai 226,368 orang.

Alwi berkata, KDN tidak akan berkompromi apabila berlaku pelanggaran undang-undang, peraturan dan syarat dengan tindakan tegas termasuk menggantung atau membatalkan lesen syarikat kawalan keselamatan akan diambil.

Beliau dalam pada itu turut mengingatkan syarikat kawalan keselamatan berlesen agar tidak terlalu mengutamakan keuntungan sehingga mengabaikan matlamat penubuhan syarikat iaitu menyediakan pengawalan dan perlindungan terhadap keselamatan diri, harta serta perniagaan orang lain. - BERNAMA

Gaji minimum RM900 dilaksana sepenuhnya Januari 2014

Posted: 03 Nov 2013 01:47 AM PST

LABUAN 3 Nov. - Setelah ditangguh dan diberi kelonggaran sejak Januari tahun ini, gaji minimum RM900 sebulan di Semenanjung dan RM800 di Sabah, Sarawak serta Labuan, akan dilaksanakan sepenuhnya mulai 1 Januari tahun depan.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Richard Riot berkata, kerajaan mengambil kira semua perkara yang boleh menjejaskan pelbagai sektor di negara ini sebelum melaksanakan dasar berkenaan.

"Sebahagian besar majikan daripada hampir semua sektor di negara ini memberi penjelasan tentang ketidakmampun mereka (melaksanakan dasar itu) dan meminta penangguhan, maka kami menangguhkannya hingga 31 Disember tahun ini. Gaji minimum akan dikuatkuasakan sepenuhnya di seluruh negara mulai Januari tahun depan," katanya kepada Bernama selepas menyampaikan sijil kepada lepasan Institut Latihan Perindustrian (ILP) di sini hari ini.

Riot berkata, pelaksanaan gaji minimum ini terpakai bagi semua majikan, tanpa mengira lokasi perniagaan mereka.

"Sama ada perniagaan yang mereka jalankan di bandar atau di mana saja, mereka tidak terkecuali daripada melaksanakannya," kata beliau.

Riot berkata, pelaksanaan dasar itu terpaksa ditangguh kerana beberapa sebab, termasuk berkaitan kemampuan kewangan syarikat atau majikan.

Perintah Gaji Minimum 2012 sepatutnya dikuatkuasakan pada 1 Januari 2013, dengan kadarnya dikaji setiap dua tahun. Bagaimanapun, ia ditangguh bagi memenuhi permintaan 400 syarikat agar tarikhnya ditunda kepada 31 Dis.

Pelaksanaan dasar gaji minimum itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 30 April tahun lepas dan diwartakan pada 16 Julai.

Riot berkata, ia ditangguhkan berikutan kajian teliti oleh Majlis Perundingan Gaji Negara.

"Kajian dibuat mengikut kes...dan penangguhan serta kelonggaran hanya diberi selepas majlis itu yakin terdapat keperluan untuk berbuat demikian," katanya.

Menurut beliau, setakat ini, tiada permintaan secara bertulis diterima daripada pengusaha tanaman sawit untuk menangguhkan pelaksanaan dasar itu berikutan penurunan harga minyak sawit dunia.

"Kebanyakan pekerja dalam sektor perladangan adalah warga asing. Rakyat Sabah, Sarawak dan Semenanjung tidak berminat bekerja dalam sektor ini...sama ada kita suka atau tidak, inilah isu yang terpaksa kita hadapi," katanya.

Laporan sebelum ini memetik ketua setiausaha kementerian berkenaan Zainal Rahim sebagai berkata sejumlah 247 "syarikat mikro" dan 743 syarikat besar memohon penangguhan pelaksanaan dasar itu.

Syarikat mikro merujuk kepada sesebuah syarikat yang mempunyai tidak lebih lima pekerja. Syarikat yang tergolong dalam kategori ini sepatutnya melaksanakan dasar berkenaan mulai hari ini.

Syarikat besar yang mempunyai lebih 150 pekerja dalam bidang perkilangan atau lebih 50 pekerja dalam bidang pembuatan perlu mula membayar gaji minimum pada 1 Januari tahun ini. - BERNAMA

PRK DUN Sungai Limau: Dr. M puji semangat jentera BN

Posted: 03 Nov 2013 01:26 AM PST

Oleh MOHD. SHARIZA ABDULLAH

JERAI 3 Nov. - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, semangat jentera Barisan Nasional (BN) berada dalam keadaan cukup tinggi untuk membantu parti itu memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau.

Beliau berkata, keadaan itu jauh berbeza jika dibandingkan dengan 1969 yang mana ada kawasan langsung tidak boleh ditembusi BN.

Menurut beliau, ini menunjukkan penduduk Sungai Limau dapat menerima kehadiran BN dan sanggup mendengar penjelasan yang ingin dibuat oleh parti itu terhadap kawasan tersebut atau berkaitan isu semasa.

''Tidak seperti 1969, ada kawasan yang saya hendak masuk pun tidak boleh. Namun sekarang sudah boleh masuk, orang yang dahulu bagi tentangan sanggup mendengar penjelasan daripada BN,'' katanya pada majlis karnival rakyat di Sungai Limau di sini hari ini.

Dr. Mahathir berkata, beliau yakin apabila penduduk mendengar penjelasan daripada BN, mereka akan berani untuk menyokong parti itu yang banyak berjasa kepada rakyat dan negara.

Katanya, rakyat dapat membuat pembandingan apabila pembangkang diberi peluang selama satu penggal untuk mentadbir negeri ini.

''Semasa pembangkang memerintah, tiada kemajuan. Saya yakin dengan adanya kerajaan BN di Kedah, kita akan dapat melihat kemajuan Kedah yang pesat dengan peluang pekerjaan bertambah di samping pendapatan penduduk meningkat,'' katanya. - UTUSAN ONLINE

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Utara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


PRK DUN Sg. Limau beri kesan penting

Posted: 02 Nov 2013 10:48 AM PDT

Mukhriz Mahathir memberi cek bernilai RM300,000 kepada wakil Usahawan TEKUN Kawasan Parlimen Jerai, Robaain Abdullah (kiri) sambil diperhatikan Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia, Datuk Irmohizam Ibrahim (dua dari kiri), Exco Negeri Kedah, Datuk Suraya Yaakob (dua dari kanan) dan Ketua Pegawai Operasi TEKUN Nasional, Adam Abd. Ghani dalam Majlis Penyampaian Elaun Sara Hidup dan Bantuan Khas Nelayan di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Limau, Yan, Kedah, semalam. - MINGGUAN/SAFRIZAL AZMI

YAN 2 Nov. — Walaupun Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau, Isnin ini tidak akan mengubah stuktur kerajaan negeri Barisan Nasional (BN), tetapi keputusannya memberi impak yang besar kepada BN dan Pas dalam jangka masa panjang.

Bagi penganalisis politik, Prof. Madya Dr. Mohd. Azizuddin Mohd. Sani, walau apa pun alasan dan persepsi PRK ini, kedua-dua parti tetap berusaha bersungguh-sungguh untuk menang.

"BN mahu menang kerana kemenangan ini akan memberi impak besar kepada BN kerana DUN Sungai Limau adalah kubu kuat Pas dan kawasan bekas Menteri Besar dari Pas iaitu Tan Sri Azizan Abdul Razak," kata Dr. Mohd. Azizuddin yang juga Dekan Fakulti Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM) di sini, hari ini.

"Kalau Pas kalah ia satu tamparan besar kepada parti itu. Pemimpin Pas dan ahlinya akan lemah semangat. Ini beri kekuatan dari segi psikologi kepada BN dan rakyat akan beri pernyataan sah yang lebih mantap lagi khususnya kepada agenda pembangunan Datuk Mukhriz Mahathir sebagai Menteri Besar Kedah yang baharu," katanya.

Dr. Mohd. Azizuddin berkata, walaupun kempen kedua-dua pihak dilihat kurang agresif selepas proses penamaan calon pada 23 Oktober lepas, sebenarnya ia agresif tanpa tidak ditunjukkan kerana kedua-dua parti menyedari akan sentimen tempatan dan kerana itu penampilan calon-calon dilihat sederhana.

"Ini kerana penduduk di DUN Sungai Limau agak konservatif dan cara hidup bersederhana. Jadi penampilan calon perlulah bersederhana. Yang saya bimbang orang luar yang berkempen cara agresif tapi tak faham pendekatan dan cara hidup di DUN Sungai Limau. Kesopanan dan tatasusila kena jaga ketika berkempen di sana," katanya.

Menurut beliau, peluang kedua-dua parti pada PRK kali ini dilihat seimbang walaupun DUN Sungai Limau dikatakan kubu kuat Pas sejak 1995.

"Peluang untuk BN menang ada dan BN kena tumpukan kempen kepada pengundi muda yang berada di luar, serta pengundi Cina di pekan. Ada kecenderungan mereka kembali menyokong BN," katanya.

Untuk rekod daripada 27,222 pengundi, kedua-dua parti iaitu Pas dan BN mempunyai anggota yang hampir sama banyak sebagai pengundi dan pengundi atas pagar pula kira-kira 24 peratus yang akan menjadi penentu pada Isnin ini.

DUN Sungai Limau mungkin dilihat sebagai kubu kuat Pas kerana diwakili oleh Azizan sejak 1995 dan merupakan Menteri Besar Kedah bagi tempoh satu penggal iaitu dari 2008 hingga Mei lepas.

Namun fakta menunjukkan DUN Sungai Limau, sebelum Pilihan Raya Umum 2004 dikenali sebagai DUN Sala, bukan hak milik mutlak mana-mana parti kerana wakil rakyat di kawasan itu sering silih berganti antara wakil BN dan Pas.

Pas dalam usahanya mengekalkan kerusi DUN itu telah memainkan hubungan calonnya, Mohd. Azam Abd. Samat sebagai anak didik Azizan dan mempunyai hubungan kekeluargaan dengannya, malah telah menggunakan gambar dan nama Azizan dalam kempennya.

Dalam ketaksuban mereka mempamerkan hubungan yang akrab antara Azizan dan Mohd. Azam sehingga sanggup mengeluarkan risalah calon dengan menggunakan gambar calon menggantikan wajah seorang daripada dua wartawan kanan akhbar Sinar Harian yang mengunjungi Azizan pada 2011.

Calon BN, Dr. Ahmad Sohaimi Lazim, walaupun bekas pensyarah kanan Universiti Pendidikan Sultan Idris dilihat tidak menonjolkan diri dan menjalankan kempen lebih kepada bersemuka yang memenuhi 'selera' penduduk tempatan.

Bagi Dr. Mohd. Azizuddin, strategi calon BN berkesan berbanding strategi Pas yang 'lebih menampakkan macam mereka terdesak kerana masih gunakan Ustaz Azizan.'

Mukhriz, yang juga Pengerusi BN Kedah, baru-baru ini menyatakan keyakinannya yang BN akan diterima penduduk DUN Sungai Limau kerana hanya parti itu yang mampu membawa pembangunan ke kawasan itu.

"Walaupun BN kalah di DUN Sungai Limau sejak Pilihan Raya Umum 1995, rakyat perlu melihat kesungguhan BN untuk memajukan Kedah selepas kembali menerajui negeri ini dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) pada Mei lalu.

"Kami parti yang menunaikan janji. Selepas menang, saya dan barisan Exco berusaha gigih untuk membangunkan Kedah. Ini (pembangunan) memang diperlukan dan dituntut oleh rakyat. Kami tawarkan (apa yang boleh dibuat), sekiranya boleh diterima rakyat di Sungai Limau," katanya.

Pesuruhjaya Pas Kedah, Datuk Mahfuz Omar pula berkata, tinjauan terkini parti itu menunjukkan Pas mampu mengekalkan kerusi DUN Sungai Limau dengan majoriti yang kurang, iaitu hanya 500 undi.

PRK kali ini sebenarnya bukan sahaja, pertembungan antara BN dan Pas, bukan sahaja antara Dr. Ahmad Sohaimi dan Mohd. Azam, tetapi juga antara Mukhriz dan Mahfuz yang baharu sahaja dilantik mengetuai parti masing-masing di peringkat negeri selepas PRU-13, Mei lepas. — BERNAMA

Penduduk diancam bau busuk

Posted: 02 Nov 2013 10:48 AM PDT

Reezal Merican Naina Merican (kanan) bersama penduduk melihat kawasan pencemaran bau dan air yang didakwa berpunca daripada kilang memproses plastik kitar semula semasa melakukan tinjauan di Kampung Ekor Kuching, Kepala Batas, Pulau Pinang, semalam. - MINGGUAN/SAZALI CHE DIN

KEPALA BATAS 2 Nov. - Kira-kira 100 keluarga di Kampung Ekor Kuching di sini diancam bau busuk dan pencemaran air dari sebuah kilang memproses plastik kitar semula sejak tiga bulan lalu.

Pencemaran bau itu paling ketara pada waktu malam dan membimbangkan penduduk kerana turut menyebabkan sumber bekalan air telaga tiub dalam tanah tercemar.

Seorang penduduk Awang Dahaman, 79, mendakwa, bau busuk dari kilang itu amat ketara pada waktu hujan.

"Air dari sisa kilang itu juga dipercayai mencemarkan bekalan air telaga tiub yang digunakan penduduk di sini untuk membasuh pakaian dan mandi," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Sementara itu, Setiausaha Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKP) Kubang Menerong, Rahmat Idrus, 58, berkata, kilang itu juga didakwa membuang sisa air yang diproses ke dalam parit sehingga menyebabkannya mengeluarkan bau busuk.

"Kita bimbang dengan masalah yang dihadapi penduduk dan meminta pihak berkuasa mengatasi masalah ini kerana jika berlarutan mungkin boleh membahayakan kesihatan penduduk berdekatan," katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican ketika meninjau permasalahan penduduk di situ berkata, beliau akan melawat kilang berkenaan bersama-sama dengan agensi kerajaan seperti Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sama ada operasinya sah ataupun tidak.

Mengenai rungutan penduduk kampung berkenaan terhadap lori pasir yang beroperasi tengah malam dan dipandu laju, beliau berkata, pihaknya akan membina bonggol di Jalan Pinang Tunggal-Padang Serai bagi mengatasi masalah tersebut.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Muka Hadapan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Muka Hadapan


Kaum India terbela di bawah BN

Posted: 02 Nov 2013 10:47 AM PDT

Broken Link!

The content you are looking for is not available. You might had clicked on a broken link from another website or the content itself might have been removed.

You may want to consider our archive on

If you think there is an error, please click here to report and let us know.

Jangan main taktik kotor

Posted: 02 Nov 2013 10:47 AM PDT

Broken Link!

The content you are looking for is not available. You might had clicked on a broken link from another website or the content itself might have been removed.

You may want to consider our archive on

If you think there is an error, please click here to report and let us know.

Najib, Muhyiddin hadiri rumah terbuka Deepavali

Posted: 02 Nov 2013 10:47 AM PDT

Broken Link!

The content you are looking for is not available. You might had clicked on a broken link from another website or the content itself might have been removed.

You may want to consider our archive on

If you think there is an error, please click here to report and let us know.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved