Isnin, 14 Oktober 2013

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Jaga keyakinan rakyat pada UMNO

Posted: 14 Oct 2013 11:53 AM PDT

KETIKA UMNO hangat dengan pemilihan parti ketika ini, satu nama besar pemimpin yang telah lulus ujian dengan cemerlang iaitu ketika menangani krisis politik negeri Perak pada 2009, Menteri Besar Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir tidak bertanding.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13 yang lalu, ketika ramai yang tidak memberi harapan Barisan Nasional (BN) akan menang di Perak, Zambry berjaya merampasnya daripada pembangkang dan mengembalikan Perak Darul Ridzuan ke pangkuan BN.

Oleh yang demikian, ramai yang tertanya-tanya mengapa beliau, yang disifatkan sudah memenuhi syarat-syarat untuk bertanding, memutuskan untuk tidak berbuat demikian.

Bersama wartawan UTUSAN MALAYSIA, SAYED HESHAM IDRIS dan jurufoto, ZULKARNAIN MOHD. SAIDIN, Zambry mendedahkan alasan dan pertimbangan beliau di sebalik keputusan untuk tidak bertanding, juga pandangan beliau mengenai suasana pemilihan UMNO ketika ini.

UTUSAN: Mengapa Datuk Seri tidak bertanding pada pemilihan UMNO kali ini?

ZAMBRY: Soalan yang sama pernah dilontarkan kepada saya pada 2009 iaitu sewaktu saya baharu sahaja mengambil alih kepimpinan sebagai Menteri Besar Perak. Ketika itu kedudukan saya sebagai seorang Menteri Besar yang dikatakan berjaya mengembalikan semula kerajaan Barisan Nasional (BN).

Ini (soalan) adalah cepu emas. Ya, saya memikirkan tentang perkara ini, sama ada perlu bertanding di peringkat Majlis Tertinggi (MT) atau tidak. Namun akhirnya kerana saya memikirkan saya tetap akan turut hadir atau berada di dalam mesyuarat MT, maka saya membuat keputusan untuk memberi ruang (bertanding) kepada rakan-rakan lain, yang lebih besar potensinya, sama ada mereka yang berjawatan dalam Kabinet atau pun pemimpin muda yang boleh diberikan peluang untuk menjadi ahli MT.

Ruangannya cuma 25 (kerusi MT) dan saya juga memikirkan untuk memberi tumpuan kepada pembangunan negeri. Insya-Allah saya akan terus membantu di peringkat pusat walaupun tidak bertanding kali ini, dan apabila tiba masanya, saya akan bertanding.

Apabila tidak bertanding, apakah Datuk Seri hilang peluang terbaik untuk berada di pentas politik UMNO?

Saya tidak boleh menolak tafsiran dari kalangan penulis atau penganalisis politik tentang perkara ini. Namun bagi saya, tidak mengapalah (tidak bertanding kali ini) kerana saya percaya nasib dan ketentuan kita akhirnya ditentukan Allah. Kita merancang, kita berdoa, tetapi bukan bermaksud saya hanya menyerah kepada nasib semata-mata. Saya percaya walaupun tidak bertanding (MT), saya masih boleh berbakti kepada parti walaupun tidak berjawatan di peringkat MT.

Dari segi pengalaman dan usia, Datuk Seri dikatakan antara calon yang berpotensi untuk jawatan Naib Presiden. Jadi, mengapa tidak menawarkan diri?

Dari segi faktor umur, mungkin ada yang mengatakan ini adalah waktu yang terbaik (untuk bertanding Naib Presiden).

Namun dari segi faktor masa dan strateginya, adakah ini masa yang terbaik? Hanya kerana disebabkan saya merasakan kali ini adalah peluang terbaik maka saya bertanding, tetapi dalam masa yang sama, Perak sudah ada calon (Naib Presiden) iaitu Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Saya tidak mahu mengulangi sejarah lalu di mana ramai calon dari Perak (yang bertanding), menyebabkan tiada satu pun calon (dari Perak) yang pernah menjawat jawatan tertinggi seperti Naib Presiden atau lebih tinggi daripada itu. Datuk Seri Zahid pula adalah abang senior saya, sama-sama dari kilang Pemuda, kami sama-sama jatuh-bangun dalam politik tanah air.

Ada yang berpandangan Datuk Seri layak untuk bertanding Naib Presiden kerana telah diuji ketika krisis politik Perak pada 2009.

Saya tidak mahu mengangkat diri sendiri dengan mengatakan bahawa saya adalah yang selayaknya atau pun tidak. Saya serahkan kepada ahli UMNO untuk membuat penilaian. Apa yang penting ialah kita mahu mengembalikan keyakinan rakyat kepada UMNO. Ya, barang kali ketika mengejar jawatan tertinggi dalam parti, apalah maknanya kemenangan kita dalam parti tetapi kita kalah dalam pilihan raya. Soal saya diuji dalam keadaan politik yang paling rumit yang berlaku ketika itu, ia adalah satu perkara yang akan diperhalusi oleh semua.

Saya percaya, keputusan saya tidak bertanding (Naib Presiden) kali ini adalah jalan terbaik untuk memastikan keyakinan rakyat terhadap UMNO sentiasa dapat dijaga. Jika tidak kali ini, bila lagi (bertanding Naib Presiden)? Saya tidak boleh beritahu kalau hari ini tidak, bila lagi, kerana kita merancang, Tuhan menentukan. Inilah perjalanan politik setiap orang. Kadang kala kita menjangkakan orang ini naik atau orang ini yang langsung tidak diberikan perhatian, tiba-tiba berlaku sebaliknya. Perkara yang menjadi kata kunci kepada semua ini adalah kesungguhan dan keikhlasan kita memberikan yang terbaik kepada parti.

Pada pandangan Datuk Seri, apakah jawatan tiga Naib Presiden perlu dikekalkan?

Saya lihat seolah-olah berlaku polemik dalam kalangan ahli parti hari ini. Ada yang memberikan pandangan pro dan kontra. Jawatan Naib Presiden adalah hak untuk semua yang memikirkan mereka layak memegang salah satu daripada tempat Naib Presiden. Ada enam calon (pemilihan kali ini) yang merasakan mereka layak dan boleh menduduki tempat sebagai Naib Presiden. Maka hari ini kita membahaskan dan memikirkan siapa di antara mereka yang terbaik.

Dalam kempen, biasanya ada kecenderungan mereka yang berkata Naib Presiden perlu dikekalkan kerana memikirkan UMNO baharu sahaja selesai pilihan raya. Manakala golongan lain pula ada yang mengatakan perlunya transformasi. Apa yang penting, perwakilan harus membuat penilaian terbaik. Saya tidak mahu dianggap sebagai orang yang kononnya ada membuat penilaian kepada team itu atau team ini.

Benarkah Datuk Seri ada membuat endorsement mengenai status quo untuk tiga Naib Presiden (dikekalkan)?

Perkara ini hanya dimainkan oleh sesetengah pihak yang kononnya gamat dengan isu endorsement ini. Biasalah suasana kempen sebegini. Tuduhan seperti ini dilemparkan kepada sesiapa sahaja dari kelompok yang merasakan mereka tidak senang dengan kedudukan yang ada di satu-satu negeri. Ini perkara biasa, tetapi UMNO Perak memberikan ruang sebaik-baiknya kepada semua calon bertanding.

Jangan lupa, Perak adalah negeri pertama yang mengadakan program pengenalan calon. Kita tidak menyekat mana-mana calon, malah semua calon memaklumkan kepada saya bahawa mereka berada di Perak. Saya anggap ini adalah satu proses pemilihan dalam keluarga, jadi mengapa kita perlu sekat orang itu, sekat orang ini.

Apa pandangan Datuk Seri mengenai transformasi pemilihan kali ini yang begitu terbuka?

Pemilihan kali ini mungkin merupakan satu eksperimen untuk menjadikan UMNO sebuah parti yang benar-benar demokratik sehinggakan pemilihan dilakukan sehingga ke peringkat akar umbi. Namun sukar untuk saya membuat penilaian pada tahap ini, tetapi saya yakin proses pemilihan kali ini akan memberikan gambaran jelas apakah eksperimen ini benar-benar berkesan atau memberi kesan yang lebih parah kepada masalah-masalah dalam parti. Saya lihat satu analisis perlu dilakukan selepas pemilihan.

Apakah aspek utama yang perlu dianalisis selepas pemilihan nanti?

Kita perlu melihat sejauh mana keberkesanan sistem pemilihan ini kerana apabila diberi ruang untuk bertanding, apakah masalah politik wang dapat diatasi.

Kalau dahulu ia (politik wang) mungkin berlegar di sekitar 2,700 ke 3,000 perwakilan sahaja, tetapi kali ini ia mungkin berlegar di sekitar 146,000 orang (perwakilan), soalnya apakah ia (politik wang) tidak berlaku lagi? Keduanya, soal mereka yang hendak bertanding. UMNO memberikan ruang sehingga ke peringkat akar umbi, tiada lagi syarat-syarat (sistem kuota) seperti dahulu.

Namun, persoalannya dalam kita memberikan isyarat yang baik dalam memilih pemimpin, tentunya tidak semua orang begitu mudah boleh menawarkan diri untuk jawatan seperti Presiden contohnya. Jawatan Presiden adalah suatu yang serius dan penting. Demikian juga dengan Timbalan Presiden. Perkara ini harus dianalisis.

Ada calon-calon yang kurang berpuas hati dengan sistem pemilihan kali ini, apa komen Datuk Seri?

Dalam proses pemilihan yang begitu besar sudah pasti ia tidak terlepas daripada masalah. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pun ada masalah. Tetapi itu tidak boleh dijadikan alasan untuk kita tidak keluar daripada kelemahan. Bagi saya, belajarlah. Ada kelemahan kita perbaiki, jangan biarkan begitu sahaja. Ibu Pejabat UMNO perlu mengumpul semua maklumat ini supaya dapat diperbaiki kelemahan.

Pemilihan sayap UMNO baharu sahaja selesai. Apa nasihat Datuk Seri kepada golongan muda dalam Pergerakan Pemuda dan Puteri?

Saya dari kilang Pemuda. Saya tidak mahu katakan Pemuda harus ikut zaman kita, Puteri kena ikut zaman Azlina (bekas Ketua Pergerakan Puteri Datuk Seri Azalina Othman Said).

Pertamanya, Pemuda dan Puteri ada cabaran mereka sendiri. Mereka ini mewakili satu generasi yang akan menjadi penerus dan pewaris kepada perjuangan parti.

Keduanya, tidak salah jika mereka bercita-cita. Mungkin ada yang berkata, orang muda kena tunggu giliran. Saya tidak percaya aspek itu. Itu hanya alasan untuk menidakkan golongan muda yang mahu terlibat secara aktif dalam politik. Tidak salah mereka bercita-cita besar, cuma dalam masa yang sama, jagalah hubungan dengan orang lama.

Ketiganya, binalah idealisme perjuangan. Jangan lari dari asas kita.

Benarkah orang muda hari ini semakin menjauhkan diri daripada UMNO?

Saya lihat ya dan tidak. Ya, mungkin sebab hasutan dari segi apa yang dipaparkan kepada mereka hanyalah persepsi. Tidak, kerana bagi saya untuk menyatakan keseluruhan orang muda tidak menyokong UMNO tidak benar, kerana dalam konteks di luar bandar dan kampung-kampung misalnya, 53 peratus orang muda menyokong kita dalam pilihan raya lalu.

Namun kita jangan ambil mudah, kerana cabaran kita berbeza, anak muda hari ini berbeza, mereka terdedah kepada maklumat dan berita di media sosial yang mereka lihat setiap hari. Cabaran ini sangat besar. Fahamilah bahasa dan nuansa orang muda kalau mahu mereka sokong kita.

Mengapa orang akademik profesional lebih selesa di pentas pembangkang?

Jawapannya mudah, suara mereka didengar. Sedangkan di dalam UMNO mereka terpaksa bertarung habis-habisan dan kadang kala mereka tewas di pertengahan jalan. Mereka mahu memberikan sumbangan bakti kepada UMNO, ini yang saya dengar. Umpamanya saya dengar ada yang mahu bertanding di peringkat cawangan pun tak boleh, akhirnya ia akan berterusan menimbulkan kekecewaan. Saya tidak menafikan ada juga yang berjaya.

Kita harus melihat bagaimana UMNO 67 tahun dulu juga bermula daripada gerakan mereka yang cerdik pandai seperti guru-guru, para peguam, doktor, cendekiawan dan diikuti pensyarah di universiti ketika itu dan kini sudah ada golongan korporat. Tetapi hari ini ada yang melihat golongan muda dan cendekiawan ini sebagai ancaman masa depan kepada kedudukan kita yang selesa. Kita perlu berani dan bersama dengan golongan ini. Tetapi jangan pula kita lupa pada golongan akar umbi yang tetap setia dengan kita.

Datuk Seri mengharungi karier politik yang panjang. Apakah ini menjadikan satu kelebihan atau melambatkan karier politik Datuk Seri?

Saya adalah pemimpin akar umbi. Saya manusia kecil yang bertatih dalam politik. Saya bermula sebagai ahli di cawangan, ahli jawatankuasa (AJK) cawangan, bergerak menjadi AJK Pemuda bahagian dan ketua Pemuda bahagian. Selepas itu Exco Pemuda UMNO, Ketua Pergerakan Pemuda Perak dan bertanding Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun), menjadi Exco seterusnya sebagai Menteri Besar.

Saya menjalani karier politik dengan penuh sabar, kerana saya tahu itulah kedudukan saya ketika itu. Semua itu sebenarnya mematangkan saya. Ia memberikan saya pengalaman untuk mengemudi perjuangan termasuk ketika menghadapi krisis politik di Perak pada 2009, yang tidak pernah berlaku dalam sejarah politik negara. Saya tidak kata saya yang terbaik, tetapi saya cuba melaksanakan yang terbaik, biarlah rakyat menilai.

Menjelang pemilihan peringkat bahagian UMNO Sabtu ini khususnya bagi negeri Perak, apa nasihat Datuk Seri?

Dalam konteks negeri Perak, saya harap pemilihan berlangsung dalam suasana kekeluargaan, jangan anggap pertandingan ini seperti berpatah arang berkerat rotan. Pemilihan ini akan menguji kematangan kita dalam berpolitik khususnya untuk menghadapi pilihan raya akan datang.

Perlu diingatkan selepas pemilihan nanti, kita akan kembali kepada kehidupan biasa dan ke mana kita selepas itu? Adakah kita akan terus bercakap soal pemilihan peringkat pusat atau bahagian? Perhatian yang lebih besar, adakah kita bersedia untuk menghadapi pilihan raya yang akan datang, yang sekali lagi akan menyaksikan pertarungan hidup mati kita.

Ke mana karier politik Datuk Seri selepas ini?

Biarlah soalan itu berakhir dengan satu tanda soalan.

Semarakkan ibadat sambut Aidiladha

Posted: 14 Oct 2013 11:53 AM PDT

Oleh Mohd. Radzi Mohd. Zin
pengarang@utusan.com.my

PADA setiap 10 Zulhijjah iaitu hari ini, umat Islam seluruh dunia menyambut Hari Raya Aidiladha iaitu satu lagi hari kebesaran dalam Islam selain Hari Raya Aidilfitri.

Alhamdulillah, kita dapat menyambut perayaan ini dalam keadaan aman damai serta rezeki yang melimpah ruah dalam negara yang tercinta ini. Semoga Allah memelihara nikmat dan keamanan yang kita kecapi ini.

Dalam masa yang sama iaitu pada 9 Zulhijjah, jutaan jemaah haji akan berada di Arafah untuk berwukuf bagi menyempurnakan rukun haji. Wukuf bermaksud berhenti atau berada di Padang Arafah pada masa yang ditetapkan.

Wukuf sangat penting kerana Nabi SAW bersabda: Haji itu mesti berwukuf di Arafah". (riwayat Nasai dan Tirmidzi)

Malangnya, masih ramai dalam kalangan kita yang tidak memberi perhatian kepada beberapa amalan sunat lain yang terkandung dalam Aidiladha.

Walhal Aidiladha menyediakan banyak peluang untuk kita melakukan pelbagai ibadat sunat dalam usaha mendekatkan diri (taqarrub) kepada Allah.

Nabi Muhammad SAW bersabda: Tidak ada hari-hari yang lebih disukai oleh Allah di kala Dia disembah daripada sepuluh Zulhijjah". (riwayat Abu Hurairah).

Apabila tiba 10 Zulhijjah yang lebih dikenali dengan Hari Raya Korban, maka hendaklah menggandakan usaha melakukan ketaatan kerana sesungguhnya ia adalah hari yang paling afdal di sisi Allah SWT dan dijadikan kehormatan pada sebelah siangnya.

Dari segi bahasa korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.

Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud: Tiada sesuatu amalan anak Adam di hari Nahar (Hari Raya Korban) yang lebih disukai Allah selain menyembelih haiwan korban. Sesungguhnya haiwan itu akan datang pada hari kiamat (sebagai saksi) dengan cukup segala tubuh anggota, cukup bulunya, tanduknya, dan kuku-kukunya. Dan sesungguhnya darah haiwan korban telah terletak pada suatu tempat di sisi Allah SWT. sebelum mengalir ke tanah. Kerana itu berbahagialah dirimu dengannya". (riwayat Tirmizi, Ibnu Majah dan Hakim).

Ibadat korban Aidiladha boleh dilakukan selama empat hari bermula 10 Zulhijjah iaitu pada hari nahar atau Hari Raya Haji (10 Zulhijjah) dan pada hari tasyrik (11,12 dan 13 Zulhijjah).

Dalam kemeriahan melakukan ibadat korban, mari kita memperbaiki ibadat sunat muakkad di dalamnya. Di Malaysia, kebanyakan penduduk taman perumahan di kampung atau di bandar menyembelih haiwan ternakan sebagai tanda bersyukur atas nikmat yang dikurniakan Allah.

Apa yang perlu diperhalusi adalah dalam segi sifat ihsan kita semasa menyembelih haiwan sama ada lembu, kambing mahu pun unta. Janganlah kita melakukan penyeksaan tanpa disedari. Antaranya duduk di atas haiwan tersebut, menindih badannya dengan pelbagai jenis kayu, menjatuhkannya dengan kasar dan lebih kejam lagi melapahnya sebelum ia benar-benar mati.

Begitu juga dengan petugas dan penerima daging korban. Jangan hendaknya belum pun selesai kerja-kerja memotong daging korban, ekor lembu sudah hilang atau ada yang mengambil daging melebihi daripada yang sepatutnya.

Berhati-hatilah supaya usaha kita membantu kerja-kerja menyembelih haiwan korban yang sepatutnya mendapat ganjaran pahala bertukar kepada beroleh dosa gara-gara mengambil hak orang lain.

Selain itu, marilah kita mengamalkan lain-lain perkara sunat semasa Hari Raya Aidiladha seperti berikut:-

* Mandi sunat Aidiladha pada pagi harinya.

* Memakai pakaian baru dan bersih sebagai tanda syukur kepada Allah.

* Memakai haruman dan wangian yang menyenangkan.

* Memohon keampunan dan bermaaf-maafan sesama ahli keluarga.

* Sunat menjamah makan-minum selepas selesai solat hari raya.

* Menggunakan jalan berbeza sewaktu pergi dan pulang dari masjid.

* Lebih afdal dengan berjalan kaki jika masjid tidak terlalu jauh.

* Bertakbir, tahmid dan tahlil bermula dari malam 10 Zulhijjah hingga terbenam matahari pada 13 Zulhijjah (Takbir Muqayyad).

* Bersolat sunat hari raya dan mendengar khutbah penuh penghayatan.

* Ziarah menziarahi kaum keluarga, jiran tetangga, dan sahabat handai.

* Bersedekah kepada mereka yang memerlukan.

* Elakkan sambutan hari raya daripada perkara yang ditegah syarak.

Kita juga digalakkan banyak membaca doa Nabi Yunus iaitu Tiada Tuhan melainkan Dikau (Allah)! Maha Suci Dikau! Sesungguhnya daku ini dari golongan orang yang aniaya.

Ketika ditelan oleh ikan nun, dalam kegelapan malam dan kegelapan lautan, Nabi Yunus berdoa dengan doa ini. Lalu, Allah menyelamatkannya dan ikan itu memuntahkannya.

Selain itu, kita disunatkan memperbanyakkan bertakbir sebagai tanda mensyukuri nikmat Allah SWT. Nabi Muhammad SAW bersabda: Hiasilah hari raya (Aidilfitri dan Aidiladha) kamu dengan takbir, tahlil, tahmid dan taqdis (mengingati dan mengagungkan Allah)". (riwayat al-Tabrani).

Aidiladha adalah bagi mengikis kelekaan terhadap keduniaan. Ia juga menilai di antara ketaksuban mencintai harta duniawi atau sanggup mengeluarkan sebahagiannya bagi mendapatkan keredaan Allah SWT.

Namun, bukanlah wang ringgit yang dibelanjakan untuk membeli lembu dan kambing korban itu yang menjadi ukuran. Sebaliknya, keikhlasan pada mereka yang mengerjakan ibadat itu menjadi penentu diterima atau tidak amalan tersebut.

Ingatlah firman Allah SWT yang bermaksud: Daging-daging korban serta darahnya sekali-kali tidak akan dapat mencapai (keredaan Allah SWT, tetapi ketakwaan (orang yang menunaikan ibadah korban) itulah yang dapat mencapainya, demikianlah Allah SWT telah menunjukkannya untuk kamu supaya kamu mengagungkan Allah kerana (memberi) hidayahnya kepada kamu. Dan berilah khabar gembira kepada orang yang berbuat baik. (al-Hajj: 37).

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Kota

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Perlu hadir sesi taklimat - PKB

Posted: 13 Oct 2013 12:21 PM PDT

Oleh MUHAMAD AIMY AHMAD
kota@utusangroup.com.my

TIGA penduduk Kampung Baru kelihatan tertarik dengan ilustrasi artis berhubung pelan cadangan pembangunan Kampung Baru selepas menghadiri sesi taklimat khas di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur kelmarin.
Gambar : Aizzul A.Majid / Pem : Aimy (KOTA)

KUALA LUMPUR 13 Okt. - Taklimat khas yang dianjurkan oleh Perbadanan Pembangunan Kampung Baru (PKB) kepada pemilik dan pewaris hartanah merupakan medan untuk mendapatkan maklumat tepat mengenai perancangan yang akan dilakukan ke atas kawasan itu.

Ketua Pegawai Eksekutif PKB, Naharuddin Abdullah berkata, penduduk dan pihak-pihak berkepentingan perlu menghadiri sesi taklimat yang diadakan secara bersiri itu bagi mengelakkan mereka mendapat maklumat yang salah.

"Pembangunan semula Kampung Baru memerlukan kerjasama semua pihak dan mereka perlu memahami dan menerima maklumat tepat mengenai projek itu sebelum mencapai sesuatu keputusan.

"Bagi mereka yang kurang faham dengan apa yang dirancang terhadap kawasan ini berpunca daripada mendapat maklumat daripada pihak ketiga sekali gus mengganggu kelancaran perancangan yang telah dilakukan," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan penerangan dalam sesi taklimat khas kepada penduduk dan pewaris tanah Kampung Baru di Dewan Kelab Sultan Sulaiman semalam.

Yang turut hadir, Pengerusi PKB, Datuk Astaman Aziz dan Pengerusi Majlis Penasihat PKB, Datuk Mohd. Khay Ibrahim.

Taklimat kepada penduduk Kampung Paya itu adalah siri keempat yang diadakan oleh PKB untuk menjelaskan hala tuju dan inisiatif yang ada dalam pembangunan semula kawasan itu.

Terdapat tujuh buah kampung di Kampung Baru termasuk Kampung Paya. Tiga lagi siri taklimat khas itu telah dilaksanakan di Kampung Periuk dan Kampung Ujong Pasir.

Sesi seterusnya akan dibuat di Kampung Atas A, Kampung Atas B dan Kampung Pindah.

Tambah Naharuddin, tahap keyakinan pewaris tanah di situ juga mula meningkat selepas menghadiri sesi taklimat yang diadakan termasuk mengadakan perbincangan di pejabat PKB sebelum ini.

"Ini adalah saluran rasmi PKB, dengan adanya sesi taklimat ini pelbagai persoalan atau penyelesaian dapat dicari secara bersama untuk menjayakan apa yang telah dirancangkan.

"Ini juga landasan bagi PKB mendapatkan cadangan untuk ditambah dalam pelan induk pembangunan yang akan dimuktamadkan pada April 2014," ujarnya.

Golongan muda digalak cebur perniagaan

Posted: 13 Oct 2013 12:21 PM PDT

Tengku Adnan Tengku Mansor (tiga dari kiri), menyerahkan plak tandatangan perasmian kepada Ibrisam Daud selepas merasmikan kedai motosikal S4M Motorsport sambil diperhatikan oleh selebriti jemputan, Datuk Rosyam Nor (kanan) dan Maznah Zulkifli (dua dari kiri) di Kuala Lumpur, kelmarin.

KUALA LUMPUR 13 Okt. - Golongan muda digalak supaya menceburkan diri ke dalam bidang perniagaan bagi mewujudkan rantaian perniagaan yang kuat di kalangan bumiputera.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, golongan muda bumiputra harus berani untuk menjalankan perniagaan tidak kira kecil mahupun besar.

"Apabila wujud ramai usahawan muda, ekonomi negara tidak lagi dimonopoli oleh sesetengah pihak sahaja," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan bilik pameran S4M Motorsport di sini semalam.

Tengku Adnan berkata, pembukaan kedai motosikal berkuasa tinggi itu merupakan satu usaha yang perlu dicontohi oleh golongan muda di negara ini dan diharap mampu memberi perkhidmatan terbaik kepada pelanggan.

Sementara itu, Pengurus Operasi S4M Motorsport, Ibrisam Daud berkata, perniagaannya turut menawarkan pelbagai perkhidmatan menarik seperti memberi nasihat teknik keselamatan menunggang motosikal dan juga bengkel.

"Selain itu kami juga menawarkan pelbagai jenis aksesori dan alat ganti," katanya.

Prasarana tubuh unit integriti

Posted: 13 Oct 2013 12:21 PM PDT

KUALA LUMPUR 13 Okt. - Syarikat Prasarana Negara Bhd. (Prasarana) menyambut baik cadangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) agar syarikat tersebut menubuhkan sebuah unit pengurusan integriti bagi memastikan ketelusan perkhidmatannya.

Pengerusi Kumpulan Prasarana, Tan Sri Ismail Adam berkata, sehubungan itu, pihaknya bersedia untuk berbincang dengan SPRM secara lebih mendalam mengenainya.

"Jika perlu kita akan pelajari daripada amalan terbaik di seluruh dunia," katanya dalam sidang akhbar Majlis Pelancaran Oktober sebagai bulan integriti Kumpulan Prasarana di Kelana Jaya dekat sini baru-baru ini.

Yang turut hadir Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamed dan Pengarah Urusan Kumpulan Prasarana, Datuk Shahril Mokhtar.

Terdahulu, Abu Kassim dalam ucapannya berkata, beliau tertarik dengan perkhidmatan syarikat pengurusan pengangkutan Amerika Syarikat, Metropolitan Transportation Authority (MTA) yang mempunyai unit pengurusan integriti yang dikenali sebagai Office of Inspector General (OIG) serta mencadangkan Prasarana melakukan perkara sama.

Abu Kassim turut menyampaikan watikah pelantikan kepada 11 kakitangan Prasarana yang dilantik sebagai Duta Integriti.

Menurut Abu Kassim, antara tanggungjawab OIG ialah menyemak latar belakang syarikat yang berurusan bersama MTA bagi memastikan ketelusan kedua-dua pihak.

Pada majlis tersebut, Ab

Dalam pada itu, Ismail berkata, Prasarana juga bercadang untuk menghebahkan laporan secara tahunan mengenai salah laku kakitangan syarikat terbabit sekiranya mereka melakukan kesalahan.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Johor

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Ekonomi Mersing bakal melonjak

Posted: 13 Oct 2013 12:21 PM PDT

Oleh AZIZI MAJID
utusanjohor@utusan.com.my

Mohamed Khaled Nordin (tiga dari kiri) menekan butang elektronik sebagai gimik merasmikan Majlis Perasmian Empower ECER Mersing, di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Mersing, Johor, semalam, - utusan/AMIN FARIJ HASAN

MERSING 13 Okt. - Dua projek pembangunan modal insan yang diperkenalkan Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) yang dikenali Program Empower bukan sahaja mampu meningkatkan status sosioekonomi penduduk tempatan malah dapat memperkukuh peranan serta kedudukannya dalam sektor pelancongan.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, dua projek berkenaan iaitu Pusat Pembinaan dan Penyelenggaraan Bot serta Terminal Jahitan di Kampung Pengkalan Batu dan pembinaan medan ikan bakar di Sungai Endau dapat mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.

Beliau berkata, program yang dilaksana menerusi Empower ECERDC itu akan memberi manfaat secara langsung kepada rakyat dan sejajar Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang bertujuan mewujudkan masyarakat berpendapatan tinggi di negara ini.

"Setakat ini lebih 22,000 penduduk di kawasan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) mendapat manfaat daripada program Empower ECERDC, malah beberapa peserta yang mendapat latihan kemahiran dan keusahawanan program itu dilaporkan berjaya mendapat pendapatan mencecah RM5,000 sehingga RM20,000.

"Saya berharap kejayaan yang sama akan turut dicapai oleh peserta Empower ECERDC di Mersing," katanya ketika berucap merasmikan Empower ECERDC Mersing dan Program Pembangunan Modal Insan ECER di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, di sini hari ini.

Mohamed Khaled berkata, Empower ECERDC sebelum ini telah dilaksana di 10 buah lokasi dan Mersing merupakan lokasi ke-11 pelaksanaan program berkenaan dengan program latihan kemahiran dan keusahawanan membabitkan penyertaan seramai 800 peserta.

Katanya, kerajaan sentiasa memastikan pembangunan bukan sahaja dilaksanakan di bandar-bandar besar tetapi secara menyeluruh termasuk di luar bandar bagi memastikan semua golongan mendapat manfaat daripada nikmat pembangunan yang dilaksanakan oleh kerajaan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif ECER, Datuk Jebasingam Issace John, berkata, selain dua projek itu ECERDC turut melaksana pelbagai projek kegiatan pelancongan di daerah ini termasuk kajian ekopelancongan Taman Negara Endau-Mersing serta meningkatkan infrastruktur dan kemudahan asas di gugusan kepulauan di daerah ini.

"Semua projek itu dijangka membantu merancakkan lagi aktiviti berkaitan pelancongan di Mersing seterusnya akan membawa kesan limpahan ekonomi yang akan memberi manfaat kepada rakyat dari segi peluang pekerjaan dan perniagaan," katanya.

22 Ketua Wanita UMNO kekal kerusi

Posted: 13 Oct 2013 12:21 PM PDT

Noraini Ahmad, Hamimah Mansor, Sharifah Azizah, Asiah Md. Ariff

JOHOR BAHRU 13 Okt. - Seramai 22 daripada 26 penyandang jawatan Ketua Wanita UMNO di negeri ini berjaya mengekalkan jawatan masing-masing dalam pemilihan parti itu semalam.

Daripada jumlah tersebut, 12 menang tanpa bertanding termasuk Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga negeri, Asiah Md. Ariff di UMNO Bahagian Kota Tinggi; bekas Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Noraini Ahmad (Parit Sulong) dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penawar, Hamimah Mansor.

Ketua Wanita UMNO negeri, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain turut berjaya mempertahankan jawatan sebagai Ketua UMNO Bahagian Kluang apabila menewaskan Haslina Mohamad Dom dengan majoriti besar iaitu 184 undi.

Seramai empat daripada penyandang Ketua Wanita bahagian tumpas kepada lawan masing-masing.

Empat penyandang yang tewas ialah Maimunah Sarpah di bahagian Ledang apabila mendapat 218 undi berbanding 322 undi yang diperoleh pencabarnya, Khairin Nisa Ismail.

Turut gagal mempertahankan jawatan ialah Salmah Saffar yang tewas kepada Saadiah Hussin dalam persaingan tiga penjuru di UMNO Bahagian Johor Bahru. Salmah mendapat 114, manakala Saadiah memperoleh 155 undi dan Inzura Isnin hanya meraih 76 undi.

Aminah Abdullah pula tewas kepada pencabarnya, Hasrunizah Hassan di UMNO Bahagian Pontian apabila mendapat 225 berbanding Hasrunizah Hassan yang memperoleh 322 undi. Normah Mohamed yang hanya mendapat 99 undi pula tewas di UMNO Bahagian Tanjung Piai dalam saingan tiga penjuru kepada Zarina Mohamed Bain yang meraih 154 undi dan Norazrina Amir Hamzah dengan 151.

Dalam pada itu, hanya dua penyandang jawatan Ketua Pemuda Bahagian berjaya mempertahankan jawatan masing-masing.

Syahrin Md. Jamaluddin menewaskan Zuraimi Khamis dengan majoriti 28 undi apabila mendapat 166 berbanding 138 undi diperoleh pencabarnya di UMNO Bahagian Tebrau.

Sementara itu, Mohd. Amin Hamidon@Hampon pula mengekalkan jawatan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pengerang apabila menewaskan Zebree Hashim dengan majoriti 39 undi. Beliau mendapat 96 berbanding 57 undi yang diperoleh pencabarnya.

Tiga penyandang yang tewas ialah Azizul Kamar Abdul Rahman di UMNO Bahagian Batu Pahat, Rohazam Shah Ahmad (Pasir Gudang) dan Nasrihat Turiman (Pontian).

Azizul tewas kepada Razmi Ismail, manakala Rohazam dan Nasrihat, masing-masing kalah dalam persaingan dengan Azman Jaafar dan Mohd. Helmi Buang.

Sementara itu, ketujuh-tujuh penyandang Ketua Puteri menang tanpa bertanding di bahagian masing-masing.

Mereka ialah Norul Huda Marsidin di Labis, Rohaizah Ahmad (Pagoh), Fahariyah Nordin (Ledang), Nuriyati Ad. Ithnin (Ayer Hitam), Nor Rashidah Ramli (Sri Gading), Norhafizah Mohamed@Moh (Sembrong) dan Azura Mohd. Afandi (Johor Bahru).

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Dalam Negeri

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Kalimah Allah: Semua pihak harus terima keputusan mahkamah - Jamil

Posted: 14 Oct 2013 01:55 AM PDT

MEKAH 14 Okt. - Semua pihak harus menerima keputusan Mahkamah Rayuan yang melarang penerbitan mingguan Katolik, The Herald, menggunakan kalimah Allah, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Jamil Khir berkata, kerajaan menyambut baik keputusan Mahkamah Rayuan hari ini yang membenarkan rayuan kerajaan serta sembilan perayu lain untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi pada 2009 yang membenarkan penerbitan itu menggunakan kalimah 'Allah' sebagai merujuk kepada 'Tuhan'.

"Keputusan mahkamah itu dianggap sebagai hadiah untuk umat Islam Malaysia sempena hari wukuf di Arafah," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Dalam keputusan itu, panel tiga anggota hakim diketuai Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Mohamed Apandi Ali berkata:

"Ia merupakan dapatan bersama kami bahawa penggunaan nama 'Allah' bukan sebahagian daripada kepercayaan dan amalan agama Kristian". - BERNAMA

PM terima kunjungan hormat PM Solomon

Posted: 14 Oct 2013 01:53 AM PDT

PUTRAJAYA 14 Okt. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerima kunjungan hormat Perdana Menteri Kepulauan Solomon Gordon Darcy Lilo di pejabat beliau di Kompleks Perdana Putra di sini hari ini.

Kedua-dua Perdana Menteri membincangkan isu dua hala dalam pertemuan 30 minit itu. Turut hadir Menteri Luar Kepulauan Solomon, Clay Forau Soalaoi dan Pesuruhjaya Tinggi Kepuluan Solomon ke Malaysia, Victor Samuel Ngele.

Hadir sama Timbalan Ketua Setiausaha Hal Ehwal Luar Malaysia, Datuk Ramlan Ibrahim dan Penasihat Khas (Hubungan Antarabangsa) kepada Perdana Menteri Datuk, Mohammad Kamal Yan Yahaya.

Lawatan Lilo itu bersempena dengan pembukaan pejabat Suruhanjaya Tinggi negara berkenaan di Malaysia pagi ini dan beliau dijadual berlepas pulang esok.

Pejabat Suruhanjaya Tinggi di Kuala Lumpur adalah yang pertama bagi Kepulauan Solomon di negara Asia Tenggara dan kesembilan di dunia. - BERNAMA

Haji: 64 daripada 66 jemaah sakit dibawa ke Arafah

Posted: 14 Oct 2013 01:01 AM PDT

MEKAH 14 Okt. - Sebanyak 64 daripada 66 jemaah haji Malaysia yang dimasukkan ke wad perubatan Tabung Haji (TH) dan Hospital Kerajaan Arab Saudi telah dibawa ke khemah pesakit di Arafah untuk menunaikan rukun haji yang kedua iaitu berwukuf.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, dua lagi daripada jemaah itu yang masih berada dalam wad Hospital Kerajaan Arab Saudi dan mereka dilaporkan masih belum sedar.

"Kita telah membawa semua jemaah yang sakit dan tempatkan mereka dalam khemas khas perubatan untuk berwukuf kecuali dua daripada jemaah itu," katanya kepada pemberita selepas melawat khemah-khemah pesakit dan warga emas di sini hari ini.

Jemaah yang sakit itu dimasukkan ke wad pusat rawatan TH di Aziziah, Syisyah dan pusat-pusat rawatan di Maktab masing-masing manakala empat pesakit pula dimasukkan ke hospital kerajaan Arab Saudi untuk rawatan lanjut.

Sehingga semalam, sebanyak 66 jemaah haji Malaysia masih berada di wad-wad pusat rawatan Tabung Haji (TH) iaitu di Aziziah, Syisyah dan pusat-pusat rawatan di Maktab masing-masing manakala empat lagi di Hospital Kerajaan Arab Saudi di Makkah untuk rawatan lanjut.

Rukun haji yang kedua mewajibkan seseorang jemaah haji berwukuf di Arafah walaupun untuk seketika untuk berdoa. - BERNAMA

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Selatan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


Rampas Parlimen Bukit Katil

Posted: 13 Oct 2013 12:21 PM PDT

Oleh NORLIZA MOHAMAD ZAKARIA
utusanmelaka@utusan.com.my

REAKSI spontan Rohazam Bakar terhadap isterinya, Azniza Ahmad Khuzari yang memenangi kerusi Ketua Puteri UMNO Alor Gajah di Melaka, semalam.

MELAKA 13 Okt. - Semua calon yang menang dalam pemilihan sayap Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Bukit Katil berjanji ingin memastikan kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Baru dirampas kembali dalam Pilihan Raya Umum Ke-14.

Ketua Wanita baharu, Kalsom Noordin berkata, beliau akan menerajui kepimpinan Wanita bahagian itu dengan memperhalusi segala gerak kerja terutama dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang.

"Kita akan lakukan lebih banyak aktiviti yang mampu merapatkan semula barisan parti, kalau boleh kita tidak mahu lagi berlaku kekalahan mengejut seperti yang pernah berlaku terhadap bekas Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam dahulu," katanya.

Kalsom menang jawatan itu selepas memperoleh sebanyak 239 undi menewaskan pencabarnya, Noridah Md. Isa yang mendapat 143 undi.

Ketua Pemudanya, Rohazam Bakar pula berkata, beliau bersedia menjalankan gerak kerja bagi memperkukuh Pemuda untuk merampas kembali Parlimen Bukit Katil dan DUN Bukit Baru.

Katanya, kepercayaan yang diberikan oleh ahli parti mencerminkan keterbukaan mereka dalam memilih pemimpin secara demokrasi biarpun ada yang bertanding melawan ahli keluarga sendiri.

"Saya sebenarnya tidak menjangka kemenangan ini, setiap calon ada kekuatan dan kelebihan dan ini bagi saya sesuatu yang baik," katanya.

Rohazam yang telah aktif berpolitik sejak 10 tahun lalu memperoleh 149 undi menewaskan bapa saudaranya, Abu Razak Abu Hassan (111) dan EsrulAfindi Dahlan (106).

Bagi Ketua Puteri, Siti Aisyah Mahmood, sokongan yang diberikan oleh ahli parti terhadapnya memberi semangat untuknya membawa transformasi kepada Puteri UMNO Bahagian Bukit Katil.

"Kita mahu jadikan Puteri sebagai model kepada masyarakat dengan menekankan dakwah secara beradab, keterampilan, kebajikan dan kerjaya," ujarnya.

Siti Aisyah memperoleh 168 undian menewaskan pencabarnya Zalina Ismail yang memperoleh 104 undian.

Kejutan, ketua baharu warnai pemilihan sayap NS

Posted: 13 Oct 2013 12:21 PM PDT

Norhayati, Mohd. Nizam, Zuliana

SEREMBAN 13 Okt. - Banyak kejutan yang berlaku dalam pemilihan Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO Bahagian di negeri ini semalam yang menyaksikan senarai ketua berubah dengan ketara.

Setiausaha Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Hasim Rusdi memberitahu, dalam sayap Pemuda sahaja menyaksikan beberapa bahagian diisi pemimpin baharu manakala Wanita pula menyaksikan perubahan di beberapa bahagian dan lima dalam kalangan Puteri UMNO menang tanpa bertanding.

Ini jelas menyaksikan proses kematangan itu sedang berlaku dan kepimpinan baharu ini adalah individu yang telah diberi kepercayaan untuk membawa hala tuju parti ke arah yang lebih positif," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Ujar beliau, barisan muda dan bertenaga serta diadun dengan mereka yang telah berpengalaman berkhidmat dalam parti adalah kekuatan yang memperlihatkan pembaharuan dalam gerak kerja, keserasian kepada rakyat dan paling utama penggerak dalam jentera Pilihan Raya Umum Ke-14.

Katanya, melihat sayap Wanita UMNO Bahagian di negeri ini, paling ketara perubahan yang berlaku ialah di bahagian Tampin yang menyaksikan penyandangnya, Datuk Zainab Nasir sekadar memperoleh 38 undi berbanding pencabar Zuredah Muhammad yang mendapat 188 undi.

Tambah beliau, wanita Tampin mahu melihat kepimpinan baharu yang dapat mencorakkan masa hadapan ahli dan kepercayaan rakyat bagi persediaan yang lebih baik pada PRU-14 kelak, iaitu merampas kembali kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Repah yang tewas kepada pembangkang dalam PRU-13 lalu.

Apa yang pasti, tumpuan kerja selepas ini terarah kepada kemenangan Barisan Nasional (BN) pada PRU-14. Selepas pemilihan ini, saya akan kembali menyatupadukan semua ahli Wanita UMNO dan bekerja untuk agama, bangsa dan tanah air," katanya.

Zainab juga tewas kepada seorang lagi pencabarnya, Siti Aishah Seman@Othman yang merupakan Ketua Wanita UMNO cawangan Damai Jaya, yang memperoleh 90 undi.

Pemilihan Wanita UMNO Bahagian Telok Kemang turut menyaksikan penyandangnya Rohani Yaacob yang memperoleh 66 undi tewas kepada dua pencabarnya.

Jawatan itu dimenangi oleh Sofiah Sidek selepas memperoleh 125 undi, manakala Arah Abu Bakar mendapat 77 undi.

Selain mereka, Ketua Wanita UMNO Negeri Sembilan, Datuk Norhayati Omar kekal menjadi ketua di Kuala Pilah; Datuk Samsiah Samsudin (Seremban), Zuraidah Mohd. Zin, 202 undi (Jelebu), Hapsah Hamid, 154 undi (Rasah); Siti Harpah Mat Dom (menang tanpa bertanding) dan Hasnah M. Mohamed, 169 undi (Jempol)

Bagi Pemuda UMNO Bahagian pula, hanya Mohd. Nizam Aman mengekalkan jawatan ketua di bahagian Jempol selepas memperoleh 162 undi. Selainnya di tujuh lagi bahagian menyaksikan perubahan dalam barisan ketuanya.

Azharuddin Shujauddin kini merupakan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Seremban yang baharu selepas memperoleh 174 undi, menewaskan pencabarnya, Abdul Samad Abdul Rahman, 69.

Di Rasah, Hassan Yop mendapat 152 undi untuk menjadi ketua, menewaskan Azim Rozaiman Abdul Aziz, 92 undi dan di Kuala Pilah, saingan tiga penjuru menyaksikan Khairolnezam Shaari diumumkan sebagai ketua selepas mendapat 177 undi. Pencabarnya ialah Muhammad Sufian Maradzi (138) dan Eddin Syazlee Shith (72).

Di Jelebu, Mohd. Aizil Md. Derus diumumkan sebagai ketua Pemuda yang baharu selepas mendapat 126 undi, manakala di Rembau, Ardana Md. Nor kini mengetuai Pemuda di bahagian itu selepas penyandangnya Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengosongkan kerusi itu dan menang tanpa bertanding sebagai Timbalan Ketua UMNO Bahagian Rembau.

Khairy juga mempertahankan semula jawatannya sebagai Ketua Pemuda UMNO Pusat.

Di Tampin, Ridzuan Ahmad mendapat 167 undi untuk jawatan ketua menewaskan pencabarnya Saiful Adly Abd. Wahab (135) dan di Telok Kemang, Mohd. Najib Mohd. Isa, anak kepada Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad telah menang tanpa bertanding.

Lebih menarik lagi, Puteri UMNO menyaksikan lima bahagian telah pun menerima ketuanya tanpa bertanding iaitu Asmida Sepian (Tampin); Zuliana Mohd. Ridzuan (Rembau); Norfasliza Mohd. Salleh (Jempol); June Artisha Mohamad Nazari (Kuala Pilah) dan Rosilawati Abdul Malek (Jelebu).

Selebihnya pertandingan di Seremban menyaksikan Zabedah P. Mastar menang jawatan ketua selepas memperoleh 64 undi, menewaskan Rahil Abdul Lasi (30); di Rasah, pertandingan tiga penjuru menyaksikan Norita Yahaya menang dengan 56 undi, berbanding pencabarnya, Sharul Afizah Mohd. Idris (53) dan Hazlilaili Hanapi (1).

Di Telok Kemang, Rozana Abu Sarim menang sebagai ketua dengan 81 undi mengetepikan Norazliana Nadri, 22 undi.

Empat penyandang Ketua Wanita UMNO tepati ramalan menang

Posted: 13 Oct 2013 12:21 PM PDT

Imanuddin Ab. Aziz (dua dari kiri) menyampaikan ucapan sulungnya selepas diumumkan sebagai Ketua Pemuda UMNO Jasin yang baru sambil diperhatikan Naib Ketua, Mohd. Zulhafni Mad Rahis (tiga dari kanan), Ketua Bahagian Jasin, Ahmad Hamzah (dua dari kanan) dan Ahli Dewan Undangan Negeri Serkam, Zaidi Atan (kiri) selepas Persidangan Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Jasin 2013 di Merlimau, Melaka kelmarin. - utusan/Azli Ahad

MELAKA 13 Okt. - Empat penyandang Ketua Wanita UMNO bahagian di negeri ini menepati ramalan apabila masing-masing mempertahankan jawatan pada pemilihan parti semalam.

Mereka yang menang ialah Ketua Wanita UMNO negeri, Datuk Rabiyah Ali yang mempertahankan jawatan di Kota Melaka, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Taboh Naning, Datuk Latipah Omar (Masjid Tanah); ADUN Rembia, Datuk Norpipah Abdol (Alor Gajah) dan Zaleha Bujang (Jasin).

Seorang muka baharu yang menang ialah Kalsom Noordin di Bukit Katil manakala seorang lagi penyandang yang menang tanpa bertanding ialah Datuk Noradibah Abdullah di Tangga Batu.

Rabiyah berkata, ini adalah kali terakhir beliau bertanding mempertahankan jawatan yang disandangnya sejak tujuh penggal lalu dan akan memberi laluan kepada muka baharu pada pemilihan parti akan datang.

''Rasanya cukup sampai di sini saya menjadi Ketua Wanita Bahagian Kota Melaka dan ini yang terakhir kerana selepas ini saya beri laluan kepada muka baharu," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Dalam persaingan dua penjuru, Rabiyah memperoleh 224 undi menewaskan pencabar, Shirzla Helma Mohd. Hayaha@Adzhar yang memperoleh 111 undi.

Sementara itu, Latipah yang menang buat penggal ketiga berkata, beliau akan meneruskan perjuangan untuk memperkasakan Wanita UMNO Bahagian Masjid Tanah.

''Saya berterima kasih atas sokongan ahli akar umbi kerana masih percaya terhadap kepimpinan saya untuk terus mengemudi bahagian," katanya.

Latipah menang jawatan itu apabila mendapat 191 undi manakala pencabarnya, Kamsiah Md. Kassim memperoleh 128 undi.

Bagi jawatan Ketua Pemuda UMNO bahagian pula menyaksikan lima muka baru yang menang dalam persaingan sengit dua dan tiga penjuru.

Hanya seorang yang mengekalkan jawatan serta menang tanpa bertanding iaitu Pegawai Khas Menteri Belia dan Sukan, Abdul Razak Abdul Rahman di Kota Melaka.

Lima calon Ketua Pemuda UMNO bahagian yang menang terdiri daripada Hameed Mytheen Kunju Basheer (Masjid Tanah), Abdul Halim Daud (Alor Gajah), Zali Mat Yasin (Tangga Batu), Rohazam Bakar (Bukit Katil) dan Imanuddin Ab. Aziz (Jasin).

Perebutan bagi jawatan Ketua Puteri UMNO pula menyaksikan empat muka baharu dan dua penyandang dipilih bagi sesi 2013-2016.

Dua penyandang yang menang tanpa bertanding ialah Haryaty Hamdzah di Kota Melaka dan Azlieza Azizan di Tangga Batu yang turut mempertahankan jawatan Pengerusi Tetap Puteri UMNO Pusat.

Dua muka baharu yang turut menang tanpa bertanding ialah Siti Kalthom Ahmad (Masjid Tanah) dan Suzalipah Md. Len (Jasin) manakala dua muka baharu yang menang bertanding semalam ialah Azniza Ahmad Khuzari (Alor Gajah) dan Siti Aisyah Mahmood (Bukit Katil).

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Utara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


50% muka baharu terajui sayap di Kedah

Posted: 13 Oct 2013 12:21 PM PDT

Oleh JAMLIAH ABDULLAH
utusankedah@utusan.com.my

Maznah Hamid, Mashitah Ibrahim, Suraya Yaacob

ALOR SETAR 13 Okt. - Hampir 50 peratus daripada 45 jawatan ketua sayap UMNO di Kedah diterajui muka baharu.

Daripada jumlah itu, 12 untuk jawatan ketua Pemuda, Puteri (enam) dan Wanita (empat) setelah berlangsung pemilihan UMNO semalam.

Pertandingan muka baharu bagi jawatan ketua sayap tersebut antaranya disebabkan penyandang Ketua Pemuda dan Puteri UMNO bahagian menawarkan diri bertanding di jawatan lebih tinggi berikutan sudah mencapai had usia 40 tahun iaitu kira-kira 10 penyandang.

Sementara itu, antara calon yang menjadi perhatian dalam pemilihan itu termasuk penyandang Ketua Puteri UMNO Langkawi, Hisham Suhaily Othman yang mencipta kejutan apabila terpilih menerajui Ketua Wanita UMNO bahagian tersebut mengenepikan penyandangnya, Meriyam Othman.

Selain itu, Yusmawati Yaacob yang pernah digugurkan daripada jawatan Ketua Puteri UMNO Jerlun dua tahun lalu juga membuat kejutan apabila dipilih semula menyandang jawatan berkenaan.

Seramai 23 penyandang ketua sayap pula berjaya mempertahankan jawatan masing-masing iaitu Ketua Wanita UMNO Kedah, Datuk Maznah Hamid (Jerlun), bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim (Baling) dan Exco Kerajaan Negeri Kedah, Datuk Suraya Yaacob (Pendang).

Hanya empat Ketua Pemuda yang bertanding mempertahankan jawatan mereka iaitu Shafiqrahman Shamsuddin (Kuala Kedah), Mahadzir Abdul Hamid (Sik), Shaiful Hazizy Zainol Abidin (Merbok) dan Mohd. Mustaffa Shaik Ismail (Kulim/Bandar Baharu).

Bagaimanapun, Shafiqrahman kalah kepada Shahron Nizan Mohamad Zain, menjadikan beliau satu-satunya penyandang Ketua Pemuda bahagian yang tewas.

Pemilihan tersebut juga menyaksikan seramai 11 ketua sayap UMNO bahagian di negeri ini menang tanpa bertanding termasuk jawatan Ketua Wanita iaitu Maznah, Sharifah Maznah Syed Kassim (Alor Setar) dan Norma Awang (Jerai).

Pemilihan sayap UMNO di Kedah semalam melibatkan 15 bahagian yang membabitkan seramai 6,602 perwakilan Pemuda, Puteri (3,243) dan Wanita (10,056).

Hamidah antara 4 Ketua Wanita tewas di Perak

Posted: 13 Oct 2013 12:21 PM PDT

Hamidah Osman

IPOH 13 Okt. - Seramai empat penyandang jawatan Ketua Wanita Bahagian UMNO di Perak tewas dalam pemilihan semalam dengan kejutan terbesar Ketua Penerangan Wanita UMNO yang juga calon ahli Majlis Tertinggi (MT), Datuk Hamidah Osman gagal mempertahankan jawatannya di Gopeng.

Hamidah yang juga Pengerusi Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) tewas kepada bekas Ketua Puteri UMNO Bahagian itu, Juliliyana Mohd. Junid dengan 20 undi.

Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Mohd. Khusairi Abdul Mutalib berkata, tiga lagi penyandang Ketua Wanita yang tewas adalah Zanazat Abdul Samad (Bukit Gantang), Arbaisah Othman (Ipoh Barat) dan Datuk Abidah @Abaidah Zainuddin yang hanya mendapat 39 undi berbanding pencabarnya, Aminah Abdul Manaf 239 undi di Bagan Datoh.

Beliau berkata, dalam masa sama, sebanyak sembilan muka baharu memenangi pemilihan Ketua Wanita Bahagian iaitu Larut, Bukit Gantang, Ipoh Barat, Batu Gajah, Kuala Kangsar, Gopeng, Pasir Salak, Bagan Datoh dan Teluk Intan.

"Empat lagi muka baharu masing-masing menang jawatan Ketua Wanita Bahagian tanpa ditandingi di Lenggong, Parit Buntar, Bagan Serai dan Kampar.

"Tiga bahagian iaitu Taiping, Parit dan Sungai Siput pula menyaksikan penyandangnya menang tanpa bertanding.

"Penyandang Ketua Wanita Bahagian Gerik, Padang Rengas, Tambun, Ipoh Timur, Beruas, Tapah, Lumut dan Tanjung Malim menang tanpa bertanding," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Bagi sayap Pemuda, Mohd. Khusairi berkata, sebanyak 15 bahagian dimenangi calon baharu iaitu di Parit Buntar, Bukit Gantang, Batu Gajah, Kampar, Beruas, Gopeng, Teluk Intan, Kuala Kangsar, Larut, Sungai Siput, Padang Rengas, Bagan Datoh, Gerik, Tapah dan Pasir Salak.

Menurut beliau, tiga penyandang jawatan Ketua Pemuda Bahagian menang tanpa bertanding di Ipoh Barat, Lenggong dan Bagan Serai.

"Empat penyandang Ketua Pemuda Bahagian menang pemilihan iaitu Ipoh Timur, Parit, Lumut dan Tanjung Malim.

"Tiada penyandang yang tewas manakala Bahagian Tambun dan Taiping menyaksikan Ketua Pemuda Bahagian yang baharu menang tanpa ditandingi," katanya.

Bagi sayap Puteri, beliau berkata, lima penyandang Ketua Puteri Bahagian menang tanpa bertanding (Gerik, Ipoh Barat, Batu Gajah, Tapah dan Teluk Intan), dua penyandang memenangi pemilihan (Sungai Siput dan Kuala Kangsar), satu penyandang tewas (Bagan Serai), lima muka baharu memenangi pemilihan (Lenggong, Bagan Serai, Parit Buntar, Beruas dan Tanjung Malim.

Kata beliau, sebanyak 11 muka baharu Ketua Puteri Bahagian menang tanpa bertanding di Larut, Taiping, Padang Rengas, Tambun, Ipoh Timur, Gopeng, Batu Gajah, Kampar, Pasir Salak, Bagan Datoh dan Lumut.

Batu Gajah mungkin buat pemilihan semula

Posted: 13 Oct 2013 12:21 PM PDT

IPOH 13 Okt. - UMNO Bahagian Batu Gajah mungkin mengadakan pemilihan baharu untuk jawatan Naib Ketua Pemuda berikutan Salmanjihani Bahari yang sepatutnya menang tanpa bertanding jawatan tersebut dibatalkan pencalonannya semalam kerana kesilapan mengisi borang.

Setiausaha Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Mohd. Khusairi Abdul Talib berkata, jawatan tersebut tidak boleh dibiarkan kosong dan perlu diisi segera.

"Perkara ini kita akan serahkan kepada Ibu Pejabat UMNO untuk membuat keputusan sama ada perlu diadakan pemilihan baharu untuk jawatan berkenaan atau cara-cara lain boleh difikirkan oleh ibu pejabat bagi menyelesaikan masalah ini," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Ditanya mengenai tindakan 75 orang daripada 212 perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Ipoh Barat memboikot mesyuarat perwakilan dan pemilihan pergerakan itu semalam, Mohd. Khusairi berkata, insiden tersebut tidak sepatutnya berlaku.

Menurut beliau, meskipun tidak berpuas hati selepas pencalonan calon pilihan mereka, Affendy Harun bagi jawatan Ketua Pemuda ditolak mereka boleh menyuarakan pandangan dalam mesyuarat perwakilan tanpa perlu memboikot.

Beliau memberitahu, pihaknya sedang menunggu laporan daripada Pemuda UMNO Ipoh Barat berhubung insiden itu dan akan menghantarnya kepada Ibu Pejabat UMNO untuk tindakan selanjutnya.

Namun, katanya, dari segi amalan UMNO tidak mengambil tindakan terhadap perwakilan yang memboikot mesyuarat perwakilan.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Muka Hadapan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Muka Hadapan


Jawatan Naib Ketua Pemuda seri

Posted: 13 Oct 2013 12:21 PM PDT

Broken Link!

The content you are looking for is not available. You might had clicked on a broken link from another website or the content itself might have been removed.

You may want to consider our archive on

If you think there is an error, please click here to report and let us know.

Saya bukan samseng - Zahid

Posted: 13 Oct 2013 12:21 PM PDT

Broken Link!

The content you are looking for is not available. You might had clicked on a broken link from another website or the content itself might have been removed.

You may want to consider our archive on

If you think there is an error, please click here to report and let us know.

Perlu undang-undang tegas

Posted: 13 Oct 2013 12:21 PM PDT

Broken Link!

The content you are looking for is not available. You might had clicked on a broken link from another website or the content itself might have been removed.

You may want to consider our archive on

If you think there is an error, please click here to report and let us know.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved