Isnin, 30 September 2013

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Isteri nafi Aaron Aziz mati ketika main ski

Posted: 30 Sep 2013 11:46 AM PDT

AARON AZIZ

KUALA LUMPUR 30 Sept. - Berita yang tersebar berhubung kematian pelakon popular Aaron Aziz ketika bermain ski di sebuah resort terkenal di Switzerland adalah palsu.

Isteri kepada pelakon berusia 37 tahun itu, Diyana Halik berkata, berita tersebut tidak benar sama sekali kerana Aaron kini berada di Afrika Selatan dan bukannya di Switzerland.

"Berita itu palsu, Aaron sihat dan berada di Cape Town untuk penggambaran rancangan Fear Factor untuk terbitan Astro. Dia bukannya di lokasi disebut dalam artikel tersebut," jelas Diyana melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Utusan Malaysia.

Berita berhubung kematian pelakon tersebut mula tersebar sejak semalam melalui sebuah artikel keluaran Global Associated News yang turut mendapat perhatian di laman sosial lain dan boleh dibaca melalui aaron. aziz.mediafetcher. com/news/top_stories/actor_skiing. php.

Pelakon kelahiran Singapura itu juga dikatakan gagal mengawal ski sebelum terlanggar sebatang pokok ketika meluncur dengan laju dan gagal diselamatkan akibat kecederaan parah.

Berita itu palsu, Aaron sihat di Cape Town - Isteri

Posted: 29 Sep 2013 10:27 PM PDT

Oleh MOHD. KHAIRUL MOHD. ALI

BERITA 'kematian' pelakon Aaron Aziz seperti disiarkan laman web Global Associate News yang ternyata ia hanya laporan palsu.

AARON AZIZ

KUALA LUMPUR 30 Sept. - Laporan berhubung kematian pelakon popular Aaron Aziz ketika bermain luncur salji di sebuah resort terkenal di Switzeland adalah palsu semata-mata.

Isteri kepada pelakon berusia 37 tahun itu, Diyana Halik berkata, laporan tersebut tidak benar sama sekali kerana Aaron kini sedang berada di Cape Town, Afrika Selatan dan bukannya di Switzerland.

"Berita itu palsu, Aaron sihat dan berada di Cape Town untuk penggambaran program Fear Factor untuk terbitan Astro. Dia bukannya di lokasi disebut dalam artikel tersebut," jelas Diyana melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Utusan Online hari ini.

Berita berhubung kematian pelakon berasal dari Singapura itu tersebar sejak semalam selepas laporan itu dikeluarkan oleh laman web "Global Associated News" yang kemudian mendapat perhatian meluas di laman-laman sosial lain.

Menurut laman web berkenaan, pelakon itu dikatakan gagal mengawal papan luncur salji sebelum terlanggar sebatang pokok ketika meluncur dengan laju dan gagal diselamatkan akibat kecederaan parah.

Bagaimanapun Utusan Online mendapati "Global Associated News" yang menggunakan pautan networkedblogs.com/PyyPs itu merupakan sebuah laman web palsu. - UTUSAN ONLINE

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Kota

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


'Kami beri tempoh sebulan'

Posted: 29 Sep 2013 11:42 AM PDT

Oleh AZIAN AZIZ
kota@utusangroup.com.my

Sebahagian pembeli rumah teres kos sederhana Taman Alam Megah, Ijok mengangkat sepanduk bagi mendesak Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim campur tangan berhubung kelewatan penyerahan kunci rumah kepada pembeli di Kuala Selangor, Selangor, semalam.

KUALA SELANGOR 29 Sept.- Kira-kira 200 pembeli rumah teres kos sederhana Taman Alam Perdana, Ijok dekat sini mendesak Menteri Besar,Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim campur tangan berhubung kelewatan penyerahan kunci rumah sedangkan projek perumahan itu telah siap sepenuhnya.

Wakil pembeli, Kapten (B) Amiruddin Abdullah, 55, berkata, ini kerana projek itu telah diambil alih oleh anak syarikat kerajaan negeri iaitu Permodalan Nasional Selangor Berhad (PNSB) sejak 15 bulan lalu tetapi kunci masih belum diserahkan oleh Lembaga Perumahan Hartanah Selangor (LPHS).

"Kami percaya masalah ini akan selesai sekiranya beliau (Abdul Khalid) campur tangan kerana LPHS dan PNSB itu sendiri dibawah kuasa kerajaan negeri.

"Sebenarnya Menteri Besar patut selesaikan isu ini seperti yang dijanjikan semasa kempen Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12) dahulu, tetapi selepas menang sekali lagi pada PRU-13, masalah ini masih berterusan," katanya ketika ditemui semasa mengetuai sesi bantahan aman di Taman Alam Perdana di sini.

Menurut Amiruddin lagi, alasan kunci rumah di situ tidak boleh diserahkan kerana timbul beberapa masalah antara PNSB dengan Indah Water Konsortium Sdn. Bhd.(IWK) membabitkan spesifikasi pembetungan dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) tidak boleh diterima lagi.

Ini kerana dakwanya, sebanyak 365 unit rumah teres kos sederhana di kawasan itu telah diserahkan kepada peneroka pada April lalu dengan alasan mereka membelinya secara tunai.

Sehubungan itu, Abdul Khalid diberi tempoh sebulan untuk menyelesaikan masalah tersebut sebelum pihaknya menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi membantu menanganinya.

Sementara itu, seorang pembeli, Azli Mokhtar, 39, berkata, dia telah membayar ansuran pinjaman rumah di Taman Alam Perdana itu sejak 13 tahun lalu dan pada masa yang sama terpaksa menyewa rumah lain.

"Sampai bila kami terpaksa menjalani kehidupan seperti ini.Sudahlah rumah dibeli tidak boleh diduduki, pada masa sama bayaran pinjaman dengan pihak bank perlu dijelaskan setiap bulan,"katanya dengan nada kesal.

DBKL perlu laksanakan pemantauan berterusan - Lam Thye

Posted: 29 Sep 2013 11:42 AM PDT

KUALA LUMPUR 29 Sept. - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) diminta melakukan pemantauan secara berterusan jika semua jejantas pejalan kaki berbumbung di ibu kota dijadikan sebagai zon larangan merokok.

Aktivis masyarakat,Tan Sri Lee Lam Thye berkata, pemantauan itu bagi memastikan tiada individu yang melanggar peraturan ditetap DBKL.

"Bukan itu sahaja, ia juga bagi menjamin kesihatan mereka yang tidak merokok.

"Individu yang terdedah dengan asap rokok lebih berisiko mendapat penyakit berbanding si perokok. Oleh itu DBKL perlu pastikan usaha untuk menjadikan jejantas bebas rokok tercapai," katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas cadangan DBKL menjadikan semua jejantas pejalan kaki berbumbung di ibu kota sebagai zon larangan merokok.

Ketua Pengarah DBKL, Datuk Salleh Yusup dalam laporan yang disiarkan Utusan Malaysia pada Jumaat lalu berkata, langkah tersebut bagi memastikan keselesaan dan keselamatan orang awam terutama pejalan kaki.

Lam Thye berkata, langkah itu merupakan satu usaha yang baik diambil oleh DBKL dan orang ramai perlu memberi sokongan dengan mematuhi peraturan bagi menjayakan usaha tersebut.

Dalam perkembangan lain, Lam Thye berkata, budaya merokok di dalam tandas awam juga dilihat semakin membimbangkan.

Budaya itu, menurutnya, perlu dikekang sebelum bertambah buruk.

"Selain jejantas, saya harap DBKL turut pantau tandas-tandas awam di ibu kota supaya tidak dijadikan tempat merokok," ujarnya.

Kempen kurangkan jenayah curi motosikal

Posted: 29 Sep 2013 11:42 AM PDT

PUTRAJAYA 29 Sept. - Perbadanan Putrajaya (PPj) melancarkan Kempen Kunci Motosikal sebagai inisatif mengurangkan jenayah curi motosikal di sekitar kawasan kediaman Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, PPj akan melaksanakan sistem tempat letak motosikal berkunci dan menggalakkan penggunaan kunci pendua bagi menjayakan kempen tersebut.

Beliau berkata, orang ramai perlu menggunakan kemudahan tersebut dan menggunakannya sebaik mungkin bagi mengelakkan berlakunya kejadian kehilangan motosikal daripada terus berlaku.

"Sehingga Ogos ini, sebanyak 247 kes jenayah telah direkodkan, di mana jenayah melibatkan kecurian motosikal mencatatkan bilangan kes tertinggi iaitu 82 kes diikuti pecah rumah dan curi sebanyak 50 kes," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Pelancaran Bandar Selamat, Ke Arah Putrajaya Sifar Jenayah 2018 di Perumahan Penjawat Awam Fasa 1C, Presint 16 di sini hari ini.

Yang hadir sama, Presiden PPj, Tan Sri Dr. Aseh Che Mat.

Sementara itu, Tengku Adnan berkata, pada tahun lepas melalui Jawatankuasa Bandar Selamat Putrajaya telah melaksanakan Sistem Pemantauan Bandar (SPBS) menggunakan Pemetaan GIS Jenayah untuk membantu polis menganalisis bentuk jenayah dan mengenal pasti pola jenayah di Putrajaya.

Beliau berkata, melalui SPBS, PPj berupaya mengenal pasti langkah awal pencegahan jenayah di kawasan sekitar.

"Antaranya dengan menambah baik sistem pencahayaan, pemasangan pagar, cermin keselamatan, tempat letak motosikal berkunci dan papan tanda peringatan di kawasan berisiko tinggi berlakunya jenayah," katanya.

Pada masa sama, beliau berkata, hasil daripada program tersebut purata indeks jenayah pada tahun lepas semakin berkurangan di Putrajaya.

"Sebanyak 12.83 peratus dengan 360 jenayah direkodkan berbanding 413 kes pada 2011," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Johor

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Projek pembangunan dibeku

Posted: 29 Sep 2013 11:42 AM PDT

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR
utusanjohor@utusan.com.my

Mohamed Khaled Nordin bersama (dari kiri) Obet Tawil, Frank Goon, Dr. Shahir Nasir, Abd. latif Bandi dan Md. Othman Yusof memegang glob kaca sebagai gimik pelancaran dalam Majlis Pecah Tanah Rumah Mampu Milik Taman Molek dan Penempatan Semula Penduduk Kampung Melayu Pandan di Johor Bahru, semalam.

JOHOR BAHRU 29 Sept. - Kerajaan negeri akan membekukan segala kegiatan pembangunan yang dijalankan pihak pemaju sekiranya masih gagal menyediakan rumah mampu milik dan kos sederhana bagi projek perumahan yang diluluskan.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, tindakan itu diambil selepas lebih 180,000 unit kediaman berkenaan di negeri ini gagal dibangunkan meskipun sudah menerima kelulusan sejak 1999.

Beliau berkata, langkah itu juga merupakan antara pendekatan terbaik mengurangkan jurang pelaksanaan dan keputusan projek perumahan besar dalam negeri ini selain membantu merealisasikan impian rakyat memiliki kediaman mampu milik.

"Kita juga tidak berniat meminda dasar yang diguna pakai selama ini, berdasarkan kepada pekeliling sedia ada setiap projek perumahan yang dibangunkan perlu melibatkan pembinaan rumah mampu milik mengikut keluasan tapak.

"Bagi projek perumahan berkeluasan kurang dua hektar, pemaju perlu menggunakan 20 peratus daripada kawasan keseluruhan untuk pembinaan rumah mampu milik dan kadar 40 peratus digunakan bagi projek berkeluasan melebihi dua hektar," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Rumah Mampu Milik di Taman Molek dan Penempatan Semula Kampung Melayu Pandan, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abd. Latif Bandi; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Obet Tawil; Pengerusi Tanjung Bintang Sdn. Bhd., Datuk Shahrir Nasir dan Pengarah Urusan Kumpulan Tanjung Bintang, Frank Goon.

Sebanyak 113,000 unit rumah mampu milik di Johor Bahru, 40,000 unit di Kulaijaya, 11,000 unit di Batu Pahat dan beberapa unit di daerah lain di negeri ini dikategorikan sebagai gagal disiapkan.

Mohamed Khaled berkata, berdasarkan klausa yang termaktub di dalam Kanun Tanah Negara, kerajaan negeri juga akan meneliti tindakan-tindakan lain termasuk mendenda atau mengambil semula tanah daripada pemaju yang sudah menerima kelulusan menjalankan projek perumahan.

Beliau berkata, bagi menguatkuasakan tindakan itu, kerajaan negeri menubuhkan sebuah jawatankuasa khas perumahan di peringkat negeri dan daerah bagi memantau segala aspek berkaitan perumahan.

"Jawatankuasa ini juga akan mengesan semua kawasan setinggan dan membincangkan kaedah penyelesaian terbaik bagi setiap kawasan selain hasil perbincangan itu akan dibawa kepada kerajaan negeri untuk diselesaikan. Kita percaya setiap kawasan memerlukan jalan penyelesaian yang berbeza.

"Saya yakin dengan tindakan tegas dan pemantauan oleh jawatankuasa khas ini dapat menyelesaikan banyak masalah projek perumahan dalam usaha mencapai status setinggan sifar dalam tempoh lima tahun akan datang," katanya.

Penduduk ditempatkan semula

Posted: 29 Sep 2013 11:42 AM PDT

JOHOR BAHRU 29 Sept. - Kerajaan negeri akan melaksana projek penempatan semula bagi 260 keluarga yang tinggal di Kampung Melayu Pandan di sini, sebagai usaha mengatasi masalah setinggan di negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, projek penempatan semula itu akan dibangunkan di atas tanah berkeluasan 7.6 hektar melibatkan penduduk Kampung Melayu Pandan yang diberi Sijil Kelayakan Memiliki sejak Mac tahun ini.

Beliau berkata, projek berkenaan akan menggunakan konsep 'in-situ' dengan penduduk yang terlibat akan ditawarkan rumah teres dua tingkat dengan keluasan 1,170 kaki persegi.

"Kawasan penempatan semula ini juga akan dilengkapi kemudahan seperti tapak surau, tapak gerai dan kawasan lapang untuk kemudahan penduduk.

"Projek penempatan semula ini akan melibatkan kos pembangunan sebanyak RM68 juta dan kerajaan juga bersetuju menjual setiap unit tersebut pada harga RM25,000. Projek ini dijangka siap sepenuhnya menjelang Oktober 2016," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Rumah Mampu Milik di Taman Molek dan Penempatan Semula Kampung Melayu Pandan, di sini hari ini.

Kampung Melayu Pandan yang berkeluasan 20.7 hektar terletak di atas tanah milik Province Treasure Sdn. Bhd. iaitu syarikat usaha sama Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ) dan Kuok Group serta Pandan Baru Sdn. Bhd. iaitu sebuah syarikat usaha sama antara Perbadanan Islam Johor dan Kuok Group.

Mohamed Khaled berkata, projek penempatan semula itu merupakan sebahagian langkah kerajaan negeri menyelesaikan isu penduduk setinggan di Kampung Melayu Pandan.

Beliau berkata, harga yang ditawarkan itu juga merupakan berpatutan dan merupakan aku janji kerajaan negeri bagi memastikan setiap penduduk di kawasan berkenaan dapat menikmati kehidupan dalam keadaan selesa.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Selatan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


JPJ sita 142 motosikal

Posted: 29 Sep 2013 11:42 AM PDT

Oleh MOHAMMAD DZULHISHAM CHE HASSIM
utusanmelaka@utusan.com.my

ANGGOTA JPJ negeri menyoal dua penunggang motosikal yang didapati melakukan kesalahan lalu lintas semasa Operasi Bersepadu di Lebuh AMJ arah selatan, Bukit Piatu, Melaka, malam semalam.

MELAKA 29 Sept. - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri menyita sebanyak 142 buah motosikal atas pelbagai kesalahan lalu lintas yang dikesan dalam operasi jabatan itu sepanjang tahun ini.

Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan JPJ negeri, Jaafar Yaakob berkata, daripada 24,163 motosikal yang diperiksa tahun ini sebanyak 11,050 kesalahan dikesan yang mana 3,728 kesalahan berkaitan lesen memandu.

Menurutnya, kesalahan melibatkan cukai jalan merupakan kesalahan kedua tertinggi dicatatkan iaitu sebanyak 3,696 diikuti lain-lain kesalahan (2,745), teknikal (594) serta pemalsuan lesen dan cukai jalan (14).

"Memandangkan jumlah kemalangan membabitkan motosikal masih di tahap yang tinggi, JPJ negeri memberi fokus terhadap kenderaan itu dalam setiap operasi yang dijalankan tahun ini.

"Tujuan dan matlamat JPJ adalah bagi membantu kerajaan mengurangkan kadar kemalangan dan kematian disebabkan kemalangan jalan raya selain memastikan tiada pelanggaran undang-undang dilakukan pengguna jalan raya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam Operasi Bersepadu di Lebuh AMJ arah selatan dekat Bukit Piatu, di sini malam tadi.

Yang hadir sama, Setiausaha Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR) negeri, Thomas Ong Tai Chu dan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemudahan Awam, Pengangkutan dan Pemulihan Projek, Zaidi Atan.

Dalam operasi bersepadu itu sebanyak 140 anggota pelbagai agensi terlibat antaranya polis, Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Alam Sekitar, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom).

Sebanyak 69 saman dikeluarkan terhadap pengguna jalan raya dalam operasi itu atas pelbagai kesalahan dan tiga buah motosikal disita.

Lain-lain kesalahan yang diambil tindakan termasuk berkaitan kesalahan memasang cermin gelap, lampu HID, cukai jalan tamat tempoh, tiada lesen memandu dan ubah suai kenderaan.

Dalam operasi bersepadu yang berakhir pukul 12 tengah malam itu, AADK menahan dua penunggang motosikal kerana disyaki terlibat dalam penyalahgunaan dadah selepas gagal dalam ujian saringan air kencing.

5,000 pengunjung hadiri Wacana Perdana Anugerah al-Quran

Posted: 29 Sep 2013 11:42 AM PDT

Sebahagian hadirin menghadiri program Wacana Perdana Anugerah al-Quran di Padang Majlis Perbandaran Seremban, malam semalam.

SEREMBAN 29 Sept. - Lebih 5,000 orang daripada pelbagai peringkat usia menghadiri program Wacana Perdana Anugerah al-Quran anjuran Anugerah Sdn. Bhd. dengan kerjasama akhbar Kosmo! terbitan Kumpulan Utusan di Padang Majlis Perbandaran Seremban di sini malam tadi.

Wacana yang berlangsung selama tiga jam itu menampilkan penceramah popular, Haslin Baharin, pakar perubatan Islam, Sharhan Syafie sebagai ahli panel dan Imam Muda, Khairul Azhar Ghazali yang bertindak selaku moderator.

Jurucakap Anugerah Sdn. Bhd., Yasmin Farahanim memberitahu, program itu merupakan kali kelima diadakan dan bersyukur mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk di bandar ini.

Katanya, wacana kali ini bertajuk Al-Quran Untuk Murah Rezeki, Kebahagiaan Rumah Tangga dan Penerang Hati.

"Saya bersyukur kerana majlis ilmu seperti ini mendapat sambutan amat baik daripada penduduk di sini dan ramai yang hadir juga tertarik dengan tajuk yang dikupas.

"Selepas ini kita merancang menganjurkan wacana seterusnya di Plaza Angsana di Johor Baharu pada 2 November ini," katanya.

Sementara itu, Haslin atau lebih dikenali sebagai Ustaz Bollywood berkata, wacana kali ini mendedahkan bagaimana al-Quraan boleh menjadi kunci kepada kebahagiaan hidup dan rumah tangga.

"Pada wacana ini kita berkongsi bagaimana kitab suci ini boleh dijadikan sebagai penyembuh kepada segala jenis penyakit termasuk penyakit hati selain sebagai panduan untuk kebahgiaan dalam hidup berkeluarga.

"Sebagai anugerah paling besar yang diturunkan Allah kita mesti menjadikan al-Quran sebagai sumber rujukan utama termasuk untuk mencari kebahagiaan dalam kehidupan," jelasnya.

Bomba sukarela setiap DUN di Melaka

Posted: 29 Sep 2013 11:42 AM PDT

ALOR GAJAH 29 Sept. - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri menyasarkan untuk menubuhkan Pasukan Bomba Sukarela (PBS) di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam tempoh setahun dari sekarang.

Pengarahnya, Zainuddin Md. Alip berkata, penubuhan PBS itu dilihat sebagai salah satu langkah memperkasakan lagi JBPM terutamanya dalam memendekkan lagi tempoh masa bertindak pihak bomba terhadap setiap panggilan kecemasan.

Menurutnya, PBS itu juga adalah sebagai tambahan kepada lapan pasukan sedia ada iaitu PBS Sungai Rambai, Gunung Mas, Batang Melaka, Kuala Linggi, Kuala Sungai Baru, Paya Mengkuang, Taman Merdeka dan terbaharu di Machap Baru.

"Setiap pasukan melibatkan lebih kurang 30 anggota sukarela dan fungsi mereka adalah memberi bantuan awal di lokasi kejadian sebelum ketibaan JBPM.

"Memandangkan jarak di antara balai bomba di negeri ini terletak agak jauh dari kawasan pendalaman, dengan adanya PBS ini bantuan awal dapat diberikan kepada mangsa sebelum ketibaan JBPM," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas pelancaran Kempen Keselamatan Kebakaran anjuran JBPM negeri di Masjid Tanah, di sini semalam.

Hadir menyempurnakan majlis itu, Pengerusi Jawatankuasa Wanita, Pembangunan Keluarga dan Hal Ehwal Kebajikan negeri, Datuk Latipah Omar.

Pada majlis itu JBPM negeri turut menyerahkan sebuah jentera bomba kepada PBS Machap Baru dan pelbagai aktiviti dijalankan antaranya ceramah dan demonstrasi menangani kebakaran, pertandingan mewarna dan pameran.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Dalam Negeri

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Lesen kontraktor masjid runtuh bakal digantung?

Posted: 30 Sep 2013 03:19 AM PDT

KUALA TERENGGANU 30 Sept. - Lesen kontraktor yang terbabit dalam pembinaan Masjid Kampung Tebauk di sini yang runtuh sebahagian bumbung dan silingnya semalam boleh ditarik balik jika mereka didapati gagal mematuhi prosedur ditetapkan.

Menegaskan demikian, Pengarah Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) Terenganu, Ahmad Farrin Mokhtar berkata, Jabatan Kerja Raya (JKR) akan menjalankan siasatan penuh mengenai kejadian itu.

Menurutnya, jika kontraktor terlibat didapati cuai atau tidak mengikut prosedur kerja ditetapkan, maka ia bakal berdepan tindakan tatatertib mengikut Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) 1994.

"Menerusi maklumat awal yang kita lakukan kontraktor berkenaan memang berdaftar dengan CIDB dan penuhi akta yang ditetapkan dan kita akan serahkan laporan kejadian ini kepada ibu pejabat.

"Kita juga akan melantik panel tatatertib yang terdiri daripada pegawai kanan CIDB yang akan menilai kes berkenaan sebelum hukuman penggantungan lesen dikenakan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, semasa projek itu dijalankan kontraktor dan pembekal berkenaan berdaftar dengan CIDB.

Awal pagi semalam sebahagian bumbung dan siling ruang kedua solat Masjid Kampung Tebauk runtuh.

Insiden itu dipercayai berlaku pukul 4 pagi ini melibatkan kira-kira 20 peratus bahagian masjid itu yang siap dibina dua tahun lepas melibatkan kos RM5.7 juta dan boleh memuatkan 1,000 jemaah. - BERNAMA

Kos ambil alih semua lebuh raya RM400 bilion - Rosnah

Posted: 30 Sep 2013 03:11 AM PDT

KUALA LUMPUR 30 Sept. - Kerajaan tidak bercadang mengambil alih kesemua lebuh raya daripada syarikat konsesi kerana langkah tersebut membabitkan implikasi kewangan yang sangat tinggi iaitu sebanyak RM400 bilion.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, peruntukan sebanyak itu sebaliknya boleh digunakan untuk mengadakan program-program yang boleh memberi faedah kepada rakyat.

"Kerajaan tidak mampu mengambil alih kesemua lebuh raya memandangkan ia melibatkan implikasi kewangan yang sangat tinggi. Setelah diteliti, anggaran kos pengambilalihan adalah sebanyak RM400 bilion," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan 2013 peringkat jawatankuasa bagi kementeriannya pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau menjawab celahan Gobind Singh Deo (DAP-Puchong) yang sebelum itu bertanyakan sama ada kerajaan berhasrat mengambil alih semua lebuh raya dalam usaha mengurangkan bayaran tol dalam kalangan pengguna, selain mengelakkan syarikat-syarikat konsesi mengaut keuntungan besar akibat pertambahan jumlah trafik. - UTUSAN ONLINE

Pembentukan Malaysia rahmat kepada bumiputera Sabah - TPM

Posted: 30 Sep 2013 01:57 AM PDT

KOTA KINABALU 30 Sept. - Penyatuan Sabah, Sarawak dan Semenanjung menerusi pembentukan Malaysia membawa rahmat kepada negara ini, khususnya di Sabah, yang menyaksikan perubahan besar dari segi landskap pembangunan ekonomi Bumiputera.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kejayaan itu adalah hasil usaha berterusan kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam membangunkan infrastruktur, perumahan, program menjana pendapatan dan taraf hidup di Sabah, terutama masyarakat Bumiputera, yang banyak memperlihatkan peningkatan.

"Pencapaian itu meletakkan Bumiputera Sabah seiring dengan kemajuan yang dicapai di negeri lain," katanya ketika berucap pada Majlis Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera Sabah, di sini hari ini. Turut hadir Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman.

Sambil memberikan contoh komitmen kerajaan untuk mengurangkan kemiskinan di Sabah, Muhyiddin berkata, ini dapat dilihat menerusi peningkatan purata pendapatan isi rumah di negeri ini bagi 2012 sebanyak RM4,013 sebulan berbanding hanya RM3,102 pada 2009.

Ia menunjukkan peningkatan sebanyak 29.4 peratus, dengan kadar pertumbuhan purata tahunan sebanyak 8.6 peratus, katanya.

"Purata pendapatan bulanan di bandar pula meningkat sebanyak 22.7 peratus daripada RM3,803 pada 2009 kepada RM4,668 pada 2012, manakala di luar bandar pula meningkat sebanyak 33.8 peratus daripada RM2,177 kepada RM2,913," katanya.

Beliau berkata, kadar kemiskinan di Sabah terus berkurangan, daripada 19.7 peratus pada 2009 kepada 8.1 peratus pada 2012. - BERNAMA

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Utara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


Penduduk alami masalah kesihatan

Posted: 29 Sep 2013 11:43 AM PDT

Oleh OTHMAN YAHAYA
utusanpenang@utusan.com.my

Penduduk menunjukkan longgokan habuk besi yang didakwa menjadi punca pencemaran dan masalah kesihatan penduduk Kampung Padang Lalang, Simpang Ampat, Nibong Tebal, semalam.

NIBONG TEBAL 29 Sept - Kira-kira 200 penduduk diancam masalah kesihatan apabila setiap hari terpaksa menyedut habuk besi dari sebuah kilang yang beroperasi berdekatan Kampung Padang Lalang, Jalan Kebun Petai, Simpang Ampat di sini sejak puluhan tahun lalu.

Penduduk mendakwa, operasi kilang yang didakwa haram itu menyebabkan mereka mengalami gatal kulit, lelah dan batuk serta menimbulkan pencemaran bunyi.

Menurut mereka, masalah itu telah dikemukakan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) tetapi sehingga kini tiada sebarang tindakan diambil hingga mengganggu kehidupan seharian mereka.

Bagi mengelak masalah itu berlarutan, sekumpulan penduduk kampung berkenaan mengadakan bantahan aman di hadapan kilang itu di sini pagi ini.

Bantahan secara aman itu berlangsung lebih kurang satu jam dan selepas perbincangan melibatkan kedua-dua belah pihak, pemilik kilang itu bersetuju menutup sementara operasi kilangnya.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan, Keselamatan dan Komuniti Kampung Negeri (JKKKKN) Padang Lalang, Abu Bakar Rashid, 51, berkata, sepanjang pengetahuan mereka, kilang itu beroperasi tanpa kebenaran kerana pernah diroboh pihak berkuasa tempatan.

"Sepatutnya pemilik kilang berkenaan menjalankan operasi itu di kawasan perindustrian yang dikhaskan berbanding di kawasan berhampiran kediaman penduduk.

"Tambahan lagi kilang ini tidak mempunyai peralatan khas untuk mengawal habuk besi yang diayak menyebabkan ia mudah diterbangkan angin hingga melekat di rumah penduduk," katanya.

Seorang penduduk, Nizwan Aeazin, 29, berkata, habuk besi itu mengotorkan rumah hingga memaksa pemilik memasang jaring mengelak habuk memasuki rumah dan mencemar makanan.

"Saya tidak mampu membersihkannya setiap hari kerana habuk semakin tebal apabila kilang ini beroperasi terutamanya ketika musim panas dan berangin.

"Nizwan berkata, dia dan beberapa penduduk pernah mengemukakan masalah itu kepada pentadbiran daerah tetapi hingga kini belum ada tindakan diambil," katanya.

Menurutnya, kilang haram itu juga menimbulkan masalah bunyi bising kerana menggunakan generator untuk mengayak habuk besi.

Seorang lagi penduduk, Rosli Sahid, 52, berkata, pencemaran habuk besi berkenaan menyebabkan dia menghidap penyakit gatal kulit dan bintik merah seluruh badan.

"Isteri dan dua anak saya turut mula mengalami masalah berkaitan kegatalan sejak dua minggu lalu. Ketika mendapat rawatan, doktor mengesahkan penyakit ini berpunca daripada habuk besi," katanya.

Kolej Komuniti sasar lahir 1,000 graduan pelancongan 2020

Posted: 29 Sep 2013 11:43 AM PDT

Penerima Anugerah Khas Pelajar Cemerlang Kolej Komuniti Zon Utara bagi Jurusan Sijil Operasi Hotel, Ooi Chian Jian (dua dari kanan) bersama pelajar cemerlang Kolej Komuniti Baling, Azri Yom (dua dari kiri), pelajar cemerlang Kolej Komuniti Sungai Petani, Nur Farihah Abdullah (kanan) dan pelajar cemerlang Kolej Komuniti Kulim, Heng Hooi Yen dalam Majlis Konvokesyen Ke-10 Kolej Komuniti Negeri Perlis, Kedah dan Pulau Pinang di Kubang Pasu, semalam.

KUBANG PASU 29 Sept. - Sebanyak 1,000 graduan bidang pelancongan bakal dilahirkan Kolej Komuniti menjelang 2020 sekali gus berpeluang bekerja di 19 buah hotel bertaraf lima bintang di Pulau Langkawi.

Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Kolej Komuniti, Amir Md. Noor berkata, kursus yang ditawarkan di Langkawi Tourism Academy itu mendapat kerjasama Universiti Taylor.

Menurutnya, sebanyak 200 pelajar akan mendaftar mengikuti kursus tersebut setiap tahun bermula Julai lalu.

"Pelajar di bawah bidang ini akan menjalani tempoh pengajian selama 16 bulan dan mereka akan ke hotel yang terpilih untuk mengikuti latihan setiap petang.

"Kursus yang ditawarkan ini lebih tertumpu kepada pelajar tempatan atau pelajar dari Pulau Langkawi dan Kedah supaya mereka dapat memperkenalkan pulau tersebut dengan lebih mudah," katanya kepada pemberita selepas Majlis Konvokesyen Kolej Komuniti Negeri Kedah, Perlis dan Pulau Pinang kali ke-10 di sini hari ini.

Sijil kepada 873 graduan kolej itu disampaikan Penasihat Khas Perdana Menteri mengenai Pembangunan Koridor Ekonomi Wilayah Utara (NCER), Datuk Mohd. Johari Baharum merangkap Ahli Parlimen Kubang Pasu.

Dalam majlis tersebut pihak pengurusan kolej turut mengedar sebanyak 1,000 naskah akhbar Mingguan Malaysia kepada pengunjung.

Amir berkata, kursus yang ditawarkan itu mendapat pengiktirafan daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Tambahnya, selain di Pulau Langkawi, Kolej Komuniti Sungai Petani, Nibong Tebal dan Baling turut menawarkan kursus sama.

Sementara itu, Mohd. Johari berkata, kursus perhotelan dan pelancongan amat baik terutama dalam sektor pelancongan di Pulau Langkawi.

"Kolej Komuniti mampu menjamin masa depan pelajar lebih cerah dan mungkin dapat melahirkan pemandu pelancong yang baik seperti mana dilakukan di luar negara dan mereka mempunyai pendapatan lumayan.

"Mungkin bidang ini masih baharu jadi latihan yang diberikan mestilah yang bersesuaian," katanya.

Bantu anak tingkat potensi diri

Posted: 29 Sep 2013 11:43 AM PDT

JERLUN 29 Sept. - Semua pihak bertanggungjawab membimbing dan menggilap potensi kanak-kanak yang merupakan permata negara sehingga berkembang dengan baik dan mencapai tahap membanggakan.

Menteri Besar, Datuk Mukhriz Tun Mahathir berkata, potensi dimaksudkan ialah kemampuan mereka bagi mencapai, menghasil atau melakukan sesuatu yang banyak bergantung kepada kebolehan, bakat, kekuatan, kesanggupan dan keupayaan untuk berkembang maju.

"Potensi diri mereka juga berkait rapat dengan kebolehan dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan bakat.

"Semua ini boleh dikembangkan menerusi interaksi dengan persekitaran dan pendidikan berkualiti di rumah serta sekolah," katanya ketika berucap merasmikan Hari Potensi Kanak-Kanak Tabika Jabatan Kemajuan Masyarakat peringkat negeri di Alor Biak, di sini semalam.

Mukhriz berkata, usaha untuk mencungkil, memupuk, mengembang dan meningkatkan bakat kanak-kanak yang sedang membesar sukar dilakukan tanpa pendidikan bermutu.

Berikutan itu, katanya, ibu bapa dan guru seharusnya memahami kecerdasan serta potensi murid sejak awal lagi.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Muka Hadapan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Muka Hadapan


BR1M dibayar dua peringkat

Posted: 29 Sep 2013 11:42 AM PDT

Broken Link!

The content you are looking for is not available. You might had clicked on a broken link from another website or the content itself might have been removed.

You may want to consider our archive on

If you think there is an error, please click here to report and let us know.

Tingkatkan bidang strategik

Posted: 29 Sep 2013 11:42 AM PDT

Broken Link!

The content you are looking for is not available. You might had clicked on a broken link from another website or the content itself might have been removed.

You may want to consider our archive on

If you think there is an error, please click here to report and let us know.

Hishammuddin selar pihak sanjung Chin Peng

Posted: 29 Sep 2013 11:42 AM PDT

Broken Link!

The content you are looking for is not available. You might had clicked on a broken link from another website or the content itself might have been removed.

You may want to consider our archive on

If you think there is an error, please click here to report and let us know.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved