Ahad, 22 September 2013

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Wajah ala bidadari, badan berotot

Posted: 22 Sep 2013 06:15 AM PDT

Julia Vins si jelita berbadan sasa.

RUSIA sememangnya terkenal sebagai negara yang mempunyai ramai jelitawan berwajah bagaikan anak patung seperti Valeria Lukyanova, Anastasia Shpagina and Anzhelika Kenova yang digelar 'Barbie' hidup.

Namun, tidak seorangpun yang setanding dengan Julia Vins dari Engels.

Paras rupa gadis berusia 17 tahun itu bagaikan patung porselin. Peliknya, si cantik itu mempunyai tangan dan kaki berotot yang mampu membuat lelaki termalu sendiri.

Julia ialah atlet muda bina badan dan baru-baru ini gambar-gambarnya tersebar di Internet membuatkan ramai yang tergamam lalu mengubah persepsi tentang wanita yang suka dengan sukan bina badan.

Menurut Julia, dia bersenam membina badan pada mulanya kerana mahu menjadi lebih kuat dan lebih berkeyakinan dengan diri sendiri.

Pada mulanya, dia tidak berniat untuk menjadi atlet angkat berat profesional.

Tahun pertama menceburkan diri, dia membina otot tanpa mengikuti program senaman yang betul dan akhirnya dia membuat keputusan untuk mendapat tunjuk ajar daripada profesional.

Dalam tempoh setahun mendapat tunjuk ajar jurulatih di gim sekolahnya, perkembangannya amat menakjubkan.

Kini dia bersiap-sedia menyertai pertandingan mengangkat berat pertama.

Walaupun ramai yang kagum dengan kesungguhan si cantik ini, cerita Julia, ada juga yang mengkritik pilihannya itu dan mengatakan dia membinasakan badannya sendiri.

Namun, dia tidak mempedulikan cercaan mereka kerana Julia percaya tiada siapa ada hak menghancurkan impiannya.

Ilham fesyen K-Pop

Posted: 22 Sep 2013 06:15 AM PDT

Wanita hari ini dilihat berani memilih pakaian berasaskan warna terang dan kontra berbanding rona lembut dan gelap. ini termasuklah, memiliki koleksi pakaian konsep funky, comel dan ceria.

Ramai bersetuju dengan pendapat yang mengatakan trend fesyen ini tercetus daripada pengaruh muzik Korea atau K-Pop yang terkenal dengan imej seumpama itu.

Penampilan artis Korea dilihat cukup menarik dan sarat dengan elemen segar serta mempesonakan. Paling ketara, penjualan koleksi baju-T konsep funky dan legging (sarung kaki ketat) pelbagai corak yang dijual secara meluas di beberapa gedung di sekitar Lembah Klang.

Menyedari fesyen K-Pop menjadi trend di Malaysia, butik fesyen tempatan, Magazine Boutique melalui labelnya MAGlifestyle mempersembahkan koleksi ready-to-wear terbaru mereka bersempena musim luruh dan musim sejuk. Koleksi yang dinamakan Work It In Pastel & Monochrome itu menampilkan seleksi pakaian yang direka khas untuk digayakan dalam dua suasana berbeza.

Kedua-dua koleksi yang sarat unsur gaya dari Korea ini meliputi variasi pakaian berpotongan menarik khusus untuk wanita, sama ada dari jenis blaus, dress mini dan peplum, skirt mini sehinggalah gaun malam.

Kebanyakan koleksi ini menampilkan kombinasi warna pastel dan neon tetapi ada juga koleksi yang tampil dengan warna terang.

MAGlifestyle turut menawarkan pelbagai aksesori yang menarik seperti beg tangan, clutch, rantai, cincin dan kasut.

Selain menyediakan pembelian melalui laman sesawang www.maglifestyle.com, anda juga boleh mengunjungi butik di Tingkat 1, Isetan, Suria KLCC dan di Magazine Boutique, 34-1, Tingkat 1, Jalan Telawi 2, Bangsar Baru, Kuala Lumpur.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Johor

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


3 orang kuat Johor tidak dicabar

Posted: 21 Sep 2013 10:46 AM PDT

Oleh NURUL HUDA HASSAN
dan IFQDAR A. RAHMAN
utusanjohor@utusan.com.my

JOHOR BAHRU 21 Sept. - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah antara nama besar dalam politik Johor yang menang tanpa bertanding dalam mempertahankan jawatan ketua di bahagian masing-masing di negeri ini.

Beliau kekal sebagai Ketua UMNO Bahagian Pagoh sementara Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin masing-masing tidak dicabar sebagai Ketua UMNO Bahagian Sembrong dan Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang.

Turut menang tanpa bertanding ialah tujuh Ketua UMNO bahagian yang lain iaitu Datuk Ab. Aziz Kaprawi (Sri Gading); Datuk Ir. Hamim Samuri (Ledang); Datuk Nur Jazlan Mohamed (Pulai), Datuk Samsolbari Jamali (Ayer Hitam); Datuk Ir. Dr. Hasni Mohamad (Pontian); Datuk Maulizan Bujang (Tebrau) dan Datuk Daing A. Malek Daing A. Rahman (Kota Tinggi) menjadikan keseluruhannya, 10 jawatan Ketua UMNO bahagian menang tanpa bertanding.

Sebanyak lima jawatan Ketua UMNO bahagian di negeri itu menyaksikan pertandingan empat penjuru manakala lima lagi tiga penjuru pada pemilihan parti kali ini.

Pertandingan empat penjuru melibatkan UMNO Bahagian Pengerang, Kulai, Mersing, Segamat dan Simpang Renggam manakala tiga penjuru pula membabitkan Johor Bahru, Gelang Patah, Tanjung Piai, Labis, Bakri.

Enam jawatan Ketua UMNO bahagian lagi iaitu Batu Pahat, Muar, Parit Sulong, Kluang, Tenggara dan Sekijang menyaksikan pertandingan dua penjuru.

Antara yang menjadi tumpuan ialah Tan Sri Shahrir Abdul Samad yang mempertahankan jawatan Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru ditentang Ketua UMNO Cawangan Taman Suria, Datuk Ahmad Kemin dan Ketua UMNO Cawangan Jalan Utama, Kampung Melayu, Zulkifli Ismail.

Shahrir yang juga Ahli Parlimen Johor Bahru telah menjadi ketua bahagian tersebut sejak 31 tahun lalu tanpa pernah dicabar.

Bekas Ketua Puteri UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said turut dicabar oleh tiga lagi iaitu Timbalannya, Datuk Harun Abdullah; Ketua UMNO Cawangan Bandar Penawar, Abdul Jalil Kahar dan Bendahari bahagian, Mohamed Long.

Bekas Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad turut menghadapi saingan sengit empat penjuru termasuk daripada bekas Timbalannya, Datuk Zainal Abidin Osman, Ishak Awang dan Abdul Razak Pon yang merupakan ahli biasa.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Muar, Datuk Razali Ibrahim dicabar Ketua UMNO Cawangan Parit Tunggal, Jalaludin Kassim.

Anak Ghani Othman bertanding untuk teruskan legasi bapa

Posted: 21 Sep 2013 10:46 AM PDT

JOHOR BAHRU 21 Sept. - Bagi meneruskan legasi bapanya yang merupakan bekas Menteri Besar, Mohammad Jamil Helmi Abdul Ghani menawarkan diri bertanding jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Ledang yang dilepaskan penyandangnya, Musa Khatiran yang telah melepasi had usia.

Mohammad Jamil, 31, yang merupakan Ketua Pemuda UMNO Cawangan Sungai Mati hadir menyerahkan borang pencalonannya pada pukul 11 pagi dan bakal berdepan pencabar, Aidil Roslan Mohamad dan Mohd. Razali Ismail.

Beliau ketika ditemui pemberita berkata, hasratnya untuk bertanding adalah kerana mahu membawa suara generasi muda dalam usaha meremajakan parti.

"Saya mahu mereka melihat saya sebagai anak muda yang mahukan proses transformasi politik dalam UMNO terlaksana. Janganlah melihat saya sebagai anak seorang bekas menteri besar yang sudah menerajui negeri ini selama 18 tahun.

"Bapa juga menyokong saya dengan keputusan ini, malah turut menasihatkan saya untuk bersaing secara sihat. Sokongan yang diberikan adalah sebagai seorang bapa kepada anak, tidak lebih daripada itu," ujarnya.

Sementara itu, seorang lagi anak bekas pemimpin negeri ini iaitu bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas, Nornekman Osman juga bertanding merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Johor Bahru.

Nornekman, 39, yang merupakan anak Datuk Osman Sapian bakal menghadapi tentangan empat penjuru apabila dicabar Ketua Pemuda UMNO Cawangan Jalan Cempaka, Musbah Yusof dan Ketua Pemuda UMNO Cawangan Taman Putera, Saiful Rizal Abd. Ghani serta Ketua Pemuda UMNO Cawangan Jiran Sepakat, Tom Gaddafi Anwary.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Utara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


Menteri Besar Perlis dicabar

Posted: 21 Sep 2013 10:46 AM PDT

Oleh SHOLINA OSMAN
utusanperlis@utusan.com.my

KANGAR 21 Sept. - Menteri Besar, Azlan Man terpaksa berhadapan dengan perlawanan tiga penjuru apabila ditentang dua calon lagi untuk merebut jawatan Ketua UMNO Bahagian Kangar.

Azlan yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis akan ditentang oleh Ahli Parlimen Kangar, Ir. Shaharuddin Ismail dan bekas Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kangar, Datuk Hashim Suboh.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO Negeri Perlis, Datuk Mohd. Azib Saad berkata, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Shahidan Kassim yang akan mempertahankan jawatan Ketua Bahagian Arau kali ini akan dicabar oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Guar Sanji yang juga Ahli Exco Kerajaan Negeri, Jafperi Othman.

Begitu juga dengan jawatan Ketua UMNO Bahagian Padang Besar apabila Datuk Zahidi Zainul Abidin yang juga Ahli Parlimen Padang Besar akan dicabar oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Mata Ayer, Khairi Hassan yang juga Ahli Exco Kerajaan Negeri.

Bagi jawatan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Arau pula, Ahli Dewan Undangan Negeri Tambun Tulang, Datuk Ismail Kassim akan dicabar oleh Setiausaha Politik Menteri Besar, Senator Mohd. Khalid Ahmad.

Bagi jawatan Ketua Wanita UMNO Kangar, Rela Ahmad dicabar oleh bekas Ketua Puteri UMNO Perlis, Marzita Mansor.

Empat sekeluarga bertanding di bahagian sama

Posted: 21 Sep 2013 10:46 AM PDT

KUALA KANGSAR 21 Sept. - Sebanyak empat bahagian di Perak menyaksikan anak-beranak dan adik-beradik bertanding jawatan-jawatan penting pada pemilihan kali ini.

Di Pasir Salak, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Tajuddin Abdul Rahman akan mempertahankan jawatan Ketua UMNO bahagian manakala anaknya, Dr. Faizal bertanding jawatan Ketua Pemuda.

Di Parit Buntar juga menyaksikan bapa dan anak bertanding iaitu Datuk Jamaluddin Abd. Rahim untuk jawatan Naib Ketua bahagian itu manakala anaknya, Mu'ammar Gaddafi Jamal yang merupakan Presiden Gerakan Belia 4B bertanding jawatan Ketua Pemuda.

Di Gopeng pula, Ketua Wanita bahagian itu, Datuk Hamidah Osman mempertahankan jawatan Ketua Wanita manakala adiknya, Hamizura lebih berani apabila bertanding jawatan Ketua Bahagian.

Begitu juga di Taiping yang menyaksikan Ketua UMNO bahagian, Datuk Ahmad Shalimin Shafie mempertahankan jawatan Ketua bahagian manakala adiknya, Ahmad Shahril bertanding jawatan Ketua Pemuda.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Dalam Negeri

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


16,978 pesakit kritikal di negara ini perlukan organ

Posted: 22 Sep 2013 03:10 AM PDT

KUALA TERENGGANU 22 Sept. - Sebanyak 16,978 pesakit kritikal di negara ini memerlukan penderma organ untuk meneruskan hidup mereka, kata Jawatankuasa Bertindak Kesedaran Awam Pendermaan Organ.

Pengerusinya Tan Sri Lee Lam Thye berkata sehingga 31 Ogos lepas seramai 16,945 pesakit buah pinggang, lima pesakit jantung, tujuh pesakit paru-paru, empat pesakit jantung dan paru-paru serta 17 pesakit hati yang berdaftar menunggu giliran untuk mendapatkan organ daripada penderma.

Beliau berkata setakat ini terdapat 235,573 pengikrar yang sanggup menderma organ, namun ia tidak memadai untuk menampung keperluan.

"Sejak 1976 hingga Ogos 2013, hanya 432 orang telah mendermakan organ mereka selepas melalui prosedur dan kesesuaian organ yang didermakan. Sehingga kini, negara sangat-sangat memerlukan penderma organ terutama buah pinggang yang merupakan sangat kritikal di negara ini.

"Untuk pendermaan setelah meninggal dunia, kadar pendermaan organ dan tisu di negara ini ialah sekitar 0.6 pendermaan bagi setiap juta populasi," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Jelajah Pendermaan Organ siri pertama di sini hari ini.

Tahun ini Terengganu dipilih sebagai lokasi pertama daripada empat jelajah sebelum ke Pulau Pinang, Sibu dan diakhiri di Sandakan, Sabah.

Lee berkata daripada jumlah 235,573 pengikrar, seramai 128,595 atau 56 peratus adalah wanita dan 103,897 (44 peratus) lelaki. Kaum Cina mencatat pengikrar paling ramai iaitu 119,637 (51.2 peratus), diikuti India 55,232 (23.7 peratus), Melayu 51,064 (21.7 peratus) dan lain-lain 7,575 (3.2 pratus).

"Angka itu bermakna hanya 0.83 peratus daripada 28.3 juta populasi rakyat Malaysia," katanya.

Menerusi jelajah yang diatur pihaknya dan Kementerian Kesihatan itu, beliau berkata selain memberi kesedaran kepada masyarakat umum, masyarakat berpeluang menzahirkan niat mereka mendaftarkan diri sebagai pengikrar penderma organ dan menderma selepas kematian.

"Sebab itu, kami mengadakan road show dan berusaha meramaikan lagi pengikrar dan individu yang sanggup mendermakan organ mereka untuk masa akan datang," katanya.

Mengikut statistik Pusat Sumber Transplan Nasional dari Januari hingga Ogos tahun ini, seramai 14,053 pengikrar telah mendaftarkan diri dengan golongan belia antara 21 hingga 40 tahun merupakan penyumbang terbesar iaitu 61 peratus, diikuti mereka yang berumur umur 41 tahun dan ke atas (22.52 peratus) dan golongan pelajar bawah 20 tahun (16.48 peratus). - BERNAMA

Gred gaji penyelia Kemas sedang dikaji semula

Posted: 21 Sep 2013 11:46 PM PDT

SEREMBAN 22 Sept. - Kerajaan sedang mengkaji semula gred kenaikan gaji bagi jawatan penyelia Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) seluruh negara.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal berkata, inisiatif tersebut bertujuan mengkaji semula kedudukan dan gred membabitkan penyelia dan penyelia kanan Kemas di seluruh negara.

"Kita mahu pastikan kenaikan gred ini diteliti secara mendalam supaya setimpal dengan keadaan semasa.

"Pihak kementerian telah berbincang bersama pihak Kemas dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berhubung perkara ini sekali gus memastikan ia diuruskan dengan baik,'' katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang akhbar Majlis Perasmian Kompleks Komuniti Desa (KKD) Kampung Pantai, di sini malam tadi. - UTUSAN ONLINE

Perarakan raksasa bukti kesiapsagaan ATM

Posted: 21 Sep 2013 10:46 AM PDT

ANGGOTA Pasukan Khas 10Briged Para dengan seragam baharu celoreng digital berbaris sewaktu Perarakan Raksasa sempena Hari Angkatan Tentera Darat (ATM) ke-80 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 21 Sept. - Perarakan raksasa Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang diadakan sempena ulang tahun ke-80 angkatan itu membuktikan pasukan pertahanan sentiasa bersiapsiaga memelihara maruah serta kedaulatan negara.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, walaupun sebelum ini ATM tidak mempamerkan kekuatan sebenar menerusi aset-aset yang dimiliki kepada umum, tetapi hakikatnya kelengkapan pertahanan itu wujud.

"Mesejnya di sini, walaupun selama ini ATM tidak menunjukkan kelengkapan dimiliki kepada umum tetapi hakikatnya kami memilikinya. Seperti yang dapat kita lihat dalam perarakan raksasa hari ini.

"Perarakan ini menunjukkan tahap kesiapsiagaan ATM serta semangat juang tinggi mereka dan insya-Allah kelengkapan yang ada sekarang mencukupi. Perarakan ini telah memberi keyakinan kepada orang ramai bahawa ATM mampu terus memastikan kedaulatan negara terpelihara," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menghadiri Perarakan Raksasa Hari ATM ke-80 di Dataran Merdeka di sini hari ini.

Yang turut hadir, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak; Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Abdul Rahim Bakri; Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin serta Panglima-panglima perkhidmatan.

Dalam pada itu, pada sidang akhbar tersebut, Hishammuddin menegaskan bahawa Kementerian Pertahanan akan memberi fokus kepada usaha memperkasa ekonomi serta kebajikan bekas dan veteran tentera.

Katanya, pihak kementerian akan bekerja lebih dekat dengan ATM dan Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) untuk memastikan setiap bekas serta veteran tentera menerima manfaat.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Selatan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


Khairy menang tanpa bertanding

Posted: 21 Sep 2013 10:46 AM PDT

Oleh Ainol Amriz Ismail
dan Mohamad Yasir Jaafar
utusanN9@utusan.com.my

SEREMBAN 21 Sept. - Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menang tanpa bertanding bagi jawatan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Rembau selepas tiada calon lain tampil menyerahkan borang semasa proses pencalonan pemilihan UMNO hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO negeri, Datuk Khalid Yunus berkata, Khairy merupakan calon tunggal yang menang tanpa bertanding dalam perebutan jawatan utama di peringkat bahagian di Negeri Sembilan.

''Calon bagi bahagian lain perlu bersaing dalam perebutan yang ada sehingga tiga penjuru selain satu lawan satu bagi jawatan ketua, timbalan ketua dan naib ketua yang meliputi lapan bahagian di negeri ini," katanya dalam sidang akhbar di Wisma UMNO negeri di sini hari ini.

UMNO Bahagian Rasah, Telok Kemang dan Seremban bakal menyaksikan pertandingan tiga penjuru bagi jawatan ketua selepas tempoh penyerahan borang pencalonan ditutup pada pukul 5 petang.

Datuk Hasim Rusdi akan mempertahankan jawatan Ketua UMNO Bahagian Rasah dan dicabar oleh Ahli Jawatankuasa UMNO bahagian itu, Khaidir Jamal yang juga Pegawai Khas (Perhubungan Politik) kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek.

Hasim turut akan dicabar oleh seorang lagi ahli UMNO Bahagian itu, Ishak Abdullah.

Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad yang akan mempertahankan jawatan Ketua UMNO Bahagian Telok Kemang juga menerima tentangan daripada Mazman Mansor dan Ahli Jawatankuasa UMNO bahagian itu, Ramli Awang pada pemilihan yang akan diadakan bulan depan.

Persaingan sengit tiga penjuru pula melibatkan UMNO Bahagian Seremban apabila penyandang ketua bahagian itu, Datuk Ishak Ismail dicabar oleh Setiausaha Kerja Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Md. Yusop Harmain Shah dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ampangan, Abu Ubaidah Redza.

Dalam pada itu, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan yang menyerahkan borang pencalonan untuk mempertahankan Ketua UMNO Bahagian Rembau akan dicabar oleh bekas ADUN Chembong, Datuk Mohamad Rais Zainuddin

Hasan pula hari ini mengumumkan untuk melepaskan jawatan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kuala Pilah untuk memberi laluan kepada kepimpinan muda dan kekal bertanding untuk jawatan Ahli Majlis Tertinggi UMNO.

Jawatan Ketua UMNO Bahagian Kuala Pilah pula menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara penyandang, Datuk Ismail Lasim yang juga Exco kerajaan negeri dan Bendahari Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan dengan Ketua Penerangan UMNO bahagian berkenaan, Datuk Abd. Samad Ibrahim.

Bagi UMNO Bahagian Jempol, Timbalan Ketua UMNO bahagian itu, Datuk Salim Mohd. Shariff menyerahkan borang pencalonan untuk bertanding jawatan Ketua UMNO bahagian bagi mencabar penyandangnya, Datuk Lilah Yasin.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Muka Hadapan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Muka Hadapan


Najib, Muhyiddin kekal jawatan

Posted: 21 Sep 2013 10:46 AM PDT

Broken Link!

The content you are looking for is not available. You might had clicked on a broken link from another website or the content itself might have been removed.

You may want to consider our archive on

If you think there is an error, please click here to report and let us know.

Perarakan raksasa bukti kesiapsagaan ATM

Posted: 21 Sep 2013 10:46 AM PDT

Broken Link!

The content you are looking for is not available. You might had clicked on a broken link from another website or the content itself might have been removed.

You may want to consider our archive on

If you think there is an error, please click here to report and let us know.

Selar gerakan desak Sabah keluar Malaysia

Posted: 21 Sep 2013 10:46 AM PDT

Broken Link!

The content you are looking for is not available. You might had clicked on a broken link from another website or the content itself might have been removed.

You may want to consider our archive on

If you think there is an error, please click here to report and let us know.

Kredit: www.utusan.com.my

Sabtu, 21 September 2013

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Sarawak baham Perak

Posted: 21 Sep 2013 10:46 AM PDT

Oleh FARHANA JONI, IFQDAR RAHMAN, MOHD. YASIR JAAFAR, SITI AIRUNNISA ALAUI, MOHD. SHARIZA ABDULLAH, YATIMIN ABDULLAH dan MUHAMMA DAYNE AZMIN

Pemain-pemain Sarawak meraikan kemenangan menewaskan Perak 6-1 dalam saingan Piala Malaysia, di Stadium Negeri, Kuching, malam tadi sekali gus layak ke suku akhir. - MINGGUAN/AMIR HAFIZ ABD. RAHMAN

KUALA LUMPUR - Pelbagai kejutan dan drama berlaku pada saingan terakhir perlawanan Piala Malaysia dengan juara Liga Perdana, Sarawak meraih tumpuan apabila membelasah Perak 6-1 di Stadium Negeri, Kuching bagi mengetuai enam pasukan lain menempah slot ke suku akhir selain PKNS yang telah melayakkan diri lebih awal.

Selain Sarawak, Pahang yang sudah bagaikan tersingkir pada satu ketika bernasib baik layak ke suku akhir hasil bantuan pasukan jiran, Terengganu yang mengikat Negeri Sembilan 2-2 di Stadium Tuanku Abdul Rahman walaupun Tok Gajah dibelasah 4-0 oleh juara musim lalu, Kelantan di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu.

Johor Darul Takzim (Johor DT) juga mara ke suku akhir meskipun dimalukan 0-2 di kandang sendiri oleh PKNS sementara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Sime Darby mencukupkan senarai lapan pasukan terbaik yang akan meneruskan perjuangan memburu piala berprestij bola sepak negara musim ini.

Carta saingan suku akhir akan memperlihatkan ulangan perlawanan akhir Piala FA apabila Kelantan akan bertemu Johor DT sementara ATM akan bertembung Lions XII, lain-lain saingan pula Sarawak menentang Sime Darby dan PKNS berdepan Pahang.

Sebaik wisel perlawanan dibunyikan, di hadapan 30,000 penonton, Sarawak tidak menunggu lama untuk mengganas apabila pertahanan Perak, Khairi Kiman tertanduk ke dalam gawang sendiri dan penyerang berbisa, Bobby Gonzales menggandakan kelebihan seminit kemudian sebelum Yong Kuong Yong cuba meniupkan api perjuangan pasukan Perak apabila merapatkan jurang pada minit ke-22.

Namun, kegarangan Sarawak ternyata sukar disekat lagi apabila Muamer Salibasic meledak hatrik pada minit ke-43, 59 dan 72 dengan satu lagi jaringan disumbangkan oleh Zamri Morshidi pada minit ke-56 sekali gus menempah pertemuan dengan Sime Darby di suku akhir, 28 September ini.

Juara Liga Super, Lions XII juga penuh bergaya membenam Kedah, 3-1 di Stadium Darul Aman hasil jaringan Hariss Harun (minit ke-24), Baihakki Khaizan (minit ke-38) dan Muhammad Hafiz Abu Sujad (minit ke-65) untuk Lions XII sementara gol sagu hati skuad Kenari dijaringkan Alen Guc pada minit ke-44.

Negeri Sembilan seperti melepaskan rezeki yang terhidang di Paroi apabila jaringan pada minit ke-87 oleh Ashari Samsudin membunuh segala harapan skuad Hoben Jang Hoben walaupun mereka telah mendahului 2-1 sebelum itu menerusi Fabio Leandro Barbosa pada minit ke-19 dan Nazrin Nawi pada minit ke-70, memadamkan kelebihan awal pelawat menerusi Effa Emmanuel Owona.

Dickson Nwakaeme juga tidak ketinggalan menunjukkan belangnya yang tersendiri apabila meledak jaringan hatrik di Kota Bharu untuk menang 4-0 ke atas Pahang dengan semua gol pada babak kedua iaitu pada minit ke-66, 83 dan 89 manakala satu lagi jaringan datang daripada Indra Putra Mahayuddin pada minit ke-19, namun kedua-dua pasukan Pantai Timur itu tetap melangkah ke suku akhir.

Pasukan berstatus kelab, PKNS melaungkan amaran awal kepada semua pencabar Piala Malaysia musim ini apabila mencatat kemenangan kelima dalam enam perlawanan dengan Johor DT terus tunduk kepada kehebatan kepada skuad Red Ants di Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunos, Larkin hasil jaringan Reeshafiq Alwi pada minit ke-18 dan Roman Chmelo pada minit ke-64.

Kekalahan Johor DT itu bagaimanapun masih belum cukup buat T-Team sekali pun menang 2-1 mengatasi Felda United melalui jaringan Ahmad Syamin Yahaya pada minit ke-21 dan 61 sementara gol tunggal dicipta Mohd. Kamal pada minit ke-86 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu biarpun terikat sama mata dengan Harimau Selatan kerana perbezaan gol yang terlalu jauh.

Sementara itu, gol awal pada minit ke-3 oleh Amiridzwan Taj tidak cukup memberikan kemenangan kepada Gladiators apabila Sime Darby menerusi Fahrul Razi Kamaruddin pada minit ke-35 membuatkan kedua-dua pasukan berkongsi satu mata di Stadium Majlis Perbandaran Selayang manakala Selangor akhirnya mengecapi kemenangan pada saingan Piala Malaysia apabila menang 2-1 mengatasi Johor di Stadium Shah Alam, namun sudah tidak memberikan sebarang makna.

BAM nafi beri kebenaran

Posted: 21 Sep 2013 10:46 AM PDT

Oleh ZAZALI JAMIAN
sukan@utusan.com.my

Tan Aik Mong

KUALA LUMPUR - Seperti dijangka Rashid Sidek tidak hadir pada pertemuan dengan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) yang diadakan di Stadium Juara, Bukit Kiara, semalam.

Kelmarin, Presiden BAM, Tan Sri Tengku Mahaleel Tengku Ariff mengarahkan semua jurulatih, termasuk Rashid untuk hadir pada pertemuan yang dipengerusikan oleh Pengarah Kumpulan Pengurusan Bakat (TMG), Tan Aik Mong itu bagi membincangkan mengenai perancangan badminton negara.

Aik Mong enggan mengulas ketika ditanya mengenai Rashid, terutama melibatkan isu peletakan jawatan bekas jurulatih tersebut.

"Saya tidak mahu memikirkan perkara itu kerana fokus saya kini hanya untuk melaksanakan perancangan BAM.

"Saya juga kalau boleh tidak mahu terlibat dengan isu berkaitan Rashid lagi, saya hanya mahu menumpukan kepada jurulatih yang sedia ada," katanya kepada pemberita selepas bertemu jurulatih di sini, semalam.

Sementara itu, Setiausaha Agung BAM, Ng Chin Chai mengakui, satu mesyuarat khas telah diadakan semalam bagi membincangkan kedudukan Rashid yang dikatakan melanggar kontrak sedia ada apabila menyertai kelab Liga Badminton India (IBL), Smashers.

"Mesyuarat ini dihadiri oleh empat peguam dalam kalangan pegawai BAM, namun saya tidak boleh dedahkan hasil perbincangan kerana perlu diberikan kepada Presiden terlebih dahulu," kata Chin Chai.

Dalam perkembangan berkaitan, BAM menerusi satu kenyataan akhbar semalam menafikan telah memberikan kebenaran kepada Rashid untuk menandatangani kontrak dengan sebuah kelab di India.

Pengurus Besar BAM, Kenny Goh dalam kenyataan itu memberitahu, badan badminton itu tidak tahu mengenai kontrak tersebut, malah perkara itu tidak pernah dibawa kepada majlis ketika di bawah kepimpinan Presiden lama, Datuk Seri Nadzmi Mohd. Salleh.

BAM dalam kenyataan akhbar berasingan turut menafikan dakwaan akhbar bahawa mereka akan mengeluarkan surat amaran kepada pemain No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei kerana mempertahankan Rashid.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved