Sabtu, 21 September 2013

Utusan Online - Kota

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Rakan Cop dijenamakan semula

Posted: 21 Sep 2013 10:46 AM PDT

Oleh BADRUL HAFIZAN MAT ISAbadrul.isa@utusan.com.my

AHMAD Zahid Hamidi (dua, kiri) menunjukkan tanda bagus selepas merasmikan Bilik Pameran Riders Haven dan Pelancaran Kelab Motosikal Riders Haven di Putra Heights, Subang Jaya, semalam. Turut hadir (dari kiri) Pengasas Riders Haven, Ahmad Sabrey Idris; Azman Idris; Setiausaha Agung Persatuan Superbike Malaysia (SAM), Sulaiman Samian dan Kamaruddin Ismail. - BERNAMA

KUALA LUMPUR 21 Sept. - Program Rakan Cop yang bertujuan menggalakkan penyertaan masyarakat membantu polis memerangi jenayah akan dilancarkan semula dengan penjenamaan yang baharu.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, dengan keahlian yang bertambah, Rakan Cop akan ditambah dengan pelbagai aktiviti dalam usaha pembanterasan jenayah serta memberikan maklumat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

"Kemungkinan nama dan logo Rakan Cop itu akan dikekalkan, namun yang pastinya program itu ditambah baik dengan pengenalan nombor 911 untuk saluran maklumat aktiviti jenayah yang dilihat oleh ahli-ahli Rakan Cop," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas perasmian Bilik Pameran Riders Haven dan Pelancaran Kelab Motosikal Riders Haven di Putra Heights, Subang Jaya, dekat sini hari ini.

Yang hadir sama, Pengerusi Riders Haven, Datuk Kamaruddin Ismail dan Pengarah Urusannya, Azman Idris.

Sementara itu, Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Eksekutif, Persatuan Superbike Malaysia (SAM) memberitahu, pihaknya akan menjemput para penunggang motosikal di negara ini untuk menjadi ahli Rakan Cop.

"Terdapat tidak kurang 50,000 penunggang motosikal berkuasa tinggi serta ratusan ribu lagi penunggang motosikal berkuasa rendah, kita akan satukan mereka di dalam Rakan Cop.

"Mereka akan diberikan kad autoriti dan asas-asas latihan, sekali gus menjadi 'mata dan telinga' pasukan polis bagi usaha pembanterasan jenayah," katanya.

4 Ketua Bahagian di Wilayah Persekutuan tidak dicabar

Posted: 21 Sep 2013 10:46 AM PDT

KUALA LUMPUR 21 Sept. - Hanya empat daripada 13 bahagian UMNO di Wilayah Persekutuan menyaksikan jawatan ketuanya tidak dicabar iaitu Cheras, Putrajaya, Kepong dan Titiwangsa manakala selebihnya bakal ditandingi.

Keempat-empat mereka ialah Datuk Syed Ali Alhabshee (Cheras), Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (Putrajaya), Datuk Rizuan Abd. Hamid (Kepong) dan Datuk Johari Abdul Ghani (Titiwangsa).

Selain Rizuan yang tidak dicabar, jawatan ketua setiap sayap bahagian Kepong juga tidak berlaku pertandingan.

Dalam pada itu, selain mempertahankan jawatan Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang menawarkan diri untuk bertanding Ketua Wanita UMNO Bahagian Kepong juga tidak dicabar.

Perebutan jawatan ketua bahagian di Bandar Tun Razak pula menyaksikan pertembungan enam penjuru yang antaranya turut melibatkan Datuk Rizalman Mokhtar, Datuk Amil Salleh dan Syed Abdul Rahman Mohammad Alhabshi.

Malah, jawatan timbalan ketua dan naib ketua bahagian turut membabitkan jumlah calon yang ramai manakala ketua Wanita bahagian pula ditandingi oleh tiga calon.

Sementara itu, Ketua Puteri UMNO Cawangan Taman OUG, Saarah Basham menjadi satu-satunya wanita yang menawarkan diri sebagai calon Ketua Bahagian Seputeh.

Beliau akan menentang dua calon lain iaitu penyandang ketua bahagian, Datuk Mustapa Kamal Mohd Yusoff dan bekas ketua bahagian itu, Datuk Hisham Abd Majid.

Bumiputera perlu jadi usahawan - Ahmad Maslan

Posted: 21 Sep 2013 10:46 AM PDT

KUALA LUMPUR 21 Sept. - Orang Melayu khususnya golongan muda disaran mempelopori bidang keusahawanan dengan lebih proaktif demi mencapai hasrat kerajaan memperkasa ekonomi kaum bumiputera.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berkata, walaupun tiga perempat penduduk Malaysia terdiri daripada orang Melayu dan bumiputera namun kuasa ekonomi negara ketika ini didominasi kaum Cina.

"Jika dilihat dari sudut ekonomi, kita masih belum mencapai prestasi yang diharapkan malah terlalu rendah, misalnya dari segi pencapaian ekuiti, pemilikan premis perniagaan, simpanan dalam bank dan sebagainya," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Forum Kebangsaan Pemimpin Muda dan Keusahawanan 2013 di sini hari ini.

Forum yang julung-julung kali diadakan itu disertai lebih 600 peserta dari pelbagai institusi pengajian tinggi (IPT) serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan turut dihadiri Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Datuk Dr. Awang Sariyan.

Dalam pada itu, Ahmad berkata, kaedah terpenting dalam mengangkat ekonomi masyarakat Melayu dan bumiputera adalah melalui keusahawanan.

"Jika kita tidak menjadi bangsa usahawan, negara akan rugi kerana sembilan daripada sepuluh punca kekayaan adalah daripada hasil perniagaan.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Feminin

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Feminin


Ubah stail, tampil berani

Posted: 20 Sep 2013 11:29 AM PDT

DUNIA fesyen berubah dengan pantas tetapi pada masa yang sama, zaman kegemilangan rekaan klasik mulai menghangat!

Walau apa pun, pilihan terletak di tangan kamu untuk menggayakan stail yang mana satu, sama ada mahu menjadi gadis manis atau tampil berani.

Lebih mengujakan apabila kesemua pilihan itu boleh dibuat di hujung jari sahaja. Ini kerana butik dalam talian, Get Dressed By Dylla Nazirah menawarkan pelbagai pilihan pakaian untuk tampil berani pada harga berpatutan. Justeru, jangan ketinggalan untuk melawat butik itu secara maya. - LYNN/ZAKARIA IDRIS

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Johor

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Zakat MAINJ capai RM135 juta

Posted: 20 Sep 2013 11:29 AM PDT

Oleh ZULHISHAM ISAHAK
utusanjohor@utusan.com.my

PAGOH 20 Sept. - Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) menjangkakan hasil kutipan zakat negeri ini meningkat berbanding tahun lalu berdasarkan pungutan yang sudah diperoleh setakat hari ini iaitu berjumlah RM135 juta.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Abdul Razak Hassan (gambar) berkata, keyakinan tersebut berasaskan usaha bertemu dengan pengarah syarikat yang diperhebatkan dalam memberi kesedaran mengenai tanggungjawab menunaikan kewajipan itu.

"Dalam masa sama, MAINJ juga mempermudahkan mereka dengan menyediakan kaunter bagi membolehkan proses pembayaran zakat berjalan lancar," katanya dalam sidang akhbar selepas program Briged Ansor MAINJ Bersama Penduduk Kampung Raja, di sini hari ini.

Beliau memberitahu, kutipan zakat tahun lalu sebanyak RM170 juta dan daripada jumlah itu sebanyak RM120 juta sudah dibelanjakan untuk membantu golongan asnaf yang memerlukan.

Menurutnya, perbezaan kutipan zakat amat ketara dalam tempoh dua tahun kebelakangan ini misalnya jumlah zakat yang berjaya dikutip pada 2011 hanya RM50 juta.

"Peningkatan ini berikutan pertambahan bilangan syarikat korporat yang mula mempunyai kesedaran dan berminat membayar zakat hasil keuntungan syarikat selain promosi yang dilakukan pihak kami," katanya.

Mengenai keengganan segelintir umat Islam membayar zakat, Abdul Razak berkata, keadaan itu berpunca daripada kurang kefahaman tentang tanggungjawab tersebut menyebabkan mereka memilih membayar sendiri kepada pengutip zakat yang tidak dilantik MAINJ.

Melalui kutipan zakat itu, katanya, pelbagai bantuan diberikan kepada lapan golongan yang dikategorikan asnaf antaranya rawatan dialisis kepada pesakit buah pinggang, baik pulih rumah dan pendahuluan melanjutkan pengajian.

Sebagai contoh, jelasnya, setiap tahun MAINJ memperuntuk sebanyak RM18 juta kepada hampir 3,000 pesakit buah pinggang melakukan rawatan dialisis.

Mengenai program itu, Abdul Razak berkata, program yang dilancarkan tahun lalu tersebut bercorak kemasyarakatan dengan menubuhkan pasukan Briged Ansor untuk turun ke padang bertemu masyarakat.

"Pelbagai acara yang dilakukan seperti bergotong-royong, tazkirah dan menjejak golongan asnaf. Dalam program kelima tahun ini, kita berjaya menjejaki 30 asnaf dan mereka diberikan bantuan termasuk baik pulih rumah berjumlah RM10,000. Mereka yang berpendapatan RM700 ke bawah layak digelar asnaf dan menerima bantuan zakat," katanya.

Empat wakil Johor rebut kerusi Exco Pemuda

Posted: 20 Sep 2013 11:29 AM PDT

Azizul Kamar Abdul Rahman (berdiri tiga dari kiri) menyerahkan sumbangan kepada keluarga Paiman Supian di Batu Pahat, kelmarin.

BATU PAHAT 20 Sept. - Empat wakil daripada Pergerakan Pemuda UMNO Johor mengesahkan akan mewakili negeri itu bagi merebut kerusi Exco Pemuda pada pemilihan Oktober ini.

Mereka ialah Ketua Pemuda UMNO Bahagian Batu Pahat, Azizul Kamar Abdul Rahman; Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tebrau, Syahrin Md. Jamaludin; Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Sembrong, Onn Hafiz Ghazi dan Pengerusi Biro Ekonomi dan Keusahawanan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pulai, Sheikh Ahmad Nafiq Al-Firdaous.

Daripada empat nama itu, Shahrin akan mempertahankan kerusi Exco Pemuda yang dimenanginya pada pemilihan lalu manakala tiga lagi merupakan muka baharu yang akan memberikan saingan.

Azizul Kamar berkata, keputusan bertanding kerusi Exco Pemuda itu dibuat dalam mesyuarat yang dipengerusikan oleh Ketua Pemuda UMNO Negeri, Datuk Zulkurnain Kamisan.

"Selepas mengadakan pertemuan dengan akar umbi sebelum ini, keempat-empat nama itu termasuk saya telah membuat keputusan akan bertanding bagi merebut kerusi Exco," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan untuk mangsa bencana di sini semalam.

Sementara itu, mengenai penyampaian sumbangan tersebut, Azizul berkata, bantuan berkenaan diberikan bagi meringankan pasangan suami isteri yang terdiri daripada warga emas selepas rumah mereka dihempap pokok kelapa sawit usang pada awal bulan lalu.

"Dalam kejadian itu, rumah yang dihuni Paiman Supian, 85, dan isterinya Sarah Karim, 70, rosak teruk dan memerlukan kos yang tinggi untuk diperbaiki. Disebabkan itu, Pemuda UMNO Bahagian Batu Pahat terpanggil bagi memberi bantuan.

"Lebih menyedihkan apabila rumah itu turut dihuni oleh anak saudara pasangan berkenaan yang tidak mempunyai sebelah kaki selepas dipotong akibat penyakit diabetes," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Selatan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


11 buah kedai musnah terbakar

Posted: 20 Sep 2013 11:29 AM PDT

Oleh MOHAMMAD YASIR JAAFAR
pengarang@utusan.com.my

Beginilah keadaan sederet kedai yang musnah dalam kebakaran yang berlaku di Pekan Baru Titi, Jelebu, Negeri Sembilan, kelmarin.

JELEBU 20 Sept. - Seramai 11 peniaga di Pekan Baru Titi dekat sini terpaksa berputih mata selepas kesemua premis peniagaan separuh kekal milik mereka musnah dalam kebakaran petang semalam.

Seorang peniaga, Siaw Sing Kui, 52, berkata, ketika kejadian pukul 6.40 petang, dia tiada di kedainya kerana keluar dan sejurus pulang terkejut apabila melihat beberapa premis di pekan itu terbakar.

Menurut Sing Kui yang menjual peralatan sembahyang, dia gagal menyelamatkan barangan di kedainya kerana api marak dengan terlalu pantas.

"Saya tidak mampu berbuat apa-apa selain hanya mampu melihat kedai yang saya usahakan sejak dua tahun lalu musnah terbakar," katanya di sini semalam.

Seorang lagi peniaga yang hanya dikenali sebagai Steven, 23, memberitahu, ketika kejadian dia berada di kedai telefon bimbit miliknya sebelum mendengar bunyi bising di luar.

"Apabila keluar saya lihat beberapa buah kedai berhampiran sudah terbakar, tanpa berlengah saya masuk semula ke dalam kedai untuk mengambil beberapa barangan berharga yang mampu diselamatkan.

"Api marak dengan cepat dan tidak sampai beberapa minit semua kedai termasuk kedai saya turut musnah," katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 7.09 petang dan tiba di lokasi dua minit kemudian.

"Kebakaran ini menyebabkan lapan kedai sederet dan tiga kedai terletak di bahagian belakang musnah termasuk sebuah restoran.

"Kebakaran dapat dikawal sepenuhnya sejam kemudian dan operasi ditamatkan pada pukul 11 malam," katanya.

Tambahnya, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu dan jumlah kerugian serta punca kebakaran masih dalam siasatan.

Loji Rawatan Kumbahan ke-3 Melaka siap 2015

Posted: 20 Sep 2013 11:29 AM PDT

MELAKA 20 Sept. - Projek pembinaan Loji Rawatan Kumbahan Serantau ketiga Melaka di Tambak Laut, Tengkera di sini, yang menelan belanja sebanyak RM86.66 juta dijangka siap sepenuhnya pada 2015.

Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Loo Took Gee berkata, projek itu yang dibina dalam tempoh dua tahun antara 29 Ogos lalu hingga 28 Ogos 2015 dijangka mampu merawat aliran kumbahan sehingga 120,000 penduduk setara (P.E.).

Menurutnya, aliran kumbahan bagi loji yang mempunyai ketahanan struktur antara 50 hingga 60 tahun itu boleh dipertingkat sehingga 360,000 P.E menjelang 2035.

"Usaha berterusan ini telah dimulakan sejak Rancangan Malaysia Kelapan (RMK-8) dengan membelanjakan sebanyak RM149 juta bagi melaksana projek-projek pembentungan antaranya program membaik pulih dan menaik taraf 134 loji rawatan kumbahan sedia ada yang kritikal di negeri ini.

"Ini termasuklah pembinaan kemudahan sistem pembentungan serantau di Alor Gajah dan Sungai udang," katanya.

Beliau berucap dalam majlis menandatangani kontrak projek itu antara kementerian yang diwakilinya dengan kontraktor terpilih, Asia Baru Construction Sdn. Bhd., yang diwakili Pengarah Urusannya, Law Kee Kit di sini semalam.

Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Pembantungan, Mohd. Akhir Mohd. Jiwa dan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar, Sazali Muhd. Din.

Took Gee berkata, projek yang dibina di atas tapak seluas 4.04 hektar itu adalah yang ketiga antara lima loji rawatan kumbahan serantau seperti dicadangkan di negeri ini.

Tambahnya, dua projek yang sudah beroperasi adalah di Alor Gajah pada 2011 dan Sungai Udang (2008) manakala dua lagi yang bakal dibina adalah di Batu Berendam dan Balai Panjang.

Katanya, pembinaan loji itu memberi pelbagai manfaat kepada penduduk di negeri ini antaranya sistem kawalan bau, sistem loji dengan unit pemprosesan bertutup serta menerapkan nilai teknologi hijau dengan menggunakan semula air kumbahan yang telah dirawat.

Teka-teki Ab. Rauf, Rahim rebut jawatan Ketua UMNO Bahagian Masjid Tanah

Posted: 20 Sep 2013 11:29 AM PDT

Kiri Ab. Rauf Yusoh, Abdul Rahim Tamby, Ismail Othman

MELAKA 20 Sept. - Pertandingan tiga penjuru jawatan Ketua UMNO Bahagian Masjid Tanah disifatkan paling sengit berbanding persaingan di lima bahagian lain di negeri ini kerana menemukan tokoh politik terkenal dan berpengaruh.

Setakat ini, tiga calon menawarkan diri bertanding jawatan yang dikosongkan penyandangnya, Datuk Abu Seman Yusop iaitu bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Dr. Abdul Rahim Tamby Chik, Setiausaha Kerja UMNO, Ab. Rauf Yusoh dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Linggi, Datuk Ismail Othman.

Tidak sampai 24 jam sebelum semua calon menyerahkan borang pendaftaran kepada Badan Perhubungan UMNO di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) esok, hanya Ab. Rauf sehingga kini belum mengesahkan bertanding jawatan itu.

Utusan Malaysia difahamkan Ab. Rauf akan membuat kenyataan selepas beliau menyerahkan borang pendaftaran di MITC esok bermula dari pukul 8 pagi hingga 5 petang.

Walau bagaimanapun, kalangan penyokong Ab. Rauf begitu yakin AJK Cawangan Jeram itu akan bertanding jawatan Ketua UMNO Bahagian Masjid Tanah.

Dalam pada itu, Abdul Rahim berkata, keputusan sama ada beliau akan bertanding jawatan itu atau sebaliknya hanya akan diketahui esok.

"Saya enggan komen tentang persaingan tiga penjuru ini takut ada yang salah faham. Tunggulah esok jika saya hadir di MITC atau saya tidak datang," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sementara itu, Ismail yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perumahan Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar negeri gagal dihubungi bagi mendapatkan penjelasan.

Apa pun, esok menjadi penentu sama ada tiga calon berpengaruh itu akan bertanding selepas masing-masing perlu menghantar borang pendaftaran di MITC.

Jika menjadi realiti, sudah tentu pertandingan tiga penjuru merebut jawatan Ketua UMNO Bahagian Masjid Tanah paling sengit dalam pemilihan UMNO di negeri ini.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Dalam Negeri

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Tiada anggota ATM alami tekanan jiwa - Panglima

Posted: 21 Sep 2013 12:02 AM PDT

UNIT Anggota Paskal ATM memberi tabik hormat kepada Perdana Menteri, Najib Tun Razak sempena Perarakan Raksasa ATM di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur hari ini. - BERNAMA

HANDAL... Anggota komando bergayut di pesawat Nuri dalam demontrasi menyelamatkan tebusan sempena Perarakan Raksasa Hari Angkatan Tentera Malaysia Ke-80 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur hari ini. - BERNAMA

KUALA LUMPUR 21 Sept. - Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata, setakat ini tiada anggota tentera yang dikesan mengalami 'Post Traumatic Stress Disorder Syndrome', iaitu sindrom tekanan jiwa akibat kengerian pertempuran.

"Walaupun tentera Malaysia pernah berdepan dengan pertempuran ngeri seperti insiden Pasar Bakara di Somalia sekitar tahun 90-an dan melawan pengganas Sulu pada awal tahun ini, sindrom tersebut tidak dikesan berlaku di kalangan tentera Malaysia," katanya kepada pemberita selepas menghadiri perarakan raksasa sempena Hari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ke-80 di Dataran Merdeka di sini hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang lengkap memakai uniform baharu tentera 'Loreng Digital' turut hadir pada majlis itu dengan menaiki kereta kebal.

Menjelas lanjut, Zulkefli berkata, sehubungan itu, ATM tidak bercadang untuk memperkenalkan elaun khas untuk golongan tentera yang dikesan menghadapi sindrom berkenaan seperti dilaksanakan, kerajaan Amerika Syarikat.

Beliau berkata, selain itu, ATM juga mempunyai unit pasca trauma sendiri dan sedang dalam rancangan untuk memperkukuhkan unit berkenaan.

Malah, unit itu turut dihantar ke Sabah baru-baru ini untuk menangani tekanan yang dialami anggota tentera, berikutan serangan pengganas Sulu pada awal tahun ini, katanya.

Menurut pakar, individu yang mengalami sindrom berkenaan akan terbayangkan kengerian peperangan atau pertempuran yang dihadapi mereka sehingga sukar untuk tidur malam serta mengalami halusinasi. - BERNAMA

Awang Adek tak pertahan jawatan MT

Posted: 20 Sep 2013 08:31 PM PDT

KOTA BHARU 21 Sept. - Ketua UMNO Bahagian Bachok, Datuk Dr. Awang Adek Hussain tidak mempertahankan jawatan Majlis Tertinggi (MT) UMNO pada pemilihan parti itu bulan depan.

Sebaliknya, bekas Timbalan Menteri Kewangan itu hanya akan mempertahankan jawatan Ketua UMNO bahagian apabila menyerahkan borang pencalonan jawatan itu di Bangunan UMNO negeri pada pukul 9 pagi ini. - UTUSAN ONLINE

Proses serah borang calon lancar - Tengku Adnan

Posted: 20 Sep 2013 08:21 PM PDT

PETUGAS UMNO melayani Tan Sri Badruddin Amiruldin yang menghantar sendiri borang pencalonan untuk jawatan Pengerusi Tetap UMNO di PWTC, Kuala Lumpur pagi ini. - UTUSAN/GHAzALI BASRI

KUALA LUMPUR 21 Sept. - Proses penyerahan borang pemilihan UMNO yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini berjalan lancar tanpa sebarang masalah.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, proses tersebut berjalan lancar dengan kerjasama baik semua pihak khususnya daripada para calon. - UTUSAN ONLINE

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Utara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


Aspirasi Top 5 2015 dilancar

Posted: 20 Sep 2013 11:29 AM PDT

Oleh JAMLIAH ABDULLAH
utusankedah@utusan.com.my

Mukhriz Mahathir bersalaman dengan sebahagian warga pendidik Kedah dalam majlis Perjumpaan Bersama Warga Pendidikan Kedah di Alor Setar, kelmarin. - UTUSAN/Kamal Basir

ALOR SETAR 20 Sept. - Menteri Besar, Datuk Mukhriz Mahathir semalam melancarkan program pendidikan Aspirasi Top 5 2015 dalam usaha meletakkan prestasi negeri di kalangan kelompok lima cemerlang dalam pencapaian gred purata peperiksaan awam (GPPA) menjelang 2015.

Mukhriz melancarkan program tersebut sempena majlis Perjumpaan Bersama Warga Pendidikan Kedah di Wisma Darul Aman di sini.

Menurut beliau, inisiatif Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah untuk melonjak negeri ini memaparkan kesungguhan dan komitmen jitu untuk bersama-sama menjayakan hasrat kerajaan negeri.

"Kedah suatu ketika dahulu cemerlang dalam pendidikan dan saya percaya usaha ini mampu melonjakkan Kedah kembali cemerlang dalam bidang ini.

"Kerajaan negeri akan sentiasa menyokong dan memberi kerjasama yang tidak berbelah-bahagi kepada usaha memartabatkan pendidikan di negeri ini selaras dengan Aku Janji Barisan Nasional Kedah yang akan sentiasa berusaha meletakkan bidang ini dan pembangunan modal insan di tahap lebih baik," katanya dalam majlis tersebut.

Yang hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengangkutan dan Kerja Raya negeri, Datuk Tajul Urus Mat Zain; Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Luar Bandar dan Pembasmian Kemiskinan, Datuk Mohd. Tajuddin Abdullah dan Pengarah Pendidikan negeri, Mansor Lat.

Dalam majlis itu, Mukhriz turut melahirkan hasrat golongan pelajar generasi Ulu Albab dapat dilahirkan di negeri ini.

"Kerajaan negeri sentiasa menyokong usaha ke arah pembinaan generasi Ulu Albab yang ditafsirkan sebagai kumpulan manusia yang mempunyai pemikiran bersih dan sempurna sehingga mampu memahami hakikat sesuatu perkara secara betul.

"Generasi Ulul Albab inilah yang sewajarnya dilahirkan sebagai generasi harapan negara," katanya.

Beliau juga menyeru semua warga pendidikan negeri ini berusaha keras meningkatkan mutu pendidikan di negeri ini demi menjayakan aspirasi kerajaan.

"Pembelajaran murid tidak akan berlaku jika tidak diiringi dengan perancangan rapi di peringkat pelaksana. Guru adalah tonggak utama dalam meningkatkan prestasi murid di sekolah.

"Para pendidik memainkan peranan penting dalam melahirkan insan yang berpendidikan, bermoral tinggi dan dipenuhi dalam dirinya nilai-nilai yang murni," katanya.

Zambry gesa calon berkempen secara sihat

Posted: 20 Sep 2013 11:29 AM PDT

Zambry Abd. Kadir

GERIK 20 Sept. - Calon-calon yang bertanding dalam mesyuarat UMNO bahagian di negeri ini bulan depan dinasihatkan berkempen secara sihat serta mengelak daripada memporak-perandakan parti.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, beliau berharap calon yang bertanding tidak membawa isu yang boleh merosakkan hubungan kekeluargaan dalam parti.

"Saya sudah tegaskan berulang kali supaya bertanding seperti sebuah keluarga, kerana yang menang adalah sebahagian daripada keluarga UMNO, begitu juga yang kalah, mereka adalah keluarga parti," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Kem Pelancongan Taman Negeri Royal Belum dan Kampung Pelancongan, di sini hari ini.

Semalam, Utusan Malaysia menjangkakan sekurang-kurangnya sebanyak 13 Ketua UMNO Bahagian di negeri ini dicabar pada pemilihan parti bulan depan.

Bahagian tersebut ialah Kuala Kangsar, Bukit Gantang, Pasir Salak, Teluk Intan, Beruas, Parit, Batu Gajah, Gopeng, Parit Buntar, Bagan Serai, Sungai Siput, Padang Rengas dan Larut.

Dalam pada itu, Zambry menjangkakan saingan yang menarik berlaku dalam mesyuarat UMNO bahagian negeri itu kali ini.

"Maklumat awal yang saya terima, memang bakal berlaku pertandingan di peringkat bahagian namun tidak semua Ketua Bahagian akan dicabar.

"Jumlah sebenar mereka yang akan bertanding hanya akan diketahui Sabtu ini apabila calon menyerahkan borang untuk bertanding," katanya.

Sementara itu, mengulas calon yang bertanding atas sebab sekadar mencuba, Zambry meminta mereka menilai terlebih dahulu kelayakan masing-masing sebelum membuat keputusan untuk bertanding.

"Ini (pemilihan) bukan main-main atau untuk tujuan seronok-seronok. Jangan ambil kesempatan daripada dasar keterbukaan parti untuk mereka bertanding kerana berseronok-seronok.

"Memilih pemimpin adalah perkara serius, jadi ahli UMNO peringkat akar umbi harus menilai siapa tokoh yang akan mereka pilih nanti," katanya.

Menurut beliau, ahli UNMO harus menolak calon yang mengukur diri mereka atas dasar wang semata-mata kerana tidak mahu budaya politik wang berterusan sehingga ke akar umbi.

Graduan wanita disaran jadi usahawan

Posted: 20 Sep 2013 11:29 AM PDT

BUKIT MERTAJAM 20 Sept. - Graduan wanita disaran tidak terlalu bergantung kepada kerjaya makan gaji sebaliknya digalakkan menceburi bidang keusahawanan yang menjanjikan pulangan lebih lumayan.

Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita (JPW), Che Azizah Che Rashid berkata, kerajaan menyediakan pelbagai insentif membantu golongan wanita menceburi bidang perniagaan sama ada berskala kecil atau besar.

"Malah, peluang keusahawanan dalam bidang pertanian juga terbuka luas kepada graduan wanita untuk diceburi mereka sama seperti graduan lelaki.

"Masa depan sebagai usahawan ternyata cerah kepada wanita dan mereka tidak perlu terlalu memandang kerjaya makan gaji kerana pulangannya lebih lumayan," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan majlis penutup Seminar Melangkah Ke Alam Kerjaya anjuran JPW Pulau Pinang di sini semalam.

Kira-kira 250 peserta terdiri daripada penuntut tahun akhir beberapa institusi pengajian tinggi awam dan swasta di negeri ini menyertai seminar selama sehari itu.

Menurut Che Azizah, penganjuran seminar itu bertujuan mendedahkan peserta dengan persediaan sebelum memasuki alam pekerjaan termasuk skil komunikasi dan penonjolan diri mereka.

"Graduan yang akan memasuki alam pekerjaan harus memiliki nilai tambah yang mampu 'menjual' diri mereka di mata majikan yang tidak akan diperoleh dalam kuliah di universiti," katanya.

"Kemahiran berbahasa serta skil komunikasi amat penting bagi graduan selain imej dan penampilan yang benar-benar mencerminkan keperibadian penuntut institusi pengajian tinggi," ujarnya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Muka Hadapan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Muka Hadapan


Rumah mampu milik ditambah

Posted: 20 Sep 2013 11:29 AM PDT

Broken Link!

The content you are looking for is not available. You might had clicked on a broken link from another website or the content itself might have been removed.

You may want to consider our archive on

If you think there is an error, please click here to report and let us know.

Ali Rustam tarik diri?

Posted: 20 Sep 2013 11:29 AM PDT

Broken Link!

The content you are looking for is not available. You might had clicked on a broken link from another website or the content itself might have been removed.

You may want to consider our archive on

If you think there is an error, please click here to report and let us know.

Sedia kaji gabungkan IPGM

Posted: 20 Sep 2013 11:29 AM PDT

Broken Link!

The content you are looking for is not available. You might had clicked on a broken link from another website or the content itself might have been removed.

You may want to consider our archive on

If you think there is an error, please click here to report and let us know.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved