Sabtu, 7 September 2013

Utusan Online - Kota

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Kaji semula aliran trafik

Posted: 06 Sep 2013 12:17 PM PDT

Oleh Muhamad Aimy Ahmad
kota@utusangroup.com.my

KAWASAN Persiaran Mergastua di Kepong, Kuala Lumpur yang didakwa penduduk sering berlaku kesesakan terutama pada waktu puncak.

KUALA LUMPUR 6 Sept. - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) diminta mengkaji semula aliran trafik di Persiaran Mergastua, Kepong Baru dekat sini yang sering mengalami kesesakan ketika waktu puncak.

Penduduk mendakwa, jalan dua lorong bagi kedua-dua hala di situ tidak lagi dapat menampung jumlah kenderaan yang semakin bertambah terutamanya ketika orang ramai menghantar anak ke dua buah sekolah berdekatan.

Seorang penduduk, Ahasrap Khan Mohd. Aslam (gambar), 53, berkata, dia memerlukan kira-kira 30 minit untuk melepasi jalan sepanjang kira-kira satu kilometer itu untuk menghantar anak ke sekolah pada waktu pagi.

"Saya menghantar anak ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kepong Baru dan kesesakan sering berlaku bermula dari lampu isyarat di simpang Jalan Metro Prima sehingga ke Bulatan Petaling Kepong.

"Tambahan pula, jalan ini digunakan sebagai jalan pintas oleh orang ramai untuk ke Bukit Maluri, Bandar Menjalara, Sungai Buloh dan Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP)," katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Seorang lagi penduduk, Loh Kok Wai, 48, berkata, bas awam juga jarang melalui jalan tersebut ekoran masalah kesesakan yang teruk pada waktu puncak.

"Ramai penduduk di Taman Kepong Baru dan Taman Petaling Kepong menggunakan perkhidmatan KTM Komuter di Stesen Kepong Sentral tetapi sukar untuk mendapatkan bas dari kawasan rumah," katanya.

Kata Kok Wai, selain dua buah sekolah yang terletak berhampiran jalan itu, kewujudan pasar pagi dan pasar malam pada setiap Ahad menyebabkan kesesakan bertambah teruk.

Sementara itu, Ketua Pusat Perkhidmatan Komuniti Kepong, Yee Poh Ping berkata, jalan tersebut boleh dilebarkan menjadi dua lorong sehala kerana masih mempunyai rizab yang mencukupi.

"Kami sudah mengkaji agar petak letak kereta di jalan ini dianjakkan sedikit ke kawasan lapang bersebelahan jalan untuk membolehkan pelebaran jalan kepada empat lorong dibuat.

"Pelebaran jalan juga perlu kerana tidak lama lagi Jalan 1/40 dari bandar Kepong akan siap dan bersambung dengan Bulatan Petaling Kepong yang akan menyebabkan jumlah kenderaan bertambah," katanya.

Dalam pada itu, Jurutera Jabatan Perancang Infrastruktur DBKL, Mohd. Redzuan Ali berkata, pihaknya akan mengkaji terlebih dahulu cadangan tersebut termasuk kajian terhadap status tanah.

AJM perunding pembangunan Kg. Baru

Posted: 06 Sep 2013 12:17 PM PDT

GAMBARAN artis mengenai projek pembangunan akan dijalankan di Kampung Baru, Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR 6 Sept. - Arkitek Jururancang Malaysia (AJM) Sdn. Bhd dipilih oleh Lembaga Perolehan, Kementerian Wilayah Persekutuan sebagai perunding untuk menyediakan pelan induk terperinci pembangunan Kampung Baru 2020.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Kampung Baru (PKB), Naharudin Abdullah berkata, pemilihan tersebut dilakukan berdasarkan pertandingan yang dianjurkan pihaknya bermula Januari lalu.

"AJM dipilih daripada sembilan penyertaan yang diterima berdasarkan kepada idea terbaik yang direka bentuk oleh mereka terhadap rancangan pembangunan di Kampung Baru.

"Bagaimanapun, ini hanya idea sahaja kerana bagi pelaksanaan pelan induk, kita akan memastikan idea terbaik daripada penyertaan yang lain turut diambil kira," katanya ketika ditemui selepas Sesi Dialog Menteri Wilayah Persekutuan bersama penduduk Kampung Baru di sini semalam.

AJM kini dalam peringkat kajian untuk melengkapkan pelan induk yang bakal siap sepenuhnya pada April 2014, sementara draf pertama dijangka siap pada Oktober ini untuk dibentangkan kepada penduduk terlebih dahulu.

Dalam perkembangan berkaitan, Pengerusi Persatuan Pembangunan Kampung Baru, Nor Shamsul Rizal Mohammad Jalani dipilih menganggotai PKB bagi menggantikan bekas pengerusi terdahulu iaitu Dr. Mohd Yusof Ismail.

Sementara itu, Datuk Astaman Abdul Aziz kekal sebagai Pengerusi PKB bagi penggal 2013 hingga 2015 dan anggota perbadanan lain turut dikekalkan dalam jawatan masing-masing.

One Asia Pass dijangka galak lebih ramai pelancong ke KL

Posted: 06 Sep 2013 12:17 PM PDT

KUALA LUMPUR 6 Sept. - Ibu negara dijangka akan mendapat manfaat daripada pengenalan One Asia Pass yang akan menggalakkan kedatangan lebih ramai pelancong.

One Asia Pass adalah pas yang menawarkan pelbagai insentif kepada pelancong dan inisiatif oleh Majlis Promosi Pelancongan Asia (CPTA) itu disertai oleh lapan buah bandar raya di Asia. Selain Kuala Lumpur, bandar raya lain adalah Tokyo, Seoul, Taipei, Hanoi, Bangkok, Jakarta dan New Delhi.

Majlis pelancaran One Asia Pass disempurnakan oleh Ketua Pengarah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Datuk Salleh Yusop di ibu negara baru-baru ini.

"One Asia Pass merupakan salah satu usaha CPTA dalam menggalakkan kedatangan pelancongan ke negara mereka termasuk Malaysia.

"Melalui kerjasama ini kita mampu menghasilkan satu produk yang dapat dinikmati oleh semua pelancong," katanya.

Beliau berkata demikian selepas persidangan CPTA ke-12 dan majlis pelancaran One Asia Pass, yang turut dihadiri perwakilan dari enam negara lain.

Mengulas mengenai persidangan CPTA ke-12, Salleh berkata, pelbagai topik dibincangkan dalam meningkatkan kedatangan pelancong di negara masing-masing.

"Turut dibincangkan adalah aktiviti-aktiviti yang perlu diadakan oleh setiap perwakilan CPTA ke-12 ini untuk dijalankan di bandar masing-masing dalam usaha menarik pelancong asing," katanya.

Sementara itu, pengerusi CPTA ke-12, Yuji Tsukada berkata, pelancong boleh menikmati promosi One Asia Pass itu dengan mendaftar di laman web www.welcometoasia.jp untuk memuat turun pelbagai tawaran dan kupon yang disediakan.

"Melalui promosi ini saya percaya pelancong tidak akan terlepas peluang untuk menikmati pelbagai pengalaman menarik di setiap negara yang dikunjungi," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Feminin

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Feminin


Stail Nurul Wonder Wardrobe

Posted: 07 Sep 2013 05:46 AM PDT

HIJAB bukan lagi alasan untuk seseorang itu tidak mengikuti arus perkembangan fesyen, lebih-lebih lagi sejak kemunculan ramai ikon fesyen Muslimah lewat kebelakangan ini.

Justeru, tidak hairanlah semakin ramai gadis bertudung kelihatan bergaya ala-ala model pada hari ini.

Jika tidak mahu ketinggalan zaman, jangan lupa untuk melihat dan seterusnya memiliki koleksi pakaian Nurul Wonder Wardrobe yang boleh didapati di nurulwonderwardrobe.blogspot.com untuk tampil up to date. - LYNN/WAHIDAH ZAINAL

Tudung Khadeeja pelengkap gaya

Posted: 07 Sep 2013 05:46 AM PDT

MAWAR Abdul Karim mengayakan koleksi tudung Fareeda.

BERATUR panjang sebelum kedai memulakan operasi dan ada juga yang sanggup bermalam di hadapan kedai semata-mata mahu mendapatkan giliran awal memiliki produk terbaharu merupakan senario yang sering dilihat apabila sesuatu produk baharu berada di pasaran.

Baru-baru ini, butik Fareeda di Bandar Baru Bangi menyaksikan fenomena yang sama apabila ada yang sanggup bermalam selama dua hari semata-mata ingin mendapatkan koleksi yang diingini.

Senario tersebut bukanlah sesuatu yang baharu kerana menurut Pengurus Pemasaran Fareeda Global Resources Sdn. Bhd., Mawar Abdul Karim, 24, kejadian seperti itu pernah berlaku dua tahun lalu.

Situasi tersebut akan terjadi sekiranya butik Fareeda melancarkan koleksi terbaharu di pasaran.

Menurut Mawar, majlis pelancaran baru-baru ini bukan sahaja menjurus kepada rekaan terbaharu Fareeda iaitu Khadeeja, tetapi juga bertujuan merasmikan butik yang telah diperbesarkan.

Katanya, pembesaran butik itu sejajar dengan sambutan yang menggalakkan daripada peminat tudung Fareeda dan pada masa yang sama keluaran tudung baharu itu adalah bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang lalu.

Kami berharap dengan konsep butik yang lebih luas dan selesa ini akan memudahkan pelanggan untuk membeli-belah.

Tambahan lot ini juga bersempena penjenamaan semula imej dan pengukuhan jenama Fareeda di pasaran tempatan," ujarnya ketika ditemui S2.

Berbicara lanjut mengenai tudung keluaran terbaharu Fareeda, Mawar menjelaskan ia diperbuat sepenuhnya daripada kain sifon.

Selain diperbuat daripada kain sifon berkualiti tinggi yang diimport, Mawar turut memberitahu kesemua reka bentuk serta corak tudung Fareeda yang dipasarkan adalah rekaan pemilik Fareeda sendiri iaitu Faridah Zakaria.

Tudung Khadeeja sesuai digayakan sama ada dengan baju tradisional ataupun kasual," katanya.

Menurutnya, tudung itu pasti akan membuatkan si pemakai tampil menawan kerana keunikan pada rekaan iaitu piping, jahitan tepi berbiku, dan awning penuh.

Ciri-ciri inilah yang membuatkan ia nampak elegan dan cantik dipandang," tambahnya.

Mawar berkata, pemakaiannya tidak sukar, cuma sarungkan tudung yang dijahit bersama selendang dan si pemakai diberi kebebasan sama ada melilit di bahagian belakang kepala atau di bahu.

Mempunyai lebih daripada 60 kombinasi warna blok, tudung Khadeeja boleh didapati dalam pelbagai corak yang menarik.

Apa yang pasti, butik Fareeda akan mengeluarkan corak serta rekaan terbaharu setiap tiga atau enam bulan sekali dalam usaha memberikan yang terkini kepada para pelanggannya.

Cukup terkenal dengan tanda dagang iaitu kerongsang di bahagian tengah tudung, ia sememangnya merupakan satu produk yang mencetuskan fenomena baharu.

Bercerita tentang sambutan para pelanggan sehingga ada yang sanggup bermalam di hadapan kedai semata-mata ingin mendapatkan koleksi idaman hati, Mawar berkata, pihaknya telah mewujudkan sistem angka giliran bagi mengurangkan kesesakan pelanggan terutamanya pada waktu padat seperti hari cuti.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Johor

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Bekas tahanan EO antara 3 ditahan

Posted: 06 Sep 2013 12:17 PM PDT

Oleh ZULHISHAM ISAHAK
utusanjohor@utusan.com.my

AZMAN Ayub (dua dari kiri) menunjukkan beberapa barangan yang dirampas daripada satu kumpulan pecah rumah didalangi bekas tahanan EO dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Muar, Johor, semalam.

MUAR 6 Sept. - Seorang bekas tahanan Ordinan Darurat (EO) dan dua rakannya termasuk seorang remaja perempuan masih bersekolah berusia 16 tahun ditahan tiga jam selepas cuba memecah masuk sebuah rumah di Sungai Abong pada 30 Ogos lalu.

Bekas tahanan EO berusia 24 tahun itu ditahan bersama rakan sebayanya dan remaja perempuan itu di sebuah bilik hotel di pekan Sungai Abong, di sini.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Azman Ayub berkata, penahanan itu dibuat berhubung laporan diterima daripada seorang lelaki berusia 33 tahun yang mendakwa rumahnya cuba dipecah masuk kira-kira pukul 4 pagi.

Beliau berkata, sejurus menerima maklumat awal, pasukan peronda melakukan tinjauan di sekitar kawasan itu dan menemukan sebuah kereta yang ditinggalkan dengan enjinnya masih dihidupkan di depan sebuah hotel di Sungai Abong.

Pemeriksaan lanjut mendapati tiga suspek baharu sahaja mendaftar masuk ke hotel itu dan berkelakuan mencurigakan. Kita menyerbu bilik suspek dan menemukan sejumlah barangan iaitu jam tangan berjenama, tiga buah telefon bimbit jenama Samsung dan Nokia, beg bimbit dan beg sandang.

Kita turut menjumpai dompet, mata wang asing serta serangkai kunci daripada suspek," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar di sini hari ini.

Azman berkata, siasatan lanjut ke atas ketiga-tiga suspek kemudian menyerbu rumah yang didiami bekas tahanan EO berkenaan dan merampas pelbagai jenis barangan dipercayai hasil kegiatan curi dan pecah rumah.

Antaranya 15 utas jam tangan pelbagai jenama termasuk Rolex, 24 buah telefon bimbit, lima buah Smart Tag, dua alat Sistem Kedudukan Global (GPS), dua utas rantai emas serta tiga bentuk cincin emas yang dianggarkan bernilai lebih RM50,000.

Turut ditemui, sepucuk pistol tiruan dipercayai digunakan suspek ketika aktiviti jenayah mereka," katanya sambil memberitahu, bekas tahanan EO itu turut memiliki rekod jenayah lampau berkaitan Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

Beliau percaya dengan penahanan tiga suspek berkenaan, polis dapat menyelesaikan empat kes pecah rumah di sekitar Muar sejak awal tahun ini.

Ketiga-tiga suspek kini direman sehingga 9 September ini untuk membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan kerana menceroboh rumah dan Seksyen 379 kanun sama kerana mencuri," katanya.

Kumpulan curi motosikal tumpas

Posted: 06 Sep 2013 12:17 PM PDT

HARUN Idris menunjukkan komponen motosikal yang ditemui dalam sidang akhbar di IPD, Ledang, Johor, kelmarin.

LEDANG 6 Sept. - Polis percaya telah dapat menumpaskan satu kumpulan curi motosikal yang aktif di sekitar daerah ini dan Melaka sejak setahun lalu dengan penahanan lapan anggota kumpulan itu termasuk tiga daripadanya masih bersekolah dalam beberapa siri serbuan bermula pada 26 Ogos lalu.

Ketua Polis Daerah Ledang, Supritendan Harun Idris berkata, kumpulan berkenaan yang terbabit dalam pelbagai kes curi serta menjual komponen motosikal sebelum ini bermaharajalela melakukan kegiatan itu di Ledang, Muar, Jasin dan Melaka Tengah, Melaka.

"Aktiviti kumpulan ini terbongkar selepas salah seorang daripada suspek yang berusia 19 tahun ditahan sepasukan anggota trafik ketika memandu sebuah van dan melanggar lampu isyarat di Jalan Solok di sini, pada pukul 12.30 tengah malam, 26 Ogos lalu.

"Ketika itu suspek datang dari Jalan Sialang menuju ke Taman Tangkak Jaya dipercayai untuk menghantar komponen itu kepada pelanggannya. Selepas diperiksa, kita menemukan pelbagai komponen motosikal yang sudah dileraikan dan disembunyi di bahagian belakang van berkenaan.

"Hasil pemeriksaan suspek merupakan penuntut sebuah institut kemahiran di Johor Bahru dan dia ditahan untuk siasatan," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ledang di sini semalam.

Menurut Harun, susulan itu membawa kepada penahanan tujuh lagi rakannya berusia antara 16 hingga 24 tahun dalam beberapa serbuan selama tiga hari di sekitar bandar Tangkak sejak 27 Ogos lalu.

Beliau berkata, hasil tangkapan tersebut pihaknya berjaya menemukan tiga rangka motosikal, tiga blok enjin serta pelbagai komponen yang sudah dileraikan.

"Polis turut mendapatkan khidmat unit selam untuk mengesan rangka motosikal yang dibuang di Sungai Kesang dan Tasik Taman Puteri di sini serta menjumpai 10 lagi rangka motosikal iaitu tujuh di dasar Sungai Kesang dan tiga lagi di Tasik Taman Pelangi.

"Berdasarkan keadaannya yang sudah berkarat, kita percaya rangka itu sudah dibuang di sungai tersebut sejak awal tahun ini," katanya sambil memberitahu, kesemua suspek direman untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 379A (1).

Tambah beliau, penahanan lapan suspek itu dipercayai dapat menyelesaikan 11 kes kecurian di empat daerah terlibat dan semua kes itu membabitkan kerugian hampir RM50,000.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Utara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


Penduduk diugut samseng

Posted: 06 Sep 2013 12:17 PM PDT

Oleh MOHD. FIRDAUS ISMAIL
utusanpenang@utusan.com.my

Penduduk kampung menunjukkan laporan polis yang dibuat ekoran tindakan pihak pemaju dipercayai menggunakan khidmat samseng bagi menakutkan mereka supaya berpindah di Kampung Pokok Asam, Jelutong. Pulau Pinang, semalam. - utusan/ismail kamadin

PULAU PINANG 6 Sept. - Penduduk Kampung Pokok Asam, Jelutong di sini mendakwa, syarikat pemaju yang terlibat dengan projek pembangunan di kampung berkenaan menggunakan khidmat samseng untuk menakut-nakutkan penduduk yang enggan akur kepada arahan supaya berpindah.

Timbalan Pengerusi Badan Bertindak Penduduk Jelutong, Khamariah Ahmad berkata, lebih 100 penduduk di situ kini hidup dalam ketakutan kerana diugut, dikasari dan tertekan kerana laluan ke kampung berkenaan disekat selain mereka tidak mendapat pembelaan sewajarnya.

Apa yang menimbulkan persoalan, tambah beliau, pemaju seolah-olah kebal dan tidak takut dengan undang-undang selepas berani bertindak sesuka hati termasuk membuat surat pengakuan palsu menggunakan nama penduduk.

Mereka mahu kami menandatanganinya selain menghantar samseng menganggu penduduk.

Dalam kejadian pada 29 Ogos lalu, seorang penduduk dipukul samseng yang dipercayai bekerja dengan syarikat pemaju berkenaan sehingga cedera. Dia membuat laporan polis, namun sehingga kini tiada sebarang tindakan diambil," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurutnya, pemaju turut bertindak menutup satu-satunya laluan ke kampung berkenaan dengan menuang timbunan pasir sehingga menyebabkan penduduk terperangkap di kampung sendiri.

Menurutnya, kerajaan DAP Pulau Pinang dilihat tidak memainkan peranan membantu penduduk dalam isu itu sebaliknya memihak kepada pemaju.

Kami telah memaklumkan masalah ini kepada wakil rakyat DAP kawasan ini iaitu Lim Siew Khim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Pinang, namun beliau hanya menghantar pembantunya untuk mengambil gambar dan tiada apa-apa tindakan selepas itu.

Kerajaan negeri sanggup membiarkan penduduk kampung tertekan akibat masalah ini tanpa membantu, tetapi mereka harus ingat, mereka tidak selama-lamanya berkuasa," katanya.

Sementara itu, kakitangan syarikat berkenaan ketika dihubungi memaklumkan pihak pengurusan syarikat tersebut tidak berada di pejabat untuk membuat sebarang kenyataan.

Kemeriahan berterusan pada hari kedua Fiesta Riuh Sakan

Posted: 06 Sep 2013 12:17 PM PDT

Sebahagian kanak-kanak yang mengambil bahagian dalam pertandingan mewarna di Fiesta Riuh Sakan Utusan/Kosmo di Tasik Darul Aman, Jitra, Kubang Pasu, Kedah, semalam.

KUBANG PASU 6 Sept. - Lebih 200 orang daripada pelbagai peringkat usia menyertai program Mari Jalan Kaki sempena Fiesta Riuh Sakan Utusan/Kosmo! di Taman Tasik Darul Aman, Jitra di sini hari ini.

Program bagi mempromosikan gaya hidup sihat itu bermula pada pukul 8 pagi dengan para peserta berjalan kaki bersama rakan atau ahli keluarga masing-masing sejauh 2.5 kilometer di sekitar taman tasik berkenaan.

Sebelum memulakan acara itu, mereka terlebih dahulu menyertai acara senamrobik yang diadakan sebagai salah satu aktiviti menarik dalam pengisian fiesta tersebut.

Persatuan Senamrobik Kubang Pasu mengendalikan program berkenaan dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Daerah Kubang Pasu.

Penyelaras program, Mohd. Fikri Hamdan berkata, program tersebut merupakan salah satu aktiviti rekreasi bagi meningkatkan kecergasan diri, di samping mengeratkan hubungan dan kemesraan antara ahli keluarga.

Katanya, pendekatan seumpama itu dapat menggalakkan masyarakat menjadikan aktiviti berjalan kaki sebagai salah satu riadah rutin dalam kehidupan harian.

"Berjalan kaki merupakan satu riadah dalam keadaan teratur dan santai yang menyihatkan. Kami berharap masyarakat dapat meneruskan amalan itu di kawasan ini," katanya di sini hari ini.

Dalam pada itu, hari kedua fiesta tersebut juga dimeriahkan dengan pertandingan mewarna yang disertai kira-kira 400 kanak-kanak berusia lima hingga 12 tahun.

Mereka yang ditemani ibu bapa turut terhibur dengan telatah maskot watak animasi terkenal, BoboiBoy dan Yaya.

Pertandingan mewarna itu menyaksikan Al Nazfeera Wardina Al Rafaee, 6, dari Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Gambir, Pulau Pinang muncul juara kategori prasekokah.

Rusydina Rajmi, 8, dari SK Seri Perdana, Alor Setar pula menjuarai kategori tujuh hingga sembilan tahun manakala Muhammad Faris Syafizie yang juga dari SK Bukit Gambir memenangi kategori 10 hingga 12 tahun.

Pemenang bagi setiap kategori membawa pulang hadiah sebuah basikal.

Harga nasi kandar, sate naik 20 sen

Posted: 06 Sep 2013 12:17 PM PDT

PULAU PINANG 6 Sept. - Kenaikan harga petrol RON 95 dan diesel diambil kesempatan beberapa pengusaha restoran nasi kandar dan sate di negeri ini dengan menaikkan harga makanan dan minuman di premis masing-masing.

Golongan tersebut memberi alasan kos penghantaran barang mentah meningkat, membuatkan mereka tiada pilihan melainkan menaikkan harga jualan bagi mengelak mengalami kerugian.

Tinjauan Utusan Malaysia di beberapa premis nasi kandar mendapati kebanyakan harga makanan dan minuman naik 20 sen sama seperti kenaikan harga bahan mentah terbabit.

Antaranya roti canai dari 80 sen menjadi RM1, nasi lemak RM1.20 (sebelum ini RM1), teh tarik RM1.20 (RM1), milo ais RM1.90 (RM1.70), jus buah-buahan RM2.70 (RM2.50) dan sate dari RM1.00 ke RM1.20 secucuk.

Suri rumah, Rozila Wahab, 37, berkata, dia terkejut semasa membeli roti canai di sebuah kedai nasi kandar yang selalu dikunjunginya kerana harga biasanya 80 sen kini naik 20 sen kepada RM1.

"Saya tanya kenapa harga roti canai naik 20 sen? Pengusaha kedai beri alasan tepung dan minyak dihantar menggunakan lori dan kenderaan tersebut menggunakan petrol.

"Memang saya bengang dengan jawapan tersebut dan saya percaya dia sengaja mengambil peluang menaikkan harga makanan demi mengaut untung lebih besar," katanya ketika ditemui di Relau, di sini hari ini.

Menurutnya, para peniaga terbabit mungkin berani berbuat demikian disebabkan lokasi premis mereka terletak di pinggir bandar seperti di Relau, Bayan Lepas dan Sungai Ara.

Pekerja swasta, Mazlina Malik, 29, pula memberitahu, selain restoran, gerai-gerai di tepi jalan juga perlu dipantau supaya tidak diambil kesempatan menaikkan harga jualan.

"Kalau disebabkan harga minyak naik, harga teh tarik pun dinaikkan, itu tidak patut. Kasihanilah kami para pengguna terutama golongan berpendapatan rendah," katanya.

Sementara itu, Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) negeri memberi amaran keras kepada semua peniaga di negeri ini tidak mengambil kesempatan menaikkan harga barang sesuka hati.

Pengarahnya, Mohd. Salleh Ma'amor ketika dihubungi berkata, pihaknya tidak akan berkompromi dalam hal yang boleh membebankan pengguna.

"Sekiranya ada peniaga degil, kita akan ambil tindakan dan mendakwa mereka di bawah akta sedia ada," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Selatan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


Cegah tragedi setiap masa

Posted: 06 Sep 2013 12:17 PM PDT

Oleh FARABI SAID
utusanN9@utusan.com.my

NORHAYATI Omar (tengah) menyampaikan sumbangan kepada Faridah Ayob dan Norhafizs Zainal Abidin (dua dari kiri) di Rumah Rakyat Panchor, Seremban, semalam.

SEREMBAN 6 Sept. - Semua Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini perlu bekerjasama mengenal pasti lokasi yang boleh mendatangkan mudarat mahupun bahaya kepada penduduk kawasan sekitar terutama kanak-kanak.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat, Datuk Norhayati Omar memberitahu, cara berkenaan dilihat sebagai langkah pencegahan bagi mengelak sebarang tragedi yang boleh meragut nyawa.

"Ini termasuk meletakkan papan tanda amaran dan menutup kawasan berkenaan bagi mengelak kanak-kanak di kawasan sekitar tidak menghampiri kawasan terbabit.

"Pastikan papan tanda itu dapat dikenal pasti dengan segera kerana jika kita bertindak selepas tragedi berlaku sudah terlambat," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat keluarga Norhafizs Zainal Abidin, 36, yang kehilangan anak lelakinya, Mohd. Haris, 10, yang lemas di sebatang sungai di Kampung Melayu Panchor dekat sini kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 petang itu, Mohd. Hariz dan Mohd. Amirul Safwan Osman 11, difahamkan terjatuh ketika bersama rakannya memancing di tempat kejadian.

Norhayati yang juga Ketua Pergerakan Wanita UMNO negeri turut bersimpati terhadap kejadian berkenaan dan meminta kepada keluarga mangsa bersabar dengan ujian tersebut.

Sementara itu, Norhafizs dan isterinya, Faridah Ayob, 32, berterima kasih dengan keprihatinan kerajaan negeri dan UMNO kerana mengambil berat dan bersimpati terhadap tragedi berkenaan.

"Saya ucapkan terima kasih kepada semua pihak yang prihatin terhadap nasib yang menimpa kami. Walaupun kami masih lagi bersedih tetapi reda dengan pemergian anak lelaki saya," katanya.

Kolej UNITI mahu kukuh industri halal

Posted: 06 Sep 2013 12:17 PM PDT

AMIR Hamzah Md. Isa (kiri) bertukar-tukar dokumen dengan Ahmad Tajuddin Arshad sambil disaksikan oleh Jamal Mohd Amin (dua dari kiri) dan Mohammad Nordin Zainuddin dalam Majlis Menandatangani MoU Kolej UNITI dan Sidratul Corporation di Nilai, Negeri Sembilan, kelmarin.

SEREMBAN 6 Sept. - Kolej UNITI iaitu institusi pengajian tinggi swasta pertama di Malaysia yang menawarkan program Diploma Pengurusan Industri Halal (DPIH) berhasrat mengukuhkan penglibatannya dalam industri halal global yang bernilai RM7.21 trilion.

Bagi mencapai hasrat itu, kolej berkenaan menjalin kerjasama strategik dengan Sidratul Corporation, sebuah syarikat yang mengeluarkan produk halal berstatus Amalan Pengilangan Islam (IMP).

Ketua Pegawai Eksekutif Kolej UNITI, Amir Hamzah Md. Isa berkata, melalui usaha tersebut kolej berkenaan akan menghantar para pelajar DPIH mendapat pendedahan berkenaan pengendalian produk halal di syarikat berkenaan.

"Di kolej, para pelajar akan didedahkan secara akademik manakala di Sidratul Corporation mereka boleh menjalani latihan praktikal.

"Melalui kaedah ini pelajar DPIH bukan sahaja mempunyai kelayakan akademik malah mahir selok belok pengendalian produk halal," katanya dalam sidang akhbar selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Kolej UNITI dan Sidratul Corporation di Nilai dekat sini semalam.

MoU itu ditandatangani oleh Amir Hamzah bersama Ketua Pegawai Eksekutif Sidratul Corporation, Ahmad Tajuddin Arshad sambil disaksikan oleh Presiden Kolej UNITI, Jamal Mohd. Amin dan Ketua Unit Komplian dan Syariah, Sekretariat Komuniti IMP, Mohammad Nordin Zainuddin.

Menurut Amir Hamzah, program DPIH mula ditawarkan oleh Kolej UNITI mulai Julai tahun ini selepas mendapat kelulusan daripada Lembaga Akreditasi Malaysia (MQA) dan Kementerian Pengajian Tinggi sebelum ini.

Katanya, seramai 110 pelajar kumpulan pertama sedang mengikuti pengajian tersebut dan sekarang sudah menerima sebanyak 10 permohonan untuk pengambilan pada Disember ini.

"Kami percaya bidang pengajian ini menawarkan potensi yang besar kepada para pelajar memandangkan industri halal di negara ini masih kekurangan sumber manusia terutamanya dalam bidang persijilan, latihan dan keusahawanan," ujarnya.

Sementara itu Ahmad Tajuddin berkata, Sidratul Corporation adalah sebuah syarikat yang mengeluarkan produk halal berstatus IMP.

Katanya, syarikat itu telah membuka Pasar Raya Halal (Halal Souq) yang memasarkan produknya di samping melatih syarikat yang berminat mendapatkan kemahiran dan maklumat persijilan IMP.

"Kerjasama yang bakal dijalankan bakal memberi impak besar di dalam industri halal dan seterusnya memajukan Malaysia sebagai hab halal di dunia," katanya.

SWM perkenal sistem baharu kutip sampah

Posted: 06 Sep 2013 12:17 PM PDT

zAINUDDIN Abdul Samad (kanan) dan Hisham Husin menunjukkan kain rentang yang memperkenalkan sistem baharu kutipan sampah 2+1 di Melaka, semalam.

MELAKA 6 Sept - SWM Enviroment Sdn. Bhd. (SWM) negeri memperkenalkan pelaksanaan sistem baharu bagi kutipan sisa pepejal dengan menggunakan kaedah 2+1 secara berperingkat bermula 1 September lalu.

Pengurusnya, Hisham Husin berkata, sistem kutipan baharu itu menggantikan sistem lama yang mana sisa domestik dikutip tiga kali sehari dan mula diimplementasi di kawasan tadbiran Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) dan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ).

Menurutnya, kaedah baharu 2+1 itu digunakan bagi kutipan sisa isi rumah dan organik yang dilakukan mengikut kekerapan dua kali seminggu manakala kutipan sisa yang boleh dikitar semula, sisa pukal dan sisa kebun akan dilaksanakan sekali seminggu.

"Penduduk dinasihat supaya melaksanakan pengasingan sampah sisa makanan, kitar semula dan sisa kebun bagi memastikan kutipan sampah dapat dilaksanakan dengan lancar dan mengikut jadual ditetapkan.

"Sisa makanan hendaklah dimasukkan ke dalam beg plastik sampah, diikat kemas dan dibuang ke dalam tong sampah beroda SWM dan diletakkan di hadapan rumah ketika hari kutipan sisa berjadual, begitu juga dengan sisa yang boleh dikitar semula, kebun dan pukal.

"Tong sampah yang diberikan secara percuma itu mestilah digunakan untuk mengelakkan kegagalan kutipan sisa domestik oleh pihak operasi," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas sesi taklimat Sistem Baharu Kutipan Sisa Pepejal di pejabat SWM negeri, Cheng di sini hari ini.

Sementara itu, Pengarah Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA) negeri, Ir. Zainuddin Abdul Samad berkata, pengasingan sampah ini perlu dilaksanakan sejajar dengan saranan kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai negara maju.

Menurutnya, sistem baharu yang dilaksanakan itu selaras dengan hasrat kerajaan bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan dan pengurusan sisa pepejal, pembersihan awam yang sistematik, efisien serta seragam di seluruh negara.

"Dalam usaha kami untuk mewujudkan sistem penyampaian yang berkesan bagi pungutan sampah, kini telah wujud elemen baharu yang penting untuk menguruskan bahan buangan dikitar semula.

"Pelaksanaan sistem 2+1 ini telah mengubah landskap kutipan sisa pepejal di negara kita yang mana sistem kutipan dirangka untuk meningkatkan kadar kitar semula," katanya.

Zainuddin berkata, sistem baharu kutipan itu juga mengurangkan tekanan pusat pelupusan sampah, di samping mewujudkan sikap bertanggungjawab dalam kalangan rakyat di negara ini.

Tambahnya, sistem yang dilaksanakan itu melibatkan kediaman sesebuah dan rumah bertingkat di negeri ini iaitu 274 taman dengan 49,842 rumah di kawasan MBMB dan 151 taman di MPHTJ (35,562 rumah).

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Dalam Negeri

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


TPM lancar PPPM 2013-2025

Posted: 06 Sep 2013 12:17 PM PDT

Muhyiddin Yassin (tengah) menunjukkan buku laporan akhir Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia kepada Idris Jusoh semasa pelancaran pelan itu di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, semalam. Turut kelihatan (dari kiri) P. Kamalanathan, Dr. Madinah Mohamad, Mary Yap Kain Ching dan Abdul Ghafar Mahmud.

KUALA LUMPUR 6 Sept. - Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini melancarkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 iaitu dokumen rasmi yang amat signifikan untuk pembangunan negara serta dalam masa sama mampu melahirkan pelajar bersahsiah terpuji serta berkeperibadian tinggi.

Malah, Timbalan Perdana Menteri berkata, kerajaan turut meletakkan harapan tinggi supaya pendidikan yang menjadi teras kepada pelan berkenaan berperanan sebagai tunjang kepada proses transformasi negara.

Beliau yang juga Menteri Pendidikan menambah, pelan tersebut lahir selepas proses pencernaan daripada pelbagai pihak sejak dua tahun lalu dan merupakan rangka yang terhasil dengan begitu teliti, tuntas, menyeluruh dan mencakupi semua lapisan masyarakat.

Hari ini, kementerian dengan rasa rendah hati memulangkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 kepada rakyat dengan pelbagai rangka tindakan yang telah digalurkan sebagaimana yang diinginkan rakyat untuk kepentingan rakyat seluruhnya," katanya.

Beliau berucap melancarkan pelan itu di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini.

Yang turut hadir Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh, Timbalan Menteri Pendidikan 1, Datuk Mary Yap Kain Ching, Timbalan Menteri Pendidikan II, P. Kamalanathan, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, Datuk Dr. Madinah Mohamad dan Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Abdul Ghafar Mahmud.

Muhyiddin berkata, menerusi PPPM, kerajaan tidak berhasrat meminggirkan mana-mana aliran persekolahan malah akan memastikan setiap murid di sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan mendapat akses, ekuiti dan kualiti pendidikan.

Sehubungan itu, tambahnya, kewujudan sekolah jenis kebangsaan (SJK) di bawah pelan tersebut dijamin Akta Pendidikan 1996 (Seksyen 28) sekali gus kedudukan bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah berkenaan juga tidak dinafikan sama sekali.

Malah, menurutnya, pelan itu tetap mempertahan dasar pendidikan sedia ada berasaskan kepada Akta Pendidikan.

Kementerian juga akan terus memartabat bahasa Melayu demi menjunjung semangat perpaduan dan jati diri kebangsaan yang kukuh dalam kalangan masyarakat.

Mata pelajaran Bahasa Inggeris turut diberi perhatian utama dan seperti yang telah diumumkan awal tahun ini, subjek itu akan dijadikan mata pelajaran Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) wajib lulus menjelang 2016," katanya.

Dalam konteks perguruan pula, Muhyiddin turut mengumumkan pelantikan pengetua atau guru besar tidak lagi berdasarkan kepada kekananan sebaliknya berdasarkan kebolehan dan merit.

Dalam tempoh lima tahun akan datang, ujar beliau, sebanyak 4,000 pengetua atau guru besar akan menamatkan perkhidmatan sekali gus membuka peluang kepada calon-calon berkelayakan dan berprestasi tinggi mengisi kekosongan.

PPPM usaha lonjak murid capai aspirasi tinggi

Posted: 06 Sep 2013 12:17 PM PDT

KUALA LUMPUR 6 Sept. - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, negara perlu melaksanakan perubahan besar terhadap keseluruhan sistem pendidikan semasa untuk melonjakkan pencapaian murid dalam usaha mencapai aspirasi tinggi dalam persekitaran persaingan global yang semakin sengit.

Menurut Perdana Menteri, proses pelaksanaan transformasi pendidikan memerlukan pendekatan dan strategi baharu supaya setiap murid mampu memiliki dan menguasai kemahiran yang diperlukan dalam abad ke-21.

Sehubungan itu, katanya, transformasi pendidikan bukan sekadar menambah bilangan kakitangan dan kemudahan malah perlu menjurus kepada usaha memahami dan menambah baik proses pengajaran serta pembelajaran.

Menurut beliau, dalam mencapai hasrat itu kerajaan mengambil langkah menggubal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) sebagai kerangka pembangunan menyeluruh dalam menzahirkan transformasi sistem pendidikan secara pantas dan mapan sehingga 2025.

Jelasnya, bersandarkan inisiatif yang diperkenal di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara, PPPM menggariskan perubahan besar yang dihasratkan kerajaan.

Antaranya, perubahan yang merangkumi aspek pendekatan pembelajaran murid, kaedah pemilihan guru, latihan guru, penyediaan ganjaran kepada guru dan pemimpin sekolah dan pendekatan pengoperasian Kementerian Pendidikan.

Pelan ini dengan jelas menggambarkan faktor penambahbaikan penting bagi setiap langkah dalam perjalanan transformasi yang bakal dilalui," katanya dalam prakata laporan PPPM 2013-2025 (Pendidikan Prasekolah hingga Lepasan Menengah).

Menurut Najib, matlamat itu melambangkan cita-cita tinggi kerajaan namun beliau berkeyakinan kesemuanya mampu dicapai termasuk memastikan enrolmen sejagat pada pelbagai peringkat pendidikan dari prasekolah hingga menengah atas dalam tempoh 10 tahun akan datang.

Turut diyakini dicapai, kata beliau, pengurangan separuh jurang pencapaian antara kelompok kaya dengan miskin, bandar dengan luar bandar dan antara negeri dalam tempoh sama.

Tambahnya, kerajaan juga yakin PPPM mampu meningkatkan pencapaian negara daripada kelompok sepertiga terbawah kepada sepertiga ke atas dalam kalangan negara yang menyertai pentaksiran peringkat antarabangsa seperti Program Penilaian Murid Antarabangsa (PISA) dan Trend Pendidikan Matematik dan Sains Antarabangsa (TIMSS) dalam tempoh 15 tahun akan datang.

Ujarnya, PPPM juga diyakini mampu menjadi sistem pendidikan yang mengasuh kanak-kanak menghargai keunikan identiti sebagai warganegara Malaysia.

Transformasi pendidikan dilaksana dalam tiga gelombang

Posted: 06 Sep 2013 12:17 PM PDT

KUALA LUMPUR 6 Sept. - Transformasi pendidikan negara seperti yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 akan dilaksanakan dalam tiga gelombang.

Gelombang 1 (2013-2015) memberi penekanan kepada menambah baik sistem dengan mempercepat perubahan kaedah pelaksanaan program.

Dalam tempoh pelaksanaan itu, tumpuan diberi kepada kaedah peningkatan kualiti pengajaran dengan meningkatkan kualiti guru sedia ada, meningkatkan kualiti kepimpinan sekolah dan meningkatkan kadar literasi Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan numerasi.

Menjelang akhir Gelombang 1, kementerian akan memastikan semua guru, pengetua/guru besar dan sekolah mencapai tahap minimum standard kualiti yang dihasratkan," menurut pelan yang dilancarkan Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.

Dalam Gelombang 2 (2016-2020), kementerian akan melaksana perubahan struktur pendidikan negara untuk mempercepat perjalanan perubahan kepada semua inisiatif yang bermula semasa Gelombang 1, antaranya pergerakan kesemua 410,000 guru dan 10,000 pengetua/guru besar kepada pakej kerjaya baharu dan penstrukturan semula kementerian.

Kurikulum standard sekolah rendah dan menengah yang disemak semula juga akan diperkenal dalam usaha menangani kebimbangan mengenai pengetahuan, kemahiran dan nilai untuk maju sesuai dengan perkembangan ekonomi dunia hari ini.

Gelombang 3 (2012-2025) akan memfokus kepada anjakan ke arah kecemerlangan dengan peningkatan keluwesan operasi, di mana pada permulaan gelombang ini, semua sekolah, guru dan pengetua/guru besar perlu menunjukkan prestasi melebihi standard minimum.

Kementerian juga akan menganjakkan kebanyakan sekolah kepada model pengurusan berasaskan sekolah dan membangunkan model kejayaan sekolah berdasarkan inovasi dalam pengajaran, dalam usaha membangunkan sistem pengekalan kemajuan kendiri yang mampu untuk mencetuskan inovasi dan meningkatkan pencapaian yang lebih tinggi. - BERNAMA

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Muka Hadapan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Muka Hadapan


TPM lancar PPPM 2013-2025

Posted: 06 Sep 2013 12:17 PM PDT

Broken Link!

The content you are looking for is not available. You might had clicked on a broken link from another website or the content itself might have been removed.

You may want to consider our archive on

If you think there is an error, please click here to report and let us know.

PPPM usaha lonjak murid capai aspirasi tinggi

Posted: 06 Sep 2013 12:17 PM PDT

Broken Link!

The content you are looking for is not available. You might had clicked on a broken link from another website or the content itself might have been removed.

You may want to consider our archive on

If you think there is an error, please click here to report and let us know.

Transformasi pendidikan dilaksana dalam tiga gelombang

Posted: 06 Sep 2013 12:17 PM PDT

Broken Link!

The content you are looking for is not available. You might had clicked on a broken link from another website or the content itself might have been removed.

You may want to consider our archive on

If you think there is an error, please click here to report and let us know.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved