Jumaat, 23 Ogos 2013

Utusan Online - Muka Hadapan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Muka Hadapan


Cerita mangsa belakang pemandu

Posted: 22 Aug 2013 12:14 PM PDT

Broken Link!

The content you are looking for is not available. You might had clicked on a broken link from another website or the content itself might have been removed.

You may want to consider our archive on

If you think there is an error, please click here to report and let us know.

Mahkamah tolak permohonan gereja

Posted: 22 Aug 2013 12:14 PM PDT

Broken Link!

The content you are looking for is not available. You might had clicked on a broken link from another website or the content itself might have been removed.

You may want to consider our archive on

If you think there is an error, please click here to report and let us know.

'Situasi cukup menyayat hati'

Posted: 22 Aug 2013 12:14 PM PDT

Broken Link!

The content you are looking for is not available. You might had clicked on a broken link from another website or the content itself might have been removed.

You may want to consider our archive on

If you think there is an error, please click here to report and let us know.

Kredit: www.utusan.com.my

Khamis, 22 Ogos 2013

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Nahas bas: Tiga lagi mangsa dikenal pasti

Posted: 22 Aug 2013 11:11 PM PDT

Oleh AZRAI MOHAMMAD

KUALA LUMPUR 23 Ogos - Tiga daripada tujuh mangsa yang tidak dapat dikenal pasti dalam kemalangan di Genting Highlands Rabu lalu telah dicam oleh warisnya hari ini.

Salah seorangnya, ialah Yap Moi, 60, seorang tukang cuci di pusat beli-belah Ampang Point di sini.

Mayat mangsa telah dibuat pengesahan oleh adiknya, Yap Yop Peng, 57, di bilik mayat Hospital Kuala Lumpur pagi ini. - UTUSAN ONLINE

Bas terjunam gaung dalam proses diangkat keluar

Posted: 22 Aug 2013 09:24 PM PDT

BENTONG 23 Ogos - Bas yang terlibat dalam kemalangan maut mengorbankan 37 penumpang di Genting Highlands sedang dalam proses diangkat menggunakan kren.

Kerja-kerja mengangkat bas dari kedalaman 60 meter itu dilakukan kren yang mempunyai kemampuan mengangkat bebanan 200 tan bermula pukul 10.15 pagi tadi. - UTUSAN ONLINE

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


'Tiada istilah main-main'

Posted: 22 Aug 2013 12:14 PM PDT

Oleh ZAZALI JAMIAN
sukan@utusan.com.my

Paul Revington

KUALA LUMPUR - Bekas pemain negara, Mirnawan Nawawi optimis objektif skuad kebangsaan untuk muncul juara kejohanan hoki Piala Asia di Ipoh, tetap menjadi keutamaan meskipun secara matematiknya Malaysia sudah layak ke Piala Dunia 2014.

Menurutnya, menjuarai Piala Asia dalam saingan yang akan bermula esok, bukan hanya untuk memburu slot ke Piala Dunia tahun depan di Belanda tetapi juga mahu mencipta sejarah kerana Malaysia belum pernah memenanginya.

Mirnawan yakin tiada istilah main-main buat skuad Paul Revintong yang akan beraksi dalam saingan Kumpulan A esok di Ipoh biarpun peluang ke Belanda sudah hampir pasti buat Malaysia.

Pemain telah ditanamkan dengan matlamat untuk menang Piala Asia.

Bagi saya Malaysia layak seratus peratus ke Piala Dunia di Belanda berdasarkan sistem kelayakan baharu yang diperkenalkan oleh FIH (Persekutuan Hoki Antarabangsa). Cuma kini kita hanya perlu menunggu tamat semua kejohanan peringkat benua hujung tahun ini dan pengumuman rasmi FIH.

Saya juga percaya pasukan kebangsaan akan berusaha sebaiknya untuk menang tambahan pula mahu menjadikan kemenangan tersebut sebagai penghormatan buat mendiang Chua Boon Huat," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, semalam.

Berdasarkan kiraan sistem baharu kelayakan FIH yang mengambil kira pencapaian Malaysia pada separuh akhir Liga Hoki Dunia bulan lepas, Malaysia yang ketika ini berada dalam senarai menunggu ketiga bakal memperoleh slot ke Piala Dunia selepas dua pasukan teratas iaitu Korea Selatan dan Sepanyol telah pasti ke Belanda.

Dua pasukan itu layak selepas memperoleh slot daripada kejohanan benua lain yang dimenangi oleh pasukan yang telah memperoleh kelayakan awal menerusi kejohanan separuh akhir Liga Hoki Dunia.

Kini hanya tinggal giliran Malaysia untuk mendapatkan slot ke Piala Dunia dan hampir pasti memperolehnya menerusi kejohanan benua Ocenia.

Kejohanan tersebut disertai empat pasukan termasuk dua yang telah layak secara merit iaitu Australia dan New Zealand manakala dua lagi pasukan yang mengambil bahagian adalah Papua New Guinea (ranking 69 dunia) dan Samoa (ranking 72 dunia).

Sekiranya Australia dan New Zealand ke final, maka satu slot akan diberikan kepada Malaysia jika kita terlepas peluang meraihnya menerusi kejohanan Piala Asia.

Pertahanan Kelantan positif doping?

Posted: 22 Aug 2013 12:14 PM PDT

Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN
dayne.ghazali@utusan.com.my

KUALA LUMPUR - Seorang pemain pertahanan Kelantan disebut-sebut sebagai antara pemain yang disyaki gagal ujian doping selepas perlawanan akhir Piala FA antara Kelantan dan Johor Darul Takzim di Stadium Nasional Bukit Jalil, 29 Jun lalu.

Mengikut sumber, pemain itu tidak lagi menghadiri latihan bersama skuad Kelantan sejak sebulan lalu iaitu pada Ramadan ekoran digantung oleh Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) kerana gagal melepasi ujian doping berkenaan.

"Pemain itu sudah lama tidak mengikuti latihan bersama pasukan Kelantan iaitu sejak selepas perlawanan akhir Piala FA lalu ekoran gagal ujian doping.

"Pemain itu dan Indra Putra Mahayuddin merupakan dua pemain Kelantan yang dipilih menjalani ujian rawak untuk menjalani ujian doping selepas perlawanan tersebut, namun hanya pemain itu yang gagal dalam ujian pertama.

"Jadi Kelantan terpaksa mengambil langkah sedemikian sementara menunggu kata putus hukuman yang dijatuhkan oleh FAM, " kata sumber terbabit yang enggan namanya didedahkan.

Kelmarin, FAM menerusi Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib, Datuk Taufek Abdul Razak menegaskan, pihaknya masih menunggu surat maklum balas daripada persatuan bola sepak negeri pemain berkenaan dan menangguhkan dahulu bentuk hukuman kerana mahu memberikan peluang kepada pemain tersebut memberikan keterangan pada mesyuarat yang akan ditetapkan nanti.

Jika gagal melepasi ujian doping kedua, pemain berkenaan boleh digantung seumur hidup.

Pemain tersebut menyertai Kelantan pada 2009 dan berasal dari negeri tersebut.

Pada perlawanan akhir Piala FA yang dimenangi Kelantan, pemain tersebut tidak beraksi sebaliknya hanya menghuni bangku simpanan.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Mahkamah tolak permohonan gereja

Posted: 22 Aug 2013 12:14 PM PDT

Oleh NORLIZAH ABAS
pengarang@utusan.com.my

SEBAHAGIAN ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berhimpun bersama sepanduk Save Kalimah Allah di pekarangan Istana Kehakiman di Putrajaya, semalam.

PUTRAJAYA 22 Ogos - Mahkamah Rayuan hari ini menolak permohonan Gereja Roman Katolik untuk membatalkan rayuan kerajaan Malaysia berhubung isu kontroversi melibatkan penggunaan kalimah Allah dalam majalah mingguan Herald.

Keputusan sebulat suara itu dicapai oleh panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Seri Abu Samah Nordin yang bersidang bersama Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim dan Datuk Rohana Yusuf.

Dengan keputusan itu, rayuan kerajaan Malaysia dan Menteri Dalam Negeri berhubung keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan semakan kehakiman pihak gereja, akan didengar pada 10 September depan.

Hakim Abu Samah ketika membaca keputusan tersebut menyatakan, mahkamah berpuas hati agar rayuan pihak kerajaan diteruskan kerana perkara itu bukan sesuatu yang akademik pada peringkat ini.

Pada hemat kuorum tersebut, permohonan pihak gereja merupakan satu tindakan yang drastik sedangkan rayuan itu difailkan secara betul dan mengandungi pelbagai isu serta kontroversi yang perlu didengar dan diputuskan.

Bekas Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memfailkan afidavit memperjelas bahawa isu penggunaan kalimah Allah bukanlah sebahagian daripada penyelesaian 10 perkara.

Oleh itu, ia tidak terpakai dalam kes ini. Perkara ini (rayuan) tidak boleh dianggap akademik kerana masih terdapat isu dan kontroversi yang perlu diselesaikan, kata beliau.

Mahkamah tidak membuat sebarang perintah berhubung kos atas persetujuan bersama pihak gereja, Kementerian Dalam Negeri (KDN), kerajaan dan Majlis Agama Islam di enam negeri.

Terdahulu, peguam Porres Royan yang mewakili Gereja Roman Katolik berhujah agar panel tersebut menggunakan bidang kuasa sedia ada di bawah Aturan 92 Kaedah 4 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 untuk membatalkan rayuan itu.

Peguam bela menghujahkan, rayuan tersebut kini akademik kerana Jemaah Menteri pada April 2011 telah mengeluarkan 10 butiran penyelesaian yang membenarkan kitab Injil dalam Bahasa Malaysia, Bahasa Indonesia dan bahasa pertuturan kaum pribumi digunakan oleh komuniti Kristian di Sabah dan Sarawak.

Dakwanya, Kabinet mengeluarkan 10 butiran penyelesaian itu bagi mengakhiri sekatan KDN berhubung kemasukan Injil bagi kegunaan komuniti Kristian di sana.

Menurut Porres, keputusan Jemaah Menteri itu merupakan keputusan kolektif yang dicapai bagi menyelesaikan isu berbangkit berhubung penggunaan Bahasa Malaysia, Bahasa Indonesia dan bahasa penduduk pribumi dalam Injil.

Sehubungan itu, peguam bela menghujahkan, tidak wujud sebarang kontroversi di antara pihak berkenaan yang boleh dikaitkan dengan perkara pokok dalam rayuan itu.

Sementara itu, Peguam Kanan Persekutuan, Suzana Atan yang berhujah bagi pihak kerajaan Malaysia dan Menteri Dalam Negeri menyatakan, rayuan tersebut bukan akademik.

Beliau menghujahkan, permohonan bagi membatalkan rayuan itu merupakan sesuatu yang remeh. Terdapat pelbagai isu komprehensif yang memerlukannya didengar dan diputuskan oleh mahkamah.

Dalam pada itu, Mubashir Mansor yang mewakili Majlis Agama Islam Terengganu selaku salah satu pencelah dalam rayuan itu menghujahkan, isu berhubung 10 butiran penyelesaian yang dibangkitkan pihak gereja tidak relevan pada peringkat ini.

Peguam bela menghujahkan, permohonan itu tidak munasabah atas alasan ia bersandarkan kepada fakta yang tidak boleh diterima kerana keputusan Kabinet dikeluarkan selepas dua tahun menteri membuat keputusan iaitu pada 7 Januari 2009.

Sementara itu, Mohamed Haniff Khatri Abdulla yang mewakili Persatuan Cina Muslim Malaysia (Macma) berhujah, isu kalimah Allah tidak dipertimbangkan langsung ketika Kabinet membuat keputusannya.

Sebaliknya, keputusan tersebut berkaitan isu pergerakan keluar masuk Injil dalam negara dan sebaliknya.

Pada 31 Disember 2009, Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan semakan kehakiman oleh Ketua Paderi Roman Katolik Kuala Lumpur, Tan Sri Murphy Pakiam agar Herald dibenarkan menggunakan kalimah Allah.

Mahkamah Tinggi berpuas hati bahawa keputusan Menteri Dalam Negeri melarang penerbitan Herald daripada menggunakan kalimah Allah dalam majalah edisi bahasa Malaysia, adalah menyalahi undang-undang, batal dan tidak sah.

Dalam permohonan semakan kehakiman, gereja tersebut menuntut antara lain, perisytiharan bahawa keputusan menteri pada 7 Januari 2009 berhubung larangan itu adalah tidak sah dan kalimah Allah bukanlah eksklusif kepada agama Islam.

Majalah mingguan itu, yang dicetak dalam empat bahasa, telah menggunakan kalimah Allah sebagai terjemahan untuk God dalam seksyen bahasa Malaysia tetapi kerajaan berhujah bahawa kalimah Allah hanya boleh digunakan secara eksklusif oleh orang Islam.

Kerajaan kemudian mengemukakan rayuan terhadap keputusan itu.

Ibrahim Ali tarik balik dua saman fitnah terhadap Saifuddin Nasution

Posted: 22 Aug 2013 12:14 PM PDT

KUALA LUMPUR 22 Ogos - Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali hari ini menarik balik saman fitnah RM2 juta yang difailkan kira-kira tiga tahun lalu terhadap bekas Ahli Parlimen Machang, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

Pesuruhjaya Kehakiman, S.M. Komathy Suppiah hari ini membenarkan dan merekodkan permohonan Ibrahim untuk menarik balik saman tersebut di kamar beliau di Mahkamah Tinggi di sini tanpa sebarang perintah mengenai kos.

Peguam Rajindar Singh Veriah yang mewakili Ibrahim ketika dihubungi berkata, anak guamnya itu turut menarik balik satu lagi tuntutan saman yang difailkan pada 3 Jun 2010 terhadap Ketua Pengarang Suara Keadilan ketika itu, Dzulkarnain Talib.

Bagaimanapun beliau tidak mendedahkan kepada pihak media, alasan pihaknya menarik balik kedua-dua saman tersebut.

Ibrahim yang memfailkan saman itu pada 2 Jun 2010 terhadap Saifuddin yang kini Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana didakwa membuat kenyataan berunsur fitnah terhadap beliau dalam akhbar pembangkang, Suara Keadilan.

Beliau mendakwa Saifuddin secara palsu dan niat jahat melalui artikel dalam akhbar mingguan itu untuk tarikh 27 April hingga 4 Mei 2010, menyebarkan perkataan-perkataan yang mengaitkannya dengan perniagaan perjudian termasuk memegang saham judi.

Dalam pernyataan tuntutannya, Ibrahim kini bekas Ahli Parlimen Pasir Mas mendakwa, Saifuddin yang dinamakan sebagai pihak defendan melalui artikel tersebut telah menyebarkan perkataan-perkataan yang menggambarkan beliau seolah-olah seorang penipu dan menipu rakyat Malaysia khususnya orang Melayu sehingga mencemarkan nama dan reputasinya.

Menurut Ibrahim selaku pihak plaintif, perkataan-perkataan yang disebarkan dengan niat jahat itu telah menyebabkan beliau dihina, disingkir dan diabaikan oleh orang awam.

Ibrahim juga menyaman Dzulkarnain bagi menuntut ganti rugi dalam jumlah yang sama kerana mendakwa defendan itu dengan niat jahat telah memfitnahnya melalui artikel dalam akhbar mingguan itu untuk tarikh 27 April hingga 4 Mei 2010.

Pada sidang Dewan Rakyat pada 21 April 2010, Ibrahim telah mencabar Saifuddin supaya mengulangi tuduhan di luar dewan bahawa beliau memiliki saham dalam syarikat judi Ascot Sports.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Paip tanggung kerugian RM30j

Posted: 22 Aug 2013 12:14 PM PDT

Oleh SYAH HAIRIZAL KAMALUL ARIFIN
utusanpahan@utusan.com.my

KUANTAN 22 Ogos - Pengurusan Air Pahang Berhad (Paip) menanggung kerugian kira-kira RM30 juta berikutan bil air tertunggak akibat tindakan segelintir pengguna domestik serta industri yang sering menangguhkan pembayaran berkenaan.

Ketua Pegawai Eksekutif Paip, Datuk Mohamed Zahari Md. Isa berkata, daripada jumlah itu, RM14 juta membabitkan bil tertunggak yang sudah melebihi tempoh masa setahun.

Sehubungan itu jelasnya, beberapa langkah akan diambil bagi mengurangkan jumlah tunggakan tersebut termasuk memperkenalkan bayaran secara ansuran.

"Bagi pengguna yang masih berdegil notis amaran melalui syarikat guaman akan dikeluarkan supaya mereka menjelaskan bil pada waktu ditetapkan," katanya kepada pemberita dalam majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di ibu pejabat Paip di sini hari ini.

Menurutnya, melalui kaedah terbaharu itu akan dapat mengurangkan bil tertunggak sebanyak 50 peratus sehingga hujung tahun depan sekali gus membolehkan pihaknya melaksanakan lebih banyak projek penambahbaikan paip air nanti.

Mohamed Zahari berkata, pembayaran bil mengikut masa ditetapkan dapat membantu pihaknya melaksanakan pelbagai projek seperti menukar paip lama dan menaik taraf loji air demi keselesaan pengguna.

Beliau memberitahu, pihaknya merekodkan kira-kira 15 kes sebulan bagi kes kecurian air membabitkan pengguna domestik dan industri akibat penyambungan paip secara haram serta tidak menggunakan meter.

3,399 kesalahan dalam Ops Aidilfitri JPJ

Posted: 22 Aug 2013 12:14 PM PDT

KUALA LIPIS 22 Ogos - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri merekodkan sejumlah 3,399 kesalahan dilakukan oleh pengguna jalan raya sepanjang tempoh Ops Aidilfitri JPJ yang bermula pada 1 Ogos dan berakhir Ahad lalu.

Pengarah JPJ negeri, Datuk Zakaria Man (gambar) berkata, daripada jumlah tersebut, sebanyak 2,455 saman dikeluarkan kerana pelbagai kesalahan, manakala 301 kenderaan dikenakan notis amaran dengan pemilik kenderaan dikehendaki hadir ke jabatan itu untuk pemeriksaan lanjut.

Katanya, kesalahan paling banyak direkodkan dalam operasi sepanjang 18 hari itu ialah tiada lesen memandu dengan mencatatkan sebanyak 441 kes.

"Saya mengingatkan pemilik kenderaan supaya memiliki lesen memandu. Pemandu bas ekspres juga diingatkan mematuhi peraturan jalan raya bagi mengelak dikenakan tindakan," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penutup Ops Aidilfitri JPJ negeri di Stesen Timbang JPJ Benta di sini baru-baru ini.

Menurut Zakaria, JPJ tidak akan berkompromi kepada golongan terbabit kerana perbuatan mereka itu boleh mengancam nyawa pengguna jalan raya.

"Saya tegaskan di sini bahawa JPJ tidak akan berkompromi dalam soal keselamatan pengguna bas ekspres," tegasnya sambil memberitahu, sepanjang operasi itu, sebanyak 48 pegawai dan 267 anggota JPJ Pahang melakukan penyamaran dan pengintipan di laluan penting sekitar negeri ini.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Usah layan 'wira songsang'

Posted: 22 Aug 2013 12:14 PM PDT

Oleh Zulkiflee Bakar
pengarang@utusan.com.my

Anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah memeriksa kenderaan dalam sekatan jalan raya semasa Op Cantas Khas diadakan di sekitar Lembah Klang baru-baru ini. - Gambar Ihsan Polis Diraja Malaysia (PDRM)

SEMEMANGNYA adalah sesuatu yang memualkan apabila ada pihak cuba menjadi 'wira songsang' kepada penjenayah-penjenayah yang ditembak mati oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Kelompok ini sama sekali tidak pernah mahu mengkaji kenapakah polis terpaksa melakukan tindakan berkenaan dan kenapakah penjenayah tersebut perlu dihapuskan.

Apa yang mereka tahu ialah mempersoalkan prosedur yang digunakan oleh PDRM dalam melakukan serbuan dan bercakap berdegar-degar soal hak asasi manusia. Berikutan itu, kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang mempertahankan tindakan polis dalam usaha membanteras jenayah khususnya jenayah berat tidak ada salahnya.

Penulis pasti ramai yang menyokong kenyataan beliau kerana soal keselamatan dan ketenteraman awam terletak di tangan polis. Justeru tak kanlah dalam berhadapan dengan puak-puak yang 'sah-sah' penjenayah polis hendak berlembut lagi? Kenapa perlu bercakap soal prosedur? Apakah penjenayah yang terlibat memahami prosedur berkenaan?

Tak kanlah bila berhadapan dengan kumpulan yang sudah dipastikan penjenayah berbahaya polis hendak menyanyi lagu P.Ramlee 'Aci-aci buka' pintu untuk penjenayah kaum India, kalau penjenayah Cina kena cakap 'hello siapa di dalam' atau penjenayah Melayu harus memberi salam?

Mungkin hujah ini nampak 'melucukan' tetapi apakah ini yang dimahukan oleh kelompok-kelompok yang kononnya memperjuangkan hak asasi manusia.

Atau apakah mereka mahu polis betul- betul ikut prosedur sedangkan pasukan itu berhadapan dengan kumpulan penjenayah yang sama sekali tidak ada belah ihsannya?

Tidakkah mereka tahu, jika benarlah polis mengamalkan polisi menembak untuk membunuh sudah pasti tidak ada penjenayah yang akan menghuni lokap-lokap atau penjara.

Tetapi serbuan yang menyaksikan penjenayah ditembak mati bukan dilakukan secara sebarangan tetapi mengikut prosedur dan kaedah yang ditetapkan.

Pihak polis pasti sudah membuat tinjauan dan risikan sebelum serbuan dilakukan, polis bukannya melancarkan serangan membuta tuli.

Oleh itu adalah lebih baik tidak kira siapa pun janganlah terlalu ghairah hendak mencari kesalahan polis, sebaliknya berfikir dengan waras dan terbuka apakah wajar polis harus berlembut dengan penjenayah bersenjata api?

Kita harus ingat mereka yang memiliki senjata api atau terlibat dalam kumpulan gangster atau kongsi gelap sudah memahami bahawa mereka sengaja mencabul undang-undang.

Justeru polis mempunyai tanggungjawab membanteras kelompok ini demi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam.

Kalaulah pihak polis mahu melayan hujah-hujah berunsur politik dan melihat tindakan polis dari segi perkauman, sampai ke bila pun perbuatan jenayah tidak dapat dibanteras.

Sebab itulah penulis dan mungkin jutaan rakyat Malaysia lain bersetuju dengan kenyataan Khalid bahawa polis tidak akan mempedulikan apa juga 'wayang yang mereka mainkan', apa yang penting bagi polis ialah memastikan ketenteraman dan keselamatan awam terjamin.

Ini memandangkan yang akan disalahkan jika jenayah meningkat ialah PDRM. Oleh itu apabila polis bertindak tegas janganlah pula mempertikaikan kewibawaan dan kemampuan pasukan berkenaan.

Sememangnya kita tidak faham kenapakah setiap kali berlaku kes menembak mati penjenayah daripada kaum tertentu, maka akan muncul 'wira-wira songsang' untuk mempertahankan mereka.

Pelbagai hujah dan desakan mereka buat termasuklah mahu inkues diadakan. Kalaulah begitu, berapa banyak inkues hendak dilaksanakan bagi semua kes jenayah yang melibatkan kematian penjenayah?

Mungkin kerana wujudnya 'wira-wira yang tidak diundang' inilah, kumpulan samseng dan kongsi gelap semakin berani termasuk secara terbuka memaparkan lambang kumpulan mereka ketika pengkebumian ahli kumpulan berkenaan.

Tindakan mereka melanggar undang-undang tetapi mereka seolah-olah tidak takut kerana pasti ada 'wira-wira songsang' akan tampil membela mereka jika polis mengambil tindakan.

Berikutan keadaan itu, adalah wajar polis meneruskan ketegasan mereka membanteras kumpulan penjenayah tanpa mengira siapa pun mereka.

Biarlah hanya segelintir sahaja kelompok di negara ini yang dilihat mahu menjadi 'pembela' tidak bertempat kepada kumpulan penjenayah tersebut, tetapi kita yakin terdapat jutaan rakyat berdiri di belakang polis.

Oleh itu jangan ada sekelumit pun perasaan gentar untuk melaksanakan apa juga usaha bagi membanteras jenayah khususnya jenayah berat.

Kepada puak-puak yang cuba menjadi 'wira-wira songsang' kepada penjenayah- penjenayah tersebut, berfikiran terbukalah, kalau pun hendak mencari populariti atau kepentingan politik.

Perbuatan jenayah berat yang kini semakin meningkat bukan soal politik tetapi soal keselamatan dan ketenteraman awam. Hargailah pengorbanan dan kegigihan polis dalam membanteras jenayah, janganlah hanya pandai mencari salah pasukan itu sahaja.

Daripada membuang masa mempertikaikan prosedur yang digunakan oleh polis adalah lebih baik bekerjasama dengan pasukan itu untuk membanteras jenayah.

Hendak mengkritik, membidas dan mengecam pasukan polis dalam soal pembanterasan jenayah memang mudah tetapi tahukah kita betapa berat tanggungjawab pasukan itu dalam memastikan setiap malam rakyat Malaysia dapat tidur dengan lena tanpa rasa risau dan bimbang serta keesokkan kita boleh bangun menjalankan urusan harian dengan aman.

Tidakkah semua itu kita nikmati kerana jasa anggota-anggota polis yang bertugas 24 jam demi memastikan negara ini terus aman dan tenteram.

Janganlah kerana kematian individu yang sudah disahkan sebagai penjenayah, kita hendak meruntuhkan moral perjuangan anggota-anggota pasukan keselamatan.

Kalau pun tidak mahu berterima kasih atau memberi pujian, cukuplah sekadar mendiamkan diri dengan membiarkan pihak polis menjalankan tanggungjawab mereka.

Kita percaya dalam usaha membanteras jenayah, pihak polis mengamalkan pendekatan profesionalisme yang tinggi dan bukannya mengikut perasaan.

Dan mereka sudah pasti tidak akan tergugat dengan kecaman kelompok yang seolah-olah tidak tahu menghargai pasukan keselamatan tersebut.

Adalah diharapkan rakyat Malaysia secara keseluruhannya akan terus berdiri teguh di belakang pihak polis kerana keselamatan dan ketenteraman kita berada di tangan mereka.

Dan kita juga mengharapkan ketegasan pihak polis akan berterusan seperti mana jaminan yang diberikan oleh Khalid.

Ia memandangkan misi polis seperti mana ditegaskan oleh Khalid ialah ''...kami akan teruskan dengan apa yang sedang dilakukan ketika ini asalkan negara kita selamat dan aman damai.''

Biarlah kelompok yang sengaja mahu mencari salah polis 'terjun dengan labu-labunya', pedulikan mereka dan bak kata orang, 'lantaklah apa pun mereka hendak kata,' apa yang penting kita tidak mahu keselamatan dan ketenteraman awam dipertaruhkan hanya semata-mata kononnya memperjuangkan hak asasi manusia.

UMNO perlu diremajakan semula?

Posted: 22 Aug 2013 12:14 PM PDT

Oleh ABDUL RAZAK IDRIS

SUDAH 67 tahun UMNO menjadi parti politik utama di negara ini. Bukan itu sahaja, UMNO telah menjadi parti tonggak kepada kemerdekaan dan pentadbiran negara.

UMNO sebagai parti tertua di negara ini sudah melalui pelbagai kemelut dalaman dari zaman Tunku Abdul Rahman Putra Al- Haj hingga ke kepemimpinan era ini.

Maka, sudah sampai masa UMNO diremajakan semula, dengan mengangkat muka baru yang bukan sahaja berpelajaran, berketerampilan malahan mampu berpidato dengan begitu hebat sekali.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, lebih ramai bakat baharu dalam UMNO harus diberi peluang mengisi jawatan penting dalam pemilihan parti Oktober ini.

Beliau yang juga Presiden UMNO berkata, kombinasi bakat baharu di samping penyertaan muka-muka lama penting bagi memperkukuh dan memastikan parti itu terus kekal relevan.

Bagai pucuk dicita ulam mendatang, inilah saat sebenar untuk ahli-ahli UMNO yang berjumlah 3.2 juta menentukan saf kepimpinan mereka bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) kurang lima tahun lagi.

Proses peremajaan UMNO sememangnya bukan suatu misi yang mudah tetapi tidak mustahil boleh dilaksanakan. Ahli-ahli UMNO dari pucuk sampai ke akar umbi diberi mandat untuk memilih pemimpin cawangan, bahagian malahan sampai ke peringkat pusat. Jika ini bukan dinamakan demokrasi terpimpin apakah ayat yang sesuai untuk kita gambarkan era Najib.

Kita jangan jadi Melayu yang memandang sebelah mata kepada anak-anak kita yang kita curahkan ilmu dan kemajuan selama ini. Mereka kini sudah besar panjang dan mempunyai wibawa untuk menjadi pewaris kepimpinan negara yang semakin berkembang di segala segi.

Sampai bila golongan muda terus tunduk kepada pengaruh pemimpin lama yang enggan melepaskan jawatan mereka di mana- mana peringkat sekalipun. Takut nanti bakat muda menjadi tukun politik semata- mata.

Najib sendiri melahirkan kebimbangan jika tiada bakat baru dalam UMNO pasti satu hari nanti masalah hendak memilih calon berwibawa akan berulang. Jangan sampai masalah memilih calon yang dihadapi UMNO dan Barisan Nasional (BN) pada PRU-13 bakal berulang.

Dalam mana tamadun sekalipun, jika tiada pemimpin pelapis pasti tamaddun tersebut akan runtuh. Sekalipun ada pelapis sudah pasti yang mengganti tempatnya, merupakan pemimpin yang lemah sebagaimana yang dihadapi oleh Kerajaan Mesir Purba. Yang tinggal di Mesir kini adalah warisan dunia iaitu pyramid dan sphinx yang dibayangi sengketa antara penyokong Mursi dan puak Tamarod.

Seharusnya pengorbanan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz; bekas Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Tan Sri Dr. Rais Yatim dan Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah untuk tidak bertanding dalam pemilihan parti dianggap suatu ketentuan qada dan qadar.

Betapa mereka melihat UMNO perlu diremajakan semula dan bukan setakat dijenama semata-mata.

Kepada pemimpin UMNO yang ingin bertanding jawatan ahli Majlis Tertinggi (MT) ukurlah baju di badan sendiri. Pastikan akar umbi memberi sokongan mantap dan ikhlas. Ini bagi memastikan peranan anda dalam saf kepimpinan pusat lebih berkesan hingga ke PRU-14.

Sudah menjadi adat dunia pemimpin datang, pemimpin pergi. Namun biarlah pergi dalam jasa dirindui dan bakti diingati. Jangan ditewaskan oleh rasa yakin yang tinggi hingga melupakan bahawa dunia ini akan kita tinggalkan untuk generasi Y yang setiap hari akan lahir dari mana-mana rahim yang berisi jasad bernama bayi.

Justeru, kepada pemimpin-pemimpin muda yang bersemangat waja, di tangan dan bahu anda UMNO bakal diwarisi perjuangannya untuk membela orang Melayu dan ahli-ahli dalam kalangan etnik di Sabah. Ia bukan diwujudkan untuk perjuangan individu semata-mata. Ia juga bukan alat mencari kekayaan tetapi wadah mensejahterakan rakyat Malaysia keseluruhannya.

Kepada ahli-ahli UMNO semua, hargailah kepimpinan orang muda, wariskan kepimpinan sama ada di peringkat akar umbi atau di pucuk pimpinan dengan memberi mandat dan undi kepada mereka.

UMNO yang remaja pasti akan menarik sokongan orang muda yang terlalu taksub dengan pemimpin pembangkang yang vokal tetapi entah untuk siapa dan apa sebenarnya. Melainkan untuk kepentingan individu semata-mata. Insya-Allah UMNO lebih muda pada hujung tahun ini.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Metallica hiburkan 30,000 peminat

Posted: 21 Aug 2013 08:51 PM PDT

KUALA LUMPUR 22 Ogos - Kumpulan thrash metal veteran dari San Francisco, Amerika Syarikat, Metallica berjaya menghiburkan hampir 30,000 peminat pada konsert pertama mereka di negara ini yang berlangsung di Stadium Merdeka, di sini semalam.

Metallica yang dianggotai oleh James Hetfields selaku vokalis dan gitaris, Lars Ulrich (dram), Kirk Hammett (gitaris) dan Robert Trujilo (bassis) itu beraksi selama kira-kira dua jam 20 minit tanpa henti buat para peminat yang lama menantikan konsert tersebut.

Sudah 31 tahun Metallica ditubuhkan dan kumpulan ini sudah agak lama dalam industri ini.

Saya pasti selama itu anda semua menantikan konsert ini dan yakin kami masih belum terlambat untuk menghiburkan anda di sini," kata James Hetfields pada konsert yang mengenakan tiket berharga dari RM198 hingga RM650 itu.

Pada konsert anjuran Galaxy itu, Metallica mempersembah sebanyak 19 buah lagu yang dipetik daripada album pertama mereka, Kill 'em All (1983) sehinggalah Death Magnetic (2009) yang mana lebih 70 peratus daripadanya adalah lagu-lagu klasik kumpulan terbabit.

Antara lagu yang dibawakan oleh Metallica bertajuk Hits The Light, Master of Puppets, Harvester of Sorrow, Fade To Black, Ride The Lightning, Welcome Home (Sanitarium), Sad But True, Orion, One, For Whom The Bell Toll, Blackened, Battery dan Seek and Destroy. - UTUSAN

Kisah cinta kami!

Posted: 21 Aug 2013 10:13 PM PDT

Oleh GARRET DAWUM
pengaranghiburan@utusan.com.my
Gambar NOOR ASREKUZAIREY SALIM / NORAZLINA OTHMAN (PELATIH UITM)

AKTRES comel, Nad Zainal agak kekok digandingkan dengan Azwan di depan kamera.

SEGELINTIR artis tidak selesa untuk berbicara soal sudah berpunya atau sebaliknya. Ada yang mengambil sikap berahsia, tak kurang juga mengunci mulut kemas kemas, mengelak dari menjawab soalan media. Mereka ini sekali gus sengaja mencipta spekulasi pihak lain, hingga lama kelamaan ada yang memakan diri.

Dua pasangan sejoli, Nad Zainal dan Azwan Kombos bagaimanapun lebih terbuka dengan mengakui kisah cinta. Tetapi awas, mereka sama sekali tidak mahu menjaja kisah itu untuk menaikkan nama dalam persada seni.

Meskipun kedua-duanya baru sahaja dikenali, pasangan ini senang untuk bercerita tentang cinta tetapi tidak mahu kisah itu terus diuar-uarkan dengan begitu meluas.

"Cukuplah orang tahu kami bercinta, tidak perlu sampai mengorek lebih dalam," itu prinsip pasangan muda ini.

Bukan sekatan

Nad mengakui hatinya yang sudah dimiliki tidak menghalang langkahnya untuk meluaskan kerjaya sebagai pelakon.

Pemilik nama sebenar Farah Nadia Zainal Abidin yang berusia 23 memberitahu, walaupun dia sering dilihat bersama Azwan, tetapi mereka faham akan kerjaya masing-masing.

"Bukannya hendak berkepit setiap masa, tidaklah saya ingin bersamanya selalu. Dia ada kerja sendiri, saya pun ada hal yang perlu diuruskan. Jadi, sikap memahami memang penting bagi pasangan seperti kami.

"Satu sahaja, kami tidak akan mendedahkan terlalu banyak tentang cinta kerana sudah bersetuju untuk tidak bercerita tentang hal peribadi," kata si cantik sambil tersenyum.

Di luar, mereka seperti pasangan berkasih yang lain. Mesra, manja dan saling bergandingan, tetapi Nad mengakui dia agak kekok apabila 'bertemu' dengan kekasih hatinya di depan kamera.

"Saya selesa menjadi kekasihnya di dunia realiti. Aura kami sebagai kekasih, kawan dan teman bercakap memang kuat kerana sudah lama mengenali.

"Tetapi saya juga kena terima hakikat bahawa agak kekok bersama dan tidak ada aura untuk berlakon bersama. Sebetulnya saya rasa kekok dan geli bila bersama dengan dia di depan kamera. Saya rasa sangat dibuat-buat.

"Sebab, saya ni kalau dekat luar memang tidak reti hendak buat-buat pose ayu. Saya akui memang sukar nak dapat keserasian bila kami berlakon bersama," katanya berterus terang.

Nafi sembunyi status

Memang mereka ini dilihat sangat bahagia. Berbanding Azwan pula, walaupun banyak spekulasi bahawa mereka cuba untuk sembunyikan kisah cinta, semua itu sebenarnya tidak benar.

Menurut lelaki berusia 28 ini, dia tidak pernah merahsiakan soal cinta di hati. Malah katanya, Nad juga tidak kisah mana-mana pihak yang mengetahui hubungan itu. Mereka berbangga kerana mahu saling bertanggungjawab kepada diri masing-masing, meskipun hanya dalam ikatan sebagai kekasih.

"Sekiranya ditanya, saya menjawab ya, saya kekasihnya. Bagi saya, tidak perlulah merahsiakan apa-apa. Kami juga sudah bercinta lama. Saya sangat mengenali Nad sebab hubungan kami sekarang sudah mencecah dua tahun.

"Jika sebelum ini banyak gosip yang dilontarkan kepada Nad bahawa sedang bercinta dengan orang lain, saya tidak mudah melatah.

"Jujurnya, saya memang ada bertanya kepadanya tentang gosip itu juga. Bagaimanapun, Nad membalas dengan mengatakan yang saya lebih mengenali dirinya. Oleh sebab itu, saya tidak percaya kepada gosip tersebut," kata jejaka kacak dari Sabah ini.

Bagi pelakon baharu yang meningkat naik di persada seni menerusi filem Lu Fikirlah Sendiri dan Belukar ini, dia tidak kisah dan sangat memahami Nad.

Dia selalu positif dalam pelbagai aspek kerana mereka berada dalam industri yang sama.

Dalam pada itu, pasangan ini juga mempunyai perancangan untuk berkahwin tetapi tidak meletakkan sasaran masa kerana semuanya diserahkan kepada jodoh. Kedua-duanya mengakui pernah berjumpa keluarga masing-masing.

Bagaimanapun, buat masa sekarang ini, mereka sedang sibuk dengan karier.

"Tidak dinafikan, kami memang pernah berbincang berkenaan hal berkahwin. Jika panjang jodoh kami, insya-Allah. Minta doakan yang terbaik buat kami," kata Azwan lagi.

Ketika kekasih hati yang sedang rancak membina nama dalam dunia lakonan, Azwan juga mengakui sedikit sebanyak timbul rasa cemburu dek perkembangan pantas buah hatinya itu dalam industri lakonan.

Lantas timbul dakwaan mengatakan Azwan secara tidak langsung menumpang populariti Nad memandangkan wanita itu lebih dikenali ramai. Sementelah berita kisah cinta mereka secara tidak langsung membuatkan nama Azwan turut menjadi bualan ramai.

"Saya akui rasa cemburu itu ada tapi dari segi prestasi dia. Saya pun rasa tercabar dan saya kena berikan yang terbaik dalam setiap lakonan.

"Saya akui saya masih baru dan banyak lagi yang perlu belajar. Kalau pasangan Nad dalam lakonan tu saya tak rasa cemburu pun, sebab saya sendiri pun pelakon. Jadi saya faham itu adalah kerja.

"Soal tumpang populariti dia, itu tak benar. Saya nak berdiri atas bakat sendiri. Kalau ada pun yang kata saya tumpang populariti Nad, itu mungkin hanya tempias saja," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved