Ahad, 14 Julai 2013

Utusan Online - Feminin

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Feminin


Dunia kecantikan Zamzarina

Posted: 14 Jul 2013 02:00 AM PDT

Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH
adawiyah.koh@utusan.com.my

Zamzarina bersama anaknya, Adriana.

KESEMPATAN menemubual Pengerusi Eksekutif Kumpulan Securiforce, Datuk Dr. Maznah Abd. Hamid memberi idea kepada saya untuk memulakan perniagaan dalam bidang kecantikan. Bidang ini sangat dekat dengan diri saya kerana saya seorang yang sangat mementingkan penampilan," ujar pengacara rancangan Apa Kata Wanita siaran RTM ini.

Zamzarina Zambri mengambil positif nasihat Dr. Maznah supaya dia menghasilkan perniagaan yang berkait rapat dengan personaliti dan imejnya.

Akhirnya, Zamzarina mengeluarkan produk kecantikan sendiri yang dinamakan Zarra.

Bukan sekadar mahu mengaut keuntungan, Zamzarina mahu mendidik wanita perihal memilih produk kecantikan.

"Ramai wanita hari ini ingin kelihatan cantik tanpa menghiraukan implikasi tersembunyi sesuatu produk itu. Saya mahu melihat golongan ini menggunakan produk tanpa was-was. "Alhamdulillah, produk ini telah pun mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan kini kami dalam proses mendapatkan sijil halal daripada Jakim," ujarnya.

Sebagai sebuah syarikat yang turut berdaftar dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Zamzarina turut menyatakan pihaknya kini dalam proses menempatkan produk kecantikan tersebut ke dalam pasar raya besar di seluruh negara.

Duta

"Sebelum produk ini dijual kepada khalayak, saya terlebih dahulu telah mencuba produk tersebut selama satu setengah tahun.

"Anak saya, Adriana, 19 turut menjadi duta dan testimoni rangkaian produk Zarra. Ini untuk membuktikan kepada pengguna bahawa produk keluarannya telah diuji keberkesanannya terlebih dahulu," katanya yang menggunakan bahan-bahan berkualiti tinggi dan diformulasi setaraf jenama antarabangsa untuk produk ini.

Terbahagi kepada tiga kategori, Zarra terdiri daripada siri penjagaan harian, siri rawatan bulanan, dan siri awet muda.

Harapan Zamzarina agar produk ini diterima di seluruh negara dan semua peringkat umur.

Katanya, 'kecantikan adalah keyakinan yang tertinggi' (beauty is a highest confident). Sementara ilmu boleh dipelajari tetapi untuk mengekalkan kecantikan bukan mudah kerana proses ini perlu bermula daripada remaja lagi.

"Pilihlah produk yang halal dan selamat digunakan. Dalam masa yang sama, jangan mengharapkan kesan yang serta merta tanpa menghiraukan kualiti bahan-bahan produk tersebut," katanya.

Zamzarina berkata, syarikatnya telah mengadakan promosi untuk menambah ahli.

Menurutnya, laman sosial Facebook akan menjadi antara saluran penting bagi syarikat untuk mencapai misi berkenaan.

"Mereka yang berminat untuk menjadi pengedar Zarra khususnya melalui Facebook akan menerima dua set produk dan kad keahlian selain berpeluang menikmati diskaun 20 peratus untuk pembelian produk.

"Rata-rata pengedar kami sebelum ini terdiri daripada ahli yang setia memakai Zarra dan mereka berpuas hati dengannya lalu bercadang untuk memasarkan kepada lebih ramai pengguna.

"Sekali gus, usaha ini akan memberi peluang kepada golongan ibu tunggal, suri rumah dan mereka yang bekerja tetap menceburi bidang perniagaan secara kecil-kecilan," katanya

Membahagi masa

Pada pertengahan tahun lalu, Zamzarina mengambil keputusan untuk berhenti menjadi kakitangan tetap Radio Televisyen Malaysia (RTM). Walaupun keputusan ini agak berat untuk dilakukannya, Zamzarina reda kerana dia ingin memberi fokus seratus peratus kepada perniagaan dan keluarga.

"Setakat ini saya hanya menjadi pengacara Apa Kata Wanita yang disiarkan setiap Sabtu.

"Selain dapat memberi tumpuan pada perniagaan, saya dapat memberi lebih masa bersama keluarga," katanya.

Bercerita tentang penglibatannya dalam pengacaraan, katanya, kerjaya ini bukan sekadar memberi kepuasan kepada diri sendiri malah dapat memberi faedah kepada orang ramai.

Nasihat Zamzarina kepada orang ramai yang ingin menceburi bidang ini supaya memasang niat dan objektif yang betul dan tetap.

"Kita perlu ingat bidang ini bukan sekadar mencari populariti tetapi bagaimana kita membantu orang lain dengan memberi maklumat dan sebagainya.

"Pengacara yang berjaya bukan sahaja diukur dari segi penampilan tetapi ilmu dan misi yang menjurus kepada mencari pahala yang penting," ujarnya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Johor

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Langkah mencegah denggi

Posted: 13 Jul 2013 09:51 AM PDT

Oleh LUQMAN HAZIQ
utusanjohor@utusan.com.my

JOHOR BAHRU 13 Julai - Semua lapisan masyarakat diminta membersihkan kawasan persekitaran dan menguruskan pembuangan sampah dengan lebih baik bagi membanteras penularan demam denggi.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, langkah tersebut penting bagi memastikan kawasan semak dan longgokan sampah-sarap terutama barangan yang boleh menakung air menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes.

"Bilangan kes denggi yang semakin meningkat hampir sekali ganda pada tahun ini dengan jumlah kematian yang amat membimbangkan, seharusnya memberi kesedaran kepada semua tentang bahaya nyamuk aedes dan kesan persekitaran yang kotor.

"Kerajaan negeri amat prihatin tentang keadaan ini dan menyeru masyarakat bersama-sama untuk mencegah dan menghalang penularan demam denggi yang banyak menyebabkan kematian itu," katanya dalam status terbaru di dalam laman sosial Facebooknya di sini hari ini.

Menteri Besar berkata, tindakan pencegahan denggi oleh masyarakat dengan memusnahkan tempat-tempat pembiakan nyamuk aedes setiap minggu merupakan langkah paling efektif bagi menghindari denggi.

Bagi bersama-sama kerajaan menerusi pihak berkuasa tempatan (PBT) menangani penularan demam denggi, masyarakat setempat turut digalak mengadakan aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan persekitaran premis dan kediaman masing-masing.

Orang ramai juga dinasihat supaya memastikan pasu bunga dan tempat yang menakung air supaya sentiasa bersih dan bebas daripada jentik-jentik.

Masalah terminal bas Kota Tinggi diatasi

Posted: 13 Jul 2013 09:51 AM PDT

ABD. Latif Bandi (tengah) membuat lawatan kerja ke premis perniagaan di Terminal Bas dan Teksi Tun Sri Lanang, Kota Tinggi, Johor, baru-baru ini.

KOTA TINGGI 13 Julai - Masalah kekurangan pengunjung di lot niaga tingkat atas Terminal Bas dan Teksi Tun Sri Lanang di sini, bakal diatasi oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) yang akan menempatkan unit-unit kerajaan untuk beroperasi di aras berkenaan.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Abd. Latif Bandi berkata, pihaknya simpati dan memahami masalah yang dihadapi para peniaga di situ sejak dua tahun lalu dan akan berusaha mengatasinya.

"Kami akan merujuk perkara ini kepada pihak PBT supaya suasana di sekitar lot perniagaan terbabit dapat dinaik taraf serta diceriakan bagi menarik minat lebih ramai pengunjung ke situ," katanya selepas mengadakan lawatan kerja ke terminal tersebut baru-baru ini.

Yang turut hadir Pegawai Daerah Kota Tinggi, Mohd. Noorazam Osman; Yang Dipertua Majlis Daerah Kota Tinggi (MDKT), Hasrin Kamal Hashim dan Ketua Whip Ahli Majlis Mesyuarat MDKT, Sarjikon Mojri.

Terdahulu, beliau bersama rombongan membuat lawatan di Pasar Awam Majlis Daerah Kota Tinggi dan meminta supaya PBT dapat memikirkan kaedah terbaik bagi mengatasi masalah yang dihadapi para peniaga di situ.

Abd. Latif turut mencadangkan supaya PBT mewujudkan mini Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) di situ yang menempatkan beberapa pejabat seperti unit cawangan pelesenan, cukai pejabat tanah dan perumahan.

"Dengan adanya unit-unit ini, saya pasti pengunjung akan datang berurusan selain dapat memaju dan membantu peniaga supaya perniagaan mereka tidak terjejas.

"Sehubungan itu diharap PBT dapat segera mengadakan mesyuarat dan seterusnya merangka kertas kerja permohonan RTC di kawasan Parlimen Kota Tinggi," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Dalam Negeri

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Kerajaan bantu bukan bermusim tetapi berterusan

Posted: 14 Jul 2013 01:30 AM PDT

KUALA BESUT 14 Julai - Bantuan yang disalurkan kerajaan kepada golongan nelayan atau petani dibuat secara berterusan dan bukannya bersifat bermusim seperti semasa pilihan raya umum atau pilihan raya kecil, kata Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Tajuddin Abdul Rahman.

Beliau berkata, kerajaan sentiasa prihatin dan berusaha untuk meningkatkan pendapatan rakyat terutamanya golongan nelayan atau petani.

"Jika bantuan diberikan semasa bahang pilihan raya diadakan, ia adalah secara kebetulan. Seperti saya datang ke Kuala Besut, sudah pasti mengikut adat orang Melayu saya akan bawakan sedikit cenderamata kepada tuan rumah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Jabatan Perkhidmatan Veterinar Bersama Penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut di Kampung Baharu sini, hari ini.

Turut hadir pada program itu ialah Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Perusahaan Perladangan dan Komoditi Terengganu, Nawi Mohamad; Pengarah Perkhidmatan Veterinar Terengganu, Dr. Marzuki Zakaria; dan Pengawai Daerah Besut, A. Rahim Jusoh.

Pada program itu, Tajuddin menyampaikan bantuan bernilai RM147,750 dalam bentuk anak ayam kampung, kambing, makanan ayam dan motosikal roda tiga daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Terengganu kepada 314 petani sekitar Kuala Besut.

Pada 24 Julai ini, pilihan raya kecil DUN Kuala Besut akan diadakan menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN) Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman dengan calon Pas Endot@Azlan Yusof.

Sementara itu, seorang daripada penerima bantuan, Mat Yusof Awang Ahmad, 73, dari Kampung Gong Manok di sini berkata, beliau bersyukur menerima bantuan itu dan akan menjaga 15 ekor anak ayam kampung yang diterimanya dengan sebaik mungkin.

"Ini kali pertama saya menerima bantuan seperti ini daripada kerajaan dan ayam ini akan dijaga sehingga cukup umur sebelum dijual pada harga RM8 sekilogram," katanya yang menjalankan penternakan ayam kampung secara kecil-kecilan.

Penduduk Kampung Baharu di sini, Mohammad Ishak, 65, pula berkata, bantuan itu akan dijadikan permulaan untuk beliau berjinak-jinak dalam penternakan ayam kampung untuk menampung perbelanjaan selain bergantung kepada pencen setiap bulan. - BERNAMA

63,000 kakitangan awam kontrak kini dilindungi Perkeso

Posted: 14 Jul 2013 01:13 AM PDT

Oleh ALI MAHMOOD dan SALEHUDIN MAT RASAD

MARAN 14 Julai - Nasib lebih 63,000 kakitangan kerajaan bertaraf kontrak dan sementara dalam perkhidmatan awam kini lebih terbela kerana kerajaan mencarum untuk mereka kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) sejak 1 Jun lalu.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Ismail Mutalib berkata, mereka tidak perlu bimbang kerana dilindungi insurans bagi mengelak menanggung kesusahan jika terbabit dalam kemalangan atau musibah yang tidak dijangkakan.

Katanya, seperti pencarum Perkeso lain, golongan tersebut juga akan dilindungi mengikut peruntukan di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja, 1969 serta kelayakan, terma dan syarat dan tatacara ditetapkan di bawah Peraturan-Peraturan (Am) Keselamatan Sosial Pekerja 1971.

"Secara mudahnya, mereka akan menerima faedah sama dengan pekerja swasta berdasarkan skim perlindungan yang disediakan Perkeso, antaranya Skim Keilatan meliputi pencen ilat, pendidikan dan pencen penakat.

"Selain itu, mereka juga akan dilindungi Skim Bencana Pekerjaan dengan mendapat perlindungan setelah mengalami kemalangan seperti perubatan, hilang upaya sementara dan kekal, pendidikan, orang tanggungan serta pengurusan jenazah ," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Ziarah Ramadan di masjid Felda Jengka 2 di sini semalam yang turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Komunikasi dan Multimedia negeri, Datuk Shahaniza Shamsuddin. - UTUSAN ONLINE

Harga ayam di Sarawak masih terkawal

Posted: 14 Jul 2013 01:01 AM PDT

KUCHING 14 Julai - Tiada kenaikan harga ayam dilaporkan di Sarawak setakat ini, demikian menurut tinjauan Bernama. Medan Niaga Satok di sini peniaga masih didapati menjual pada harga lama antara RM8.50 hingga RM9.50 seekar, di bawah paras syiling RM9.50.

Pengarah Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) negeri, Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman berkata, secara keseluruhan di Sarawak harga ayam masih terkawal.

"Setakat ini PPDNKK masih belum menerima laporan berlaku kenaikan harga ayam di negeri ini, rata-rata peniaga masih menjual di bawah harga syiling negeri iaitu RM9.50," katanya di sini hari ini.

Mengulas mengenai tindakan PPDNKK mengadakan kaunter perkhidmatan pengguna dan alat timbang bagi memudahkan pelanggan memeriksa berat barangan yang dibeli dari pasar-pasar berkenaan beliau berkata setakat ini belum ada aduan diterima.

Pasar yang mempunyai kemudahan itu ialah di Kuching iaitu di Medan Niaga Satok dan Pasar Komuniti Stutong, cawangan Sri Aman di Pasar Bersepadu Sri Aman, Sarikei (Pasar Basah Sungai Rajang), Sibu (Pasar Sentral Sibu), Kapit (Market Teresang), Bintulu (Pasar Utama Bintulu), Miri (Pasar Besar Krokop) dan Limbang (Pasar Tamu Muhibah). - BERNAMA

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Selatan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


Pusat aduan bazar Ramadan

Posted: 13 Jul 2013 09:51 AM PDT

Oleh FARABI SHEIKH SAID AL-JABRI
pengarang@utusan.com.my

Abu Ubaidah Redza (tengah) menyerahkan cenderamata kepada seorang peniaga sambil diperhatikan oleh Mohd. Talal Abu Bakar (kiri) di Bazar Ramadan Ampangan, Seremban, kelmarin.

SEREMBAN 13 Julai - Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) negeri menempatkan kaunter khidmat pengguna di pasar besar dan bazar Ramadan di negeri ini bagi membolehkan orang ramai melaporkan sebarang kenaikan harga barangan atau penipuan daripada peniaga.

Pengarahnya, Mohd. Talal Abu Bakar berkata, kaunter khidmat pengguna itu ditempatkan di Pasar Ampangan, Pasar Kuala Pilah, Pasar Port Dickson dan Pasar Besar Seremban.

"Kaunter ini akan dibuka pada waktu pagi sepanjang bulan Ramadan dan di sini kita turut menyediakan penimbang untuk menyemak berat barangan yang dibeli oleh pengguna bagi mengelakkan mereka daripada ditipu.

"Sekiranya orang ramai berasa tidak puas hati dengan berat atau harga yang dikenakan oleh para peniaga, mereka boleh semak dengan menimbang semula berat barangan yang dibeli di kaunter yang disediakan supaya tindakan segera boleh diambil ke atas peniaga berkenaan," katanya ketika melawat Bazar Ramadan Ampangan sempena Ops Harga 2013 di sini semalam.

Yang turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kemudahan Awam dan Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, Abu Ubaidah Redza.

Jelas Mohd. Talal, selain pasar-pasar terpilih di sekitar negeri ini, pihaknya turut menempatkan kaunter yang sama di beberapa bazar Ramadan terpilih di negeri ini pada sebelah petang.

"Bagi memudahkan pengguna kita turut mewujudkan kaunter seperti ini di Bazar Ramadan Seremban 2, Bazar Ramadan Senawang, Bazar Ramadan Ampangan, Bazar Ramadan Paroi , Bazar Ramadan Kuala Pilah, Bazar Ramadan Batu Kikir dan Bazar Ramadan Port Dickson.

"Selain itu, kita turut menempatkan kaunter khidmat pengguna di lokasi membeli-belah popular seperti di Nilai 3, Bahau Square dan Tampin Square," ujarnya.

Denda RM20,000 jika gagal patuhi kebersihan

Posted: 13 Jul 2013 09:51 AM PDT

KOTA KINABALU 13 Julai - Jabatan Kesihatan negeri tidak akan berlembut terhadap peniaga bazar Ramadan yang gagal mematuhi peraturan kebersihan dan mereka boleh didenda sehingga RM20,000 sekiranya gagal mematuhi peraturan itu.

Pegawai Kesihatan Persekitaran Kota Kinabalu, James Philip Suradi berkata, pihaknya melakukan pemantauan berterusan di semua bazar Ramadan di sekitar bandar raya ini bagi memastikan peniaga mematuhi peraturan kebersihan ditetapkan.

"Bagi memastikan kebersihan makanan yang dijual dan tidak menyebabkan keracunan, kita juga akan mengambil sampel makanan untuk diuji di makmal," katanya ketika ditemui selepas melakukan pemeriksaan di Bazar Ramadan Asia City di sini hari ini.

Yang turut hadir, Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), Denis John.

Menurut James, peniaga yang gagal mematuhi peraturan kebersihan ditetapkan boleh dikenakan tindakan undang-undang mengikut seksyen 13 B Akta Makanan.

"Bagaimanapun pendekatan kita pada masa ini bukan berbentuk hukuman, lebih kepada mendidik peniaga supaya mengutamakan kebersihan dan tidak hanya bermotifkan keuntungan semata-mata.

"Hasrat kita adalah untuk mewujudkan budaya kebersihan dalam kalangan para peniaga dari semasa ke semasa," katanya.

Sementara itu, beliau berkata, pengguna boleh mengemukakan aduan kepada pihaknya sekiranya mendapati ada peniaga yang gagal mematuhi peraturan ditetapkan.

Tambahnya, para peniaga juga boleh menggunakan hak mereka untuk memboikot peniaga yang tidak mengutamakan kebersihan.

Umat Islam wajar syukuri nikmat Ramadan dalam aman

Posted: 13 Jul 2013 09:51 AM PDT

SEREMBAN 13 Julai - Umat Islam di negara ini wajar bersyukur kerana dapat menyambut kedatangan bulan Ramadan dalam suasana aman harmoni biarpun negara ini turut dihuni oleh masyarakat majmuk berbilang agama.

Yang Dipertua Persatuan Isteri-Isteri Wakil Rakyat Negeri Sembilan (Pekerti), Raja Datin Seri Salbiah Tengku Nujumuddin berkata, kemeriahan Ramadan berkait rapat dengan suasana negara yang tenteram dengan rakyat menikmati kemakmuran hasil daripada usaha pucuk pimpinan rakyat dan rahmat daripada Allah.

Malah katanya, rakyat di negara ini juga perlu bersyukur kerana Malaysia terus mengecapi keamanan dan sewajarnya perlu bagi mereka mengekalkan keharmonian serta meningkatkan perpaduan sedia ada.

"Namun dalam kegembiraan menyambut Ramadan juga, kita tidak seharusnya melupakan cabaran, masalah dan musibah besar termasuk ancaman keselamatan dan perpaduan yang dihadapi beberapa negara Islam ketika ini.

"Tidak terkecuali kepada masyarakat yang memerlukan perhatian dan bantuan dalam apa jua aspek agar dapat bersama bergembira menyambut kedatangan bulan yang mulia ini," katanya ketika berucap pada Majlis Ihya Ramadan Al Mubarak 2013 di Dewan Pekerti di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan agar kedatangan bulan Ramadan kali ini perlu dimanfaatkan sepenuhnya untuk merebut peluang untuk mempertingkatkan amal ibadat dan diri umat Islam secara konsisten dan berdisiplin.

Apatah lagi katanya, kehadiran bulan Ramadan juga tersingkap pelbagai hikmah dan sejarah termasuklah terjadinya peristiwa Nuzul al-Quran, Lailatul Qadar dan sebagainya.

Pada majlis berkenaan, seramai 78 orang anak-anak yatim daripada lima buah sekolah diraikan dengan aktiviti keagamaan, majlis berbuka puasa bersama Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan serta solat sunat tarawih.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Utara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


Peniaga kotor ke mahkamah

Posted: 13 Jul 2013 09:51 AM PDT

Oleh MALINDA ABDUL MALIK
utusanpenang@utusan.com.my

PULAU PINANG 13 Julai - Jabatan Kesihatan tidak teragak-agak untuk mengheret pengusaha gerai makanan di bazar Ramadan yang mengabaikan aspek kebersihan ke mahkamah.

Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr. Lailanor Ibrahim berkata, tindakan serta-merta akan diambil oleh pasukan penguat kuasa semasa pemeriksaan jika terdapat penjual yang tidak mematuhi peraturan ditetapkan.

Menurutnya, berbeza dengan operasi tahun lalu yang menumpukan bazar Ramadan sahaja, kali ini pihaknya akan menjalankan pemantauan di rumah pengusaha gerai makan terlebih dahulu.

"Kita akan memantau tempat penyediaan makanan oleh gerai-gerai yang sering menjadi tumpuan ramai di seluruh bazar Ramadan negeri ini.

"Jika cara penyediaannya tidak mengikut elemen-elemen penting kebersihan seperti kawasan dan peralatan yang kotor serta pekerja tidak mendapat suntikan, kita akan terus buka kertas siasatan sebelum didakwa di mahkamah," katanya di sini hari ini.

Beliau memberitahu, pemeriksaan akan dijalankan sepanjang Ramadan melibatkan pelbagai agensi, termasuk pihak berkuasa tempatan (PBT) serta Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

Dalam perkembangan sama, beliau menjelaskan, pihaknya kini giat menjalankan pemantauan terhadap kilang memproses ais yang beroperasi di Pulau Pinang.

"Ini kerana wujud kebimbangan terhadap cara pembuatan dan pengendalian serta penghantaran kepada peniaga-peniaga berkenaan tidak mementingkan aspek kebersihan.

"Selain itu, pemeriksaan juga akan dijalankan terhadap pengusaha santan bagi mengelak berlaku keracunan makanan atau lauk basi," jelasnya.

Sehubungan itu, Lailanor menasihati orang ramai supaya memilih gerai-gerai yang bersih bagi mengelak keracunan makanan sepanjang bulan puasa.

The Mahi-Mahi taja 7,000 naskhah Utusan Malaysia

Posted: 13 Jul 2013 09:51 AM PDT

MUHAMMAD Luqman Nur Fariq (dua dari kiri) menyerahkan tajaan Utusan Malaysia kepada Zainol Saad di Pulau Pinang, kelmarin.

KEPALA BATAS 13 Julai - The Mahi-Mahi Restaurant dan Club House menaja 7,000 naskhah akhbar Utusan Malaysia dan majalah keluaran Kumpulan Utusan untuk diedarkan kepada para pelanggannya.

Majlis penyerahan cek tajaan bernilai RM15,280 itu diserahkan oleh Pengurus restoran tersebut, Muhammad Luqman Nur Fariq kepada Eksekutif Jualan Utusan Biro Pulau Pinang, Zainol Saad di sini semalam.

Muhammad Luqman berkata, pihaknya memilih akhbar Utusan Malaysia kerana pengalaman dan pengaruhnya dalam penyebaran maklumat kepada masyarakat.

Beliau berkata, Utusan Malaysia merupakan akhbar yang rasional selain penyampaian berita dan rencana secara berwibawa.

"Saya lebih yakin dengan akhbar ini kerana menyajikan banyak ilmu pengetahuan dan mempunyai ramai pembaca di negara ini," katanya ketika ditemui di sini semalam.

Sementara itu, Muhammad Luqman berkata, nama The Mahi-Mahi yang membawa maksud berkuasa dalam bahasa Hawaii diambil daripada nama sejenis ikan dalam keluarga Dolphin.

Beliau berkata, restoran tersebut beroperasi mulai pukul 4 petang hingga pukul 12 malam sejak setahun lalu.

Menurutnya, sepanjang Ramadan ini pihaknya menyediakan pelbagai set pilihan hidangan untuk pelanggan.

Beliau berkata, pihaknya juga menawarkan keahlian dengan bayaran RM30 selain baucar promosi dan percuma majalah Saji terkini edisi bumper untuk 300 pelanggan terawal atau percuma keahlian dengan nilai perbelanjaan RM120 dalam satu resit.

Muhammad Luqman menjelaskan, sebagai ahli mereka menikmati potongan harga lima hingga 20 peratus tertakluk pada menu, percuma hidangan pada jumlah nilai perbelanjaan dan tebus mata ganjaran.

Restoran berkenaan terletak di No. 100 dan 101, Jalan Dagangan 2, Pusat Bandar Bertam Perdana, Bertam di sini.

Orang ramai juga boleh menghubungi talian 019-5565696, 016-4833554 atau 019-4443110 untuk sebarang pertanyaan.

100 sertai Kembara Indahnya Ramadan 2013

Posted: 13 Jul 2013 09:51 AM PDT

ARAU 13 Julai - Sebanyak 100 peserta konvoi yang melibatkan kereta dan motosikal berkuasa tinggi di Perlis menjadi kumpulan pertama menyertai Kembara Indahnya Ramadan 2013 yang dilancarkan di pekarangan Masjid Muhammadiah Kampung Guar Gajah di Jalan Padang Nyu di sini, petang semalam.

Program kembara yang dianjurkan oleh Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Gerakwanis Belia 4B Malaysia itu bertujuan menyalurkan bantuan kepada anak-anak yatim, ibu tunggal, warga emas dan orang miskin menerusi majlis berbuka puasa dan bersahur di setiap daerah terpilih yang dikunjungi.

Pelepasan konvoi itu telah dilakukan oleh Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Perlis, Syamsul Tahrin Mohd. Tahir.

Yang turut hadir, Pengerusi Bersama Kembara Indahnya Ramadan 2013, Haslinda Ahmad dan Pengarah Kebajikan Masyarakat (JKM) Perlis, Abdullah Ali.

Menurut Haslinda, program kali keempat itu juga mendapat kerjasama daripada JBS, JKM, Bernas dan IM4U.

"Kita menjangkakan sebanyak 1,200 peserta akan menyertai konvoi ini dalam pengembaraan selama 15 hari di 12 buah negeri yang akan berakhir di Kelantan," katanya ketika ditemui di majlis berkenaan.

Beliau berkata, setiap peserta konvoi cuma terlibat dalam program yang dilaksanakan di negeri masing-masing sahaja.

Haslinda berkata, bagi program di negeri ini, selain dianjurkan majlis berbuka puasa juga diadakan penyampaian sumbangan kepada 30 anak yatim dari tiga kawasan Parlimen iaitu Kangar, Arau dan Padang Besar.

Katanya, pelajar sekolah rendah dan menengah ini menerima bantuan awal persekolahan sebanyak RM250 setiap seorang.

"Pada sebelah malam pula diadakan program sahur dengan menziarah lima rumah penduduk miskin di Parlimen Kangar," katanya.

Beliau berkata, setiap rumah akan diberikan sumbangan berupa makanan sahur, barangan dapur dan juga selimut.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rekreasi

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rekreasi


Konservasi Gunung Korbu 2013

Posted: 13 Jul 2013 05:52 AM PDT

PESERTA program Konservasi Gunung Korbu 2013 bergambar kenangan selepas program selesai di Hulu Kinta, Perak.

AKTIVITI mendaki gunung yang semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat negara ini memang telah dijangka.

Ini dapat dilihat dalam setiap ekspedisi mendaki gunung yang penulis sertai. Pasti penulis akan bertembung dengan kumpulan pendaki lain di laluan hutan sama ada ketika menuju ke puncak atau semasa menuruni gunung.

Memang bagus jika semakin ramai memilih aktiviti mendaki gunung. Sekurang-kurangnya mereka tidak terjebak dalam gejala sosial yang negatif.

Namun yang menjadi masalah adalah semakin ramai mengikuti program mendaki gunung, semakin banyak lambakan sampah ditinggalkan di puncak, tapak perkhemahan mahupun di sepanjang laluan hutan.

Kesedaran terhadap pentingnya menjaga hutan yang lestari nampaknya masih kurang dalam kalangan mereka yang menggelarkan diri sebagai pencinta hutan.

Memandangkan longgokan sampah tidak boleh dibiarkan menimbun kerana ia bukan sahaja mencemarkan pemandangan mata yang melihat, malah boleh menjadi sarang tikus yang akhirnya mencetuskan wabak kencing tikus.

Menyedari itu, Wild Junction yang aktif menganjurkan program mendaki gunung mengadakan program yang dinamakan AdAM Project: Konservasi Gunung Korbu 2013.

Program tersebut telah diadakan pada 23 hingga 26 Mei 2013 yang lalu. Ia sekali gus menjadi tarikh keramat dalam dunia pendakian tempatan.

Sekumpulan pendaki dari segenap pelosok tanah Semenanjung telah berkumpul bagi menjayakan program pembersihan di Gunung Korbu yang terletak di Perak.

Program yang diadakan dengan kerjasama Silver Outdoor Sports (SOS) itu dijayakan dengan kekuatan sukarelawan pendaki seramai 65 orang yang dipecahkan kepada dua kumpulan besar.

Pecahan kumpulan ini bertujuan untuk pengkhususan kawasan pembersihan yang meliputi 11 kawasan tumpuan bagi rentis Sungai Termin menghala ke puncak Gunung Korbu dan Gunung Gayong.

Kawasan-kawasan tersebut adalah Dataran Pacat, Waterfall, Bukit Penat, Kem Seroja, Kem Kijang, Last Water Point Termin, Puncak Botak, Puncak Chuban, Puncak Gunung Korbu, Simpang Proton dan Puncak Gunung Gayong.

Gunung Korbu yang berketinggian 2,183 meter ini merupakan gunung kedua tertinggi di Semenanjung Malaysia. Pendakian ke gunung ini boleh dilakukan melalui dua laluan iaitu dari negeri Perak, melalui rentis Sungai Senooi dan rentis Sungai Termin.

Laluan pendakian ke gunung ini juga tersenarai antara laluan paling sukar untuk ditempuh dengan halangan semula jadi seperti perlu melintasi beberapa sungai, mendaki beberapa anak bukit, mendaki tembok batu serta merangkak di bawah rintangan pokok tumbang.

Memandangkan laluan pendakian ke gunung ini tidak digazetkan berada di bawah perlindungan Taman Negeri mahupun Taman Negara, maka keadaan itu menjadikan laluan-laluan ini tidak terurus dan sukar dipantau terutamanya dari segi kebersihan hutan.

Statistik kemasukan pendaki ke gunung ini juga sukar dilakukan kerana masih terdapat ramai pendaki yang memasuki rentis itu tanpa melalui proses rasmi dan kebenaran daripada Jabatan Hutan Daerah. Kemasukan pendaki dari laluan lain seperti rentis Gunung Yong Belar dan Gunung Yong Yap juga sedikit sebanyak memberi impak terhadap kebersihan di persekitaran Gunung Korbu.

Oleh kerana itu, pihak penganjur telah terpanggil untuk melakukan program konservasi secara rasmi yang julung kalinya diadakan di Gunung Korbu. Objektif utama program ini adalah untuk membuka mata penggiat rekreasi luar supaya lebih beretika ketika melakukan aktiviti ini, di samping memupuk semangat untuk mencintai alam sekitar dalam diri masing-masing.

Sepanjang program ini berlangsung, sebanyak 50 guni sampah yang terdiri daripada tin minuman dan makanan, botol kaca, bekas makanan, kasut, pakaian, sisa peralatan perkhemahan dan sampah plastik berjaya dikutip. Anggaran berat untuk satu guni sampah adalah sekitar tujuh hingga 10 kilogram.

Kesemua sampah ini dibawa turun dan dikumpulkan di Kem Seroja untuk dileraikan mengikut kategori peleraian. Setelah semua sampah diaudit, hanya 40 guni sampah sahaja yang dibawa keluar manakala yang selebihnya dilupuskan dengan kaedah bakar dan tanam.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Muka Hadapan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Muka Hadapan


Tutup Kedutaan Vatican City

Posted: 13 Jul 2013 09:51 AM PDT

Broken Link!

The content you are looking for is not available. You might had clicked on a broken link from another website or the content itself might have been removed.

You may want to consider our archive on

If you think there is an error, please click here to report and let us know.

Blog lancar 'perang', kecam

Posted: 13 Jul 2013 09:51 AM PDT

Broken Link!

The content you are looking for is not available. You might had clicked on a broken link from another website or the content itself might have been removed.

You may want to consider our archive on

If you think there is an error, please click here to report and let us know.

Empat lelaki kempunan kereta bawa lembu curi terbabas

Posted: 13 Jul 2013 09:51 AM PDT

Broken Link!

The content you are looking for is not available. You might had clicked on a broken link from another website or the content itself might have been removed.

You may want to consider our archive on

If you think there is an error, please click here to report and let us know.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved