Rabu, 3 Julai 2013

Utusan Online - Feminin

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Feminin


Ika serba boleh

Posted: 03 Jul 2013 12:47 AM PDT

Oleh NOOR FAZRINA KAMAL
Gambar NOOR AZLINA JAAFAR
Solekan MIMIE 018-397 4703

JANGAN pandang Syafiqah Ishak, 26, sebelah mata. Walaupun muda, bertubuh kecil molek, Syafiqah bukan calang-calang orangnya kerana sangat komited dan sarat ilmu di dada.

Tidak keterlaluan jika dia dijadikan ikon remaja perempuan lain kerana memiliki keyakinan diri yang begitu tinggi, ditambah pula kelayakan yang jarang ada pada gadis seusianya.

Dia juga boleh dikategorikan sebagai golongan yang berjaya pada usia muda.

Memang diakui jarang menemukan gadis yang begitu berani mencabar diri dengan pelbagai bidang baru. Apatah lagi bidang tersebut memerlukan interaksi dengan orang ramai serta memikul amanah dan tanggung jawab yang agak besar.

Namun tiada apa yang mustahil bagi gadis kelahiran Kota Kinabalu, Sabah yang selesa membahasakan dirinya sebagai Ika ini.

Bertemu gadis sepertinya bukan sahaja mampu mengubah paradigma malah terbit rasa hormat dan kagum pada keazaman serta kesungguhan yang ada dalam dirinya.

Ika kini sedang melanjutkan pelajaran di peringkat doktor falsafah (PhD.) dalam jurusan pemasaran di Asia e University di Kuala Lumpur.

Sebelum ini dia pernah menjadi Pensyarah Pemasaran di Universiti Teknologi MARA (UiTM), di Perak, mempunyai perniagaan sendiri di bawah syarikat Syana Marketing, memiliki produk kecantikan sendiri, BeauSis Cosmetics dan mengusahakan salon kecantikan bersama ibunya, Sairana Bandari, 53.

Tidak cukup dengan itu dia juga menjadi perancang majlis besar antaranya pertandingan Miss Malaysia/Universe, Miss Malaysia/Tourism selama dua tahun berturut-turut.

Malah, Syana Marketing & Event merupakan syarikat yang bertanggung jawab membawa masuk beberapa artis K-Pop ke negara ini untuk bertemu ramai peminat di Malaysia.

"Semuanya saya lakukan kerana minat yang tinggi. Bila ada minat saya akan berusaha mencari jalan untuk merealisasikannya," kata Ika yang ditemui di Studio Utusan Malaysia, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Ika turut memastikan setiap bidang yang diceburi itu bukan sekadar mencuba malah dimulakan dengan mendapatkan ilmu secukupnya.

Ini kerana baginya, penguasaan pada sesuatu bidang itu sangat perlu.

"Saya memang suka meneroka bidang baru. Sukan ekstrem juga menjadi pilihan saya. Jangan tak tahu, saya pernah menjadi pemain bola sepak wanita ketika di bangku sekolah dan memiliki tali pinggang hitam dalam taekwando.

"Semua ini adalah kepuasan saya dan tak semua orang boleh melakukan. Bagi saya pembahagian masa itu amat penting," katanya.

Dalam pada itu, Ika juga suka memberi motivasi kepada para pelajar untuk memanfaatkan masa yang ada dengan pelbagai aktiviti.

Dia juga tidak gemar pada mereka yang membazir masa kerana masa akan berlalu begitu sahaja.

"Perlu hargai peluang yang datang di depan mata. Bagi saya, 24 jam sehari yang Allah beri pada kita memang cukup untuk merangka apa yang kita hendak buat," jelasnya yang turut terlibat dalam melatih peserta ratu cantik untuk beraksi di pentas.

Bercerita tentang kerjayanya, kata Ika, kenangan manis yang sukar dilupakan ialah apabila dia memasuki bilik mesyuarat untuk penganjuran satu majlis besar.

Ramai mata memandang dirinya atas ke bawah kerana tidak percaya gadis muda dan kecil sepertinya mampu memikul tugasan tersebut.

"Orang nampak saya macam budak-budak. Awalnya hanya 30 peratus sahaja orang luar yang percaya kebolehan saya.

"Begitupun setelah saya buktikan dengan kejayaan penganjuran acara tersebut mereka terus memberi kepercayaan kepada saya untuk menganjurkannya buat kali kedua," jelas Ika yang terlibat dalam penganjuran majlis sejak tahun 2010.

Samsonite untuk gaya, cita rasa

Posted: 03 Jul 2013 12:47 AM PDT

Samsonite memudahkan para pengembara membawa barangan mereka.

RAMAI hanya mengetahui tentang namanya, namun tidak ramai yang mengetahui sejarah di sebalik nama tersebut.

Jenama beg tersohor, Samsonite telah direka oleh seorang penduduk dalam kalangan Orang Asli di Colorado, Jesse Shwayder pada tahun 1910.

Sejak itu jenama Samsonite menjadi jenama beg kembara terkemuka di dunia.

Ia membantu para pelancong global mengharungi perjalanan yang beribu-ribu batu jauhnya dan lebih istimewa ia mencipta kenangan menarik bersama pengembara.

Samsonite membuktikan komitmen kepada inovasi, keunikan dan ketahanan pada setiap koleksi beg dihasilkannya.

Menggunakan teknologi daripada bahan Revolusioner Curv dan koleksi-koleksi material lembut dihasilkan daripada Advanced Hybrid Technology meletakkan Samsonite sebagai peneraju pasaran dan trend dalam penghasilan beg kembara.

Samsonite mengekalkan visinya di seluruh dunia untuk terus membolehkan pelancong mengembara lebih jauh menerusi produk yang lebih ringan, kuat dan inovatif.

Terkini Samsonite melancarkan satu pertunjukan beg kembara terulung serentak dengan pembukaan butiknya yang terletak di tingkat 2, Suria KLCC.

Majlis tersebut turut dihadiri selebriti tempatan seperti Awal Ashaari, Scha Alyahya, Yasmin Hani, Atilia Haron, Ning Baizura, Liyana Jasmay dan Megan Tan.

Butik tersebut juga diiktiraf arkitek terkenal dunia, Guillot kerana rekaan dalaman yang moden dan menarik.

Pada hari tersebut juga barisan model turut memperagakan beberapa koleksi dari Samsonite seperti Red, koleksi untuk perniagaan dan perjalanan. Koleksi terbaru Samsonite, Firelite turut dilancarkan.

Naib Presiden Samsonite Asia Tenggara, Frantz Braha turut hadir memberi sokongan.

Dalam ucapannya, Braha berkata, dalam setiap iklan beg Samsonite sebelum ini mereka telah menonjolkan prinsip keringanan serta ketahanan beg dari koleksi Firelite menerusi sukan ekstrem.

Namun pada hari pelancaran tersebut Samsonite menterjemah kekentalan Firelite pada satu persembahan Akrobat secara kreatif.

Sementara itu, pengacara dan pelakon terkenal, Daphne Iking berkata, Samsonite bukan sahaja menghasilkan bagasi yang menarik dan cantik tetapi juga terbaik dari segi praktikal dan ketahanan.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Johor

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Dadah, rokok seludup dimusnahkan

Posted: 02 Jul 2013 11:13 AM PDT

Oleh IFQDAR RAHMAN
ifqdar.rahman@utusan.com.my

Kakitangan Maritim Malaysia memasukkan karton rokok haram dalam mesin pelupusan pada satu majlis di Batu Pahat, kelmarin.

JOHOR BAHRU 2 Julai - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) daerah Batu Pahat melupuskan kira-kira 220,000 batang rokok seludup dan dadah jenis ketamin serta syabu bernilai kira-kira RM875,000 semalam.

Ketua Penguat Kuasanya, Leftenan Komander Maritim Iskandar Ishak berkata, kesemua rokok dan dadah tersebut adalah hasil rampasan dan kejayaan pasukan berkenaan sejak awal tahun lalu sehingga Mac tahun ini.

"Kebanyakan kes berkaitan rokok dan dadah yang tidak sah berjaya diselesaikan pihak kami dan hasil rampasan dilucutkan hak serta dimansuhkan dengan mencarik lalu membakarnya supaya tidak timbul sebarang keraguan.

"Proses pelupusan tersebut dibuat dengan kerjasama Gabungan Pengilang Tembakau Malaysia (GPTM) yang menyediakan mesin pelupusan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Iskandar berkata, permintaan terhadap rokok putih dan keretek tidak sah dalam pasaran tempatan menyumbang kepada peningkatan penyeludupan rokok seumpama itu di negara ini.

Bagaimanapun, pihaknya mempunyai perancangan tersendiri bagi membendung kes penyeludupan rokok dan dadah yang menjadikan perairan Batu Pahat sebagai pintu masuk dari negara jiran bagi kegiatan haram tersebut.

"Maritim Batu Pahat akan meningkatkan kawalan keselamatan termasuk rondaan dan operasi khas bagi menangani segala bentuk aktiviti penyeludupan dan jenayah maritim," katanya.

KPMNJ sasar 10 peratus KDNK menjelang 2020

Posted: 02 Jul 2013 11:13 AM PDT

JOHOR BAHRU 2 Julai - Koperasi Permodalan Melayu Negeri Johor Bhd. (KPMNJ), akan memberi tumpuan terhadap bidang perniagaan berimpak tinggi sebagai usaha mencapai sasaran 10 peratus sumbangan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang 2020.

Pengerusinya, Prof. Madya Datuk Mohamad Ali Hassan berkata, antara bidang yang akan diberikan penekanan termasuk perladangan, kewangan Islam, peruncitan serta pemborongan, perkhidmatan pengangkutan awam dan perhotelan.

Beliau memberitahu, KPMNJ juga sedang mencari peluang untuk melibatkan diri dalam bidang hartanah yang dilihat akan memberikan pulangan tinggi selain memberi manfaat kepada masyarakat.

"Hingga kini, sumbangan koperasi di Malaysia kepada KDNK hanya 0.8 peratus dan kita akan melaksanakan pelbagai usaha bagi menjayakan hasrat menyumbang sebanyak 10 peratus pada 2020.

"Sebagai permulaan, kita menetapkan sasaran tiga peratus sumbangan bagi tahun ini dan kita akan terus meneroka bidang-bidang perniagaan yang mampu memberikan impak besar," katanya selepas Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Kali Ke-18 KPMNJ di Pasir Gudang, dekat sini semalam.

KPMNJ merupakan antara koperasi yang aktif dan berdaya saing di negeri ini dengan ahlinya kini mencecah 9,000 orang dan sebanyak 14 syarikat menjadi ahli koperasi.

Pada majlis berkenaan, KPMNJ turut menyampaikan sumbangan sebanyak RM7,474 kepada Tabung Kebajikan Polis Diraja Malaysia selain turut menyampaikan sumbangan kepada anak-anak ahli koperasi yang cemerlang dalam pelajaran.

Sementara itu, Mohamad Ali merayu kerajaan negeri menimbang semula permohonan KPMNJ bagi mendapatkan tanah yang dijanjikan, selain tanah-tanah terbiar untuk dibangunkan secara sendiri atau bersama pihak berkepentingan.

Selain itu, beliau turut memohon kerajaan negeri memberi pihaknya ruang termasuk ekuiti dalam segala kegiatan pembangunan ekonomi di kawasan-kawasan seperti Iskandar Malaysia dan Projek Petrokimia Bersepadu (Rapid) di Pengerang.

"Kita tidak mahu ketinggalan dalam limpahan pembangunan yang sedang rancak berlaku, sebaliknya mahu terlibat secara langsung dalam memajukan negeri ini," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Utara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


11 projek jayakan Perlis Maju 2015

Posted: 02 Jul 2013 11:13 AM PDT

Oleh ZAINU'L AZHAR ASH'ARI
utusanperlis@utusan.com.my

AZLAN Man (kanan) menjawab soalan dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis Ke-13 yang berlangsung di Kompleks DUN, Kangar, Perlis, semalam.

KANGAR 2 Julai - Kerajaan negeri telah mengambil tindakan drastik dengan melaksanakan beberapa langkah bagi memastikan Perlis mencapai status negeri maju menjelang 2015.

Menteri Besar, Azlan Man memberitahu, antaranya kerajaan telah dan akan melaksanakan 11 projek yang dikenalpasti sehingga Jun tahun ini iaitu:

* Penubuhan Perlis Invest sebagai pusat sehenti pelaburan yang akan berfungsi untuk mempromosi sektor pelaburan di negeri ini.

* Pembangunan Taman Teknologi Tinggi Pauh Putra.

* Pembangunan Kangar Sentral, Seriab.

* Projek Ternakan Ayam Secara Bersepadu, Mukim Titi Tinggi.

* Halal Park, Padang Besar.

* Depot pelepasan Darat (ICD), Padang Besar.

* Bandar Baharu Chuping.

* Menaik taraf jeti Kuala Perlis kepada Pelabuhan Perikanan Antarabangsa.

* Pengkomersialan sektor pertanian berasaskan nilai tambah.

* Pembangunan program di bawah inisiatif Koridor Utara.

* Pengembangan sektor pelancongan berasaskan agro dan ekopelancongan.

Menjawab soalan daripada Nurulhisham Yaakob (BN-Simpang Empat) dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis Ke-13 yang berlangsung di Kompleks DUN di sini hari ini, beliau berkata, usaha promosi menarik pelabur terus dipergiatkan bagi menarik lebih banyak pelaburan sama ada dari dalam dan luar negara ke Perlis.

"Syarikat-syarikat multinasional juga akan dijemput dan diberi insentif pelaburan seperti pengurangan cukai dan cukai pintu mengikut jenis industri dalam tempoh tertentu.

"Usaha-usaha akan diambil untuk mengadakan jaringan dengan semua pihak termasuk pelabur asing dan agensi Kerajaan Pusat bagi memudahkan proses berkaitan kemasukan pelaburan ke negeri ini.

Shisha turut jadi tumpuan sidang DUN Perlis

Posted: 02 Jul 2013 11:13 AM PDT

KANGAR 2 Julai - Pengharaman menghisap dan menjual shisha turut menarik tumpuan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis apabila dibangkitkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sanglang, Mohd. Shukri Ramli ketika mengambil bahagian dalam perbahasan usul terima kasih ke atas titah ucapan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail hari ini.

Sambil memuji tindakan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis yang mengharamkan shisha di negeri ini, ADUN daripada parti Pas itu berkata, pengharaman tersebut memang wajar kerana boleh memudaratkan masyarakat khususnya generasi muda.

"Langkah diambil Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis mengharamkan shisha cukup baik, kerana apa sahaja yang memudaratkan rakyat perlu dihalang kerana boleh merosakkan generasi yang menjadi pewaris pemimpin masa depan," kata beliau.

Selain itu, kata Mohd. Shukri, jawatankuasa berkenaan dan pihak berkuasa juga perlu mengambil tindakan seumpama itu ke atas aktiviti meminum air daun ketum sehingga menimbulkan masalah sosial yang serius.

Menurut beliau, ini kerana meminum air daun ketum membawa kesan memudaratkan dari aspek kesihatan dan melalaikan peminumnya sehingga menjejaskan aktiviti seharian.

Datuk Ismail Kassim (BN-Tambun Tulang) yang bangun mencelah pula berkata, ada dalam kalangan peminumnya yang mencampurkan air daun ketum dengan bahan lain termasuk minuman bikarbonat.

Mohd. Shukri berkata, beliau bersetuju dengan Ismail dan berharap pihak berkenaan dan kesemua pihak bekerjasama memastikan supaya gejala tersebut dapat diatasi.

"Dalam kalangan peminum air daun ketum, air tersebut yang dicampur bikarbonat diuji terlebih dahulu ke atas ikan dalam akuarium, jika ikan tersebut berenang dengan laju, maka kesannya dikatakan baik dan barulah mereka meminumnya.

"Diharap pihak kerajaan negeri mengambil perhatian ke atas aktiviti meminum air daun ketum ini yang semakin menular di negeri ini sehingga boleh memberi kesan buruk kepada generasi muda," katanya.

Empat syarikat PKENPs alami kerugian tahun lalu

Posted: 02 Jul 2013 11:13 AM PDT

KANGAR 2 Julai - Hanya empat daripada 11 buah syarikat Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis (PKENPs) yang mengalami kerugian sehingga 31 Disember tahun lalu.

Menteri Besar, Azlan Man berkata, syarikat-syarikat tersebut ialah Perlis Property Sdn. Bhd. (RM21,205); Putra Palace Sdn. Bhd. (RM1,157,855); Perlis NCER Trading Sdn. Bhd. (RM48,192) dan Perlis Marine Engineering (PME) Sdn. Bhd. (RM1,799,642).

"Punca utama syarikat-syarikat tersebut mengalami kerugian ialah kekurangan projek pada masa kini berdasarkan kekurangan peruntukan kerajaan dan pelaburan swasta di Perlis.

"Pelaksanaan dasar gaji minimum dan peningkatan caruman wajib kepada kakitangan menyebabkan peningkatan kos operasi syarikat," kata beliau ketika menjawab soalan Datuk Ismail Kassim (BN-Tambun Tulang) dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-13 di Kompleks DUN di sini hari ini.

Menurut beliau, lain-lain yang menyumbang kepada kerugian tersebut ialah persaingan sengit dalam industri berkaitan.

Bagaimanapun, kata Azlan, pihaknya telah mengambil tindakan untuk menangani masalah tersebut.

Kata beliau, PKENPs bersama pihak pengurusan syarikat telah bertindak agresif bagi mendapatkan projek seperti Pens Holding Sdn. Bhd. yang berjaya memperoleh Projek Penempatan Banjir Timah Tasoh bernilai RM41 juta pada tahun ini.

"PME pula dalam proses akhir memuktamadkan perjanjian projek membekalkan 'tug boat' kepada Kementerian Pengangkutan dan Logistik Republik Benin, Afrika selain membida projek di Abu Dhabi," kata beliau.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Selatan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


Henti tabiat perbodohkan rakyat

Posted: 02 Jul 2013 11:13 AM PDT

Oleh Ainol Amriz Ismail
utusanN9@utusan.com.my

SEREMBAN 2 Julai - Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan mahu tabiat memperbodohkan serta memperdaya rakyat untuk membenci kerajaan dihentikan, sebaliknya mengingatkan pembangkang supaya menerima hakikat tewas pada pilihan raya umum lalu.

Kata beliau, amat menyedihkan apabila rakyat dirosakkan pemikiran dengan pelbagai helah dan tohmahan yang dibuat golongan berkepentingan, sedangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa melakukan transformasi untuk mensejahterakan serta menyatupadukan rakyat bagi berhadapan cabaran luar yang lebih besar.

''Cukuplah gerakan pembangkang untuk memecah belahkan rakyat. Pembangkang ada agenda tersirat dan muslihat. Sudah kalah dalam pilihan raya umum maka terimalah hakikat, jangan pula tidak mengakuinya," tegasnya dalamprogram bersama rakyat di Taman Satria, Senawang dekat sini malam tadi.

Yang turut hadir, Ahli Parlimen Rembau yang juga Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaludin dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paroi, Mohd. Ghazali Abd. Wahid.

Kata Mohamad, rakyat sepatutnya tidak dipesongkan pemikirannya kerana keadaan itu akan hanya membawa kepada kehancuran dalam sebuah negara yang harmoni dan membangun.

''Rahsia kemenangan BN pada pilihan raya umum lalu disebabkan elemen dalam memperkukuhkan asas perpaduan selain kesungguhan bekerja serta memperlihatkan pembangunan insan secara jelas.

''Maka teras perpaduan yang sudah wujud itu haruslah terus disepakati dan bukan dihancurkan dengan tohmahan dan fitnah. Kita harus hidup dalam sebuah pasukan yang membina negara maju," ujar beliau.

Sehubungan itu katanya, agenda membangunkan negeri, ekonomi, modal insan, pendidikan, kemakmuran dan sebagainya yang terdapat dalam Aku Janji BN Negeri Sembilan lalu akan dilaksanakan tanpa ada keciciran demi mensejahterakan rakyat.

''Ingatlah apabila musnahnya perpaduan, maka ekonomi akan menguncup kerana waktu itu rakyat sibuk bersengketa sesama sendiri. Jika ini berlaku, ramailah nanti akan menganggur, dibuang kerja dan mendapat kehidupan yang susah.

''Akhirnya kelak, nikmat kesejahteraan yang telah dan sedang dikecapi akan berkecai dan amat susah apabila kita telah mempunyai negara yang ekonominya meleset untuk dibangunkan semula," ujarnya.

Pelantikan Penghulu Luak Gunung Pasir disempurnakan

Posted: 02 Jul 2013 11:13 AM PDT

Tuanku Muhriz Tuanku Munawir berkenan menerima sembah pelantikan kepada Hanizam Harun yang membawa gelaran Dato' Orang Kaya Mempasir Setiawan pada Majlis Istiadat Kejadian Penghulu Luak Gunung Pasir ke-18 di Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah Negeri Sembilan semalam. Turut berangkat sama, Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud diiringi Tunku Ali Redhauddin Tuanku Muhriz (kiri). - UTUSAN/Abd. Razak Aid

KUALA PILAH 2 Julai - Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir hari ini berkenan menerima menghadap Penghulu Luak Gunung Pasir ke-18, Hanizam Harun, 50, bagi menyempurnakan pelantikan beliau menyandang jawatan berkenaan.

Majlis penuh istiadat itu berlangsung di Istana Besar Seri Menanti dekat sini selepas Hanizam yang merupakan Penolong Pengarah (Siasatan) Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) negeri menyandang jawatan berkenaan pada 25 Jun 2011 bagi menggantikan penyandang terdahulu, Allahyarham Harun Bidin yang meninggal dunia pada 29 Januari 2011.

Hanizam yang memegang gelaran Dato' Orang Kaya Mempasir Setiawan melalui jawatan berkenaan sebelum ini telah melalui istiadat kerjan yang disempurnakan pada 26 Februari tahun lalu.

Pada 14 Jun lalu, satu istiadat menyembah maklum pelantikan Hanizam kepada Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Ali Redhauddin Ibni Tuanku Muhriz telah dilakukan, sekali gus menetapkan tarikh untuk menghadap Tuanku Muhriz, seperti mana majlis menghadap itu disempurnakan hari ini.

Hanizam dilahirkan pada 30 Ogos 1963 di Kluang, Johor merupakan anak keempat daripada sembilan beradik dan ayahnya, Allahyarham Harun Maarof datang dari suku Seri Lemak Minangkabau manakala ibunya, Mahya Peral dari suku Tanah Datar.

Beliau mendapat pendidikan darjah enam di Sekolah Kebangsaan Gunung Pasir, Seri Menanti di sini sebelum ke peringkat menengah di Sekolah Menengah Tunku Besar Burhanuddin, Seri Menanti dan Sekolah Menengah Za'ba di sini serta berkelulusan ijazah Sarjana Muda (Perakaunan) dari Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Yang turut berangkat pada Majlis Menyempurnakan Kejadian Penghulu Luak Gunung Pasir ke-18 itu, Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani Almarhum Tengku Besar Mahmud serta dua anakanda, Tunku Ali Redhauddin dan Tunku Zain Al-'Abidin Tuanku Muhriz.

Hadir sama Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan dan isteri, Raja Datin Seri Salbiah Tengku Nujumuddin; Anak Raja Bergelar; pembesar Istana serta ahli rombongan Luak Gunung Pasir.

Dalam titah Tuanku Muhriz, baginda menyeru Hanizam menjaga keharmonian dan kesejahteraan rakyat baginda di Gunung Pasir serta menjalinkan hubungan baik antara sesama luak.

''Hendaklah kamu menjalankan peraturan adat yang dipakai dengan adil, bijaksana serta bertanggungjawab.

''Bermuafakatlah dalam menyelesaikan apa juga permasalahan agar adat yang disanjung ini sentiasa terpelihara, bak kata adat 'duduk sorang bersempit-sempitan, duduk ramai berlapang-lapangan," titah baginda.

Pada masa yang sama juga, baginda menasihatkan semua pihak supaya mendapat rujukan tepat berhubung pemakaian gelaran Dato'-Dato' Penyandang Adat.

''Pemakaiannya seharusnya berbeza penggunaan serta pemakaian gelaran Dato'-Dato' Kurnia yang beta kurniakan saban kali sambutan Hari Keputeraan beta. Beta juga berasa mashgul tentang penggunaan gelaran Cik Puan oleh isteri-isteri Dato' Penyandang Pusaka Adat yang tidak sepatutnya berlaku kerana ia dikhususkan untuk isteri-isteri Penghulu Luak," titah Tuanku Muhriz.

Melaka sasar pelaburan asing meningkat RM5 bilion

Posted: 02 Jul 2013 11:13 AM PDT

MELAKA 2 Julai - Kerajaan negeri sedang berusaha untuk meningkatkan nilai pelaburan asing yang menanam modal di negeri ini daripada nilai RM2.5 bilion kepada RM5 bilion dalam tempoh dua tahun ini.

Ketua Menteri, Datuk Idris Haron berkata, usaha tersebut perlu dilaksanakan berikutan kedudukan

Melaka berada di tangga kelapan daripada jumlah nilai pelaburan asing.

Menurutnya, beliau melihat minat pelabur asing melabur di negeri ini amat kurang walaupun kerajaan negeri menyediakan pelbagai kemudahan untuk mereka menanam modal.

''Kalau hendak dibandingkan dengan beberapa negeri lain, saya lihat Melaka dapat menyediakan banyak kemudahan dari segi logistik, geografi, infrastruktur serta beberapa kemudahan lain kepada syarikat yang melabur di negeri ini.

''Saya akan melihat dari pelbagai aspek mungkin dari segi birokrasi serta aspek perundangan yang mungkin menjadi halangan kepada pelabur datang ke Melaka," katanya di sini semalam.

Justeru kata Idris, beliau akan berbincang untuk menyelesaikan sebarang masalah yang timbul kerana jika ada halangan kepada pelabur untuk melabur di negeri ini, tindakan itu akan merugikan semua pihak.

Sehubungan itu katanya, lawatannya ke Jepun menyertai misi perdagangan diketuai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed bermula hari ini akan digunakan untuk melihat peluang kerajaan negeri mempelawa pelabur dari negara matahari terbit itu melabur di Melaka.

''Ini adalah pengalaman pertama saya sejak menjadi Ketua Menteri pada 7 Mei lalu apabila diberi peluang menyertai misi perdagangan di Jepun," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Dalam Negeri

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Malaysia, UK saling memanfaatkan - Najib

Posted: 03 Jul 2013 02:14 AM PDT

KUALA LUMPUR 3 Julai - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau tidak sabar untuk bertemu rakan sejawatannya dari Britain, David Cameron pada Khamis.

Najib yang kini mengadakan lawatan kerja empat hari ke UK, menegaskan bahawa kedua-dua negara telah pun mula memanfaatkan satu sama lain bagi mencari peluang pelaburan dan pertumbuhan perniagaan yang lebih meluas.

"...dan kami telah menetapkan sasaran yang mencabar untuk dicapai bersama: hubungan dagang dua hala RM26 bilion menjelang 2016.

"Jumlah itu meningkat sekali ganda daripada apa yang kita nikmati ketika ini hasil hubungan dagang yang baik yang diwujudkan bersama," katanya dalam akaun Facebook.

Najib berkata, langkah pertama ke arah mencapai matlamat itu adalah pelancaran projek Stesen Janakuasa Battersea, yang dibangunkan secara usahasama oleh SP Setia Bhd, Sime Darby Bhd dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja.

"Saya berkeyakinan perkongsian yang hebat akan menyusul," katanya. - BERNAMA

Garis panduan keselamatan pelajar Malaysia di Mesir

Posted: 03 Jul 2013 02:00 AM PDT

KUALA LUMPUR 3 Julai - Para pelajar Malaysia di Mesir dinasihat menghindari kawasan tumpuan perhimpunan dan tunjuk perasaan membantah kepimpinan negara Timur Tengah itu di Kaherah, Iskandariah, Mansoura, Zaqaziq dan tempat lain.

Dalam satu kenyataan, Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh turut meminta mereka agar tidak melibatkan diri dalam sebarang perhimpunan atau petisyen anjuran masyarakat tempatan sama ada di tempat terbuka atau tertutup, dalam atau luar kampus universiti.

Selain itu, pelajar Malaysia digesa tidak mempercayai atau menyebar khabar angin melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) atau laman sosial seperti Facebook, Twitter serta blog dan e-mel.

Kenyataan itu juga menyebut demonstrasi dan perhimpunan yang berlaku telah mengakibatkan 16 orang terbunuh dan 781 cedera dalam kalangan warga Mesir.

"Education Malaysia Egypt (EME) memperakui tiada kes melibatkan pelajar Malaysia dan ibu bapa tidak perlu risau kerana keadaan terkawal," kata Idris.

Idris berkata langkah keselamatan diambil dengan membuka bilik gerakan 24 jam di semua peringkat dan wilayah, di kedutaan Malaysia di Kaherah, Dewan Malaysia Abbasiah, rumah-rumah negeri dan persatuan pelajar.

Selain itu, operasi pemantauan turut digerakkan di semua terminal lapangan terbang manakala siri kunjungan pegawai ke premis kediaman pelajar turut dilakukan, begitu juga hebahan melalui media elektronik, Whatsapp dan SMS.

Beliau juga menggesa pelajar berkenaan agar mengelak daripada memberi sebarang komen atau ulasan berkaitan politik dalaman Mesir kepada mana-mana individu, organisasi Mesir dan asing, serta menangguhkan aktiviti dan pergerakan ke luar kawasan untuk percutian.

"Elakkan dari berjalan-jalan pada waktu malam atau berjalan secara berseorangan, terutama bagi mahasiswi," katanya.

Idris berkata pelajar Malaysia di Mesir perlu mematuhi sebarang arahan keselamatan, termasuk perintah berkurung, sekiranya dikeluarkan kerajaan Mesir dan arahan lain oleh pihak kedutaan.

"Pelajar harus mengutamakan keselamatan diri dan menyimpan dokumen penting seperti pasport, kad pengenalan dan barang berharga di tempat selamat," katanya. - BERNAMA

Kadar zakat fitrah di Perlis kekal RM6

Posted: 03 Jul 2013 12:11 AM PDT

KANGAR 3 Julai - Kadar bayaran fitrah di Perlis bagi tahun ini kekal RM6, kata Pengerusi Baitulmal Negeri, Datuk Abu Bakar Ahmad.

Nilai itu, katanya, diputuskan dalam mesyuarat Baitulmal baru-baru ini yang kemudian dipersetujui mesyuarat Majlis Agama Islam Negeri.

Bercakap kepada Bernama di sini hari ini, beliau berkata, 104 amil dilantik untuk membuat kutipan fitrah itu bermula pertengahan bulan Ramadan tetapi umat Islam boleh membuat bayaran sebaik sahaja masuk bulan Ramadan.

Beliau menjangkakan Baitulmal Negeri dapat mengumpul zakat fitrah sehingga RM800,000 tahun ini.

Katanya hingga kini, Baitulmal Negeri mengumpul kutipan zakat sebanyak RM48 juta dan matlamat tahun ini untuk mengumpul sehingga RM80 juta hingga akhir tahun ini berbanding RM79 juta tahun lepas. - BERNAMA

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Muka Hadapan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Muka Hadapan


Isu Red Bean Army ke Kabinet

Posted: 02 Jul 2013 11:12 AM PDT

Broken Link!

The content you are looking for is not available. You might had clicked on a broken link from another website or the content itself might have been removed.

You may want to consider our archive on

If you think there is an error, please click here to report and let us know.

20,000 menyalahgunakan pas

Posted: 02 Jul 2013 11:12 AM PDT

Broken Link!

The content you are looking for is not available. You might had clicked on a broken link from another website or the content itself might have been removed.

You may want to consider our archive on

If you think there is an error, please click here to report and let us know.

IM4U kini buka Pusat Outreach di UK

Posted: 02 Jul 2013 11:12 AM PDT

Broken Link!

The content you are looking for is not available. You might had clicked on a broken link from another website or the content itself might have been removed.

You may want to consider our archive on

If you think there is an error, please click here to report and let us know.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rekreasi

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rekreasi


Berdiri di puncak dunia

Posted: 03 Jul 2013 12:47 AM PDT

Siti hanisah (kanan) ditemani oleh sherpa, Jamling Bhote yang mengiringinya hingga ke puncak Everest.

MEREKA berdua antara tujuh pendaki dari Kelab Eksplorasi Tujuh Benua Malaysia (KE7B) berjaya menjejakkan kaki ke puncak Everest di ketinggian 8,848 meter (29,028 kaki) dari paras laut pada ekspedisi yang bermula 2 April dan berakhir 1 Jun lalu.

Lebih membanggakan kedua-duanya mencipta rekod tersendiri sebagai pendaki wanita termuda dalam sejarah penerokaan oleh pendaki-pendaki negara ke puncak yang juga dikenali sebagai bumbung dunia itu.

Awalnya sejarah dicipta oleh Myrza Fasha, yang tiba di puncak tepat pukul 10.30 pagi (waktu Nepal) 21 Mei sebelum rekodnya dipecah dua hari kemudian oleh Siti Hanisah yang tiba pada pukul 7.41 pagi (waktu Nepal) pada 23 Mei.

Myrza Fasha dari Felda Tersang 3, Raub, Pahang, yang lebih mesra disapa Fasha merupakan graduan kejuruteraan elektronik dan elektrik dari Universiti Malaysia Pahang.

Dia mula berkecimpung dalam sukan lasak mendaki gunung ketika menjadi pelajar di universiti tersebut.

"Pada tahun lalu, saya menghadiri sesi pemilihan yang diadakan oleh KE7B di Shah Alam. Seramai 30 anak-anak Felda dari seluruh Malaysia menyertai pemilihan itu.

"Selepas terpilih, saya menjalani ujian stamina, merangkumi larian 2.4 kilometer, tekan tubi dan bangkit tubi. Kemudian saya melalui ujian pengucapan awam dan turut diuji kemahiran ikatan tali.

"Kebetulan saya memang ahli Pandu Puteri ketika di sekolah dan ilmu mengikat tali memang dalam ingatan saya," ujar Fasha mengimbas penglibatan awalnya sebelum terpilih menyertai Everest-Felda 2013.

Apabila terpilih, Fasha ditempatkan di hostel Majlis Sukan Nasional (MSN) selama tujuh bulan dan menjalani latihan setiap hari sebelum ujian pertama mendaki di Gunung Brinchang di Cameron Highlands.

"Selain persediaan stamina, saya juga tidak menghadapi masalah dalam pemakanan, tiada pantang larang dan tidak juga mengambil sebarang multivitamin," ujar Fasha yang telah menawan puncak Berembun Wrays, Trans Langat, Gunung Kinabalu, Gunung Nuang, Gunung Trusmadi dan Gunung Hantu.

Setelah berjaya dalam ujian sebenar mendaki gunung-gunung di Malaysia, Fasha diterbangkan ke Nepal untuk merasai sendiri perbezaan cuaca di Gunung Lobuche.

"Pertama kali saya tiba di Nepal, cuaca amat sejuk 14 darjah celsius. Bayangkan ketika itu saya perlu meredah ais ke paras lutut.

"Alhamdulillah, saya tidak demam, cuma mengalami sedikit Acute Mountain Sickness (AMS). Penawarnya adalah minum banyak air dan sup bawang putih. Kalau AMS semakin teruk, saya hanya perlu turun gunung untuk mendapat oksigen yang mencukupi," ujar Fasha yang bertubuh kecil molek.

Hampir sebulan berada di Nepal dan sebelum mendaki Gunung Everest, Fasha berehat di ibu kota Nepal, Kathmandu, sebelum ke Island Peak dan membuat persiapan untuk memulakan cabaran sebenar.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved