Khamis, 13 Jun 2013

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Akidah Orang Asli dimantapkan

Posted: 13 Jun 2013 11:16 AM PDT

Oleh MOHAMAD SHOFI MAT ISA
shofi.isa@utusan.com.my

Sebahagian kanak-kanak Orang Asli berbaris untuk menerima sumbangan dalam Program Pemantapan Akidah, Ziarah dan Ramah Mesra Bersama Masyarakat Orang Asli di Kampung Gumum, Chini, Pekan, baru-baru ini. - Utusan/Mahathir Ali

PEKAN 13 Jun - Minat yang mendalam untuk mempelajari agama Islam menjadi pendorong kepada Ina Daud, 16, dari Kampung Orang Asli Sungai Mok di sini memeluk agama tersebut.

Menurutnya, ketenangan dan kedamaian yang dirasai ketika mendalami agama itu telah berjaya membuka pintu hatinya untuk memeluk Islam.

"Sebelum ini, saya tidak pernah terfikir untuk memeluk mana-mana agama dan secara tiba-tiba apabila menyebut Islam, pintu hati saya terbuka luas untuk menerimanya," katanya baru-baru ini.

Dia ditemui Utusan Malaysia selepas Program Pemantapan Akidah, Ziarah dan Ramah Mesra Bersama Masyarakat Orang Asli Kampung Gumum, Chini di sini baru-baru ini.

Pada majlis tersebut, seramai 80 Orang Asli melibatkan tiga kawasan iaitu Pekan, Rompin dan Muadzam Shah memeluk agama Islam.

Kesemua mereka melafazkan kalimah syahadah di hadapan Timbalan Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP), Datuk Seri Wan Abdul Wahid Wan Hassan.

Selepas selesai majlis itu, kesemua mereka diberikan hadiah berupa sejadah, songkok, telekung dan buku agama, selain wang zakat saudara baharu RM500 setiap seorang untuk mereka yang berusia 18 tahun ke atas.

Mereka yang berusia 12 hingga 17 tahun pula menerima wang zakat RM400 manakala RM300 setiap seorang untuk usia 12 tahun ke bawah.

Yang turut hadir Tok Batin Kampung Orang Asli Gumum, Awang Alok.

Mengulas lanjut, Ina berkata, tindakannya memeluk agama Islam tidak dipaksa atau dipujuk oleh sesiapa tetapi atas kerelaan sendiri.

"Sebelum ini saya selalu melihat dan ambil tahu tentang agama Islam melalui ceramah yang disampaikan," katanya lagi.

Bagi Narulisa Johari, 21, pula, dia berasa sangat gembira kerana langkah yang diambil telah membuka lembaran baharu dalam hidupnya.

"Saya rasa ini merupakan keputusan yang paling tepat kerana Islam sendiri merupakan agama yang terbuka kepada semua," katanya yang berasal dari Kampung Orang Asli Rompin.

Din Tahir, 38, dari Kampung Orang Asli Air Molek, Muadzam Shah berkata, hatinya tergerak untuk memeluk agama Islam setelah melihat cara hidup masyarakat Melayu yang saling hormat-menghormati di antara satu sama lain.

"Saya biasa bergaul dengan rakan-rakan yang terdiri daripada masyarakat Melayu dan rasa tersentuh dengan layanan baik ditunjukkan ketika saya ke rumah mereka pada musim perayaan.

"Dari situ saya mula belajar sedikit demi sedikit mengenai Islam dan akhirnya membuat keputusan memeluk Islam," katanya.

Seorang lagi Orang Asli dari Kampung Mikang, Muadzam Shah, Joha Mansor, 30 berkata, dia, isteri dan dua anaknya bersyukur kerana dapat menyertai program pengislaman berkenaan.

"Sebelum ini kami sekeluarga tidak mempunyai pegangan agama atau kepercayaan, kehidupan kami juga terasa kosong.

"Saya berharap niat kami memeluk Islam mendapat keberkatan," katanya.

Saudara baharu Islam tidak diabaikan

Posted: 13 Jun 2013 11:16 AM PDT

Wan Abdul Wahid Wan Hassan (tiga dari kiri) menyampaikan replika kunci rumah kepada salah seorang saudara baharu Islam dalam Program Pemantapan Akidah, Ziarah dan Ramah Mesra Bersama Masyarakat Orang Asli di Kampung Gumum, Chini, Pekan, baru-baru ini.

PEKAN 13 Jun - Saudara baharu termasuk dalam kalangan masyarakat Orang Asli di negeri ini akan terus dibimbing agar mereka lebih memahami serta menghayati ajaran Islam yang sebenar.

Timbalan Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Muip), Datuk Seri Wan Abdul Wahid Wan Hassan berkata, program pemantapan akidah, ziarah dan ramah mesra bersama Orang Asli akan diadakan dari semasa ke semasa bagi tujuan tersebut.

"Saudara baharu Islam memerlukan didikan agama yang secukupnya dengan memberi penekanan kepada soal menunaikan solat, membaca al-Quran dan fardu ain untuk memantapkan lagi pemahaman mereka mengenai Islam.

"Kita gembira dan bersyukur kerana masyarakat Orang Asli kini sudah mula menerima Islam sebagai agama dan pegangan hidup," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam program Pemantapan Akidah, Ziarah dan Ramah Mesra Bersama Masyarakat Orang Asli Kampung Gumum, Chini di sini baru-baru ini.

Dalam ucapannya, Wan Abdul Wahid turut menasihati saudara baharu Orang Asli agar sentiasa menghubungi pihak jabatan agama atau mereka yang arif jika berhadapan masalah atau keliru dengan ajaran Islam.

Beliau berkata, ini kerana golongan itu akan dapat memberi penerangan serta maklumat jelas, nyata dan tepat seperti di dalam al-Quran dan hadis.

"Saudara baharu perlu mendapatkan penjelasan tepat mengenai hukum-hakam agama dengan pihak yang bertauliah, jika tidak mungkin boleh mengeliru dan memesongkan akidah," katanya.

Menurutnya, pihaknya juga akan menghantar lebih ramai guru agama atau penceramah ke perkampungan Orang Asli di negeri ini bagi mengajar serta membimbing saudara baharu.

"Dalam Islam ada peraturan dan saya harap kepada saudara baharu Islam supaya memahami seterusnya mematuhi peraturan tersebut, jangan malu bertanya kepada saudara Islam lain jika tidak memahami sesuatu perkara," katanya.

Pertahan martabat seni silat

Posted: 13 Jun 2013 11:16 AM PDT

Oleh Ali Mahmood
utusanktn@gmail.com

NOROL Azali Sulaiman bersalaman dengan pengadil Kejuaraan Silat Remaja Peringkat Negeri Pahang 2013 di Kompleks Rakan Muda di Bentong, baru-baru ini.

BENTONG 13 Jun - Penggiat silat perlu mengangkat martabat seni mempertahankan diri walaupun negara mengalami transformasi pemodenan dalam pelbagai bidang.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia dan Tugas-tugas Khas negeri, Norol Azali Sulaiman berkata, silat bukan sahaja menjadi kebanggaan orang Melayu tetapi mampu membentuk disiplin anak muda.

Katanya, usaha untuk mempertahankan seni silat menjadi cabaran yang cukup besar terutamanya bagi menarik penyertaan golongan belia berikutan perkembangan teknologi komunikasi yang menyaksikan minat mereka lebih cenderung ke arah permainan komputer.

''Pada masa sama, walaupun terdapat peningkatan golongan belia dan remaja yang menyertai aktiviti seni silat tetapi masalah kekurangan tenaga pengajar dan gelanggang mengehadkan hasrat mereka untuk menceburi bidang ini.

''Kalau boleh, gelanggang silat dapat dibina di setiap kampung atau kawasan perumahan bagi memudahkan mereka yang berminat untuk menyertainya," kata Norol Azali.

Beliau berkata demikian selepas menutup Kejuaraan Silat Remaja Peringkat Negeri Pahang 2013 di Kompleks Rakan Muda di sini kelmarin.

Yang hadir sama Setiausaha Agung Persatuan Silat Negeri Pahang, Datuk Osman Noh.

Pada pertandingan itu, daerah Temerloh dinobatkan sebagai juara keseluruhan dengan pungutan tujuh pingat emas.

Norol Azali yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Guai memberitahu, mereka yang menyertai seni silat ini mempunyai daya juang yang tinggi, selain memiliki semangat kental dan patriotik.

Tambahnya, menerusi semangat kenegaraan yang begitu mendalam, mereka sanggup bersama-sama mempertahankan negara daripada anasir luar yang cuba menggugat kesejahteraan rakyat.

''Melalui aktiviti itu juga, kita boleh menyalurkan informasi yang betul kepada mereka supaya generasi muda boleh memperjuangkan apa yang telah dipertahankan pejuang tanah air sebelum ini," kata beliau.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Hafiz teruja

Posted: 12 Jun 2013 11:13 PM PDT

OLEH MOHD. KHAIRUL MOHD. ALI

Hafiz turut berduet bersama Alyah untuk lagu Muara Hati dan Ombak Rindu.

Penyanyi Mohd. Hafiz Mohd. Suip atau lebih dikenali sebagai Hafiz sememangnya mempunyai aura tersendiri. tidak hairanlah dalam usia yang masih muda, dia sudah berpeluang berkolaborasi dengan penyanyi popular tanah air, antaranya Datuk Siti Nurhaliza.

Karier seninya bermula pada tahun 2009, apabila dia bergelar juara program realiti nyanyian Akademi Fantasia musim ketujuh (AF7). Dari situlah, anak muda kelahiran Sarawak ini terus melebarkan sayapnya dalam industri seni.

Sepanjang kira-kira empat tahun penglibatannya, dia juga sudah memenangi beberapa anugerah utama antaranya Persembahan Vokal Terbaik pada Anugerah Juara Lagu (AJL) untuk tiga tahun berturut-turut bermula pada 2010 selain turut memenangi anugerah Penyanyi Lelaki Paling Popular pada Anugerah Bintang Popular pada tahun 2012.

Kini, pemuda ini turut mencipta sejarah apabila muncul sebagai artis pertama daripada rancangan realiti AF yang membuat persembahan solo di salah satu lokasi paling berprestij tanah air, iaitu di Dewan Filharmonik Petronas (DFP) KLCC.

Menariknya lagi, konsert yang diadakan pada 3 Jun itu juga merupakan konsert solo penyanyi ini dan pastinya, dia teruja dan bersemangat sewaktu mengadakan persembahan.

Hafiz yang ditemui selepas selesai mengadakan persembahan selama kira-kira satu jam 15 minit itu mengatakan dia amat gementar memandangkan itu adalah konsert solo pertama buatnya, apatah lagi di hadapan penonton yang membayar untuk menyaksikan persembahannya.

"Saya amat gembira kerana diberikan peluang mengadakan konsert di lokasi berprestij seperti ini, malahan ia adalah konsert solo saya yang pertama, pastinya saya teruja.

"Tetapi sejujurnya, saya berasa amat gementar sewaktu membuat persembahan. Perasaan itu masih tidak hilang sehingga ke saat ini (sesi temu bual)," katanya.

Tambah Hafiz lagi, dia mengakui masih banyak yang perlu diperbaikinya dari segi mutu persembahan dan ketahanan vokal untuk bernyanyi dalam tempoh tertentu.

"Saya sedar masih banyak yang perlu saya baiki dan pelajari bagi menjadi penyanyi yang berkualiti, dan pastinya pengalaman ini banyak membantu saya.

"Sungguhpun konsert ini tidak memakan masa yang terlalu lama, saya banyak belajar seperti penguasaan pentas, gerak tubuh dan juga cara-cara berkomunikasi dengan penonton," katanya yang ternyata berpuas hati dengan konsert pertamanya itu.

Berbicara soal sambutan daripada peminat, Hafiz mengatakan bahawa dia benar-benar terasa dihargai apabila melihat setiap ceruk dewan dipenuhi dengan peminatnya yang hadir dari seluruh negara.

"Saya amat berterima kasih kepada semua yang hadir pada malam ini. Perasaan dan sambutan yang saya rasakan pada waktu ini akan terus bersama saya sehingga ke akhir hayat.

"Saya tidak pernah merasakan sambutan seperti ini dan saya amat terharu kerana ramai sudi membeli tiket untuk menyaksikan persembahan saya," jelas Hafiz.

Tidak mengecewakan

Sungguhpun konsert yang diadakan tersebut merupakan konsert solo pertama penyanyi ini, ternyata persembahan yang diberikan pada malam itu berjaya menarik minat penonton yang hadir.

Dalam konsert tersebut, Hafiz menyanyikan sejumlah 12 lagu-lagu popular antaranya Noktah Cinta, Masih Jelas, Ku Akui dan lagu hit yang melonjakkan lagi namanya, iaitu Awan Nano.

Hafiz turut menghiburkan kira-kira 900 penonton yang hadir dengan kebolehannya bernyanyi dalam bahasa Inggeris apabila menyanyikan lagu She Will Be Loved, I Believe I Can Fly dan juga When I Was Your Man.

Konsert yang bermula pada kira-kira pukul sembilan malam itu turut diserikan dengan kehadiran Alyah yang berduet bersama Hafiz untuk lagu Ombak Rindu dan Muara Hati.

Pada malam tersebut, Hafiz turut membawakan beberapa lagu dalam bentuk medley antaranya Ilham Pujangga dan Pelangi Petang.

Menarik lagi, pengunjung yang memenuhi kapasiti dewan tersebut turut diperdengarkan dengan lagu terbaru penyanyi itu yang bakal dilancarkan tidak lama lagi, berjudul Matahari.

Sungguhpun tumpuan utama pastinya diberikan kepada Hafiz, tetapi kehadiran Aubrey Suwito sebagai pengarah muzik dan juga pemain piano turut mencuri tumpuan ramai.

Selain itu, Hillary Ang selaku pemain gitar juga tidak ketinggalan memberikan persembahan terbaik pada malam tersebut, menambahkan lagi kepuasan kepada penonton yang hadir.

Selepas tamat konsert tersebut, Hafiz turut meluangkan masa kira-kira satu jam untuk sesi bertemu peminat kerana merasakan terharu dengan sambutan yang diberi.

Aniston tangguh kahwin

Posted: 12 Jun 2013 11:13 PM PDT

Sudah dua kali Aniston dan Theroux tangguh perkahwinan.

JENNIFER Aniston antara pelakon Hollywood yang laris mendapat tawaran berlakon. Disebabkan kesibukan berlakon khabarnya pelakon jelita ini terpaksa menangguhkan perkahwinannya dengan Justin Theroux pada musim panas ini.

Menurut suatu sumber kepada Daily Mail pasangan itu terpaksa menunda tarikh perkahwinan sehingga hari Krismas ini.

"Mereka mungkin akan mengadakan majlis perkahwinan itu tidak lama lagi tetapi Justin cakap ia terpaksa ditangguhkan yang mana sambutan Hari Krismas mereka nanti akan diubah menjadi majlis perkahwinan di Los Angeles," kata sumber tersebut.

Ini bukan kali pertama pasangan tersebut menunda pernikahan mereka kerana pada awalnya mereka merancang untuk berkahwin pada Mei lalu tetapi ditunda kepada musim panas ini.

Hubungan Theroux dan Aniston memang sudah berlangsung cukup lama, malah sebelumnya aktres itu sempat menjalin hubungan dengan bintang-bintang kelas A termasuk bekas suaminya, Brad Pitt.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Berbuahnya politik benci-membenci

Posted: 13 Jun 2013 11:16 AM PDT

Mohd. Shauki Abd. Majid

Sebahagian orang ramai yang hadir pada Perhimpunan Blackout 505 di Padang Majlis Daerah Ketereh, Kelantan pada 12 Jun lalu. - utusan/Irwan Majid

PERMUSUHAN selalunya dimulai dengan keinginan manusia atau sekumpulan manusia untuk memenuhi tuntutan nafsu. Dalam kes ini, jika ada halangan untuk memuaskan tuntutan nafsu, sesetengah manusia mengambil jalan mudah dan mengetepikan sifat kemanusiaannya.

Golongan ini sebenar telah dirasuk syaitan dan Allah SWT telah berfirman tentang syaitan maksudnya: "Syaitan itu memberikan janji-janji kepada mereka dan membangkitkan angan-angan kosong pada mereka, pada hal syaitan itu tidak menjanji kepada mereka selain tipuan belaka." (Surah an-Nisa ayat 120)

Bermula dengan sikap benci, berkembang menjadi perseteruan sementara dan seterusnya tanpa kawalan diri akan memuncak menjadi lebih buruk, termasuk melibatkan pembunuhan dan pelbagai kezaliman.

Rasa benci yang mula berakar menyebabkan manusia sanggup memutuskan perhubungan sebagai rakan atau saudara. Memutuskan ikatan persaudaraan seagama menjadi petanda berlakunya kekeruhan iman.

Perasaan memusuhi apa sahaja yang datangnya daripada pihak lawan meskipun perkara itu perkara baik semakin merebak dalam kalangan masyarakat kita. Orang tidak lagi dapat berfikir dengan jernih dan boleh membezakan mana yang baik dan benar, kerana perasaan terlampau benci mengalahkan segalanya. Inilah sifat tamak manusia dan Allah SWT berfirman yang bermaksud: Dan adalah manusia itu bersifat tergesa-gesa." (Al-Isra ayat 11).

Begitu juga apa yang berlaku dalam konteks apa yang dilakukan kerajaan hari ini. Pihak yang membenci akan sentiasa menyalahkan dan menganggap tidak betul meskipun kerajaan sudah sedaya upaya melakukan proses transformasi menyeluruh bagi membaiki keadaan. Perasaan dendam dan benci yang membuak-buak menjadikan seseorang itu buta mata dan buta hati mengakui kebaikan yang dilakukan orang lain.

Perhimpunan Blackout 505 yang kononnya dikatakan berjuang menentang penipuan pilihan raya antara contoh konkrit bagaimana sebahagian masyarakat kita terperangkap dengan politik benci-membenci.

Tiada lagi perasaan bertolak ansur dan kasih sayang tersemai pada peserta perhimpunan itu sebagaimana yang menjadi ciri-ciri dan amalan masyarakat kita semenjak zaman dahulu hingga kini. Tiada lagi perasaan menerima atau bersikap qanaah terhadap takdir yang sudah ditentukan Tuhan.

Tidak ada lagi keharmonian dan perpaduan yang terpancar dalam perhimpunan itu bagi memupuk dan mencipta kejayaan yang lebih cemerlang lagi bagi memastikan agenda negara maju yang diimpi-impikan rakyat dapat direalisasikan menjelang 2020 nanti.

Walhal, hakikatnya perhimpunan itu lebih menonjolkan kepentingan dan perjuangan individu berbanding memperjuangkan perubahan sistem politik yang lebih baik. Perkara ini nampak ketara dengan menonjolnya seorang pemimpin sahaja berbanding penonjolan kepimpinan secara kolektif. Malah, berlaku perpecahan di antara golongan ini dalam merespons pendekatan yang sebegini.

Majoritinya juga tidak menyedari bahawa pengorbanan mereka akan sia-sia belaka kerana mereka hanya dimanfaatkan golongan elit mereka sendiri. Adakah ada jaminan sekiranya perjuangan mereka mencapai matlamatnya mereka akan diberi pampasan baik secara moral mahupun material?

Adakah juga pihak pimpinan mereka akan bertanggungjawab sekiranya perjuangan mereka gagal, lantas mereka mendapat ganti rugi sewajarnya sepanjang mereka berjuang?

Adakah golongan elit mereka memikirkan keperluan perut para penyokongnya meskipun ada antara mereka sanggup dibuang kerja dan terbengkalai kerja-kerja harian mereka, demi memenuhi kehendak pimpinan sedangkan para pemimpin itu berada dalam zon selesa?

Pada masa sama, para peserta dan kalangan masyarakat yang mengikuti perkembangan perhimpunan itu disogok dengan pemikiran-pemikiran yang melampau dan di luar batas-batas akhlak Islam. Lihatlah apa yang terjadi dalam media sosial. Tiada lagi kaedah berselindung dan sembunyi-sembunyi bagi meluahkan kebencian mereka.

Secara terang-terangan mereka menghina semua institusi negara, institusi raja bahkan menghina Islam. Ini semua adalah buah dari ketaksuban dan kefanatikan terhadap pimpinan mereka sehingga etika dan prinsip-prinsip asas dilanggar sendiri. Lebih mendukacitakan, ramai dalam kalangan Melayu yang berbuat sedemikian dan mengikut rentak golongan bukan Islam.

Kita jangan jadi seperti golongan Khawarij yang sangat patuh menjalankan ibadah ritual tetapi sangat kaku dalam hubungan sosial, terutama sesama kaum Muslim.

Sejarah Islam mengajar kita bahawa dalam kalangan mereka ada yang sanggup membunuh saudara seIslam kerana berbeza pendapat dalam masalah agama. Terutama ketika masalah kepimpinan Ali bin Abi Talib.

Malah lebih malang lagi apabila mereka lebih menghormati Nasrani (kerana kaum dzimmi menurut al-Quran harus dilindungi) daripada orang Islam sendiri. Mereka menghukum kafir terhadap sesiapa sahaja yang memutuskan perkara tidak berdasarkan al-Quran.

Mereka membunuh Abdullah bin Habab dan isterinya kerana memuji Ali selepas peristiwa Tahkim. Golongan Khawarij dikatakan sangat taat mengerjakan sembahyang dan tidak menyentuh makanan haram, ternyata sanggup membunuh saudara sesama Islam hanya kerana perbezaan pendapat.

Adakah di antara kita begitu kaku berpegang kepada al-Quran dan hadis hanya dalam kerangka pemikiran kelompok kita dan tidak menghormati pemahaman kelompok yang lain?

Apakah kita lebih menghargai umat lain daripada sesama Islam? Atau kita halalkan segala perkara seperti fitnah, penyalahgunaan kuasa untuk menjatuhkan orang yang tidak sehaluan dengan kita?

Khawarij masih berada di sekitar kita. Mereka menjual dan menjaja kewarakan diri demi kepentingan politik. Kuasa apabila jatuh ke tangan golongan seperti ini akan menghancurkan masyarakat seluruhnya.

Mengabaikan masalah-masalah hukum dan hubungan kemasyarakatan bukan sahaja menimbulkan kerosakan dalam masyarakat itu sendiri, malah akan mengakibatkan tergugatnya sebuah kehidupan yang damai.

Islam yang ditegakkan melalui hubungan damai dan mementingkan perdamaian akan terjejas dengan sendirinya oleh sikap lemah dan jahil penganutnya yang sanggup mengetepikan rasa cinta sesama manusia dan membiarkan tuntutan nafsu menggantikan keimanan. Perselisihan seperti ini harus diatasi dengan dakwah dan amar makruf nahi mungkar.

Dalam hal ini nabi SAW bersabda yang bermaksud: "Allah tidaklah mengutusku sebagai seorang pemberi beban dan juga seorang yang keras. Sesungguhnya aku ini diutus hanyalah sebagai seorang pengajar dan seorang yang memberikan kemudahan"

Apabila berlakunya sesuatu perselisihan, orang Islam diwajibkan untuk melupakan perbezaan dan kembali kepada dasar keimanan dengan jelas. Sebarang perbezaan pendapat perlu diselesaikan secara berhemah dan beretika.

Sehubungan ini Allah SWT berfirman yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul-Nya dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat mengenai sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah dan Rasul-Nya. Jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama dan lebih baik akibatnya. (Surah An-Nisa ayat 59).

Perpecahan sesama umat Islam berlaku di mana-mana sahaja sehingga mereka sanggup berbunuhan sesama sendiri hanya kerana perbezaan pendapat atau aliran. Kononnya perpecahan tidak dapat dielakkan kerana sepanjang sejarah kita selalu berpecah.

Di samping menggunakan hujah dan menunjukkan dalil-dalil al-Quran dan hadis untuk mempertahankan perpecahan yang terjadi, apakah boleh kita katakan bahawa perpecahan yang berlaku sesama umat Islam itu sebagai satu takdir?

Perpecahan bukan harus diterima begitu sahaja tetapi harus diselesaikan dengan melakukan muhasabah perilaku kita sendiri. Ketika Nabi menyebut bahawa di antara umatnya ada yang taat dan ada yang melakukan maksiat. Ini bererti Nabi sedang menunjukkan masih ada jalan penyelesaian terbaik bagi dua kumpulan yang bersengketa.

Terpulanglah kepada sikap kita sendiri sama ada ingin meneruskan sengketa ataupun mencari jalan damai. Jika jalan damai yang kita pilih, hubungan persaudaraan akan bertaut kembali dengan lebih kukuh. Pilihan itu selalu ada dan kita selalu diberikan peluang untuk membuat pilihan. Mungkin kita boleh mengambil sikap membetulkan kesilapan yang pernah kita lakukan.

PENULIS ialah Pengurus Besar Analisa

dan Penyelidikan Yayasan

Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim).

Mana lebih utama SIAP atau IPCMC?

Posted: 13 Jun 2013 11:16 AM PDT

Oleh ZULKIFLI JALIL
pengarang@utusan.com.my

Anggota polis dan Rela ketika menghadiri Majlis Hari United Against Crime yang diadakan di Esplanade @ KLCC, pada 8 Jun lalu. - utusan/Aizzul A. Majid

KEMATIAN tiga tahanan dalam penjara baru-baru ini menjadi titik gendang penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) dipalu semula.

Perbahasan untuk penubuhan IPCMC sudah bermula beberapa tahun lalu sejak era Tun Abdullah Ahmad Badawi menyandang jawatan Perdana Menteri lagi. Penubuhan itu disaran dalam 125 Syor oleh Suruhanjaya Diraja Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan PDRM pada 2004.

Namun, IPCMC tidak terlaksana sebaliknya Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (SIAP) ditubuhkan pada 2009 seiring dengan lulusnya rang undang-undang Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009 [Akta 700] selepas dibahaskan di Parlimen.

Kini, sekali lagi penubuhan IPCMC ditekan oleh beberapa pihak. Antaranya SUARAM, Majlis Peguam dan pakatan pembangkang.

Menarik perhatian isu ini, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Masterplan Consulting Sdn. Bhd., Datuk Ahmad Faris Abdul Halim berkata, pertamanya, perlu disedari bahawa kewujudan SIAP sepatutnya lebih diutamakan daripada penubuhan IPCMC.

Hal ini kerana autoriti SIAP meliputi semua agensi penguatkuasaan kecuali Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang tertakluk kepada Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 [Akta 694].

Kedua, sekiranya IPCMC ditubuhkan, suruhanjaya ini sekadar terhad kepada penyiasatan ke atas pasukan polis sedangkan kuasa SIAP merangkumi agensi-agensi penguatkuasaan yang lain. Sebab IPCMC mahu ditubuhkan atas dasar sebagai sebuah badan bebas untuk memastikan integriti pasukan polis.

Perlu diingatkan, SIAP juga sebuah badan penguat kuasa yang bebas sama seperti IPCMC. Bukan PDRM sahaja agensi penguat kuasa yang menghadapi tanggapan umum yang buruk. Kastam Diraja Malaysia juga berkongsi nasib yang sama," kata beliau kepada Utusan Malaysia kelmarin.

Ahmad Faris yang mengetuai Masterplan Consulting - firma pembekal peralatan pertahanan, sekuriti dan komunikasi - memberitahu, SIAP digambarkan mempunyai bidang kuasa yang terhad iaitu sekadar berfungsi sebagai badan penyiasatan dan laporan penyiasatan kemudiannya dihantar kepada bahagian tatatertib agensi berkenaan.

Ini antara hujah yang digunakan oleh pihak yang menekankan penubuhan IPCMC terhadap bidang kuasa SIAP. Sekiranya dirujuk kepada Seksyen 29 dan Seksyen 30 Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009, jelas SIAP mempunyai kuasa yang lebih besar daripada yang dicanang oleh pihak tertentu.

Merujuk kepada Seksyen 29, kuasa SIAP melangkaui kuasa Pihak Berkuasa Tatatertib di mana sekiranya terdapat isu salah laku dalam sebuah agensi penguatkuasaan, Pihak Berkuasa Tatatertib perlu memberhentikan siasatan mereka dan menyerahkan urusan penyiasatan kepada SIAP, sekiranya dimaklumkan oleh SIAP.

Kuasa SIAP diperkukuhkan lagi dalam seksyen seterusnya, Seksyen 30 dalam Akta yang sama," katanya.

Ahmad Faris berkata, terdapat tiga kemungkinan ke mana laporan penyiasatan akan diserahkan.

Pertama, penyiasatan ke atas aduan salah laku tidak dapat disahkan, makanya laporan akan diberikan kepada si pengadu. Kedua, salah laku tersebut tergolong di dalam kesalahan tata tertib.

Oleh hal yang demikian, laporan akan diserahkan kepada Pihak Berkuasa Tatatertib agensi yang berkenaan. Terakhir, andai salah laku tersebut dikira sebagai kesalahan jenayah, laporan penyiasatan akan dirujuk kepada Pendakwa Raya.

Ini membuktikan bahawa bukan semua laporan siasatan SIAP akan diuruskan oleh pihak dalaman pihak agensi penguat kuasa. Kes jenayah akan diheret terus ke muka pengadilan dan didakwa atas kesalahan jenayah yang dilakukan.

Benar, salah laku bukan jenayah akan diuruskan secara dalaman oleh agensi penguat kuasa berkenaan. Tetapi tidak semudah itu. SIAP akan menghantar laporan serta mengesyorkan tindakan yang boleh diambil ke atas kesalahan tatatertib tersebut.

Berdasarkan Seksyen 30 perenggan (2), Pihak Berkuasa Tatatertib perlu melaporkan semula kepada SIAP tindakan yang dilaksanakan dalam masa 14 hari dari tarikh penerimaan laporan. Begitu juga halnya kepada Pendakwa Raya dengan tempoh masa yang sama iaitu 14 hari.

Laporan yang diberikan kepada SIAP oleh Pihak Berkuasa Tatatertib tidak berhenti di situ sahaja. Segala tindakan yang dilaksanakan akan diberitakan kepada umum," katanya.

Menyentuh perihal Pihak Berkuasa Tatatertib, bertentangan dengan tanggapan sesetengah pihak bahawa tiada tindakan yang dikenakan kepada anggota polis yang melakukan salah laku, kata beliau, sebenarnya ada tindakan-tindakan serius yang dikenakan kepada anggota polis yang bersalah oleh Unit Urus Setia KPN (Tatatertib).

Mengikut Laporan Tahunan PDRM, pada 2009 sahaja, sebanyak 1,077 kes telah dikenakan hukuman. Ini termasuklah ke atas Pegawai Kanan Polis.

Ini membuktikan Unit Tatatertib menjalankan tugas mereka. Namun begitu, menyentuh isu yang hangat diperkatakan sekarang iaitu kes kematian dalam tahanan, ini dikira sebagai kes jenayah.

Melalui pemerkasaan SIAP, siasatan oleh SIAP mampu membawa kes ini terus kepada Pendakwa Raya tanpa perlu melalui Pihak Berkuasa Tatatertib dalam PDRM. SIAP sudah pun diberi kuasa ini, namun malangnya kuasa ini gagal terlaksana seperti yang sepatutnya.

Berhubung isu kematian tiga tahanan baru-baru ini, SIAP sudahpun memaklumkan bahawa suruhanjaya tersebut akan menjalankan siasatan terhadap kes tersebut. Seperti yang disebut tadi, kematian dalam tahanan dikira sebagai kes jenayah. Oleh hal yang demikian, SIAP boleh membawa terus kes ini kepada Pendakwa Raya dan bukan untuk siasatan dalaman PDRM," katanya.

Persoalan mengapa SIAP tidak efektif seperti mana yang diilhamkan pada permulaan rang undang-undang Akta SIAP boleh dijawab melalui kenyataan rasmi Ketua Pegawai Eksekutif SIAP, Nur Hafizah Hanum Mokhtar yang menyatakan masalah kekurangan tenaga kerja untuk menjalankan penyiasatan.

Oleh itu, sekiranya benar SIAP mahu diperkasakan, kerajaan seharusnya serius dalam menangani masalah ini. SIAP perlu dibekalkan dengan jumlah penyiasat yang cukup kerana suruhanjaya ini bertanggungjawab untuk menyelia 21 agensi penguatkuasaan.

Masalahnya bukan pada penubuhan SIAP, tetapi masalahnya pada pelaksanaannya. Ini yang seharusnya diperjuang oleh pihak yang benar-benar jujur mahu memperbaiki agensi-agensi penguatkuasaan di negara ini.

Selain penambahan anggota penyiasatan, orang awam perlu diberi penerangan dan kesedaran tentang keberadaan SIAP. Kemudahan-kemudahan untuk orang ramai menyalurkan maklumat salah laku anggota penguatkuasa perlu disediakan dan disebar luas," katanya.

Seiring dengan syor di atas, Ahmad Faris mahu SIAP bersikap proaktif dalam menjalankan penyiasatan. Ini kerana SIAP mempunyai kuasa untuk menyiasat sesuatu kes salah laku walaupun tidak menerima sebarang aduan. Ini termaktub di dalam Akta SIAP.

Menurut beliau, selepas hampir empat tahun penubuhan SIAP, suruhanjaya itu seolah-olah terlepas pandang oleh semua. Sedangkan inilah bentuk IPCMC yang diminta-minta, malah lebih besar lagi kuasa yang ada.

Sekiranya SIAP gagal melaksanakan tanggungjawabnya dengan efektif selama ini, apa yang membuatkan kita fikir IPCMC mampu memberikan keputusan yang berbeza? Janganlah meminta penubuhan sebuah suruhanjaya semata-mata untuk mengadakan suruhanjaya.

Kita sudah ada SIAP dan sekarang tugas kita untuk membantu usaha murni SIAP menggeledah penyelewengan yang dilakukan oleh anggota penguatkuasaan yang tidak bertanggungjawab.

Anggota-anggota ini, bukan sahaja menyusahkan kehidupan orang awam, malah memberi imej buruk kepada Agensi Penguatkuasaan di negara ini," kata Ahmad Faris.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Tenaga berterusan untuk si manja

Posted: 12 Jun 2013 11:13 PM PDT

Kanak-kanak bukan sahaja memerlukan tenaga untuk badan tetapi juga untuk otak mereka.

ZAMAN awal kanak-kanak yang dikelilingi buku dan mainan berunsur pendidikan akan meletakkan asas yang kukuh untuk masa depan si manja anda.

Bagaimanapun, kanak-kanak bukan sahaja memerlukan tenaga untuk badan tetapi juga untuk otak mereka.

Ini kerana apabila badan dalam keadaan rehat atau sewaktu tidur, otak tetap aktif kerana banyak proses arahan kepada pelbagai bahagian badan seperti mengawal suhu badan, kadar denyutan jantung dan pernafasan berlaku.

Justeru, adalah penting bagi otak mendapat tenaga berterusan untuk menjamin prestasi optimum.

Pakar Sains Kanan Friesland Campina Innovation International, Dr. Anne Schaafsma, berkata, sungguhpun asid dokosaheksaenoik (DHA) dianggap sebagai blok binaan bagi otak, glukosa adalah sumber tenaga utama untuk kecekapan fungsi prestasi kognitif seperti daya tumpuan dan daya ingatan.

Justeru beliau berkata, di Friesland Campina Innovation International tumpuan diberi pada penyelidikan berkaitan perkembangan dan fungsi otak, khususnya peranan Isomaltulosa kepada bekalan tenaga berterusan.

"Isomaltulosa adalah bahan semula jadi yang diperoleh daripada madu dan tebu. Ia membekalkan jumlah tenaga yang sama seperti sukrosa, tetapi dihadamkan secara lebih perlahan, seterusnya membolehkan kenaikan glukosa darah lebih rendah dan lebih perlahan berbanding sukrosa.

"Hasil kajian saya mendapati bahawa Isomaltulosa membolehkan glukosa memasuki darah secara lebih perlahan, mengelakkan kenaikan dan kejatuhan mendadak tahap glukosa. Ini menjadikan bekalan tenaga secara lebih kekal dan lebih panjang kepada otak," kata Dr. Schaafsma.

Untuk mengetahui kesan kebaikan Isomaltulosa ke atas prestasi kognitif kanak-kanak, beliau dan pakar penyelidik tempatan dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia, menjalankan kajian klinikal ke atas kanak-kanak di Malaysia.

Parameter kajian klinikal ini ialah daya tumpuan, kesinambungan tumpuan, kualiti daya ingatan dan kelajuan ingatan.

Kesan kognitif

"Hasil kajian ini menunjukkan besar kemungkinan Isomaltulosa yang terkandung dalam susu tepung rumusan dengan vitamin dan zat galian tertentu memberi kesan positif ke atas prestasi kognitif, yang mengurangkan kemerosotan daya tumpuan dan daya ingatan.

"Selain itu ia juga menunjukkan bahawa fungsi otak bergantung pada bekalan tenaga yang stabil bagai membolehkan otak berfungsi pada tahap optimum untuk jangka waktu lebih lama," katanya.

Menurut Dr. Schaafsma, bagi menyokong perkembangan kanak-kanak secara keseluruhan dan membolehkan mereka mencapai potensi penuh, adalah penting untuk menjadikan pemakanan yang betul sebahagian daripada diet harian mereka.

Sementara itu menyedari pentingnya pemakanan yang baik untuk perkembangan kanak-kanak, Dutch Lady milik Royal FrieslandCampina N.V., memperkenalkan susu tepung rumusan untuk kanak-kanak Dutch Lady ActivGol.

Susu ini diperkaya dengan Isomaltulosa dan DHA dengan formula yang membekalkan nutrisi penting untuk perkembangan kanak-kanak.

"Kami faham dan sedar bahawa untuk merangsang proses bermain, belajar dan meneroka secara optimum, kanak-kanak memerlukan pemakanan yang baik dan tenaga secukupnya untuk badan dan otak mereka.

"Kanak-kanak sememangnya aktif belajar setiap hari dan memerlukan bekalan tenaga berterusan kerana otak mereka hanya boleh menyimpan tenaga selama 15 minit," kata Anja Henze, Pengarah Pemasaran Dutch Lady Malaysia.Dutch Lady ActivGold Step 3 dan Step 4 dengan Isomaltulosa dan DHA boleh didapati dalam pek 550gram dan 550gramx2, dengan dua pilihan perasa, iaitu Original dan Honey.

Legasi Jai Pak Andam

Posted: 12 Jun 2013 11:13 PM PDT

Oleh Noor Fazrina Kamal

Kebolehan mengandam diwarisi Khairul Rizal Ramli daripada neneknya.

KELINCAHAN jari manisnya mengadunkan warna-warna di kelopak mata, membuktikan bahawa jiwa seni yang menguasai dirinya bukanlah sembarangan.

Sentuhannya yang lahir daripada kreativiti adalah anugerah semulajadi yang mungkin tiada pada juru andam masa kini.

Khairul Rizal Ramli, 37, anak kelahiran Kampar, Perak, membuktikan dunia andaman pengantin mampu mengubah nasib diri dan keluarganya.

Anak bongsu daripada enam adik beradik ini, kini mampu tersenyum sebagai 'Pak Andam' yang berjaya walaupun mendapat tentangan hebat ibunya.

Minat yang mendalam dalam bidang andaman sejak berusia 16 tahun lagi telah menenggelamkan impian ibunya yang ingin melihat dia berjaya dalam bidang kejuruteraan.

"Kecenderungan saya dalam bidang andaman sangat menebal dan saya terpaksa mengecewakan hasrat arwah ibu saya. Selepas alam persekolahan saya melanjutkan pengajian di UiTM (Universiti Teknologi Mara) dalam jurusan Kejuruteraan Elektrik atas desakan ibu.

"Saya tidak boleh membohongi diri sendiri. Saya lebih cenderung kepada dunia perniagaan. Tanpa pengetahuan ibu, saya mengambil keputusan untuk berhenti pengajian di UiTM dan menukar pengajian dalam bidang pengurusan perniagaan di sebuah kolej di Kuala Lumpur secara separuh masa.

"Pada masa sama saya bekerja sebagai juru andam bersama abang angkat saya," katanya yang lebih mesra dengan panggilan mesra Jai.

Hasil daripada penat lelahnya sebagai juru andam sambilan, bermodalkan hanya RM500, Jai pulang ke kampung dan mula mengatur langkah sebagai juru andam walaupun pada ketika itu upah yang diterimanya hanya sekitar RM60 untuk satu tugas solekan pengantin.

Berkat kesabarannya selama tiga tahun, Jai mula dikenali dan telah membuka sebuah butik andaman pengantin bajet di pekan Kampar yang dikenali sebagai Jai De House.

Perniagaannya semakin berkembang dan hasil daripada titik peluhnya dia telah membuktikan pada ibunya, yang kurang yakin dengan dengan bidang yang diceburinya.

"Sehingga ibu meninggal, arwah tidak merestui perjuangan saya sebagai Pak Andam. Namun saya percaya pada diri bahawa niat saya adalah untuk membantu keluarga dengan cara saya sendiri. Alhamdulillah saya telah melaksanakan janji pada arwah ibu," katanya.

Jai sememangnya terkenal dengan panggilan 'pak andam jari manis' kerana mudah berkongsi pengalaman dan tip-tip kecantikan yang sememangnya diterokai sendiri tanpa mempelajari ilmu andaman secara khusus.

"Sebenarnya saya daripada keturunan mak andam. Nenek saya merupakan mak andam yang tersohor dan diperturunkan pada ibu saya.

"Mungkin keistimewaan bakat anugerah Tuhan, saya percaya sentuhan aura jari manis mampu menaikkan seri pengantin. Dalam solekan, saya tidak menggunakan berus untuk membentuk bayangan mata pada wajah pengantin, sebaliknya saya hanya mengaplikasikan teknik sapuan jari manis sahaja.

"Ini adalah rahsia daripada keturunan saya. Jari manis mampu memberi aura seri dan ternyata sentuhan saya memberi kepuasan pada pengantin dan diri sendiri. Hasilnya sangat menakjubkan," katanya.

Memiliki sebuah butik andaman pengantin yang serba lengkap bersama busana pengantin rekaan sendiri yang hampir mencecah 500 pasang, memberi kepuasan pada diri Jai.

"Rekaan biasanya hasil daripada idea sendiri dengan menggabungkan moden dan tradisional. Namun, ada juga rekaan dibuat hasil perbincangan dengan pengantin.

"Butik saya juga lebih dikenali sebagai butik andaman pengantin bajet kerana jauh di suduh hati sebenarnya saya ingin membantu golongan kurang berkemampuan merealisasikan impian mereka.

"Jadi tidak hairan apabila ada pelanggan yang datang dengan bajet RM500. Inilah butik pengantin untuk semua golongan masyarakat. Apa yang saya lakukan mengikut kemampuan dan saya cuba yang terbaik," katanya.

Jai yang pernah melalui pelbagai pengalaman pahit menyifatkan setiap dugaan dan ujian yang datang adalah peluang untuknya mempertingkatkan diri untuk maju ke hadapan.

Apa yang pasti dia sentiasa berfikiran positif terhadap cabaran kerana baginya tanpa cabaran seseorang itu tidak akan tahu kelemahan diri sendiri.

"Kejayaan bukan datang bergolek. Kita harus meneruskan perjuangan walau apa juga rintangan. Niat yang murni pasti ada ganjarannya," katanya.

Kepada yang ingin mendapatkan sentuhan aura jari manis Jai bolehlah menghubunginya di talian 012-546 3836. Pastinya Jai dan kakitangannya menanti dengan senyuman dan kemesraan.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Kota

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


266 penduduk diarah pindah

Posted: 12 Jun 2013 11:19 AM PDT

Oleh HAKIMI ISMAIL
kota@utusan.com.my

SEPANG 12 Jun - Sebanyak 266 penduduk Blok 5, Flat Taman Permata, Dengkil di sini diarahkan untuk berpindah ke kawasan lain selepas berlaku keretakan teruk di struktur bangunan kediaman itu sejak semalam.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang), Mohd. Sayuthi Bakar berkata, penduduk diarah berpindah sebagai langkah berjaga-jaga seterusnya mengelak kejadian tidak diingini.

Beliau berkata, sehingga kini pakar dari Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Institut Kerja Raya Malaysia (IKRAM) sedang membuat penilaian ke atas struktur bangunan flat berkenaan sama ada selamat atau tidak untuk didiami.

Menurutnya, MPSepang akan membuat keputusan selewat-lewatnya petang ini atau esok sama ada penduduk boleh kembali ke rumah masing-masing.

Kita kena bergantung 100 peratus kepada laporan pakar untuk menentukan perkara ini, buat masa ini penduduk diberi pilihan untuk tinggal di Dewan Serbaguna Dengkil atau menumpang di rumah saudara mara.

Setakat ini punca sebenar keretakan masih belum dikenal pasti, melihat daripada pandangan kasar ia tidak terlalu membahayakan, namun memerlukan penelitian dalam hal ini," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sementara itu, seorang penduduk, Micheal Dass, 25 berkata, unit rumahnya di tingkat empat blok berkenaan mengalami keretakan teruk.

Katanya, ekoran keretakan tersebut rumahnya kelihatan senget sehinggakan pintu bilik tidak boleh ditutup, lebih menyedihkan lagi apabila sebahagian jubin yang dipasang pada lantai tertanggal akibat pergerakan struktur bangunan semalam.

Semalam kepala saya juga tercedera apabila ditimpa kepingan jubin yang tertanggal daripada bahagian dinding, nasib baik tidak menimpa ibu saya yang sudah tua.

Perkara ini sudah serius dan saya amat berharap kerajaan prihatin dengan nasib kami di sini, jangan tunggu ada nyawa melayang baru kerajaan mengambil tindakan, ketika itu apa-apa tindakan kerajaan hanya sia-sia," katanya ketika di temui pemberita di sini hari ini.

Micheal Dass, yang merupakan guru di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Bandar Baru Salak Tinggi tinggal di flat berkenaan sejak 11 tahun lalu.

Sementara itu, M. Saraswati, 49 berkata, tidurnya tidak lena sejak dua malam lalu kerana ketakutan akibat bunyi simen merekah di bahagian dinding rumahnya.

Masalah struktur bangunan retak sudah 10 tahun menghantui penduduk flat Taman Permata, namun beberapa hari kebelakangan ini keadaan bertambah serius sehinggakan siling rumah di tingkat empat juga merekah.

Perkara ini tidak boleh dibiarkan lagi, kami tidak mahu nyawa kami melayang tertimbus di sini, pihak kerajaan perlu melakukan sesuatu sebelum terlambat," katanya.

Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Penduduk, K. Ramadass menggesa kerajaan menunaikan segera janji untuk memberikan penduduk flat berkenaan rumah teres.

Menurut Ramadas, kesemua 400 penghuni Flat Taman Permata merupakan bekas pekerja di Ladang Prang Besar, Medingly, Galloway dan Sedgley yang diambil untuk pembangunan Putrajaya dan mereka dipindahkan ke situ pada 1998.

Semua penduduk di sini berharap janji yang diucapkan oleh pihak bertanggungjawab iaitu Putrajaya Holdings (PJH) bersama Permodalan Nasional Selangor Berhad (PNSB) dan Kerajaan Selangor untuk memberikan rumah teres selepas mereka dipindahkan sementara ke flat berkenaan dapat dilaksanakan dengan segera.

Selepas dipindahkan ke rumah flat ini, segala kebajikan kami tidak lagi dihiraukan walaupun kami ada menyatakan keresahan kerana terpaksa hidup di rumah yang tidak selamat untuk didiami," katanya.

Ramadass berkata, mereka sudah 17 tahun menduduki rumah pangsa tersebut, tetapi sehingga kini harapan untuk memiliki rumah teres yang dijanjikan masih belum tercapai walau pelbagai usaha telah dilakukan.

Rumah flat yang kami diami sekarang tidak lagi selamat kerana keadaannya yang sudah terlalu uzur dan rosak teruk. Banyak bangunan yang retak, lubang di bawah blok menyebabkan rumah flat mendap serta sistem perparitan dan kumbahan yang turut rosak," katanya.

Peniaga tudung dahaga imej baharu

Posted: 12 Jun 2013 11:19 AM PDT

Oleh SITI AINIZA KAMSARI
kota@utusan.com.my

Deretan 12 gerai menjual tudung di lorong Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur yang dahagakan kerja-kerja naik taraf bagi memberi imej baharu di kawasan itu. - UTUSAN/fahmi muhazir

KUALA LUMPUR 12 Jun - Peniaga tudung di lorong Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini meminta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) segera melaksanakan kerja-kerja naik taraf melibatkan 12 gerai di kawasan itu.

Menurut peniaga berkenaan ia bertujuan memberi imej baharu sekaligus menarik lebih ramai pengunjung ke kawasan itu.

Ini termasuklah menukar struktur bangunan yang lebih baik berbanding kedai papan sedia ada sejak mereka menjalankan perniagaan hampir 44 tahun.

Wakil 12 peniaga tudung, Faizal Abdul Rahman, 46, berkata, dengan membayar sewa dan memperbaharui lesen perniagaan setiap tahun sudah tiba masanya gerai berkenaaan dinaik taraf.

Menurutnya, 12 kedai tudung tersebut mempunyai sejarahnya tersendiri yang disifatkan antara gerai paling lama di Kuala Lumpur, iaitu sejak tahun 1969, di samping pernah mengalami pelbagai peristiwa termasuk banjir besar pada tahun 1970.

"Asalnya dahulu kami adalah peniaga di Kompleks PKNS di Jalan Melayu (terletak di belakang Wisma Yakin, Jalan Masjid India) yang dipindahkan ke lorong Jalan Tuanku Abdul Rahman, bermakna sehingga kini kami masih bertaraf perpindahan.

"Sejak 1969 sehingga sekarang k DBKL tidak pernah melakukan apa-apa penambahbaikan terhadap gerai kami yang serba uzur dan sangat terdedah kepada bahaya kebakaran," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Faizal berkata, sebagai peniaga tudung yang paling awal di Kuala Lumpur sewajarnya DBKL menjadikan deretan kedai mereka sebagai ikon peniaga Melayu Islam yang perlu diberi wajah baharu.

Ini katanya, dalam usaha menarik lebih ramai pelancong tempatan mahupun asing ke situ.

"Langkah ini sekaligus memberi gambaran kami mewakili 100 peratus peniaga Melayu dan tidak terkeliru dengan kebanjiran peniaga asing di kawasan berhampiran," katanya.

Beliau juga berharap dengan pelantikan Datuk Seri Nazri Aziz sebagai Menteri Pelancongan dan Kebudayaan yang baharu, dapat membangunkan kawasan di situ supaya lebih menarik kerana belum ada lagi kawasan perniagaan atas nama Melayu sebagaimana daya tarikan kawasan 'Little India' mewakili peniaga kaum India di Brickfields dan 'Petaling Street' sebagai mewakili kaum peniaga berbangsa Cina.

"Akibat DBKL tidak pernah melakukan sebarang penambahbaikan kepada gerai-gerai berkenaan menyebabkan kami sukar untuk mendapatkan insuran barang-barang jualan disebabkan struktur kedai yang masih diperbuat daripada kayu.

"Tidak ada mana-mana syarikat insuran dapat menawarkan insurans kepada kami kecuali dengan syarat bangunan kedai mestilah menggunakan tembok atau dinding batu. Jadi kami sangat berharap DBKL dapat mempertimbangkan cadangan ini demi untuk kepentingan kita bersama," katanya.

Menurutnya, jika perlu mereka sedia untuk dipindahkan secara sementara ke tempat lain bagi membolehkan DBKL meroboh dan seterusnya membantu membina gerai-gerai baru yang lebih menarik dan selamat.

"Kami yakin permintaan kami ini mampu dipenuhi DBKL kerana sepanjang tempoh berniaga kami tidak pernah cuai membayar sewa dan memperbaharui lesen," katanya.

Dalam pada itu, kesemua 12 peniaga tudung di kawasan itu turut , membantah tindakan DBKL yang menjadikan lorong hadapan kedai mereka sebagai tapak baharu bazar Ramadan.

Faizal berkata, terdapat 12 petak telah dicat putih yang menunjukkan DBKL membenarkan lorong tersebut dijadikan lokasi bazar.

"Sebelum ini lorong di situ ditutup kepada kenderaan bagi memudahkan orang ramai lalu lalang.

"Jika lorong ini juga dijadikan sebagai tapak Bazar Ramadan, bertambah sesaklah lorong,"katanya.

Dua suspek ragut tumpas, dua lagi diburu

Posted: 12 Jun 2013 11:19 AM PDT

KUALA LUMPUR 12 Jun - Dua remaja lelaki dipercayai suspek utama beberapa kes ragut di sekitar ibu negara diberkas dalam rondaan cegah jenayah awal pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.30 pagi itu, polis mengesan empat lelaki menaiki dua buah motosikal Yamaha 125 yang dilihat dalam keadaan mencurigakan.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Aziz Zakaria berkata, polis cuba menahan keempat-empat lelaki berkenaan namun mereka sempat memecut.

"Polis terpaksa mengejar suspek selama 35 minit sebelum salah sebuah motosikal terbabas di Jalan Ayer Hitam, Setapak.

"Kita menangkap kedua-dua suspek kira-kira 30 meter dan 100 meter dari kawasan mereka terbabas ketika cuba melarikan diri," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Kata beliau, pemeriksaan mendapati motosikal yang ditunggang suspek menggunakan nombor pendaftaran palsu dan telah dirampas untuk tindakan lanjut.

"Suspek dikenali sebagai Muhammad Farhan, 19, yang mempunyai tujuh rekod lampau melibatkan curi motosikal dan pecah rumah serta rakannya, Syed Nadzreen, 20, memiliki rekod lampau berkaitan dadah," katanya.

Menurut Aziz, hasil siasatan awal mendapati suspek mengaku melakukan jenayah ragut di sekitar Wangsa Maju, Gombak, Setapak dan pusat bandar yang biasanya dilakukan dengan menaiki motosikal jenis Yamaha 125 atau LC 135.

Kata beliau, polis masih memburu dua lagi rakan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Feminin

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Feminin


Kolaborasi fesyen

Posted: 12 Jun 2013 11:13 PM PDT

Oleh NOOR FAZRINA KAMAL
Gambar FAIRUZ IZYANA AYUB

Fesyen yang ringkas diperagakan pada previu Fesyen Hujung Minggu Kuala Lumpur 2013.

Merealisasikan impian untuk menjadikan Kuala Lumpur sebagai hab fesyen serantau, warga kota sekali lagi bakal menyaksikan siri pertunjukan fesyen oleh jenama-jenama terkenal melalui penganjuran Fesyen Hujung Minggu Kuala Lumpur Musim Bunga/Panas 2013.

Mengambil contoh daripada kejayaan Fesyen Hujung Minggu London, yang merupakan 'acara' belah-belah fesyen terbesar di kota tersebut, penganjuran Fesyen Hujung Minggu Kuala Lumpur bagi tahun ketiga ini, bakal menyaksikan kolaborasi dengan pihak Pelaburan dan Perdagangan United Kingdom (UKTIin).

Kerjasama tersebut adalah sebahagian daripada inisiatif bersama berskala besar bagi mempromosikan Kuala Lumpur sebagai destinasi membeli-belah sekali gus memperluas pasaran runcit UK di Malaysia dan Asia.

Bukan sekadar itu, kerjasama itu juga bertujuan memperkenalkan pelbagai jenama fesyen yang ada di negara ini dan menjadikan Malaysia hab pasaran fesyen terkenal di rantau ini.

Acara fesyen ini juga diadakan bersempena kempen 1Malaysia Jualan Akhir Tahun 2013 , yang membolehkan orang ramai bukan sekadar membeli-belah malah menyaksikan siri pertunjukan fesyen daripada jenama-jenama terkenal di samping menikmati pelbagai promosi menarik.

Siri pertunjukkan fesyen yang membawa tema Fesyen Hujung Minggu Kuala Lumpur menampilkan Fesyen Hebat Britain itu, bakal menyaksikan penyertaan jenama-jenama terkenal seperti Debenhams, Laura Ashley, Jane Norman, Blue Inc dan Accessorize.

Dianjurkan oleh TradisiBusana PR dan disokong oleh Tourism Malaysia, acara fesyen terbesar itu juga sebagai salah satu platform untuk melonjakkan jenama-jenama fesyen tempatan.

Sebagai membuka tirai, satu pertunjukan previu Fesyen Hujung Minggu Kuala Lumpur 2013 berlangsung di kediaman rasmi Pesuruhjaya Tinggi Britain ke Malaysia, Simon Featherstone, di Kuala Lumpur, baru-baru ini

Hadir sama Timbalan Ketua Pengarah Pelancongan Malaysia, Datuk Azizan Noordin dan Duta Pelancongan Malaysia, Datuk Jimmy Choo.

Dalam pada itu, antara aktiviti menarik sepanjang acara Fesyen Hujung Minggu Kuala Lumpur 2013 ialah siri pertunjukkan fesyen selama dua hari dari 27 hingga 28 Jun ini di Laman Wau, Kompleks Kraftangan Malaysia di Jalan Conlay, Kuala Lumpur.

Aktiviti tersebut bakal menyaksikan peragaan fesyen daripada Metrojaya dan Karyaneka.

Siri pertunjukkan dan promosi fesyen berterusan sehingga November apabila kempen Great British Fashion mengambil giliran dengan penampilan jenama-jenama hebat negara itu.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Johor

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


UniKL buru universiti terbaik Asia

Posted: 12 Jun 2013 11:19 AM PDT

Oleh HANIZA HASSAN
utusanjohor@utusan.com.my

ADHAM Baba (tengah, baju biru) bersama para peserta sebahagian peserta Majlis Penutup Sukan Staf UniKL 2013 di Padang Astaka UniKL MITEC, Seri Alam, Johor Bahru, Johor, baru-baru ini. - UTUSAN/Baazlan Ibrahim

JOHOR BAHRU 12 Jun - Universiti Kuala Lumpur (UniKL) akan melancarkan blueprint yang menggariskan beberapa perancangan tahun depan bagi merealisasikan impian menjadi sebuah universiti terbaik di Asia menjelang 2020.

Pengerusinya, Datuk Dr. Adham Baba berkata, blueprint berkenaan menggariskan beberapa strategi dan misi bagi meningkatkan lagi keupayaan dan kapasiti untuk bersaing di peringkat institusi pengajian tinggi (IPT) di Asia.

Beliau berkata, terdapat tiga strategi yang menjadi agenda utama, antaranya mewujudkan sektor industri dalam universiti untuk memudahkan penuntut menimba ilmu dan merasai pengalaman berada di dalam industri sebenar.

"Selain itu, kita juga akan membina sebuah lagi kampus UniKL di Subang yang bertaraf dunia dengan memberikan pengkhususan dalam industri penerbangan.

"Pembinaan kampus berkenaan dilihat sebagai salah satu platform terbaik untuk membekalkan penuntut yang berkemahiran tinggi dalam arena membaiki kapal terbang, sekali gus mendapat pengiktirafan Agensi Keselamatan Penerbangan Eropah (EASA)," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penutupan Sukan Staf UniKL 2013 di kampus UniKL Malaysian Institute of Industrial Technology (MITEC) di sini baru-baru ini.

Yang turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif UniKL, Prof. Dr. Mazliham Mohd Su'ud; Timbalan Presiden (Khidmat Pengurusan) UniKL, Datuk Mohamed Hisham Che Abdul Ghani dan Ketua Kampus UniKL MITEC, Prof. Datuk Dr. Mohd. Mansor Salleh.

Hingga kini terdapat kira-kira 21,000 penuntut yang menuntut di 11 cawangan UniKL di Melaka, Johor, Perak, Kedah dan Selangor.

Dalam pada itu, Adham memberitahu, sebagai langkah merealisasikan impian itu, pihaknya telah mengorak langkah dengan membina gudang masa depan atau 'warehouse futuristic' yang menggunakan model pembelajaran inspirasi untuk sistem atau peralatan pada masa depan.

Beliau berkata, gudang tersebut telah dibina di UniKL MITEC di Pasir Gudang.

"Gudang dalam universiti ini menggabungkan kepakaran tenaga pengajar pelbagai bidang akademik dan pihak industri yang berpengalaman luas supaya para penuntut dapat merasai pengalaman sebenar tentang teori yang dipelajari mereka di dalam kelas," katanya.

Audit struktur bangunan

Posted: 12 Jun 2013 11:19 AM PDT

Oleh IFQDAR RAHMAN
ifqdar.rahman@utusan.com.my

PARA pelajar memandu kereta mainan sempena Program Keselamatan Jalan Raya di Legoland Malaysia Nusajaya di Johor, kelmarin.

NUSAJAYA 12 Jun - Sebuah jawatankuasa khas akan ditubuhkan bagi melaksanakan proses audit ke atas struktur bangunan mega dan baharu di seluruh negeri ini tidak lama lagi.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah negeri, Datuk Ir. Hasni Mohammad berkata, ini akan dilaksanakan bersama Jabatan Kerja Raya negeri, selain penglibatan beberapa pihak termasuk Lembaga Jurutera dan Lembaga Arkitek.

"Struktur bangunan baharu mengikut konsep yang diperkenalkan syarikat swasta perlu menepati piawaian antarabangsa bagi mengelak sebarang risiko yang dihadapi bakal penghuninya.

"Ini kerana, reka bentuk yang terlalu canggih kadangkala gagal disempurnakan kontraktor tempatan berdasarkan piawaian ditetapkan," katanya selepas merasmikan Program Keselamatan Jalan Raya anjuran UEM Land dan Edaran Tan Chong Motor di sebuah taman tema, di sini semalam.

Yang turut hadir, Pengurus Besar Kanan UEM Land, Mohd. Nadzari Bachek dan Pengurus Cawangan Selatan Edaran Tan Chong Motor, Dr. Gan Tat Khye.

Hasni berkata, pihak berkuasa tempatan (PBT) juga disaran membuat garis panduan yang perlu dipatuhi oleh para kontraktor dalam melaksanakan projek pembangunan di negeri ini.

"Menerusi jawatankuasa khas itu nanti, saya mahu pastikan perkara ini mampu membentuk kaedah pengauditan yang boleh mengelakkan daripada berlakunya keadaan seperti keruntuhan struktur bangunan di negeri-negeri lain sebelum ini," katanya.

Dalam pada itu, beliau akan mengkaji keluasan jalan raya di beberapa laluan yang dilihat mendatangkan risiko kepada pengguna.

Beliau berkata, kebimbangan itu mengambil kira aspek keselamatan pengguna di kawasan pembangunan, khususnya di Pengerang, Kota Tinggi dan Pontian.

"Kelebaran jalan raya itu bergantung kepada kenderaan yang melaluinya setiap hari dan kepadatan penduduk di sesuatu kawasan. Penyelenggaraannya pun perlulah konsisten supaya sentiasa berada dalam keadaan baik dan selamat," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved