Selasa, 11 Jun 2013

Utusan Online - Johor

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Masalah masyarakat terus didekati

Posted: 10 Jun 2013 11:01 AM PDT

Oleh Haniza Hassan
utusanjohor@utusan.com.my

Asiah Md. Ariff (dua dari kanan) memotong pulut kuning sebagai simbolik Sambutan Hari Ibu Bapa sempena Program Kembara Karisma Peringkat Negeri Johor 2013 di Taman Cendana, Pasir Gudang, Johor, kelmarin.

JOHOR BAHRU 10 Jun - Program Penempatan Pekerja Pembangunan Komuniti yang merupakan program Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk mendampingi rakyat merupakan platform terbaik bagi menentukan pelbagai perkhidmatan disalurkan ke peringkat akar umbi.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri, Asiah Md. Ariff berkata, menerusi program berkenaan, JKM dapat mengenal pasti masalah yang dihadapi masyarakat setempat sebelum dibawa kepada pihak bertanggungjawab untuk diselesaikan.

Beliau berkata, di negeri ini, sebuah pejabat dibuka di Taman Cendana di sini, sejak November lalu bukan sekadar menjadi jambatan antara penduduk dan JKM, tetapi turut bertujuan membangunkan masyarakat dari segi sosial, ekonomi dan kesihatan penduduk.

"Pejabat yang dikenali sebagai Pusat Rujukan Komuniti ini boleh dijadikan mata dan telinga JKM dalam usaha membanteras gejala sosial di peringkat akar umbi selain sebagai tempat rujukan komuniti untuk mendapatkan khidmat JKM.

"Kita harap masyarakat Taman Cendana dapat memanfaatkan kemudahan yang disediakan kerana pejabat ini adalah satu-satunya yang terdapat di negeri ini," katanya selepas merasmikan Program Kembara Karisma peringkat negeri 2013 di sini semalam.

Yang turut hadir, wakil rasmi Ketua Pengarah JKM, Roslan Baba dan Pengarah JKM negeri, Khatijah Abdullah.

Asiah berharap penduduk setempat mengambil langkah awal dengan berkunjung ke pejabat berkenaan dan tidak hanya menunggu pegawai JKM datang ke rumah.

"Kita minta penduduk jangan tunggu pegawai datang ke rumah, sebaliknya mereka boleh pergi ke pejabat berkenaan dengan membawa masalah yang dihadapi untuk perhatian bersama," katanya.

MCA Gelang Patah pantau kerja ADUN DAP

Posted: 10 Jun 2013 11:01 AM PDT

JOHOR BAHRU 10 Jun - Bagi memastikan penduduk Dewan Undangan Negeri (Skudai) dan Parlimen Gelang Patah mendapat perkhidmatan sewajarnya daripada wakil rakyat DAP di kedua-dua kawasan tersebut, MCA Gelang Patah kini menubuhkan Unit Pemantauan Aduan Awam sebelum memuat naik di laman Facebook yang diberi nama SkudaiTalk.

Ketuanya, Jason Teoh Siew Hock berkata, pasukan dengan 11 sukarelawan itu sebelum ini berkhidmat membantu penduduk namun kekalahan dalam pilihan raya umum lalu memerlukan mereka menukar peranan.

"Unit pemantauan ini akan melihat tindakan yang diambil terhadap aduan awam yang dibuat kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Skudai (Dr. Boo Cheng Hau) dan Ahli Parlimen Gelang Patah (Lim Kit Siang).

''Tumpuan diberikan kepada isu yang tidak diselesaikan mereka dalam tempoh masa tertentu, barulah penduduk boleh mengajukan kepada kami.

"Usaha ini bukan bertujuan menyusahkan mana-mana pihak tetapi sebagai check and balance.

''Mereka (penduduk) undi DAP, MCA sebagai pembangkang di sini mahu memastikan sebarang aduan rakyat diselesaikan. Bila ada bukti baru kami muat naik di Facebook," katanya dalam sidang akhbar di Kelab Media Cina di Jalan Maju, di sini hari ini.

Menurut Siew Hock, unit yang dikendalikan Timbalan Biro Aduan Awam MCA Gelang Patah, Lim Soon Hai sudah bergerak sebelum dilancarkan secara rasmi selepas beroperasi sepenuhnya tahun ini.

Namun, kata beliau, pihaknya sudah menerima beberapa aduan penduduk yang tidak berpuas hati dengan perkhidmatan kedua-dua wakil rakyat tersebut.

Katanya, penduduk yang mahu membuat aduan kepada unit itu perlu melalui prosedur ditetapkan supaya data yang diperoleh dapat diproses dengan sempurna dan boleh dipercayai seperti nama penuh dan alamat tempat tinggal kerana aduan melalui panggilan telefon tidak akan dilayan.

Tambah Siew Hock, penduduk boleh datang ke pusat perkhidmatan yang kini dibuka setiap Jumaat, Sabtu dan separuh hari pada Ahad.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Feminin

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Feminin


Buang bulu roma

Posted: 11 Jun 2013 06:06 AM PDT

Oleh MERAN ABU BAKAR
Gambar AZLAN ABU BAKAR

Maizatul menyapu campuran lilin dan plastik panas pada betis.

BAGI sesetengah wanita, bulu roma yang panjang menimbulkan rasa malu dan tidak selesa, lebih-lebih lagi pada bahagian yang nampak nyata seperti pada betis, tangan, atas bibir atau muka.

Malah adakalanya mereka menjadi bahan gurauan atau ejekan teman-teman. Ada yang mengambil jalan mudah dengan mencukur sendiri.

Namun mencukur sendiri belum dapat membuang keseluruhan bulu roma tersebut kerana terdapat banyak masalah yang mungkin timbul. Antaranya ialah bulu roma akan tumbuh semula dalam masa singkat, kulit terasa gatal, kulit kemungkinan terluka, bulu roma yang tumbuh selepas itu mungkin akan bertambah tebal atau kasar dan sebagainya.

Salah satu kaedah membuang bulu roma ialah dengan cara waxing atau menanggalkan bulu roma menggunakan lilin.

Khidmat tersebut juga antara yang ditawarkan di De Sauna Beaute Spa, yang bukan sahaja dilakukan pada bahagian-bahagian tertentu badan malah boleh dibuat pada keseluruhan badan.

Menurut pemiliknya, Maizatul Ahmad, selain kaki, tangan, badan dan muka, dia turut melakukan rawatan tersebut untuk keseluruhan badan yang mengambil masa lebih dua jam.

"Bahan-bahan yang digunakan ialah lilin khas yang bercampur plastik yang kemudian dipanaskan sehingga cair dan disapu pada kulit.

"Cecair lilin ini akan berubah menjadi keras seperti plaster dan akan ditarik dengan pantas bagi mengelakkan daripada rasa sakit. Bulu roma akan tertanggal dan melekat pada plaster tersebut.

"Bagi bahagian betis yang tidak banyak bulu, rawatan akan mengambil masa selama 10 minit sahaja dan jika banyak, 40 minit," kata Maizatul yang ditemui di spa beliau baru-baru ini.

Tambahnya lagi, selepas itu, bahagian yang dirawat akan disapu dengan minyak jasmin dan losen bagi mengelakkan alahan, gatal atau kemerahan. Kulit akan nampak licin dan berkilat.

Maizatul berkata, selepas sebulan barulah bulu roma baru akan tumbuh semula.

Bagi hasil yang berterusan, sebaik-baiknya lakukan rawatan ini sebulan sekali.

Dia mengenakan bayaran antara RM10 bagi bahagian yang kecil sehingga RM400 bagi keseluruhan badan.

"Selain itu, spa ini turut melakukan rawatan Brazilian waxing untuk bakal pengantin serta waxing badan untuk ahli bina badan,'' jelas Maizatul lagi.

De Sauna Beaute Spa turut menyediakan perkhidmatan lain seperti rawatan badan, muka, lulur, urutan dan pakej yang diberi nama Royal Barli, De Sauna dan Anggun.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Selatan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


Jalan mendap di Kg. Permatang

Posted: 10 Jun 2013 11:01 AM PDT

Oleh FADZLY IZAB
utusanmelaka@utusan.com.my

Sadlan Yusof menunjukkan jalan yang mendap di Jalan Benteng, Kampung Permatang, Kuala Sungai Baru, Alor Gajah, Melaka, semalam.

ALOR GAJAH 10 Jun - Penduduk Jalan Benteng di Kampung Permatang, Kuala Sungai Baru di sini terpaksa berhadapan dengan risiko kemalangan disebabkan masalah jalan mendap yang berlarutan sejak lebih lima tahun lalu.

Jalan yang menghubungkan kampung tersebut dengan pekan Kuala Sungai Baru itu menjadi pilihan utama lebih 100 keluarga kampung berkenaan disebabkan jaraknya yang lebih dekat berbanding satu lagi jalan.

Malah, ia turut menjadi laluan utama kepada para pelajar dan kakitangan Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) di sini.

Seorang penduduk, Salmah Hamid, 51, berkata, masalah jalan mendap itu telah dihadapi penduduk sejak 2008 dan sehingga kini ia masih tidak dipulihkan.

"Jalan yang mendap ini sering mengundang bahaya terutamanya jika digunakan pada waktu malam dan pernah mengakibatkan kemalangan kepada pengguna," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Menurutnya, walaupun terpaksa menanggung risiko, penduduk dan warga kolej tersebut memilih untuk menggunakan jalan sepanjang tiga kilometer itu bagi menjimatkan masa dan tenaga disebabkan jaraknya yang lebih dekat untuk ke pekan.

"Keadaan jalan ini menjadi lebih teruk apabila ia turut digunakan oleh lori mengangkut kelapa sawit di ladang berdekatan selain digunakan juga oleh bas kolej berkenaan," katanya yang menetap di kampung itu sejak 2001.

Tegasnya, masalah itu diharap dapat diatasi dengan segera oleh pihak berkaitan kerana ia merupakan laluan penting bagi penduduk setempat.

"Saya bimbang jika dibiarkan, lebih banyak kemalangan melibatkan kecederaan kepada pengguna akan berlaku," katanya.

Sementara itu, seorang lagi penduduk yang merupakan pesara tentera, Sadlan Yusof, 57, memberitahu, dia menetap di kawasan tersebut sejak 2005 dan mula berhadapan dengan masalah jalan mendap sepanjang kira-kira 40 meter itu sejak 2008.

"Keadaan jalan yang semakin hari semakin mendap ini membahayakan penduduk tetapi tetap digunakan kerana dapat menjimatkan masa berbanding jalan alternatif yang jauhnya untuk ke pekan adalah lebih dua kali ganda.

"Keadaan yang berlanjutan ini mengakibatkan berlakunya banyak kemalangan malah ada di kalangan pengguna yang terperosok ke dalam parit akibat jalan tidak stabil itu," katanya.

Jelas Sadlan, jalan tersebut perlu diwartakan kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi menyelesaikan masalah ini kerana sekarang ia masih di bawah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri.

"Apa yang menjadi masalah ialah jalan ini dibina di atas kawasan tanah lembut bekas tapak sawah serta bersebelahan dengan saliran parit.

"Masalah ini turut pernah diajukan kepada wakil rakyat dan pihak berkenaan namun masih belum boleh diatasi disebabkan kekurangan peruntukan," dakwanya.

Periksa operasi bot di PD tanpa sebarang kelonggaran - MB

Posted: 10 Jun 2013 11:01 AM PDT

SEREMBAN 10 Jun - Peraturan tetap berkaitan keselamatan operasi membabitkan operator feri, bot pelancong, jet ski, kayak dan sebagainya di pantai peranginan Port Dickson dekat sini, perlu diperhalusi supaya dipatuhi tanpa sebarang kelonggaran.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, peranan itu perlu diambil Jabatan Laut serta agensi berkaitan supaya semua operator memastikan faktor keselamatan tidak diabaikan ketika berurusan dengan pelancong di pantai peranginan tersebut.

"Peraturan operasi tetap sudah sedia ada termasuk keperluan jaket keselamatan, jarak bot dan pantai serta beberapa lagi. Malangnya ada yang tidak mengikuti peraturan ini sehingga membahayakan keselamatan pengunjung.

"Saya mahu peraturan ini diperhalusi semula dan operasi operator ini dipantau. Kita tidak mahu sekadar lesen dan permit diberikan tetapi selepas itu operasi mereka tidak dipantau mahupun diperiksa," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Dalam masa sama, Mohamad mahu operator jet ski dan bot pelancong yang digunakan di pantai Port Dickson mematuhi peraturan untuk tidak berlegar di kawasan orang ramai sedang mandi.

"Saya tidak mahu dengar ada bot mahupun jet ski ini melanggar pengunjung yang sedang mandi di pantai peranginan Port Dickson," katanya.

Tambah beliau, pondok keselamatan pantai yang diwujudkan di Port Dickson juga akan terus berfungsi dalam memberi bantuan segera kepada mangsa ketika berlaku kemalangan.

"Jika ada arahan yang diberikan seperti ombak besar dan keadaan laut yang bahaya, pengunjung perlulah patuhi. Dengar nasihat termasuk arahan papan tanda," katanya.

STIAS terus memperkasa pendidikan berteraskan al-Quran dan sunah

Posted: 10 Jun 2013 11:01 AM PDT

Sekolah Tinggi Islam As-Sofa, Senawang menjadi lambang perkembangan agama Islam terus subur di Negeri Sembilan.

SEREMBAN 10 Jun - Kumpulan Pendidikan As-Sofa terus memperkasakan pendidikan berteraskan al-Quran dan sunah dalam negara ini melalui pembukaan sebuah lagi sekolahnya di Senawang, dekat sini malam tadi.

Pembukaan sekolah terbaharu itu menjadikan ia sebagai sekolah swasta yang bukan sahaja memberikan perhatian dalam subjek teras Kementerian Pendidikan, tetapi turut meletakkan aspek Islamiyah dalam keutamaan pendidikannya.

Pengerusinya, Al Musnid Datuk Syeikh Muhammad Fuad Kamaludin Al Maliki As Sanusi berkata, sekolah ini menjadi kebanggaan Ahli Sunnah Wal Jamaah serta seluruh umat Islam kerana ia merupakan pusat pengembangan ilmu yang bukan sahaja kepada pelajar sekolah, tetapi juga golongan dewasa.

''Kita membuka satu lagi cawangan Sekolah Tinggi Islam As-Sofa (STIAS) di Senawang ini dan kemasukan pelajar akan dibuat secara berperingkat, selain disediakan kawasan asrama dan padang permainan untuk kemudahan mereka," katanya.

Beliau menjelaskan demikian dalam ucapan semasa Majlis Perasmian Sekolah Tinggi Islam As-Sofa Senawang dan pusat pengajian Fatimah As'Syifa' di Senawang, malam tadi.

Sekolah berkenaan dirasmikan oleh tokoh ulama, Al Musnid Sayyid Nu'man Al Arabi As Sanusi dan Al Musnid Dr. Sayyid Nafi' Al Arabi As Sanusi dan turut dihadiri Ketua Hakim Syarie Negeri Sembilan, Datuk Mohd. Syukor Sabudin.

Syeikh Muhammad Fuad yang juga Ahli Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) dan Ahli Majlis Fatwa Negeri Sembilan berkata, semua pelajar Kumpulan Pendidikan As-Sofa ini akan diberikan didikan ilmu melalui pengajaran dalam bilik darjah, mahupun dalam dewan kuliah yang besar, di mana boleh menempatkan lebih 2,000 pengunjung dalam satu majlis.

Kata beliau, setiap pelajar dalam kumpulan ini wajib menghafal dan memahami isi kandungan al-Quran, selain mampu menguasai pelbagai kitab hadis dan kitab muktabar yang lain.

''Kita mahu pelajar yang lahir dari institusi ini kuat didikan agamanya dan dapat menyebar luaskan dakwah Islamiyyah dalam acuan yang betul mengikut Ahli Sunnah Wal Jamaah," tegas beliau.

Sementara itu kata beliau, ketika ini terdapat lebih 1,500 pelajar dalam Kumpulan Pendidikan As-Sofa dan bilangan tersebut akan bertambah dua kali ganda selepas STIAS Senawang beroperasi secara berasrama penuh dan harian dalam waktu terdekat, selain kemasukan baru pelajar di Kolej Islam As-Sofa, Ampang, Selangor.

Dalam pada itu, Dr. Sayyid Nafi' dalam ucapannya berkata, pelajar hendaklah memberikan kesungguhan dalam mempelajari setiap ilmu yang disampaikan oleh guru, serta menghafal al-Quran dan hadis Nabi Muhammad SAW.

''Jangan kita mengambil ilmu sambil lewa. Ilmu yang diterima itu hendaklah dimanfaatkan bukan hanya untuk diri sendiri tetapi umat. Kita perlu ikhlas dalam mempelajari ilmu," kata beliau.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Dalam Negeri

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Utusan Online - Dalam Negeri

Posted:

Utusan Online - Dalam NegeriIkuti berita penuh untuk ruangan Dalam Negeri menerusi laman web http://www.utusan.com.myhttp://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri Utusan Online - Dalam Negerihttp://www.utusan.com.my/utusan/themes2012/logo.pnghttp://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri Hina Rasulullah murtad bentuk baharu - Jamil Khirhttp://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130611/dn_28/Hina-Rasulullah-murtad-bentuk-baharu---Jamil-Khir KOTA BAHARU 11 Jun - Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom menyifatkan tindakan segelintir pihak menghina junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W menerusi laman sosial sebagai satu...2013-06-11T18:17:39+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd Runtuh: Jambatan Kedua mungkin siap lebih lambathttp://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130611/dn_27/Runtuh-Jambatan-Kedua-mungkin-siap-lebih-lambat GEORGETOWN 11 Jun - Jambatan Kedua Pulau Pinang bernilai RM4.3 bilion itu mungkin disiapkan lebih lambat daripada yang dijadualkan susulan kejadian tanjakan runtuh Khamis lepas, namun Jambatan Kedua Sdn...2013-06-11T15:45:30+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd Pampasan insuran RM50,000 untuk keluarga pendakihttp://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130611/dn_26/Pampasan-insuran-RM50000-untuk-keluarga-pendaki PUTRAJAYA 11 Jun - Perbadanan Putrajaya (PPj) akan menyerahkan pampasan insurans berjumlah RM50,000 kepada keluarga Allahyarham Mohammad Shahrulnizam Ahmad Nazari yang meninggal dunia akibat penyakit akut...2013-06-11T15:41:19+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd Mohon kaji semula kadar saraan, elaun ahli Parlimenhttp://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130611/dn_25/Mohon-kaji-semula-kadar-saraan-elaun-ahli-Parlimen KUALA LUMPUR 11 Jun - Parlimen Malaysia telah memohon secara rasmi kepada pihak kerajaan untuk menyemak dan mengkaji semula kadar saraan serta elaun-elaun yang dinikmati oleh ahli-ahli Parlimen pada...2013-06-11T14:12:02+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd Anifah lakukan lawatan kerja ke Azerbaijan hari inihttp://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130611/dn_24/Anifah-lakukan-lawatan-kerja-ke-Azerbaijan-hari-ini KUALA LUMPUR 11 Jun - Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman akan mengadakan lawatan kerja Azerbaijan hari ini bagi menghadiri Persidangan Mengenai Pembiayaan Pelan Strategik bagi Pembangunan Sektor Penting...2013-06-11T08:42:29+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd Umat Islam diseru cari persamaanhttp://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130611/dn_01/Umat-Islam-diseru-cari-persamaan KOTA BHARU 10 Jun - Datuk Seri Najib Tun Razak menyarankan umat Islam di negara ini mencari titik persamaan walaupun mereka berbeza pendapat dan ideologi politik. Menurut Perdana Menteri, umat Islam seharusnya...2013-06-11T02:01:32+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd Oleh YULPISMAN ASLI dan AZRAN FITRI RAHIM<url>http://www.utusan.com.my/pix/2013/0611/Utusan_Malaysia/Dalam_Negeri/dn_01.small.jpg</url><link/>http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130611/dn_01/Umat-Islam-diseru-cari-persamaan </image></item><item><title>Penyatuan ummah perlu semangat tinggihttp://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130611/dn_02/Penyatuan-ummah-perlu-semangat-tinggi KOTA BHARU 10 Jun - Semua pihak diseru supaya memiliki semangat dan iltizam tinggi untuk menyatupadukan ummah di atas satu landasan kukuh bagi mengelakkan perpecahan yang lebih teruk berlaku dalam kalangan...2013-06-11T02:01:32+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd Dua peserta perdengar bacaan pada malam pertama tilawahhttp://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130611/dn_03/Dua-peserta-perdengar-bacaan-pada-malam-pertama-tilawah KOTA BHARU 10 Jun - Seramai dua peserta memperdengarkan bacaan mereka pada malam pertama Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan Ke-56 di sini malam ini. Mereka adalah qari dari Kedah, Mohd. Fakhrulradhi...2013-06-11T02:01:32+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd Minyak, gas sumbang 40 peratus pendapatan negara - PMhttp://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130611/dn_04/Minyak-gas-sumbang-40-peratus-pendapatan-negara---PM KUALA LUMPUR 10 Jun - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, sektor tenaga di Malaysia memainkan peranan yang amat penting terutama dalam konteks pertumbuhan ekonomi negara. Beliau berkata...2013-06-11T02:01:32+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd Jamalul Kiram III akan ditangkaphttp://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130611/dn_05/Jamalul-Kiram-III-akan-ditangkap KUALA LUMPUR 10 Jun - Ketua kumpulan pengganas dari Filipina, Jamalul Kiram III serta pengikutnya dijangka diberkas dalam tempoh terdekat selepas Biro Siasatan Antarabangsa (NBI) Filipina mengemukakan laporan...2013-06-11T02:01:32+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd Oleh NORAZRIN MARZUKI<url>http://www.utusan.com.my/pix/2013/0611/Utusan_Malaysia/Dalam_Negeri/dn_05.small.jpg</url><link/>http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130611/dn_05/Jamalul-Kiram-III-akan-ditangkap </image></item><item><title>NGO pengguna sokong turun hargahttp://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130611/dn_06/NGO-pengguna-sokong-turun-harga KUALA LUMPUR 10 Jun - Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pengguna melihat penurunan harga kereta berperingkat-peringkat memberikan manfaat bukan sahaja kepada pembeli baharu malah demi kebaikan industri automotif...2013-06-11T02:01:33+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd Oleh MD. AZRIN ROSLYJenazah seniwati Latifah Omar dikebumikan di Lembah Keramathttp://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130611/dn_07/Jenazah-seniwati-Latifah-Omar-dikebumikan-di-Lembah-Keramat KUALA LUMPUR 10 Jun - Jenazah seniwati Latifah Omar atau nama sebenarnya Fatimah Omar, 74, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam AU4, Lembah Keramat, pada pukul 11.20 pagi, dekat sini hari ini.2013-06-11T02:01:33+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd Oleh MOHD. KHAIRUL MOHD. ALI<url>http://www.utusan.com.my/pix/2013/0611/Utusan_Malaysia/Dalam_Negeri/dn_07.small.jpg</url><link/>http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130611/dn_07/Jenazah-seniwati-Latifah-Omar-dikebumikan-di-Lembah-Keramat </image></item><item><title>15 NGO desak siasat RBAhttp://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130611/dn_08/15-NGO-desak-siasat-RBA KUALA LUMPUR 10 Jun - Sebanyak 15 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membuat laporan polis bagi meminta pasukan itu menyiasat sekiranya perbuatan menghina junjungan besar, Nabi Muhammad SAW di dalam laman...2013-06-11T02:01:33+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd Oleh NORAZRIN MARZUKIKDN kaji wujudkan Akta Keharmonian Nasionalhttp://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130611/dn_09/KDN-kaji-wujudkan-Akta-Keharmonian-Nasional KUCHING 10 Jun - Jawatankuasa Peguam dan Penasihat Undang-undang Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang menjalankan kajian untuk mewujudkan undang-undang baharu, Akta Keharmonian Nasional bagi menggantikan...2013-06-11T02:01:33+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd <url>http://www.utusan.com.my/pix/2013/0611/Utusan_Malaysia/Dalam_Negeri/dn_09.small.jpg</url><link/>http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130611/dn_09/KDN-kaji-wujudkan-Akta-Keharmonian-Nasional </image></item><item><title>Fokus budaya kerja cekap, pantas - Abdul Wahidhttp://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130611/dn_10/Fokus-budaya-kerja-cekap-pantas---Abdul-Wahid PUTRAJAYA 10 Jun - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata, budaya kerja cekap dan pantas tidak hanya menjadi pegangan utama syarikat korporat tetapi juga mesti diamalkan...2013-06-11T02:01:33+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd <url>http://www.utusan.com.my/pix/2013/0611/Utusan_Malaysia/Dalam_Negeri/dn_10.small.jpg</url><link/>http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130611/dn_10/Fokus-budaya-kerja-cekap-pantas---Abdul-Wahid </image></item><item><title>Hanya MARDI dibenar jalankan penyelidikanhttp://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130611/dn_11/Hanya-MARDI-dibenar-jalankan-penyelidikan KUALA LUMPUR 10 Jun - Hanya Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) dibenar menjalankan penyelidikan makanan dan pembangunan berkaitan pertanian di negara ini berkuat kuasa serta-merta.2013-06-11T02:01:33+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd Shahrulnizam tidak tunjuk tanda diserang akut gununghttp://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130611/dn_12/Shahrulnizam-tidak-tunjuk-tanda-diserang-akut-gunung SEPANG 10 Jun - Seorang peserta Ekspedisi Mendaki Gunung Kala Patthar dan Everest Base Camp Perbadanan Putrajaya (PPj) yang meninggalkan dunia akibat penyakit akut gunung (AMS), Mohamad Shahrulnizam Ahmad...2013-06-11T02:01:33+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd <url>http://www.utusan.com.my/pix/2013/0611/Utusan_Malaysia/Dalam_Negeri/dn_12.small.jpg</url><link/>http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130611/dn_12/Shahrulnizam-tidak-tunjuk-tanda-diserang-akut-gunung </image></item><item><title>Pusat jagaan digred mulai 2014http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130611/dn_13/Pusat-jagaan-digred-mulai-2014 KLANG 10 Jun - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mewujudkan sistem mengkelaskan lebih 200 pusat jagaan dan rumah kebajikan yang diusahakan oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negara...2013-06-11T02:01:33+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd <url>http://www.utusan.com.my/pix/2013/0611/Utusan_Malaysia/Dalam_Negeri/dn_13.small.jpg</url><link/>http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130611/dn_13/Pusat-jagaan-digred-mulai-2014 </image></item><item><title>Kontraktor perlu patuh tempoh siaphttp://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130611/dn_14/Kontraktor-perlu-patuh-tempoh-siap PONTIAN 10 Jun - Kontraktor yang melaksana projek kerajaan diminta mematuhi tempoh pelaksanaan bagi memastikan tiada lagi masalah projek tertangguh dan terbengkalai. Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad...2013-06-11T02:01:34+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd <url>http://www.utusan.com.my/pix/2013/0611/Utusan_Malaysia/Dalam_Negeri/dn_14.small.jpg</url><link/>http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130611/dn_14/Kontraktor-perlu-patuh-tempoh-siap </image></item><item><title>Tidak benar UM alami kemerosotan - Ghauthhttp://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130611/dn_15/Tidak-benar-UM-alami-kemerosotan---Ghauth KUALA LUMPUR 10 Jun - Dakwaan bahawa semakin ramai pensyarah dan pakar meninggalkan Universiti Malaya (UM) secara drastik sejak beberapa tahun lalu tidak benar, malah pihak membuat dakwaan itu tidak mengetahui...2013-06-11T02:01:34+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd Layak carum Perkeso mulai 1 Junhttp://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130611/dn_16/Layak-carum-Perkeso-mulai-1-Jun KUALA LUMPUR 10 Jun - Penjawat awam bertaraf sementara dan kontrak yang bergaji RM3,000 sebulan atau kurang layak mencarum dalam skim Pertubuhan Keselamatan Sosial Pekerja (Perkeso) mulai 1 Jun lepas, kata...2013-06-11T02:01:34+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd Peserta WSC perlu contohi semangat pendaki Everest - Ismailhttp://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130611/dn_17/Peserta-WSC-perlu-contohi-semangat-pendaki-Everest---Ismail SHAH ALAM 10 Jun - Peserta Pertandingan Kemahiran Dunia (WSC) 2013 yang akan diadakan di Leipzig, Jerman pada 3 hingga 6 Julai ini diminta mencontohi semangat tidak mengalah lima anak Felda yang berjaya...2013-06-11T02:01:34+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd <url>http://www.utusan.com.my/pix/2013/0611/Utusan_Malaysia/Dalam_Negeri/dn_17.small.jpg</url><link/>http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130611/dn_17/Peserta-WSC-perlu-contohi-semangat-pendaki-Everest---Ismail </image></item><item><title>Pinjaman pasang panel PV solar di bumbunghttp://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130611/dn_18/Pinjaman-pasang-panel-PV-solar-di-bumbung PUTRAJAYA 10 Jun - Pelancaran skim pinjaman pemasangan panel fotovolta (PV) solar akan menggalak lebih ramai pemilik rumah memasang kemudahan penjana tenaga tersebut di bumbung, seterusnya menjual elektrik...2013-06-11T02:01:34+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd <url>http://www.utusan.com.my/pix/2013/0611/Utusan_Malaysia/Dalam_Negeri/dn_18.small.jpg</url><link/>http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130611/dn_18/Pinjaman-pasang-panel-PV-solar-di-bumbung </image></item><item><title>Jamil Salleh KSU Kementerian Belia dan Sukanhttp://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130611/dn_19/Jamil-Salleh-KSU-Kementerian-Belia-dan-Sukan KUALA LUMPUR 10 Jun - Timbalan Ketua Setiausaha (Antarabangsa dan Pengurusan) Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Jamil Salleh dilantik sebagai Ketua Setiausaha baharu kementerian itu berkuat kuasa Rabu...2013-06-11T02:01:34+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd <url>http://www.utusan.com.my/pix/2013/0611/Utusan_Malaysia/Dalam_Negeri/dn_19.small.jpg</url><link/>http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130611/dn_19/Jamil-Salleh-KSU-Kementerian-Belia-dan-Sukan </image></item><item><title>Agih beras percuma setiap mingguhttp://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130611/dn_20/Agih-beras-percuma-setiap-minggu SUNGAI PETANI 10 Jun -Dalam usaha mengurangkan beban keluarga kurang berkemampuan, seorang ahli perniagaan, Datuk Dr. Husaini Yaakob melaksanakan program pengagihan beras secara percuma kepada 150 individu...2013-06-11T02:01:35+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd Oleh OPAT RATTANACHOTKekalkan nama UPM - Kaselhttp://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130611/dn_21/Kekalkan-nama-UPM---Kasel KOTA BHARU 10 Jun - Kelab Alumni Fakulti Reka Bentuk dan Seni Bina (Kasel) Universiti Putra Malaysia (UPM) mahu kerajaan mengkaji semula cadangan menukar kembali nama universiti berkenaan kepada Universiti...2013-06-11T02:01:35+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd KDN tunggu kertas pertuduhan oleh SKMMhttp://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130611/dn_22/KDN-tunggu-kertas-pertuduhan-oleh-SKMM KUALA LUMPUR 10 Jun - Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang menunggu kertas pertuduhan daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung isu individu yang didakwa menghina Nabi Muhammad...2013-06-11T02:01:35+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd Dua sahabat tidak dapat jumpa rakan akibat kecuaian petugas AirAsiahttp://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130611/dn_23/Dua-sahabat-tidak-dapat-jumpa-rakan-akibat-kecuaian-petugas-AirAsia JOHOR BAHRU 10 Jun - Dua sahabat bukan sahaja tidak dapat bertemu dengan rakan mereka dari Filipina, malah kecewa selepas syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia didakwa enggan bertanggungjawab atas...2013-06-11T02:01:35+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd <url>http://www.utusan.com.my/pix/2013/0611/Utusan_Malaysia/Dalam_Negeri/dn_23.small.jpg</url><link/>http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130611/dn_23/Dua-sahabat-tidak-dapat-jumpa-rakan-akibat-kecuaian-petugas-AirAsia </image></item><item><title>Keluarga mangsa saman JKSB minggu depanhttp://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130610/dn_48/Keluarga-mangsa-saman-JKSB-minggu-depan PULAU PINANG 10 Jun - Keluarga mangsa tragedi runtuhan tanjak konkrit susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang yang masih dalam pembinaan membuat keputusan untuk menyaman syarikat konsesi Jambatan Kedua...2013-06-10T18:43:04+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd SKMM minta orang ramai tampil bantu siasatanhttp://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130610/dn_47/SKMM-minta-orang-ramai-tampil-bantu-siasatan KUALA LUMPUR 10 Jun - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Red Bean Army agar tampil memberi maklumat segera bagi membantu siasatan.2013-06-10T18:40:45+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd RM1.3 juta bina, baiki rumah bekas anggota ATMhttp://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130610/dn_46/RM1.3-juta-bina-baiki-rumah-bekas-anggota-ATM KOTA BHARU 10 Jun - Kerajaan memperuntuk RM1.3 juta bagi membina 27 rumah serta membaik pulih 11 kediaman bekas anggota tentera di Kelantan dan Terengganu tahun ini. Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran...2013-06-10T18:39:49+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd Najib ucap takziah keluarga Latifah Omarhttp://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130610/dn_45/Najib-ucap-takziah-keluarga-Latifah-Omar KUALA LUMPUR 10 Jun - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan takziah kepada keluarga seniwati Latifah Omar yang meninggal dunia semalam. "Takziah kepada keluarga Allahyarham seniwati...2013-06-10T18:38:47+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd SESB selenggara lampu jalan kampung berperingkathttp://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130610/dn_44/SESB-selenggara-lampu-jalan-kampung-berperingkat SANDAKAN 10 Jun - Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) sedang melakukan kerja-kerja menyelenggara lampu jalan di kawasan kampung di seluruh negeri ini secara berperingkat. Pengurus Besar Kanan (Pengurusan Aset)...2013-06-10T18:35:31+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd R&R Gurun ditutup esok, Rabuhttp://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130610/dn_43/R&R-Gurun-ditutup-esok-Rabu KUALA LUMPUR 10 Jun - Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Gurun di Lebuh Raya Utara-Selatan akan ditutup sementara di kedua-dua arah bagi kerja-kerja penyelenggaraan. Menurut kenyataan Projek Lebuhraya Usahasama...2013-06-10T18:32:42+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd Zambry perjelas kedudukan Speaker DUNhttp://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130610/dn_42/Zambry-perjelas-kedudukan-Speaker-DUN IPOH 10 Jun - Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir hari ini menjelaskan bahawa beliau tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung pelantikan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN).2013-06-10T18:25:20+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd Pusat jagaan NGO ikut gred mula 2014http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130610/dn_41/Pusat-jagaan-NGO-ikut-gred-mula-2014 KLANG 10 Jun - Lebih 200 pusat jagaan dan rumah kebajikan di seluruh negara yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) serta dikendalikan oleh badan bukan kerajaan (NGO) akan dikelaskan...2013-06-10T18:23:47+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd Seorang nelayan dikhuatiri lemas, rakan selamathttp://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130610/dn_40/Seorang-nelayan-dikhuatiri-lemas-rakan-selamat MUAR 10 Jun - Seorang nelayan dikhuatiri lemas, manakala seorang lagi ditemui terapung selepas bot yang dinaiki mereka dilanggar oleh sebuah kapal kargo di Selat Melaka, kira-kira 12 batu nautika dari Jeti...2013-06-10T18:21:51+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd Oleh ZULHISHAM ISAHAKDBKL tolak perhimpunan di Padang Merbokhttp://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130610/dn_39/DBKL-tolak-perhimpunan-di-Padang-Merbok KUALA LUMPUR 10 Jun - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hari ini menolak permohonan pakatan pembangkang untuk mengadakan Perhimpunan Blackout 505 di Padang Merbok, ibu negara pada 22 Jun depan. Datuk...2013-06-10T18:21:01+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd Oleh MUHAMAD AIMY AHMADPelajar IPTA di Pantai Timur hina lagu Negarakuhttp://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130610/dn_38/Pelajar-IPTA-di-Pantai-Timur-hina-lagu-Negaraku KUALA LUMPUR 10 Jun - Seorang lelaki dipercayai pelajar sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di sebuah negeri di Pantai Timur didakwa telah menghina lagu Negaraku di laman sosial. Perkara itu didedahkan...2013-06-10T16:57:08+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd <url>http://www.utusan.com.my/pix/2013/0610/Utusan_Malaysia/Dalam_Negeri/dn_38.small.jpg</url><link/>http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130610/dn_38/Pelajar-IPTA-di-Pantai-Timur-hina-lagu-Negaraku </image></item><item><title>Gadis 13 tahun hilangkan diri dirayu pulanghttp://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130610/dn_37/Gadis-13-tahun-hilangkan-diri-dirayu-pulang MELAKA 10 Jun - Tiada apa yang yang lebih menggembirakan ibu bapa Siti Nur Nilam Sari Zamri, 13, ketika ini selain mengharapkan anak gadis mereka yang hilang sejak lima hari lalu pulang dalam keadaan selamat...2013-06-10T16:43:26+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd Oleh NORLIZA MOHAMAD ZAKARIATambahan 4,000 anggota polis baharuhttp://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130610/dn_36/Tambahan-4000-anggota-polis-baharu KUALA TERENGGANU 10 Jun - Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini dalam proses pengambilan 4,000 anggota baharu pelbagai pangkat seperti yang terkandung dalam akujanji kerajaan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan...2013-06-10T16:40:28+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd Oleh ISWAN SHAFIQ MAT ISAGangguan bekalan air di 4 daerah di NS esokhttp://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130610/dn_35/Gangguan-bekalan-air-di-4-daerah-di-NS-esok SEREMBAN 10 Jun - Beberapa kawasan di Seremban, Rembau, Port Dickson dan Kuala Pilah akan mengalami gangguan bekalan air esok berikutan kerja-kerja penyelenggaraan loji rawatan air, menaik taraf pencawang...2013-06-10T16:37:33+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd Hina Nabi: Red Bean Army dipercayai terlibathttp://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130610/dn_34/Hina-Nabi-Red-Bean-Army-dipercayai-terlibat KUALA LUMPUR 10 Jun - Sebanyak 15 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membuat laporan polis bagi meminta pasukan itu menyiasat sekiranya perbuatan menghina junjungan besar, Nabi Muhammad SAW dalam laman sosial...2013-06-10T16:34:40+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd Oleh NORAZRIN MARZUKIHina Nabi perbuatan biadab - Jamil Khirhttp://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130610/dn_33/Hina-Nabi-perbuatan-biadab---Jamil-Khir KUALA LUMPUR 10 Jun - Perbuatan menghina Nabi Muhammad S.A.W adalah perbuatan biadabdan individu terbabit perlu dikenakan tindakan sewajarnya, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil...2013-06-10T16:22:57+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd 9 kes ceroboh taman laut 6 bulan inihttp://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130610/dn_32/9-kes-ceroboh-taman-laut-6-bulan-ini SETIU 10 Jun - Jabatan Taman Laut Malaysia (JTLM) Terengganu mencatat sembilan kes pencerobohan nelayan di Taman Laut di negeri ini dalam tempoh Januari hingga Jun tahun ini. Timbalan Pengarah JTLM Terengganu...2013-06-10T15:56:27+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd Marang jadi lembah madu Terengganuhttp://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130610/dn_31/Marang-jadi-lembah-madu-Terengganu KUALA TERENGGANU 10 Jun - Satu kawasan di Marang akan dijadikan pusat ternakan lebah madu dalam masa terdekat oleh Kerajaan Negeri Terengganu dalam usaha membangunkan tanah-tanah terbiar di negeri itu.2013-06-10T15:33:44+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd Kuota PV dijangka dipenuhi 6 bulan lagi - KETTHAhttp://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130610/dn_30/Kuota-PV-dijangka-dipenuhi-6-bulan-lagi---KETTHA PUTRAJAYA 10 Jun - Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KETTHA) yakin baki 6.5 megawat (MW) kuota fotovolta (PV) suria dalam kategori individu akan digunakan sepenuhnya dalam enam bulan akan...2013-06-10T15:32:31+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd Fellowship Yayasan Hakuho, Jepun dibukahttp://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130610/dn_29/Fellowship-Yayasan-Hakuho-Jepun-dibuka KUALA LUMPUR 10 Jun - Yayasan Hakuho, satu yayasan yang diperbadankan demi kepentingan umum, mula menerima permohonan bagi Fellowship Penyelidikan Jepun Hakuho ke 9 (dahulunya Program Fellowship Penyelidikan...2013-06-10T15:28:11+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd Polis pantau kegiatan Al-Arqam - TKPNhttp://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130610/dn_28/Polis-pantau-kegiatan-Al-Arqam---TKPN KUALA LUMPUR 10 Jun - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa memantau secara dekat kegiatan Al-Arqam bagi memastikan kumpulan yang diharamkan sejak 1994 itu tidak menjejaskan keselamatan negara, kata Timbalan...2013-06-10T15:22:33+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd Penjawat awam sementara, kontrak carum Perkesohttp://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130610/dn_27/Penjawat-awam-sementara-kontrak-carum-Perkeso KUALA LUMPUR 10 Jun - Penjawat awam bertaraf sementara dan kontrak yang bergaji RM3,000 sebulan atau kurang layak mencarum dalam skim Pertubuhan Keselamatan Sosial Pekerja (Perkeso) mulai 1 Jun lepas...2013-06-10T15:19:30+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Utara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


Bangunkan industri akuakultur Malaysia

Posted: 10 Jun 2013 11:01 AM PDT

Oleh AZELI ALI
azeli.ali@utusan.com.my

BJ Tan (kanan) bertukar dokumen dengan Su Yong Quan (dua dari kiri) sambil diperhatikan oleh Redza Rafiq (tengah) pada majlis menandatangani MoU antara JEFI dan pakar akuakultur China di Batu Kawan, Pulau Pinang, semalam.

BUKIT MERTAJAM 10 Jun - JEFI Aquatech Sdn. Bhd. (JEFI) hari ini menandatangani satu memorandum persefahaman (MoU) bersama pakar akuakultur dari China dan dua buah universiti tempatan bagi menjalankan penyelidikan dan pembangunan bagi membangunkan industri akuakultur negara.

MoU itu juga bertujuan membangunkan pengeluaran hasil akuakultur melalui bioteknologi yang disokong oleh Pusat Bioteknologi Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA).

Selain itu MoU itu juga bakal merealisasikan usaha antara JEFI dengan pakar-pakar bidang akuakultur dari China serta pakar dari Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) untuk membawa kemajuan teknologi ke dalam industri akuakultur tempatan serta menjadikan Malaysia sebagai pengeluar produk laut utama di dunia.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif JEFI, BJ Tan, MoU itu menyaksikan pihaknya akan bekerjasama dengan lima orang profesor dan pakar dari Pentadbiran Lautan China, Universiti Xiamen serta Institut Penyelidikan Teknologi Perikanan Wilayah Fujian.

"Untuk UniMAP pula, kami akan bekerjasama dalam membangunkan sistem kitar semula akuakultur manakala bagi USM, ia meliputi sistem penyampaian makanan akuakultur serta penukaran bahan buangan akuakultur seperti kulit udang dan ikan kepada bahan yang memiliki nilai tambah seperti kolagen yang digunakan dalam bidang farmaseutikal," katanya.

Yang turut hadir pada majlis itu ialah Ketua Eksekutif NCIA Datuk Redza Rafiq dan Pengarah Projek Berimpak Tinggi-Bidang Ekonomi Utama Negara, Jabatan Perikanan Malaysia Zulkafli Abdul Rashid.

Pada majlis itu Profesor Su Yong Quan dari Universiti Xiamen dan Profesor Lin Xiang Zhi dari Pentadbiran Lautan China turut menyampaikan pembentangan kertas kerja berkaitan bidang akuakultur yang diamalkan di China.

Redza Rafiq pula memberitahu, Koridor Utara memiliki pelbagai faktor yang menjadikan bidang akuakultur menjadi penyumbang aktiviti ekonomi utama termasuk kepelbagaian spesis ikan.

"Selain itu kawasan itu juga memiliki kelebihan dari segi geografi seperti pesisir pantai sejauh 700 kilometer serta beberapa sungai dan sumber air tawar.

"Semua faktor ini membolehkan NCIA menyumbang kepada RM1 bilion penyertaan sektor swasta dalam bidang akuakultur di Utara Malaysia dalam masa tiga tahun lalu," ujarnya.

Pada majlis itu juga, Pertubuhan Pemproses Akuakultur Malaysia (MAPA) turut diperkenalkan yang berperanan sebagai paltform kepada pengusaha dan pemain dalam bidang terbabit yang turut membantu pembangunan industri akuakultur negara.

Sistem pengurusan jalan dilancar

Posted: 10 Jun 2013 11:01 AM PDT

Oleh KHAIRUL ABIDIN NUAR
khairul.nuar@utusan.com.my

Zambry Abd. Kadir (tengah) bersama sebahagian daripada kakitangan JKR Perak dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2012 JKR Negeri Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh, Perak, semalam.

IPOH 10 Jun - Kerajaan negeri hari ini melancarkan Pavement Management System iaitu sistem pengurusan turapan jalan bertujuan memastikan kerja-kerja pembinaan atau baik pulih jalan raya di negeri ini dilaksana secara lebih sistematik.

Pelancaran itu sekali gus menjadikan Perak sebagai negeri perintis melaksana sistem berkenaan yang dikendalikan Jabatan Kerja Raya (JKR).

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, sistem berkenaan bertujuan memberi kemudahan infrastruktur terbaik selain menangani isu kelewatan projek melibatkan pembinaan jalan di negeri ini.

"JKR terdedah kepada banyak kritikan sama ada yang membina atau sebaliknya. Sehubungan itu, dari semasa ke semasa, mereka perlu memperbaiki mutu perkhidmatan selain memastikan kelewatan projek dapat diselesaikan.

"Melalui analisis menggunakan perisian Highway Development Management (HDM-4), sistem itu juga dapat memastikan penggunaan peruntukan secara lebih cekap dan berkesan," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan majlis penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2012 JKR Negeri Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Abdul Puhat Mat Nayan; Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air negeri, Datuk Zainol Fadzi Paharudin dan Pengarah JKR Perak, Datuk Ir. Dr. Safry Kamal Ahmad.

Dalam majlis itu, sebanyak 183 kakitangan JKR Perak menerima penghargaan tersebut dengan 172 daripadanya terdiri daripada pegawai kumpulan sokongan.

Dalam perkembangan lain, Zambry berkata, projek Lebuh Raya Pantai Barat bakal dirasmikan tidak lama lagi setelah tertangguh bulan lalu bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu.

Beliau berkata, pihaknya kini sedang meneliti masa sesuai dan berhasrat menjemput Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyempurnakan perasmian lebuh raya tersebut.

"Biarpun ada sesetengah pihak mahu kita mengubah sesetengah laluan lebuh raya itu (kerana melalui kawasan dikuasai pembangkang), namun kita akan tetap melaksanakannya kerana kita akan menunaikan janji manifesto pilihan raya.

"Saya yakin rakyat akan bersikap rasional dan tidak akan selama-lamanya digula-digulakan atau diracuni pihak tertentu," katanya.

Belia diseru sumbang idea, bakat majukan Kedah

Posted: 10 Jun 2013 11:01 AM PDT

MUKHRIZ Mahathir (tiga dari kiri) menyampaikan Anugerah Belia Negara 2013 Peringkat Kedah, Kategori Harapan Wanita kepada Nor Idayu Abdul Razak (dua dari kanan) ketika Sambutan Festival Belia 2013 Kedah di perkarangan Stadium Darul Aman, Alor Setar, Kedah, baru-baru ini. - BERNAMA

ALOR SETAR 10 Jun - Usaha membangunkan negeri ini perlu dikongsi dan disokong golongan muda yang merupakan aset berharga kepada masa depan bangsa dan negara.

Menteri Besar, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, idea, tenaga dan kebolehan para belia perlu digembleng sebaik mungkin bukan sahaja untuk pembangunan negeri malah menjadi tunjang kepada jatuh bangunnya agama, bangsa dan negara.

Kata beliau, menyedari kemantapan belia sebagai aset adalah proses berterusan, pelbagai sumber akan digunakan bagi memastikan golongan itu sentiasa diutamakan.

"Kerajaan negeri juga amat komited dan sentiasa berusaha mempelbagaikan peluang dan ruang, menyediakan peruntukan serta merangka dasar komprehensif bagi menjana kejayaan dan kecemerlangan golongan belia.

"Saya amat berharap belia menyokong segala usaha kerajaan negeri untuk memajukan Kedah," katanya ketika berucap merasmikan Festival Belia Kedah 2013 di pekarangan Stadium Darul Aman, di sini kelmarin.

Festival tiga hari berakhir kelmarin yang diisi dengan pelbagai program menarik itu merupakan acara tradisi di peringkat negeri ini bagi memeriahkan sambutan Hari Belia Negara yang ditetapkan pada 15 Mei setiap tahun.

Yang hadir sama, beberapa Exco kerajaan negeri termasuk Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Kesenian, Kebudayaan dan Warisan serta Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Aminuddin Omar dan Presiden Majlis Belia Negeri Kedah (MBNK), Ku Iskandar Ku Saad.

Mukhriz berkata, golongan muda diseru sentiasa menetapkan hala tuju jelas selain meneroka potensi diri untuk menjadi modal insan berkualiti dan dinamik yang mampu menyumbang idea serta tenaga ke arah pembangunan negeri.

Menurut beliau, cabaran dihadapi golongan tersebut pada masa ini jauh lebih mencabar berikutan pelbagai kemajuan dalam bidang komunikasi dan teknologi maklumat serta sains yang membawa kepada dunia tanpa sempadan apabila maklumat berada di hujung jari.

"Nikmat kemajuan yang dikecapi ada kalanya boleh menjadi cabaran besar tanpa kita sedari. Anak muda perlu bijak meneliti maklumat yang diterima dengan mata hati di samping membina jati diri kukuh berlandaskan agama sebagai tunjang kehidupan," katanya.

Beliau juga menggalakkan generasi muda bergiat aktif dalam persatuan di kawasan dan organisasi masing-masing.

Katanya, penglibatan mereka bukan sahaja menjadi alternatif aktiviti bagi mengisi masa lapang malah dapat menyemai semangat jati diri serta kesukarelaan.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Timur

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Timur


Sokong zon larangan merokok

Posted: 10 Jun 2013 11:01 AM PDT

NURUL AKMAR AIDA SUHAIMI
utusankelantan@utusan.com.my

Mohd. Fakhruddin

KOTA BHARU 10 Jun - Orang ramai menyambut baik keputusan Jabatan Kesihatan Kelantan (JKK) yang akan menjadikan kawasan rumah ibadat termasuk masjid sebagai zon larangan merokok tidak lama lagi.

Seorang pelajar, Mohd. Fakhruddin Burhanuddin, 23, berkata, larangan merokok di kawasan masjid dan rumah ibadat lain sepatutnya telah lama dilakukan.

"Ini merupakan usaha yang amat baik kerana bau asap rokok tersebut tidak akan mengganggu mereka yang tidak menghisap rokok apabila datang ke tempat ibadat.

"Saya harap orang ramai menyokong usaha kerajaan ini yang mahu menjadikan tempat ibadat sebagai zon larangan merokok kerana banyak mendatangkan faedah kepada kita," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di sini hari ini.

Seorang lagi pelajar, Tengku Mohd. Fareez Raja Hamzah, 23, berkata, dia menyokong penuh usaha Jabatan Kesihatan itu dalam menjadikan tempat ibadat sebagai zon larangan merokok demi memelihara kedudukan institusi berkenaan dan kesihatan masyarakat secara umum.

"Saya harap kerajaan tidak hanya meletakkan zon larangan merokok di kawasan rumah ibadat sahaja tetapi mereka perlulah membuat di tempat- tempat lain juga seperti di premis-premis perniagaan," katanya.

Bagi seorang petani Awang Hussin, 57, tindakan menguatkuasakan peraturan larangan merokok di rumah-rumah ibadat perlu diambil bagi memastikan keselesaan pengunjung rumah ibadat berkenaan sama ada yang hadir atas urusan keagamaan atau aktiviti pelancongan.

"Ini merupakan usaha yang baik dalam meningkatkan lagi kesedaran masyarakat mengenai risiko penyakit dan kebaikan mengamalkan gaya hidup sihat.

"Namun, jika mereka melanggar arahan kerajaan maka mereka patut dikenakan kompaun yang tinggi kerana menggangu orang ramai dengan asap rokok sehingga menjejaskan kesihatan," jelasnya.

Pandangan Awang dikongsi oleh Tengku Zareeq Syazrin Tuan Mohd. Zani, 23, yang berpendapat kompaun maksimum sebanyak RM500 patut dikenakan kepada perokok yang melanggar peraturan dengan merokok di tempat ibadat abila ia dikuatkuasakan kelak.

"Selain itu pemantauan perlulah dibuat selalu di tempat-tempat awam seperti sekolah, hospital dan perhentian bas kerana dengan cara inilah baru kita dapat mengurangkan tabiat merokok di tempat awam.

"Diharap dengan adanya usaha kerajaan seperti ini dapat menyumbang kepada persekitaran hidup yang lebih sihat," katanya.

Pengarah Kesihatan Kelantan, Datuk Dr. Ahmad Razin Ahmad Maher sebelum ini dilaporkan berkata, kawasan tempat ibadat di negeri ini bakal dijadikan Zon Larangan Merokok apabila peraturan larangan merokok di tempat awam turut dikuatkuasakan di premis berkenaan.

Beliau berkata, penguatkuasaan ini dibuat bagi mengawal orang ramai daripada merokok secara terbuka di kawasan awam dan mereka yang melanggar peraturan tersebut akan dikenakan kompaun maksimum sebanyak RM500.

TATIUC meterai perjanjian keluar tenaga mahir bidang keluli

Posted: 10 Jun 2013 11:01 AM PDT

Junaidi Ibrahim (kiri) bertukar-tukar dokumen perjanjian dengan Wang Chuanxue sambil diperhatikan Ghazali Taib (dua dari kiri), Mazlan Ngah dan Iu Zongyu (kanan) pada Majlis Menandatangani Perjanjian antara TATIUC dengan Shougang Institute of Technology di Kuala Terengganu, semalam.

KUALA TERENGGANU 10 Jun - Kolej Universiti Tati (TATIUC) mengambil pendekatan proaktif bagi mengukuhkan usaha mengeluarkan tenaga mahir dalam industri keluli melalui perkongsian ilmu dan kepakaran dengan Institut Teknologi Shougang (SGIT), China.

Satu memorandum perjanjian (MoA) dimeterai di Wisma Darul Iman di sini hari ini dengan TATIUC diwakili Rektornya, Dr. Junaidi Ibrahim dan Timbalan Rektor Korporat dan Jaringan Industri, Datuk Zuklifli Mohamad, manakala SGIT diwakili oleh Naib Presidennya, Wang Chuanxue.

Upacara itu turut disaksikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pendidikan Tinggi, Inovasi dan Tugas-tugas Khas, Ghazali Taib; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mazlan Ngah; Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Abdul Razak Ismail; Pengerusi Lembaga Pengarah TATiUC, Bazlan Abd. Rahman dan Ketua Pegawai Eksekutif Eastern Steel Sdn. Bhd., Iu Zongyu.

Ghazali ketika bercakap kepada pemberita berkata, perjanjian itu akan merancakkan lagi perkongsian ilmu antara kedua-dua institusi bagi meningkatkan pembangunan akademik dan melahirkan anak negeri yang cukup terlatih dalam bidang penghasilan keluli.

Beliau menyifatkan kerjasama itu merupakan langkah kehadapan dalam era merancakkan semula perusahaan besi di negeri ini yang suatu ketika menjadi pusat perlombongan bijih besi terbesar di rantau ini.

"Ia juga bagi memenuhi kehendak industri berasaskan keluli yang berkembang di Terengganu terutama dengan pembinaan kilang Eastern Steel, di Teluk Kalong Kemaman yang kini sudah 65 peratus siap," katanya.

Beliau menambah, kerjasama antara dua institusi itu sudah pun bermula awal Februari lalu yang melibatkan 10 anak Terengganu dilatih dalam bidang kawalan motor selama empat bulan.

''Kerjasama itu diteruskan dalam bidang berkemahiran tinggi, iaitu 'Teknologi Metalugikal' melibatkan 40 pelajar yang akan dilatih oleh empat tenaga pengajar yang pakar di bidang itu dari SGIT.

"Pelajar yang berlatar belakang dalam bidang teknikal dan kejuruteraan akan dilatih untuk memahami teknologi penghasilan keluli terkini yang menggunakan teknologi serta kepakaran dari China.

''Selepas tamat tempoh latihan pelajar akan diberi peluang menjadi tenaga kerja di kilang Eastern Steel yang bakal siap tidak lama lagi dengan nilai pelaburan kira-kira RM1.8 bilion," ujarnya.

Kilang Eastern Steel memerlukan kira-kira 1,000 hingga 2,000 tenaga kerja bagi fasa pertama pengambilan sehingga 2014.

Ghazali menambah, bagi merealisasikan hasrat menjadi universiti penuh menjelang 2016, TATIUC juga akan terus menjalinkan kerjasama dengan institusi pengajian tinggi luar negara khususnya untuk memperkasakan bidang akademik, kemahiran dan penyelidikan.

PPSPPA sasar kumpul empat tan barangan kitar semula

Posted: 10 Jun 2013 11:01 AM PDT

KOTA BHARU 10 Jun - Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA) Kelantan menyasar mengutip sebanyak empat tan pelbagai barangan yang boleh dikitar semula sempena Larian Kitar Semula 2013 di Padang Perdana, dekat sini Sabtu ini.

Pengarah PPSPPA Kelantan, Datuk Afandi Hamzah berkata, sasaran tersebut mampu dicapai berdasarkan jumlah peserta larian yang mencecah hampir 4,000 orang.

Menurutnya, dalam edisi tahun lalu, pihaknya berjaya mengutip sebanyak 3,000 kilogram barangan boleh kitar semula seperti botol plastik, surat khabar, tetrapek dan tin aluminium.

"Berdasarkan sambutan yang diberikan, kita yakin sasaran tersebut mampu dicapai dalam usaha pihak kami menyemarakkan lagi budaya kitar semula dalam kalangan masyarakat di negeri ini," katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Mengulas mengenai larian itu, Afandi memberitahu, setiap peserta tidak dikenakan bayaran namun hanya perlu memenuhi syarat iaitu dengan membawa bahan-bahan kitar semula.

Kata beliau, pihaknya menyediakan pelbagai hadiah menarik dan cabutan bertuah kepada para peserta antaranya barangan elektrik, telefon pintar, basikal dan sebagainya.

"Larian ini diadakan serentak di seluruh negara dan merupakan acara tahunan yang dikendalikan PPSPPA dalam usaha memperkenal kepentingan amalan kitar semula dalam kalangan masyarakat," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Muka Hadapan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Muka Hadapan


Umat Islam diseru cari persamaan

Posted: 10 Jun 2013 11:01 AM PDT

Broken Link!

The content you are looking for is not available. You might had clicked on a broken link from another website or the content itself might have been removed.

You may want to consider our archive on

If you think there is an error, please click here to report and let us know.

Penyatuan ummah perlu semangat tinggi

Posted: 10 Jun 2013 11:01 AM PDT

Broken Link!

The content you are looking for is not available. You might had clicked on a broken link from another website or the content itself might have been removed.

You may want to consider our archive on

If you think there is an error, please click here to report and let us know.

Dua peserta perdengar bacaan pada malam pertama tilawah

Posted: 10 Jun 2013 11:01 AM PDT

Broken Link!

The content you are looking for is not available. You might had clicked on a broken link from another website or the content itself might have been removed.

You may want to consider our archive on

If you think there is an error, please click here to report and let us know.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved