Selasa, 28 Mei 2013

Utusan Online - Utara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


Keunikan menarik ayam serama

Posted: 27 May 2013 10:51 AM PDT

Oleh SHAHNI FARHANA MAT SAHIR
utusankedah@utusan.com.my

Peserta menunggu giliran untuk ayam serama masing-masing diadili dalam Pertandingan Kesenian dan Kecantikan Ayam Serama di pekarangan Menara Alor Setar baru-baru ini. - UTUSAN/Shahni Farhana Mat Sahir

ALOR SETAR 27 Mei - Keunikan dan kebijaksanaan dimiliki ayam serama sering menjadi perhatian orang ramai terutama dalam kalangan peminatnya yang terdiri daripada pelbagai peringkat usia.

Biarpun harga haiwan itu mencecah ribuan ringgit namun kecantikan yang ada pada badannya ketika beraksi di pentas gelanggang membuatkan ayam serama mempunyai peminat tersendiri.

Malah, penganjuran pertandingan ayam serama sering diadakan apabila terdapat banyak permintaan daripada peminat ayam yang bersaiz kecil dan ringan itu.

Menara Alor Setar tidak ketinggalan untuk sekali lagi menganjurkan pertandingan 'Kesenian dan Kecantikan Ayam Serama' di pekarangan bangunan itu yang turut mendapat kerjasama Kelab Serama Kedah (KSK) di sini, baru-baru ini.

Penganjuran kali ini mempertandingkan lapan kategori iaitu Serama Anak A, Serama Anak B, Serama Remaja, Serama Muda, Serama A, Serama B, Serama Tak Kira Lawi dan Serama Induk.

Pengurus Besar Menara Alor Setar, Haslinda Abdul Rashid berkata, pertandingan berkenaan antara lain dapat mempromosikan industri pelancongan negeri ini.

"Ini kerana terdapat ramai peminat ayam serama dari seluruh negara seperti dari Kuala Lumpur, Kelantan, Terengganu, Perak, Pulau Pinang dan Johor Bahru," katanya.

Sementara itu, Pengerusi KSK, Abdul Ghani Yob berkata, pihaknya sentiasa mendapat permintaan daripada peminat ayam serama untuk mengadakan pertandingan seumpama itu.

Menurutnya, pertandingan tersebut merupakan kali empat diadakan di Kedah dalam tempoh lima bulan.

"Kita akan mengadakan satu lagi pertandingan yang sama di Kuala Kedah, di sini sebelum kedatangan bulan Ramadan nanti," katanya.

Dalam pada itu, para peminat ayam serama yang ditemui mengakui mereka sanggup menempuh perjalanan jauh semata-mata untuk menyertai pertandingan tersebut.

Seorang peserta dari Kelantan, Nasarudin Awang, 45, berkata, jarak bukan penghalang baginya menyertai pertandingan itu bersama rakan-rakannya.

Katanya, penyertaan mereka bukan untuk meraih gelaran juara tetapi lebih kepada mencari pengalaman dan melihat keunikan yang ada pada ayam serama.

"Saya tidak datang berseorangan tetapi bersama lima rakan yang juga peminat ayam serama. Kami membawa lebih lima ekor ayam serama untuk dipertandingkan," katanya.

Zahari Ahmad, 54, pula berkata, dia telah memelihara dan memasuki pertandingan ayam serama sejak enam tahun lalu.

Menurutnya, ayam serama peliharaannya pernah memasuki pertandingan di Kelantan dan Terengganu serta pernah meraih gelaran juara.

"Dengar sahaja ada pertandingan ayam serama, tidak kiralah jauh atau dekat saya pasti akan menyertainya" katanya.

Seorang lagi peminat ayam serama, Hasrul Nizam Azizan, 39, berkata, minatnya terhadap haiwan itu timbul apabila melihat kecantikannya.

Katanya, pada pertandingan kali ini tiga ekor ayam seramanya memasuki pertandingan bagi kategori Serama Tak Kira Lawi, Serama Muda dan Serama Anak B.

"Saya sudah jelajah satu Malaysia untuk menyertai pertandingan ayam serama dan pada pertandingan sebelum ini ayam serama peliharaan saya pernah merangkul gelaran juara dan naib juara," katanya.

Polis tahan suspek pecah rumah

Posted: 27 May 2013 10:51 AM PDT

IPOH 27 Mei - Walaupun berjaya memecah masuk sebuah rumah di Taman Metro Pengkalan, Pusing dekat sini Sabtu lalu, seorang penjenayah akhirnya berputih mata apabila tindakannya itu disedari oleh jiran mangsa.

Tindakan pantas jiran terbabit membolehkan polis bergegas ke tempat kejadian dan menahan lelaki berusia 37 tahun itu yang cuba melarikan diri.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Shaharon Anuar Abdul Latif berkata, berlaku kira-kira pukul 2.30 petang ketika pemilik rumah tersebut tiada di kediamannya.

Beliau berkata, polis bergegas ke tempat kejadian sebaik dimaklumkan oleh jiran mangsa dan mendapati suspek masih berada dalam rumah tersebut.

"Suspek cuba melarikan diri melalui bumbung rumah sebelum dia terjun ke dapur dan menyembunyikan diri di bawah katil di bilik hadapan.

"Ketika cuba ditangkap, berlaku pergelutan antara suspek dan polis sehingga menyebabkan lelaki itu mengalami kecederaan pada rusuk kiri manakala seorang anggota polis patah pergelangan kaki kanan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Shaharon Anuar memberitahu, suspek dan anggota polis yang cedera dibawa ke Hospital Batu Gajah untuk menerima rawatan.

"Suspek yang juga seorang buruh dan berasal dari Tanjung Tualang ditahan reman sehingga Rabu ini untuk siasatan lanjut dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan," katanya.

Jangan terpedaya fitnah berterusan pembangkang

Posted: 27 May 2013 10:51 AM PDT

PONTIAN 27 Mei - Pembangkang perlu segera menghentikan segala pembohongan yang mengelirukan rakyat mengenai kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 malah tindakan menganjurkan siri perhimpunan haram adalah amat dikesali.

Ketua Penerangan dan Publistiti BN, Datuk Ahmad Maslan berkata, tidak cukup dengan itu, pembangkang menggunakan saluran media sosial untuk terus menabur fitnah kerana perkara yang didakwa berlaku pada hari pengundian pada 5 Mei lalu adalah palsu.

"Tuduhan pembangkang yang mendakwa mereka berhak menang melalui undi popular juga merupakan satu pembohongan kepada rakyat. Namun dalam beberapa dakwaan yang dibuat, didapati terkena 'batang hidung' sendiri yang menunjukkan mereka sengaja hendak mencetuskan suasana huru-hara semasa hari pengundian.

"Rakyat tidak seharusnya terpedaya dengan apa yang disampaikan oleh mereka dan menapis maklumat yang disebarkan sama ada fakta atau 'auta' dari pihak pembangkang," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis konvokesyen pelajar-pelajar Darjah Khas Daerah Pontian di MRSM Pontian, di sini baru-baru ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas siasatan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenai insiden lampu padam semasa pengiraan undi yang sebenarnya dilakonkan lebih awal untuk disebarkan di internet.

Ahmad yang juga Timbalan Menteri Kewangan berkata, tindakan tegas perlu diambil keatas mereka yang menyebarkan di internet termasuk 'pelakon' lampu padam kerana terlibat dalam dakyah pembangkang yang mahu meraih simpati rakyat sedangkan tiada satu pun laporan polis dibuat berkaitan kejadian tersebut.

"Mereka yang melakukan babak lampu padam sebenarnya telah terpedaya dan ditipu oleh pembangkang yang telah bersedia dengan pelbagai dakwaan apabila mereka gagal menawan Putrajaya," tegasnya.

Kata beliau lagi, rakyat sewajarnya menolak segala bentuk penyebaran maklumat tidak berasas yang sengaja dilakukan oleh golongan yang kecewa termasuk mengheret rakyat ke pentas jalanan bagi menumbangkan kerajaan sedia ada.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Timur

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Timur


Kreativiti, inovasi Melayu silam

Posted: 27 May 2013 10:51 AM PDT

Oleh TENGKU FAUZIAH NGAH
utusanganu@utusan.com.my

Mohd. Yusof Abdullah (kanan) menerangkan kepada orang ramai tentang pelbagai barang yang dipamerkan selepas merasmikan Pameran Inovasi dan Kreativiti Tradisional 2013 di Kompleks Muzium Negeri Terengganu di Kuala Terengganu, baru-baru ini.

KUALA TERENGGANU 27 Mei - Kreativiti dan inovasi merupakan kemampuan manusia mencipta atau menjana sesuatu yang baharu dan melakukan proses pembaharuan dengan memperbaiki sesuatu yang sudah sedia ada bagi memenuhi keperluan dan cita rasa.

Semua itu yang merupakan proses bertukang yang menuntut kemahiran, berkait rapat dengan daya imaginasi, pengaruh persekitaran, kesesuaian setempat dan pola budaya yang mencerminkan nilai intelektual sesuatu zaman.

Proses penciptaan dan pengubahsuaian itu menjadi salah satu pelengkap kepada peradaban atau simbol ketamadunan sesuatu bangsa, namun ketika zaman berubah, semua itu seakan tidak dihargai atau sememangnya tidak begitu diketahui atau dipedulikan.

Pelbagai ciptaan atau inovasi yang terhasil sebenarnya menjadi gambaran ketinggian daya kreativiti yang dimiliki masyarakat silam dengan penerokaan mereka terhadap pelbagai sudut dan disiplin seperti teknologi pembuatan, sains kognitif, pendidikan, falsafah, sosiologi, bahasa dan ekonomi.

Selaras itu, Muzium Negeri Terengganu menganjurkan Pameran Kreativiti dan Inovasi Tradisional sebagai usaha mendedahkan ilmu dan memberi kefahaman kepada masyarakat tentang proses penciptaan yang membantu masyarakat silam menghadapi cabaran dan melangkah lebih jauh.

Program yang diadakan selama dua bulan itu yang dimulakan beberapa hari lalu bertujuan memberi pendedahan tentang daya cipta tradisional Melayu secara umum dan Melayu Terengganu khasnya.

Pengarahnya, Mohd. Yusof Abdullah memberitahu, generasi hari ini tidak dapat melihat persekitaran sebagai bahan rujukan seperti yang dilihat nenek moyang mereka sehingga nilai kreativiti tradisional tidak begitu dihargai.

"Selain itu, program tersebut bertujuan berkongsi ilmu dengan agensi luar yang mengkaji bidang tersebut dari pelbagai perspektif dengan penemuan-penemuan baharu tentang ketinggian hasil cipta," katanya.

Sempena pameran itu pelbagai kreativiti dan ciptaan orang-orang tua terdahulu dipamerkan termasuk dalam bidang maritim, ilmu pelayaran, perubatan, teknologi dan sebagainya.

Antaranya pembuatan kapal layar tanpa mengguna paku namun mampu meredah laut jauh dan mendepani gelora.

Begitu juga dengan kreativiti lain seperti membuat jebak burung, alat pengisar air tebu dan memerah santan.

"Kehebatan tahap pemikiran tinggi orang-orang terdahulu di sebalik segala yang dicipta dalam kepayahan perlu didedahkan kepada generasi muda agar mereka sentiasa berdiri di paksi yang betul," ujarnya.

Menurutnya, mereka boleh mengaplikasikan segala pemikiran serta teknologi peninggalan itu dalam kehidupan dan semua ini sepatutnya menjadi perangsang kepada generasi maka kini dalam zaman penciptaan tamadun baharu.

"Kita pamerkan kepada mereka tahap keilmuan serta tahap keintelektualan nenek moyang kita agar generasi muda hari ini sentiasa menjadi manusia yang faham sejarah serta celik budaya," jelasnya.

Katanya, dalam konteks masyarakat moden hari ini, tiga elemen iaitu inovasi, kreativiti dan tradisional menjadi penting dan semakin signifikan dalam usaha membentuk masyarakat berilmu, maju dan berdaya saing.

"Penghayatan dan penghargaan kepada kebijaksanaan nenek moyang kita menghasilkan sesuatu ciptaan dalam kehidupan seharian amat penting agar kita tidak mudah hilang arah.

"Datuk nenek kita telah melaksanakan aspek inovasi serta kreativiti sekian lama iaitu semenjak mereka berinteraksi dengan alam dan melaksanakan proses kreativiti dalam semua bidang sama ada ekonomi, pembinaan, pembuatan, perubatan dan kraf," ujarnya.

Sebagai contoh, katanya, untuk pembinaan sebuah rumah, bermula dari pemilihan tapak yang sesuai, mengenakan tiang yang tinggi agar tidak terkesan dengan banjir serta mengelak daripada ancaman binatang buas.

"Saya lihat sistem ini amat berkesan, berbeza dengan sistem binaan moden hari ini dan inilah yang dikatakan kreativiti serta inovasi yang telah diaplikasikan dengan sebaiknya," katanya.

Perahu bedar yang digunakan sehingga abad ke-20 yang meluaskan pergerakan masyarakat Melayu melalui penerokaan lautan merupakan lagi inovasi hasil penggabungan pelbagai pengaruh.

Badannya yang meruncing di kedua-dua hujung itu berbentuk tipikal perahu Melayu, walaupun linggi dipasang di atas lunas dan bukan disambung seperti yang terdapat pada kebanyakan perahu yang lebih awal.

Bentuknya dipanggil belakang katup manakala deknya (dandang) dipasang di atas birai belakang untuk meletakkan kub atau rumah perahu.

Kemudinya menyerupai kemudi perahu Cina dan Barat kerana dipasang dengan halkah kepada linggi belakang dan dikendali dengan uling-uling di atas dandang manakala tiang sprit untuk mengikat layar cucur seperti kapal Eropah dan layarnya seperti wangkang Cina kerana menggunakan satu atau dua layar apit yang dibuat dari tikar kercut dan rotan.

Jualan RTC mampu atasi RM200j

Posted: 27 May 2013 10:51 AM PDT

Oleh YATIMIN ABDULLAH
utusankelantan@utusan.com.my

KOTA BHARU 27 Mei - Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Kelantan yakin hasil jualan pelbagai barang yang dipasarkan di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Tunjong mampu melebihi sasaran asal iaitu sebanyak RM200 juta tahun ini.

Pengarah FAMA Wilayah Timur 1, Mohd. Ariffin Awang berkata, sasaran tersebut mampu dicapai menerusi pelbagai program yang telah dirangka oleh pihaknya sepanjang tahun ini bagi meningkatkan hasil jualan di pusat berkenaan.

"Kita meletakkan sasaran jualan untuk tahun ini sebanyak RM200 juta, namun kami yakin jualan di RTC ini mampu melebihi jumlah tersebut berdasarkan sambutan yang diberikan oleh pengunjung.

"Setakat bulan April, jualan di RTC, Tunjong sudah pun mencecah RM64 juta. Kami yakin dan percaya jumlah tersebut akan terus meningkat termasuklah menerusi aktiviti jualan borong dan runcit yang berjalan setiap hari di sini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke pertandingan mewarna sempena program Fiesta Makanan Popular Kelantan 2013 di sini semalam.

Mohd. Ariffin berkata, pihaknya merancang untuk mengadakan enam program dalam usaha untuk terus mempromosikan RTC Tunjong sebagai pusat satu hentian yang mempunyai pelbagai perkhidmatan kepada orang ramai.

Katanya, program Fiesta Makanan Popular Kelantan 2013 yang bermula Jumaat lalu dan akan berakhir 1 Jun merupakan satu daripada enam program yang telah dirangka sepanjang tahun ini.

"Pelbagai acara menarik disediakan sepanjang program ini antaranya persembahan dikir barat, pertandingan seni suara burung candik, jualan bunga orkid dan sebagainya," jelasnya.

80 staf media sertai survival laut di P. Bidong

Posted: 27 May 2013 10:51 AM PDT

PESERTA Survival Laut dan Penghayatan Warisan Edisi Media 2013 merakamkan kenangan di Pusat Penyelidikan Pulau Bidong UMT, Kuala Terengganu, kelmarin.

KUALA TERENGGANU 27 Mei - Seramai 80 kakitangan media tempatan menyertai program Survival Laut dan Penghayatan Warisan Edisi Media 2013 di Pusat Penyelidikan Pulau Bidong, Universiti Malaysia Terengganu (UMT).

Program selama dua hari anjuran Pusat Komunikasi Korporat dan Pembangunan Citra UMT yang berakhir kelmarin, memberi pendedahan kepada peserta tentang kegiatan yang dijalankan oleh institusi pengajian tinggi itu.

Naib Canselor UMT, Prof. Emeritus Datuk Dr. Ibrahim Komoo berkata, program tersebut ternyata memberikan pengalaman baru kepada mereka, di samping mengeratkan lagi hubungan pengurusan UMT dengan pihak media.

"Mereka juga didedahkan tentang kesedaran terhadap penjagaan dan pemuliharaan alam sekitar dan diajar kemahiran asas berada di lautan serta cara untuk meningkatkan keyakinan diri," ujarnya kepada pemberita.

Pada hari pertama, turut peserta dibawa melawat Santuari Penyu UMT yang terletak di Cagar Hutang, Pulau Redang yang diselia Dr. Juanita Joseph selaku Ketua Projek Unit Penyelidikan Penyu (Seatru).

Di Pulau Bidong, ekspedisi penerokaan laut bagi mengukuhkan keyakinan diri di air dengan peserta berenang menuju ke arah bot yang terletak 100 meter dari pantai dan kembali semula ke darat,n diikuti aktiviti berkayak, snorkeling dan mencandat sotong.

Pada hari kedua, peserta menyertai pertandingan memancing dan melawat tapak kem pelarian Vietnam yang pernah menjadi penempatan sementara bagi puluhan ribu pelarian dari negara itu suatu ketika dahulu.

Kredit: www.utusan.com.my

Isnin, 27 Mei 2013

Utusan Online - Pendidikan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pendidikan


Posted:

[unable to retrieve full-text content]
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pemotoran

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pemotoran


Posted:

[unable to retrieve full-text content]
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Posted:

[unable to retrieve full-text content]
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Megabait

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Megabait


Paling langsing

Posted: 26 May 2013 11:45 PM PDT

Oleh NOOR DIANA AZIS

Dua model menunjukkan telefon pintar terbaharu keluaran Alcatel pada majlis pelancarannya di Petaling Jaya baru-baru ini.

SETELAH 20 tahun menerajui inovasi dan kualiti dalam teknologi peranti mudah alih, pereka dan pengeluar Alcatel One Touch, TCL Communication baru-baru ini memperkenalkan 13 unit rangkaian terbaru telefon mudah alih sebagai simbolik meraikan ulang tahun jenama Alcatel tahun ini. Rangkaian telefon mudah alih di bawah Alcatel One Touch tersebut direka khas dalam usaha memperhebatkan gaya hidup pengguna serta memenuhi keperluan teknologi mereka seiring arus perdana.

Dengan pengumuman rangkaian One Touch Idol Ultra pada Pertunjukan Elektronik Pengguna Antarabangsa (CES) dan Kongres Mobil Sedunia (MWC) baru-baru ini, sekali gus dilancarkan dalam pasaran seluruh dunia di samping bekerjasama dengan jenama Marvel dan menjadi rakan kongsi eksklusif untuk filem Iron Man 3.

Menurut Pengarah Pemasaran Alcatel One Touch Global Go To, Frederic Fleurance, kerjasama yang terjalin bersama filem Iron Man menjadi kekuatan kepada jenama tersebut dalam menarik lebih ramai peminat untuk turut sama merasai kelainan yang ditampilkan.

"Menjadi sebahagian daripada fenomena Iron Man adalah sesuatu yang luar biasa untuk kami, khususnya bagi jenama One Touch Idol Ultra, sekali gus berbesar hati kerana dapat menampilkan Touch Idol bersama seorang bintang filem," katanya.

Dengan bentuk fizikal yang hanya 6.45 milimeter, peranti ini telah diisytiharkan sebagai telefon pintar paling langsing dunia pada CES 2013 baru-baru ini.

Dikuasakan oleh platform pemproses teras berkembar selari Android Jellybean sekali gus menampakkan One Touch Idol Ultra kelihatan bergaya pada permukaan fizikal dan pintar di dalam.

Bagi kepuasan menonton video, permukaan berdefinisi tinggi (HD) diperkemaskan dengan kecerahan kristal selain paparan seluas 4.7 inci yang terbina bersama mampu menyempurnakan penglihatan tidak kira dalam bentuk imej pegun mahupun video.

Binaan kamera lapan mega pikselnya serta pemproses 1.2 giga herz berteras kembar juga mampu memberikan keputusan yang memuaskan.

Bagi mereka yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai One Touch Idol Ultra boleh layari lama web www.alcatelonetouch.com.

Televisyen, peti sejuk pintar Samsung

Posted: 26 May 2013 11:45 PM PDT

Oleh ASHRIQ FAHMY AHMAD
ashriq.ahmad@utusan.com.my

Ciri-ciri yang membolehkan penonton berkomunikasi dengan televisyen pintar Samsung termasuk menggunakan kedua-dua belah tangan.

Bagi memenuhi kehendak pelanggan yang sentiasa mahukan pembaharuan, Samsung Malaysia Electronics (Samsung) kini kembali menguatkan barisan televisyen pintar keluarannya.

Dilengkapi bersama peranti terbaru, Samsung Smart LED TV F8000 direka untuk membolehkan pengguna merasai pengalaman baharu menonton televisyen pintar .

Bersama kelebihan interaksi pintar, teknologi terbaru samsung iaitu Samsung Smart TV Motion Control menawarkan teknologi pengesan sentuhan (gesture) kedua-dua belah tangan.

Berbeza dengan kaedah konvensional yang memerlukan pelanggan menukar rancangan menerusi alat kawalan jauh secara satu persatu, kini pemilik televisyen pintar tersebut hanya perlu melambaikan tangan dan menyelak paparan menerusi tangan kosong.

Teknologi tersebut dinikmati menerusi kelebihan peranti kamera pengesan pergerakan yang ditawarkan pada televisyen tersebut.

Selain itu, teknologi pengesan suara turut dilengkapkan bersama televisyen pintar Samsung yang mana kini mampu mengecam hampir 360 arahan berbanding 55 arahan sebelum ini.

Kelebihan lain adalah aplikasi yang terdapat pada televisyen itu turut mudah untuk diakses serta dimuat turun menerusi Samsung Apps.

Selain televisyen pintar, Samsung turut mempertaruhkan peti sejuk dua pintu pintar berteknologi Digital Inverter Compressor.

Selain itu, Samsung turut berani memberi jaminan kerosakan selama 10 tahun.

Menyasarkan pelanggan yang terdiri daripada organisasi serta keluarga yang sentiasa sibuk, peti sejuk dua pintu Samsung tersebut menawarkan fleksibiliti serta mesra pengguna.

Samsung turut mengetengahkan idea penjimatan tenaga, reka bentuk yang menarik, tidak bising serta hanya akan beroperasi apabila diperlukan sahaja.

Menurut Pengarah Urusan Samsung Malaysia Electronics Sdn. Bhd., Kwon Jae Hoon, produk yang dihasilkan oleh Samsung itu merupakan inspirasi daripada pelanggan yang mahupun gaya hidup yang lebih sempurna.

"Oleh yang demikian, kami meneruskan usaha revolusi barisan peti sejuk baharu untuk anda," katanya.

Selain itu Samsung turut melaksanakan pembaharuan dari sudut daya ketahanan dan juga keberkesanan peti sejuk keluarannya menerusi teknologi baharu.

Teknologi tersebut memilik kemampuan menyejuk pada kadar lima kelajuan seminit (RPM).

Malah kelajuan kipas pemampat (compressor) juga dipertingkatkan bagi menghasilkan hembusan udara sejuk yang lebih berkesan.

Namun, apa yang penting adalah, keunikan peti sejuk dua pintu Samsung itu yang mampu mengekalkan kesegaran serta kesejukan yang terbaik bagi produk makanan di unit penyimpanan makanan serta MoistFresh Zone.

Untuk maklumat lanjut berkenaan kedua-dua produk tersebut anda boleh melayari laman web Samsung di www.samsung .com/my atau layari akaun Facebook Samsung Malaysia di https://www.facebook.com/samsungmalaysia.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Perbezaan prinsip bukan halangan

Posted: 27 May 2013 10:51 AM PDT

PROFESOR DR. AHMAD ATORY HUSSAIN
Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan
Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.

Ahli-ahli UMNO dan Pas bersatu membantah tindakan Pengerusi DAP Perak, Ngeh Koo Ham yang mengeluarkan kenyataan menyentuh sensitiviti umat Islam, pada tahun lalu.

Keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang lalu jelas menampakkan politik Malaysia condong kepada UMNO (Semenanjung dan Sabah) dan Barisan Nasional (BN) di Sarawak di mana sebahagian pengundi Melayu/bumiputera masih menyokong UMNO dan sebahagian Melayu lagi menyokong Pas dan PKR.

Pola politik seperti ini memang lumrah berlaku di dalam negara demokrasi yang mana parti yang menang dengan majoriti yang diberi mandat memerintah. Di Malaysia, majoriti penduduk adalah golongan Melayu dan bumiputera (lebih 60 peratus)., maka itu ia menepati amalan demokrasi barat - cuma dalam kes Malaysia, golongan Melayu/bumiputera ialah majoriti, maka selayaknya golongan itu memerintah mengikut amalan demokrasi itu! UMNO dengan 88 kerusi parlimennya dan 133 bersama komponen BN Sabah dan Sarawak bernasib baik kali ini, di mana Melayu masih menyokongnya, kalaulah sebaliknya majoriti Melayu memberikan sokongan kepada Pas dan PKR, maka penulis tidak dapat menggambarkan apakah pola politik negara ini?

Sebab itu, dirasakan adalah molek UMNO dan parti politik Melayu seperti Pas memandang jauh ke depan apakah kedudukan politik Melayu (UMNO) seperti yang ada sekarang ini boleh berterusan. Jika tidak diusahakan perpaduan antara politik Melayu dengan politik Melayu ini, maka akan berlaku di mana tiada sebuah parti Melayu pun nanti yang dominan atau majoriti seperti UMNO sekarang yang boleh memerintah negara ini.

UMNO perlukan kekuatan tambahan, kerana tanpa sokongan orang Melayu berterusan terhadap UMNO, pasti UMNO tidak akan dapat bertahan, kerana saban hari orang Melayu sendiri terutama dari Pas dan PKR, termasuk sebahagian penjawat-penjawat awam serta NGO Melayu yang anti Melayu/UMNO bertubi-tubi menghentam UMNO ibarat Russian tanks in every corners in Warsaw.

Suka penulis menyatakan hanya UMNO dan Pas sahaja yang boleh dibawa ketengah untuk berpakat ke arah perpaduan Melayu ini. Ini disebabkan UMNO dan Pas pernah berkongsi kuasa pada 1970an dulu. Berdasarkan rekod itu, hubungan politik antara UMNO dan Pas, tidaklah boleh dilihat sebagai tegang selama-lamanya. Ada masa kedua-kedua parti berkelahi, dan tuduh menuduh satu sama lain dan saman-menyaman.

Sebagaimana air laut, hubungan Pas dengan UMNO ada pasang-surut. Begitulah keadaannya seperti yang diucapkan oleh Pesuruhjaya Pas Kedah, Ustaz Azizan Abdul Razak "dalam politik macam-macam boleh berlaku, dulu kita berlawan, sekarang kita berkawan." (UM 30 Julai 2008).

Pokoknya kedua parti Melayu ini mempunyai banyak persamaan dari segi kaum dan puak yang sama, ugama Islam, bermazahab Shafie dan kebanyakan prinsip bernegara kedua-dua parti in juga tidak banyak berbeza, Cuma berbeza dari segi fahaman terhadap pendekatan berpolitik sahaja., Sebab itu kita perlu melihat persamaan, keistimewaan dan kekurangan setiap parti politik Melayu itu. Diperkirakan UMNO memang memperjuangkan Islam dan Melayu dan ini tidak boleh dinafikan.

Cuma perbezaan menanggapi konsep perjuangan Islam dan Melayu dan nasionalisme itu tidak semuanya disepakati kedua-dua parti itu. Namun takkanlah perbezaan kecil itu menyebabkan tiada ruang untuk kedua-dua parti Melayu ini berkerja sama seterusnya menubuhkan kerajaan campuran atau perpaduan Islam dan Melayu di negara ini?

Sejarah memperakui perjuangan Islam yang dibawa parti itu memang telah wujud dalam bentuk parti politik pertama Islam iaitu Hisbul Muslimin pada 1947-1948 yang dipimpin oleh Ustaz Abu Bakar al-Bakir. Malangnya parti itu dihapuskan oleh British. Buat sementara sesetengah ahlinya menganggotai UMNO. Sebab itu, Pas dikatakan lahir dari rusuk kiri UMNO pada 1952 dahulu apabila Pengerusi Biro Ugama UMNO ketika itu, Ustaz Ahmad Fuad keluar UMNO dan menubuhkan Parti Islam SeMalaya, dan parti itu bergerak hingga kini.

Pada hemat saya apa jua manfaat atau pembangunan yang dicapai umat Islam melalui wadah UMNO sejak 1952 hingga kini sebenarnya juga merupakan perjuangan dan kejayaan orang Melayu umumnya, tidak kiralah yang berada di dalam Pas atau parti politik Melayu lain! Sebab itu dalam hati setiap orang Islam di Malaysia, percayalah, Pas masih mendapat pengiktirafan umat Islam terhadap konsep perjuangan dan prinsipnya, walaupun dalam kebanyakan pilihan raya umum, Pas tidak mendapat sokongan penuh Melayu. Tetapi dalam hal-hal lain, perjuangan Pas disokong! Sokongan tidak semestinya dalam bentuk undian dalam PRU-PRU! Cuma pendekatan politik Pas yang tidak semua orang Melayu dapat mendokongnya!

Meskipun gagal memerintah Malaysia, Pas tetap turut serta dalam semua PRU yang diadakan sejak 1955 hingga kini. Untuk rekod, parti itu pernah menguasai Kelantan pada PRU 1959 hingga 1978, dan 1990 hingga PRU 2008/2013. Pas menguasai Terengganu pada 1959 hingga 1961; menguasai semula negeri itu pada PRU 1999 hingga 2004.

Pada PRU 2008, Pas berjaya menonjolkan wakilnya menjadi Menteri Besar Perak dari 9 Mac 2008 hingga 4 Februari 2009 atas tiket Pakatan Rakyat. Di peringkat parlimen, Pas mengalami pasang surut. Pada PRU 1955, Pas memenangi satu kerusi (Parlimen Krian); manakala pada PRU 1959, Pas memperoleh 14 kerusi, (9 Kelantan, 5 Terengganu); PRU 1964, 9 kerusi (8 Kelantan, 1 Terengganu) , PRU 1969, 12 kerusi, (6 Kelantan, 3 Kedah, 2 Terengganu, 1 Perak); pada PRU 1974,14 kerusi , (7 Kelantan, 3 Kedah, 3 Terengganu, 1 Perak); pada PRU 1978, 5 kerusi; PRU 1982, 5 kerusi; PRU 1986, satu kerusi; PRU 1990, 7 kerusi; PRU 1995 , 7 kerusi; PRU 1999, 27 kerusi; PRU 2004, 7 kerusi; dan PRU 2008, 23 kerusi. Ternyata bilangan kerusi parlimen yang banyak sekali diperoleh oleh Pas adalah pada PRU 1999 (27), manakala dalam PRU 1986 merupakan bilangan yang sangat sedikit iaitu hanya satu kerusi sahaja.

Dengan bermulanya kerjasama Pas dengan PKR dan DAP, bilangan kerusi Pas menurun daripada 27 kepada 23 , kemungkinan berkongsi dengan PKR. Dalam PRU-13 Pas hanya memperoleh 21 kerusi. Nampaknya, Pas lebih selesa bekerjasama dengan DAP dan PKR dari segi memperolehi kerusi sama ada parlimen atau DUN.

Pas nampaknya lupa betapa pemimpin DAP yang menghamburkan sentimen perkauman anti Melayu dan Islam diambang peristiwa 13 Mei 1969 dan dalam menghadapi PRU-13 juga! Jika mengimbau kembali pada pilihan raya 1969, hubungan Pas - UMNO begitu tegang dan UMNO banyak kehilangan kerusi kesan daripada politik antagonistik antara kedua parti orang Melayu itu. Akhirnya Tun Abdul Razak melebarkan konsep parti Perikatan kepada BN sebaik-baik sahaja beliau menjadi Perdana Menteri pada 1971 dan pada PRU 1974, Pas menganggotai BN sekali gus menubuhkan kerajaan campuran di peringkat Pusat dan negeri. Tetapi pada 1977, Pas keluar dari gabungan BN dan mengisytiharkan "perang politik" dengan UMNO hinggalah ke hari ini!

Sejarah berulang kembali, BN/UMNO sekali lagi menghadapi kekalahan yang teruk pada PRU-12 dan PRU-13 dan dilihat kekuatan dan kekuasaan politik Melayu keseluruhannya sudah terhakis. Sampai bila orang Melayu dilanda perpecahan kerana perbezaan ideologi politik?

Sejak PRU-12, ada kesedaran dalam kalangan ahli UMNO dan Pas untuk mula memikirkan soal survival bangsa dan yang mana sebelum ini banyak memikirkan soal survival diri sendiri. Mereka mula sedar sampai bila hendak memikirkan survival parti dan diri sendiri, sedangkan survival bangsa Melayu semakin hari semakin pupus kerana kesan tuntutan demi tuntutan yang melanggar hak-hak Melayu di dalam Perlembagaan. Yang anehnya, PKR yang ditunjangi Anwar Ibrahim dikatakan turut serta mengiyakan sebahagian daripada tuntutan DAP itu. Di situlah kelam-kabutnya orang Melayu yang dilihat berpecah daripada dua puak (Pas dan UMNO) kepada tiga puak iaitu ditambah satu puak lagi, PKR!

Inilah yang sedang difikirkan masak-masak sekarang oleh orang Melayu yang rasional dan yang sangat prihatin tentang nasib bangsanya. Terbaru ialah pandangan serius yang dilontarkan oleh Ustaz Nasharudin Mat Isa, bekas Timbalan Presiden Pas yang mula memikirkan soal perpaduan Melayu Pas dengan Melayu UMNO untuk survival bangsa Melayu. Di pihak UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri memang mengalu-alukan muzakarah atau mukabalah Pas dengan UMNO. Melihat kepada pola pengundian pada PRU-13, kemungkinan besar ada perubahan sikap positif di kalangan ahli-ahli politik UMNO dan Pas ke arah perpaduan di antara dua parti Melayu itu.

Jalur anarki anutan fahaman pasca-modenisme

Posted: 27 May 2013 10:51 AM PDT

TINDAKAN Anwar Ibrahim menentang undang-undang dan peraturan yang lazim terpakai dalam negara demokrasi adalah suatu jalur anarki. Anarki adalah suatu konsep bertindak di luar batas demokrasi.

Apabila proses demokrasi tidak menyebabkan hala tuju perjuangan peribadinya tercapai jalan yang dipilih bukan demokrasi peti undi tetapi bertukar menjadi demonstrasi jalanan. Sifat anarki ini adalah disorderly.

Fahaman pasca-modenisme antara lain menolak otoriti, baik otoriti sesebuah kerajaan sedia ada mahupun otoriti agama. Dari sebuah kerajaan yang beraja ingin ditukar kepada kerajaan republik. Dari sebuah otoriti yang berasaskan agama dan sistem nilai ingin ditukar kepada sebuah kehidupan yang berasaskan hak asasi tanpa dukungan agama.

Ia juga menolak hiraki. Dari kehidupan sebuah keluarga yang ada ibu, ayah dan anak kepada suatu pola kekeluargaan berasaskan pola gay dan lesbian. Lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) menjadi sesuatu yang sudah diperundangkan di Barat dan bakal mencabar kehidupan kekeluargaan masyarakat beragama termasuk di Malaysia.

LGBT sedang diperjuangkan oleh pihak tertentu di Malaysia. Bermula dengan fahaman liberalisme agama kemudian kepada pluralisme agama dan kemudian kalimah Allah dan kalimah-kalimah lain boleh digunakan oleh agama lain dan akhirnya arah fahaman agama akan bercelaru dan melahirkan generasi yang keliru. Lalu orang akan mempertikaikan hadirnya agama dalam kehidupan dan memilih hidup tanpa agama atau memang agama dilihat sebagai penghalang kemajuan.

Anwar sejak zaman mudanya di Universiti Malaya memilih jalan yang bercanggah dengan peraturan universiti. Demonstrasi menjadi gaya perjuangannya terhadap sesuatu. Demonstrasi besar-besaran Baling 1974 suatu testimoni anarki bagaimana dikatakan ada orang mati kebuluran di sana dan kesannya adalah politik jalanan berlaku di Kuala Lumpur dan universiti-universiti.

Semasa dalam kerajaan 1982-1997, Anwar tidak menyenangi demonstrasi terutama sewaktu menjadi Menteri Pelajaran dan Timbalan Perdana Menteri. Dia amat tidak senang dengan pelajar-pelajar yang anti-establishment. Tahun 1998 selepas dipecat, reformasi dalam bentuk demonstrasi jalanan berada di puncak akibat tidak puas hati dipecat atas tuduhan liwat dan rasuah. Anwar menjelajah ke seluruh negara sehinggalah beliau diamankan di penjara Sungai Buloh.

Sewaktu di Amerika Syarikat selepas dibebaskan dari tahanan sekitar 1986-1988 beliau dilantik sebagai Pengarah The Foundation of the Futures oleh pihak sana dan mempunyai hubungan yang erat dengan ahli-ahli kongres dan pelobi Yahudi.

Selepas tsunami politik 2008, Anwar aktif semula dalam politik Malaysia dan memperkenalkan strategi Bersih politik jalanan menghadapi pihak yang berotoriti. Pendirian yang diambil semasa dalam kerajaan sama sekali tidak sama dan kenyataan terhadap DAP dan Pas jauh lebih ekstrem. Semasa dalam pakatan pembangkang pendirian itu berubah. Semuanya menjadi baik.

Jalur anarki yang ada pada Anwar memang sudah sebati. Ia akan muncul bila cita-cita peribadi politiknya tidak kesampaian. Dengan bakat pidato yang dimilikinya, dia menjadi tokoh penglipurlara yang sangat hebat dan mencetuskan kebencian yang mendalam terhadap kerajaan yang memerintah.

Sebelum PRU-13, sikap anarkisnya lebih menonjol. Dia sangat yakin menang dan lonjakan kempen Ini Kalilah dan UBAH menimbulkan kesedaran baru orang Cina terutama di bandar meninggalkan MCA dan Gerakan kerana Lim Kit Siang bakal ditabalkan menjadi Timbalan Perdana Menteri. Telah sekian lama Anwar bercita-cita untuk menawan Putrajaya, malah dalam ceramahnya beliau menyebutkan bakal mengangkat sumpah pada 6 Mei. Malangnya, takdir tidak menyebelahinya.

Lalu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dipersalahkan. Dituduhnya ada undi hantu, 40,000 pengundi Bangla diimport, lampu di pusat pengiraan padam, isu dakwat dan macam-macam lagi. Tetapi mengapa tak ditunjukkan bukti dan laporan kepada polis supaya aduan dan petisyen dapat dibawa ke mahkamah.

Sekali lagi demonstrasi tanpa izin menjadi pilihannya . Mengheret generasi muda yang mudah terangsang dengan pidato panas dan mengajar mereka tidak menghormati undang-undang. Ia suatu mesej yang salah terhadap orang muda dan hari depan negara.

Anwar pernah menjadi orang penting dalam kerajaan Malaysia. SPR yang sama jugalah digunakan olehnya untuk menentukan demokrasi berjalan di Malaysia. Kalau dulu semuanya kena, mengapa hari ini keadaan SPR serba tak kena. Pelik bin ajaib sekali sikap seorang manusia yang meletakkan kepentingan diri lebih dari kepentingan peraturan negara.

Mungkin ada hal peribadi yang Anwar ingin perjuangkan yang tidak tertunai. Kalau berada di puncak kuasa banyak perkara yang boleh dilakukan.

Ironinya, negeri-negeri yang dikuasai umumnya sudah mengangkat sumpah dan membentuk barisan kepimpinannya bagaimana bila mengangkat sumpah di Parlimen nanti akan terus berada di jalanan atau turut angkat sumpah sama atau tidak mengangkat sumpah kerana tidak mengiktiraf Pilihan Raya Umum ke-13 sah dari segi undang-undang dan perlembagaan. Sama-samalah kita tunggu.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved