Ahad, 19 Mei 2013

Utusan Online - Johor

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Peranan guru ditagih

Posted: 18 May 2013 11:08 AM PDT

Oleh HANIZA HASSAN
utusanjohor@utusan.com.my

Mohamed Khaled Nordin bersama Zulkipli Mahmud (dua dari kiri), Ahmad Tunggal (dua dari kanan), Md. Jais Sarday (kanan) dan Md. Nor A. Ghani (kiri) selepas majlis sambutan Hari Guru Peringkat Negeri di Kompleks Islam Iskandar Johor, Johor Bahru, semalam. - MINGGUAN/AMIN FARIJ HASAN

JOHOR BAHRU 18 Mei - Golongan pendidik diseru untuk membantu negara menangani masalah kesatuan kaum atau 'social cohesion' yang kini dilihat berada pada tahap sangat rapuh, membimbangkan dan memerlukan intervensi yang komprehensif.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pendidikan bukan hanya berkisar mengenai penyampaian ilmu dan pembelajaran, sebaliknya merupakan wadah terbaik untuk mengukuhkan kesatuan bangsa.

Katanya, negara kini berada di persimpangan yang sangat mengelirukan dalam aspek kesatuan kaum, tambahan pula keputusan pilihan raya umum lalu menunjukkan betapa polarisasi kaum di negara ini dalam keadaan semakin kritikal.

"Marilah kita memulihkan kepercayaan bahawa Malaysia hanya akan maju dan berjaya jika semua bangsa - Melayu, Cina, India dan pelbagai etnik lain bermuafakat dan bekerja bersama. Marilah kita menjadi katalis yang menyemai nilai permuafakatan dan kebersamaan dalam anak-anak didik kita.

"Jika kita asuh mereka di sekolah dengan semangat muafakat, maka saya percaya akan lahir harapan untuk mewujudkan bangsa Malaysia yang lebih teguh dan harmoni," katanya semasa merasmikan sambutan Hari Guru peringkat negeri 2013 di Pusat Islam, di sini hari ini.

Yang turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Md. Jais Sarday; Pengarah Pelajaran negeri, Mohd. Nor A. Ghani dan Pegawai Pelajaran Daerah Johor Bahru, Baharom Ali.

Pada majlis itu, bekas Pengetua Maktab Sultan Abu Bakar, Zulkipli Mahmud, 60, menerima Anugerah Tokoh Kepimpinan manakala Tokoh Guru disandang pesara guru Sekolah Menengah Agama Maahad Muar, Ahmad Tunggal, 66.

Dalam pada itu, Mohamed Khaled berkata, Johor yang akan menumpukan aspek pembangunan ekonomi, amat bergantung kepada tenaga kerja kompeten serta modal insan berbakat.

Menurutnya, pendidikan awal yang berkesan dari sekolah rendah hingga menengah adalah proses sangat penting dalam membangunkan peribadi, kompetensi dan pemikiran modal insan negara.

"Malah, dasar pelaburan awal yang kukuh di peringkat ini sebenarnya penyumbang utama kejayaan sistem pendidikan manakala institusi pengajian tinggi (IPT) hanya melakukan tugas memperkukuh dan melengkapkan serta meletakkan nilai tambah pada modal insan itu.

"Hasrat tersebut pasti tidak akan tercapai tanpa peranan guru. Pada saya, gurulah pemangkin perubahan yang memikul tanggungjawab paling besar dalam menterjemahkan agenda pembangunan modal insan ini," katanya.

PAIM tawar peluang kerja di Kepak 2013

Posted: 18 May 2013 11:08 AM PDT

Golongan belia melayari internet di kaunter JPA bagi mencari peluang pekerjaan sempena Karnival Kerjaya, Perniagaan dan Kemahiran 2013 di Plaza Angsana, Johor Bahru, semalam. - MINGGUAN/ RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU 18 Mei - Selain menyediakan kemudahan logistik khususnya kepada para pelajar sempena Karnival Kerjaya, Perniagaan dan Kemahiran 2013 (Kepak 2013), Perbadanan Pengangkutan Awam Iskandar Malaysia (PAIM) kini turut menawarkan peluang pekerjaan kepada individu yang berkelayakan.

Ketua Eksekutif PAIM, Mohd. Gadaffie Abd. Aziz berkata, Kepak 2013 yang berlangsung di Plaza Angsana di sini, merupakan lokasi kedua bagi mereka mencari pekerja secara serius untuk mengisi kekosongan pelbagai jawatan termasuk di bahagian pengurusan dan teknikal.

Menurut beliau, PAIM yang juga rakan strategik Kepak 2013 lebih banyak melakukan promosi tentang syarikat berbanding tawaran pekerjaan kerana sebelum ini tiada kekosongan jawatan yang boleh ditawarkan kepada orang ramai.

"Sebelum ini kita lebih tertumpu kepada penyediaan logistik sahaja dan memberi ceramah tentang kempen kesedaran melibatkan pengangkutan awam kepada para pengunjung.

"Plaza Angsana menjadi lokasi kedua kami untuk mencari individu yang berkelayakan menyertai PAIM selepas Kepak yang diadakan di Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang. Sebelum ini kita ada menerima permohonan pekerjaan tetapi kali ini kita mencari secara serius," katanya kepada Mingguan Malaysia selepas majlis perasmian Kepak 2013 di Plaza Angsana semalam.

Karnival tiga hari itu dirasmikan Pegawai Daerah Johor Bahru, Amran A. Rahman dan turut dihadiri Naib Presiden Kanan Pembangunan Sosial, Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA), Nor Hisham Hussien.

Mohd. Gadaffie berkata, antara pekerjaan yang ditawarkan adalah pemandu bas kerana pihaknya mengalami kesukaran untuk mendapatkan pekerja bagi jawatan itu akibat persaingan daripada negara jiran, Singapura.

Beliau memberitahu, pada waktu ini kebanyakan pemandu lebih gemar bekerja di republik itu memandangkan nilai gaji yang diperoleh lebih tinggi berbanding negara ini.

"Mereka lebih gemar untuk bekerja di sana kerana gaji mereka jika ditukar kepada ringgit Malaysia adalah lebih menguntungkan.

"Kita juga sedang menjalin kerjasama dengan Jabatan Tenaga Kerja (JTK) untuk mencari pekerja dari Sabah dan Sarawak untuk mengatasi masalah kekurangan pekerja," katanya.

Kepak 2013 menawarkan lebih 3,000 peluang pekerjaan termasuk 345 pekerjaan dalam sektor awam.

Karnival diadakan sejak 2011 anjuran kerajaan negeri itu turut mendapat kerjasama IRDA, Jabatan Pembangunan Kemahiran, Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan Jobs Malaysia Centre.

Bertemakan Peluang Berjaya Untuk Semua, Kepak 2013 bukan hanya memberi tumpuan kepada golongan pencari kerja semata-mata, tetapi menyasarkan kumpulan lepasan sekolah, pusat latihan kemahiran dan lepasan institusi pengajian tinggi yang sedang mencari pekerjaan.

Program tersebut juga memberi peluang kepada pencari kerja dan peniaga sepenuh masa atau sambilan yang berhasrat menambah pendapatan termasuk golongan suri rumah, ibu tunggal dan orang kurang upaya (OKU) serta warga emas.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Utara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


Projek 'misteri' Bukit Gambir

Posted: 18 May 2013 11:08 AM PDT

Oleh MOHD. FIRDAUS ISMAIL
utusanpenang@utusan.com.my

Rayer di hadapan Bukit Gambir yang dibersihkan untuk satu projek yang tidak diketahui statusnya di Pulau Pinang, semalam.

PULAU PINANG 18 Mei - Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Jabatan Perhutanan diminta turun padang melawat kawasan puncak di Bukit Gambir yang digondolkan untuk satu projek 'misteri'.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Delima, R.S.N. Rayer berkata, jika aktiviti penggondolan bukit itu tidak ditangani dengan segera, ia dikhuatiri boleh mengancam nyawa ribuan penduduk di sekitar kawasan berkenaan.

"Adakah kita mahu berlaku satu lagi tragedi Highland Tower. Bayangkan jika berlaku hujan lebat dan banjir lumpur di kawasan ini. Sudah pasti ia akan mengalir ke kawasan bawah yang menempatkan tiga blok pangsapuri dan beberapa taman perumahan.

"Sehubungan itu, saya meminta pihak berkuasa tempatan supaya lebih peka dengan masalah ini dan segera bertindak," katanya pada sidang akhbar selepas meninjau kawasan berkenaan di sini, hari ini.

Menurut Rayer, pemeriksaan beliau dengan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalu Lintas dan Tebatan Banjir negeri, Chow Kon Yeow mendapati projek berkenaan adalah "haram".

"Saya difahamkan tanah itu milik persendirian tetapi mengikut undang-undang, pihak berkuasa tempatan iaitu MPPP mesti mengeluarkan surat kebenaran untuk memulakan kerja tanah tetapi malangnya surat itu tidak dikeluarkan.

"Pihak berkuasa tempatan di bawah kerajaan negeri perlu peka mengenai perkara ini dan saya berharap agar Jabatan Perhutanan juga dapat turun padang untuk melakukan pemeriksaan," katanya.

Katanya, aktiviti penggondolan hutan di puncak bukit berkenaan juga akan menjejaskan habitat haiwan liar di situ seperti burung, monyet dan ular.

Pasar tani wajah baharu

Posted: 18 May 2013 11:08 AM PDT

KANGAR 18 Mei - Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Perlis bercadang memperkenalkan pasar tani berwajah baharu di seluruh negeri selewat-lewatnya hujung tahun ini.

Pengarahnya, Muslim Manja berkata, usaha itu akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat dengan permulaan membabitkan tapak Pasar Tani Mega Taman Sena Indah.

''Tujuannya untuk mengembalikan semula keceriaan setiap pasar tani supaya setiap pengunjung lebih seronok untuk datang membeli-belah selain menawarkan pelbagai produk yang boleh menjimatkan perbelanjaan dapur," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas majlis pelancaran Pasar Tani Wajah Baru, Jimat Belanja Dapur & Program Ketuk-Ketuk Ramadan Peringkat Negeri Perlis di Pasar Tani Mega Taman Sena Indah di sini, hari ini.

Majlis tersebut dilancarkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sena, Abdul Jamil Saad.

Muslim berkata, menerusi pengenalan wajah baharu itu, FAMA menyediakan kanopi, sepanduk dan alas meja untuk setiap peserta pasar tani.

Untuk kelengkapan tersebut katanya, peserta dikenakan bayaran sebanyak RM150 seorang.

''Selain itu, FAMA juga telah melatih peserta dengan memberikan kursus termasuk cara susun atur produk perniagaan masing-masing supaya nampak lebih menarik," katanya.

Beliau percaya dengan penampilan imej baharu tersebut akan turut meningkatkan jualan pasar tani di seluruh negeri Perlis.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Dalam Negeri

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Mansuh Dewan Negara, usaha DAP untuk ubah model Malaysia

Posted: 19 May 2013 02:49 AM PDT

TUMPAT 19 Mei - Cadangan Pengerusi DAP, Karpal Singh supaya Dewan Negara dimansuhkan disifatkan langkah halus DAP untuk memansuhkan pula sistem beraja dan menggubal Perlembagaan negara supaya selaras dengan apa yang diperjuangkan parti itu.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, ia adalah permulaan kepada banyak lagi perkara mengarut yang akan dikemukakan DAP selepas ini untuk mengubah model Malaysia yang telah terbukti berjaya sejak zaman merdeka dulu.

Katanya, cadangan tersebut juga adalah bukti bahawa pemimpin-pemimpin DAP semakin 'besar kepala' kerana yakin parti itu mendapat sokongan majoriti orang Melayu walaupun hakikatnya hanya Melayu Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang menyokong mereka pada Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu.

"Saya bersetuju kepada satu perkara bahawa ini adalah satu permulaan kepada banyak lagi cadangan-cadangan mengarut untuk mengubah model negara Malaysia, Perlembagaan Tanah Melayu. Malaysia adalah yang terbaik jika mengambil kira sejarah negara dan sistem demokrasi dan Raja Berperlembagaan yang kita amalkan.

"Kita yakin cadangan ini datang kerana DAP yakin ramai orang Melayu sokong mereka, jadi mereka besar kepala mula mencabar Perlembagaan yang akan melibatkan perubahan struktur pentadbiran negara secara radikal," kata beliau pada sidang akhbar di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Kerusi Exco Selangor: Pas 4, PKR 3, DAP 3 - Khalid

Posted: 19 May 2013 01:46 AM PDT

KLANG 19 Mei - Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengesahkan

barisan Exco Kerajaan Negeri bagi penggal ini akan diwakili empat wakil daripada Pas dan masing-masing tiga oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

Beliau bagaimanapun memberitahu, senarai nama mereka hanya akan diumumkan semasa istiadat angkat sumpah yang dijangka diadakan penghujung Mei ini.

"Kita pakai formula 3:3:4 (PKR: DAP: Pas) dan saya telah menyerahkan cadangan nama barisan Exco kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah kelmarin. Jika terdapat sebarang perubahan, baginda akan memanggil saya untuk dibincangkan semula.

"Kita turut memberikan beberapa nama alternatif supaya baginda boleh membuat pilihan," kata beliau kepada pemberita selepas majlis kesyukuran sempena kemenangannya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelabuhan Klang di sini malam tadi. - UTUSAN ONLINE

Perenang buta berjaya rentas Selat Pulau Pinang

Posted: 19 May 2013 12:55 AM PDT

FAIQ Adnan mengangkat tangan sejurus tiba di pantai Bagan Ajam selepas berjaya menamatkan renangan merentasi Selat Pulau Pinang sejauh 5 KM di Kawasan Rehat dan Rawat Bagan Ajam, Butterworth hari ini. - UTUSAN

BUTTERWORTH 19 Mei - Seorang atlet Paralimpik hari ini berjaya berenang menyeberangi Selat Pulau Pinang sejauh lima kilometer selepas bergelut melawan ombak selama dua jam 20 minit dan 30 saat.

Kejayaan Faiq Adnan, 23, itu telah merealisasikan impian beliau yang dipendam sejak lima tahun lalu sekali gus mencatat rekod peribadi buat dirinya.

Menurut Faiq beliau menghadapi saat getir pada 40 minit pertama apabila sangkar renangnya pecah akibat dipukul ombak kuat menyebabkan beberapa bahagian badannya disengat obor-obor, setelah memulakan cabaran di Pelabuhan Swettenham pada 9 pagi.

"Tetapi saya nekad untuk terus berenang dan melupakan kesakitan itu kerana ini adalah impian saya sejak dahulu lagi walaupun mula rasa putus asa pada mulanya," katanya pemberita ketika ditemui di Pantai Bagan Ajam di sini.

Pelajar tahun dua jurusan Kesusasteraan Melayu di Universiti Malaya (UM) itu berkata sangkar renang itu dapat dibaiki dalam masa 15 minit menyebabkan beliau tiba agak lewat dari waktu yang disasarkan.

Faiq anak kelahiran Tikam Batu, Sungai Petani, Kedah, berkata dorongan dan kata-kata semangat dari jurulatih, Datuk Ooi Win Juat yang bertindak sebagai pengiring dan penunjuk arah turut membakar semangatnya untuk menamatkan cabaran itu.

"Datuk Ooi telah menjadi jurulatih saya semasa belajar di Sekolah Pendidikan Khas Alma, Bukit Mertajam semasa saya darjah tiga lagi dan walaupun sibuk dengan kerjayanya sendiri kini, beliau tetap meluangkan masa membantu latihan saya," kata Faiq yang juga atlet Paralimpik Pulau Pinang.

Beliau yang telah bergiat akktif dalam sukan renang sejak berusia sembilan tahun berkata bagi menjayakan misi itu beliau berlatih secara konsisten sejak 2011.

"Saya memang berlatih secara konsisten iaitu berenang sebanyak 40 pusingan di kolam renang empat kali seminggu untuk mengekalkan stamina," katanya menambah latihan kelajuan dan ketangkasan di laut dijalankan sejak enam bulan lepas.

Anak ketiga daripada lima beradik itu berharap kejayaannya itu dapat memberi inspirasi kepada golongan kurang upaya agar berani mencabar diri sendiri untuk melakukan aktiviti yang biasanya dilakukan mereka yang normal.

Untuk cabaran seterusnya, Faiq berkata beliau berazam merentasi Selat Inggeris pada awal tahun 2015.

Program anjuran bersama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang, Persatuan Sukan Rekreasi Orang Kurang Upaya Pulau Pinang (Pesron) itu turut melibatkan Jabatan Bomba dan Penyelamat, Polis Marin, Jabatan Meteorologi dan Puspakom. - BERNAMA

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Selatan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


Penghargaan tertinggi pesara guru

Posted: 18 May 2013 11:08 AM PDT

Oleh NORLIZA MOHAMAD ZAKARIA
utusanmelaka@utusan.com.my

Idris Haron bersama Othman Matsom (dua dari kiri), Abdul Aziz Jonit (empat dari kiri) dan M. Namasivayam(tiga dari kanan) dalam majlis Sambutan Hari Guru 2013, Guru Malaysia,1Aspirasi, 1Agenda di Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka, semalam. - MINGGUAN/ AZLI AHAD

MELAKA 18 Mei - Tiada apa yang lebih membahagiakan bagi tiga bekas guru yang menumpahkan bakti mendidik dan memberi rangsangan semangat kepada golongan pelajar suatu ketika dahulu apabila jasa mereka dikenang dan dinobat sebagai Tokoh Guru sempena sambutan Hari Guru peringkat negeri hari ini.

Mereka ialah bekas Yang Dipertua Angkatan Belia Islam Malaysia Melaka Tengah, Datuk Othman Matsom, 71; bekas Ketua Pegawai Operasi Kolej Teknologi Yayasan Alor Gajah, Abdul Aziz Jonit, 72, dan bekas Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dang Anum, M. Namasivayam, 77.

Menurut Othman, penghargaan yang diberikan amat bermakna buatnya sebagai seorang pendidik.

"Syukur kepada Allah kerana terpilih sebagai antara Tokoh Guru di negeri ini pada tahun ini, inilah penghargaan terbesar buat saya.

"Walaupun saya telah bersara, namun saya masih berkhidmat kepada masyarakat dengan memberi ceramah tentang pelajaran dan dengan kesihatan tubuh badan dan kelapangan masa yang ada dapat saya curahkan lebih bakti," katanya.

Beliau memulakan kerjaya sebagai guru Pendidikan Islam di SMK Methodist (ACS) pada tahun 1965 dan bersara sebagai Penyelia Pendidikan Islam Menengah di Jabatan Pelajaran negeri pada 16 Mac 1997.

Bapa kepada tiga anak itu menerima Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) pada tahun 2010 yang membawa gelaran Datuk.

Dalam pada itu, Abdul Aziz berkata, penghargaan diberi umpama pembakar semangat buatnya untuk terus berkhidmat sebagai pendidik walaupun bukan secara formal.

"Kerajaan negeri dan Jabatan Pelajaran negeri telah menghargai khidmat saya yang telah lebih 32 tahun sebagai pendidik.

"Alhamdulillah, penghargaan ini saya terima dengan senang hati," katanya.

Beliau memulakan kerjaya sebagai guru di Sekolah Kebangsaan (SK) Durian Daun, Masjid Tanah pada 1965 dan bersara pada 26 September 1996.

Tugas guru adalah jihad ilmu

Posted: 18 May 2013 11:08 AM PDT

Mohd. Razi

JEMPOL 18 Mei - Pengalaman menjadi pendidik selama 18 tahun masih segar dalam ingatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Lui yang baharu, Mohd. Razi Mohd. Ali.

Jika sebelum ini beliau menyambut Hari Guru sebagai seorang pendidik, tahun ini agak berbeza apabila perayaan itu disambut setelah beliau bergelar Yang Berhormat selepas memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) 5 Mei lalu.

Mohd. Razi menjelaskan, beliau memulakan khidmat perguruan pada Mei 2005 dan melepaskan jawatan tersebut April lalu apabila terpilih untuk menjadi calon Barisan Nasional.

''Pada awalnya ibu bapa saya meletakkan cita-cita tersebut dalam diri saya. Mereka mahu salah seorang daripada enam anak mereka bergelar pendidik. Alhamdulillah impian mereka terlaksana apabila saya dan adik menjadi guru.

''Sekolah Menengah Kebangsaan Serting Hilir Kompleks adalah sekolah pertama saya. Waktu itu saya menjadi guru disiplin dan pastinya berdepan dengan pelbagai kerenah pelajar,'' jelasnya.

Katanya, cabaran menjadi guru amat besar dan sebagai ADUN, beliau akan menggunakan pengalaman yang ditimba untuk terus mencurahkan bakti dengan lebih baik.

''Selaras menjadikan negeri ini sebagai lembah ilmu, dengan pengalaman yang ada sebagai guru tentulah hasrat itu akan dilaksanakan sebaik mungkin, termasuk memastikan lebih ramai pelajar cemerlang lahir dari sini," jelasnya.

Mengenai sambutan Hari Guru hari ini kata Mohd. Razi, setiap pendidik wajar berbangga dengan kerjaya dipikul kerana usaha itu adalah satu 'jihad ilmu' yang perlu dilaksanakan tanpa rasa jemu.

''Saya faham, banyak tugas perlu dilakukan oleh guru dalam mendidik pelajar, tetapi percayalah anak didik kita kelak akan berterima kasih di atas bimbingan yang diberikan oleh seorang guru.

''Tambahan pula, nikmat 'guru' itu juga akan dirasai sampai kita telah bersara kerana ilmu yang ada pada guru itu boleh mendidik anak bangsa selagi nyawa dikandung badan," tegasnya.

Mohd. Razi sebelum ini mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Lui Barat dan merupakan Ketua Panitia Sains Pertanian di sekolah tersebut sebelum meletakkan jawatan bertanding dalam PRU-13 sebagai calon BN di DUN Sungai Lui.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rekreasi

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rekreasi


Putrajaya MTB Jamborace 2013

Posted: 18 May 2013 02:00 AM PDT

PESERTA bersedia dengan basikal masing-masing di garisan perlepasan bagi berentap dalam Putrajaya MTB Jamborace.

KEJAYAAN mengumpulkan lebih 1,000 peserta dalam acara tahun lalu memberi petanda bahawa Putrajaya MTB Jamborace (PMJ) yang telah diadakan sejak 2011 mendapat sambutan yang menggalakkan.

Berbeza dengan penganjuran pada tahun-tahun yang sebelumnya, PMJ yang diadakan pada 20 April lalu lebih tertumpu kepada perlumbaan melibatkan pengayuh-pengayuh tegar basikal gunung.

Acara tahun ini telah mengehadkan penyertaan kepada lebih 400 peserta termasuk penyertaan daripada peserta antarabangsa yang berentap menerusi lima kategori yang dipertandingkan iaitu Terbuka Lelaki (1&2), Junior (18 tahun dan ke bawah), Terbuka Wanita, Veteran (40 tahun dan ke atas) dan Elit.

Pejabat Kementerian Pelancongan Malaysia Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur/ Putrajaya dan Perbadanan Putrajaya (PPJ) melalui acara ini mahu mempromosikan eksplorasi taman-taman landskap di Putrajaya dalam acara yang berkonsepkan jamboree dan race.

Pengarahnya, Yuhaini Yusoff berkata, acara tersebut bukan sahaja bertujuan untuk mempromosikan pelancongan di Malaysia tetapi turut mempopularkan pelancongan berbasikal di negara ini.

Seperti yang kita sedia maklum, terdapat banyak taman-taman di Putrajaya yang boleh dijadikan taman riadah untuk aktiviti berbasikal.

Acara ini juga merupakan salah satu pendedahan kepada umum untuk menggunakan taman-taman yang ada di Putrajaya dengan sebaik mungkin," katanya.

Laluan trek berbasikal sejauh 6.3km untuk satu pusingan menjadi medan taruhan dalam cabaran berbasikal yang 50 peratusnya adalah laluan denai manakala sebahagian lagi adalah jalan tar yang kebanyakannya merupakan laluan berbukit.

Acara yang dikendalikan oleh Red Adventure Sdn. Bhd. selaku pengurus acara dan mendapat kerjasama daripada Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia ini juga diharap dapat menyemai budaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat.

Yang turut hadir, Pengarah Pejabat Pelancongan Malaysia Kuala Lumpur, Azmi Abdullah dan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Perancangan & Kawalan Landskap,Jabatan Landskap dan Taman, PPJ, Norhaliza Bt Hanifah.

Apa yang lebih menarik, peserta PMJ 2013 kali ini merupakan antara perintis yang mula-mula merasai pengalaman baru di laluan trek berbasikal di sekitar kawasan

Taman Rimba Alam yang terletak

di Presint 15, Putrajaya.

Laluan trek jamborace untuk acara ini baru sahaja direka dan dibuka untuk kegunaan orang awam yang gemarkan aktiviti lasak seperti ini.

Penganjuran acara ini juga sebagai acara permulaan dalam salah satu usaha mempromosikan Malaysia untuk menarik lebih ramai pelancong ke negara ini memandangkan tahun hadapan adalah tahun melawat Malaysia. - LAILISUHANA

Terpesona kemeriahan pesta air Port Dickson

Posted: 18 May 2013 02:00 AM PDT

Acara sukaneka pantai yang terbuka kepada semua pengunjung disambut meriah sepanjang kawasan Pantai Cahaya Negeri, Port Dickson, Negeri Sembilan.

JIKA Festival Air Songkran terkenal di Thailand, negara juga tidak ketinggalan kerana mempunyai pesta air yang tidak kurang hebatnya.

Pesta Air Port Dickson (PD), Negeri Sembilan unik kerana ia amat terkenal dalam kalangan pengunjung berkeluarga sama ada warga tempatan dan asing.

Baru-baru ini, saya berkesempatan bercuti di Port Dickson ketika berlangsungnya Pesta Air PD.

Dianggarkan hampir 100,000 pengunjung mengunjungi bandar pelancongan di Pantai Barat Semenanjung itu sepanjang tiga hari acara tersebut berlangsung.

Pesta Air PD yang diadakan di Pantai Cahaya Negeri pada 12 hingga 14 April lalu merupakan hasil kerjasama Kementerian Pelancongan dengan Kerajaan Negeri Sembilan, Tourism Malaysia Negeri Sembilan dan Majlis Perbandaran Port Dickson.

Pelbagai aktiviti menarik dianjurkan seperti Karnival Memancing Port Dickson, Tarian Cuti-Cuti 1Malaysia, Kempen 1MG1MC, gerai pameran dan jualan.

Sampai sahaja ke kawasan tapak karnival pada pukul 10 pagi, saya terus mengambil bahagian dalam pelbagai acara sukaneka pantai yang menjadi tarikan utama kepada setiap pengunjung.

Pada hari itu turut diadakan persembahan pertunjukan api, demonstrasi jet ski, cabaran bola sepak pantai, bola jaring, memasak, tarik tali, pertunjukan ular, pertandingan mewarna kanak-kanak, pertunjukan bunga api dan pertandingan Battle of The Band.

Penat bermain air di siang hari, pengunjung dihiburkan pula dengan persembahan bertenaga daripada artis tempatan seperti Ella, Nubhan, Lena, Ayu Damit, Ani Mayuni, DBella, Roslan Shah dan Sharifah Shahora.

Peluang mengunjungi Pantai Barat Semenanjung Malaysia itu membuatkan saya yakin bahawa Negeri Sembilan tidak kurang hebatnya dengan kepelbagaian produk-produk pelancongan yang boleh dijadikan ikon kepada negara tercinta.

Sudah tentu kerana tarikan utamanya, acara pantai yang diadakan di pusat peranginan tersebut amat meriah maka tak hairanlah mengapa Pesta Air PD disambut dengan kemeriahan.

Selepas tamat persembahan artis, saya bersiar-siar di sekitar kawasan pantai dan sudah tentu pasar malam PD dijadikan lokasi seterusnya untuk diterokai.

Istimewanya, pasar malam itu hanya diadakan seminggu sekali pada hari Sabtu dan sudah menjadi tarikan utama buat mereka yang selalu berkunjung ke PD.

Nasib saya agak baik kerana kunjungan ke PD turut disambut musim durian.

Selepas puas membeli-belah makanan dan beberapa barangan untuk dijadikan koleksi dan cenderamata, saya kembali ke Kuala Lumpur.

Akibat kepenatan, saya terus tidur. Lagi pun jam sudah menunjukkan pukul 3 pagi.

Biarpun letih, pengalaman menyaksikan kemeriahan Pesta Air PD tidak akan dilupakan sepanjang hayat. -SYAHRIL/AZLAN HADI ABU BAKAR

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Muka Hadapan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Muka Hadapan


Polis siasat

Posted: 18 May 2013 11:08 AM PDT

Broken Link!

The content you are looking for is not available. You might had clicked on a broken link from another website or the content itself might have been removed.

You may want to consider our archive on

If you think there is an error, please click here to report and let us know.

Pelbagai pihak sokong kenyataan Ahmad Zahid

Posted: 18 May 2013 11:08 AM PDT

Broken Link!

The content you are looking for is not available. You might had clicked on a broken link from another website or the content itself might have been removed.

You may want to consider our archive on

If you think there is an error, please click here to report and let us know.

Fokus kepada negeri dimenangi, bukan sibuk buat perhimpunan haram

Posted: 18 May 2013 11:08 AM PDT

Broken Link!

The content you are looking for is not available. You might had clicked on a broken link from another website or the content itself might have been removed.

You may want to consider our archive on

If you think there is an error, please click here to report and let us know.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Timur

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Timur


Terima kasih TNB!

Posted: 18 May 2013 11:08 AM PDT

Oleh WAN ZULKIFLI WAN YAACOB
utusanterengganu@utusan.com.my

ADELINA Iskandar (dua dari kiri) meninjau suasana dalaman rumah keluarga Mohamad Mohd. Hassan (kanan) di Kampung Tanjung Baru, Hulu Terengganu kelmarin.

HULU TERENGGANU 18 Mei - Rumahnya kecil dan makin usang, namun Mohamad Mohd. Hassan tidak mampu menyediakan suasana kehidupan lebih baik buat isteri dan tujuh anak mereka di Kampung Tanjung Baru dekat sini.

Pendapatan yang tidak menentu, bergantung kepada kerja-kerja kampung dan sekadar cukup untuk memenuhi keperluan harian semata-mata, membataskan impiannya untuk memberi lebih.

Melihat kekurangan keluarganya, Mohamad, 52, dan isteri, Fatimah Mamat, 47, merasa amat bersyukur dan berterima kasih kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) dengan kerjasama Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) kerana tampil membantu.

"Saya cuma kerja kampung, tidak mampu membaiki rumah ini. Syukurlah TNB melihat hidup kami sekeluarga dan tergerak untuk membantu," ujarnya yang menceritakan kegembiraan anak-anak dengan keadaan rumah yang dianggap benar-benar sempurna kini.

Rumah mereka dibaik pulih Februari lalu dengan kos RM22,000 melalui program Baiti Jannati TNB yang menjurus kepada kerja-kerja membaiki kediaman golongan sasaran antaranya orang kurang upaya, ibu tunggal, warga emas dan penduduk miskin di luar bandar.

Penyerahan rumah itu disempurnakan oleh Naib Presiden (Hal Ehwal Korporat dan Komnunikasi) TNB, Adelina Iskandar kelmarin.

Selain bantuan membaik pulih rumah, Mohamad menerima sumbangan barangan elektrik daripada persatuan di bawah TNB seperti Pelitawanis, Kelab Kilat dan Kesatuan Sekerja TNB.

Menurut Adelina, sepanjang lima bulan pertama tahun ini, TNB telah membaik pulih 137 rumah di seluruh Semenanjung melibatkan peruntukan RM2.6 juta.

Bagi Terengganu beliau memberitahu, sebanyak 18 rumah telah berjaya dibaiki sejak 2008 yang melibatkan perbelanjaan RM307,312.

"Tahun ini tiga penerima mendapat manfaat membaiki rumah iaitu Mamat Abas dari daerah Setiu, Zarina Mamat (Paka, Dungun) dan Mohamad dari Hulu Terengganu," katanya.

Lebih RM300 juta naik taraf Pelabuhan Chendering

Posted: 18 May 2013 11:08 AM PDT

KUALA TERENGGANU 18 Mei - Peruntukan lebih RM300 juta diperlukan untuk menaik taraf kemudahan di Pelabuhan Chendering di sini agar seiring dengan perkembangannya sebagai salah sebuah pelabuhan perikanan berdaya maju.

Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Terengganu, Mohd. Saffe Mohd. berkata, usaha itu termasuklah mendalamkan sekitar kawasan pelabuhan di samping meneruskan pembinaan benteng pemecah ombak.

"Kita telah mengemukakan permohonan kepada pihak kementerian melalui kerajaan negeri beberapa tahun lalu.

"Namun, sehingga kini masih belum menerima kata putus," ujarnya kepada pemberita selepas majlis penyerahan sumbangan 1,000 jaket keselamatan oleh Kumpulan AmBank kepada golongan nelayan dan pengusaha bot semalam.

Menurut Mohd. Saffe, 120 bot pelbagai jenis menggunakan kemudahan di pelabuhan itu untuk berlabuh dan mendaratkan hasil tangkapan di samping mendapatkan bekalan minyak.

Sementara itu, kalangan nelayan berharap kerajaan dapat meneruskan usaha menaik taraf pelabuhan tersebut.

Bagi Dahalan Ali, 68, tembok pemecah ombak sangat penting kepada nelayan agar mereka dapat keluar dan masuk ke pelabuhan dengan selamat.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved