Khamis, 16 Mei 2013

Utusan Online - Kota

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


UIAM malu tercemar teruk

Posted: 15 May 2013 01:21 PM PDT

Oleh SITI AINIZA KAMSARI
kota@utusan.com.my

KAWASAN hutan yang telah dibersihkan oleh sebuah syarikat ini dipercayai menjadi punca pencemaran Sungai Pusu yang turut mengalir ke dalam kawasan kampus UIAM Gombak.

SUNGAI yang mengalir ke dalam kawasan UIAM ini dahulunya jernih dan menjadi daya tarikan kepada pelawat.

WAKIL agensi kerajaan turut dibawa melihat anak sungai di dalam kawasan kampus UIAM yang tercemar akibat aktiviti pembersihan hutan berdekatan di Gombak, Selangor.

GOMBAK 15 Mei - Kawasan sekitar kampus induk Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di sini diancam masalah pencemaran alam sekitar yang teruk ekoran pelbagai aktiviti penerokaan hutan seluas kira-kira lima hektar berdekatan dengan kampus tersebut.

Akibat daripada kerja-kerja pembersihan hutan itu, kini beberapa anak sungai yang mengalir di dalam kawasan kampus, kolam-kolam tebatan banjir, kolam serta tasik-tasik rekreasi di universiti itu dijangka akan mati dalam tempoh lima tahun lagi.

Pengarah Bahagian Pembangunan UIAM, Datuk Ir. Shaffei Mohamad berkata, pembukaan hutan itu juga menimbulkan masalah banjir kilat di dalam kawasan UIAM yang menjejaskan 22,000 warganya, termasuk kakitangan dan pelajar.

Masalah banjir kilat berlaku terutama apabila hujan lebat yang kerap kebelakangan ini. Apabila banjir, jalan dalam kawasan kampus ditenggelami air malah telah ada kejadian air melimpah sehingga ke bilik-bilik kuliah, penempatan pelajar dan kakitangan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Difahamkan, kawasan hutan itu dibersihkan untuk projek membina rumah.

Ekoran masalah itu, pihaknya mengambil inisiatif membawa sekumpulan pegawai akademik dan pentadbiran UIAM serta wakil-wakil dari beberapa agensi kerajaan untuk melihat sendiri kawasan yang telah tercemar dan yang menjadi punca pencemaran.

Wakil agensi kerajaan yang hadir termasuk dari Jabatan Alam Sekitar (JAS), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Lembaga Urus Air Selangor (LUAS), Jabatan Perhutanan, Pejabat Tanah dan Galian Gombak dan Majlis Perbandaran Selayang.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati beberapa anak sungai dari Sungai Pusu yang menjadi saliran utama di kawasan itu teruk tercemar. Alirannya tersekat oleh timbunan lumpur dan pasir yang menyebabkan sungai menjadi cetek dan mengecil manakala kejernihan dan kualiti air terjejas.

Air anak sungai di dalam kawasan kampus, yang selama ini menjadi tumpuan termasuk pelawat dalam dan luar negara, juga menjadi keruh dan tidak lagi dapat dibanggakan oleh warga UIAM.

Melihatkan keadaan yang teruk ini, menyebabkan kami di pihak pentadbiran berasa sangat malu. Sebagai sebuah kampus universiti Islam yang dikurniakan alam sekitar yang hijau dan cantik, pencemaran seperti ini tidak sepatutnya berlaku.

Sukar untuk kami menjawab terutama apabila pelawat merungut dan tidak berpuas hati dengan keadaan kolam rekreasi dan sungai yang tercemar ini.

Seolah-olah kami tidak mengambil berat soal melestarikan alam sekitar sedangkan UIAM begitu menjuarai dalam pelbagai bidang akademik tetapi dalam hal alam sekitar kami dianggap gagal dan ini sangat memalukan," kata Shaffei.

Menurut beliau, UIAM membelanjakan hampir RM1.2 juta setiap tahun untuk mengatasi masalah pencemaran itu, termasuk memperbaiki dari aspek teknikal.

Namun sampai bila kami harus berbelanja besar untuk menjaga alam sekitar yang semakin teruk tercemar akibat perbuatan orang lain.

Tidak guna kami melakukan pelbagai usaha tetapi pihak lain terutama pemaju yang mengusahakan pembukaan tanah secara berfasa-fasa berhampiran dengan UIAM ini terus menerus merosakkan alam sekitar yang menyebabkan kampus ini menjadi mangsa," katanya.

Mula beroperasi hari ini

Posted: 15 May 2013 01:21 PM PDT

DERETAN teksi bandar menunggu penumpang pada hari pertama perkhidmatan teksi bandar dibenarkan mengambil penumpang di KLIA, Sepang semalam. - BERNAMA

SEPANG 15 Mei - Langkah membenarkan perkhidmatan teksi bandar beroperasi di aras satu Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) mulai hari ini mendapat reaksi positif penumpang dan pemandu teksi bandar.

Fazilah Siraj, 54, berkata, langkah Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) itu amat baik kerana ia memudahkan penumpang memilih perkhidmatan teksi mengikut keperluan dan menjimatkan masa apabila penumpang tidak perlu menunggu lama untuk mendapatkan teksi.

"Dengan adanya teksi bandar di KLIA ini, pelanggan macam saya ada pilihan memilih sama ada nak naik teksi limousin atau teksi bandar, lagi pun saya tidak perlu tunggu lama-lama," katanya.

Isnin lepas, Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar mengumumkan perkhidmatan teksi bandar akan beroperasi di aras satu bangunan Terminal Utama KLIA manakala teksi limousin kekal beroperasi di aras tiga.

Beliau berkata, perluasan perkhidmatan di bawah sistem dua peringkat iaitu limousin lapangan terbang dan teksi bandar; tempoh menunggu penumpang diyakini dapat dikurangkan daripada 45 hingga 60 minit kepada 10 minit terutama pada waktu puncak, selain mengurangkan masalah 'ulat' di KLIA.

Pendapat sama turut dikongsi R. Murali, 49, yang berkata: "Saya hendak cerita lebih saya tidak tahu sebab ini kali pertama hendak cuba, namun saya rasa ini lebih senang, sebab saya terus boleh dapatkan teksi serta-merta".

William Lee, 63, pula berkata, beliau masih kurang faham akan cara teksi bandar itu beroperasi, antaranya seperti daripada segi caj yang dikenakan dan kaedah yang diguna pakai untuk menjamin keselamatan penumpang.

Bagaimanapun, beliau menyambut baik langkah SPAD itu kerana dapat memudahkan penumpang mendapatkan teksi dengan penawaran pilihan teksi bandar yang banyak.

Beberapa pemandu teksi bandar yang ditemui juga menyatakan rasa gembira dan teruja dengan langkah itu yang akan dapat menjana pendapatan tambahan untuk mereka.

Hayat Ali Mohamad, 41, berkata, langkah SPAD itu membuka ruang kepadanya termasuk pemandu teksi yang lain menjana pendapatan lebih.

"Sebelum ini teksi bandar hanya dibenarkan menghantar penumpang sahaja ke KLIA dan tidak boleh mengambil penumpang. Tetapi selepas ini pemandu teksi macam saya bila hantar penumpang tidak perlu balik dengan kosong lagi ke KL (Kuala Lumpur) seperti sebelum ini yang ada pembaziran tol dan minyak," katanya.

Hayat yang sudah tiga tahun memandu teksi berkata, langkah itu membuktikan program transformasi kerajaan untuk membantu pemandu teksi berjaya dilaksanakan, sekali gus menunjukkan keprihatinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak terhadap nasib golongan pemandu teksi.

Halimah Ibrahim, 35, pula berkata, beliau menyambut baik langkah itu kerana dapat membantunya mencari pendapatan lebih.

"Sekarang cuma saya keliru sedikit dengan kawasan ini. Macam teksi bandar seperti saya ini kawasan yang boleh saya hantar penumpang hingga ke Lembah Klang sahaja, kalau seperti ke Melaka dan Cameron Highlands boleh lagi sebab kawasan pelancongan. Bagaimana dengan kalau penumpang saya yang ingin balik ke Perak, Ipoh misalnya.

"Tetapi berdasarkan taklimat pagi tadi dengan SPAD, mengatakan boleh tunjuk teksi chit yang telah dicap kalau hendak keluar ke luar kawasan, tetapi belum ada hitam putih lagi. Kalau boleh saya hendak penjelasan lanjut berhubung perkara ini," katanya.

Nadirman Nadar, 56, yang sudah 15 tahun menjadi pemandu teksi berkata, langkah SPAD itu sangat bagus kerana penumpang di Terminal KLIA lebih ramai jika dibandingkan di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT), sekali gus memberikan pendapatan harian yang lebih.

"Saya tidak tahu apakah secara keseluruhannya yang boleh dinilaikan tetapi bagi saya apa yang SPAD buat ini memang bagus. Saya rasa boleh bagi kebaikan kepada pemandu teksi bandar," katanya.

Tinjauan Bernama mendapati beberapa kakitangan SPAD turut membuat pemantauan di aras satu bangunan terminal utama berkenaan bagi mengawasi teksi-teksi bandar yang tiba di KLIA.

Pemantauan bertujuan memastikan pemandu teksi bandar berdisiplin dan berhemah. — BERNAMA

Ahmad Fauzi akan selesaikan masalah secara berterusan

Posted: 15 May 2013 01:21 PM PDT

AHMAD Fauzi Zahari (kiri) berbual dengan orang ramai selepas majlis tahlil dan Yasin sebagai meraikan kemenangannya pada PRU-13 di Masjid Taman Sri Rampai, Kuala Lumpur baru-baru ini.

KUALA LUMPUR 15 Mei - Ahli Parlimen Setiawangsa, Datuk Ahmad Fauzi Zahari bertekad akan menyelesaikan segala permasalahan yang berlaku di kawasannya secara berterusan.

Menurut Ahmad Fauzi, dia tidak mahu menjadi pemimpin yang hanya turun padang untuk meraih undi ketika Pilihan Raya Umum (PRU) sahaja dan 'ghaib' selepas menang.

"Terdapat 1,001 masalah di setiap kawasan, oleh itu saya akan berusaha untuk selesaikan setiap satu daripadanya agar rakyat di kawasan Parlimen ini dapat menjalani kehidupan harian yang selesa.

"Segala masalah yang diaju penduduk di kawasan ini semasa saya berkempen untuk PRU-13 juga akan diselesaikan segera tanpa mengira agama, bangsa, kaum dan ideologi politik," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Dalam pada itu, menurutnya, beberapa masalah di kawasan itu telah pun diambil tindakan.

"Kami telah menyelesaikan masalah ketiadaan lampu, kipas rosak serta longkang tersumbat di pasar Cina Jalan Ayer Panas," jelasnya.

Ditanya mengenai perbezaan ketara majoriti yang dimenanginya iaitu sebanyak 1,390 berbanding Datuk Seri Zulhasnan Rafique 8,134 pada PRU-12 menurutnya, jumlah tersebut agak memgejutkan beliau.

"Saya akan mengkaji mengenai kekurangan yang ada. Sekiranya ada kekurangan atau keperluan pada golongan tertentu saya akan cuba atasi dengan segera.

"Mengenai keputusan PRU ini yang didakwa lebih kepada 'tsunami Cina' saya berharap satu kajian khusus dibuat bagi memastikan punca sebenar perkara ini berlaku," ujarnya.

Dalam perkembangan sama, Ahmad Fauzi turut menggesa agar penduduk di kawasan itu mengetepikan soal perkauman dan sama-sama bekerjasama memajukan Setiawangsa agar menjadi sebuah kawasan yang selesa untuk diduduki oleh semua kaum.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Johor

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


NUSAJAYA 15 Mei - Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mempengerusikan mesyuarat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) pertama bersama sembilan anggota Exco di Bangunan Datuk Jaafar, Kota Iskandar, di sini hari ini.

Selepas dilantik menjadi Menteri Besar menggantikan Datuk Abdul Ghani Othman semalam, beliau memulakan mesyuarat tersebut kira-kira pukul 10 pagi dengan diiringi Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Obet Tawil.

Mesyuarat berkenaan dihadiri semua sembilan Exco yang dilantik semalam iaitu Md. Jais Sarday, Asiah Md. Ariff, Datuk Ir. Hasni Mohamad, Abdul Mutalip Abd. Rahim, Datuk Abd. Latiff Bandi, Ismail Mohamed, Datuk Zulkurnain Kamisan dan R. Vidyanathan.

Yang turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan Kepenggunaan negeri, Datuk Tee Siew Kiong yang pelantikannya menimbulkan kontroversi kerana dikatakan melanggar arahan kepemimpinan MCA yang melarang ahli parti itu menerima semua jawatan dalam kerajaan.

Terdahulu, Mohamed Khaled yang juga bekas Menteri Pengajian Tinggi berkata, kekosongan satu lagi jawatan Exco mungkin tidak diisi wakil MCA seperti lazimnya.

"Ini berikutan prestasi yang kurang memberangsangkan parti itu dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 baru-baru ini. Maknanya, dalam keadaan luar biasa kemenangan parti-parti mungkin kita tidak akan ikut kuota.

"Pada masa ini kita sedang mengenal pasti dan memperhalusi semua aspek berkaitan seorang lagi calon Exco terbabit dan dijangka dilantik tidak lama lagi," katanya kepada pemberita sebelum mempengerusikan mesyuarat tersebut.

Beliau mengulas kekosongan satu lagi jawatan Exco selepas pelantikan sembilan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang dilantik sebagai anggota Exco baharu semalam.

Satu lagi jawatan Exco yang kosong ialah bagi portfolio Kesihatan, Komunikasi dan Teknologi Maklumat.

Mengikut tradisi, Johor mempunyai 10 anggota Exco iaitu tujuh ADUN daripada UMNO manakala MCA dua dan MIC seorang.

Mesyuarat Exco pertama Khaled

Posted: 15 May 2013 01:21 PM PDT

utusanjohor@utusan.com.my

Oleh Maznah Mohd. Arsad

Nelayan Selat Tebrau bantah perhimpunan haram

Posted: 15 May 2013 01:21 PM PDT

Sebahagian daripada nelayan yang berkumpul bagi membantah penganjuran perhimpunan haram di Johor Bahru, semalam.

JOHOR BAHRU 15 Mei - Seramai 60 nelayan dari beberapa kampung di daerah ini membantah dan mengecam tindakan pihak penganjur perhimpunan haram yang masih ingin meneruskan rancangan mereka biarpun polis mengesahkan ia tidak mematuhi Akta Perhimpunan Aman 2012.

Kumpulan nelayan tersebut hadir ke bandar raya ini dengan menaiki tiga buah bot yang diketuai Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Nelayan Pantai Selat Tebrau, Pandak Ahmad sambil membawa kain rentang Daulat Tuanku dan beberapa sepanduk lain.

Mereka adalah nelayan dari Kampung Sungai Melayu, Kampung Bakar Batu dan penternak kupang di Skudai yang berhimpun mulai pukul 12.45 tengah hari di hadapan Padang Seri Gelam, di sini hari ini.

Bercakap kepada pemberita, Pandak berkata, sewajarnya tidak perlu lagi kacau ganggu dilakukan di negara ini apatah lagi selepas berlangsungnya Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) pada 5 Mei lalu.

Sudah tiba masanya pakatan pembangkang menerima keputusan PRU-13 dengan hati terbuka dan janganlah kucar-kacirkan negara ini dengan menganjurkan perhimpunan seperti ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan pihak polis sudah menjalankan tugas mereka dengan sebaik mungkin. Usahlah diganggu keamanan dan kedamaian negara dan negeri ini," katanya.

Dalam pada itu, mereka turut menjunjung titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang menggesa pihak-pihak tertentu berhenti menyebar fitnah dan hasutan berbaur politik sehingga boleh menimbulkan kebencian antara rakyat dan menggugat perpaduan serta keamanan negara.

Pandak berkata, sememangnya kini tiba masanya untuk semua wakil rakyat bekerja dan menunaikan janji yang dibuat sepanjang kempen itu.

Tidak perlulah untuk buat perkara berhimpun seperti itu. Yang penting sekarang adalah masa untuk bekerja dan bukannya untuk huru-hara," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Selatan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


Melaka Maju Fasa Kedua

Posted: 15 May 2013 01:21 PM PDT

Oleh AMRAN MULUP
utusanmelaka@utusan.com.my

Idris Haron (kiri) mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri yang pertama di Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka, kelmarin.

MELAKA 15 Mei - Selepas mendapat pengiktirafan Melaka Maju 2010, kerajaan negeri menyasarkan status Melaka Maju Fasa Kedua.

Keputusan tersebut dicapai pada mesyuarat pertama Exco kerajaan negeri selepas lapan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mengangkat sumpah jawatan tersebut di Seri Negeri, semalam.

Mempengerusikan mesyuarat tersebut di Seri Negeri hari ini, Ketua Menteri, Datuk Idris Haron berkata, semua Exco sebulat suara bersetuju dengan sasaran untuk mencapai status tersebut dalam tempoh 10 tahun akan datang.

Menurutnya, bagi mencapai tujuan tersebut pentadbiran negeri perlu cekap dari segi mengurus, mentadbir dan mengisi kecemerlangan yang telah dilalui sebelum ini.

''Sepuluh tahun kemajuan Melaka telah dicapai dan untuk tempoh 10 tahun yang akan datang kita menuju Melaka Maju Fasa Kedua yang akan direalisasikan oleh barisan Exco yang dilantik semalam.

''Untuk membina Melaka maju itu memang sukar apa lagi untuk mengekalkannya melainkan kita menggandakan usaha dan tindakan ke arah yang disasarkan," katanya dalam sidang akhbar di sini.

Terdahulu Idris mengetuai barisan Exco menghadap Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Khalil Yaakob di pejabatnya di Seri Negeri.

Idris berkata, visi untuk tempoh lima tahun ini, Melaka adalah negeri yang paling bersedia menuju ke arah Malaysia Maju Negara Ekonomi Berpendapatan Tinggi dengan pelbagai indikator yang sedia ada.

Justeru, katanya, mandat besar diamanahkan kepada lapan Exco yang dilantik termasuk Timbalan Exco untuk memastikan sasaran tersebut menjadi kenyataan.

''Sehubungan itu, saya meletakkan beban yang cukup berat digalas oleh barisan Exco dan mereka harus berada dalam keadaan bersiap sedia," katanya.

Beliau berkata, Exco akan diberi kuasa yang lebih luas untuk menentukan hala tuju portfolio masing-masing yang akan diukur melalui laporan kad dan Petunjuk Prestasi Utama (KPI).

Di samping itu, katanya, ketua-ketua jabatan akan terus berhubung dengan Exco dalam merangka program dan menyelesaikan masalah yang timbul tanpa lagi perlu berjumpa dengannya.

''Saya hanya akan berurusan dengan Exco sahaja dan tidak adil jika saya berhubung terus dengan ketua-ketua jabatan tanpa melalui Exco," katanya.

Negeri Sembilan bakal dikenali 'negeri ilmuwan'

Posted: 15 May 2013 01:21 PM PDT

SEREMBAN 15 Mei - Negeri Sembilan akan terus dijana menjadi lembah ilmu yang melahirkan modal insan terbilang dalam semua aspek sekali gus menjadikan negeri itu lubuk cendekiawan, ilmuwan dan cerdik pandai.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan (gambar) berkata, aspirasi itu bukan perkara baharu malah Dasar Lembah Ilmu yang dibuat kerajaan negeri ini sejak beberapa tahun lalu, kini di peringkat menuai hasilnya.

"Ketika ini, ramai pelajar cemerlang sudah pun lahir hasil komitmen tanpa henti kerajaan, pendidik dan rakyat yang boleh mengisi pelbagai jawatan keperluan di peringkat negeri, kebangsaan mahupun antarabangsa," katanya di sini hari ini.

Tambah Mohamad, di negeri ini sudah banyak universiti, kolej, pusat kajian dan penyelidikan serta institusi perguruan sama ada yang dikendalikan kerajaan mahupun swasta.

"Walaupun saiz negeri ini kecil, namun keupayaan mengeluarkan ramai bijak pandai, tidak boleh dinafikan sesiapa. Negeri ini punyai ramai pelajar cemerlang.

"Kita mahu meneruskan legasi tokoh bijak pandai seperti Pendeta Za'ba dan ramai lagi dan sebab itulah segala persiapan dalam bentuk prasarana, fizikal, minda serta perincian gerak kerjanya telah dibuat agar suatu hari kelak Negeri Sembilan kembali perkasa sebagai 'negeri ilmuwan'," katanya.

Sehubungan itu, Mohamad menasihatkan semua pihak yang mendukung hasrat tersebut menguruskan sebaiknya kejayaan yang dicapai ketika ini dan tidak membiarkan prestasi itu merudum.

"Kita harus terus perbaiki kecemerlangan ini dalam semua peperiksaan peringkat kebangsaan, begitu juga di universiti dan kolej. Jangan benarkan graf ini menurun kerana sukar untuk ditingkatkan semula dalam masa yang singkat," tegas Mohamad.

Beliau turut menjelaskan, kerajaan negeri dan Persekutuan akan memastikan semua rakyat diberi peluang pendidikan yang baik selaras dengan kehendak dasar pendidikan negara yang menumpukan pembangunan modal insan melalui lonjakan aspek pembelajaran dan pengajaran.

Timbalan Exco nikmati pelbagai kemudahan

Posted: 15 May 2013 01:21 PM PDT

MELAKA 15 Mei - Kerajaan negeri membuat perubahan drastik selepas mengumumkan Timbalan Exco kerajaan negeri yang diumumkan semalam akan disediakan pelbagai kemudahan seperti dinikmati Timbalan Menteri di peringkat Persekutuan.

Ketua Menteri, Datuk Idris Haron berkata, perubahan baharu itu membolehkan Timbalan Exco diberikan kemudahan pejabat, kereta, pemandu, pegawai tadbir dan elaun tambahan.

Menurutnya, perubahan itu bertujuan memastikan jawatan Timbalan Exco dapat memainkan peranan penting bagi membantu lapan Exco yang mengangkat sumpah jawatan dan portfolio masing-masing semalam.

"Saya mahu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang tidak dipilih sebagai Exco ditawarkan ke jawatan Timbalan Exco dihargai dan mereka dapat menjalankan tanggungjawab atas portfolio yang telah ditetapkan," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat pertama Exco kerajaan negeri di Seri Negeri, di sini hari ini.

ADUN yang dilantik sebagai Timbalan Exco dengan portfolio masing-masing ialah ADUN Tanjung Bidara, Md. Rawi Mahmud (Exco Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, Teknologi Hijau dan Inovasi), ADUN Serkam, Zaidi Atan (Exco Kerja Raya Kemudahan Awam, Pengangkutan dan Pemulihan Projek).

Turut dilantik ADUN Merlimau, Roslan Ahmad bagi portfolio Exco Wanita, Pembangunan Keluarga dan Hal Ehwal Kebajikan, ADUN Paya Rumput Sazali Muhd. Din (Exco Perumahan Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar) dan ADUN Ayer Limau, Amiruddin Yusof (Exco Hal-Ehwal Syarikat, Sumber Manusia dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO).

Sehubungan itu, kata Idris, melalui gandingan Exco dan Timbalannya, portfolio yang ditetapkan dapat dilaksanakan bagi memenuhi keperluan perkhidmatan kepada kerajaan negeri dan seluruh masyarakat berbilang kaum di negeri ini.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Utara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


Legasi jambatan kereta api tertua

Posted: 15 May 2013 01:21 PM PDT

Oleh ROKIAH ABDULLAH
rokiah.abdullah@utusan.com.my

JAMBATAN Victoria di Karai, Kuala Kangsar ini masih tersergam kukuh dan membangkitkan pelbagai nostalgia kepada penduduk daerah tersebut.

KUALA KANGSAR 15 Mei - Sekilas pandang, pekan Karai di sini yang terletak kira-kira 30 kilometer dari bandar raya Ipoh, hanyalah sebuah pekan kecil di tepi tebing Sungai Perak.

Tidak seperti dua kawasan berhampiran iaitu Sungai Siput dan Padang Rengas yang dilihat lebih pesat berkembang, Karai umpama sebuah pekan mati.

Sedangkan satu ketika dahulu, nama Karai amat terkenal sehingga wujud dalam peta-peta lama negeri Perak berbanding dengan bandar-bandar lain di Malaysia.

Namun, di sebalik keadaannya itu, tersembunyi keistimewaan yang menyebabkan kawasan tersebut tetap menjadi tumpuan pelancong dalam dan luar negara.

Salah satu tarikan yang terdapat di Karai ialah Jambatan Victoria iaitu jambatan yang mengambil nama Queen Victoria dan merupakan antara binaan terbaik dari segi kejuruteraan satu ketika dahulu.

Menurut seorang penduduk, Ahmad Tahir Abdu, jambatan kereta api itu disebut juga Jambatan Enggor kerana letaknya di Enggor di sini.

Semasa zaman kanak-kanak iaitu sekitar tahun 1970-an, di jambatan itulah saya dan kawan-kawan bermain dan berbasikal untuk menyeberangi Sungai Perak ke pekan Karai.

Dan boleh dikatakan setiap malam juga kami akan menggunakan jambatan ini untuk melepak di kedai kopi mamak sambil makan kundas dan mendengar alunan radiogram dan ada antara kawan-kawan saya yang berjoget lambak. Namun itu dulu, kini jambatan ini semakin dilupakan," luah Ahmad Tahir yang merupakan pengumpul barang-barang antik dan klasik.

Mengikut sejarahnya, kata Ahmad Tahir, jambatan yang merentangi Sungai Perak ini mula dibina pada Disember 1897 tetapi tidak dapat disiapkan tepat pada masanya kerana berlaku banjir besar ketika itu.

Banjir yang melanda menyebabkan air Sungai Perak naik mendadak dan melimpah sehingga ke tebing.

Jurutera yang bertanggungjawab terhadap pembinaan jambatan ini iaitu GW Fryer, Divisional Engineer dan CR Hanso telah mengarahkan agar kerja-kerja pembinaan ditunda.

Hanya pada tahun 1900 jambatan itu siap dibina dan kemudiannya dirasmikan pembukaannya oleh Sultan Idris Murshidul Azam Shah pada 21 Mac 1900.

Dengan siapnya jambatan ini, maka lengkaplah perjalanan kereta api dari Enggor ke Kuala Kangsar sebelum mula digunakan sepenuhnya bagi perjalanan dari Perai, Pulau Pinang ke Johor Bahru, Johor pada tahun 1910.

Pembukaan jambatan ini telah membawa banyak faedah kepada perkembangan ekonomi dan membuka laluan bagi pembangunan lebih pesat dan pertumbuhan bandar-bandar timah di Semenanjung Tanah Melayu.

Semasa serangan tentera Jepun di Perak pada tahun 1941, tentera British telah meletupkan jambatan ini untuk melambatkan kemaraan tentera Jepun," kata Ahmad Tahir.

Sehingga kini, terdapat beberapa kubu asal yang dibina oleh tentera British untuk mengawal jambatan ini.

Bagaimanapun, pada 2002, sebuah jambatan konkrit yang baharu telah dibina bagi menggantikan jambatan yang telah berusia lebih dari 100 tahun itu.

Pembinaan jambatan baharu itu menyebabkan peranan Jambatan Viktoria semakin dipinggirkan.

Sehinggalah ketika ini jambatan ini hanya digunakan oleh penduduk di seberang Sungai Perak untuk membeli barangan harian di pekan Karai.

Jambatan ini juga dijadikan lokasi kepada pengamal fotografi untuk mengabadikan seni bina ini di dalam koleksi gambar mereka. Saya rasa sesuatu perlu dilakukan supaya sejarah dan peranan jambatan ini mampu dijadikan satu sejarah negara untuk generasi masa depan," katanya.

Menurut beliau, sutradara terkenal, Mamat Khalid juga pernah memilih Jambatan Victoria sebagai latar pengembaraan filem Zombi Kampung Pisang pada 2007.

Exco perlu lipat gandakan usaha

Posted: 15 May 2013 01:21 PM PDT

Oleh ZAINU'L AZHAR ASH'ARI
utusanperlis@utusan.com.my

ARAU 15 Mei - Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail menasihatkan barisan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) yang baharu dilantik supaya melipatgandakan usaha dan memberikan komitmen '150 peratus' bagi memastikan Perlis tidak ketinggalan dari negeri-negeri lain.

Titah baginda, ini kerana Perlis perlu membangun untuk menjadi sebuah negeri maju sebelum Malaysia mencapai negara maju pada 2020 yang memerlukan komitmen semua pihak untuk memastikan hasrat tersebut terlaksana.

"Beta tahu segala usaha telah dilakukan sedaya upaya tetapi kali ini perlu bekerja keras, kita kena 'berlari' supaya tidak ketinggalan lagi," titah baginda selepas Upacara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Exco di Istana Arau di sini hari ini.

Berangkat sama Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Turut hadir Menteri Besar, Azlan Man dan Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Datuk Azizan Hamid.

Sehubungan itu, titah baginda, barisan Exco dan wakil-wakil rakyat perlu memberi kerjasama kepada Menteri Besar dan kerajaan negeri dalam sebarang usaha ke arah membagunkan negeri dan rakyat.

"Bagi beta, Exco, wakil rakyat dan juga pegawai kerajaan yang tidak memberikan sokongan atau kerjasama terhadap sebarang usaha membangunkan negeri ini boleh dianggap sebagai tindakan 'sabotaj'," titah baginda.

Dalam masa sama, baginda turut meminta wakil-wakil rakyat mengamalkan konsep 'turun padang' untuk melihat permasalahan rakyat supaya tindakan segera dapat diambil.

"Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) sudah lepas, rakyat telah memilih kita, jadi jangan lupa untuk memberikan perkhidmatan kepada mereka," titah baginda.

Titah Tuanku Syed Sirajuddin, wakil-wakil rakyat seharusnya memberikan bantuan sewajarnya kepada masyarakat walaupun kadang kala ia begitu sukar untuk ditunaikan.

"Beta faham, memang sukar untuk memuaskan hati semua pihak, tetapi harus diingat, kita perlu memberikan bantuan sebaik mungkin, kena usaha atau mencari jalan penyelesaian," titah baginda.

Pusat Khidmat, Aduan BN tetap dibuka

Posted: 15 May 2013 01:21 PM PDT

IPOH 15 Mei - Pusat Khidmat dan Aduan Barisan Nasional (BN) Perak di Taman Canning di sini, akan beroperasi seperti biasa meskipun kawasan tersebut dimenangi pembangkang dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Ketua Urus Setianya, Mohd. Rawi Abdullah berkata, walaupun kecewa dengan keputusan tersebut namun semangat pihaknya membantu menyelesaikan masalah rakyat seperti yang dilakukan sebelum ini tidak pernah putus.

Sehubungan itu, tegas Mohd. Rawi, pihaknya tetap akan membuka pusat khidmat dan aduan berkenaan meskipun terdapat beberapa pusat lain bertindak menamatkan operasi mereka sebaik sahaja kalah.

"Sekiranya semua pusat khidmat ditutup, sudah tentu akan memberi kesan kepada rakyat. Setiap hari kita dikunjungi rakyat yang ingin mengadu dan meminta bantuan.

"Sehubungan itu, walaupun dalam pilihan raya umum lalu kawasan ini dimenangi pembangkang, pusat ini akan beroperasi seperti biasa bermula pukul 9 pagi hingga 6 petang," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dalam PRU-13, DAP mempertahan kerusi Parlimen Ipoh Barat dengan majoriti 29,038 undi menerusi calonnya, M. Kulasegaran.

Menurut Mohd. Rawi, Pusat Khidmat dan Aduan BN Perak itu yang beroperasi sejak 2009 ditubuhkan bagi membantu rakyat tanpa mengira parti politik.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Dalam Negeri

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Saiful Bukhari bakal kahwini personaliti TV3?

Posted: 16 May 2013 02:29 AM PDT

KUALA LUMPUR 16 Mei - Mohd. Saiful Bukhari Azlan yang terbabit dalam kes liwat Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menamatkan zaman bujangnya pada 25 Mei ini.

Menurut sumber, perkahwinan Mohd. Saiful Bukhari dengan personaliti TV3, Nik Suryani Megat Deraman itu akan dilangsungkan di Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man, Kuala Terengganu.

Pada 2008, Mohd. Saiful Bukhari telah membuat sumpah laknat di Masjid Wilayah Persekutuan bahawa dia telah diliwat oleh Anwar. Dia kemudian mengulangi sumpah tersebut di hadapan Kaabah dan rakaman video itu didedahkan baru-baru ini.

Manakala Nik Suryani pula adalah wartawan TV3 yang pernah diherdik oleh Anwar dalam satu sidang akhbar pada April 2011 gara-gara bertanyakan soalan berhubung jam Omega milik pemimpin pembangkang itu.

Laporan mengenai perkahwinan Mohd. Saiful Bukhari dan Nik Suryani itu disiarkan di laman blog Empayar Pemuda petang ini.

Bagaimanapun sehingga kini belum ada kenyataan rasmi oleh Mohd. Bukhari mahupun Nik Suryani mengenai perkahwinan mereka. - UTUSAN ONLINE

Satu daripada empat penduduk Kelantan obesiti - Pakar

Posted: 16 May 2013 01:50 AM PDT

KOTA BHARU 16 Mei - Satu daripada empat orang penduduk negeri Kelantan mengalami masalah obesiti kesan daripada mengambil makanan dalam kadar berlebihan dan ia diburukkan lagi dengan kecenderungan mereka kepada makanan manis.

Konsultan Kanan Perubatan Masyarakat Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Dr Ab. Aziz Al-Safi Ismail berkata, keadaan itu semakin kronik dengan jumlah peningkatan individu obes yang mendadak terutamanya kalangan penduduk di kawasan bandar.

Beliau berkata, budaya masyarakat makan dalam jumlah yang banyak bermula sarapan dengan hidangan berat seperti nasi berlauk dan sebagainya, memberi kesan negatif kepada mereka lebih-lebih lagi apabila tidak bersenam.

Katanya, seseorang dianggap menghadapi masalah obesiti apabila ukuran indeks jisim badan (BMI) berada pada paras 30 ke atas yang akan membuatkannya tiga kali ganda lebih berisiko menghidap penyakit seperti darah tinggi, kencing manis, masalah kolesterol dan angin ahmar.

"Tahap BMI boleh dihitung dengan membahagikan jumlah berat badan dalam kilogram (kg) dengan ketinggian dalam meter (m) kuasa dua atau kg/m2 di mana tahap BMI yang normal adalah antara 18 hingga 25 manakala seseorang individu dikira mengalami masalah kegemukan apabila mempunyai kadar BMI melebihi 25 sehingga menghampiri paras 30.

"Setiap individu obes yang datang membuat pemeriksaan dengan doktor boleh dijangka akan 'tersangkut' dengan mana-mana penyakit, malah obesiti juga meningkatkan kebarangkalian kanser terutama barah payu dara kepada wanita selain kitaran haid yang tidak betul dan masalah senggugut.

"Kita amat berharap golongan muda terutamanya mengambil berat tentang pemakanan mereka dari sekarang dan bukan menunggu sehingga sudah masuk ke usia 40 atau bila sudah sakit baru hendak mula bimbangkan kesihatan diri," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Program Pertandingan Jom Kurus 2013 anjuran bersama Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP) USM, Unit Sains Sukan USM, Persatuan Kecergasan Kelantan, Lembaga Promosi Kesihatan Kementerian Kesihatan dan Amanah Iktiar Malaysia (AIM) di Dewan Pusat Mahasiswa di Kampus Kesihatan USM di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Sultan Pahang seru hormati orang lain, tidak menghasut

Posted: 16 May 2013 12:27 AM PDT

PEKAN 16 Mei - Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah menyeru agar semua pihak menghormati hak orang lain, tidak menghasut dan tidak menimbulkan kekacauan yang boleh merosakkan keamanan dan ketenteraman negeri.

Titah baginda, semua pihak perlu menghormati Perlembagaan Malaysia, Undang-Undang Tubuh Negeri dan segala undang-undang, peraturan serta aturan yang sedia ada.

Baginda bertitah demikian sempena Majlis Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Pahang di Istana Abu Bakar di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Timur

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Timur


Sekadar ulang janji lama

Posted: 15 May 2013 01:21 PM PDT

KOTA BHARU 15 Mei - Kerajaan Pas Kelantan tidak memberi jaminan mampu menyelesaikan masalah rumah mampu milik di negeri ini dalam masa terdekat sebaliknya terus berjanji akan melakukan yang terbaik untuk rakyat Kelantan meskipun pemerintahan mereka sudah menjangkau lebih daripada 23 tahun.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar, Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata, masalah rumah mampu milik sebenarnya tidak ada jangka masa untuk diselesaikan namun Kerajaan Pas Kelantan akan terus berusaha sedaya upaya untuk menyediakan rumah berkenaan untuk kemudahan rakyat di negeri ini.

Beliau berkata, pada peringkat pemulaaan ini sebanyak 2,000 unit rumah mampu milik akan dibina sebagaimana yang terkandung dalam Manifesto Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu.

"Untuk tahun ini, Bahagian Perumahan menyediakan RM9 juta sebagai peruntukan asas, manakala selebihnya akan disediakan agensi terlibat iaitu Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) dan Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK)," katanya pada pemberita selepas Mesyurat Exco di sini hari ini.

Sebelum ini Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Takiyuddin Hassan semasa berceramah di Kampung Baru, Wakaf Mek Zainab di sini pernah mengumumkan mahu membina sebanyak 420 unit rumah kos sederhana bagi penduduk Kota Bharu.

Pengumuman tersebut dibuat ketika tinggal beberapa hari sahaja sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13, setelah 23 tahun Kerajaan Pas Kelantan gagal melaksanankan perumahan rakyat.

Sementara itu ketika ditanya adakah Kerajaan Pas Kelantan mempunyai kemampuan melaksanakan projek berkenaan Abdul Fattah menjelaskan, perkara itu bukan baharu malah wujud sejak tahun 1990 lagi apabila Kerajaan Pas Kelantan sering kali dipersoalkan setiap kali ingin melasaksanakan sesuatu projek.

Namun katanya, situasi tersebut memberikan maklum balas positif apabila ia menjadikan Kerajaan Pas Kelantan lebih kuat dan bersungguh- sungguh untuk menjayakan projek berkenaan dengan pertolongan Allah.

"Dari dulu hingga sekarang kita bergantung kepada pertolongan Allah dan kita yakin Allah sentiasa membuat kita menjadi lebih kuat dengan pertolongannya, kita serahkan segala-galanya kepada Allah," katanya.

Dalam pada itu, Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob ketika mengulas perkara yang sama berkata, pembinan rumah mampu milik ini akan menjadi tumpuan Kerajaan Pas Kelantan untuk tempoh lima tahun akan datang.

Masalah air bersih terus belenggu penduduk Kelantan

Posted: 15 May 2013 01:21 PM PDT

Sebahagian penduduk Kampung Tualang menunjukkan air telaga yang terpaksa digunakan untuk pelbagai tujuan ekoran ketiadaan bekalan air bersih Kubang Kerian, Kota Bharu, semalam. UTUSAN/ROSMIZAN RESDI

KOTA BHARU 15 Mei - Masalah bekalan air bersih terus menghantui rakyat Kelantan apabila lebih 500 penduduk Kampung Tualang, Kubang Kerian di sini menyatakan kekesalan mereka kerana tidak pernah mendapat bekalan sumber asas itu sejak lebih 10 tahun lalu.

Susulan itu, penduduk kampung terpaksa menggunakan air telaga yang agak kotor serta berkelodak dan keadaan itu terpaksa dihadapi oleh mereka walaupun keadaan sumber air tersebut jelas tidak terjamin kualitinya.

Keadaan tersebut sekali gus memaksa mereka mengeluarkan duit poket untuk membeli bekalan air bersih yang terletak kira-kira lima kilometer dari kampung itu, malah ada yang mengaku terpaksa menadah air hujan untuk mandi.

Seorang penduduk, Maimun Ghazi, 49, berkata, rayuan telah dibuat kepada pihak berwajib namun tiada sebarang tindakan yang diambil sehingga hari ini.

"Bekalan air yang saya guna selama ini cukup menyedihkan kerana airnya yang kuning serta berkelodak jelas tidak sesuai digunakan untuk minum serta memasak.

"Saya terpaksa menggali sehingga tiga buah perigi menggunakan perbelanjaan sendiri untuk mendapatkan bekalan air yang bersih namun keadaan air tetap sama," katanya ketika ditemui di Kampung Tualang di sini hari ini.

Masalah yang sama turut dialami oleh Kamarudin Awang Kecil, 26, yang terpaksa mengeluarkan belanja untuk membeli bekalan air bersih untuk kegunaan harian.

"Keadaan air yang kotor bukan sahaja tidak dapat digunakan malah mendatangkan masalah kesihatan kepada penduduk di kampung ini terutamanya kanak-kanak.

"Saya memohon pihak berkuasa tampil menyelesaikan masalah ini kerana apa yang penting adalah penduduk kampung di sini dapat menikmati bekalan air bersih," katanya.

Seorang pesara, Mat Nawi Dollah, 54, meminta pihak berwajib supaya mempercepatkan penyambungan bekalan air bersih bagi memberi keselesaan kepada penduduk kampung.

"Kampung ini masih tidak menerima bekalan air bersih walaupun kawasan serta daerah yang berhampiran sudah lama mendapat bekalan air bersih.

"Aduan sudah dibuat namun masih tiada jalan penyelesaian sehingga hari ini," katanya yang terpaksa mengeluarkan belanja hampir RM60 sebulan untuk membeli air bersih.

Seorang warga emas, Aminah Deraman,73, meluahkan rasa sedih kerana selama ini hanya bergantung kepada sumber air mentah yang tidak bersih.

"Saya tinggal di kampung ini sejak mula dibuka dan kami tidak pernah merasai air bersih. Kasihanilah penduduk kampung," katanya.

Industri batik tempatan diyakini terus berkembang

Posted: 15 May 2013 01:21 PM PDT

SEORANG pembantu kedai menunjukkan kemeja batik yang terdapat di butik Nordin Batik di Kota Bharu, semalam.

KOTA BHARU 15 Mei - Batik Malaysia bukan sahaja berjaya mengekalkan ciri-ciri keasliannya walaupun berhadapan dengan peredaran zaman, malah berupaya menambat hati masyarakat luar dan mendapat tempat di persada antarabangsa.

Sejak berabad lamanya, batik dikategorikan sebagai fabrik mewah, anggun, tahan daya pakai serta selesa dipakai dalam semua acara.

Kini, bisnes batik juga semakin berkembang maju berbanding dahulu dan siapa sangka batik yang sinonim dengan kain basahan dan baju kurung kini mampu menjadi pakaian moden.

Pengurus Nordin Batik, Azlinda Nordin, 37, berkata, pembuatan batik masih bertahan sehingga kini kerana terdapat pelbagai produk yang dihasilkan daripada bahan tersebut.

"Batik boleh dikomersialkan lagi terutamanya untuk majlis rasmi mahupun kasual. Pakaian seperti kemeja, blaus, baju T, seluar pendek untuk pelbagai peringkat umur juga dapat dihasilkan," ujarnya ketika ditemui di sini hari ini.

Menurut Azlinda, usaha dilakukan pihak Tourism Malaysia memperkenalkan produk batik kepada pelancong luar turut merancakkan industri itu.

"Pelancong luar sering menjadikan batik sebagai buah tangan kepada kawan-kawan dan keluarga di negeri masing-masing," katanya.

Azlinda berkata, industri batik tempatan dijangka terus maju melihat kepada perkembangan fesyen semasa dan kebijaksanaan pereka menghasilkan pakaian dan produk lain bermotifkan batik.

"Harga batik di butik ini antara RM10 dan RM900. Namun, batik juga boleh mencecah RM1,000 jika kain yang digunakan berkualiti dan corak yang dilukis pula eksklusif," katanya.

Azlinda berharap industri dan perusahaan batik akan terus bertahan kerana kewujudannya cukup sinonim dengan orang Melayu.

Sementara itu, seorang pencanting batik, Rosita Derahman, 39, mengakui perkembangan industri batik membantunya meraih pendapatan lebih lumayan berbanding enam tahun lalu.

"Jika dahulu saya hanya mendapat pendapatan sekitar RM500, tetapi dengan perkembangan industri batik tempatan, saya mampu memperoleh lebih RM1,000 sebulan," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Muka Hadapan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Muka Hadapan


Kabinet gabungan

Posted: 15 May 2013 01:21 PM PDT

Broken Link!

The content you are looking for is not available. You might had clicked on a broken link from another website or the content itself might have been removed.

You may want to consider our archive on

If you think there is an error, please click here to report and let us know.

Kabinet mantap, dinamik - TPM

Posted: 15 May 2013 01:21 PM PDT

Broken Link!

The content you are looking for is not available. You might had clicked on a broken link from another website or the content itself might have been removed.

You may want to consider our archive on

If you think there is an error, please click here to report and let us know.

PM hargai pengundi Sabah, Sarawak

Posted: 15 May 2013 01:21 PM PDT

Broken Link!

The content you are looking for is not available. You might had clicked on a broken link from another website or the content itself might have been removed.

You may want to consider our archive on

If you think there is an error, please click here to report and let us know.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved