Ahad, 7 April 2013

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Dunia futuristik Hideaki

Posted: 06 Apr 2013 12:18 PM PDT

Oleh RAJA INTAN DIANNA RAJA AZAHAM
dianna.azaham@utusan.com.my
Foto JEFFRI IRAN
Solekan dan Dandanan oleh JEFFREY PEEK-A-BOO (03-77252912)

SEWAKTU pereka fesyen yang berasal dari Sungai Pelek, Sepang, Selangor memperkenalkan rekaan fesyen futuristiknya lebih 15 tahun lalu, ramai yang kagum dengan ideanya yang melangkaui waktu.

Namun, ramai juga yang memandang aneh rekaan siber Hideaki Lim dan tidak dapat menghadam ideanya yang lari daripada norma rekaan fesyen ketika itu.

Penggunaan warna-warna metalik dan material yang berkilat dengan potongan yang robotik dan futuristik dilihat hanya indah di pentas peragaan dan tidak mungkin boleh dipakai seharian kerana kelihatan seperti makhluk planet lain.

Ditambah pula dengan solekan serta dandanan rambut gaya futuristik yang dikenakan pada model-modelnya, ramai ketika itu terkejut dengan idea drastiknya.

Pereka fesyen futuristik ini terus tersenyum walau apa sekalipun komen orang di sekeliling kerana dia tahu satu hari nanti fesyen yang direkanya dapat diterima ramai sejajar dengan peredaran zaman.

15 tahun berlalu. Kini, fesyen yang direkanya sejak 2008 menyerupai pakaian yang diperagakan ramai artis antarabangsa seperti kumpulan-kumpulan K-Pop dan Lady Gaga.

Sewaktu ombak K-Pop melanda dunia, ramai kenalan yang menghubungi saya dan menyatakan rekaan seperti saya baru mula digayakan ramai walaupun saya sudah mula merekanya 15 tahun lalu.

Sekarang, kumpulan K-Pop yang kebanyakannya berpakaian futuristik semakin terkenal. Saya berharap orang ramai juga sudah mula terbuka untuk berpakaian sedemikian juga," ujarnya ceria ketika ditemui di kediamannya di Bukit Jalil yang turut dijadikan pejabat, baru-baru ini.

Idea Alien

Saya sebenarnya Alien," kata Hideaki sewaktu diajukan soalan dari mana dia mendapat ilham mereka fesyen siber.

Terangnya, idea rekaannya datang secara spontan dan sememangnya sudah sebati dengan jiwanya.

Dia menyedari minat terhadap rekaan fesyen siber timbul sejak kecil lagi. Sewaktu itu, pelbagai rancangan animasi dari Jepun seperti Ultraman ditayangkan di televisyen.

Bila dia mula menyertai sekolah fesyen, dia amat gemar mengilhamkan rekaan siber dan berasa bosan bila melakar rekaan yang biasa tetapi takut untuk meluahkannya kerana risau dikatakan gila.

Baginya, rekaan fesyen siber amat mencabar dan memberi kepuasan kepadanya sebagai seorang pereka fesyen.

Bila mereka fesyen siber, kita kena memikirkan material yang boleh digunakan dan bagaimana untuk menggunting dan menjahitnya memandangkan ia bukan rekaan pola biasa.

Di samping itu, kita perlu tahu bagaimana untuk memasarkan produk dalam masa yang sama mengekalkan identiti kita yang mungkin dianggap lebih oleh orang lain," ujarnya juga merupakan duta jenama dan ikon fesyen bagi pusat dandanan Peek-A-Boo.

Antara artis terkenal yang pernah memakai rekaannya ialah Maria Farida, Didie Alias, Jehan Miskin, Ezlynn dan Gary Yap.

Permulaan

Bercerita tentang sejarah penglibatannya dalam dunia rekaan fesyen, ujar Hideaki, ia tidak semudah yang disangka.

Ketika dia habis persekolahan, krisis ekonomi melanda negara. Hideaki melakukan dua kerja dalam satu masa bagi mengumpul wang untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang fesyen di Hong Kong.

Di sana, dia didedahkan dengan idea-idea pereka fesyen yang lebih berani mencuba.

Setelah menamatkan pengajiannya di sana dan pulang ke Malaysia, dia tidak terus terjun dalam dunia fesyen sebaliknya melakukan pelbagai pekerjaan seperti menjadi pemandu pelancong dan agen pelancongan bagi mengumpul wang.

Pengalaman dalam bidang pelancongan digunakan sebaik mungkin bagi membina rangkaian di samping modal untuk membuka butik.

Pada awal butiknya beroperasi, ia tidak berjalan dengan baik kerana persaingan yang kuat. Namun, Hideaki tetap cekal meneruskannya dan dalam masa yang sama turut melakukan kerja sampingan.

Hinggalah pada tahun 1998. Ketika itu, dia menyertai pertandingan mereka pakaian untuk satu pertandingan ratu cantik antarabangsa dan rekaan sibernya dinobatkan sebagai juara lalu membuka mata dunia.

Lebih membanggakan, kesemua sembilan juri yang mengadili rekaannya merupakan juri profesional dari luar negara.

Awal 1999, dia memenangi Anugerah Pereka Fesyen Antarabangsa untuk Fesyen Melangkaui 2000. Kemenangannya tepat pada masanya sewaktu dunia sedang melangkah hujung milenium.

Dia mula dikenali ramai dalam dan luar negara serta mula mendapat tempahan terutamanya sewaktu majlis-majlis perasmian barangan elektrik dari luar negara.

Dalam dunia fesyen, kita perlu bekerja keras, disiplin, kuat berazam dan sentiasa memotivasikan diri kerana ia tidaklah semudah yang dirasa.

Fesyen adalah ciptaan. Sebagai pereka fesyen, kita perlu pandai mencipta identiti sendiri yang dikenali ramai," ujarnya yang kini turut menjadi perunding majlis terutamanya pelancaran produk.

Jangan salahkan orang lain

Posted: 06 Apr 2013 12:18 PM PDT

Kita perlu mengelak daripada sering mencari kesalahan orang lain dan sekiranya situasi ini sering berlaku, masalah stres akan timbul. - Gambar hiasan

BARU-BARU ini saya menjalankan satu program motivasi untuk para pekerja. Kebanyakan yang datang ditanggung oleh majikan masing-masing kecuali beberapa orang sahaja yang hadir dengan perbelanjaan sendiri. Menariknya, ketika saya bertanya tentang masalah di tempat kerja mereka, pelbagai jawapan yang saya terima. Ada yang stres kerana dia merasakan bos menganaktirikan dia. Ada yang kata rakan sekerja kaki ponteng hingga mereka terpaksa lakukan lebih banyak kerja dan memikul tugas orang lain. Ada yang kata organisasi tempat mereka bekerja tidak menghargai pekerja dan pelbagai lagi luahan hati mereka.

Semua luahan itu mempunyai persamaan yang ketara iaitu menyalahkan orang lain dan tidak diri sendiri. Apabila kita mahukan sesuatu dan mengharapkan pihak lain yang berubah maka berkemungkinan perubahan itu tidak akan berlaku, atau kalau berlaku sekali pun, lambat. Hasilnya kita kecewa, tertekan dan hampa. Inilah situasi yang dapat dilihat setiap hari dan di mana-mana sahaja sama ada dalam pekerjaan, pelajaran, perniagaan, pengurusan, kepimpinan dan sebagainya. Kita lihat di luar diri dan tidak melihat ke dalam diri.

Dengan melihat masalah berada di luar diri, maka kita tidak mencari ruang untuk lakukan perubahan. Kita selesa dengan diri sendiri dan akhirnya tiada peningkatan atau kemajuan dalam hidup. Sebaliknya jika kita ambil tanggung jawab dan menyalahkan diri sendiri maka kita terbuka kepada perubahan.

Allah berfirman dalam al-Quran yang mafhumnya:

"Dan apa saja musibah yang menimpa kamu, maka adalah disebabkan oleh perbuatan tangan kamu sendiri, dan Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosamu."

(QS. As Syura, 42 : 30)

PerhubunganSikap suka salahkan orang lain ini berlarutan dalam semua aspek kehidupan termasuk perhubungan. Misalnya, kita salahkan jiran yang tidak faham kita. Sedangkan yang sebenarnya kita yang tidak terlebih dahulu memahami mereka. Kita tidak wujudkan hubungan yang akrab agar mereka ada rasa segan dan hormat pada kita. Kita salahkan anak sebab mendapat markah yang rendah dalam peperiksaan, sedangkan mungkin kita yang kurang memberikan perhatian terhadap pelajaran dan persekolahannya selama ini.

Nampaknya, walau pun kita sudah mencapai pelbagai kemajuan dalam hidup, namun lagu Bangau Oh Bangau masih lagi menjadi budaya hidup yang berakar umbi dalam fikiran tanpa disedari. Dalam lagu ini, masing-masing menyalahkan orang lain atas masalah yang menimpanya.

Kini sudah tiba masanya untuk kita sedar bahawa dalam hidup ini orang lain tidak boleh menjadikan kita berjaya selagi kita tidak mempraktikkan apa yang disebut sebagai akauntabiliti iaitu bertanggung jawab atas apa yang berlaku serta menerima apa juga kesan darinya. Oleh itu, mulai hari ini apabila berlaku sahaja sesuatu perkara yang kita tidak suka, atau hajat tidak kesampaian, maka nilai dan cari kesalahan diri sendiri dan fikirkan langkah-langkah yang boleh diambil untuk memperbaiki diri lalu bertindak dengan cara atau pendekatan yang berbeza. Barulah hasilnya juga nanti berbeza.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Johor

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


RM1,000 buat setiap balu veteran ATM

Posted: 06 Apr 2013 11:59 AM PDT

Oleh Zulhisham Isahak
utusanjohor@utusan.com.my

SHAMSUDIN Rais menunjukkan borang SVTB1M untuk balu veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak berpencen di Muar, Johor, semalam.

MUAR 6 April - Sebanyak 150 balu veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak berpencen di daerah ini bakal menerima Sumbangan Veteran ATM Tidak Berpencen 1Malaysia (SVTB1M) sebanyak RM1,000 seorang tidak lama lagi.

Pengerusi Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) Cawangan Muar, Shamsudin Rais berkata, borang permohonan telah dikeluarkan mulai 1 April lalu dan meminta semua balu veteran ATM tidak berpencen datang ke pejabat PBTM atau ke kem tentera berhampiran untuk mendapatkannya.

Menurutnya, borang yang lengkap perlu dihantar bersama dokumen salinan kad pengenalan balu, salinan buku pengakuan perkhidmatan ATM dan salinan buku bank balu.

"Mereka juga perlu menghantar salinan sijil kematian suami dan surat akuan nikah atau sijil kelahiran salah seorang anak kandung balu bersama bekas tentera yang telah disahkan oleh Pegawai Bertauliah ATM, Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional atau Ketua Kampung.

"Borang permohonan perlu dihantar segera sebelum 1 Mei ini di mana-mana pejabat PBTM cawangan berhampiran," katanya ketika ditemui di pejabat PBTM Cawangan Muar di sini hari ini.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini mengumumkan kerajaan sedia menimbang pemberian SVTB1M kepada balu tentera sebagai menghargai sumbangan suami mereka yang telah meninggal dunia.

Pengumuman tersebut dibuat dalam Majlis Penyampaian Bantuan Kepada Pesara Tentera Tidak Berpencen Negeri Johor di Dewan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Bakri dekat sini pada Februari lalu.

Bantuan itu diharap membela nasib keluarga bekas tentera tidak berpencen terbabit, selain meringankan beban golongan berkenaan.

Karnival Makanan KYPJ meriah

Posted: 06 Apr 2013 11:59 AM PDT

JOHOR BAHRU 6 April - Seramai 300 peserta terdiri daripada pelajar sekolah dan penuntut Sekolah Perhotelan Kolej Yayasan Pelajaran Johor (KYPJ) beradu bakat dan kepakaran dalam pertandingan memasak sempena penganjuran Karnival Makanan dan Pertandingan Memasak 2013, di sini hari ini.

Karnival yang bertujuan mengasah dan mencungkil bakat memasak dalam kalangan penuntut institusi dan pelajar, dirasmikan oleh Ahli Majlis Bandaraya Johor Bahru, Khalid Mohamad yang juga Ketua Pemuda UMNO Johor Bahru.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pendidikan Yayasan Pelajaran Johor (KPYPJ), Abdul 'Alim Shukor berkata, pertandingan memasak merupakan salah satu acara tarikan yang membariskan beratus-ratus peserta terdiri daripada pelajar beberapa Sekolah Menengah Ekonomi Rumah Tangga (ERT) sekitar bandar raya ini.

Beliau berkata, antara kategori yang dipertandingkan adalah Kategori Sekolah Menengah dengan tema 1Malaysia, kategori penuntut Sekolah Perhotelan (Black Box), memasak individu penuntut sekolah perhotelan (ayam, daging dan makanan laut) serta menghias kek cawan dan mocktail.

"Ia juga bermatlamat memperkenalkan Sekolah Hospitaliti KYPJ yang dahulunya dikenali sebagai Institut Hospitaliti Yayasan Pelajar Johor (IHYPJ) kepada masyarakat luar khususnya lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) selain lapangan kulinari sebagai kerjaya hidup," katanya.

Dalam masa yang sama, katanya, program tersebut turut bertujuan meningkatkan kualiti sesuatu masakan melalui sentuhan baru selain memberi peluang kepada peserta untuk mengaplikasikan teori masakan yang mereka pelajari.

Menurutnya, pertandingan Waiter's Run turut diadakan dengan bakal menyaksikan beberapa peserta berpakaian pelayan restoran berlumba lari ke garisan penamat sambil membawa sedulang gelas dan botol minuman.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Feminin

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Feminin


Gaya wanita moden

Posted: 06 Apr 2013 12:18 PM PDT

BERANI dan nakal, label fesyen yang terbaharu, Kree menampilkan gaya wanita moden. Koleksi yang versatil ini sesuai untuk pelbagai karakter dan personaliti wanita sofistikated. Inspirasi Kree dilihat lebih cenderung kepada kehidupan kota metropolitan seperti Kuala Lumpur.

Perkataan Kree sebenarnya tidak memberi sebarang maksud linguistik, tetapi ia merupakan satu makna simbolik yang berbalik kepada nilai Kree iaitu bebas, santun dan ringkas.

Menariknya, koleksi ini juga boleh digayakan oleh golongan Muslimah.

Idea kreatif Kree merupakan ilham pereka muda, Afiq Mohamed menyasarkan golongan wanita moden yang gemar bergaya melalui fesyen.

Majlis pelancaran label ini yang berlangsung di Renoma Caf Gallery, Bukit Bintang, Kuala Lumpur baru-baru ini turut menyaksikan model memperagakan helaian terpilih Kree dipadankan dengan aksesori daripada Imelda Haris.

Kree yang diuruskan oleh dua wanita, Reni Diana dan Norhalida boleh didapati secara online dan peminat jenama ini boleh melayari www.kree.my.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Utara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


PRU-13: Bukit Aman bantu P. Pinang

Posted: 06 Apr 2013 11:59 AM PDT

Oleh MOHD. FIRDAUS ISMAIL
pengarang@utusan.com.my

PULAU PINANG 6 April - Sebanyak 800 anggota dan pegawai polis dari Bukit Aman dikerah ke negeri ini bagi membantu 5,390 anggota sedia ada sepanjang tempoh Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) berlangsung.

Jurucakap Pilihan Raya Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri, Asisten Komisioner Roslee Chik berkata, mereka akan ditempatkan di beberapa lokasi termasuk di 304 pusat mengundi, 1,545 pusat saluran mengundi, 13 tempat penamaan calon dan tempat penjumlahan undi.

"Polis juga telah mengenal pasti beberapa kawasan yang dikategorikan sebagai 'panas' dan akan memaklumkan kepada media dalam masa terdekat," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Sementara itu, Roslee turut mengingatkan parti politik supaya mematuhi undang-undang bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini.

"Sekarang peruntukan undang-undang yang terpakai adalah Akta Perhimpunan Aman 2012. Segala ceramah yang mahu dianjurkan mestilah membuat permohonan mengikut peruntukan di bawah akta ini.

"Selepas sahaja penamaan calon sehingga hari mengundi, kita akan menggunakan Akta Pilihan Raya," katanya.

Beliau menambah, bagi membolehkan orang ramai mendapat sebarang maklumat, pihaknya telah membuka enam bilik gerakan termasuk satu di IPK.

"Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat tentang PRU-13 boleh menghubungi Pusat Kawalan Kontinjen Pulau Pinang di talian 04-2613125," katanya.

Syarikat korporat dikagumi

Posted: 06 Apr 2013 11:59 AM PDT

TUANKU Syed Faizuddin Putra Jamalullail menyaksikan pertukaran perjanjian persefahaman CSR Perlis antara Affendi Rajini Khan (kiri) dan Mazlan Nordin sambil diperhatikan oleh Azizan Hamid (dua dari kanan) di Kangar baru-baru ini.

KANGAR 6 April - Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail kagum dengan langkah sektor korporat kerana amat bijak menjalinkan perkongsian pintar dengan kerajaan dan pelbagai agensi bagi membantu meningkatkan lagi taraf kehidupan masyarakat.

Salah satu perkongsian bijak yang dimaksudkan oleh baginda ialah menerusi tanggungjawab sosial korporat Perlis (CSR Perlis) yang dilaksanakan oleh beberapa syarikat korporat untuk membantu golongan kurang berkemampuan.

Titah baginda, pelaksanaan program CSR Perlis merupakan antara strategi penting ke arah memangkin pembangunan sosioekonomi negeri untuk menjadikan Perlis sebagai negeri yang berjaya membina kemajuan secara strategik.

Baginda juga turut memuji syarikat korporat yang tidak melepaskan tanggungjawab sosial membantu golongan tidak berkemampuan agar tidak tercicir daripada arus pembangunan perdana negara.

Tuanku Syed Faizuddin mengutarakan demikian sewaktu bertitah melancarkan Program Bantuan Peralatan Komunikasi Dan Peralatan Sokongan Pendidikan Kepada Pelajar-Pelajar Yang Kurang Berkemampuan di Negeri Perlis Tahun 2013 di Hotel Sri Malaysia di sini baru-baru ini.

CSR Perlis itu dijayakan di bawah satu sekretariat yang diterajui oleh Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Azizan Hamid dengan kerjasama Dewan Usahawan Islam Malaysia (DUIM) dan syarikat swasta Gema Rebana Sdn. Bhd. (Gema Rebana).

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Yayasan Kebajikan Perlis, Affendi Rajini Khan dan COE Gema Rebana, Mazlan Nordin hadir sama.

Raja Muda Perlis juga turut menyatakan kebanggaan baginda kerana negara ini memiliki banyak penyumbang ke arah menjayakan program CSR di semua negeri.

Antara pihak yang dimaksudkan itu, termasuklah baitulmal majlis-majlis agama Islam negeri, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Yayasan Kebajikan Perlis, badan bukan kerajaan dan sektor korporat yang menyumbang secara berterusan.

Tuanku Syed Faizuddin juga turut mengingatkan masyarakat agar sama-sama memastikan hanya golongan yang layak atau asnaf sahaja diberikan bantuan itu.

"Ini kerana kumpulan sasar tersebutlah yang sepatutnya dibantu terlebih dahulu atau diberi perhatian serius," titah baginda.

Polis Perak bakal lancar unit berbasikal

Posted: 06 Apr 2013 11:59 AM PDT

IPOH 6 April - Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak akan melancarkan unit rondaan berbasikal di semua Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di negeri itu dalam usaha mendekatkan diri bersama masyarakat.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd. Shukri Dahlan erkata, selain mesra alam, langkah tersebut dapat memberikan lebih banyak masa untuk anggota polis berinteraksi bersama penduduk terutamanya di kawasan luar bandar.

Sebenarnya di beberapa balai polis, sudah terdapat kumpulan berbasikal, namun hanya dijadikan sebagai satu hobi. Kita melihat ada keperluan untuk menggunakan basikal sebagai satu elemen rondaan kerana Perak merupakan negeri yang agak luas.

Walaupun 85 buah motosikal berkuasa tinggi jenis Kawasaki Ninja 250 telah diluluskan untuk kegunaan Unit Rondaan Bermotor (URB) baru-baru ini tetapi kita percaya dengan pelancaran kumpulan berbasikal itu dapat menggalakkan pegawai mahupun Ketua Polis Daerah turun padang bertemu masyarakat," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan program kayuhan santai sempena Hari Polis Ke-206 di Mes Pegawai Kanan di sini hari ini.

Semasa majlis tersebut, Mohd. Shukri turut melepaskan kumpulan berbasikal media Perak bagi mengutip sumbangan untuk keluarga anggota yang cedera dan terkorban di Ops Daulat.

Mengenai perjalanan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), Mohd. Shukri berharap semua pihak termasuk individu serta parti politik dapat memberikan kerjasama secukupnya dalam melancarkan proses perjalanan pilihan raya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Dalam Negeri

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


2 kementerian bincang kenaikan harga ayam

Posted: 07 Apr 2013 01:40 AM PDT

SHAH ALAM 7 April - Dua kementerian akan berbincang bagi menangani masalah kenaikan harga ayam.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar hari ini berkata, beliau akan berunding dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunan (KPDNKK) tidak lama lagi.

Beliau mendapati harga ayam sudah naik dari lazimnya RM6 sekilogram, kemudian kepada RM7.50 sekg semasa musim cuti sekolah serta musim perkahwinan dan terkini ialah RM8 sekg.

"Kita akan bincang dengan kementerian itu dan tengok kenapa harga ayam naik. Adakah disebabkan penyakit atau kerana bekalan berkurangan, dan jika bekalan berkurangan mungkin kementerian perlu mengimport dari luar," katanya kepada pemberita selepas melawat Pasar Tani Mega berhampiran Stadium Shah Alam, di sini.

Noh berkata, kementeriannya mengawal dari segi bekalan ayam manakala KPDNKK mengawal harganya. - BERNAMA

6 nelayan terapung 3 jam sebelum diselamatkan

Posted: 07 Apr 2013 01:35 AM PDT

Oleh FARHANA JONI

ENAM nelayan yang diselamatkan selepas bot mereka karam akibat dipukul ombak berhampiran perairan antara Simunjan dan Sebuyau tiba di Pengkalan Maritim Malaysia di Kuching malam tadi. - UTUSAN

SEBUYAU 7 April - Enam nelayan termasuk dua beranak terapung selama tiga jam dengan berpaut pada tong selepas bot yang digunakan ketika menangkap udang dipukul ombak setinggi satu meter di Pulau Burung, di sini malam tadi.

Dalam kejadian pukul 8.36 malam itu, tekong bot, Saimi Rakawi, 44, bersama ayahnya, Rakawi Aris, 60-an, terpaksa bergantung pada jaket keselamatan dan berpaut pada tong ketika bot dinaiki mereka karam akibat dipukul ombak.

Selain mereka berdua, empat nelayan lain yang turut terlibat dalam kejadian berhampiran perairan antara Simunjan dan Sebuyau itu dikenali sebagai Wan Akop, 40-an; Din, 40-an; Ambia, 40-an dan Salleh, 50-an.

Komander Pasukan Gerakan Marin (PGM) Wilayah Lima, Asisten Komisioner Mohamad Saleh Mat Jani berkata, kejadian berlaku ketika enjin bot jenis Kelas A yang dikendalikan Saimi mulai ditenggelami air dalam perjalanan pulang selepas menangkap udang kira-kira 3.5 batu nautika dari Rumah Api Tanjong Bajong, di sini.

Beliau berkata, ketika hampir satu batu nautika untuk sampai ke pantai, bot berkenaan dipercayai dipukul ombak setinggi satu meter yang menyebabkan enjinnya mati.

"Sebelum bot tersebut karam, para nelayan tersebut sempat menghubungi Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Sebuyau dan melaporkan mengenai kejadian.

"Bertindak daripada laporan tersebut, seramai 30 penduduk dari Kampung Tebeluk dan Kampung Maludam, di sini, dengan menaiki lima buah bot membantu mencari kesemua mangsa," katanya.

Beliau memberitahu, kira-kira pukul 11.30 malam, kesemua mangsa berjaya ditemui penduduk kampung dan mereka di bawa ke Pengkalan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Kuching untuk tindakan lanjut.

Katanya, kesemua mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dan dilaporkan berada dalam keadaan selamat. - UTUSAN

Jalan RM300j hubungkan Pasir Raja-Ulu Tembeling dibina tahun ini

Posted: 07 Apr 2013 01:28 AM PDT

DUNGUN 7 April - Sebatang jalan raya sepanjang 27 kilometer akan dibina bagi menghubungkan Kampung Pasir Raja dekat sini dengan Ulu Tembeling, Pahang melibatkan peruntukan kira-kira RM300 juta.

Anggota Jemaah Lembaga Pengarah Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah), Datuk Matulidi Jusoh berkata, projek yang akan dimulakan tahun ini itu dijangka siap tahun depan, merancakkan lagi perkembangan ekonomi dan pembangunan kedua-dua tempat berkenaan.

"Ini berita gembira buat masyarakat daerah ini terutamanya penduduk Kampung Pasir Raja.

"Akhirnya mereka tidak lagi perlu menempuh perjalanan tiga hari dua malam untuk mengunjungi keluarga di Ulu Tembeling, Pahang.

"Mereka bakal menikmati perjalanan jauh lebih singkat apabila projek jalan raya menghubungkan dua kawasan di dua negeri itu akan dibina di situ tidak lama lagi dengan kos RM300 juta," katanya selepas merasmikan majlis pecah tanah projek tanam baharu sawit pekebun kecil Kampung Pasir Raja dekat sini.

Matulidi yang juga Ahli Parlimen Dungun berkata, keputusan kerajaan membina projek tersebut, biarpun menelan kos yang besar semata-mata untuk menyediakan pembangunan ke arah meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat. - BERNAMA

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Timur

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Timur


RM902j bantu pekebun kecil

Posted: 06 Apr 2013 11:59 AM PDT

Oleh Radhuan Hussain
utusanterengganu@utusan.com.my

DUNGUN 6 April - Kerajaan menerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) memperuntukkan sebanyak RM902 juta untuk tempoh 2011 hingga 2013 bagi membantu para pekebun kecil dalam penanaman kelapa sawit dan tanaman baharu komoditi itu.

Ketua Pengarah MPOB, Datuk Dr. Choo Yuen May berkata, di bawah program itu, bantuan sebanyak RM7,500 sehektar disediakan kepada peserta di Semenanjung manakal RM9,000 sehektar di Sabah dan Sarawak.

Katanya, bantuan itu merangkumi bekalan anak benih sawit berkualiti, input pertanian seperti bekalan baja dan bahan kimia selain pengurusan tanaman mengikut Amalan Pertanian Baik bagi menentukan hasil sawit yang tinggi.

''Saya menyeru pekebun kecil yang layak tidak mensia-siakan bantuan kerajaan ini.

"Saya juga menggesa pekebun kecil merebut peluang ini dan segeralah menghubungi MPOB bagi mendapatkan maklumat bantuan semula dan tanam baharu," katanya.

Beliau berucap dalam majlis pecah tanah baharu sawit pekebun kecil di Kampung Pasir Raja, dekat sini hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan Pengarah Bahagian Integrasi, Penyelidikan dan Pengembangan MPOB, Wahid Omar.

Majlis itu dirasmikan Ahli Jemaah Lembaga Pengarah Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah), Datuk Matulidi Jusoh.

Yang turut hadir, Pengarah Bahagian Kesejahteraan Ketengah, Sidek Embong.

Yuen May berkata, sejumlah RM5.3 juta diperuntukkan untuk pelaksanaan Skim Diskaun Cantas bagi pembelian mesin pemotong sawit bermotor dengan bantuan RM1,000 bagi setiap unit pembelian Cantas oleh pekebun kecil.

Sementara itu, Wahid dalam sidang akhbar berkata, kira-kira 90 penduduk Kampung Pasir Raja akan menikmati bantuan sebanyak RM7,500 bagi mengusahakan sehektar tanah untuk seorang pekebun kecil.

Menurutnya, pihaknya memilih kampung berkenaan berdasarkan permintaan pemimpin kerajaan serta penduduk setempat selain ciri kawasannya yang berkelompok sekali gus berpotensi untuk dimajukan dengan tanaman itu.

Tibi: Kelantan lima tertinggi

Posted: 06 Apr 2013 11:59 AM PDT

BACHOK 6 April - Kelantan merupakan negeri kelima tertinggi merekodkan bilangan pesakit tibi akibat jangkitan kuman Tubercle Bacilli yang boleh membawa maut sekiranya tidak diberi rawatan sempurna.

Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr. Ahmad Razin Ahmad Maher berkata, sepanjang tahun lepas sebanyak 1,436 kes telah dilaporkan dengan kadar notifikasi adalah 87.5 orang bagi setiap 100,000 penduduk di negeri ini.

Menurutnya, sebanyak 802 daripada kes yang dikesan merupakan jangkitan paru-paru selain menyerang bahagian badan lain seperti selaput otak, tulang, kelenjar, buah pinggang dan kulit.

"Pada tahun 2012 juga sebanyak 109 kes tibi dalam rawatan telah meninggal dunia tidak termasuk kematian tibi dengan HIV positif," katanya selepas majlis sambutan Hari Tibi Sedunia peringkat negeri Kelantan 2013 dan Kem Saya Mahu Hidup Tanpa Tibi di Kedai Jelawat, dekat sini hari ini.

Majlis perasmian sambutan hari berkenaan disempurnakan oleh Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin.

Indeks jenayah turun 17%

Posted: 06 Apr 2013 11:59 AM PDT

KOTA BHARU 6 April - Indeks jenayah di daerah ini secara keseluruhannya mencatatkan penurunan sebanyak 17 peratus bermula 1 Januari hingga semalam berbanding tempoh yang sama pada tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, penurunan itu hasil usaha pencegahan berterusan yang dijalankan oleh pihaknya yang semakin menampakkan keberkesanan.

"Untuk tempoh yang sama pada tahun lalu, lebih 600 kes jenayah dicatatkan, namun pada tahun ini jumlah tersebut telah berjaya dikurangkan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menutup program Polis Bersama Masyarakat di Masjid Kuala Pak Amat di sini hari ini.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Muka Hadapan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Muka Hadapan


Aku janji membela rakyat - PM

Posted: 06 Apr 2013 11:59 AM PDT

Broken Link!

The content you are looking for is not available. You might had clicked on a broken link from another website or the content itself might have been removed.

You may want to consider our archive on

If you think there is an error, please click here to report and let us know.

BN janji BR1M hingga RM1,200

Posted: 06 Apr 2013 11:59 AM PDT

Broken Link!

The content you are looking for is not available. You might had clicked on a broken link from another website or the content itself might have been removed.

You may want to consider our archive on

If you think there is an error, please click here to report and let us know.

Muhyiddin sindir Nik Aziz

Posted: 06 Apr 2013 11:59 AM PDT

Broken Link!

The content you are looking for is not available. You might had clicked on a broken link from another website or the content itself might have been removed.

You may want to consider our archive on

If you think there is an error, please click here to report and let us know.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved