Selasa, 13 Disember 2011

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Hasan Ali hendak dipinggirkan!

Posted:

Hasan Ali hendak dipinggirkan!

Hasan Ali hendak dipinggirkan!

Oleh TOK KI

Ketua Penerangan Pas Selangor Saari Sungip dalam kenyataannya menyatakan Datuk Dr. Hasan Ali tidak akan dicalonkan lagi kerana tidak cukup pencalonan. Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang menafikan kenyataan itu. Maksud kenyataan Saari Sungip itu adalah jelas bahawa dalam isu Hasan yang sedang berbangkit terutamanya di Selangor, ada kecenderungan memperkecilkan kewibawaan Hasan. Peliknya jawapan Hadi Awang sebaliknya.

Dalam Pas, siapakah yang mempunyai autoriti memutuskan seseorang itu menjadi calon atau sebaliknya. Apakah ini memberi petanda bahawa gendang politik sedang dipalu dan Pas Selangor bakal menghadapi pergolakan mengenai kedudukan Hasan dan juga ia memberi kesan kepada Pas Pusat. Ini kerana Hasan adalah Ahli Jawatankuasa Pas Pusat dan pernah menjadi Naib Presiden Pas Pusat untuk beberapa penggal dan menjadi Pesuruhjaya Pas Selangor sebelum disingkirkan daripada kedudukan itu.

Timbul soalan mengapa Hasan ingin dipinggirkan malah tidak mustahil disingkirkan daripada Pas. Apakah Pas tidak mengalu-alukan pandangan seorang profesional berpengalaman? Apakah ramai di kalangan Pas dan pakatan pembangkang tidak rasa senang dengan tindakan-tindakan oleh Hasan yang mengetuai portfolio agama terhadap beberapa isu yang menyentuh kepentingan Islam dan amalan-amalan mungkar di Selangor?

Masalah arak, lubang-lubang maksiat di Selangor sangat banyak. Ia berkembang tanpa kawalan. Isu permurtadan seperti yang terjadi di Damansara Utama Methodist Church (DUMC) pada 3 Ogos lalu adalah benar. Isu Himpunan Sejuta Umat (Himpun) yang disertai oleh Hasan menjadi duri dalam daging bagi Pas. Apakah Pas sebagai anggota pakatan pembangkang tidak rasa sensitif dengan perkara-perkara ini.

Apakah makna perjuangan Pas terhadap isu-isu Islam? Apakah kerana menjaga hati DAP dan Parti Keadilan Rakyat maka Hasan dijadikan mangsa? Wakil-wakil DAP secara jelas menyatakan bahawa tindakan yang dibuat oleh Hasan itu sebagai "social policing".

Rakyat Selangor harus dberikan kebebasan untuk melakukan sesuatu tanpa dijadikan agama sebagai sandaran ukuran. Hak asasi mereka mesti dijaga.

Orang ramai mengharapkan Pas sebagai sebuah "parti Islam" melakukan sesuatu untuk mencegah kemungkaran di Selangor. Apabila Hasan ingin menubuhkan Unit Penyelarasan Akidah, Anwar Ibrahim tidak setuju dengannya. Apabila Himpun berkumpul mengenai isu pemurtadan Pas tidak bersama.

Bayangkan sekiranya pakatan pembangkang menguasai Malaysia (minta dijauhkan Allah) apakah peranan Pas yang sebenar. Mampu tidak Pas membawa DAP memahami maksud Islam yang mengajak manusia kepada dasar-dasar yang baik. Mampu atau tidak Pas mengajak Anwar membangunkan sebuah Negara Islam contoh kerana Anwar adalah bekas pemimpin Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).

Apa yang berlaku ialah perjuangan Negara Islam sudah bertukar menjadi Negara Berkebajikan. Hadi memberitahu bahawa konsep Negara Islam tidak ada di dalam al Quran. Selama ini Pas berjuang menggunakan asas apa?

Apakah Negara Berkebajikan merupakan 'pencairan' Pas dalam pakatan pembangkang kerana ingin mengambil hati DAP dan percaturan Anwar untuk sampai ke Putrajaya menerusi ejen "Erdogan"nya? Apakah Pas masih tidak memahami maksud perjuangan DAP ke arah sosialis demokratik atas tunjangan Malaysian Malaysia dan perjuangan Anwar ke arah dukungan hak asasi yang liberal dan pluralis?

Kebencian Nik Aziz Nik Mat terhadap UMNO amat luar biasa. Hujah UMNO parti jahiliah dan parti kafir adalah lafas biasa. Suatu ketika bila Dr. Syed Husin Ali dari PKR mahu dicalonkan di Kota Bharu, ia ditentang atas alasan ia adalah perjuangan sosialis. Tetapi mengapa DAP boleh diterima oleh Nik Aziz sedangkan perjuangannya ke arah sosialisme sangat nyata.

Mengapa juga Nik Aziz amat terpaut dengan Anwar yang memimpin pembangkang tetapi mengemukakan konsep semua agama sama iaitu asas pluralisme dan kecenderungan hak asasi bentuk baru yang sedang diperjuangkannya. Apakah Nik Aziz tidak dapat membaca percaturan ini atau masih mendengar bisikan Husam Musa mengenai kebaikan perjuangan Anwar sebagai jurucakap "Erdogan" yang sedang menguasai kempimpinan Pas kini.

Ke mana perginya Kepimpinan Ulama dalam perjuangan Pas. Mengenali Hadi sekian lama, amat gigih memperjuangkan Negara Islam. Apakah dengan menukar Pas ke arah perjuangan Negara Berkebajikan menandakan kegagalan dan ketidakmampuan Hadi dan barisan kepimpinan ulama yang dikatakan tidak sampai 35 peratus yang tinggal, untuk mengungkapkan konsep Negara Islam kepada DAP dan Anwar.

Kalau Nik Aziz merasa terlalu jijik dengan UMNO kerana memperjuangkan landasan bangsa, agama dan negara, apa bezanya dengan perjuangan Abu Bakar Bakir, Zulkifli Muhammad, Burhanuddin Hilmi - tokoh Pas yang tersohor juga memperjuangkan landasan agama, bangsa dan negara.

Kalau Nik Aziz berperndapat bahawa UMNO adalah parti jahiliah kerana perjuangan itu, apakah mereka juga jahiliah kerana menggunakan landasan yang sama.

Telah sekian lama hal-hal kebajikan diperjuangkan UMNO. Memberikan biasiswa, salur pinjaman melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), menghantar anak-anak yang terpilih tidak kira anak orang Pas, UMNO dan tidak berparti tanpa pilih kasih ke luar negara, menubuhkan institusi kewangan dan pendidikan yang mendukung cita-cita Islam, memperkukuhkan institusi syariah secara berperingkat-peringkat, membangunkan Felda dan Felcra untuk manfaat golongan miskin, memperkasakan peluang pendidikan anak-anak belajar di sekolah-sekolah terpilih adalah sebahagian dasar UMNO/ Barisan Nasional (BN) yang membawa pencerahan dan kebaikan yang dinikmati oleh orang PAS juga.

Kalau begitu apakah maksud Negara Berkebajikan yang ingin dibawa oleh Pas. Pas sudah ketinggalan zaman dan tidak mahu mengakui yang baik itu baik dari UMNO walaupun data dan fakta terbentang luas. Pas lebih suka melakukan tahalluf siasi (pakatan politik) dengan DAP dan Anwar walaupun Nik Aziz tahu bahawa faham sosialis itu tidak selari dengan pemikirannya dan faham pluralisme itu sendiri bercanggah dengan Islam yang sebenar.

Kalau alasannya kerana UMNO itu parti nasionalis yang sifatnya rasis, Nik Aziz selalu menyebut-nyebut pengalaman 'ditendang' oleh UMNO suatu ketika dulu. Tetapi sepak terajang politik itu tidak membawa ke tahap berbunuh-bunuhan. Apa pertimbangan Nik Aziz terhadap sikap ulama Hamas terhadap PLO yang pernah berbunuh-bunuhan, akhirnya kini memilih kepada kerjasama sedangkan PLO itu mendukung faham nasionalis dan sekular.

Apa pertimbangan syarie dan tahalluf siasi yang membawa kepada kerjasama Hamas-PLO supaya umat Palestin kelihatan bersatu menghadapi cabaran zionis Israel dan sekutunya. Dan apa pertimbangan Nik Aziz bila diajak di tahap tertinggi untuk menyelesaikan masalah umat dan ternyata tahallus siasi Hamas-PLO dijadikan rumusan terbaik, sebaliknya terlalu jijik dengan UMNO dan cenderung bersama dengan kelompok yang ingin mengemukakan faham neo-liberalisme yang anti agama, institusi Raja dan dasar memperkasa umat Melayu yang diperuntukkan dalam Perlembagaan.

Hal-hal ini saya percaya mengecewakan Hasan yang menginginkan kepimpinan ulama menjadi sumber kegiatannya sejak 15 tahun menyertai Pas dan amat mengagumi kepimpinan Allahyarham Ustaz Fadhil Noor.

Ramai yang kecewa dengan peralihan Negara Islam kepada Negara Berkebajikan. Lebih tiga tahun Hasan menggerakkan Islam di Selangor, terlalu banyak getir yang dilaluinya. Selangor sepatutnya menjadi model sebuah pakatan yang memahami ungkapan Islam yang bertamadun dan amat dihargai oleh DAP yang dikatakan menuntut sebuah negara tanpa rasuah, amanah dan adil kerana Islam itu sendiri pada prinsipnya memperjuangkan hal-hal tersebut. Anwar tahu hakikat itu sejak berjuang dalam ABIM dan UMNO lagi.

Amat malang seorang seperti Hasan yang mendambakan dirinya kepada perjuangan Islam dianggap musuh dan ingin dipinggirkan dan disingkirkan oleh Pas dan pakatan pembangkang sendiri. Kalau begitu apa corak perjuangan pakatan pembangkang kalau ditakdirkan (minta dijauhkan Allah) memerintah Malaysia nanti.

Bolehkah pendekatan sosialis-demokratik, liberal-pluralis dan konsep negara berkebajikan merintis konsep Negara Islam yang bertamadun. Karpal Singh secara tegas menyatakan "langkah mayat saya dulu". Apakah petanda itu tidak cukup bagi Pas membaca dan memahami keadaan. Kenapa tidak memilih jalan yang lebih baik untuk kepentingan umat Islam kerana politik dan kuasa adalah pangkalan yang terakhir yang masih ada pada mereka.

Full content generated by Get Full RSS.

Hadapi cabaran ekonomi global

Posted:

Hadapi cabaran ekonomi global

Hadapi cabaran ekonomi global

Oleh MOHD. AYOP ABD. RAZID
PENULIS ialah Ketua Unit Penerbitan di Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan

Ekonomi global masih suram dengan pemulihan perlahan. Kemelut kewangan zon Euro (negara Eropah yang mengguna mata wang Euro) dan Amerika Syarikat (AS) masih mempengaruhi pertumbuhan keseluruhan ekonomi dunia. Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi negara maju diunjurkan berkembang pada 1.5 peratus tahun 2011 dan dua peratus pada tahun 2012.

Pada suku ketiga tahun ini, pertumbuhan ekonomi AS kekal pada 1.6 peratus. AS yang turut mengalami kemerosotan daya saing mengalami kadar pengangguran yang tinggi, iaitu melebihi sembilan peratus. Demikian juga United Kingdom turut mengalami pengangguran pada kadar hampir lapan peratus.

Ada pakar ekonomi beranggapan sekiranya krisis kewangan yang dihadapi AS dan zon Euro tidak diatasi secara berkesan, ada kemungkinan ekonomi dunia dibayangi 'kebekuan' global dengan ciri pertumbuhan yang lembap, iaitu kira-kira 0.5 peratus untuk tempoh yang lama. AS dan zon Euro mungkin berhadapan risiko terjebak semula ke dalam kemelesetan curam berganda.

Namun, rantau Asia di anggap bernasib baik kerana beberapa negara ekonomi baru muncul seperti China terus menjadi peneraju kebangkitan ekonomi Asia. China misalnya terus mencatatkan pertumbuhan memberangsangkan dengan kadar pertumbuhan 9.5 peratus.

Bagaimana dengan kedudukan negara kita? Apakah kita terkesan teruk? Mampukah kita berhadapan dengan senario ekonomi global yang tidak menentu itu?

Hakikatnya memang kita tidak boleh mengelak daripada terkena tempiasnya tetapi kita tidaklah terlalu teruk menanggung kesan ekonomi global. Setakat ini negara masih mempunyai daya tahan dan daya saing yang baik. Sehingga tahun depan pertumbuhan ekonomi negara diunjurkan kekal pada tahap sederhana.

Pada asasnya, kajian-kajian menunjukkan bahawa negara dijangka dapat mempertahankan pertumbuhan ekonomi pada kadar sederhana lima hingga 5.5 peratus. Pusat Kewangan Islam Antarabangsa (INCEIF) turut menjangkakan pertumbuhan ekonomi negara pada paras 4.6 peratus hingga lima peratus. MIER pula mengunjurkan pertumbuhan negara untuk tahun ini pada kadar 4.6 peratus.

Berdasarkan laporan Bank Negara Malaysia (BNM), pertumbuhan ekonomi negara untuk suku kedua tahun ini ialah empat peratus berbanding 4.3 peratus pada suku pertama. Prestasi ekonomi kita terus berkembang pada kadar 5.8 peratus dalam tempoh suku ketiga tahun ini. BNM menjangkakan negara boleh mencapai pertumbuhan sederhana, iaitu 5.0 hingga 5.5 peratus tahun ini.

Keupayaan kita mengekalkan pertumbuhan sederhana menunjukkan ekonomi kita masih berdaya tahan. Di antara faktor keupayaan kita ialah negara memiliki asas ekonomi yang masih utuh. Sumber-sumber ekonomi kita terlalu banyak untuk dimajukan serta berdaya saing seperti kelapa sawit, getah, kayu balak, gas asli cecair (LNG) dan petroleum.

Sistem perbankan dan kewangan kita terus kukuh dengan nisbah modal berwajaran risiko pada 14.8 peratus. Rizab antarabangsa kita sehingga 15 September berjumlah RM414.5 bilion yang membolehkan negara membiayai 9.5 bulan import tertangguh.

Faktor lain yang membolehkan kita bertahan dalam krisis ekonomi hari ini ialah keupayaan meningkatkan hubungan dagangan dengan China yang merupakan kuasa ekonomi baru yang menyaingi AS. Namun, pada hemat saya pelaburan antara Malaysia dan Cina perlu diseimbangkan.

Sungguhpun China merupakan rakan dagangan terbesar kita tetapi pelaburan China ke negara kita masih kecil berbanding pelaburan Malaysia di China. Sehingga kini pelaburan China di negara kita hanya bernilai AS$500 juta tetapi nilai pelaburan kita di China hampir AS$6 bilion.

Justeru, perlu ada satu usaha untuk meningkatkan pelaburan China masuk ke negara kita. Apa pun, keyakinan pelabur asing untuk melabur di negara kita memang memberangsangkan. Ini terbukti apabila pelaburan langsung asing (FDI) pada enam bulan pertama tahun ini meningkat sebanyak 75 peratus kepada RM21.2 bilion berbanding RM12.1 bilion pada tempoh yang sama tahun lalu.

Demikian juga jumlah perdagangan kita dengan negara luar masih memberangsangkan. Menurut Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC), jumlah perdagangan dari Januari hingga Julai tahun ini meningkat sebanyak 7.7 peratus kepada RM724.09 bilion dengan lebihan dagangan sebanyak RM68.6 bilion.

Selain itu, langkah kerajaan melaksanakan transformasi dalam sektor awam, ekonomi dan politik turut memberikan kesan positif masa depan ekonomi negara. Ini diakui Forbes yang menyebut keistimewaan Malaysia ialah banyak menawarkan transformasi positif yang dapat menarik pelabur dan peniaga ke negara ini.

Buktinya, Laporan Melakukan Perniagaan Bank Dunia 2012 meletakkan negara di tangga ke-18 mengatasi kedudukan Jerman, Jepun, Taiwan, Switzerland, Belgium dan Perancis dalam melakukan perniagaan.

Laporan Daya Saing Global meletakkan negara di tangga ke-21 di kalangan 142 negara paling berdaya saing di peringkat global. Kita mengatasi lima negara lain yang mendahului kita tahun lalu, iaitu Emiriah Arab Bersatu (UAE), New Zealand, Korea, Luxemborg dan Israel. Tahun lalu kita berada di tangga ke-26.

Pertumbuhan pada tahun 2012 akan dipacu oleh pelaburan swasta (15.9 peratus) dan awam (tujuh peratus). Pertumbuhan pada tahun depan juga akan disokong oleh FDI yang tinggi, pelaksanaan projek ETP dan Rolling Plan Kedua (RP2) di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10).

Dalam Bajet 2012, kerajaan memperuntukkan RM232.8 bilion untuk melaksana semula rancangan pembangunan kerajaan termasuk projek dan program RP2, NKRA. NKEA dan SRI.

Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) juga akan diberi tumpuan yang sewajarnya. Dalam Bajet 2012, PKS disebut menyumbang kira-kira 31 peratus KDNK, 56 peratus tenaga kerja serta menyumbang 19 peratus jumlah eksport. Justeru, dalam Bajet 2012 kerajaan telah mengumumkan pembentukan dana Pembiayaan SME patuh syariah berjumlah RM2 bilion.

Selain itu, kerajaan turut menyediakan SME Revitalisation Fund dengan dana berjumlah RM100 juta. Dana ini diperuntukkan untuk membantu usahawan yang gagal kerana faktor di luar kawalan mereka.

Kesimpulan, fundamental ekonomi Malaysia masih kukuh dan berdaya saing. Apa yang patut dilakukan ialah negara perlu terus bersifat responsif dengan mengambil setiap ruang dan peluang yang boleh menguntungkan negara. Selain itu, pemantauan yang konsisten terhadap perkembangan ekonomi global perlu supaya tindakan dan rangka kerja mengurus ekonomi negara benar-benar dapat memberikan impak yang positif kepada pertumbuhan ekonomi negara dan kehidupan rakyat.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Annur Najwa miliki akademi kecantikan

Posted:

Annur Najwa miliki akademi kecantikan

Annur Najwa miliki akademi kecantikan

Oleh NOOR FAZRINA KAMAL


Annur Najwa Azizan menubuhkan Akademi Red Golw kerana minat dalam bidang kecantikan.


SATU ketika dahulu, Annur Najwa Azizan 30 memiliki kerjaya tetap yang memberi bukan setakat kedudukan selesa bahkan pendapatan lumayan setiap bulan.

Tetapi dek kerana minat yang mendalam dalam bidang kecantikan telah mendorongnya untuk berhenti kerja dan menumpukan sepenuh perhatian dalam bidang baru tersebut.

Kesungguhan wanita yang lebih mesra dengan panggilan Najwa ini untuk meneruskan kerjaya baru dalam bidang perkhidmatan kecantikan, akhirnya membawa ganjaran yang dia sendiri tidak terduga.

Sejak memulakan perniagaan perkhidmatan akademi kecantikan yang diberi nama Akademi RedGlow, ia telah berkembang hingga berjaya mendapat sijil pentauliahan dari Kementerian Sumber Manusia.

"Saya menuntut dalam bidang perakaunan tetapi amat meminati dunia kecantikan. Saya mula menjinakkan diri dalam dunia kecantikan seawal usia 18 tahun lagi.

"Pada mulanya, saya hanya seronok-seronok menyolek rakan-rakan yang menghadiri majlis makan malam. Dari situ saya mula menyedari bakat terpendam apabila rakan yang saya rias mendapat anugerah di majlis pra-graduan," ujarnya memula bicara.

Menurut Najwa, keyakinan untuk mula menyolek makin bertambah apabila ada rakan yang mempercayai kebolehannya hingga sanggup membayar untuk dirias bagi majlis makan malam dan perkahwinan.

Pada usia semuda 23 tahun, dia memberanikan diri untuk menceburi dunia perniagaan biarpun menyedari cabaran berliku yang bakal ditempuhi.

Najwa menubuhkan apa yang dipanggil sebagai Akademi RedGlow, yang mengendali dan mengurus kursus dalam bidang kecantikan, solekan dan personaliti.

Setakat ini dia telah melatih lebih 500 orang profesional dari badan kerajaan dan badan bukan kerajaan serta persendirian.

"Tidak dinafikan, sekarang ini pun saya masih lagi di tahap belajar dan sering mendapat tunjuk ajar dari mereka yang lebih berpengalaman.

"Paling penting, walau apa pun bidang yang kita ceburi, ilmu adalah tonggak utama untuk kita berjaya. Saya tidak pernah berhenti mengutip ilmu dan ia tidak akan terhenti sampai bila-bila.

"Namun guru yang paling berharga adalah pengalaman, kerana ia tidak dijual di mana-mana," jelas Najwa.

Bercerita lanjut mengenai Akademi RedGlow, katanya, ia ditubuhkan pada tahun 2006 dari sehelai kertas sehingga menjadi modul pendidikan kecantikan yang lengkap.

Menariknya, semua hasil kajian dan pengajian tanpa sempadan Najwa ekoran minat yang mendalam di bidang itu.

Katanya, setiap pelanggan mahupun peserta yang mengikuti program kursus atau bengkel bersama RedGlow akan diberi sentuhan peribadi.

"Kami berkongsi ilmu dan pengetahuan tanpa sempadan. Alhamdulillah, kini Akademi RedGlow semakin hari semakin berkembang.

"Saya juga berhasrat untuk mengorak langkah setapak lagi hingga ke peringkat antarabangsa sekali gus mengetengahkan produk kecantikan keluaran RedGlow sendiri yang sebelum ini hanya digunakan untuk kursus dalam akademi sahaja.

"Untuk tahun 2012, RedGlow juga akan memasarkan bedak asas dan ia akan dikembangkan ke seluruh rangkaian alat solek yang lain.

"Kami juga amat yakin dengan kebolehan RedGlow kerana kami merupakan satu-satunya akademi yang bertauliah milik bumiputera yang mempunyai modul-model kursus dalaman dalam bidang solekan. Selain itu, kami juga turut melantik beberapa jurusolek artis profesional untuk menjadi panel kami," kata Najwa.

Selain Akademi RedGlow, Najwa juga memiliki perniagaan lain dalam bidang pembekalan cenderahati korporat .

Kini dia juga sedang mengusahakan sebuah restoran sederhana ke mewah yang bercirikan masakan dari Terengganu.

"Saya sangat komited terhadap kerjaya dan tidak pernah puas. Walaupun terdapat banyak halangan yang datang, namun berkat kesabaran serta kebolehan yang saya ada, saya mampu mengatasinya. Hari ini, saya mampu tersenyum bangga melihat Akademi RedGlow mula dikenali dan ia adalah milik saya," jelas Najwa.

"Bukan terhenti setakat itu sahaja, saya juga mengendalikan bengkel kuasa wanita bersama rakan perniagaan saya iaitu Hismazaitul Azmy ," ujar wanita hebat ini lagi.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Kota

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Pembeli buat laporan polis

Posted:

Pembeli buat laporan polis

Pembeli buat laporan polis

Oleh ABDUL YAZID ALIAS
kota@utusan.com.my


Mohamed Durrani Izam (kanan) bersama pembeli lain menunjukkan dokumen yang digunakan seorang lelaki untuk menipu mereka berhubung pembelian rumah kos rendah di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan, Klang, semalam.


KLANG 13 Dis. – Setelah tidak mendapat perhatian daripada kerajaan negeri, lapan pembeli pangsapuri kos rendah Taman Botanic di sini yang didakwa ditipu oleh individu yang mengaku Pegawai Tugas-tugas Khas Menteri Besar tampil membuat laporan polis hari ini.

Laporan tersebut dibuat kira-kira pukul 1 tengah hari di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan di sini bagi meminta pihak berkuasa itu menyiasat serta mengambil tindakan terhadap individu berkenan yang dikenali sebagai Haji Mohd. Yatim Abu Bakar.

Pengerusi jawatankuasa bertindak pembeli berkenaan, Mohamed Durrani Izam berkata, laporan polis itu diharap dapat memberikan keadilan yang sewajarnya kepada pembeli berkenaan.

"Tidak ada cara lain lagi bagi pembeli mendapat keadilan mereka dalam soal ini. Kami mahu polis menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap individu berkenaan.

"Sebelum ini, kerajaan negeri ada menyatakan untuk membantu menyelesaikan masalah ini tetapi sampai ke hari ini tiada maklum balas," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan itu di sini, hari ini.

Mohamed Durrani berkata, bulan lalu pihaknya mendapat jaminan daripada Setiausaha Politik kepada Menteri Besar, Faekah Husin bahawa kerajaan negeri akan menyelesaikan masalah tersebut.

Bagaimanapun, katanya, sehingga kini kerajaan negeri belum melakukan apa-apa tindakan bagi membantu pembeli terlibat.

Pada 8 November lalu, Utusan Malaysia melaporkan sebanyak 650 pembeli projek pangsapuri kos rendah di beberapa daerah di negeri ini terpaksa berputih mata apabila orang tengah bergelar Haji Mohd. Yatim yang menguruskan urusan jual beli kediaman itu menghilangkan diri tanpa dapat dikesan sehingga kini.

Apa yang menyedihkan pembeli malang terlibat, pangsapuri kos rendah tersebut sudah siap, tetapi sehingga kini proses penyerahan kunci kediaman tersebut gagal dilakukan.

Berdasarkan surat tawaran yang diberikan kepada mereka, pembelian pangsapuri kos rendah itu melibatkan projek rumah kos rendah di Selayang Mulia di Selayang, Taman Botanic, Taman Harmoni di Balakong dan Taman Cheras Intan di Cheras, kesemuanya telah sah diperuntukkan kepada mereka.

Malah, kesemua pembeli turut membayar wang pendahuluan sebanyak RM2,100 kepada Haji Mohd. Yatim dan mereka tidak meragui kesahihan transaksi jual beli rumah tersebut kerana individu itu telah memberi resit bukti pembayaran dan surat-menyurat menggunakan kepala surat Permodalan Negeri Selangor Bhd. (PNSB) dan Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS).

Full content generated by Get Full RSS.

Monopoli bahu jalan

Posted:

Monopoli bahu jalan

Monopoli bahu jalan

Oleh ROSLAH OTHMAN
kota@utusan.com.my


BERGINILAH keadaan tepi jalan di Taman Prima Ukay, Ulu Klang yang kebanyakannya telah 'ditempah' oleh pihak tertentu sebagai tempat letak kereta mereka. – UTUSAN/ZULKARNAIN MOHD. SAIDIN


ULU KLANG 13 Dis. – Penduduk Taman Ukay Prima, Kemensah di sini kesal dengan tindakan sesetengah individu yang bertindak memonopoli ruang tepi jalan di kawasan perumahan itu dengan menjadikannya sebagai 'tempat letak kereta persendirian'.

Individu berkenaan melakukannya dengan cara meletakkan kon sebagai menandakan sesuatu kawasan itu milik mereka dan kenderaan lain dilarang diletakkan di situ.

Tinjauan Utusan Malaysia ke lokasi berdasarkan aduan yang diterima mendapati beberapa buah kenderaan persendirian diletakkan di bahu-bahu jalan di kawasan itu.

Difahamkan, perkara itu sudah berlarutan sejak dua tahun kebelakangan ini tanpa ada sebarang tindakan diambil pihak berkuasa tempatan iaitu Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).

Sikap tidak bertanggungjawab itu sedikit sebanyak telah menyusah dan membahayakan penduduk di situ.

Seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Shah, 35, yang enggan dirakamkan gambarnya berkata, setiap kali melalui jalan tersebut dia terpaksa berhati-hati kerana bimbang melanggar kenderaan lain.

Katanya, mereka tidak berani untuk bersuara kerana enggan menimbulkan pergaduhan.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam MPAJ, Norhayati Ahmad ketika diminta mengulas mengenai perkara itu mengakui pihaknya ada menerima aduan berhubung perkara berkenaan.

Katanya, tindakan penguatkuasaan akan diambil ke atas kenderaan terlibat kerana kawasan tepi jalan termasuk dalam kawasan hijau Majlis, dan mengikut peraturan kawasan itu tidak dibenarkan untuk diletakkan kenderaan.

"Adalah menjadi satu kesalahan meletakkan kenderaan persendirian, apatah lagi membina garaj ataupun meletakkan kon di tepi jalan kerana ia turut melibatkan keselamatan dan keselesaan orang ramai," ujarnya apabila dihubungi.

Selain daripada penduduk Taman Ukay Prima, katanya, pihaknya turut menerima aduan bahawa perkara berkenaan turut berlaku di sekitar Taman Permata dan Pandan Indah dan MPAJ akan mengambil tindakan.

Full content generated by Get Full RSS.

1,500 sertai program Permata Pintar Negara

Posted:

1,500 sertai program Permata Pintar Negara

1,500 sertai program Permata Pintar Negara

BANGI 13 Dis. - Program Permata Pintar Negara akan melibatkan lebih ramai pelajar-pelajar antarabangsa yang berusia antara sembilan hingga 15 tahun pada masa akan datang.

Pengarahnya, Prof. Dr. Noriah Mohd. Ishak berkata, sehingga kini lebih 1,500 pelajar telah menyertai program yang dikendalikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu sejak ia dilancarkan pada 2 Mac 2009.

"Daripada jumlah itu, kami telah menerima pelajar-pelajar dari India, Brunei, Singapura dan Oman yang telah lulus ujian kecerdasan mental yang ditetapkan di Kedutaan Malaysia di negara-negara tersebut," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis penutup dan penyampaian sijil Program Perkhemahan Cuti Sekolah-Permata Pintar Negara di sini, semalam.

Majlis tersebut disempurnakan oleh Naib Canselor UKM, Prof. Tan Sri Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin.

Sebanyak 450 pelajar dari seluruh negara dan dua daripadanya dari Brunei menyertai perkhemahan yang berlangsung selama tiga minggu sejak 21 November lalu.

Tambah beliau, memberi peluang kepada pelajar antarabangsa menyertai program tersebut adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar tempatan mempelajari budaya luar.

"Di samping itu, mereka dapat bertukar-tukar pandangan serta idea dan memahami kebudayaan, agama dan cara hidup antara satu negara dengan negara yang lain," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Dalam Negeri

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Dengar suara orang muda - Najib

Posted:

Dengar suara orang muda - Najib

Dengar suara orang muda - Najib

Oleh ABD. HALIM HADI TALIB
pengarang@utusan.com.my


NAJIB Tun Razak mengangkat buku Youth Defined: Shape Our Future sewaktu menghadiri Majlis Makan Malam Program Suara Belia Dalam Transformasi Negara di Hotel Golden Horses, Seri Kembangan, malam tadi. Turut hadir, Khaled Nordin (kiri) dan Pengerusi MyHarapan, Roslan Bakri Zakaria.


KUALA LUMPUR 12 Dis. - Kerajaan sentiasa terbuka untuk mendengar pandangan dan idea daripada golongan belia dalam menjayakan setiap program transformasi negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, selain memberi pandangan, kerajaan juga sedia untuk menerima kritikan daripada golongan muda.

"Tetapi suara orang muda itu bukan sekadar kritikan tetapi perlu datang bersama dengan idea penyelesaian.

"Mereka ini seperti 'superhero' kepada negara sebab mereka mempunyai kuasa mengubah dan jika semua 'superhero' ini berganding tenaga dengan kerajaan, program transformasi negara lebih mudah menjadi realiti," katanya pada Program Suara Belia Dalam Transformasi Negara di sini, hari ini.

Turut hadir Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Pengerusi MyHarapan, Roslan Bakri Zakaria.

Najib berkata, kritikan yang positif adalah kunci kepada kejayaan negara untuk mencapai setiap sasaran dan menjadi negara maju.

"Sebab itu, kita mahu mendengar suara rakyat dan golongan belia sebagai sebahagian daripada proses pembangunan negara," katanya.

Beliau berkata, kerajaan pada masa ini berusaha gigih untuk mewariskan sebuah negara yang mempunyai kestabilan dan asas yang kukuh kepada generasi akan datang.

"Kita percaya kepada prinsip pembangunan negara ini perlu diteruskan seperti menyerahkan baton atau obor kepada generasi akan datang.

"Bila terima, mereka harus membawanya lebih jauh," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Semua isu program 6P perlu diselesai akhir tahun

Posted:

Semua isu program 6P perlu diselesai akhir tahun

Semua isu program 6P perlu diselesai akhir tahun

PUTRAJAYA 12 Dis. - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mahu semua isu dan masalah berhubung program pemutihan di bawah Program Penyelesaian Menyeluruh Pekerja Asing dan Pendatang Asing Tanpa Izin (6P) diselesaikan selewat-lewatnya akhir tahun ini.

Beliau berkata, keadaan itu bertujuan membolehkan satu mesyuarat dijalankan bagi menentukan keperluan pekerja asing mengikut sektor selain memastikan program 6P berjalan mengikut perancangan asal.

"Pada minggu kedua Januari 2012, menteri-menteri yang terlibat akan bermesyuarat dengan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kita akan mendengar keperluan pelbagai kementerian terlibat.

"Antara isu pemutihan yang berlaku mungkin melibatkan agensi lain seperti Jobs Malaysia, begitu juga dengan soal pemeriksaan kesihatan pekerja," katanya selepas mengadakan perjumpaan dengan wakil Kedutaan Indonesia, Bangladesh, India, Myanmar dan Nepal mengenai program 6P, di sini hari ini.

Hishammuddin berkata, kejayaan proses pemutihan juga mempunyai kaitan langsung dengan kerjasama pihak kedutaan asing.

"Seramai 600,000 pekerja asing telah memohon untuk mendapatkan pasport Indonesia dan pihak kedutaan memerlukan masa untuk memprosesnya. Walaupun ia melibatkan banyak kementerian dan pihak, tetapi ia masih perlu diselesaikan demi kepentingan negara," katanya.

Beliau berkata, program pemutihan melibatkan 400,000 pekerja yang mempunyai majikan dan 93,000 orang yang perlu disalur ke sektor-sektor yang memerlukan pekerja asing.

"Lebih 50,000 pekerja telah membuat keputusan untuk kembali ke negara asal mereka dan langkah ini boleh diperhebatkan supaya ia berjalan dengan lebih lancar," katanya.

Tambahnya, kerjasama daripada Kedutaan Indonesia, Bangladesh, India, Myanmar dan Nepal adalah amat penting untuk memastikan Malaysia dapat mengurus pekerja asing secara berkesan.

"Negara-negara ini merupakan penyumbang terbesar pekerja asing di negara ini," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Ketibaan Tuanku disambut meriah di Kuala Terengganu

Posted:

Ketibaan Tuanku disambut meriah di Kuala Terengganu

Ketibaan Tuanku disambut meriah di Kuala Terengganu


TUANKU Mizan Zainal Abidin bersalaman dengan para pembesar negeri yang menyambut ketibaan baginda dari Kuala Lumpur di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu, Terengganu, semalam. – BERNAMA


KUALA TERENGGANU 12 Dis. – Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Tuanku Nur Zahirah selamat tiba di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) di sini kira-kira pukul 2.02 petang ini dari Kuala Lumpur.

Keberangkatan balik Seri Paduka berdua ke Terengganu adalah berikutan tamat tempoh pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong selama lima tahun.

Seri Paduka berdua tiba dengan pesawat khas yang diiringi dua pesawat pejuang Sukhoi dan disambut meriah dengan penuh adat istiadat diraja.

Pemangku Raja Terengganu, Tengku Muhammad Ismail kemudian mengetuai para tetamu menghadap Tuanku Mizan bagi memohon limpah perkenan sebelum berangkat turun dari pesawat berkenaan.

Sejurus selepas itu Mufti Terengganu, Datuk Dr. Alias Abdullah memimpin bacaan doa selamat sebelum disusuli 21 das tembakan meriam serentak dengan nyanyian lagu Negaraku.

Tuanku Mizan kemudian menerima menghadap Ketua Pasukan Kawalan Kehormatan Utama dari Batalion Ke-18 Rejimen Askar Melayu Diraja untuk memeriksa perbarisan pasukan yang terdiri daripada tiga pegawai dan 103 anggota lain-lain pangkat.

Lagu Negaraku dipersembahkan sekali lagi sebelum Seri Paduka berdua berangkat ke Istana Maziah diiringi Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said, kerabat-kerabat diraja dan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang bertindak sebagai Menteri Pengiring.

Kenamaan lain yang turut serta ialah Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Ibrahim Muhammad merangkap Pegawai Pengiring Seri Paduka.

Tuanku Mizan dan Tuanku Nur Zahirah kemudian diraikan pada majlis santapan petang yang dihadiri kira-kira 300 tetamu di istana berkenaan sebelum berangkat meninggalkan majlis untuk ke Istana Nur Nadirah, di sini.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Selatan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


Pasar tani NS untung RM16.7j

Posted:

Pasar tani NS untung RM16.7j

Pasar tani NS untung RM16.7j

Oleh MOHAMMAD YASIR JAAFAR
utusanN9@utusan.com.my

SEREMBAN 12 Dis. – Prestasi jualan pasar tani di seluruh negeri ini meningkat sebanyak 12 peratus apabila mencatatkan nilai keuntungan melebihi RM16.7 juta dari Januari hingga Oktober lalu berbanding tempoh sama pada 2010.

Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) negeri, A. Rahaman Suleiman berkata, perkembangan positif itu merupakan hasil kutipan jualan membabitkan 29 tapak pasar tani pelbagai jenis di sekitar negeri ini.

"Dalam tempoh 10 bulan, negeri ini berjaya mencatatkan jualan keseluruhan sebanyak RM16,797,335 berbanding RM14,849,819 pada tahun sebelumnya.

"Daripada jumlah tersebut, peningkatan nilai jualan adalah sebanyak RM1,947,515 iaitu pada kadar 12 peratus," katanya selepas melawat tapak Pasar Tani Mega Paroi Jaya di sini hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian, Industri Asas Tani, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Yunus Rahmat.

Katanya, berdasarkan statistik, purata jualan bulanan bagi seluruh pasar tani di negeri ini adalah sebanyak RM1.7 juta.

"Jika prestasi ini berterusan, nilai jualan bagi tahun ini boleh mencecah RM20.4 juta berbanding RM17.9 juta pada 2010," jelasnya.

Tambahnya, tiga Pasar Tani Mega yang mencatatkan nilai jualan tertinggi adalah di Pasar Tani Mega Ampangan (RM2,188,136) diikuti Pasar Tani Mega Rembau (RM1,784,839) dan Pasar Tani Mega Paroi Jaya (RM1,590,897).

Dalam pada itu, A. Rahaman memberitahu, berdasarkan komoditi jualan, makanan dan minuman mencatatkan nilai jualan tertinggi berbanding barangan lain.

"Bagi makanan dan minuman, nilai jualan yang dicatatkan sebanyak RM2,681,454 diikuti sayur-sayuran iaitu sebanyak RM2,299,373 manakala ikan laut RM2,130,821," ujarnya.

Full content generated by Get Full RSS.

SMD Quessant Agosta 70 tarikan baru

Posted:

SMD Quessant Agosta 70 tarikan baru

SMD Quessant Agosta 70 tarikan baru

Oleh AMRAN MULUP
utusanmelaka@utusan.com.my


Kapal selam SMD Ouessant Agosta 70 yang bakal dijadikan Muzim Kapal Selam pertama di Malaysia ini sedia menanti kunjungan pelawat apabila ia dibuka nanti.


MELAKA 12 Dis. – Melaka dikenali di seluruh dunia sejak sekian lama. Walaupun sebuah negeri kecil, keunikannya adalah pada pelbagai produk pelancongan yang terdapat di negeri ini.

Sungguhpun sumber hasil buminya terhad, Melaka mampu membangun kerana industri pelancongannya berupaya menarik kedatangan jutaan pengunjung setiap tahun.

Tidak hairanlah saban masa terutama pada hujung minggu dan cuti umum terutama cuti sesi persekolahan, orang ramai mula tertumpu ke negeri ini.

Kepelbagaian produk pelancongan berasaskan sejarah, pendidikan, sukan dan kesihatan jelas telah mengubah landskap Melaka secara keseluruhannya.

Sejak lima tahun lalu banyak yang berubah. Negeri yang terkenal sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka itu kini semakin menjadi tumpuan pelancong menerusi pelbagai tarikan.

Usaha kerajaan negeri berjaya menarik kedatangan pelabur dalam industri pelancongan dan ia dapat dilihat di sekitar kawasan bandar raya Melaka.

Langkah kerajaan membangunkan pelbagai produk pelancongan di sekitar Banda Hilir hingga ke Klebang serta Pantai Puteri memudahkan orang ramai berkunjung dari satu tempat ke tempat yang lain tanpa melalui perjalanan yang jauh.

Pakej pelancongan lebih tertumpu kepada tempat seperti Stadthuys, A Famosa, Christ Church, St. Paul Church, Perigi Hang Li Po dan sebagainya.

Ia ditambah pula dengan kewujudan bot Melaka River Cruise, Menara Taming Sari, Jonker Walk, kenderaan dua alam Duck Tours, Monorel, Zoo Melaka dan sebagainya.

Wild Life Theater di Pulau Melaka adalah produk terkini dibuka pada 25 November lalu untuk mereka yang berminat menyaksikan persembahan unik tiga ekor singa laut yang didatangkan khas dari Chile selain aksi spesies haiwan lain.

Terbaru, kerajaan membuat pelaburan besar apabila membeli sebuah kapal selam dari Perancis untuk dijadikan Muzium Kapal Selam pertama di negara ini.

Mulanya hasrat itu dilihat seperti 'main-main' namun, ia menjadi realiti apabila kapal selam SMD Ouessant jenis Agosta 70 milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) tiba di negeri ini.

Kapal selam itu dibawa menaiki sebuah kapal kontena menempuh pelayaran hampir sebulan selepas bertolak dari sebuah pelabuhan di Perancis dan akhirnya kapal selam seberat 1,200 tan itu tiba di perairan Selat Melaka pada 12 November lalu.

Bagaimanapun, proses untuk mengangkut kapal selam terbabit menelan belanja RM12.6 juta dan pertama kali dilakukan, kerja-kerja menaikkannya memakan masa yang lama apabila ia perlu dilakukan dengan begitu teliti.

Sebuah syarikat iaitu FELDA Transport Services Sdn Bhd (FTSSB) telah diberi kepercayaan memikul tanggungjawab mengangkut kapal selam itu untuk diletakkan di Dataran 1Malaysia di Klebang.

Dua buah kren khas yang masing-masing berkemampuan mengangkat beban seberat 900 tan telah digunakan dalam operasi selama tiga jam bagi mengalihkan kapal selam berkenaan dari kapal Jumboship ke kapal ponton.

Kapal selam dengan ukuran 67.57 meter panjang dan tinggi 11.75 meter dengan lebar 6.5 meter tersebut akhirnya berjaya didaratkan di tapak berkenaan untuk dijadikan Muzium Kapal Selam pada 22 November lalu.

Kedatangan kapal selam itu membuatkan rakyat negeri ini begitu teruja kerana itulah kali pertama mereka dapat melihat sebuah kapal selam secara nyata di depan mata sendiri berbanding menontonnya di televisyen.

Tempoh 10 hari kerajaan negeri memberi peluang kepada rakyat untuk melihat dari dekat kapal selam itu mendapat sambutan menggalakkan.

Orang ramai berpusu-pusu datang ke Dataran 1Malaysia untuk melihat kapal selam buatan Perancis berkenaan sebelum ia ditutup bagi kerja-kerja mengecat dan pembinaan infrastruktur muzium kapal selam pertama di negara ini.

Agosta 70 digunakan untuk melatih krew pertama kapal selam Malaysia dari 2005 hingga 2009 dan latihan itu dijalankan berikutan kontrak yang ditandatangani oleh Malaysia bagi pemilikan kapal selam Scorpene Perancis pada 2002.

Kali terakhir Agosta 70 digunakan oleh TLDM dan Tentera Laut Perancis ialah ketika melakukan pelayaran di Lautan Atlantik pada Julai 2009.

Sudah pasti kehadiran kapal selam buatan Perancis itu bakal menambah tarikan pelancong dari dalam dan luar negara untuk menjadikan Melaka sebagai destinasi pelancongan mereka pada masa depan.

Full content generated by Get Full RSS.

Muzium kapal selam jadi rujukan pelajar

Posted:

Muzium kapal selam jadi rujukan pelajar

Muzium kapal selam jadi rujukan pelajar

MELAKA 12 Dis. - Muzium Kapal Selam yang pertama dibina di negara ini bukan sahaja akan digunakan untuk menarik kedatangan lebih ramai pelancong ke Melaka tetapi lebih penting ia menjadi sumber maklumat dalam kalangan pelajar.

Pengurus Besar Perbadanan Muzium Negeri Melaka (Perzim), Datuk Khamis Abas berkata, kapal selam itu boleh menggalakkan minat selain melahirkan pelajar yang cenderung dalam industri maritim.

Menurutnya, pelajar dari sekolah rendah, menengah hingga di institusi pengajian tinggi (IPT) boleh mendapat maklumat lebih tepat berkaitan kapal selam apabila muzium itu siap dan dibuka kepada orang ramai pada 2015 nanti.

''Di muzium ini orang ramai khususnya pelajar dapat melihat dari dekat kapal selam berusia 32 tahun itu selain kelengkapan yang terdapat di dalamnya.

''Apabila muzium ini dibuka kepada orang ramai, kita menjangka ia akan menjadi tumpuan bukan sahaja untuk rakyat di negeri ini tetapi juga dari luar negeri ini," katanya di sini baru-baru ini.

Menurutnya, memang agak sukar untuk orang ramai melihat dari dekat dua kapal selam yang dibeli oleh kerajaan iaitu KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Razak yang kini dikendalikan oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Sehubungan itu, dengan kewujudan Muzium Kapal Selam tersebut katanya, orang ramai hanya perlu datang ke negeri ini dan boleh melihat secara dekat dan 'meneroka' sendiri keadaan di dalam kapal tersebut.

Katanya, Muzium Kapal Selam di Dataran 1Malaysia di Klebang di atas tanah seluas empat hektar itu akan dibangunkan dengan pelbagai kemudahan dan kelengkapan lain.

Ujarnya, kawasan tersebut akan dikenali sebagai Kompleks Pelancongan Klebang dan selain menempatkan kapal selam itu, kerajaan juga akan membina kapal Laksamana Cheng Ho dan kapal Raja Melayu di situ.

''Kos anggaran sebanyak RM25 juta telah dipohon daripada kerajaan Pusat. Kita menjangka kelulusan itu akan diketahui pada penghujung 2012 dan selepas itu barulah projek pembinaan muzium berkenaan akan dimulakan," ujarnya.

Kata beliau, kapal selam itu kini diselenggara oleh Perzim dengan kerja-kerja pembersihan pada badan dan dalam kapal sebelum ia dicat semula.

Muzim kapal selam itu hanya mampu menampung 25 pelawat pada satu-satu masa apabila ia dibuka kelak.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Muka Hadapan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Muka Hadapan


‘Saya tak kisah’

Posted:

'Saya tak kisah'

'Saya tak kisah'

Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD
pengarang@utusan.com.my


Dr. Hasan Ali



SELEPAS 48 jam berita Datuk Dr. Hasan Ali, Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor digugurkan daripada senarai calon pilihan raya Pas tersebar, semalam beliau tampil memberikan penjelasan.

Hasan yang pernah bekerja sebagai pegawai kerajaan dan kemudian menjadi pakar motivasi, menyifatkan pengguguran daripada senarai calon pilihan raya negeri adalah perkara kecil sahaja.

"Soal pencalonan ini bagi saya kecil," tegas Hasan pada sidang media di kediamannya di Pinggir Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur semalam yang mengulas kontroversi pencalonan itu yang didedahkan oleh Ketua Penerangan Pas Selangor, Saari Sungib.

Hasan yang menjadi tokoh kontroversi sejak isu perpaduan antara Pas dan UMNO dibangkitkan sehingga beliau tidak dilantik semula sebagai Pesuruhjaya Pas Selangor, tetap tidak berganjak meneruskan misi perpaduan umat Islam melangkaui ideologi politik dan bangsa.

Bagi Ahli Dewan Undangan Negeri Gombak Setia ini, beliau tidak memerlukan pengiktirafan daripada mana-mana pihak termasuk Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

ADAKAH Datuk bersedia tidak dicalonkan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13)?

HASAN: Saya tiada halangan untuk tidak calonkan semula. Malah ia menjadikan saya lebih kental untuk terus berjuang. Saya berjuang atas nama Islam dan Melayu. Ia tidak tertakluk kepada pemberian apa jua bentuk ganjaran sama ada berbentuk wang, pangkat dan jawatan. Jika ganjaran itu diberikan, ia hanyalah secara kebetulan. Sebab itu saya tegaskan pencalonan ini bagi saya soal kecil. Agenda kita adalah memartabatkan Islam. Oleh itu, tiada sebab saya berasa kecewa kerana cita-cita saya adalah untuk menegakkan Islam.

Apa pandangan Datuk tindakan Saari Sungib yang mendedahkan nama Datuk tidak disenarai?

Saya ingin jelaskan beberapa perkara untuk mengelakkan kekeliruan berterusan. Pencalonan daripada cawangan diambil kira dalam menentukan pencalonan tetapi ada ketikanya faktor ini tidak menjadi penentu kerana wujudnya pertimbangan lain. Contohnya, saya sendiri diminta untuk bertanding di DUN Gombak Setia bukan atas dasar pencalonan cawangan.

Setakat saya ingat, Ketua Penerangan Pas Selangor sekarang ini yang bertanding di DUN Hulu Kelang juga tidak ikut proses penerimaan pencalonan cawangan. Hal-hal ini diputuskan Pas Pusat setelah melalui proses penilaian oleh Majlis Syura Ulama. Adalah tidak sesuai sekiranya mana-mana individu bertindak mendahului pimpinan tertinggi dalam hal ini.

Saya juga musykil kenyataan itu disebarkan bertepatan dengan suasana seorang pemimpin Pas menerima pengiktirafan daripada Sultan Selangor. Saya khuatir pelbagai kesimpulan dan andaian boleh dibuat berikutan wujudnya satu kebetulan ini.

Datuk dimaklumkan mengenai pengguguran sebagai calon?

Tidak. Berapa pencalonan diterima saya tidak tahu. Bila pencalonan dibuka dan ditutup saya tidak tahu. Berapa cawangan yang sokong saya tidak tahu. Tiba-tiba isu ini `meletup' dua hari lalu dan semalam dilaporkan di dalam akhbar iaitu ketika saya hendak menerima anugerah daripada Sultan. Cuba bayangkan hati sebagai insan. Saya menerima ratusan ucapan tahniah daripada para sahabat dari serata tempat termasuk England dan Jeddah. Tiba-tiba keluar berita Dr. Hasan tidak menerima pencalonan yang cukup. Bagaimana kita rasa. Kita manusia. Kita ada hati. Namun Insya-Allah saya tidak akan hilang pertimbangan.

Presiden parti telah buat kenyataan semalam bahawa apa yang disebutkan oleh Ketua Penerangan Pas Selangor dari segi pimpinan tertinggi parti ia tidak dirujuk dan setakat ini tidak dipertimbangkan lagi mengenai calon ini. Saya rasakan ada sedikit gangguan di peringkat negeri ini. Gangguan mungkin untuk menganggu kemaraan Dr. Hasan. Saya pun tak tahu tetapi ini spekulasi dari saya. Tetapi saya amat berharap itu tidak berlaku, konspirasi ke saya harap itu tidak berlaku.

Setakat ini sejauh mana kesediaan Datuk untuk tidak dicalonkan?

Saya bersedia, Saya tidak boleh paksa mana-mana pihak. Saya dahulu pernah menjadi Pesuruhjaya Pas Selangor selama empat penggal (lapan tahun). Saya pun tahu di mana had sebagai Pesuruhjaya, di mana kebolehan dan kemampuan.

Saya tinggalkan jawatan ini baru tujuh bulan lalu. Jadi maknanya soalan mengenai sama ada digugurkan atau tidak digugurkan tidak ada masalah. Orang Pas Selangor hendak atau tidak mengiktiraf saya tidak ada masalah.

Saya mohon Allah mengiktiraf saya. Bukan Pesuruhjaya Pas Selangor iktiraf malah bukan Presiden Pas iktiraf saya. Saya hendak Allah SWT iktiraf usaha kecil yang saya jalankan demi Islam, demi membangunkan bangsa Melayu dan mempertahankan kedaulatan institusi raja.

Jika benar tidak dicalonkan, apakah sedia bertanding atas tiket Bebas?

Itu saya tidak dapat jawab hari ini. Hakikatnya politik ini bertukar setiap hari. setiap minggu dan setiap bulan. Sekiranya saya jawab soalan saudara hari ini, ia mungkin berubah pada minggu dan bulan depan.

Bagi saya sesiapa yang membawa Islam saya sokong. Kumpulan yang membawa Islam saya sokong. Parti yang membawa Islam saya sokong. Pemimpin yang bawa Islam saya sokong. Itu prinsip saya. Jadi sama ada saya bertanding atas calon apa, atas tiket apa itu bersandar kepada kemampuan saya menggarap Islam dalam perjuangan. Mungkin orang akan membuat andaian kalau begitu saya akan memilih parti X atau memilih parti Y. Bukan begitu.

Politik adalah sesuatu yang tidak pasti. Dalam soal ini biar masa dan keadaan yang menentukan tetapi masa dan keadaan mengikut aliran saya. Aliran saya adalah Islam. Aliran saya adalah bangsa Melayu dan aliran saya adalah kedaulatan raja-raja Melayu.

Adakah usaha meningkatkan perpaduan tanpa mengira ideologi ini perlu diteruskan?

Mesti. Pada saya itulah gunanya saya lahir ke dunia. Itulah gunanya saya dilahirkan sebagai muslim. Itulah gunanya saya belajar sehingga peringkat doktor falsafah (PhD). Itulah gunanya saya menguasai ilmu-ilmu dunia ini untuk digabungkan dengan ilmu-ilmu dalam al-Quran bagi kita menjunjung tugas itu. Bahkan tujuan saya ada dunia ini adalah untuk menjalankan tugas menyatukan umat manusia demi mengagungkan Allah SWT.

Adakah Datuk sanggup bekerjasama dengan mana-mana pihak di luar Pas.

Saya sanggup bekerjasama dengan mana-mana pihak asalkan ia membawa tiga elemen penting perjuangan saya iaitu Islam, Melayu dan institusi raja. Kalau ini ada tidak ada masalah.

Dengan Pas saya tidak ada masalah, di luar Pas pun saya tidak ada masalah. Dengan NGO saya tidak ada masalah. Hubungan saya dengan NGO cukup baik dan dapat jemputan setiap hari untuk berkongsi pengalaman seperti kes murtad, persoalan orang Melayu dan perpaduan.

Usaha menyatukan UMNO dan Pas atas nama kepentingan Islam sebelum ini gagal antaranya kerana tentangan daripada Pas. Apa yang boleh Datuk jelaskan?

Soal perpaduan dituntut oleh mana-mana agama khasnya agama Islam yang saya anuti sejak lahir ke dunia. Dalam hal perpaduan ia melangkau segala-galanya - bangsa, agama, sempadan dan ideologi. Agenda ini sungguh besar.

Ada pun penyatuan antara Pas dan UMNO ini hanyalah satu penyatuan yang kecil. Namun usaha yang kecil ini telah menerima pelbagai tanggapan dan pandangan yang akhirnya saya rasa kita perlu salahkan diri sendiri. Saya sebenarnya sangat positif jika Islam itu menjadi alat penyatunya. Saya sangat positif jika Islam itu menjadi tonggak kepada perjuangan penyatuan itu.

Apa sumbangan yang boleh Datuk hulurkan untuk meningkatkan usaha perpaduan ini?

Saya harap dipelawa untuk menganggotai jawatankuasa peringkat tertinggi untuk kita sama-sama menyelesaikan masalah ini. Saya ada ramuan yang boleh kita kongsi. Ramuan ini telah digunakan oleh kumpulan kecil dan sederhana sejak belasan tahun lalu dan didapati hasilnya positif dalam usaha kita memupuk kesepaduan sejati.

Lebih cantik lagi di peringkat Persekutuan yang melibatkan kementerian atau Jabatan Perdana Menteri. Saya tidak ada masalah. Jika Perdana Menteri kata kami lantik kamu untuk mendapatkan input atas nama perpaduan yang saya dibenarkan menggunakan Islam sebagai tonggaknya, Insya-Allah saya akan berikan jawapan positif.

Adakah Datuk akan tinggalkan Pas jika parti itu tidak lagi memperjuangkan Islam, Melayu dan institusi raja?

Itu bergantung kerana ini soalan untuk akan datang. Hakikatnya, bukan mudah untuk kita ambil keputusan apabila menyentuh perkara ini. Untuk meninggalkan parti begitu sahaja, bukan mudah. Ia melibatkan satu pertimbangan yang sewajarnya dan dalam hal ini walau apa langkah hendak dibuat saya akan rujuk dengan ulama, rakan-rakan politik dan penasihat hal ehwal agama saya.

Full content generated by Get Full RSS.

Keberangkatan balik Tuanku Mizan

Posted:

Keberangkatan balik Tuanku Mizan

Keberangkatan balik Tuanku Mizan

Oleh MOHD. FIRDAUS ISMAIL
pengarang@utusan.com.my


YANG di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah melambaikan tangan kepada para pemimpin negara dan rakyat ketika berangkat balik di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang, semalam. – BERNAMA


KUALA LUMPUR 12 Dis. – Ketibaan Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Tuanku Nur Zahirah di Dataran Parlimen sempena Istiadat Keberangkatan Balik Seri Paduka yang tamat tempoh pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-13 berlangsung dengan penuh adat istiadat diraja.

Ketibaan pasangan diraja itu disambut oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman sambil diiringi tiupan nafiri oleh 20 anggota daripada Rejimen Kedua Kor Armour Diraja.

Tuanku Mizan dan Tuanku Nur Zahirah yang berpakaian rasmi kemudiannya diiringi oleh Najib dan Muhyiddin bersama isteri masing-masing ke pentas diraja dan melintasi pasukan kawalan bertombak diikuti persembahan tabik Hormat Diraja oleh kawalan kehormat dan disusuli lagu Negaraku oleh Pasukan Pancaragam dari Pusat Rejimen Askar Melayu Diraja yang dipimpin oleh Mejar Ahmad Muzaimi Mohd. Ali.

Pada masa sama, panji peribadi Yang di-Pertuan Agong berwarna hijau dan kuning turut dikibarkan sambil diiringi tembakan meriam sebanyak 21 das.

Tuanku Mizan kemudiannya berkenan memeriksa barisan kawalan kehormat Batalion Pertama Regimen Askar Melayu Diraja yang terdiri daripada 103 anggota dan pegawai yang diketuai oleh Leftenan Mohd. Nor Azizan Yahya.

Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Wan Zahidi Wan Teh kemudiannya memimpin bacaan doa selamat dan disusuli tabik Hormat Diraja serta lagu Negaraku sekali lagi.

Pasangan diraja itu kemudian bersalaman dengan barisan Jemaah Menteri, ahli-ahli Parlimen, serta wakil kedutaan asing sebelum berangkat ke Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang.

Sementara itu di kiri, kanan jalan menuju ke bangunan Parlimen, rakyat daripada pelbagai lapisan masyarakat dan kaum berbaris panjang sambil mengibarkan bendera Malaysia untuk mengucapkan selamat berangkat balik kepada Tuanku Mizan dan Tuanku Nur Zahirah.

Tuanku Mizan ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-13 pada 26 April 2007.

Full content generated by Get Full RSS.

Malaysia diharap terus aman

Posted:

Malaysia diharap terus aman

Malaysia diharap terus aman


Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah memakaikan pingat kepada Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan, Tunku Bendahara Kedah, Datuk Seri Annuar Sultan Badlishah pada Istiadat Pelantikan Pemangku Sultan Negeri Kedah Darul Aman di Istana Anak Bukit, Kedah, semalam.


KUALA LUMPUR 12 Dis. – Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, yang dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14, berharap Malaysia akan terus aman damai dan semua kaum hidup dengan persefahaman dan bertoleransi.

Baginda melahirkan rasa gembira kerana secara keseluruhannya perpaduan rakyat adalah baik tetapi boleh ditingkatkan jika semua pihak meletakkan kepentingan negara lebih daripada kepentingan kaum atau politik.

Sultan Abdul Halim, yang pernah menjadi Yang di-Pertuan Agong kelima bagi tempoh 21 Januari 1970 hingga 20 September 1975, mengimbau kembali peristiwa pahit pada 13 Mei 1969 dan berharap ia tidak harus dibiarkan berlaku lagi.

"Kadangkala orang politik mengambil jalan mudah untuk mengekalkan populariti dengan memainkan isu agama dan perkauman.

"Inilah yang membuatkan keresahan dan kucar-kacir di dalam masyarakat yang mungkin hanya menjadi pengikut yang tidak langsung faham isu yang diapi-apikan itu," titah baginda.

Sultan Abdul Halim, 84, yang berkelulusan dalam bidang sains sosial dan pentadbiaran awam dari Wadham College, Oxford, United Kingdom, amat bersyukur kerana pertama kali baginda dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein merupakan Perdana Menteri pada masa itu, dan kali ini apabila dilantik bagi kedua kalinya sebagai Yang di-Pertuan Agong, anak Abdul Razak, Datuk Seri Najib, pula menjadi Perdana Menteri.

Menyentuh mengenai kemajuan dan pencapaian negara sejak 54 tahun mencapai kemerdekaan, baginda bertitah, Malaysia telah mencapai usia yang matang.

"Jadi pemimpin dan rakyat haruslah juga matang membuat sesuatu tindakan.

"Kekuatan negara kita terletak kepada kestabilan politik dan ketenteraman awam, dan untuk kemajuan masa hadapan dua perkara ini haruslah dipertahankan," titah baginda yang pernah menyertai perkhidmatan awam negeri Kedah pada tahun 1950-an sebelum dilantik sebagai pemangku Sultan Kedah pada Mac 1957 apabila ayahandanya, Almarhum Sultan Badlishah Sultan Abdul Hamid, berangkat ke luar negara.

Baginda menaiki takhta pada 15 Julai 1958 selepas kemangkatan Sultan Badlishah dan ditabal sebagai Sultan Kedah ke-28 pada 20 Februari 1959. Pada Julai 2008, sambutan Jubli Emas pemerintahan baginda telah diadakan secara besar-besaran di Kedah.

Mengenai peranan institusi beraja, Sultan Abdul Halim bertitah bahawa raja dan rakyat tidak boleh dipisahkan.

"Raja adalah payung kepada rakyat dan rakyat adalah tunjang kepada raja.

Jadi peranan terbesar raja adalah untuk memastikan tidak berlakunya kezaliman dan kemusnahan kepada negara dan rakyat.

"Dalam sistem Raja Berperlembagaan peranan yang dimainkan oleh raja adalah sebagai penimbang tara supaya keamanan, kestabilan dan ketenteraman awam dikekalkan sentiasa," titah baginda.

Pada setiap majlis yang dihadiri, baginda sentiasa menekankan supaya rakyat hidup bersatu padu selain meminta umat Islam supaya sentiasa patuh kepada ajaran agama.

Sultan Abdul Halim yang diputerakan pada 28 November 1927 di Istana Anak Bukit, Kedah dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Alor Merah dan Sekolah Melayu Titi Gajah sebelum menyambung pelajaran ke Kolej Sultan Abdul Hamid, mengisi masa lapang baginda dengan membaca buku, bermain golf serta meluang masa bersama keluarga.

Hasil perkahwinan baginda dengan Sultanah Bahiyah Tuanku Abdul Rahman pada 9 Mac 1956, baginda dikurniakan tiga puteri iaitu pasangan kembar Tunku Soraya dan Datuk Seri Diraja Tunku Sarina, 51, dan Datuk Seri Tunku Puteri Intan Safinaz, 45.

Puteri sulung baginda, Tunku Sarina kembali ke rahmatullah pada 31 Ogos 1991 pada usia 31 tahun di Istana Anak Bukit, Kedah. Sultanah Bahiyah pula mangkat pada 26 Ogos 2003 pada usia 73 tahun.

Sultan Abdul Halim berkahwin dengan Sultanah Haminah Hamidun pada 25 Disember 1975 yang ditabalkan sebagai Sultanah pada 9 Januari 2004.

Sultan Abdul Halim merupakan penyokong kuat pasukan bola sepak Kedah, dan semangat ini dibuktikan pada perlawanan akhir Piala FA antara Kedah dan Perlis pada 30 Jun 2007 di Stadium Batu Kawan di Pulau Pinang apabila baginda sanggup berjalan hampir dua kilometer kerana kenderaan rasmi baginda terperangkap dalam kesesakan menuju ke stadium itu. – BERNAMA

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Timur

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Timur


Baiki Jalan Jabor-Kota Bharu

Posted:

Baiki Jalan Jabor-Kota Bharu

Baiki Jalan Jabor-Kota Bharu

Oleh radhuan hussain
utusanterengganu@utusan.com.my

KUALA TERENGGANU 12 Dis. - Persatuan Perlindungan Pengguna Malaysia (PPPM) mendesak Jabatan Kerja Raya (JKR) Terengganu dan Kelantan membaiki segera jalan rosak dari Jabor melalui Bukit Besi, Ajil sehingga Kota Bharu demi keselamatan pengguna.

Presidennya, Datuk Mohd. Firdaus Abdullah berkata, pihaknya menerima banyak rungutan daripada pengguna kerana keadaan jalan berkenaan yang kini semakin teruk.

Katanya, ramai pengguna mengemukakan aduan kepada cawangan PPPM di Kelantan dan Terengganu kerana tidak berpuas hati setelah mendapati jalan berkenaan mengalami kerosakan teruk yang dibimbangi boleh mengancam keselamatan mereka.

Menurutnya, berdasarkan aduan, terdapat banyak lubang sehingga sedalam 15 sentimer selain lopak berair setiap kali selepas hujan, bermula dari Jabor menghala Bukit Besi, Dungun.

"Begitu juga laluan ke Kota Bharu di mana jalan juga berlubang di sana sini. Banyak kenderaan mengalami kerosakan dan ada yang terbabas selepas terlanggar lubang.

"Kita amat berharap pihak berkenaan khususnya JKR di kedua-dua negeri terbabit segera mengambil tindakan sewajarnya termasuk menampal segera lubang-lubang tersebut kerana ia membahayakan keselamatan pengguna," katanya ketika menghubungi Utusan Malaysia di sini semalam.

Mohd. Firdaus berkata, berikutan masalah itu, laluan tersebut seolah- olah tidak lagi sesuai untuk digunakan oleh kenderaan ringan dan hanya untuk kenderaan berat sahaja.

Beliau menambah, maklum balas positif daripada pihak berkenaan amat dialu-alukan demi keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya.

Katanya, para pengguna mengharapkan keadaan jalan yang berbaloi dengan jumlah insurans dan cukai jalan yang dibayar mereka.

Full content generated by Get Full RSS.

Aktiviti berbasikal fixie dicemari 'pil kuda'

Posted:

Aktiviti berbasikal fixie dicemari 'pil kuda'

Aktiviti berbasikal fixie dicemari 'pil kuda'


A. Rahman Mokhtar (kiri) menyampaikan hadiah kepada Fauzi Ismail dan Ahmad Firdaus Ismail (kanan) yang memenangi acara sukan yang dianjurkan oleh AADK Terengganu di Kuala Terengganu, kelmarin.


KUALA TERENGGANU 12 Dis. - Aktiviti riadah mengayuh basikal fixie beramai-ramai dalam kalangan remaja di negeri ini dilaporkan telah dicemari dengan kegiatan pengedaran pil kuda.

Kegiatan itu dipercayai didalangi oleh pihak tertentu yang bertindak merekrut remaja berkenaan bagi tujuan mengembangkan perniagaan haram tersebut.

Perkara itu didedahkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Dr. A. Rahman Mokhtar yang tidak menolak kemungkinan ada pihak cuba mengambil kesempatan membekalkan dadah kepada remaja yang terlibat dalam aktiviti riadah itu kerana ia boleh menjana keuntungan cepat.

"Oleh kerana perniagaan ini boleh memberi wang mudah, mereka cuba pelbagai cara termasuk menjadikan kumpulan remaja berbasikal ini sebagai sasaran," katanya

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Majlis Tindakan Membanteras Dadah (MTMD) negeri berkata demikian pada program Bicara Santai anjuran Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) di sini, malam tadi.

Turut hadir, Pengarah AADK Terengganu, Wan A'ddenan Wan Mohd. Noor dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri, Supritendan Roslan Abd. Wahid.

Beliau seterusnya memohon kerjasama masyarakat terutama ibu bapa bagi membendung gejala itu daripada menjadi lebih serius.

"Kita menggalakkan aktiviti berbasikal seperti ini agar golongan remaja tidak terjerumus dalam masalah sosial seperti samseng rempit. Malangnya kegiatan ini telah dipengaruhi kegiatan pengedaran dadah," ujarnya.

Dalam pada itu, Roslan memberi jaminan pihaknya akan menjalankan siasatan mengenai perkara itu bagi memastikan ia dibendung lebih awal.

Full content generated by Get Full RSS.

Produk Ayamas di T-Shoppe 60 produk KR1M dijual T-Shoppe

Posted:

Produk Ayamas di T-Shoppe 60 produk KR1M dijual T-Shoppe

Produk Ayamas di T-Shoppe 60 produk KR1M dijual T-Shoppe

KUALA TERENGGANU 12 Dis. - Produk yang kini dipasarkan di Kedai Ayamas, anak syarikat KFC Holdings (Malaysia) Bhd. (KFCH) akan dijual di rangkaian kedai serbaneka, T-Shoppe, pada akhir tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Mohamed Awang Tera berkata, ia hasil daripada rundingan yang disepakati bersama KFCH sebelum ini.

"Selain produk Ayamas, kita telah mengenal pasti sekurang-kurangnya 60 produk Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) untuk dijual di T-Shoppe bermula akhir tahun ini juga.

"Justeru itu, saya harap dengan adanya produk seperti ini, T-Shoppe mampu bersaing dengan kedai-kedai serbaneka lain," katanya semasa menghadiri majlis penutup 'UMT YoungPreneurs' di Pusat Dagangan Terengganu (TTC) di sini semalam.

Dalam perkembangan lain beliau berkata, kerajaan negeri telah memperuntukkan sebanyak RM2 juta dalam bentuk bantuan untuk diagihkan kepada usahawan-usahawan kecil termasuk penjaja mulai tahun depan.

"Peruntukan itu telah diluluskan, namun kita masih belum pasti kaedah bantuan tersebut akan disalurkan sama ada menerusi YPU (Yayasan Pembangunan Usahawan) atau UPEN (Unit Perancang Ekonomi Negeri).

"Ini kali pertama program bantuan seperti itu dilaksanakan dan kita harap ia dapat membantu para usahawan yang memerlukan," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved