Ahad, 11 Disember 2011

Utusan Online - Feminin

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Feminin


Kasih seorang ibu

Posted:

Kasih seorang ibu

Kasih seorang ibu

Oleh BINTU RASYADA A. RAHMAN
bintu.rahman@utusan.com.my

MEMILIKI cahaya mata pastinya menjadi impian setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga. Namun kita hanya merancang, Tuhan menentukan segala-galanya.

Bagi Zarina (bukan nama sebenar), 30, enam tahun melayari bahtera perkahwinan tanpa kehadiran cahaya mata membuatkan hidupnya sunyi.

"Dalam kehidupan kita pasti meletakkan satu-satu impian yang ingin dikecapi. Antara impian saya dan suami tentulah memiliki cahaya mata sendiri," katanya.

Dua tahun pertama berlalu tanpa tanda-tanda akan hamil, Zarina tidak mahu menunggu terlalu lama. Dia mencuba rawatan suntikan dalam rahim (IUI). Namun rezeki belum menyebelahi diri membuatkan dia terus mengambil langkah berikutnya dengan mencuba rawatan persenyawaan in-vitro (IVF). Kali pertama dilakukan dia hamil, namun kandungan hanya bertahan sehingga tujuh minggu dan kemudian gugur.

Tidak mahu berputus asa dia mencuba lagi dan seperti cubaan pertama, kandungan tersebut hanya bertahan selama dua bulan. Masih ingin mencuba rezeki, Zarina mencuba rawatan IVF untuk kali ketiga dan dia masih gagal untuk kali itu.

Akhirnya dia pasrah rezeki belum berpihak kepadanya. Selain rawatan moden, dia bersama suami turut mencuba rawatan tradisional.

Anak angkat

Bukan mahu menyerah, namun berikutan nasib yang belum menyebelahi mereka berdua, suami Zarina menyarankan agar mereka mengambil anak angkat.

"Sebenarnya bukanlah terlalu terdesak. Tapi selepas beberapa tahun mendirikan rumah tangga, terasa sunyi pula hidup. Tambahan lagi tugas suami yang sering menuntutnya ke luar negara," katanya.

Lantaran itu suami isteri tersebut pergi ke sebuah pertubuhan berdaftar yang menguruskan pengambilan anak angkat untuk mencuba nasib. Zarina diberitahu prosesnya mengambil masa agak lama memandangkan bayi di dalam senarai hanya ada sekitar 30 orang tetapi bilangan ibu bapa yang menanti pula melebihi 100 orang.

Dalam pada itu, selepas hampir 10 tahun bergelumang dengan tugas hakikinya sebagai kakitangan kerajaan, dia terasa ingin mencuba sesuatu yang lain. Selepas memikirkan semasaknya, dia mengambil keputusan berhenti kerja untuk memberi tumpuan kepada bidang lain dan dalam masa yang sama cuba untuk hamil lagi.

Tanpa diduga, suatu hari Zarina menerima panggilan telefon yang bertanyakan mengenai adakah dia bersedia untuk menerima anak angkat.

"Memang saya sangat terperanjat. Saya langsung tidak menyangka dalam ramai pasangan menunggu, kami terpilih sedangkan jika dilihat pada usia perkahwinan dan usia kami berdua tidaklah terlalu mendesak. Mungkin itu sudah rezeki yang ditentukan Ilahi. Semuanya berlaku secara kebetulan selepas saya meletakkan jawatan," kata Zarina sukar menyembunyikan perasaan gembiranya.

Orang baru

Kehadiran bayi yang diberi nama Afiq cukup memberi erti buat Zarina dan suami. Bayi lelaki comel itu dilahirkan pada tengah hari sekitar September lalu dan pada sebelah malamnya, Zarina terus mengambil selepas segala urusan selesai.

"Bayangkan saya langsung tidak bersedia untuk menyambut orang baru. Segalanya dilakukan dalam sekelip mata dan akhirnya Afiq dalam pelukan saya," katanya.

Tidak mahu batas agama menjadi penghalang, Zarina menanam tekad untuk menyusukan Afiq secara eksklusif bagi mendapat taraf anak susuan. Berdasarkan bacaan Internet beliau terus menghubungi sebuah hospital rakan bayi dan disarankan mengikuti kelas penyusuan.

Menggunakan sistem suplemen sokongan penyusuan (SNS), Zarina tanpa jemu memberi stimulasi supaya tubuh badannya mampu menghasilkan susu sendiri.

Tidak dilupakan beliau turut mengambil ubat khas sebagai sokongan bagi memastikan susu dapat dihasilkan. Tidak cukup dengan itu, dia juga mengamalkan pelbagai petua tradisional seperti berurut dan makan makanan tambahan bagi membantu penghasilan susu.

"Tanpa disangka, pada hari kesembilan, tiba-tiba saya rasa ada sesuatu mengalir dan rupa-rupanya ia adalah susu saya sendiri. Air mata tak mampu disekat lagi ketika itu," katanya.

Berdasarkan petua dan amalan yang dilakukan, Zarina berjaya menyusukan Afiq dengan susu badannya sendiri sehingga anak comel itu bertaraf anak susuan.

Kini hidup dia dan suami semakin bermakna dengan kehadiran bayi yang sudah berusia hampir tiga bulan itu. Walaupun segalanya berubah secara 360 darjah, namun Zarina bersyukur kerana dia turut diberi peluang merasa nikmat sebagai seorang ibu.

"Saya anggap dia seperti anak saya sendiri. Mungkin kerana saya menjaga dia sejak hari pertama lagi dan setiap hari melihat dia di depan mata, rasa kasih dan sayang sukar untuk diungkapkan," kata beliau.

Bagi Zarina, tiada yang mustahil dilakukan seandainya benar-benar tekad dan disertakan dengan niat yang ikhlas. Dia sudah berjaya membuktikan, walaupun tanpa pengalaman namun mampu menguruskan Afiq malah berjaya menyusu lagi. Dia juga berazam akan mendidik Afiq dengan sempurna sama seperti darah dagingnya sendiri.

"Mana tahu, mungkin Afiq pembuka rezeki untuk kami sekeluarga," kata Zarina penuh optimis.

Full content generated by Get Full RSS.

Ceria dengan haruman Anees

Posted:

Ceria dengan haruman Anees

Ceria dengan haruman Anees


Duta minyak wangi Anees, Siti Sumaziana Che Ali Mohamed.


HARUMAN yang yang tidak mengandungi alkohol dan diinspirasi daripada jenama-jenama terkenal semakin mendapat sambutan di kalangan penggemar minyak wangi.

Anees Perfumes yang memulakan pasarannya di negeri-negeri Pantai Timur antara minyak wangi tanpa alkohol yang telah menembusi pasaran seluruh Malaysia.

Produk ini terdiri daripada dua jenis saiz yang berbeza iaitu 2.5 milimeter bagi botol kecil dan enam milimeter bagi botol besar.

Menurut Pengurus Pentadbiran Anees Creative, Roshasyla Othaman berkata, minyak wangi Anees di pasaran pada enam bulan pertama adalah di luar jangkaan kerana telah mendapat hasil jualan lebih 30,000 botol.

"Sambutan yang diterima meyakinkan syarikat kami untuk mengukuhkan lagi jenama Anees ke seluruh negeri di Malaysia. Ini kerana sebelum ini jualan adalah terhad di Pantai Timur sahaja", ujarnya yang menghasilkan minyak wangi dengan cara penggunaan botol 'Miniature Roll On' yang mudah diguna oleh pengguna.

Sementara itu, pemenang tempat kedua pertandingan Citra Wanita anjuran Mingguan Malaysia 2010, Siti Sumaziana Che Ali Mohamed memberitahu, dia menyukai minyak wangi ini kerana ia tidak mengandungi sebarang bahan yang tidak halal dan tidak memudaratkan kesihatan.

"Harganya pula berpatutan di samping menyerlahkan gaya, keceriaan dan rasa selesa di kalangan pengguna wangian untuk sepanjang hari. Menariknya, orang ramai boleh mengetahui lebih lanjut tentang minyak wangi ini menerusi laman sosial, facebook; www.facebookcom/aneesperfume atau www.facebook.com/sumazianahappyhealthy. Ini memudahkan orang yang bekerja dan tidak mempunyai masa membeli-belah untuk mendapatkan minyak wangi dengan aroma bertaraf dunia," ujarnya yang kini bergelar duta minyak wangi Anees.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Dalam Negeri

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Intelektual pemangkin kemajuan

Posted:

Intelektual pemangkin kemajuan

Intelektual pemangkin kemajuan

Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 10 Dis. – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, aspek intelektual perlu dibangunkan di kalangan rakyat kerana ia merupakan pemangkin ke arah menjadikan Malaysia negara maju menjelang 2020.

Menurut Perdana Menteri, Jepun dan Korea Selatan merupakan contoh negara yang berjaya menggunakan sepenuhnya elemen yang merupakan komponen terpenting dalam modal insan untuk berjaya dalam bidang ekonomi walaupun tidak mempunyai hasil bumi.

Katanya, negara yang mempunyai hasil bumi seperti minyak ada di antaranya masih dikategorikan sebagai mundur kerana gagal memanfaatkan aspek intelektual modal insan mereka.

"Atas sebab itu kerajaan akan memperuntukkan 25 peratus daripada jumlah keseluruhan bajet tahunan dibelanjakan untuk pendidikan kerana hanya melaluinya keupayaan intelek rakyat dapat ditingkatkan.

"Hakikatnya dalam kita mengorak langkah ke arah negara maju, kita amat memerlukan modal insan yang intelektual dan ia harus dijana sebaik mungkin supaya apa yang kita cita-citakan selama ini tercapai," katanya ketika berucap merasmikan Ekspo Permata 2011 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini hari ini.

Perdana Menteri turut memberi penghargaan kepada sekumpulan wanita yang diterajui oleh Penaung Program Permata Negara (Permata), Datin Seri Rosmah Mansor kerana berjaya mencetuskan idea melaksanakan program itu lima tahun lalu walaupun terpaksa berkorban masa dan tenaga.

Hadir sama Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal; Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said.

Turut hadir kanak-kanak daripada program Permata Negara, Permata Insan, Permata Pintar, Permata Seni dan Remaja Perkasa.

Dalam perkembangan berkaitan Perdana Menteri berkata, aspek intelektual modal insan mempunyai pengaruh yang amat besar dalam menentukan maju atau mundurnya sesebuah negara.

Mengenai program Permata beliau berkata, ia amat baik terutama dalam usaha kerajaan menyediakan landasan bagi kanak-kanak yang mempunyai kepintaran dan kebolehan luar biasa.

"Jumlah mereka tidak banyak iaitu sekitar satu peratus. Kumpulan ini harus kita berikan perhatian kerana mereka mempunyai potensi yang cukup besar untuk muncul sebagai pencipta yang berjaya. Kita mahu mereka menjadi seperti pengasas syarikat Apple, Steve Jobs.

"Mereka mempunyai kecerdasan otak (IQ) yang luar biasa. Mereka harus diberi tumpuan supaya mampu memberi sumbangan kepada pembangunan negara," katanya.

Perdana Menteri dalam ucapannya turut mengumumkan kejayaan beberapa anak di bawah program Permata antaranya Amir Adrian Amir Hamzah yang diterima mengikuti pengajian selama empat tahun di Augarten Palace Vienna iaitu institusi pendidikan khusus untuk ahli kumpulan Koir Vienna Boys.

Full content generated by Get Full RSS.

Pembangkang akhirnya akur dengan kemampuan kapal selam TLDM - PM

Posted:

Pembangkang akhirnya akur dengan kemampuan kapal selam TLDM - PM

Pembangkang akhirnya akur dengan kemampuan kapal selam TLDM - PM


NAJIB Tun Razak bersama isterinya, Rosmah Mansor mendengar adik Nur Amira Alia Ahmad Nor, 4, (tiga, kiri), membaca doa makan pada Expo Permata 2011 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 10 Dis. - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pihak pembangkang akhirnya terpaksa akur dengan kemampuan kapal selam negara menyelam di dasar laut selepas diberi peluang menaiki KD Tun Razak di Pulau Langkawi, semalam.

Perdana Menteri berkata, mereka juga telah menyaksikan kehebatan dan kemampuan kapal selam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) itu dalam mempertahankan negara.

"(Dahulu) mereka kata kapal selam ini tidak boleh menyelam, tetapi mereka akhirnya terpaksa akur dengan kenyataan bahawa kapal selam ini boleh menyelam.

"Malah (mereka juga) menyaksikan betapa hebatnya kemampuan kapal selam ini," katanya ketika berucap merasmikan Ekspo Permata 2011 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini hari ini.

Hadir sama Penaung Program Permata Negara (Permata), Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal; Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said.

Semalam, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan dua Timbalannya, Prof. Dr. P. Ramasamy dan Datuk Dr. Mansor Othman berpeluang menaiki kapal selam KD Tun Razak atas jemputan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sempena Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2011.

Selepas merasai sendiri pengalaman menaiki kapal selam itu, Guan Eng akhirnya mengakui aset tersebut amat diperlukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk mempertahankan kedaulatan tanah air.

Guan Eng pada sidang akhbarnya berkata, kapal selam TLDM boleh menyelam dan kenyataannya itu bercanggah dengan dakwaan pembangkang di Dewan Rakyat sebelum ini.

Persetujuan mengenai perolehan dua kapal selam milik TLDM iaitu KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Razak ditandatangani antara Malaysia dan Perancis pada f2002 dengan harga RM2.5 bilion termasuk pakej pemindahan teknologi.

Penganalisis pertahanan sebelum ini menyifatkan proses dan harga itu sebagai adil serta berbaloi.

Dalam pada itu Najib berkata, semua pihak harus berani menghadapi sebarang kritikan iaitu dengan meletakkan keyakinan yang tinggi terhadap setiap program dilaksanakan seperti mana program Permata.

"Anggaplah kritikan itu sebagai perangsang kepada kita untuk melakukan yang terbaik. Jangan patah semangat. Kuatkan iltizam dan kita buktikan apa yang kita laksanakan ini dibuat secara bersungguh-sungguh terutama program-program berkaitan kesejahteraan rakyat.

"Mereka yang mengkritik itu hanya mahu menjadikan program-program yang kita laksanakan sebagai modal politik sahaja," katanya.

Selain projek kapal selam katanya, langkah kerajaan memperkenalkan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) juga tidak kurang hebatnya menerima kritikan daripada pakatan pembangkang sedangkan kewujudannya adalah untuk membantu mengurangkan beban rakyat berpendapatan rendah.

"Pelbagai tuduhan mereka lemparkan termasuk mengatakan barangan yang dijual di KR1M mutunya rendah," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Ekspo Permata mampu tangkis fitnah – Rosmah

Posted:

Ekspo Permata mampu tangkis fitnah – Rosmah

Ekspo Permata mampu tangkis fitnah – Rosmah

KUALA LUMPUR 10 Dis. – Penganjuran Ekspo Permata 2011 yang bermula hari ini mampu memberi pemahaman sebenar mengenai program itu sekali gus menangkis segala khabar angin yang tidak benar dan fitnah terhadap program tersebut.

Penaung Program Permata Negara (Permata), Datin Seri Rosmah Mansor berkata, melalui ekspo tersebut para pengunjung akan memperoleh pelbagai maklumat mengenai program-program Permata yang terdiri daripada Permata Negara, Permata Insan, Permata Pintar, Permata Seni dan Remaja Perkasa.

Selain itu beliau berkata, ekspo itu juga boleh menjadi medan untuk mencetuskan idea-idea baru yang boleh dibincang dan dikongsi bagi memperkukuhkan lagi pengisian program Permata.

"Adalah menjadi harapan saya agar penganjuran ekspo ini dijadikan wadah oleh kelima-lima komponen Permata untuk berkongsi maklumat dengan pengunjung.

"Ia akan memberi pemahaman sebenar mengenai program Permata dan menangkis segala khabar angin yang tidak benar dan fitnah mengenai program ini," katanya ketika berucap pada majlis perasmian Ekspo Permata 2011 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini hari ini.

Majlis itu disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Penganjuran ekspo tersebut akan berakhir pada 12 Disember ini.

Rosmah meletakkan harapan yang cukup tinggi terhadap lima komponen program Permata dalam melahirkan anak-anak berbakat, bijak dan berpotensi yang dapat menyumbang kepada pembangunan negara pada masa depan.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Utara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


RM2.26j bina rumah kedai di Chemor

Posted:

RM2.26j bina rumah kedai di Chemor

RM2.26j bina rumah kedai di Chemor

Oleh KHAIRUL ABIDIN NUAR
khairul.nuar@utusan.com.my

IPOH 10 Dis. – Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) hari ini menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan sebuah syarikat hartanah, Milan Properties Sdn. Bhd. bagi membangunkan 10 unit rumah kedai dua tingkat di atas tanah seluas 0.3 hektar di pekan Chemor, dekat sini.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Roshidi Hashim berkata, projek hartanah bernilai RM2.26 juta dengan anggaran jualan sebanyak RM425,000 seunit itu dijangka siap dalam tempoh dua tahun.

"Walaupun pembangunan ini hanya melibatkan kawasan seluas 0.3 hektar, ia akan memberikan pulangan jangka masa pendek sebanyak RM1.7 juta kepada MBI.

"Saya yakin dengan wujudnya 10 unit rumah kedai ini, ia akan meningkatkan skala perniagaan di sana yang kini telah mengecapi pembangunan seperti pembinaan Pasar Chemor, Dewan Komuniti 1Malaysia, stadium mini dan yang akan datang adalah perpustakaan mini," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mewakili MBI menandatangani MoU dengan Milan Properties Sdn. Bhd. yang diwakili oleh Pengarahnya, William Tan, semalam.

Turut hadir Pengerusi Milan Properties Sdn. Bhd, Ibrahim Abas.

Pada majlis tersebut, William turut menyerahkan replika cek bernilai RM100,000 kepada MBI yang diwakili Roshidi sebagai bayaran deposit projek pembangunan tersebut, sementara bakinya akan dilunaskan sebelum Sijil Layak Menduduki (CF) dikeluarkan.

Dalam perkembangan lain, Roshidi memberitahu, MBI yakin akan dapat terus menambah pendapatan melalui kutipan bayaran cukai taksiran dan lesen perniagaan yang akan disalurkan untuk melaksanakan projek-projek berfaedah kepada warga bandar raya ini.

"Hasil majlis setakat Oktober 2011 adalah sebanyak RM127.45 juta iaitu mencapai 92 peratus daripada sasaran hasil yang ditetapkan sebanyak RM137.9 juta," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

2 keluarga tinggal sehelai sepinggang

Posted:

2 keluarga tinggal sehelai sepinggang

2 keluarga tinggal sehelai sepinggang


Seorang mangsa kebakaran, Abu Bakar Mohamad melihat rumahnya yang hangus di Alor Setar, Kedah, kelmarin.


ALOR SETAR 10 Dis. - Dua keluarga tinggal sehelai sepinggang apabila rumah papan mereka musnah dalam kebakaran di Kampung Baru Kuala Kedah, di sini semalam.

Tiga rumah lagi yang terletak bersebelahan turut terbakar tetapi tiada berpenghuni.

Kebakaran pukul 1.45 petang itu dipercayai berpunca daripada sebuah rumah kosong sebelum merebak ke rumah lain.

Mangsa, Siti Manisah Arif Johari, 37 berkata, ketika kejadian dia melipat baju di dalam bilik dan terdengar jirannya menjerit meminta tolong.

"Saya terus suruh tiga anak saya keluar menyelamatkan diri dan tidak lama kemudian saya lihat api mula membakar pintu dapur rumah.

"Saya tak sempat selamatkan apa-apa dan terus keluar dari rumah kerana takut terperangkap," katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Jiran Siti Manisah, Hasmah Baharom, 42, berkata, semasa kejadian dia menonton televisyen dan tiba-tiba dia terbau bau hangit.

"Saya tengok di dalam bilik api mula marak lalu menjerit meminta tolong dan mengarahkan enam anak saya melarikan diri.

"Suami tiada di rumah kerana menunaikan solat Jumaat di masjid. Walaupun rumah musnah saya bersyukur semua anak saya selamat," katanya.

Timbalan Penguasa Bomba dan Penyelamat Alor Setar, Mohamad Fauzi Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam mengenai kebakaran itu pukul 1.51 petang.

"Pihak kami sampai ke lokasi kejadian pukul 2.02 petang dan api dapat dipadamkan sepenuhnya pukul 3 petang.

"Lima rumah papan yang dua daripadanya berpenghuni terbakar. Punca kejadian dan nilai kerugian masih dalam siasatan," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

JPAM bersedia hadapi banjir

Posted:

JPAM bersedia hadapi banjir

JPAM bersedia hadapi banjir

PULAU PINANG 10 Dis. - Kira-kira 11,500 anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dikerah bersiap sedia bagi menghadapi kemungkinan banjir di negeri ini.

Timbalan Pengarah JPAM negeri, Zairil Anuar Zulmuji berkata, kesemua anggota tersebut akan ditempatkan di lokasi yang berisiko dilanda banjir sebagai langkah berjaga-jaga.

"Antara kawasan yang dikenal pasti adalah Juru, Perai, Jawi dan Sungai Pinang.

"Bagi kawasan pulau pula, hanya dua tempat yang menjadi sasaran kemungkinan banjir iaitu Jalan Perak dan Jalan P. Ramlee," katanya selepas taklimat persiapan akhir menghadapi banjir di sini, baru-baru ini.

Menurutnya, sebanyak 19 bot disediakan untuk memindahkan mangsa-mangsa banjir.

Selain itu, tambah beliau, JPAM turut mewujudkan satu pasukan khas untuk memberi khidmat di pusat penempatan termasuk memasak dan membersihkan kawasan banjir.

"Lebih kurang 100 anggota akan melaksanakan tugas-tugas ini," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Selatan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


19 unit komputer mesin judi dirampas

Posted:

19 unit komputer mesin judi dirampas

19 unit komputer mesin judi dirampas

Oleh FARABI SHEIKH SAID AL JABR
pengarang@utusan.com.my


Anggota polis merampas mesin permainan judi dalam operasi pusat judi haram di Taman Oakland, Seremban, semalam. –MINGGUAN/ABDUL RAZAK AID


RASAH 10 Dis. – Polis merampas 19 unit komputer yang diubah suai menjadi mesin judi dalam serbuan di sebuah premis di Taman Perindustrian Oakland, dekat sini semalam.

Serbuan pukul 4 petang itu dilakukan oleh sepasukan pegawai serta anggota dari Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Negeri, hasil maklumat dan risikan sejak beberapa hari lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner Hamdan Majid berkata, turut ditahan 13 pengunjung dan pengurus premis yang terdiri daripada sembilan warga tempatan manakala bakinya warga Indonesia dan Myanmar.

Katanya, selain komputer, pihaknya juga merampas wang tunai sebanyak RM668 yang dipercayai hasil kegiatan itu.

"Ketika diserbu, kebanyakan pengunjung berusia 20 hingga 40 tahun itu cuba melarikan diri namun gagal setelah dikepung," katanya di sini hari ini.

Jelas Hamdan, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 4B (a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 (Pindaan 2001) dan Seksyen 6 Enakmen Pusat Hiburan kerana berniaga tanpa lesen.

"Jika sabit kesalahan, pesalah boleh dikenakan denda RM10,000 bagi setiap mesin dirampas atau penjara lima tahun di bawah Seksyen 4B (a).

"Bagi kesalahan di bawah Seksyen 6, pesalah boleh dikenakan hukuman denda tidak kurang RM50,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun," tegasnya.

Full content generated by Get Full RSS.

Remaja maut motosikal rempuh lori

Posted:

Remaja maut motosikal rempuh lori

Remaja maut motosikal rempuh lori

SEREMBAN 10 Dis. - Seorang remaja maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh belakang sebuah lori di Kilometer 266.1 Lebuh Raya Utara Selatan arah utara di sini, semalam.

Dalam kemalangan pukul 6 pagi itu, mangsa, Amirul Hakim Suhaimi, 18, maut di tempat kejadian selepas cedera parah di kepala dan badan.

Difahamkan, mangsa yang menunggang motosikal Yamaha 125Z itu datang dari arah Seremban dan menuju ke rumahnya di Kampung Pelegong, Labu, dekat sini.

Jurucakap polis memberitahu, ketika kejadian mangsa dikatakan bersama beberapa rakannya yang menunggang motosikal berasingan dan baru selesai minum di sebuah restoran di bandar ini.

"Setibanya di lokasi kejadian, mangsa dipercayai gagal mengawal motosikalnya lalu merempuh belakang lori yang berada di laluan paling kiri.

"Rempuhan itu menyebabkan mangsa tercampak di atas lebuh raya sebelum meninggal dunia di tempat kejadian," katanya di sini semalam.

Pegawai Turus Trafik negeri, Asisten Supritendan Abdul Halil Hamzah yang mengesahkan kejadian itu berkata, punca sebenar kejadian masih dalam siasatan.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJ) untuk bedah siasat sebelum dituntut oleh keluarga.

Menurutnya, orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian itu diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban di talian 06-6033222 atau balai polis berhampiran untuk membantu siasatan.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Timur

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Timur


Polis Kelantan-Thailand kerjasama

Posted:

Polis Kelantan-Thailand kerjasama

Polis Kelantan-Thailand kerjasama

TUMPAT 10 Dis. - Polis Kelantan sedang meningkatkan kerjasama dengan polis Thailand bagi membanteras kegiatan penyeludupan dan jenayah terutama di kawasan sempadan perairan sama ada sungai atau laut, kata Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman.

Beliau berkata, walaupun kadar jenayah di kawasan sempadan perairan Kelantan-Thailand tidak tinggi, namun langkah berjaga-jaga sentiasa diambil.

Kerjasama sedemikian turut dilakukan dengan bantuan masyarakat setempat di bawah konsep Kepolisan Masyarakat (Community Policing), katanya kepada pemberita selepas melancarkan program tersebut di Markas Operasi Pasukan Gerakan Marin (PGM) Wilayah 3 di Pengkalan Kubur di sini hari ini.

"Langkah ini merupakan satu pendekatan bagi merapatkan hubungan antara masyarakat yang tinggal di kawasan perairan pantai dan sungai dengan anggota pasukan PGM bagi mencegah kegiatan penyeludupan barangan, dadah, pemerdagangan manusia, pencerobohan bot nelayan asing dan sebagainya," katanya.

Jalaluddin juga berkata, sejak Program Rakan Cop diperkenalkan pada 2005, seramai 363,974 anggota masyarakat di seluruh negara termasuk 19,403 orang di Kelantan telah menyertainya.

"Penambahan ini telah meningkatkan keupayaan mata dan telinga polis Kelantan untuk memperoleh maklumat tepat dan cepat bagi membolehkan polis bertindak dengan lebih pantas," katanya. - BERNAMA

Full content generated by Get Full RSS.

Berkhatan tampilkan keistimewaan Islam

Posted:

Berkhatan tampilkan keistimewaan Islam

Berkhatan tampilkan keistimewaan Islam


Khazan Che Mat (kanan) melihat anggota bomba menyiram air kepada kanak-kanak pada Program Berkhatan beramai-ramai murid-murid SK Bukit Chempaka 2011 di Kuala Terengganu, semalam.


KUALA TERENGGANU 10 Dis. - Amalan berkhatan yang yang lazimnya dilakukan dalam suasana meriah setiap kali tiba musim cuti sekolah mampu menampilkan keistimewaan agama Islam.

Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri, Khazan Che Mat berkata, berkhatan dapat membezakan di antara penganut agama Islam dengan penganut agama lain dan fungsinya dari sudut kesihatan.

"Berkhatan ini bukan Tuhan saja-saja cipta untuk menyusahkan manusia tetapi ada hikmah di sebalik suruhan itu.

"Buktinya, kalau kita tengok hari ini, sudah ramai orang bukan Islam sendiri yang berkhatan kerana mereka tahu ia baik untuk kesihatan dan dapat mencegah sebarang jangkitan kuman pada alat kelamin," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Mingguan Malaysia selepas merasmikan program berkhatan secara beramai-ramai untuk murid-murid Sekolah Kebangsaan Bukit Chempaka 2011 di sini hari ini.

Hadir sama Guru Besar SK Bukit Chempaka, Saikh Kamaruden Saikh Ismail dan Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) sekolah itu, Wan Khairul Ariffin Wan Ibrahim.

Seramai 60 orang murid Tahun Tiga hingga Enam menyertai program yang julung kalinya diadakan di sekolah itu sempena cuti panjang persekolahan pada hujung tahun.

Program berkhatan beramai-ramai sebegini bagi menggembirakan kanak-kanak dan mengurangkan kos, semakin menjadi kelaziman di mana saja.

Ibu bapa atau murid berkenaan hanya perlu membayar RM30 tiap seorang manakala selebihnya akan ditanggung oleh pihak PIBG beserta sumbangan daripada orang perseorangan termasuk wakil rakyat.

Dalam pada itu, Khazan berharap agar budaya berkhatan secara beramai-ramai ini akan diteruskan pada masa depan bagi memberi semangat kepada kanak-kanak dalam melalui gerbang kedewasaan.

Full content generated by Get Full RSS.

MAIK salur bantuan RM86.7 juta

Posted:

MAIK salur bantuan RM86.7 juta

MAIK salur bantuan RM86.7 juta

PASIR PUTEH 10 Dis. – Majlis Agama Islam dan adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) telah menyalurkan pelbagai bantuan bernilai RM86.7 juta kepada umat Islam yang memerlukan di negeri ini.

Setiausaha MAIK, Che Hamat Che Muda berkata, bantuan tersebut disalurkan kepada golongan yang memerlukan setelah pihaknya mendapat maklumat daripada penghulu mukim, imam serta sumber-sumber lain termasuk media massa.

Beliau berkata, antaranya adalah bantuan kecemasan berjumlah RM3.5 juta, bantuan persekolahan pelajar miskin dan bantuan perubatan masing-masing RM1 juta, bantuan bulanan saudara baru, warga miskin dan pengagihan zakat kepada lapan asnaf yang layak menerimanya berjumlah RM18 juta.

"MAIK juga tidak mengabaikan tanggungjawab sosial membantu menyuntik semangat pelajar yang berjaya melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA). Sebanyak RM20 juta diagihkan kepada pelajar sepanjang tahun," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mewakili Yang Dipertua MAIK, Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Fa-iz Petra Sultan Ismail Petra menyampaikan sumbangan kecemasan berjumlah RM3,000 kepada pesakit kronik, Ramlah Yaakub, 61, di Kampung Wakaf Lanas dekat sini hari ini.

Ramlah seorang penjaja kecil di pusat bandar ini terlantar sakit batu karang sejak dua bulan lalu menghadapi masalah kewangan untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Keadaan lebih memeritkan apabila suaminya, Ismail Talib, 63, meninggal dunia kerana sakit tua tiga minggu lepas.

Sementara itu, Che Hamat berkata, bantuan kecemasan yang dihulurkan akan membolehkan Ramlah mendapatkan rawatan lanjut mengubati penyakitnya di hospital dalam kadar yang segera.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rekreasi

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rekreasi


Keriangan percutian dengan fotografi mudah

Posted:

Keriangan percutian dengan fotografi mudah

Keriangan percutian dengan fotografi mudah

Oleh MOHD. HAZLI HASSAN
bobo@utusangroup.com.my
Gambar-gambar menggunakan Olympus PEN E-PL3


E-PL3 dibina khas untuk semua golongan dan peringkat umur yang ingin menggunakan kamera dengan mudah tetapi inginkan kualiti seperti DSLR.


SELEPAS bertahun-tahun anda mengumpul wang untuk menjelajah satu destinasi yang sudah lama anda inginkan sebagai contoh ke Eropah, pastinya persediaan rapi sudah dilakukan. Sampai masanya anda pun berlepas ke destinasi berkenaan.

Tiba di situ, anda mula merakamkan persekitaran dengan kamera Lensa Refleks Tunggal Digital (DSLR) yang baru sahaja anda beli di Kuala Lumpur.

Sebelum pergi, mungkin anda ada bertanya kepada rakan-rakan mana yang lebih baik, menggunakan kamera kompak atau DSLR. Dan majoriti pasti akan mengatakan DSLR, kerana kualiti dan kecanggihan kamera itu.

Memikirkan ini merupakan satu perjalanan once in a life time, anda membeli DSLR dan belajar sedikit cara-cara penggunaan yang agak kompleks melalui penjual di kedai kamera berkenaan.

Sepanjang mengetik butang pengatup kamera itu, hasil yang dipaparkan pada skrin LCD di belakang kamera amat menakjubkan. Warna yang dipaparkan pun cukup menarik.

Kebetulan, anda tidak membawa komputer riba dan hanya berharap kepada hasil yang dipaparkan di skrin LCD itu sahaja.

Kembali ke Malaysia, hasil fotografi dengan DSLR anda dimuat naik ke komputer untuk membuat pilihan.

Namun alangkah terkejutnya anda selepas melihatnya di skrin yang lebih besar. Gambar yang anda rakamkan tidak sama dengan hasil yang dilihat di skrin LCD.

Warna dan ketajaman gambar tidak menunjukkan ia dirakamkan melalui kamera DSLR. Daripada ribuan gambar yang anda rakamkan, hanya beberapa sahaja yang boleh digunakan dan dianggap terbaik bagi seorang amatur.

Yang terbaik itu pula bukan rakaman yang anda mahukan. Bayangkan ini terjadi kepada anda. Satu mimpi ngeri yang tidak boleh anda lupakan sepanjang hayat.

fotografi

Kepada yang belum menceburi bidang fotografi menggunakan kamera DSLR, kemungkinan senario ini akan memberikan igauan kepada mereka yang ingin bercuti.

Sebenarnya, pengguna kamera DSLR perlu memahirkan diri dengan pelbagai tetapan yang ada pada kamera berkenaan.

Dan amat bahaya jika meminta penjual kamera itu menetapkan semua tetapan kepada kamera DSLR untuk 'menyenangkan' anda dalam merakamkan gambar kerana suasana di Malaysia dan negara lain adalah berlainan.

Harus diingat, menggunakan kamera DSLR memerlukan anda mahir dalam segala segi dan jika anda mahir, sudah pasti hasil yang diberikan amat memberansangkan.

Apa pun, semua itu kini hanyalah mimpi buruk kepada sesetengah orang kerana Olympus, pelopor kamera sistem atau lebih dikenali sebagai kamera Electronic Viewfinder Interchangeable Lens (EVIL) berjaya mereka bentuk sebuah kamera yang lebih kecil namun disaratkan dengan pelbagai ciri-ciri DSLR.

Lebih menarik, dengan kualiti DSLR, Olympus model PEN E-PL3 ini tidak dibebankan dengan pelbagai tetapan yang perlu diadjust sebelum merakamkan gambar.

Percutian anda akan lebih mudah, ringkas dan seronok selain selesa menggunakan kamera yang hanya mempunyai berat 313 gram itu.

Malah dengan kamera sekecil itu, selain lensanya boleh ditukar ganti, turut membolehkan anda merakamkan video dengan kualiti definasi tinggi penuh (Full HD).

Ini bermakna, semua destinasi yang dilawati selain aksi anda semasa percutian tidak akan terlepas. Yang perlu hanyalah menggunakan kad memori berkapasiti tinggi untuk membolehkan ribuan foto serta klip video dimuatkan sepanjang percutian.

Lebih menarik PEN E-PL3 ini turut didatangkan dengan fungsi manual dan automatik termasuk fungsi mesra pengguna iAuto yang hanya memerlukan anda menekan satu atau dua butang untuk menghasilkan gambar hebat.

Penulis yang turut berpeluang menggunakan kamera ini mencubanya dengan fungsi mesra pengguna iAuto sepenuhnya dan terkejut dengan hasil yang diberikan.

Warna yang dihasilkan amat menakjubkan. Tanpa perlu melakukan banyak pelarasan dan hanya memerlukan paling banyak tiga langkah dilakukan, hasil yang dikeluarkan E-PL3 amat memberansangkan.

Lebih menarik, E-PL3 yang amat cepat berfungsi sebaik sahaja butang ON dihidupkan, didatangkan dengan penuras seni yang cukup menarik hasilnya bila digunakan.

Sebagai contoh penggunaan penuras seni Diorama yang akan menghasilkan foto yang menggambarkan subjek di dalam model miniatur.

Selain penuras seni, E-PL3 juga dilengkapi sebanyak 23 mod pemandangan yang amat sesuai digunakan semasa bercuti.

Semua ini sesuai digunakan dengan mudah semasa percutian tanpa memerlukan anda melakukan pelbagai ubah suai pada kamera.

Ini akan memberikan keriangan semasa percutian tanpa perlu runsing dengan hasil fotografi anda.

PEN E-PL3 dijual dengan harga RM3,199 bersama-sama lensa zum 14-42mm. Untuk maklumat lanjut mengenai PEN E-PL3, sila layari www.olympusimage.com.my.

*Lihat hasil video E-PL3 di http://bit.ly/protonev1

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Muka Hadapan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Muka Hadapan


Hasan Ali digugur

Posted:

Hasan Ali digugur

Hasan Ali digugur

Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD
pengarang@utusan.com.my


Hasan Ali


KUALA LUMPUR 10 Dis. - Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali digugurkan daripada menjadi calon pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan datang.

Sumber-sumber mengesahkan bahawa nama Ahli Dewan Undangan (ADUN) Gombak Setia itu telah 'disingkirkan' oleh Pas Selangor dan pada masa sama Pas Pusat merestui pengguguran tersebut.

Mingguan Malaysia difahamkan Pas Pusat turut menggugurkan beberapa pemimpin Pas yang selama ini tidak disenangi oleh kumpulan pro Datuk Seri Anwar Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Erdogan dan antaranya bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa (gambar).

Pengguguran Hasan sebagai calon Pas pada pilihan raya umum nanti sememangnya telah dijangka dan ia hangat diperbincangkan di blog-blog tempatan sejak semalam seperti MyKMU.net, brojinggo.blogspot.com dan darikakigunungjerai.blogspot.com.

Ia berikutan kenyataan Ketua Penerangan Pas Selangor, Shaari Sungib yang dipaparkan dalam beberapa blog bahawa kemungkinan besar Hasan akan digugurkan daripada menjadi calon parti itu pada PRU13.

Shaari memberi alasan bahawa bekas Pesuruhjaya Pas Selangor itu tidak mendapat jumlah pencalonan yang mencukupi dari setiap cawangan.

Bagaimanapun, Mingguan Malaysia difahamkan pengguguran Hasan sebagai calon Pas ada kaitan dengan dakwaan yang mengatakan ADUN Gombak Setia itu menjadi duri dalam daging bagi Pas Selangor dan pakatan pembangkang terutama DAP.

Ia berikutan beberapa tindakan Hasan yang mengundang kritikan terbuka pemimpin Pas Selangor seperti Timbalan Pesuruhjaya III Pas negeri, Khalid Abdul Samad terutama berkaitan dengan tugasnya sebagai exco menjaga hal ehwal agama.

Antaranya, isu pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas sebuah premis yang dikatakan Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC), Petaling Jaya pada 3 Ogos lalu ekoran pendedahan terdapat gerakan tersusun kumpulan tertentu untuk memurtadkan orang Islam.

Selain Khalid isu itu turut kurang disenangi oleh kepimpinan negeri walaupun Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah bahawa berdasarkan siasatan JAIS terdapat cubaan untuk memesongkan kepercayaan dan akidah umat Islam.

Dalam isu tersebut Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Khalid sendiri telah memohon maaf kepada pihak gereja sebelum laporan penuh berhubung insiden itu dikeluarkan oleh pihak JAIS.

Begitu juga dengan DAP, parti itu dikatakan tidak begitu senang dengan Hasan berikutan beberapa tindakan antaranya kes rampasan arak di kedai 24 jam di Shah Alam hingga menyebabkan berlaku pertelingkahan antara beliau dengan seorang lagi Exco Selangor, Ronnie Liu.

Akhirnya arak yang dirampas itu dikatakan dipulangkan semula kepada kedai tersebut dalam kejadian yang berlaku pada Julai 2009.

Ekoran daripada insiden itu, DAP dikatakan mula kurang menyenangi Hasan kerana pendiriannya yang begitu tegas dalam soal berkaitan memelihara kesucian agama Islam di Selangor.

Hasan juga kurang disenangi kepimpinan Pas negeri dan rakan sekutu mereka sama ada DAP atau Parti Keadilan Rakyat berikutan sokongannya terhadap usaha menubuhkan kerajaan perpaduan dengan UMNO. Kesan daripada sokongan itu pada Muktamar Tahunan Pas 2011, Jun lalu beliau digugur sebagai Pesuruhjaya Pas Selangor.

Hasan merupakan seorang pemimpin yang popular di kalangan umat Islam sama ada di Selangor mahu pun di seluruh negara.

Ia ekoran komitmennya memelihara kesucian akidah umat Islam di Selangor dan contoh terbaik langkah JAIS mengadakan pemeriksaan terhadap DUMC selepas menerima laporan wujudnya usaha memurtadkan umat Islam di premis tersebut.

Full content generated by Get Full RSS.

3,000 saksi gerhana bulan penuh

Posted:

3,000 saksi gerhana bulan penuh

3,000 saksi gerhana bulan penuh


Gerhana bulan penuh yang dirakam di Johor Bahru, malam tadi. – Mingguan/ raja jaafar ali


KUALA LUMPUR 10 Dis. – Kira-kira 3,000 pengunjung bertumpu di Planetarium Negara untuk menyaksikan gerhana bulan penuh yang terakhir pada tahun ini bermula pukul 7.35 malam hingga 1.30 pagi.

Fenomena itu hanya dapat disaksikan semula oleh rakyat Malaysia pada 2014.

Pengarah Planetarium Negara, Azreena Ahmad; Ketua Pengarah Agensi Angkasa Negara (Angkasa), Dr. Mustafa Din Subari dan Timbalannya, Dr. Nordin Ahmad turut menyertai orang ramai menyaksikan fenomena itu.

Azreena ketika ditemui berkata, gerhana bulan akan berlaku ketika fasa bulan penuh dan apabila ia melintasi bayang bumi.

"Gerhana pada malam ini bermula dengan fasa penuh penumbra pada pukul 7.34 malam (waktu tempatan), tetapi kesan gerhana masih tidak dapat diperhatikan memandangkan bulan merentasi bayangan penumbra bumi yang kurang gelap.

"Gerhana jelas dapat dilihat semasa bulan memasuki bayang umbra bumi mulai pukul 8.46 malam sehingga gerhana maksimum pada pukul 10.32 malam ini.

"Bulan akan mula keluar daripada bayang umbra bumi pada pukul 10.57 malam dan keluar sepenuhnya pada pukul 12.18 tengah malam ini," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Dana BR1M ditambah

Posted:

Dana BR1M ditambah

Dana BR1M ditambah

Oleh AMIZUL TUNIZAR AHMAD TERMIZI
pengarang@utusan.com.my


Orang ramai beratur untuk menghantar borang permohonan BR1M di Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki, Kampung Pandan, Kuala Lumpur, semalam. – Mingguan/HAFIZH KHOSMAT


IPOH 10 Dis. - Kerajaan akan menambah peruntukan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang berjumlah RM2.6 bilion bagi memastikan semua keluarga berpendapatan kurang RM3,000 sebulan menerima bantuan khas RM500 yang dijanjikan.

Sehubungan itu, Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah memberi jaminan semua keluarga terlibat akan menerima bantuan itu walaupun bilangannya nanti melebihi anggaran asal seramai 5.2 juta isi rumah.

"Kita belum tahu bilangan isi rumah yang layak. Namun dianggarkan 5.2 juta atau 83 peratus daripada 6.2 juta isi rumah yang dilaporkan di seluruh negara layak menerima bantuan khas itu.

"Sekiranya bilangan yang layak melebihi 5.2 juta isi rumah, mereka akan dapat juga," katanya selepas melancarkan pendaftaran BR1M di Dewan Komuniti 1Malaysia Chemor, dekat sini hari ini.

Pada pembentangan Bajet 2012 Oktober lalu, kerajaan mengumumkan pemberian bantuan tunai sekali bayar sebanyak RM500 kepada isi rumah berpendapatan RM3,000 sebulan dan ke bawah yang akan diagihkan mulai 16 Januari depan manakala tempoh pendaftaran akan bermula hari ini hingga 10 Januari.

Menurut Ahmad Husni, setiap permohonan akan diperiksa dengan teliti oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Bank Negara Malaysia (BNM) sebelum kelulusan diberi.

Katanya, dengan rekod yang ada pada LHDN dan BNM, beliau yakin tidak akan berlaku ketirisan apatah lagi mereka yang memberi maklumat palsu boleh dipenjara tiga tahun dan didenda seperti diperuntukkan di bawah Seksyen 193 Kanun Keseksaan.

"Mereka yang berpendapatan di bawah RM3,000 tidak membayar cukai, jadi mereka tiada dalam rekod. Kita percaya mereka yang layak akan dapat dan yang tidak layak tidak akan dapat bantuan itu," katanya.

Beliau juga percaya sasaran pendaftaran seramai 5.2 juta isi rumah mampu dicapai dalam tempoh sebulan dengan gabungan kerjasama LHDN, agensi-agensi kerajaan dan pemimpin masyarakat.

Dalam pada itu, Ahmad Husni amat tersentuh melihat begitu ramai rakyat berbilang kaum datang ke majlis itu untuk memohon BR1M.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved