Selasa, 6 Disember 2011

Utusan Online - Johor

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Mahasiswa UiTM berkampung di Temenin Baru

Posted:

Mahasiswa UiTM berkampung di Temenin Baru

Mahasiswa UiTM berkampung di Temenin Baru


MAHASISWA Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi UiTM Shah Alam gembira bersama Ahli Dewan Undangan Negeri Panti, Baderi Dasuki (tengah) pada program Jejak Warisan, Kebudayaan dan Kesenian Negeri Johor di Kampung Temenin Baru, Kota Tinggi, baru-baru ini.


KOTA TINGGI 6 Dis. - Suasana agak berbeza dirasai oleh penduduk Kampung Temenin Baru di sini baru-baru ini, apabila 70 mahasiswa Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam dan 40 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Putra (SMKBP), Kulaijaya 'berkampung' tiga hari di situ.

Kehadiran mereka disambut mesra oleh penduduk yang teruja menerima 'anggota keluarga' baharu, sekali gus memberikan kesempatan merasai pengalaman hidup bersama di sebuah penempatan tradisional dan melakukan pelbagai aktiviti berkaitan pendidikan serta kemasyarakatan.

Antara aktiviti yang diadakan adalah program selangkah ke universiti dengan tema Mengubah Destinasi Anak Bangsa iaitu motivasi pendidikan untuk pelajar SMKBP, anak-anak dan ibu bapa di tiga lokasi iaitu Sekolah Kebangsaan Sayong Pinang, Dewan Terbuka Kampung Temenin dan Kampung Lukut.

Selain itu, aktiviti yang merapatkan hubungan antara mereka adalah bergotong-royong, perlawanan bola sepak dan bola jaring kampung serta sukaneka dan malam kebudayaan.

Pengarah program, Mohd. Nor Azhar Noor Mohamed, berkata, objektif program adalah untuk mengeratkan silaturrahim antara mahasiswa UiTM dengan masyarakat, serta memupuk semangat kerjasama untuk membantu memajukan kawasan luar bandar.

"Para pelajar kita dapat berkongsi maklumat dan menceritakan pengalaman mereka sehingga berjaya menjejakkan kaki ke menara gading dan membakar semangat pelajar SMKBP untuk mengikut jejak langkah abang dan kakak angkat mereka," katanya ketika ditemui di sini.

Seorang mahasiswa, Noor Syakinah Bidin, 22, berkata, dia yang berasal dari Kampung Changkat Tualang, Gopeng, Perak merasakan satu pengalaman baharu untuk datang ke kampung dan bersama keluarga angkat.

''Ini kali pertama saya menyertai program seumpama ini dan suasana di kampung ini amat cantik dan tenang. Di sini, saya dapat menjalinkan hubungan persaudaraan dan berharap ia tidak akan terputus," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Kerjasama pendidikan, penyelidikan

Posted:

Kerjasama pendidikan, penyelidikan

Kerjasama pendidikan, penyelidikan

Oleh HAMDAN TAWADI
utusanjohor@utusan.com.my

BATU PAHAT 6 Dis. - Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan tiga rakan strategik iaitu Keretapi Tanah Melayu Bhd. (KTMB), Mysysnet Sdn. Bhd. (Mysysnet) dan Cybersecurity Malaysia di sini, baru-baru ini.

Menurut laman web UTHM, MoU itu bertujuan menggalakkan kerjasama akademik melalui pendidikan dan penyelidikan bagi memastikan kualiti dan hala tuju pengajaran dan penyelidikan universiti sentiasa relevan dengan keperluan industri.

Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan (FKMP) menandatangani memorandum persefahaman dengan KTMB bertujuan menggalakkan kerjasama akademik dan penyelidikan dalam bidang teknologi kejuruteraan kereta api.

Antara bidang kerjasama yang dirancang ialah dalam membangunkan program sarjana muda dan sarjana untuk kursus Kejuruteraan Kereta Api selain kerjasama pembangunan penyelidikan dalam bidang teknologi kejuruteraan kereta api.

Sementara itu, Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat (FSKTM) menandatangani dua MoU dengan Mysysnet dan Cybersecurity Malaysia.

FSKTM dan Cybersecurity Malaysia akan bekerjasama dalam bidang keselamatan siber dan antara program kerjasama yang dirancang ialah program penempatan latihan industri bagi penuntut, program sangkutan staf akademik dan kerjasama dalam bidang penyelidikan.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Feminin

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Feminin


Bekal produk spa halal

Posted:

Bekal produk spa halal

Bekal produk spa halal

Oleh MERAN ABU BAKAR
Gambar WAHIDIN SALIM


Juhara Ibrahim (kiri), Norizan Zulkifli dan Monaliza Mohtar (kanan) pembekal tunggal Chrisna di Malaysia.


PERNIAGAAN spa tumbuh bak cendawan selepas hujan. Di mana-mana sahaja baik di bandar atau di pekan kecil kita pasti akan menjumpai spa.

Apabila mengunjungi spa, jiwa terasa tenang dengan bau-bauan harum bunga-bungaan dan herba yang mampu menenangkan perasaan. Bau-bauan ini amat berbeza dengan produk yang kita gunakan di rumah.

Kebiasaannya produk yang digunakan di spa memang dibuat khusus untuk pusat-pusat rawatan kecantikan seperti ini. Bahan-bahan seperti tumbuh-tumbuhan, buah-buahan, herba, madu dan minyak kelapa adalah antara bahan utama yang digunakan di dalam produk spa.

Antara produk spa yang mendapat sambutan hebat dan menggalakkan daripada pengusaha di sini ialah produk Chrisna yang dikeluarkan di Indonesia. Chrisna mempunyai berpuluh-puluh jenis produk khusus untuk kegunaan spa berasaskan bahan semula jadi.

Tertarik dengan produk ini dan telah mencuba untuk kegunaan sendiri, Juhara Ibrahim pula kini menjadi pembekal Chrisna di Malaysia. Bersama-sama rakan kongsi, Norizan Zulkifli dan Monaliza Mohtar, Juhara giat memperkenalkan Chrisna kepada pengusaha-pengusaha spa di seluruh Malaysia.

Menurut Juhara yang juga Ketua Biro Kebajikan, Keluarga dan Masyarakat Dewanita Selangor ini, syarikat milik mereka bertiga, Al'Asal Resources merupakan pengedar tunggal Chrisna di Malaysia yang kini beroperasi di Seksyen 9, Shah Alam, Selangor.

Beliau menambah, Chrisna sebenarnya sudah berada di pasaran Indonesia selama 10 tahun dan amat dikenali di negara tersebut.

Pembuatannya yang amat menitik beratkan kesucian dan kebersihan menarik hati pengguna untuk menggunakannya.

Selain itu, bahan-bahan yang digunakan seperti kelapa, epal, anggur, madu, strawberi, sirih dan sebagainya amat sesuai dalam penjagaan dan perawatan tubuh dan wajah. Paling penting produk ini tidak mengandungi bahan-bahan kimia.

''Memang terdapat banyak produk spa di pasaran tetapi produk Chrisna ini bersih, suci, halal dan boleh digunakan tanpa rasa ragu-ragu terutamanya bagi mereka yang hendak menunaikan haji dan umrah.

''Chrisna mempunyai 40 jenis produk. Bagi sabun sahaja kami mempunyai 10 jenis sabun yang dibuat daripada bahan-bahan yang berbeza yang mempunyai fungsi yang berbeza juga,'' kata Juhara yang ditemui, baru-baru ini.

Beliau berkata, antara keistimewaan lain Chrisna ialah produk ini tidak mempunyai stok yang disimpan lama. Ia sentiasa baru dan segar kerana sesuatu barangan hanya akan dibuat setelah mendapat pesanan daripada pelanggan.

Selain sabun, ujar Juhara, Chrisna juga mempunyai beberapa jenis minyak seperti minyak angin aromaterapi, minyak urut aromaterapi, minyak slim dan parem aromaterapi.

Selain menjadi pembekal kepada spa, Juhara bersama rakan kongsinya amat menggalakkan ibu tunggal dan sesiapa sahaja menjadi agen kepada produk Chrisna dengan modal yang minimum dan keuntungan yang berbaloi.

Kepada yang berminat, bolehlah menghubungi Juhara di talian 013-3626505.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Utara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


Bandar Pelancongan dan Maritim

Posted:

Bandar Pelancongan dan Maritim

Bandar Pelancongan dan Maritim

Oleh ASLIZA MUSA
utusanperak@utusan.com.my



LUMUT 5 Dis. - Berkunjung ke negeri Perak, bagaikan tidak lengkap sekiranya tidak singgah ke daerah Manjung.

Daerah yang terletak kira-kira 100 kilometer daripada Ipoh ini sememangnya terkenal dengan pelbagai produk pelancongan malah menjadi tumpuan ramai terutama pada musim cuti persekolahan.

Dengan deretan kira-kira 43 produk pelancongan yang meliputi sumber alam semula jadi, sumber buatan, sejarah, sumber pertanian dan sukan serta rekreasi, maka tidak hairanlah sekiranya daerah ini menjadi antara pilihan utama pelancong dari dalam dan luar negara.

Bertemakan Bandar Pelancongan dan Maritim, keadaan topografinya yang berbukit dan berhutan paya dengan flora dan fauna menjadi antara aset pelancongan penting daerah ini.

Malah, keindahan alam semula jadi dan kecantikan pantainya sering menggamit kehadiran pelancong untuk datang semula hingga menjadikannya antara lokasi pelancongan yang terkenal di mata dunia.

Sekadar menyebut beberapa nama, lokasi seperti Pulau Pangkor, Pantai Teluk Batik, Teluk Senangin dan Lumut Waterfront tidak perlu diperkenalkan lagi malah cukup sinonim bagi pelancong yang berkunjung ke sini.

Selain itu, turut menggamit minat pelancong ke sini adalah pembangunan di hutan-hutan simpan sedia ada seperti Hutan Simpan Pangkor Utara, Hutan Sungai Pinang dan Hutan Paya Bakau Lumut.

Hutan itu semakin popular di kalangan pencinta-pencinta alam semula jadi sama ada untuk tujuan pembelajaran, penyelidikan dan rekreasi.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Manjung, Zamri Man berkata, daerah Manjung beserta kawasan sekitar Lumut dan Pulau Pangkor berpotensi dibangunkan untuk pelancongan dan rekreasi sumber pantai bagi negeri Perak.

Malah katanya, daerah ini juga berpotensi untuk pembangunan pusat-pusat penginapan dan peranginan musim cuti dan hujung minggu bagi aktiviti marina dan maritim.

"Selain lokasi sedia ada yang menjadi tumpuan pelancong apabila datang ke daerah ini, kita juga akan membangunkan kawasan pantai di Pulau Sembilan untuk dijadikan kawasan penerokaan khazanah laut bagi aktiviti menyelam.

"Beberapa tempat bersejarah di daerah Manjung juga telah dikenalpasti untuk dibangunkan sebagai pusat tarikan pelancong seperti Kota Belanda, Batu Bersurat di Teluk Gedung, Muzium Beruas dan Kubur Lama Belanda di Sungai Pinang Kecil," katanya ketika ditemui di sini, baru-baru ini.

Tambah Zamri, sebagai salah sebuah daerah paling pesat membangun di Perak, banyak peluang perniagaan dan pekerjaan ditawarkan di sini dengan dilengkapi pelbagai kemudahan asas.

Katanya, ia dapat dilihat melalui pertambahan penduduknya pada setiap tahun dan ia membuktikan kawasan ini menjadi pilihan yang jarang-jarang ditawarkan di tempat lain.

"Semua perancangan dan projek pembangunan di sini memerlukan satu pasukan yang kreatif dan bekerja keras bagi memastikan apa yang dirancang berjalan lancar.

"Hasil usaha gigih dan pendekatan yang diambil MPM ini memperlihatkan landskap daerah Manjung telah berubah dari sebuah pekan kecil kepada bandar moden yang lengkap dengan bangunan baru pelbagai reka bentuk terkini selain menaiktaraf beberapa produk pelancongan lain di daerah ini," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

MPM sasar dua juta pelancong tahun depan

Posted:

MPM sasar dua juta pelancong tahun depan

MPM sasar dua juta pelancong tahun depan


Jeti Pulau Pangkor sentiasa sibuk terutama pada hari cuti umum atau hujung minggu.


LUMUT 5 Dis. - Majlis Perbandaran Manjung (MPM) menyasarkan kunjungan seramai dua juta pelancong ke daerah ini sempena Tahun Melawat Perak (TPM) tahun depan.

Yang Dipertuanya, Zamri Man berkata, jumlah tersebut merupakan peningkatan sebanyak 30 hingga 50 peratus berbanding 1.3 juta pengunjung pada tahun lalu.

Katanya, sasaran itu mampu dicapai berikutan pelbagai promosi dan program yang telah dirangka kerajaan sepanjang tempoh TPM 2012.

"Kehadiran pelancong terutama pelancong tempatan ke daerah ini mencecah sehingga 10,000 pelancong setiap hari.

"Angka ini tidak tertakluk kepada musim cuti persekolahan sahaja kerana kebanyakan pelancong yang datang, turut berkunjung pada hari-hari biasa," katanya ketika ditemui di sini, baru-baru ini.

Zamri berkata, orang ramai yang datang dengan kenderaan sendiri tidak perlu bimbang kerana MPM telah menyediakan banyak lot parkir untuk mereka.

Menurut beliau, kira-kira 3,000 lot parkir termasuk yang berbumbung dan bertingkat mampu menampung jumlah kenderaan dalam satu-satu masa disediakan di sekitar daerah ini.

"Di Teluk Batik sahaja kita telah menyediakan 1,500 lot parkir dengan kadar bayaran yang cukup minima.

"Oleh itu, pelancong yang datang ke sini tidak perlu bimbang dengan keselamatan kenderaan mereka kerana tahap keselamatan akan dipertingkatkan dari semasa ke semasa," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Pantai Chenang jadi tumpuan

Posted:

Pantai Chenang jadi tumpuan

Pantai Chenang jadi tumpuan

Oleh ZARINA MD. HASHIM
utusankedah@utusan.com.my


PELANCONG luar negara lebih sukakan aktiviti berjemur di bawah terik matahari di Pantai Chenang, Langkawi, Kedah.


LANGKAWI 5 Dis. - Langkawi bukan satu nama asing lagi kepada pelancong tempatan dan luar negara, khususnya kepada peminat aktiviti pantai.

Pasir di pantai-pantainya begitu bersih, memutih dan halus menjadikan Langkawi masyhur di kalangan para pengunjung yang terpukau dengan keindahannya.

Ditambah pula dengan keadaan cuaca yang menarik, udara segar dengan angin sepoi-sepoi dan keindahan pemandangan laut, ia pasti mengasyikkan para pengunjung ketika bersantai atau menjalankan aktiviti sukan laut.

Pantai-pantai berkenaan, antaranya adalah Pantai Pasir Tengkorak, Pantai Kok, Pantai Tengah dan sebagainya.

Namun begitu, di antara pantai itu, Pantai Chenang adalah yang paling mendapat tempat di hati pengunjung sejak zaman dahulu.

Selain kawasannya yang strategik, ia mempunyai tempat penginapan seperti hotel, motel, bilik tumpangan dan sebagainya yang berhadapan dan berdekatan dengan pantai.

Malah, kawasan pantai yang berhampiran dengan Underwater World dan Laman Padi ini juga meriah dengan pelbagai aktiviti tidak kira siang ataupun malam.

Antara aktiviti riadah pantai yang popular ialah, berjemur di tepi pantai, melihat matahari terbenam, menaiki bot untuk menjelajah ke pulau-pulau kecil, menaiki bot pisang (banana boat), parasailing, jet ski, snorkling, berbasikal dan sebagainya.

Aktiviti riadah itu tidak berbahaya sekiranya pengunjung mematuhi peraturan yang disediakan dan mendengar nasihat pengendali perkhidmatan tersebut.

Malah, pasukan keselamatan terutama Jabatan Pertahanan Awam (JPA) Malaysia sentiasa bertugas memastikan keselamatan pengunjung di kawasan pantai tersebut terjamin.

Selain itu, bagi pengunjung yang menyewa tempat penginapan di sekitar pantai Chenang mereka tidak perlu menaiki kenderaan untuk keluar membeli-belah ke kawasan lain sebaliknya cukup dengan berjalan kaki kerana gerai-gerai di situ begitu hampir dengan kebanyakan tempat penginapan.

Kawasan sekitar pantai ini juga juga sentiasa bergemerlapan dengan cahaya lampu yang dipasang untuk memudahkan pengunjung berjalan kaki dari satu lokasi ke lokasi lain.

Terdapat kira-kira 200 kedai termasuk kedai buku, cenderamata, pakaian, makanan, peralatan dan sebagainya yang beroperasi antara pukul 9 pagi hingga 12 malam di sini.

Ia menjadi tumpuan pengunjung yang masih mahu meneruskan aktiviti sehingga awal pagi kerana terdapat banyak gerai dan restoran yang menamatkan operasi mereka sehingga awal pagi bagi memberi peluang kepada pengunjung mengisi masa mereka sepenuhnya di sini.

Selain kepelbagaian barangan yang boleh didapati di sini, harganya juga berpatutan. Malah, barangannya juga eksklusif dan sesuai dijadikan cenderamata kepada rakan dan keluarga.

Pengunjung juga boleh mengambil gambar dan merakamkan video percutian mereka untuk dibawa pulang sebagai kenangan dan untuk dikongsikan dengan rakan-rakan dan ahli keluarga supaya mereka juga berpeluang memiliki pengalaman yang sama.

Pendek kata, pengunjung yang menghabiskan cuti di Pantai Chenang, Langkawi pasti tidak akan berasa bosan kerana pelbagai aktiviti boleh dilakukan di sini.

Sebab itu, selain menjadi lokasi percutian menarik bersama keluarga, pulau lagenda itu juga merupakan lokasi pilihan untuk bulan madu bagi kebanyakan pengantin baru atau mereka yang baru mendirikan rumah tangga.

Pelbagai aktiviti dilakukan pengunjung sepanjang mereka bercuti di pulau ini. Salah satunya ialah membeli belah. Antara barangan yang paling popular khususnya bagi pelancong tempatan ialah, pinggan mangkuk, coklat, minyak wangi, kain batik dan sebagainya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Selatan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


Menembak uji pengamal media

Posted:

Menembak uji pengamal media

Menembak uji pengamal media

Oleh RIZANIZAM ABDUL HAMID
utusanmelaka@utusan.com.my


CHUAH Ghee Lye (kanan) menunjukkan skil menembak bersama 23 wartawan, jurukamera dan jurufoto daripada agensi media dalam pertandingan menembak Piala Ketua Polis di Lapang Sasar IPK Bukit Beruang Melaka, baru-baru ini.


MELAKA 5 Dis. - Pengalaman memegang serta menggunakan senjata api bukanlah satu peluang yang diperoleh semua orang kerana senjata api dikawal mengikut Akta Senjata 1960 (Akta 206) dan Akta Senjata Api (penalti lebih berat) 1971 (Akta 37).

Bagi orang awam yang tidak mempunyai lesen senjata api, peluang mengendalikan senjata api mungkin hanya datang sekali seumur hidup.

Itupun, setelah mendapat 'lesen' mengendalikan senjata api di lapang sasar yang hanya boleh dikeluarkan oleh Ketua Polis Negeri.

Wakil-wakil daripada pelbagai agensi media di negeri ini baru-baru ini menyertai pertandingan menembak selepas kebenaran dikeluarkan olehKetua Polis Melaka, Datuk Chuah Ghee Lye baru-baru ini.

Seramai 23 wartawan, jurukamera dan jurufoto berkumpul di Lapang Sasar Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri, Bukit Beruang Jumaat lalu untuk menyertai pertandingan menembak Piala Ketua Polis Melaka.

Sebelum pertandingan, tepat 9 pagi kami diberi penerangan oleh Pegawai Tapak Lapang Sasar IPK Melaka, Inspektor Ahmad Jamil Radzi mengenai langkah keselamatan yang perlu diutamakan sepanjang tiga jam pertandingan itu.

Juara pertandingan dimenangi kumpulan yang dibarisi oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Raja Shahrom Raja Abdullah, Meor Riduwan Meor Ahmad (Harian Metro), Siti Shahrosamirah Shaharman (Sinar Harian) dan Inspektor Slevester Sopitang yang mengumpul 396 mata.

Naib juara milik kumpulan diwakili Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Supritendan Che Suza Che Hitam, Tan Shin Ling (Kwang Poh Yit Poh), Rosli Hassan (Kosmo!) dan Inspektor Daud Awang mengumpul 389 mata.

Tempat ketiga dimenangi pasukan dianggotai oleh Ghee Lye , Ishak Dalib, (Melaka Hari Ini), J.A. Jason Gerald (New Straits Times) dan Phua Cheng Luan (Nanyang).

Full content generated by Get Full RSS.

Kagum dapat sertai pertandingan menembak

Posted:

Kagum dapat sertai pertandingan menembak

Kagum dapat sertai pertandingan menembak


WARTAWAN Kosmo!, Rosli Hassan (kiri) menunjukkan skil menembak menggunakan pistol Walter P99 AS-9MM dalam pertandingan menembak Piala Ketua Polis di Lapang Sasar IPK Bukit Beruang Melaka, baru-baru ini.


MELAKA 5 Dis. - Bagi peserta menembak di kalangan media, peluang memegang dan menggunakan dua pucuk pistol jenis Walter P99 AS-9MM dan Revolver. 38IN SPL menjadi satu pengalaman yang amat berharga.

Rata-rata mereka berkata, ini adalah kali pertama dapat mengendalikan dua senjata api itu yang digunakan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam tugas membanteras jenayah.

Bagi wartawan eksekutif Kosmo!, Rosli Hassan, 36, dia begitu tertarik apabila diberi peluang tersebut dan ia merupakan kali pertama memegang senjata api sejak menjadi wartawan enam tahun lalu.

"Sebelum ini, saya pernah memasuki pertandingan paintball dan sangkakan ia semudah itu untuk membidik dan melepaskan tembakan dengan tepat.

"Tetapi selepas menggunakan sendiri dua senjata api ini, barulah saya tahu memang agak sukar untuk membidik sasaran dengan tepat walaupun jaraknya cuma 10 meter dan 15 meter," katanya.

Bagi wartawan Harian Metro, Yusmawati Mhd. Yusof, 26, program tersebut telah memberi kesedaran kepadanya tentang kesukaran untuk mengendalikan senjata api

"Ketika menggunakan dua senjata api ini, terutamanya walter, sentakan membuatkan saya tersentak kebelakang apabila melepaskan tembakan selain terkejut dengan bunyi das tembakan," katanya.

Jurugambar New Straits Times, Muhammad Rasul Azli Samad, 28, berkata, selepas pertandingan itu, dia berasa 'gian' untuk menyertai pertandingan menembak jika berpeluang.

"Bukan semua orang dapat merasai peluang ini, apatah lagi menggunakan peluru hidup dan ia sememangnya pengalaman pertama bagi saya yang cukup mengujakan," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

KDNK Melaka meningkat

Posted:

KDNK Melaka meningkat

KDNK Melaka meningkat

Oleh AMRAN MULUP
utusanmelaka@utusan.com.my


MOHD. Ali Rustam (empat dari kiri) memotong kek sempena ulang tahun ke-12 beliau menjadi Ketua Menteri Melaka sambil diperhatikan oleh ahli Exco dan pegawai kerajaan negeri pada majlis perhimpunan bulanan pentadbiran kerajaan Negeri Melaka di Seri Negeri, Melaka semalam.


MELAKA 5 Dis. – Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negeri ini menunjukkan peningkatan 0.2 peratus pada 2009 kepada 5.6 peratus tahun lalu.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, kadar tersebut menunjukkan perkembangan ekonomi yang positif di negeri ini selari dengan taraf Melaka negeri maju.

Menurutnya, peningkatan KDNK tahun lalu adalah impak daripada perancangan dan pelaksanaan pembangunan daripada pelbagai sektor dalam membangunkan negeri ini.

''Kadar pengangguran adalah paling rendah berbanding negeri-negeri lain iaitu 1.0 peratus pada 2010 dan 0.7 peratus pada suku kedua tahun ini.

''Di samping itu, jumlah penduduk pula bertambah daripada 635,791 orang pada 2000, meningkat kepada 821,110 pada tahun lalu dengan kadar pertumbuhan sebanyak 2.6 peratus," katanya berucap pada perhimpunan bulanan anjuran Jabatan Perangkaan Malaysia Melaka di Seri Negeri, Ayer Keroh di sini hari ini.

Pada majlis tersebut juga beliau turut memotong kek menyambut ulang tahun ke-12 pelantikannya sebagai Ketua Menteri.

Mohd. Ali meminta semua penjawat awam meningkatkan momentum untuk melaksanakan segala agenda dan dasar utama kerajaan terutama ke arah merealisasikan Melaka Maju Negeriku Sayang, Negeri Bandar Teknologi Hijau.

Menurutnya, penjawat awam dan institusi perkhidmatan awam adalah kumpulan yang sangat penting dalam memastikan apa yang dirancang dapat dilaksanakan dan kesannya sampai kepada rakyat.

''Jika kita mahu KDNK negeri meningkat dan kadar pengangguran semakin berkurangan semua penjawat awam perlu mendokong dan melaksanakan tindakan dengan tegas dan berkesan," ujarnya.

Menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) tidak lama lagi, beliau ingin melihat sejauh mana kesetiaan dan sokongan penjawat awam terhadap kerajaan negeri dan Persekutuan.

Bagaimanapun, beliau yakin penjawat awam adalah penyokong setia kerajaan kerana mereka juga adalah kerajaan yang bertanggungjawab.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Dalam Negeri

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Empat bot pemintas tingkatkan operasi APMM

Posted:

Empat bot pemintas tingkatkan operasi APMM

Empat bot pemintas tingkatkan operasi APMM


MUHYIDDIN Yassin dan Timbalan Menteri Pertahanan Turki, Kemal Yardimci (dua dari kiri) menyaksikan simbolik penyerahan bot ONUK MRTP16 oleh Md. Yassin Mustaffa kepada Mohd. Amdan Kurish (kiri) di Langkawi, semalam.


LANGKAWI, 5 Dis. - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) kini memiliki empat bot pemintas laju ONUK MRTP16 daripada 10 bot pemintas yang telah diserahkan kontrak pembinaannya kepada syarikat BYO Marine Sdn Bhd.

Majlis penyerahan dan pelancaran bot pemintas yang dinamakan PENGGALANG 10, 11, 12 dan 13 itu hari ini disaksikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Limbungan BYO Marine di sini.

Kerajaan Malaysia telah menandatangani kontrak perolehan 10 bot pemintas laju ONUK MRTP16 dengan BYO Marine pada 18 Feb lepas di mana tiga bot pemintas laju diserahkan pada Jun, Ogos dan November lalu dan satu lagi hari ini.

Ketua Pengarah APMM, Laksamana Datuk Mohd. Amdan Kurish berkata bot-bot yang telah diterima itu, dua daripadanya dibuat di Turki manakala dua lagi di sini.

''Ada enam lagi belum diterima dan dijangka siap Jun tahun depan. Bot ini akan mempertingkatkan lagi keupayaan kita dalam menjalankan operasi," katanya selepas majlis pelancaran dan penyerahan rasmi bot pemintas laju Onuk MRTP16 itu.

Hadir sama pada majlis itu Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan, Pengarah Urusan Kumpulan Boustead Heavy Industries Corporation Bhd. Tan Sri Ahmad Ramli Mohd. Nor, Pengarah Urusan Kumpulan Boustead Holding Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin, Timbalan Pengerusi Yonca-Onuk JV Raja Mohamed Mustafa dan Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Md. Yassin Mustaffa — BERNAMA

Full content generated by Get Full RSS.

Pekida dukung 1Malaysia

Posted:

Pekida dukung 1Malaysia

Pekida dukung 1Malaysia

SHAH ALAM 5 Dis. – Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) memuji gagasan 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan menganggapnya sebagai satu idea bijak dan berpandangan jauh.

Presidennya, Jamaludin Yusof berkata, penyatuan rakyat berbilang kaum di negara ini melalui pelaksanaan gagasan 1Malaysia diyakini mampu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju dan berdaya saing.

"Gagasan 1Malaysia merupakan satu tindakan bijak dan berpandangan jauh untuk penubuhan sebuah negara bangsa.

"Ia dapat memastikan semua rakyat tidak kira bangsa dan keturunan mempunyai perasaan tanggungjawab untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju dan berjaya selain mampu bersaing dengan negara lain," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Perhimpunan Perdana Pekida: Sepetang Bersama Perdana Menteri di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini hari ini.

Hadir sama Menteri Pertanian dan Industri Asas, Datuk Seri Noh Omar dan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam.

Jamaludin turut berikrar bahawa Pekida akan terus menyokong dasar-dasar kerajaan di bawah pemerintahan Perdana Menteri dan akan terus memastikan kuasa politik terus kekal dikuasai orang Melayu.

"Sekiranya kita (Melayu) tidak dapat menguasai politik negara, bagaimana untuk kita memantapkan agama Islam, menguasai semula ekonomi serta membina semula orang Melayu yang mampu berjaya dalam semua bidang sekali gus menjadikannya sebagai bangsa bermaruah.

"Untuk itu, kita semua perlu mengetepikan ideologi politik dan menumpukan kepada agenda mengekalkan kuasa Melayu dalam kebangkitan politik yang berterusan," katanya.

Beliau juga menyeru kira-kira dua juta ahli Pekida di seluruh negara supaya mengamalkan sikap bertanggungjawab serta bertolak-ansur supaya dihormati oleh masyarakat dan bukannya ditakuti dan digeruni.

Full content generated by Get Full RSS.

Ekonomi pendapatan tinggi tak datang bergolek

Posted:

Ekonomi pendapatan tinggi tak datang bergolek

Ekonomi pendapatan tinggi tak datang bergolek

IPOH 5 Dis. - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad meminta semua rakyat memainkan peranan bersama kerajaan bagi mencapai matlamat menjadikan Malaysia negara berpendapatan tinggi.

Beliau yang bimbang rakyat cuma menunggu matlamat itu datang bergolek, berkata, rakyat tidak boleh mengharapkan kenaikan gaji semata-mata untuk mencapai status ekonomi berpendapatan tinggi.

Sebaliknya, tegas Dr.Mahathir, setiap orang perlu meningkatkan produktiviti dan kemahiran supaya kos tidak meningkat apabila gaji dibayar lebih.

''Kalau cuma hendak gaji tinggi tetapi hasil masih di tahap lama, gaji tinggi tidak dapat membeli lebih banyak daripada keadaan semasa gaji rendah.

''Tidak ada makna kenaikan gaji kalau harga barang turut naik. Jumlah nombor tidak penting tetapi kuasa membeli yang penting," katanya pada Bicara Negarawan anjuran Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) di Dewan Bandaran Ipoh di sini, hari ini.

Hadir sama, isteri Dr. Mahathir, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali dan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir.

Menurut Dr. Mahathir, peningkatan produktiviti bukan dilaksanakan dengan bekerja lebih masa atau tenaga tetapi melalui pendekatan cara kerja yang lebih efisyen.

Beliau memberi contoh, bagaimana sistem pengeluaran kereta secara besar-besaran oleh Henry Ford berjaya meningkatkan gaji pekerja dan menurunkan harga kereta.

''Dengan mengurangkan kerenah birokrasi, pekerja peringkat bawah juga boleh mendapat tambahan kerja dan gaji dalam masa lebih pendek. Rakyat perlu tahu apa caranya untuk meningkatkan pendapatan tanpa meningkatkan kos," katanya.

Pada program tersebut, Dr. Mahathir juga meminta rakyat supaya mempunyai sedikit pemahaman soal ekonomi dan tidak membuat tuntutan tanpa mengambil kira kesan daripadanya.

''Kalau gaji turun, mereka buat tunjuk perasaan dan apabila gaji dinaikkan, syarikat terpaksa tutup dan akhirnya pekerja hilang kerja," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Timur

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Timur


Cungkil bakat penulis muda

Posted:

Cungkil bakat penulis muda

Cungkil bakat penulis muda

Oleh RAHANA MOHD. DAHARI
utusankb@utusan.com.my


Azmi Ibrahim (duduk, tengah) bergambar dengan pemenang Anugerah Citra Majalah Sekolah Menengah 2011 di Kota Bharu, baru-baru ini. - utusan/YATIMIN ABDULLAH


KOTA BHARU 5 Dis. - Pelajar sekolah menengah aliran sains di negara ini semakin cenderung melibatkan diri dalam penulisan kreatif termasuk puisi, cerpen dan esei yang dianjurkan oleh pihak sekolah dan dimuatkan dalam majalah terbitan mereka.

Pengarah Bahagian Pembangunan, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Sallehuddin Abang Shokran berkata, perkembangan positif itu berdasarkan jumlah penyertaan pelajar sains yang bertambah tahun ini dalam majalah tersebut kerana sebelum ini kebanyakan penyumbang dimonopoli pelajar aliran sastera.

''Penambahan jumlah pelajar dalam bidang sastera membuktikan pelajar yang cemerlang dalam bidang sains dan teknologi juga mampu menghasilkan genre puitis termasuk cerpen, puisi dan penulisan esei, sekali gus mencetuskan idea-idea bernas daripada pelbagai kelompok berbeza.

''Walaupun ada kalanya ilham penulis tampil dengan pandangan pelik dan menimbulkan persoalan yang tidak terfikir oleh orang lain, namun ia mampu mewarnai bidang penulisan di negara ini," katanya.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ucapan pada program Anugerah Citra Majalah Sekolah Menengah 2011 anjuran pihaknya dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Kelantan dan Terengganu di DBP wilayah Pantai Timur, di sini baru-baru ini.

Sallehuddin menambah, anugerah tersebut antara program yang dikenali sebagai Tunas Bakti yang digerakkan DBP untuk menggilap bakat penulis muda di negara ini.

''Selain itu DBP juga akan mengadakan bengkel penulisan remaja di seluruh negara supaya para pemenang terus dibimbing dan menjadi penulis berjaya pada masa akan datang. Bidang penulisan kini antara kerjaya menarik diceburi kerana ada di kalangan penulis novel kini bergelar jutawan kerana bijak menghasilkan karya berkualiti dan komersial," ujarnya.

Sementara itu, Pengarah DBP Kelantan, Azmi Ibrahim terkilan kerana jumlah penyertaan sekolah dalam program tersebut kurang mendapat sambutan di dua buah negeri di Pantai Timur.

''Kita menggesa pihak sekolah meningkatkan kesedaran di kalangan guru dan pelajar supaya menyertai pertandingan majalah antara sekolah-sekolah kerana ia akan melahirkan generasi pelapis dalam bidang penulisan kreatif.

''Agak mengecewakan kerana tahun ini DBP hanya menerima 34 penyertaan ke pertandingan itu walaupun terdapat lebih 200 buah sekolah menengah di kedua-dua buah negeri. Jumlah tersebut jelas menunjukkan sambutan yang kurang memberangsangkan walaupun selepas enam tahun penganjuran diadakan," katanya.

Azmi berkata, ramai di kalangan pelajar berbakat yang layak menjadikan pertandingan jika diberi peluang kerana ia mampu dijadikan medium mengasah minat masing-masing.


Sebahagian pelajar yang menghadiri majlis Anugerah Citra Majalah Sekolah Menengah 2011 peringkat Wilayah Timur DBP dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Kelantan dan Terengganu di Kota Bharu, baru-baru ini.


"Ini menunjukkan masih ada ruang yang boleh diperbaiki pada masa akan datang di samping komitmen pihak sekolah dan pelajar itu sendiri dengan memberikan respons positif," ujarnya.

Untuk menambah penyertaan pada masa akan datang, pihak DBP akan meningkatkan lagi kerjasama dengan Jabatan Pelajaran Negeri dalam usaha menggalakkan pelajar menghasilkan karya bahasa Melayu yang betul, di samping memberi pengiktirafan kepada sekolah yang berjaya menerbitkan majalah sekolah berkualiti.

"Walaupun penyertaan masih kurang, terdapat peningkatan dari segi penulisan merangkumi kategori bahasa, penerbitan dan karya kreatif melalui hasil penulisan esei, sajak serta cerpen, namun masih ada ruang untuk penambahbaikan," ujarnya.

Dalam pertandingan tersebut, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Ibrahim 2, Pasir Mas muncul johan kategori majalah terbaik dan menerima RM2,000. Kategori penerbitan pula dimenangi SMK Sultan Ibrahim 1 juga dari Pasir Mas (RM1,000), manakala SMK Machang muncul juara kategori bahasa (RM1,500).

Salah seorang pemenang, Nur Azlisuziana Che Ali, 17, dari SMK Guntong, Setiu, Terengganu ketika ditemui melahirkan rasa gembira apabila dua karyanya memenangi pertandingan tersebut.

Puisinya berjudul Kata-Kata Alamku dinobatkan sebagai johan kategori tersebut manakala cerpen berjudul, Mendung Di Hatinya meraih tempat ketiga yang melayakkan pelajar aliran sains itu membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM400 dan sijil penghargaan.

''Saya tidak menyangka akan memenangi dua kategori dalam pertandingan yang pertama kali saya sertai ini yang asalnya sekadar untuk mengisi ruang dalam majalah sekolah. Ia bagaikan suntikan semangat untuk menghasilkan lebih banyak karya puitis yang memang saya minati.

''Walaupun belajar dalam aliran sains ia tidak menghalang kegiatan dalam bidang penulisan malah sebelum ini saya sering menyertai pertandingan pidato dan syarahan di sekolah," katanya yang bercita-cita menjadi novelis terkenal.

Full content generated by Get Full RSS.

Terengganu bentang bajet RM1.9b

Posted:

Terengganu bentang bajet RM1.9b

Terengganu bentang bajet RM1.9b


Ahmad Said membentangkan bajet negeri 2012 pada Persidangan Dewan Undangan Negeri di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, semalami. - bernama


KUALA TERENGGANU 5 Dis. - Kerajaan negeri hari ini membentangkan cadangan Bajet 2012 berjumlah RM1.9 billion bagi memberikan lebih banyak limpahan manfaat ke arah kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negeri.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, pelbagai program kebajikan, rancangan pembangunan serta ekonomi yang terus memberi impak secara langsung kepada rakyat menuntut kepada sumber kewangan lebih besar.

Sehubungan itu, Bajet 2012 bertambah sebanyak RM62.07 juta (3.29 peratus) berbanding bajet tahun ini yang disifatkannya sebagai satu pengorbanan biarpun berdepan dengan defisit berterusan.

''Pelaksanaan pembangunan akan terus memberi manfaat dan menjana pendapatan kepada rakyat dalam jangka panjang dan seterusnya mengubah senario ekonomi negeri," ujarnya.

Katanya, bajet itu seiring dengan anggaran peningkatan hasil yang diperoleh, 90.48 peratus diunjurkan daripada sumber kerajaan Pusat khususnya Dana Khas dan pemberian tahunan manakala bakinya sumber negeri sendiri.

Beliau menyatakan demikian ketika menyampaikan Ucapan Bajet 2012 bertemakan Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan: Bajet Kesejahteraan Rakyat dalam sidang Dewan Undangan Negeri di sini, hari ini.

Katanya, selaku pemerintah, kerajaan negeri memikul amanah untuk terus menjaga kebajikan rakyat dan semua ini menuntut perbelanjaan yang terus meningkat.

''Kalau nak elak belanja besar, kita boleh sediakan peruntukan kecil tetapi kita mahu jayakan pelbagai perancangan selain tampung biaya pengurusan yang begitu tinggi," ujar beliau kepada pemberita kemudiannya.

Beliau memberi contoh, selama lebih tiga dekad, tidak sampai 10,000 rumah dapat disediakan, namun dalam tempoh tiga tahun lalu, 6,700 unit dibangunkan dan mencecah 10,000 unit yang disasarkan dua tahun lagi.

''Ia telah menelan kos lebih RM600 juta dan setiap satu akan dijual kepada rakyat dengan harga subsidi," ujarnya.

Di samping itu, katanya, kos pengurusan agak tinggi dengan pelbagai yayasan yang wujud untuk membela nasib rakyat dalam pelbagai bidang kehidupan seperti Yayasan Pembangunan Keluarga yang tidak terdapat di negeri lain.

Katanya, program-program yang disasarkan terus kepada rakyat sentiasa menjadi sasaran kecaman pembangkang bagi menutup kebaikan yang dilakukan oleh kerajaan negeri.

Terdahulu dalam ucapannya, beliau menjelaskan bajet memberi penekan kepada tiga strategi utama iaitu memantapkan pembangunan modal insan berkualiti, memelihara kesejahteraan rakyat dan meningkatkan daya saing negeri.

''Bagi memantapkan pembangunan modal insan berkualiti keutamaan tertinggi adalah kepada sektor pendidikan berjumlah RM60.3 juta," ujar beliau.

Katanya, ia bagi memastikan Terengganu terus mengungguli pembangunan pendidikan awal sehingga ke peringkat universiti dan kejayaan ini perlu diurus dengan baik.

Bagi memelihara kesejahteraan rakyat pula, kerajaan antara lain akan menggandakan usaha dengan pendekatan lebih agresif ke arah mensifarkan kemiskinan tegar dan menurunkan kadar kemiskinan kepada satu peratus pada 2013.

''Bajet 2012 memperuntukkan RM42.6 juta bagi program pembasmian kemiskinan, pembangunan kampung dan masyarakat di samping RM49.4 juta bagi pelbagai bantuan kendalian Jabatan Kebajikan Masyarakat," ujar beliau.

Full content generated by Get Full RSS.

Kisah 3 gadis bebas leukimia jadi motivasi

Posted:

Kisah 3 gadis bebas leukimia jadi motivasi

Kisah 3 gadis bebas leukimia jadi motivasi


DARI kanan: Sharifah Maizanil Fauzlin Syed Mohamad; Maizatul Nurul Akmal Ismail dan Noor Fauzyah Noory pada majlis Perjumpaan Semula Bekas Pesakit Wad 6 Utara (Onkologi dan Hematologi) HUSM di Kota Bharu, baru-baru ini.


KOTA BHARU 5 Dis. - Tiga gadis yang disahkan bebas daripada barah leukimia membuktikan semangat waja adalah senjata utama yang membantu mereka pulih daripada penyakit yang ditakuti itu.

Sharifah Maizanil Fauzlin Syed Mohamad, 17; Maizatul Nurul Akmal Ismail, 18, dan Noor Fauzyah Noory, 19, adalah bekas pesakit barah darah putih atau leukimia jenis Acute Lymphoblastic (All) dan telah berjaya meninggalkan mimpi ngeri yang membelenggu mereka sebelum ini.

Walaupun risiko barah menyerang semula tetap ada, namun ketiga-tiga gadis ini lebih fokus untuk memburu kejayaan dalam akademik bagi membuktikan insan seperti mereka juga boleh mempunyai sasaran besar dalam hidup.

Sharifah Maizanil Fauzlin menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kemahang, Tanah Merah tahun ini manakala Maizatul Nurul Akmal pula sedang mengambil jurusan Diploma Teknologi Makanan di Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (Polisas), Kuantan.

Sementara itu, Noor Fauzyah pula adalah pelajar tahun 2 jurusan Bahasa Arab Matrikulasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Petaling Jaya dan berazam mencapai cita-citanya menjadi seorang pensyarah.

Mereka ditemui semasa Majlis Perjumpaan Semula Bekas Pesakit-pesakit Wad 6 Utara (Onkologi dan Hematologi) HUSM bersama Pengarahnya, Datuk Dr. Zaidun Kamari di sini, baru-baru ini.

"Saya menghidap leukimia semasa berumur lapan tahun dari 2002 hingga 2006, walaupun ketika itu saya sentiasa lemah terutama semasa menjalani rawatan kemoterapi saya tetap kuatkan semangat kerana saya amat tidak suka menyusahkan orang lain.

"Ketika itu, setiap kali perlu membuang air, saya akan pastikan melakukannya di tandas tidak kira bagaimana keadaan dan bukannya di atas tilam sekalipun terpaksa merangkak ke bilik air," kata Sharifah Maizanil Fauzlin.

Gadis manis ini disahkan bebas penyakit barah sejak enam tahun lalu dan sejak itu menjalani kehidupan seperti remaja normal lain malah sering dipanggil pihak hospital menyampaikan ceramah motivasi kepada pesakit barah.

Maizatul Nurul Akmal yang berasal dari Bukit Payong Tepoh, Kuala Terengganu pula amat menyanjung tinggi pengorbanan ibunya, Nafisah Ali, 50, yang berulang-alik dari rumah ke hospital semasa menjaganya di HUSM Kubang Kerian dari tahun 2002 hingga 2005.

Katanya, kata-kata semangat yang diberikan ibunya di saat usianya sembilan tahun dan berdepan dengan leukimia menjadi azimat sehingga dia dapat menyambung persekolahan di darjah lima sekalipun hampir tiga tahun meninggalkan bilik darjah.

"Awal tahun ini doktor telah mengesahkan saya sudah bebas sepenuhnya dari kuman barah, saya berjanji belajar bersungguh-sungguh bagi membalas jasa keluarga menjaga saya," katanya.

Noor Fauzyah dari Peringat, Ketereh pula berharap, semua pesakit barah terutama kanak-kanak dan keluarga tidak akan putus asa berdepan dengan penyakit ini kerana cahaya sentiasa menanti di hujung terowong.

"Jangan takut dengan proses pengambilan sum-sum tulang kerana ia mustahak bagi mengesan kuman barah sama ada ia benar-benar sudah tiada dalam tubuh kita, jika tidak kita akan terlepas rawatan yang perlu dan ini sudah tentu membahayakan diri sendiri," katanya yang baru sahaja disahkan bebas barah hujung tahun lalu setelah mula dikesan pada tahun 2002.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Muka Hadapan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Muka Hadapan


Bersatu pertahankan maruah

Posted:

Bersatu pertahankan maruah

Bersatu pertahankan maruah

Oleh MOHD. KHUZAIRI ISMAIL
pengarang@utusan.com.my


SULTAN Sharafuddin Idris Shah menjadi tumpuan semasa sesi bergambar bersama kakitangan Kumpulan Utusan sempena lawatan baginda ke Kompleks Percetakan Sri Utusan, Bandar Baru Bangi, Selangor, semalam.


KUALA LUMPUR 5 Dis. - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menyeru orang Melayu dan umat Islam di negara ini supaya bersatu demi mempertahankan maruah bangsa dan agama daripada dicaci dan dihina.

Baginda bertitah, perpaduan itu penting bagi membolehkan orang Melayu dan umat Islam bangkit mempertahankan kesucian dan maruah bangsa serta agama.

"Beta tidak mahu melihat orang Melayu dan umat Islam di negara ini berpecah-belah. Bukan maksud beta orang Melayu itu bersatu untuk berperang dengan bangsa lain. Bukan juga bermaksud antara UMNO dan Pas perlu 'berkahwin' sebab bukan hak beta untuk mencampuri urusan politik.

"Tetapi kita (orang Melayu dan umat Islam) bersatu apabila agama dan bangsa kita dicaci dan dihina," titah baginda ketika mencemar duli berangkat melawat Kompleks Sri Utusan di Bandar Baru Bangi hari ini.

Baginda diiringi oleh Ahli Dewan Diraja Selangor, Tengku Seri Wangsa Diraja Tengku Ramli Alhaj dan Setiausaha Sulit, Datuk Mohamad Munir Bani.

Keberangkatan tiba baginda kira-kira pukul 10 pagi disambut oleh Pengerusi Eksekutif Kumpulan Utusan, Tan Sri Mohamed Hashim Ahmad Makaruddin; Pengarah Eksekutif Kumpulan, Datuk Mohd. Nasir Ali; Ketua Pengarang Kumpulan, Datuk Aziz Ishak dan Pengurus Besar Pengeluaran, Ahmad Khairumuzammil Abd. Rahman.

Dalam lawatan yang mengembalikan nostalgia kunjungan baginda ke Utusan Melayu semasa menjadi Raja Muda pada 9 Mei 1974, Sultan Selangor diberi penerangan ringkas perkembangan semasa Kumpulan Utusan.

Baginda yang turut beramah mesra dengan kakitangan Utusan berkenan menekan butang operasi di meja kawalan mesin cetak yang mencetak 500 naskhah akhbar khas Utusan Malaysia lapan muka surat yang memuatkan pelbagai kisah menarik mengenai baginda.

Dalam titah baginda juga, Sultan Selangor menyeru kalangan korporat Melayu yang berjaya untuk membantu dan memberi sokongan kepada akhbar Utusan Malaysia.

Titah baginda, akhbar ini memainkan peranan yang sangat penting dalam menyedarkan masyarakat Melayu khususnya ke arah perpaduan bangsa serta mempertahankan agama Islam.

"Apabila beta bercakap tentang Melayu dan disiarkan Utusan Malaysia, rakyat kata beta orang Utusan Malaysia. Tapi beta tidak ada share (saham) pun dengan Utusan Malaysia.

"Begitu juga apabila beta menegur orang Melayu dalam kes derhaka terhadap Sultan Perak (Sultan Azlah Shah), ada kata beta orang UMNO. Sebenarnya tidak, sebab UMNO itu UMNO lah.

"Tetapi apa yang menjadi perhatian beta adalah supaya agama Islam dan bangsa Melayu itu dipertahankan. Orang Melayu kita biarlah beradab dan jangan kurang ajar," titah baginda.

Sementara itu, dalam perutusan baginda sempena lawatan berkenaan, Sultan Selangor bertitah, peranan akhbar di negara ini masih penting dan relevan walaupun mendapat saingan hebat daripada akhbar dalam talian seperti portal berita, laman blog dan medium-medium berita lain.

Titah baginda, kehadiran Internet juga menyebabkan hampir semua akhbar kini bersaing memperkenalkan versi dalam talian seiring dengan perkembangan teknologi semasa.

Full content generated by Get Full RSS.

Nik Aziz tidak akan bertanggungjawab

Posted:

Nik Aziz tidak akan bertanggungjawab

Nik Aziz tidak akan bertanggungjawab


Nik Aziz


KOTA BHARU 5 Dis. - Walaupun menegaskan nabi dan ulama tidak boleh disamakan, namun Datuk Nik Aziz Nik Mat (gambar) menegaskan, beliau tidak akan bertanggungjawab terhadap tindakan seorang penceramah, Shamsul Zaman Sukri atau 'Ustaz Budak' menyamakan Mursyidul Am Pas itu dengan nabi.

Sehubungan itu, Menteri Besar Kelantan tersebut berkata, beliau tidak berasa duka cita dengan tindakan penceramah Pas terbabit walaupun ia menyentuh soal akidah.

Berdasarkan pendirian itu, katanya, beliau berpendapat tidak perlu memberi nasihat kepada penyokong Pas supaya tidak terlalu taksub dengan pemimpin.

"Saya tidak tahu hujung pangkal 'budak' itu (Shamsul Zaman), jadi saya tak mahu jawab yang itu. Saya tidak bertanggungjawab, dia kena tanggungjawab, saya tidak hubungi budak itu, pihak lainlah yang menghubungi budak itu.

"Saya hendak jawab begini, kalau orang menyamakan saya dengan nabi adalah kufur, maka orang Islam tolak Islam juga kufur, sama ada tolak Islam berganti dengan demokrasi atau kebangsaan juga boleh membawa kepada kufur serupa jugalah. Saya tidak ada apa (dukacita), dia kata," katanya pada sidang akhbar di kediaman rasminya di JKR 10 di sini, hari ini.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan sebuah badan pemikir dan beberapa tokoh agama di negeri ini menyifatkan tindakan seorang penceramah Pas menyamakan Nik Aziz dengan nabi sebagai sesat dan membawa kepada kekufuran.

Mereka turut berpendapat bahawa ikon Pas tersebut perlu bertanggungjawab kerana beliau yang membuatkan penyokong parti tersebut taksub kepada pemimpin.

Ia ekoran pendedahan rakaman video ceramah Shamsul Zaman yang menyamakan Nik Aziz dengan nabi dengan bersandarkan hujah 'ulama adalah pewaris nabi' oleh sebuah portal, detikperubahan.com.

Full content generated by Get Full RSS.

Jangan cuit perasaan Melayu

Posted:

Jangan cuit perasaan Melayu

Jangan cuit perasaan Melayu

Oleh AZIAN AZIZ dan MOHD. AINUDDIN ALIFF SALEHUDDEN
pengarang@utusan.com.my


Najib Tun Razak menerima cenderahati daripada Jamaludin Yusof (tiga dari kanan) dan Ramli Norani (tiga dari kiri) selepas majlis sepetang bersama Perdana Menteri pada Perhimpunan Perdana Pekida di Dewan Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, semalam.


SHAH ALAM 5 Dis. - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memberi amaran kepada semua pihak agar tidak lagi mencuit perasaan orang Melayu dengan cuba mempertikaikan hak dan keistimewaan kaum itu yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Tegas Perdana Menteri, apa yang termaktub dalam Perlembagaan telah membolehkan kerajaan memerintah dan membina sebuah negara yang adil serta saksama untuk semua kaum.

Beliau berkata, cubaan mempersoalkan dasar untuk membantu orang Melayu dan bumiputera tidak sepatutnya berlaku lagi kerana golongan itu tidak pernah mempersoalkan apa yang diperolehi kaum lain.

"Orang Melayu tidak pernah menjadi bangsa yang rasis dan bersikap pelampau kerana sejak merdeka orang Melayu sanggup berkongsi kuasa dan memberi apa yang (dirasa) adil kepada mereka (bukan Melayu).

"Orang Melayu telah menghulur tangan kepada orang bukan Melayu untuk membina sebuah negara yang aman, bersatu dan lebih makmur serta mengamalkan wassatiyyah (kesederhanaan) sejak dulu lagi.

"Jadi jangan sesekali cuba mencuit perasaan orang Melayu dengan cuba mengubah apa yang termaktub dalam Perlembagaan. Apa yang sudah kita rundingkan waktu merdeka dulu, perkara ini akan dipertahankan," katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Perhimpunan Perdana Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida): Sepetang Bersama Perdana Menteri di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini hari ini.

Perhimpunan yang dihadiri lebih 10,000 orang terdiri daripada pemimpin dan ahli Pekida turut dihadiri Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar; Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam; Pengerusi Pekida, Jamaludin Yusof dan Timbalannya, Datuk Ramli Norani.

Perdana Menteri turut menyelar cubaan memburuk-burukkan imej dan peribadi pemimpin BN antaranya dengan menghina warna kulit seperti 'hitam metalik' dan sebagainya.

Hakikatnya kata beliau, mereka datang daripada golongan anak nelayan, anak petani yang susah tetapi berusaha keras sehingga berjaya menjadi pemimpin.

"Saya bangga mereka berjaya kerana bersungguh-sungguh mencari ilmu, kerana dasar yang kita perjuangkan selama ini. Inilah sistem yang kita bina selama ini dan selepas ini masa depan ramai lagi anak nelayan, buruh, petani akan lebih berjaya dan kita akan lakukan yang terbaik untuk mereka," katanya.

Menyentuh mengenai perhimpunan tersebut, Perdana Menteri menyifatkannya sebagai satu perhimpunan yang luar biasa, bersejarah serta terbesar bagi Pekida yang semangatnya sama seperti semasa Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini.

Beliau turut melahirkan rasa bangga dengan perjuangan Pekida dalam mempertahankan hak dan kepentingan orang Melayu dan agama Islam selama ini.

"Pekida adalah sebuah pertubuhan yang tidak pernah malap jauh sekali berkubur sebaliknya tetap menjadi pertubuhan yang ada kekuatan dan tidak dapat kita sangsi dan nafikan dari segi semangat, roh untuk berjuang habis-habisan mempertahankan apa yang difikirkan mulia dan suci.

"Saya yakin Pekida akan terus menegakkan pemerintahan yang mempertahankan maruah dan martabat umat Islam di Tanah Melayu," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved