Ahad, 4 Disember 2011

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Akta rangkum kepentingan semua

Posted:

Akta rangkum kepentingan semua

Akta rangkum kepentingan semua

Datuk Seri Dr. Rais Yatim

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 15 September 2011, sehari sebelum perayaan Hari Malaysia, mengumumkan Program Transformasi Kerajaan akan melibatkan perubahan dari sudut perundangan.

Pengumuman beliau di Angkasapuri yang dinanti-nanti itu melibatkan pemansuhan semua pemasyhuran undang-undang eksekutif yang menyebabkan Malaysia diprasangkakan sebagai negara yang masih di bawah pemerintahan darurat, pemansuhan ISA atau Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960, Akta Kediaman Terhad 1933 dan Akta Buang Negeri 1959.

Undang-undang ini telah sekian lama dipertikai dan diprasangkakan oleh pelbagai golongan hak asasi manusia sejagat lantaran tidak memberi peluang penghakiman yang bertauliah.

Najib juga mengumumkan penilaian dan kajian semula terhadap beberapa Akta lain yang didapati tidak lagi selari dengan perkembangan hak-hak asasi manusia. Antara undang-undang dalam kumpulan ini ialah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 serta Seksyen 27 Akta Polis 1967 (AP).

Tiga pemasyhuran darurat pada tahun 1966, 1969 dan 1977 telah dimansuhkan bersekali dengan Akta Buang Negeri 1959 dalam sesi Dewan Rakyat yang baru berlangsung. ISA dan Akta Kediaman Terhad 1933 telah diumum untuk dibubar menjelang Mac 2012.

Tempoh sehingga Mac itu diperlukan kerajaan untuk membuat persediaan berkaitan kerja-kerja dan kuat kuasa peralihan. Selepas Mac 2012 dijangka Malaysia akan bebas dari perundangan kuasa eksekutif yang mengecualikan peranan penghakiman mahkamah biasa.

Langkah dan dasar berani Najib itu lantas menerima reaksi yang amat positif sekalipun pembangkang yang mulanya menyokong baik langkah realistik kerajaan itu tiba-tiba memilih untuk membantah Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman 2011 dengan tindakan keluar dewan pada sesi Dewan Rakyat tanggal 29 November 2011 sebaik sahaja Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, Menteri di Jabatan Perdana Menteri mengusulkan bacaan kali ke-3 untuk kelulusan mutakhir.

Reaksi secara 'sokong-kemudian-bantah' itu menampakkan ketidaksungguhan pembangkang menerima realiti keadilan bahawa kerajaan BN bimbingan Najib sesungguhnya telah berjaya membuktikan sifat dan peranan prihatinnya terhadap undang-undang lapuk yang perlu ditiadakan demi mewujudkan keseimbangan antara hak asasi manusia dengan tanggungjawab memelihara ketenteraman awam dan kepentingan majoriti rakyat.

Seksyen 27 Akta Polis 1967 yang sejak 44 tahun lampau mengawalselia hak dan kegiatan berarak-berhimpun dimansuhkan dari kuatkuasa Akta Polis 1967. Sememangnya selama ini Seksyen 27 AP yang mengawalselia semua aktiviti sivil seperti perarakan, perhimpunan aman, perjumpaan berkumpulan, ceramah serta lain-lain aktiviti politik di tempat-tempat awam atau persendirian.

Dari sejumlah 100 seksyen di dalam AP tersebut, Seksyen 27 lah yang sering dikritik dan dipertikaikan kerana ia memberi banyak kuasa pengawalan kepada polis bersekali syarat-syarat ketat di samping tiadanya ruang untuk merayu kepada pihak yang lebih tinggi.

Seksyen 27 telah membantu PDRM mengawal aktiviti songsang seperti tunjuk perasaan jalanan dan himpunan kasar kumpulan-kumpulan seperti Bersih dan lain-lain.

Kerajaan berpendapat sudah sampai masanya Seksyen 27 dimansuhkan dan diganti dengan satu perundangan khas yang baru yang mampu secara aman mengawasi aktiviti-aktiviti awam yang kontra secara lebih kemas dan adil. Dengan tiadanya lagi Seksyen 27 AP, hal ehwal polis dan kepolisan akan lebih mudah ditadbir.

Namun perkembangan ini memerlukan huraian semula agar perspektif serta objektif kenegaraan sivil dari sudut ketenteraman awam dan hak asasi yang dijamin di bawah Perkara 10 dapat difahami tanpa dijadikan bahan salakan pembangkang atau mereka yang sengaja suka memutarbelitkan sesuatu isu semata-mata hendak menyumbatkan gol politik masing-masing.

Dalam pada itu Seksyen 27 Akta Polis 1967 amat penting difahami berkaitan kuasa-kuasa mengawalselia perhimpunan, politik jalanan, perjumpaan dan perarakan yang dibenarkan di bawahnya.

Inilah undang-undang yang digubal dan dipinda beberapa kali semenjak 1967 untuk memberi kuasa kepada Polis di-Raja Malaysia (PDRM) mengawal ketenteraman awam sebelum, semasa dan selepas mana-mana pihak mengadakan perhimpunan, perjumpaan dan perarakan yang melibatkan lebih daripada lima orang sama ada dalam bentuk tunjuk perasaan jalanan atau di tempat-tempat tertentu.

Seksyen 27 AP yang dipinda secara menyeluruh pada tahun 1988 memberi kuasa amat luas kepada Pegawai Penjaga Daerah Polis dalam menentukan cara dan kaedah mengawal perhimpunan, perjumpaan atau perarakan di tempat-tempat awam.

Pegawai polis itu berkuasa penuh memberi lesen atau sebaliknya berkaitan sesuatu permohonan mengadakan perhimpunan, perjumpaan atau perarakan di tempat-tempat awam seperti jalan, padang, tempat letak kereta dan sebagainya. Lesen berkenaan mesti dibuat oleh sesuatu pertubuhan atau oleh tiga orang individu.

AP juga melarang pegawai polis berkenaan memberi lesen berkenaan jika mereka didapati mewakili kepentingan sesuatu pertubuhan. Jika sesuatu badan yang membuat permohonan lesen tersebut, mesti dibuktikan bahawa pertubuhan berkenaan sedia terdaftar di bawah Akta Pertubuhan 1966 atau mana-mana kuatkuasa undang-undang Malaysia yang lain.

Dengan berkuatkuasanya 14 pindaan AP pada 1988, kuasa PDRM semakin meningkat dan menyeluruh. Di bawah Seksyen 27A baru, rakyat juga dilarang mengadakan perjumpaan, tunjuk perasaan, perhimpunan atau perarakan di premis-premis selain kawasan awam.

Jika sesuatu aktiviti berkumpulan 20 orang atau lebih dan boleh didengar atau disaksikan dari luar premis berkenaan, PDRM boleh mencegah atau menghentikan aktiviti itu.

Kesalahan yang mengingkari Seksyen baru ini boleh didenda oleh mahkamah antara RM2,000 hingga RM10,000 dan penjara tidak melebihi 1 tahun. Polis juga boleh menggunakan 'kekerasan' jika perlu dalam tanggungjawab melerai atau menghentikan aktiviti tersebut.

Penggunaan alat pelaung, bunyi-bunyian atau muzik juga boleh ditegah oleh PDRM mengikut budibicaranya di bawah AP. Prosedur-prosedur mendapatkan kebenaran berlesen ini melibatkan banyak tingkat dan kerenah birokrasi. Ruang penggunaan budi bicara pihak polis juga luas tanpa kemudahan merayu kepada pihak yang lebih berkuasa.

Malah seseorang yang dihadapkan ke mahkamah sabit pertuduhan di bawah Seksyen 27 atau 27A tidak dibenarkan membuat pengakuan seperti mana biasa halnya dengan sesuatu pertuduhan jenayah.

Dengan keadaan sedemikianlah maka tentangan terhadap Seksyen 27 Akta Polis itu begitu banyak dizahirkan oleh individu dan pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Dengan lumrahnya kebangkitan isu-isu hak asasi manusia global khasnya lonjakan "Arab Spring" akhir-akhir ini serta goncangan menentang sistem pentadbiran yang berat sebelah maka Seksyen 27 AP dilihat sebagai mengandungi kuasa-kuasa keterlaluan.

Apatah lagi, Perkara 10(1) Perlembagaan Persekutuan Malaysia sedia menjamin hak warganegara berhimpun secara aman tanpa senjata walaupun Parlimen dibenarkan pula di bawah Perkara 10(2) membuat undang-undang mengehadkan kebebasan bersuara, menubuhkan persatuan atau berhimpun secara aman demi menjaga keselamatan atau ketenteraman awam atau akhlak. Sesungguhnya Seksyen 27 AP diperbuat pada 1967 dan dipinda pada 1988 atas syarat tersebut.

Dengan keinsafan kerajaan tadbiran Najib, amat berpatutan jika suatu perundangan baru diwujudkan bagi menggantikan Seksyen 27 demi kesejahteraan dan keadilan sosial dalam konteks menterjemahkan iltizam Gagasan 1Malaysia yang mengutamakan kepentingan dan kesejahteraan rakyat. Maka Jabatan Peguam Negara dengan bantuan pelbagai pihak lantas membuat kajian dan gubalan yang cermat.

Model-model perundangan perhimpunan awam di Australia, New Zealand, Britain dan lain-lain negara maju dikaji rapi. Antara 15 September dan awal November tahun ini sambil 'membakar lilin hingga ke dinihari' Jabatan Peguam Negara dengan bantuan pakar dalaman dan luaran berjaya membentuk Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011 (UUPA) dan akhirnya pada 29 November dibentangkan di Dewan Rakyat.

UUPA menelurkan cita-cita masyarakat murni untuk lebih demokratik, lebih menghormati hak-hak asasi manusia yang berpatutan dan adil. Mukadimah UUPA amat jelas - "Suatu Akta berhubung hak untuk berhimpun secara aman dan tanpa senjata, dan memperuntukkan sekatan-sekatan… perlu atau suai manfaat demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya atau ketenteraman awam termasuk perlindungan hak dan kebebasan orang lain…"

Sementara mengiktiraf hak individu dan kumpulan untuk berhimpun atau berarak atau mengadakan perjumpaan, UUPA pada masa sama mengiktiraf hak orang ramai untuk menikmati harta benda mereka secara aman tanpa dirosakkan oleh penganjur; hak menikmati persekitaran semula jadi; hak menjalankan perniagaan tanpa kekacauan dan hak awam untuk bergerak bebas; hak supaya kanak-kanak tidak disalahguna di dalam mana-mana aktiviti tunjuk perasaan beramai-ramai seperti mana pernah berlaku dalam perhimpunan haram Bersih baru-baru ini.

Penganjur di bawah s.6 UUPA memang dikenakan syarat-syarat yang berupa tanggung jawab supaya tidak menyakiti hati mana-mana pihak, tidak membuat pernyataan yang membawa kesan jahat atau permusuhan di kalangan orang awam atau menyemarakkan ketegangan awam.

Warganegara asing dilarang mengadakan aktiviti sivil berkenaan.

UUPA mengizinkan kebebasan mengadakan tunjuk perasaan, berucap, berarak atau berhimpun di tempat-tempat awam yang dikhaskan. Notis aktiviti yang kena dipatuhi demi keselamatan dan ketenteraman awam hanya 10 hari sebelum mengadakan aktiviti.

Demi kepentingan awam, aktiviti-aktiviti hak sivil berkenaan tidak dibenarkan di tempat-tempat seperti hospital, stesen minyak, pelabuhan, tempat ibadat, tadika dan sekolah, balai bomba, empangan dan beberapa kawasan atau tempat awam yang dijangka mencetus bahaya kepada kepentingan, keselamatan atau ketenteraman awam.

Dalam tempoh lima hari pihak polis dikehendaki memaklumkan syarat-syarat yang kena dipatuhi oleh penganjur. Dan dalam tempoh 24 jam dari masa penerimaan notis mengadakan sesuatu aktiviti, polis disyaratkan memaklumkan kepada pihak-pihak yang berkepentingan di sekitar kawasan perhimpunan atau perarakan itu.

Ini adalah sebagai menghormati hak asasi awam pada pihak orang ramai di sekitar kawasan atau tempat yang hendak diadakan aktiviti berkenaan.

Pada masa sama, hak dan kebebasan majoriti masyarakat di sekitar kawasan dijamin.

Paling berimbang ialah penganjur yang terkilan boleh merayu kepada menteri berkenaan jika syarat-syarat yang dikenakan PDRM tidak munasabah atau tidak adil.

PENULIS ialah Menteri Penerangan,

Komunikasi dan Kebudayaan

Full content generated by Get Full RSS.

Jangan biar UMNO dipersenda

Posted:

Jangan biar UMNO dipersenda

Jangan biar UMNO dipersenda

Oleh ZULKIFLEE BAKAR
pengarang@utusan.com.my

SEBAIK sahaja Perhimpunan Agung UMNO Ke-62 menutup tirai, semalam, di bahu pemimpin dan ahli UMNO di semua peringkat mempunyai satu tanggungjawab yang berat.

Mereka kini perlu memastikan UMNO mencapai kejayaan cemerlang dalam pilihan raya umum akan datang.

Hanya kejayaan cemerlang sahaja akan mampu mengelakkan perhimpunan agung yang berakhir itu tidak dipersendakan dan dianggap retorik semata-mata.

Ini memandangkan ketika perhimpunan agung tersebut berlangsung, pemimpin dan ahli UMNO bukan sahaja diberi peringatan dan nasihat malahan mereka juga sudah melafazkan taat setia untuk memastikan kemenangan besar UMNO dan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti. Ketika perhimpunan itu juga Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak telah memberi peringatan mengenai nasib bangsa, agama dan negara jika pemerintah negara jatuh ke tangan pembangkang.

''Insaflah...insaflah saudara-saudari, andainya UMNO tidak kita tatang, andainya UMNO tidak kita bela, andainya UMNO sudah tersungkur rebah dan andainya UMNO lenyap, apakah masih terjunjung Islam yang suci? Apakah masih terpandang mulia orang-orang Melayu? Apakah masih disanjung raja-raja kita?

''Kalau kita leka, kalau kita alpa, kalau kita lalai, kalau kita masih bersengketa, kehinaan akan tiba di muka pintu.Tunggulah kehancuran akan terbangsatlah Melayu merempat di di tanah sendiri.''

Sebab itulah, pemimpin dan ahli UMNO tidak boleh memandang remeh segala yang sudah tercatat dan berlangsung di perhimpunan agung parti itu.

Ia kerana jika dalam pilihan raya umum akan datang UMNO dan BN tidak mampu mencatatkan kejayaan cemerlang akibat politik dalaman percayalah orang luar tidak akan lagi menghormati perhimpunan agung.

Mereka akan menganggap Perhimpunan Agung UMNO sekadar agenda tahunan bagi memenuhi peraturan sebuah perjalanan pertubuhan.

Sikap tidak mahu berubah dan masih lagi mahu berpolitik sesama sendiri demi perjuangan peribadi hanya akan mengakibatkan UMNO akan menempah bahaya dalam pilihan raya akan datang.

Sebab itulah ikrar yang dilafazkan dengan diketuai oleh Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin bukan sekadar ikrar untuk menyedapkan hati, tetapi ia adalah janji atau baiah yang wajib dipatuhi.

Janganlah pula nanti ada yang berhujah tidak salah melanggar ikrar berkenaan kerana ia tidak dilakukan atas nama Allah tetapi mereka harus ingat, ikrar berkenaan adalah bertujuan bagi menjaga kepentingan bangsa, agama dan negara.

Dan ia hanya dapat dilakukan jika UMNO dan BN terus memerintah, justeru ikrar berkenaan ibarat janji yang wajib ditunaikan kerana di dalam Islam hanya manusia munafik sahaja yang sanggup memungkiri janji. Lebih daripada itu, jika UMNO kehilangan tampuk kekuasaan, bangsa Melayu 'terbangsat' di tanah air sendiri dan Islam tidak lagi dihormati maka seluruh ahli UMNO yang mengkhianati ikrar yang dibuat perlu bertanggungjawab.

Ahli UMNO, sepanjang perhimpunan berlangsung telah diperingatkan untuk patuh dan taat kepada pemimpin selagi keputusan yang dibuat tidak melanggar syariat. Mereka juga telah diseru supaya sedia berkhidmat dan berkorban bukan demi kepentingan politik kekuasaan UMNO dan BN semata-mata tetapi demi masa depan bangsa, agama dan negara.

Sebab itulah Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu ahli dan penyokong parti itu menyakini bahawa perjuangan mereka adalah satu jihad.

'Jihad untuk memenangkan parti kita, jihad untuk memastikan survival bangsa dan agama kita adalah satu pengorbanan yang amat besar sekali yang harus dipertanggungjawab dan dilaksanakan oleh kita secara sebaik-baiknya,'' kata Muhyiddin.

Perkara itu kemudiannya dipertegaskan oleh Wakil Kedah, Mohd. Kamal Saidin.

Mohd.Kamal ketika membentangkan usul agama mahu ahli-ahli UMNO yakin bahawa perjuangan parti tersebut tidak pernah tersasar daripada landasan agama kerana ia terus kekal berpegang dengan konsep amalan wassattiyah iaitu kesederhanaan dari dulu hingga sekarang.

Sehubungan itu beliau mengingatkan ahli UMNO betapa pentingnya perjuangan parti tersebut diteruskan dan dipertahankan serta tidak berebut jawatan sesama mereka.

''Kalau dulu UMNO kuat kerana kita lawan tolak jawatan, tetapi hari ini kita kalah kerana kita lawan rebut jawatan.

''Kalau ini yang berlaku dalam parti adakah kita dapat mengharapkan UMNO mampu membebaskan agama, bangsa dan negara serta dapat mengekalkan kuasa,'' tegasnya.

Bersandarkan kepada peringatan demi peringatan di Perhimpunan Agung UMNO itu seharusnya selepas ini ahli-ahli parti tersebut tidak perlu lagi diperingatkan mengenai betapa penting dan getirnya pilihan raya umum akan datang.

Apa yang mustahak sekarang ialah mengotakan janji dan memastikan segala yang dinasihatkan oleh pucuk pimpinan dipatuhi. Mereka sudah tidak ada masa lagi untuk bersikap hipokrit apatah lagi retorik. Janganlah lagi terus memegang kamus politik sebagai rujukan tetapi jadikan al-Quran dan sunnah sebagai panduan serta pegangan.

Kamus politik hanya mengajar ahli UMNO bagaimana merebut kekuasaan (jawatan) sebab itulah wujud perbuatan buruk seperti tikam belakang, cah keting dan sabotaj. Tetapi al-Quran dan sunnah memberi panduan bagaimana untuk memantapkan perjuangan demi kepentingan agama, bangsa dan negara.

Ini selari dengan tujuh ramuan yang digariskan oleh Muhyiddin bagi memastikan kemenangan UMNO iaitu bersatu, bersedia, berkhidmat, berkorban, berusaha, reda dan bertawakal. Semua ramuan itu terdapat pengajarannya di dalam al Quran dan hadis.

Justeru pemimpin, ahli, penyokong dan pejuang UMNO mesti istoqamah dalam perjuangan mereka. Hindarilah sikap bermuka-muka, di depan pucuk pimpinan bersedia berikrar dan bersumpah serta berbaiah tetapi di belakang, perangai lama yang membawa kehancuran parti diulangi.

Bersediakah pemimpin dan ahli UMNO dituduh hipokrit dan bersikap retorik, apabila pilihan raya umum nanti menyaksikan parti itu tidak mencapai sasaran kemenangan yang ditetapkan seperti mana mereka ikrarkan.

''Amalkan sikap 'bikin serupa cakap', jangan anggap perhimpunan hal lain, balik ke cawangan dan bahagian hal lain.

''Kalau mereka tak sokong siapa juga yang dicalonkan dan jentera tidak digerakkan kerana tidak setuju dengan calon, maka UMNO dan perjuangannya akan menjadi mangsa terbesar,'' kata Penganalisis politik, Prof. Datuk Dr.Mohamed Mustafa Ishak.

Berdasarkan hakikat itu, janganlah memandang remeh apa yang telah dihasilkan melalui perhimpunan agung tersebut.

Taat dan patuhlah terhadap apa juga keputusan pucuk pimpinan parti seperti mana janji, ikrar atau baiah mereka lafazkan.

Dengan cara itu sahaja UMNO mampu mencapai kejayaan dalam pilihan raya umum akan datang dan seterusnya memastikan Perhimpunan Agung UMNO selepas ini tidak dilihat hanya gah dari segi kehadiran sahaja sedangkan tiada apa-apa pun yang menguntungkan parti, agama, bangsa dan negara.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Belum kibar bendera putih

Posted:

Belum kibar bendera putih

Belum kibar bendera putih

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.myMnr>Gambar FATAH SULAIMAN dan ihsan TAYANGAN UNGGUL


MESRA... Misteri Jalan Lama menyaksikan Hans Isaac kembali membintangi filem arahan Afdlin Shauki untuk kali kelima.


MELIHAT kesibukannya sebagai seorang penerbit, pasti membuatkan ramai menyangka pelakon kacak ini sudah mengibarkan bendera putih daripada dunia lakonan.

Apatah lagi wajahnya yang semakin jarang menghiasi kaca televisyen mahupun layar perak.

Namun, kata Hans Isaac, dia tidak pernah bersara sebagai seorang pelakon. Sebaliknya, Hans memberitahu soal populariti bukan lagi menjadi agenda utamanya dalam dunia seni.

Sementelah sudah hampir dua dekad mengecapi kejayaan sebagai seorang anak seni, maka, Hans tidak mahu lagi semberono dalam soal lakonan.

Mengakui bahawa sebagai seorang pelakon Hans begitu sukar untuk mendapat kepuasan tetapi katanya, jika membintangi sesebuah karya itu, dia mahu ia meninggalkan impak baik kepada dirinya mahupun penonton.

"Populariti dan glamor sudah lama saya kecapi dan lalui. Atas alasan itu, saya mahu mencari sesuatu yang dapat memberikan kepuasan dalam kerjaya saya.

"Bukan bermakna saya sibuk sebagai seorang penerbit dan pengarah, saya sudah melupakan dunia lakonan. Saya masih lagi berlakon tetapi saya mahu mencari naskhah yang bagus dan berkualiti sekali gus dapat mencabar saya sebagai aktor.

"Saya harus akui, dalam soal lakonan, saya sudah menjadi semakin memilih dan hanya memilih watak serta skrip yang saya rasakan dapat mengubah dimensi lakonan saya," ujar Hans tanpa selindung sewaktu ditemui di pejabatnya, Tall Order Productions yang terletak di Ampang Jaya, Selangor, baru-baru ini.

Begitu juga dengan filem terbarunya, Misteri Jalan Lama (MJL) yang kini sedang hangat ditayangkan di pawagam di mana Hans memberitahu ia telah mencabar kredibilitinya sebagai pelakon.

Diarahkan oleh sahabat karibnya, Afdlin Shauki, Hans menyifatkan MJL sebagai sebuah filem yang lari daripada norma filem arahan Afdlin yang sebelum ini cukup sinonim dengan genre komedi.

Emosi

Membawakan watak Indra, Hans atau nama sebenarnya, Gerald Hans Isaac menjelaskan watak tersebut memerlukannya bermain dengan emosi dalaman.

"Dari segi lahiriah, Indra seorang yang serius dan tegas. Tetapi, sepanjang perjalanan filem ini, penonton akan dapat melihat bagaimana Indra sebenarnya mempunyai jiwa yang sangat sensitif.

"Dia tidak akan menunjukkan apa yang dialaminya kepada sesiapa pun termasuk adiknya, Ilya (lakonan Que Haidar). Tetapi, apabila Ilya harus kembali ke dunia asalnya, ketika itulah, hati Indra terusik dan dia akan melakukan apa sahaja untuk Ilya.

"Kalau dari segi fizikal, sudah pasti ia juga ada cabaran sendiri dan soal itu, bukanlah satu masalah buat saya. Untuk menghidupkan watak Indra itu, saya sanggup tidak bercukur beberapa bulan untuk mendapatkan jambang walaupun pihak produksi mahu menggunakan yang palsu.

"Dalam masa yang sama juga, saya mengharapkan dengan kelahiran MJL ini juga dapat mengubat kerinduan peminat yang mungkin menunggu kemunculan saya di layar perak," jelas Hans yang kali terakhir muncul dengan filem Los dan Faun pada tahun 2008.

Selain Hans dan Que, MJL turut dibintangi Vanidah Imran, Marion Caunter, Datuk Ahmad Tamimi Siregar, Sabrina Hassan, Namron, Nasir Bilal Khan dan ramai lagi.

Bercerita lanjut tentang lakonannya bersama Que, Hans yang mula dikenali menerusi filem Ringgit Kasorrga arahan Datin Paduka Shuhaimi Baba pada tahun 1995 itu memberitahu dia tidak mempunyai masalah berlakon dengan aktor berbakat besar itu.

Malah, katanya sewaktu penggambaran, semuanya berjalan lancar dan baik dirinya mahupun Que, semuanya dapat memberikan lakonan yang terbaik seperti mana dimahukan Afdlin.

Berkawan dengan Neelofa

Bertemu dengan Hans, peluang itu juga diambil untuk bertanyakan sejauh manakah hubungannya dengan aktres baru yang semakin meningkat naik, Noor Neelofa Mohd. Noor atau lebih dikenali sebagai Neelofa.

Hans dan Neelofa dikatakan mempunyai hubungan istimewa lantaran kedua-dua membintangi filem Lemak Kampung Santan yang merupakan filem kedua arahan Hans selepas Cuci.

Adakah satu suratan atau kebetulan untuk Hans yang sering kali dikaitkan dengan aktres yang bergandingan dengannya dalam mana-mana filem mahupun drama sebelum ini.

Bercerita lanjut tentang Neelofa, Hans yang pernah memenangi trofi Pengarah Harapan Festival Filem Malaysia Ke-21 (2008) bagi filem Cuci ini mengakui dia kini sedang berkawan dengan aktres berusia 22 tahun itu walaupun sudah habis penggambaran.

"Saya selesa berkawan dengan dia. Bagi saya, Neelofa seorang yang bijak, berbudi bahasa dan pandai menjaga diri. Dia pun banyak bertanyakan kepada saya tentang selok-belok dunia seni.

"Sebagai kawan, tidak salah untuk saya membantu apa yang patut kerana dia masih lagi baru dalam dunia seni. Buat masa ini pun, saya tidak ada masa untuk memikirkan soal cinta.

"Mana-mana wanita yang mahu berpacaran dengan saya perlu faham dengan komitmen dan kesibukan saya.

"Seperti mana bekas teman wanita saya sebelum ini yang merungut kerana katanya, untuk bertemu dengan saya untuk makan malam selama dua jam pun, perlu membuat temu janji dua minggu lebih awal," cerita Hans dalam nada berseloroh.

Sibuk sehingga 2013

Dengan tirai 2011 akan berlabuh tidak lama lagi, Hans sudah mengatur pelbagai agenda seni sehingga tahun 2013.

Sebelum itu, Hans menjelaskan dia akan menghabiskan masa hampir seminggu di Bangkok, Thailand bersama ibunya bagi meraikan sambutan Krismas di rumah abangnya di sana.

Kemudian, Hans akan sibuk dengan penerbitan konsert Raja dan Ratu Rock yang menampilkan Awie dan Ella di Istana Budaya, Kuala Lumpur pada pertengahan bulan Januari depan.

"Untuk tahun 2012, saya akan kembali mementaskan musim terakhir Cuci the Musical dengan beberapa perubahan dan kejutan baru selain musim kedua Lat Kampung Boy Sebuah Muzikal.

"Dalam masa yang sama juga, saya akan mengadaptasi kisah hidup Lat ke layar perak dan akan menjalani penggambaran sekitar pertengahan tahun depan.

"Bagi tahun 2013 pula, saya akan mementaskan Rajang the Musical yang boleh saya katakan memberi satu dimensi baru kepada pementasan teater muzikal di negara ini," jelas Hans penuh teruja.

Dalam masa yang sama Hans turut mengkhabarkan bahawa dia kini sudah mula sibuk memenuhi persembahan pentas bersama Afdlin, Nabil Ahmad dan Awie.

"Baru saya tahu bagaimana hendak mencari duit poket dengan mudah," katanya dalam derai tawa.

Full content generated by Get Full RSS.

Benarkah Adele ‘dirompak’?

Posted:

Benarkah Adele 'dirompak'?

Benarkah Adele 'dirompak'?

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.my

SEDARI awal lagi, nama penyanyi yang berasal dari Tottenham, England ini disebut-sebut dan berpotensi besar untuk mendominasi senarai pencalonan akhir Anugerah Grammy Ke-54.

Apatah lagi dengan kejayaan album keduanya, 21 yang merupakan album terlaris dengan penjualan melebihi empat juta salinan di Amerika Syarikat.

Ternyata ramalan itu benar belaka apabila Adele menerima enam pencalonan termasuk tiga kategori utama iaitu Rakaman, Lagu dan Album Terbaik sewaktu pengumuman pada 30 November lalu.

Dengan tercalon dalam tiga kategori utama dalam Anugerah Grammy itu, Adele sememangnya kini merupakan calon utama untuk menang besar pada malam itu nanti.

Menerusi lagu popularnya, Rolling In The Deep, Adele dicalonkan untuk Rakaman dan Lagu Terbaik sementara album 21 pula bakal bersaing hebat dengan empat calon lain bagi merebut gelaran Album Terbaik.

Namun, persoalan yang timbul apabila ada pihak yang seolah-olah merasakan Adele bagaikan 'dirompak' apabila hanya menerima enam pencalonan walhal sebenarnya dia mampu meraih lebih banyak pencalonan.

Ini berbeza dengan penyanyi rap, Kanye West yang mengungguli senarai pencalonan kali ini apabila menerima tujuh pencalonan tetapi tidak untuk kategori Album dan Rakaman Terbaik.

Ada yang merasakan lagu-lagu di dalam album 21 tidak dipromosikan sebaiknya dan hanya menumpukan kepada Rolling In The Deep sebagai satu-satunya umpan untuk pencalonan Grammy kali ini.

"Jika diperhatikan, genre yang diketengahkan oleh Adele menerusi 21 hanyalah pop semata-mata. Ini amat berbeza dengan penyanyi yang mempertaruhkan genre hip hop atau R&B di mana mereka boleh bermain dengan pelbagai warna agar ia dapat dicalonkan dalam kategori lain.

"Dalam konteks ini, Justin Timberlake adalah contoh terbaik. Dia menghasilkan sebuah album pop tetapi dia menampilkan variasi menerusi setiap lagu di dalamnya seperti rock dan muzik dance misalnya.

"Jadi untuk Adele menerima enam pencalonan sudah dikira cukup baik dan satu pencapaian yang seharusnya dibanggakan," jelas wartawan muzik berpengalaman, Phil Gallo kepada E! Online, baru-baru ini.

Selain tiga kategori utama, Adele turut dicalonkan dalam tiga kategori lain termasuk Persembahan Solo Pop Terbaik bagi lagu Someone Like You, Album Vokal Pop Terbaik (21) dan Muzik Video Pendek Terbaik (Rolling In The Deep).

Adele sebenarnya bukanlah nama asing dalam anugerah berprestij itu apabila dia pernah diiktiraf dengan dua trofi Grammy untuk Artis Baru Terbaik dan Persembahan Vokal Pop Wanita Terbaik bagi lagu Chasing Pavements, dua tahun lalu.

Mengekori rapat Adele juga dengan enam pencalonan ialah Bruno Mars dan Foo Fighters manakala penyanyi rap, Lil Wayne dan Skrillex masing-masing menerima lima pencalonan.

Penyanyi wanita seksi, Rihanna juga tidak kurang hebatnya apabila menerima empat pencalonan termasuk Album Terbaik bagi albumnya, Loud selain Lady Gaga untuk tiga kategori juga termasuk Album Terbaik untuk Born This Way.

Juara American Idol musim keempat, Carrie Underwood masih lagi menjadi pilihan juri apabila tersenarai dalam kategori Persembahan Solo Country Terbaik dan bakal berdepan dengan saingan hebat daripada Jason Aldean, Martina McBride, Blake Shelton dan Taylor Swift.

Semakin mencabar

Satu yang pasti dan realiti yang harus dihadapi apabila Grammy dilihat semakin mencabar ekoran perubahan syarat yang dilakukan oleh pihak akademi rakaman Amerika Syarikat.

Perubahan terbesar yang dilakukan bermula tahun ini apabila penstrukturan kategori yang dipertandingkan hanyalah sebanyak 78 kategori sahaja berbanding 109 tahun lalu.

Untuk setiap genre, tiada lagi pembahagian kategori seperti lazimnya di mana untuk persembahan solo misalnya, penyanyi lelaki dan wanita disatukan dalam satu kategori.

Sama juga dengan kolaborasi vokal dan persembahan vokal duo atau berkumpulan disekalikan menjadi Persembahan Duo/Berkumpulan Terbaik.

Begitu juga dengan empat cabang muzik lain yang turut mengalami perubahan dari segi pengkategorian iaitu teater muzikal kini menjadi persembahan muzikal selain filem, televisyen atau visual media lain ditukar kepada muzik untuk visual media).

Dua yang lain termasuklah gospel yang kini berubah kepada gospel atau muzik Kristian kontemporari dan kategori dance yang dahulunya berdiri sendiri kini digabungkan bersama muzik elektronika lalu menjadi kategori dance atau elektronika.

Terdapat juga beberapa kategori yang dimansuhkan dan kemudiannya disekalikan dalam genre yang sama. Dalam konteks ini, kategori Album R&B Terbaik misalnya, akan disatukan dengan genre kontemporari R&B.

Ini berbeza dengan tahun-tahun sebelum ini apabila Album Kontemporari R&B mempunyai kategori tersendiri. Perubahan ini juga melibatkan muzik sejagat (world music), kanak-kanak, folk dan latin.

Anugerah Grammy Ke-54 akan berlangsung di Staples Centre, Los Angeles, Amerika Syarikat pada 12 Februari depan.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Kota

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Pastikan banjir tidak berulang

Posted:

Pastikan banjir tidak berulang

Pastikan banjir tidak berulang

Oleh MOHD. HAFIZ ABD. MUTALIB
kota@utusan.com.my


JOHAN Aziz (tiga dari kiri) bertanya kepada salah seorang penduduk ketika melawat untuk menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir di Kajang, Selangor, kelmarin.


KAJANG 4 Dis. - Banjir yang melanda pekan Kajang dan sekitarnya baru-baru ini jelas sekali membawa pengalaman buruk yang tidak dapat dilupakan penduduk.

Sehubungan itu, bagi mengelakkan kejadian itu terus berulang, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semenyih, Datuk Johan Abd. Aziz berharap suatu penyelesaian yang konkrit dapat dilaksanakan.

Katanya, pihaknya telah mengenal pasti beberapa perkara yang menjadi punca kepada kejadian banjir baru-baru ini, terutamanya keadaan Sungai Jelok di kawasan itu yang alirannya tidak lancar.

Katanya, kerja-kerja mendalamkan dan meluaskan Sungai Jelok perlu dilakukan segera memandangkan setiap kali hujan air sungai tersebut pasti melimpah.

Menurutnya, beliau telah memaklumkan perkara tersebut kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan mereka akan melaksanakan kerja-kerja itu dalam masa terdekat.

"Selain itu saya juga menyeru agar kerajaan negeri segera bertindak menyelesaikan masalah ini. Kita tidak mahu setiap kali berlakunya hujan lebat dan setiap kali itu juga banjir melanda," katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menyampaikan sumbangan makanan kepada keluarga yang terlibat dengan banjir di Sungai Kantan dan Kampung Paya, Batu 14, di sini, semalam.

Beliau turut meminta Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKP) membuat bancian bagi mengenal pasti jumlah keluarga yang terlibat dengan bencana itu.

Katanya, mereka yang dikenal pasti itu nanti akan diberikan bantuan supaya dapat meringankan beban.

Full content generated by Get Full RSS.

Penduduk Taman Angkasa bakal dapat CF

Posted:

Penduduk Taman Angkasa bakal dapat CF

Penduduk Taman Angkasa bakal dapat CF


Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin menyampaikan sumbangan keperluan asas kepada Nonah Bedok selepas merasmikan Kempen Sayangi Jiran Anda di Taman Angkasa, Lembah Pantai, Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 4 Dis. - Rumah sudah didiami hampir 20 tahun, namun penduduk rumah pangsa Taman Angkasa di Lembah Pantai di sini tidak pernah memperoleh Sijil Layak Menduduki (CF) rumah mereka.

Bagaimanapun, penantian panjang itu bakal berakhir dalam tempoh terdekat.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, berkata, perumahan yang terdiri daripada 20 blok rumah pangsa itu tidak pernah mempunyai CF selama ini.

Katanya, melihat kepada situasi tersebut, beliau telah berusaha untuk mendapatkan CF bagi penduduk di situ dan akhirnya usaha yang dilakukan itu telah membuahkan hasil.

"Sejak memegang jawatan menteri, antara perkara penting yang saya perjuangkan adalah untuk mendapatkan CF buat penduduk di situ.

"Usaha itu telah berjaya diselesaikan dan mereka akan memperoleh CF dalam masa terdekat ini. Selain itu, penduduk juga bakal memperoleh status hak milik tanah di situ selepas ini," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Sayangi Jiran Anda di Perumahan Taman Angkasa hari ini.

Majlis tersebut dianjurkan oleh Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Angkasa dengan kerjasama Penggerak Perpaduan Masyarakat, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Wilayah Persekutuan.

Program itu akan diteruskan lagi di 28 KRT yang lain di sekitar Lembah Pantai selepas ini.

Sementara itu, Pengerusi KRT Taman Angkasa, Abdul Rahman Nordin berkata, beliau dan penduduk lain berasa sungguh gembira apabila mereka mendapat tahu penantian penduduk selama ini bakal berakhir.

Katanya, mereka sudah terlalu lama tinggal di perumahan itu tanpa CF walaupun rumah yang dibeli sudah lama habis dibayar.

"Saya dan penduduk lain mengucapkan ribuan terima kasih kepada Datuk Raja Nong Chik yang berusaha menyelesaikan masalah ini," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Mangsa kebakaran rayu bantuan

Posted:

Mangsa kebakaran rayu bantuan

Mangsa kebakaran rayu bantuan

PELABUHAN KLANG 4 Dis. - Kebakaran rumah sudah hampir sebulan berlalu, namun pihak yang sepatutnya menolong dilihat tidak berusaha sepenuh hati untuk membantu mangsa.

Mangsa kebakaran, M. Tamil Vanal, 53, berkata, dia kesal kerana kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor yang diharap menghulurkan bantuan hanya menyumbang sebanyak RM500 sahaja sedangkan jumlah kerugian yang ditanggungnya lebih daripada itu.

"Sekarang saya dan keluarga seramai 10 orang tinggal bersama saudara di Kota Pandamaran kerana tidak mampu memperbaiki rumah yang rosak teruk di bahagian dapur dengan kos sebanyak RM6,000 dengan sumber kewangan yang terhad.

"Saya berharap mana-mana pihak yang sudi membantu dapat menghulurkan bantuan kewangan kerana saya hanya bekerja sebagai pemandu lori dan berpendapatan rendah," katanya dalam sidang akhbar di rumahnya baru-baru ini.

Rumahnya di Taman Seri Pandamar terbakar pada 5 November lalu.

Hadir sama Presiden Pertubuhan Kebajikan India Malaysia (PKIM), Adam Prakash dan Ahli Jawatankuasa Parti KITA Selangor, P. Kottapan.

Tamil Vanal berkata, sebagai rakyat Selangor beliau berhak mendapat pembelaan sewajarnya daripada kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang gah melaungkan slogan Merakyatkan Ekonomi Selangor.

Sebaliknya, Tamil Vanal terharu kerana pihak Barisan Nasional (BN) melalui Penyelaras BN Parlimen Pelabuhan Klang, Datuk Mazly Noor Abd. Latif yang sudi menghulurkan bantuan.

"Saya harap ada pihak sudi membantu kerana pada masa ini saya sedang bercuti selepas mendapat rawatan penyakit bisul di tengkuk sebelah kiri yang hanya akan sembuh dalam masa tiga bulan," katanya.

Sementara itu Kottapan menempelak sikap kerajaan negeri yang diterajui PKR hanya pandai beretorik dengan slogan merakyatkan ekonomi tetapi tidak membantu rakyat dengan simpanan RM2 bilion milik kerajaan negeri.

"Saya kesal kerana saudara Tamil Vanal tidak dibantu oleh kerajaan negeri Selangor. Jika mereka benar-benar adil dengan rakyat saya harap bantulah Tamil Vanal dengan memasukkan wang ke dalam akaun beliau," katanya.

Pihak yang mahu membantu mangsa kebakaran itu boleh memasukkan wang ke Akaun Ambank Islamic nombor akaun 248-001-000397-9 milik Tamil Vanal.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Feminin

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Feminin


Hanya mati tiada ubat - Adibah

Posted:

Hanya mati tiada ubat - Adibah

Hanya mati tiada ubat - Adibah

Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH
adawiyah.koh@utusan.com.my


Adibah Hassan Noorhadi


PADA pertemuan di Pusat Sumber dan Pendidikan Kanser (CaRE) di Tingkat 7, Blok Makmal A, Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Adibah Hassan Noorhadi, 22, kelihatan mendiamkan diri.

Mungkin dia menganggap menganggap dirinya antara pesakit paling muda berbanding pesakit dan bekas pesakit kanser yang lain.

Bekas penuntut UPM itu disahkan menghidap kanser kelenjar atau Hodgkin's Lymphomamay Mei lalu.

Pertemuannya dengan CaRE seperti satu jodoh kerana Adibah sebelum ini pernah mengacara salah satu majlis anjuran pusat tersebut.

Justeru, sebaik sahaja disahkan kanser, Adibah segera ke CaRE mendapatkan maklumat dan berkongsi pengalaman dengan pesakit lain.

Baginya, selain kekuatan sendiri, cerita orang lain menjadi pembakar semangatnya.

Pada awalnya, dia tidak menyangka diserang penyakit serius kerana hidupnya di universiti hanya tertumpu pada pembelajaran dan aktiviti kokurikulum.

"Apabila saya hanya mampu baring di katil, ingatan saya kuat pada arwah ibu. Ibu meninggal pada bulan puasa lalu ketika saya sedang bertarung nyawa melawan penyakit ini.

''Kemudian saya sentiasa ingat, kalau saya sakit, saya pejamkan mata dan kuatkan semangat. Saya berkata pada diri sendiri, aku kena hidup untuk diri sendiri dan keluarga," katanya.

Gemarkan aktiviti lasak seperti bersukan, Adibah berkata, pesakit kanser perlu kuatkan fizikal, mental, rohani dan jasmani dalam mengharungi penyakit serius.

"Gabungan empat perkara ini boleh melegakan sebarang kesakitan, walaupun terpaksa melaluinya seorang diri. Jangan mudah putus asa apabila disahkan menghidap kanser kerana selagi ada usaha, pasti ada ubat untuk penyakit itu, kecuali mati," jelas Adibah.

Berdikari

Walaupun dirinya masih lagi memerlukan satu lagi rawatan kimoterapi, banyak urusan dilakukannya sendiri. Dia tidak mahu menyusahkan keluarganya kerana sejak universiti lagi wanita muda ini sudah berdikari.

"Saya kuatkan semangat walaupun sukar menerima hakikat saya menghidap kanser. Saya masih ingat lagi awal tahun dahulu, saya sering batuk dan sakit dada.

''Saya ingat itu hanya penyakit biasa. Kebetulan saya baru sahaja mendapat keputusan sarjana muda dengan kelas pertama kepujian. Selepas itu saya memohon kerja dan berjaya mendapat tawaran pekerjaan.

''Tawaran tersebut serentak dengan keputusan penyakit saya dari pihak hospital dan akhirnya saya terpaksa melupakan cita-cita," ujarnya.

Berkongsi pengalamannya ketika menjalankan rawatan kimoterapi, dia turut merasai simptom seperti muntah dan keletihan.

Bagaimanapun, katanya, doktor mengakui badannya masih kuat untuk melakukan kimoterapi.

''Saya hanya mengalami keguguran rambut yang serius selepas seminggu menjalani rawatan kimoterapi.

"Ketika memegang dan menyikat rambut saya dapati rambut gugur. Hari demi hari semakin banyak. Saya pun mengambil keputusan mencukur rambut. Ia lebih mudah diuruskan lebih-lebih lagi saya perlu menjalani rawatan susulan," katanya.

Walaupun kanser sudah sampai ke bahagian dada, Adibah masih beruntung kerana ia tidak menyerang organ penting dalaman.

Selepas menjalani rawatan kimoterapi, atas nasihat doktor, Adibah mungkin akan menjalani rawatan pemindahan sel darahnya.

Dalam pada itu, Adibah mengakui persatuan seperti Persatuan Kanser Network Selangor Wilayah Persekutuan (KanWork) di bawah CaRE banyak membatu pesakit-pesakit kanser muda sepertinya.

"Apabila kita disahkan sakit, mungkin kita tak tahu hala tuju atau sukar mengembalikan semangat. Tetapi di sini, kami berkongsi dan memberi motivasi tanpa mengira usia atau jenis kanser," ujarnya.

Bagi mereka yang inginkan maklumat tentang pelbagai jenis kanser, boleh menghubungi CaRE di talian 1-800-22-2233.

Full content generated by Get Full RSS.

Rawat wajah di rumah

Posted:

Rawat wajah di rumah

Rawat wajah di rumah

Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH
adawiyah.koh@utusan.com.my


Krim wajah asas ini melindungi kulit wajah daripada sinar matahari dan sebagai gantian bedak asas.


GAYA hidup banyak mempengaruhi penampilan diri seseorang termasuk wajah. Dulu barangkali tidak ramai wanita atau lelaki yang peka bahawa perawatan kulit mereka adalah penting. Mencuci muka dengan sabun mandi pun mungkin sudah mencukupi.

Hari ini semakin ramai yang mengambil berat tentang penjagaan kulit mereka secara teratur.

Pelbagai jenis produk penjagaan kulit juga dicari untuk memenuhi kehendak mereka. Pengguna mengharapkan pembaharuan dalam rejimen penjagaan kulit mereka seharian.

Bagi memenuhi kehendak tersebut, Nano-V memperkenalkan produk penjagaan wajah berasaskan hablur emas 24K.

Itu termasuk memperkenalkan kaedah nano yang telah diuji secara klinikal dan memberikan penyerapan sempurna.

"Kulit memerlukan penjagaan setiap hari. Kulit semula jadi akan mudah menjadi berkedut, kusam dan kering akibat stres yang mengakibatkan kulit wajah kelihatan tidak sihat. Proses penjagaan wajah sendiri di rumah dengan membersih wajah, menggunakan penyegar wajah, pelembap, krim dan topeng wajah dapat mengurangkan masalah penuaan wajah. Justeru setiap orang memerlukan vitamin, mineral serta kolagen untuk kulit yang bersifat anti oksida.

Terdapat dalam tiga rangkaian untuk kulit biasa, pigmentasi dan berjerawat, Nano-V sesuai untuk mereka yang berumur 25 tahun ke atas," ujar pengasas produk Nano-V, Nur Furyna Azmeer yang ditemui di pejabatnya, No 42-1, Jalan Temenggung 19/9, Bandar Mahkota Cheras, Selangor.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Dalam Negeri

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Ratusan kenderaan rosak

Posted:

Ratusan kenderaan rosak

Ratusan kenderaan rosak

Oleh ILAH HAFIZ AZIZ
pengarang@utusan.com.my


Sebahagian daripada barangan milik peniaga sebuah kedai yang rosak selepas banjir kilat melanda bandar Kajang, kelmarin. - BERNAMA


HULU LANGAT 3 Dis. - Dianggarkan hampir 100 buah kedai termasuk bangunan dan lebih 250 kenderaan rosak akibat banjir kilat melanda sebahagian pekan Kajang di sini dalam tempoh tidak sampai dua jam, petang semalam.

Angka tidak rasmi itu dikeluarkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, namun nilai kerugian sebenar yang dialami penduduk di daerah itu masih disiasat dan mengambil masa.

Ini kerana, bencana itu melibatkan banyak kenderaan, premis serta bangunan rosak dan ditenggelami air.

Penolong Pengarah Operasinya, Mohamad Sani Harul berkata, jumlah sebenar kerugian itu sukar ditafsirkan namun dianggar mencecah jutaan ringgit kerana banyak harta benda mangsa termasuk barangan di dalam premis turut dilanda banjir.

"Sukar untuk kita anggarkan jumlah kerugian itu kerana banyak kenderaan yang tidak dapat diselamatkan. Begitu juga kedai-kedai yang masih beroperasi ketika air naik secara tiba-tiba di situ," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Hujan yang bermula pada pukul 2 petang semalam mengakibatkan sebahagian Pekan Kajang, Kampung Sungai Kantan serta beberapa kawasan sekitar Semenyih dilanda banjir kilat yang dikatakan terburuk sejak lima tahun lalu.

Air yang naik secara mendadak kira-kira pukul 3 petang itu menyebabkan suasana kelam-kabut di kawasan tumpuan orang ramai dan perniagaan sehingga ada yang terpaksa menyelamatkan diri dengan meninggalkan kenderaan yang diletakkan di tempat letak kereta.

Sementara itu, tinjauan Mingguan Malaysia di Kajang hari ini mendapati, puluhan kereta yang terperangkap di tempat letak kereta tingkat bawah Plaza Metro Kajang telah dialihkan.

Dalam pada itu, Mohamad Sani memberitahu, tiada kemalangan jiwa berlaku pada tragedi itu dan operasi membantu telah dihentikan sejak pukul 7 petang semalam.

"Pihak kami telah berjaya mengeluarkan sembilan mangsa yang terperangkap dalam kejadian itu dan tiga daripada mereka adalah warga emas yang terperangkap di sebuah kawasan perumahan lama di Sungai Kantan," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab. Rashid Ab. Wahab pula berkata, tiada penduduk yang dipindahkan setelah kejadian banjir kilat semalam.

"Sebanyak 18 laporan polis dibuat oleh penduduk dan mangsa bencana ini. Kebanyakan mereka adalah mangsa akibat harta benda seperti kenderaan dan premis kedai ditenggelami air,'' katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Persiapan LIMA sampai kemuncak

Posted:

Persiapan LIMA sampai kemuncak

Persiapan LIMA sampai kemuncak


Petugas melakukan pemeriksaan terhadap dua buah pesawat pejuang yang bakal menyertai LIMA 2011 di Langkawi, semalam. - BERNAMA


KUALA LUMPUR 2 Dis. - Persiapan untuk Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi (LIMA) Ke-11 yang akan berlangsung 6 hingga 10 Disember ini, sudah berada di peringkat akhir.

Jawatankuasa Induk LIMA '11 berkata, LIMA kali ini akan menjadi edisi terbaik sepanjang penganjuran sejak 1991, kerana peningkatan menyeluruh daripada aspek penyertaan pempamer, pesawat dan kapal.

"Pameran tahun ini menunjukkan peningkatan 25 peratus berbanding sebelum ini dengan penyertaan lebih daripada 400 syarikat pempamer dari 54 negara.

"Selain itu, penyertaan 26 pesawat dan 12 kapal perang laut luar negara menunjukkan peningkatan dua kali ganda berbanding penganjuran tahun 2009," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Pameran LIMA yang dianjurkan dua tahun sekali ini mampu menjadi medan pertemuan pemimpin industri maritim dan aeroangkasa bagi merebut peluang perniagaan dalam industri tersebut di rantau Asia selain bertukar-tukar pendapat antara satu sama lain.

"Agensi keselamatan negara seperti Kementerian Pertahanan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) bakal menjadikan LIMA sebagai medium mengeratkan hubungan dengan agensi negara jiran," katanya.

LIMA 2011 yang diadakan di Dewan Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) dijangka bakal menerima 25,000 pelawat perdagangan, sekali gus mampu menjana pulangan pelancongan RM150 juta kepada negara.

Tetamu kerajaan dan pelawat perdagangan boleh berkunjung dari 6 hingga 8 Disember, manakala pengunjung awam berpeluang menyaksikan pesawat dan kapal perang canggih pada 9 hingga 10 Disember.

Tambahnya, pelbagai syarikat pesawat terkemuka luar negara seperti Boeing, Airbus, DCNS, Daewo, Blom and Voss, Embraer, Sikorsky, Gulfstream, Sukhoi, Navantia dan Dassault Aviation turut mempamerkan aset pertahanan dan komersial yang tercanggih di dunia pada penganjuran kali ini.

"Antara pesawat yang bakal menjadi tumpuan ialah pesawat pejuang F-18 Super Hornet buatan Amerika Syarikat, Eurofighter Typhoon (Eropah), Rafale (Perancis), Gripen (Sweden) dan pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Sukhoi SU-30.

"Selain itu, kapal terbang pengangkut C-17 Globemaster III, helikopter canggih Eurocopte Tiger HAD, Sikorsky S 92 dan AW 149 buatan Aygusta Westland akan turut menyertai pameran LIMA 2011," ujarnya.

Penganjuran kali ini akan diserikan dengan pertunjukan udara bermula 11.30 pagi hingga 1 petang dari 6 hingga 8 Disember, manakala dua sesi pertunjukan akan diadakan dari 9 hingga 10 Disember bermula 10 pagi hingga 11.30 pagi dan 2.30 petang hingga 4 petang.

Full content generated by Get Full RSS.

Anugerah Juara lagu umum 12 finalis

Posted:

Anugerah Juara lagu umum 12 finalis

Anugerah Juara lagu umum 12 finalis


Antara artis yang layak ke akhir semasa berlangsungnya Anugerah Juara Lagu 2011 Pusingan Separuh Akhir di Plaza Alam Sentral, Shah Alam, semalam.


SHAH ALAM 3 Disember - Dengan berakhirnya bahagian ketiga separuh akhir Muzik Muzik 26 (MM26), teki-teki mengenai siapa 12 finalis yang akan bertanding di pentas akhir Anugerah Juara Lagu ke-26 (AJL26) pada 29 Januari tahun depan, terjawab.

12 finalis yang akan meneruskan kemaraan ialah Yuna menerusi lagu Gadis Semasa dan Penakut, Alyah (Kisah Hati), Hafiz (Awan Nano), 3 Suara (Beribu Sesalan) dan Atilia & Monoloque (Kekanda Adinda).

Turut ke final AJL26, Najwa Latif (Cinta Muka Buku), Aizat (Sungai Lui), Projek Pistol (Wanita Seluruh Dunia), Shohaimi Mior Hassan, Ana Raffali dan Altimet (Kalau Berpacaran), Jaclyn Victor (Sedetik Lebih) dan Faizal Tahir (Karma).

Pengurus Besar Kumpulan, Pengurusan Jenama TV3 & TV9, Nurul Aini Abu Bakar memberitahu persaingan untuk merebut AJL26 lebih sengit.

"Semua telah memberikan persembahan yang mantap sepanjang tiga bahagian separuh akhir MM26 ini," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Semua 12 finalis itu dipilih melalui pemarkahan oleh juri profesional yang terdiri daripada Profesor Madya Dr. Lim Swee Tim, Azlan Abu Hassan, Yassin dan Hazami, dengan Azhar Borhan bertindak selaku ketua juri.

Sebanyak 30 buah lagu dipertandingkan dalam separuh akhir MM26 menerusi tiga bahagian persembahan yang berlangsung sejak pertengahan bulan lalu di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rekreasi

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rekreasi


Kehebatan bot dua alam

Posted:

Kehebatan bot dua alam

Kehebatan bot dua alam

Oleh MOHD. RIDZWAN IMAN
ridzwan@utusangroup.com.my


IGUANA boleh bergerak dengan kelajuan 35 knot di dalam air dan 8 kilometer sejam di darat.


RAMAI yang mengetahui ketam merupakan haiwan dua alam kerana kemampuannya untuk hidup di darat dan air tanpa sebarang masalah. Bagaimanapun, bagaimana pula rupa bot dua alam atau bot amfibia?

Sebenarnya hoverkraf adalah bot amfibia yang telah sekian lama digunakan di kawasan berpaya dan juga bagi mereka yang meminati sukan lasak air dan darat. Kereta kebal atau perisai generasi baru juga kebanyakannya adalah jenis amfibia kerana kemampuannya beroperasi di atas darat dan dalam air.

Perkembangan teknologi kenderaan amfibia ini sememangnya semakin menarik kerana ia dijangka menjadi kenderaan pilihan masa depan di atas kemampuannya bergerak di darat dan air.

Iguana 29 misalnya merupakan kenderaan amfibia yang telah dibangunkan menggunakan roda getah berantai bagi memudahkannya bergerak di darat dengan kelajuan 8 kilometer sejam (km/j) dan apabila bertukar menjadi bot mampu meluncur laju di atas permukaan air dengan kelajuan 35 knot (64.82 km/j).

Apa yang menarik, kenderaan hibrid ini boleh menggunakan mod elektrik sepenuhnya apabila melalui kawasan-kawasan yang sensitif yang memerlukan ia sangat senyap dan tidak mencemarkan udara.

Penggunaan roda getah berantai memudahkan proses kenderaan itu untuk memasuki ke dalam air atau menaiki darat dari air. Ia juga boleh digunakan sebagai kenderaan pengangkut barangan atau peralatan dari kapal-kapal besar ke pelabuhan.

Iguana kini boleh membawa dua hingga enam penumpang dan versi lebih besar yang boleh membawa 10 penumpang akan dibangunkan selepas ini.

Potensi

Mengapa kenderaan amfibia penting dan mempunyai potensi besar dalam pasaran? Menurut kajian, sembilan daripada 10 manusia tinggal berhampiran dengan kawasan air seperti laut, sungai, tasik atau kolam.

Bagi golongan itu, memiliki kenderaan yang boleh digunakan di darat dan air memberikan banyak kelebihan dalam pergerakan harian terutama bagi mereka yang tinggal di pedalaman dan pulau.

Walaupun telah banyak kenderaan amfibia dibangunkan sebelum ini, kelebihan Iguana ialah ia boleh dikendalikan dalam sebarang keadaan dan telah dicipta oleh Antoine Brugidou yang mendapat inspirasi untuk mengatasi masalah pengendali bot di antara teluk di Mont St. Michel dan selatan Jersey, Perancis.

Keadaan di kawasan itu sangat menyukarkan bot kerana air surut sejauh berkilometer dan pelancong terpaksa berjalan di dalam pasir, batu dan juga kadang kala arus yang pasang secara tiba-tiba apabila hendak menaiki ke darat.

Maka, Iguana yang menggunakan enjin 40 kuasa kuda (hp) mungkin sesuai digunakan untuk kawasan yang mempunyai muka bumi seperti itu.

Canggih

Jika anda ingin melihat bagaimanakah bentuk hoverkraf atau bot amfibia yang berciri futuristik, kenderaan konsep Aqua Volkswagen adalah jawapannya.

Reka bentuk kenderaan ciptaan Zhang Yuhan, 21, graduan dari bidang reka bentuk industri, Universiti Xihua, China ini sememangnya sangat menarik kerana mempunyai ciri-ciri seperti kereta dalam filem Back To The Future walaupun tidak boleh terbang.

Hoverkraf konsep berkuasa elektrik yang mesra alam ini sememangnya masih di peringkat kajian dan tiada tarikh diberikan bilakah ia akan menjadi realiti.

Rekaan konsep ini merupakan rekaan yang berjaya memasuki peringkat akhir dalam pertandingan CDN China Car Awards yang memberi penghargaan kepada para pereka muda dan baru.

Penjelasan mengenai kereta itu ia dirancang akan dimajukan oleh syarikat Volkswagen untuk pemandu bergerak bebas di jalan-jalan lasak yang banyak terdapat di negara China.

Seperti kebanyakan hoverkraf, kenderaan menggunakan tiga roda itu akan disokong oleh tolakan angin ketika berada di darat dan boleh bergerak di pelbagai jenis permukaan termasuk tasik, sungai, paya, jalan lasak, salji dan ais.

Kenderaan ini menggunakan motor yang dipacu oleh kuasa elektrik dan hidrogen bagi menghasilkan kenderaan yang bersih, mudah dan linear.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Muka Hadapan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Muka Hadapan


Sedia kembalikan maruah

Posted:

Sedia kembalikan maruah

Sedia kembalikan maruah


NAJIB Tun Razak menyampaikan ucapan penangguhan pada hari terakhir Perhimpunan Agung UMNO 2011 di Dewan Merdeka, PWTC, semalam.


KUALA LUMPUR 3 Dis. - Datuk Seri Najib Tun Razak menganggap Perhimpunan Agung UMNO 2011 berjaya menggambarkan parti itu kini bersatu dan ampuh serta bersiap sedia mengembalikan kedudukannya sebagai parti bermaruah dan bermartabat.

Ia antara empat sasaran yang ditetapkan oleh Presiden UMNO itu selain kejayaan mendapatkan mandat sepenuhnya daripada sidang perwakilan untuk menyokong gagasan kerajaan membawa perubahan melalui pelan transformasi nasional.

Najib berkata, persidangan kali ini juga berjaya memberi isyarat dan mesej yang amat jelas kepada 12.4 juta pengundi dan 28 juta rakyat Malaysia bahawa mereka boleh meletakkan keyakinan kepada parti itu untuk membawa negara dan rakyat ke arah masa depan yang lebih cemerlang,

"Mereka tidak akan kecewa kalau meletakkan pengharapan atas batu jemala UMNO ini," tegasnya dalam ucapan penggulungan pada Perhimpunan Agung 2011 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.

Dalam ucapan penuh bersemangat selama 45 minit itu, beliau berkata, penilaian dibuatnya bukan kerana bias tetapi setelah melihat kejayaan para perwakilan menggarap dengan baik empat sasaran tersurat dan tersirat yang ditetapkan beliau pada awal perhimpunan.

Najib turut menyifatkan perhimpunan kali ini sebagai amat bersejarah apabila membuat kejutan di saat akhir dengan menyaksikan Timbalan Presiden UMNO mengetuai ikrar dan baiah para perwakilan.

Sementara itu, menyentuh isu Gagasan 1Malaysia, Perdana Menteri menegaskan ia akan tetap memastikan agenda Melayu terlaksana dan orang Melayu juga berjaya mencecah taraf bangsa yang maju.

"Jadi siapa kata kita tak ada agenda Melayu ataupun agenda bumiputera? Memang kita ada. Apabila saya laksanakan Gagasan 1Malaysia, saya tak kata ketepikan agenda Melayu bumiputera.

"Bila saya turun ke bawah, ke ladang estet, ke Kampung Baru Cina, bukan bererti bahawa kerajaan kurang komitmen terhadap kepentingan orang Melayu dan bumiputera," katanya.

Sebaliknya tegas Perdana Menteri, semua itu dilakukannya bagi mendapat sokongan daripada semua kumpulan etnik.

Sebagai pemimpin kerajaan, Najib berkata, beliau perlu memikirkan hala tuju negara agar rakyat yang sentiasa menilai, baik secara senyap mahupun terbuka akan terus yakin dan percaya terhadap kepimpinan sedia ada.

Justeru, katanya, perancangan yang cukup rapi, teliti dan kemas perlu dibuat untuk memastikan dalam tempoh 10 tahun lagi, Malaysia akan menjadi sebuah negara maju berpendapatan tinggi di bawah pimpinan UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Full content generated by Get Full RSS.

Bersatu menerajui kemenangan PRU13

Posted:

Bersatu menerajui kemenangan PRU13

Bersatu menerajui kemenangan PRU13

KUALA LUMPUR 3 Dis. - Datuk Seri Najib Tun Razak percaya UMNO pasti boleh menerajui kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) jika seluruh ahlinya memiliki semangat berpasukan, tidak mengkhianati sesama sendiri selain menerapkan taat setia tidak berbelah bahagi kepada parti.

Menyuntik formula itu dalam ucapan penggulungan pada akhir Perhimpunan Agung UMNO 2011 di sini, beliau menyifatkan ia sebagai transformasi diri paling mencabar yang harus dipikul orang UMNO.

Serentak itu, beliau mengingatkan bahawa ujian terbesar menanti kesemua perwakilan apabila kembali ke kawasan masing-masing ialah mencuba sedaya-upaya mengelakkan sengketa di peringkat bahagian.

"Kalau ketua bahagian tengok pada timbalan, jangan pula dia kata 'eh! dia ni nak jawatan saya', yang lain-lain pula bagi kerjasamalah...kasih sayang yang sejati.

"Beringatlah saudara saudari, pilihan raya ini adalah yang paling getir dalam sejarah tanah air.

"Pilihan yang dihadapkan kepada rakyat adalah pilihan titik penentuan sama ada kita mahu melihat masa depan yang cerah benderang bagi sebuah negara Malaysia yang maju dengan memilih UMNO dan BN atau menempa jalan tragis penuh kehancuran dengan memilih pakatan pembangkang," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Tujuh ramuan penting digaris

Posted:

Tujuh ramuan penting digaris

Tujuh ramuan penting digaris


Muhyiddin Yassin mengetuai pemimpin dan perwakilan melafazkan ikrar taat setia pada Perhimpunan Agung UMNO 2011 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, semalam. - MINGGUAN/MOhd. Naim Aziz


KUALA LUMPUR 3 Dis. - Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin menggariskan tujuh ramuan penting bagi memastikan kemenangan parti itu dalam pilihan raya umum akan datang.

Katanya, jika pemimpin dan ahli UMNO bersungguh-sungguh mengamalkan ramuan-ramuan itu, beliau yakin parti tersebut akan mencapai kemenangan besar dalam pilihan raya berkenaan.

''Insya-Allah UMNO akan menang besar, sekurang-kurangnya dengan majoriti dua pertiga. Target (sasaran) kita mesti tidak kurang majoriti dua pertiga,'' katanya ketika menggulung perbahasan pada hari terakhir Perhimpunan Agung UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra, di sini hari ini.

Tujuh ramuan itu adalah bersatu, bersetia, berkhidmat, berkorban, berusaha, reda dan bertawakal.

Bagi ramuan pertama iaitu bersatu, Muhyiddin berkata, demi untuk kemenangan UMNO soal perpaduan adalah amat utama.

''Dalam konteks pilihan raya, kita jelmakan kesatuan kita ini dengan menerima sesiapa sahaja yang dipilih oleh Presiden parti untuk menjadi calon.

''Telah pun kita sebutkan dalam masa persidangan ini jangan ada tindakan-tindakan yang boleh membawa kesan ataupun bencana kepada parti kita. Jangan ambil tindakan-tindakan tikam belakang ataupun disebutkan mengambil tindakan cah keting, jangan peteh dan menimbulkan masalah-masalah baru dalam parti kita,'' katanya.

Mengenai ramuan kedua, bersetia, beliau berkata, dalam soal itu, ahli UMNO tidak harus mengambil sesuatu langkah yang dianggap tidak setia atau berbuat sesuatu yang akan melanggar bukan sahaja peraturan tetapi tata susila dan apa lagi kalau boleh merosakkan parti.

Beliau juga mengingatkan ahli parti supaya memberikan tumpuan dan melipat usaha apabila menyentuh soal ramuan ketiga iaitu berkhidmat.

Muhyiddin yang kemudiannya mengupas mengenai ramuan keempat iaitu berkorban berkata, berjihad untuk memenangkan parti, memastikan 'survival' bangsa dan agama adalah satu pengorbanan yang amat besar.

''Dalam kita melaksanakan jihad ini orang UMNO mesti berkorban jiwa dan raga untuk parti tanpa mengharapkan apa-apa ganjaran. Bukan ada apa-apa niat selain daripada niat kita untuk memenangkan UMNO,'' katanya.

Selain itu, Muhyiddin juga mahu ahli UMNO melaksanakan ramuan kelima iaitu berusaha melalui langkah yang teratur, berstrategi dan terancang.

''Seperti juga dalam satu pasukan bola sepak, yang bagus jadi penyerang dia kena jadi penyerang, yang bagus jadi penjaga gol, dia mesti jadi penjaga gol.

''Jangan yang bagus jadi penjaga gol dia nak jadi penyerang atau sebaliknya dan yang paling penting jangan sumbat gol sendiri. Inilah paling pantang dalam perlawanan bola sepak dan begitu jugalah dalam pilihan raya. Jangan skor gol sendiri,'' katanya.

Sebagai orang Islam, Muhyiddin menyeru ahli UMNO supaya mengamalkan ramuan keenam iaitu reda dengan percaya kepada qada dan qadar Allah.

Muhyiddin juga mahu ahli UMNO mengamalkan sikap bertawakal iaitu ramuan ketujuh dalam memastikan kemenangan parti itu dalam pilihan raya.

''Mudah-mudahan Allah akan berkati segala usaha kita dan berkati perjuangan kita dan memberi kemenangan di dalam pilihan raya yang akan datang ini,'' katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved