Ahad, 20 November 2011

Utusan Online - Timur

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Timur


Ibu cemas anak hilang

Posted:

Ibu cemas anak hilang

Ibu cemas anak hilang

Oleh SITI AIRUNNISA ALAUI
utusanterengganu@utusan.com.my

MARANG 19 Nov. - Seorang ibu meminta bantuan orang ramai untuk mencari anaknya, Adi Saiful Che Kor, 27, yang tidak dapat dikesan selepas menonton perlawanan bola sepak di Stadium Bukit Jalil Jun lalu.

Azizah Khalid, 48, berkata, dia begitu bimbang dengan keselamatan anaknya itu kerana Adi Saiful tidak pernah menghilangkan diri sebegitu lama dan akan pulang ke kampung dua kali sebulan dan menghubungi keluarga sekurang-kurangnya seminggu sekali.

Katanya, anaknya itu bekerja di Kuantan gagal dihubungi setelah dia tidak pulang untuk menyambut Aidilfitri dan Aidiladha bersama keluarganya.

Tambahnya, kali terakhir anak kedua daripada empat beradik itu pulang ke rumah mereka di Batu 11 1/2, Kampung Bukit Sawa dekat sini awal Jun lalu selama seminggu.

"Kali terakhir dia menghubungi saya yang memaklumkan dia sedang menonton perlawanan bola sepak di antara Terengganu dan Kelantan di Stadium Bukit Jalil," katanya di sini kelmarin.

Sejak itu, katanya, dia gagal menghubungi anaknya itu sehingga menyebabkannya bertindak mencari Adi Saiful di Kuantan baru-baru ini.

"Adi Saiful memberitahu yang dia bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah pasar raya di Kuantan tetapi tiada siapa mengenalinya," katanya.

Azizah berkata, dia bimbang dengan keselamatan Adi Saiful kerana dia seorang yang bersikap lurus bendul dan tidak tahu membaca.

Justeru, dia berharap mereka yang mempunyai maklumat mengenai anaknya itu dapat menghubunginya di talian 014-8469703.

Full content generated by Get Full RSS.

500 penduduk, pelatih PLKN jayakan K1MB

Posted:

500 penduduk, pelatih PLKN jayakan K1MB

500 penduduk, pelatih PLKN jayakan K1MB

PASIR MAS 19 Nov. - Lebih 500 penduduk serta pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Kem Cancun Park Pasir Mas 'bermandi peluh' menjayakan Program Khidmat Masyarakat Komuniti 1Malaysia Belukar (K1MB) di Kampung Belukar dekat sini semalam.

Pengerusinya, Azahari Ismail berkata, program tersebut melibatkan aktiviti gotong-royong, lawatan ke rumah warga emas dan orang kurang upaya (OKU), lawatan ke wad Hospital Pasir Mas serta pesta sukan rakyat.

Menurutnya, walaupun ini kali pertama program itu diadakan di kampung tersebut, namun sambutan dan sokongan yang diberikan oleh penduduk cukup menggalakkan.

"Saya mewakili penduduk kampung bangga kerana pihak kem sudi memilih kawasan ini untuk mengadakan program kemasyarakatan.

"Melalui program sebegini diharapkan kerjasama antara penduduk dengan pihak Kem Cancun Park bertambah erat selepas ini," katanya pada majlis itu.

Perasmian majlis tersebut disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Pasir, Abdul Aziz Muhammad.

Turut hadir, Komandan Kem PLKN Cancun Park, Kolonel Zahari Harun.

Sementara itu, seorang penduduk, Ishak Muhammad, 42, menyambut baik penganjuran program tersebut kerana ia mampu mengeratkan hubungan masyarakat setempat dengan pelatih PLKN di kem berkenaan.

"Saya harap program sebegini akan diteruskan pada masa akan datang," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

'Safari Afrika' di Zoo Kemaman

Posted:

'Safari Afrika' di Zoo Kemaman

'Safari Afrika' di Zoo Kemaman


Ahmad Said mendukung seekor anak singa yang diberi nama Yippa di Zoo Kemaman, Terengganu, semalam.


KEMAMAN 19 Nov. - Kerajaan negeri akan menaik taraf Zoo Kemaman di sini supaya menjadi antara zoo terbesar di negara ini termasuk mewujudkan 'Safari Afrika' sebagai tarikan terbaru kepada pengunjung.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, zoo berkenaan menerima 13 singa daripada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) bagi membolehkan zoo itu dilengkapi 'Safari Afrika'.

Beliau memberitahu, haiwan berusia antara dua bulan hingga tujuh tahun dan terdiri daripada tujuh jantan dan enam betina.

Selain itu, jelas Ahmad, Jabatan Perhilitan turut menyerahkan dua ekor tapir dan empat ungka yang dibawa khas dari pusat pemeliharaan di Zoo Melaka.

"Kesemua 13 singa itu merupakan haiwan yang dirampas oleh Jabatan Perhilitan di beberapa zoo di negara ini setelah didapati tidak menepati spesifikasi ditetapkan.

"Sasaran Zoo Kemaman adalah untuk mencapai standard antarabangsa selain menjadi antara zoo terbesar di negara ini," katanya pada majlis penyerahan haiwan itu di sini, hari ini.

Ahmad seterusnya menjelaskan, selain 'Safari Arfika', Zoo Kemaman yang berkeluasan 120 hektar juga merancang mewujudkan sebuah 'Safari Malam'.

Justeru, jelasnya, beberapa ekor haiwan seperti zirafah dan antelop akan dibawa masuk ke zoo itu selewat-lewatnya tahun depan.

"Buat masa ini kita bawa masuk haiwan lain secara berperingkat bagi membolehkan kita menyediakan kawasan dan sangkar yang sesuai," katanya.

Katanya, Zoo Kemaman yang mula dibuka pada 2009 sehingga kini mempunyai 36 jenis mamalia termasuk harimau dan gajah, enam ekor beruang dan lebih 100 spesies burung.

Dalam pada itu, Ketua Pengarah Perhilitan, Datuk Abdul Rasid Samsudin berkata, Zoo Kemaman merupakan zoo keempat di Malaysia yang menerima singa daripada jabatan itu selepas Zoo Negara, Zoo Melaka dan Zoo Taiping di Perak.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Muka Hadapan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Muka Hadapan


Kesihatan rakyat Kelantan terancam

Posted:

Kesihatan rakyat Kelantan terancam

Kesihatan rakyat Kelantan terancam


SEORANG penduduk menunjukkan perbezaan air yang disalurkan kerajaan negeri (kiri) dengan menggunakan tapisan air dan air mineral (kanan) di Machang, Kelantan.



MASALAH kegagalan penyediaan bekalan air bersih dan dirawat kepada keseluruhan penduduk Kelantan seolah-olah tidak diberi perhatian, tiada penyelesaian dan dibiarkan berlalu begitu sahaja.

Keadaan ini sangat berbahaya buat kira-kira 1.54 juta penduduk negeri itu. Ini kerana penggunaan air mentah dan tidak dirawat dalam kehidupan seharian bakal mengundang risiko kepada kesihatan.

Sepanjang dua bulan ini, Mingguan Malaysia telah melakukan pemerhatian dan siasatan secara klinikal di Kelantan malah mengambil sampel air dari semua jajahan untuk diuji kaji kualitinya di makmal bertauliah.

Hasilnya memeranjatkan. Selain bahaya air mentah yang tidak bersih dan tidak dirawat, ujian mendapati air yang dibekalkan ke rumah-rumah oleh Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB) juga kurang berkualiti.

Malah air dibekalkan oleh AKSB itu khususnya di Bachok mengandungi logam arsenik dan besi yang boleh menyebabkan kanser dan juga komplikasi kepada hati serta jantung.

Wartawan MOHD. ASRON MUSTAPHA dan TERMIZI CHE ANUAR serta jurugambar MOHD. NAIM AZIZ menghasilkan beberapa siri laporan khas penyiasatan yang pertama seumpamanya, meliputi hasil ujian makmal, laporan penyelidikan oleh Kementerian Kesihatan, tinjauan di lapangan, luahan para penduduk dan reaksi daripada pakar-pakar berkaitan.

Ikuti Siri 1 laporan khas tersebut.

KUALA LUMPUR 19 Nov. - Data rasmi Panduan Industri Air Malaysia 2011 mengenai bekalan air bersih di seluruh negara mendapati Kelantan menduduki tempat paling bawah, sehingga dilabelkan sebagai negeri yang memiliki air kurang selamat dan berisiko.

Fakta ini sudah pasti mengejutkan kira-kira 1.54 juta penduduk Kelantan. Selama ini sebahagiannya terpaksa bergantung kepada air perigi dan sungai disebabkan kegagalan pembekalan air terawat oleh Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB).

Kementerian Kesihatan menerusi uji kaji berasingan bagi tempoh 2008-2010, juga mendapati air di negeri itu mengandungi arsenik, merkuri, mangan dan plumbum, iaitu logam-logam yang kesemuanya boleh memudaratkan kesihatan termasuk mengakibatkan kanser.

Bertitik tolak daripada data saintifik itu, Mingguan Malaysia baru-baru ini menjalankan penyiasatan hampir dua bulan di negeri tersebut bagi mencari jawapan kepada persoalan yang tercetus daripada isu berkenaan.

Di samping menemu ramah penduduk, menyelami dan menyaksikan sendiri kesengsaraan mereka mendapatkan bekalan air bersih, wartawan akhbar ini turut memperoleh laporan penyelidikan saintifik Kementerian Kesihatan.

Tidak cukup dengan itu, Mingguan Malaysia mengambil masing-masing 10 sampel daripada punca air paip, air perigi dan air telaga tiub dari setiap jajahan di Kelantan.

Sampel air itu kemudian dihantar untuk diuji kaji di sebuah makmal bertauliah yang memiliki pengiktirafan MS ISO/IEC 17025 di Selangor, bagi mengetahui sejauh mana kualiti air di negeri tersebut.

Ujian makmal itu, memfokus kepada kandungan beberapa logam berat antaranya merkuri; arsenik; kadmium; kromium; perak; zink; sodium; sianida; kuprum; dan magnesium.

Rumusan laporan sembilan muka surat makmal tersebut mengesahkan bahawa kualiti air yang digunakan penduduk dalam kehidupan seharian di Kelantan sangat rendah malah berisiko tinggi kepada kesihatan.

Ancaman paling besar kepada kesihatan penduduk Kelantan adalah penemuan logam arsenik, mangan serta besi yang kandungannya melebihi kadar dibenarkan oleh Standard Kualiti Air Minuman 2009, Kementerian Kesihatan.

Paling memeranjatkan, air terawat yang dibekalkan oleh AKSB ke rumah-rumah juga tercemar. Sampel dari Bachok didapati mengandungi logam arsenik dan besi, masing-masing 0.025mg/l dan 2.15 mg/l. Kadar selamat dan dibenarkan untuk arsenik ialah 0.01mg/l manakala besi, 0.3mg/l.

Selain terdedah kepada penyakit kanser, kehadiran arsenik dalam kuantiti berlebihan itu secara berpanjangan pula meningkatkan risiko kanser pada kulit, paru-paru, pundi kencing serta hati.

Tidak cukup dengan risiko berkenaan, pendedahan kepada kandungan besi secara berlebihan boleh mendatangkan penyakit hati serta serangan jantung kepada penduduk negeri Kelantan.

Namun, bekalan air AKSB ke daerah lain didapati berada di bawah paras selamat yang ditetapkan.

Dalam pada itu, bagi kandungan arsenik dalam air mentah, hanya Pasir Puteh dan Kota Bharu menepati piawaian pihak berkuasa. Machang mencatat pencemaran paling tinggi iaitu 0.072 hingga 0.083 mg/l.

Walaupun air mentahnya tidak mengandungi arsenik, namun Kota Bharu tidak bebas pencemaran logam mangan. Ia muncul daerah tertinggi tercemar iaitu sekitar 0.38 mg/l diikuti Tumpat (0.31 mg/l) dan Pasir Puteh (0.28 mg/l).

Mangan boleh menyebabkan gangguan saraf dikenali 'manganism' (menggeletar seperti pesakit parkinson) selain gejala psikiatri seumpama halusinasi.

Kandungan mangan dalam air mentah di Bachok, Gua Musang, Machang serta Kuala Krai menepati standard kualiti air minuman yang ditetapkan Kementerian Kesihatan.

Sementara itu, bagi pencemaran logam besi, Pasir Mas mencatat kandungan tertinggi iaitu antara 0.03 hingga 4.89 mg/l, diikuti Bachok (2.15-4.07 mg/l) dan Pasir Puteh (0.49-1.03 mg/l).

Sampel-sampel air dari semua daerah juga secara ketara didapati mengandungi logam-logam lain yang boleh menjejaskan kesihatan seperti merkuri, sainida, kadmium, sodium dan zink.

Bagaimanapun, kandungannya berada di bawah paras yang dibenarkan.

Full content generated by Get Full RSS.

Air disahkan tercemar bakteria E.coli

Posted:

Air disahkan tercemar bakteria E.coli

Air disahkan tercemar bakteria E.coli


PENIAGA kedai runcit, Nik Razali Majid (kanan), 46, sedang menjual air bersih yang berharga RM7.50 setong.


KUALA LUMPUR 19 Nov. - Uji kaji makmal terhadap sampel air di Kelantan pada setiap tahun oleh Kementerian Kesihatan bukan saja mendapati ia mengandungi logam-logam berat malah bakteria berbahaya termasuk E.coli.

Lebih membimbangkan, E.coli turut ditemui dalam sampel air yang dibekalkan ke rumah-rumah oleh Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB).

Penemuan E.coli itu dalam sampel air dari Kelantan dikesan dalam uji kaji yang dijalankan kementerian itu dari 2008 hingga 2010.

Laporan Bilangan dan Peratusan E.coli dan Logam Berat Bagi Air Terawat dan Air Mentah Mengikut Daerah Negeri Kelantan 2008-2010 yang dibekalkan kepada Mingguan Malaysia oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Hasan Abdul Rahman.

Perlu ditegaskan bahawa kerajaan dan juga standard antarabangsa menetapkan bahawa bekalan air terawat mestilah bebas daripada bakteria E.coli.

Ini kerana, E.coli sangat berisiko kepada kesihatan manusia iaitu boleh menyebabkan cirit-birit, muntah, demam, najis berdarah dan paling bahaya ialah dehidrasi atau penyahhidratan yang membawa maut.

Sepanjang tahun lalu sahaja, 11 kes pencemaran E.coli membabitkan air AKSB direkodkan kementerian di Tanah Merah, diikuti Jeli (lapan kes), manakala Pasir Puteh dan Kuala Krai masing-masing dengan tujuh kes.

Beberapa syarikat pengendali air negeri lain memberitahu Mingguan Malaysia, pencemaran bakteria E.coli dalam air terawat iaitu air yang telah melalui loji rawatan, selalunya berpunca daripada kekurangan klorin.

Bagi kes kandungan E.coli dalam air mentah pula, pada 2010 Pasir Puteh mencatat peratusan kes tertinggi iaitu 17.31 peratus, diikuti Gua Musang (16.67 peratus) dan Tanah Merah (11.97 peratus).

Kehadiran banyak bakteria itu dalam sumber air mentah yang digunakan rakyat Kelantan dipercayai berpunca daripada ketiadaan sistem tangki septik (najis) yang sistematik di negeri itu sejak sekian lama dan ia merangkumi keseluruhan daerah termasuk Kota Bharu.

Disebabkan ketiadaan sistem tersebut dan kesukaran mendapat air terawat, kebanyakan masyarakat Kelantan menggali perigi pada jarak rata-rata kurang 50 meter dari tangki najis rumah masing-masing, menyebabkan berlaku serapan bakteria melalui air bawah tanah.

Dalam laporannya, kementerian turut mengesan pencemaran logam berat dan bakteria berbahaya tidak hanya terhad kepada air mentah dari sumber perigi, telaga tiub dan sungai semata-mata, tetapi turut merangkumi air yang dibekalkan AKSB.

Ancaman utama sekali lagi membabitkan mangan, arsenik serta bakteria e-coli disebabkan kegagalan AKSB mematuhi piawaian rawatan air selain kadar liputan air terawat kepada isi rumah Kelantan yang cukup rendah, iaitu hanya 57 peratus daripada 1.54 juta penduduk.

Dalam pada itu, pencemaran mangan dalam air mentah, hanya Bachok dan Tumpat yang bebas daripada pencemaran logam berkenaan untuk tempoh 2008 hingga 2010.

Kota Bharu, Machang, Pasir Mas, Pasir Puteh, Tanah Merah, Gua Musang, Kuala Krai dan Jeli dikesan mempunyai kandungan mangan melebihi piawaian dengan Kuala Krai mencatat pencemaran tertinggi sejak 2009.

Pencemaran mangan dalam air terawat yang dibekalkan AKSB juga tidak banyak bezanya apabila hanya empat daripada 10 daerah yang bebas pencemaran iaitu Machang, Bachok, Pasir Mas serta Pasir Puteh dan kawasan paling teruk tercemar adalah Kota Bharu.

Berbeza dengan ujian oleh Mingguan Malaysia bagi pencemaran arsenik untuk tahun ini, kementerian hanya mengesan pencemaran logam itu pada 2010 melibatkan air mentah dengan kawasan paling teruk juga di Kota Bharu.

Full content generated by Get Full RSS.

Guru kerja 9 jam tak diteruskan

Posted:

Guru kerja 9 jam tak diteruskan

Guru kerja 9 jam tak diteruskan

Oleh HISYAMUDDIN AYUB
utusansabah@utusan.com.my

LABUAN 19 Nov. - Kerajaan memutuskan untuk tidak meneruskan projek perintis yang mewajibkan guru bekerja sembilan jam sehari pada Januari ini di empat negeri, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran menjelaskan, langkah itu bertujuan mengelak salah sangka dan kekeliruan di kalangan masyarakat dan guru sendiri terhadap pelaksanaan program tersebut.

Katanya, kementerian berasakan program tersebut tidak perlu diteruskan, tetapi segala kajian yang telah dibuat akan dilakukan penelitian secara lebih mendalam.

"Program itu juga tidak perlu diteruskan jika guru sendiri tidak memahami kehendak sebenar program tersebut yang bertujuan memperkasakan perkhidmatan guru di negara ini," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mengadakan lawatan singkat ke Labuan dan menyerahkan kunci rumah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di Kampung Sungai Labu di sini hari ini.

Hadir sama Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin dan Ahli Parlimen Labuan, Datuk Yusof Mahal.

Muhyiddin berkata, projek perintis itu sebenarnya tidak bertujuan membebankan guru-guru, sebaliknya ia merupakan proses menambah baik bidang pendidikan.

"Profesion guru amat istimewa kerana mereka mendidik anak bangsa. Program ini akan memantapkan lagi perkhidmatan perguruan selain memberi impak lebih besar kepada bidang pendidikan negara," katanya.

Muhyiddin bagaimanapun berkata, projek perintis yang dimulakan di Melaka Tengah dan melibatkan 19 buah sekolah diteruskan seperti biasa.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Sabtu, 19 November 2011

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


47 emas semalam, angka 60 tidak mustahil

Posted:

47 emas semalam, angka 60 tidak mustahil

47 emas semalam, angka 60 tidak mustahil


PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meluangkan masa seketika menyaksikan perlawanan bola sepak Malaysia menentang Myanmar selepas mengadakan sidang media pada Sidang Kemuncak ASEAN di Nusa Dua, Bali, Indonesia, semalam.


JAKARTA - Dengan saingan temasya Sukan SEA Indonesia XXVI masih berbaki tiga hari, kontinjen negara terus mengutus khabar gembira dengan tambahan enam pingat emas pada hari kesembilan semalam.

Paling menggembirakan seluruh rakyat Malaysia tentunya kejayaan Harimau Muda berjaya mara ke final selepas menewaskan Myanmar 1-0 yang keputusan itu sekali gus memberikan peluang untuk kita mempertahankan emas bola sepak yang dimenangi dua tahun lalu.

Sebelum itu, kem negara sudah pun diceriakan dengan enam emas yang disumbangkan sukan berbasikal trek (dua), renang berirama (dua) serta wusyu dan renang perairan terbuka masing-masing satu.

Ia menjadikan kutipan emas setakat semalam kepada 47 butir dan mungkin itulah sebabnya mengapa Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dengan rasa penuh yakin mencabar kontinjen untuk memburu pula 60 emas.

Hakikatnya, sasaran terbaru itu bukanlah mustahil untuk dicapai.

Ini kerana berbasikal trek dan renang berirama yang membuka gelanggang semalam dilihat mampu menjadi lubuk emas.

Emas terawal dihadiahkan oleh pelumba basikal trek wanita, Fatehah Mustapa yang mengetepikan masalah demam untuk menggegar Velodrom Rawamangun dengan menjuarai acara 500m ujian masa individu.

Mohd. Harrif Saleh memastikan satu lagi emas milik Malaysia apabila dia mengungguli perlumbaan 10km scratch, sekali gus melaungkan amaran awal kejaguhan pelumba trek kita selepas maruah pelumba lebuh raya dan BMX tercalar berikutan kegagalan meraih sebarang pingat.

Selepas dua hari menyepi, pingat emas kembali menyinar di kolam renang Pusat Akuatik Jakabaring, kali ini disumbangkan oleh skuad renang berirama yang diketuai Katrina Ann Hadi dan Png Hui Chuen.

Katrina dan Hui Chuen terlebih dahulu bergandingan untuk membolot emas sulung dalam acara duet rutin teknikal sebelum turun ke kolam buat kali kedua, dua jam kemudian untuk beraksi bersama enam lagi rakan dan menghasilkan kilauan emas kedua.

Dalam pada itu, perenang perairan terbuka, Heidi Gan terus mencuri tumpan apabila meraih emas kedua.

Selepas memenangi acara 5,000m renang perairan terbuka, Heidi sekali lagi menakluk Pulau Putri, Kepulauan Seribu dan lebih menakjubkan, pada jarak yang lebih jauh iaitu 10,000m.

Sementara itu, wusyu akhirnya memberikan sinar emas pada hari kedua sukan itu berlangsung apabila Lee Yang memenangi acara gabungan Taijiquan dan Taijijian lelaki.

Lee Yang yang ketinggalan kepada pencabarnya, Daniel Parantac selepas pusingan pertama kelmarin, bangkit dengan aksi yang lebih kemas untuk menafikan atlet wusyu Filipina itu.

Malangnya, Ng Shin Yii gagal memberikan emas berganda dalam bahagian wanita apabila sekadar menduduki tempat kedua di belakang atlet tuan rumah, Lindswell. - Utusan

Full content generated by Get Full RSS.

Chong Wei kalah kepada Lin Dan

Posted:

Chong Wei kalah kepada Lin Dan

Chong Wei kalah kepada Lin Dan

Oleh TAN MING WAI
tan.mingwai@utusan.com.my

KUALA LUMPUR - Rekod buruk pertembungan Datuk Lee Chong Wei dengan Lin Dan berterusan apabila dia sekali lagi kecundang di tangan seterunya itu.

Terbaru, ia berlaku pada separuh akhir Terbuka Hong Kong semalam yang menyaksikan Chong Wei tunduk straight set 16-21, 14-21 dalam tempoh 46 minit.

Pertemuan semalam merupakan yang ke-25 antara mereka, dan kejayaan yang diperolehi Lin Dan telah melebarkan rekod kemenangan peribadi kepada 17-8.

Ia juga merupakan kemenangan ketiga tahun ini buat Lin Dan ke atas pemain No. 1 dunia itu selepas turut mengatasinya di Terbuka Korea awal tahun ini dan Kejohanan Dunia di London, Ogos lalu.

Bagi Chong Wei, dia mengalami kekecewaan berganda kerana buat kali pertamanya dalam tahun ini dirinya gagal melangkah ke final dalam sesuatu pertandingan.

Daripada 10 perlawanan akhir yang dia beraksi, enam berakhir dengan dia muncul juara.

Tetapi tidak di Hong Kong semalam, dipertemukan dengan Lin Dan yang terus unggul seperti kebiasaannya dan terus menjadi badi yang menghantuinya.

Pada mulanya, Chong Wei bermula penuh yakin dengan mendahului 9-3, tetapi hilang rentak dan memberi ruang kepada lawannya untuk mengejar dan memintas pada kedudukan 13-11.

Bermula saat itu, Chong Wei tidak kelihatan seperti akan bangkit, apatah lagi menang.

Tidak kira apa pukulan yang diusahakan jaguh kita itu, Lin Dan tetap mampu menjawabnya dan keadaan tersebut berterusan sehingga pemain penuh berkarakter itu melengkapkan kemenangan 21-14.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Politik

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Politik


Zul Noordin nafi dakwaan Syed Husin

Posted:

Zul Noordin nafi dakwaan Syed Husin

Zul Noordin nafi dakwaan Syed Husin

KUALA LUMPUR 19 Nov. - Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin hari ini menafikan dakwaan bahawa beliau meminta RM60,000 untuk mengosongkan kerusinya bagi membolehkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding.

Sambil menyifatkan dakwaan veteran Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Syed Husin Ali menerusi buku Memoir Perjuangan Politik sebagai pembohongan, Zulkifli berkata, Syed Husin sendiri yang berjumpanya mewakili Anwar untuk menawarkan supaya kerusi itu dikosongkan.

Malah tambah beliau, Syed Husin juga ada menyebut jika beliau bersetuju mengosongkan kerusi itu, Anwar berjanji menawarkan jawatan dalam mana-mana anak syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di Selangor dengan imbuhan bulanan antara RM50,000 hingga RM60,000 sebulan.

"Malah Syed Husin meyakinkan saya, Anwar akan mengotakan janji tersebut kerana dia juga mendapat janji yang sama untuk mengosongkan jawatan Timbalan Presiden PKR kerana Anwar mahukan Azmin Ali menyandang jawatan tersebut.

"Syed Husin memberitahu saya kalau dia mengosongkan kerusi Timbalan Presiden PKR untuk memberi laluan kepada Azmin, Anwar menjanjikan dia jawatan Senator," katanya dalam entri terbaru bertajuk Anjing-Anjing Pencen dalam blognya di http://zul4kulim.blogspot.com/ hari ini.

Full content generated by Get Full RSS.

Pihak cuba politikkan isu tahanan ISA tidak bertanggungjawab

Posted:

Pihak cuba politikkan isu tahanan ISA tidak bertanggungjawab

Pihak cuba politikkan isu tahanan ISA tidak bertanggungjawab

KLUANG 19 Nov. – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyelar pihak yang mempolitikkan isu penahanan 13 individu di Tawau, Isnin lalu, dan menyifatkan golongan itu tidak bertanggungjawab dan berbahaya kepada negara.

Beliau menegaskan, pihaknya mempunyai asas menahan individu berkenaan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) bertujuan melindungi negara daripada ancaman serius pengganas.

Hishammuddin berkata, 'roh' ISA telah dimansuhkan tetapi ia wajar digunakan sebelum diganti dengan akta baru pada Mac tahun depan yang akan memberi tumpuan khusus kepada langkah membanteras aktiviti pengganas.

"Dalam konteks keganasan, tidak ada mana-mana pihak yang boleh menyatakan kita tidak perlu undang-undang mengawal mereka (pengganas) ini yang tidak takut mati, malah mahu mati jihad.

"Saya lihat mereka yang cuba mempolitikkan (penahanan), golongan tidak bertanggungjawab dan jika kita anggap pengganas tadi sebagai mereka yang merbahaya, orang mempolitikkan isu ini juga merupakan golongan merbahaya," katanya selepas merasmikan Program Pemimpin Bersama Rakyat di Felda Bukit, Tongkat dekat sini hari ini.

Hishammuddin memberitahu, kes penahanan individu itu melibatkan rangkaian tiga negara dengan pengikut mereka yang tidak takut mati kononnya atas nama jihad.

Jelasnya, senjata dirampas juga adalah dalam jumlah yang banyak dan diperoleh dari luar negara sekali gus menimbulkan ancaman serius kepada Malaysia.

Pada masa sama, beliau turut menyelar tindakan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) yang mahu kerajaan membebaskan tahanan itu seperti dilaporkan portal berita, The Malaysian Insider hari ini.

Beliau berkata, Suhakam membuat kenyataan tidak bertanggungjawab tanpa mendapat fakta daripada pihaknya mengenai ancaman keganasan dan sewajarnya suruhanjaya itu bersifat lebih realistik dalam mengimbangi antara perjuangan hak asasi dan keselamatan negara.

"Datang jumpa dengan kita. Kita tak ada halangan jika mereka (Suhakam) dapat simpan rahsia untuk kita kongsi maklumat tetapi hendak membuat satu kenyataan tanpa mengetahui latar belakang fakta, hendak membebaskan mereka yang cukup berbahaya, itu merupakan satu kenyataan kalau betul cukup tidak bertanggungjawab oleh Suhakam.

"Kalau betul mereka nak suruh kita bebaskan tanpa soal siasat, tanpa mengetahui faktanya, biar rakyat menilai sendiri ke mana Suhakam sekarang ini," katanya.

Hishammuddin berkata, negara yang kononnya kuat memperjuangkan hak asasi manusia seperti Amerika Syarikat, United Kingdom dan Australia turut mempunyai akta khusus untuk memerangi pengganas, antaranya The Patriots Act dan The Terrorism Act.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, Ikatan Relawan Rakyat (Rela) dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) bakal diperkasakan seiring penghapusan ISA kerana ancaman keganasan kini tidak lagi hanya bertumpu di hutan tetapi turut berada di bandar-bandar.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Pil kuda gagal diseludup

Posted:

Pil kuda gagal diseludup

Pil kuda gagal diseludup

Oleh MOHD. ZUHARMAN MOHAMMAD NOR
pengarang@utusan.com.my

RANTAU PANJANG 19 Nov. - Pasukan Batalion Ke-2 Rejimen Sempadan menumpaskan cubaan seorang lelaki untuk menyeludup masuk 8.6 kilogram pil kuda dianggarkan bernilai RM600,000 di Pangkalan Haram Gergaji dekat sini, semalam.

Rampasan dilakukan semasa anggota pasukan berkenaan menjalankan rondaan di kawasan itu pukul 6.10 petang.

Penolong Pegawai Memerintah Batalion Ke-2 itu, Mejar Mohd. Nadzri Ismail berkata, anggotanya ternampak seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan membawa sebuah kotak bertulisan bahasa Thailand.

"Sebaik sahaja melihat kelibat anggota kami melakukan rondaan, lelaki itu terus membuang kotak tersebut dan melarikan diri.

"Hasil pemeriksaan mendapati kotak itu mengandungi 14 bungkusan mengandungi dadah berkenaan," katanya ketika ditemui pemberita di Markas Sasaran Penting 8 Briged dekat sini, hari ini.

Menurutnya, bungkusan tersebut diserahkan kepada Cawangan Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas untuk siasatan lanjut.

Mohd. Nadzri berkata, pihaknya akan meningkatkan kawalan dan penguatkuasaan di kawasan sempadan bagi memastikan negara bebas daripada kegiatan penyeludupan.

Full content generated by Get Full RSS.

Bumbung rosak helikopter terbang rendah

Posted:

Bumbung rosak helikopter terbang rendah

Bumbung rosak helikopter terbang rendah

KUANTAN 19 Nov. - Bumbung beberapa buah kedai di Jalan Bukit Ubi di sini rosak diterbangkan angin, berpunca daripada sebuah helikopter milik Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri yang terbang rendah di kawasan tersebut, hari ini.

Turut rosak papan-papan tanda selain lima buah motosikal di hadapan premis itu yang terbalik.

Kejadian berlaku pukul 1 petang itu turut menggemparkan kira-kira 15 pelanggan dan peniaga yang menyaksikan pesawat tersebut terbang rendah dan seolah-olah mahu terhempas.

Pesawat itu kemudian melakukan pendaratan di padang Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) 2 di sini yang terletak berhadapan Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Ubi di sini.

Pemilik kedai alat ganti motosikal, Ta Kuan Yew, 40, berkata, semasa kejadian, dia melayan pelanggan di kedainya sebelum terdengar bunyi deruman dan angin kuat dari atas bumbung premisnya.

"Panik dengan bunyi deruman dan tiupan angin kuat itu, pelanggan saya bertempiaran lari masuk ke dalam kedai.

"Pada masa sama, lima motosikal yang diletakkan di depan kedai saya terbalik dan dahan pokok turut patah," katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Pemilik kedai peralatan menjual alatan sembahyang, Ng Ah Noi, 50, berkata, dia melihat pekerjanya berlari masuk ke dalam kedai dan terdengar bunyi objek diterbangkan dari atas bumbung premisnya.

"Papan tanda perniagaan yang dipasang di kedai terjatuh kerana tempias angin kuat pesawat itu," katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teruntum, Chang Hong Seong berkata, pihaknya menerima lima aduan kerosakan premis perniagaan ekoran kejadian tersebut.

"Saya sudah maklumkan perkara itu kepada pihak Bomba dan mereka bersedia membayar ganti rugi kepada peniaga terbabit. Mereka akan melakukan siasatan sebelum tindakan diambil," katanya lagi.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


AS terus berdegil

Posted:

AS terus berdegil

AS terus berdegil


Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama (kanan) ketika bertemu dengan Perdana Menteri China, Wen Jiabao dalam satu majlis sempena Sidang Kemuncak Asia Timur di Nusa Dua, Bali, Indonesia, semalam. - Reuters


NUSA DUA, Indonesia 19 Nov. - Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama terus menyentuh isu tuntutan bertindih wilayah maritim di Laut China Selatan selain hal berkaitan ekonomi ketika bertemu Perdana Menteri China, Wen Jiabao hari ini.

Pertemuan antara Obama dan Jiabao itu dibuat dalam satu majlis di Sidang Kemuncak Asia Timur selepas 'perang mulut' antara dua kuasa besar dunia itu sejak seminggu lalu.

Penasihat Keselamatan Nasional AS, Tom Donilon berkata, perbincangan itu memfokus kepada isu ekonomi.

"Obama melahirkan kebimbangan apabila Washington melihat senario penurunan nilai mata wang yuan yang disengajakan dan perbalahan mengenai perdagangan, isu yang ditimbulkan ketika bertemu Presiden China, Hu Jintao di Hawaii minggu lepas,'' katanya.

Beliau juga menyentuh mengenai pertindihan tuntutan kawasan perairan yang ingin dibincangkan secara umum di sidang kemuncak tersebut.

China sebelum ini menegaskan perbincangan isu itu seharusnya melibatkan negara terlibat sahaja.

"Obama memberi isyarat mereka akan mengadakan perbincangan lanjut mengenainya dalam konteks pemimpin Asia Timur.

"Kepentingan AS hanya melibatkan kebebasan pengemudian dan aliran perdagangan bebas serta penyelesaian perbalahan secara aman tetapi kami tidak mempunyai sebarang tuntutan jadi kami tidak akan memihak kepada mana-mana pihak,'' ujarnya,

Donilon berkata, kedudukan AS dalam isu itu adalah secara prinsip memandangkan negara tersebut merupakan satu kuasa Pasifik, perdagangan dan maritim.

Katanya, beberapa negara Asia Tenggara juga telah merujuk isu maritim itu kepada Obama.

China melihat inisiatif Pasifik AS sebagai campur tangan dalam pengaruhnya di rantau ini dan Jiabao semalam memberi amaran terhadap campur tangan luar dalam isu-isu di rantau ini. - AFP

Full content generated by Get Full RSS.

Anak Gaddafi ditangkap

Posted:

Anak Gaddafi ditangkap

Anak Gaddafi ditangkap

TRIPOLI 19 Nov. - Anak bekas pemimpin Libya, Saif al-Islam ditangkap di selatan negara ini, kata seorang pegawai kanan Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) hari ini.

Menteri Kehakiman NTC, Mohammed al-Allagui berkata, Saif yang pernah disebut-sebut sebagai pewaris Muammar Gaddafi, dikehendaki oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).

Namun al-Allagui enggan mengulas lanjut penangkapan itu.

ICC mengeluarkan waran tangkap ke atas Saif, ayahnya dan bekas ketua perisikan Gaddafi, Abdullah al-Senussi pada 27 Jun lalu atas tuduhan melakukan jenayah kemanusiaan untuk menghentikan tunjuk perasaan antirejim.

Satu sumber majlis 'thwar' (revolusi) Tripoli yang dianggotai bekas pemberontak yang menggulingkan rejim Gaddafi berkata, Saif ditangkap di wilayah Ubari, selatan negara ini.

Pendakwa raya ICC, Luis Moreno-Ocampo pada 9 November lalu berkata, Saif pasti akan ditangkap dan masa sahaja yang akan menentukannya.

Seminggu sebelum itu, Moreno-Ocampo memberitahu Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), ICC menerima soalan daripada individu-individu yang rapat dengan Saif tentang tindakan undang-undang yang akan dikenakan jika dia menyerah diri.

Wakil Saif turut mempersoalkan nasib anak Gaddafi itu sekiranya dia dihadapkan ke mahkamah dan disabitkan kesalahan serta berkemungkinan dibebaskan.

Pasukan penyiasat ICC melawat Libya untuk mengumpul lebih banyak bukti dalam kes Saif dan turut menyiasat dakwaan kes rogol yang dilakukan tentera Gaddafi semasa melakukan tindakan keras terhadap penunjuk perasaan sebelum demonstrasi itu bertukar menjadi perang saudara. - AFP

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Menangi hati orang Melayu

Posted:

Menangi hati orang Melayu

Menangi hati orang Melayu

Bermula 29 November hingga 3 Disember ini Perhimpunan Agung UMNO sekali lagi akan berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Signifikannya persidangan kali ini, ia dilihat sebagai kali terakhir sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 diadakan.

Pastinya dalam suasana politik hari ini, kedudukan dan penerimaan masyarakat terhadap parti ini masih lagi menjadi sesuatu yang ditagih kerana perjuangan untuk agama, bangsa dan negara oleh UMNO selama ini telah dilaksanakan dengan cemerlang.

Namun bersesuaian dengan keputusan PRU-12, UMNO itu sendiri perlu berubah mengikut kehendak dan keperluan semasa tetapi pada masa yang sama tidak mengabaikan kelangsungan yang telah diperjuangkan selama ini.

Untuk mendapatkan penjelasan mengenai perkembangan ini Mingguan Malaysia yang diketuai oleh Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan, DATUK OTHMAN MOHAMAD beserta ZIN MAHMUD, GAMAL NASIR MOHD. ALi, MARHAINI KAMARUDDIN, HAFIZAHRIL HAMID dan jurugambar FAUZI BAHARUDIN telah mewawancara bekas Perdana Menteri TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD pada Khamis lepas.

Dr. Mahathir, menyatakan sehingga kini UMNO masih belum lagi giat berusaha untuk mendapat sokongan daripada rakyat terutamanya orang Melayu.

Ujarnya dalam pertemuan yang berlangsung di pejabatnya di Tingkat 86, Menara Dua KLCC, BN tidak boleh menang hanya dengan undi Cina sahaja.

"Ia hanya undi tambahan. Undi Melayu perlu diperoleh cukup banyak, jika tidak kita tidak boleh menang," katanya.

MINGGUAN: Bagaimana Tun melihat keadaan UMNO hari ini?

DR. MAHATHIR: Saya tidak nampak UMNO sedang giat berusaha untuk mendapat sokongan daripada rakyat. Biasanya dekat-dekat pilihan raya ada banyak aktiviti supaya rakyat dapat faham perjuangan yang sebenarnya tapi nampaknya tidak begitu aktif, tak tahulah saya memandangkan saya jarang keluar akhbar sekarang, jadi saya tak tahulah. Ini impression yang saya dapat.

Apakah berbeza jika dibandingkan dengan keadaan dahulu?

DR. MAHATHIR: Dahulu kita kuat, tidak ada orang yang meninggalkan parti tetapi sekarang kita perlu memenangi semula mereka yang telah meninggalkan parti. Umpamanya UMNO masih tidak terima ahlinya yang letak jawatan atau keluar UMNO ketika saya bertindak keluar dahulu. Ramai juga yang keluar tapi banyak bahagian yang tidak mahu terima mereka, walaupun jumlah mereka sedikit. Kita tidak menang pilihan raya lalu dengan undi besar, jadi kalau ada ahli yang keluar walaupun 200 atau 300 orang itu sudah cukup besar. Kalau lari 100 orang kita kena cari 200 orang balik. Jika tidak dapat jumlah dua kali ganda yang telah meninggalkan UMNO agak susah untuk kita dapat kemenangan.

Apakah ini punca kebanyakan mereka beralih kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kerana permintaan mereka untuk kembali dalam UMNO ditolak?

DR. MAHATHIR: Ini lebih kerana kecewa kerana dahulu mereka percaya UMNO akan memperjuangkan nasib mereka. Sekarang ini mereka dapati UMNO tidak nampak memperjuangkan nasib orang Melayu. Sebab itu mereka menubuhkan NGO dan ia sebenarnya tidak boleh buat apa-apa pun tetapi kerana mereka mempunyai ahli dan tidak mengundi UMNO dan BN maka kesannya besar. Sebab itu kita kena tahu alasan kenapa mereka beralih kepada NGO.

Tidakkah dengan wujudnya NGO ini akan memecahbelahkan penyokong UMNO?

DR. MAHATHIR: Mereka nak sokong UMNO seperti contoh Perkasa, mereka sokong UMNO tetapi kerana terdapat isu-isu orang Melayu yang tidak dimainkan UMNO dan kemudiannya diambil alih oleh Perkasa. Oleh itu UMNO harus ambil tahu, tidak boleh melihat Perkasa sebagai musuh. Kita sebenarnya tidak boleh mempunyai banyak musuh pada masa sekarang. Orang yang hendak menjadi musuh pun kita patut pertahankan dan kemudian ambil tahu apa masalahnya.

Kita lihat perkiraan NGO mudah iaitu dari segi Melayu, tapi kalau dari segi UMNO sebagai kerajaan pula terpaksa mengimbangi antara Melayu dan bukan Melayu. Bagaimana seharusnya NGO ini berperanan?

DR. MAHATHIR: Kita boleh jaga kepentingan orang bukan Melayu tanpa membelakangkan kepentingan Melayu. Kita harus jelas sebab-sebab kita membuat tindakan. Umpamanya tempat-tempat dalam universiti kerajaan kita ambil tahu tetapi kita tidak ambil tahu tempat-tempat dalam universiti swasta. Apakah orang Melayu begitu ramai di universiti swasta? Jika orang Melayu semakin kurang dalam universiti kerajaan dan tidak ramai di universiti swasta, maknanya mereka semakin hilang tempat. Sedangkan masa saya masih memerintah, kita tubuh twinning arrangement untuk memberi peluang kepada orang bukan Melayu mendapat pelajaran di universiti. Lepas itu kita benarkan penubuhan universiti swasta untuk memenuhi keperluan pendidikan bukan Melayu kerana kita tahu mereka tidak dapat banyak tempat di universiti kerajaan. Tapi sekarang ini kita tubuh banyak universiti swasta tetapi kita kurangkan lagi pelajar Melayu dalam universiti kerajaan. Nampaknya orang Melayu yang semakin rugi.

Tun nampaknya melihat UMNO tidak ada usaha yang giat untuk menarik sokongan orang Melayu. Berdasarkan pengalaman Tun apa nasihat Tun untuk memperbaiki keadaan ini?

DR. MAHATHIR: Masa saya dahulu tidak banyak masalah kerana UMNO sangat kukuh dan mereka yang dipilih memimpin terdiri daripada mereka yang berpengalaman. Tetapi sejak beberapa tahun ini orang yang ada kelulusan tinggi tidak diterima masuk dalam UMNO, sebab itu mereka masuk Pas. Jadi di kalangan pemimpin UMNO tidak banyak yang berkaliber, tambah lagi mereka dikaitkan dengan rasuah seperti bertanding untuk Ahli Majlis Tertinggi misalnya. Malah banyak cerita ahli dapat sesuatu untuk mengundi mereka. Oleh itu UMNO perlu kikis perkara ini, jika rasuah itu sudah berlaku sekurang-kurangnya orang yang seperti ini tidak boleh dibenarkan jadi calon.

Masihkah ada masa untuk memperbetulkan keadaan UMNO sebelum menghadapi pilihan raya?

DR. MAHATHIR: UMNO sudah menjadi rosak dengan teruk apabila Tun Abdullah Badawi mengambil alih. Ini kerana beliau mengutamakan keluarganya dan macam-macam lagi pertuduhan rasuah dan pelbagai lagi. Lepas itu orang tahu tentang penglibatan menantunya. Sekarang ini UMNO yang rosak ini diwarisi oleh Datuk Seri Najib untuk beliau perbaiki. UMNO memerlukan banyak masa supaya ia boleh diperkuatkan. Tapi beliau pun sibuk dan tidak mempunyai masa yang cukup. Pemimpin-pemimpin UMNO yang lain pula belum ada kredibiliti dan masih baru.

Tun melihat soal tidak berlaku perubahan ini di peringkat bahagian atau semua peringkat?

DR. MAHATHIR: Saya melihat dari peringkat cawangan sampai ke pusat.

Maknanya dari tahun 2008 hingga sekarang tidak ada perubahan?

DR. MAHATHIR: Tidak nampak perubahan yang berkesan dan UMNO pun tidak boleh mempertahankan diri. Bila dituduh rasuah senyap, bila dituduh rasis pun hanya senyap. Malah nak sebut nama Melayu pun sudah tidak boleh lagi, kalau sebut sahaja sudah jadi rasis. Orang lain boleh sebut bangsa mereka tapi orang Melayu tidak boleh. Saya pun dituduh rasis kerana bercakap tentang Melayu.

Apakah ini disebabkan kemunculan Melayu liberal yang semakin lantang bersuara. Mereka melihat parti yang mewakili Melayu ini sudah tidak relevan?

DR. MAHATHIR: Kita kena perjelaskan kenapa anggapan mereka bahawa parti berasaskan kaum ini tidak lagi relevan adalah salah. Tapi tidak ada satu usaha yang gigih untuk menjelaskan kepada mereka dan tanya pendapat mereka tentang hal ini. Kalau kita di pihak yang betul kita boleh jelaskan.

Mungkinkah kerana senario selepas Pilihan Raya Umum ke-12 yang begitu berbeza ketika zaman Tun dahulu. Ini kerana mereka semakin vokal dan agak memberontak?

DR. MAHATHIR: Kita tidak menjawab apa yang mereka persoalkan. Kita tidak jelaskan kepada mereka apa yang tidak betul. Ada yang fikir, kalaupun kita tidak diperintah oleh orang Melayu apa salahnya?

Siapa yang perjelas setakat ini? Dalam akhbar sajalah... (Sebenarnya) Orang Melayu sedia kongsi kuasa dengan orang lain, kita yang bagi hak kepada mereka tapi itu pun kita tidak berani sebut takut dituduh rasis. Tapi ini kebenaran. Ada yang kata orang Melayu juga adalah pendatang, kita tidak kata apa. Ada satu orang sebut (menjelaskan keadaan sebenar) di Pulau Pinang, dia telah digantung seolah-olah dia kata perkara yang salah sedangkan ia fakta. Takkan kita tidak boleh jelaskan kenapa Malaysia ini dipanggil Malaysia?

Adakah kerana semangat Melayu semakin berkurang atau kerana kurang kemampuan?

DR. MAHATHIR: Ini kerana kurang kemampuan dan juga kurang usaha. Masing-masing hanya menjaga tempat dia sahaja. Apa yang penting bagi mereka masih kekal sebagai ketua bahagian dan sebagainya. Jangan ada orang yang hendak mencabar mereka dan kerana itu tidak bagi orang yang ada bakat masuk bahagian mereka. Keduanya, mereka hendak jadi calon pilihan raya dan tidak menumpukan kepada menguatkan kembali UMNO. Kita kalau bertanding pilihan raya tetapi parti kalah tidak ada gunanya kerana kita hanya menjadi parti pembangkang. Yang penting bukan individu tetapi parti yang perlu menang. Jika ini keadaannya dan kalau terjadi cantas-mencantas, lagi UMNO akan kalah. Akhirnya UMNO tidak akan memerintah dan kita semua tidak dapat apa-apa pun.

Perhimpunan Agung UMNO hujung bulan ini mungkinkah boleh dijadikan platform terbaik untuk memperbetulkan semua masalah ini menjelang pilihan raya umum akan datang?

DR. MAHATHIR: Perhimpunan UMNO tahun ini saya yakin mereka tidak akan bangkitkan perkara yang tidak disukai atas alasan menjaga sensitiviti dan sebagainya. Oleh itu perkara ini akan hanya terbenam begitu sahaja. Tidak ada sesiapa membuat analisis tentang tuduhan terhadap UMNO sama ada betul atau tidak. Betulkah Dasar Ekonomi Baru (DEB) cuma menguntungkan kroni-kroni Perdana Menteri sahaja? Kita kena jawab semua perkara ini dengan jelas dan fakta.

Bagaimana Tun melihat generasi baru dalam UMNO?

DR. MAHATHIR: Bagi generasi baru, keupayaan untuk menjelaskan perjuangan UMNO sudah tidak ada.

Berita lanjut, sila rujuk edisi cetakan Mingguan Malaysia atau langgani e-Paper di http://ebrowse.bluehyppo.com/utusan/index.asp

Full content generated by Get Full RSS.

Isytihar perang sebagai jenayah

Posted:

Isytihar perang sebagai jenayah

Isytihar perang sebagai jenayah

Ku seman Ku Hussain

Mulai semalam hingga Selasa ini bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) George W. Bush dan Perdana Menteri Britain, Tony Blair "dibicarakan" di Kuala Lumpur. Mereka dibicarakan kerana dituduh melakukan jenayah perang terhadap Iraq pada 2003. Akibat jenayah itu dianggarkan 1.4 juta orang awam di Iraq terkorban, berjuta yang lain menderita krisis makanan dan kesihatan.

Walaupun kedua-dua pemimpin yang dianggap "paksi kejahatan dunia" itu tidak ada di Kuala Lumpur, perbicaraan diteruskan di hadapan tujuh panel hakim dan disaksikan oleh orang ramai.

Bush dan Tony Blair didapati melanggar piagam Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Mereka melancarkan perang atas Iraq untuk menumpaskan Presiden Saddam Hussein dengan alasan Iraq mempunyai loji senjata nuklear. Tetapi setelah didapati alasan itu tidak benar, PBB dan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) gagal mengambil tindakan terhadap terhadap kedua-dua mereka.

Membicarakan dua bekas pemimpin Barat itu memperlihatkan kesungguhan Malaysia memperjuangkan keadilan kepada mangsa jenayah perang sekaligus keamanan dunia. Pada masa yang sama Malaysia mendesak dunia mengiktirafkan perang sebagai jenayah dan mereka yang melakukan jenayah ini mesti dihukum. Walaupun Perang Dunia Kedua telah berakhir lebih 60 tahun lalu, kuasa besar Barat mengenepikan badan dunia seperti PBB untuk melancarkan perang atas negara lain yang merdeka.

Tribunal Jenayah Perang Kuala Lumpur dianjurkan oleh Yayasan Keamanan Global Perdana yang diusahakan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Perbicaraan ini juga sindiran tajam kepada PBB dan ICC yang gagal melaksanakan tanggungjawab untuk memberi keadilan sekaligus memperjuangkan hak asasi manusia untuk hidup aman. Ini memperlihatkan dengan jelas bahawa kedua-dua bekas pemimpin itu mempengaruhi PBB dan ICC untuk tidak menghukum mereka.

Perbicaraan dijalankan di depan tujuh panel hakim yang terdiri daripada Datuk Abdul Kadir Sulaiman, bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Dr. Zakaria Yatim, bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Tunku Sofiah Jewa, Profesor Salleh Buang, Alfred L. Webre, Profesor Emeritus Datuk Shad Saleem Faruqi, profesor undang-undang UiTM dan Profesor Niloufer Bhagwat. Tujuannya untuk membuktikan Bush dan Tony Blair melakukan jenayah di Iraq yang akhirnya mengakibatkan krisis kemanusiaan yang teruk.

Walaupun dipadankan dari sebuah tribunal jenayah perang Vietnam 1967 anjuran kerajaan Sweden dan Denmark untuk mendakwa AS membunuh orang awam Vietnam, Tribunal Jenayah Perang Kuala Lumpur lebih berwibawa. Ini kerana Suruhanjaya Jenayah Perang Kuala Lumpur menyediakan bukti-bukti yang sangat kukuh dan tidak boleh ditepis oleh tertuduh.

Antaranya rakaman pengakuan rakyat Iraq yang menjadi mangsa perang dan mereka yang didera di luar batas kemanusiaan semasa dalam tahanan. Pengumpulan bukti walaupun mengambil masa yang lama iaitu lebih dua tahun tetapi berhasil mengemukakan pertuduhan yang kukuh terhadap Bush dan Tony Blair. Inilah kali pertama sebuah tribunal membicarakan bekas pemimpin AS dan Britain itu selepas perang Iraq pada 2003.

Bagi tuduhan pertama, Bush dan Tony Blair dituduh melakukan jenayah dan menakluki sebuah negara yang merdeka, Iraq pada 19 Mac 2003. Ini menyalahi piagam PBB yang melarang serangan atas negara lain kecuali mempertahankan diri. Tuduhan kedua, Bush bersama lapan pegawai kanan dituduh melakukan penyeksaan dan mengeluarkan perintah eksklusif untuk mengecualikan semua konvensyen antarabangsa termasuk Konvensyen Geneva III 1949 terhadap penglibatan mereka di Afghanistan pada 2001 dan di Iraq pada 2003.

Serangan

Selain Bush dan Tony Blair, turut dituduh dalam Tribunal Jenayah Perang Kuala Lumpur ialah bekas Naib Presiden AS, Dick Cheney, bekas Setiausaha Pertahanan, Donald Rumsfeld, bekas Peguam Negara Alberto Gonzales, bekas Penasihat Jabatan Pertahanan, William Haynes dan profesor undang-undang, John Yoo. Kalau ada yang masih ingat, perang Iraq adalah ujian penting Rumsfeld mengendalikan serangan AS dengan teknologi pemusnah paling moden.

Seperti kata Dr. Mahathir, ini bukan mahkamah main-main kerana ada pendakwaan, ada tertuduh dan ada juga peguam untuk membela tertuduh. Dr. Mahathir memberi tanggungjawab kepada barisan panel hakim yang berwibawa dalam undang-undang antarabangsa untuk menghukum Bush, Tony Blain dan yang lain. Ini adalah keputusan berteraskan undang-undang bukan perasaan.

Usaha ini memperlihatkan walaupun Malaysia kecil tetapi tidak mengecilkan diri. Malaysia berusaha memperjuangkan keamanan sejagat dan sentiasa memerhati tingkah laku PBB yang tidak menjalankan tanggungjawab dengan adil. Cara Malaysia perjuangkan keamanan bukan menggunakan senjata seperti AS. Tribunal ini juga seharusnya memalukan ICC yang gagal mendakwa Bush dan Tony Blair padahal asasnya cukup kukuh. Keputusan perbicaraan ini digunakan untuk mendesak dunia memulaukan kedua-dua bekas pemimpin ini dari sebarang kegiatan termasuk mengundang mereka memberi ceramah.

Hak asasi manusia telah dicabuli kuasa-kuasa besar Barat. Mangsa perang dinafikan mendapat keadilan sebaliknya didera melampaui kemanusiaan. Maka Tribunal Jenayah Perang Kuala Lumpur mengambil tanggungjawab untuk memberi keadilan.

Pemimpin kuasa besar dunia tidak boleh memberikan apa alasan sekalipun untuk mewajarkan perang terhadap negara lain. Tidak ada istilah perang untuk keamanan seperti yang dislogankan oleh AS semasa menyerang Afghanistan. Sepuluh tahun AS memburu Osama Ben Laden dan berjuta yang menjadi korban. ternyata tidak ada istilah perang untuk keamanan. Lebih malang yang terkorban sama ada di Iraq atau Afghanistan sebahagian besarnya rakyat biasa.

Mana-mana pemimpin yang mewajarkan perang adalah menghalalkan pembunuhan beramai-ramai. Pembunuhan dan penyeksaan terhadap rakyat Palestin sejak tahun 1948 hingga kini oleh Israel disebabkan AS menghalalkan perang. Dalam perang Iraq, AS bukan sahaja menghalalkan pembunuhan dan penyeksaan malah menjadikan Iraq sebagai medan menguji teknologi senjata pembunuh termoden. Ini bukan rahsia lagi. Belanjanya ditanggung oleh kerajaan Iraq yang menjadi boneka AS sekarang ini. Ternyata "pertolongan" AS menjatuhkan Saddam bukanlah percuma. Ia dibayar dengan kehilangan nyawa, harta benda dan khazanah budaya berharga zaman kegemilangan Baghdad suatu waktu dulu.

Banyak pemimpin dunia yang terlibat dengan jenayah perang dibawa ke muka pengadilan. Bekas pemimpin rejim Khmer Rouge di Kemboja, Pol Pot yang membunuh lebih dua juta orang awam akhirnya dihadapkan ke muka pengadilan di negaranya. Tetapi ICC yang mempunyai pengaruh lebih besar tidak mendakwa Bush dan Tony Blair yang melakukan jenayah yang sama. Inilah jawapannya kenapa Malaysia memikul tanggungjawab dan menganjurkan Tribunal Jenayah Perang Kuala Lumpur. Mercutanda keadilan dan kemanusiaan disuburkan dari negara ini.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved