Sabtu, 19 November 2011

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Perlukah hina Zaiton?

Posted:

Perlukah hina Zaiton?

Perlukah hina Zaiton?


Sabri


Anugerah Industri Muzik sudah berlalu minggu lepas. Dalam ramai orang di Stadium Bukit Jalil tu, Joyah hadirkan diri juga sebab nak tengoklah hebat ke tak acara tu.

Tetapi malangnya Joyah dikecewakan oleh salah seorang artis yang lahir daripada pertandingan Maharaja Lawak, si Sabri.

Dia ni jadi pelawak yang muncul hanya pada waktu iklan di tv, sebab tu orang di rumah tidak tahu kewujudan dia pun.

Masalahnya, Sabri ni sudah melebih-lebih pula. Bagi Joyah apa yang dia buat bukan lagi satu lawak, sebaliknya penghinaan kepada golongan artis sendiri bila cuba memperlekeh dan mempersendakan penyanyi Zaiton Sameon dalam majlis tu.

Sudahlah muncul dengan pakaian ala-ala Zaiton di zaman muda, bercakap pula macam orang hilang ingatan, merapu meraban.

Siap bagi tahu lagi dialog yang kata Kak Eton nak kena makan ubat sebab ingat-ingat lupa. Kak Eton sudah tidak dipanggil untuk buat persembahan jadi perlu 'merembat' hadiah yang sepatutnya diberikan kepada peminat dan lain-lain lagi dialog yang memang 'kurang asam' sangat.

Ini buat Joyah tertanya-tanya, dia ni faham tak antara buat lawak dan menghina? Kalau tak faham, sila pergi sekolah baliklah, masuk kelas sivik ke, kelas fardu kifayah ke, eloklah sikit perangai tu.

Zaiton Sameon masih hidup dan dia masih naik turun pentas, kenapa hendak menghina dia? Takkan kemampuan artis Maharaja Lawak, sebegitu teruk?

Nasib baik Joyah tengok ramai artis yang dalam dewan tu langsung tak ketawa sepanjang si Sabri ni buat lawak. Agaknya, dia orang pun sama berfikiran macam Joyah, lawak bodoh tak sesuai diberi perhatian. Kalau ada yang ketawa tu, memang tak ada hati perut punya manusia. Nasib balik penonton tak baling kerusi je ke muka dia, kalau tak bersepai gigi semua.

"Gunakan orang yang tak berapa sihat untuk buat lawak, tu memang 'kurang ajar' namanya," beritahu seorang artis muda kepada kawan Joyah yang turut membuat liputan di majlis itu.

Beberapa artis lain juga dilihat menggeleng-geleng kepala kerana tidak tahan dengan gurauan kasar dan menghina Si Sabri tu.

Acara mengangkat artis, ironinya dalam waktu yang sama, menghina seorang artis lain yang sedang berada dalam keadaan begitu daif dan perlu dibantu. Apa ni?

Full content generated by Get Full RSS.

Bukan semua macam Raja Azmi

Posted:

Bukan semua macam Raja Azmi

Bukan semua macam Raja Azmi



Joyah tak hadir majlis pelancaran Festival Filem Malaysia (FFM-24) di Taman Tasik Titiwangsa. Ia dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Kehadiran Muhyiddin adalah tanda sokongan kerajaan kepada orang filem.

Sokongan ini orang filem kena manfaatkan. Mana tau kalau lepas ini nak minta tolong kerajaan bantu lagi industri filem, senanglah sikit.

Tapi yang tak sedapnya Joyah mendapat tahu majlis gilang-gemilang itu tercemar. Ia dicemarkan oleh orang filem sendiri. Weh...apa dah jadi ini? Jangan-jangan gimik pelancaran tak?

Tapi berkali-kali kawan Joyah kata, ini bukan "cubaan", ini betul-betul. (Pinjam dialog Pendekar Bujang Lapuk).

Produser Raja Azmi telah mempertikaikan kemenangan Jurey Latiff Rosli sebagai Pengarah Harapan dan kejadian memalukan ini berlaku di depan Muhyiddin dan tetamu lain.

Oh...malunya. Protes dia tidak kena tempatnya. Dia seolah-olah mendedahkan sikap buruk orang filem kepada Timbalan Perdana Menteri.

Kalau teringin sangat nak tunjuk bakat lakonan pun, carilah masa dan tempat yang lain. Kenapa Raja Azmi marah sangat apabila Jurey menang?

Jurey penganjur tapi bukan juri atau ketua juri.

Kalau benar Jurey boleh pengaruhi juri, lebih baik dia minta kategori yang ada hadiah wang tunai saja, lagi bagus.

karyaFFM dianjurkan oleh orang filem, tak kiralah pelakon, penerbit atau pengarah. Mereka mempertandingkan karya masing-masing.

Tentulah ada antara mereka yang menang. Siti fikir sebelum Raja Azmi menjerit malam itu, dia kena cadangkan dulu supaya FFM dianjurkan oleh badan yang tak ada kena mengena dengan filem.

Misalnya persatuan pembuat belacan atau persatuan pemborong ikan masin. Barulah jawatankuasa penganjur tak ada kena mengena dengan filem.

Raja Azmi kena faham sebab itu dilantik juri yang secara umumnya tidak ada kepentingan terhadap filem yang bertanding. Katakanlah pengarah Khir Rahman yang mengarah filem Anu Dalam Botol (Joyah guna tajuk asal) menang, adakah Raja Azmi akan menjerit juga? Adakah dia akan menjerit juga?

Bagi Joyah Raja Azmi ada saluran nak protes tapi bukan cara murahan dan memalukan begini.

Lebih-lebih lagi di depan tetamu luar dari dunia filem. Ini memberikan sudut pandangan serong terhadap semua orang filem seolah-olah tak tahu hormat majlis. Joyah fikir Raja Azmi kena buang sindrom penafian. Dia menafikan kelemahan filemnya, pengarahnya dan semua tentang dirinya. Seolah-olah baik belaka. Raja Azmi, tolonglah berfikiran terbuka.

Kepada Tan Sri, sebenarnya bukan semua orang filem perangai begini. Ini hanya yang terpencil dan spesies begini hanya seorang dua sahaja. Banyak orang filem yang tahu menghormati majlis dan bertungkus lumus mengangkat maruah filem kita.

Tapi biasalah Tan Sri, di mana-mana pun ada watak badut untuk menghangatkan majlis. Anggaplah ini selingan sahaja.

Dalam dunia filem, orang boleh jadi popular sekalipun tak berkarya apa-apa. Caranya ialah dengan buat perkara-perkara yang boleh orang ingat, tak kiralah buruk atau baik. Joyah pasti Raja Azmi akan terus diingati. Tapi Joyah harap Raja Azmi tak buat malu diri sendiri.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Berat mata memandang...

Posted:

Berat mata memandang...

Berat mata memandang...

Soalan:
Memasuki usia 20-an, wajah saya ditumbuhi banyak jerawat besar. Saya telah merujuk doktor pakar, tetapi dia hanya memberikan saya krim rawat wajah dan berpendapat ia disebabkan perubahan hormon saya. Adakah ia benar doktor? Satu lagi masalah saya ialah, apabila saya datang haid, saya mengalami masalah senggugut yang teruk. Ada pendapat yang saya dengar, mereka yang mengalami masalah ini akan sukar hamil kelak. Saya ingin meminta pendapat doktor tentang masalah ini.

- Suzan, KL.

Jawapan:

Saudari Suzan, soalan yang ditujukan amat menarik sekali dan merupakan masalah anak remaja tetapi ia juga boleh terjadi dalam kalangan orang dewasa. Jerawat terjadi bila kelenjar minyak mengeluarkan terlalu banyak minyak dan sebum di kulit. Punca jerawat boleh disebabkan oleh pelbagai faktor. Faktor hormon adalah penyebab utama jerawat bagi wanita dalam lingkungan umur subur. Majoritinya adalah dalam lingkungan belasan tahun dan awal 20-an.

Faktor seperti ahli keluarga yang banyak jerawat juga memainkan peranan. Penggunaan pil perancang, ubat steroid, vitamin B12, kosmetik, pakaian yang ketat atau apa saja yang menutup liang minyak menyebabkan masalah jerawat. Sesetengah daripada jerawat timbul dari ketegangan dan tekanan emosi yang dihadapi setiap hari. Ini mungkin dari penghasilan minyak dan sebum di kulit yang bertambah dan terdedah kepada asap dan bahan kimia atau faktor alam sekitar seperti cuaca panas. Kebanyakan jerawat akan hilang sendiri jika kulit sentiasa bersih dan sihat. Tetapi sesetengahnya boleh menjadi teruk dan kronik.

Jerawat juga disebabkan oleh masalah gula dalam darah, radang kulit yang kronik dan juga stres yang melampau. Untuk pengetahuan saudari, banyak jenis makanan yang boleh memburukkan lagi keadaan kulit yang sedia bermasalah dan seterusnya menyebabkan pertumbuhan jerawat.

Masalah jerawat merupakan suatu penyakit radang yang disebabkan oleh penyumbatan pada pilosebaseus, iaitu kelenjar folikel pada kulit. Hormon androgen memainkan peranan yang penting dalam merangsang rembesan berlemak yang dihasilkan oleh kelenjar sebum pada kulit di bahagian muka dan belakang badan yang banyak mempengaruhi proses penyumbatan pada rongga folikel. Saya berharap agar saudari berjumpa dengan pakar kulit (pakar dermatologi) bagi rawatan seterusnya sama ada perlu mengambil ubat-ubatan lain bagi jerawat yang lebih serius dan kronik atau memerlukan pengambilan pil hormon tertentu jika saudari juga mengalami masalah PCOS.

Saya agak saudari adalah seorang yang amat tabah. Teruskan sikap ketabahan tersebut. Jangan jadikan masalah jerawat dan senggugut yang dialami ini menghantui pemikiran anda. Sudah tentu sesuatu penyakit itu ada penawarnya. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Hanya wanita yang mengalaminya dapat merasai dan memahami apa yang dikatakan dengan gejala senggugut ini.

Rahim

Kesakitan ketika waktu haid atau senggugut adalah salah satu gejala yang biasa dialami bagi seseorang wanita. Kesakitan yang dirasai ini adalah disebabkan oleh penguncupan dinding rahim yang amat kuat. Proses ini bertujuan bagi mengeluarkan ketulan darah haid yang bercampur dengan sedikit tisu daripada selaput endometrium (dinding rahim). Darah ini perlu dikeluarkan melalui saluran pangkal rahim. Kebiasaannya, pangkal rahim yang dimiliki oleh seorang gadis remaja masih sempit. Senggugut sering menyerang seorang wanita pada hari pertama dan kedua haid. Senggugut bukan sekadar kesakitan teruk ketika haid, tetapi ia turut menjadi petanda penting supaya semua wanita yang mengalami masalah ini menjalani pemeriksaan awal bagi mengesan kewujudan masalah endometriosis.

Endometriosis

Terdapat dua jenis senggugut, iaitu senggugut primer dan senggugut sekunder. Senggugut primer adalah disebabkan oleh pengeluaran prostaglandin (sejenis bahan kimia dalam darah) yang menyebabkan penguncupan dinding rahim yang kuat. Manakala senggugut sekunder pula mungkin disebabkan oleh masalah endometriosis.

Endometriosis pula merujuk kepada keadaan lapisan tisu yang melitupi bahagian dalam rahim didapati tumbuh di luar rahim, atau kawasan lain pada sekitar sistem reproduksi wanita. Dalam keadaan endometriosis, wanita biasanya mengalami senggugut dan mungkin juga sakit bila mengadakan hubungan seksual dengan suami. Ini berkemungkinan besar disebabkan oleh organ-organ di bahagian pelvisnya yang melekat atau salur fallopionya mengalami penyumbatan.

Punca sebenar endometriosis masih tidak diketahui. Malah bagi sesetengah wanita, risiko untuk mendapat endometriosis mungkin ada sekiranya terdapat saudara mara perempuan mereka mengalami masalah yang sama.

Untuk mengetahui penyebab sebenar senggugut, sebaiknya saudari membuat pemeriksaan kesihatan. Sebab lain senggugut adalah jangkitan pada bahagian pelvik dan juga boleh disebabkan masalah fibroid. Maka, saudari perlu diperiksa secara teliti untuk mendapat diagnosis yang tepat dan perlu diberi rawatan yang sewajarnya secepat mungkin supaya penyakitnya tidak melarat sehingga susah dirawat kelak.

Namun begitu, terdapat sebilangan kecil daripada mereka yang akan menghadapi masalah ketidaksuburan dan mudah gugur kandungan sekiranya senggugut berlaku secara berterusan. Mereka ini kemungkinan besar menghidapi penyakit endometriosis iaitu sejenis penyakit yang sering dikaitkan dengan masalah kesuburan.

Full content generated by Get Full RSS.

Replika motosikal beri ketenangan

Posted:

Replika motosikal beri ketenangan

Replika motosikal beri ketenangan

SETIAP kali pulang ke kampung atau berkunjung ke tempat baru, lokasi pertama yang ditujunya adalah kedai permainan yang menjual replika motosikal berkuasa tinggi.

Malah bagi Shamshol Mohd. Saad, 42, dia mampu menghabiskan masa berjam-jam membelek dan meneliti setiap replika tersebut.

Menurut eksekutif di sebuah kilang di Bukit Minyak, Pulau Pinang itu, dek kerana minat, dia tidak kisah berbelanja besar bagi memiliki bukan sahaja replika motosikal tetapi juga kapal terbang dan helikopter kawalan radio (RC), jet serta kereta lumba Formula 1 (F1).

"Mainan pertama yang dibeli adalah helikopter RC sebelum berubah minat mengumpul replika motosikal berkuasa tinggi pelbagai model antaranya Honda, Kawasaki, Ducati, Cagiva dan banyak lagi sejak tujuh tahun lalu.

"Apabila menatap deretan replika motosikal yang disusun di dalam almari khas, timbul perasaan tenang yang membuatkan saya lupa seketika tekanan kerja," katanya.

Sehingga kini Shamshol memiliki 38 buah replika motosikal berkuasa tinggi dan lapan helikopter RC serta empat kereta F1 edisi khas.

Jelasnya, dia amat meminati replika motosikal berkuasa tinggi kerana hasil kerjanya yang teliti serta apabila diamati ia seolah-olah motosikal sebenar.

Selorohnya, dia tidak mampu membeli motosikal berkuasa besar sebenar yang berharga puluhan malah mencecah ratusan ribu ringgit, justeru impiannya dizahirkan melalui replika motosikal.

Mujurlah, isterinya, Fauziwaton Abdul Wahab, 39, dan anak-anak Nur Syafiqah, 12, Nur Syafinas, 8, Nur Syazwani, 3, memahami minatnya dan tidak pernah mengganggu atau merosakkan koleksi terbabit.

"Malah ada kalanya, isteri saya membelikan replika motosikal yang dirasakan sesuai untuk koleksi simpanan saya," ujarnya yang turut meminati aktiviti lasak.

Tambahnya, sehingga kini dia memperuntukkan kira-kira RM6,000 untuk semua koleksinya itu, paling mahal adalah helikopter RC berharga RM800.

Ditanya kesukaran menjaga koleksi motosikal itu, Shamshol berkata, dia perlu memastikannya semuanya sentiasa berkeadaan baik serta almari tidak berhabuk.

Selain itu, dia akan memperuntukkan masa mengelap dan membersihkan semua koleksi dengan berhati-hati kerana beberapa bahagian replika motosikal kecil dan mudah patah.

"Saya memang cerewet dalam penjagaan koleksi replika ini kerana ada di antaranya sukar didapati dan jarang dikeluarkan, jadi pastinya saya terkilan sekiranya ia rosak.

"Mujurlah ketiga-tiga anak saya perempuan, jadi mereka tidak berminat dengan koleksi ini dan saya membelikan mainan khas yang lebih sesuai untuk mereka," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Kota

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Sasar 800 rumah PPRT

Posted:

Sasar 800 rumah PPRT

Sasar 800 rumah PPRT

Oleh HAKIMI ISMAIL
pengarang@utusan.com.my


Mohd. Shafie Apdal berkain batik (kanan) menyertai futsal pada Hari Keluarga Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah di Taman Wetland, Putrajaya, semalam. - MINGGUAN/HANAFI KHAMIS


PUTRAJAYA 19 Nov. - Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yakin mampu mencapai sasaran membina 800 rumah melalui Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) menjelang akhir tahun ini.

Menterinya, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, sehingga kini 400 rumah PPRT sudah siap dibina dan telah diserahkan kepada golongan yang memerlukan di seluruh negara termasuk Orang Asli.

Beliau berkata, berdasarkan kedudukan semasa, kementerian yakin mampu menyiapkan 800 rumah PPRT menjelang akhir tahun ini bagi mencapai sasaran yang ditetapkan kerajaan.

"Antara faktor utama yang menyebabkan rumah PPRT cepat dibina ialah kerana kementerian menggunakan teknologi terkini dalam pembinaan rumah iaitu mengunakan Sistem Binaan Berindustri (IBF) atau lebih dikenali sebagai teknik pasang siap," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Hari Keluarga kementerian di Padang Semarak, Taman Wetland yang disertai kira-kira 3,000 kakitangan kementerian bersama ahli keluarga masing-masing.

Mohd. Shafie mahu Kementerian Kerja Raya memastikan bekalan IBF sentiasa mencukupi dan harganya sentiasa terkawal seperti mana yang dijanjikan agar rumah PPRT mampu dibina dalam tempoh ditetapkan.

Full content generated by Get Full RSS.

200 sertai majlis berkhatan di Masjid Negara

Posted:

200 sertai majlis berkhatan di Masjid Negara

200 sertai majlis berkhatan di Masjid Negara

KUALA LUMPUR 19 Nov. - Seramai 200 kanak-kanak dari seluruh negara memanfaatkan cuti sekolah yang bermula hari ini dengan menyertai aktiviti berkhatan beramai-ramai anjuran Masjid Negara di sini.

Peserta paling muda program berkenaan, Mohd. Lokman Jaafar, 5, berkata, tidak timbul perasaan takut atau gementar untuk berkhatan bersama-sama peserta lain.

"Saya merasa teruja untuk berkhatan biarpun ia merupakan cadangan daripada ayah yang mahu saya berkhatan awal.

"Malah, saya juga dijanjikan oleh ayah untuk dibelikan alat permainan sekiranya bersetuju untuk menyertai program ini," katanya yang berasal dari Sungai Petani, Kedah.

Sementara itu, pasangan kembar dari Sungai Besi, di sini, Muhammad Akif Fahmi Atan dan adiknya Muhammad Arif, 10, mengakui mereka berasa sedikit gementar untuk berkhatan menggunakan kaedah Smart Klamp itu.

"Perasaan takut memang ada tetapi apabila melihat kawan-kawan lain, ia sedikit hilang," kata mereka.

Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kemajuan Islam, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Mohd. Ansarullah Hashim berkata, jumlah peserta meningkat dari setahun ke setahun sejak program itu diadakan.

"Selain musim cuti persekolahan, program ini menggunakan kaedah terkini yang lebih cepat dan mudah," ujarnya.

Program tahunan yang diadakan sejak 1993 itu mendapat kerjasama Wawasan Medik Sdn. Bhd.

Full content generated by Get Full RSS.

Selangor takut ditolak rakyat

Posted:

Selangor takut ditolak rakyat

Selangor takut ditolak rakyat

PUTRAJAYA 19 Nov. - Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor disifatkan takut dan tidak yakin untuk memberi mandat kepada rakyat memilih kerajaan baru berikutan keengganannya membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) jika kerajaan Persekutuan bertindak membubar Parlimen dalam masa terdekat ini.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, keengganan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berbuat demikian membuktikan beliau kurang yakin dengan jentera parti itu yang kini ditolak oleh rakyat.

"Jika Kerajaan PKR Selangor tidak bubar serentak dengan kerajaan Pusat, saya percaya ia akan membebankan lagi rakyat terutama yang tinggal di luar Selangor.

"Kita sedar mereka mempunyai hak untuk bubar DUN atau tidak, namun jika mengikut tradisi negara ini, jika kerajaan Pusat bubar, semestinya kerajaan negeri akan mengikut langkah sama," katanya kepada pemberita pada Hari Keluarga Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah di Padang Semarak, Taman Wetland di sini, hari ini.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Johor

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


UTM tawar Diploma Sains Halal

Posted:

UTM tawar Diploma Sains Halal

UTM tawar Diploma Sains Halal

Oleh Haniza Hassan
utusanjohor@utusan.com.my


Azlan Abdul Rahman (tengah) bersama wakil organisasi selepas majlis menandatangani surat kerjasama antara UTM dan enam organisasi di Johor Bahru, kelmarin.


JOHOR BAHRU 18 Nov. - Sebagai langkah merealisasikan hasrat Malaysia sebuah hab halal global, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) mengorak langkah dengan menawarkan Diploma Eksekutif Pengurusan Sains Halal dan Keusahawanan kepada orang ramai mulai pertengahan tahun depan.

Pengarah Hal Ehwal Korporat UTM, Prof. Dr. Azlan Abdul Rahman berkata, program tersebut bertujuan mengembangkan lagi disiplin sains halal yang merangkumi bidang sains, keusahawanan, kewangan, perbankan, perundangan, pengurusan dan fiqh Islam.

Beliau berkata, program itu dilihat sebagai satu langkah pengembangan kepada dua program sedia ada yang ditawarkan Fakulti Tamadun Islam (FTI) sejak tahun 2010 iaitu Sarjana Sains Halal dan Doktor Falsafah (Fiqh Sains dan Teknologi).

"Bagi kemasukan pertama, pihak kami hanya akan mengambil penuntut dalam kuantiti sedikit iaitu 30 hingga 40 orang dan ia akan ditambah dari semasa ke semasa. Mereka akan mengikuti pengajian ini antara enam bulan hingga setahun.

"Dengan kewujudan program ini diharapkan dapat menghasilkan lebih ramai graduan yang berlatar belakang industri dan Fiqh Islam seterusnya memenuhi keperluan pasaran industri halal," katanya kepada pemberita selepas majlis menandatangani surat kerjasama di antara UTM dan enam organisasi lain, di sini semalam.

Azlan menandatangani surat persetujuan itu bagi pihak UTM, manakala International Institute of Advanced Islamic Studies (IAIS) diwakili oleh Prof. Datuk Dr. Osman Bakar; Institut Islam Hadhari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) diwakili Prof. Datuk Dr. Mohd. Yusof Othman; Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Datuk Mohamad Alayuddin Che Hassan dan Halal Product Research Institute Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr. Shuhaimi Abdul Rahman.

Turut menandatangani surat tersebut adalah, Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Tambah Azlan, program tersebut menjurus kepada gabungan antara teori dan praktikal secara terus menerusi kerjasama dengan badan-badan yang terlibat.

"Menerusi kerjasama ini semua pihak terlibat bersetuju untuk bertukar maklumat dan penerbitan, berkerjasama dalam program pengajaran dan penyelidikan, menganjurkan seminar, bengkel dan mengadakan usaha sama dalam program latihan kakitangan akademik," katanya lagi.

Full content generated by Get Full RSS.

SKBU 2 paling ramai calon dapat 5A

Posted:

SKBU 2 paling ramai calon dapat 5A

SKBU 2 paling ramai calon dapat 5A


SeBAHAGIAN 83 murid yang mendapat 5A bersorak gembira setelah menerima keputusan UPSR 2011 di SK Bandar Uda 2, Johor Bahru, kelmarin.


JOHOR BAHRU 18 Nov. - Sekolah Kebangsaan Bandar Uda (SKBU 2) yang merupakan sekolah berprestasi tinggi (SBT) muncul sekolah mempunyai calon paling ramai mendapat 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di negeri ini untuk tempoh sembilan tahun berturut- turut.

Guru Besar SKBU 2, Fuziah Hassan berkata, seramai 83 daripada 263 murid tahun enam yang menduduki peperiksaan itu mencatatkan keputusan cemerlang UPSR.

"Kejayaan yang diperolehi hasil usaha gigih dan komitmen calon, seluruh warga sekolah, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta ibu bapa yang sentiasa memberi sokongan padu demi kejayaan anak-anak.

"Secara jujur saya katakan walaupun jumlah 5A tertinggi di negeri ini namun kami masih tidak berpuas hati dengan pencapaian yang diperoleh kerana jika dibandingkan tahun lalu jumlah mendapat 5A ialah 91 orang dan pada 2009 seramai 105 orang," katanya pada majlis pengumuman keputusan UPSR di sekolah itu semalam.

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Puteri, Adam Sumiru dan Yang Dipertua PIBG SKBU 2, Zarin Saniman.

Jelas Fuziah, mulai bulan ini pihaknya akan menyasarkan murid tahun lima dengan perhatian khusus agar persediaan dibuat dari sekarang demi mencapai penanda aras 120 murid mendapat 5A.

Sementara itu Adam ketika berucap pada majlis itu mahukan kecemerlangan yang dicapai oleh sekolah tersebut wajar dipertingkatkan kerana ia sedikit sebanyak menyuntik semangat ibu bapa dan masyarakat setempat.

"Semangat kerjasama dan hubungan harmoni antara warga sekolah khususnya guru, murid dan ibu bapa harus dipupuk secara berterusan kerana kaedah ini boleh melahirkan murid-murid yang cemerlang bukan sahaja dalam akademik malah kokurikulum," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Timur

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Timur


Rabun tidak halang cemerlang

Posted:

Rabun tidak halang cemerlang

Rabun tidak halang cemerlang

Oleh RAHANA MOHD. DAHARI
utusankelantan@utusan.com.my


Muhammad Qayyim Nizar Sarimi gembira menatap keputusan UPSR 3A dan 2B di Sekolah Kebangsaan Kampung Sireh, Kota Bharu, kelmarin.


KOTA BHARU 18 Nov. - Walaupun mengalami masalah penglihatan iaitu rabun, Muhammad Qayyim Nizar Sarimi, 13, membuktikan dia masih mampu mencapai kejayaan dengan mendapat 3A dan 2B dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2011.

Lebih membanggakan, dia yang pernah muncul johan Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan 2011 bagi sekolah rendah dan naib johan program realiti kanak-kanak Adik-Adikku musim pertama itu, dipilih sebagai calon terbaik UPSR 2011 kategori Keperluan Khas peringkat negeri.

Walaupun sasaran mendapat 5A tidak tercapai, namun, murid Program Pendidikan Khas Integrasi, Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Sireh di sini, tetap bersyukur kerana dapat memperoleh keputusan baik, lebih-lebih lagi dalam mata pelajaran kegemarannya iaitu bahasa Inggeris, bahasa Melayu Pemahaman dan Penulisan, sementara Matematik dan Sains pula B.

"Syukur kepada Allah kerana walaupun kurang penglihatan saya berjaya mencatat keputusan cemerlang dan kekurangan ini tidak menjadi penghalang untuk saya.

''Kejayaan ini juga hasil sokongan ibu bapa dan guru-guru yang banyak membantu selama ini," katanya yang berasal dari Kadok ketika ditemui di sekolahnya di sini semalam.

Muhammad Qayyim yang mengalami masalah penglihatan sejak lahir juga sentiasa dijemput memperdengarkan bacaan al-Quran pada majlis-majlis rasmi di Kelantan.

Anak sulong kepada pasangan Pensyarah Institut Latihan Perindustrian, Pengkalan Chepa, Sarimi Yusof, 46, dan guru bahasa Inggeris SK Paloh, Pintu Geng, Rozan Mohamad, 37, itu juga dinobatkan Johan Tilawah al-Quran Pendidikan Khas Kebangsaan 2011.

Penolong Kanan Pendidikan Khas sekolahnya, Mahyudden Mahmud berkata, sungguhpun Muhammad Qayyim mempunyai masalah penglihatan yang memerlukan dia menggunakan braille untuk membaca, namun dia seorang murid berbakat dan mudah memahami pelajaran yang disampaikan.

"Sekali sahaja kita ajar dia terus tangkap. Kalau subjek agama lebih cepat dia tangkap. Dia cukup memanfaatkan pendengarannya terutama kepada perkara yang diminatinya," katanya.

Sementara itu, guru al-Quran SK Kampung Sireh, Fauzi Awang pula berkata, anak muridnya itu dapat menguasai taranum dalam tempoh tiga bulan sahaja sedangkan lazimnya, seorang individu normal mengambil masa tiga hingga empat tahun untuk menguasainya.

"Allah menganugerahkannya keistimewaan ini dan tambahan pula dia memang minat bertaranum sejak awal lagi kerana memiliki suara kelas A. Pelajar ini juga mampu menguasai tahap suara rendah, sederhana, tinggi dan tertinggi dalam bertaranum," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

RM2.9 juta bantu 29,000 pelajar

Posted:

RM2.9 juta bantu 29,000 pelajar

RM2.9 juta bantu 29,000 pelajar

BACHOK 18 Nov. - Kerajaan Persekutuan memperuntukkan sebanyak RM2.9 juta bagi menyalurkan bantuan persekolahan sebanyak RM100 kepada 29,000 pelajar dalam Parlimen Bachok.

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Bachok, Datuk Dr. Ilias Husain berkata, bagi pelajar dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jelawat sahaja, sebanyak RM568,800 diperuntukkan kepada 5,680 pelajar.

"Pengagihan bantuan ini dilaksanakan secara berperingkat dalam masa seminggu. Saya harap peruntukan yang diberikan ini tidak akan disalahgunakan oleh ibu bapa untuk perbelanjaan lain kecuali untuk persekolahan anak-anak," katanya.

Beliau ditemui selepas majlis penyampaian bantuan persekolahan RM100 kepada pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tok Bachok di kawasan DUN Jelawat hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau yang juga Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMKA Tok Bachok berkata, ibu bapa berhak untuk tidak membenarkan pihak sekolah memotong wang bantuan persekolahan tersebut dengan alasan mahu disalurkan ke tabung PIBG.

Ilias berkata, sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), PIBG sebenarnya boleh mendapatkan sumbangan daripada pihak lain termasuk kerajaan untuk melaksanakan pelbagai aktiviti dirancang.

Beliau berkata, tindakan memotong wang bantuan persekolahan itu dibimbangi akan menjejaskan matlamat pemberian bantuan itu bagi meringankan bebanan kewangan kumpulan sasar.

"Pemotongan yang dibuat oleh pengurusan sekolah mungkin disebabkan terdapat baki hutang derma PIBG atau peralatan pembelajaran yang dibekalkan. Pastinya mereka mempunyai masalah tersendiri yang perlu diambil perhatian oleh pihak pengurusan sekolah untuk diselesaikan.

"Bantuan yang disalurkan kerajaan Persekutuan kepada pelajar secara telus dan adil dengan mengetepikan fahaman politik ibu bapa untuk membeli sedikit keperluan persekolahan musim depan sama sekali tidak boleh dijadikan sumber untuk melunaskan hutang sekolah," katanya.

Ilias berkata, masalah hutang sekolah yang tertunggak seharusnya dibincangkan secara terperinci oleh pentadbiran sekolah dengan ibu bapa terbabit tanpa memperalatkan PIBG bagi tujuan berkenaan.

Full content generated by Get Full RSS.

SK Dusun peroleh Gred Purata Sekolah tertinggi

Posted:

SK Dusun peroleh Gred Purata Sekolah tertinggi

SK Dusun peroleh Gred Purata Sekolah tertinggi


Murid-murid gembira sambil menujukkan 5 jari sebagai simbolik mendapat 5A dalam peperiksaan UPSR di SK Dusun, Hulu Terengganu, kelmarin.


HULU TERENGGANU 18 Nov. - Sekolah Kebangsaan Dusun di sini cuma sebuah sekolah kecil dengan hanya 15 muridnya menjadi calon dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang lalu.

Namun, ia mencatat sejarahnya yang tersendiri apabila tujuh calon memperoleh 5A iaitu yang paling ramai pernah dicatatkan di samping memperoleh Gred Purata Sekolah (GPS) tertinggi di negeri ini.

Guru Besarnya, Noraini Lebai Abdul ketika ditemui semalam memberitahu, sekolah itu mencatatkan GPS 1.23 dengan peningkatan sebanyak 0.15 selain turut memperoleh minimum C 100 peratus.

Katanya, ia juga bersandarkan pencapaian lima calonnya yang mendapat 3A 1B manakala masing-masing seorang mendapat 3A 2B 1A 4B dan 1A 3B 1C.

Sekolah yang terletak kira-kira 50 kilometer dari ibu negeri ini terletak di perkampungan tradisional dengan murid-murid dari kalangan anak petani dan pencapaian terbaik sebelum ini ialah pada tahun lalu dengan tiga murid mendapat 5A.

"Saya merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada guru-guru UPSR di sini yang sangat komited ketika mengajar dan sokongan ibu bapa yang ingin melihat kejayaan anak-anak," katanya.

Katanya, persiapan untuk menghadapi UPSR telah dijalankan sejak awal tahun lalu manakala 40 hari sebelum peperiksaan, murid-murid 'dikuarantin' di sekolah agar guru-guru boleh memantau prestasi mereka dan memberi tumpuan khusus.

"Kita perlu berbuat demikian memandangkan rata-rata ibu bapa mereka tidak mempunyai asas pendidikan yang baik dan tidak mampu membimbing anak mereka di rumah," jelasnya.

Namun katanya, apa yang mengharukan adalah kesungguhan ibu bapa yang terserlah apabila sanggup menghantar makanan buat anak-anak malah turut menyediakan makanan buat guru-guru setiap hari.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Muka Hadapan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Muka Hadapan


Pengganas: 6 diusir, 7 didakwa

Posted:

Pengganas: 6 diusir, 7 didakwa

Pengganas: 6 diusir, 7 didakwa

PUTRAJAYA 18 Nov. – Enam warga negara Indonesia yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana terlibat dalam aktiviti keganasan akan diusir balik ke negara asal, manakala tujuh warga Malaysia yang juga ditahan dalam kes itu akan dihadap ke mahkamah sekiranya bukti mencukupi.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (gambar) berkata, warga tempatan itu boleh ditahan di bawah akta baru yang akan menggantikan ISA pada Mac tahun depan.

Katanya, kesemua 13 orang yang dipercayai terlibat dalam aktiviti militan, keganasan dan penyeludupan senjata itu telah dikategorikan sebagai individu yang memberi ancaman serius oleh Malaysia, Indonesia dan agensi antarabangsa.

"Jangan sesekali jadikan kita sebagai negara transit untuk merancang (aktiviti keganasan), simpan senjata atau latihan," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar sebelum ini mengesahkan penahanan 13 individu tersebut di Tawau selepas mendapati kumpulan itu cuba menghidupkan semula aktiviti keganasan.

Hishammuddin berkata, penggunaan ISA untuk menahan 13 pengganas itu tidak menjejaskan komitmen kerajaan untuk memansuhkan akta tersebut.

Full content generated by Get Full RSS.

Harapan Obama kepada Malaysia

Posted:

Harapan Obama kepada Malaysia

Harapan Obama kepada Malaysia

Hassan Mohd. Noor


Najib Tun Razak (belakang, dua dari kanan) bergambar bersama para pemimpin pada Majlis Makan Malam sempena Sidang Kemuncak ASEAN di Nusa Dua, Bali, Indonesia, malam tadi. Turut sama Barack Obama dan Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono. – BERNAMA


NUSA DUA, BALI, 18 Nov. – Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama berharap Malaysia dapat memainkan peranan produktif ke arah kemakmuran dan keamanan dunia.

Obama melihat Malaysia mampu memainkan peranan itu kerana kedudukannya sebagai sebuah negara yang berpengaruh di rantau ini dan juga di kalangan negara Islam.

Kenyataan Obama itu dibuat dalam mesyuarat dua hala Malaysia-Amerika Syarikat di sini hari ini sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-19 dan Sidang Kemuncak berkaitan.

Mesyuarat kira-kira 40 minit itu dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak; Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman; Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed; Ketua Setiausaha Kementerian Luar, Tan Sri Mohd. Radzi Abdul Rahman dan Duta Besar Malaysia ke AS, Datuk Seri Dr. Jamaludin Jarjis.

Perdana Menteri dalam sidang akhbarnya kepada wartawan Malaysia di sini berkata, Obama turut mengalu-ngalukan peranan Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang progresif dan menangani beberapa isu tertentu.

''Beliau melihat Malaysia berpengaruh di rantau ini dan negara-negara Islam dan berharap dapat memainkan peranan produktif membantu ke arah penyelesaian konflik, kestabilan dan kemakmuran dunia,'' katanya.

Obama turut menghargai peranan Malaysia yang telah menghantar pasukan perubatan ke Afghanistan.

Dalam hal ini, Perdana Menteri memaklumkan kepada Obama kesediaan Malaysia membantu Afghanistan termasuk melatih jurulatih anggota polis negara itu.

Dalam mesyuarat itu juga, Najib menegaskan kepentingan penyelesaian secara muktamad isu Palestin yang kini masih kabur.

''Saya tegaskan kepada Obama ini adalah amat penting lebih-lebih lagi beliau telah menyatakan (penyelesaian isu Palestin) dalam ucapan di Kaherah pada peringkat awal mengambil alih kepimpinan AS,'' katanya.

Menurut Najib, banyak pihak khususnya negara Islam menunggu sesuatu pembaharuan.

Pada mesyuarat itu juga, Perdana Menteri menegaskan pendirian tidak akan membenarkan Malaysia menjadi pusat transit barangan larangan yang boleh digunakan untuk pembuatan senjata nuklear.

''Obama meminta kemungkinan Malaysia menyertai Proliferation Security Initiative (PSI) (Perjanjian Kawalan Senjata Nuklear) dan Malaysia menegaskan sedang mengkaji implikasinya.

''Tetapi kita memaklumkan kepada Obama meskipun tidak menyertai PSI, kita tidak akan membenarkan Malaysia digunakan sebagai pusat transit dalam perdagangan bahan membuat senjata nuklear,'' katanya.

Malaysia menurut Najib mempunyai kuasa mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap mana-mana pihak termasuk kenderaan - kapal atau kapal terbang yang melakukan aktiviti membawa masuk atau keluar bahan yang boleh digunakan untuk membuat senjata.

Mengenai keselamatan maritim di Laut China Selatan, mereka menegaskan walaupun isu ini amat mencabar tetapi ia mesti diselesaikan melalui rundingan berpandu kepada undang-udang antarabangsa.

Perdana Menteri juga menyampaikan ucapan terima kasih kepada Obama kerana menghantar 50 orang guru Bahasa Inggeris yang akan ditempatkan di Pahang, Terengganu dan Johor.

Beliau menyatakan penghantaran guru BI itu adalah respons Obama dalam ucapannya di New York pada 2010 dan berharap jumlah itu akan ditingkatkan.

Sementara itu, Obama dalam kenyataan pembukaan sebelum mesyuarat bermula berkata, pertemuan itu akan membolehkan kedua-dua negara membincangkan bagaimana boleh memanfaatkan Sidang Kemuncak Asia Timur untuk menjamin kemakmuran dan keselamatan rantau itu.

Beliau berkata, hubungan AS dan Malaysia adalah kukuh, yang dapat dilihat melalui isu seperti Perkongsian Trans-Pasifik (TPP).

"Saya menghargai kerjasama luar biasa yang kami terima..., kami mahu menjadi rakan akrab dengan Malaysia,'' katanya.

Presiden AS itu juga menyifatkan kepimpinan Najib telah berjaya menerus dan meningkatkan pertumbuhan ekonomi Malaysia.

Sementara itu, Najib dalam kenyataan balasnya berkata, Malaysia bersedia memperluaskan rangkaian perdagangan dan pelaburan dengan TPP.

"Kami berharap dapat memenuhi tarikh akhirnya (Julai) tahun depan dan melihat terdapat prospek besar dari segi peningkatan perdagangan dan pelaburan antara kedua-dua negara,'' katanya.

AS juga, kata Najib, adalah rakan perdagangan keempat terbesar dan pelabur terbesar di Malaysia. – UTUSAN

Full content generated by Get Full RSS.

Tuanku Mizan rasmi Jambori Malaysia Ke-12

Posted:

Tuanku Mizan rasmi Jambori Malaysia Ke-12

Tuanku Mizan rasmi Jambori Malaysia Ke-12


Tuanku Mizan Zainal Abidin menerima anugerah Bintang Tunas Kencana daripada Pengerusi Gerakan Pramuka Indonesia, Prof. Dr. Azrul Azwar (kiri) di Kuala Terengganu, semalam. – BERNAMA


KUALA TERENGGANU 18 Nov. – Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin berangkat merasmikan Jambori Malaysia Ke-12 dan Jambori Antarabangsa Negeri Terengganu 2011 di Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail di sini, hari ini.

Ketibaan Seri Paduka disambut oleh Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said dan Ketua Pengakap Negara, Datuk Seri Dr. Shafie Mohd. Salleh.

Sejurus selepas perasmian, Tuanku Mizan menandatangani plak pengisytiharan penubuhan Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail yang sebelum ini dikenali sebagai Kem Pengakap Telaga Batin dan berkenan melancarkan Syiling Peringatan Pengakap 100 Tahun di Malaysia.

Jambori selama lapan hari bermula semalam itu disertai 10,800 pengakap dari seluruh negara dan juga 800 pengakap dari 15 negara dari seluruh dunia.

Bertemakan 'Menjelajah Warisan', pelbagai kegiatan diadakan termasuk kembara bandar, aktiviti lasak dan aktiviti air.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rekreasi

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rekreasi


MegaTraverse catat sejarah

Posted:

MegaTraverse catat sejarah

MegaTraverse catat sejarah

Oleh ROHANA MAN
rohana.man@utusan.com.my


KEGEMBIRAAN jelas terpancar pada wajah setiap pendaki Malaysia di puncak Gunung Apo yang merupakan gunung tertinggi di Filipina pada 25 Oktober 2011.


TIDAK pernah dalam sejarah pendakian saya sejak tahun 1996, saya terpaksa menempuh trek yang panjang dan terlalu curam seperti dalam ekspedisi Mindanao MegaTraverse Mt. Talomo & Mt. Apo 2011 di Filipina ini.

Tidak pernah juga saya terpaksa tidak mandi selama empat hari berturut-turut dalam satu ekspedisi yang ekstrem ini. Trek yang ditempuh memerlukan kudrat yang bukan kepalang untuk memastikan diri tiba di tapak perkhemahan. Cabaran menuruni lembah yang sangat dalam, meniti tebing rapuh di lereng sungai, perjalanan malam tanpa henti serta laluan batuan longgar yang panas, kesemuanya menjadi rencah pendakian yang tidak akan dilupakan ini.

Itulah yang kami seramai 19 pendaki Malaysia serta 11 pendaki Filipina termasuk jurupandu arah (guide) serta pengangkut barang (porter) lalui sepanjang meredah hutan Mindanao pada 22 hingga 25 Oktober lalu. Ketua jurupandu arah kami ialah Jun Sicao.

Bak kata Zainudin Lot (Deeno) yang mengendalikan ekspedisi ini: "Ini trip paling hardcore sepanjang saya mendaki di luar negara kerana trip enam hari dipendekkan empat hari."

"Apa pun kesusahan dan kesakitan itu bersifat sementara. Kejayaan melepasi Mindanao MegaTraverse kekal dalam ingatan dan menjadi sejarah pencapaian peribadi yang cemerlang buat setiap pendaki," ujarnya.

Menurutnya yang juga Penasihat Kelab Orang Gunung Kuala Lumpur (OGKL), beliau difahamkan oleh rakan pendaki dari Filipina, Dr. Gideon Lasco bahawa setakat ini hanya lima kumpulan kecil pendaki Filipina direkodkan pernah merentasi hutan dari Gunung Talomo ke Gunung Apo.

Ini bermakna, kami menjadi kumpulan pendaki dari luar Filipina pertama berjaya melakukannya.

Berikut catatan pendakian kami.

Hari Pertama: Dari Davao City, kami menaiki jip menuju ke Kampung Tamayong. Pendakian bermula sekitar pukul 11.30 pagi. Laluan tanah merah di celah-celah kebun pisang diredah hampir dua jam di bawah terik mentari. Setibanya kami di Kampung Sicao, kami berhenti solat dan makan tengah hari.

Mengikut jadual, kami perlu tiba di puncak Gunung Talomo ( 2,674 meter/8,770 kaki) dari paras laut (dpl) untuk bermalam. Namun perancangan itu tidak menjadi kenyataan.

Ini kerana kami memulakan pendakian agak lewat dan malam pula menjelang sekitar pukul 5.30 petang. Trek yang curam dengan akar-akar pokok berselirat, serta lantai hutan yang semakin becak ditimpa hujan membuatkan kami berasa cukuplah setakat Kem Lumot (2,200 meter dpl). Apatah lagi seorang pendaki wanita terjatuh ketika kami berhenti rehat di kawasan jeram. Saya tiba di Kem Lumot pada pukul 9.25 malam.

Hari kedua: Dalam kedinginan, kami memulakan pendakian tepat pukul 7.27 pagi. Tiga jam mendaki barulah kami tiba di puncak Talomo. Cuaca cerah membolehkan kami melihat Teluk Davao dan Pulau Samal dari kejauhan.

Agak seronok mendaki kerana suhu yang dingin, selain panorama hutan lumut yang memukau. Terasa seolah-olah kami berada di suatu alam lain kerana kebanyakan pokok dibaluti lumut segar yang menghijau. Sekitar pukul 10.25 pagi, saya menjejakkan kaki di puncak Talomo. Udara dingin menyapa kami dan selepas bergambar, kami meneruskan perjalanan ke Kem Basinan. Kami dimaklumkan oleh Gideon bahawa perjalanan memakan masa sekitar 10 hingga 12 jam lagi!.

Dari puncak Talomo, trek yang ditempuh menjunam turun dan ketika berada di permatang, kami dapat melihat puncak Gunung Apo di sebelah kanan. Kelihatan dekat sahaja, tetapi oleh kerana trek yang dilalui menempuh lurah dan lembah yang teramat dalam, selain topografi yang seakan-akan memusing lereng, maka perjalanan menjadi terlalu jauh.

Satu demi satu puncak dilepasi, antaranya dua puncak yang lebih tinggi daripada puncak Talomo iaitu puncak Lipopocan dan puncak Dalag.

Selepas menuruni lereng bukit yang tinggi, kami menghadap pula trek menjunam ke lembah sungai yang amat dalam. Apa yang boleh dikatakan tentang trek ini adalah 'sukar yang teramat sukar'. Malah ada peserta berkata kesukarannya tidak masuk akal kerana ada trek yang terlalu curam, selain trek yang terputus dan terpaksa dilepasi dengan pelbagai gaya dan cara. Betapa gentarnya hati kami dan menggigil kedua-dua lutut tatkala kami terpaksa memijak dengan hujung kaki tebing curam yang rapuh di tepi sebatang sungai. Apatah lagi suasana ketika itu sudah gelap gelita. Hanya cahaya lampu suluh memandu kami ke arah yang betul. Jika tersilap langkah, pasti kami terhumban ke gaung.

Kami difahamkan terdapat sebatang balak yang panjang perlu diseberangi. Selepas balak itu, kononnya di situlah Kem Basinan. Mendengar itu, kami kembali segar untuk meneruskan perjalanan. Namun balak yang disebut tadi tidak kunjung tiba sehinggakan ada di kalangan kami berkata, "Mana balak ni...tak ada pun...ishhhh... kena tipu lagi,".

Kami berasa tertipu kerana Gideon asyik memberitahu jarak perjalanan hanya kira-kira tiga jam lagi, sedangkan ketika itu kami telah berjalan melebihi 10 jam, namun masih belum tiba.

Akhirnya, balak yang disebut itu ditemui tetapi kami tidak dibenarkan melaluinya kerana sebahagiannya sudah runtuh akibat reput. Balak itu sempat digunakan oleh kumpulan pendaki hadapan bagi menyeberangi lembah sungai yang dalam.

Sebagai laluan alternatif, kami menuruni lembah dan mendaki semula tebing sungai menuju ke seberang. Berjalan di hadapan saya adalah Abu Bakar Mohamad (pak cik Burn), 55 tahun. Tiba-tiba kami terdengar jeritan pak cik Burn. Rupa-rupanya, trek yang dipijaknya runtuh. Nasib baik pak cik Burn sempat menyambar dahan dan akar pokok di tebing sungai. Jika tidak, tentu jarak jatuh lebih jauh ke dalam jurang. Kesan runtuhan itu menyebabkan laluan ke 'tapak perkhemahan palsu' terputus. Kami terperangkap di situ. Bantuan diterima apabila rakan-rakan Filipina menebang pokok bagi membuat titi kayu untuk kami lalui. Alhamdulillah, kesemua pendaki selamat melepasi kawasan berbahaya itu. Di tapak perkhemahan palsu itu, sekali lagi kami dimaklumkan jarak perjalanan ke Kem Basinan adalah sekitar tiga jam lagi!

Kami meneruskan pendakian dalam perasaan yang pelbagai. Masing-masing melayan diri, namun kumpulan saya agak meriah dengan pelbagai cerita yang disampaikan oleh Murdafi Ithnin, Norsafrina Shamsir Md. Nasir dan Ayieen Carlos Ismail. 'Radio bergerak' yang dimainkan oleh mereka cukup menghiburkan. Namun, saya sudah sampai ke tahap tidak mampu untuk berkata-kata kerana terlalu letih melayan perjalanan yang seperti tiada penghujungnya ini.

Saya juga mula berhalusinasi apabila ternampak cahaya dari khemah, sedangkan ia adalah cahaya lampu suluh pendaki di hadapan! Keadaan trek yang terlalu curam dengan halangan balak tumbang benar-benar membuatkan kami terseksa. Selepas berhempas pulas meredah malam, kami tiba di Kem Basinan pada pukul 11.55 malam. Ini bermakna saya telah berjalan dari Kem Lumot ke Kem Basinan selama 16 jam 28 minit!

Hari Ketiga: Gideon memberi taklimat ringkas. Katanya, perjalanan hari ini lebih mudah dan hanya dua hari sahaja yang sukar. Malah Jun Sicao berkata : "the worst is over". Selepas sarapan, kami berjalan menuju ke Tasik Venado. Benar sebagaimana yang dikata. Trek bahagia dan kami seronok menyakat Mohd Shobri Ahmad yang berjalan perlahan kerana kakinya melecet. Gurau senda melegakan sedikit perasaan yang tertekan akibat 'didera' sepanjang dua hari lalu. Di tasik itu, kami dapat melihat gahnya Gunung Apo (2,954 meter/9,692 kaki dpl) yang merupakan puncak tertinggi di negara Filipina. Selepas makan tengah hari, kami meneruskan pendakian ke Summit Campsite (Kem Puncak) sekitar pukul 4.00 petang.

Kami berjalan mengelilingi tasik menuju ke trek bukit lalang. Sebelum senja menutup tirai, kami sempat menikmati keindahan Tasik Venado dari atas bukit, selain Gunung Talomo yang disimbahi cahaya oren senja.

Di sinilah, Kamariah Ismail, 49, (Kak Kay) mengadu tidak sihat. Saya bertanyakan Kak Kay, boleh berjalan atau tidak. Beliau menjawab, "Boleh...tapi perlahan,". Bagi saya, asalkan boleh berjalan, itu sudah okey. Soal cepat atau lewat tiba di tapak khemah, itu soal kedua kerana yang penting adalah keselamatan dan kemampuan diri.

Kami tiba di Kem Puncak tepat pukul 7.30 malam. Ingatkan bermalam di Kem Puncak yang rata membuatkan kami selesa, rupa-rupanya suhu sejuk melampau sehingga 2 darjah celsius mengganggu lena kami. Walaupun menyarung pakaian tebal dan beg tidur yang sesuai, namun suhu sejuk tetap menyelinap masuk ke dalam pakaian!

Hari Keempat: Inilah hari yang dinanti. Segala kepayahan dan kesakitan yang ditanggung tiga hari lalu hilang seperti ditiup angin lalu. Kami 'berlenggang kangkung' ke puncak Gunung Apo dengan hanya membawa kamera. Macam-macam stail bergambar dirakamkan sebelum kami berpatah balik ke tapak khemah.

Perjalanan turun membawa kami melewati kawasan Boulders, Kem Godi-Godi, Kem Baroring dan Kampung Paradise. Boulders adalah kawasan kontang yang dipenuhi batuan gunung berapi pelbagai saiz. Terdapat lohong yang menyemburkan gas panas dan sulfur di pertengahan kawasan ini. Menapak di kawasan ini turut menguji ketahanan diri. Terik mentari membakar kulit kami selama dua jam. Saya berjalan keseorangan sehinggalah bertembung dengan Jurimah Mohd. Ariffin, Haziana Mohamad dan Kak Kay. Kami tiba di Kem Baroring pada pukul 2.20 petang. Kumpulan terakhir tiba dua jam kemudian. Perjalanan ke kampung dikatakan memakan masa sekitar empat hingga lima jam lagi. "Wah...lama lagi nak berjalan ni," hati saya berkata. Pelbagai trek ditempuh, antaranya trek kerbau dan kebun sayur. Untuk melepaskan lelah, kami berhenti rehat di satu kawasan lapang. Tiba-tiba Gideon bersuara. Beliau menyuruh kami menutup lampu suluh. Rupa-rupanya sekumpulan kelip-kelip berterbangan menyinari kami. Cantiknya tak terkata.

Saya tiba di kampung pada pukul 7.25 malam. Kemudian kami berjalan sekitar satu jam lagi untuk menaiki pikap yang membawa kami ke Kapatagan. Dari situ, kami menaiki lori sayur menuju ke Davao City yang memakan masa tiga jam perjalanan.

Ada juga kejutan pada malam terakhir ini. Ketika pak cik Burn berdiri kerana lenguh, terdengar suara Jhoc Nalda menjerit, 'sit down...sit down...kidnap for ransom.' Rupa-rupanya kawasan yang dilalui kerap berlaku kes culik untuk mendapatkan pampasan. Alhamdulillah, tiada apa-apa yang buruk berlaku.

Kami tiba di Davao City pada pukul 1.15 pagi. Lega rasanya mengenangkan segala kepayahan berlalu pergi.

Hakikatnya, tahap kesukaran yang dilalui adalah berbeza bagi setiap individu. Namun bagi saya, pendakian ini memang sukar tetapi berbaloi dengan pengalaman yang diraih.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved