Khamis, 8 September 2011

Utusan Online - Kota

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Lif rosak tiga kali seminggu

Posted:

Lif rosak tiga kali seminggu

Lif rosak tiga kali seminggu

Oleh ROSLAH OTHMAN
kota@utusan.com.my


Lif di apartmen blok B Menara Jade di Bukit Indah, Ampang sering mengalami kerosakan, terutama ketika hujan. – Utusan/Noor Asrekuzairey Salim


AMPANG 8 Sept. – Isu kerosakan lif di perumahan bertingkat khususnya perumahan kos rendah di ibu negara sudah dianggap sebagai perkara biasa tetapi jika ia berulang lebih daripada tiga kali dalam tempoh seminggu pastinya menimbulkan tanda tanya, selain sudah tentu sangat menyusahkan penduduk.

Lebih menyakitkan, aduan sudah dikemukakan beberapa kali kepada pihak bertanggungjawab tetapi sehingga kini masih tiada langkah penyelesaian berkesan ditemui.

Keadaan sama turut dialami oleh kira-kira 1,000 penghuni apartmen blok B Menara Jade, Bukit Indah di sini.

Penghuni mendakwa masalah kerosakan lif di situ kini pada tahap serius apabila pihak yang dipertanggungjawab untuk menyelia kemudahan di situ sehingga kini masih gagal menyelesaikan masalah tersebut.

Penduduk turut mempersoalkan kewibawaan Badan Pengurusan Bersama (JMB) dalam menangani isu berkenaan.

Penduduk mendakwa masalah kerosakan lif yang berulang kali berlaku dipercayai akibat sikap pengurusan bangunan yang tidak membaik pulih lif dengan sempurna.

Mereka turut mendakwa usaha pihak bertanggungjawab sebelum ini ibarat melepaskan batuk di tangga. Setiap kali aduan dikemukakan, alasan sama diberikan iaitu sama ada masih dalam siasatan atau menunggu laporan lengkap daripada pihak penyenggaraan lif.

Tinjauan Utusan Malaysia ke situ baru-baru ini mendapati apartmen 13 tingkat itu mempunyai dua blok iaitu blok A dan B berada dalam keadaan baik. Terdapat dua unit lif bagi setiap blok.

Bagaimanapun, mungkin benar seperti didakwa penghuni di situ keadaan itu sukar dijangkakan dan itulah yang sebenarnya lebih membimbangkan para penghuni.

Salah seorang penghuni yang hanya mahu dikenali sebagai Raj, 47, mengakui lif di situ hanya berada dalam keadaan baik cuma buat seketika. Selebihnya ia boleh terhenti di tingkat tertentu sahaja, turun secara tiba-tiba dan pintu lif tidak boleh dibuka atau ditutup.

"Setiap kali cuaca hujan ia petanda kerosakan lif akan berlaku dan ia sudah pasti memberi tekanan jiwa kepada kami," ujarnya.

Seorang penghuni lain yang juga enggan dikenali mengakui masalah penghuni yang tersangkut di dalam lif sudah banyak kali berlaku dan diutarakan kepada pihak pengurusan tetapi tiada tindakan menyeluruh diambil bagi menangani masalah itu.

Katanya, disebabkan takut tersangkut dalam lif ada penghuni yang memilih untuk turun atau naik menggunakan tangga.

"Sekiranya kerosakan berlaku pada kedua-dua lif melibatkan mana-mana blok, pihak pengurusan bangunan hanya akan mengalihkan salah satu 'papan induk' lif blok lain ke blok berkenaan.

"Apabila hanya ada satu lif sahaja berfungsi ia sudah pasti mendatangkan kesulitan kepada penghuni terutama kanak-kanak dan warga emas," ujarnya.

Lelaki berusia awal 30-an itu menambah, walaupun sehingga kini tidak pernah ada kejadian kemalangan buruk berlaku, kecuali ada yang terperangkap dalam lif selama kira-kira satu jam, perkara itu harus diselesaikan segera.

"Pihak bertanggungjawab perlu melihat isu ini dengan lebih serius demi keselamatan dan keselesaan kami," ujarnya.

Seni bina Uzbekistan hiasi KL

Posted:

Seni bina Uzbekistan hiasi KL

Seni bina Uzbekistan hiasi KL

Oleh NUR NAZLINA NADZARI
kota@utusan.com.my


Ahmad Fuad Ismail (dua dari kiri), Bokhodir Akhmedov (tiga dari kiri) dan Shukur Sabitov melihat barangan yang dipamerkan pada Kul-Uzbek Cultural Show Art and Handicraft Exhibition di Auditarium DBKL, Kuala Lumpur, semalam. - Utusan/Mohd. Azim Abd. Rahman


KUALA LUMPUR 8 Sept. - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bercadang mewujudkan satu kawasan yang mempunyai ciri-ciri seni bina daripada Uzbekistan bagi menambahkan keceriaan di ibu negara.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Ahmad Fuad Ismail berkata, pihaknya sedang mencari lokasi yang sesuai bagi membina seni bina tersebut yang cantik dan menarik.

Katanya, beliau berharap seni bina itu dapat juga diaplikasikan di bawah projek Sungai Nadi Kehidupan (RoL) supaya seni bina Uzbekistan ini dapat dilihat di sekitar tepi sungai.

"Cara ini mungkin dapat memberi peluang kepada orang ramai yang masih tidak berpeluang lagi untuk melawat negara itu untuk merasai keindahan seni bina bangunan di sana.

"Ia juga bagi dapat menunjukkan seni bina Uzbekistan yang mempunyai ciri-ciri seni bina Islam. Sama seperti kawasan Petaling Street yang menunjukkan ciri-ciri masyarakat Cina," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media mengenai Kul-Uzbek Cultural Show Art and Handicraft Exhibition di perkarangan auditorium DBKL, Jalan Raja Laut di sini, hari ini.

Turut hadir ialah Timbalan Menteri Kebudayaan dan Sukan Uzbekistan, Bokhodir Akhmedov dan Duta Uzbekistan ke Malaysia, Dr. Shukur Sabitov.

Ahmad Fuad berkata, pameran yang bermula hari ini sehingga 10 September itu diadakan oleh Kedutaan Uzbekistan bersempena sambutan kemerdekaan negara tersebut yang ke-20 pada 1 September lalu.

"Sebanyak 10 orang yang terdiri daripada pemuzik, tukang kraftangan dan pelukis dari Uzbekistan telah datang ke Malaysia bagi menjayakan pameran ini," ujarnya.

Konsert Sweet Charity, Blues Gang 1 Oktober

Posted:

Konsert Sweet Charity, Blues Gang 1 Oktober

Konsert Sweet Charity, Blues Gang 1 Oktober


KUMPULAN Sweet Charity dan Blues Gang pada sidang akhbar Konsert 2 Raksasa 2011 Charity di Kuala Lumpur kelmarin.


KUALA LUMPUR 8 Sept. - Konsert 2 Raksasa 2011 yang menggabungkan dua kumpulan legenda tanah air, Sweet Charity dan Blues Gang, akan diadakan pada 1 Oktober ini di Stadium Merdeka, di sini.

Penerbit Eksekutif konsert berkenaan, Shirazdeen Karim berkata, pihaknya berharap konsert itu akan berjalan lancar dan mendapat sambutan daripada peminat-peminat setia kumpulan berkenaan.

"Walaupun konsert ini telah tertunda pada 9 Julai lalu, namun saya tetap yakin konsert ini akan mendapat sambutan yang menggalakkan.

"Sehingga kini, sebanyak 50 peratus tiket telah dijual dan saya yakin sekurang-kurangnya 25,000 peminat Sweet Charity dan Blues Gang akan hadir menyaksikan konsert berkenaan," katanya pada sidang akhbar di sini, semalam.

Selain itu, Shirazdeen menambah, bagi peminat yang telah membeli tiket sebelum ini, ia boleh digunakan untuk konsert tersebut.

Tiket konsert berkenaan berharga RM73 boleh dibeli di laman web www.airasiaredtix.com, kedai muzik Rock Corner, Victoria Music, kaunter-kaunter terpilih Konsortium Transnasional Berhad atau menghubungi talian 03-8775466.

Sebelum ini, konsert yang sepatutnya berlangsung pada 9 Julai lalu itu terpaksa ditunda bagi mengelak bertembung dengan perhimpunan haram Bersih yang berlangsung pada tarikh yang sama dengan penganjuran konsert berkenaan.

Konsert 2 Raksasa 2011 merupakan sebuah konsert yang menggabungkan Sweet Charity dan Blues Gang buat kali kedua selepas konsert pertama mereka pada 1984 yang juga diadakan di Stadium Merdeka.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Johor

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Tinggal di rumah sementara

Posted:

Tinggal di rumah sementara

Tinggal di rumah sementara

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR
utusanjohor@utusan.com.my


Ahmad Yaacub hanya mampu melihat empat motosikal dan sebuah vannya yang musnah terbakar dan rumahnya yang hangus dalam kebakaran di Taman Pasir Putih, Pasir Gudang, kelmarin. - UTUSAN/ RAJA JAAFAR ALI


JOHOR BAHRU 7 Sept. – Kesemua tiga keluarga yang terlibat dengan kejadian kebakaran di Taman Pasir Putih, Pasir Gudang, dekat sini semalam akan ditempatkan di rumah sementara di Taman Air Biru, di sini untuk suatu tempoh yang akan ditetapkan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tiram, Datuk Maulizan Bujang berkata, rumah sementara itu diberikan kepada mereka oleh Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) sebagai langkah mengurangkan bebanan mereka.

"Mereka ini akan tinggal di rumah sementara itu sehingga rumah mereka siap dibaiki. Kalau tiga bulan siap maka tiga bulan mereka akan tinggal kalau enam bulan maka itulah tempoh mereka tinggal di situ.

"Kita bersyukur kerana ketika kejadian ini berlaku tiada sebarang nyawa menjadi korban," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian di sini, semalam.

Dalam kejadian awal pagi semalam, tiga rumah teres dua tingkat musnah dalam satu kebakaran di Taman Pasir Putih, Pasir Gudang dekat sini awal pagi ini disyaki angkara perbuatan khianat.

Kebakaran yang berlaku kira-kira pukul 2 pagi itu turut memusnah beberapa buah kenderaan milik tiga keluarga yang terlibat termasuk tiga kereta, sebuah van dan tiga motosikal.

Maulizan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Pelajaran dan Pengajian Tinggi negeri berkata, pihaknya sudah memaklumkan kepada semua agensi terlibat termasuk Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi membolehkan tindakan susulan diambil.

"Untuk bantuan segera, MAINJ akan menyampaikan sumbangan bernilai RM1,000 dan pihak saya juga menyampaikan sumbangan sebanyak RM1,000," katanya.

120 pesakit ceria terima kunjungan Halimah

Posted:

120 pesakit ceria terima kunjungan Halimah

120 pesakit ceria terima kunjungan Halimah


HALIMAH Mohamed Sadique bertanya khabar dan beramah mesra dengan pesakit sambil menyampaikan hamper dan duit raya ketika melawat wad Hospital Kota Tinggi, baru-baru ini.


KOTA TINGGI 7 Sept. - Seramai 120 pesakit Hospital Kota Tinggi (HKT), di sini ceria apabila menerima kunjungan dan sumbangan berupa hamper serta wang raya sempena Aidilfitri daripada Ahli Parlimen Tenggara, Datuk Halimah Mohamed Sadique, baru-baru ini.

Halimah berkata, amalan menziarahi orang sakit perlu diterapkan dalam masyarakat penyayang kerana ia merupakan satu kaedah rawatan kasih sayang kepada pesakit supaya rasa gembira dan cepat sembuh.

"Sememangnya menjadi amalan kami untuk berkongsi keceriaan Aidilfitri dengan masyarakat termasuk memberi sumbangan kepada mereka yang memerlukan.

"Diharap sumbangan ini sedikit sebanyak dapat menceriakan pesakit di samping meringankan beban keluarga mereka," katanya selepas majlis penyerahan sumbangan tersebut.

Turut hadir, Pengarah HKT, Dr. Maslina Yusof dan Pengerusi Ahli Lembaga Pelawat (ALP) HKT, Dr. T. Kanniapan serta beberapa pemimpin MCA, MIC, Gerakan dan PPP dalam kawasan Tenggara.

Dalam pada itu, Halimah turut meluluskan permohonan ALP berjumlah RM34,000 bagi menambahkan kelengkapan bilik fisioterapi HKT untuk membantu pesakit mendapatkan rawatan.

Menurutnya, peruntukan tersebut untuk membeli peralatan jenis Upper Limb Work Station berharga RM15,000 dan Folding Treadmill berharga RM19,000.

"Kelengkapan perlatan ini adalah untuk kegunaan pesakit menjalani rawatan di hospital dan kita akan memberikan sumbangan tersebut kepada ALP sejajar dengan permohonan yang dibuat," katanya.

Sementara itu, Kanniapan mengucapkan jutaan terima kasih kepada Halimah atas peruntukan yang diberikan bagi membantu pesakit mendapatkan rawatan di unit tersebut.

"Rawatan kesihatan bukan sahaja tanggungan Kementerian Kesihatan tetapi merupakan tanggungjawab yang wajar dikongsikan bersama oleh pihak wakil rakyat, syarikat korporat, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan komuniti," katanya.

Pada majlis itu, pihak HKT, Persatuan Bulan Sabit Merah dan pesara Jabatan Kesihatan bersetuju menubuhkan Skuad Rakan Mesra Pesakit (RMP).

Skuad RMP yang diketuai bekas Pembantu Perubatan Kanan, A. Malik Lamri menyasarkan 150 keahlian dan ia merupakan gabungan sukarelawan pesara Jabatan Kesihatan yang terlatih dan NGO yang boleh digerakan bagi membantu pesakit di wad, situasi bencana alam serta ditimpa wabak.

Menurutnya, tanggungjawab sukarelawan adalah membantu pesakit dalam memberikan sokongan moral malah mereka juga akan diberi latihan agar boleh membantu jika berlakunya kecemasan.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Selatan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


Bucu tajam menghantui pengguna

Posted:

Bucu tajam menghantui pengguna

Bucu tajam menghantui pengguna

Oleh RIZANIZAM ABDUL HAMID
utusanmelaka@utusan.com.my


MOHD. Yusof Abu Hasan (kiri) menunjukkan kesan terbelah pada tayar kenderaan Chong Chun Wah dipercayai terkena bucu tajam penutup besi longkang yang tidak rata di Jalan Merdeka, Banda Hilir, Melaka, semalam.


MELAKA 7 Sept. - Kebimbangan seorang pengguna jalan raya tentang bahaya bucu tajam penutup besi longkang yang tidak rata di Jalan Merdeka, Banda Hilir di sini sejak hampir setahun yang lalu berasas.

Pemandu terbabit, Chong Chun Wah, 62, hampir terlibat dalam kemalangan apabila tayar kenderaan dipandunya tiba-tiba meletup akibat terkena bucu tajam salah satu daripada 21 penutup besi longkang itu.

Menurut Chun Wah, sebelum ini dia sentiasa berhati-hati ketika melalui jalan utama sepanjang 800 meter kerana tahu keadaan jalan yang tidak rata sejak ia dinaik taraf kepada lima lorong November lalu.

"Tetapi hari ini, tayar belakang sebelah kiri tiba-tiba meletup menyebabkan kenderaan saya hampir terbabas, namun, bernasib baik kerana sempat mengawalnya daripada merempuh kenderaan lain di bahu jalan.

"Saya terkejut apabila melihat tayar belakang yang masih baru sudah terbelah dan yakin ia disebabkan terkena salah satu bucu tajam penutup besi longkang itu," katanya ketika ditemui di sini.

Chun Wah berkata, jalan tar yang tidak diturap dengan sempurna menyebabkan bucu-bucu tajam penutup besi longkang itu tidak sama paras dengan jalan raya sehingga ia berbonggol-bonggol dan mengancam keselamatan pengguna jalan raya.

Katanya, keadaan tersebut tidak sepatutnya berlaku jika pihak kontraktor menurap jalan itu dengan sempurna dan memenuhi spesifikasi keselamatan ditetapkan.

"Keselamatan pengguna jalan raya sepatutnya menjadi keutamaan apatah lagi Jalan Merdeka ini merupakan laluan utama pelancong ke negeri ini," katanya.

Menurutnya, nasib baik ketika kejadian, dia yang mengidap sakit jantung tidak mengalami serangan jantung kerana terkejut dengan bunyi letupan.

Prihatin dengan masalah yang dihadapi warga emas itu, Ketua Ahli Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Mohd. Yusof Abu Hasan yang kebetulan melalui jalan tersebut berhenti bagi menghulurkan bantuan.

Jalan Merdeka gagal patuhi spesifikasi keselamatan

Posted:

Jalan Merdeka gagal patuhi spesifikasi keselamatan

Jalan Merdeka gagal patuhi spesifikasi keselamatan

MELAKA 7 Sept. - Kerja-kerja naik taraf, menurap dan melebarkan Jalan Merdeka di Banda Hilir di sini yang dilaksanakan sejak November lalu didapati gagal menepati spesifikasi keselamatan ditetapkan bagi menjamin keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya.

Ketua Ahli Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Mohd. Yusof Abu Hasan berkata, keadaan itu dipercayai berlaku apabila pemaju projek mahu menyiapkan projek kios dan siar kaki di bahu jalan terlebih dahulu sebelum menurap jalan dengan sempurna.

Beliau berkata, pihak pemaju tidak sepatutnya menjadikan perkara itu sebagai alasan sebaliknya perlu mengutamakan keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya.

"Pemaju tidak boleh gunakan alasan mahu tunggu projek kios dan siar kaki siap, baru hendak turap jalan dengan sempurna, sedangkan Jalan Merdeka menjadi tumpuan ribuan pelancong setiap hari.

"Saya harap Bahagian Kejuruteraan MBMB dan Jabatan Kerja Raya (JKR) dapat turun padang membuat penilaian tentang tahap keselamatan jalan itu yang tidak rata dan membahayakan pengguna jalan raya," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Mohd. Yusof yang dilantik sebagai pemantau kemudahan awam bagi pembangunan projek naik taraf Jalan Merdeka berkata, kerja-kerja menaik taraf jalan utama sepanjang 800 meter itu yang bermula November tahun lalu sepatutnya siap Julai lalu.

Beliau berkata, namun sehingga hari ini, penurapan jalan itu hanya dilakukan secara kasar dan kerja-kerja menaik taraf tidak mempunyai ciri keselamatan pengguna.

"Situasi ini tentunya akan mengecewakan hasrat Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam yang mahu melihat Jalan Merdeka menjadi popular seperti di Orchad Road, Singapura," katanya.

Sementara itu, pemandu kenderaan pelancongan, Duck Tours berkata, dia sering mendapat aduan mengenai keadaan jalan tersebut yang tidak rata daripada pelancong yang menaiki kenderaan 'dua alam' itu.

Dia yang enggan dikenali berkata, kenderaan itu yang tidak dilengkapi penyerap hentakan akan menyebabkan pelancong merasai 'alunan' jalan yang tidak rata dengan lebih ketara.

"Keadaan itu menyebabkan saya sukar memandu kenderaan ini secara tegak kerana perlu mencari permukaan jalan yang rata bagi memberi keselesaan kepada penumpang.

"Saya juga hanya mampu berdiam diri setiap kali penumpang mengadu tentang keadaan jalan raya yang tidak rata sedangkan ia adalah laluan utama di tengah-tengah pusat bandar," katanya.

Penduduk Kelemak Dalam lega

Posted:

Penduduk Kelemak Dalam lega

Penduduk Kelemak Dalam lega

Oleh NORIZAN ABDUL MUHID
utusanmelaka@utusan.com.my


SALAH seorang penduduk di Kampung Kelemak Dalam melihat jambatan baru yang dibina semula setelah runtuh akibat banjir di Alor Gajah, Melaka, semalam.


ALOR GAJAH 7 Sept. - Kira-kira 200 penduduk Kampung Kelemak Dalam di sini kini boleh menarik nafas lega apabila masalah jalan rosak yang menghantui mereka sejak lebih empat bulan lalu telah diatasi.

Masalah jalan rosak yang berlaku dalam kejadian banjir yang melanda kampung itu Julai lalu kini telah dipasang pembetung dan diturap pada permukaan atas jalan bagi memudahkan penduduk terutama pemandu kenderaan melalui laluan tersebut dengan selamat.

Rata-rata penduduk kampung itu yang ditemui berpuas hati dengan kerja-kerja pembaikan semula laluan tersebut yang dijalankan pada akhir bulan lalu.

Seorang penduduk, Syawal Mahabot, 72, berkata, penduduk terutama mereka yang memandu kenderaan sukar melalui laluan tersebut disebabkan permukaannya yang sudah pecah dan tidak rata.

Malah katanya, dia yang menunggang motosikal untuk ke jalan utama dan kampung berhampiran juga merasa tidak selamat kerana struktur laluan tidak kukuh ekoran pembetung pada jalan tersebut telah rosak.

"Setelah laluan di situ rosak, penduduk tidak mempunyai pilihan selain terpaksa menggunakan laluan alternatif lain di kampung berdekatan yang agak jauh berbanding jalan biasa untuk ke jalan utama," katanya ketika ditemui pada lawatan Ahli Dewan Undangan negeri (ADUN) Rembia, Datuk Norpipah Abdol bagi meninjau masalah berkenaan di sini semalam.

Pada 7 Julai lalu, akhbar ini melaporkan mengenai gesaan Norpipah kepada pihak berkuasa terlibat agar mengatasi segera masalah jalan rosak di kampung itu kerana ia sudah berlarutan selama empat bulan.

Menurut beliau, masalah tersebut berpunca daripada kejadian tanah runtuh kecil yang berlaku berhampiran sungai di situ kesan aliran air sungai yang deras ketika berlaku hujan lebat kira-kira pertengahan Mac lalu.

Selain itu, kata Apon Baba, 68, penduduk kampung di situ terutama golongan pelajar paling merasa kesannya memandangkan mereka terpaksa menggunakan laluan yang jauh untuk ke sekolah yang terletak di pusat bandar Alor Gajah.

Sementara itu, Norpipah berkata, pihaknya menghargai tindakan segera Jabatan Pengairan dan Saliran Alor Gajah untuk membaiki kerosakan dan pada masa yang sama meminta agensi tersebut memantau kesan kerosakan di laluan terbabit dari semasa ke semasa.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Dalam Negeri

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Misi pemahaman sejarah agenda utama

Posted:

Misi pemahaman sejarah agenda utama

Misi pemahaman sejarah agenda utama

Oleh Wahid Hashim

LONDON 7 Sept. – Misi membetulkan semula pemahaman dan penghayatan sejarah dalam kalangan rakyat Malaysia di sini menjadi agenda utama Karnival Merdeka di sini kali ini, yang pada tahun ini mengundang khas dua tokoh akademik, dan dihadiri sekali oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di London, Datuk Zakaria Sulung berkata, isu itu sangat penting diperbetulkan kerana hanya dengan pengetahuan tentang fakta sejarah yang betul, rakyat Malaysia di United Kingdom yang jumlahnya mencecah 70,000 orang sedar akan kewujudan Malaysia sebagai negara yang telah membangun dalam acuan yang betul.

Zakaria berkata, antara pengisian program ialah forum dan dialog, selain agenda biasa seperti mengibarkan jalur gemilang, menyanyikan lagu Negaraku, serta meraikan majlis sambutan Aidilfitri.

Ditanya sama ada isu putar belit sejarah seperti isu Bukit Kepong yang sedang menjadi isu besar di tanah air sekarang, juga perlu diperjelaskan di United Kingdom semasa dialog dan forum itu nanti, Zakaria berkata, jika ada keperluan beliau – sebagai perantara kepada forum khas itu akan membangkitkan isu berkenaan.

"Selain mengadakan penerangan secara perjumpaan fizikal, pendekatan menggunakan Internet juga akan dilakukan untuk mengembalikan penghayatan sejarah negara,'' katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Forum bertajuk Kemerdekaan 54 Tahun: Membina Satu Bangsa, Berkongsi Satu Matlamat itu akan disertai oleh Profesor Ulung dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin dan Pengarah Eksekutif Institut Pengajian Strategik Antarabangsa Islam (ISIS), Datuk Dr. Mahani Zainal Abidin manakala Zakaria bertindak sebagai perantara.

Tambah Zakaria, ahli akademik dipilih sebagai panel supaya tidak timbul prasangka politik kerana ahli akademik dilihat bebas dan telus dalam menyatakan pandangan masing-masing.

Bagi program dialog, Muhyiddin sendiri akan hadir dan berdialog dengan rakyat Malaysia yang hadir. Kedua-dua program diadakan di Hyatt Regency di Churchill, London pada hari Jumaat ini. Seramai 300 orang dijemput menghadiri forum itu.

Pada sebelah tengah harinya, Muhyiddin akan bersolat Jumaat dengan hadirin di pejabat Pesuruhjaya Tinggi di sini.

Daripada 70,000 rakyat Malaysia di seluruh United Kingdom, 14,000 ialah pelajar tajaan persendirian dan kerajaan, sementara bakinya adalah pelbagai status.

Kata Zakaria, ada rakyat Malaysia yang telah lama menetap di United Kingdom, telah terhakis sedikit sedikit pengetahuan mereka tentang sejarah negara sendiri.

Timbalan Perdana Menteri mengadakan lawatan kerja ke UK, dari 8 hingga 11 September. Selain berdialog dengan rakyat Malaysia, Muhyiddin akan mengadakan pertemuan dengan Ketua Kolej Fesyen London di Universiti Kesenian London, Prof. Frances Corner, bersolat Jumaat bersama komuniti Malaysia di Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Belgrave Square, London dan melawat Pusat Penyelidikan Tun Abdul Razak di Brickendonbury, Hertford.

Kata Zakaria, tujuan utama lawatan Timbalan Perdana Menteri adalah untuk menghadiri Karnival Merdeka Ke-54, iaitu salah satu sambutan Hari Kemerdekaan pada setiap tahun di UK.

''Acara ini selalunya akan menarik ramai rakyat Malaysiadi London ke pejabat Peuruhjaya Tinggi di sini,'' katanya.

Karnival Kemerdekaan diadakan pada Sabtu, 10 September ini. Beliau menjemput semua rakyat Malaysia di United Kingdom datang ke pejabatnya untuk meraikan Hari Lebaran dan Kemerdekaan. Beliau turut membuka ruang untuk menyelesaikan pelbagai isu berkaitan kerakyatan warga Malaysia, dan bercadang mengadakan program 'ala pemutihan' bagi tujuan penyelesaian. – UTUSAN

Dua beranak antara tiga maut van persiaran terbabas

Posted:

Dua beranak antara tiga maut van persiaran terbabas

Dua beranak antara tiga maut van persiaran terbabas


Nur Shahila Mohd. Jamil terselamat dalam kemalangan maut di Kilometer 186 Lebuh Raya Utara Selatan, semalam.


PARIT BUNTAR 7 Sept. - Kegembiraan seorang pelajar yang mahu mendaftar sebagai mahasiswa baru di Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok, bertukar tragedi apabila ibu dan kakaknya antara tiga maut dalam kemalangan di Kilometer 186 Lebuh Raya Utara Selatan, berhampiran Bukit Merah, dekat sini hari ini.

Mereka yang maut ialah ibu kepada Nur Shahila Mohd. Jamil, 19, iaitu Tukijah Esa, 59, kakaknya, Nurul Haniza Mohd. Jamil, 34, dan pemandu van persiaran yang disewa keluarga itu, Chua Wee Chau, 33.

Kejadian pukul 5.40 pagi itu turut mengakibatkan bapa Nur Shahila, Mohd. Jamil Anuar, 68, abangnya, Mohd. Nazir, 29, dan anak saudaranya, Aliya Madiha Abdullah, tujuh bulan, parah dan dikejarkan ke Hospital Taiping untuk rawatan.

Bagaimanapun Nur Shahila bersama ahli keluarga lain iaitu seorang lagi abangnya Mohd. Fairuz, 27, abang iparnya, Mustafa Kamal Mohd. Khamis, 38, serta Khairul Khafiza Isnin, 27, dan Liana Mat, 31, hanya cedera ringan.

Nur Shahila ketika ditemui hari ini memberitahu, ketika kejadian, dia tidur dan hanya menyedari kemalangan itu apabila kenderaan terbabit terperosok ke dalam parit di tepi lebuh raya.

"Saya cuma mendengar mak menjerit meminta tolong tetapi saya tidak dapat membantu kerana tidak boleh bergerak. Keadaan pada itu memang kelam-kabut dengan bunyi jeritan dan kami tidak dapat keluar kerana pintu van tersekat.

"Kakak pula walau dikejutkan beberapa kali masih tidak sedarkan diri dan saya hanya tahu kematian mereka apabila diminta membuat pengecaman mayat," katanya ketika ditemui di Hospital Parit Buntar di sini, hari ini.

Nur Shahila yang merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Pekan Baru, Muar berkata, mereka bertolak dari Muar pada pukul 10 malam dan sepatutnya tiba untuk mendaftar di UUM bagi kursus Ijazah Sarjana Muda Perbankan, pukul 9 pagi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kerian, Supritendan Mat Fauzi Nayan ketika dihubungi hari ini berkata, van yang dinaiki 10 ahli keluarga mangsa yang dipandu Wee Chau itu dipercayai hilang kawalan setibanya di lokasi kejadian.

"Kenderaan itu terbabas dan menjunam ke dalam parit di sebelah kiri lebuh raya. Ia mengakibatkan tiga mangsa maut, tiga cedera parah dan lima lagi cedera ringan.

"Mayat semua mangsa telah dihantar ke Hospital Parit Buntar untuk bedah siasat dan mangsa yang cedera parah dihantar ke Hospital Taiping bagi rawatan," katanya.

orang Melayu, Islam dibunuh

Posted:

orang Melayu, Islam dibunuh

orang Melayu, Islam dibunuh

oleh SAIFULIZAM MOHAMAD
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 7 Sept. – Orang Melayu sepatutnya tidak boleh mengetepikan sejarah tentang bagaimana ramai orang Melayu dan Islam telah menjadi mangsa kekejaman pengganas komunis kerana enggan menyokong perjuangan gerakan tersebut.

Bekas Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral (B) Datuk Jaafar Onn yang juga anak pejuang kemerdekaan, Datuk Onn Jaafar berkata, peristiwa menyayat hati itu berlaku ketika pihak komunis cuba menguasai negara ini sebaik sahaja Jepun menyerah kalah.

Katanya, ramai orang Melayu termasuk mereka yang berpengaruh dalam masyarakat seperti imam, penghulu dan pegawai daerah telah dibunuh dengan kejam oleh pengganas komunis ketika itu.

Beliau berkata, mereka dibunuh dengan pelbagai cara antaranya ditikam dengan tombak, dikurung di dalam sangkar babi kemudian dibunuh, ditinggalkan di dalam hutan berhari-hari sehingga meninggal dunia atau digantung dengan kepala menghala ke bawah.

"Paling saya tidak boleh dilupakan ialah seorang ibu dan anak-anaknya dibakar hidup-hidup dalam sebuah rumah kerana enggan menyokong perjuangan komunis. Kesemua mereka ini adalah orang Melayu.

"Adakah layak komunis ini diangkat sebagai pejuang? Mereka bunuh orang kita, bangsa kita tanpa belas kasihan. Kisah ini, kisah benar yang berlaku di sekitar Batu Pahat ketika Allahyarham bapa saya menjadi pegawai daerah di kawasan itu,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Jaafar dalam laporan akhbar hari ini ternyata begitu kecewa apabila terdapat pemimpin Melayu yang sanggup mendaulatkan komunis.

Sambil menyifatkan pemimpin Melayu serta pengikut mereka yang mengagungkan komunis sebagai pengkhianat, Jaafar, 79, berkata, beliau masih boleh menerima sekiranya rakyat Malaysia tidak mahu mengiktiraf jasa bapanya tetapi tidak sesekali memaafkan golongan yang mendewakan pengganas komunis.

Jaafar berkata, peristiwa-peristiwa yang berlaku itu diketahuinya ketika orang kampung mendapatkan perlindungan di kediaman bapanya di Bukit Soga selepas menerima ancaman daripada para pengganas tersebut.

Beliau berkata, penduduk kampung mengadu bahawa mereka diancam apabila tidak mahu menyokong perjuangan kumpulan haram berkenaan.

"Saya dengar kisah ini daripada mulut penduduk kampung sendiri yang mana ada ahli keluarga mereka dibunuh oleh komunis. Bukan sahaja penduduk kampung malah imam, pegawai daerah dan penghulu juga dibunuh kerana enggan memberi sokongan.

"Sedih saya mendengar bagaimana orang kita dibunuh. Bapa saya sendiri dilantik menjadi Pegawai Daerah Batu Pahat disebabkan pegawai daerah sebelum itu telah dibunuh oleh komunis,'' ujarnya.

Atas sebab itu beliau merasa amat hairan bagaimana pemimpin Pas seperti Mohamad Sabu (Mat Sabu) beria-ia menyokong perjuangan komunis dengan mengangkat Muhammad Indera (Mat Indera) sebagai tokoh pejuang.

"Sebagai seorang Islam dan seorang Melayu tidak tergamak kita untuk menyokong perjuangan komunis dan mengangkat mereka yang bersekongkol dengan komunis seperti Mat Indera dan pendukung komunis Melayu lain sebagai tokoh pejuang.

"Sebab kita tahu komunis telah melakukan kekejaman termasuk membunuh anak bangsa kita kerana enggan menyokong perjuangan mereka,'' katanya lagi.

Dalam perkembangan sama beliau berkata, tidakkah Pas sedar bahawa golongan imam pada masa itu sanggup mengorbankan nyawa daripada menyokong perjuangan komunis semata-mata mahu mempertahankan akidah mereka.

"Komunis tidak percaya pada agama dan sebab itu imam-imam kita menolak mentah-mentah pelawaan komunis kerana ideologi mereka bertentangan dengan Islam dan akibatnya mereka dibunuh oleh pihak komunis,'' katanya lagi.

Bercerita lebih lanjut beliau berkata, kediaman bapanya pada zaman komunis telah menjadi penempatan sementara penduduk kampung yang menjadi mangsa serangan dan ancaman kumpulan itu.

"Sehingga bapa terpaksa membuat sebuah bangsal bagi kemudahan penduduk kampung untuk mendapatkan perlindungan daripada komunis.

"Sebenarnya sebelum berlaku peristiwa Bukit Kepong, komunis telah pun menunjukkan kekejaman terhadap orang Melayu dan Islam,'' ujarnya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Utara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


Medan Gopeng semakin 'sepi'

Posted:

Medan Gopeng semakin 'sepi'

Medan Gopeng semakin 'sepi'

Oleh ANI AWANG
utusanperak@utusan.com.my


Silveritage Galleria yang dulu meriah dan menjadi mercu tanda terkenal di Medan Gopeng, Ipoh.


IPOH 7 Sept. - Nama Medan Gopeng cukup terkenal bukan sahaja sebagai pusat perniagaan tetapi sebagai hentian pengangkutan awam termasuk teksi dan bas ekspres.

Mercu tanda kawasan itu adalah Silveritage Galleria yang menjadi pusat penting kepada kegiatan ekonomi di kawasan itu.

Bagaimanapun, Silveritage Galleria yang dibina oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) dengan kos RM20 juta tidak semeriah dahulu.

Bangunan yang beroperasi sejak 2002 dan menempatkan kira-kira 50 lot kedai kini sepi tanpa sebarang aktiviti perniagaan kecuali beberapa kedai runcit.

Keadaan itu jelas berbeza ketika di awal kemunculannya apabila Silveritage Galleria menjadi medan kepada kepada pengusaha-pengusaha bumiputera untuk memperkenal dan memasarkan produk- produk mereka menerusi ekspo perdagangan dan perladangan.

Hari ini banyak lot perniagaan di situ kosong, hanya sebuah dewan serbaguna yang terletak di tengah-tengah bangunan tersebut beroperasi sekali-sekala bagi majlis tertentu sahaja.

Tidak keterlaluan dikatakan, jika tidak ada Terminal Bas Ekspres, Medan Gopeng sudah lama 'mati'.

Bagaimanapun, hasrat Medan Gopeng untuk bergantung 'hidup' kepada aktiviti bas ekspres juga tidak diharapkan ekoran berlaku krisis di antara pengusaha bas dan pengurusan berhubung

Krisis yang telah memasuki peringkat mahkamah mencapai kemuncak baru-baru ini apabila bekalan elektrik di kawasan itu dipotong sehingga menyebabkan operasi kaunter tiket dilakukan hanya dengan cahaya lilin.

Mengulas isu tersebut, Exco kanan kerajaan negeri, Datuk Hamidah Osman berkata, Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) perlu mencari penyelesaian menyeluruh dan idea di luar kotak pemikiran bagi menghidupkan kembali pusat perniagaan berkenaan.

Katanya, potongan sewa masih belum memadai dan ini terbukti apabila tidak ada peniaga yang sanggung menerima tawaran tersebut walaupun diberikan sewa percuma selama enam bulan.

''Masalah ini tidak boleh dibiarkan kerana ia juga bersangkut paut nasib peniaga bumiputera," katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Rapat berkata, kerajaan negeri akan berbincang dengan PKNP bagi mencari jalan mengelak Medan Gopeng menjadi gajah putih, lebih-lebih lagi selepas pembukaan terminal bas ekspres baru di Meru Raya tidak lama lagi.

Sewa kerap naik punca peniaga tawar hati

Posted:

Sewa kerap naik punca peniaga tawar hati

Sewa kerap naik punca peniaga tawar hati

IPOH 7 Sept. - Sewa yang kerap dinaikkan dalam tempoh enam bulan dikatakan antara faktor peniaga tidak berminat menjalankan perniagaan di Medan Gopeng.

Seorang peniaga, Nor Azura Ayub, 48, berkata, keadaan itu meletakkan peniaga dalam keadaan serba salah kerana pendapatan mereka juga tidak menentu.

"Kalau boleh Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) kaji semula kadar sewa dan pelaksanaannya bagi menarik minat peniaga. Kawasan ini amat berpotensi untuk dimajukan," katanya.

Seorang lagi peniaga, Zaharin Abdul Rashid, 46, berkata, PKNP perlu menjalankan aktiviti bagi menarik kehadiran orang ramai ke kawasan itu.

Katanya, antara pembaharuan yang boleh dilakukan adalah dengan mengubah suai lot kedai kepada dewan bagi menganjurkan kegiatan perniagaan dan majlis perkahwinan.

"Walaupun sudah ada sebuah dewan tetapi membina dewan baru boleh membantu memajukan kawasan itu," katanya.

Syed Badrul Syed Musa, 50, berkata, berdasarkan kemudahan dan lokasi, PKNP sepatutnya tiada masalah menarik peniaga ke kawasan itu.

"Saya harap usaha menarik peniaga untuk menyewa di sini akan membantu memajukan kawasan ini," katanya.

Pekerja kaunter tiket, Normadiah Hashim, 50, berkata, pemasangan lebih banyak lampu dan landskap akan membantu menceriakan persekitaran Medan Gopeng.

"Kawasan ini banyak kemudahan dan peniaga boleh merebut peluang untuk berniaga di sini. Pembukaan kedai cenderamata dapat membantu mencantikkan kawasan Medan Gopeng kepada orang luar.

Cerita harimau jejas penduduk

Posted:

Cerita harimau jejas penduduk

Cerita harimau jejas penduduk

Oleh OPAT RATTANACHOT
uspetani@utusan.com.my


SEBAHAGIAN daripada penoreh getah meninjau kawasan kebun mereka selepas disahkan tiada harimau berkeliaran di Kampung Wang Pinang, dekat Kulim, Kedah, semalam. - UTUSAN/OPAT RATTANACHOT


KULIM 7 Sept. - Lebih 200 pekebun dan penoreh getah di Kampung Wang Pinang dan Kampung Padang Tembak dekat sini kesal dengan tindakan tidak bertanggungjawab pihak tertentu yang menyebarkan berita kononnya kawasan tersebut kini diancam harimau.

Menurut mereka, tindakan berkenaan bukan sahaja menyusahkan pekebun tetapi turut menjejaskan kehidupan penduduk kampung secara keseluruhannya.

Seorang penoreh getah, Yap Tat Ling, 45, berkata, pihaknya kecewa kerana terdapat segelintir individu cuba mereka-reka cerita kononnya terserempak harimau di kawasan berkenaan minggu lalu.

"Saya sudah menoreh getah di kawasan ini hampir seumur hidup saya. Malah, datuk dan bapa saya juga kerja di sini. Kami tidak pernah terserempak dengan binatang buas apatah lagi harimau," katanya kepada pemberita selepas dikunjungi Ahli Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kulim, Sulaiman Ibrahim di sini, hari ini.

Ahli Majlis Ketua Kampung (MKK) Kampung Padang Tembak dan Taman Tunku Putra, Mohd. Amer Dahari pula berkata, sebelum ini, penduduk bebas menjalankan kerja-kerja di kebun mereka tanpa sebarang rasa takut.

"Namun, sejak tersebarnya kisah orang jumpa dua ekor harimau, penduduk takut untuk bercucuk-tanam. Apabila disemak dengan pihak berkuasa, ia nyata khabar angin," katanya.

Seorang lagi penoreh, M. Devi, 60, berkata, tindakan tidak bertanggungjawab segelintir pihak itu menyebabkan dia mengalami kerugian kerana tidak dapat ke kebun.

"Biasa saya dapat antara RM200 dan RM300 seminggu. Namun, selepas berita harimau tersebar, saya tak berani ke kebun," katanya.

Bagi ahli kelab basikal lasak One Star Mountainbike, Mohd. Yusuf Tahir, 40, kawasan kebun getah dekat kampung itu menjadi laluan ahlinya melakukan aktiviti berbasikal setiap hujung minggu sejak lebih setahun lalu.

"Sepanjang kami melalui kawasan ini, tak pernah pun jumpa binatang buas ataupun tapak kaki," katanya.

Sebuah akhbar tempatan baru-baru ini melaporkan kisah seorang penoreh getah mendakwa terserempak dengan dua ekor harimau seberat antara 30 dan 80 kilogram berkeliaran di kawasan kebun hujung kampung berkenaan.

Kisah tersebut kemudian tersebar luas sehingga menyebabkan para petani dan penduduk kampung tidak berani keluar bercucuk tanam hampir seminggu lalu.

Bagaimanapun, pemeriksaan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) negeri tidak menemui sebarang kesan harimau yang dikatakan mengancam keselamatan itu.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Muka Hadapan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Muka Hadapan


Khalid dakwa ada konspirasi

Posted:

Khalid dakwa ada konspirasi

Khalid dakwa ada konspirasi

Oleh ABDUL YAZID ALIAS
pengarang@utusan.com.my

SHAH ALAM 7 Sept. – Ekoran tidak berpuas hati dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang mengambil tindakan terhadapnya kerana menyampaikan ceramah tanpa tauliah di sebuah surau bulan lalu, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad hari ini cuba menyerang pihak berkuasa agama itu dengan mengaitkannya dengan UMNO.

Malah, hari ini Timbalan Pesuruhjaya II Pas Selangor itu turut mengeluarkan kenyataan berbeza apabila menyatakan tauliah penceramah tidak perlu, selain mendakwa JAIS sebagai sebuah badan yang tidak bebas dan menyifatkan keperluan tauliah mengajar adalah peraturan lama yang digubal semasa pentadbiran negeri dikuasai oleh Barisan Nasional (BN) dulu.

Beliau juga mendakwa para pegawai penguat kuasa yang menjalankan tugas berdasarkan Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 mengamalkan diskriminasi dan bersekongkol dengan UMNO.

"Mereka (para pegawai JAIS) masih mempunyai pemikiran lama. Mereka dengan UMNO menggunakan peraturan tauliah untuk menyekat pergerakan Pas mengadakan ceramah di masjid dan surau.

"Pas dilihat lebih mendekati masyarakat melalui aktiviti ceramah di masjid dan surau. Mereka tidak mahu perkara ini berlaku atas kepentingan politik, maka mereka ambil tindakan menggunakan larangan ceramah tanpa tauliah.

"Kita (pemimpin Pas) mengadakan ceramah di masjid dan surau. Pas sebagai sebuah parti Islam, sudah tentukah kita selitkan hal-hal yang berkaitan tentang agama Islam dalam ceramah," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Khalid menyatakan akan dihadapkan ke Mahkamah Syariah Klang pada 24 November ini atas dakwaan menyampaikan ceramah tanpa tauliah di sebuah surau pada Ogos lalu.

Dalam kenyataannya semalam, beliau menyatakan, pihaknya tidak menyatakan tauliah mengajar tidak perlu sebaliknya kehadirannya di surau berkenaan hanya mengadakan ceramah mengenai Islam sahaja.

Beliau hadir di pejabat Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kira-kira pukul 10 pagi semalam untuk memberikan keterangan terhadap tuduhan yang didakwa dilakukannya di sebuah surau di Taman Seri Sementa, Kapar, Klang.

Berdasarkan Seksyen 119, Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003, individu yang mengajar agama Islam atau perkara-perkara tentang Islam tanpa tauliah di bawah Seksyen 118, melakukan kesalahan dan boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Khalid berkata, meskipun JAIS ketika ini di bawah pentadbiran parti-parti pembangkang, masih ramai pegawai pihak berkuasa agama itu merupakan orang yang sama ketika pentadbiran BN sebelum tahun 2008.

"Pegawai-pegawai JAIS yang ada adalah orang yang sama seperti sebelum ini (pentadbiran BN) kita tidak pecat mereka kerana kita tidak mahu bertindak zalim. Kita tidak boleh pecat mereka," ujarnya.

Kerajaan hormati kebebasan sistem kehakiman - Najib

Posted:

Kerajaan hormati kebebasan sistem kehakiman - Najib

Kerajaan hormati kebebasan sistem kehakiman - Najib


Najib Tun Razak bersama Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Pesuruhjaya Kehakiman di Istana Kehakiman, Putrajaya, semalam.
Turut mengiringi Ketua Hakim Negara,Tun Zaki Tun Azmi,Hakim Besar Malaya,Tan Sri Arifin Zakaria dan Hakim Besar Sabah dan Sarawak,Tan Sri Richard Malanjum.


PUTRAJAYA 7 Sept. - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan di bawah pentadbiran beliau amat menghormati dan memahami keperluan kebebasan sistem kehakiman di negara ini.

Tegas Perdana Menteri, pihaknya komited kepada pelaksanaan sistem kehakiman yang bebas kerana ia adalah asas utama kepada kejayaan membina mana-mana negara.

"Sebenarnya dalam menimbang untuk membuat lawatan kerja ke Istana Kehakiman ini, saya mengambil sikap berhati-hati supaya tidak timbul sebarang tanggapan atau perspektif negatif mengenai hubungan antara badan eksekutif dan badan kehakiman.

"Jalinan hubungan ini bukan hanya perlu sempurna tetapi ia juga perlu nampak sempurna," katanya ketika berucap sempena melakukan lawatan kerja kali pertamanya ke Istana Kehakiman di sini hari ini.

Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dan Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Tun Azmi.

Sempena lawatan itu, Perdana Menteri meluangkan masa melawat Istana Kehakiman yang siap dibina pada Julai 2003 dan diduduki sepenuhnya pada November tahun yang sama.

Najib berkata, beliau hanya bersedia melakukan lawatan kerja ke Istana Kehakiman tersebut apabila menerima undangan daripada Zaki sendiri.

Malah, beliau menambah, Zaki sendiri menganggap lawatan itu tidak akan memberi sebarang tanggapan atau perspektif negatif dari masyarakat umum.

"Saya berani buat lawatan ini apabila Ketua Hakim Negara (Zaki) yang mengundang dan beliau menyatakan tidak ada masalah kerana pertemuan seperti ini pernah berlaku sebelum ini," katanya.

Beliau berkata, tujuan lawatan kerja beliau itu untuk meninjau dengan lebih dekat pembaharuan-pembaharuan yang telah dilaksanakan oleh badan kehakiman di negara ini di bawah pimpinan Zaki.

"Melalui pengamatan saya dan juga penerangan oleh Tun Zaki, saya percaya badan kehakiman telah melangkah ke satu tahap yang membanggakan terutama menerusi usaha-usaha yang dilakukan untuk mengurangkan kes-kes tertunggak," katanya.

Kepercayaan rakyat akan terhakis

Posted:

Kepercayaan rakyat akan terhakis

Kepercayaan rakyat akan terhakis

Oleh HASHNAN ABDULLAH
pengarang@utusan.com.my

PUTRAJAYA 7 Sept. – Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan masalah kes-kes tertunggak (backlogs) di mahkamah boleh menghakis kepercayaan rakyat terhadap sistem kehakiman dan kerajaan secara keseluruhan.

Perdana Menteri berkata, ini kerana kes-kes tertunggak yang bukan satu masalah luar biasa kepada mana-mana sistem kehakiman di dunia itu berpunca daripada ketidakcekapan pentadbiran.

''Bagaimanapun, badan kehakiman negara ini telah mengambil langkah bijak dan cepat apabila kes-kes tertunggak di semua mahkamah berjaya dikurangkan kepada hampir 90 peratus dalam masa dua tahun.

''Ia menjadikan hanya tiga per empat daripada seluruh mahkamah di Malaysia yang mempunyai kes-kes semasa iaitu kes yang didaftarkan pada tahun 2010 dan 2011," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena lawatan kerja kali pertamanya ke Istana Kehakiman di sini, hari ini.

Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dan Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Tun Azmi.

Antara pembaharuan sistem kehakiman negara yang telah dilaksanakan adalah memperkenalkan sistem teknologi berkomputer dan juga rakaman audio visual dalam mahkamah di seluruh negara, sistem rakaman dan transkripsi mahkamah, sistem e-filing, Mahkamah Dagang Baru dan Mahkamah Khas Rasuah.

Menurut Perdana Menteri, langkah pembaharuan itu telah diiktiraf oleh badan dunia seperti Bank Dunia melalui satu laporan bertajuk Malaysia Court Backlog and Delay Reduction Program: A Progress Report yang diterbitkan pada 5 September lalu.

Malah, beliau juga yakin dan percaya bahawa apa yang dilakukan oleh Badan Kehakiman Negara itu dapat menjadi contoh kepada negara-negara lain.

''Dari sudut itu saya melihat Badan Kehakiman telah bergerak seiring dengan badan dan jabatan kerajaan yang lain dan tidak ditinggalkan dengan arus kemodenan dan kecanggihan teknologi.

''Sehubungan itu, saya berharap agar program transformasi ini dapat diteruskan dengan pelbagai idea dan inovasi baru bagi memantapkan serta mengukuhkan lagi Badan Kehakiman," katanya.

Dalam ucapan yang sama, Najib berkata, kerajaan kini sedang meneliti cadangan bagi menaik taraf jawatan Hakim Mahkamah Sesyen dan Majistret.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Timur

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Timur


Tiga stesen minyak disita

Posted:

Tiga stesen minyak disita

Tiga stesen minyak disita

Oleh RAHANA MOHD.DAHARI
utusankb@utusan.com.my


FAUZI Haron meletakkan ibu jarinya di mesin perakam waktu sebagai tanda sembolik tamat perkhidmatannya di Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan di Kota Bharu, semalam.


KOTA BHARU 7 Sept. - Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan negeri telah menyita tiga buah stesen minyak dan tiga buah kenderaan bernilai RM120,000 kerana disyaki terlibat dalam aktiviti penyeludupan bahan api.

Pengarahnya, Fauzi Haron berkata, salah sebuah stesen minyak tersebut didapati melakukan kesalahan sehari sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri pada 29 Ogos lalu dan dua lagi disita Ahad lalu.

Beliau berkata, pihaknya turut membuat laporan polis ke atas salah sebuah stesen minyak terbabit selepas menghalang anggota penguat kuasa melakukan tugas dan kes terbabit masih dalam siasatan.

"Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan negeri juga telah menyita tiga buah kenderaan yang didapati melakukan pengubahsuaian pada tangki selain memasang tangki tambahan untuk tujuan penyeludupan bahan api.

"Hasil penahanan tersebut, bahagian penguat kuasa menyita petrol, diesel serta tiga kenderaan yang kesemuanya disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 ," katanya ketika ditemui pada majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri PPDNKK negeri di sini hari ini.

Fauzi menambah, dua stesen minyak berkenaan telah dibenarkan beroperasi seperti biasa selepas siasatan selesai dijalankan, sementara sebuah lagi masih disita kerana kes dalam siasatan polis.

Mengenai penyeludupan bahan api, Fauzi memberitahu, aktiviti tersebut sehingga kini masih terkawal dan pihaknya telah menubuhkan pasukan 'task force' yang bertanggungjawab memantau kegiatan tersebut.

"Pasukan ini sentiasa membuat intipan dan pemantauan terhadap aktiviti terbabit dari semasa ke semasa dan operasi berterusan dijalankan bagi memastikan penyeludup tidak mempunyai ruang melakukan penyeludupan.

"Anggota kita juga telah mengenal pasti lebih 50 buah kenderaan di kawasan sempadan yang dipercayai terlibat dalam aktiviti penyeludupan," ujarnya.

Majlis sambutan hari raya itu turut meraikan persaraan Fauzi yang akan menamatkan perkhidmatan bermula hari ini.

Setahun sebuah novel Indah Hairani

Posted:

Setahun sebuah novel Indah Hairani

Setahun sebuah novel Indah Hairani


INDAH Hairani menunjukkan buku hasil tulisannya di Kuala Terengganu, semalam.


KUALA TERENGGANU 7 Sept. - Dalam diam, tanpa 'huha huha' kegiatan berpersatuan, tidak ramai yang menyedari bahawa di sebalik rona sastera yang dikatakan makin tandus di negeri ini, muncul beberapa penulis wanita yang semakin prolifik dalam genre novel.

Salah satu nama yang terselit di celah rak-rak novel di toko buku ialah Indah Hairani, antara segelintir anak negeri yang mencintai sastera dan terjun dalam dunia penulisan yang dianggapnya sebagai resah yang membahagiakan.

Minatnya berputik semasa di bangku persekolahan, beransur mengasah bakat dan ibu kepada empat orang anak itu yang berasal dari Tepoh dekat sini hanya muncul dengan novel pertamanya selepas berumah tangga.

''Alhamdulillah pada 2008, Rindu Berbisik telah diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) selepas dua tahun menunggu dan ia cukup mengejutkan apabila meraih anugerah Buku Terbaik Kategori Remaja.

''Pada tahun sama lahir novel kedua saya, Hanya Sebatas Ini, terbitan Buku Prima. ia disusuli Di Hujung Ranting (2009), Castle Cinta Deady (2010) dan Berikan Aku Rindu 2011.

''Atas permintaan peminat dan sambutan yang di luar jangkaan, saya sedang menyiapkan manuskrip Di Hujung Ranting II yang mungkin terbit tahun depan," ujarnya ketika ditemui hari ini.

Indah Hairani atau nama sebenarnya Ramlah Awang, salah seorang petugas di Muzium Negeri sini, berusaha mencuri waktu singkat antara kerjaya hakiki, tanggungjawab sebagai ibu dan isteri untuk terus menghilirkan minatnya.

Dia berusaha untuk menghasilkan sekurang-kurangnya satu novel setiap tahun dan setiap satu berlatarkan realiti dan adunan fiksyen yang digetus di mana-mana hasil pengamatan, pergaulan, pembacaan dan pelayaran teknologi maklumat.

Indah yang kini sedang menyambung pelajaran dalam bidang kesusasteraan di Universiti Sains Malaysia (USM) sebenarnya bermula dengan penulisan skrip drama radio yang banyak disiarkan dalam slot Panggung Drama di Klasik Nasional.

Ini termasuklah Seindah Namamu Jannah, Seguris Hatinya, Sutera Terakhir selain drama-drama pendek dalam slot Eka Cerana dan Olak Alik ketika dua slot itu masih disiarkan di stesen penyiaran itu.

Selain skrip drama, dia juga mendekati penulisan puisi yang turut dimuatkan dalam akhbar arus perdana namun beberapa tahun kebelakangan ini tumpuan terarah kepada penulisan novel.

''Saya kembali pada minat dan kecenderungan sejak di bangku sekolah. Pada waktu itu, pengarang-pengarang idola saya seperti Khadijah Hashim, Fatimah Busu, Aziz Afkar, Hamka dan beberapa orang yang lain.

''Novel Hartini karya Aziz Afkar dan novel Tenggelamnya Kapal Van der Wijck karya Hamka misalnya saya membacanya berulang kali tanpa rasa bosan. Buku itu ada di rumah kerana ayah memilikinya," katanya.

Pada waktu itu katanya, dia tidak terfikir untuk menjadi seorang pengarang dan tekad itu tercetus pada 2000 apabila membaca beberapa novel dan mempersoalkan mengapa ia boleh diterbitkan dan diterima khalayak pembaca.

''Anehnya setiap kali selesai menghayatinya, berbagai persoalan berlegar di benak saya, kenapa begitu dan kenapa begini. Saya sering tidak berpuas hati dengan apa yang baru saya baca," ujarnya.

Dari situlah terdetik di hatinya untuk turut menghasilkan karya-karya mengikut keinginan sendiri, ditambah dengan dorongan suami dan anak-anak.

''Saya tidak terfikir, ke mana manuskrip itu nanti harus saya ajukan, sehingga saya menemui novelis Ali Jusoh yang menasihatkan saya mempersiapkan manuskrip tersebut dan dihantar kepada DBP untuk dinilai," ujarnya.

Menyorot karya-karyanya, ia merupakan fiksyen cinta yang diistilahkan sebagai karya popular yang mudah menarik minat penerbit kerana ia menjanjikan pasaran lebih besar.

Namun Indah berkata, dia akan berusaha mematangkan pengkaryaan dalam persoalan cinta dengan skop lebih luas, dengan persoalan yang lebih rencam.

JPJ keluar 244 saman

Posted:

JPJ keluar 244 saman

JPJ keluar 244 saman

Oleh YATIMIN ABDULLAH
utusankelantan@utusan.com.my

KOTA BHARU 7 Sept. - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan telah mengeluarkan sebanyak 244 saman terhadap kenderaan atas pelbagai kesalahan di tiga jalan utama di negeri ini, sepanjang 23 hari Ops Sikap Musim Perayaan Aidilfitri dilaksanakan.

Pengarahnya, Abd. Ghani Che Kassim berkata, tiga jalan tersebut adalah Kota Bharu-Bukit Yong, Kuala Krai-Gua Musang dan Machang-Jeli.

Menurutnya, kesemua saman itu dikeluarkan sepanjang operasi yang bermula dari 14 Ogos hingga 5 September lalu mengikut pelbagai kesalahan.

"Antara kesalahan tersebut adalah lebih muatan sebanyak 49 kes, lesen memandu tamat tempoh atau tiada lesen memandu 14 kes, kesalahan bagi lesen vokasional (kenderaan berat) melibatkan 11 kes, tamat cukai jalan 36 kes dan kesalahan lain (teknikal) 92 kes," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Dalam perkembangan lain, Abd. Ghani memberitahu, bagi penyamaran anggota JPJ dalam bas, terdapat dua kes dikenal pasti semasa operasi lalu melibatkan kesalahan memotong di garisan berkembar.

"Selain itu, terdapat kesalahan ingkar larangan penggunaan kenderaan berat dan JPJ sudah menyita empat buah lori (membawa bahan binaan) yang didapati masih menggunakan jalan raya utama pada empat hari (yang dilarang) iaitu 27 hingga 28 Ogos dan 3 dan 4 September lalu," katanya.

Katanya, pegawai dan anggota JPJ turut mengadakan rondaan pada tiga jalan utama itu sepanjang operasi tersebut dijalankan.

"Tahun ini, tempoh operasi lebih lama dilakukan iaitu sebulan berbanding tahun lalu dalam masa dua minggu sahaja (seminggu sebelum raya dan seminggu selepas raya). Tempoh ini dilanjutkan bagi membolehkan pengguna jalan raya lebih mematuhi peraturan yang ditetapkan JPJ," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved