Jumaat, 26 Ogos 2011

Utusan Online - Selatan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


Bazar Ramadan jana rezeki belia

Posted:

Bazar Ramadan jana rezeki belia

Bazar Ramadan jana rezeki belia

Oleh SAJIDA ASARULAH KHAN
utusanN9@utusan.com.myl


Walaupun masih muda namun Nur Fatihah Abdul Rahman (kanan) tidak kekok melayan pelanggan yang singgah di gerainya di Bazar Ramadan Bahau di Jempol, Negeri Sembilan, baru-baru ini.


JEMPOL 25 Ogos - Kedatangan Ramadan bukan sahaja memberi rezeki kepada para peniaga malah, boleh dikatakan menerima 'durian runtuh' pada bulan tersebut.

Ini kerana, bagi yang sering berniaga pastinya perniagaan mereka akan berlipat kali ganda daripada sebelumnya.

Menyedari peluang itu yang hanya datang setahun sekali, belia di daerah ini turut bertindak bijak dengan mencari duit poket di bazar Ramadan.

Bagi Nur Fatihah Abdul Rahman, 19, masa yang terluang adalah lebih baik jika dimanfaatkan dengan berniaga di bazar Ramadan.

"Sekarang saya sedang menunggu panggilan untuk sambung belajar. Daripada duduk di rumah sahaja lebih baik lakukan sesuatu yang berguna.

"Ini merupakan kali pertama saya melibatkan diri dalam perniagaan. Saya sangat seronok apabila pembeli datang ke gerai saya.

"Saya hanya menjual lima jenis kuih kerana baru melibatkan diri dalam perniagaan ini. Ibu membuat kuih itu dan saya menjualnya," katanya di sini baru-baru ini.

Nabil Faiz Azizi, 13, pula tidak pernah menjadikan usianya sebagai halangan untuk menjadi pembantu di sebuah gerai yang menjual air.

"Kalau hendak tarik pelanggan mudah sahaja. Mulut kena 'bising', baru mereka akan datang, gerai pun pasti 'hidup'," katanya.

Sementara itu, Muhd. Azam Sunub, 21, mula melibatkan diri dalam bidang perniagaan apabila membantu rakannya membuat ayam golek bagi tempahan untuk majlis kenduri.

"Pada bulan puasa tiada tempahan kenduri, jadi kami mencuba nasib di sini. Seekor ayam dijual pada harga RM14.

"Ini merupakan pengalaman pertama saya berniaga di bazar Ramadan. Walaupun penat, saya gembira apabila menerima ramai pelanggan di sini," katanya.

4,554 barangan makanan disita

Posted:

4,554 barangan makanan disita

4,554 barangan makanan disita

MELAKA 25 Ogos - Sebanyak 4,554 jenis barangan makanan yang menyalahi Akta Makanan 1983 telah disita dan dimusnahkan melibatkan nilai hasil rampasan sebanyak RM16,688.82 sepanjang Januari hingga bulan ini.

Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr. Azmi Hashim berkata, ia hasil daripada 19 operasi bersepadu penguatkuasaan keselamatan makanan yang dijalankan di Melaka Tengah, Alor Gajah dan Jasin.

Bagaimanapun menurutnya, jumlah barangan makanan yang disita sepanjang tempoh lapan bulan tahun ini meningkat berbanding 1,811 barangan yang menyalahi Akta Makanan 1983 membabitkan nilai rampasan sebanyak RM9,229.75 sepanjang tempoh itu tahun lalu.

''Kesemua produk makanan yang disita ialah makanan yang kemek atau karat, pembungkus rosak, makanan berkulat, tidak dilabel dan penggunaan pewarna yang tidak dibenarkan," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Dr. Azmi berkata, sepanjang Operasi Raya (Ops Raya 2011) dari 15 Ogos hingga semalam, sebanyak 2,383 jenis barangan makanan telah disita melibatkan jumlah nilai sitaan sebanyak RM9,856.28.

Dalam operasi yang dijalankan itu, katanya, pihaknya turut menyita sebanyak 601 jenis barangan makanan yang tamat tarikh tempoh melibatkan nilai sitaan sebanyak RM2,340.39.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan peniaga di premis seperti pasar raya, kedai runcit dan juga pasar raya mini agar mematuhi penjualan barangan makanan di bawah Akta Makanan 1983.

DMDI perluas kerjasama salur bantuan

Posted:

DMDI perluas kerjasama salur bantuan

DMDI perluas kerjasama salur bantuan

MELAKA 25 Ogos - Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) akan meluaskan kerjasama dengan syarikat korporat atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk menyalurkan bantuan dengan lebih berkesan kepada golongan kurang bernasib baik.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, kerjasama itu akan digerakkan oleh Yayasan DMDI, DMDI Finance House bersama Koperasi Bela Masyarakat Melaka Berhad (Kobemas).

Melalui kerjasama itu katanya, fungsi Rumah Amal Yayasan DMDI akan menumpukan kepada program bantuan untuk golongan warga emas, saudara baru Islam, Orang Asli dan membantu masyarakat negara-negara DMDI.

''Ini membuktikan keprihatinan kerajaan terhadap golongan yang memerlukan selaras dengan objektif penubuhan DMDI iaitu untuk membantu golongan kurang upaya dan tidak bernasib baik," katanya ketika berucap merasmikan program Ramah Mesra dan Sumbangan Aidilfitri di Rumah Amal Yayasan DMDI di sini hari ini.

Katanya, program bantuan kepada golongan warga emas itu digerakkan mengikut prinsip kebajikan kepada masyarakat misalnya melalui aktiviti penjagaan harian dan golongan tersebut ditawarkan khidmat kaunseling.

''Bagi program saudara baru Islam, kita merancang membantu masyarakat yang memeluk agama Islam menjalankan program keagamaan seperti ceramah dan menyediakan kelas fardu ain," katanya.

Beliau yang juga Presiden DMDI berkata, bagi program Orang Asli, bentuk bantuan lebih menjurus kepada usaha mewujudkan kesedaran untuk golongan itu mendekati Islam dan menyediakan kemudahan tenaga pengajar bagi tujuan tersebut.

Selain itu katanya, bagi program bantuan kepada masyarakat negara-negara DMDI, pihaknya akan memastikan aktiviti kebajikan yang dijalankan menepati keperluan pembangunan rohaniah.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Utara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


Projek terbengkalai dipulih

Posted:

Projek terbengkalai dipulih

Projek terbengkalai dipulih

Oleh OPAT RATTANACHOT
uspetani@utusan.com.my


ABDUL Aziz Sheikh Fadzir (lima dari kiri) bersama Abdul Halim Hamzah (enam dari kiri) serta ahli jawatankuasa masjid menunjukkan replika cek yang diberikan oleh kerajaan untuk projek pembinaan Masjid Taman Kenari di Kulim, kelmarin.


KULIM 25 Ogos – Masalah pembinaan Masjid Taman Kenari di sini yang terbengkalai sejak dua tahun lalu dijangka selesai selepas mendapat suntikan dana RM1 juta.

Peruntukan khas tersebut disumbangkan kerajaan Persekutuan melalui Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Majlis penyerahan cek disempurnakan Penyelaras Parlimen Kulim/Bandar Baharu, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir, semalam. Hadir menerima peruntukan itu ialah Pengerusi Jawatankuasa Kariah yang juga imam masjid, Abdul Halim Hamzah.

Abdul Aziz berkata, sumbangan tersebut membuktikan keprihatinan kerajaan dalam mengatasi masalah penduduk setempat tanpa mengira fahaman politik.

"Adalah menjadi tanggungjawab kerajaan membantu mengatasi masalah yang timbul lebih-lebih lagi melibatkan rumah ibadat. Oleh itu, saya berharap dengan peruntukan ini, ia dapat menampung dana untuk meneruskan lagi baki 30 peratus projek pembinaan masjid ini," katanya kepada pemberita di tapak projek berkenaan.

Kerja-kerja pembinaan masjid yang berharga RM3.2 juta itu dimulakan sejak 2009 lalu melalui hasil kutipan orang ramai.

Bagaimanapun, atas masalah kekurangan dana, projek tersebut terpaksa dihentikan meskipun kebanyakan struktur dan kemudahan masjid berjaya disiapkan sebanyak 70 peratus.

Sementara itu, Setiausaha Jawatankuasa Kariah masjid, Harun Yaakob, 35, memberitahu, dengan peruntukan tersebut, projek pembinaan masjid akan bermula dalam tempoh terdekat dan dijangka siap seawal Disember ini.

"Kita bersyukur kerana permohonan membina masjid dengan kerjasama Abdul Aziz kepada JPM akhirnya diluluskan. Terima kasih kepada kerajaan atas bantuan," katanya.

Harun berkata, apabila siap kelak, ia dijangka mampu menempatkan hampir 3,000 jemaah pada satu-satu masa.

Dalam perkembangan berkaitan, Abdul Halim berkata, pihaknya masih memerlukan sumbangan dalam bentuk wang tunai daripada orang ramai bagi menampung kos pembinaan masjid itu.

Katanya, sumbangan itu boleh dimasukkan ke dalam akaun Bank Islam Malaysia Berhad melalui nombor 2057010019390.

Tiga maut dalam dua hari di Perlis

Posted:

Tiga maut dalam dua hari di Perlis

Tiga maut dalam dua hari di Perlis

KANGAR 25 Ogos - Meskipun Ops Sikap Ke-24 baru dua hari dilancarkan, Perlis sudah mencatatkan tiga kematian sepanjang tempoh itu.

Malah, apa yang membimbangkan, dua kematian itu adalah jumlah yang sama dicatatkan di seluruh Perlis dalam tempoh dua minggu Ops Sikap Ke-22 pada Hari Raya Aidilfitri tahun lalu.

Ketua Pegawai Turus Trafik Perlis, Asisten Supritendan Rosli Yahaya berkata, mereka yang maut ialah dua penunggang motosikal berusia 19 dan 61 tahun serta seorang pejalan kaki berusia 68 tahun.

"Ketiga-tiga kemalangan maut itu berlaku di daerah iaitu Arau, Kangar dan Padang Besar yang melibatkan jalan bandaran iaitu laluan di luar Ops Sikap," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas majlis perasmian Kempen Keselamatan Jalan Raya sempena Hari Raya Aidilfitri di Kilometer 18, Jalan Kangar-Alor Setar dekat Sanglang oleh Pengerusi Majlis Keselamatan Jalan Raya negeri, Jamil Saad di sini hari ini.

363 pesawah MADA dapat 'duit raya'

Posted:

363 pesawah MADA dapat 'duit raya'

363 pesawah MADA dapat 'duit raya'


Mohd. Johari Baharum (dua dari kanan) menyampaikan cek bantuan banjir kepada wakil PPK Bahagia MADA C-1 Kangar di Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) A-2 Kodiang, Jerlun, semalam.


JERLUN 25 Ogos - Seramai 363 pesawah di kawasan utara Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) yang ditimpa musibah banjir Mac lalu, bakal menyambut 1 Syawal dengan ceria apabila mendapat bantuan wang ihsan berjumlah RM726,000 hari ini.

Kerajaan Persekutuan yang prihatin dengan nasib mereka meluluskan bantuan tersebut pada kadar RM1,800 sehektar memandangkan tanaman padi yang musnah akibat kejadian itu adalah di peringkat masak dan sedia dituai.

Ribut dan hujan lebat yang melanda kawasan berkenaan dari 28 hingga 30 Mac lalu mengakibatkan tanaman padi bagi musim 2/2010 seluas 403.38 hektar ditengelami air dan rosak.

Bantuan wang ihsan tersebut masing-masing melibatkan seramai 99 petani di Wilayah I MADA di Perlis dan 264 orang di Wilayah II di Jitra.

Ia merupakan bantuan kali kedua yang diterima para pesawah terbabit selepas mendapat bantuan ihsan penanaman semula padi sebanyak RM876 sehektar apabila tanaman mereka yang baru tumbuh musnah akibat banjir besar yang melanda negeri ini, November tahun lalu.

Seorang petani, Mohammad Amri Salleh, 39, berkata, sebelum ini dia agak risau memikirkan perbelanjaan menyambut Aidilfitri kerana gagal mengutip hasil tanaman padi bagi musim lalu setelah lebih satu hektar sawah yang diusahakannya di Kampung Gobir, Perlis musnah akibat banjir.

Keadaan itu, katanya, menyebabkan perancangan perbelanjaan bulanan terjejas dan terpaksa menggunakan sumber kewangan lain bagi menampung perbelanjaan harian.

''Keadaan bertambah rumit kerana hasil padi bagi musim ini pula belum dituai.

''Mujurlah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani prihatin dengan nasib kami yang memerlukan wang apatah lagi menjelang Aidilfitri minggu depan," katanya ketika ditemui selepas menerima wang ihsan sebanyak RM2,278.80 daripada Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mohd. Johari Baharum di Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) A-2 Kodiang di sini hari ini.

Seorang lagi petani, Hashim Choh, 69, berkata, dia bersyukur dengan bantuan wang ihsan tersebut yang bukan sahaja dapat membantu menyediakan kelengkapan Aidilfitri tetapi membolehkannya membaiki jentera yang rosak.

"Bantuan ini sudah pasti dapat meringankan beban saya untuk menyambut Hari Raya dan membuat persiapan bagi musim penanaman berikutnya," katanya yang menerima bantuan wang ihsan sebanyak RM13,053.

Seorang penerima dari Tambun Tulang, Perlis, Lias Salim, 44, pula mengucapkan terima kasih atas keprihatinan kerajaan meluluskan bantuan wang ihsan kepada para peladang yang mengalami kerosakan tanaman padi akibat bencana alam berkenaan.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Dalam Negeri

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Wanita pemangkin perpaduan – PM

Posted:

Wanita pemangkin perpaduan – PM

Wanita pemangkin perpaduan – PM

Oleh MOHD. KHUZAIRI ISMAIL
dan FAIZAH IZZANI ZAKARIA
pengarang@utusan.com.my


NAJIB Tun Razak dan isteri, Rosmah Mansor bergambar bersama replika cek untuk Program Pencegahan Jenayah, Keselamatan Keluarga Tanggungjawab Kita (Sekata) pada sambutan Hari Wanita Kebangsaan 2011 di PWTC, Kuala Lumpur, semalam. Turut kelihatan, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil; Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali.


KUALA LUMPUR 25 Ogos – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, golongan wanita di negara ini memainkan peranan penting sebagai pemangkin kepada perpaduan serta rakan kongsi dalam proses transformasi negara.

Kata Perdana Menteri, fitrah wanita yang penuh dengan sifat keprihatinan, kesabaran, kelembutan dan penuh empati menjadikan mereka sebagai insan yang layak menjadi ejen perpaduan.

''Kerana itu wanita perlu diberi ruang dan peluang yang besar termasuk dalam bidang ekonomi serta politik kerana sekiranya kita mahu menjadi sebuah negara maju, maka kita tidak boleh mengasingkan wanita sebagai modal insan," katanya.

Beliau berucap pada sambutan Hari Wanita Kebangsaan 2011 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Najib menambah, negara juga akan kehilangan 50 peratus daripada potensi kemajuan negara sekiranya wanita tidak diberikan peluang dan ruang yang adil untuk bergerak maju.

Sebab itu, kata beliau, dasar 30 peratus wanita sebagai pembuat dasar dan keputusan dalam sektor korporat yang dilancarkan Jun lalu bukanlah satu kuota, sebaliknya mencerminkan hasrat kerajaan untuk melihat golongan itu turut cemerlang dalam sektor berkenaan.

''Ia adalah sasaran yang boleh dicapai bukannya kerana kuota tetapi secara merit kerana wanita kita berkemampuan dan layak untuk berada di tahap itu," katanya.

Dalam perkembangan lain, Najib berkata, kerajaan akan terus berusaha mencapai sasaran peningkatan penyertaan wanita dalam tenaga buruh kepada 55 peratus pada 2015 berbanding 46.1 peratus ketika ini.

Tambah beliau, penyertaan wanita sebagai tenaga buruh yang lebih besar merupakan satu proses berperingkat yang akhirnya boleh dicapai.

Setiap rakyat menyumbang kepada kemajuan

Posted:

Setiap rakyat menyumbang kepada kemajuan

Setiap rakyat menyumbang kepada kemajuan

KUALA LUMPUR 25 Ogos - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, setiap rakyat negara ini memainkan peranan yang seimbang dalam pembangunan negara serta menyumbang kepada kemajuan ekonomi.

Kata Perdana Menteri, perkara itu mungkin tidak disedari oleh kebanyakan daripada rakyat negara ini yang berpandangan pekerjaan mereka tidak setanding atau penting jika dibandingkan dengan pemimpin korporat.

''Sedangkan anda perlu tahu, tidak kira dalam apa jua industri yang diceburi atau apa jenis pekerjaan dilakukan sekali pun, anda turut memberi impak kepada pembangunan ekonomi dan sosial negara.

''Setiap daripada anda juga, tidak kira sama ada anda merupakan seorang eksekutif korporat, pemandu teksi, guru, pelajar, petani, peniaga atau pekerja pembersihan, penglibatan anda sangat penting dalam mekanisme sosioekonomi kompleks yang akan memacu negara ini ke depan," katanya.

Beliau berkata demikian dalam entri terbaru bertajuk 'Being Malaysian' menerusi laman blog beliau di http://www.1malaysia.com.my, hari ini.

Najib menambah, rakyat negara ini mewarisi kemerdekaan dan kekayaan hasil perjuangan rakyat terdahulu dan bertanggungjawab untuk mempertahankannya.

Justeru kata beliau, setiap rakyat seharusnya berbangga dengan pekerjaan dilakukan dalam erti kata melakukan yang terbaik dalam pekerjaan itu kerana ia akan memastikan kesinambungan kejayaan negara.

Adalah mustahak juga, kata Najib, untuk rasa bangga itu disertai dengan semangat dan keazaman melakukan yang terbaik dalam pekerjaan dilakukan.

''Ia bukanlah satu pekerjaan yang kita lakukan untuk mendapat ganjaran di hujung bulan semata-mata. Sebaliknya, ia adalah sebahagian daripada perjuangan patriotik untuk membawa negara ini mencapai kejayaan yang besar," katanya.

Najib turut menekankan bahawa bukanlah tanggungjawab pemimpin politik dan ekonomi semata-mata untuk membawa negara ini maju.

Sebaliknya kata beliau, ia merupakan peranan setiap rakyat Malaysia untuk meyakini bahawa mereka juga memainkan peranan seperti kumpulan di barisan hadapan.

Pendidikan Islam dimantapkan

Posted:

Pendidikan Islam dimantapkan

Pendidikan Islam dimantapkan

Oleh KAMIL MASLIH
utusanjohor@utusan.com.y


MUHYIDDIN Yassin menyampaikan duit raya kepada golongan kurang berkemampuan sumbangan UDA Holdings Berhad di Surau Saadi'ah Hj. Mohd. Yassin di Muar, Johor, semalam. Turut kelihatan Nur Jazlan Mohamed (tengah).


MUAR 25 Ogos – Kementerian Pelajaran akan memperkenalkan kurikulum baru Pendidikan Islam dengan menerapkan Jawi, al-Quran, Bahasa Arab dan Fardu Ain (j-QAF) dalam subjek tersebut, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran memberitahu, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat khas dengan Bahagian Pendidikan Islam bagi memantapkan lagi mata pelajaran berkenaan.

"Ini adalah perkara yang akan kita laksanakan tidak lama lagi kerana dikatakan kita masih kurang guru j-QAF di seluruh negara, sedangkan kita memiliki ramai guru Pendidikan Islam dan guru itu layak untuk mengajar anak-anak kita dalam soal berkaitan jawi, agama Islam dan al-Quran menerusi j-QAF," katanya.

Beliau berucap pada Majlis Tahlil dan Berbuka Puasa di Surau Sa'adiah Hj. Mohd. Yassin di Jalan Bakri di sini hari ini.

Turut hadir isteri beliau, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, Pengerusi UDA Holdings Berhad, Datuk Nur Jazlan Mohamed, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Serampang, Tahir Taat serta ADUN Jorak, Datuk Dr. Shahruddin Md. Salleh.

Pada majlis tersebut, Muhyiddin menerima zakat daripada UDA Holdings sebanyak RM150,000 untuk Yayasan Nurul Yaqeen serta RM20,000 lagi untuk Surau Sa'diah.

Pada majlis itu, UDA Holdings turut meraikan 200 golongan kurang berkemampuan yang terdiri daripada fakir miskin.

Menurut Muhyiddin, tumpuan kerajaan adalah memastikan bidang pelajaran yang turut merangkumi pendidikan agama Islam dapat diperluaskan.

"Pendidikan adalah suatu yang sejagat dan tiada perbezaan antara miskin atau kaya. Dalam sistem pendidikan kita, sekolah adalah untuk semua, kita tentukan mereka mesti ke sekolah, tiada yang tertinggal, tiada yang terkecuali," katanya.

Sehubungan itu, kata Muhyiddin, kementeriannya akan memantapkan lagi pendidikan di peringkat prasekolah agar semua kanak-kanak berpeluang mengikuti pendidikan pada usia muda dan kerajaan juga bersedia mengeluarkan peruntukan agar lebih banyak prasekolah dapat dibuka.

"Selain memberi modal RM10,000 untuk membuka prasekolah, hari ini saya buat keputusan, mana-mana pihak yang hendak memperluaskan lagi prasekolah yang sedia ada, kita boleh menambah peruntukan, tapi pokoknya kena tambah bilangan pelajar.

"Hari ini, lebih setengah juta anak-anak kita sudah pun melalui pendidikan prasekolah tapi ada beberapa ratus ribu lagi yang tidak dapat kerana tiada kemudahan dan mereka ini di kawasan pedalaman, pinggir bandar, rumah pangsa dan rumah setinggan," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Timur

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Timur


Peneroka dapat hadiah Aidilfitri

Posted:

Peneroka dapat hadiah Aidilfitri

Peneroka dapat hadiah Aidilfitri

Oleh WAN ZULKIFLI WAN YAACOB
utusanterengganu@utusan.com.my

DUNGUN 25 Ogos – Selama hampir tiga dekad memajukan tanah demi masa depan keluarga, seramai 265 peneroka dari kawasan Felda Kerteh II di sini akhirnya mendapat hak milik secara rasmi.

Ia suatu detik menggembirakan semalam apabila mereka menerima surat hak milik tanah daripada Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said.

Sebahagian besar penerima hak milik berkenaan yang berkumpul di Dewan Sivik Felda Kerteh II merupakan peneroka asal yang mula memasuki ladang sawit seluas 1,499 hektar itu pada 15 Oktober 1982.

Ketika berucap pada majlis penyerahan itu, Menteri Besar berkata, tanah tersebut merupakan jaminan masa hadapan buat keturunan mereka dan tidak harus disia-siakan.

''Jagalah tanah ini elok-elok untuk anak dan cucu-cicit kita. Nak dapat geran bukannya mudah kerana kita perlu menunggu lebih 20 tahun dan ada yang telah meninggal dunia.

"Gunakan tanah ini sebaik mungkin, jangan dicagarkan atau dijual kepada orang lain," katanya.

Menurutnya, setiap peneroka dan keluarga perlu menilai perit serta kepayahan sewaktu mula-mula meneroka kawasan Felda agar dapat menanamkan sifat keinsafan di dalam diri.

Beliau menyifatkan apa yang dimiliki sebagai suatu anugerah tidak ternilai setelah mereka berusaha gigih untuk membina kehidupan di penempatan itu.

Tambah beliau, pemberian itu merupakan satu rahmat dan hadiah sempena kedatangan bulan Ramadan serta sambutan Aidilfitri beberapa hari lagi.

Turut hadir isteri Menteri Besar, Toh Puan Seri Norliza Mahmud; Pegawai Daerah Dungun, Datuk Mustaffa Abdul Rahman; Ahli Parlimen Dungun, Matulidi Jusoh; Ketua UMNO Bahagian, Datuk Dr. Rosli Mat Hassan dan Ahli Dewan Undangan Negeri Paka, Mohd. Ariffin Abdullah.

Penempatan itu mempunyai 3,076 penduduk dengan hampir 150 terlibat dalam bidang keusahawanan, manakala hampir 200 kalangan anak mereka menyertai kerjaya profesional.

Balu lapan anak terharu terima pampasan suami sambut raya

Posted:

Balu lapan anak terharu terima pampasan suami sambut raya

Balu lapan anak terharu terima pampasan suami sambut raya


Mohd. Zawawi Eilias (dua dari kanan) menyampaikan cek insurans berkelompok Rela kepada Che Zainun Che Nik di Besut, baru-baru ini.


BESUT 25 Ogos - Buat pertama kali, Che Zainun Cik Nik, 41, bakal menyambut Aidilfitri dengan status ibu tunggal ketika dia masih diselubungi kesedihan ekoran kematian suaminya, seorang tukang kayu dua bulan lalu.

Ibu kepada lapan anak yang masih dalam berpantang itu selepas bersalin dua minggu lalu, sebelum ini membayangkan tiada apa yang boleh dilakukannya untuk persiapan menyambut hari mulia tersebut.

Namun kunjungan Pegawai Rela Daerah, Mohd. Zawawi Eilias ke rumahnya di Kampung Bukit Puteri Dalam membawa khabar melegakan apabila dia menerima bayaran pampasan insurans berkelompok Rela semalam.

Dia begitu terharu menerima bayaran berjumlah RM22,000 setelah kehilangan suaminya seorang anggota Rela yang terbunuh dalam kemalangan jalan raya.

Sebanyak RM20,000 dibayar sebagai insurans kemalangan, manakala RM2,000 pula sebagai bayaran khairat kematian suaminya yang menganggotai Rela sejak 17 tahun lalu.

Menurut Che Zainun, dengan pampasan itu, dia sekeluarga berasa lega kerana dapat digunakan untuk persiapan menyambut Aidilfitri.

"Syukurlah kerana suami saya menjadi anggota Rela dan dilindungi insurans, kalau tidak sukar saya nak menjaga lapan orang anak kerana saya tidak mempunyai sebarang pekerjaan.

"Nasib baiklah anak sulung saya ada juga bekerja sebagai pembantu di sebuah pusat hemodialisis di kampung itu yang dapat juga membantu untuk meringan beban adik-adik yang lain," ujarnya.

Dia berharap anak-anaknya nanti dapat menyertai Rela kerana pasukan itu memberikan banyak kemudahan di samping khidmat bakti kepada masyarakat.

Katanya, sepanjang suaminya menyertai Rela, dia sekeluarga berasa bangga kerana suaminya turut memberi sumbangan untuk menjaga keselamatan dan keharmonian dalam masyarakat.

Rakyat harus bijak memilih pemimpin agar masa depan terjamin

Posted:

Rakyat harus bijak memilih pemimpin agar masa depan terjamin

Rakyat harus bijak memilih pemimpin agar masa depan terjamin

TANAH MERAH 25 Ogos - Rakyat Kelantan harus bijak memilih pemimpin agar masa depan negeri ini terjamin dan tidak jauh ketinggalan berbanding negeri-negeri lain.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin berkata, rakyat akan menjadi mangsa sekiranya masa depan negeri ini diperjudikan oleh pemimpin yang tidak berkelayakan dan tidak mampu untuk membawa perubahan.

Beliau berkata, Kelantan jauh ketinggalan berbanding negeri-negeri lain dan ia boleh dilihat dalam semua aspek sama ada pendidikan atau pembangunan.

"Hendak tahu bagaimana Kelantan ketinggalan atau tidak, lihatlah betapa ramai rakyat negeri ini yang berhijrah untuk mencari pekerjaan.

"Kalau Kelantan maju seperti negeri lain, sudah tentu penghijrahan yang begitu besar ini tidak akan berlaku seperti mana rakyat di negeri maju seperti Melaka, Johor dan Perak umpamanya," katanya ketika merasmikan pejabat baru Amanah Raya Berhad Tanah Merah dan pemberian zakat di sini, semalam.

Turut hadir Pengerusi Amanah Raya Berhad, Datuk Dusuki Ahawanmad yang kemudiannya turut menyerahkan zakat kepada kira-kira 100 fakir miskin.

Awang Adek yang juga Timbalan Menteri Kewangan berkata, rakyat perlu bijak memilih pemimpin dan menggunakan hak sebaik mungkin agar tidak tersalah pilih.

"Lihatlah betapa rakyat Kelantan kini benar-benar terhimpit dengan pelbagai masalah seperti bekalan air yang tidak pernah selesai dan lebih kecewa apabila pemimpinnya beritahu masalah air akan selesai di Kelantan dalam tempoh 17 tahun lagi dan ini sesuatu yang mengecewakan.

"Sudah-sudahlah kita duduk dalam keadaan begini, Kelantan perlukan perubahan yang boleh diberikan oleh Barisan Nasional bagi mengubah semua senario ini," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Muka Hadapan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Muka Hadapan


JAIM serbu markas fahaman Syiah

Posted:

JAIM serbu markas fahaman Syiah

JAIM serbu markas fahaman Syiah


Rahimin Bani menunjukkan tiga buah buku yang telah diharamkan KDN serta risalah yang dikatakan mempunyai fahaman Syiah di sebuah rumah di Taman Paya Dalam, Melaka, semalam.


MELAKA 25 Ogos - Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) hari ini menyerbu sebuah rumah di Taman Paya Dalam dekat sini yang dipercayai menjadi markas sebuah kumpulan penganut fahaman Syiah.

Dalam serbuan itu, sejumlah 35,000 buku dan risalah mengenai fahaman Syiah yang telah diharamkan oleh Kementerian Dalam Negeri ditemui di rumah tersebut.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa JAIM, Rahimin Bani berkata, buku dan risalah yang ditemui itu telah siap dibungkus dan akan diedarkan melalui pos ke seluruh masjid dan jabatan-jabatan kerajaan.

Lebih mengejutkan, katanya, satu memorandum mengenai penubuhan Persatuan Syiah Malaysia yang akan dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin turut ditemui di situ.

"Siasatan awal mendapati, buku-buku yang akan dihantar itu datang daripada Majlis Syiah Malaysia beralamat di Ulu Tiram, Johor Bahru dan sejumlah 6,000 naskhah telah dihantar ke seluruh negara," katanya kepada pemberita selepas mengetuai serbuan itu di sini, hari ini.

Antara ajaran kumpulan itu adalah menghalalkan para pengikutnya bernikah secara kontrak dan membenarkan sembahyang jamak dilakukan pada bila-bila masa walaupun bukan dalam keadaan darurat.

Pengikut ajaran tersebut juga menyanjung Ahlul Bait iaitu ahli keluarga Nabi Muhammad SAW secara keterlaluan dengan menganggap golongan itu maksum atau bebas daripada dosa serta anti para sahabat kecuali Saidina Ali.

Menurut Rahimin, turut ditahan dalam serbuan yang berakhir pukul 2 petang itu ialah seorang remaja berusia 18 tahun yang mengaku bekerja di situ serta lima remaja berusia antara 14 dan 15 tahun.

Beliau berkata, kumpulan Syiah itu dikesan mula mengedarkan buku-buku terbabit di seluruh masjid dan surau di negeri ini sejak Julai lalu tetapi berjaya dipintas oleh JAIM melalui surat yang diedarkan.

"Kita percaya, rumah ini telah disewa sejak empat bulan lalu untuk menjadi pusat pengedaran buku-buku dan risalah fahaman sesat ini

"Majlis Fatwa Kebangsaan telah mengisytiharkan ajaran itu perlu dihindari, begitu juga Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka yang telah mengeluarkan fatwa supaya masyarakat Islam berpegang teguh fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah," katanya.

Tambahnya, kesalahan dilakukan mengikut Seksyen 48 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 di bawah kesalahan penerbitan agama yang bercanggah dengan hukum syarak.

Masjid Terengganu sasaran buku ajaran Syiah

Posted:

Masjid Terengganu sasaran buku ajaran Syiah

Masjid Terengganu sasaran buku ajaran Syiah

KUALA TERENGGANU 25 Ogos - Pengedaran buku mengenai 'kebenaran' ajaran Syiah yang dikaitkan dengan akidah Islam sebenar ke masjid-masjid seluruh negeri ini sejak beberapa hari lalu menimbulkan tanda-tanya umum.

Sehubungan itu juga, Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Terengganu (JHEAT) telah mengarahkan pihak masjid yang menerima buku tersebut agar menyerahkannya kepada pejabat agama terdekat.

Buku-buku itu diposkan kepada semua pengerusi masjid untuk diagihkan kepada imam yang bertugas di setiap masjid di mana setiap bungkusan mengandungi tiga set buku yang perlu dituntut di pejabat pos.

Salah sebuahnya berjudul Akhirnya Kutemui Kebenaran, buku terjemahan berbahasa Arab tulisan Dr. Muhammad al-Tijanji Al-Samawi setebal 245 halaman dan terdapat catatan ia terbitan kumpulan Pengajian Islam Universiti Islam Antarabangsa, 1995.

Sebuah lagi buku setebal 548 halaman berjudul Dialog Mengenai Islam dan Akidah Islam Sebenar dan Kewajipan Muslim Mentaati Kepimpinan Yang dilantik Allah dan Rasul Demi Perpaduan Dan Kejayaan Dunia Akhirat.

Setiap bungkusan itu disertakan dengan cap pengirim atas nama Majlis Syiah Malaysia, beralamat No. 148, Jalan Haji Mahmood, Ulu Tiram, Johor di samping terdapat cop beralamat Majlis Syiah Malaysia, 1012, Desa Melawati, Kuala Lumpur yang diragui.

Pengerusi Masjid Kampung Petai Bubus di sini, Tuan Syarif Putera menyifatkan ia mungkin langkah halus untuk menyemai fahaman itu melalui para imam di peringkat akar umbi.

''Ia juga mungkin salah satu taktik, di mana apabila menjadi isu dan heboh diperkatakan, ia mungkin mendorong untuk membaca buku itu dan memudahkan mereka mempercayai dan menerima ajaran Syiah.

''Gejala seumpama itu dengan keberanian yang makin diperlihatkan dalam menyebarkan ajaran yang ditegah di negara ini, perlu dibanteras dengan tegas kerana ia boleh mencetuskan kecelaruan yang membahayakan akidah umat Islam," ujarnya.

Sementara itu, Pengarah JHEAT, Mohd. Rozali Salleh ketika ditemui Utusan Malaysia memberitahu, pihaknya telah meneliti buku-buku yang diserahkan kepada pihak berkuasa.

''Kita telah maklumkan kepada semua pegawai agama dan masjid tentang buku-buku fahaman Syiah sedang cuba diedarkan ke masjid seluruh negeri oleh pihak tertentu.

''Kita akan menjalankan pemantauan bersama pihak Kementerian Dalam Negeri berhubung mereka yang dikaitkan dengan penghantaran bahan-bahan ini," ujarnya.

Beliau berkata, pada masa yang sama pihaknya akan memanggil satu mesyuarat khas bersama para pegawai masjid mengenai langkah kawalan penyebaran bahan seumpama itu di masjid-masjid.

KPDNKK temui MITI

Posted:

KPDNKK temui MITI

KPDNKK temui MITI

Oleh MD. AZRIN ROSLY
pengarang@utusan.com.my

PETALING JAYA 25 Ogos – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan mengadakan pertemuan dengan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) bagi membincangkan langkah yang boleh diambil dalam isu penjualan 65 peratus pegangan dalam Esso Malaysia Berhad (Esso).

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ExxonMobil International Inc. (ExxonMobil) akan diminta memberi peluang kedua kepada Boustead Holdings Berhad yang dimiliki Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) untuk membeli saham tersebut.

"Walaupun penjualan pegangan tersebut telah ditandatangani antara ExxonMobil dengan San Miguel Corporation (SMC), kita akan lihat terma-terma perjanjian mereka, mungkin ia boleh dijual kembali kepada syarikat tempatan.

"Namun, kerajaan tidak boleh campur tangan keterlaluan kerana ia merupakan transaksi di antara entiti perniagaan," katanya pada sidang akhbar selepas melakukan pemantauan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Hari Raya Puasa 2011 di Pasar Tani Seksyen 17, di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai kekhuatiran pelbagai pihak berhubung penjualan Esso kepada syarikat minuman keras dari Filipina itu.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, secara peribadi, sudah tentu beliau juga mahu melihat syarikat tempatan memiliki Esso.

''Namun sebagai negara yang mesra perdagangan dan pelaburan, kerajaan tidak boleh terlalu campur tangan dalam urusan perniagaan,'' ujarnya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Politik

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Politik


SPR timbang guna dakwat kekal

Posted:

SPR timbang guna dakwat kekal

SPR timbang guna dakwat kekal

KUALA LUMPUR 25 Ogos – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempertimbangkan semula penggunaan dakwat kekal pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) selain daripada sistem biometrik bagi memastikan tidak berlaku masalah pengundian bertindih.

Sehubungan itu, Pengerusi SPR, Tan Sri Abd. Aziz Mohd. Yusof (gambar) berkata, SPR kini mempunyai beberapa pilihan untuk dilaksanakan sama ada sistem biometrik atau dakwat kekal atau kedua-duanya sekali.

Bagaimanapun, beliau berkata, hanya satu sistem sahaja akan dipilih dan ia bergantung kepada hasil kajian menyeluruh yang kini sedang dijalankan oleh SPR.

"Tidak dinafikan sistem biometrik yang kita cadangkan sebelum ini baik, tetapi ia tetap mempunyai kelemahan-kelemahan tertentu antaranya mesin pengimbas tidak boleh membaca ibu jari dan masalah cip kad pengenalan rosak.

"Oleh itu, kita perlu berhati-hati. Kita tidak mahu timbul masalah pada hari pengundian. Jika sistem biometrik berjalan dengan baik, tidak ada masalah, tetapi bagaimana pula sebaliknya?" katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi penerangan tuntutan lapan perkara oleh Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) kepada media di Wisma Bernama di sini hari, ini.

Cadangan penggunaan dakwat kekal adalah salah satu daripada lapan cadangan yang terkandung di dalam tuntutan Bersih dan kini telah diambil perhatian oleh SPR untuk dipertimbangkan.

Pemimpin gagal pertahan akidah harus 'diperangi'

Posted:

Pemimpin gagal pertahan akidah harus 'diperangi'

Pemimpin gagal pertahan akidah harus 'diperangi'

JOHOR BAHRU 25 Ogos - Pertubuhan Penyatuan Pembelaan Melayu Malaysia (PPPMM) menyifatkan pemimpin Melayu Islam yang gagal bersatu mempertahankan akidah sebagai dayus dan harus 'diperangi' habis-habisan.

Presiden PPPMM, A. Rahman Mahadi berkata, akidah adalah perkara paling asas dalam kehidupan umat Islam yang tidak boleh dikompromi.

"Nilai akidah umat Islam tidak boleh dihitung dengan jumlah kertas undi apatah lagi dengan secebis kuasa politik. Sebaliknya, ia harus dipertahankan dengan apa cara sekali pun dan tidak ada istilah toleransi atau rundingan.

"Jika inginkan kuasa janganlah seperti orang kebulur sangat. Mencari kuasa atau ingin berkuasa mestilah ada hadnya. Jangan sampai kita sanggup menggadaikan akidah semata-mata mahu mencari keuntungan politik dan peribadi jangka pendek," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Beliau mengulas tindakan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang dilihat masih gagal menyelesaikan isu pemeriksaan gereja oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada 3 Ogos lalu.

Kelmarin, Abdul Khalid menimbulkan polemik apabila mengumumkan penubuhan majlis penasihat syura yang kononnya dicadangkan oleh Sultan Selangor sedangkan ia tidak mendapat perkenan baginda.

Sebaik sahaja ditegur oleh Sultan Sharafuddin Idris Shah, Abdul Khalid mengubahnya kepada Jawatankuasa Pendengaran sebelum mengubah lagi semalam kepada gerak kerja pendengaran.

A. Rahman berkata, apa yang berlaku di gereja itu seharusnya membuka mata umat Islam terhadap ancaman yang sedang dihadapi dan perlunya mereka bersatu dalam menangani isu berkenaan.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pendidikan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pendidikan


SK Permas Jaya siap Jalur Gemilang guna 4,032 cakera padat

Posted:

SK Permas Jaya siap Jalur Gemilang guna 4,032 cakera padat

SK Permas Jaya siap Jalur Gemilang guna 4,032 cakera padat


Guru dan murid bersorak gembira setelah berjaya menyiapkan bendera Jalur Gemilang yang diperbuat daripada 4,032 keping cakera di Sekolah Kebangsaan Permas Jaya 3, Bandar Baru Permas Jaya, Johor Bahru, baru-baru ini.


JOHOR BAHRU 25 Ogos - Para guru dan murid di Sekolah Kebangsaan (SK) Permas Jaya 3 mencipta sejarah apabila berjaya menyiapkan sebuah bendera gergasi yang diperbuat dari 4,032 keping cakera padat (CD) terpakai.

Guru Besar sekolah tersebut, Fatimah Jamil, 56, berkata, hasil kerjasama guru-guru, murid-murid serta ibu bapa pelajar, bendera Jalur Gemilang daripada cakera padat itu berjaya dihasilkan.

"Selama seminggu guru-guru serta murid begitu komited menyiapkan bendera itu di samping mendapat kerjasama daripada ibu bapa yang datang selepas waktu sekolah untuk menyiapkan Jalur Gemilang," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, kelmarin.

Sementara itu, guru yang bertanggungjawab mengeluarkan idea membuat Jalur Gemilang tersebut, Sri Gauri, 41, berkata, idea berkenaan timbul ketika dia mengajar di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Masai kira-kira tiga tahun lalu.

"Di SJKT itu, hanya 2,000 keping cakera padat digunakan, tetapi di sini kami gunakan sebanyak 4,032 keping," katanya.

Menurutnya, kerja menyiapkan bendera tersebut bermula dengan membeli kawat besi BRC kemudian disambung pada setiap kepingan sehingga menjadi 10 meter tinggi dan enam meter lebar.

Ujarnya, setiap murid menyumbang sekeping cakera padat terpakai dan ada di antara murid tersebut berjaya membawa lebih 1,000 keping cakera padat lama.

Kepingan cakera padat tersebut kemudian diikat pada setiap lubang kawat dan akhir sekali kerja-kerja semburan dilakukan bagi mengecat warna Jalur Gemilang.

"Dengan adanya bendera ini, para guru serta murid dapat memupuk semangat patriotik menjelangnya sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos ini," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved