Rabu, 17 Ogos 2011

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Fasa baru Mizz Nina & Noh

Posted:

Fasa baru Mizz Nina & Noh

Fasa baru Mizz Nina & Noh

Oleh KHADIJAH IBRAHIM
khadijah.ibrahim@utusan.com.my
Gambar WAHIDIN SALIM


NOH dan Mizz Nina bergambar bersama 22 anak-anak yatim pada majlis berbuka puasa, di Restoran Seri Melayu, di Kuala Lumpur baru-baru ini.


PENYANYI Mizz Nina, 31, yang selama ini sering beraya di Kampung Baru, Kuala Lumpur mengaku tidak sabar untuk merasai suasana raya di luar kota metropolitan.

Dia yang baru pulang dari berbulan madu bersama suami, Noh Salleh, 27, vokalis kumpulan Hujan di beberapa negara Eropah awal bulan ini berkata, kesempatan itu hanya dapat diperolehi apabila beraya di Miri dan Kuching, Sarawak kelak.

"Tidak sabar rasanya nak merasai pengalaman beraya di tempat baru. Selama ini saya beraya di Kampung Baru sahaja.

"Raya pertama di sini. Petang raya kami akan bertolak ke Kuching selama dua hari dan dua hari lagi di Miri," jelasnya yang ditemui pada majlis berbuka puasa bersama 22 orang anak yatim dari Yayasan Murad, Seremban di Restoran Seri Melayu di sini, baru-baru ini.

Mizz Nina yang popular dengan lagu What You Waiting For memberitahu, Ramadan kali ini berbeza baginya dan suami kerana masing-masing buat pertama kali berbuka dan bersahur bersama.

Katanya, sebelum ini dia tidak kisah berbuka di rumah atau di luar. Bagaimanapun rutin itu berubah sejak berumah tangga.

"Saya memang tidak pandai memasak tapi saya cuba. Nak kata sedap macam chef, tidaklah. Setakat ini, dia tak adalah pula sakit perut. Saya sudah berjaya memasak ayam masak kicap dan sambal tumis.

"Lama kelamaan mungkin lebih banyak lagi makanan kegemaran dia yang saya mampu masak. Walaupun dia jenis tidak kisah tentang makanan tetapi sebagai isteri, saya ingin dia merasai masakan saya," kata pemilik nama sebenar, Shazrina Azman terus terang.

Sementara itu, Noh berkata, dia tidak kisah kalau isterinya hendak memasak atau tidak kerana apa sahaja yang dihidang, pasti dimakannya.

"Saya tidak paksa isteri memasak sebab saya tahu dia macam mana tapi dia tetap nak masak. Adalah yang terlebih dan terkurang, tapi saya tetap suka kerana kesungguhannya itu," ceritanya.

Katanya, apabila sudah berumah tangga, rutin kehidupannya pada bulan Ramadan berbeza kerana sewaktu bujang, masanya banyak dihabiskan di studio.

"Saya dan isteri sedang membiasakan diri melalui fasa baru ini seadanya. Biasalah dulu sesuka hati hendak berbuka atau bersahur di mana sahaja, tapi sekarang, mesti bersama.

"Terasa hidup lebih teratur kerana ada orang yang mengambil berat tentang diri kita. Inilah masanya untuk kami mengeratkan lagi hubungan," akuinya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Mamat kahwin tahun depan?

Posted:

Mamat kahwin tahun depan?

Mamat kahwin tahun depan?

Oleh ABD. AZIZ ITAR
aziz.itar@utusan.com.my
Gambar JEFFRI IRAN


FIDA dan Mamat tidak menolak permintaan jurugambar bergambar bersama pada rakaman rancangan Melodi Raya terbitan TV3 di PWTC, Kuala Lumpur baru-baru ini.


ANGGOTA kumpulan Sepah, Mamat yang kini sedang menjalin hubungan intim bersama pelakon baru, Fida tidak menolak jika ditakdirkan ditemukan jodoh dengan pasangannya itu pada tahun depan.

Mamat atau Mohd Noor Murad, 26, berkata, dia bukan sahaja tidak menolak soal jodoh, sebaliknya sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai suami dan bapa dalam sebuah keluarga.

"Bagi saya jodoh ditentukan Allah. Kalau ditakdirkan tahun depan jodoh dah sampai, saya akan terimanya dengan hati terbuka. Saya sedia menerima ketentuan itu walaupun saya sedar ia satu tanggungjawab yang amat berat.

"Bukannya senang mahu memikul tanggungjawab sebagai suami. Berkahwin bukan untuk hidup berdua sahaja tetapi juga soal keluarga kedua belah pihak dan juga anak-anak.

"Apa pun, saya memang sudah bersedia berkahwin. Selepas berkenalan dengan Fida saya dapati ada keserasian antara kami berdua walaupun karakter kami yang agak berbeza. Saya seorang yang 'gila-gila' dan dia pula sopan santun orangnya.

"Saya rasa perbezaan itulah yang boleh 'menyeimbangkan' perhubungan kami. Malah, sehingga kini pun kami masih mengenali hati budi masing-masing," katanya kepada Hits sewaktu dihubungi kelmarin.

Menurut pelawak berasal dari Kampung Kulai, Johor ini, kesediaannya untuk mendirikan rumahtangga bukanlah perkara baru, sebaliknya sebelum dia berkenalan dengan Fida.

Jelas Mamat, sebelum berkenalan dengan Fida dia pernah berkawan rapat dengan penyanyi dan bassis kumpulan rock, Butterfly iaitu Nor Adha atau lebih dikenali sebagai Ada.

Bagaimanapun katanya, hubungan selama sembilan bulan yang dirancang untuk ke gerbang perkahwinan terputus di tengah jalan kerana tiada persefahaman lagi di antara mereka.

Mula rapat

"Saya harap dengan penjelasan ini terutama mereka yang menabur fitnah kononnya Fida perampas kekasih orang, hentikanlah kerja yang tidak berfaedah itu.

"Saya mula rapat dengan Fida setelah putus dengan Ada. Dalam soal ini tidak timbul merampas saya daripada sesiapa. Sebagai manusia saya ada naluri sendiri tentang siapa pasangan saya," ujarnya.

Tambah Mamat yang baru tiga tahun bergelar artis, dia tertarik dengan sifat lemah lembut Fida dan sikap prihatin terhadap dirinya di saat ramai orang tidak menyedarinya.

Antaranya kata juara pertandingan Maharaja Lawak itu, Fida merupakan orang pertama yang menyedari tandatangannya adalah dalam tulisan Jawi di mana ia tidak disedari oleh sesiapapun termasuklah ahli-ahli keluarganya sendiri.

"Fida adalah orang pertama yang perasan tandatangan saya dalam tulisan Jawi dan dia juga boleh membacanya. Tandangan itu saya cipta sejak saya di tingkatan lima Sekolah Agama Kulai," ceritanya.

Sementara itu, Fida yang ditemui tidak menafikan menyenangi sikap dan ciri-ciri kemelayuan yang dimiliki oleh Mamat sehingga hubungan mereka semakin intim akhir-akhir ini.

Hubungan itu bukan sahaja tidak menjadi rahsia lagi di kalangan para peminat dan media massa, malah kemesraan mereka itu dapat dilihat sewaktu rakaman rancangan Melodi Raya terbitan TV3 baru-baru ini.

Semasa ditemui pada rakaman yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) itu, Fida atau nama sebenarnya Rafidah Ibrahim tidak menafikan dia kini sedang dalam proses mengenali hati budi pelawak itu.

"Sebenarnya saya baru enam bulan mengenali Mamat. Hubungan kami kini semakin rapat. Kami dalam proses mengenali hati budi masing-masing. Terus terang saya katakan, saya memang berminat untuk mengenalinya secara lebih dekat lagi," katanya.

Menurut pelakon drama bersiri Kasih Alia yang kini disiarkan setiap Isnin hingga Khamis pukul 7 malam di TV3 ini, dia tidak menyangka perkenalan sebagai kawan biasa akhirnya menjadikan mereka semakin rapat.

Jelas Fida, dia tertarik dengan Mamat kerana jejaka tinggi lampai itu mempunyai banyak ciri-ciri kemelayuan yang menjadi idamannya selama ini.

"Saya dapati Mamat seorang lelaki yang jujur. Sebab itu, pada awal perkenalan kami, saya memberi ruang dan peluang dia mendekati saya. Kami berkenalan terlebih dahulu. Semakin lama saya mengenalinya, saya dapati dia mempunyai banyak ciri kemelayuan.

"Antaranya, saya tertarik dengan tandatangannya yang ditulis dalam tulisan Jawi. Jarang saya tengok lelaki sekarang yang menulis tandatangan dalam tulisan Jawi. Sekarang ini kami terus berhubung melalui telefon dan SMS (khidmat pesanan ringkas)," ujarnya.

Hubungan itu katanya, secara tidak langsung akan menambahkan lagi kemeriahan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini yang akan disambut bersama keluarganya di Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Fida yang sebelum ini pernah berlakon dalam drama popular Cinta Tikar Sejadah bersama Farid Kamil berkata, dia sudahpun membuat persiapan raya lebih awal termasuklah membeli pakaian raya.

"Saya sudah beli pakaian raya sejak awal puasa lagi tetapi kalau saya rasa tidak cukup saya akan beli lagi. Ini kerana saya mahu bercuti raya lebih awal. Tahun ini, saya akan bercuti sehingga raya yang kelima," kata Fida yang akan ke lokasi drama Amin Roger-Roger pada raya keenam.

Sewaktu pertemuan itu, Fida dan Mamat tidak menolak ditemu bual dalam rancangan Melodi Raya yang akan disiarkan pada Hari Raya yang keenam dan ke-13 pukul 12.30 tengah hari hingga 1.30 petang di mana ia turut dijayakan hampir 500 artis popular tanah air.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Berperang secara ‘gentleman’

Posted:

Berperang secara 'gentleman'

Berperang secara 'gentleman'

Oleh ZULKIFLI JALIL
pengarang@utusan.com.my


AHMAD MASLAN


BEBERAPA keputusan klasik dalam siri Pilihan Raya Umum (PRU) lepas jelas menunjukkan Barisan Nasional (BN) sebenarnya boleh merampas kembali Kelantan, mempertahankan Kedah serta memanipulasi undi pos.

Bukan itu sahaja. Selagi ada bulan dan bintang, selagi itulah semua negeri di Malaysia, baik kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen akan terus ditadbir selama-lamanya oleh BN.

Tetapi ada syaratnya. Ia cuma akan berlaku sekiranya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di bawah telunjuk BN. Namun itu semua itu tidak akan berlaku. SPR telah membuktikan bukan menerusi 'mainan' suruhanjaya itu secara peribadi tetapi melalui proses demokrasi negara.

Di Kedah, semasa BN kehilangan negeri itu pada 2008, jumlah majoriti undi di lima DUN yang gagal diraih BN jika dicampurkan kelima-limanya, ia baru mencecah 1,400 undi. Jadi, masakan BN hanya sekadar mahu melihat Kedah terlepas daripada genggaman kalau tidak dengan 'cara menawarkan kepada SPR imbalan' supaya menambah kertas-kertas undi untuk menimbus 1,400 undi berkenaan. Tapi ia tidak berlaku dan tidak pernah terjadi.

Di Kelantan pada PRU 2004. BN hanya kalah dua kerusi kepada Pas yang membentuk semula kerajaan negeri. Dua kerusi yang dimenangi Pas itu termasuk satu kerusi yang diraih dengan majoriti dua undi sahaja di DUN Kemuning, Machang.

Mengapa BN kalau benar telah menguasai SPR, tidak pula bertindak mengarahkan supaya ditambah sahaja tiga kertas undi pro-BN di kerusi terbabit. Ini sekali gus meninggalkan cuma satu lagi kerusi majoriti Pas. Dan kebetulan pada 2005, satu pilihan raya kecil diadakan di DUN Pengkalan Pasir, Kelantan dan BN memenanginya.

Bayangkan, jika DUN Kemuning diperoleh BN dengan cara 'jahat' tadi dan Pengkalan Pasir sudahpun dimenangi BN, pastinya Kelantan ditadbir parti pemerintah Pusat. Tapi jawapannya tetap sama, SPR tetap berkecuali dan kuasa rakyat masih menjadi penentu sistem demokrasi negara.

Itu antara dua contoh yang dibangkitkan oleh Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan ketika merujuk kepada keterbukaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengumumkan penubuhan Jawatankuasa Terpilih Parlimen bagi menambah baik sistem pilihan raya di negara ini.

"Kesediaan Perdana Menteri melambangkan keterbukaan beliau yang tidak takut dengan segala tuduhan pembangkang yang tidak berasas terhadap sistem pilihan raya di Malaysia.

"Kita BN ingin mencapai kemenangan yang sesuci-sucinya dan mulia, bukannya 'kemenangan' yang berdasarkan tuduhan pihak pembangkang," kata beliau pada pertemuan dengan Utusan Malaysia di pejabat Timbalan Perdana Menteri di Putrajaya semalam.

Jawatankuasa Terpilih Parlimen itu yang dianggotai wakil rakyat BN dan pembangkang adalah bukti kerajaan komited dengan sistem pilihan raya yang bersih. Dalam aspek ini, jawatankuasa akan berbincang serta mencari kata sepakat mengenai bentuk penambaikan yang perlu dilaksanakan oleh SPR sebelum dilaksana pada Pilihan Raya Umum ke-13.

Sama ada secara kebetulan atau tidak, Ahmad turut menarik perhatian mengenai tuduhan pakatan pembangkang bahawa kononnya BN sentiasa menang undi pos dalam setiap pilihan raya.

"Tapi ternyata ia hanya tuduhan jahat semata-mata. Kita ambil contoh kemenangan calon Parti Keadilan, Dr. Chandra Muzaffar pada PRU 1999 di Bandar Tun Razak yang menang undi pos.

"Kemudian, Ruslan Kasim yang bertanding atas tiket parti yang sama menang undi pos pada pilihan raya kecil Teluk Kemang pada awal tahun 2000 meskipun tewas di tangan calon BN, S.Sothinathan," kata beliau.

Semua itu menggambarkan apa? Ya, jelas SPR tidak berpihak. Malah, dalam petisyen SPR, tidak pernah tuduhan wujudnya pengundi hantu berjaya dibuktikan.

"Ini bererti isu pengundi hantu hanyalah persepsi pembangkang. Pengundi hantu yang dimaksudkan oleh pembangkang adalah orang dari luar atau perantau yang hanya atau sekali-sekala pulang ke kampung mereka untuk mengundi.

"Barangkali orang tua-tua di kampung tidak mengenali anak si polan dan si polan itu yang telah dewasa untuk pulang mengundi. Kalau satu keluarga ada 10 anak, masakan kita boleh cam kesemua anak keluarga di kampung berkenaan," kata Ahmad.

Bagi Ahmad, pembangkang kini giat untuk menimbulkan persepsi negatif terhadap tiga perkara iaitu isu, individu dan institusi.

"Misalnya institusi polis dinegatifkan dalam isu perhimpunan haram 'Bersih', Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam kes Teoh Beng Hock dan sekali lagi SPR dalam isu 'Bersih'. Itulah sebabnya, bila SPR mahu guna sistem biometrik, dia kata guna dakwat kekal tapi katakan jika SPR saran guna dakwat, dia kata pula biometrik lebih bagus," kata beliau sambil merujuk sebuah negara tetangga yang amat korup sistem pilihan rayanya apabila jumlah kertas undi melebihi jumlah populasi.

Sebenarnya, kalau betullah SPR dikuasai BN dari pengerusi, timbalannya sehinggalah para pegawai kanan dan pengarah-pengarah SPR negeri, nescaya setidak-tidaknya 14 daripada 16 pilihan raya kecil sudah disapu bersih oleh BN. Ini tidak, BN hanya menang lapan kerusi manakala pembangkang tujuh dan menang percuma – satu di Penanti, Pulau Pinang.

Demikian juga dalam keputusan pilihan raya negeri Sarawak April lalu, BN pastinya tidak akan membenarkan pembangkang menambah kerusi jika SPR sememangnya berjaya dikuasainya.

"Itu sebabnya BN perlu berhajat untuk menang secara bermaruah dengan menggunakan sistem pilihan raya terbaik.

"Justeru, kita amat mengharapkan badan reformasi pilihan raya ini dapat menghentikan pertikaian yang cuba dicetuskan oleh pembangkang.

"Berperanglah secara 'gentleman', kita nak mereka merasai kekalahan mereka nanti adalah benar-benar tulen," kata Ahmad.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Ubah pendekatan ajar bahasa Inggeris

Posted:

Ubah pendekatan ajar bahasa Inggeris

Ubah pendekatan ajar bahasa Inggeris

Oleh FAUZY HALIM
PENULIS ialah Pengarah Centre of Modern Languages (CML). Beliau pernah bertugas lebih 12 tahun di Amerika Utara, Eropah, Asia, dan Afrika sebagai jurulatih guru pelbagai bahasa.


SEBAHAGIAN graduan bersorak kegembiraan selepas Majlis Konvokesyen Institut Pendikan Guru (IPG) Kampus Tun Abdul Razak, di Kota Samarahan, Sarawak pada 7 Julai lalu.


Pada zaman Tan Sri Ahmad Kamil Jaafar menjadi Perutusan Tetap Malaysia di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu New York, apabila ada persidangan di peringkat wilayah atau antarabangsa, wakil-wakil dari Malaysia selalu diberi penghormatan untuk mempengerusi dan mengetuai perbincangan, berbagai-bagai jenis jawatankuasa kajian untuk pelbagai agensi antarabangsa.

Itu dulu. Itu cerita lama. Sejak sedekad dua kebelakangan ini, keadaan amat berbeza. Kini acapkali kita mendengar sesetengah graduan kita, antara mereka pemegang PhD, bertutur bahasa Inggeris dengan sebutan dan tatabahasa tunggang-langgang. Mereka masih takut-takut dan kurang yakin menyuarakan pendapat dalam forum atau mesyuarat pejabat.

Alangkah rugi buah fikiran cerdik pandai kita tidak dapat dikongsi, dimanfaat bersama dan mengakibatkan terencat kerjaya mereka hanya kerana kelemahan penguasaan bahasa Inggeris, terutamanya kekangan pertuturan.

Oleh itu, tidak hairanlah apabila Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran bertanyakan "kenapa setelah 13 tahun bahasa Inggeris diajar, kita masih tidak mampu menghasilkan pelajar-pelajar yang menguasai bahasa Inggeris dengan baik."

Soalan itu merupakan satu cabaran kepada mereka yang berkecimpung dalam bidang pendidikan, lebih-lebih lagi kepada kalangan pengajar bahasa atau sebagai ibu bapa.

Masalah yang timbul sekarang adalah dari sudut penguasaan bahasa Inggeris komunikasi atau pertuturan. Dari segi bahasa Inggeris penulisan, kita sememangnya patut berbangga dengan ramai pelajar kita yang memperoleh A plus dan A atau B dalam peperiksaan SPM dan A di tahap O-Level.

Pada akhir tahun 1960-an dan awal 1970-an, Tun Hamdan Tahir berbincang dengan penulis perihal penguasaan bahasa Inggeris. Beliau juga bertanya bagaimana kaedah American Peace Corps berupaya dan sanggup menjadi perintis untuk memulakan pembelajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Melayu di Sekolah-sekolah Berasrama Penuh (SBP) terpilih; walhal mereka belajar bahasa Melayu dalam masa 11 minggu sahaja.

Jawapan penulis ialah kami dilatih untuk mengajar American Peace Corps menggunakan pendekatan mendengar dan bertutur (Aural-oral) dengan kederasan di antara 120 - 160 perkataan seminit. Kami tidak mencampur-adukkan bahasa penulisan dengan bahasa pertuturan. Ini disebabkan nilai bunyi bahasa sebutan walaupun menggunakan huruf rumi yang sama tetapi mempunyai nilai bunyi yang amat berlainan seperti p dengan b, t,d, k, dan g.

Nilai bunyi 'u' hanya satu sama ada 'unggu' atau 'buku' dalam bahasa Inggeris nilai bunyi 'u' seperti dalam perkataan berikut cut, cute, church, bury, quay, clue, audio.

Jika kita masih ingat, Kementerian Pelajaran pernah memulakan pembelajaran Bahasa Inggeris menggunakan kaedah 'Communication English' di sekolah rendah malangnya oleh kerana tenaga pengajar yang kurang terlatih dan kurang arif dan faham tentang pendekatan itu, kaedahnya berjalan hanya beberapa tahun sahaja.

Sekarang yang masih ada saki-baki pendekatan 'Communication English' itu hanya tentang cara mengatur tempat duduk pelajar-pelajar secara berkumpulan 4, 6 atau 8 orang setiap kumpulan.

Bagaimanapun, di Sarawak program ini terus berjalan dan semasa penulis bertugas dengan US Peace Corps dan Canadian CUSO, pernah melawat kelas-kelas ini di SK & SJK di Miri, Sibu & Kuching, ia dijalankan dengan sempurna dan berkesan. Sebab itu kita dapati pelajar-pelajar di Sarawak lebih yakin dan fasih bertutur dalam Bahasa Inggeris.

Penulis pernah diminta oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia yang berasal dari Sarawak untuk membuat demonstrasi dan seminar tentang pendekatan 'Aural-oral' yang diguna pakai oleh American Peace Corps, di Kementerian Pelajaran di Jalan Duta.

Maklum balas yang penulis dapati dari hasil demonstrasi dan seminar sejam setengah itu secara ringkasnya, 'susah hendak dijalankan di sekolah kita' (di Semenanjung Malaysia). Dengan itu, berakhirlah riwayat 'Communication English' atau pendekatan 'Aural-oral.'

Sebenarnya, penggunaan pendekatan 'Aural-Oral' ini dapat menjimatkan masa untuk menyempurnakan sesuatu sukatan pelajaran itu di antara 20 hingga 50 peratus (%). Masa yang dijimat tersebut boleh digunakan membuat latih tubi, mengulang kaji untuk peperiksaan dan latihan amali pengukuhan menerusi pelbagai aktiviti kegemaran pelajar sesama atau antara darjah dan aliran.

Aktiviti seperti perbahasan, peraduan menyanyi, drama dan sebagainya. Rekaan pelajar atau guru patut digalakkan.

Kejayaan pendekatan 'Aural-Oral' ini yang digunakan sebagai pelengkap dalam pembelajaran Bahasa Inggeris adalah ketara sekali di Filipina di mana guru-guru TESOL yang kami latih di Pusat Latihan Peace Corps di Universiti Hawaii meneruskan program ini, melatih tenaga pelatih terpilih tempatan yang akan melatih guru-guru bahasa Inggeris rakan sejawat mereka untuk terus menggunakan pendekatan ini apabila guru-guru TESOL dari Peace Corps tamat tempoh perkhidmatan mereka di wilayah-wilayah tersebut.

Hasilnya kita dapati pembantu rumah yang didatangkan dari Filipina agak lebih baik penguasaan bahasa Inggeris mereka dari sesetengah graduan kita. Memang benar terdapat kelemahan-kelemahan lain seperti guru bahasa Inggeris sendiri tidak fasih bertutur dalam bahasa Inggeris seperti 'ketam mengajar anak berjalan lurus'.

Masih ada guru-guru TESL yang mempunyai tahap MUET 5, masih membuat kesalahan dalam sebutan, tatabahasa seperti I didn't went there dan sebutan atau tajwid yang salah tekanan dan intonasinya seperti sebutan 'lettuce', 'mayonaise', 'quay', 'audit' dan sebagainya.

Penggunaan 'malapropism' iaitu kosa kata yang tidak betul penggunaannya terutama seperti 'sensitive', 'bored', 'boring' dan lain-lain. Jika mereka yang pencapaian MUET tahap 5 melakukan kesalahan seperti itu, bagaimana pula nasib pelajar apabila guru-guru mereka yang hanya mencapai tahap dibawah 4.

Sekarang seramai lebih kurang 30,000 guru yang tidak terlatih dibenarkan mengajar bahasa Inggeris. Mereka ini tidak pernah atau tidak cukup latihan untuk membaca phonetic seperti yang terdapat pada semua kamus. Jadi bagaimana mereka nak tahu sesuatu sebutan itu salah atau betul. Dan bagaimana pula mereka boleh membuat analisis perbezaan dan cara-cara sebutan bagi pelajar majmuk dari berpuluh bahasa dan loghat.

Istilah guru TESL (mengajar bahasa Inggeris sebagai bahasa ke-2) juga adalah kurang tepat. Penggunaan yang lebih tepat adalah TESOL (Teaching of English to Speakers of Other Languages). Ini adalah kerana latihan untuk guru-guru TESL mempunyai perbezaan asas berbanding latihan guru-guru TESOL.

Latihan guru TESL penekanan adalah untuk mengajar, guru-guru yang mendapat latihan TESOL akan melatih (conditioning) muridnya secara bersepadu, spontan hingga sesuatu kemahiran itu menjadi kebiasaan atau 'habit' yang tidak mudah hendak dilupai.

Saranan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mencadangkan agar pendekatan yang digunakan oleh American Peace Corps di Universiti Hawaii amat tepat sekali dan perlu ditangani dengan betul berasaskan kepada fakta dan bukan mengikut perasaan atau agakan.

Oleh itu, saya ingin mencadangkan pendekatan 'Aural-Oral' yang digunakan dalam latihan bahasa-bahasa di Pusat Latihan Peace Corps di Universiti Hawaii diguna pakai sebagai pelengkap kepada pembelajaran bahasa Inggeris, dan sembilan bahasa asing yang diajar di SBP dan beberapa sekolah harian terpilih.

Seandainya pendekatan 'Aural-Oral ' ini diguna pakai sebagai pelengkap dalam pengajaran bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa asing, penulis berkeyakinan tahap pencapaian pelajar-pelajar kita akan meningkat bukan setakat dalam bahasa penulisan.

Malah, mereka boleh berkomunikasi atau bertutur dalam sesuatu bahasa dengan lebih cepat, mudah, dan berkesan untuk diguna pakai apabila di universiti, semasa menghadiri temu duga dan lebih penting lagi untuk mempertingkatkan keberkesanan serta kejayaan dalam kerjaya mereka di mana juga di dunia ini.

Apabila graduan kita fasih berkomunikasi dengan berkesan dalam berbagai-bagai bahasa yang dilatih sekolah, maka impian dan cita-cita pejuang-pejuang kemerdekaan dan pendidikan terdahulu untuk melihat anak bangsa kita belajar dan menimba ilmu di universiti di serata dunia, berdagang dengan lebih meluas, membawa pulang ilmu, mempertingkatkan perdagangan dan modal antarabangsa ke Malaysia tercinta ini akan menjadi kenyataan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Tarikan kapal terbang Jalur Gemilang

Posted:

Tarikan kapal terbang Jalur Gemilang

Tarikan kapal terbang Jalur Gemilang

Oleh MOHAMAD FIKRI ROSLY
Gambar RAJA JAAFAR RAJA ALI


Mohd. Rahim Amatermin (kaca mata) menunjukkan trofi yang dimenanginya tahun lalu pada pertandingan menghias premis perniagaan sempena kemerdekaan di Kampung Pasir Putih, Pasir Gudang, Johor, baru-baru ini.


ADA bermacam-macam cara untuk menzahirkan rasa kesyukuran terhadap nikmat merdeka di samping menanam semangat patriotisme menjelang sambutan Hari Merdeka hujung Ogos ini.

Bagi penduduk di sekitar Pasir Gudang, Johor, mereka tentunya terpegun melihat hiasan bertemakan Jalur Gemilang sebuah premis mencuci kereta yang terletak di Kampung Pasir Putih.

Dari jauh orang ramai sudah boleh menyaksikan replika sebuah kapal terbang yang di cat dengan corak Jalur Gemilang bersama dengan logo 1Malaysia yang berdiri megah.

Premis milik Perniagaan 2A Bersatu itu merupakan juara peringkat kebangsaan kategori bangunan swasta dalam Pertandingan Keceriaan Merdeka tahun lalu.

Namun untuk tahun ini, dia menampilkan tarikan yang cukup berbeza hingga mampu menarik perhatian orang ramai yang lalu-lalang.

Pengurusnya, Abdul Halim Amatermin, 40, berkata, dia telah melakukan pelbagai penambahbaikan bukan saja dari jumlah bendera tetapi turut meletakkan tanda niaga replika kapalterbang.

"Kalau boleh kami mahu pertahankan gelaran juara. Tetapi tujuan kami membuat hiasan bendera sebegini adalah kerana semangat patriotik. Sama ada terdapat hadiah wang tunai atau tidak, bukan perkara utama.

"Saya difahamkan pertandingan dalam kategori bangunan swasta tahun ini mempertaruhkan RM3,000. Pasti lebih ramai yang akan turut serta berbanding tahun lalu yang penyertaannya secara sukarela," katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Menurut Abdul Halim, nilai tambah yang dilakukan selain pertambahan bendera adalah logo 1Malaysia besar, replika menara KLCC dan beberapa hiasan lain yang diperbuat daripada barangan terpakai.

Nilai tambah lain yang menjadi keunikan bagi Perniagaan 2A Bersatu ialah bekerjasama dengan kumpulan basikal anak muda tempatan, Bike Classic Crew untuk meronda kampung dengan basikal yang 'sarat' dihiasi bendera.

"Selain dapat menanamkan semangat kemerdekaan dan cintakan negara kepada anak-anak muda, usaha ini juga dapat mengingatkan orang ramai terutama penduduk di sekitar premis kami ini mengenai sambutan hari kebangsaan pada 31 Ogos ini," katanya.

Abangnya yang merupakan kontraktror, Mohd. Rahim Amatermin berkata, perusahaan mencuci kereta yang diselia oleh Abdul Halim turut mengeluarkan belanja untuk menghiasi basikal-basikal milik anggota Bike Classic Crew.

Jelasnya, usaha menghiasi premis cuci kereta milik syarikat itu dimulakan sejak dua tahun lalu bermula dengan replika kapal terbang sembilan meter panjang dan lapan meter lebar yang dicat dengan corak Jalur Gemilang yang sudah menjadi kebiasaan kepada pengguna jalan raya yang berulang-alik ke Pelabuhan Tanjung Langsat.

Replika yang diletakkan di atas tiang setinggi 10 meter itu kini menjadi daya tarikan dan tumpuan orang ramai serta kebanggaan penduduk, lebih-lebih lagi sempena sambutan ulang tahun kemerdekaan negara pada 31 Ogos tidak lama lagi.

"Modal sebanyak RM7,000 dikeluarkan dua tahun lalu untuk membeli aluminium dan besi untuk membuat replika itu.

"Ketika meletakkannya di atas tiang kami terpaksa menggunakan kren kerana beratnya mencapai 200 kilogram," katanya.

Bagi Ketua Kumpulan Bike Classic Crew, Nur Hafizan Wagimon, 16, peluang untuk menyemarakkan semangat merdeka sebegini adalah penting untuk memupuk sifat patriotik kepada golongan muda.

Katanya, kumpulan yang dianggotai pelajar-pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Puteri Resort ini secara keseluruhannya setuju untuk turut serta kerana ia adalah aktiviti yang menarik.

"Biasanya kami akan meronda kawasan sekitar Kampung Pasir Putih selepas waktu sekolah. Puasa memang memenatkan tetapi semangat kami menyambut hari kemerdekaan negara mengatasi lapar dan dahaga," katanya.

Seorang anggota kumpulan, Sarehan Saniful Alam, 14, berkata, dia dan teman-teman lain berasa bangga ketika berbasikal dengan bendera-bendera Malaysia berkibar ketika ditiup angin.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Penuhi tuntutan fardu kifayah

Posted:

Penuhi tuntutan fardu kifayah

Penuhi tuntutan fardu kifayah

Oleh NOOR FAZRINA KAMAL
Gambar AHMAD ZAKKI JILAN


Ideris Zainudin menunjukkan dodol yang diusahakannya secara komersial di Melaka baru-baru ini.


ASALNYA Ideris Zainudin menjaja ais kacang di sekitar Padang Pahlawan di Bandar Hilir, Melaka.

Memang sikapnya suka bertanya terutama tentang perniagaan menyebabkan dia mempunyai maklumat secukupnya untuk memulakan satu perniagaan yang lebih besar dan menjamin masa depan.

Dalam pada itu, Ideris gigih meneruskan usahanya menjaja ais kacang bagi mengumpul modal membuka perniagaannya sendiri.

Ketika itu tahun 1979 dan dia memikirkan apakah perniagaan yang boleh diwariskan kepada anak-anak.

"Selepas berkeluarga saya mula memikirkan apakah yang boleh dijadikan warisan untuk keluarga. Saya tidak mahu anak-anak berniaga di tepi jalan seperti saya.

"Saya jadi makin nekad berniaga apabila melihat ramai golongan bukan bumiputera mengusahakan produk tradisi orang Melayu. Dalam pada itu saya buat kajian mengapa kaum Cina boleh berjaya.

"Kemudian saya fikir mengkomersialkan dodol sebagai satu kewajipan. Ia umpama satu tuntutan fardu kifayah demi menyelamatkan orang Melayu daripada membeli dodol yang dibuat bukan Islam," ujar Ideris mengimbas tentang penglibatannya dalam perusahaan dodol di premisnya baru-baru ini.

Lalu pada tahun 1999, satu kawah dibeli dan dengan bermodalkan RM40,000, belakang rumah dijadikan bengkel sementara. Lalu produksi pertama dodol dihasilkan.

"Masa itu memang saya tidak terlalu fikirkan tentang keuntungan tetapi lebih kepada kewajipan.

"Memang tidak menyangka niat baik saya diizinkan Allah untuk mendapat rezeki lebih. Ketika itu pula ada satu kumpulan persatuan umat Islam Singapura menempah dodol saya untuk dieksport.

"Tempahan demi tempahan diterima dan saya mula melakukan penyelidikan dan pembangunan (R&D)," ujarnya yang mengusahakan perniagaan tersebut bersama isterinya.

Bermula dari satu kawah, Ideris menambah hingga menjadi tiga dalam masa enam bulan.

Malah berkat kerajinannya dia layak menerima bantuan dari Jabatan Pertanian. Bengkel yang kecil diperbesarkan dan modal turut ditambah.

"Ketika Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri saya banyak mendapat projek kerajaan.

"Ketika itu juga saya mendapat anugerah Usahawan Terbaik peringkat kebangsaan dan pelbagai lagi anugerah dari Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah dan Kementerian Pertanian. Pada tahun 2010 saya juga mendapat anugerah 1Best Malaysia di bawah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)," ujarnya yang kini mempunyai enam pekerja.

Ketika ditanya apakah rahsia kejayaan perusahaan dodol Ideris berkata, sejujurnya dia mengakui sedikit sebanyak ia berpunca daripada sifatnya yang suka merantau.

"Bila kita berjalan kita dapat membuka minda melihat apa yang baik di tempat orang yang boleh mendatangkan keuntungan.

"Saya paling terkesan apabila pernah menghadiri majlis kahwin yang memberikan buah tangan jeli jenama tempatan kepada tetamu, kemudian saya terfikir kenapa tidak digantikan jeli itu dengan dodol yang lebih mudah dimakan.

"Kemudian saya pernah ke Thailand dan melihat dodol di sana dibuat dalam pelbagai warna. Jadi saya pun terus melakukan R&D sendiri dan menghasilkan dodol dalam pelbagai perisa seperti durian, capuccino, strawberi, pandan dan mangga," jelasnya yang menghasilkan kira-kira 60 kilogram dodol sehari.

Ideris menyatakan bahawa dodol Melaka memang tidak boleh ditandingi mana-mana dodol sekalipun.

"Itu hakikatnya dan jika ditanya mengapa, mungkin kerana bahan utamanya iaitu gula Melaka itu sendiri," ujarnya sambil tersenyum.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Kota

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Rayu pondok tunggu bas

Posted:

Rayu pondok tunggu bas

Rayu pondok tunggu bas

Oleh ROSLAH OTHMAN
kota@utusan.com.my


DUa penduduk Selayang Height terpaksa menunggu bas dalam cuaca panas ekoran ketiadaan pondok menunggu bas disediakan di kawasan itu. - utusan/Irwan Majid


SELAYANG 17 Ogos - Bagi yang mempunyai kenderaan sendiri, persoalan sama ada pondok menunggu bas disediakan atau sebaliknya dan bagaimana keadaannya, mungkin tidak pernah diambil peduli.

Namun, bagi pengguna setia pengangkutan awam seperti bas dan teksi, kemudahan pondok bas adalah sesuatu yang penting kepada mereka terutamanya kerana faktor cuaca di negara ini.

Inilah yang dihadapi oleh penghuni pangsapuri Selayang Height di sini yang terpaksa berhujan dan berpanas akibat tiada pondok menunggu bas di kawasan berhampiran.

Mereka tidak ada pilihan kerana jika menggunakan laluan yang disediakan pemaju, mereka terpaksa berjalan kaki sehingga sejauh satu kilometer untuk mendapatkan pengangkutan awam di Bandar Baru Selayang.

Sehubungan itu, mereka merayu agar pihak bertanggungjawab dapat membina sebuah pondok bas bagi keselesaan dan kemudahan mereka.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati permintaan penduduk itu memang berasas kerana selain jarak yang lebih dekat, perkhidmatan bas di laluan Selayang-Rawang lebih kerap berbanding laluan Bandar Baru Selayang.

Tinjauan turut mendapati, situasi yang sama turut dihadapi oleh mereka yang tinggal kawasan perumahan Amansiara yang terletak bertentangan dengan Selayang Height.

Seorang penduduk, Yap Mei Yon, 21, berkata, dia lebih suka menunggu bas di situ kerana bas di laluan tersebut lebih banyak dan perjalanannya lebih kerap.

Katanya, walaupun terpaksa berdiri dan berpanas atau berhujan untuk menunggu bas, dia merasakan itu adalah pilihan terbaik untuknya ke tempat kerja di pusat bandar.

"Pemandu bas laluan ini juga sudah mengetahui kami menunggu di sini dan biasanya mereka akan berhenti mengambil dan menurunkan penumpang," ujarnya.

Bagi Melvin Philips, 21, pula, dia memang berharap kemudahan pondok bas disediakan di situ kerana ia akan memberi keselesaan kepada pengguna pengangkutan awam sepertinya.

Katanya, walaupun menyedari risiko menunggu di situ kerana banyak kenderaan yang dipandu laju, dia beranggapan lokasi itu sebagai pilihan terbaik berbanding di Bandar Baru Selayang.

"Sekiranya pondok bas dibina, sudah tentu ia akan memberi keselesaan kepada pengguna. Sekurang-kurangnya ia dapat menjadi tempat kami berteduh daripada hujan dan panas," ujarnya yang menetap bersama keluarganya di Amansiara sejak hampir setahun lalu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Penduduk Sri Pahang teruja

Posted:

Penduduk Sri Pahang teruja

Penduduk Sri Pahang teruja

Oleh NUR NAZLINA NADZARI
kota@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 17 Ogos - Penduduk Perumahan Awam Sri Pahang, Bangsar di sini gembira dan teruja apabila mendapat tahu rumah yang sudah mereka diami sejak 36 tahun lalu sedang dikaji untuk dibangunkan semula.

Pengerusi Persatuan Penduduknya, Marhisham Hashim, 51, berkata, penduduk menyambut baik cadangan itu memandangkan usia perumahan itu sudah melebihi suku abad dan ia harus dinaik taraf supaya seiring dengan pemodenan negara.

Menurutnya, dia sudah pun membuat bancian di kalangan penduduk sebelum ini dan kira-kira 90 peratus daripada penduduk bersetuju dengan cadangan pembangunan semula itu.

"Saya percaya mereka yang selebihnya itu akan turut menyokong pembangunan tersebut selepas mendapat penjelasan sebenar tentang bentuk pembangunan dan manfaat yang bakal mereka terima.

"Rumah di sini mempunyai dua dan satu bilik sahaja dan sangat kecil. Sesungguhnya, tinggal di rumah dengan satu bilik pada masa ini sudah tidak sesuai lagi.

"Kami berharap pembangunan di perumahan ini dibuat dengan tujuan membantu penduduk hidup dengan lebih selesa dan bukan sekadar mengaut keuntungan sahaja," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Baru-baru ini, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin mengumunkan bahawa kerajaan sedang mengkaji cadangan untuk membangunkan Sri Pahang.

Ia adalah ekoran kejayaan kerajaan memajukan beberapa kawasan perumahan lama di ibu negara seperti Flat Kampung Kerinchi, Flat Sri Johor dan Perumahan Awam Taman Ikan Emas di Cheras.

Sementara itu, bekas pengerusi persatuan penduduk flat itu, Abu Zarin Ismail, 65, berkata, ura-ura untuk membangunkan perumahan tersebut sudah lama diperkatakan sebelum ini.

"Saya berharap dengan pengumuman yang telah dibuat oleh pihak menteri itu maka pembangunan itu akan dimulakan tidak lama lagi," jelasnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

DBKL manfaat MICE tarik pengunjung

Posted:

DBKL manfaat MICE tarik pengunjung

DBKL manfaat MICE tarik pengunjung


Peserta persidangan anjuran Perfect (China) Co. Ltd. menanam pokok di Taman Metropolitan, Kepong sebagai sebahagian daripada aktiviti persidangan itu yang diadakan di ibu negara, baru-baru ini.


KUALA LUMPUR 17 Ogos - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan memanfaatkan kelebihan dalam sektor pelancongan Mesyuarat, Insentif, Konvensyen dan Pameran (MICE) di ibu negara untuk menarik lebih banyak penganjuran program di sini.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Ahmad Fuad Ismail berkata, berdasarkan kepada statistik, delegasi MICE berbelanja lebih banyak daripada pelancong dengan purata sebanyak RM3,133 seorang delegasi berbanding RM2,100 seorang pelancong.

Menurutnya, ini disebabkan perbelanjaan penerbangan dan penginapan delegasi ditanggung oleh syarikat dan memberikan kelebihan kepada delegasi untuk berbelanja lebih.

"Pada tahun ini, Perfect (China) Co. Ltd telah memilih Kuala Lumpur sebagai destinasi MICE untuk 3,200 peserta. Dengan purata belanja setiap delegasi sebanyak RM3,000 untuk tiga hari penginapan, kumpulan delegasi ini telah memberi kesan kepada ekonomi dengan anggaran pendapatan RM9.6 juta," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyaksikan penanaman 888 pokok oleh 3,200 delegasi dari syarikat berkenaan di Taman Tasik Metropolitan, di sini baru-baru ini.

Turut hadir, Presiden syarikat berkenaan, Woo Swee Lian, Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan DBKL, Datuk Normah Malik dan Timbalan Ketua Pengarah Pelaksanaan Projek dan Penyelenggaraan DBKL, Mohd. Najib Mohd.

Beliau berkata, dengan kolaborasi penanaman pokok antara penganjur MICE dan DBKL, ia mampu mengukuhkan ibu negara sebagai Green MICE di bawah inisiatif 'I Greened KL' yang dilancarkan Mei lalu.

"Berbanding bandar raya serantau yang lain, Kuala Lumpur bukan sahaja merupakan sebuah destinasi penganjuran MICE yang murah tetapi menawarkan infrastruktur terbaik, sistem pengangkutan murah, kos kehidupan dan penginapan yang berpatutan serta kepelbagaian tempat membeli-belah," katanya.

Ahmad Fuad berkata, pelbagai insentif turut ditawarkan DBKL kepada penganjur MICE yang membawa lebih 500 delegasi antarabangsa ke bandar raya ini.

Antaranya, kata beliau ialah pengecualian lesen menggantung bunting sebanyak 100 unit, menyediakan satu kumpulan kebudayaan untuk majlis pembukaan atau majlis makan malam dan promosi percuma di laman www.visitkl.gov.my.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Johor

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


PJJ UUM dekati Orang Asli

Posted:

PJJ UUM dekati Orang Asli

PJJ UUM dekati Orang Asli

Oleh HANIZA HASSAN
utusanjohor@utusan.com.my


Penuntut Program Jarak Jauh Universiti Utara Malaysia yang mengikuti bakti siswa di Kampung Kuala Masai, Johor Bahru, baru-baru ini.


JOHOR BAHRU 16 Ogos – Kebiasaannya pihak universiti cenderung memilih kampung yang mempunyai bilangan penduduk berpendapatan sederhana bagi program bakti siswa namun, berlainan dengan Universiti Utara Malaysia (UUM) apabila mengadakan program mendekati masyarakat Orang Asli.

Program empat hari yang diadakan di Kampung Kuala Masai, dekat sini, baru-baru ini disertai oleh 40 penuntut Pengajian Jarak Jauh (PJJ) UUM, Sintok, Kedah.

Pengarah program, Mohd. Rizal Abd. Ghani berkata, program itu bertujuan memupuk semangat cintakan kebersihan dalam kehidupan masyarakat berkenaan.

Pihaknya yakin program yang dijalankan itu mampu menepati sasaran kerana setiap peserta memperoleh pelbagai pengetahuan berguna yang boleh diaplikasikan pada masa akan datang.

"Saya yakin melalui penganjuran program seperti ini, ia mampu merangsang tanggungjawab sosial dalam kalangan mahasiswa selain menjadikan aktiviti khidmat masyarakat tapak untuk mengeratkan hubungan antara warga universiti serta penduduk luar bandar.

"Terima kasih atas kerjasama penuh yang diberikan penduduk kampung sepanjang program ini berlangsung," katanya di sini.

Mohd. Rizal berkata, menerusi program tersebut, ia membantu pihaknya lebih memahami corak kehidupan masyarakat Orang Asli.

"Interaksi membabitkan mahasiswa dengan masyarakat luar bandar itu dapat dimanfaatkan secara dua hala sekali gus melahirkan masyarakat yang prihatin dan berwawasan tinggi," katanya.

Aktiviti yang dijalankan sepanjang program juga membantu mahasiswa membentuk jati diri, prihatin terhadap masyarakat sekeliling dan berdaya saing, sekali gus membentuk modal insan yang diperlukan oleh negara.

"Mahasiswa boleh menimba ilmu dan pengalaman baru bagi memantapkan jati diri serta mampu berdaya saing sebagai persediaan menempuh alam pekerjaan yang menuntut cabaran lebih hebat," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Masjid UTHM agih bubur lambuk

Posted:

Masjid UTHM agih bubur lambuk

Masjid UTHM agih bubur lambuk


Ahli jawatankuasa masjid Universiti Tun Hussein Onn Malaysia membungkus bubur lambuk untuk diagihkan kepada kakitangan dan pelajar universiti di Batu Pahat, baru-baru ini.


JOHOR BAHRU 16 Ogos – Bagi mengambil keberkatan Ramadan, masjid Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) mengagihkan bubur lambuk kepada kakitangan dan pelajarnya secara percuma.

Pegawai Hal Ehwal Islam UTHM, Ustaz Baharuddin Yaman berkata, pemberian bubur lambuk percuma sepanjang Ramadan diadakan pada setiap Rabu di masjid UTHM bermula pada pukul 3.30 petang.

Menurutnya, pihak pengurusan masjid yang juga bertindak sebagai ahli jawatankuasa program itu akan memasak kira-kira seribu bungkus bubur lambuk untuk diagih-agihkan kepada warga universiti.

"Program memasak bubur lambuk ini mendapat kerjasama baik daripada setiap kakitangan Pusat Tanggungjawab (PTJ) UTHM bagi memastikan ia berjalan lancar tanpa sebarang masalah.

"Aktiviti seperti ini juga dapat mengeratkan hubungan antara kakitangan universiti dan juga pelajar terutama semasa bergotong-royong menyiapkan dan mengagihkan bubur kepada orang ramai," katanya.

Beliau berkata, amalan memasak dan mengagih bubur lambuk percuma itu telah dimulakan sejak lima tahun lalu dan ia diteruskan sehingga kini berikutan sambutan yang menggalakkan diterima.

Katanya, bukan hanya penuntut tempatan menggemari juadah berbuka itu, malah, pelajar dari luar negara turut beratur untuk mengambil bubur itu ekoran rasanya yang enak dan lazat.

"Permintaan untuk bubur lambuk semakin meningkat dan pengagihan juga bertambah setiap tahun. Jika semasa diperkenalkan dahulu kita hanya memasak tiga kawah, kini bertambah menjadi lima kawah," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Feminin

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Feminin


Warna kontra untuk Aidilfitri

Posted:

Warna kontra untuk Aidilfitri

Warna kontra untuk Aidilfitri

Oleh MARIATUL QATIAH ZAKARIA
maria.zakaria@utusan.com.my
Gambar SAFIYANA SALIM


Kurung moden dengan rekaan yang dipelbagaikan tetap sesuai digayakandi mana jua.


PERKARA yang paling dititikberatkan dalam persediaan menyambut Syawal ialah memiliki sekurang-kurangnya sepasang baju baru.

Tanpa mengira apa jua fesyen, warna atau bahan yang digunakan, membeli baju baru dan aksesori menjadi perkara wajib setiap individu tanpa mengira usia.

Begitupun, bagi kaum Hawa, baju kurung merupakan pakaian rasmi yang tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas. Sudah pasti ia terus menjadi pilihan tidak kira masa. Bagaimanapun, impak kemeriahannya akan lebih terasa dengan tibanya Syawal.

Bagi pemilik Azura Couture, Azura Mazaruddin, 26, setiap tahun rutinnya tidak lari daripada menyiapkan tempahan raya terutamanya baju kurung moden daripada para pelanggannya.

Untuk itu, selain menyiapkan baju raya yang ditempah, dia tidak ketinggalan menyiapkan baju raya yang dilabelkannya di bawah jenamanya sendiri, Azura Couture.

Suka bermain dengan warna-warna kontra, Azura dilihat mampu menjadikan rekaannya begitu anggun untuk digayakan di pagi Syawal.

Tahun ini, selain masih lagi mengekalkan gabungan warna-warna kontra serta penggunaan warna-warna terang, Azura juga dilihat lebih gemar memilih kain polos untuk disesuaikan dengan kain yang bercorak.

Rekaan baju kurung yang ditampilkan juga lebih moden dan kontemporari, sesuai untuk digayakan ke mana-mana jua termasuk menghadiri rumah terbuka ataupun mengunjungi sanak saudara.

"Antara rekaan yang diketengahkan tahun ini menampilkan fabrik sifon dan satin.

"Seperti umum ketahui, saya memang gemar menggunakan warna-warna yang kontra tetapi sebenarnya ia memberi satu gabungan warna yang menarik untuk digayakan.

"Bagi baju yang menggunakan kain polos, saya serikan lagi dengan manik-manik sama ada di bahagian leher, lengan atau dada namun yang pasti baju kurung ataupun baju kurung moden terus mendapat tempat," katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Walaupun antara rekaan yang ditampilkan nampak sedikit glamor dengan perincian manik, ia tetap sesuai digayakan ke mana jua.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Dalam Negeri

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Syor sekolah diberi pilihan

Posted:

Syor sekolah diberi pilihan

Syor sekolah diberi pilihan

Oleh HASHNAN ABDULLAH dan SHARAIMEI SHAIK AHMEDULLAH

PUTRAJAYA 16 Ogos - Kerajaan sedang menimbangkan cadangan untuk membenarkan sekolah memilih sama ada menggunakan bahasa Melayu atau Inggeris dalam pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ini kerana Kementerian Pelajaran tidak mahu kelonggaran itu nanti menjejaskan pelaksanaan dasar Memartabat Bahasa Melayu, Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI).

''Saya tahu ramai ibu bapa yang berminat tentang soal pembelajaran bahasa Inggeris itu dan sebab itu bila ada saranan tersebut, mungkin ada pihak menyatakan boleh tak kita bagi kelonggaran.

''Jadi, perkara itu masih di peringkat kajian di kementerian dan setakat ini kita belum putuskan lagi kerana pertamanya kita sudah ada dasar MBMMBI itu," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyampaikan hadiah kepada pemenang Pertandingan Kreatif Sains dan Matematik Kebangsaan 2011 anjuran Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) di sini hari ini.

Bagaimanapun, Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, pihak beliau kini memberi tumpuan kepada usaha untuk memperkukuhkan program pembelajaran bahasa Inggeris di sekolah.

Beliau menambah, ia perlu memandangkan masih ramai pelajar sekolah yang masih tidak mampu menguasai bahasa Inggeris.

''Jadi, ini memerlukan kita buat kajian secara lebih mendalam dari pelbagai aspek. Antaranya soal guru, latihan perguruan, bilangan guru yang terlatih, tempoh masa belajar bahasa Inggeris, buku teksnya dan sebagainya.

''Bila kita nak buat keputusan? Kita akan mengkajinya secara menyeluruh dan bukannya kita ambil satu atau dua pandangan sahaja," katanya.

Sementara itu, beliau berkata, kumpulan pertama 50 orang guru bahasa Inggeris dari Amerika Syarikat (AS) yang dipilih dalam program Fullbright English Teaching Assistants akan tiba di negara ini pada tahun depan.

''Kumpulan pertama itu akan mengajar dan membimbing guru bahasa Inggeris tetapi kumpulan kedua pula, kita akan tempatkan mereka di sekolah terpilih untuk mengajar bahasa Inggeris," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Jawatankuasa Terpilih Parlimen bukan bermakna sistem tidak baik

Posted:

Jawatankuasa Terpilih Parlimen bukan bermakna sistem tidak baik

Jawatankuasa Terpilih Parlimen bukan bermakna sistem tidak baik

PUTRAJAYA 16 Ogos - Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, penubuhan Jawatankuasa Terpilih Parlimen bagi reformasi pilihan raya bukan bermakna sistem pilihan raya yang digunakan selama ini tidak baik.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, sebaliknya usaha yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu adalah bertujuan memperbaiki dan memperkukuhkan lagi sistem pilihan raya yang sedia ada.

''Keputusan-keputusan pilihan raya sebelum ini tidak akan dipertikaikan kerana kesemuanya dijalankan dengan telus, cuma ia akan diperbaiki berikutan minat kumpulan dalam masyarakat yang mahu supaya ia dilakukan.

''Ia juga diakui oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang memerlukan mereka memperkemaskan senarai daftar pemilih, memperkukuhkan cara undian dijalankan, undi pos dan sebagainya," katanya.

Beliau bercakap pada sidang akhbar selepas menyampaikan hadiah kepada pemenang Pertandingan Kreatif Sains dan Matematik Kebangsaan 2011 anjuran Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi ITNM, Datuk Dr. Shahruddin Md Salleh.

Semalam, Najib dilaporkan berkata, jawatankuasa tersebut yang akan dianggotai oleh wakil rakyat Barisan Nasional (BN) dan pembangkang adalah bukti kerajaan komited dengan sistem pilihan raya yang bersih.

Jawatankuasa itu akan berbincang serta mencari kata sepakat mengenai bentuk penambahbaikan yang perlu dilaksanakan SPR sebelum diimplimentasi pada Pilihan Raya Umum Ke-13.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

TPM: Banyakkan membaca al-Quran

Posted:

TPM: Banyakkan membaca al-Quran

TPM: Banyakkan membaca al-Quran

KUALA LUMPUR 16 Ogos - Tan Sri Muhyiddin Yassin mengajak umat Islam di seluruh negara menyambut Nuzul Quran dengan memperbanyakkan bacaan al-Quran di samping mempelajari pengertian serta tafsir kitab suci itu.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, umat Islam juga perlu mengamalkan segala ajaran yang terkandung di dalam al-Quran.

"Mudah-mudahan dengan itu kita akan dapat menyemarakkan semangat al-Quran dalam kehidupan masyarakat, memantapkan akidah umat Islam dan menjadikan umat Islam sebagai umat yang terbaik,'' katanya dalam perutusan sempena Nuzul Quran hari ini.

Ujar beliau, sempena sambutan Nuzul Quran pada tahun ini, umat Islam juga perlu memperingati peristiwa turunnya ayat al-Quran yang pertama kepada Nabi Muhammad SAW.

Jelasnya, ia menjadi titik bersejarah penerimaan al-Quran sebagai mukjizat terbesar Rasulullah dan kitab suci terakhir yang diturunkan Allah untuk seluruh umat manusia.

"Sebagaimana firman Allah dalam surah al-Baqarah, ayat 185, yang jelas menunjukkan al-Quran adalah sebaik-baik pedoman yang memberi sinar hidayah kepada umat manusia dengan cara menunjukkan kepada mereka perbezaan yang nyata antara hak dan batil.

"Selagi mana manusia menjadikan al-Quran sebagai pedoman hidup dengan berpegang kepada segala ajarannya, mereka akan sentiasa berada di jalan yang benar dalam menuju kebahagiaan hakiki di dunia dan akhirat,'' katanya.

Justeru tambahnya, memahami kandungan al-Quran serta menghayati segala ajaran yang terkandung di dalamnya adalah satu kewajipan kepada seluruh umat Islam yang beriman kepada Allah dan rasul.

habis

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved