Selasa, 16 Ogos 2011

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Black Water diikat jamin RM1.96 juta

Posted:

Black Water diikat jamin RM1.96 juta

Black Water diikat jamin RM1.96 juta

Oleh AZIAN AZIZ
pengarang@utusan.com.my


EMPAT orang dipercayai anggota sindiket curi kereta terbesar dibawa ke Mahkamah Sesyen Klang, semalam. – BERNAMA


KLANG 16 Ogos – Mahkamah Sesyen di sini hari ini mencatat sejarah perundangan apabila membenarkan empat lelaki yang terbabit dalam sindiket curi kereta terbesar di Lembah Klang, Black Water diikat jamin RM1.96 juta setiap seorang setelah masing-masing didakwa atas 196 pertuduhan.

Keempat-empat mereka masing- masing didakwa dengan 98 pertuduhan menerima harta curi iaitu 98 buah kereta mewah dan 98 pertuduhan lagi atas perbuatan menolong menyembunyikan kesemua kereta tersebut.

Mereka yang dituduh Wong Ooi Kay, 34, Sim Cee Wei, 39, Lau Kuan Zui, 39, dan Tan Ching Swee, 40, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Mandarin kepada mereka di dua Mahkamah Sesyen di sini.

Ooi Kay dan Cee Wei menghadapi tuduhan di hadapan Hakim Siti Nor Sharida Awang manakala Kuan Zui dan Ching Swee didakwa di hadapan Hakim Siti Nuraida Sulaiman.

Bagi setiap tertuduh, 190 pertuduhan didakwa dilakukan di No. 1, Lot 8638, Kampung Black Water off Jalan Banting-Klang pada pukul 5 petang, 29 Jun lalu manakala enam pertuduhan lagi didakwa dilakukan di Lorong Batu Nilam, Bandar Bukit Tinggi pada pukul 6 petang, hari yang sama.

Kesemua 98 kenderaan yang dicuri ialah 59 buah Honda City, Toyota Hilux (22), Honda CRV (7), Toyota Rush (6), Honda Civic (2) serta masing-masing sebuah Honda Accord dan Toyota Fortuner.

Kesalahan menerima harta curi didakwa mengikut Seksyen 413 Kanun Keseksaan manakala kesalahan menolong menyembunyikan kesemua kereta tersebut didakwa di bawah Seksyen 414 kanun yang sama.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Amirah Mohd. Yusoff yang mengendalikan pendakwaan menawarkan jaminan RM10,000 bagi setiap pertuduhan kerana kesalahan yang dilakukan oleh kesemua tertuduh adalah serius serta melibatkan jenayah terancang.

''Kes ini melibatkan sindiket besar dengan modus operandi menerima dan menyembunyikan 98 kereta mewah jenis Honda dan Toyota yang dicuri selain ia merupakan satu perbuatan jenayah merentasi sempadan,'' katanya.

Beliau turut dibantu oleh Timbalan-Timbalan Pendakwa Raya, Nur Azizah Jaafar dan Mohamed Shah Reza Noor Azman.

Kedua-dua hakim terbabit membenarkan ikat jamin RM10,000 bagi setiap pertuduhan atau jumlah keseluruhannya RM1.96 juta setiap seorang tertuduh dengan seorang penjamin.

Sebutan semula kes terhadap Ooi Kay dan Cee Wei ditetapkan pada 15 September ini manakala kes terhadap Kuan Zui dan Ching Swee akan disebut semula pada 12 Oktober depan.

Pada 29 Jun lalu, polis berjaya menggagalkan cubaan menyeludup 98 buah kenderaan curi bernilai RM8 juta ke Kepulauan Cyprus selepas menahan empat anggota sindiket curi kereta dalam serbuan 'Ops Lejang Mewah' terbesar di sebuah gudang di Kampung Black Water, Jalan Klang-Banting di sini.

Gudang terletak kira-kira 500 meter dari jalan utama itu disewa oleh sindiket dikenali sebagai 'Black Water' itu yang sebelum ini dikesan menyeludup 456 kereta bernilai RM49 juta yang dicuri di negara ini sejak tahun lalu ke Hong Kong, Thailand dan Dubai.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd. Zinin berkata, modus operandi mereka adalah mendapatkan kenderaan- kenderaan curi daripada orang tengah dan mengumpulkan kenderaan itu dalam gudang sebelum diseludup ke luar negara.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Pengawal keselamatan didakwa

Posted:

Pengawal keselamatan didakwa

Pengawal keselamatan didakwa

Oleh KHAIRUL ABIDIN NUAR
pengarang@utusan.com.my


Syahmie Hassan dan Nuurhisyam Shukor (kiri) dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ipoh, semalam.


IPOH 16 Ogos - Seorang pengawal keselamatan hari ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan membunuh Timbalan Pengarah (Kesihatan) Jabatan Perkhidmatan Veterinar Perak, Dr. Rohani Kasim di Pangsapuri Permai Lake View, Ulu Kinta pada awal bulan ini.

Syahmie Hassan, 20, hanya mengangguk tanda faham terhadap pertuduhan yang dibacakan kepadanya oleh jurubahasa di hadapan Majistret Nurul Akmal Mustafa Kamal.

Rakan serumahnya, Nuurhisyam Shukor, 22, yang juga seorang anggota tentera yang lari daripada tugas, turut dihadapkan di mahkamah sama atas tuduhan melupuskan barang curi milik mangsa berupa gelang emas, sehari selepas kejadian tersebut.

Kedua-dua mereka merupakan jiran kepada mangsa.

Mengikut pertuduhan, Syahmie didakwa membunuh Rohani, 38, di rumah mangsa di Blok F, Tingkat 1, Unit 9, Persiaran Lembah Perpaduan, Permai Lake View, Ulu Kinta di sini antara pukul 6 petang dan 7.30 malam, 3 Ogos lalu.

Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada Syahmie.

Sementara itu, Nuurhisyam pula didakwa melupuskan harta curi berupa seutas gelang emas berbentuk sembilan urat rantai bernilai RM6,000 milik mangsa.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di Kedai Jam Tangan 'Kam Seng' di No. 55, Jalan Besar, Tanjung Malim, dekat sini antara pukul 3 petang dan 6 petang, 4 Ogos lalu.

Dia didakwa di bawah Seksyen 414 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara tidak melebihi tujuh tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Nuurhisyam mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan atas pertuduhan tersebut.

Pendakwaan dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohammad Nor Abdurrahim manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam bela.

Nurul Akmal membenarkan Nuurhisyam dibebaskan dengan jaminan RM6,000 beserta seorang penjamin sementara Syahmie tidak dibenarkan diikat jamin kerana pertuduhan terhadapnya melibatkan hukuman mati.

Beliau menetapkan sebutan semula kes tersebut pada 17 Oktober ini sementara menunggu laporan bedah siasat pembunuhan Rohani lengkap.

Memetik laporan akhbar sebelum ini, dalam kejadian tersebut, mayat Rohani ditemui seorang pengawal keselamatan di pangsapuri berkenaan selepas terserempak dengan seorang lelaki sedang memikul satu bungkusan menuruni tangga dari tingkat satu kira-kira pukul 3.30 pagi.

Hasil pemeriksaan pengawal keselamatan itu mendapati bungkusan yang dicampakkan oleh suspek selepas terkejut melihatnya itu adalah sehelai gebar yang membalut mayat seorang wanita dengan kedua-dua tangan dan kakinya diikat.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Kursus jana pendapatan masyarakat

Posted:

Kursus jana pendapatan masyarakat

Kursus jana pendapatan masyarakat

Oleh FARHATUL KHALIDAH ZAINAL ABIDIN
utusanpahang@utusan.com.my


MAHMOOD Mohamad (tiga, kanan) bersama penuntut yang mengikuti Kursus Pendawaian Elektrik di Kolej Komuniti Rompin, baru-baru ini.


ROMPIN 16 Ogos – Kolej Komuniti Rompin menawarkan pelbagai bidang kemahiran kepada masyarakat setempat dengan kadar bayaran serendah RM10 dalam tempoh 20 hingga 32 jam di bawah Program Kursus 1Malaysia.

Pengarahnya, Mahmood Mohamad berkata, kadar tersebut seharusnya dimanfaatkan penduduk bagi meningkatkan kemahiran masing-masing.

Malah kata beliau, pihaknya turut menyediakan kemudahan pengangkutan kepada peserta kursus sekiranya bidang yang ditawarkan mendapat permintaan menggalakkan.

"Penduduk perlu menjadikan Kolej Komuniti di kawasan mereka sebagai pusat meneroka sesuatu bidang selain mampu menambah kemahiran sedia ada sekali gus menjana pendapatan menerusi kemahiran yang dimiliki," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, baru-baru ini.

Selain kemudahan itu, Mahmood memberitahu, pihaknya menyediakan peralatan seperti bahan membuat kek atau alatan mekanikal bagi kursus kemahiran.

"Contohnya, bagi kursus membuat kek, peserta dibekalkan dengan bahan-bahan membuat kek dan selepas tamat kursus tersebut, kek yang siap itu pula boleh dibawa pulang ke rumah," katanya.

Menurutnya, kerajaan membiayai 90 peratus daripada kursus yang ditawarkan dan selebihnya ditanggung peserta.

"Penubuhan Kolej Komuniti dapat membantu kerajaan mengurangkan kadar kemiskinan penduduk menerusi kursus-kursus yang ditawarkan," katanya.

Beliau berkata, pelbagai ilmu dan kemahiran jangka pendek yang ditawarkan oleh kolej berkenaan dapat membantu penduduk terutama golongan berpendapatan rendah menambah pendapatan isi rumah.

"Kita menawarkan pelbagai bentuk kursus kemahiran yang bersesuaian dengan keperluan semasa bagi menambah kemahiran seseorang individu itu supaya mereka memperoleh pengetahuan dalam bidang yang diceburi.

"Contohnya kita mengadakan kursus jahitan untuk ibu tunggal bagi melatih mereka menjadi tukang jahit yang boleh mengambil upah jahit baju kurung untuk tambah sumber pendapatan keluarga," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Mahasiswa perlu kerap ke penempatan Orang Asli

Posted:

Mahasiswa perlu kerap ke penempatan Orang Asli

Mahasiswa perlu kerap ke penempatan Orang Asli


Wan Rosdy Wan Ismail menyampaikan hadiah kepada salah seorang pemenang pada Program Mesra 1Malaysia Kembara Hati Siswa Kali Kedua di Pos Orang Asli Titom, Kuala Lipis, baru-baru ini.


KUALA LIPIS 16 Ogos – Golongan penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) perlu kerap 'turun padang' ke penempatan Orang Asli di negeri ini supaya usaha-usaha pembangunan dapat dilaksanakan dengan lebih cepat kepada kaum minoriti berkenaan.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli negeri, Datuk Wan Rosdy Wan Ismail berkata, golongan terpelajar itu merupakan jambatan antara kerajaan negeri dan Orang Asli untuk menyampaikan maklumat secara terus dan telus kepada penduduk pedalaman.

Beliau berkata, pendekatan komunikasi, gaya bahasa dan nilai kemesraan golongan itu menjadikan maklumat dapat disampaikan secara lebih tuntas kepada kaum Orang Asli.

''Mahasiswa boleh berperanan dalam menerapkan kepentingan pendidikan di kalangan masyarakat Orang Asli kerana ia merupakan senjata untuk mengubah kehidupan mereka.

''Inilah tugas yang perlu diteroka mahasiswa untuk mengasah minda masyarakat Orang Asli terhadap pendidikan selain maklumat pembangunan lain," katanya pada majlis penutup program Mesra 1Malaysia Kembara Hati Siswa Kali Kedua di Pos Orang Asli Titom dekat sini, baru-baru ini.

Hadir sama, Pegawai Daerah Lipis, Datuk Mohamad Noor Abdul Rani; Penolong Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Universiti Malaysia Pahang (UMP), Prof. Yuserrie Zainudin dan Tok Batin Orang Asli Pos Titom, Ramli a/l Mahat.

Wan Rosdy yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jelai berkata, kerajaan negeri sentiasa menggalakkan Orang Asli terutama anak-anak mereka mendapatkan tempat dalam pendidikan di institusi pengajian tinggi (IPT) dalam dan luar negara.

Sehubungan itu, katanya, projek Bakti Siswa UMP itu dapat mengubah sikap dan pemikiran ibu bapa Orang Asli supaya mengutamakan masa depan anak-anak mereka.

Sementara itu, Mohamad Noor menasihati masyarakat Orang Asli supaya tidak bergantung sepenuhnya kepada corak hidup tradisional yang berpindah randah berikutan kawasan hutan yang semakin berkurangan akibat ledakan pembangunan.

"Perubahan hidup amat penting dan perlu ada usaha untuk meningkatkan pendapatan berasaskan peluang yang diberikan oleh kerajaan negeri," katanya.

Beliau bagaimanapun gembira dan bangga kerana ada tanda-tanda perubahan dalam hidup Orang Asli apabila terdapat anak-anak mereka berjaya ke menara gading.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Pelajar IPTA sertai bengkel biskut raya

Posted:

Pelajar IPTA sertai bengkel biskut raya

Pelajar IPTA sertai bengkel biskut raya


Dari kiri: Sarah Sufian, Helma Muhamad Arib, Siti Fatiah Basri, Najwa Jamal Abdul Nasir dan Rafidah Rosli menyertai bengkel membuat biskut raya di Studio Mat Kilau, Jerantut, baru-baru ini.


JERANTUT 16 Ogos – Cuti semester yang panjang ketika ini dimanfaatkan sepenuhnya oleh sekumpulan penuntut institusi pengajian tinggi awam (IPTA) untuk menyertai bengkel membuat biskut raya.

Bagi lima penuntut tiga IPTA berasingan, mereka menghabiskan baki cuti semester kali ini yang kebetulan jatuh serentak pada Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri dengan mengikuti bengkel membuat biskut raya di Studio Mat Kilau, D'Kilau Court di sini, baru-baru ini.

Bengkel tersebut dianjurkan Majlis Daerah Jerantut (MDJ) dengan kerjasama Kolej Komuniti Jerantut dan Temerloh.

Penuntut Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Sarah Sufian, 21, berkata, dia sangat seronok menyertai bengkel tersebut kerana dapat mempelajari cara-cara membuat kuih raya.

"Bengkel ini diadakan tepat pada waktunya kerana saya dapat mencubanya di rumah sebagai persiapan menyambut ketibaan 1 Syawal tidak lama lagi," kata penuntut Ijazah Sarjana Muda Biologi itu.

Menurutnya, pelbagai perkara dapat dipelajarinya terutama proses untuk membuat biskut dan kek yang enak dan menarik.

Penuntut bidang Pengajian Dakwah dan Kepimpinan UKM, Helma Muhamad Arib, 24, berkata, dia menyertai bengkel tersebut bagi menambah pengalaman dan pengetahuan untuk membuat biskut raya.

"Saya memang akan buat biskut raya setiap kali tibanya Ramadan dan apa yang saya pelajari hari ini dapat saya gunakan untuk menambah koleksi biskut pada tahun ini," ujarnya.

Sementara itu, Najwa Jamal Abdul Nasir, 23, juga dari UKM memberitahu, program tersebut memberi peluang kepada golongan remaja untuk mempelajari teknik membuat biskut raya.

"Saya dapat belajar cara-cara membuat biskut raya dan rasa sangat bertuah kerana turut dapat membuat kek," jelas penuntut Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Bahasa Inggeris Bahasa Kedua (TESL) itu.

Dua lagi penuntut IPTA yang menyertai bengkel tersebut ialah pelajar Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Pembangunan dari Universiti Utara Malaysia (UUM), Siti Fatiah Basri, 22, dan pelajar Ijazah Sarjana Muda Fizik dari Universiti Malaya (UM), Rafidah Rosli, 20.

Menurut mereka, antara biskut raya yang dibuat termasuk Almond London, biskut nestum, biskut cornflakes, biskut kelapa dan kek nanas walnut terbalik.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Harga makanan dunia melambung

Posted:

Harga makanan dunia melambung

Harga makanan dunia melambung


Mulmillo (kiri) menutup mata anak lelakinya, Mahmud, berusia dua tahun yang mati akibat kekurangan zat makanan, beberapa detik semasa gambar ini dirakamkan di hospital Somalia, Mogadishu kelmarin. - afp


WASHINGTON 16 Ogos - Harga makanan yang melambung tinggi dan pasaran komoditi yang tidak stabil dilapor mengancam kehidupan penduduk termiskin di dunia, menurut Bank Dunia semalam.

Laporan suku tahunan institusi kewangan itu mendapati harga makanan global bulan lalu meningkat 33 peratus lebih tinggi berbanding setahun lalu, sementara harga minyak naik 45 peratus sekali gus mengakibatkan kenaikan harga baja.

"Kenaikan harga makanan yang berterusan dan bekalan yang kurang menunjukkan kita masih berada dalam zon bahaya, dengan kebanyakan golongan miskin terus terdedah dan tidak mampu berdepan masalah ini.

"Kita perlu sentiasa berjaga-jaga mengambil kira ketidaktentuan serta keadaan tidak stabil ini. Tiada perlindungan kepada kita dalam perkara ini," kata Presiden Bank Dunia, Robert Zoellick dalam satu kenyataan.

Menurut laporan Pemantau Harga Makanan bank itu, harga makanan kini hampir menyamai rekod tertinggi pada 2008 dan ia merupakan penyumbang utama kepada masalah kebuluran di negara-negara Afrika.

Jelas Bank Dunia, sejak tiga bulan lalu, seramai 29,000 kanak-kanak di bawah usia lima tahun mati di Somalia dan 600,000 yang lain di rantau itu berisiko kehilangan nyawa dalam krisis yang turut mengancam kehidupan lebih 12 juta penduduk dunia.

"Tidak kira di mana berlaku kenaikan harga makanan, gabungan kemiskinan dan ketidakstabilan boleh mengakibatkan penderitaan dahsyat lebih buruk berbanding yang berlaku di negara-negara Afrika," katanya.

Zoellick berkata, Bank Dunia juga telah menyalurkan sejumlah AS$686 juta (RM2.06 bilion) kepada penduduk negara-negara Afrika bagi menyelamatkan nyawa, memperbaiki perlindungan sosial, menggalakkan pemulihan ekonomi dan daya pemulihan mereka akibat kemarau.

Beliau bagaimanapun berkata, sebanyak AS$1.45 bilion (RM4.35 bilion) dana tambahan diperlukan bagi membantu penduduk terlibat.

Daripada AS$1.03 bilion (RM3.09 bilion) dana, kira-kira AS$870 juta (RM2.6 bilion) telah diperuntukkan untuk usaha kecemasan sementara bakinya disalurkan untuk projek jangka panjang. - AFP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Alat pengesan bahan letupan dipasang di Mekah

Posted:

Alat pengesan bahan letupan dipasang di Mekah

Alat pengesan bahan letupan dipasang di Mekah

RIYADH 16 Ogos - Dalam usaha meningkatkan keselamatan di sekitar tanah suci Mekah, pihak berkuasa Arab Saudi memasang pengesan bahan letupan di pintu-pintu masuk ke Masjidil Haram.

Leftenan Kolonel Fawaz al-Sahafi yang mengetuai pasukan keselamatan di masjid itu memberitahu, pemasangan 'pengesan bahan letupan dan logam' itu sedang dijalankan.

Beliau bagaimanapun berkata, tidak akan ada lagi pemasangan peralatan lain untuk mengimbas jemaah bagi mengesan senjata, bahan letupan atau barangan larangan lain.

"Terdapat lebih 700 kamera untuk mengesan kejadian curi, seluk poket dan kegiatan jenayah lain atau kegiatan tidak bermoral," ujarnya.

Fawaz berkata, terdapat juga cadangan untuk memantau pergerakan jemaah dan menempatkan pegawai yang berpakaian preman bagi menghalang jemaah membawa masuk barang yang tidak dibenarkan ke dalam masjid.

Seorang lagi pegawai keselamatan, Leftenan Jeneral Saeed Abdullah al-Qahtani berkata, pemasangan kamera di bangunan kediaman jemaah, laluan inisiatif dan kawasan sesak akan memperbaiki keselamatan di dalam dan luar Masjidil Haram.

Katanya, terdapat juga larangan ke atas kenderaan persendirian yang membawa jemaah daripada memasuki Mekah serta campur tangan secara besar-besaran oleh pengawal untuk mengurangkan kesesakan.

Pihak berkuasa Arab Saudi telah mengubah suai elemen utama Haji untuk mengurangkan potensi kejadian berasak-asak dan mempercepatkan perjalanan jemaah Haji, tetapi inisiatif sama masih belum menjadi kenyataan di beberapa kawasan di Mekah.

Pada satu-satu ketika, hampir 1 juta orang akan berada di dalam Masjidil Haram.

Untuk tempoh setahun sekali pula, kira-kira 4 juta umat Islam akan melawat kota suci ini untuk menunaikan ibadah Haji, manakala berjuta-juta lagi datang sepanjang tahun. - AGENSI

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Pas jangan marah Perkasa

Posted:

Pas jangan marah Perkasa

Pas jangan marah Perkasa

Oleh ZULKIFLEE BAKAR
pengarang@utusan.com.my

PERTUBUHAN Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mungkin benar apabila mahu mengambil alih tugas mempertahankan kesucian agama Islam selepas Pas dilihat gagal berbuat demikian.

Tetapi Perkasa agak lewat kerana seharusnya ia dilakukan lebih awal lagi kerana Pas sememangnya sudah lama tidak menjadi pejuang Islam sejak bersekongkol dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

Namun begitu tahniah kepada Perkasa kerana mempunyai keberanian luar biasa untuk berbuat demikian, satu tindakan yang sudah pasti tidak akan dilakukan oleh Pas.

Pas kini perlu mengakui bahawa parti itu bukanlah pejuang Islam malahan mereka tidak boleh marah dengan tindakan Perkasa untuk mengambil alih tugas berkenaan.

Apatah lagi Pas pun sudah mengisytiharkan bahawa mereka kini memperjuangkan negara berkebajikan dan bukanlah penubuhan sebuah negara Islam - satu perjuangan yang menyaksikan ada nyawa yang terkorban kerananya suatu ketika dulu.

Oleh itu mereka tidak boleh marah dengan tindakan Perkasa, sebaliknya Pas perlu berasa senang hati kerana kini bolehlah mereka memberi tumpuan sepenuhnya kepada perjuangan bagi merebut kuasa politik bersama-sama PKR dan DAP.

Pas tidak perlu lagi bersusah payah untuk mencari ayat-ayat al-Quran atau potongan hadis bagi 'menghalalkan' apa juga tindakan mereka dengan kedua-dua parti berkenaan kerana mereka bukan lagi parti yang memperjuangkan Islam.

Impian dan misi Pas sekarang ialah berbincang dengan PKR dan DAP berapakah jumlah kerusi yang harus mereka tandingi, kalau DAP dan PKR mahu dominan, Pas tidak boleh kata apa-apa kerana jika pembangkang menang dalam pilihan raya akan datang, ia bukannya untuk menubuhkan negara Islam.

Kalau Pas dibiarkan dominan sekali pun, Pas tidak ada apa-apa kekuatan untuk mempertahankan Islam kerana kekuatan sebenar terletak di tangan DAP dan PKR. Ia sudah pun berlaku di Kedah dan Selangor pada masa ini.

Tambahan pula ketika ini sudah tidak terdengar lagi suara-suara Pas untuk menegakkan undang-undang syariah di negara ini, sebaliknya lebih kepada corak pemerintahan yang diinginkan oleh DAP dan PKR.

Mungkin Pas akan mendakwa bahawa Perkasa tidak layak untuk memperjuang dan mempertahankan agama Islam kerana mereka bukan parti politik Islam tetapi hanya NGO Melayu.

Soalnya, apakah Pas sebuah parti Islam? Apakah Pas selama ini bertindak sebagai kelompok yang mempertahankan Islam apabila ada tindakan DAP dan PKR yang mengguris perasaan orang Islam?

Islam benarkah Pas yang menolak perpaduan sesama orang Melayu dan umat Islam berbanding dengan Perkasa yang berusaha menyatukan orang Melayu?

Bolehkah Pas mendabik dada sebagai mempertahankan Islam, apabila ada pemimpinnya tidak sehaluan dalam isu-isu berkaitan Islam sejak kebelakangan ini?

Apa yang lebih kita dengar ketika ini ialah keghairahan Pas untuk menuntut sebuah pilihan raya bebas dan adil.

'Perjuangan' ini pada mulanya dicetuskan oleh S.Ambiga - seorang peguam yang menyokong murtad dan pernah mengganggu gugat umat Islam melalui Suruhanjaya Antara Agama.

Tetapi sekarang Pas lebih ke depan menyahut seruan Ambiga, jadi bolehkah Pas mengatakan mereka masih memperjuangkan Islam? Sebagai orang Islam tidakkah Pas sensitif dengan apa yang dilakukan oleh Ambiga sebelum ini, sedangkan Perkasa menentang Ambiga habis-habisan?

Semua itu terjadi kerana Pas secara dasarnya sahaja adalah sebuah parti politik yang ditubuhkan berasingan tetapi tindak-tanduknya tidak bebas kerana segala-galanya ditentukan oleh DAP dan PKR.

Justeru lebih baik menjadi NGO Melayu yang bebas seperti Perkasa berbanding menjadi parti politik yang hanya menjadi 'pak turut' kepada orang lain.

Jika Pas mendakwa di dalam Perkasa tidak ada ulama yang boleh memberikan nasihat berbanding Pas yang mempunyai ramai alim ulama termasuklah adanya Dewan Ulama, kita juga perlu bertanya berfungsikah golongan berkenaan dalam parti itu.

Apakah benar Dewan Ulama Pas mampu mempertahankan kesucian umat Islam sedangkan tindakan mereka lebih banyak 'dirantai' oleh perhitungan politik yang dibuat oleh pemimpin-pemimpin lain terutamanya daripada golongan bukan ulama.

Berfungsi sangatkah Dewan Ulama dalam menjadi pembimbing kepada Pas supaya tidak meninggalkan landasan perjuangan Islamnya semata-mata kerana mahu merebut kuasa politik?

Kalau betul Dewan Ulama Pas berfungsi, kenapa Pas boleh mengubah dasar perjuangannya daripada negara Islam kepada negara berkebajikan?

Kenapakah keupayaan ulama-ulama Pas ini seolah-olah tidak diiktiraf apabila pemilihan parti itu baru-baru ini menyaksikan golongan berkenaan ditolak habis-habisan bagi jawatan-jawatan utama?

Pas harus ingat untuk memperjuang dan mempertahankan Islam ia bukan soal perlu ada ulama atau tidak dalam sesuatu kelompok itu sebaliknya keazaman dan keikhlasan serta demi mencari keredaan Allah SWT.

Kalau ada berpuluh ribu pun ulama dan cerdik pandai agama dalam sesebuah organisasi tetapi mereka hanya menjadi pemerhati sahaja tiada gunanya juga!

Pas perlu mengakui akibat kerana sikap berpolitik merekalah yang menyebabkan pelbagai pihak terutamanya dalam pembangkang 'naik tocang' dengan melakukan tindakan yang mengganggu-gugat umat Islam dan orang Melayu.

Apa juga tindakan puak berkenaan ia akan dibela oleh 'tok-tok guru' dalam Pas sehingga kesudahannya bukan sahaja umat Islam rugi malahan mereka berpecah belah.

Begitu juga dalam isu terbaru melibatkan sebuah gereja di Damansara Utama, Petaling Jaya, sekali lagi Pas dilihat tidak berupaya melakukan apa-apa biarpun ia berkaitan dengan akidah Islam.

Jika suatu ketika dulu, Pas menuding jari menyalahkan UMNO apabila gejala murtad berlaku tetapi kali ini pemimpin-pemimpin kanan cukup berlapik dalam menyatakan pendirian, biarpun Ketua Pemudanya, Nasrudin Hassan menunjukkan ketegasan 'luar biasa'.

Semua ini membuktikan Pas tidak lagi berupaya menjadi pejuang Islam apatah lagi mempertahankan kesucian agama Allah itu.

Oleh itu keikhlasan Perkasa untuk menjadi benteng utama mempertahankan umat Islam harus disokong oleh semua pihak, tidak usahlah orang Melayu merasa khuatir atau dituduh rasis apatah lagi ekstremis kerana ada pihak lain yang lebih rasis daripada kita.

Selama ini, bukannya Perkasa tidak pernah dilemparkan dengan pelbagai tuduhan , oleh itu kalaulah kali ini ada pula tuduhan baru anggap sahaja 'ia deruan angin yang berlalu' tanpa apa-apa kesan.

Apa yang lebih utama ialah perjuangan mempertahankan kesucian Islam perlu dilaksanakan kerana ia bukan tuntutan manusia semata-mata tetapi Allah SWT.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Kepentingan strategik Program 6P

Posted:

Kepentingan strategik Program 6P

Kepentingan strategik Program 6P

Oleh KHAIRUDDIN MOHD. ZAIN
PENULIS ialah pemerhati sosio-politik


Sebuah agensi pekerjaaan diserbu oleh orang ramai yang bagi mendapatkan borang pendaftaran sempena Program 6P Pendaftaran dan Pemutihan Pekerja Asing di Kuala Lumpur, baru-baru ini.


Terlampau banyak yang diperkatakan mengenai Program Penyelesaian Menyeluruh Pekerja dan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) atau dikenali sebagai Program 6P yang sedang dilaksanakan di seluruh negara. Ada laporan yang positif. Namun, ada juga cerita dan perspektif negatif yang diberikan kepada program pendaftaran pekerja asing dan tanpa izin yang amat besar dan rumit ini.

Program 6P bukanlah satu program yang boleh dilihat dalam konteks 'untung dan rugi' kepada kerajaan. Ia lebih besar dan komprehensif daripada banyak perspektif negatif yang cuba dibangkitkan oleh pihak-pihak tertentu.

Pujian mestilah diberikan kepada kakitangan Jabatan Imigresen Malaysia yang bekerja keras hampir beberapa minggu kebelakangan ini bagi melaksanakan program yang sedemikian besar dan menyeluruh. Setakat ini, hampir 2 juta pendatang asing tanpa izin (PATI) sudah pun didaftarkan.

Apakah pernah kita bayangkan bahawa seramai 2 juta pendatang tanpa izin yang ada di halaman negara kita; tanpa sebarang pengenalan diri?

Sejauh mana kita pasti bahawa tidak ada waima seorang pun daripada mereka ini mempunyai niat yang serong dan mampu menganggu gugat keamanan, kestabilan dan kesejahteraan negara?

Semua ini menimbulkan soal 'keselamatan' yang amat serius. Justeru, sememangnya amat tepat bahawa 'rasional keselamatan' menjadi faktor teras kepada pelaksanaan program 6P.

Kita tidak boleh terus-terusan membiarkan sempadan negara menjadi terlalu poros dengan kehadiran pendatang tanpa izin. Benar, kita bukanlah terlalu kejam sehingga mahu meletakkan tembok kebal kepada mereka daripada mencari rezeki di negara ini.

Namun kita juga tidak rela soal keselamatan negara menjadi taruhan dan permainan mana-mana pihak sekalipun. Jangan kita ambil mudah, saat ada kumpulan tertentu yang kemaruk kuasa, kelemahan-kelemahan ini boleh mendatangkan masalah jangka panjang.

Oleh yang demikian, 'rasional keselamatan' yang diungkapkan dalam niat pelaksanaan Program 6P ini adalah sangat strategik dan wajar. Kita sememangnya memerlukan suatu platform pengurusan data warga asing yang lebih mampu mengawal selia kehadiran mereka di negara ini.

Soal ini tidak boleh diambil mudah. Kita tidak perlu menjadi terlalu defensif dan takut untuk menegakkan kebenaran dan sesuatu yang menjadi keperluan negara.

Cerita-cerita sensasi seperti isu 'Mismah' akhirnya gugur dengan sendirinya apabila cerita sebenar didedahkan kepada media. Ini sekali gus membawa makna, sememangnya wujud niat media tertentu untuk merosakkan imej Program 6P dengan mempakejkannya dengan isu-isu lain.

6P, biometrik, Mismah, pendaftaran warga asing, pendaftaran pemilih - dipakejkan sebagai satu 'cerita konspirasi' yang berniat meruntuh imej institusi kerajaan.

Tidak sukar untuk kita mengesan 'keuntungan politik' yang boleh diperoleh sekiranya 'pakej dan agenda merosakkan imej' ini dapat dicerna oleh minda rakyat.

Soal integriti sempadan, soal keselamatan, soal 'jenayah rentas sempadan' tidak menjadi penting kepada kelompok ini. Rakus kuasa lebih menarik selera.

Mereka yang cuba meletakkan apa sahaja keraguan kepada pelaksanaan Program 6P adalah mereka yang tidak melihat gambaran lebih besar kepada suasana sebenar yang berlaku. Sampai bila kita mahu terus berteka-teki dengan jumlah sebenar pendatang tanpa izin; sekiranya sebuah program seperti 6P tidak dilaksanakan sebaiknya?

Apakah kita boleh memperjudikan isu keselamatan dan menganggap semuanya akan berada di bawah kawalan anggota keselamatan?

Untuk itu, Program 6P ini bukan sahaja soal majikan dan pekerja. Program 6P bukan juga soal statistik dan mengisi keperluan industri semata-mata.

Masanya sudah tiba untuk kita melihat Program 6P sebagai suatu tindakan proaktif dalam memastikan integriti sempadan kita tidak diambil mudah oleh mana-mana pihak sekalipun. Inilah matlamat yang lebih perlu menjadi prioriti.

Pengenalan sistem biometrik adalah sesuatu yang sesuai dengan masa dan zaman. Ya, kalaupun memang wujud kelemahan tertentu yang melambatkan sedikit pendaftaran; ia tidak boleh menjadi alasan untuk kita meruntuhkan segala-galanya.

Apa yang menjadi ironi, kumpulan sama adalah mereka yang selalu menjerit-jerit dan mempertikai kononnya kerajaan tidak mengurus warga asing dengan tuntas dan baik. Hari ini, kumpulan sama yang membuat dan menjual pelbagai tohmahan kepada program yang mempunyai niat yang sangat murni.

Dengan data yang lebih komprehensif, mantap dan kebal daripada pembohongan dan penipuan, kita dapat memastikan sempadan negara tidak dibolosi oleh kumpulan-kumpulan ekstrem dan cuba untuk mengganggu gugat keamanan. Jangan kita ambil mudah perkara yang asas dan penting ini.

Kita perlu faham bahawa penjenayah antarabangsa tidak lagi bergerak dalam model lama. Mereka sendiri juga melakukan 'kerjasama strategik' dalam memastikan risiko ditangkap oleh pihak berkuasa berada di tahap yang paling minimum.

Kita bukan sahaja berbicara tentang pemerdagangan orang; malahan ia boleh menerjah kepada jenayah-jenayah yang lebih dahsyat, termasuk pengedaran dadah dan kegiatan militan!

Biometrik ini bukanlah satu program yang istimewa buat Malaysia sahaja. Ia sudah menjadi teknologi dunia dalam memastikan mobiliti manusia dapat dikawal dengan lebih baik dan tersusun. Masing-masing kerajaan punya niat dan rasional tersendiri dalam melaksanakan pendaftaran identiti biometrik.

Di India, projek yang dinamakan sebagai Unique Identification Authority of India (UIDAI) sedang dilaksanakan dengan belanja hampir AS$500 juta dolar. Hampir 500 juta rakyat India akan didaftarkan di bawah projek UIDAI - berbanding jumlah keseluruhan rakyat India yang dikatakan hampir 1.2 bilion!

UIDAI mempunyai rasional yang bersifat domestik. UIDAI diharap dapat menyelesaikan isu ketirisan bantuan sosial - agar dapat terus disalurkan kepada mereka yang memerlukan.

UIDAI juga mahu dijadikan platform bagi menyelesaikan banyak isu yang melibatkan penipuan perbankan di India. Malahan, UIDAI dikatakan lebih canggih kerana turut melibatkan imbasan iris mata kepada semua rakyat!

Amerika Syarikat (AS) turut melaksanakan program pendaftaran biometrik di bawah projek khas United States Visitor and Immigrant Status Indicator Technology (US-VISIT). Pendaftaran ini dilakukan bagi memastikan sempadan AS tidak sewenang-wenangnya dicerobohi oleh mana-mana pihak.

Fobia AS terhadap keganasan militan masih lagi terasa. Oleh yang demikian, US-VISIT jarang sekali berhadapan dengan serangan 'politik'! Rasanya, ahli-ahli politik di Amerika faham bahawa soal integriti sempadan ini bukanlah satu isu yang boleh 'dipolitikkan' dengan sesuka hati.

US-VISIT adalah pangkalan data komprehensif yang akhirnya boleh diakses melalui apa yang dipanggil sebagai Interagency Border Inspection System yang dijadikan rujukan kepada usaha mengenal pasti pelawat ke AS. Dengan pangkalan data yang sedemikian lengkap, risiko untuk Amerika berdepan dengan cabaran keselamatan akan berada di tahap yang minimum.

Tidak kiralah atas nama apa sekalipun, UIDAI, US-VISIT ataupun Program 6P; semua ini dilakukan di atas niat mahu menjaga keselamatan negara dalam erti kata yang sebenar. Sikap ambil mudah, mempolitikkan semua perkara, sebenarnya akan meletakkan negara dalam tekanan keselamatan jangka panjang.

Risiko ini tidak boleh diambil enteng; kecuali mereka yang gemar dan mahu sempadan negara yang poros demi kepentingan politik jangka panjang.

Siapa tahu, jika sentimen 'anti-kerajaan' boleh disemai benihkan kepada kumpulan yang tidak mempunyai ikatan kenegaraan - sekali gus meletakkan negara di dalam risiko yang tinggi.

Sekurang-kurangnya, 6P lebih fokus dan menjurus kepada golongan sasar yang tepat. Kita perlukan pangkalan data pekerja asing yang lengkap dan berintegriti. Tidak ada jalan lain untuk ini, kecuali menggunakan teknologi yang terkini.

Program 6P tidak boleh terus diserang dan diburukkan dengan niat 'politik'. Kita perlu melihat kepentingan strategik Program 6P dalam konteks keselamatan negara dan bukannya soal akhiran 'untung rugi' yang sangat kecil berbanding tujuannya yang sebenar.

Inilah masanya majikan tampil ke hadapan dan menyelesaikan masalah mereka; yang akhirnya nanti boleh menjadi masalah negara. Jabatan Imigresen mesti diberikan sokongan dalam mengisi matlamat 6P yang menjaga kepentingan negara dalam jangka masa panjang.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Jabatan Imigresen tidak perlu tertekan dengan apa sahaja laporan negatif yang diberikan kepada 6P.

Keputusan telah diambil oleh kerajaan dan majoriti rakyat merasakan ia tindakan yang tepat dan berpandangan jauh. Pelaksanaan 6P wajar diteruskan tanpa perlu tunduk kepada tekanan mana-mana pihak.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Dijangka bersalin bulan depan

Posted:

Dijangka bersalin bulan depan

Dijangka bersalin bulan depan

Rencana dan gambar SAHARUDIN MUSTHAFA
saharudin.musthafa@utusan.com.my


PENYANYI tersohor Indonesia ini sedang menghitung hari untuk menimang cahaya mata ketiganya.


SERI wajah wanita hamil terpancar pada wajah Kris Dayanti ketika kami bertemu pada sesi berbuka puasa di salah sebuah kafe popular di Jakarta baru-baru ini.

Perutnya semakin ke depan. Jalannya juga sudah tidak selincah dulu. Dia sangat berhati-hati.

Kehamilan kali ketiga selepas 11 tahun diakui penghibur kontroversi itu menawarkan pengalaman baru buatnya.

"Seperti ia kandungan anak sulung kerana semuanya seperti baru buat saya. Bayangkan, kali terakhir saya hamil 11 tahun lalu iaitu anak kedua saya, Azriel.

"Kini saya melaluinya sekali lagi pada usia 36 tahun. Semuanya serba baru buat saya. Bahkan, saya sudah terlupa bagaimana sakit bersalin," katanya sambil tertawa semasa kami berbuka puasa pada hari ke-11 Ramadan lalu.

Bagaimanapun, pada pertemuan itu, suami Kris, Raul Lemos tidak dapat turut serta kerana sedang bertugas.

Kehamilan kali ketiga penyanyi yang cukup terkenal dengan lagu Menghitung Hari ini turut mencetus kontroversi.

Ini kerana kehamilan itu berlaku lebih awal daripada tarikh pernikahan kali keduanya dengan usahawan dari Timor Leste pada 20 Mac lalu.

Hidup Kris selepas bercerai dengan suami pertamanya, Anang Hermansyah sentiasa dihimpit pelbagai kontroversi.

Dia juga sehingga kini masih belum mendapat hak penjagaan kedua-dua anaknya, Auriel Nurhermansyah dan Azriel Akbar Hermansyah daripada bekas suaminya itu.

Justeru, penantian untuk menimang cahaya mata ketiga ini merupakan anugerah yang paling indah dalam hidupnya biarpun Kris menyedari akan ada pihak yang akan mencemuh kehamilan kali ini.

"Saya sudah banyak diuji termasuk dengan kehamilan ketiga ini. Biarlah apa sekalipun yang difikirkan orang ramai saya reda dan bersyukur dengan anugerah Allah ini," katanya yang asyik mengusap kandungannya yang sudah memasuki penghujung bulan kelapan.

Berdasarkan perhitungan doktor, Kris dijangka bersalin awal September ini. Dia juga tidak menolak mungkin bayi itu dilahirkan pada Aidilfitri yang akan menjelang tidak lama lagi.

Kerana itu, Kris dan suaminya kini hanya menghitung hari untuk sama-sama menyambut kelahiran benih hasil daripada kasih sayang yang disemai.

Tidak lagi memberi perhatian pada persiapan lebaran, sebaliknya, segala-galanya difokuskan untuk menyambut kedatangan ahli keluarga baru.

"Semua persiapan dilakukan oleh saya dan Raul. Kami sama-sama mencari kelengkapan bayi, kami juga sudah meninjau wad bersalin di hospital, mencari orang tua yang akan menjaga saya sepanjang berpantang dan sebagainya," kata Kris.

Bahkan, setiap kali bertemu doktor untuk menjalani pemeriksaan kandungan, Kris sentiasa ditemani suaminya.

Pasangan itu juga sudah mengenal pasti jantina bayi dalam kandungan Kris menerusi pemeriksaan yang dilakukan oleh doktor.

Namun, Kris tidak mahu berkongsi apakah jantina anak yang bakal dilahirkannya itu.

"Saya mahu bikin surprise (kejutan) buat kamu juga. Kamu harus datang ziarah aku selepas aku bersalin nanti," pesannya kepada penulis.

Kata Kris, nama untuk bayinya juga sudah berada di fikiran dia dan Raul.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

M. Nasir, Jamal serikan lebaran

Posted:

M. Nasir, Jamal serikan lebaran

M. Nasir, Jamal serikan lebaran

Oleh NUR AZHARI ZAINOODDIN
Gambar SAHARUDDIN ABDULLAH


BUAT pertama kali Hujan dan M. Nasir akan berkongsi pentas menghiburkan penonton.


BAGI menyerikan sambutan lebaran tahun ini, TV9 membawakan satu rancangan khas, Ekspresi Dato M. Nasir dan Jamal Abdillah.

Pastinya sambutan Aidilfitri kali ini akan lebih meriah apabila penonton disajikan dengan lagu-lagu malar segar dua bintang ternama ini.

Sudah tentu alunan suara mereka mendendangkan lagu-lagu seperti Seroja, Gerhana, Keranamu Kekasih dan Satu Hari Di Hari Raya akan membuatkan para penonton terkenang nostalgia lalu.

"Sudah tentu kemeriahan Syawal akan lebih terasa apabila kita dapat bersama dengan keluarga mengimbau nostalgia lalu melalui lagu-lagu dua bintang hebat ini.

"Lagipun ini adalah kali pertama TV9 menyatukan mereka di atas pentas sempena Hari Raya.

"Jadi kita harap ia akan memberikan kepuasan kepada penonton dalam menyerikan lagi kemeriahan Syawal," jelas penerbit konsert berkenaan, Ahmad Shaifullizzam Mohd. Arshad atau lebih suka disapa Gbam yang ditemui selepas rakaman konsert berkenaan baru-baru ini.

Merancakkan lagi konsert yang akan disiarkan melalui dua episod itu, beberapa artis jemputan lain turut diundang bagi bersama berkongsi pentas dengan dua nama besar ini.

Antara artis yang bakal bersama menyerikan konsert itu nanti adalah Fauziah Ahmad Daud, Francissca Peter, Mawi, Hujan dan Awi Rafael.

"Bagi memberikan suatu kelainan pada rancangan ini, kita akan gabungan dua nama besar ini dengan bakat-bakat baru yang mula menyinar seperti Hujan dan Awi Rafael.

"Kita lihat gabungan ini juga merupakan pembuka jalan kepada bakat-bakat baru ini untuk bersama menimba pengalaman dengan mereka yang ternama," tambah Gbam.

Rancangan istimewa yang berdurasi sejam setiap episod itu akan disiarkan pada 2 dan 3 Syawal nanti bermula pukul 11 pagi.

Antara persembahan yang akan disajikan kepada penonton adalah kolaborasi antara Jamal Abdillah bersama Fauziah Ahmad Daud dan Fransisca Peter.

Selain itu, M. Nasir akan berduet dengan Hujan Band mendendangkan lagu medley Aku Yang Terasing dan Juwita Citra Terindah.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Kad dari insan istimewa

Posted:

Kad dari insan istimewa

Kad dari insan istimewa

Oleh ABD. HALIM HADI
halim.hadi@utusan.com.my


LUKISAN yang dihasilkan artis-artis MFPA diterbitkan semula pada kad ucapan dan kalendar.


TIADA yang lebih menggembirakan daripada menerima sekeping kad ucapan yang dikirim sebagai pengganti diri setiap kali tiba Hari Raya Aidilfitri.

Walaupun ucapan pada masa kini lebih mudah dilakukan secara digital, keseronokan membuka sampul surat dan membaca setiap kata yang dicoret pengirim jauh lebih bermakna.

"Lebih bererti lagi jika kad yang dikirim itu bukan sekadar kad ucapan biasa tetapi mampu menolong orang-orang seperti kami," itulah mesej yang disampaikan oleh Mat Jamil Ramli ketika ditemui penulis, baru-baru ini.

Setiap tahun menjelang musim perayaan, Jamil mengirim beribu-ribu kad ucapan Hari Raya Aidilfitri ke seluruh negara kepada penerima yang tidak pernah dikenalinya, termasuk penulis yang menerimanya pada minggu pertama Ramadan.

Kiriman berisi koleksi kad raya itu dijual pada harga RM50 kepada setiap penerima yang ingin menggunakannya untuk dikirim kepada rakan dan insan tersayang.

Dalam sampul surat itu dilampirkan bersama sekeping surat yang bertulis: "Sumbangan yang anda hulurkan dapat membantu kami meneruskan kehidupan dan untuk terus berdikari."

"Saya menulis salinan asal surat ini dengan menggunakan kaki saya," katanya melalui tulisan yang cantik dan kemas.

Rangkap terakhir pada surat itu cukup untuk membuatkan penerima meneliti kad-kad raya kosong itu satu persatu.

Ilustrasi berupa masjid, bunga dan pemandangan yang tercetak pada kad itu adalah karya yang dilukis sendiri oleh Jamil.

Hasil seni itu sama seperti lukisan yang biasa dilihat kerana cantik dan kemas. Jika tidak membaca surat itu, tidak mungkin saya mengetahui ia dilukis dengan menggunakan kaki.

Jamil merupakan salah seorang daripada sembilan orang artis yang bernaung di bawah Persatuan Artis Lukisan Mulut dan Kaki (MFPA) - badan yang bertanggungjawab memasarkan lukisan yang dihasilkan oleh artis mulut dan kaki.

Selain dijadikan kad ucapan hari perayaan, karya-karya yang dihasilkan oleh artis terbabit turut dicetak menjadi kalendar, hiasan dan permainan jigsaw.

"Setiap bulan kami (ahli) yang berdaftar di bawah MFPA diberi elaun daripada lukisan yang kami hasilkan," kata pemuda dari Kampung Bukit Bading, Terengganu itu.

Jamil dilahirkan tanpa kedua-dua belah tangan. Namun dikurniakan semangat yang kental untuk berdikari dan berjaya dalam bidang yang diminatinya.

Minat melukisnya bermula seawal usia tujuh tahun. Ketika itu beliau sekadar melukis menggunakan alat tulis yang 'dicuri' daripada adik-beradiknya.

"Ia bukan sesuatu yang mudah untuk dikuasai kerana kaki bukan dicipta untuk memegang atau melakar sesuatu," jelas bekas pelajar jurusan Rekaan Grafik di Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan (PLPP) Bangi itu.

Namun dengan bakat yang ada, segala masalah berakhir. Pada masa kini Jamil mampu menghasilkan kira-kira lima buah lukisan setiap bulan bergantung kepada saiz, jenis lukisan dan tahap kesihatan.

Dengan duit elaun yang diterima dari MFPA, beliau bukan sahaja dapat membeli alat melukis bahkan dapat menyambung pendidikan ke peringat lebih tinggi.

"Masih banyak perkara dan ilmu yang perlu saya pelajari untuk menjadi seorang pelukis terkenal," katanya.

Walaupun tanpa tulang empat kerat, beliau mengakui tiada halangan yang terlalu sukar untuk ditempuhinya. Kegigihannya juga terbukti melalui kebolehan memandu sendiri kereta miliknya.

"Selepas melakukan pengubahsuaian seperti yang dilakukan oleh seorang wanita OKU di Youtube, saya berjaya melakukannya (memandu) sendiri," katanya yang merupakan salah seorang ahli sukan paralimpik Terengganu.

Pesanan beliau kepada golongan yang senasib dengannya supaya tidak malu dalam apa jua perkara dan harus berusaha keras demi mengejar impian.

Sementara itu, bakat yang sama turut dikongsi oleh Aliah Talib. Gadis berusia 24 tahun yang juga salah seorang artis MFPA yang melukis menggunakan kaki.

Dilahirkan tanpa kedua belah tangan, Aliah tidak pernah berpeluang menerima pendidikan di sekolah semasa zaman kanak-kanaknya.

Namun jauh di dalam hati beliau menyimpan hasrat yang tinggi untuk belajar.

Dengan hanya 'menagih ilmu' daripada adik-beradik yang lain, Aliah mampu membaca dan menulis pada usia tujuh tahun seperti Jamil.

Sejak itu, minatnya pada seni lukis mula berkembang menjadi hobi yang kini menjadi mata pencarian.

Aliah berkecimpung secara serius di dalam seni lukis pada usia 17 tahun selepas mendapat pendidikan secara formal di PLPP.

Di situ jugalah, beliau berkenalan dengan Jamil dan menjadi kawan baik.

Peluang yang datang tidak disia-siakan, Aliah kemudian menyertai MFPA pada 2007.

Keinginan untuk berjaya dalam bidang itu dipertingkatkan lagi dengan mengambil 'tuisyen' dengan pelukis profesional tempatan, Raja Azhar Idris.

Pada tahun ini, anak bongsu daripada tujuh beradik itu menyambung semula pendidikan di PLPP, Bangi di dalam pengkhususan lukisan batik.

"Sekarang saya ada peluang dan saya tidak akan berhenti belajar. Terlalu banyak benda perlu dipelajari jika kita mahu berjaya dalam hidup," kata anak kelahiran Alor Setar, Kedah itu.

Dengan naungan dan sokongan yang diberikan oleh persatuan, kedua-dua mereka kini mempunyai lebih semangat untuk meneruskan kehidupan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Seruan kebajikan dan patriotisme

Posted:

Seruan kebajikan dan patriotisme

Seruan kebajikan dan patriotisme

Oleh KHAIRUL ABIDIN NUARGambar MOHD. NAJIB MOHD. NOR


Para pelajar UTP yang turut menjayakan Kembara Merdeka Jalur Gemilang Ramadan di Masjid Jamek Rodhiatul Mardhiah Parit, Perak baru-baru ini.


USAHA menggalakkan pengibaran Jalur Gemilang tidak seharusnya dicetuskan melalui fenomena, tetapi yang lebih penting, ia dibangkitkan melalui penghayatan patriotisme di kalangan segenap lapisan masyarakat.

Bendera keramat negara yang telah diisytiharkan namanya pada malam 31 Ogos 1997 oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri ketika itu, begitu besar maknanya.

Apatah lagi bendera yang dikibarkan secara rasminya di seluruh negara itu menyaksikan 'kelahiran' Malaysia pada 16 September 1963.

Empat belas jalinan jalur merah dan putih berselang-seli pada Jalur Gemilang melambangkan keanggotaan 13 buah negeri dan Wilayah Persekutuan yang membentuk negara Malaysia.

Bulan berwarna kuning yang sinonim dikaitkan dengan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan pula memberi maksud ia dipayungi oleh kedudukan Raja-Raja Melayu.

Selain itu, gabungan warna biru, merah dan putih dalam penghasilan keseluruhan bendera negara menerapkan asas perpaduan, keberanian serta kesucian moral rakyat Malaysia.

Tidak cukup dengan perspektif bentuk serta warna yang menyingkap maksud tersendiri, perkataan Jalur Gemilang itu sendiri membawa konotasi perincian yang wajar diteliti dan difahami.

Frasa 'Jalur' misalnya yang dinilai dari sudut linguistik membawa maksud satu laluan, hala tuju mahupun arah sama.

Ia membawa maksud yang dianuti oleh rakyat rakyat di negara ini dari Perlis sehingga ke Sabah menuju ke arah kegemilangan bangsa dan negara.

Frasa 'Gemilang' pula mencerminkan kecemerlangan negara dan rakyat Malaysia dalam segenap bidang di arena tempatan mahupun persada antarabangsa.

Menyedari kepentingan mengibarkan Jalur Gemilang sebagai satu medium untuk menyemai rasa cinta dan kesetiaan kepada negara, Jabatan Penerangan Malaysia meneruskan tradisi konvoi merdeka Jalur Gemilang yang telah diadakan hampir setiap tahun.

Cuma menariknya pada tahun ini, sambutan bulan kemerdekaan yang secara tidak langsung berjalan serentak dengan Ramadan sekali gus membawa kelainan tersendiri melalui pengisian amalan berbentuk kebajikan.

Kembara Merdeka Jalur Gemilang Ramadan 2011 yang dijalankan serentak di seluruh negara itu turut disesuaikan dengan program menziarahi rumah anak-anak yatim, orang kurang upaya (OKU) dan ibu tunggal.

Selain itu, konvoi yang terdiri daripada pelbagai jenis kenderaan itu juga akan singgah di beberapa kawasan terutamanya masjid bagi tujuan program berbuka puasa selain memberi bantuan kepada golongan miskin.

Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia, Ibrahim Abdul Rahman yang berkesempatan menyempurnakan perasmian konvoi berkenaan di Masjid Jamek Rodhiatul Mardhiah, Parit, Perak baru-baru ini berkata, program tersebut akan diteruskan meskipun selepas Hari Raya Aidilfitri.

Bakal dikenali dengan nama Kembara Merdeka Jalur Gemilang Aidilfitri, konvoi berkenaan akan mengadakan rumah-rumah terbuka di beberapa tempat terpilih.

Anak kelahiran Parit itu berkata, keunikan program kembara merdeka yang sudah masuk tahun ketujuh pada kali ini ialah ia turut mendapat sokongan sebuah kumpulan laman sosial di facebook.

Menurut beliau, kumpulan yang dikenali dengan nama 'Sehelai Baju Buat Menyapu Si Air Mata' itu mempunyai keahlian mencecah 10,000 orang.

"Kumpulan ini akan memberikan pakaian baru untuk kita dermakan kepada rumah-rumah anak yatim yang kurang diberi perhatian termasuklah rumah orang-orang tua bukan Islam," katanya.

Program pelancaran Kembara Merdeka Jalur Gemilang Ramadan 2011 Daerah Perak Tengah itu turut dihadiri Ahli Parlimen Parit, Mohd. Nizar Zakaria.

Majlis juga diteruskan dengan jamuan berbuka puasa sebelum 11 kenderaan dan sebuah bas daripada Universiti Teknologi Petronas (UTP) yang membawa peserta konvoi meninggalkan majlis selepas solat maghrib dan tarawih secara berjemaah.

"Kita mengharapkan apabila sampai 16 September nanti, lima juta premis di seluruh negara akan mengibarkan bendera sebagai tanda sokongan rakyat Malaysia kepada negara," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Kota

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Kehangatan makin terasa

Posted:

Kehangatan makin terasa

Kehangatan makin terasa

Oleh MOHD. HAFIZ ABD. MUTALIB
kota@utusan.com.my


BAJU kurung yang diperbuat daripada kain Digital Hokkaido yang dijual di kedai Julia Zainudin dan kedai Wirman Samsu (gambar kecil) serta kedai pakaian lain di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur menjadi pilihan wanita.


KUALA LUMPUR 15 Ogos – Memasuki pertengahan bulan Ramadan, orang ramai dilihat semakin sibuk membuat persiapan untuk menyambut Aidilfitri terutama mencari fesyen terbaru untuk digayakan di hari lebaran nanti.

Tinjauan Utusan Malaysia di sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Masjid India mendapati suasana semakin sibuk dan sesak dengan orang ramai.

Dijangkakan, selain pada hujung minggu, cuti umum Nuzul Quran pada Rabu ini akan memberikan kesempatan kepada orang ramai khususnya dari Selangor untuk membeli-belah.

Dalam memilih fesyen untuk digayakan, penjual di kedua-dua kawasan tumpuan tersebut mengakui fabrik jenis Digital Hokkaido menjadi pilihan untuk baju kurung pada tahun ini.

Seorang peniaga, Wirman Samsu berkata, fabrik tersebut adalah antara yang terbaru dan digemari oleh warga kota masa kini serta sesuai untuk dijadikan pelbagai jenis baju kurung kerana ia memberikan keselesaan kepada pemakainya.

"Rata-rata pengunjung yang datang ke sini pasti akan bertanyakan mengenai fabrik Digital Hokkaido ini. Fabrik ini sangat selesa dipakai kerana kainnya sangat lembut dan licin.

"Harganya juga berpatutan di mana bagi kain sahaja, ia berharga RM50 manakala yang sudah siap pula berharga RM149," katanya ketika ditemui di sini.

Seorang lagi peniaga, Julia Zainudin pula berkata, untuk tahun ini, dia menyediakan stok yang mencukupi untuk fabrik jenis Digital Hokkaido kerana dia yakin fabrik itu menjadi pilihan ramai pada tahun ini.

"Sejak awal bulan puasa lagi permintaan terhadap fabrik ini sangat tinggi dan saya yakin permintaan itu akan berterusan sehingga ke hari terakhir menjelang raya," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Sri Pahang pula dibangunkan

Posted:

Sri Pahang pula dibangunkan

Sri Pahang pula dibangunkan

Oleh MOHD. HAFIZ ABD. MUTALIB
kota@utusan.com.my


RAJA Nong Chik (dua dari kiri) dan isteri, Datin Nafesah Raja Nong Chik mendengar cerita mangsa kebakaran, Mohd. Ramli Abdul Manaf ketika mengunjungi rumah lelaki itu sempena Program 1Keluarga 1Sumbangan di Perumahan Awam Sri Pahang di Bangsar, baru-baru ini. – BERNAMA


KUALA LUMPUR 15 Ogos – Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar sedang mengkaji cadangan untuk membangunkan Perumahan Awam (PA) Sri Pahang di Bangsar selepas kejayaan memajukan beberapa kawasan perumahan lama di ibu negara.

Antara perumahan lama yang sudah dipersetujui untuk dimajukan ialah Flat Kampung Kerinchi, Flat Sri Johor dan PA Taman Ikan Emas di Cheras.

Sri Pahang yang juga merupakan antara perumahan paling awal di ibu negara dilihat memerlukan pembaharuan bukan sahaja demi keselesaan penduduk tetapi juga supaya seiring dengan pembangunan pesat kawasan sekitarnya.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, melihat kepada keadaan perumahan itu yang sudah uzur, sudah tiba masanya ia dibangunkan semula.

"Beberapa cadangan untuk membangunkan perumahan ini sudah dihantar ke pihak kementerian dan kita sedang mengkajinya agar cadangan ini dapat diterima penghuni.

"Perbincangan bersama penduduk juga akan dilakukan kerana adalah penting persetujuan penduduk diperoleh supaya situasi menang-menang dapat dicapai," katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Penyampaian Sumbangan 1Keluarga 1Sumbangan di PA Sri Pahang di sini baru-baru ini.

Pada majlis anjuran Pusat 1Malaysia Lembah Pantai itu, lebih 500 penduduk Sri Pahang menerima sumbangan yang merupakan barangan keperluan harian.

Program tersebut akan diteruskan ke seluruh PA dan Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Lembah Pantai dan dijangkakan sekurang-kurangnya 5,000 keluarga akan mendapat manfaatnya.

Raja Nong Chik seterusnya berkata, kerajaan memang menggalakkan syarikat-syarikat swasta tampil membangunkan perumahan-perumahan lama di ibu kota namun mereka mesti mengambil kira kehendak penduduk sedia ada.

Tambahnya, sebahagian besar daripada PA di Kuala Lumpur merupakan perumahan yang sudah didiami lebih daripada 20 tahun.

"Kita mahu persetujuan daripada majoriti supaya mereka dapat menikmati kediaman yang lebih luas dan selesa selepas dibangunkan semula," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

MPSJ kaji wujud unit khas jaga tasik

Posted:

MPSJ kaji wujud unit khas jaga tasik

MPSJ kaji wujud unit khas jaga tasik


Asmawi Kasbi (tiga dari kanan) dan Timbalan Yang Dipertua, Abdullah Marjunid merasmikan kempen Zon Kibar Jalur Gemilang di Subang Jaya, baru-baru ini dengan diapit oleh maskot MPSJ.


SUBANG JAYA 15 Ogos - Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) akan mempertimbangkan semula cadangan mewujudkan unit khas bagi melaksanakan tugas-tugas pemantauan dan penyenggaraan melibatkan enam buah tasik di kawasan pentadbirannya.

Ia terutamanya bagi mengekang kegiatan tidak bertanggungjawab pihak tertentu yang menjadikan tasik sebagai lokasi pembuangan sampah haram sehingga menyebabkan air tasik kotor dan tercemar.

Yang Dipertua MPSJ, Datuk Asmawi Kasbi berkata, pada masa ini, kerja-kerja pemantauan, penyelenggaraan dan pengindahan tasik dilakukan oleh Jabatan Perkhidmatan Bandar bagi membolehkan kemudahan itu dinikmati oleh orang ramai.

Bagaimanapun, katanya, disebabkan garis panduan penyelenggaraan tasik masih belum jelas, ditambahkan pula dengan jumlah kakitangan agak terhad, ia menyukarkan masalah pencemaran itu diatasi.

"Kita tidak menafikan masih menerima aduan mengenai isu tasik, namun kita juga akan mengkaji beberapa perkara termasuk menambah anggota dan memperluaskan skop kerja bagi mengatasi masalah," katanya di sini baru-baru ini.

Sebelum ini, beberapa Ahli Majlis MPSJ mencadangkan agar diwujudkan satu unit khas bagi memulihara tasik supaya ia kekal sebagai destinasi riadah dan rekreasi penduduk.

Sementara itu, beliau turut melancarkan Kempen Jom Kibar Bendera 2011 sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-54 pada 31 Ogos ini.

Kempen yang akan bermula dari 1 Ogos hingga 16 September itu, antara lain bertujuan menyemai dan memupuk semangat patriotik dan cintakan negara di kalangan masyarakat khususya melalui pengibaran Jalur Gemilang di premis perniagaan dan kediaman masing-masing.

Bagi menggalakkan penyertaan orang ramai, sebanyak 20 hadiah cabutan bertuah bakal dimenangi mereka yang menyertai pertandingan itu, antaranya, kamera, televisyen LCD, Netbook dan iPad.

Untuk menyertainya, penduduk di kawasan MPSJ perlu mengibarkan bendera bersaiz sekurang-kurangnya 2 kaki x 4 kaki di premis perniagaan atau kediaman masing-masing sepanjang tempoh pertandingan.

Mereka juga perlu mendaftarkan penyertaan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip Jomkibar<jarak>Nama<*>Alamat dan hantar ke 39111, sebagai contoh Jomkibar Anand * No.222, Jalan USJ 6/11, 47620 Subang Jaya dan hantar ke 39111.

Maklumat lanjut pertandingan itu juga boleh diperoleh dengan melayari www.mpsj.gov.my atau menghubungi urus setia di talian 03 80264469 atau 03 80267498.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved