Jumaat, 17 Jun 2011

Utusan Online - Dalam Negeri

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Bajet berasaskan keberhasilan

Posted:

Bajet berasaskan keberhasilan

Bajet berasaskan keberhasilan

Oleh MOHD. KHUZAIRI ISMAIL
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 16 Jun - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan akan memperkenalkan pelaksanaan bajet berasaskan keberhasilan atau outcome-based badgeting (OBB) bagi mengurus sumber negara dengan lebih cekap.

Kata Perdana Menteri, pendekatan itu juga bertujuan mengelak pertindihan pelaksanaan program dan projek serta dapat memastikan sumber diagih mengikut keutamaan.

"Kajian ini akan meliputi di peringkat sektoral dan di peringkat sistem kerajaan iaitu pengurusan kewangan sektor awam, perolehan dan pembaharuan perkhidmatan awam.

"Hasil kajian akan digunakan dalam penyediaan Bajet 2012," katanya dalam jawapan bertulis Nurul Izzah Anwar (PKR-Lembah Pantai) pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Sambil menolak dakwaan Laporan Bank Dunia itu, Najib berkata, laporan MBE bahagian akhir di bawah Langkah Dasar Strategik telah memperincikan mengenai langkah dasar di bawah Inisiatif Pembaharuan Strategik (SRI) ke arah mencapai matlamat MBE.

Tambahnya, enam makmal SRI telah diadakan baru-baru ini oleh Majlis Perundingan Ekonomi Negara (NEAC) dengan kerjasama Pemandu bagi membincangkan mengenai pelan tindakan SRI serta tindakan terperinci untuk mencapai matlamat MBE.

Kata Najib lagi, selain makmal SRI, kerajaan melalui Kementerian Kewangan dengan kerjasama Bank Dunia juga sedang menjalankan kajian kecekapan dan keberkesanan perbelanjaan dalam sektor awam (PER).

"Kajian ini bertujuan meningkatkan kawalan fiskal ke atas perbelanjaan sektor awam supaya perbelanjaan yang dibuat benar-benar berfaedah dan memberi nilai wang yang sebenar, mengurangkan ketirisan dan menghasilkan impak maksimum kepada ekonomi negara," kata beliau.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan tidak hina hukum Islam

Posted:

Utusan tidak hina hukum Islam

Utusan tidak hina hukum Islam

Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA
mohdasron.mustapha@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 16 Jun – Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menegaskan, karikatur bertajuk Kekeliruan Kes Rogol tidak menghina Islam sebaliknya, mahu menyindir pihak yang terlalu obses serta takut untuk menghukum pemimpin politik yang melakukan zina.

Setiausaha Agungnya, Syed Hassan Syed Ali berkata, sindiran tersebut wajar dibuat kerana terdapat golongan yang mendakwa diri mereka sebagai ulama, sanggup membela dan menutup sebelah mata mengenai kesalahan zina, meskipun segala bukti jelas mendedahkan aksi jijik tersebut.

"Perkasa bukan mahu membela Utusan Malaysia sebaliknya, kami menyokong tindakan tersebut kerana ia bertujuan menyedarkan rakyat. Kenapa karikatur ini yang dipersoalkan, kenapa tidak bertindak terhadap pemimpin pembangkang yang melakukan seks," katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan pihak pembangkang terutamanya Pemuda Pas yang menuduh karikatur tersebut yang disiarkan Utusan, sebagai menghina hukum Islam.

Syed Hassan berkata, Pas tidak sepatutnya menyalahkan Utusan kerana karikatur itu cuma medium untuk menyatakan kepada pihak pembangkang, bahawa rakyat Malaysia tidak bersetuju dengan 'pengampunan' begitu sahaja oleh pemimpin parti itu terhadap pelaku zina dan liwat.

Sementara itu, blog, http://ruangbicarafaisal.blogspot.com juga mempertahankan karikatur itu sebagai tidak menghina hukum Islam kerana ia hanya bertujuan menjelaskan kekeliruan berhubung kejadian rogol dan zina antara penghulu dengan polis.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pengeluar kereta digesa lebih kompetitif

Posted:

Pengeluar kereta digesa lebih kompetitif

Pengeluar kereta digesa lebih kompetitif

Oleh WANDA IDRIS
pengarang@utusan.com.my


Dari kiri Muhyiddin Yassin bersama Asmat Kamaluddin dan Aminar Rashid Salleh menunjukkan isyarat bagus sempena pelancaran model baharu kereta Perodua Myvi di PWTC, Kuala Lumpur, malam tadi. – utusan/azrul edham mohd. aminuddin


KUALA LUMPUR 16 Jun – Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa pengeluar kereta tempatan seperti Perusahaan Automobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) agar lebih kompetitif di peringkat antarabangsa bagi mengikis gelaran 'jaguh kampung'.

Timbalan Perdana Menteri berkeyakinan tinggi bahawa Perodua mampu menjadi pemain utama di peringkat serantau dan antarabangsa melalui bantuan kumpulan berkepentingan dan rakan teknologinya, Daihatsu Motor Company of Japan (DMC).

"Harapan saya agar syarikat ini mampu meneruskan kejayaannya di peringkat domestik dan luar negara sekali gus menjadi satu jenama yang unggul di peringkat antarabangsa," katanya ketika melancarkan model baharu Perodua MyVi di sini hari ini.

Hadir sama Pengerusi Perodua, Tan Sri Asmat Kamaludin dan Pengarah Urusannya, Datuk Aminar Rashid Salleh serta Presiden Daihatsu Jepun, Koichi Ina.

Muhyiddin berkata, satu ketika dahulu pasaran automotif didominasi oleh Barat sebelum syarikat permotoran dunia menawarkan sesuatu yang lebih baik.

Kini, katanya, semakin banyak negara Asia bersaing dalam pasaran automotif antarabangsa.

Beliau berkata, Malaysia menganggap industri automotif sebagai komponen penting ekonomi yang mampu merancakkan pertumbuhan industri sokongan seperti pengeluar komponen, rangkaian pembekal, perbankan, insurans dan petroleum.

"Sejak bertahun lalu, kita menyaksikan perkembangan industri ini di Malaysia. Kerajaan juga telah memainkan peranan dalam memenuhi kehendak pertumbuhan industri ini," katanya.

Sejak diperkenalkan pada Mei 2005, Perodua MyVi muncul model kereta paling laris selama lima tahun berturut-turut dengan jualan sebanyak 487,400 unit sehingga April 2011.

Dalam pada itu, Muhyiddin berkata, kejayaan Perodua merupakan testimoni dalam kejayaan perkongsian antara syarikat Malaysia dengan DMC dan beliau yakin kerjasama itu akan terus membuahkan kejayaan pada masa depan.

"Saya difahamkan bahawa kedua-dua syarikat ini akan melabur kira-kira RM250 juta untuk membina sebuah kilang transmisi automatik elektronik di sini.

"Ia kilang pertama seumpamanya di negara ini. Justeru pelaburan ini adalah sesuatu yang sangat dialu-alukan kerana ia mampu mewujudkan peluang pekerjaan selain pemindahan teknologi ke negara ini," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Utara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


Petisyen hentikan pembalakan

Posted:

Petisyen hentikan pembalakan

Petisyen hentikan pembalakan

Oleh AMIZUL TUNIZAR AHMAD TERMIZI
utusanperak@utusan.com.my


HAMIDAH Osman (empat dari kiri) bersama ahli-ahli Persatuan Pencinta Alam Malaysia ketika hadir menyerahkan tandatangan 'Selamatkan Temengor' kepada Kerajaan Negeri Perak di Ipoh, semalam.


IPOH 16 Jun – Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) dan The Body Shop Malaysia menyerahkan satu petisyen mengandungi sebanyak 82,715 tandatangan bagi mendesak Kerajaan Negeri Perak menyelamatkan Kompleks Hutan Belum-Temengor daripada aktiviti pembalakan di sini hari ini.

Petisyen tersebut ditandatangani oleh pelanggan The Body Shop dan juga orang ramai di seluruh dunia termasuk secara dalam talian.

Presiden MNS, Profesor Madya Dr. Maketab Mohamed mengetuai delegasi MNS dan The Body Shop Malaysia menyerahkan dokumen tersebut kepada Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Pelancongan dan Hal Ehwal Wanita negeri, Datuk Hamidah Osman di Bangunan Darul Ridzuan di sini.

Hamidah mewakili Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir menerima petisyen tersebut.

Bercakap kepada pemberita selepas majlis itu, Hamidah berkata, beliau akan membawa petisyen tersebut kepada Menteri Besar untuk dibincangkan.

Namun, katanya, kerajaan negeri akan membuat pertimbangan secara adil dalam menangani isu tersebut kerana ia melibatkan sumber pendapatan kerajaan negeri serta industri pembalakan yang bernilai RM200 juta di negeri ini.

''Sekiranya saya katakan tidak boleh membalak di situ, ia tidak adil kepada kerajaan negeri yang memperoleh pendapatan dari hutan dan tanah. Kita tidak ada banyak sumber pendapatan lain," katanya.

Komplek Hutan Belum-Temengor merangkumi Hutan Simpan Kekal Belum seluas 117,500 hektar manakala Hutan Simpan Gerik (34,995 hektar) dan Hutan Simpan Temengor seluas 147,505 hektar.

Setakat ini, kawasan hutan seluas 117,500 yang melibatkan 87.58 peratus daripada Hutan Simpan Kekal Belum dan selebihnya meliputi kawasan Hutan Simpan Temengor dan Hutan Simpan Gerik telah diwartakan sebagai Taman Negeri Royal Belum.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

3,100 karton rokok seludup dirampas

Posted:

3,100 karton rokok seludup dirampas

3,100 karton rokok seludup dirampas

ALOR SETAR 16 Jun - Taktik mengubah suai bot pelancong bagi tujuan penyeludupan untuk mengaburi mata pihak berkuasa terbongkar apabila Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) merampas 3,100 karton rokok dalam sebuah bot di perairan Kuala Jerlun dekat sini semalam.

Ketua Penguat Kuasa Maritim Malaysia Daerah 1 Langkawi, Kapten Abdul Rahim Abdullah berkata, dalam operasi pukul 2.15 pagi itu, penyeludup didapati membina pelantar khas untuk menyembunyikan rokok berkenaan di bahagian perut bot gentian kaca tersebut.

Katanya, taktik seumpama itu sukar dikesan namun hasil intipan dan maklumat membolehkan kegiatan tersebut dipatahkan.

"Kesemua rokok tersebut dimasukkan ke dalam perut bot menerusi sebuah lubang yang kemudian ditutup dengan kotak penutup kawalan bot," katanya pada sidang akhbar di Pangkalan Maritim Malaysia Kuala Kedah di sini hari ini.

Menurut Abdul Rahim, sebelum kejayaan rampasan berkenaan, pihaknya mengesan sebuah bot dinaiki dua individu dalam keadaan mencurigakan dari arah tengah laut menuju ke Kuala Jerlun.

Menyedari mereka diekori, katanya, suspek memecut laju sebelum terkandas di pintu masuk ke Kuala Jerlun sebelum kedua-keduanya melarikan diri ke kawasan belukar berhampiran.

Katanya, hasil pemeriksaan menemui 155 bungkusan plastik hitam dan merah berisi 3,100 karton rokok dianggarkan bernilai RM40,300 dengan nilai cukai RM300,000.

"Rokok ini dipercayai dibawa dari Langkawi untuk pasaran di sekitar negeri ini. Kami turut merampas bot dan enjin yang dianggarkan bernilai RM15,000," ujarnya.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 135(1) (e) Akta Kastam 1967 kerana memiliki barang tanpa kelulusan kastam yang mana kesalahan pertama boleh didenda maksimum 20 kali ganda nilai barangan atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Taman tema Tambun sumbang perpustakaan anak yatim

Posted:

Taman tema Tambun sumbang perpustakaan anak yatim

Taman tema Tambun sumbang perpustakaan anak yatim

IPOH 16 Jun - Taman tema Lost World of Tambun menyumbang sebuah perpustakaan bernilai RM50,000 termasuk akses Internet selama lima tahun kepada Asrama Anak-Anak Yatim Darus Salam Tambun di sini.

Pengurus Besarnya, Calvin Ho berkata, sumbangan tersebut turut meliputi buku-buku akademik, basikal, permaidani, baju-t, tuala dan kasut.

"Pada awalnya, kami bermula dengan jualan lemang dan kuih raya untuk mengumpul dana bagi sumbangan ini, namun, ia tidak menguntungkan. Selepas itu, kami mengambil masa selama dua tahun untuk merealisasikan hasrat ini melalui penjualan beg kitar semula.

"Sumbangan ini sedikit sebanyak diharap dapat membantu golongan yang kurang bernasib baik melalui pendidikan," katanya selepas melawat Asrama Anak-Anak Yatim Darus Salam di sini semalam.

Turut hadir, pengetua dan pengasas Asrama Anak-Anak Yatim Darus Salam, Md. Suaid Din dan isterinya, Rohayah Abdullah.

Dalam pada itu, Md. Suaid berkata, asrama anak-anak yatim tersebut yang kini menempatkan seramai 29 penghuni itu terdiri daripada kanak-kanak dan remaja dalam lingkungan umur antara enam dan 15 tahun.

Menurut Md. Suaid, beliau sentiasa mengamalkan dasar pintu terbuka terhadap mana-mana pihak yang ingin menghulurkan bantuan kepada asrama tersebut yang diusahakan bersama isterinya sejak 2008.

"Pemberian sumbangan perpustakaan ini diharapkan dapat membantu tiga kelas pembelajaran yang beroperasi di sini bagi meningkatkan kualiti pembelajaran dan pengajaran," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Muka Hadapan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Muka Hadapan


Buru penggodam

Posted:

Buru penggodam

Buru penggodam

KUALA LUMPUR 16 Jun – Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan akan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap mana-mana kumpulan penggodam termasuk mereka yang menggelarkan diri sebagai 'anonymous'.

Timbalan Perdana Menteri berkata, bagi tujuan itu, kerajaan mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyiasat secara terperinci mengenai identiti dan lokasi penggodam tersebut.

Pada masa yang sama, beliau berkata, siasatan juga dibuat untuk meneliti sejauh mana serangan siber tersebut memberi ancaman kepada keselamatan negara bagi membolehkan segala langkah perlu diambil dengan kadar segera.

"Kita memandang serius perkara ini kerana ia memberi kesan besar kepada perjalanan kerajaan khususnya dari aspek sistem teknologi maklumat. Saya dapat maklumat bahawa sudah banyak laman web kerajaan yang digodam.

"Kita akan menunggu laporan bagaimana permasalahan ini hendak ditangani dan kita harap, tindakan sebegini tidak akan dilakukan secara berterusan. Apa pun kita pantau perkara ini," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai serangan siber ke atas puluhan laman web kerajaan bermula pukul 3.30 pagi tadi, sehingga menyebabkan operasi laman web tersebut tidak boleh diakses.

Serangan itu dilancarkan oleh kumpulan 'anonymous' sebagai tindak balas terhadap ketegasan kerajaan Malaysia mengenakan sekatan terhadap Internet, tayangan filem serta siaran televisyen.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, tindakan tegas yang diambil SKMM ke atas media alternatif yang menggunakan Internet cuma ke atas kenyataan berbentuk hasutan kerana ia boleh mengancam keselamatan negara.

Menurutnya, kerajaan memberi jaminan bahawa dasar untuk tidak menyekat Internet akan terus kekal dan komitmen itu sudah disuarakan berulang kali oleh Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.

"Namun, kalau ada mana-mana pihak yang cuba menyalah guna atau melanggar beberapa peruntukan dalam undang-undang negara, SKMM mempunyai sepenuh hak untuk mengambil tindakan," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Polis terima petunjuk baru

Posted:

Polis terima petunjuk baru

Polis terima petunjuk baru

KUALA LUMPUR 16 Jun - Polis mendapat petunjuk baru mengenai pihak yang menggodam laman web rasmi kerajaan dan swasta sehingga mengakibatkan sekurang-kurangnya 41 laman web agensi kerajaan mengalami gangguan sejak semalam.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar ketika mengesahkan perkara itu, bagaimanapun enggan mendedahkan petunjuk tersebut kerana bimbang menganggu siasatan.

"Masih awal lagi untuk kita dedahkan siapa yang terlibat kerana siasatan sedang berjalan. Kita sedang membantu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk menangani isu tersebut," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Menurut SKMM, sebanyak 51 laman web tempatan telah digodam sehingga awal pagi ini menyebabkan 41 daripadanya mengalami gangguan pada tahap yang berbeza.

Serangan itu berlaku ekoran kenyataan sebuah kumpulan dikenali Anonymous untuk menggodam laman web rasmi kerajaan www.malaysia.gov.my semalam dengan alasan kononnya kerajaan mengenakan sekatan Internet.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

PDRM bantu SKMM tangani serangan laman web kerajaan

Posted:

PDRM bantu SKMM tangani serangan laman web kerajaan

PDRM bantu SKMM tangani serangan laman web kerajaan

KLUANG 16 Jun - Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan bekerjasama dengan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan serta agensi antarabangsa bagi menangani serangan penggodam terhadap laman web kerajaan yang dibimbangi menggugat keselamatan negara.

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah dipertanggungjawabkan untuk menangani kes itu dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

"Saya bimbang data dan maklumat itu pun boleh menjadi bernilai kepada sindiket tertentu dan pengganas yang mungkin mengancam ketenteraman dan keselamatan rakyat serta negara.

"Kita memandang serius perkara ini. Kita akan bekerjasama rapat dengan SKMM dan telah mengarahkan bahagian jenayah komersial untuk menangani hal itu serta cawangan khas dan unit risikan turut mempunyai rangkaian antarabangsa," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyempurnakan Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan, Jabatan Penjara di Kompleks Penjara di sini hari ini.

Seramai 45 pegawai Jabatan Penjara menerima kenaikan pangkat sekali gus mencatatkan sejarah bilangan kenaikan pangkat paling ramai dalam jabatan itu.

Menurut SKMM, sebanyak 51 laman tempatan telah digodam sehingga awal pagi ini menyebabkan sebanyak 41 daripadanya mengalami gangguan pada tahap yang berbeza.

Serangan itu berlaku ekoran kenyataan sebuah kumpulan dikenali 'Anonymous' untuk menggodam laman web rasmi kerajaan www.malaysia.gov.my semalam dengan alasan kononnya kerajaan mengenakan sekatan Internet.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Timur

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Timur


Bekalan ikan tidak terjejas

Posted:

Bekalan ikan tidak terjejas

Bekalan ikan tidak terjejas

Oleh YATIMIN ABDULLAH
utusankelantan@utusan.com.my


Perniagaan ikan di Pasar Besar Siti Khadijah, Kota Bharu berjalan seperti biasa semalam di sebalik tindakan mogok oleh segelintir nelayan laut dalam.


KOTA BHARU 16 Jun - Bekalan ikan di negeri ini tidak terjejas di sebalik tindakan mogok oleh segelintir nelayan laut dalam di Perlis, Pahang dan Johor yang enggan turun ke laut.

Tinjauan Utusan Malaysia di Pasar Siti Khadijah di sini hari ini mendapati, bekalan hampir semua jenis ikan masih mencukupi untuk menampung keperluan pengguna.

Seorang pemborong, Kamarudin Mohd., 46, ketika ditemui berkata, bekalan ikan di sekitar pasar-pasar negeri ini mencukupi, malah aktiviti perniagaannya berjalan seperti biasa.

Katanya, dia mendapatkan bekalan ikan dari Thailand untuk dijual kepada peniaga di sekitar pasar ini dan kenaikan harga berlaku sedikit disebabkan kos penghantaran yang semakin meningkat.

"Walaupun saya dengar baru-baru ini segelintir peniaga di Perlis, Pahang dan Johor mengadakan mogok berkenaan, ia langsung tidak menjejaskan bekalan ikan di sini.

"Saya lihat para pemborong di pasar ini mempunyai banyak lagi stok ikan masing-masing untuk dijual kepada pembeli," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Seorang penjual ikan, Halimah Che Hamat, 57, pula berkata, harga ikan yang dibeli daripada pemborong hari ini meningkat sedikit berbanding sebelum ini.

Sebagai contoh katanya, ikan selayang berharga RM6 sekilogram berbanding sekitar RM5 hingga RM5.50 sekilogram sebelum ini dan dijual pada harga RM7 sekilogram kepada pengguna.

"Bagi ikan tongkol pula, sebelum ini RM4 sekilogram, namun hari ini pemborong menjual RM5 sekilogram. Saya terpaksa menjualnya pada harga RM6 sekilogram," ujarnya.

Sementara itu, seorang suri rumah, Amnah Hassan, 58, mengakui berlaku sedikit kenaikan harga ikan di pasar berkenaan dan peningkatan tersebut mungkin membebankan golongan berpendapatan rendah.

"Para peniaga di pasar ini menjual ikan pada harga berlainan, ada yang murah dan ada yang mahal. Secara purata, harga ikan tidak seragam," jelasnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

RM4 juta taja 47 pelajar Terengganu ke Jordan

Posted:

RM4 juta taja 47 pelajar Terengganu ke Jordan

RM4 juta taja 47 pelajar Terengganu ke Jordan

KUALA TERENGGANU 16 Jun - Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) memperuntukkan RM4 juta bagi menaja 47 pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) melanjutkan pelajaran ke Jordan September ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Maidam, Wan Harujan Sulaiman berkata, penajaan mereka dibuat di bawah tiga program anjuran Maidam iaitu memperkasakan ulama (lapan orang), latihan kedoktoran sakit puan (tiga orang) dan program al-Ansar (Pengajian Islam) seramai 36 pelajar.

Katanya, kos tersebut merangkumi tanggungan keperluan pembelajaran selama empat tahun bagi pelajar yang mengikuti kursus memperkasakan ulama dan pengajian Islam manakala enam tahun bagi kedoktoran.

"Bermula tahun ini, pelajar yang menuntut di Jordan bakal menerima tajaan sebanyak RM9,000 hingga RM12,000 manakala bagi penuntut di Mesir, mereka akan menerima RM5,000 hingga RM8,000 setahun," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir pada majlis penutup Kursus Intensif Bahasa Arab di Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza) dekat sini semalam.

Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri, Khazan Che Mat dan Yang Dipertua Maidam, Datuk Mazlan Hashim.

Pada majlis itu, seramai 47 pelajar yang bakal melanjutkan pengajian ke Jordan berjaya menamatkan kursus intensif bahasa Arab selama sebulan bagi memantapkan penguasaan bahasa tersebut.

Dalam perkembangan sama, Wan Harujan berkata, pada tahun ini, pihaknya menyelaraskan pelajar-pelajar yang mahu menyambung pengajian ke Asia Barat bagi memudahkan Maidam memberi bantuan pengurusan pembelajaran.

Jelasnya, program tersebut julung-julung kalinya diadakan dalam usaha meningkatkan kualiti pelajar negeri ini dalam pencapaian mereka.

"Jika sebelum ini ramai pelajar yang ke negara itu dengan kos serta urusan sendiri namun bermula tahun lalu kita telah menyelaraskan program ke Asia Barat dengan menanggung segala perbelanjaan mereka termasuk memohon visa, tiket penerbangan, yuran kuliah dan pengajian sambungan.

"Mereka juga perlu mengikuti kursus intensif bahasa Arab yang disediakan sebagai persediaan awal," jelasnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

PKKM sasar jualan produk batik RM150 juta tahun ini

Posted:

PKKM sasar jualan produk batik RM150 juta tahun ini

PKKM sasar jualan produk batik RM150 juta tahun ini

KOTA BHARU 16 Jun - Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (PKKM) menyasarkan jualan produk batik tahun ini sebanyak RM150 juta berbanding RM138 juta pada 2009.

Ketua Pengarahnya, Mohd. Kamil Mohd. Ali berkata, sasaran tersebut mampu dicapai berdasarkan sambutan hangat yang diberikan peminat hasil kraf tersebut serta penguasaan 50 peratus jualan batik di pasaran, berbanding produk-produk kraftangan seperti hasil rimba dan logam.

"Selain itu, pihak kami berharap pengusaha batik dapat membuat penambahbaikan hasil keluaran mereka melalui aspek reka bentuk, corak serta inovasi baharu bagi memenuhi citarasa pengguna yang sentiasa berubah-rubah.

"Kita juga menggalakkan pengusaha batik memanfaatkan hasil penyelidikan yang dijalankan oleh PKKM," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau ditemui selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi Pembatik Kelantan Berhad Kali ke-38 dan Pelancaran Logo 100 Tahun Batik Kelantan di sini.

Hadir sama, Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) negeri, Wan Muhamad Sabri Wan Harun; Pengarah Jabatan Alam Sekitar negeri; Ruslan Mohamad; Pengarah Kraftangan negeri, Faizul Azha Ibrahim dan Pengurusi Koperasi Pembatik Kelantan, Kamaruzaman Mohd. Salleh.

Mengulas Pelancaran Logo 100 Tahun Batik Kelantan, Mohd. Kamil memberitahu, ia bagi memberi pemahaman kepada orang ramai tentang sejarah batik di negeri ini yang berusia hampir 100 tahun.

"Dengan adanya sambutan ini, kita berharap orang ramai dapat menilai kepentingan batik yang telah lama bertapak di Kelantan serta menjadi salah satu perusahaan di negeri ini.

"Selain itu, ia juga merupakan salah satu kegiatan ekonomi rakyat Kelantan sejak dahulu lagi. Setakat ini Kelantan sudah mempunyai seramai 200 pengilang yang terlibat dalam industri ini, tidak termasuk mereka yang menjual hasil batik," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Mohd. Kamil berkata, sebanyak RM8 juta telah diperuntukkan oleh Kerajaan Pusat tahun ini untuk membangunkan hasil kraftangan, hasil rimba, anyaman, logam serta batik.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Khamis, 16 Jun 2011

Utusan Online - Politik

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Politik


Aibkan Anwar: Mat Sabu perlu jawab

Posted:

Aibkan Anwar: Mat Sabu perlu jawab

Aibkan Anwar: Mat Sabu perlu jawab

Oleh OOI CHOON JOO
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 16 Jun – Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu digesa memberi penjelasan berhubung maksud gelaran mengaibkan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menggambarkan perilaku seks luar tabii pemimpin itu sebelum ini.

Bekas Setiausaha Sulit Anwar Ibrahim, Anuar Shaari berkata, penjelasan itu penting memandangkan ramai anak muda ingin tahu maksud sebenar gelaran yang diberikan itu.

Tambah beliau, masyarakat juga ingin tahu daripada Mohamad yang dikenali sebagai Mat Sabu mengenai tujuan sebenar perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 9 Julai ini.

"Adakah perhimpunan itu untuk kepentingan umum atau untuk membersihkan nama Anwar. Anwar kini sudah 'tidak masuk perlumbaan' kerana tabiatnya yang luar biasa dan semakin jelas kelihatan," kata Anuar dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Anuar berkata, Mat Sabu juga harus memberi pengesahan terhadap berita yang mengatakan bahawa beliau akan meminta maaf secara terbuka kepada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana gelaran itu.

Mat Sabu yang baru-baru ini memenangi jawatan Timbalan Presiden Pas, telah mengumumkan bahawa tidak akan menyerang Ketua Pembangkang itu, sebagaimana yang pernah dilakukannya semasa Anwar dalam UMNO.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

ADUN DAP: Wartawan Utusan lapor polis

Posted:

ADUN DAP: Wartawan Utusan lapor polis

ADUN DAP: Wartawan Utusan lapor polis

SHAH ALAM 16 Jun - Wartawan Utusan Malaysia Biro Selangor, Abdul Yazid Alias, 31, hari ini membuat laporan polis bagi menafikan dakwaan Ng Suee Lim bahawa beliau menulis berita yang direka-reka berhubung ulasannya tentang pengguguran Datuk Dr. Hasan Mohamed Ali sebagai Pesuruhjaya Pas Selangor.

Abdul Yazid membuat laporan terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam di Seksyen 9 pada pukul 3.30 petang dan keluar dari balai tersebut kira-kira pukul 5 petang.

Turut hadir mengiringi beliau ialah Ketua Biro Utusan Malaysia Selangor, Helmi Mohd. Foad dan wartawan sambilan Utusan Malaysia, Abdul Razak Idris.

Abdul Yazid berkata, laporan tersebut dibuat bagi menafikan dakwaan wakil rakyat DAP itu bahawa tiada wartawan Utusan Malaysia menemui atau menghubunginya bagi mendapatkan bahan berita yang tersiar pada Selasa lalu bertajuk Pengguguran Hasan disambut baik DAP.

Katanya, beliau tidak berniat untuk melaga-lagakan Pas dan DAP ekoran penulisan berita itu, sebaliknya hanya mendapatkan pandangan DAP dalam isu pengguguran Hasan.

"Saya sememangnya kebetulan menemui Suee Lim pada 13 Jun lalu di sebuah kedai runcit di Seksyen 9 yang berdekatan dengan pejabat Utusan Malaysia di sini dan sebagai wartawan saya mengambil inisiatif bertanyakan pandangannya mengenai pengguguran Hasan sebagai Pesuruhjaya Pas negeri.

"Saya sudah lama mengenali wakil rakyat itu dan kami saling mengenali malah, saya sendiri sebelum ini pernah menemuinya dan menghubunginya sebagai wartawan Utusan Malaysia," katanya di sini hari ini.

Laporan polis berkenaan dibuat ekoran kenyataan Suee Lim seperti yang dilaporkan oleh portal propembangkang, Malaysiakini.com hari ini bertajuk, Berita Palsu: ADUN Sekinchan buat laporan polis.

Suee Lim membuat laporan polis semalam terhadap Utusan Malaysia kerana mendakwa ia menyiarkan berita palsu supaya DAP dan Pas berbalah.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


11 lelaki ditemui kaki dirantai

Posted:

11 lelaki ditemui kaki dirantai

11 lelaki ditemui kaki dirantai

Oleh MOHD. ISWAN SHAFIQ MAT ISA
utusanterengganu@utusan.com.my

KUALA TERENGGANU 16 Jun - Seramai 11 lelaki yang 'dirawat' di sebuah pusat rawatan dan pemulihan akhlak swasta di Kampung Bukit Gasing, Seberang Marang dekat sini ditemui terkurung dalam sebuah rumah dengan kaki masing-masing dirantai, semalam.

Selain penghuni lelaki berusia antara 15 hingga 36 tahun itu, dua penghuni wanita berusia 23 dan 24 tahun turut ditemui dikurung dalam sebuah rumah lain yang dijadikan pusat pemulihan akhlak dan pusat rawatan tersebut.

Semua mereka ditemui sepasukan polis setelah bapa kepada salah seorang daripada penghuni itu membuat laporan ekoran kecewa kerana tidak dibenarkan berjumpa anaknya yang dirawat di pusat rawatan itu.

Polis yang menyerbu dua buah rumah yang dijadikan pusat rawatan dan pemulihan akhlak itu menemui 11 penghuni lelaki dan dua wanita yang dikurung berasingan.

Bagaimanapun, kedua-dua penghuni wanita itu tidak dirantai atau diapa-apakan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner K. Manoharan berkata, berikutan itu, polis menahan tiga lelaki berusia antara 38 hingga 50 tahun termasuk pengurus pusat pemulihan akhlak tersebut untuk disoal-siasat.

Katanya, berdasarkan siasatan awal polis, kesemua lelaki yang dikurung mendakwa mereka turut didera termasuk ditampar dan dirotan.

"Dalam serbuan kira-kira pukul 5 petang, polis merampas semua alat yang digunakan untuk mendera penghuni itu termasuk wayar dan kabel," katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini hari ini.

Menurut Manoharan, kesemua mangsa kini dihantar ke Jabatan Kebajikan Daerah Marang untuk penempatan sementara setelah menerima rawatan sebagai pesakit luar di hospital berdekatan.

Katanya, kes ini disiasat mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-kanak 2001, Seksyen 344 Kanun Keseksaan kerana mengurung orang dengan salah serta Seksyen 324 kerana mendatangkan kecederaan.

"Polis juga sedang menyiasat pusat rawatan itu dan berdasarkan maklumat awal, ia dimiliki oleh sebuah pertubuhan yang tidak berdaftar," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

‘Berani buat, berani tanggung’

Posted:

'Berani buat, berani tanggung'

'Berani buat, berani tanggung'

Oleh WAN NOOR HAYATI WAN ALIAS
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 16 Jun – "Berani buat, berani tanggung". Itu amaran Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar terhadap penganjur sekiranya terus berdegil untuk mengadakan Perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) kali kedua di sini, pada 9 Julai ini.

Beliau menegaskan, undang-undang di negara ini adalah jelas dan pihak yang mempunyai maklumat wujudnya salah laku dalam pilihan raya di negara ini diminta membawanya ke mahkamah.

"Jika ada aduan salah laku pilihan raya, bawa ke mahkamah, bukan ke jalan raya. Jadi, jika masih berdegil untuk berhimpun secara haram, berani buat berani tanggung akibatnya," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis penyampaian Tabung Amanah Perwira Pertahanan Negara (TAPPN) di Mes Pegawai, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini hari ini.

Tegas Khalid lagi, pihaknya juga tidak akan berunding dengan penganjur perhimpunan itu kerana bimbang keselamatan awam akan terjejas.

Beliau menghormati hak asasi bersuara bagaimanapun tidak boleh berkompromi jika ada unsur yang boleh menjejaskan keselamatan awam.

"Kejadian yang tidak diingini mungkin berlaku kerana berlaku dua pertembungan ideologi yang menyokong dan membantah.

"Pihak penganjur meyasarkan 500,000 orang untuk berhimpun, jadi mustahil untuk dipastikan keadaan tenang sepanjang perhimpunan tersebut," katanya.

Terdahulu pada majlis itu, Khalid memaklumkan pampasan kepada anggota keselamatan yang terkorban dinaikkan sejak awal tahun ini kepada RM22,000 berbanding RM18,000 sebelum ini.

Bagi anggota keselamatan yang mengalami kecederaan kekal pula mendapat pampasan RM30,000 berbanding RM22,000.

Anggota yang cedera parah dan terpaksa berhenti perkhidmatan akan menerima imbuhan RM15,000 manakala yang cedera kekal tetapi mampu berkhidmat pula memperoleh RM10,500.

Balu kepada anggota yang menerima pencen terbitan kurang daripada RM800 sebulan akan mendapat bantuan sara hidup berbanding syarat penerima pencen kurang daripada RM400 sebulan, sebelum ini.

Khalid memberitahu, seramai lapan anggota polis terlibat dalam kemalangan jiwa dan kecederaan ketika bertugas sejak awal tahun ini berbanding 48 orang tahun lalu yang mencatatkan tujuh kematian.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Subahan nafi pemain rasuah

Posted:

Subahan nafi pemain rasuah

Subahan nafi pemain rasuah

Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN
dayne.ghazali@utusan.com.my


Subahan Kamal


KUALA LUMPUR - Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia, Datuk Subahan Kamal berkata, beliau yakin pemain skuad negara tidak terlibat dalam aktiviti mengatur perlawanan seperti yang dilaporkan media kelmarin.

Subahan, yang juga pengurus skuad kebangsaan bertegas mempertahankan kredibiliti anak-anak buahnya dengan berkata, beliau amat mengenali setiap pemain secara peribadi.

Lantaran itu, beliau menafikan laporan bahawa ada pemain skuad Harimau Malaya yang terlibat dalam rasuah.

"Saya menafikan laporan bahawa ada pemain kebangsaan kita terlibat dengan gejala rasuah.

"Mungkin ada kes-kes terpencil yang melibatkan beberapa pasukan negeri seperti mana yang dilaporkan sebelum ini, namun ia tidak melibatkan pemain pasukan kebangsaan.

"Saya kecewa pemain bermati-matian dalam semua perlawanan yang kita lalui.

"Laporan mereka disyaki terlibat rasuah bagaikan tidak kena pada masa kerana mereka akan beraksi pada kelayakan Piala Dunia, " katanya.

Beliau ditemui pada majlis pelancaran penjualan tiket edisi istimewa sempena perlawanan persahabatan Malaysia XI dan Arsenal yang bakal berlangsung pada 13 Julai depan di Wisma FAM, semalam.

Tambah Subahan, skuad kebangsaan kini dalam proses pembinaan yang semakin baik selepas menjuarai Piala Suzuki AFF pada tahun lalu.

"Malaysia merupakan jaguh Asia Tenggara dan kini kami dalam usaha membawa pasukan negara bersaing di benua Asia.

"Oleh itu, saya minta seluruh pihak menyatakan sokongan kepada skuad kebangsaan kita.

"Sesekali jangan cuba melemahkan semangat pemain yang telah berusaha sedaya upaya mengharumkan nama negara," katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad berkata, kenyataan beliau kelmarin telah tersalah tafsir oleh pihak media.

"Sebenarnya setakat ini tiada sebarang laporan dikemukakan mengenai penglibatan pasukan kebangsaan kita mengenai isu rasuah.

"Jika ada pemain kebangsaan terlibat, saya akan pastikan ia akan sampai ke pengetahuan Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah dan exco-exco yang lain, " katanya.

Utusan Malaysia kelmarin menyiarkan laporan bahawa Azzuddin tidak menafikan kemungkinan pemain kebangsaan terlibat dalam kegiatan mengatur perlawanan di peringkat antarabangsa.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Ada pihak cuba jejaskan

Posted:

Ada pihak cuba jejaskan <i>Red Warriors</i>

Ada pihak cuba jejaskan Red Warriors

Oleh YATIMIN ABDULLAH
utusankelantan@utusan.com.my

KOTA BHARU - Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) mengenal pasti kumpulan yang dipercayai kurang senang dengan kejayaan Red Warriors dengan menyebarkan pelbagai khabar angin berkaitan pasukan itu.

Presidennya, Tan Sri Annuar Musa berkata, berdasarkan risikan, kumpulan tersebut hasrat untuk menghakis kepercayaan dan sokongan peminat kepada skuad Red Warriors.

Menurutnya, perkara tersebut dilakukan secara tersusun dengan hasrat menimbulkan kekeliruan di kalangan peminat setia Kelantan.

"Pada perlawanan Kelantan dengan Perak, kita berjaya merakamkan gelagat kelompok yang cuba membawa masuk masalah ke dalam stadium dan Kafa telah mengenal pasti latar belakang mereka.

"Saya khuatir jika fenomena ini berlaku ia akan menjejaskan pasukan dan kesan tersebut sudah mula dapat dilihat. Bagi saya mereka ini bukan penyokong yang tulen kepada Red Warriors," katanya di sini, semalam.

Annuar memberitahu, khabar angin terbaru yang dicanang oleh kumpulan terbabit kononnya perlawanan terakhir Liga Super antara Kelantan dengan Sabah yang dijadualkan di Stadium Likas, Kota Kinabalu akan dipindahkan ke Kota Bharu atau Kuala Lumpur.

"Saya tegaskan tiada keputusan sedemikian telah dibuat. Semua perlawanan yang dijadualkan pada 6 Julai ini berlangsung seperti yang telah ditetapkan sebelum ini.

"Ini bermakna, Kelantan akan beraksi di Stadium Likas pada 8.15 malam dan bukan seperti yang digembar-gemburkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab," ujarnya.

Katanya, bagi membolehkan penyokong memberikan sokongan pada kepada Red Warriors pada perlawanan tersebut, Kafa menyediakan pakej istimewa kepada mereka yang berminat untuk menyaksikan perlawanan tersebut.

"Kita menyediakan pakej untuk penyokong dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu pergi dan balik pada 5 Julai dengan harga RM690 termasuk penginapan, sarapan dan tengahari serta tiket untuk menyaksikan perlawanan tersebut.

"Tempahan boleh dibuat dengan menghubungi pihak Kafa sebelum 21 Jun bagi memudahkan Kafa membuat tempahan," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved