Selasa, 14 Jun 2011

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Spratly: Filipina pula berlatih

Posted:

[unable to retrieve full-text content]MANILA 14 Jun - Filipina dan Amerika Syarikat (AS) akan mengadakan latihan ketenteraan besar-besaran bersama di perairan Palawan akhir bulan ini, sehari selepas Vietnam melancarkan latihan tembakan peluru hidup di Laut China Selatan semalam.

Airbus bina pesawat kabin telus untuk tahun 2050

Posted:

[unable to retrieve full-text content]LONDON 14 Jun - Syarikat pengeluar pesawat, Airbus mempamerkan reka bentuk konsep bagi pesawat masa depan dengan kabin yang telus supaya penumpang dapat melihat pemandangan di sekeliling ketika terbang merentasi udara.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Beli hartanah di bawah harga pasaran

Posted:

Beli hartanah di bawah harga pasaran

Beli hartanah di bawah harga pasaran

Oleh NOOR AZMAH IBRAHIM
pengarang@utusan.com.my

SHAH ALAM 14 Jun - Dua lot tanah dan sebuah banglo di Seksyen 7 di sini yang dijual oleh ahli perniagaan, Datuk Shamsuddin Hayroni kepada bekas Menteri Besar Selangor, Dr. Mohamad Khir Toyo dengan harga RM3.5 juta ditaksirkan bernilai RM5.55 juta mengikut harga pasaran pada tahun 2007.

Pengarah syarikat perunding aset Henry Butcher Malaysia, Long Tian Chek, 54, berkata, dua lot tanah ditaksirkan bernilai RM2.35 juta, manakala banglo yang dibina di atas salah satu lot itu pula bernilai RM3.2 juta.

Saksi pendakwa kelapan yang dilantik oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai penilai hartanah memberitahu, beliau membuat penilaian itu menggunakan kaedah perbandingan dengan beberapa maklumat yang diberikan oleh agensi tersebut.

Antaranya adalah laporan penilaian yang disediakan oleh Rahim & Co., pelan bangunan yang diluluskan pada 2007 serta rekod daripada Jabatan Pernilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) bagi lot tanah kosong itu.

''Semasa membuat penilaian pada Ogos 2009, saya hanya memeriksa hartanah itu dari luar kerana kami tidak boleh membuat pemeriksaan dalaman apabila tidak dibenarkan masuk.

''Ia merupakan banglo dua tingkat yang dilengkapi dengan kolam renang, gazebo dan tempat kereta. Berdasarkan gambar-gambar rumah tersebut, saya anggarkan ia telah siap antara 50 dan 60 peratus,'' katanya semasa menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Dusuki Mokhtar.

Tian Chek yang berpengalaman selama 30 tahun sebagai penilai hartanah memberitahu, beliau turut membuat perbandingan dengan harga empat lot banglo di kawasan yang sama bagi mendapatkan nilai tersebut.

Jelasnya, harga dua lot tanah ditaksirkan bernilai RM45 satu kaki persegi selepas membuat perbandingan harga-harga tanah pada 2007 iaitu antara RM50 dan RM60 bagi setiap kaki persegi.

Sementara itu, Penolong Pegawai Penilaian di Jabatan Penilaian Harta dan Tanah Selangor, Noor Faiza Shamsuddin pula menganggarkan satu lot kosong bernilai RM918,000, manakala satu lagi lot dengan banglo bernilai RM3.9 juta.

Beliau membuat penilaian itu berdasarkan dokumen perjanjian jual beli pada Mei 2007 tanpa mengambil kira kerja-kerja ubah suai yang sedang dijalankan ke atas banglo tersebut.

''Semasa membuat lawatan pemeriksaan bersama Datuk Shamsuddin, saya dapati rumah sedang diubah suai. Saya menemubual Shamsuddin dan menjadi amalan untuk bertanya mengapa beliau menjual pada harga yang rendah daripada harga pasaran.

''Shamsuddin memberitahu beliau ada masalah dan terpaksa menjualnya. Saya tidak bertanya lanjut apa masalah tersebut,'' jelasnya.

Menurut Noor Faiza, permohonan untuk menilai harga hartanah tersebut diterima daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk tujuan cukai setem pada 2007.

Mohamad Khir, 45, dibicarakan atas tuduhan mendapatkan untuk dirinya dan isteri, Zaharah Kechik, 45, dua lot tanah dan sebuah rumah di alamat No. 8 & 10 Jalan Suasa 7/1L, Seksyen 7 daripada Ditamas Sdn. Bhd. melalui Shamsuddin dengan harga RM3.5 juta sedangkan ia dibeli oleh syarikat itu pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta.

Perbuatan itu didakwa dilakukan dalam keadaan Mohamad Khir mengetahui bahawa Shamsuddin mempunyai hubungan dengan tugas rasminya sebagai Menteri Besar Selangor pada ketika itu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang itu didakwa melakukan perbuatan itu di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7 di sini pada 29 Mei 2007.

Dakwaan terhadapnya mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki bersambung esok.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Inkues Ahmad Sarbani 4 hingga 15 Julai

Posted:

Inkues Ahmad Sarbani 4 hingga 15 Julai

Inkues Ahmad Sarbani 4 hingga 15 Julai

KUALA LUMPUR 14 Jun - Inkues untuk menyiasat kematian Penolong Pengarah Kastam Selangor, Ahmad Sarbani Mohamed di bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wilayah Persekutuan, April lalu, ditetapkan pada 4 hingga 15 Julai ini.

Perbicaraan selama 10 hari itu akan didengar oleh Majistret Aizatul Akmal Maharani yang akan bertindak sebagai koroner sepanjang prosiding tersebut.

Perkara itu dimaklumkan oleh Pegawai Polis Mahkamah, Asisten Supritendan R. Munusamy kepada pihak media melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) hari ini.

Pada 3 Jun lalu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengemukakan permohonan di Mahkamah Majistret di sini untuk mengadakan inkues tersebut selain turut menyertakan laporan kematian mengejut (SDR) mengenai kejadian tersebut.

Sehari sebelum itu, Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dilaporkan bersetuju dengan cadangan PDRM supaya satu inkues diadakan berhubung kematian Ahmad Sarbani.

Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh dalam laporan terdahulu menyatakan, inkues itu perlu diwujudkan bagi menyiasat secara menyeluruh punca kematian Ahmad Sarbani.

Ahmad Sarbani, 56, yang bertugas di pejabat Kastam Pelabuhan Klang ditemui mati di gelanggang badminton di tingkat satu bangunan SPRM Wilayah Persekutuan di Jalan Cochrane di sini pada 6 April lalu, disebabkan kecederaan parah akibat jatuh dari tempat tinggi.

Dia dilaporkan pergi ke pejabat itu untuk bertemu pegawai penyiasat SPRM berhubung siasatan kes rasuah yang membabitkan 62 pegawai Kastam.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


RM1j naik taraf Taman Negara

Posted:

[unable to retrieve full-text content]JERANTUT 14 Jun - Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM1 juta untuk menaik taraf kemudahan asas dan landskap bagi keselesaan pelancong di Taman Negara, Kuala Tahan dekat sini tahun ini.

Pasar karavan RM1.2 juta di Bandar Jengka

Posted:

[unable to retrieve full-text content]KUALA KRAU 14 Jun - Sebuah pasar komuniti dan pasar karavan (Pakar) bernilai RM1.2 juta akan dibina di Bandar Jengka bagi menampung keperluan peneroka di kawasan itu pada tahun ini.

Dua diberkas selepas sejam menyamun

Posted:

[unable to retrieve full-text content]KUANTAN 14 Jun - Dua lelaki yang baru menyamun sepasang kekasih, ditahan polis selepas sejam melakukan perbuatan tersebut di Jalan Wong Ah Jang di sini semalam.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Maksimumkan tempoh mandat

Posted:

Maksimumkan tempoh mandat

Maksimumkan tempoh mandat

Oleh ZULKIFLI JALIL
pengarang@utusan.com.my

KETIKA pakatan pembangkang tidak sabar-sabar mencetuskan polemik tarikh Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13, menteri paling senior dalam Kabinet, Datuk Seri Dr. Rais Yatim merungkaikan satu isu yang dianggap beliau harus direnungkan bersama.

"Paling ketara adalah isu ekonomi, perut dan cari makan. Selagi BN berupaya mententeramkan tahap kenaikan harga barang, selama itu rakyat akan berpihak kepada BN.

"Tapi ini juga berkaitan kemampuan kerajaan untuk pastikan subsidi tertanggung dan boleh ditanggung hari ini iaitu RM20 bilion oleh kerajaan kita. Alhamdulilah, ada Petronas, kalau tidak, tentu agak membebankan," kata beliau.

Rais, 69, berada dalam kerajaan selama empat dekad dan bekerja di bawah lima Perdana Menteri dari era Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein sehinggalah memegang portfolio Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan ketika ini di bawah pentadbiran anak sulung Perdana Menteri kedua itu, Datuk Seri Najib.

Bercakap kepada Utusan Malaysia di khutub khanah pejabat kementerian di Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur kelmarin, Rais menyatakan: "Saya memang menerima hujah semua isu mempengaruhi undi tetapi perkara remeh tak membawa banyak perubahan sebab ia dialami dan disentuh oleh segelintir masyarakat sahaja.

"Tapi bila sampai ke tahap harga yang naik terus menerus di luar kawalan, maka ia takkan menguntungkan kerajaan. Jadi, mahu tak mahu daripada suri rumah ke peniaga, soal harga barang menjadi isu besar kepada mereka. Kita kena berusaha ke arah itu dengan menstabilkan harga dan tetapkan harga di tahap membantu rakyat," kata beliau.

Rais mengibaratkan PRU ke-13 sebagai penentu paling grafik dan jelas kepada masyarakat dan negara kerana buat pertama kali BN yang bertulang belakangkan UMNO hanya mempunyai tenaga majoriti mudah - tidak dengan majoriti dua pertiga.

Justeru, ia satu titik permulaan psikologi yang dipandang negatif oleh sesetengah pihak yang menentukan setakat mana orang Melayu dan bumiputera mengenal akan hak-hak dan kepentingan kaumnya lebih daripada rakan-rakannya dari kalangan kaum India dan Tionghua.

"Sebabnya ialah orang Melayu yang selama ini lebih ke depan dalam politik negara secara bersekutu pada masa ini sendiri berpecah dua dalam bahagian besar dan berpecah tiga apabila dikira UMNO, Pas dan PKR. Yang ketiga ialah penentuan kepemimpinan yang mampu menjadi pemimpin kuat kepada kaum-kaum.

"Semuanya ini diselia oleh Perdana Menteri, walaupun kita yakin beliau akan membawa kepada 'situasi menang-menang' tapi beliau kena dapatkan sokongan orang Melayu lebih daripada biasa. Dari situ pentingnya kita membuat ujian kepada persoalan bolehkah BN mendapat dua pertiga kerusi.

"Jika tahun ini dibuat PRU, maka sukar untuk kita mencapai dalam bentuk biasa yang memerlukan sedikit masa untuk Gagasan 1Malaysia bercambah. Percambahan itu memerlukan sentuhan hidup, yakni faedah kepada masyarakat," kata beliau.

Dan akhir sekali yang harus ditentukan ialah sama ada kontrak sosial yang wujud dalam Perlembagaan itu menjadi kekal ataupun tidak dalam beberapa situasi penentuan.

"Dengan semua inilah PRU Ke-13 sangat penting kepada orang Melayu dan bumiputera," kata Rais.

Rais percaya jika Parlimen dibubarkan dalam masa terdekat dalam tahun ini, pakatan pembangkang yang menguasai Pulau Pinang, Kelantan, Selangor dan Kedah pastinya tidak akan menyertai pilihan raya peringkat Pusat. Mereka memiliki hak sedemikian.

Maka dengan itu, ia satu faktor yang perlu difikirkan oleh BN kerana semasa PRU, pembangkang akan bebas membuat gerak kerja di luar dugaan.

"Jadi, jalan keluar paling praktikal ialah memaksimumkan tempoh PRU, jadi mereka tak ada pilihan, semua boleh keluar untuk berkempen. Dan tarikhnya ialah pada tahun 2013," kata beliau sambil menaruh keyakinan tinggi penguasaan kembali BN ke atas Kedah dan Selangor.

Mengulas satu persatu kedudukan parti-parti pembangkang dan kaum tertentu, Rais mempunyai pandangan berikut:

* PKR - Potensinya sudah berkecai dari sudut realiti. Struktur parti itu sendiri yang meliputi pucuk pimpinan atau orang paling berpengaruh seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim, sahsiahnya 50:50. Walaupun dikatakan 'berkarisma' dan sebagainya tetapi perjuangan Anwar tampak kepada hala-hala yang dipersoalkan, justeru tidak membantu PKR.

Malah, PKR sudah hilang 15 pemimpin utama daripada Ahli Parlimen sehinggalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN). PKR sebenarnya bersandarkan nasib kepada Pas dan DAP. Apabila Pas dan PKR bersatu, 55 peratus sokongan orang Melayu cenderung kepada UMNO dan selebihnya kepada Pas dan PKR. Namun data ini adalah rambang dan belum diuji lagi.

* Orang Tionghua - Kaum itu diyakini akan pulang ke kotak persahabatan untuk BN dan UMNO. Di Sarawak, mereka menjalankan politik bandaran dengan semua bandar besar 'disapu' oleh mereka. Kemungkinan itu berlaku di Semenanjung dan Sabah tetapi sebenarnya mereka belum diuji 10 peratus. Yang ada cuma di bandar-bandar besar tetapi belum teruji di kalangan orang Tionghua yang menetap di pekan kecil dan kawasan industri.

Berdasarkan senario yang dikemukakan oleh jabatan dasar dan penerangan dan rakan-rakan parti komponen BN, kira-kira 38 peratus lagi pendirian orang Tionghua belum diketahui.

* DAP - Parti itu sekarang sudah merasa keseronokon memerintah sebuah negeri. Pengalaman di Pulau Pinang perlu dilihat dari sudut praktikal dengan pentadbiran Lim Guan Eng mirip PAP di Singapura (DAP sendiri lahiran PAP). Ada 'tali pusat' sebenarnya antara PAP dan DAP yang difahami semua wujud tetapi tidak dapat dikira atau diukur di Malaysia. Apa yang berlaku di Pulau Pinang itu harus dilihat dari sudut BN melalui komitmen parti Gerakan atau MCA untuk merampas kembali negeri itu.

Cuma, kedudukan DAP agak kebal di negeri itu sehingga pentadbiran masjid pun hendak ditentukan mereka corak pentabirannya. Dan sayangnya, orang Melayu di Pulau Pinang tidak bangkit sama ada UMNO atau Pas. Kemuraman Gerakan dan MCA amat jelas berdasarkan maklum balas yang diterima oleh JASA.

* Pas - Dengan melepaskan konsep negara Islam, Pas menjurus kepada politik populis. Ia tidak lagi kepada ajaran ortodoks yang dahulu sinonim dengan Pas. Mungkin dengan cara ini, para pemimpin baru yang muncul di keliling Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang boleh bebas memainkan kepentingan politik daripada agama.

Kemunculan pemimpin Pas di dalam topeng Islam itu semakin tertanggal. Jadi, yang untung ialah DAP. Parti chauvinis itu memperoleh 'dividen' daripada kemunculan 'Pas baru'. Soalnya, Pas tidak pernah menyatakan untuk memperjuangkan kepentingan Melayu seperti mana UMNO.

* UMNO - parti orang Melayu ini harus berubah seperti yang ditegaskan oleh Perdana Menteri iaitu berubah dari dalam dengan memiliki peribadi yang luhur dan jangan angkuh. Diyakini jika ini dilakukan oleh kepimpinan UMNO di seluruh negara, UMNO akan menjadi lebih kukuh.

Menutup minum petang dengan Rais, menteri itu memberitahu penulis: "UMNO harus mengikis semua amalan negatif. Kita harus beri kepada Perdana Menteri ruang untuk membuat pasukan yang baru (pada PRU nanti). Jangan kecil hati jika ditinggalkan beberapa individu.

"Yang penting Jeneral Najib mampu kukuhkan based orang Melayu dan kemudian kukuhkan based tradisional orang Melayu lebih daripada orang lain."

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pas 'berkorban' demi kuasa

Posted:

Pas 'berkorban' demi kuasa

Pas 'berkorban' demi kuasa

Oleh ZULKIFLEE BAKAR
pengarang@utusan.com.my

ADALAH sesuatu yang melucukan apabila Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membuat ulasan kononnya UMNO tidak nyenyak tidur kerana bimbang terhadap Pas.

Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata demikian bagi mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa Barisan Nasional (BN) sudah lama melaksanakan negara berkebajikan.

Hakikatnya, Pas yang sebenarnya tidak nyenyak tidur memandangkan tindakan mengubah laluan bahtera politik mereka dari negara Islam ke negara berkebajikan mula mendapat kritikan ramai.

Kritikan itu bukan sahaja datang daripada penyokong UMNO dan BN malahan di dalam Pas sendiri sudah wujud perasaan tidak puas hati berikutan tindakan Pas yang kini dilihat sanggup mengorbankan segala-galanya demi mencari kuasa politik bersama sekutunya Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

Walaupun Nik Abdul Aziz cuba berhujah bahawa konsep negara berkebajikan adalah sebahagian intipati yang terdapat negara Islam tetapi semua itu boleh dianggap hujah politik sahaja atau lebih tepat lagi ke arah matlamat menghalalkan cara.

Pertemuan penulis dengan beberapa pemimpin muda Pas selepas Muktamar Tahunan Pas Ke-57 parti itu baru-baru ini telah memberikan pemahaman kepada penulis kenapa Pas terpaksa korbankan perjuangan negara Islamnya.

Berikut catatan daripada apa yang mereka ceritakan mengenai senario perubahan dasar politik Pas:

Pas yang sejak berpuluh-puluh tahun lalu mempertahankan perjuangan Islam akhirnya luntur semangat mereka semata-mata mahu mengejar tampuk kekuasaan.

Kejayaan agak cemerlang yang dicapai oleh pembangkang dalam pilihan raya umum lalu telah membangkitkan keghairahan Pas untuk terus bersama-sama PKR dan DAP untuk menumbangkan BN.

Tetapi untuk berada satu bahtera dengan kedua-dua parti itu bagi menuju ke Putrajaya, Pas tidak boleh berada di bahtera berasingan, mahu tidak mahu Pas perlu mengikut rentak PKR dan DAP.

Namun begitu yang menjadi halangan utama kepada Pas ialah dasar perjuangan Islamnya yang dikatakan menimbulkan perasaan tidak selesa terutamanya kepada DAP.

Jika Pas terus bertegas dengan dasar Islam maka selagi itulah pakatan pembangkang dilihat mempunyai ideologi berbeza dan tidak mungkin dapat bersatu kerana perbezaan berkenaan.

Justeru Pas berusaha menutup isu perbezaan ini dengan menukar arah tuju perjuangannya bagi membolehkan ia serasi dengan PKR dan DAP.

Pada mulanya Pas berusaha untuk mentarbiyahkan kedua-dua parti berkenaan supaya menerima dasar Islam yang mereka perjuangkan.

Namun kedua-dua parti itu enggan tunduk sehingga memaksa Pas mengalah kerana pilihan yang mereka ada ialah teruskan dasar perjuangan Islam atau tinggalkan pakatan pembangkang.

Pas amat memahami bahawa mereka tidaklah mempunyai kekuatan politik jika bersendirian tanpa sokongan PKR dan DAP.

Walaupun sejarah politik negara membuktikan bahawa Pas bukanlah calang-calang parti tetapi keyakinan itu semakin luntur akibat diresapi dengan keterujaan untuk menguasai Putrajaya.

Pas dipengaruhi oleh PKR dan DAP bahawa kononnya BN kini berada dalam keadaan 'nazak' dan gelombang perubahan yang dikatakan melanda negara-negara di Asia Barat akan turut 'menghempas' bumi Malaysia dalam pilihan raya umum akan datang.

Oleh itu Pas tidak mahu ketinggalan bahtera yang dikemudikan oleh DAP dan dinakhodakan PKR, maka mereka bersedia bersama-sama biarpun hanya menjadi penumpang di pelantar paling bawah atau lebih tepat lagi anak kapal yang hanya mengikut perintah sahaja.

Bagi Pas, soal kedudukan tidak penting, soal dasar perjuangan sudah tidak perlu difikirkan, apa yang lebih utama ialah menawan Putrajaya dan menumbangkan kerajaan BN.

Keghairahan Pas ini yang diibaratkan seperti kelompok yang begitu dahagakan kuasa telah diambil kesempatan oleh PKR dan DAP untuk menekan Pas supaya meninggalkan dasar perjuangan Islamnya.

Maka akhirnya wujudlah apa yang dipanggil konsep negara berkebajikan, satu konsep yang pernah dilaung-laungkan pada tahun 2008 tetapi langsung tidak dilaksanakan di negeri yang dikuasai oleh Pas sama ada di Kelantan mahupun Kedah.

Tindakan Pas meninggalkan perjuangan negara Islamnya telah memungkinkan parti itu dilihat sebagai kelompok yang paling tidak konsisten dalam perjuangan politiknya.

Malahan Pas kini dilihat parti yang paling rugi kerana terpaksa mengorbankan ideologi perjuangannya semata-mata tunduk kepada tekanan merebut kuasa yang diuar-uarkan oleh PKR dan DAP.

Ketika kedua-dua parti itu sejak 2008 terus konsisten dengan dasar mereka, Pas pula semakin bercelaru dan sudah tidak mempunyai hala tuju lagi, selain mengikut sahaja ke mana yang akan dibawa oleh PKR dan DAP.

Demikianlah catatan perbualan penulis dengan pemimpin-pemimpin muda Pas berkenaan yang jelas menampakkan kekecewaan mereka terhadap perubahan hala tuju bahtera perjuangan Pas.

Walaupun Pas sering menuding jari mengatakan bahtera UMNO semakin bocor dan akan tenggelam tetapi pada pandangan pemimpin-pemimpin muda berkenaan sekurang-kurangnya UMNO tidak menggadaikan prinsip perjuangannya demi mengejar kuasa.

''UMNO dominan dalam BN, malahan berbanding parti komponen lain UMNO jauh lebih kukuh dan sedang memperbaiki kelemahan berikutan apa yang berlaku pada pilihan raya umum lalu.

''Tetapi bagaimana dengan Pas? Pas tidak berbuat apa-apa selain terus teruja hendak merebut kuasa dan apa pun yang Pas rancang sekarang bukannya memperbaiki kelemahan parti tetapi semata-mata hendak nampak serasi dengan PKR dan DAP,'' kata salah seorang daripada pemimpin muda Pas berkenaan.

Sememangnya pemimpin-pemimpin Pas boleh berhujah apa sahaja bagi menghalalkan tindakan mereka menuju matlamat negara berkebajikan dan ia mungkin akan diterima oleh pengikut-pengikut tegar mereka.

Namun bagi rakyat Malaysia terutamanya orang Melayu yang boleh berfikir dan membuat penilaian mereka sudah pasti mengetahui betapa hebatnya Pas berusaha untuk mengejar kuasa sehingga sanggup menggadaikan segala-galanya termasuk perjuangan Islamnya.

Apa yang lebih malang dalam keghairahan itu Pas terlupa bahawa mereka bukanlah parti utama di dalam pembangkang tetapi dulu, kini dan selamanya akan hanya menjadi pak turut kepada PKR dan DAP.

Berdasarkan hakikat itu kenyataan Nik Abdul Aziz bahawa, ''Sekarang Pas sudah sampai titik sama dengan dengan UMNO. Kita akan potong dan lintas dia.'' - hanyalah impian semata-mata.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Juarai AF9 selepas gagal AF4

Posted:

Juarai AF9 selepas gagal AF4

Juarai AF9 selepas gagal AF4

Oleh ABD. AZIZ ITAR
aziz.itar@utusan.com.my
Gambar AMIN FARIJ HASSAN


PARA pemenang AF9 dari kiri Fina, Lena, Hazama dan Azri bersama trofi dan replika cek yang mereka terima selepas Konsert Akhir AF9 di Dataran Putrajaya baru-baru ini.


SEKALI gagal bukan bererti gagal selamanya. Itu mungkin ungkapan yang dipegang oleh juara pertandingan realiti televisyen, Akademi Fantasia musim kesembilan (AF9), Hazama.

Meskipun pernah gagal dalam Konsert Prelude AF4 lima tahun lalu, tetapi Hazama atau Hazama Ahmad Azmi tidak pernah putus asa. Sebaliknya, dia bangkit dan menyertai sekali lagi program realiti terbitan Astro Ria tersebut.

Menurut Hazama, kegagalannya meneruskan saingan pada AF4 telah membakar semangat untuk terus berusaha sebelum muncul juara AF9 yang merupakan musim terakhir.

"Semasa masuk AF4 dulu ia sebagai titik permulaan untuk saya terbabit dalam industri ini (nyanyian). Sayangnya saya gagal dan selepas itu selama lima tahun nama saya cuma suam-suam kuku sahaja. Kemasukan saya dalam AF9 adalah peluang kedua saya.

"Saya tidak nafikan AF4 sebagai punca yang membakar semangat saya untuk berusaha lebih kuat dalam bidang seni," katanya sewaktu sidang akhbar selepas diumumkan juara AF9 di Dataran Putrajaya baru-baru ini.

Dengan kemenangan itu, juara terakhir AF berusia 27 tahun itu menggondol hadiah wang tunai RM200,000, hamper dan wang tunai berjumlah RM5,000 sumbangan Power Root, sebuah kamera Sony Handycam bernilai RM3,299 dan trofi sumbangan Astro.

Kemenangan Hazama itu memang sudah dijangkakan banyak pihak termasuk para peminat dan media massa berdasarkan undian khidmat pesanan ringkas (SMS) yang seringkali memihak kepadanya.

Pada konsert akhir AF9 yang ditonton lebih 5,000 orang itu, Hazama menerima 45 peratus undian SMS, diikuti Lena yang muncul naib juara dengan 28 peratus, Fina (15 peratus) dan Azri (12 peratus).

Jelas Hazama yang menyanyikan lagu Pukau (Tomok) dan Cinta Teragung (Kuncidemak) pada konsert itu, dia tidak menafikan pengalamannya menyanyi selama lima tahun selepas gagal dalam AF4 banyak membantu kemenangannya itu.

"Itu salah satu kelebihan saya kerana daripada situlah saya dapat sedikit pengalaman menyanyi. Pada masa sama, para peserta AF9 yang lain mempunyai keyakinan juga. Bagaimanapun, saya anggap pentas AF9 berbeza dengan pentas-pentas lain yang pernah saya sertai.

"Di tempat lain tidak ada orang yang mengkritik ataupun memberi garis panduan kepada saya. Malah, selepas menyertai AF9 saya dapati saya mempunyai banyak kekurangan dan daripada situ jugalah saya belajar," ujarnya.

Sementara itu, sewaktu ditanya tentang hadiah wang tunai RM200,000 yang diterimanya, peserta berasal dari Kuala Lumpur itu berkata, dia akan menggunakannya ke arah yang boleh memberi manfaat kepada masa depannya.

"Ini kali pertama saya pegang duit yang banyak. Saya akan gunakan duit kemenangan ini ke arah kebaikan. Saya hendak beli jam tangan yang baru. Selain itu, saya juga akan simpan duit ini untuk masa depan saya," jelasnya.

Dalam pada itu, Lenaber Haidir atau Lena, 22, yang muncul naib juara menerima hadiah berupa wang tunai RM50,000, hamper dan wang tunai RM2,000 sumbangan Power Root, sebuah kamera Sony Cybershot bernilai RM1,499 dan trofi.

Fina atau nama sebenarnya Nor Syafinaz Jebat, 18, yang merupakan pemenang tempat ketiga membawa pulang hadiah wang tunai RM20,000, hamper dan wang tunai RM1,000 sumbangan Power Root dan sebuah kamera Sony Cybershot bernilai RM1,499 dan trofi.

Sementara pada pertandingan yang disiarkan secara langsung menerusi saluran 104 Astro Ria dari pukul 9 malam hingga 11.30 malam itu Azri atau Mohamad Azri Abdullah, 23, pula meraih hadiah berupa wang tunai RM5,000, sebuah kamera Sony Cybershot bernilai RM1,499 dan trofi.

Pengetua AF9, Amy Search atau Suhaimi Abdul Rahman yang ditemui selepas konsert itu puas hati kerana pembelajaran di akademi itu berjalan dengan lancar sepanjang tiga bulan yang lalu.

Pada masa sama, vokalis kumpulan rock Search itu tidak lokek berkongsi pengalaman sambil menasihatkan para graduan AF9 sebelum mereka melangkah ke dunia hiburan yang glamor selepas ini nanti.

"Selama tiga bulan di AF9 mulanya saya rasa lama tetapi masa berlalu begitu cepat. Pengalaman saya di AF9 cukup indah di mana saya mendidik para pelajar di akademi ini seperti anak sendiri. Pesan saya kepada mereka semua agar jangan lupa diri. Jadilah anak seni yang jujur, kalau tidak anda tidak akan ke mana," tuturnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

APM 2011: Apakah masih relevan?

Posted:

APM 2011: Apakah masih relevan?

APM 2011: Apakah masih relevan?

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.my
Gambar FAUZI BAHARUDIN


GANDINGAN Siti Nurhaliza dan Krisdayanti menerusi album CTKD melayakkan mereka dicalonkan untuk dua kategori.


SEJAK mula diperkenalkan pada tahun 2000, Anugerah Planet Muzik (APM) diwujudkan bagi mengiktiraf karyawan seni dan hasil kerja dari tiga negara serumpun - Malaysia, Indonesia dan Singapura.

Kini, selepas APM 'menghilangkan diri' sehingga disangka sudah berkubur lantaran pasaran muzik serumpun yang tidak memberangsangkan, ia kembali sekali lagi bagi meraikan ulang tahun ke-10.

Bakal diadakan di Max Pavilion, Singapore Expo, Singapura pada 15 Julai ini, APM 2011 membuktikan muzik Melayu sebenarnya masih lagi hidup dan mendapat tempat di kalangan pencinta muzik secara amnya.

Mungkin untuk lima tahun pertama APM dianjurkan, matlamatnya untuk mengangkat muzik Melayu ke peringkat lebih tinggi dilihat mencapai matlamatnya seiring dengan kerancakan pasaran muzik ketika itu.

Namun, sejak kebelakangan ini, penganjuran APM dilihat tidak lebih hanyalah sekadar sebagai sebuah acara anugerah biasa yang lebih kepada 'pembahagian' trofi kepada mereka yang layak.

Lebih 'menusuk kalbu' apabila APM juga mula dilabelkan sebagai anugerah kroni apabila ada beberapa nama yang tersangkut sebagai calon akhir dilihat mempunyai kepentingan dengan pihak penganjur.

Perkara itu sekali lagi dibangkitkan oleh pihak media pada sidang akhbar APM 2011 yang berlangsung di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur terutama kepada senarai akhir pencalonannya yang telah mengundang pelbagai persoalan.

Lebih-lebih lagi apabila nama penyanyi dan komposer wanita terkenal, Yuna yang gagal menembusi calon akhir dalam kategori terbaik sedangkan namanya tersangkut pula untuk kategori popular.

Begitu juga dengan kehilangan nama bintang muda berbakat besar, Aizat yang langsung tidak tercalon dalam mana-mana kategori terbaik dan popular walhal namanya pernah dijulang di Jakarta, Indonesia sewaktu APM 2009.

Menjawab persoalan itu Pengarah Urusan Beyond Events Sdn. Bhd., Amin Hussen menjelaskan segala urusan berhubung pencalonan adalah di luar bidang kuasanya kerana penjurian dilakukan oleh panel hakim yang dilantik.

Jelasnya lagi, Malaysia dan Indonesia diwakili oleh tiga orang juri manakala Singapura seramai empat orang yang dipilih untuk menilai setiap album dan lagu yang dihantar untuk dicalonkan untuk APM 2011.

"Yuna misalnya, kami mendapat tahu pihaknya tidak menghantar sebarang pencalonan dan ini juga termasuk Mizz Nina. Kami membuka peluang itu kepada semua pihak sama ada mereka yang bernaung di bawah syarikat rakaman mahupun bergerak secara sendirian (indie).

"Saya juga mahu menyangkal dakwaan mengatakan APM merupakan anugerah kroni kerana perkara itu tidak pernah timbul. Mungkin semuanya secara kebetulan tetapi segala keputusan telah diadili oleh panel juri yang dipilih," katanya yang ditemui selepas sidang akhbar berakhir.

Amin turut ditanya tentang rasionalnya APM kembali tahun ini selepas setahun direhatkan sehingga pelbagai versi cerita yang timbul.

Mengulas tentang isu tersebut, Amin menjelaskan jika mengikut perancangan yang telah ditetapkan sepatutnya APM diadakan di Kuala Lumpur tahun lalu.

Tetapi kerana kekangan bajet dan kebetulan pula waktu sudah suntuk untuk negara jiran, Singapura mengambil alih giliran tersebut, mahu atau tidak ia harus dihentikan sementara.

"Kami memang mahu APM kekal dengan sistem giliran seperti mana yang ditetapkan sebelum ini. Ingin juga saya jelaskan di sini, setiap negara yang menjadi tuan rumah akan menanggung segala kos perbelanjaan.

"Insya Allah, jika tiada aral melintang, Malaysia akan sekali lagi menjadi tuan rumah untuk APM tahun depan dan saya sendiri sudah mengatur pelbagai perancangan untuk menjadikan APM bukan hanya sekadar anugerah biasa," jelasnya panjang lebar.

Antaranya seminar dan bengkel muzik dengan menampilkan nama-nama besar industri muzik serantau selain beberapa aktiviti yang boleh dimanfaat oleh semua pihak.

Amin juga mengakui walaupun penganjuran APM sudah memasuki usia sedekad, anugerah itu masih belum berupaya mencapai visi yang sepatutnya terhasil daripada anugerah itu.

"APM hanya menyediakan platform untuk memperkenalkan bakat-bakat dari tiga negara serantau ini tetapi selebihnya adalah terletak kepada syarikat rakaman dan juga diri artis itu sendiri.

"Saya juga tidak menafikan masih ada pihak lagi yang masih belum berfikiran terbuka untuk mengeksport serta mengimport muzik serantau ini.

"Insya Allah, pihak kami akan bekerjasama dengan Global TV di Indonesia untuk menerbitkan sebuah rancangan hiburan mingguan yang menggabungkan tiga negara serantau ini," jelasnya yang memberitahu rancangan itu akan mula ditayangkan tahun depan sekiranya tiada aral melintang.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Bolehkah undang-undang lindungi mangsa sihir?

Posted:

Bolehkah undang-undang lindungi mangsa sihir?

Bolehkah undang-undang lindungi mangsa sihir?

Oleh Mariatul Qatiah Zakaria
maria.zakaria@utusan.com.my

SIHIR atau ilmu hitam antara isu menarik apabila dibincangkan dan tidak ketinggalan menjadi perhatian masyarakat setempat.

Sama ada percaya atau tidak, hari ini penggunaannya masih berleluasa berikutan tiada undang-undang khusus yang boleh dikuatkuasakan untuk menanganinya.

Menurut penulis buku Ahli Sihir ke Tali Gantung, Dr. Mahyuddin Ismail, fakta undang-undang jenayah sihir sebenarnya telah wujud seawal tamadun Mesopotamia melalui peruntukan no. 2 Kod Hamurabbi. Begitu juga pada zaman kegemilangan Rom di mana Julius Caesar telah memperkenalkan undang-undang sedemikian dalam The Twelve Tables.

Tambahnya, semasa pemerintahan Dinasti Yuan di China, hukuman ke atas ahli sihir ialah dikelar hidup-hidup manakala pemerintah Islam dan pihak gereja Kristian di Barat turut memerangi amalan sihir berpandukan kitab-kitab suci dan undang-undang yang diwujudkan.

"Dalam Muzakarah Pakar, Jabatan Mufti Selangor yang diadakan pada 21 Julai tahun lalu, panel bercadang untuk memasukkan peruntukan tentang jenayah sihir sebagai kesalahan Ta'zir dalam Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah di Selangor.

"Ia adalah satu langkah yang wajar dan perlu dicontohi. Bagaimanapun, saya berpendapat beberapa isu akan timbul. Antaranya ialah isu bidang kuasa Mahkamah Syariah ke atas penyihir bukan Islam. Contohnya bomoh Siam yang diupah melakukan sihir.

"Selain itu, kuasa Mahkamah Syariah untuk menjatuhkan hukuman juga sangat terhad. Saya berpendapat isu jenayah sihir ini seharusnya diletakkan di dalam bidang kuasa Mahkamah Sivil kerana bidang kuasanya yang luas serta bentuk hukuman yang boleh dijatuhkan olehnya lebih sesuai," katanya ketika ditemui di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Dr. Mahyuddin yang juga merupakan Pensyarah di Kolej Antarabangsa IKIP, Kuantan, Pahang, menyatakan, melalui penelitian dan perbandingan yang dilakukannya didapati ada banyak persamaan antara jenis jenayah yang diperuntukkan dalam Kanun Keseksaan dengan jenayah yang boleh dilakukan melalui ilmu sihir, malah ia lebih kejam.

Berbicara lebih lanjut mengenai perkara tersebut, beliau memberitahu terdapat beberapa kes melibatkan penggunaan ilmu sihir yang pernah dibicarakan di Mahkamah Sivil di Malaysia.

Tetapi malangnya isu sihir tidak diberi perhatian sewajarnya. Sebagai contoh Dr. Mahyuddin memberikan kes cubaan bunuh dengan menggunakan ilmu sihir di mana ia tidak akan dibawa ke mahkamah melainkan setelah berlaku kematian atau pembunuhan secara fizikal.

Dalam pada itu, apabila ditanya mengenai kaedah pembuktian jenayah sihir dalam mahkamah, dia berkata: "Saya berkeyakinan penuh bahawa jenayah sihir boleh dibuktikan di mahkamah.

"Malah dalam kajian yang saya lakukan lebih lima tahun, saya dapati perkara asas yang mesti difahami ialah metodologi penghasilan sihir serta selok beloknya.

"Jika kita gagal memahaminya, maka ia boleh mengundang kepada kezaliman kepada tertuduh. Sebagai contoh, di Eropah suatu ketika dahulu, mereka mempunyai Witchcraft Act 1736.

"Tetapi, pemakaian keterangan spectral evidence dalam proses pembuktian di mahkamah menyebabkan ramai mangsa yang tidak bersalah dihukum bakar hidup-hidup dan digantung."

Jelasnya lagi, melalui perbandingan antara jenayah biasa dengan jenayah sihir sebenarnya terdapat banyak persamaan daripada aspek unsur-unsur actus reus (perbuatan jenayah) dan mens rea (niat jahat) di mana ia diperlukan dalam proses pembuktian jenayah biasa yang sebenarnya terdapat dalam jenayah sihir.

Kajian beliau turut membuktikan bahawa kemajuan dalam teknologi penyiasatan terutama bidang forensik dan Crime Scene Investigation (CSI) boleh digunakan sebagai keterangan dalam pembuktian jenayah sihir. Malah ia boleh juga digunakan untuk mengesan penjenayah sihir.

Ini dapat dibuktikan melalui kesan-kesan yang terdapat pada bahan-bahan tersebut seperti cap jari pada alatan sihir, DNA yang diambil daripada darah, air liur, kuku, rambut atau gambar.

Pihak forensik juga boleh siasat untuk menentukan jenis sihir yang digunakan serta siapa dalangnya.

Ia bagi tujuan pembuktian di mana mahkamah memerlukan pendapat pakar yang memahami selok belok amalan sihir.

Ini adalah selari dengan seksyen 45 Akta Keterangan 1950.

Tambah Dr. Mahyuddin, Malaysia mempunyai individu-individu yang boleh dijadikan rujukan dalam pengendalian kes-kes jenayah sihir.

Cuma yang menjadi penghalang ialah ketiadaan satu institusi yang boleh menyenaraikan kriteria yang perlu dipenuhi oleh seseorang untuk diiktiraf sebagai pakar dalam jenayah itu.

"Sekiranya pihak berkuasa serius untuk melaksanakan undang-undang jenayah sihir, dua langkah yang menjadi asas kepada kewujudan undang-undang sihir perlu diambil kira.

"Yang pertama ialah menggubal satu akta khusus yang mengandungi peruntukan-peruntukan tentang kesalahan jenayah sihir dan prosedur-prosedur untuk mengendalikannya.

"Manakala yang kedua ialah menubuhkan sebuah jabatan khas yang mempunyai kuasa untuk menjalankan segala prosedur yang dinyatakan dalam akta tersebut.

"Dalam buku tulisan saya, ia ada dibincangkan secara khusus tentang prosedur tersebut dan saya lampirkan juga deraf cadangan akta tersebut yang mungkin boleh dijadikan panduan untuk pihak penggubal," katanya.

Sebelum mengakhiri bualan, dia berharap agar pihak berkuasa dapat mengambil langkah yang perlu bagi membela mangsa-mangsa sihir yang teraniaya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tipu daya amalan sihir

Posted:

Tipu daya amalan sihir

Tipu daya amalan sihir

oleh mariatul qatiah zakaria
maria.zakaria@utusan.com.my


RAWATAN alternatif mengkaji punca penyakit dari sudut spiritual yang turut dijalankan di Pusat Rawatan Islam Manarah.


TIDAK semua penyakit mampu disembuhkan oleh doktor-doktor dalam perubatan alopati (perubatan moden).

Ada pesakit yang zahirnya menderita, tetapi hasil pemeriksaan mengatakan dia sihat.

Disebabkan senario itu, munculnya perubatan alternatif yang mengkaji punca penyakit tersebut dari sudut spiritual yang bersangkut paut dengan alam ghaib.

Namun, kaedah perubatan alternatif ini tidak terlepas daripada kecaman.

Ini kerana wujudnya pengamal yang 'memandai-mandai' dan tidak kurang yang mengambil kesempatan menipu dan menganiaya mangsa.

Menurut pengasas Pusat Rawatan Islam Manarah, Dr. Jahid Sidek, ramai pengamal-pengamal perubatan alternatif mendakwa kaedah yang mereka amalkan bertepatan dengan syariat Islam.

Tetapi jika diteliti, terdapat banyak penyimpangan dari asas perubatan Islam yang sebenar. Kesannya, ia bukan sahaja menambah penyakit, malah akan merosakkan akidah dan tauhid seseorang pesakit.

"Sebagai contoh, perawat yang mempamerkan kebolehan luar biasa yang tidak mampu dilakukan oleh orang biasa seperti boleh menangkap dan menyembelih jin, membaca hati, menilik siapa yang mengenakan sihir, mengeluarkan barang-barang sihir daripada tubuh, bedah batin, kebal dan seumpamanya.

"Kemungkinan besar apa yang berlaku sebenarnya adalah dengan bantuan iblis, syaitan dan jin.

"Banyak perkara luar biasa yang berlaku tetapi hanya tiga jenis sahaja yang Allah reda iaitu mukjizat, karamah dan maunah. Manakala yang lain itu lebih kepada istidraj dalam bentuk sihir," ulasnya ketika ditemui di premisnya, baru-baru ini.

Tambah beliau, mukjizat ialah perkara luar biasa yang berlaku hanya kepada para Nabi dan Rasul serta ditunjukkan kepada umatnya sebagai bukti kerasulan mereka.

Setelah kewafatan Rasulullah SAW sebagai Nabi dan Rasul terakhir, maka tidak ada sesiapa yang boleh mendakwa bahawa mereka dilantik sebagai Rasul dan dikurniakan mukjizat.

Terangnya lagi, karamah pula ialah suatu perkara luar biasa yang berlaku kepada hamba-hamba yang dikasihi-Nya (wali Allah) dan karamah yang benar tidak boleh direncanakan waktu dan bentuk.

Ia tidak boleh sesekali ditunjukkan kepada orang ramai dan sebagai contoh, pada zaman Saidina Umar, beliau telah dikurniakan karamah berupa kasyaf sehingga dapat melihat tentera Islam yang berada beratus-ratus kilometer dari Madinah.

Malangnya, pada malam beliau dibunuh, Abu Lu'lu' Al Aswad hanya berada dibelakangnya, bukannya beratus-ratus kilometer, tetapi beliau tidak dapat melihatnya.

Ini menunjukkan karamah berlaku sekali-sekala dan tidak boleh diulang-ulang.

Jika seseorang yang melakukan perkara luar biasa secara berulang-ulang dan dipertontonkan kepada khalayak ramai, maka itu bukanlah karamah tetapi sihir.

Sementara itu, ujar Dr. Jahid lagi, mau'nah pula ialah suatu perkara luar biasa yang berupa pertolongan yang dikurniakan oleh Allah kepada orang-orang tertentu.

Ia betul-betul terjadi pada waktu itu dan biasanya tidak akan berulang lagi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Johor

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


SA lahirkan generasi bertakwa

Posted:

SA lahirkan generasi bertakwa

SA lahirkan generasi bertakwa

Oleh MUHAMMAD ZIKRI
utusanjohor@utusan.com.my

PONTIAN 13 Jun – Sistem pendidikan Sekolah Agama (SA) di negeri ini yang diasaskan pada 1895 diyakini akan terus memainkan peranan penting melahirkan generasi muda Islam bertakwa dan berilmu pada masa depan.

Pengarah Jabatan Agama Islam Johor, Elias Hasran berkata, kini terdapat 205,000 murid mengikuti pendidikan di SA dari darjah 1 hingga 6 serta Darjah Khas yang melibatkan 552 buah sekolah.

"Sekolah agama akan terus menjadi benteng kepada generasi muda Islam walaupun sejauh mana mereka pergi menuntut ilmu, mereka telah ditanam asas yang kukuh dengan didikan agama.

"Peranan dan serta sokongan daripada ibu bapa telah membantu menjayakan pendidikan agama dengan kesanggupan mereka menghantar anak-anak mereka setiap hari," katanya pada Majlis Konvokesyen ke-6, Sijil Darjah Khas sekolah-sekolah daerah Pontian, di sini semalam.

Pada majlis itu, seramai 400 murid menerima sijil masing-masing dan daripada jumlah itu, tiga orang dipilih sebagai pelajar terbaik iaitu Syafika Nabila Ibrahim yang memperoleh 9A, Intan Shakila Mohamad Ilham dan Nur Hanani Shafii yang masing-masing mendapat 8A.

Turut hadir ialah Pegawai Pendidikan Agama Daerah Pontian, Kamaruddin Komeng.

Elias berkata, pihaknya gembira kerana sekolah agama masih mendapat tempat dan keutamaan oleh ibu bapa walaupun kadangkala bersaing dengan aktiviti ko-kurikulum di sekolah harian biasa.

"Dalam tempoh dua tahun ini, kerajaan negeri dijangka membina 120 buah sekolah agama baru bagi menampung keperluan yang semakin meningkat setiap tahun termasuk di taman-taman perumahan," katanya.

Menurutnya, lulusan sekolah agama dari negeri itu juga berpeluang melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi termasuk ke institusi pengajian tinggi luar negeri yang menawarkan pelbagai bidang pengajian.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Jalan rosak sukarkan nelayan

Posted:

Jalan rosak sukarkan nelayan

Jalan rosak sukarkan nelayan


Beginilah keadaan jalan yang rosak teruk di kampung Bagan Laut Batu Pahat, Johor.


BATU PAHAT 13 Jun - Nelayan di jeti Bagan Laut, Rengit dekat sini bukan saja berdepan masalah projek pintu air terbengkalai malah turut terpaksa meredah jalan keluar masuk yang menyedihkan.

Jalan sepanjang 4.5 kilometer yang dahulunya diturap dengan kos RM260,000 kini mengalami kerosakan teruk akibat menjadi laluan lori yang membawa muatan berat semasa kerja-kerja pembinaan pintu air tersebut.

Seorang penduduk Kampung Bagan Laut, Mohammad Samad, 65, berkata, keadaan jalan rosak dan berlubang itu merbahaya kepada pengguna khususnya penunggang motosikal.

"Jalan ini hanya boleh dilalui oleh kenderaan dengan berat lima tan untuk mengangkut hasil sawit, kebun dan tangkapan ikan tetapi kini kami terpaksa melalui jalan yang berlubang dan pecah di sana-sini," katanya semasa ditemui baru-baru ini.

Baru-baru ini Utusan Malaysia turut melaporkan mengenai projek Pintu Air Bagan Laut bernilai RM1.6 juta yang terbengkalai sehingga menyebabkan lebih 30 nelayan di kawasan sekitar hilang mata pencarian ekoran kawasan sungai menjadi cetek dan berlumpur.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rengit, Ayub Jamil, setelah diteliti, kos untuk membaiki jalan yang rosak teruk itu memerlukan hampir setengah juta ringgit.

Katanya, masalah jalan tersebut menyukarkan kehidupan penduduk kerana ia menjadi laluan utama mereka setiap hari.

"Kesan projek pintu air Bagan Laut bernilai RM1.6 juta ini juga mendatangkan keresahan penduduk yang menanam sawit dan hasil kebun lain kerana kebun mereka sering dinaiki air sekiranya berlaku air pasang," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved