Ahad, 5 Jun 2011

Utusan Online - Feminin

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Feminin


Mata cantik, bibir memikat

Posted:

Mata cantik, bibir memikat

Mata cantik, bibir memikat

Oleh NORAINI ABD. RAZAK
noraini.razak@utusan.com.my
Gambar ABDUL NAZIR MOHAMED

MATA dan bibir sememangnya aset penting untuk menyerlahkan kecantikan wanita. Setiap individu dikurniakan bentuk mata serta bibir yang berbeza. Namun setiap satu daripadanya mempunyai keistimewaan tersendiri.

Teknik mekap terkini membantu menampilkan mata dan bibir yang istimewa sekali gus menjadikan wajah jelita.

Bentuk mata yang sepet misalnya boleh kelihatan bundar jika kena teknik dan gaya mekap. Begitu juga sebaliknya. Lebih menarik mata dan bibir disolek bersesuaian dengan suasana serta majlis yang dihadiri. Malah menjadi kegilaan di kalangan wanita sekarang untuk memastikan warna pembayang mata dan gincu sedondon dengan baju atau aksesori lain yang dipakai.

Mekap jenama KISS tidak terkecuali dalam mengetengahkan set mata dan bibir. Berasaskan seratus peratus mineral, set mata KISS mengandungi:

* Maskara Klasik KISS Mineral

* Kilauan Mata Klasik KISS Mineral

* Pensel Penggaris Mata KISS Mineral

* Berus Kosmetik KISS Premium

* Beg Kosmetik KISS Mineral

Bagi mereka yang inginkan mata menawan, KISS Kilauan Mata adalah jawapannya. Biar pun hanya dua warna iaitu Kona dan Cloud namun gabungan kedua-duanya memberi kesan amat istimewa dan amat tersendiri. Menariknya tentang pembayang mata KISS adalah sifatnya yang tampil dalam bentuk serbuk. Tidak seperti jenama lain di mana pembayang mata adalah dalam bentuk padat.

Biar pun berbentuk serbuk, namun sapuan pembayang mata KISS mudah, bukan sebagaimana yang dibimbangi banyak wanita. Dua warna yang ditampilkan KISS bersesuaian dengan kulit wanita Asia dan menjadikan mata tampak bundar. Penggaris mata KISS juga tidak kurang hebatnya. Sapuan lembut dan tidak menyakitkan mata selain warna hitamnya yang menyerlah. Untuk melengkapkan solekan mata, belai bulu mata dengan maskara KISS. Bagi mendapatkan kesan panjang dan hitam pada bulu mata, sapu maskara lapisan demi lapisan, hasilnya pasti menakjubkan.

seksi

Untuk bibir yang menawan, KISS menampilkan produk baru iaitu KISS Mineral Classic Lip Plumper. Berasaskan minyak dan bahan semula jadi, bibir menjadi mongel jika disapu dengan produk berasaskan minyak dan bahan semula jadi itu. Kesan segera menjadikan bibir seksi dan mongel idirangsang oleh Niacin (Vitamin B) yang meningkatkan kitaran mikro dan melembapkan bibir. Untuk mendapatkan kesan jangka panjang, proses penggalakan sintesis kolagen sekali gus meningkatkan paras kolagen dalam bibir. Produk ini juga membantu mengatasi masalah rekahan pada bibir. Jangan terkejut jika ada rakan menegur bibir anda umpama Angelina Jolie.

Keterangan lanjut hubungi 03-62031288 atau e-mel kepada info@kissmineral.com.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Renda moden serikan pengantin

Posted:

Renda moden serikan pengantin

Renda moden serikan pengantin

Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH
adawiyah.koh@utusan.com.my
Foto SHEFRY MONIZ
Solekan ZULFADZLI (019-6106969)

MENGETENGAHKAN koleksi pengantin 2011 secara eksklusif, koleksi terbaru Nizam Ali dijangka menampilkan kelainan dengan penggunaan renda dan songket yang penuh dengan perincian unik.

Bagi Nizam, sesuatu yang mewah dan elegan tidak semestinya tampil keterlaluan. Setiap rekaan perlu menampilkan sentuhan anggun, indah dan eksklusif lebih-lebih lagi digayakan pada hari perkahwinan.

Empat rekaan yang ditampilkan mengetengahkan keselesaan, perincian dan kualiti ratu sehari.

Setiap koleksi kelihatan nyaman dari segi potongan, jahitan serta bahan yang diolah. Dominasi fabrik renda yang lembut melambai dengan kesan elegan dipersembahkan dalam koleksi tersebut.

Bahan renda yang menjadi pilihan pereka juga menjadikan busana tampak selesa digayakan tanpa meninggalkan kesan anggun.

Selain renda , Nizam tidak melupakan fabrik kebanggaan tempatan dan akrab dengan busana pengantin iaitu songket.

Ilham untuk koleksi songket kali ini hadir dengan perincian dan potongan yang lebih moden.

Pereka turut memadankan songket dengan fabrik renda untuk gaya lebih elegan. Koleksi tersebut tampak indah dan tidak keterlaluan.

Biarpun pada fabrik polos kesan mewah terpancar lewat kesan perincian yang menghiasi busana pengantin tersebut.

Daripada perincian yang sarat sehingga ringkas, pereka bijak dalam mengindahkan busana dengan perincian yang sarat atau ringkas.

Setiap perincian yang berupa seni kerja tangan tampak teliti dan kemas daripada sulaman manik dan labuci.

Ia secara tidak langsung menambah gaya mewah pada busana.

Koleksi pakaian pengantin itu diterjemahkan dalam busana berpotongan sederhana namun masih menonjolkan perincian yang cantik itu.

Pengaruh pakaian tradisional masih kuat dalam koleksi Nizam melalui potongan pakaian yang dipadankan dengan sentuhan lebih moden melalui hiasan perincian dan ketelitian.

Potongan baju kurung dan kebaya menjadi pilihan pereka untuk koleksi tersebut. Apa pun ratu sehari tampak lebih moden dan anggun dengan kesan modifikasi pada potongan tersebut.

Nizam yang turut menawarkan pakej perkahwinan lain seperti solekan, fotografi, kanopi dan katering boleh dihubungi di talian 012-7891980 atau 016-7011437.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Utara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


PPP Perda capai matlamat

Posted:

PPP Perda capai matlamat

PPP Perda capai matlamat

Oleh ABDUL MUIN SAPIDIN
muin.sapidin@utusan.com.my


AZHAR Ibrahim (kanan) menyampaikan bantuan mesin jahit kepada Mohd. Safry Abdul Kadir (dua dari kanan) di Pasir Gebu Penaga, Pulau Pinang, kelmarin.


KEPALA BATAS 4 Jun - Projek Peningkatan Pendapatan (PPP) anjuran Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda) terbukti berjaya membantu golongan miskin di negeri ini apabila 75 peratus peserta program tersebut berjaya keluar daripada garis kemiskinan.

Pengerusinya, Datuk Azhar Ibrahim berkata, sejak diperkenalkan pada 1996, kira-kira 700 golongan miskin yang menyertai program tersebut berjaya membina serta mengembangkan perniagaan yang diceburi hasil bimbingan serta bantuan agensi berkenaan.

Menurut beliau, pihaknya memperuntukkan kira-kira RM300,000 setiap tahun bagi melahirkan antara 50 hingga 60 usahawan terdiri daripada golongan miskin untuk melibatkan diri dalam aktiviti perniagaan.

"Selain memberi bantuan peralatan, kita turut menyediakan latihan dari semasa ke semasa untuk membolehkan mereka menerokai selok-belok aktiviti perniagaan.

"Dalam aspek ini, kita memantau perkembangan perniagaan mereka dan kepada peniaga yang konsisten dan ada kesungguhan, Perda menambah peruntukan bagi membolehkan mereka mengembangkan perniagaan," katanya.

Azhar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penaga berkata demikian selepas menyertai rombongan 30 pegawai serta kakitangan Perda dalam program Jom Pi Bantu di beberapa perkampungan sekitar sini, semalam.

Sempena program yang julung-julung kali diadakan itu, rombongan berkenaan turun padang bagi menyerahkan sendiri bantuan peralatan perniagaan kepada peserta PPP di Kampung Kuala Bekah, Permatang Rambai, Pasir Gebu dan Pulau Mertajam.

Turut menerima bantuan ialah empat keluarga miskin yang menerima dividen RM250 hasil projek pertanian Perda di Ladang Veggie dekat sini.

Azhar berkata, prinsip utama pelaksanaan program PPP menekankan keperluan untuk membantu peniaga kecil melalui bantuan peralatan perniagaan, bukannya pemberian modal semata-mata.

"Saya fikir kaedah ini berjaya kerana pemberian modal sahaja tidak memberi jaminan apa-apa. Lebih penting, kita mahu membantu peniaga yang mempunyai kesungguhan yang tinggi untuk menceburi perniagaan yang diminati," jelasnya.

Mengenai program Jom Pi Bantu, Azhar memberitahu, ia adalah bagi menyokong inisiatif kerajaan dalam menganjurkan program turun padang khususnya untuk membantu golongan memerlukan.

Melalui program itu katanya, pihaknya dapat mendengar sendiri permasalahan yang dihadapi rakyat terutama di kawasan luar bandar dan berusaha untuk menyelesaikannya dengan kerjasama pemimpin setempat.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Projek berimpak tinggi terbaharu di Ipoh

Posted:

Projek berimpak tinggi terbaharu di Ipoh

Projek berimpak tinggi terbaharu di Ipoh

Daripada HAMDEN RAMLI


ZAMBRY ABD. KADIR melihat koleksi kereta antik yang dipamerkan di Turf City, Bukit Timah, Singapura, kelmarin.


SINGAPURA 4 Jun - Sebuah lagi projek berimpak tinggi membabitkan pelaburan melebihi RM400 juta akan dilaksanakan di Lembah Kinta, Perak tidak lama lagi.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, projek berkaitan bidang permotoran dan peruncitan yang dijangka membabitkan pembangunan kawasan seluas 141 hektar itu akan dilaksanakan dengan kerjasama pelabur di sini.

"Perbincangan sangat serius dan dalam masa terdekat mereka akan menghantar permohonan menjayakan projek tersebut," katanya pada hari terakhir lawatan kerja rasmi dua hari ke sini, semalam.

Selain mendengar taklimat berhubung pembangunan lanskap di Taman Botani Singapura, program hari itu turut membabitkan lawatan ke Turf City iaitu sebuah bandar dan pusat sehenti permotoran terbesar Singapura di Bukit Timah serta mengadakan perbincangan bersama ahli perniagaan dan pemain industri negara ini.

Zambry berkata, projek tersebut bukan sahaja akan membuka kawasan pembangunan baru di Ipoh tetapi mampu mengekal serta meningkatkan pertumbuhan ekonomi negeri menerusi pengenalan aktiviti-aktiviti perniagaan baharu yang berdaya saing.

Katanya, pada pertemuan bersama ahli perniagaan dan pemain industri, beberapa cadangan telah dikemukakan mengambil kira kelebihan yang ada di Perak.

Beliau menambah, antara cadangan tersebut termasuk pembangunan semula lombong-lombong bijih timah serta usaha untuk membawa pembangunan berkonsepkan urbanisation di Perak.

"Di bawah konsep ini, nilai-nilai kehidupan kampung dikekalkan dalam suasana perbandaran baharu yang lengkap segala-galanya.

"Konsep ini telah berjaya dilaksanakan di beberapa negara jiran dan mempunyai potensi besar untuk berjaya di Perak, sekali gus menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negeri," katanya. - Mingguan

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Periksa angin tayar percuma

Posted:

Periksa angin tayar percuma

Periksa angin tayar percuma

IPOH 4 Jun - Pemilik kenderaan berpeluang mendapatkan pemeriksaan angin tayar secara percuma sempena kempen ''Fill Up With Air'' (FUWA) anjuran Michelin Malaysia Sdn. Bhd. di Tesco Manjung bermula hari ini.

Pengarah Urusan Michelin Malaysia, Yves Pouliquen berkata, kempen FUWA selama dua hari itu memberi penekanan kepada kepentingan pemeriksaan tekanan tayar secara berkala.

''Tekanan tayar yang betul sangat penting untuk keselamatan dan ekonomi manakala tekanan tayar yang salah memberi kesan kepada kemampuan membuat pusingan, membrek dan kestabilan," katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Selatan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


Nilai 3 dinaikkan taraf

Posted:

Nilai 3 dinaikkan taraf

Nilai 3 dinaikkan taraf

Oleh MOHAMMAD YASIR JAAFAR
utusanN9@utusan.com.my

SEREMBAN 4 Jun - Majlis Perbandaran Nilai (MPN) bakal mempertingkatkan kemudahan serta prasarana di Nilai 3 dekat sini, dalam usaha menarik lebih ramai pengunjung ke pusat jualan borong terbesar negara itu.

Yang Dipertua MPN, Datuk Abd. Halim Abd. Latif berkata, langkah itu bertujuan memberi keselesaan dan menyediakan persekitaran kondusif kepada pengunjung di pusat berkenaan yang kian menjadi tarikan orang ramai dari dalam dan luar negara.

"Lokasi ini mendapat sambutan amat menggalakkan daripada orang ramai dan tahun lalu sahaja, lebih tiga juta orang berkunjung ke pusat borong yang kini menempatkan hampir 600 peniaga.

"Maka, sudah tiba masanya kita mempertingkatkan kemudahan di pusat ini. MPN bercadang membuat penambahan landskap, tempat letak kereta dan bas persiaran, tandas awam, pengangkutan bas awam, termasuk kamera litar tertutup (CCTV) untuk tujuan keselamatan," katanya.

Abd. Halim berkata demikian selepas menyempurnakan majlis perasmian Bintang Walk Nilai 3, hari ini.

Jelas beliau lagi, pihaknya juga akan menjalankan kerjasama dengan Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan dalam memperhebatkan lagi aktiviti promosi kawasan tersebut.

"Melalui kerjasama ini kita berharap pihak pelancongan dapat membantu mempopularkan kawasan ini sebagai salah satu destinasi tarikan pelancongan terkenal negeri ini," ujarnya.

Abd. Halim menambah, inisiatif itu akan memperhebatkan lagi perkembangan pusat tersebut, sekali gus meningkatkan taraf ekonomi dan hasil pendapatan peniaga serta pengusaha tempatan.

"Saya percaya, perkembangan ini turut akan membuka peluang pekerjaan kepada penduduk berhampiran.

"Jika sekarang ada 600 peniaga di sini, saya anggarkan lebih 2,000 peluang pekerjaan terdapat di kawasan ini," jelasnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pastikan kecemerlangan, peperiksaan tidak merudum

Posted:

Pastikan kecemerlangan, peperiksaan tidak merudum

Pastikan kecemerlangan, peperiksaan tidak merudum


Mohamad Hasan (tengah) maraikan murid-murid cemerlang selepas menyampaikan penghargaan kepada 55 penerima yang cemerlang dalam peperiksaan peringkat kebangsaan di Rantau, baru-baru ini.


SEREMBAN 4 Jun - Membina kejayaan dalam pendidikan memang dituntut, tetapi menjaga kejayaan itu lebih besar pengorbanan yang perlu dilakukan.

Ini ditegaskan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan bagi memastikan kecemerlangan dalam pendidikan melalui keputusan peperiksaan peringkat kebangsaan dijaga supaya ia tidak merudum.

Katanya, untuk itu ibu bapa dan penjaga perlu sentiasa memberikan tumpuan kepada anak masing- masing dan tidak hanya melepaskan tanggungjawab mendidik kepada guru di sekolah.

''Kita mesti urus kejayaan ini kerana bimbang kalau 'lepas tangan', ia akan merudum. Apabila itu berlaku untuk menaikkan semula kecemerlangan akan mengambil masa yang terlalu lama," katanya pada majlis penyampaian kecemerlangan pendidikan di Rantau dekat sini, baru-baru ini.

Mohamad berkata, semua 'pemain' dalam penentu kecemerlangan pendidikan hendaklah mempunyai cita-cita besar untuk terus melonjak pada satu tahap tanpa noktah.

''Anak-anak kita perlu punyai cita-cita besar, yang bukan sahaja cemerlang tetapi cemerlang kelas pertama," katanya.

Kerajaan negeri jelas beliau, bercita-cita untuk menjadikan Negeri Sembilan sebagai lembah ilmu, yang dapat menjana keperluan cendekiawan, ilmuan dan pemikir untuk negara.

''Di sini akan lahirnya nanti 'bintang' untuk mengisi banyak tempat dalam pentadbiran negara, yang akan menguruskan sebuah negara Malaysia.

''Kita mahu menjadikan negeri ini seperti mana era kecemerlangan pendidikan bertahun lampau, supaya apabila diperlukan kelak, kita sudah ada generasi yang bersedia pada bila-bila masa untuk berkhidmat," ujarnya.

Katanya, biarpun negeri ini kecil daripada segi keluasannya, tetapi 'nadinya' amat kuat berdenyut kerana di dalamnya bakal lahir ramai cendekiawan, bijaksana dan ilmuan.

''Kalau kita ada 2,000 orang sekali pun rakyat, tetapi otaknya tidak boleh digunakan, buat apa. Lebih baik kita ada dua orang bijak pandai, tetapi otaknya berguna untuk membangunkan 2,000 orang yang tidak tahu apa-apa itu," kata Mohamad.

Pada majlis itu, Mohamad turut menyampaikan penghargaan kepada 55 pelajar yang cemerlang dalam pelbagai peperiksaan peringkat kebangsaan anjuran Persatuan Cina Rantau.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Timur

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Timur


Tiga kes sampar dikesan

Posted:

Tiga kes sampar dikesan

Tiga kes sampar dikesan

KUALA TERENGGANU 4 Jun - Tiga kes sampar ayam dikesan di Terengganu sejak Mac lalu dengan kes terbaharu dilaporkan berlaku di Marang bulan lepas yang mengakibatkan 1,000 ekor ayam kampung mati.

Pemangku Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) negeri, Dr. Ahmad Shafri Hassan berkata, penyakit yang berpunca dari virus Paramyxovirus itu sebelum ini turut dikesan di daerah yang sama yang menyebabkan lebih 2,000 ekor ayam mati.

"Setakat ini hanya tiga kes yang dilaporkan, namun kita merasakan mungkin banyak lagi kes yang tidak dilaporkan yang kita tidak tahu," katanya.

Beliau berkata, berdasarkan rekod JPV Terengganu, terdapat lebih 87,000 ekor ayam kampung di negeri ini dan kebanyakan penternak ayam tidak memberi vaksin untuk ternakan mereka.

Dr. Ahmad Shafri berkata, kebiasaannya ayam yang terkena penyakit sampar didapati sukar bernafas dan bergerak, tengkok melentuk selain kelesuan dan bulu kelihatan pudar.

"Penyakit ini cepat merebak melalui udara, makanan dan air yang tercemar dan setakat ini penyakit ini tidak diubati melainkan diberikan vaksin pencegahan kepada ternakan untuk mengelak penyakit daripada menular," katanya.

Beliau berkata, penternak boleh mendapatkan vaksin untuk ayam mereka di Pejabat JPV Daerah. - BERNAMA

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Cikgu Awang juara Pidato 1Malaysia

Posted:

Cikgu Awang juara Pidato 1Malaysia

Cikgu Awang juara Pidato 1Malaysia


Awang Abdullah (tengah) bersama James Jam Jolly dan Daveena Ramani menunjukkan hadiah yang diterima semasa Pertandingan Pidato 1 Malaysia (Bukan Melayu) di Kuala Terengganu, kelmarin.


KUALA TERENGGANU 4 Jun - Dibesarkan di Tumpat, Kelantan dalam lingkaran kehidupan yang sebati bersama masyarakat Melayu, Pui Tiong Gee lebih banyak berfikir dan bertutur dalam bahasa Melayu.

Itu yang memberikan kelebihan buat guru itu atau nama Islamnya, Awang Abdullah, 58, menguasai dan mencintai bahasa serta kesusasteraan Melayu malah berusaha menyemarakkannya di kalangan para pelajarnya.

Lebih dikenali sebagai Cikgu Awang, dia sering bersama pelajarnya mengambil bahagian dalam aktiviti atau pertandingan yang membabitkan penggunaan bahasa kebangsaan termasuk penciptaan dan deklamasi puisi serta pidato sejak tahun 1980-an lagi.

Semalam, dia muncul sebagai juara Pidato 1Malaysia Terbuka khusus untuk golongan bukan Melayu anjuran Jabatan Penerangan negeri dengan hadiah wang tunai RM1,500 dan akan mewakili Terengganu ke peringkat kebangsaan.

Menurut guru Sekolah Menengah Sultan Omar, Dungun itu, pertandingan pidato seperti itu wajar diteruskan kerana ia membolehkan bakat-bakat baru dari kalangan bukan Melayu dicungkil.

"Pertandingan seumpama ini sepatutnya dimulakan dari bangku sekolah lagi dengan penglibatan lebih menyeluruh dan dijadikan tradisi tahunan bagi memupuk sifat cintakan bahasa kebangsaan di kalangan pelajar bukan Melayu," katanya.

Tempat kedua dimenangi seorang penuntut Universiti Malaysia Terengganu (UMT), James Jam Jolly yang membawa pulang wang tunai RM1,000 manakala seorang lagi penuntut UMT, Daveena Ramani meraih tempat ketiga sekali gus membawa pulang wang tunai RM500.

Hadiah-hadiah disampaikan Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan dan Kemudahan Awam negeri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar, Toh Chin Yaw.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Promosi tudung Hawa RM10 di Walkaton d'Raja Kelantan

Posted:

Promosi tudung Hawa RM10 di Walkaton d'Raja Kelantan

Promosi tudung Hawa RM10 di Walkaton d'Raja Kelantan

KOTA BHARU 4 Jun - Peserta Walkaton D'Raja Kelantan - Walk With Me 2011 hari ini berpeluang mendapat harga promosi tudung popular jenama Hawa yang turut mengambil bahagian dalam karnival yang diadakan sempena acara tersebut.

Wakil jualan negeri, Mohd. Salim Salleh, 45, ketika ditemui di sini, hari ini berkata, selain menawarkan harga promosi RM10 sehelai bagi rekaan baru atau lama, pihaknya memberi jaminan tudung yang dijual itu adalah asli.

''Penyertaan kami dalam karnival ini sebagai tanda terima kasih kepada pelanggan Hawa yang sentiasa memberi sokongan.

''Apatah lagi sebahagian besar pelanggan Hawa datangnya dari Pantai Timur termasuk wanita Kelantan yang gemarkan rekaan dan fabrik yang kami gunakan," katanya ketika ditemui di tapak karnival.

Menurut Mohd. Salim lagi, langkah mengadakan promosi itu juga sebagai usaha membanteras pihak-pihak tidak bertanggungjawab yang mengeluarkan tudung Hawa tiruan.

''Tudung Hawa diedarkan oleh Syarikat Idaman Hawa Sdn. Bhd. yang beroperasi di Jalan Kenanga Kuala Lumpur merupakan antara jenama tudung yang paling awal mempopularkan jenis pakai siap lebih kurang tujuh tahun lalu.

''Malangnya ada pihak tertentu yang mengambil kesempatan meniru rekaan serta menampilkan sekali logonya dengan tulisan jawi bertulis 'Hawa' berwarna hijau dengan harga yang amat rendah," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Muka Hadapan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Muka Hadapan


Kerajaan tidak berkompromi

Posted:

Kerajaan tidak berkompromi

Kerajaan tidak berkompromi

KUALA LUMPUR 4 Jun - Kerajaan tidak akan berkompromi dengan kelompok-kelompok tertentu yang bertindak semata-mata atas perhitungan untuk kepentingan kumpulan mereka sahaja tanpa sedar kesannya ke atas kesejahteraan negara, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata, kerajaan ingin mengingatkan kepada semua pihak yang tanpa rasa bertanggungjawab memainkan isu perkauman dan keagamaan sama ada secara terang atau halus, bahawa mereka sebenarnya bermain dengan permainan yang amat berbahaya.

"Mereka sedang memperjudikan untung nasib masa depan anak cucu kita dan akhirnya nanti, yang kalah jadi abu dan yang menang jadi arang," katanya dalam ucapannya pada majlis menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dan penganugerahan darjah dan pingat kebesaran sempena hari keputeraan baginda di Istana Negara di sini, hari ini.

Perdana Menteri berkata, jika itu yang didambakan, "maka Malaysia yang akan diwariskan kepada generasi mendatang adalah Malaysia yang gagal dan berpecah-belah." "Tidakkah seharusnya kita belajar daripada apa yang berlaku di tempat-tempat lain seperti di kawasan Balkan, benua Eropah dan janganlah pula tidak beriktibar dengan satu tragedi hitam yang telah mencemari lipatan sejarah negara tercinta ini," katanya.

Perdana Menteri turut mengingatkan supaya jangan ada yang cuba menangguk di air keruh.

Katanya, setelah kerajaan bersusah payah membina dan memelihara hubungan ampuh selama puluhan tahun, pastinya kerajaan tidak akan berkompromi sebaliknya menolak sebarang usaha kelompok tertentu yang bertindak untuk kepentingan kumpulan mereka sahaja sehingga tidak sedar akan natijah buruknya kepada kumpulan yang ramai yakni rakyat Malaysia dan kesejahteraan negara.

"Suka atau tidak suka, sebelum yang tersambung bergenting putus, sebelum yang terkemas pecah berserak, kerajaan pasti terus berwaspada dan tanpa berlengah mengambil langkah-langkah pembetulan yang wajar.

"Apa yang pasti, usaha murni sedemikian menuntut keberanian moral dan politik daripada semua pihak atas nama Malaysia," kata Najib.

Beliau berkata, malah kerajaan dalam membuat sebarang dasar, sentiasa memperkirakan faktor perbezaan yang wujud sebagai satu perhitungan penting.

"Sebetulnya, dengan sekadar menutup sebelah mata sambil mengharapkan perpaduan terus mekar subur tanpa peranan proaktif oleh pihak kerajaan beserta pemimpin masyarakat daripada semua kaum, akan hanya menjanjikan sebuah tragedi," tegasnya.

Najib berkata, satu usaha utama kerajaan adalah untuk terus memacu kemajuan, mengelakkan berlakunya pertembungan budaya, meningkatkan persefahaman, selanjutnya meraikan perbezaan yang wujud di kalangan rakyat dengan berkongsi apa yang dimiliki. - BERNAMA

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Agong mahu usaha realisasikan wawasan Malaysia diperhebat

Posted:

Agong mahu usaha realisasikan wawasan Malaysia diperhebat

Agong mahu usaha realisasikan wawasan Malaysia diperhebat


Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Tuanku Nur Zahirah berkenan beramah mesra dengan seorang rakyat jelata sempena ulang tahun baginda pada majlis jamuan teh diraja di Istana Negara, Kuala Lumpur, semalam. Turut sama, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. - BERNAMA


KUALA LUMPUR 4 Jun - Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin menitahkan segala usaha diperhebatkan bagi memastikan ekonomi negara terus berkembang dan meningkat, merealisasikan wawasan menjadikan Malaysia sebuah negara maju pada 2020 dan berpendapatan tinggi.

Seri Paduka bertitah, daripada aspek ekonomi, kedudukan negara begitu memberangsangkan, pelaburan dari dalam dan luar negara semakin meningkat dan kadar inflasi pula berada pada paras terkawal.

Melahirkan rasa bangga kerana Malaysia merupakan antara negara yang memiliki pelbagai institusi pentadbiran dan pelaksanaan kukuh serta efektif, Tuanku Mizan sukacita melihat kerajaan sentiasa mengambil usaha dan inisiatif bagi menambah baik institusi berkenaan dalam usaha merealisasikan Wawasan 2020.

"Sesungguhnya, kekukuhan dan kestabilan sesebuah negara amat bergantung kepada pelbagai institusi yang menjadi tonggak pentadbiran negara tersebut, malah, institusi pentadbiran dan pelaksanaan yang kukuh merupakan antara elemen terpenting dalam menghasilkan sebuah negara maju dan disegani," titah Seri Paduka sempena ulang tahun Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara hari ini.

Melihat pelbagai rancangan dan pelan tindakan yang digagaskan bagi memperkukuhkan pelbagai institusi negara, Tuanku Mizan mahu semua pihak bekerjasama menjayakan matlamat yang disasarkan.

"Beta menggesa semua pihak, kerajaan, sektor swata, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), media massa dan yang terutama rakyat jelata untuk sama-sama bersepakat dan berganding bahu agar segala usaha yang digagaskan dapat dilaksanakan dengan segera dan berkesan," titah Seri Paduka.

Seri Paduka bertitah, dunia hari ini berhadapan dengan tekanan ekonomi begitu mencabar dan dugaan ekonomi terbesar kini adalah kenaikan harga minyak termasuk kos bahan api melambung tinggi melanda setiap negara di dunia.

"Malaysia pastinya tidak terkecuali. Jika berterusan, fenomena ini bukan sahaja akan membawa kesan negatif kepada pertumbuhan ekonomi negara tetapi lebih penting lagi, menghimpit taraf hidup rakyat melalui tekanan inflasi.

"Beta bersyukur kerana kerajaan masih berupaya mengimbangi kesan kenaikan harga minyak demi kesejahteraan rakyat jelata. Beta berasa sukacita kerana kerajaan terus mengekalkan harga minyak RON 95, diesel dan gas petroleum cecair kepada harga semasa.

Mengharapkan keputusan itu dapat mengurangkan beban rakyat, Yang di-Pertuan Agong mengingatkan para peniaga memberikan kerjasama dan tidak sewenang-wenang menaikkan harga barangan keperluan pengguna.

"Bila berlaku kenaikan harga seluruh rakyat akan mendapat kesan buruk dan sesungguhnya apa yang kerajaan laksanakan ini tidak dapat dinikmati rakyat," titah Seri Paduka.

Mengenai penggunaan pelbagai sumber tenaga dan air yang menyebabkan negara membelanjakan sejumlah besar wang bagi menyediakan kemudahan itu, Tuanku Mizan mahu rakyat jelata menjadi warga yang bijak memanfaatkan sumber tenaga dan air dengan berhemah.

Seri Paduka bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana negara ini mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama yang dilindungi daripada persengketaan dan kekacauan, selain mewarisi bumi Malaysia indah dan permai.

"Beta akui bukanlah mudah untuk rakyat berbilang bangsa dan agama mendiami sebuah negara dan berkongsi segalanya dalam keadaan aman, rukun dan damai.

Namun, rakyat Malaysia telah membuktikan bahawa kepelbagaian bangsa, agama dan budaya yang kita miliki bukanlah satu halangan dan masalah, sebaliknya adalah satu keunikan yang membina kekuatan kita bersama," titah Tuanku Mizan.

Melahirkan rasa dukacita kerana masih ada pihak yang cuba mengganggu-gugat ketenteraman negara dengan membangkitkan isu-isu sensitif, Seri Paduka mahu rakyat Malaysia mengekalkan perpaduan demi kesejahteraan tanah air dan generasi akan datang.

Tuanku Mizan turut mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa kejadian tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Hulu Langat, Selangor, baru-baru ini dan berharap insiden itu menjadi iktibar kepada semua agar lebih prihatin terhadap alam sekitar.

Bagi merealisasikan Malaysia sebagai negara maju pada 2020, Seri Paduka menitahkan rakyat Malaysia agar menjadi warga perkasa dan dinamik, yang bukan sahaja tinggi penguasaan ilmu pengetahuan dan kemahiran tetapi juga nilai akhlak, moral dan berintegriti.

"Sesungguhnya, Beta menghargai serta menyokong komitmen kerajaan di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam usaha meningkatkan integriti dan memerangi rasuah," titah Seri Paduka.

Menyatakan hemat Seri Paduka bahawa kerajaan berada pada landasan betul dalam langkah pencegahan rasuah, Tuanku Mizan menitahkan agar pendekatan untuk memerangi rasuah dilakukan secara mutlak dan lebih komprehensif, serta melipatgandakan usaha berkaitan. - BERNAMA

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Rasionalisasi subsidi pada kumpulan sasar

Posted:

Rasionalisasi subsidi pada kumpulan sasar

Rasionalisasi subsidi pada kumpulan sasar

KUALA LUMPUR 4 Jun — Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, tindakan kerajaan merasionalisasi subsidi bukanlah langkah menghapuskan subsidi tetapi memastikan subsidi diberikan kepada kumpulan sasar dan sektor yang benar-benar layak lagi memerlukan dengan jumlah berpatutan.

Perdana Menteri berkata, subsidi di Malaysia adalah antara terbesar di dunia meliputi keperluan seharian rakyat seperti gula dan beras dan ini tidak termasuk subsidi tidak langsung meliputi perkhidmatan dan pelajaran.

"Dalam mengurus negara, kebajikan dan kesejahteraan rakyat adalah matlamat tertinggi," katanya dalam ucapannya pada majlis menghadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan penganugerahan darjah dan pingat kebesaran sempena Hari Keputeraan baginda hari ini di Istana Negara di sini.

Najib berkata, malah suatu keputusan yang tampak popular tidak semestinya menjadi satu tindakan terbaik untuk tempoh yang lebih jauh dan untuk itu dalam mengurus ekonomi negara adalah penting "kita mengukur baju di badan sendiri."

"Bagi kepentingan ramai dan negara, sebuah kerajaan bertanggungjawab akan mencipta penyelesaian dan membuat pilihan mengutamakan maslahah rakyat bukan sahaja untuk jangka masa pendek dan pertengahan tetapi juga untuk jangka masa panjang," katanya.

Perdana Menteri berkata, keputusan memotong dan menaikkan pendapatan layak dicukai, memberi subsidi secara pukul rata tanpa mengira keperluan kumpulan sasar contohnya, barangkali mendapat sambutan hangat bagi masa-masa yang tertentu, akan tetapi ia bakal mengundang masalah.

"Hakikatnya, apabila hanya kurang dua juta daripada 12 juta pekerja membayar cukai, dua juta pembayar itu mensubsidikan majoriti yang tidak membayar cukai.

Ini akan lebih memberikan cabaran terutamanya apabila perkhidmatan kesihatan dan pendidikan adalah relatifnya percuma.

"Malaysia, bukanlah sebuah negara kuasa besar dunia yang mampu mencetak wang tanpa berasaskan kepada apa-apa sandaran atau fiat money," katanya.

Beliau berkata, kebergantungan kepada sumber asli seperti petroleum dan gas asli tidak akan kekal untuk selama-lamanya, malah rakyat patut bersyukurlah bahawa negara mempunyai syarikat petroleum nasional yang diuruskan dengan baik dan kerajaan berjaya memaksimumkan manfaat yang diperoleh.

"Akan tetapi, sumber ini semakin berkurangan. Ternyata, lebih banyak perbelanjaan modal terpaksa dikeluarkan untuk mencari sumber yang baru," katanya.

"Jadinya, kita harus insaf kepada apa yang mungkin melanda negara jika ekonomi tidak diurus dengan baik," katanya. - BERNAMA

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Sabtu, 4 Jun 2011

Utusan Online - Politik

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Politik


Calon ulama tersingkir

Posted:

Calon ulama tersingkir

Calon ulama tersingkir

Oleh ZULKIFLEE BAKAR
pengarang@utusan.com.my


PRESIDEN Pas, Abdul Hadi Awang berkata sesuatu kepada Mohamad Sabu yang menggantikan Nasharudin Mat Isa sebagai Timbalan Presiden selepas pemilihan di Muktamar Tahunan Pas Ke-57 di Taman Melewar, Gombak, semalam. - BERNAMA


KUALA LUMPUR 4 Jun - Pemimpin-pemimpin bukan ulama yang cenderung menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim menguasai pemilihan Pas yang diadakan semalam.

Dalam keputusan yang diumumkan hari ini oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pas, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman, kumpulan menyokong Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu bukan sahaja menamatkan penguasaan golongan ulama bagi kerusi Timbalan Presiden malahan menguasai ketiga-tiga kerusi Naib Presiden.

Kumpulan tersebut juga menguasai sebahagian besar kerusi Ahli Jawatankuasa Pusat yang dipertandingkan.

Bagi kerusi Timbalan Presiden, bekas Ahli Parlimen Kuala Kedah, Mohamad Sabu menewaskan dua ulama iaitu Nasharudin Mat Isa yang menyandang jawatan tersebut sejak 2005 dan Pesuruhjaya Pas Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Mohamad Sabu memperolehi 420 undi manakala Tuan Ibrahim 399 undi dan Nasharudin 224 undi.

Kemenangan Mohamad Sabu itu membolehkan beliau menebus kekalahan yang dialaminya di tangan Nasharudin dalam pemilihan pada tahun 2009.

Pada tahun tersebut Nasharudin berhadapan dengan Mohamad Sabu dan seorang lagi wakil profesional iaitu Exco Kerajaan Pas Kelantan, Datuk Husam Musa.

Selain itu, golongan ulama juga kehilangan wakil bagi kerusi Naib Presiden apabila dua calonnya iaitu, Exco Kerajaan Pas Kelantan Datuk Mohd. Amar Abdullah dan Idris Ahmad turut tewas dalam persaingan enam penjuru.

Tiga kerusi Naib Presiden dimenangi oleh Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahudin Ayub, Husam dan Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar.

Salahudin dan Mahfuz merupakan penyandang jawatan berkenaan. Tuan Ibrahim yang mendapat undi tertinggi pada pemilihan 2009 tidak mempertahankan kerusi tersebut kerana bertanding jawatan Timbalan Presiden.

Seorang lagi calon yang tewas ialah bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin yang memperolehi hanya 217 undi.

Suara golongan ulama juga turut 'terhakis' bagi jawatan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat apabila sebahagian besar mereka tewas dalam usaha menduduki 18 kerusi yang dipertandingkan.

Antara golongan ulama yang memenangi kerusi tersebut ialah Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak; Mohd. Amar dan Exco Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Dr. Hassan Mohamad Ali.

Sementara itu antara golongan profesional yang menang ialah Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli; Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamarudin Jaafar; Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr.Zulkefly Ahmad dan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kemenangan bagi Anwar, DAP

Posted:

Kemenangan bagi Anwar, DAP

Kemenangan bagi Anwar, DAP

KUALA LUMPUR 4 Jun - Kekalahan calon ulama dalam pemilihan Pas hari ini melengkapkan penguasaan DAP terhadap parti berasaskan Melayu dan Islam dalam pakatan pembangkang.

Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baru, Datuk Zulkifli Nordin berkata, kemenangan besar calon-calon profesional itu juga membuktikan kejayaan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim meletakkan calon-calonnya atau kumpulan Anwarinas di dalam Pas.

"Maka bukanlah sesuatu yang menghairankan apabila Pas selepas ini tidak ubah seperti buah catur kepada Anwar," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai kejayaan kumpulan profesional menguasai jawatan tertinggi di dalam Pas menewaskan calon pro ulama pada pemilihan sempena Muktamar Tahunan Pas Ke-57 semalam.

Pada pemilihan itu, Mohamad Sabu memenangi jawatan Timbalan Presiden manakala Naib Presiden pula disandang oleh Salahudin Ayub, Datuk Husam Musa dan Datuk Mahfuz Omar.

Zulkifli menambah, apa yang berlaku pada pemilihan Pas kali ini juga adalah percubaan kumpulan tertentu untuk dipilih sebagai calon pada pilihan raya umum akan datang.

Ini kerana kata beliau, keutamaan kumpulan itu adalah untuk merebut kuasa politik atau kerusi kerana habuan sama ada sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) atau ahli Parlimen adalah besar.

Sementara itu, bekas Naib Presiden Pas, Datuk Nakhaei Ahmad berkata, kemenangan calon profesional membuktikan bahawa era kepimpinan ulama di dalam Pas sudah berakhir dan tidak lagi dilihat relevan.

Ia kata beliau, mungkin ada kaitan dengan kemasukan kumpulan profesional dan liberal dalam Pas yang mengharapkan satu tindakan konkrit berbanding retorik yang sinonim dengan kumpulan ulama.

"Apa yang saya bimbangkan ialah kumpulan liberal ini nanti juga gagal membawa sebarang perubahan seperti yang diharapkan perwakilan.

"Ini boleh membawa bahaya yang besar kerana pertaruhannya adalah agama," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Presiden Yemen mahu bertindak balas

Posted:

Presiden Yemen mahu bertindak balas

Presiden Yemen mahu bertindak balas


Beribu-ribu penunjuk perasaan anti Presiden Ali Abbullah Saleh mengadakan tunjuk perasaan di Sanaa selepas solat Jumaat kelmarin menggesa Presiden Yemen itu meletakkan jawatan. – AFP


SANAA 4 Jun – Presiden Yemen, Ali Abdullah Saleh hari ini memberi amaran akan bertindak balas, selepas beliau cedera dalam serangan yang dilancarkan pemberontak ke atas Istana Presiden, semalam.

Yemen kini berada di ambang perang saudara dengan Kesatuan Eropah (EU) semalam menggerakan mekanisme untuk memindahkan rakyatnya dari Yemen dan menggesa 'gencatan senjata segera' dikuatkuasakan, menurut Ketua Hal Ehwal Luarnya, Catherine Ashton.

Ali yang mengetuai parti pemerintah, Kongres Agung Rakyat (GPC) mengalami cedera ringan apabila pemberontak melancarkan serangan roket ke arah Istana Presiden ketika pegawai-pegawai menunaikan solat Jumaat di masjid dalam kawasan istana itu, semalam.

Ali mengalami cedera ringan di bahagian belakang kepalanya.

Rejim Ali menuduh kabilah pemberontak, Sheikh Sadiq al-Ahmar bertanggungjawab melakukan serangan itu setelah anggota kabilah itu terlibat dalam pertempuran dengan tentera kerajaan di Sanaa, ibu negara Yemen sejak usaha damai gagal Selasa lalu.

"Kabilah Ahmar telah melampaui batas,'' kata Jurucakap GPC, Tariq al-Shami.

Ali turut mengeluarkan kenyataan audio lewat semalam menyatakan beliau berada dalam keadaan selamat.

"Jika anda sihat, saya juga sihat. Semoga rakyat kita terselamat daripada krisis ini," katanya dalam kenyataan audio itu yang disiarkan di televisyen kerajaan Yemen.

Ali turut mengesahkan tujuh pengawal peribadinya terbunuh dalam serangan itu.

Pemimpin lain yang cedera termasuk Perdana Menteri Ali Mohammed Mujawar yang terbakar di bahagian muka dan Timbalan Perdana Menteri, Jeneral Rashad al-Alimi yang kini berada dalam keadaan kritikal. – AFP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Amerika anggap serangan siber satu ancaman

Posted:

Amerika anggap serangan siber satu ancaman

Amerika anggap serangan siber satu ancaman

SINGAPURA 4 Jun - Amerika Syarikat (AS) memandang berat serangan siber dan bersedia menggunakan tentera terhadap mereka yang terbabit kerana ia dianggap sebagai satu tindakan perang.

Setiausaha Pertahanan, Robert Gates, hari ini berkata, Amerika menganggap serangan siber sebagai satu ancaman

Beliau juga memberi jaminan kepada sekutunya di Asia bahawa AS akan melindungi laluan laut dan akan mengekalkan kehadiran pasukan tentera yang kuat di rantau itu, walaupun menghadapi kekangan bajet dan perang yang berterusan di Iraq dan Afghanistan.

"Kita memandang serangan siber sebagai ancaman serius dan kita melihatnya daripada pelbagai sumber, dan bukan kepada satu negara sahaja''

''Kita boleh mengelak tekanan antarabangsa yang serius pada masa depan jika kita boleh mewujudkan beberapa undang-undang secepat mungkin bagi melaksanakan tindakan termasuk tindakan perang," kata Gates ketika di mesyuarat keselamatan di Asia,'' katanya pada Dialog tahunan di sini. - Reuters

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved