Rabu, 25 Mei 2011

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Lakukan siasatan penuh

Posted:

Lakukan siasatan penuh

Lakukan siasatan penuh

ISTANBUL 25 Mei - Badan kehakiman Turki didesak supaya menjalankan siasatan menyeluruh mengenai skandal video seks melibatkan anggota kanan Parti Pergerakan Nasionalis (MHP) dan bertindak terhadap dalang yang menyiarkan rakaman itu.

Gesaan tersebut semakin lantang disuarakan ketika Turki terus digemparkan dengan skandal video seks berturut-turut menjelang pilihan raya umum 12 Jun ini.

Artikel 139 Kanan Keseksaan Turki menghendaki 'aduan' daripada mangsa sebelum pendakwaan dan siasatan boleh dijalankan mengenai kesalahan yang digambarkan sebagai 'Kesalahan Mencabul Privasi'.

Namun, pemerhati berkata, badan kehakiman perlu bertindak terhadap mereka yang melakukan jenayah itu sekalipun tiada aduan kerana video tersebut diperoleh dan diedarkan secara haram.

Perbuatan itu juga dipercayai dirancang oleh golongan tertentu untuk mempengaruhi proses pilihan raya, kata mereka.

Bekas Pendakwa Raya, Resat Petek berkata, terdapat jenayah ancaman dan peras ugut terhadap ahli-ahli politik MHP selain unsur-unsur jenayah terancang kerana pelaku jenayah menggunakan laman Internet yang sama untuk menyiarkan video seks itu.

"Campur tangan sering kali berlaku dalam proses politik di Turki dan bukan perkara luar biasa jika muncul pita video, rakaman suara dan rakaman jenis lain pada waktu-waktu kritikal dari segi politik.

"Badan kehakiman perlu berwaspada dan bertindak terhadap dalangnya," katanya.

Presiden Abdullah Gul turut mengutuk skandal itu yang disifatkannya amat menjijikkan.

"Peras ugut seperti ini bukan sahaja jelik tetapi juga berbahaya kerana jika ia berlaku dalam satu bentuk hari ini, ia boleh berlaku dalam bentuk lain esok.

"Kalau seseorang menjadi sasarannya hari ini, orang lain boleh menjadi mangsanya esok, kerana itu kita mesti bertegas mengatakan 'tidak' dan bertindak terhadap dalangnya," kata Gul. - Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Hosni Mubarak hadapi tuduhan membunuh

Posted:

Hosni Mubarak hadapi tuduhan membunuh

Hosni Mubarak hadapi tuduhan membunuh

KAHERAH 25 Mei – Bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak semalam diarah menjalani perbicaraan atas tuduhan membunuh penunjuk perasaan dalam kes yang boleh membawa hukuman mati.

Keputusan Peguam Negara itu menamatkan spekulasi kononnya tentera yang memerintah Mesir akan menyelamatkan Mubarak daripada sebarang hukuman keras dan diaibkan di mata umum.

Mubarak yang disingkirkan pada 11 Februari lalu ekoran protes besar-besaran yang menuntut beliau berundur, disoal siasat mengenai peranannya berhubung tindakan pasukan keselamatan yang menyebabkan kematian lebih 800 penunjuk perasaan, selain disiasat berkaitan dakwaan rasuah.

Peguam Negara, Abdel Meguid Mahmoud berkata, Mubarak yang kini ditahan di sebuah hospital di pusat peranginan Sharm el-Sheikh, akan dibicarakan atas beberapa tuduhan termasuk melakukan 'pembunuhan terancang', yang boleh membawa hukuman mati.

Perkembangan di Mesir, negara paling ramai penduduk di dunia Arab, akan memberi kesan di seluruh rantau itu yang telah digegarkan dengan protes dan kekacauan.

Membicarakan Mubarak atas tuduhan tersebut boleh menyebabkan pemimpin Arab lain keberatan untuk melepaskan kuasa, kata penganalisis.

Dua anak lelaki bekas Presiden itu, Alaa dan Gamal turut dirujuk kepada mahkamah jenayah atas tuduhan sama, menurut kenyataan Peguam Negara itu.

Keputusan tersebut diumumkan beberapa hari sebelum satu lagi demonstrasi dijadual berlangsung di Dataran Tahrir, tengah Kaherah, iaitu tempat yang menjadi medan pemberontakan pada Februari lalu.

Aktivis menggesa penduduk keluar beramai-ramai pada Jumaat ini untuk menuntut proses pembaharuan dipercepatkan dan Mubarak serta sekutunya dibicarakan secara terbuka.

"Setiap kali golongan muda mengancam untuk mengadakan protes besar-besaran di Dataran Tahrir, mereka (tentera) akan membuat beberapa konsesi," kata ahli sains politik, Hassan Nafaa. – Reuters

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Keputusan Ashraf tukar kepada nama wanita Julai

Posted:

Keputusan Ashraf tukar kepada nama wanita Julai

Keputusan Ashraf tukar kepada nama wanita Julai


MOHD. Ashraf Hafiz Abdul Aziz bertudung seperti perempuan hadir ke mahkamah bagi memohon kebenaran untuk menukar nama kepada wanita di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu, semalam.


KUALA TERENGGANU 25 Mei – Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 18 Julai ini keputusan permohonan seorang lelaki untuk menukar namanya dalam MyKad kepada nama wanita selepas menjalani pembedahan tukar jantina, hampir dua tahun lalu.

Hakim Datuk Mohd. Yazid Mustafa menetapkan tarikh tersebut selepas selesai mendengar hujah kedua-dua pihak hari ini berhubung permohonan yang dikemukakan oleh Mohd. Ashraf Hafiz Abdul Aziz, 25.

Mohd. Ashraf yang mengemukakan permohonan untuk menukar namanya kepada Aleesha Farhana Abd. Aziz, hadir dengan berbaju kurung merah putih dan bertudung merah jambu.

Terdahulu, peguam Horley Isaacs yang mewakili pemohon dalam hujahnya menyatakan, Mohd. Ashraf telah melakukan pembedahan menukar jantina di Thailand kira-kira dua tahun lalu setelah disahkan layak dari segi psikologi oleh Pusat Perubatan Pantai (PMC).

Menurut beliau, anak guamnya itu berhasrat menukar nama bagi memudahkannya diterima masuk ke universiti tempatan untuk menyambung pelajaran.

Tambahnya, pemohon yang juga pemegang diploma dalam jurusan berkaitan perubatan itu turut mendapat sokongan penuh daripada ibu bapanya untuk berbuat demikian.

''Sebelum ini, dia (Mohd. Ashraf) pernah bekerja di farmasi, tetapi sukar untuk memakai pakaian lelaki kerana sejak kecil dia lebih cenderung untuk menjadi seorang perempuan disebabkan hormon lelakinya kurang stabil,'' katanya.

Bagaimanapun, Peguam Kanan Persekutuan, Adha Abu Bakar yang mewakili Ketua Pengarah Pendaftaran Malaysia pula berhujah, sifat kewanitaan yang ada pada pemohon hanyalah pada luaran dan tidak secara dalaman.

Katanya lagi, sekalipun telah membuat pembedahan, tiada laporan lengkap daripada doktor yang mengesahkan penukaran jantina pemohon berlaku seperti wanita semula jadi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Anwar fail tuntutan balas terhadap Hishammuddin

Posted:

Anwar fail tuntutan balas terhadap Hishammuddin

Anwar fail tuntutan balas terhadap Hishammuddin

KUALA LUMPUR 25 Mei - Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memfailkan tuntutan balas terhadap Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang menyamannya atas dakwaan fitnah berhubung penayangan video yang memaparkan aksi seks pelaku mirip seorang pemimpin pembangkang.

Dalam tuntutan balas yang difailkan menerusi firma guaman, Tetuan Faiz & Co. di Mahkamah Tinggi di sini pada 16 Mei lalu, Anwar antaranya menuntut ganti rugi untuk fitnah lisan, ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan, faedah serta kos.

Anwar selaku defendan mendakwa, dalam satu sidang akhbar pada 21 Mac lalu, Hishammuddin telah menyebut kata-kata fitnah mengenainya untuk merendah-rendahkan jawatannya sebagai Ketua Pembangkang dan Ahli Parlimen.

Kata-kata menyinggung itu, menurut Anwar, telah diterbitkan semula dalam portal berita, The Malaysian Insider dengan tajuk 'Hisham says sex video man should lodge police report' dan akhbar The Sun pada 22 Mac lalu di muka surat 3 dengan tajuk utama 'Police unaware of clip, says Hisham'.

Anwar mendakwa, Hishammuddin selaku plaintif tahu dan berniat supaya kata-kata tersebut atau intinya akan diterbitkan semula atau membenarkan terbitan semula dengan menyebut kata-kata itu kepada wartawan pada sidang akhbar berkenaan.

Defendan mengatakan bahawa kata-kata yang diucapkan oleh plaintif adalah secara niat jahat dan sindiran yang dimaksudkan atau difahami sebagai membawa maksud bahawa beliau tidak layak memegang jawatan awam.

Defendan mengatakan bahawa kata-kata yang diucapkan oleh plaintif adalah secara niat jahat dan sindiran yang dimaksudkan atau difahami sebagai membawa maksud bahawa beliau tidak layak memegang jawatan awam.

Bersama tuntutan balas tersebut, defendan menyertakan pembelaan yang antaranya menyatakan bahawa kata-kata tersebut diterbitkan dalam keadaan perlindungan munasabah haknya sebagai Ketua Pembangkang dan Ahli Parlimen Permatang Pauh kepada orang ramai yang mempunyai hak bersama untuk menerimanya.

Kata-kata itu juga menurut defendan, adalah ulasan saksama dalam menyuarakan pendapat defendan dan mempunyai kewajaran.

Pada 25 April lalu, Hishammuddin, 50, mendakwa, sehari selepas penayangan video itu pada 21 Mac lalu, Anwar telah bercakap kepada pihak akhbar sejurus selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Waspada kemungkinan banjir

Posted:

Waspada kemungkinan banjir

Waspada kemungkinan banjir

Oleh ALI MAHMOOD
utusanpahang@utusan.com.my


Adnan Yaakob bertanya khabar kepada seorang penduduk, Teh Mohd. Yatim (kanan) pada majlis Mesra Bersama Rakyat di Kampung Gemeti, Bentong, kelmarin.


BENTONG 25 Mei - Penduduk negeri ini diingatkan mengambil langkah berjaga-jaga terhadap kemungkinan banjir berikutan cuaca yang tidak menentu akhir-akhir ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, penduduk perlu berpindah ke tempat lebih selamat termasuk ke pusat pemindahan banjir yang disediakan jika diarah berbuat demikian oleh pihak berkuasa.

"Jangan tunggu banjir menjadi serius baru hendak berpindah kerana tindakan yang lewat boleh mengundang padah dan kehilangan nyawa.

''Saya faham kebanyakan mangsa banjir enggan berpindah kerana bimbang keselamatan rumah dan harta benda mereka yang terdedah kepada kecurian tetapi kita juga perlu mengutamakan keselamatan serta nyawa dan keluarga kita sendiri terlebih dahulu," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis Mesra Rakyat Bersama Pemimpin peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Ketari dan menyampaikan sumbangan kepada 30 mangsa banjir kilat dari Kampung Gemeti di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ketari di sini semalam.

Turut hadir Menteri Kesihatan yang juga Ahli Parlimen Bentong, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Ahli Dewan Undangan (ADUN) Ketari, Datuk Dr. Ng Keong Chye.

Adnan berkata, ibu bapa perlu mengawasi anak-anak daripada bermain air semasa banjir kerana tidak mahu kemalangan jiwa berlaku akibat arus deras, ancaman reptilia berbisa seperti ular, lipan dan kala jengking.

Beliau berkata, mangsa banjir juga perlu menjaga pemakanan dan kesihatan bagi mengelakkan penyakit bawaan air seperti taun, demam denggi dan kepialu.

''Bantuan yang disalurkan kerajaan negeri adalah tidak seberapa berbanding jumlah kerugian yang terpaksa ditanggung mangsa tetapi sumbangan itu ebagai tanda prihatin dan ingatan kerajaan kepada mangsa," katanya.

Bagaimanapun, menurut Adnan, kerajaan negeri akan terus menyalurkan bantuan kepada mangsa bencana bagi meringankan beban mereka.

''Mustahil bagi kerajaan untuk membantu semua kerugian yang ditanggung mangsa kerana ia memerlukan peruntukan ratusan juta ringgit," jelasnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kualiti air di Kampung Baru Manchis dipantau

Posted:

Kualiti air di Kampung Baru Manchis dipantau

Kualiti air di Kampung Baru Manchis dipantau

BENTONG 25 Mei - Pejabat Kesihatan Daerah dan Jabatan Bekalan Air (JBA) Pahang akan meneruskan pemantauan kualiti air di Kampung Baru Manchis di sini, bagi memastikan kualiti air paip di kawasan itu tidak dicemari bakteria.

Ahli Parlimen Bentong, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, pemantauan itu bagi memastikan masalah cirit-birit yang dialami oleh 20 penduduk kampung itu tidak berulang lagi.

Katanya, dalam kejadian yang berlaku minggu lalu, penduduk terbabit mengalami simptom cirit-birit sehingga terpaksa menerima rawatan di klinik kesihatan berhampiran.

"Bagaimanapun, mereka hanya dirawat sebagai pesakit luar dan tidak ditahan di wad. Masalah yang berlaku mungkin disebabkan kekurangan klorin dalam air atau paip air yang kotor dan dicemari bakteria," kata beliau yang juga Menteri Kesihatan.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Mesra Rakyat bersama pemimpin kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ketari di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ketari, di sini petang semalam.

Majlis yang dirasmikan oleh Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob itu turut dihadiri Ahli Dewan Undangan negeri (ADUN) Ketari, Datuk Dr. Ng Keong Chye.

Tiong Lai memberitahu, JBA mengesahkan kandungan air yang dibekalkan kepada penduduk kawasan itu mempunyai kandungan klorin pada kadar yang ditetapkan.

"Mereka sentiasa memantau proses pembekalan air dengan rapi dan kemungkinan besar wujud masalah lain seperti di loji atau paip bekalan air bocor yang mana semua itu masih dalam siasatan," katanya

Beliau berkata, tiada pihak boleh dipersalahkan dalam isu itu kerana ia berlaku mungkin disebabkan banyak faktor dan apa yang boleh dilakukan ialah meneruskan pemantauan serta siasatan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

RM3 juta bina 83 unit rumah Orang Asli tahun ini

Posted:

RM3 juta bina 83 unit rumah Orang Asli tahun ini

RM3 juta bina 83 unit rumah Orang Asli tahun ini

KUALA LIPIS 25 Mei - Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM3 juta untuk membina 83 unit rumah Orang Asli di bawah Program Bantuan Rumah (PBR) pada tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli negeri, Datuk Wan Rosdy Wan Ismail berkata, bagi tujuan itu, kerajaan akan membina 10 unit di setiap daerah.

Katanya, setiap unit rumah yang berharga antara RM33,000 hingga RM36,000 itu mempunyai dua bilik yang dilengkapi dengan bekalan air paip dan elektrik.

"Tahun lalu sahaja, kerajaan membina lebih 800 unit PBR di seluruh negeri bagi membolehkan lebih ramai masyarakat Orang Asli memiliki rumah kediaman yang lebih selesa," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menutup Hari Keluarga Felcra Orang Asli di Pos Betau dekat sini semalam.

Turut hadir Senator Mohamad Olian Abdullah.

Menurut beliau, sehinga kini, kerajaan membelanjakan lebih RM35 juta bagi membina kira-kira 1,000 unit rumah Orang Asli di bawah program PBR di 263 perkampungan masyarakat tersebut di seluruh negeri.

Selain PBR, beliau memberitahu, kerajaan mempunyai pelbagai program ekonomi bagi membantu Orang Asli keluar daripada kepompong kemiskinan.

Sehubungan itu, beliau menasihati masyarakat Orang Asli supaya tidak mudah terpengaruh dengan tohmahan pembangkang kononnya kerajaan selama ini tidak membela nasib mereka.

"Tohmahan itu adalah fitnah dan tidak berasas kerana kerajaan selama ini sudah melaksanakan pelbagai program pendidikan dan pertanian termasuk memilih mereka menjadi peserta Felcra.

"Selain itu, kerajaan turut membangunkan tanah-tanah Orang Asli dengan tanaman getah dan kelapa sawit," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Belia melakar sejarah zaman

Posted:

Belia melakar sejarah zaman

Belia melakar sejarah zaman

Oleh ZULKIFLI JALIL
pengarang@utusan.com.my

MARK Zuckerberg melakar sejarah apabila mencipta laman sosial facebook yang mendapat sambutan luar biasa dari segi kegunaannya.

Tentu sekali anak muda ini tidak boleh melupakan peristiwa sewaktu berada di alam persekolahan apabila individu terkaya di dunia, Bill Gates menawarkan satu juta dolar kepadanya. Dan orang lain akan mengingati peristiwa itu kerana dia menolaknya.

Namun dengan penciptaan facebook, dalam usia 26 tahun, Zuckerberg muncul sebagai orang ke-35 paling kaya di dunia dengan nilai AS$6.9 bilion (lebih dari RM20 bilion). Inilah yang dikatakan belia yang telah melakar sejarah - meninggalkan kesan yang besar bukan sahaja kepada dirinya sendiri tetapi kepada dunia.

Zuckerberg adalah contoh terbaik individu dalam kategori belia diungkapkan oleh Pengerusi Biro Ekonomi dan Pembangunan Usahawan Pemuda UMNO, Datuk Sohaimi Shahadan apabila bercakap tentang topik Himpunan Sejuta Belia yang akan berlangsung di Putrajaya hujung minggu ini.

Sohaimi, 42, menarik perhatian bahawa untuk melakar sejarah, ia mestilah bermula dari alam belia.

"Ia tidak semestinya di alam persekolahan, tetapi langkah mesti dibuat apabila sahaja kita memulakan kehidupan sebagai belia. Ya, definisi belia ialah remaja seawal usia 15 tahun dan paling tua ialah 40 tahun, namun kekuatan mental dan fizikal yang bermula di awal usia 20-an adalah masa yang paling sesuai untuk melakar sejarah kehidupan," kata beliau kepada Utusan Malaysia semalam.

Bagi anak muda dalam lingkungan belia dan remaja, kata Sohaimi, mereka mempunyai tenaga. Mereka mempunyai akal dan fizikal yang mantap bagi mempertahankan idealisme mereka.

"Ini adalah zaman yang paling sesuai untuk melakar sejarah bukan sahaja untuk diri sendiri tetapi juga untuk orang lain.

"Setelah usia meningkat, fizikal akan menjadi semakin lemah, daya berfikir menjadi semakin perlahan dan dalam teori kreativiti manusia, yang tinggal hanya dua peratus. Apakah yang boleh dibuat oleh orang yang melampaui usia belia?" soal Sohaimi.

Bagi Sohaimi, jihad yang paling besar dan berkesan di zaman ini ialah jihad ekonomi. Anak-anak bangsa mesti berjuang untuk memantapkan ekonomi dan diri yang seterusnya akan membantu memantapkan ekonomi bangsa dan negara.

"Siapakah orang yang kita boleh harapkan untuk memperjuangkan agenda bangsa, kalau tidak dari kalangan belia?

Mereka sahaja yang boleh melakar sejarah besar yang sedang kerajaan gerakkan kini sebagai kesinambungan perjuangan pahlawan dahulu," kata beliau.

Sohaimi memberi contoh, selain Zuckerberg, ramai lagi golongan muda belia yang boleh dibanggakan. Tidak terkecuali belia tempatan. Beliau menyorot perkembangan "Restoran Sekinchan Ikan Bakar" yang diterajui seorang anak muda, Datuk Jamal Md. Yunos yang secara kebetulan berada dalam industri makanan dan restoran.

Bermula dengan kegiatan perniagaan menyediakan khemah untuk majlis-majlis keraian, ia bertukar menjadi saudagar ikan bakar. Kalau dikira dari segi membakar dan memasak makanan sebegitu yang dikira tradisional, tentulah orang tua, yang mahir dan pakar, tetapi kenapa anak muda yang menjalankan perniagaan ini?

"Pertamanya untuk menjalankan perniagaan sebegitu memerlukan tenaga, keduanya, yang paling penting ialah memerlukan kreativiti.

"Kedua-duanya ada pada belia, dan kebetulan belia tersebut ialah Datuk Jamal - orang yang telah melakar sejarah. Seorang rakan saya pernah berseloroh, "Sekinchan Ikan Bakar membuka cawangan baru setiap minggu," katanya.

Sekali lagi, beliau menarik perhatian tentang seorang lagi belia contoh iaitu Pengarah Urusan Sani United Sdn. Bhd. (SUSB), Datuk Wan Mohammad Sani Salleh yang membuka syarikat pengangkutan Bas Sani Ekspres. Ceritanya, Wan Mohammad Sani pernah bankrap dan beberapa kali jatuh dalam perniagaan.

"Tetapi usia mudanya ada satu kelebihan. Beliau masih mampu dan bertenaga untuk bangkit kembali dalam melakar sejarah dan saya percaya ini adalah sejarah bangsa.

"Kini syarikat bas Sani Ekspres boleh bergaya dengan pemilikan sebanyak lebih daripada 50 buah bas dua tingkat yang canggih teknologinya dan telah dinobatkan sebagai Tokoh Usahawan Muda oleh dua buah institusi pendidikan, iaitu Universiti Malaya dan Kolej Poly-Tech Mara," kata Sohaimi lagi.

Ramai lagi anak-anak muda kita yang telah melakar sejarah baik di dalam atau di luar negara. Jika pada zaman dahulu mereka muncul sebagai pahlawan perang yang sanggup berjuang hingga ke titisan darah terakhir dalam menegakkan maruah bangsa. Kini, mereka di arena sendiri yang kadang kala pentasnya tidak mereka faham.

Kita melihat sekarang kebanyakan anak muda menjadi begitu taksub dengan gajet komputer, permainan siber dan facebook. Kenapa tidak di dalam berseronok dan bersuka-ria itu, kita tanamkan sedikit wawasan untuk mencipta kewangan.

Bagaimana Irfan Khairi dan Azizi Ali menggunakan kemudahan internet dalam mencipta wang. Ia tentu sekali bermula dengan keseronokan berdepan dengan komputer sehingga mereka berupaya melakar sejarah mencipta wang untuk mereka.

Menurut pakar kanak-kanak, golongan itu memang dilahirkan kreatif. Tetapi apabila mereka tamat pengajian di universiti, kreativiti mereka hanya tinggal 25 peratus. Dan apabila mereka tamat perkhidmatan, kreativiti mereka paling tinggi pun masih ada cuma dua peratus sahaja. Ini bermakna untuk seseorang melakarkan sejarah dalam kehidupan mereka, ia hanya boleh berlaku dalam usia muda.

Pada masa zaman kanak-kanak, walaupun kreativiti seseorang itu tinggi tetapi kemampuan fizikal dan mental terbatas. Mereka tidak mampu menolak sergahan orang yang lebih dewasa daripada mereka. Sebab itu kanak-kanak gagal melakarkan sejarah mereka.

Contoh yang paling tepat ialah peristiwa Hang Nadim dibunuh kerana cuba menunjukkan kebijaksanaannya menggunakan batang pisang bagi menangani masalah serangan ikan todak di pantai Singapura pada zaman dahulu.

Sohaimi sekali lagi menarik perhatian bahawa masa kini adalah era teknologi dan dunia tanpa sempadan.

"Leftenan Muda Adnan Saidi menjadi wira negara dan meninggal dunia dibunuh askar Jepun dalam usia 28 tahun, begitu juga Datuk Sagor Pasir Salak dikatakan mati di tali gantung pada usia yang muda kerana menentang Inggeris.

"Para pejuang yang lahir di zaman era perjuangan bersenjata adalah dari golongan muda dan remaja. Mereka mencipta sejarah yang sukar dinukil dengan kata-kata, tetapi sejarah itu tetap terpahat dalam khazanah bangsa.

"Tidak ada lagi perjuangan bersenjata yang senang untuk dimenangi, semuanya menjadi canggih dan sofistikated, seolah-olah ilmu adalah punca segala kuasa," kata beliau.

Kata Sohaimi: "Masa yang ada amat singkat, usia remaja adalah terbatas dan masa ini sahaja kita mempunyai tenaga dan daya pemikiran yang kreatif untuk melakar sejarah bangsa. Belia tidak sepatutnya menjadi generasi yang berpeleseran tanpa arah dan tujuan."

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Obama kecewakan masyarakat Islam

Posted:

Obama kecewakan masyarakat Islam

Obama kecewakan masyarakat Islam

Oleh Azmi Hassan

SALAH satu sebab mengapa ucapan Presiden Barack Obama mengenai Asia Barat dan Afrika Utara minggu lepas dianggap begitu penting adalah kerana ia mungkin boleh dijadikan asas dasar luar Amerika Syarikat (AS) dalam hal ehwal kedua-dua rantau tersebut.

Semenjak revolusi rakyat Arab melanda Tunisia dan Mesir, kedudukan AS sebagai pendokong demokrasi jatuh merudum kerana kegagalan bertindak mengikut arus revolusi tersebut.

Tambahan pula AS yang dilihat begitu berwaspada dan kadang kala terkeliru apabila berhadapan dengan gelombang yang serupa melanda Libya, Bahrain, Yemen dan Syria. Kenyataan dasar Obama tersebut sememangnya dinanti-nantikan setelah hampir dua tahun ucapan bersejarah beliau di Kaherah mengenai isu hubungan AS dengan dunia Islam berlalu tanpa sebarang kemajuan.

Mungkin ramai yang merasa agak kecewa dengan ucapan terbaru Obama kerana tiada dasar atau strategi baru yang direncanakan oleh beliau untuk membuktikan kepada dunia Islam bahawa AS kini sedang berusaha untuk berlaku lebih adil.

Seperti mana ucapan beliau di Kaherah pada 2009, ucapan terkininya yang mengandungi 5,400 patah perkataan banyak berkisar kepada harapan, iaitu tema yang begitu gemar dimainkan Obama.

Tetapi satu perkara yang agak menarik adalah apabila Obama menyentuh proses damai Palestin-Israel dengan menegaskan garis sempadan sebelum perang 1967 perlu digunakan sebagai asas dan diikuti dengan pertukaran kawasan yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak yang bertelagah.

Memang benar tiada yang baru apa yang dihasratkan oleh Obama kerana bekas Presiden Bill Clinton juga menggunakan asas yang serupa ketika perbincangan di antara Ehud Barak dan Yasser Arafat di Camp David pada tahun 2000.

Begitu juga dengan bekas Presiden George W. Bush, walaupun beliau tidak begitu mengambil berat tentang proses damai, tetapi menggunakan dasar garis sempadan 1967 dalam setiap perbincangan dengan Perdana Menteri Israel iaitu Ariel Sharon dan Ehud Olmert.

Perlu ditekankan penggunaan garis sempadan 1967 adalah penting kerana ketika Perang Enam hari yang bermula 5 Jun dan tamat pada 10 Jun 1967, Israel telah merampas Semenanjung Gaza dan Sinai dari Mesir, Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur dari Jordan dan Golan Heights dari Syria.

Apa yang menjadikan kenyataan Obama lebih menarik ialah jika selama ini Clinton dan Bush menggunakan asas sempadan 1967 hanya secara tersirat, tetapi Presiden terbaru AS ini menyatakan pendirian tersebut secara tersurat untuk tatapan masyarakat antarabangsa.

Sebab itu agaknya Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dari awal lagi menolak cadangan Obama itu dengan memberi alasan bahawa sempadan sedemikian rupa bakal memberi ancaman kepada Israel.

Pertemuan antara Obama dan Netanyahu yang berlangsung sehari selepas ucapan Obama seperti yang dijangkakan tidak menghasilkan sebarang persetujuan.

Netanyahu begitu angkuh berani menempelak cadangan Obama secara terbuka kerana beliau akur bahawa Presiden AS tidak mampu bertahan lama tanpa sokongan daripada masyarakat Yahudi Amerika. Tambahan pula Obama baru sahaja mengisytiharkan akan bertanding jawatan Presiden untuk penggal kedua.

Sokongan masyarakat Yahudi adalah kritikal kerana kumpulan tersebut merupakan penyumbang terbesar kepada dana kempen Obama.

Jika ketegasan Obama mempertahankan dasar beliau begitu terserlah ketika pertemuan dengan Netanyahu, tetapi akhirnya beliau terpaksa akur dengan pengaruh masyarakat Yahudi Amerika. Ketika berucap di hadapan penyokong pertubuhan pelobi Yahudi (AIPAC), Obama menegaskan bahawa cadangan sempadan 1967 itu telah disalah tafsir.

Sebenarnya apa yang dimaksudkan oleh Obama adalah Israel tidak semestinya terpaksa menyerahkan kembali semua penempatan haram yang dibina di Tebing Barat. Begitu juga dengan Golan Heights tidak semestinya akan dipulangkan kepada Syria. Baitulmaqdis Timur yang diidamkan oleh rakyat Palestin untuk menjadi sebahagian negara Palestin yang merdeka juga bukannya sesuatu yang tidak boleh diubah.

Ucapan Obama di hadapan penyokong AIPAC mendapat tepukan gemuruh kerana sekali lagi dibuktikan bahawa tidak kira siapa yang mendiami White House, Washington sama sekali tidak akan mengabaikan kepentingan Israel.

Obama menegaskan selagi keselamatan Israel tidak terjamin, maka garis sempadan 1967 boleh dipinda sehingga matlamat tersebut tercapai.

Masyarakat antarabangsa agak kecewa dengan pendirian berdolak-dalik dan kurang tegas Obama akibat tekanan Yahudi Amerika. Sebenarnya saranan supaya sempadan 1967 digunakan sebagai asas rundingan bukan sesuatu yang melampau kerana Resolusi 242 Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu juga memberi maksud yang serupa, iaitu Israel hendaklah menyerahkan kembali semua wilayah yang ditakluk semasa perang 1967.

Sememangnya ada kebenaran tentang tuduhan Bush yang tidak mengambil kisah mengenai proses rundingan damai yang mengakibatkan tiada kemajuan selama lapan tahun era White House beliau. Tetapi lain pula dengan Obama walaupun dilihat begitu mengambil berat mengenai kemelut Palestin-Israel, tetapi sebenarnya apa yang selama ini diusahakan oleh beliau hanya berlandaskan harapan dan bukannya ketegasan.

Sudah acap kali Obama mengecewakan umat Islam bermula dengan ucapan beliau di Kaherah sebaik sahaja dilantik menjadi Presiden AS. Begitu juga apabila berhadapan dengan revolusi rakyat Arab, Obama mengamalkan demokrasi terpilih. Persetujuan di antara Hamas dan Fatah untuk menubuhkan kerajaan perpaduan Palestin tidak disambut oleh Obama malah diperlekehkan pula. Kemuncaknya adalah Obama sekali lagi mempermainkan harapan rakyat Palestin apabila berhadapan dengan isu garis sempadan 1967.

PENULIS ialah GeoStrategis Institut

Teknologi dan Sains GeoSpatial (INSTEG),

Universiti Teknologi Malaysia

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Global Station pilih 7 novel

Posted:

Global Station pilih 7 novel

Global Station pilih 7 novel

Oleh KHADIJAH IBRAHIM
khadijah.ibrahim.com.my
Gambar SAIFUL BAHARI ASHARI


(Dari kiri) Zaitun Muhd. Jiwa dan Firdaus Husamuddin bertukar-tukar dokumen perjanjian sambil diperhatikan oleh Nizam Sani (dua dari kanan) dan Shoba Devi.


SESEBUAH novel yang dicetak berulang kali menandakan naskhah berkenaan digemari ramai dan sekali gus jualannya amat memberangsangkan.

Berdasarkan faktor itulah, Global Station Sdn. Bhd., kini memilih tujuh buah novel yang laris di pasaran untuk diadaptasikan menjadi drama bersiri dan telefilem.

Novel-novel tersebut adalah Jauh, Kau Untukku, Adam Dan Hawa, karya Aisya Sofea, Manisnya Cinta dan Bayangan Rindu (Anis Ayuni), Kau Yang Satu (Mia Azalea) serta Tiada Yang Kedua (Sania Yasmin), terbitan Alaf 21.

Penerbit Global Station, Datin Zaiton Muhd. Jiwa berkata, pemilihan novel ke kaca televisyen bukanlah perkara mudah kerana ia perlu diolah semula mengikut kesesuaian jalan cerita.

"Bagi pembaca novel, mereka sudah tahu jalan ceritanya tapi penonton televisyen belum, sebab itulah setiap novel ada penulis skrip yang akan mengolahnya.

"Walaupun ada penambahan bagi disesuaikan dengan format drama namun jalan cerita asal novel berkenaan tetap dikekalkan. Sebenarnya mengadaptasi novel ke layar kaca amat berisiko kerana orang akan membandingkan dengan karya asal," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis Memorandum Persefahaman (MoU) antara Global Station Sdn. Bhd., dengan Grup Buku Karangkraf Sdn. Bhd., di Hotel Ritz Carlton, Bukit Bintang, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Turut hadir, Penerbit Eksekutif Grup Buku Karangkraf Sdn. Bhd., Firdaus Husamuddin, Pengurus Saluran Astro Prima, Nizam Sani dan Pengurus Saluran Astro Citra, Shoba Devi.

Katanya, antara penulis skrip yang sudah dikenal pasti adalah Rozie Rashid dan pengarah yang bakal terbabit, antaranya Erma Fatima, Osman Ali dan Feroz Kadir.

"Kami yakin drama yang diadaptasi daripada novel mampu menarik perhatian penonton. Sementara para pelakon akan dipilih berdasarkan kesesuaian watak kerana setiap drama mempunyai mesej dan jalan cerita berbeza.

"Pemilihan novel itu selain laris di pasaran, turut dilihat jalan cerita dan mesej yang terkandung dalam naskah itu," katanya.

Sementara itu, Eksekutif Produser Global Station, Zetty Adila Ramly berkata, semua drama itu akan memulakan penggambaran secepat mungkin kerana akan ditayangkan selewat-lewatnya tahun ini juga.

"Seperti yang dikatakan, bukan semua novel yang diadaptasi akan divisualkan 100 peratus seperti apa yang dibaca. Jika penggambaran boleh dilakukan dalam negara kami akan lakukan di sini.

"Trend menghasilkan drama berdasarkan novel bukanlah baru kerana sudah banyak novel yang dibuat filem atau drama. Untuk projek ini, kami akan menggabungkan pelakon lama dan baru bagi memeriahkan industri seni tanah air," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

S.Y.O.K komedi muzikal

Posted:

S.Y.O.K komedi muzikal

S.Y.O.K komedi muzikal

Oleh KHADIJAH IBRAHIM
khadijah.ibrahim@utusan.com.my
Gambar DJOHAN SHAHRIN SHAH


Oja (kiri), Harun Salim Bachik (dua dari kanan) dan Alex (kanan) pada majlis memperkenalkan S.Y.O.K, di Kuala Lumpur baru-baru ini.


SUDAH banyak program komedi yang disiarkan di kaca televisyen tempatan namun ia tidak menyekat kreativiti krew produksi Radio Televisyen Malaysia (RTM) untuk menghasilkan sebuah lagi rancangan berunsur lawak jenaka.

Program S.Y.O.K yang bakal disiarkan di TV1, pukul 9 malam mulai esok (27 Mei) menampilkan konsep berbeza kerana ia menjurus kepada sitkom komedi muzikal.

Sitkom komedi muzikal selama satu jam yang diterbitkan sebanyak 15 episod itu menampilkan tema berbeza pada setiap minggu.

Penerbitnya, Oja Abdul Aziz berkata, bukan mudah untuk menghasilkan program komedi tambahan pula ia dibuat dengan konsep muzikal.

"Tidak mudah untuk buat orang ketawa. Walau apa pun ini adalah cabaran kepada kami kerana selain untuk membuat orang ketawa, mesej tentang dasar kerajaan juga perlu disalurkan.

"Kami merasakan dengan cara lawak dan nyanyian, mesej yang hendak disampaikan lebih mudah melekat di minda penonton. Sitkom ini mengikut skrip yang dihasilkan oleh Ahmad Zainuddin Abdullah, namun pelakon bebas melontarkan dailog mengikut kesesuaian semasa," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis memperkenalkan program S.Y.O.K di Wisma TV, Radio Televisyen Malaysia (RTM), baru-baru ini yang turut dihadiri, Timbalan Seksyen Produksi TV, Norliza Mohd. Ali.

Menurut Oja, pendekatan komedi muzikal dilihat lebih berkesan kerana ia dilakukan secara santai di samping menggabungkan pelakon komedi lama dan baru.

Sitkom yang menjalani proses rakaman di Kompleks Penyiaran Tuanku Muhammad, Senawang, Negeri Sembilan itu antaranya dijayakan oleh Saiful Apek, Harun Salim Bachik, Johan Raja Lawak, A.R Badul, Kartina Aziz, Lydia Ibtisam dan Adibah Noor.

"Biasanya lawak disampaikan kepada penonton menerusi gerak tubuh dan cara pertuturan, tetapi S.Y.O.K menerapkan elemen muzik dalam menyampaikan mesej yang tersirat," jelasnya.

Kata Oja, setiap pergerakan para pelawak bukan dibuat sewenang-wenang kerana sepanjang rakaman dibuat, pereka tari, juara So You Think You Can Dance, Alam (Muhammad Haslam Abdul Rahman Rubaee) turut hadir memberi panduan.

Sementara itu, Harun Salim Bachik yang sudah lama tidak berlakon sitkom berkata, beliau menerima tawaran tersebut kerana ia berbeza dengan program lawak biasa.

"S.Y.O.K ini berbeza kerana ia dipersembahkan dalam bentuk muzikal. Lagipun belum ada program lawak yang dibuat dengan konsep ini dan kerana mahu mencuba sesuatu yang baru, saya terima tawaran RTM.

"Berlawak, berlakon sambil menyanyi, bukan mudah kerana kami bukan penyanyi. Apa pun itulah cabarannya. Walaupun saya bergandingan dengan pelawak baru, ia tidak memberi masalah kerana setiap orang tahu peranan masing-masing," ceritanya.

Katanya, walaupun setiap pelakon diberi skrip namun ia hanyalah sekadar panduan sahaja kerana cara penyampaian bergantung kepada pelakon itu sendiri.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Upah penyiasat buktikan kecurangan

Posted:

Upah penyiasat buktikan kecurangan

Upah penyiasat buktikan kecurangan

Oleh ROSMAH DAIN
Gambar RASHID MAHFOF dan NOOR AZLINA JAAFAR

SESUNGGUHNYA menerima hakikat sesuatu kebenaran itu sangat pahit. Namun ramai yang sanggup menerima kenyataan itu dan rela mengenepikan risiko yang bakal dihadapi.

Justeru demi untuk 'melihat' kebenaran itu jugalah menyebabkan ramai yang pada mulanya berasa sangsi dengan kesetiaan pasangan masing-masing sanggup mengupah penyiasat persendirian untuk mendapatkan apa yang dikatakan kebenaran di sebalik setiap rasa kecurigaan.

Malah mengupah penyiasat persendirian atau PI kini merupakan satu trend.

Ini diakui oleh Aziz Ariarasa Abdullah, Pengurus Perunding MVD International Sdn. Bhd., sebuah agensi penyiasat persendirian di ibu negara.

Katanya, kerana merasa curiga dalam hubungan rumah tangga ramai di kalangan suami atau isteri secara diam-diam mengambil pendekatan mengupah penyiasat persendirian untuk melihat sejauh mana kebenaran akan kesangsian yang bermain di fikiran mereka.

Aziz Ariarasa menjelaskan, syarikatnya banyak menerima e-mel atau permintaan untuk menyiasat individu atau sasaran yang dimaklumkan.

''Dalam prosedur kerja, sekurang-kurangnya tiga hari diperlukan untuk menjalankan siasatan secara mengekori sasaran sebelum penyiasat kami membuat laporan.

''Apa yang diperlukan ialah alamat. Kalau ada gambar sasaran lagi bagus, nombor telefon, nombor kereta dan beberapa maklumat lain. Lagi banyak maklumat lagi memudahkan kerja penyiasat.

''Apabila pelanggan itu datang semula, pihak kami akan maklumkan segala yang berlaku berdasarkan laporan dan gambar-gambar yang dirakam oleh penyiasat kami,'' jelasnya.

Aziz memberitahu, dalam siasatan itu sasaran tidak akan tahu dirinya diekori kerana mereka mempunyai cara tersendiri dan penyamaran ketika melakukan siasatan.

Biasanya satu kumpulan dianggotai oleh empat orang penyiasat. Mereka akan cuba tidak mendedahkan diri dan tidak akan berlaku 'sentuhan fizikal' dengan sasaran.

Justeru, lagi dekat kedudukan jarak penyiasat dengan sasaran lagi baik agar memudahkan siasatan.

Malah sekiranya ingin merakamkan gambar, pihak penyiasat akan menggunakan gajet yang tercanggih yang pastinya tidak akan diketahui oleh sesiapa bahawa pergerakan mereka sedang dirakam sama ada dalam bentuk video mahupun gambar statik.

Menurut Aziz Ariarasa, ada di kalangan pelanggan yang mahu mendapatkan jawapan bagi siasatan dalam masa sehari.

Namun katanya, itu adalah satu keadaan yang agak mustahil kerana dikhuatiri sasaran yang diekori tidak keluar atau tiada aktiviti menunjukkan perjumpaan berbentuk kecurangan berlaku.

''Kita sebagai penyiasat persendirian mempunyai batas tertentu. Kta tidak boleh menyiasat sehingga ke dalam bilik atau rumah mahupun tempat yang private.

"Tetapi penyiasat boleh memberi maklumat dari bahagian luaran mahupun alamat tempat yang dikunjungi sasaran.

"Apa yang berlaku di dalam rumah atau bilik, kami tidak boleh rakamkan," jelasnya.

Apabila ditanya siapakah yang paling banyak membuat aduan, katanya, kaum Melayu dan mereka yang beragama Islam paling banyak bertanya untuk mendapatkan perkhidmatan syarikatnya.

Namun, katanya kos untuk perkhidmatan itu agak tinggi dan ramai yang tidak mampu.

Katanya, sebaik sahaja permintaan untuk melakukan siasatan dipersetujui, mereka perlu bayar yuran sebanyak 50 peratus sebelum bayaran penuh dijelaskan selepas laporan diserahkan.

''Upah untuk perkhidmatan ini sahaja bermula dengan empat angka," katanya yang enggan menjelaskan secara terperinci yuran sebenar yang diperlukan untuk perkhidmatan penyiasat persendirian.

Menurut Aziz Ariarasa, jika dipecahkan mengikut jantina, 60 peratus daripada si pengadu adalah wanita manakala bakinya 40 peratus lagi lelaki. Dalam seminggu kata beliau, syarikatnya boleh menerima kira-kira 10 kes.

Tegasnya, bukan semua kes yang disiasat berakhir dengan bukti bahawa pasangan curang.

''Bagaimanapun perkhidmatan kita banyak digunakan oleh golongan ekspatriat yang bertugas di luar negara dan mahu kita siasat pasangan mereka yang tinggal di sini.

''Kita siasat atas permintaan pelanggan. Jika mereka mahu kita siasat, kita siasat. Selepas itu urusan rumah tangga mereka kita tidak akan masuk campur," katanya.

Apabila ditanya apakah kebaikannya mendapatkan perkhidmatan penyiasat persendirian ini, menurut Aziz Ariarasa sebagai individu yang mengupah, mungkin ia satu tindakan yang akan menjawab dan merungkai segala persoalan yang selama ini memberatkan minda mereka.

Mungkin tegasnya, selepas terungkai segala persoalan mereka akan menjadi lebih tenang dan seterusnya membuka jalan ke arah pembaikan permasalahan rumah tangga mereka.

''Ada isteri mengupah penyiasat persendirian apabila mengesyaki suaminya bersekedudukan. Di sini pihak kami hanya akan menjalankan siasatan dan melaporkan di mana kedudukan suami mereka.

''Seterusnya pelanggan yang akan memaklumkan kepada pihak berkuasa seperti pihak agama di sesuatu tempat mengenai kes suaminya yang berkhalwat sebelum serbuan dilakukan,'' jelasnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tugas penyiasat persendirian remeh

Posted:

Tugas penyiasat persendirian remeh

Tugas penyiasat persendirian remeh

JANGAN teruja dengan apa yang dilihat di kaca televisyen. Itu semua tidak betul," demikian kata Aziz Ariasa Abdullah apabila ditanya mengenai bagaimana rasanya menjadi penyiasat persendirian.

Tegasnya, menjadi seorang penyiasat persendirian perlu mempunyai minat yang mendalam.

Ia adalah satu bidang profesional yang amat mencabar dan memenatkan.

''Ini bukan satu bidang yang glamor. Macam dalam televisyen, pakai kaca hitam, pegang pistol dan tampak kacak.

''Kerjaya ini memerlukan seseorang yang amat komited tidak boleh mendedahkan diri, letih, tidak cukup tidur, kerja yang tidak menentu dan memerlukan tindakan berdasarkan fikiran yang rasional.

''Apa yang pasti pekerjaan ini bukan satu bidang untuk cari 'makan'," jelasnya.

Apabila ditanya apakah seorang penyiasat persendirian itu dari kalangan mereka yang pernah berkhidmat dari unit beruniform, itu tidak semestinya kata Aziz Ariarasa, kerana orang biasa juga boleh menjadi penyiasat asalkan ada keyakinan diri, berpengalaman dan bijak menelaah situasi.

Katanya lagi, tindakan penyiasat persendirian yang biasa ialah mengekori sasaran yang sudah pasti ada teknik tertentu.

Bagi MVD International Sdn. Bhd., Bridging Intelligence Worldwide sendiri, syarikat itu ditubuhkan sejak tahun 2000 dengan tapak asalnya di Cheras.

Hasil daripada pelbagai kegiatan menyelesaikan masalah yang bersangkutan dengan peribadi, ia berkembang pesat sehingga ke hari ini berada di Bangsar, Kuala Lumpur dan ramai juga pelanggannya dari luar negara.

Tambahnya, setiap kes yang diambil akan diberi perhatian secara individu dengan setiap pelanggan yang datang akan diberikan motivasi dan rundingan terlebih dahulu sebelum siasatan dijalankan.

Tambah Aziz Ariarasa yang juga merupakan bekas pegawai polis, di negara ini hanya terdapat 15 syarikat yang menyediakan khidmat penyiasat persendirian yang sah dan mempunyai lesen di bawah Akta Agensi Persendirian 1971 seksyen 2(a) (kawalan, perkhidmatan, keselamatan dan lesen 2(b) yang boleh menjalankan penyiasatan yang dikeluarkan Kementerian Dalam Negeri (KDN).

MVD International Sdn. Bhd. katanya, mempunyai 25 orang penyiasat persendirian yang berumur antara 25 hingga 40-an terdiri daripada lelaki dan wanita.

''Mereka yang bertugas di luar akan menjalankan proses siasatan dan risikan menerusi pengekoran manakala yang berada di pejabat akan menjalankan penyiasatan menerusi dokumen-dokumen khas, komputer, Internet dan sebagainya untuk menyokong siasatan yang sedang dijalankan,'' jelasnya.

MVD International Sdn. Bhd. boleh dihubungi menerusi talian 03-2282 3535 ataupun menerusi laman sesawang www.mvdinternational.com.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Kota

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


40 penutup longkang lesap

Posted:

40 penutup longkang lesap

40 penutup longkang lesap

Oleh ABDUL RAZAK IDRIS
pengarang@utusan.com.my


Lo Jia Far dan isterinya menunjukkan penutup bekas sampah rumahnya yang dicuri di Taman Sri Muda, Seksyen 25, Shah Alam pada Ahad lalu.


SHAH ALAM 25 Mei – Kira-kira 40 penduduk Taman Sri Muda, Seksyen 25 di sini melalui hari Ahad lalu tidak seperti biasa apabila dikejutkan dengan kejadian kecurian.

Walaupun kejadian itu hanya melibatkan penutup longkang di hadapan rumah mereka, namun ia memberi kesan mendalam terhadap diri mereka yang kini mula berasa bimbang kejadian lebih buruk akan berlaku.

Selain 40 penutup longkang yang diperbuat daripada besi, pencuri terbabit juga melarikan penutup peti surat dan daun pintu lubang sampah dengan cara mengopak dan mengumpil pagar konkrit rumah-rumah penduduk.

Seorang penduduk, Lo Jia Far, 48, berkata, dia terkejut kerana sukar untuk mempercayai bagaimana jenayah itu boleh dilakukan dalam tempoh yang singkat melainkan ia dilakukan oleh sekumpulan pencuri yang menaiki lori.

"Ini kerana hendak menanggalkan penutup longkang dan penutup peti surat serta penutup lubang sampah bukan suatu yang mudah dilakukan.

"Kecurian secara besar-besaran ini tidak pernah berlaku di sini, jadi saya berasa pelik apa modus operandi yang digunakan oleh penjenayah tersebut," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sehubungan itu, Jia Far berharap Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dapat menggantikan penutup longkang yang telah hilang itu bagi mengelakkan sebarang insiden kemalangan terutama melibatkan kanak-kanak.

Seorang lagi penduduk, Quah Saw Choon, 45, berkata, masalah kecurian barangan besi tersebut perlu diatasi oleh pihak persatuan penduduk dengan meningkatkan kawalan keselamatan.

"Saya risau penjenayah akan bertindak melakukan jenayah yang lebih serius termasuk memecah masuk ke dalam rumah jika kecurian ini tidak segera diatasi," katanya.

Mohd. Shafiz Ahmad, 30, pula berpendapat kejadian tersebut perlu menjadi iktibar kepada semua penduduk agar mereka bersatu hati mencari jalan mengatasi masalah kecurian itu termasuk dengan melakukan kawalan secara bersama terutama pada malam minggu.

"Saya rasa pencuri tersebut menggunakan lori dan bergerak secara berkumpulan untuk mengangkut barangan besi tersebut dengan lebih pantas.

"Jika kawalan keselamatan diadakan, sudah pasti mereka tidak berani masuk ke dalam kawasan perumahan pada waktu malam," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

DBKL belanja RM10.5 juta bina dewan masyarakat

Posted:

DBKL belanja RM10.5 juta bina dewan masyarakat

DBKL belanja RM10.5 juta bina dewan masyarakat

KUALA LUMPUR 25 Mei – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah memperuntukkan sebanyak RM10.5 juta pada tahun ini bagi melaksanakan pembinaan tambahan 11 buah dewan masyarakat dan sebuah lagi Pusat Komuniti di Kampung Batu Muda.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, sehingga kini, sebanyak empat buah dewan telah siap dibina menerusi peruntukan di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) itu, manakala bakinya dijangka siap pada hujung tahun ini.

Katanya, bagi kesejahteraan warga kota, DBKL telah memperuntukkan sebanyak RM4.25 juta pada 2011 khusus untuk menguruskan dan menyenggara kemudahan awam.

"Peruntukan ini meliputi 11 pusat komuniti, 20 dewan masyarakat dan dewan serbaguna, empat buah stadium, 27 padang bola sepak, 32 gelanggang badminton dan 17 gelanggang futsal.

"Program penyediaan pelbagai kemudahan untuk warga kota ini akan sentiasa dirancang dan dilaksanakan secara berterusan," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Pusat Komuniti Bukit Bandaraya di Jalan Medang Tanduk, Damansara di sini baru-baru ini.

Turut hadir ialah Datuk Bandar, Datuk Seri Ahmad Fuad Ismail dan Pengerusi Bandar Raya Developments Berhad (BRDB), Datuk Mohamed Moiz JM Ali Moiz.

BRDB telah menyumbang sebanyak RM5 juta untuk pembinaan pusat komuniti tersebut, yang turut meliputi kawasan tapak pusat itu.

Tambah Raja Nong Chik, beliau mengalu-alukan pendapat dan pandangan daripada persatuan penduduk, persatuan peniaga dan badan bukan kerajaan (NGO) supaya memberi peluang pada golongan ini memainkan peranan dalam menjayakan sesuatu dasar dan polisi kerajaan.

"Dalam usaha ini, pendekatan konsultatif adalah cara yang amat sesuai kerana semua idea, komen dan pandangan dapat diberi pertimbangan sewajarnya," jelasnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Unit rumah terbiar undang kebimbangan penduduk Sri Johor

Posted:

Unit rumah terbiar undang kebimbangan penduduk Sri Johor

Unit rumah terbiar undang kebimbangan penduduk Sri Johor

KUALA LUMPUR 25 Mei - Penduduk perumahan awam Flat Sri Johor di sini berasa tidak tenteram dan sering digamit kebimbangan ekoran terdapat sebuah unit kosong dan terbiar di perumahan terbabit menjadi sarang kepada aktiviti tidak sihat.

Menurut mereka, unit tersebut juga sering menjadi tumpuan individu datang dari luar untuk melakukan aktiviti terlarang.

Keadaan itu menyebabkan penduduk risau keselamatan mereka dan harta benda penduduk terancam, apatah lagi terdapat kes pecah rumah pernah berlaku di situ.

Ketua MCA Bahagian Bandar Tun Razak, Chiew Lian Keng berkata, unit tersebut sudah terbiar sejak dua tahun lalu.

Katanya, keadaan tersebut tidak sewajarnya berlaku, kerana ia mengugat keselamatan dan keselesaan penduduk di situ.

"Saya telah menghantar surat kepada DBKL untuk meminta mereka menyelesaikan segera perkara ini demi kepentingan penduduk," katanya kepada wartawan selepas mengadakan tinjauan di perumahan itu baru-baru ini.

Seorang penduduk, Law Wai Siong, 29, berkata, sejak unit tersebut dikosongkan, sudah dua kali rumahnya dimasuki pencuri yang masuk melalui siling.

Dia mendakwa, apabila dia membuat laporan polis, jawapan yang diberikan adalah kawasan itu memang terkenal dengan kejadian pecah rumah.

"Namun saya yakin masalah ini dapat dikurangkan jika unit kosong itu berkunci dan tidak terbiar begitu sahaja," katanya.

Bagi Thing Ah Ling, 60, dia pernah kerugian beribu ringgit apabila sudah tiga kali rumahnya dimasuki pencuri.

Katanya, dia hanya mampu berputih mata setelah barangan berharga milik anak-anaknya seperti komputer riba dan telefon bimbit lesap begitu sahaja.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved