Rabu, 25 Mei 2011

Utusan Online - Johor

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


IRDA harap bajet besar 2012

Posted:

IRDA harap bajet besar 2012

IRDA harap bajet besar 2012

Oleh NURUL HUDA HASSANutusanjohor@utusan.com.my

JOHOR BAHRU 24 Mei - Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) mengharapkan peruntukan yang lebih besar daripada kerajaan Pusat dalam Bajet 2012 berbanding lebih RM300 juta yang diterima pada Bajet 2011.

Ketua Eksekutif IRDA, Ismail Ibrahim berkata, peruntukan itu adalah bagi memastikan pembangunan infrastruktur yang baik dapat terus disediakan di Iskandar Malaysia sekali gus menarik minat lebih ramai pelabur domestik dan antarabangsa.

Menurutnya, permohonan peruntukan tambahan tersebut telah pun dihantar dan proses perbincangan bagi peruntukan berkenaan sedang giat dijalankan oleh pihak-pihak yang terlibat.

"Permohonan sudah dihantar dan kita mengharapkan peruntukan tambahan daripada kerajaan pusat dalam bajet akan datang," katanya kepada pemberita selepas perasmian Persidangan Kemewahan Iskandar Malaysia di sini hari ini.

Persidangan yang membabitkan penyertaan daripada pelabur domestik berlangsung selama dua hari bermula hari ini telah dirasmikan oleh Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesenian, Kebudayaan dan Warisan, Datuk Ahmad Zahri Jamil.

Pembangunan Iskandar Malaysia yang dijangka mengambil masa selama 25 tahun dan dijangka matang pada 2025 telah menerima pelaburan sebanyak RM73.24 bilion daripada pelbagai pelabur domestik dan antarabangsa setakat ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Johor setuju selaras kadar kompaun PBT

Posted:

Johor setuju selaras kadar kompaun PBT

Johor setuju selaras kadar kompaun PBT

JOHOR BAHRU 24 Mei - Kerajaan negeri menyambut baik langkah penyelarasan kadar kompaun bagi kesalahan trafik dan bayaran tindakan mengapit, menunda dan merampas kenderaan yang akan diperluaskan pelaksanaannya kepada 12 kerajaan tempatan seluruh negara.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kerja Raya dan Kemudahan Awam negeri, Datuk Ahmad Zahri Jamil berkata, penyelarasan tersebut telah diluluskan Kabinet dan akan melibatkan pindaan dalam undang-undang kecil di bawah pihak berkuasa tempatan di negeri ini.

"Kita akan lihat perkara ini mengikut keperluan dan kesesuaiannya untuk dilaksanakan dan akan dimulakan dengan pelaksanaan di bandar raya (pusat bandar raya Johor Bahru) dulu sebelum diikuti pihak berkuasa tempatan lain.

"Secara prinsipnya kita menerima keputusan yang telah dibuat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Kemewahan Iskandar Malaysia mewakili Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman di sini hari ini.

Ketika ditanya mengenai langkah mengelakkan tragedi tanah runtuh seperti yang berlaku di Rumah Anak-Anak Yatim dan Anak-Anak Kebajikan Madrasah Al-Taqwa di Hulu Langat, Selangor, beliau menyatakan tidak timbul kebimbangan kerana negeri ini tidak banyak kawasan berbukit.

Bagaimanapun, jelasnya, pihak kerajaan negeri memberi perhatian beberapa kawasan di Batu Pahat, Muar dan Ledang terutamanya ketika musim hujan lebat dan cuaca tidak menentu seperti sekarang ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Feminin

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Feminin


Fashion Valet ilham Vivy

Posted:

Fashion Valet ilham Vivy

Fashion Valet ilham Vivy

Oleh NOOR FAZRINA KAMAL
Gambar FIRDAUS LATIF (PELATIH PERETAK)


GAYA anggun dan moden yang sesuai dengan cita rasa wanita zaman ini.


SEJAK pulang dari United Kingdom (UK) dua sahabat ini sering membantu antara satu sama lain termasuk ketika membeli-belah.

Biasanya Vivy Sofinas Yusof, 25, akan meminta bantuan sahabat baiknya itu, Fadzarudin Anuar, 25, untuk menghantarnya ke pusat membeli-belah - situasi yang sama seperti ketika mereka melanjutkan pelajaran di negara empat musim itu.

Vivy yang menggemari jenama Top Shop ini, memang tidak berpuas hati kerana terpaksa menempuhi kesesakan trafik di Kuala Lumpur, hinggalah dalam kepala masing-masing memikirkan betapa mereka patut melakukan sesuatu untuk memudahkan pembelian barangan dengan cara lebih cepat dan menyenangkan.

Terkenang ketika belajar di UK kebanyakan barangan seperti pakaian, kasut dan beg, semuanya diperoleh menerusi Internet.

Malah menurut Vivy, rakyat di negara itu ada juga yang membeli barangan runcit terus dari Internet.

"Bukankah ia satu perkara yang memudahkan serta menjimatkan masa?," getus dua sahabat ini ketika mengimbau kembali saat 'membina' gedung pakaian dan aksesori dalam talian mereka.

Memilih nama Fashion Valet (FV), Vivy dan Fadzarudin tidak berlengah lagi lalu terus membuat kajian, menambah ilmu pengetahuan dalam bidang teknologi maklumat serta mengumpul data-data jenama yang boleh diletakkan dalam gedung dalam talian mereka.

Menurut Vivy, yang berdarah campuran Cina dan Melayu, hasil rekaan tempatan memang tidak kurang hebatnya.

"Selepas menamatkan pengajian dan pulang ke Malaysia, saya membantu bapa yang menjalankan perniagaan hartanah. Tetapi, saya tidak menemui kepuasan sebenar kerana minat yang mendalam terhadap fesyen.

"Empat bulan lalu, saya mewujudkan FashionValet.net yang menjadi hab rekaan fesyen tempatan.

"Saya mewujudkan perniagaan ini bersama rakan pengasas yang juga rakan saya, Asma' Nasaruddin dan Fadzarudin," katanya pada majlis pelancaran Fashion Valet di Bangsar Village 2, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Mengaku sibuk menjalankan perniagaan pada usia yang muda dan masih lagi membantu menjalankan bisnes keluarga, Vivy mahu terus memburu pereka-pereka tempatan untuk menyertai laman web FV.

"Ketika mula-mula mewujudkan bisnes ini, saya bergerak bersama kumpulan bagi menemui pereka-pereka fesyen tempatan.

"Pada bulan pertama kami berjaya mengumpulkan seramai 15 pereka tempatan tetapi, waktu itu belum ada pejabat untuk beroperasi. Dalam masa dua bulan menjalankan bisnes ini, saya mengupah empat pekerja tetap termasuk seorang pengurus dan eksekutif operasi untuk melancarkan perjalanan bisnes in," kata Vivy yang bertindak sebagai pengarah urusan.

Dengan memiliki FV, Vivy mempunyai peluang berfesyen tanpa had dan mengakui berhabis ribuan ringgit setiap bulan bagi memenuhi obsesinya terhadap fesyen.

Keseronokan Vivy berganda apabila dapat berkongsi minatnya dengan ramai pengikut blognya.

Vivy menggunakan platform tersebut bagi menggayakan jenama kegemarannya.

Antaranya termasuk Jas.C, Mimpikita, Sister Margaritta, Minz dan PU3.

"Walaupun menggemari fesyen dan suka berfesyen, saya masih mengekalkan penampilan sederhana dan feminin.

"Imej sopan sudah sebati dengan diri saya," katanya yang menggemari kaftan.

Dalam pada itu katanya, melalui FV dia mahu memperkenalkan pereka tempatan ke mata dunia dan mahu pengguna Malaysia membuka mata kepada hasil rekaan tempatan.

"Hingga kini, hasil rekaan tempatan di FV telah menembusi Brunei, Singapura, UK, Jerman, Indonesia dan Bangladesh selain Malaysia," katanya.

Ini membuktikan masyarakat luar juga menghargai rekaan fesyen tempatan.

Sehingga kini terdapat lebih 40 buah jenama di bawah FV dan menyasarkan lebih banyak penyertaan jenama pada masa akan datang.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Usahawan minyak wangi

Posted:

Usahawan minyak wangi

Usahawan minyak wangi

Oleh MARIATUL QATIAH ZAKARIA
maria.zakaria@utusan.com.my

USAHAWAN Melayu kini semakin berani dan kreatif dalam memilih perniagaan yang diceburi.

Kalau sedekad dulu boleh dikatakan tidak ada orang Melayu dalam pengeluaran minyak wangi tetapi kini mereka bukan sekadar pengedar bahkan mampu menjadi pengeluar dengan membina jenama sendiri.

Walaupun tidak mempunyai sebarang pengalaman apatah lagi pengetahuan di dalam bidang tersebut, ternyata ia bukan satu masalah besar kerana masih boleh dipelajari sama ada melalui pengamatan, pengalaman atau Internet.

Ini juga yang dibuktikan oleh Norsyafafwati Ahmad, 26, apabila perniagaan pengeluaran minyak wangi yang diusahakan bersama adiknya, Norasraf Ahmad, 22, sejak tahun 2009 membuahkan hasil. Malah ia telah berkembang ke negara jiran, Indonesia.

Begitupun, perniagaan yang bermodalkan RM65,000 ini bukan satu yang mudah tambahan pula ia berkonsep borong membabitkan kuantiti pengeluaran yang besar.

Menurut Norsyafafwati, mereka mendapatkan pati minyak wangi dari Mesir sebelum dibotolkan semula oleh syarikat mereka, Raffahmed Enterprise.

"Pati minyak wangi yang diperoleh merupakan pati gred A dan ia 100 peratus minyak wangi tanpa alkohol.

"Selain itu wanginya turut dijamin tahan sehingga 24 jam dan kami menjualnya secara borong,'' ujar Norsyafafwati ketika ditemui baru-baru ini.

Apa yang menarik untuk dikongsi bersama ialah latar belakang masing-masing di mana Norsyafafwati mempunyai kelulusan dalam bidang Kejuruteraan Elektrik dari Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (Polimas), Jitra, Kedah manakala adiknya, Norasraf berkelulusan Mekanikal dari Politeknik Seberang Perai Utara.

Keyakinan diri dan ketabahan kedua-dua beradik ini harus diberi pujian kerana mereka sanggup mengharungi segala kepayahan dan tanggung segala risiko apabila melibatkan diri dalam dunia perniagaan tanpa sebarang pengalaman.

Kesungguhan mereka seharusnya dijadikan contoh di kalangan anak-anak muda hari ini untuk tidak hanya bergantung kepada kelulusan semata-mata bagi mengharungi kehidupan pada masa hadapan.

Apabila ditanya mengapa memilih untuk melibatkan diri di dalam dunia perniagaan, jelas Norsyafafwati, selain tidak suka makan gaji, perniagaan merupakan satu bidang yang dianggap mencabar dirinya kerana ia memerlukan kesabaran yang tinggi untuk memperoleh sesuatu kejayaan.

Di samping itu juga, ibu kepada seorang cahaya mata itu turut mencabar diri sendiri bagi memastikan apa yang diusahakan tidak hanya separuh jalan.

"Saya memilih untuk memasarkan produk berasaskan wangian kerana mempunyai prospek yang bagus dan boleh berjaya pada masa hadapan.

"Dalam masa yang sama, saya amat meminati wangian. Sudah pasti apa yang diminati akan menjadikan kita lebih mengambil tahu dan ingin mempelajarinya.

"Dan hari ini, Alhamdulillah walaupun perniagaan ini baru bertapak setahun lebih, sambutan yang diterima amat menggalakkan.

"Sehingga kini kami sudah mempunyai 50 pengedar dari seluruh negara,'' katanya lagi.

Memasarkan produk dengan menggunakan jenama Raff Frangrances, ia hanya boleh dibeli melalui Internet.

Dijual pada harga RM35 untuk satu kotak yang mengandungi empat botol dengan setiap satunya seberat lima mililiter, bagi mereka yang berminat boleh mendapatkannya dengan membeli 15 kotak (minimum).

Mereka yang berminat bolehlah layari blog di http://raffragrances.blog.spot.com atau Zaidie ditalian 012-4680670.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Selatan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


NS mahu perluas laluan komuter

Posted:

NS mahu perluas laluan komuter

NS mahu perluas laluan komuter

Oleh FARABI SHEIKH SAID AL JABRI
utusanN9@utusan.com.my


Mohamad Hasan melancarkan laluan baru dari Stesen Komuter Seremban ke Stesen Sungai Gadut di Seremban, semalam.


SEREMBAN 24 Mei - Perkhidmatan komuter yang berakhir di bandar ini akan diperluaskan sehingga ke Rembau selepas kerajaan negeri mendapat maklum balas positif di kalangan rakyat yang mahukan ia dibuat segera.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, cadangan mengenai perkara itu sedang diperhalusi dan ia akan dikemukakan kepada Kerajaan Persekutuan dan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) untuk dikaji.

''Kita dapati ramai juga anak negeri ini yang bekerja di Kuala Lumpur tetapi tinggal di Rembau.

''Ada yang memandu kenderaan sendiri dan berkongsi serta menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan atau meninggalkan kenderaan mereka di Seremban dan menaiki komuter.

''Jadi, kita percaya jika komuter ini dapat diperluaskan sehingga ke Rembau, ia akan meringankan beban mereka," katanya selepas merasmikan perjalanan koc komuter dari Stesen Keretapi Seremban ke stesen komuter Sungai Gadut dekat sini, hari ini.

Hadir sama Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha; Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Mat Ali Hassan dan Presiden KTMB, Dr. Aminuddin Adnan.

Mohamad berkata, selepas dua stesen komuter baru dibuka iaitu di Senawang dan Sungai Gadut, ia menyaksikan penduduk sekitar tidak lagi perlu ke Seremban untuk memulakan perjalanan ke Kuala Lumpur.

''Ini dapat mengurangkan kos dan pada masa yang sama mereka boleh meletakkan kereta di kawasan meletak kenderaan yang luas di dua stesen itu dan terus menaiki komuter ke Kuala Lumpur," ujar Mohamad.

Tambahnya, dua stesen yang sudah beroperasi itu akan mengurangkan kesesakan di stesen keretapi Seremban, lebih-lebih lagi pada waktu pagi dan lewat petang.

Dalam pada itu, promosi perjalanan percuma melibatkan laluan Seremban ke Sungai Gadut akan dilanjutkan sehingga Selasa depan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Peniaga demonstrasi minta pampasan lebih tinggi

Posted:

Peniaga demonstrasi minta pampasan lebih tinggi

Peniaga demonstrasi minta pampasan lebih tinggi


Sebahagian dari 25 peniaga di Lorong Melaka Raya bersebelahan kompleks beli-belah, Hatten Square (Hatten) mengadakan demonstrasi secara aman di Melaka, semalam.


MELAKA 24 Mei - Kira-kira 25 peniaga di Lorong Melaka Raya bersebelahan kompleks beli-belah, Hatten Square (Hatten) di sini mengadakan demonstrasi aman bagi menuntut pampasan sewajarnya untuk berpindah dan memberi laluan kepada kerja-kerja pembangunan sebahagian kompleks itu yang masih dalam pembinaan.

Demonstrasi selama hampir satu jam itu digunakan peniaga terbabit untuk menyuarakan rasa tidak puas hati dan kekecewaan terhadap rundingan antara pihak berkuasa tempatan dan syarikat kompleks terbabit bagi membayar pampasan kepada mereka yang telah berniaga di situ sejak tiga tahun lalu.

Seorang peniaga kedai makan, Mahmud Sirun, 47, berkata, kesemua 25 peniaga terbabit menerima notis mengarahkan mereka berpindah daripada Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) pada April lalu sedangkan kontrak mereka sepatutnya tamat Julai ini.

Menurutnya, dalam notis terbabit, pihak MBMB memberitahu pihak Hatten akan membayar pampasan sebanyak RM300 sebulan selama setahun iaitu sehingga projek bangunan mereka itu siap.

"Dalam satu mesyuarat antara MBMB dan peniaga pula, MBMB juga bersetuju menambah RM500 sebulan tetapi itu pun hanya diberikan kepada sembilan peniaga yang aktif manakala selebihnya 16 peniaga lain hanya mendapat RM300.

"Persoalannya adakah wajar jika MBMB boleh bayar RM500 sebulan tetapi syarikat terbabit cuma bayar RM300 sebulan, sedangkan kami minta kadar RM300 itu dinaikkan kepada RM150 sehari atau RM4,500 sebulan," katanya di sini hari ini.

Seorang lagi peniaga kraf tangan, Masitah Zaini, 32, mendakwa, dia mendapat notis mengosongkan premisnya itu daripada MBMB pada 28 April lalu dan akur dengan notis tersebut selepas dijanji akan mendapat pampasan sewajarnya.

"Saya terkejut apabila mendapat tahu cuma dapat RM300 sebulan dan tidak berpuas hati dengan nilai pampasan itu yang sememangnya tidak cukup untuk perbelanjaan seharian.

"Kami juga ditempatkan di Taman Rempah sedangkan di sana tiada satu khemah pun kelihatan, bagaimana kami hendak berniaga dalam keadaan tersebut," katanya.

Usaha untuk menyerahkan memorandum lima muka surat itu bagaimanapun gagal dilakukan selepas pihak Hatten enggan menerima memorandum tersebut.

Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas), Mohd. Ridzuan Abdullah yang mewakili peniaga untuk menyerahkan memorandum itu kemudian menyerahkannya kepada seorang wakil daripada Ahli Majlis MBMB yang berada di situ.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Swasta diminta sumbang mesin hemodialisis

Posted:

Swasta diminta sumbang mesin hemodialisis

Swasta diminta sumbang mesin hemodialisis


SEORANG jururawat, Nurul Mohd. Sharif mengendalikan mesin hemodialisis selepas majlis penyerahan mesin tersebut kepada pertubuhan kebajikan hemodialisis Hospital Pakar Putra di Melaka, semalam.


MELAKA 24 Mei - Kerajaan negeri menyeru lebih banyak syarikat swasta menyumbang mesin hemodialisis bagi membantu pesakit yang kurang berkemampuan menjalani rawatan.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, sumbangan itu amat penting memandangkan jumlah pesakit daripada golongan berpendapatan rendah yang memerlukan rawatan dengan kadar bayaran yang murah semakin meningkat dari sehari ke sehari.

Sehubungan itu katanya, kerjasama daripada pihak swasta untuk menyumbang mesin hemodialisis berharga RM45,000 sebuah dijangka dapat mengatasi masalah tersebut.

"Mesin yang disumbangkan akan ditempatkan di Pertubuhan Kebajikan Hemodialisis Hospital Pakar Putra dan setakat ini ia telah mempunyai 38 buah mesin tersebut bagi menampung kira-kira 108 pesakit sehari," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menerima sumbangan dua buah mesin hemodialisis yang setiap satu berharga RM45,000 sumbangan Kumpulan AmBank dan Syarikat Magna Healthcare Sdn. Bhd. di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif AmIslamic Bank Berhad, Datuk Mahdi Murad, Pengerusi Magna Healthcare Sdn. Bhd., Nazifuddin Najib dan Ketua Pegawai Eksekutif Hospital Pakar Putra, Radhuana Salleh.

Mengulas lanjut Mohd. Ali berkata, pertubuhan itu memerlukan sekurang-kurangnya 30 mesin hemodialisis bagi menampung permintaan yang semakin meningkat.

"Jika ada tambahan 30 mesin lagi, mutu perkhidmatan kepada pesakit dapat ditingkatkan daripada dua kepada tiga shif untuk rawatan kepada pesakit setiap hari," ujarnya.

Katanya, pertubuhan itu mengenakan kadar bayaran RM60 kepada golongan berpendapatan rendah bagi setiap rawatan yang dijalankan.

Sementara itu Mahdi berkata, program yang dijalankan itu adalah sebahagian daripada usaha Kumpulan AmBank dalam merealisasikan tanggungjawab sosial.

"Kumpulan AmBank bukan sahaja sebagai sebuah institusi kewangan semata-mata tetapi kami juga berperanan dalam menyumbang terhadap pembangunan komuniti yang memerlukan bantuan," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Dalam Negeri

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Kesan trend kahwin lewat

Posted:

Kesan trend kahwin lewat

Kesan trend kahwin lewat

Oleh Syukri Shaari
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 24 Mei - Trend melewatkan perkahwinan, terutama di kalangan wanita berpendidikan tinggi bukan sahaja membawa implikasi negatif kepada institusi kekeluargaan malah turut merencatkan pembangunan negara.

Pensyarah Jabatan Sosiologi dan Antropologi, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Dr. Fatimah Daud berkata, trend negatif itu akan menyebabkan pembangunan sosial, ekonomi dan politik negara semakin lembap.

"Sekiranya trend ini berterusan, saya khuatir kadar kelahiran bayi di negara ini akan semakin menyusut dan kita tidak dapat menambah jumlah penduduk yang merupakan aset paling berharga.

"Negara kita tidak akan berkembang dengan jumlah penduduk sedia ada sekitar 26 juta orang sahaja. Kita perlu jumlah penduduk yang lebih ramai untuk membantu membangunkan negara.

"Perkara ini akan menimbulkan masalah kepada negara pada masa akan datang kerana kita bakal kekurangan tenaga kerja sehingga memaksa membawa masuk tenaga dari luar yang saya lihat merupakan satu pembaziran," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Selain itu, menurut Fatimah, kos perbelanjaan perkahwinan yang tinggi sehingga mencecah puluhan ribu ringgit turut menjadi faktor penyumbang kepada trend tersebut.

Katanya, situasi itu mendorong golongan yang berhasrat untuk berkahwin membuat pinjaman daripada bank bagi menampung segala kos perbelanjaan.

"Paling tidak pun pasangan yang ingin berkahwin perlu menyediakan RM20,000. Ia merupakan antara sebab ramai yang membuat pinjaman bank untuk berkahwin.

"Kesannya pula, bebanan hutang bertambah kerana kadar bunga bagi pinjaman bank agak tinggi dan menjejaskan kehidupan pasangan selepas berkahwin," jelasnya.

Sementara itu, Timbalan Presiden Majlis Kebangsaan Pertubuhan-Pertubuhan Wanita Malaysia (NCWO), Datuk Ramani Gurusamy berpendapat, keinginan golongan wanita untuk memiliki kehidupan yang stabil menjadi faktor penyumbang trend itu semakin berleluasa.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Nantikan pengumuman istimewa pada Himpunan Sejuta Belia

Posted:

Nantikan pengumuman istimewa pada Himpunan Sejuta Belia

Nantikan pengumuman istimewa pada Himpunan Sejuta Belia

PUTRAJAYA 24 Mei - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka membuat pengumuman istimewa kepada golongan belia pada acara kemuncak sambutan Himpunan Sejuta Belia, Sabtu ini.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, golongan belia perlu menantikan dan mengambil perhatian terhadap pengumuman istimewa yang akan disampaikan nanti.

"Buat masa ini, saya sendiri pun tidak tahu apakah intipati amanat yang akan disampaikan oleh Perdana Menteri ketika acara kemuncak itu nanti.

"Para belia pasti ingin mengetahui apakah pengumuman yang ingin disampaikan oleh beliau, jadi mari bersama kita nantikan," katanya pada sidang akhbar selepas mengadakan tinjauan persiapan Himpunan Sejuta Belia di sekitar Putrajaya di sini hari ini.

Sementara itu, Ahmad Shabery berkata, Najib juga akan bersama-sama dengan belia menyaksikan perlawanan akhir bola sepak Liga Juara-Juara Eropah antara Manchester United (Man Utd) dan Barcelona di Persiaran Perdana, Putrajaya pada 28 Mei ini.

Beliau berkata, layar skrin gergasi akan didirikan di Persiaran Perdana bagi membolehkan orang ramai turut serta menyaksikan perlawanan tersebut.

Selain itu, beliau berkata, pihaknya berpuas hati dengan persiapan yang dilakukan menjelang acara kemuncak itu.

"Saya berpuas hati dengan persiapan sehingga sekarang dan kita lihat Putrajaya sedang berubah wajahnya dan ia memberi getaran baru membayangkan kekuatan tenaga orang muda yang akan berhimpun di sini," katanya.

Dalam pada itu, beliau menjangkakan jumlah tajaan untuk sambutan tersebut akan mencecah RM30 juta.

"Setakat ini, jumlah tajaan yang berjaya dikutip menghampiri RM23 juta, jumlah itu melepasi sasaran yang ditetapkan sebanyak RM10 juta," katanya.

Beliau turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak penaja yang memberi sokongan kepada penganjuran Perhimpunan Sejuta Belia itu.

Antaranya, Petroliam Nasional Bhd. (Petronas); Proton; Sime Darby Bhd. (Sime Darby); Naza World; KFC Holding Berhad; Telekom Malaysia Bhd. (TM) dan Celcom Axiata Bhd.(Celcom) serta beberapa syarikat penaja yang mengambil bahagian.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Penduduk Pagoh rai hari lahir Muhyiddin

Posted:

Penduduk Pagoh rai hari lahir Muhyiddin

Penduduk Pagoh rai hari lahir Muhyiddin


MUHYIDDIN Yassin memotong pulut kuning sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-64 pada majlis yang diadakan oleh UMNO Bahagian Pagoh di Kompleks Seri Pekembar, dekat Pagoh, Muar, Johor, semalam.


PAGOH 24 Mei - Masyarakat berbilang kaum di sini mengambil kesempatan meraikan sambutan hari lahir Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang ke-64 ketika pemimpin itu 'turun padang' melawat kawasan parlimennya hari ini.

Walaupun lewat beberapa hari kerana hari lahirnya jatuh pada 15 Mei lalu, kemeriahan meraikannya tetap dirasai.

Sambutan hari lahir itu disambut oleh Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Pagoh dan Jawatankuasa Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO bahagian tersebut di Kompleks Seri Pekembar.

Timbalan Perdana Menteri turut memotong pulut kuning pada majlis yang dihadiri Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pagoh yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Serampang, Tahir Taat; Ketua Wanita UMNO bahagian, Senator Noriah Mahat dan Pegawai Daerah Muar, Mislan Karmani.

Sementara itu, sambutan di Taman Sri Pagoh yang kebanyakan penduduknya terdiri daripada kaum Cina tidak kurang meriahnya apabila orang ramai mengucapkan hari lahir dan bergambar bersama pemimpin tersebut.

Terdahulu, Muhyiddin beramah mesra dengan masyarakat Cina di situ bagi mendengar masalah mereka dan menyampaikan sumbangan barangan keperluan harian kepada warga emas, orang kurang upaya (OKU) dan golongan kurang berkemampuan daripada pelbagai kaum.

Warga emas, Er Swee, 78, dan V. Mugaya, 60, terharu mendapat sumbangan itu dan teruja kerana dapat menyambut hari lahir Timbalan Perdana Menteri.

"Terima kasih Tan Sri Muhyiddin kerana memberi sumbangan kepada kami. Semoga Tan Sri sentiasa sihat dan panjang umur," kata Er Swee.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Utara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


UPP rampas 1,720 karton rokok

Posted:

UPP rampas 1,720 karton rokok

UPP rampas 1,720 karton rokok

Oleh SAFINA RAMLIutusankedah@utusan.com.my


MOHD. Jasri Othman (kanan) menunjukkan rokok seludup yang dirampas di jeti nelayan Kuala Kedah, semalam.


ALOR SETAR 24 Mei - Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) Kedah merampas sejumlah 1,720 karton rokok dalam 86 bungkusan plastik bernilai hampir RM180,000 termasuk cukai selepas menyerbu jeti nelayan Kuala Kedah tengah malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.10 tengah malam, kira-kira 20 lelaki yang sedang leka memunggah rokok seludup itu dari bot, lari lintang-pukang apabila diserbu sepasukan anggota UPP.

Mereka melarikan diri ke kawasan penempatan bot nelayan dan meloloskan diri melalui jeti-jeti berhampiran.

Komander UPP negeri, Mohd. Jasri Othman berkata, ketika diserbu, kesemua lelaki itu sedang memasukkan bungkusan rokok ke dalam sebuah kenderaan jenis Honda Odyssey sebelum lari bertempiaran apabila menyedari kehadiran pihak berkuasa.

"UPP turut merampas kenderaan itu yang dianggarkan bernilai RM80,000 dan setelah diperiksa, kami menemui 28 bungkusan rokok di dalam kereta manakala selebihnya dicampak oleh kumpulan terbabit di kawasan berhampiran," katanya pada sidang akhbar di pejabat UPP Kuala Kedah di sini hari ini.

Menurutnya, antara jenama rokok yang dirampas adalah 'Bingo', 'Vidana' dan 'John' manakala modus operandi sindiket ini adalah membawa rokok dari Langkawi menerusi laut dengan menggunakan bot sebelum mendarat di jeti Kuala Kedah.

Katanya, rokok yang tertera 'Malaysian duty not paid' itu untuk dipasarkan kepada peniaga kedai runcit di sekitar bandar raya ini dan pekan berhampiran sini.

Mohd. Jasri memberitahu, kes ini diserahkan kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia untuk tindakan lanjut.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kilang buat plat besi musnah

Posted:

Kilang buat plat besi musnah

Kilang buat plat besi musnah

BUKIT MERTAJAM 24 Mei - Sebuah kilang membuat plat besi yang terletak di tengah-tengah Kawasan Perindustrian Perai, di sini musnah dalam satu kebakaran tengah malam tadi.

Kejadian pukul 12.35 tengah malam itu dipercayai berlaku selepas sebuah alat pemanas yang berada di luar kilang tersebut tiba-tiba meletup lalu terbakar sebelum merebak ke dalam premis berkenaan.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat negeri, Mohd. Razam Taja Rahim berkata, kebakaran saluran alat pemanas tersebut menyebabkan api merebak ke dalam kilang yang sarat dengan bahan-bahan mudah terbakar.

"Kita tiba di tempat kejadian kira-kira 10 minit selepas itu dan mendapati kira-kira 30 peratus struktur kilang tersebut sudah musnah dengan sebahagian besarnya melibatkan bahagian pengeluaran.

"Bagaimanapun, kita berjaya mengawal kebakaran daripada merebak ke premis berhampiran," katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian di sini hari ini.

Mohd. Razam memberitahu, pihak bomba sedang menyiasat sama ada terdapat bahan kimia yang mungkin boleh membahayakan orang awam di lokasi kejadian.

Beliau berkata, tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Perai serta masing-masing sebuah dari Bukit Mertajam, Perda, Butterworth dan Jalan Perak bersama 52 anggota bergegas ke lokasi sejurus menerima panggilan orang awam pada pukul 12.38 tengah malam.

"Kebakaran dapat dikawal sepenuhnya kira-kira sejam kemudian dan kita masih menyiasat punca dan jumlah sebenar kerugian," tambahnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Ladang ternakan perkenal projek telaga tiub

Posted:

Ladang ternakan perkenal projek telaga tiub

Ladang ternakan perkenal projek telaga tiub


MOHD. Zainuri Mohd. Idrus (kanan) dan Mohd. Zulkifli Mohd. Idrus (dua dari kanan) melihat pekerja memasang paip PVC telaga tiub yang dibina di sebuah chalet di Kampung Chuar Hulu, Kuala Kangsar, semalam.


KUALA KANGSAR 24 Mei - Syarikat Syamille Agro Farm Sdn. Bhd. melabur kira-kira RM100,000 untuk memajukan projek perintis membina telaga tiub di Kampung Chuar Hulu, Kati dekat sini.

Projek telaga itu dilaksanakan dengan tujuan mendapatkan bekalan air mineral bersih dari dalam tanah bagi kegunaan pengunjung kawasan ladang itu.

Menurut pemilik ladang adik beradik itu, Mohd. Zulkifli Mohd. Idrus, 54, pihaknya menjalankan projek membina telaga tersebut di kawasan itu sejak Ahad lalu dan dijangka siap dalam tempoh lima hari.

Katanya, mereka menjalinkan kerjasama dengan Syarikat Samui Deep Weel dari Thailand sejak sebulan lalu untuk menjalankan kerja menggali telaga tiub di sini.

"Syarikat ini mempunyai kepakaran menggali telaga tiub di Thailand dengan mempunyai peralatan lengkap yang digunakan untuk menggali telaga minyak.

"Peralatan yang moden ini menggunakan sebuah jentera hidraulik di atas sebuah lori 21 tan dan empat tenaga kerja mampu menggali telaga tiub bagi mencari punca air untuk dijadikan air mineral.

"Setakat ini, jentera ini sudah menggali sedalam 50 meter telaga tiub dan mampu menggali sehingga 400 meter," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Selain Mohd. Zulkifli, dua adiknya iaitu Badrul Hisham, 49, dan Mohd. Zainuri, 44, serta Ketua Pegawai Operasi, Hiruddin Hashim turut terlibat dalam membangunkan kawasan tersebut dengan modal berbayar RM250,000.

Kawasan seluas 4.8 hektar itu mula beroperasi pada 2005 dengan menggabungkan ciri-ciri kawasan pelancongan tani, kemudahan latihan serta aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D).

Dengan tambahan kawasan 2.4 hektar lagi, kawasan itu menempatkan kompleks pelancongan tani yang menempatkan calet, kemudahan berkursus, kandang kambing dan lembu selain projek penghasilan baja daripada tinja ternakan.

Mohd. Zulkifli berkata, kebanyakan telaga tiub yang dibina di negara ini menggunakan paip PVC 6 cm berbanding dengan yang dibina di sini menggunakan paip PVC 7 meter panjang dan 10 cm lebar.

Katanya, mereka yang berminat untuk membina telaga tiub dengan menggunakan peralatan moden itu boleh menghubunginya di talian 019-4414242.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Timur

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Timur


Keselamatan stadium diragui

Posted:

Keselamatan stadium diragui

Keselamatan stadium diragui

Oleh MOHD. ZUHARMAN MOHAMMAD NOR
utusankelantan@utusan.com.my

KOTA BHARU 24 Mei - Perbadanan Stadium Kelantan disaran supaya mengkaji keadaan keselamatan Stadium Sultan Muhammad Ke-IV yang dipercayai melebihi kapasiti setiap kali perlawanan bola sepak membabitkan pasukan negeri itu.

Pengarah Jabatan Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat negeri Kelantan, Azmi Othman berkata, jumlah penonton yang melebihi kapasiti sebenar boleh mengundang bahaya sekiranya berlaku sesuatu insiden buruk.

"Pihak perbadanan wajar beri perhatian serius kepada keadaan ini bagi mengelak berlakunya perkara yang tidak diingini seperti kebakaran. Jika berlaku kebakaran penonton akan berebut dalam kesesakan untuk mencari jalan keluar. Situasi itu akan mengundang bahaya kepada semua.

"Dalam konteks ini kita melihat mencegah itu adalah lebih baik," katanya kepada Utusan Malaysia semasa ditemui di pejabatnya di sini semalam.

Azmi berkata, berdasarkan pemerhatian prarancang kebakaran pihaknya mendapati terdapat beberapa pintu keluar stadium dikunci dan tiada pengawal ketika perlawanan bola sepak berlangsung.

Katanya, jalan keluar yang terdapat di mana-mana stadium seharusnya tidak boleh dihalang oleh apa-apa objek termasuk penonton demi keselamatan semua.

"Pihak stadium perlu menyediakan pintu keluar yang tidak berkunci dan dijaga oleh pengawal keselamatan untuk orang ramai menuju ke pusat perhimpunan apabila berlakunya sesuatu insiden," katanya.

Dalam pada itu, beliau berharap kerjasama semua pihak supaya kereta diletakkan dengan tersusun di perkarangan stadium supaya tidak menghalang kenderaan bomba sekiranya berlaku kebakaran atau kemalangan di stadium berkenaan.

Pada masa sama, pihak bomba katanya, mengalu-alukan cadangan kerajaan negeri untuk membina sebuah stadium baru memandangkan stadium tersebut tidak lagi sesuai untuk menampung jumlah penonton yang semakin padat.

"Pembinaan itu sememangnya wajar dan perlu dipercepatkan," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Khairul Fahmi gamatkan Karnival Futsal 1Murid 1Sukan di SK Tapang

Posted:

Khairul Fahmi gamatkan Karnival Futsal 1Murid 1Sukan di SK Tapang

Khairul Fahmi gamatkan Karnival Futsal 1Murid 1Sukan di SK Tapang


Penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat (tengah, belakang) menunjukkan simbol 1Malaysia bersama guru dan murid Sekolah Kebangsaan Tapang di Kota Bharu, Kelantan, semalam.


KOTA BHARU 24 Mei - Karnival Futsal 1Murid 1Sukan di Sekolah Kebangsaan (SK) Tapang di sini hari ini melakar sejarah dan nostalgia tersendiri dengan kehadiran selebriti sukan negara, Khairul Fahmi Che Mat.

Kehadiran anak muda ini menarik perhatian para murid, guru dan ibu bapa yang hadir pada karnival tersebut memandangkan Khairul, 23, sendiri menghabiskan alam sekolah rendahnya di situ.

Kemunculannya ke sekolah itu merupakan yang pertama sejak menjadi pemain bola sepak profesional iaitu selaku penjaga gol pasukan Liga Super Kelantan dan skuad kebangsaan.

Khairul ketika ditemui berkata, dia mendapat pelawaan untuk datang ke karnival tersebut bulan lalu dan terus menerima jemputan itu.

"Pihak sekolah hubungi saya untuk menjemput ke karnival ini. Memang sangat gembira apabila mendapat jemputan seperti ini malah sudah lama saya menunggu waktu terbaik untuk datang.

"Saya harap kehadiran saya di sini mampu memberi semangat kepada murid-murid sekolah untuk aktif dalam bidang sukan yang boleh dijadikan sebagai kerjaya," katanya.

Suasana meriah sambutan karnival itu yang bermula pukul 7.30 pagi seolah-olah bertukar menjadi 'histeria' apabila murid-murid sekolah segera mengerumuni Khairul sebaik sahaja dia tiba pada pukul 10 pagi.

Selain para murid yang sibuk meminta beliau menurunkan tandatangan di beg, topi dan buku masing-masing, ibu bapa dan para guru juga dilihat teruja dan tidak melepaskan peluang bergambar dengan Khairul.

Sementara itu, guru besar, Rosmayati Hamat ketika ditemui berkata, selain memupuk semangat kesukanan di kalangan murid, karnival yang pertama kali dianjurkan itu turut dijadikan landasan untuk memilih pemain sekolah yang akan bertanding pada Karnival Futsal Datuk Fatmi pada Jun dan Julai ini.

"Ia membabitkan semua pelajar lelaki darjah satu hingga enam. Sebanyak 29 pasukan bertanding dengan setiap satu diwakili lapan pemain daripada setiap kelas," katanya.

Dalam pada itu, Setiausaha Sukan SK Tapang, Pauzi Saat berkata, pada karnival itu, kelas Satu Tekun dan Satu Usaha masing-masing menjadi johan untuk kategori darjah satu manakala Dua Bestari dan Dua Tekun menjadi dua pasukan terbaik untuk kategori darjah dua.

"Bagi kategori darjah tiga, kelas Tiga Tekun menjadi johan selepas menewaskan Tiga Bestari pada perlawanan akhir manakala Empat Bestari menjadi johan untuk kategori darjah empat dan Empat Tekun sebagai naib johan.

"Kelas Lima Usaha pula mengungguli kategori darjah lima diikuti Lima Cemerlang manakala untuk kategori darjah enam, Enam Usaha menjadi johan dan Enam Tekun sebagai naib johan," tambahnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Didenda kerana bawa mercun ke stadium

Posted:

Didenda kerana bawa mercun ke stadium

Didenda kerana bawa mercun ke stadium

KOTA BHARU 24 Mei - Seorang penjual ayam didenda RM7,000 atau penjara empat bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini setelah mengaku bersalah memiliki mercun jenis Crazy Robot di pintu masuk Stadium Sultan Muhammed Ke-IV ketika perlawanan bola sepak antara Kelantan dan Selangor tahun lalu.

Alif Aiman Zulkifli, 20, dikenakan denda tersebut selepas menukar pengakuan kepada bersalah setelah diperintah membela diri atas pertuduhan tersebut oleh Majistret, Nur Zakiyah Shamsuddin.

Tertuduh sebelum ini dibicarakan setelah mengaku tidak bersalah atas tuduhan memiliki dua biji mercun Crazy Robot tanpa permit yang sah daripada pihak berkuasa di pintu masuk C, Stadium Sultan Muhammed Ke-IV kira-kira pukul 8.10 malam, 15 Oktober tahun lalu.

Dakwaan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 8 Akta Letupan 1957 yang memperuntukkan hukuman penjara tujuh tahun atau denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Noor Dayana Mohamad manakala tertuduh diwakili peguam bela, Mohamed Hasif Hassan.

Dalam keputusannya, Nur Zakiyah berkata, hukuman tersebut setimpal dengan kesalahan yang dilakukannya selepas mengambil kira kepentingan awam iaitu keselamatan penonton yang berada di dalam stadium tersebut.

Tertuduh yang berasal dari Kampung Belukar, Pauh, Panji di sini kelihatan tenang semasa hukuman dijatuhkan dan dibebaskan sebaik sahaja membayar denda tersebut.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Muka Hadapan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Muka Hadapan


Elak kejadian berulang – Najib

Posted:

Elak kejadian berulang – Najib

Elak kejadian berulang – Najib

Oleh RAJA SYAHRIR ABU BAKAR dan UMAVATHI RAMAYAH
pengarang@utusan.com.my


NAJIB Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor beramah mesra dengan anak yatim semasa melawat tempat kejadian tanah runtuh di Rumah Anak-Anak Yatim dan Anak-Anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa, Hulu Langat, semalam. Turut mengiringi, isteri Timbalan Perdana Menteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman serta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar.– Utusan/Ismail Kamadin


KUALA LUMPUR 24 Mei – Datuk Seri Najib Tun Razak mengarahkan Jabatan Kerja Raya (JKR) dan pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk melakukan kajian menyeluruh ke atas penempatan yang dibina di atas tanah berstatus pertanian bagi mengelak kejadian tanah runtuh.

Perdana Menteri berkata, ia bagi membolehkan pihak berkuasa mengeluarkan notis sebagai amaran awal kepada penghuni di penempatan terbabit sekiranya kawasan itu berdepan dengan sebarang risiko kejadian tanah runtuh.

Katanya, ia bagi mengelakkan kejadian tanah runtuh membabitkan Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Kebajikan Al-Taqwa di Hulu Langat, Selangor Sabtu lalu yang menyebabkan 16 terkorban, berulang.

Beliau mengakui wujudnya kelemahan dalam penguatkuasaan terutama membabitkan PBT untuk memaklumkan penduduk di penempatan itu tentang keadaan tanah yang berisiko mengalami tanah runtuh.

"Rumah-rumah yang tidak mematuhi garis panduan mesti dimaklumkan bahawa mereka berada dalam keadaan yang mungkin terdedah kepada risiko tanah runtuh dan sebagainya," katanya pada sidang akhbar selepas melawat lokasi kejadian dekat sini hari ini.

Perdana Menteri dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor serta dua anak mereka tiba ke lokasi kejadian kira-kira pukul 11.15 pagi selepas mendarat di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia di Subang dari Amerika Syarikat.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau menasihatkan pemilik rumah serta bangunan berdekatan cerun bukit terutama di atas tanah berstatus pertanian supaya mematuhi segala garis panduan yang digariskan.

Menurutnya, walaupun pembinaan rumah persendirian boleh dilakukan di atas tanah pertanian seperti terkandung dalam Kanun Tanah Negara, pemilik diwajibkan mengikut garis panduan ditetapkan pihak berkuasa demi menjamin keselamatan.

"Tetapi, ada juga garis panduan tentang setback (jarak), kalau sekiranya bukit di belakangnya curam dan sebagainya, ada garis panduan.

"Saya dimaklumkan bangunan ini (rumah Al-Taqwa) gagal mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Apa pun keputusan lengkap akan diperoleh dalam masa terdekat ini," katanya.

Perdana Menteri memberitahu, selain faktor jarak penempatan dengan kawasan cerun bukit, pemilik berkenaan juga perlu mengambil kira aspek keselamatan lain seperti pertimbangan untuk menambah ruang lain atau struktur di bangunan tersebut.

Difahamkan, PBT sedia menetapkan beberapa syarat untuk mendirikan bangunan berhampiran kawasan bukit.

Sekiranya sesuatu bangunan dibina berdekatan kawasan bukit setinggi 20 meter, maka bangunan itu perlu didirikan sekurang-kurangnya 40 meter dari bukit iaitu dengan jarak dua kali ganda berbanding ketinggian bukit.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kerajaan sedia bina semula rumah Al-Taqwa

Posted:

Kerajaan sedia bina semula rumah Al-Taqwa

Kerajaan sedia bina semula rumah Al-Taqwa

KUALA LUMPUR 24 Mei – Kerajaan Pusat bersedia membina semula Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-Anak Kebajikan Madrasah Al-Taqwa di Hulu Langat yang sebahagian strukturnya rosak ekoran kejadian tanah runtuh Sabtu lepas.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengumumkan perkara itu berkata, pembinaan premis baru itu akan dilakukan di sebuah kawasan selamat dengan kerjasama kerajaan negeri Selangor khususnya berkaitan tapak.

Pada masa sama, beliau mengalu-alukan jika ada pihak tertentu yang ingin mewakafkan tanah mereka bagi tujuan berkenaan.

"Kita akan tentukan sebanyak mana (sumbangan) dan di mana (akan dibina) tidak lama lagi," katanya pada sidang akhbar selepas melawat lokasi kejadian tanah runtuh itu, dekat sini hari ini.

Terdahulu, beliau menyampaikan sumbangan kerajaan berjumlah RM10,000 kepada kesemua 16 waris mangsa yang terkorban dalam tragedi itu seperti diumumkannya ketika berada di Amerika Syarikat baru-baru ini.

Selain komitmen pembinaan semula rumah tersebut dan sumbangan RM10,000 buat keluarga mangsa, Najib turut mengumumkan pemberian RM10,000 lagi buat sembilan mangsa yang tercedera dalam kejadian itu.

Dalam perkembangan sama, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor selaku Yang Dipertua Badan Amal Kebajikan Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti) turut menyampaikan sumbangan berjumlah RM2,000 kepada setiap waris mangsa.

Selain itu, Badan Amal dan Kasih Negeri Selangor (Kasih) turut menyampaikan sumbangan sebanyak RM10,000 kepada pengendali rumah Al-Taqwa, manakala Yayasan Taqwa Majlis Islam Wilayah Persekutuan pula menghulurkan bantuan RM42,000 kepada rumah kebajikan itu.


Najib Tun Razak bersama Rosmah Mansor mendengar cerita kejadian tanah runtuh daripada Mohd. Alauddin Sofri sewaktu melawat mangsa-mangsa tragedi itu di Hospital Ampang, Selangor, semalam.




PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menurunkan tanda tangan pada simen pembalut lengan mangsa tanah runtuh, Mohd. Aizat Khusairi Abdul Halim di Hospital Ampang, semalam. – UTUSAN/IZHAM JAAFAR




ISTERI Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor memeluk Mujahid Azam, 8, semasa melawat lokasi kejadian tanah runtuh di Rumah Anak-Anak Yatim dan Anak-Anak Kebajikan, Madrasah Al-Takwa, Hulu Langat, semalam. Turut hadir Puan Sri Norainee Abdul Rahman. – UTUSAN/ISMAIL KAMADIN




Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menziarahi dan memberi sumbangan kepada mangsa tanah runtuh, Khairul Anuar di Hospital Ampang, semalam. – UTUSAN/AMIN FARIJ HASAN




MANGSA tanah runtuh, Mohd. Shafiq dibantu oleh ahli keluarganya di Hospital Ampang, semalam.




NURSUZANA Abdullah tidak dapat menahan sedih ketika menemani anaknya, Mohd. Aizat Khusairi di Hospital Ampang, semalam.



Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Dakwaan Ka Siong tidak berasas

Posted:

Dakwaan Ka Siong tidak berasas

Dakwaan Ka Siong tidak berasas

Oleh MOHD. KHUZAIRI ISMAIL
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 24 Mei – Dakwaan bahawa berlaku salah guna kuasa di Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berhubung peruntukan tempat dan biasiswa ke universiti adalah tidak berasas.

Ini kerana, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, pemberian biasiswa dibuat berdasarkan kriteria yang ditetapkan oleh kerajaan dan dikendalikan oleh mereka yang profesional.

"Dalam soal pemilihan ini, JPA hanya bertindak sebagai penyelia dan sesi temu duga dijalankan oleh mereka dari latar belakang akademik yang tinggi serta pelbagai kaum.

"Malah, pemberian biasiswa ini juga terlebih dahulu akan dibentangkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk penilaian dan kelulusan sebelum dilaksanakan," katanya pada sidang akhbar di bangunan Parlimen hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi kepada kritikan Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong dan Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek bahawa wujud salah guna kuasa di JPA berhubung perkara itu.

Ka Siong mendakwa 363 pelajar yang memperoleh kesemua A+ gagal mendapat biasiswa meskipun Perdana Menteri tahun lalu bersetuju agar kesemua pelajar yang mendapat 8A+ dan ke atas mendapat biasiswa JPA.

Mohamed Nazri menambah, sebagai seorang timbalan menteri, Ka Siong sepatutnya mendapatkan penjelasan mengenai perkara itu secara terus dengan beliau dan bukannya membuat kenyataan menerusi media.

Malah, katanya, Ka Siong juga sepatutnya membangkitkan perkara itu di Parlimen kerana mereka mempunyai wakil dalam Kabinet.

"Tindakan beliau mengkritik dari luar menimbulkan persoalan adakah beliau membangkitkan isu ini kerana keprihatinan terhadap nasib pelajar-pelajar atau kerana kepentingan politik?" soal beliau.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved