Khamis, 5 Jun 2014

Utusan Online - Selatan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


Dua pelan atasi masalah air

Posted: 04 Jun 2014 12:44 PM PDT

OlehMOHAMMAD YASIR JAAFAR
utusanN9@utusan.com.my

SEREMBAN 4 Jun - Sebanyak RM80 juta bakal dibelanjakan dalam melaksanakan dua pelan kontingensi bagi mengatasi masalah kekurangan bekalan air bagi daerah Tampin dan Rembau.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, inisiatif itu bertujuan bagi mengelakkan kebergantungan pengambilan bekalan air mentah daripada Empangan Gemencheh yang kini menjadi sumber utama bagi kegunaan pengguna di dua daerah berkenaan.

Pelan pertama kita adalah untuk membina paip bagi menyalurkan air sungai Jelai untuk dipamkan ke empangan tersebut.

Projek ini meliputi pembinaan paip sejauh 7.5 kilometer yang bakal menelan kos sebanyak RM50 juta dan melalui usaha ini kita berupaya memperoleh hampir 0.17 juta liter air sehari," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di Wisma Negeri di sini hari ini.

Mohamad berkata, bagi pelan kedua, kerajaan negeri bercadang untuk membina Loji Gemencheh yang bakal menelan belanja hampir RM30 juta.

Namun ini adalah pelan jangka masa panjang dan pembinaan loji ini akan mengambil masa selama dua setengah tahun," kata beliau.

Menurutnya, kedua-dua pelan itu akan mengatasi masalah bekalan serta paras air yang berkurangan di empangan Gemencheh berikutan beberapa faktor.

Walaupun kini sudah mula musim hujan namun paras air di empangan ini masih berada di tahap minimum.

Ini disebabkan oleh faktor kawasan tadahan yang tidak besar selain empangan itu dikelilingi oleh ladang kelapa sawit. Ini secara tidak langsung menyebabkan air di dua anak sungai berhampiran turut menjadi kering kerana air telah diserap oleh tanaman di estet berdekatan," katanya.

MB jadi mentor DPMM Negeri Sembilan

Posted: 04 Jun 2014 12:44 PM PDT

Abdul Rahman Yaakub (depan, dua kiri) menyampaikan cenderamata kepada Mohamad Hasan selepas mengadakan pertemuan sewaktu majlis minum petang ahli jawatankuasa DPMM NS bersama Menteri Besar di Seremban, Negeri Sembilan, baru-baru ini.

SEREMBAN 4 Jun - Pelantikan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan sebagai mentor kepada Dewan Perniagaan Melayu Malaysia cawangan Negeri Sembilan (DPMM NS) dijangka mampu melonjakkan fungsi dan peranan badan itu sebagai payung kepada para usahawan di negeri ini.

Yang Dipertua DPMM NS, Abdul Rahman Yaakub berkata, pengalaman luas Mohamad dalam dunia perniagaan sebelum dilantik sebagai Menteri Besar pada 2004 adalah faktor utama mendorong dewan itu memohon supaya beliau menjadi mentor kepada pertubuhan itu.

Beliau berkata, dewan itu percaya ilmu pengetahuan dan pengalaman Mohamad boleh dikongsi bersama ahli-ahli DPMM NS khususnya dan para usahawan di negeri ini amnya dalam menempuh selok-belok dan cabaran dunia keusahawanan yang semakin getir.

Barisan jawatankuasa dewan ini yang baru dipilih telah menyatakan hasrat kepada Datuk Seri Mohamad supaya beliau menjadi mentor kepada DPMM NS pada majlis minum petang beliau bersama kami di sini baru-baru ini.

Kami gembira kerana beliau telah menyatakan persetujuan terhadap cadangan itu," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Majlis ramah mesra itu adalah yang pertama antara Menteri Besar dengan ahli jawatankuasa dewan itu yang dipilih pada mesyuarat agung pertubuhan itu pada Mac lalu.

Menurut Abdul Rahman, Mohamad mempunyai pengalaman lebih 25 tahun dalam dunia korporat dan perbankan bermula sebagai pelatih Bank Negara Malaysia pada 1979 dan sejak itu berkhidmat di beberapa buah bank antaranya Malayan Banking Berhad, Public Bank Berhad, Arab Malaysian Merchant Bank dan Pengurus Besar Bank Bumiputera di London.

Tambahnya, Mohamad kemudian dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Cold Storage (M) Berhad pada 1992 hingga 1994 dan Pengarah Urusan Cycle and Carriage Bintang Berhad pada 1994 hingga Mac 2004 sebelum dilantik sebagai Menteri Besar selepas Pilihan Raya Umum 2004.

Sejajar dengan pelantikan ini, kami akan mengatur beberapa siri program dengan Mohamad bagi membolehkan beliau bertemu dengan lebih dekat dengan para usahawan di negeri ini," katanya.

Cemerlang akademik, sahsiah diri wajar ada dalam bina insan

Posted: 04 Jun 2014 12:44 PM PDT

Yusmawati Kamaludin (kiri) menerima replika cek daripada Awaludin Said pada majlis Penyerahan Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia di STIAS Rembau sambil diperhatikan oleh Ipun Shamsudin di Rembau, kelmarin.

REMBAU 4 Jun - Melahirkan insan berketerampilan tidak hanya tertumpu dalam satu bidang tertentu sahaja, sebaliknya hendaklah meliputi aspek kecemerlangan akademik dan sahsiah diri.

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Dr. Awaludin Said berkata, dua elemen itu hendaklah terpakai dengan serentak dalam melahirkan modal insan berkualiti, selain meningkatkan ilmu melalui rujukan yang diberikan pakar dalam bidang berkaitan.

Dalam kita mengejar kecemerlangan akademik, jangan pula kita terlupa dalam soal memberi nilai tinggi terhadap perkembangan sahsiah, harga diri dan kepimpinan seseorang anak atau pelajar," katanya sewaktu menyerahkan bantuan khas awal persekolahan 1Malaysia (BKAP1M) di Sekolah Tinggi Islam As Sofa (STIAS) Rembau dekat sini semalam.

Yang turut hadir Ketua Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas Jabatan Pelajaran negeri, Ipun Shamsudin; Penolong Pegawai Pendidikan daerah Rembau, Mohd. Fariz Othman dan Pengetua STIAS Rembau, Datin Yusmawati Kamaludin.

Kata Awaludin, adalah diharap STIAS Rembau ini menjadi contoh gabungan elemen berkenaan kepada sekolah lain agar sama-sama membina masyarakat yang kaya dengan nilai murni serta pintar dalam ilmu dan akademik.

Saya berharap agar STIAS Rembau dapat menjadi sekolah contoh kepada yang lain kerana kurikulum dijalankan di sini merangkumi segenap aspek yang mampu melahirkan bakal pemimpin pada masa hadapan," ujar beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota.

Mengenai bantuan yang diberikan kerajaan, beliau mahu supaya pelajar memanfaatkan wang yang diterima untuk keperluan penting.

Gunakanlah untuk membeli kelengkapan pelajaran dan saya percaya, ini dapat meringankan beban ibu bapa," ujarnya.

Pada masa sama, Awaludin memuji STIAS Rembau yang berada dalam rangkaian Kumpulan Pendidikan Sofa (SEG) kerana menganjurkan banyak aktiviti ilmiah terutamanya dalam musim cuti persekolahan.

Sudah sampai masanya ibu bapa memberikan nilai tambah dalam diri anak masing-masing pada waktu cuti ini dengan membenarkan mereka menyertai program membina jati diri, kelas pengajian dan sebagainya untuk pemantapan keyakinan diri.

Percutian akan menjadi lebih bermakna apabila diisi dengan program berfaedah dan usaha ini harus dilakukan secara berterusan oleh pengurusan SEG dan STIAS Rembau pada masa hadapan," ujarnya.

Di bawah BKAP1M 2014 ini, Awaludin menyerahkan bantuan kerajaan sebanyak RM54,000 kepada Yusmawati untuk diagihkan kepada pelajar di sekolah ini.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Muka Hadapan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Muka Hadapan


Kerajaan sedia e-Baucar GST

Posted: 04 Jun 2014 12:44 PM PDT

Broken Link!

The content you are looking for is not available. You might had clicked on a broken link from another website or the content itself might have been removed.

You may want to consider our archive on

If you think there is an error, please click here to report and let us know.

Pas minta DAP 'cermin diri'

Posted: 04 Jun 2014 12:44 PM PDT

Broken Link!

The content you are looking for is not available. You might had clicked on a broken link from another website or the content itself might have been removed.

You may want to consider our archive on

If you think there is an error, please click here to report and let us know.

YTL jangan bersikap angkuh

Posted: 04 Jun 2014 12:44 PM PDT

Broken Link!

The content you are looking for is not available. You might had clicked on a broken link from another website or the content itself might have been removed.

You may want to consider our archive on

If you think there is an error, please click here to report and let us know.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Penganjuran Sukma Perlis berjaya - Khairy

Posted: 03 Jun 2014 08:11 PM PDT

KANGAR 4 Jun - Penganjuran temasya Sukan Malaysia (Sukma) Perlis yang akan menutup tirainya hari ini adalah berjaya, kata Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.

"Sukma Perlis secara keseluruhan saya boleh rumuskan sebagai telah berjaya walaupun ada beberapa masalah yang timbul seperti bumbung kanvas pusat akuatik yang jatuh, kebocoran bumbung di gelanggang badminton dan kes keracunan makanan yang melibatkan lima orang atlet.

"Secara keseluruhan Sukma kali ni berjalan dengan lancar," katanya kepada pemberita semalam.

Menurut beliau, masalah yang timbul tidak menjejaskan kelancaran penganjuran tanpa ada masalah dari aspek teknikal. - BERNAMA

Kredit: www.utusan.com.my

Rabu, 4 Jun 2014

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Cubaan seludup keluar diesel gagal

Posted: 04 Jun 2014 10:56 PM PDT

JOHOR BAHRU 5 Jun - Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua berjaya menggagalkan cubaan menyeludup keluar 76,800 liter minyak diesel bersubsidi selepas menahan sebuah kapal tangki dan dua penjaga kapal terbabit di Sungai Pasak, dekat Kota Tinggi, semalam.

Komander PPM Wilayah Dua ACP Paul Khiu Khon Chiang berkata penahanan dilakukan pada pukul 1 tengah hari oleh seorang pegawai dan empat anggota pasukan itu yang melakukan Operasi Pensura di kawasan berkenaan.

"Semasa menahan kapal yang didaftarkan dengan nama Ulaanbaatar itu, didapati dua lelaki rakyat China berada di dalamnya yang dipercayai penjaga kapal terbabit.

"Pemeriksaan kemudian menemui kira-kira 76,800 liter minyak diesel yang dianggarkan bernilai RM153,600 di dalam tangki kapal itu," katanya dalam kenyataan hari ini.

Khiu berkata pemeriksaan lanjut mendapati kapal yang dianggarkan bernilai RM2.5 juta itu beroperasi di luar kawasan yang dibenarkan dan melanggar syarat-syarat di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952.

Beliau berkata kedua-dua lelaki terbabit juga tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri.

Kes itu, katanya, kini diserahkan kepada Jabatan Imigresen, Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan serta Jabatan Laut untuk tindakan lanjut.

-BERNAMA

UPP Kedah rampas beras, pulut seludup

Posted: 04 Jun 2014 12:44 PM PDT

Abdul Latif Abdul Rahman (kanan ) menunjukkan 424 kampit beras dan beras pulut seludup dalam satu serbuan ke atas sebuah stor di kawasan perindustrian Bukit Kayu Hitam, Kedah, Kubang Pasu, Kedah, semalam. - Ihsan The Star

KUBANG PASU 4 Jun - Cubaan satu sindiket menjadikan sebuah pusat pengumpulan susu getah untuk menyorokkan beras dan beras pulut yang diseludup dari negara jiran gagal apabila diserbu Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) negeri semalam.

Serbuan kira-kira pukul 1.30 petang itu dilakukan sembilan anggota diketuai Timbalan Komandan Operasi dan Risikan UPP Bukit Kayu Hitam, Inspektor Kamar Barin.

Komander UPP negeri, Abdul Latif Abdul Rahman berkata, serbuan dilakukan selepas pihaknya melakukan intipan di premis itu sejak beberapa hari lalu selepas mendapat maklumat orang awam.

Hasil pemeriksaan, pihak kami menemukan 407 kampit beras dan 17 kampit beras pulut yang setiap satunya seberat 50 kilogram. Nilai keseluruhannya dianggarkan RM42,400.

Seorang lelaki berusia 19 tahun yang merupakan penjaga premis gagal mengemukakan dokumen berkaitan barangan yang disimpan menyebabkan kita mengesyaki kemungkinan ia diseludup ke negara ini," katanya ketika ditemui di Kompleks UPP di Bukit Kayu Hitam, di sini hari ini.

Menurut Abdul Latif, siasatan lanjut mendapati pusat pengumpulan susu getah itu tidak lagi beroperasi dan pernah diserbu kerana menjadi lokasi penyeludupan benih kerang, kira-kira dua tahun lalu.

Pihak kami percaya, sindiket terbabit telah menggunakan taktik yang sama dan kini menjadikannya sebagai pusat pengumpulan beras seludup bertujuan mengaburi mata pihak berkuasa.

Kesemua beras dan beras pulut ini dari gred yang baik dan dipercayai dibawa masuk secara kecil-kecilan melalui negara jiran sebelum diedarkan ke pasaran tempatan," ujarnya.

Tambah beliau, suspek yang ditahan disiasat di bawah Seksyen 135 (1)(d) Akta Kastam 1967.

Katanya, lelaki terbabit dan hasil rampasan tersebut diserahkan kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia untuk tindakan lanjut.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


MH370: Pakar Australia kesan bunyi hentaman "sesuatu" dengan permukaan laut

Posted: 04 Jun 2014 11:57 AM PDT

SYDNEY 5 Jun - Para penyelidik di Australia semalam menyatakan mereka telah mengesan satu bunyi bising berfrekuensi rendah di dalam air di hujung selatan India pada masa yang sama dengan pesawat Malaysia Airlines MH370 hilang secara misteri.

Para penyelidik itu mengesan bunyi bising tersebut yang berkemungkinan datang daripada kesan impak hentaman pesawat ke permukaan laut, yang dirakam oleh dua alat pengesan dasar laut di Lautan Hindi pada masa pesawat Boeing 777 itu terhenti transmisi satelitnya dan hilang pada 8 Mac dengan 239 penumpang dan anak kapal di atas kapal.

Para penyelidik itu juga telah mengeluarkan satu rakaman audio bunyi bawah air yang mereka katakan mungkin mempunyai kaitan dengan saat-saat akhir Boeing 777 itu hilang. - Agensi

Ukraine: Pasukan keselamatan tinggalkan pangkalan kerana kehabisan peluru

Posted: 04 Jun 2014 11:52 AM PDT

LUHANSK, Ukraine 5 Jun - Pasukan Keselamatan Nasional Ukraine menyatakan bahawa pihaknya telah meninggalkan sebuah pangkalan tentera di timur bandar Luhansk selepas kehabisan peluru dalam satu pertempuran bersama kumpulan pemisah pro-Rusia yang mengambil masa 10 jam kelmarin.

Para pegawai berkata dalam satu kenyataan bahawa kira-kira enam anggota pemisah terkorban dan tiga anggota keselamatan Ukraine cedera dalam pertempuran sepanjang malam itu.

Sementara itu, kumpulan pemisah juga didakwa berjaya merampas sebuah pangkalan pengawal sempadan di pinggir bandar Luhansk berikut pertempuran yang mengambil tempoh masa hampir dua hari. - AP

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


22 warga Filipina didakwa guna kad pengenalan palsu

Posted: 03 Jun 2014 11:05 PM PDT

LUMUT 4 Jun - Sebanyak 22 lelaki warga Filipina berbangsa Suluk dari

Zamboanga dan Basilan hari ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret Seri

Manjung di sini atas dakwaan menggunakan kad pengenalan palsu dan

milik orang lain, hujung bulan lalu.

Kesemua pekerja Sapura-Kencana Petroleum Berhad dalam lingkungan 21 hingga 51 tahun itu mengaku bersalah setelah memahami pertuduhan yang dibacakan kepada mereka dalam bahasa kebangsaan.

Seramai 18 daripada tertuduh didakwa menggunakan kad pengenalan palsu sementara empat lagi menggunakan kad pengenalan orang lain. - UTUSAN ONLINE

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Lima hari di pawagam, Abang Long Fadil kutip lebih RM2 juta

Posted: 03 Jun 2014 09:54 PM PDT

KUALA LUMPUR 4 Jun - Filem genre aksi dan komedi, Abang Long Fadil berjaya mengutip jualan tiket melebihi RM2 juta selepas hari kelima ditayangkan walaupun diklasifikasikan sebagai 18PL.

Pengarahnya, Syafiq Yusof ketika dihubungi berkata, beliau amat gembira dengan berita tersebut dan percaya ada hikmah di sebalik kontroversi yang berlaku sebelum ini.

``Saya bersyukur dengan kutipan yang diperoleh menerusi filem ini walaupun pengklasifikasian yang dibuat oleh LPF (Lembaga Penapisan Filem) tersebut disifatkan tidak relevan dan melampau.

``Apa pun, saya berterima kasih kepada orang ramai yang senantiasa menyokong karya saya dan berjanji akan terus berbakti kepada industri dengan menghasilkan filem-filem berkualiti,'' katanya. - UTUSAN ONLINE

Maaf... tiada kontroversi

Posted: 03 Jun 2014 10:37 PM PDT

Oleh Aida Rizmariza Kamaruddin
Gambar Noor Azlina Jaafar

SALEHA selesa dikenali sebagai artis yang kurang kontroversi.

ENGGAN mendedahkan nama sebenar kekasihnya, jelas pelakon ini prinsipnya mudah selagi dia sudah berterus terang itu lebih baik dari menipu peminat. Jelas Siti Saleha sejak dari dahulu lagi dia bukan seorang yang suka meletakkan kisah peribadinya mendahului pencapaian dalam karier.

Bercerita serba sedikit mengenai buah hatinya yang berasal dari Portugal itu jelas Saleha atau nama sebenarnya Siti Saleha Mohd. Baharum, 24, dia percaya hubungan selama 11 bulan ini dibina atas dasar kepercayaan.

Tidak menolak masih meletakkan ayahnya yang kini berusia 64 tahu sebagai lelaki yang paling disayangi. Saleha juga percaya sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga kebajikan lelaki nombor satu dalam hatinya itu.

Bagaimanapun timbul persoalan, bagaimana jika suatu hari nanti jika dia sudah berkahwin adakah Malaysia kekal menjadi lokasi tempat tinggal pilihan memandangkan kekasihnya kini bukan berasal dari negara ini. Hanya ketawa ketika menjawab, jelas Saleha masih terlalu awal untuk berfikir soal itu.

Ayah saya seorang sekarang, tapi kalau saya kahwin kemungkinan saya mahu dia berpindah dan duduk dengan saya.

Adik saya juga bakal melanjutkan pengajiannya ke United Kingdom tidak lama lagi, dan Sam pula agak sibuk dengan urusan kerjayanya. Jadi memang saya seorang sahaja yang akan memikul tanggungjawab untuk menjaga ayah," katanya.

Percaya dengan umurnya kini dia masih terlalu muda untuk berfikir soal kahwin. Saleha menjelaskan masih belum tahu sama ada keputusan ini turut dipersetujui bakal suaminya kelak.

Walaupun ayah saya sudah tua, tetapi dia sangat aktif, setiap tahun dia nampak lebih muda (ketawa). Jujurnya sebab saya masih di sini adalah kerana ayah.

Saya tidak tahu soal itu, jauh sangat mahu berfikir. Saya juga masih banyak benda yang mahu dikecapi buat masa sekarang," katanya jujur.

Bercerita perihal cinta pula, Saleha ada cerita tersendiri mengenai teman lelakinya itu. Mengakui sedang hangat bercinta dengan seorang lelaki yang pemalu, balas Saleha dia mahu memberi pendedahan terbaik buat teman lelakinya itu mengenai budaya di sini.

Pertama kali dia bertanya soal kerjaya saya, apa yang bermain difikirannya adalah teater. Sebab saya hanya menjelaskan terlibat dalam bidang seni.

Secara perlahan-lahan saya jelaskan bukan itu sahaja, jujur dia ambil masa untuk mengetahui tentang populariti yang dikecapi saya. Sebab dia juga seorang yang biasa sahaja," katanya.

Pernah mengejutkan peminatnya dengan penyebaran beberapa keping gambar dia dan bekas kekasihnya sebelum ini. Ujar Saleha ada pengajaran dari kisah dahulu yang mula diambil serius kini.

Dalam soal itu saya fikir ia adalah perbuatan yang kurang ajar, gambar itu sepatutnya menjadi hak peribadi dan bukan untuk tontonan semua. Saya sehingga kini masih mempunyai kehidupan biasa, sama seperti orang lain jadi tidak salah rasanya untuk saya memuat naik gambar kehidupan saya sebagai orang biasa.

Sebenarnya sejak dari dahulu lagi saya berhati-hati, dan kini lebih berhati-hati. Maksud saya kini saya akan tapis dahulu siapa yang akan berkawan dengan saya di laman sosial," katanya.

Kemenangan dipertikai

Mengungguli dua kategori dalam sebuah majlis anugerah baru-baru ini ada yang berpendapat, Saleha tidak layak. Nyata terkejut dengan pandangan itu, kata Saleha dia hanya akur dengan pilihan peminat.

Ini kali pertama saya ditanya soal itu, sebab sebelum ini saya lihat semua yang saya jumpa rata-rata percaya saya layak. Mungkin saya tidak baca blog, jadi saya tidak tahu apa yang dibincangkan mereka.

Sebenarnya saya juga tidak meletakkan apa-apa harapan pada malam itu. Bila nama saya dipanggil memang saya terkejut. Kemenangan ini saya percaya adalah kerana sokongan tidak berbelah bahagi peminat saya semua,"katanya.

Bebas kontroversi selain jarang namanya dipalit dengan apa-apa cerita tidak enak, itu dilihatnya sebagai pencapaian terbaik diri. Mungkin juga ada sesuatu yang mahu ditunjukkan Saleha bahawa tidak semestinya kontroversi mampu melonjakkan nama seseorang.

Saya minta maaf saya tiada apa-apa yang hangat. Saya lebih selesa begini, walaupun ada yang kata saya lambat dikenali tetapi saya tidak lihat apa-apa kesalahan mengenai itu.

Bila ada yang memuji kemenangan ini dengan keadaan saya yang bebas gosip, saya tidak tahu mahu jawab apa," katanya tersenyum bangga.

Memasuki bidang ini sejak empat tahun lalu, Saleha akui ada waktu sukar untuk dirinya sendiri. Malah dia tidak menolak, susah payahnya untuk mengenali apa itu lakonan yang baik dilakukannya dirinya tanpa henti sehingga sekarang.

Mula-mula memasuki bidang ini saya hanya sendiri, saya dapat sokongan penuh keluarga tetapi apa yang saya maksudkan bimbingan dalam bidang lakonan. Mengenali beberapa pelakon hebat, saya tahu tiada istilah malu untuk menimba ilmu dari mereka.

Jujur tahun pertama bergelar sebagai pelakon memang menjadi tahun paling perit. Segala percubaan saya mendapat tentangan, contohnya dari segi lakonan, malah percakapan juga. Tetapi itu saya anggap sebagai satu pengalaman hebat kini," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved