Isnin, 2 Jun 2014

Utusan Online - Hiburan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Raja Azmi kini bertudung

Posted: 02 Jun 2014 12:06 AM PDT

Oleh KHADIJAH IBRAHIM

KUALA LUMPUR 2 Jun - Penerbit filem, Raja Azmi Raja Sulaiman, 55, mengambil keputusan untuk berhijab selepas mendengar nasihat daripada orang ramai dan juga atas doa anaknya, Megat Dali, 20.

Beliau yang pernah menimbulkan kontroversi sebelum ini gara-gara kenyataannya yang mempersoalkan wanita tidak bertudung akan masuk neraka antara punca dia terbuka hati untuk berhijrah.

Raja Azmi berkata, sebelum kekecohan yang ditimbulkannya bulan lalu, beliau sedikit pun tidak pernah terfikir untuk memakai tudung walaupun pernah menunaikan umrah Februari lalu.

"Akibat daripada kenyataan saya tentang wanita dan tudung itu, banyak orang memberi nasihat dan mana yang menegur cara baik saya terima dengan hati terbuka.

"Tidak dinafikan teguran itu sedikit sebanyak membuka pintu hati saya untuk berhijrah dan saya yakin apa yang berlaku adalah amaran daripada Allah. Alhamdullillah, saya kini memilih untuk bertudung dan tindakan saya ini mendapat sokongan daripada suami dan anak-anak," katanya kepada Utusan Online hari ini.

Selain itu, katanya, beliau turut melakukan solat tahajud dan kesan daripada itu, hatinya terbuka untuk bertudung.

"Masa pulang daripada menunaikan umrah, saya tidak pernah pun terfikir untuk bertudung. Mungkin ini juga adalah doa anak saya, Megat Dali yang menunaikan umrah selepas saya kembali.

"Antara orang yang paling gembira apabila melihat saya bertudung ialah Megat Dali dan suami, Mohd. Eddie Ghazali, tetapi mereka tidak tunjuk sangat. Dulu nak tegur mereka takut tetapi sekarang saya tahu mereka gembira dengan tindakan saya ini," jelasnya.

Bersempena dengan perubahan penampilan dirinya itu, Raja Azmi juga bercadang untuk berniaga tudung dengan seorang rakan. Tudung rekaannya dibuat dalam tujuh corak.

"Tudung-tudung rekaan saya mengambil nama sempena tujuh jenis bunga, iaitu lili, cempaka, mawar, dahlia, orkid, melur dan kekwa.

"Insya-Allah akan mula dijual pada 18 Jun ini," katanya yang juga bakal melancarkan novel tulisannya, Karkuma, tidak lama lagi. - UTUSAN ONLINE

Aizat kembalikan piring hitam

Posted: 02 Jun 2014 01:04 AM PDT

Oleh MUHAMMAD AZRUL MOHD. RADI
Gambar MOHD. AKRAM MOHD. SETH TAN

DUNIA piring hitam dikembalikan semula oleh Aizat melalui album Legasi.

Sebelum ini, penyanyi, Aizat memberitahu yang bila umurnya menjejak angka 25 tahun, itu adalah waktu ideal buatnya untuk mendirikan rumah tangga.

Namun, bagi Aizat, disebabkan beberapa faktor, hasratnya untuk bergelar seorang suami itu mungkin terpaksa ditangguhkan seketika apatah lagi hatinya kini belum lagi dimiliki oleh sesiapa.

Sedar tentang perkara itu, jelas Aizat, anjakan umurnya kini sedikit sebanyak memberi tekanan kepadanya dalam kehidupan.

Saya selalu berfikir, di usia saya ketika ini, bukan lagi masanya untuk saya bermain-main. Sebaliknya adalah tahap untuk saya mula befikir jauh tentang kehidupan," jelasnya.

Tidak tertumpu kepada kerjaya sahaja, jelas Aizat, dia juga kadang-kadang tertekan bila melihat rakan-rakannya mula mendirikan rumah tangga.

Rakan-rakan saya pun ramai yang mendirikan rumah tangga, jadi ia memang memberi tekanan kepada saya untuk berumah tangga.

Tetapi itu semua soal jodoh. Saya pun tidak tahu bila jodoh saya akan sampai, jadi saya cuma serahkan pada jodoh sahajalah buat masa ini," katanya.

Jelas Aizat lagi, kerjayanya juga menjadi antara penyebab mengapa dia kini belum bersedia untuk mencari jodoh.

Kalau ikutkan, saya ini memang ada perangai suka menyendiri. Tetapi tidaklah sampai ke tahap tak bersosial langsung dengan orang lain.

Saya selalu juga bersosial, jumpa rakan-rakan tapi sekadar borak-borak sahajalah. Tiadalah sampai bersosial dan mencari jodoh. Hanya sekadar rakan sahaja." jelasnya.

Menyambung bicara, Jelas Aizat, kerjayanya sebagai penyanyi masih lagi jauh dan banyak lagi yang belum dicapai olehnya.

Saya kena fokus pada kerjaya sekarang. Banyak lagi yang belum saya cakap dalam industri seni. Malah, saya sendiri merasakan perlu berusaha lebih keras lagi.

Mungkin faktor-faktor sebegini yang memerlukan saya untuk fokus dengan kerjaya membuatkan saya menangguhkan seketika fikiran ke arah mendirikan rumah tangga," ujarnya.

Tambah Aizat lagi, keluarganya juga ada bertanyakan kepadanya tentang hal yang sama dan dia sendiri mengambil berat setiap pertanyaan daripada keluarganya.

Memang ibu bapa saya ada bertanya tentang hal perkahwinan. Saya sedar dan perlu ambil berat tentang perkara ini. Tetapi buat masa ini saya rasa biarlah kerjaya dahulu.

Lagipun saya merasakan diri saya belum mencapai ke potensi sebenar apa yang saya boleh lakukan dalam industri seni," jelasnya.

Bikin piring hitam

Sudah menjadi kebiasaan untuk seorang artis mengeluarkan album atau single dalam bentuk cakera padat patah lagi itu adalah medium yang paling mudah untuk digunakan.

Tetapi berbeza dengan Aizat yang memilih kelainan untuk mengeluarkan piring hitam untuk album terbaharunya berjudul Legasi.

Menurut Aizat sendiri, idea itu datang setelah melihat koleksi piring hitam milik ibu bapanya yang masih kekal tersimpan rapi hingga kini.

Salah satu koleksi piring hitam koleksi ibu bapa saya ialah piring hitam Uji Rashid dengan hiasan kulit yang memaparkan gambarnya.

Melihat piring hitam Uji Rashid itu yang membuatkan saya tertarik untuk membuat satu piring hitam milik saya untuk diberikan sebagai koleksi kepada peminat-peminat saya," jelasnya.

Tambah Aizat lagi, piring hitam ini tidak dijual dengan jumlah yang banyak, sebaliknya hanya dikeluarkan sebanyak 222 unit sahaja.

Memang saya tidak jual banyak sebab faktor kekangan kos dan kita buat piring hitam ini pun di luar negara iaitu di German. Jadi melibatkan banyak kos penghantaran dan sebagainya," katanya.

Mengulas mengenai harga pula, jelas Aizat, cara jualan juga berbeza kerana dia menggunakan kaedah bidaan yang boleh dilakukan menerusi laman web www.legasi.kge.com.my.

Disebabkan stok yang agak terhad, jadi kita jual secara bidaan. Harga bidaan bermula sebanyak RM150 dan itu sebenarnya adalah harga kos bagi sebuah set piring hitam yang kita jual.

Yang tiada pemain piring hitam pun sebenarnya boleh membeli kerana kita jual piring hitam itu dengan sert bungkusan istimewa yang turut memuatkan pemacu pena (pendrive) yang memuatkan lagu-lagu dalam album legasi ini," katanya.

Album tersebut memuatkan lima buah lagu duet bersama rakan-rakan artis seperti Noh Salleh, Yuna dan Zee Avi termasuk sebuah lagu baharu bersama Azlan and The Typewriter berjudul Catwalk Ke Balai.

Tambah Aizat, sekiranya piring hitamnya kali ini mendapat sambutan yang baik daripada peminat, ada kemungkinan yang dia akan teruskan penghasilan itu di masa akan datang.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved