Ahad, 4 Mei 2014

Utusan Online - Selatan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


Monorel Melaka beroperasi semula Jun

Posted: 03 May 2014 11:25 AM PDT

Oleh NURSURAYA ZULKIFLI
utusanmelaka@utusan.com.my

MELAKA 3 Mei - Monorel Melaka dijangka beroperasi semula selewat-lewatnya awal bulan depan selepas perkhidmatannya dihentikan akhir Disember tahun lalu kerana kerosakan pada fius bekalan kuasa sistem pengangkutan tersebut.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM), Datuk Baharom Majid berkata, kelewatan operasi itu berikutan kesukaran pihaknya mendapatkan alat ganti.

Menurutnya, berikutan hal tersebut, beliau bersama Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Pembangunan Sungai, Pantai dan Pulau negeri, Datuk Ghazale Muhamad berkunjung ke China akhir Mac lalu bagi membeli alat ganti tersebut.

"Perkhidmatan monorel terpaksa dihentikan sementara kerana terdapat kerosakan pada fius bekalan kuasa sistemnya yang dipercayai berlaku akibat kerja-kerja pembinaan di kawasan berhampiran.

"Disebabkan tiada alat ganti yang dapat diperoleh di negara ini, kita mengimportnya dari China. Alat ganti tersebut kini dalam proses penghantaran dan dijangka sampai dalam tempoh 10 hari manakala kerja baik pulih monorel itu mengambil masa satu hingga dua minggu ," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melawat kerja baik pulih dan pembuatan perahu naga di Bengkel Melaka River Cruise, Jalan Tun Ali di sini, semalam.

Dalam pada itu, Baharom menolak dakwaan kononnya perbadanan itu bersifat lepas tangan terhadap insiden berkenaan sehingga menyebabkan kerugian kerana perkhidmatan monorel itu tidak beroperasi.

"Sebagai pengendali perkhidmatan itu, adalah menjadi keutamaan PPSPM memastikan keselamatan penumpang walaupun terpaksa menghentikan sementara operasi monorel.

"Kami komited menjalankan tugas, malah surat kepada syarikat kontraktor yang menjalankan kerja pembinaan itu telah dihantar bagi menuntut ganti rugi termasuk kos membeli alat ganti bernilai RM25,000," katanya.

Dalam kejadian pada pukul 6.45 petang, 26 Disember 2013, pelancong dari Melbourne, Australia berusia antara 30 hingga 50 tahun terpaksa dibawa turun menggunakan jentera sky lift pada ketinggian lebih lima meter selepas perkhidmatan monorel yang dinaiki mereka mengalami kerosakan.

150 kanak-kanak sertai pertandingan mewarna

Posted: 03 May 2014 11:25 AM PDT

Sebahagian kanak-kanak yang menyertai pertandingan mewarna pada program Pesta Air Port Dickson dekat Telok Kemang, Negeri sembilan, semalam. - MINGGUAN/KHAIRUL NAJIB ASARULAH KHAN

TELOK KEMANG 3 Mei - Seramai 150 kanak-kanak menyertai pertan-dingan mewarna anjuran Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan dengan kerjasama Utusan Malaysia pada program Pesta Air Port Dickson dekat sini, hari ini.

Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan cawangan Negeri Sembilan, Daing Muhamad Rahimi Abdul Hamid berkata, pertandingan itu disertai oleh peserta dari tadika sekitar daerah Port Dickson.

"Pertandingan yang bermula pukul 9 pagi hingga 11 pagi itu di-sertai oleh 150 kanak-kanak tadika yang berusia enam tahun.

"Aktiviti ini bukan sahaja bertujuan memberi peluang kumpulan terbabit menyertai pesta ini malah untuk menguji kreativiti mereka melalui aktiviti mewarna," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Jelasnya, sebanyak 20 peserta terbaik akan terpilih untuk mene-rima hadiah iringan.

"Sementara itu, pemenang tempat pertama membawa pulang wang tunai RM200, manakala tempat kedua RM100 diikuti tempat ketiga RM70.

"Mereka turut membawa pulang hamper berbentuk makanan. Ini salah satu galakan bagi mengasah bakat dan mencungkil idea mewarna di kalangan kanak-kanak ini," katanya lagi.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved