Ahad, 11 Mei 2014

Utusan Online - Selatan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


Hari Wesak: 10 jalan utama ditutup sementara

Posted: 10 May 2014 12:43 PM PDT

MELAKA 10 Mei - Sebanyak 10 jalan utama di negeri ini akan ditutup buat sementara waktu sempena perarakan Hari Wesak pada 12 dan 13 Mei ini.

Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Lim Chow Beng berkata, penutupan jalan itu bagaimanapun dijamin tidak akan menyebabkan kesesakan lalu lintas kerana akan dibuka secara berperingkat sebaik sahaja perarakan melaluinya.

Perarakan pada 12 Mei ini akan melibatkan Jalan Gajah Berang, Jalan Tun Perak, Jalan Tun Ali, Jalan Tun Mutahir, Jalan Tun Sri Lanang, Jalan Bendahara, Jalan Laksamana, Jalan Tun Tan Cheng Lock dan Jalan Tengkera.

Penutupan jalan sejauh kira-kira enam kilometer itu adalah daripada pukul 7 malam hingga 10 malam dan ia akan dibuka secara berperingkat sebaik sahaja perarakan melalui jalan tersebut.

Pada 13 Mei pula, jalan yang terlibat adalah Jalan Gajah Berang, Jalan Rev. Seet Kim Beng, Jalan Ong Kim Wee dan Jalan Tengkera antara pukul 9.30 pagi hingga 10.30 pagi," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang akhbar sempena perayaan itu di Bangunan Seck Kia Eenh, Jalan Gajah Berang di sini.

Yang turut hadir, Presiden Persatuan Buddhis Melaka, Chee Swee Hoon.

Menurut Chow Beng, perayaan yang merupakan salah satu platform pelancongan agama di Melaka itu dijangka dimeriahkan oleh lebih 10,000 orang termasuk pelancong dari dalam dan luar negara.

Katanya, program itu turut menjadi salah satu agenda bagi mempromosikan Tahun Melawat Malaysia 2014.

Perkasakan kembali pemakaian busana tradisional

Posted: 10 May 2014 12:43 PM PDT

MELAKA 10 Mei - Pemakaian busana tradisional perlu diperkasakan semula bagi meningkatkan semangat cintakan warisan dan membudayakan semula pemakaiannya terutama dalam kalangan generasi muda.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia dan Warisan negeri, Datuk Norpipah Abdol (gambar) berkata, pemakaian busana tradisional yang lengkap dengan pelbagai aksesori kini hanya dipakai dalam majlis tertentu sahaja.

Kebanyakan masyarakat Melayu kini lebih cenderung berpakaian mencerminkan budaya luar terutamanya Barat, malah terdapat segelintir daripada mereka malu untuk menggayakan busana tradisi kecuali dalam majlis tertentu.

Ada dalam kalangan mereka cuba memperlekeh dan berasa canggung apabila melihat orang lain berpakaian tradisi yang lengkap dengan pelbagai aksesori terutamanya di luar majlis rasmi.

Pakaian sebegini merupakan identiti masyarakat Melayu di negara ini dan di sinilah peranan yang perlu kita mainkan untuk melestarikan semula budaya tersebut," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dan merasmikan program Wacana Ilmu sempena Festival Pendekar dan Busana Tradisi Nusantara 2014 di Hang Tuah Centre (HTC), Duyong di sini hari ini.

Yang turut hadir Pengurus Besar Perbadanan Muzium Melaka (Perzim), Datuk Khamis Abas dan Pengerusi Persatuan Guru-guru Silat Melaka, Sham Mohd. Ghani.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved