Ahad, 4 Mei 2014

Utusan Online - Pendidikan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pendidikan


Buat tempahan Tutor sebelum Jun

Posted: 04 May 2014 11:23 AM PDT

TUTOR sentiasa mendapat sambutan menggalakkan daripada guru dan murid seperti komitmen yang ditunjukkan oleh warga SK Kota Perdana ketika mengikuti taklimat penggunaannya di Muadzam Shah, Pahang, baru-baru ini.

SEKOLAH di seluruh negara dinasihati membuat tempahan awal akhbar pendidikan edisi Tutor UPSR, PT3 dan SPM ekoran permintaan yang dijangka naik mendadak bagi persiapan program intensif kecemerlangan masing-masing mulai Jun ini.

Fenomena berkenaan merupakan trend semasa kalendar strategik persekolahan yang mensasarkan Jun sebagai titik tolak program pecutan akhir, tuisyen atau sebagainya sebagai pengukuhan, pengayaan dan bimbingan menjelang hari peperiksaan.

Tutor yang mula dicetak 13 Januari lalu adalah eksklusif untuk langganan sekolah, berharga 50 sen senaskhah.

Tempahan saat akhir akan menyukarkan pihak pemasaran membuat penghantaran mengikut masa, terutamanya di kawasan pedalaman.

Tempahan boleh dibuat dengan menghubungi 019-5716282.

Tutor merupakan instrumen soalan dalam konteks pentaksiran, yang itemnya dibangunkan mengikut format semasa dan terkini bagi setiap mata pelajaran.

Sejak dicetak 13 Januari lalu, sekolah-sekolah yang membuat tempahan awal bagi tujuan percubaan kini mulai menambah tempahan naskhah setelah guru mendapati isi kandungan yang terbukti dapat membantu pembelajaran murid di sekolah masing-masing.

Tutor merupakan program pendidikan selama 42 minggu yang disusun mengikut takwin persekolahan - bermula dengan latihan topikal pada peringkat awal, disulami dengan ujian sumatif, diagnostik serta set lengkap peperiksaan percubaan dari semasa ke semasa.

Soalan dan konsep dibangunkan oleh panel guru pakar serta penggubal soalan. Panel khusus bagi menggubal soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) pula menggubal soalan KBAT tahap UPSR sehingga SPM yang merentas penerbitan setiap minggu.

Tutor UPSR, PT3 dan SPM diterbitkan setiap Isnin, Tutor English pada Selasa dan Tutor Junior pada Rabu.

Program Jelajah Tutor, beberapa sesi taklimat serta program aktif pemasaran dan jenama yang giat sepanjang tujuh bulan ini telah berjaya membuka mata pihak sekolah perihal pentingnya sisipan Tutor untuk dimiliki oleh setiap sekolah sebagai bahan latih tubi.

Dalam masa yang singkat, Tutor terpilih sebagai bahan utama pengajaran dan pembelajaran beberapa institusi melalui program penajaan atau secara langsung.

Di Perak, Tutor menjadi instrumen penting di negeri itu apabila kerajaan negeri Perak menaja akhbar pendidikan Tutor SPM di 164 buah sekolah di seluruh Perak sepanjang tahun ini.

Tajaan itu bertujuan membolehkan sekolah-sekolah terpilih memanfaatkan Tutor SPM sebagai bahan bantu pengajaran dan pembelajaran (PdP).

Exco Pelajaran Perak, Dr. Muhammad Amin Zakaria berkata, penajaan itu adalah sebahagian daripada komitmen kerajaan negeri mensasarkan kecemerlangan pelajar di bawah program Perak Menuju Top 5.

Kerajaan negeri sentiasa memberi perhatian kepada pendidikan anak-anak negeri ini dan sedia menyalurkan pelbagai peruntukan dalam membantu pelajar terutama yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2014.

Oleh itu, para pelajar diharap akan menggunakan setiap bantuan yang diberikan untuk bergelar insan yang cemerlang dan terbilang kelak," katanya.

Program Tenaga Nasional Berhad (TNB) melalui Pintar Foundation turut menganjurkan pemukiman dan Jelajah Tutor baru-baru ini di seluruh negara. Tinjuan mendapati beberapa guru dan pengetua yang terpilih mengikuti program berkenaan menganggap penajaan Tutor sebagai rahmat kepada mereka.

Malah bank, instutusi kerajaan dan bukan kerajaan yang mendepani usaha pendidikan telah memanjangkan dan memperluas penajaan bagi membolehkan sekolah menggunakan Tutor sebagai bahan sokongan pengajaran dan pembelajaran.

Bukan sekadar negeri-negeri di Semenanjung Malaysia, sekolah di Sabah dan Sarawak kini mula menggunakan sisipan Tutor secara yang meluas.

Inisiatif bijak rapatkan jurang akademik bandar, luar bandar

Posted: 04 May 2014 11:23 AM PDT

pengarang Pendidikan Utusan Malaysia, Wahid Hashim menyampaikan taklimat penggunaan Tutor UPSR di SK Kota Perdana, Muadzam Shah, Pahang baru-baru ini.

Usaha Tenaga Nasional Berhad (TNB) menaja akhbar pendidikan Utusan Malaysia, Tutor Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) adalah satu langkah bijak untuk merapatkan jurang pencapaian akademik antara murid luar bandar dan bandar.

Guru Penolong Kanan Pentadbiran Sekolah Kebangsaan (SK) Kota Perdana, Kartini Daud berkata, tajaan Tutor UPSR oleh TNB ini memberi peluang kepada murid sekolah luar bandar supaya maju dalam pelajaran seperti rakan mereka di bandar.

Hal ini boleh direalisasikan kerana kandungan Tutor UPSR sangat bertepatan dan bersesuaian untuk latihan pengukuhan dan pengayaan murid," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas taklimat penggunaan Tutor UPSR oleh Pengarang Pendidikan Utusan Malaysia, Wahid Hashim di makmal komputer SK Kota Perdana, Muadzam Shah, Pahang baru-baru ini.

Taklimat itu menekankan prinsip latih tubi dari aspek kuantitatif dan kualitatif supaya Tutor UPSR dapat memberi impak yang maksimum kepada program kecemerlangan akademik di sekolah.

Akhbar Tutor UPSR, kata Kartini, telah pun digunakan di sekolahnya sebagai latihan tambahan oleh guru-guru mengikut keperluan masing-masing.

Penggunaan secara intensif sebagai modul pembelajaran mulai Jun 2014," tambahnya.

SK Kota Perdana adalah sekolah ke-13 dan terakhir dalam program Jelajah Tutor yang melibatkan sekolah Pintar TNB di seluruh negara.

Selain menerima naskhah cetak, kesemua 13 sekolah Pintar TNB turut diberi kata laluan untuk mengakses sistem pembelajaran atas talian, adaponline.

Jumlah naskhah dan kata laluan yang diberi tertakluk kepada bilangan calon UPSR di sekolah terbabit.

Selain itu, semua 13 sekolah pintar TNB di seluruh negara yang terpilih menikmati bantuan kewangan pendidikan berjumlah RM30,000 dan barangan peralatan hoki.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved