Selasa, 20 Mei 2014

Utusan Online - Pendidikan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pendidikan


Manfaatkan sepenuhnya

Posted: 19 May 2014 11:54 AM PDT

YAHYA Hussin (dua dari kanan) menyerahkan replika cek tajaan Akhbar Pendidikan Tutor Utusan Malaysia kepada wakil Utusan Melayu (M) Bhd, Celestina Ubing di dewan Sekolah Kebangsaan (SK) Petagas, Putatan, semalam. Turut menyaksikan Jame Alip (kanan).

PUTATAN 19 Mei - Para pelajar dan guru diingatkan supaya memanfaatkan sepenuhnya sisipan akhbar pendidikan Tutor Utusan Malaysia yang terbukti sebagai bahan bantuan terbaik bagi dijadikan 'teman rapat' untuk menghadapi peperiksaan utama tahun ini.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Yahya Hussin yang berasa bertuah kerana diberikan peluang bersama-sama menyumbang kepada usaha meningkatkan taraf pendidikan para pelajar dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Petagas menegaskan bahawa sesuatu kecemerlangan itu tidak akan datang secara bergolek.

Sebaliknya, jelas beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Petagas, untuk mencapai kecemerlangan semua pihak termasuk sekolah, pelajar, ibu bapa dan anggota masyarakat perlu berusaha gigih untuk meraihnya.

Saya sedar Kementerian Pendidikan dan Jabatan Pendidikan negeri telah banyak membantu (kecemerlangan pelajar), namun usaha ini akan menjadi lebih berkesan dengan adanya sokongan daripada pihak lain. Sebab itulah saya tidak lepaskan peluang keemasan ini untuk turut sama menyumbang," katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan sempena majlis penajaan akhbar pendidikan itu oleh beliau kepada enam sekolah dalam DUN Petagas di Dewan Sekolah Kebangsaan (SK) Petagas di sini hari ini.

Yang turut hadir Pengarah Jabatan Pendidikan negeri, Datuk Jame Alip dan Pegawai Pendidikan Daerah Penampang, Mojuntin Ebin.

Yahya menaja sebanyak 36,240 naskhah Tutor melibatkan 2,430 pelajar yang bernilai RM18,120.

Sekolah yang terlibat ialah SK Petagas, SK Kem Lok Kawi, SK Tombovo, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Hwa Siong, SK Tansau dan Sekolah Menengah Kebangsaan Tansau.

Tambah Yahya, format soalan terkini yang digubal oleh penggubal berpengalaman merupakan antara kelebihan Tutor yang menjadikannya sesuai digunakan sebagai latihan tambahan kepada calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah, Pentaksiran Tingkatan 3 dan Sijil Pelajaran Malaysia.

Sementara itu, Jame turut merakamkan penghargaan kepada Utusan Malaysia atas inisiatif akhbar berkenaan melahirkan Tutor yang disifatkan amat sesuai digunakan oleh pelajar dan guru kerana kandungannya lengkap dan menyeluruh serta mudah dibawa kerana bentuk fizikalnya yang nipis, malah harganya hanya 50 sen sahaja senaskhah.

Usaha ini (Utusan Malaysia) selari dengan jabatan yang mahukan para guru lebih kreatif dalam menyampaikan pengajaran dan pembelajaran (P&P) terbaik kepada pelajar dengan tidak terlalu terikat kepada kaedah lama, katanya.

Bagi sekolah di negeri ini yang berminat melanggan Tutor, boleh menghubungi Eksekutif Pemasaran Sabah, Celestina Ubing, 012-8020261 untuk keterangan lanjut.

Malaysia cari kaedah terbaik didik anak autisme

Posted: 19 May 2014 11:54 AM PDT

ABU DHABI 19 Mei - Malaysia sedang memperhalusi kaedah-kaedah yang diguna pakai di negara luar supaya boleh digunakan dalam pendidikan kanak-kanak autisme, kata isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Kita sedang memilih pendekatan terbaik untuk kanak-kanak di Malaysia dan hari ini saya mengambil kesempatan untuk melawat Pusat Autisme Abu Dhabi bagi melihat pendekatan yang diguna pakai oleh mereka dalam pendidikan kanak-kanak tersebut," katanya.

Rosmah yang juga penaung Program Permata berkata demikian kepada wartawan Malaysia selepas melawat pusat berkenaan di Kompleks Pertubuhan Zayed, di sini.

Beliau berada di sini sejak Sabtu bagi mengikuti lawatan rasmi tiga hari perdana menteri ke Abu Dhabi yang berakhir pada Isnin.

Rosmah berkata dalam lawatan itu pengendali pusat berkenaan turut menyatakan kesediaan membantu Malaysia dalam penubuhan pusat autisme di Malaysia.

Malaysia bakal mempunyai pusat autisme negara dengan penubuhan Pusat Permata Kurnia .

Pusat itu akan menyediakan perkhidmatan sepenuh masa bagi kanak-kanak empat hingga enam tahun sebagai transisi persediaan sebelum memulakan pendidikan arus perdana dan dijangka 300 kanak-kanak akan menerima manfaat itu pada peringkat permulaan.

Pusat bernilai RM28 juta dan terletak di Sentul itu dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan dan dijangka siap Februari 2015.

Pada masa ini kadar prevalen autisme di Malaysia pada 2004 adalah satu bagi 600 kelahiran dan bilangan kanak-kanak di bawah umur 15 tahun yang mengalami ciri-ciri autisme ialah kira-kira 13,000 orang dengan majoritinya lelaki. - BERNAMA

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved