Selasa, 6 Mei 2014

Utusan Online - Pahang


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


UiTM Pahang kedua terbaik

Posted: 06 May 2014 12:00 PM PDT

Oleh SALEHUDIN MAT RASAD
utusanktn@gmail.com

Sebahagian daripada pensyarah UiTM Pahang meraikan kemenangan setelah muncul sebagai kontinjen terbaik antara cawangan-cawangan dalam iideX2014 di UiTM Shah Alam, Selangor, baru-baru ini. - UTUSAN/ SALEHUDIN MAT RASAD

KUALA KRAU 6 Mei - Universiti Teknologi Mara (UiTM) Pahang Jengka, dekat sini muncul kontinjen kedua terbaik kampus-kampus cawangan universiti itu apabila berjaya merangkul empat emas, empat perak serta dua gangsa daripada 10 projek dalam Ekspo Rekaan dan Inovasi Antarabangsa 2014 (iideX2014) baru-baru ini.

Program itu meletakkan UiTM Pahang tempat kedua kontinjen terbaik keseluruhan di belakang kontinjen Fakulti Kejuruteraan Mekanikal, UiTM Shah Alam, Selangor.

Rektor UiTM Pahang, Prof. Dr. Jamaluddin Kasim berkata, kejayaan tersebut memberi perangsang kepada seluruh warga UiTM kampus itu untuk terus melakar kejayaan pada masa akan datang.

Menurutnya, empat pingat emas diperoleh daripada projek bertajuk Sistem Pengurusan Maklumat Wakaf Pokok: Kaedah Penjanaan Modal Dalam Pembangunan Ekonomi Wakaf Di Malaysia; Penambahan Realiti Terhadap Prinsip Pendekatan Ruang Bersandarkan Perkataan Dan Penglihatan; Kualiti Partikel Dari Leucaena Dan Kayu Getah serta Pengembaraan Masa Interaktif.

Empat pingat perak dimenangi menerusi projek Halal Unik Untuk Industri Kecil dan Sederhana; AmazAcc Race: The Accouting Cycle; Sisa Kayu: Partikel Batang Kelapa Sawit Dan Sistem Pengurusan Intipati Herba Malaysia," katanya di sini.

Menurut Jamaluddin lagi, dua gangsa pula menerusi projek Strategi Pembelajaran Untuk Persediaan Pelajar Dalam Matematik dan Perakaunan Versi 1.0: Pejuang Perakaunan Untuk Peperangan Kewangan.

Menurutnya, seramai 36 pensyarah terlibat dalam pembentangan kertas projek bersifat inovatif dan kreativiti tinggi yang mempamerkan kualiti pensyarah di UiTM Pahang bersedia dengan perubahan teknologi tinggi.

Antara pensyarah yang menyertai pertandingan itu adalah Prof. Madya Dr. Halil Parno, Mohd. Hafiz Wahab, Mohd. Eizam Abd. Aziz, Mohd. Ikhsan Md. Raus, Wan Azmi Wan Ahmad, Muhamad Muzakhir dan beberapa pensyarah lain," ujarnya.

40 pelajar Maahad Tahfiz sertai kursus ICT

Posted: 06 May 2014 12:00 PM PDT

Sebahagian pelajar Maahad Tahfiz al-Quran al-Amin, Kampung Berhala Gantang mengikuti Kursus Asas Komputer anjuran Kolej Komuniti Temerloh di Makmal ICT kolej tersebut di Temerloh, Pahang, baru-baru ini.

TEMERLOH 6 Mei - Seramai 40 pelajar Maahad Tahfiz al-Quran al-Amin, Kampung Berhala Gantang di sini mengikuti Kursus Asas Komputer anjuran Kolej Komuniti Temerloh (KKT) di Makmal Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) kolej tersebut di sini baru-baru ini.

Kursus sehari itu membabitkan dua fasilitator KKT dengan memfokuskan perisian penggunaan tugasan pelajar iaitu Microsoft (MS) Powerpoint dan MS Word 2013.

Pengarah KKT, Khairi Mohd. Zayat berkata, kursus jangka pendek itu selari dengan pengisian kolej tersebut yang melaksanakan program kerjasama dengan agensi kerajaan, sekolah dan penduduk di daerah ini.

Menerusi kerjasama dengan sekolah menengah, kita memberi peluang pelajar mempelajari pelbagai kemahiran ICT berasaskan perisian dan program yang boleh membantu mereka mengakses, menyimpan serta mengolah maklumat termasuk bahan grafik.

Kita juga membawa ruang lingkup pemikiran dan mengasah kemahiran pelajar dalam bidang produk makanan komersial yang boleh menarik minat mereka membina kerjaya menerusi bidang keusahawanan selepas selesai persekolahan menengah nanti," katanya.

Menurut Khairi, kursus berasaskan kemahiran ICT begitu popular dalam kalangan pelajar kerana sinonim dengan pembelajaran di kelas manakala pelajar juga dapat menajamkan kemahiran perisian untuk membantu keperluan menyediakan maklumat, termasuk grafik dan visual.

Kita sentiasa mengalu-alukan pembabitan ramai pelajar, belia, suri rumahtangga dan pesara kerajaan menerusi pelbagai jenis kursus jangka pendek berbentuk akademik, bina insan dan kemahiran keusahawanan," ujarnya.

Sementara itu, seorang pelajar, Ismail Abd Rahman, 15, berkata, peluang mengikuti kursus di KKT tersebut sangat berguna untuk keselesaan pembelajaran.

Peluang ini juga membolehkan saya mempelajari ilmu al-Quran berasaskan kemudahan mengakses maklumat bidang ini daripada internet selain bahan grafik memudahkan saya menghafal ayat-ayat suci al-Quran," katanya.

Polisas rai kecemerlangan pertandingan Mindset 2014

Posted: 06 May 2014 12:00 PM PDT

Pela jar Politeknik Sultan Ahmad Shah yang menyertai Pertandingan Rancangan Perniagaan sempena Konvensyen Anjakan Minda Usahawan Melayu (Mindset) 2014 di Wisma Belia, Kuantan, Pahang, baru-baru ini.

KUANTAN 6 Mei - Penuntut Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (Polisas) di sini meraikan kecemerlangan apabila memenangi tempat kedua dalam pertandingan rancangan perniagaan sempena Konvensyen Anjakan Minda Usahawan Melayu (Mindset 2014) baru-baru ini.

Program anjuran bersama Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Pahang bersama rakan strategik iaitu Universiti Teknologi Mara (UiTM) dengan kerjasama kerajaan negeri diadakan selama tiga hari bertempat di Wisma Belia di sini.

Pensyarah pembimbing Polisas, Rosdalila Muhammad @ Muda berkata, sebanyak 15 penyertaan diterima melibatkan institusi pengajian tinggi awam dan swasta (IPTA/IPTS) di negeri ini untuk pembentangan rancangan perniagaan pada konvensyen tersebut.

Namun hanya lima terbaik akan dipertandingkan dan apa yang membanggakan, empat daripada lima kumpulan terpilih ke peringkat akhir adalah penuntut Diploma Perakaunan, Jabatan Perdagangan, Polisas.

Melalui pertandingan rancangan perniagaan seperti ini, para penuntut dapat didedahkan kepada kemahiran berkomunikasi melalui sesi soal jawab selepas pembentangan dan secara tidak langsung membina keyakinan diri yang tinggi.

Di samping itu, segala ilmu dipelajari dapat diaplikasikan secara langsung oleh mereka," katanya.

Katanya, program seperti itu diharap dapat menjadi pencetus kepada semangat usahawan di samping membolehkan penerokaan kepada peluang pelaburan yang inovasi dan dinamik khususnya para penuntut institut itu.

Penganjuran sebegini menurutnya, bertujuan menghimpunkan usahawan dan orang awam yang ingin menceburi bidang perniagaan daripada pelbagai sektor.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved