Khamis, 15 Mei 2014

Utusan Online - Pahang


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Tawar premium rendah atau percuma

Posted: 15 May 2014 12:08 PM PDT

Oleh MOHAMAD SHOFI MAT ISA
shofi.isa@utusan.com.my

Adnan Yaakob (tengah) memasukkan kunci pada replika rumah sebagai simbolik perasmian Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Pahang sambil diperhatikan Wan Rosdy Wan Ismail (empat dari kiri) dan Abdul Manan Ismail (kiri) di Kuantan, semalam.- BERNAMA

KUANTAN 15 Mei - Kerajaan negeri bersedia menawarkan premium yang rendah pada kadar nominal atau secara percuma untuk pemaju membangunkan perumahan mampu milik di kawasan tanah paya atau lembap.

Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, tawaran ini bagi menarik minat pemaju memandangkan anggaran membajak tanah di kawasan berpaya begitu tinggi iaitu untuk kawasan seluas empat hektar kosnya bernilai kira-kira RM1.5 juta.

Sebab itu kerajaan negeri menawarkan premium yang rendah untuk membangunkan perumahan di kawasan tanah paya dan lembab di negeri ini.

Langkah ini kerana kita ingin menambah jumlah rumah mampu milik di negeri ini bagi memberikan peluang kepada rakyat untuk memiliki rumah sendiri dengan kadar harga yang berpatutan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Pahang di Jalan Kuantan-Gambang, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Perbandaran negeri, Datuk Wan Rosdy Wan Ismail, Ahli Parlimen Paya Besar, Datuk Abdul Manan Ismail dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lepar, Datuk Mohd. Sohaimi Jusoh.

Sebanyak 308 unit rumah akan dibina di atas tanah berkeluasan 22.07 hektar itu dengan 100 unit yang merupakan fasa pertama sedang dalam pembinaan dan dijangka siap pada November 2015 manakala fasa kedua akan dibina pada Ogos 2014.

Harga jualan bagi rumah jenis berkembar yang berkeluasan tanah 260.13 meter persegi atau 40x70 itu bernilai RM150,000.

Sementara itu, Adnan berkata, kerajaan negeri menjangkakan pembinaan 15,000 rumah mampu milik seperti yang dijanjikan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) lalu akan selesai sepenuhnya selewat-lewatnya tiga tahun lagi.

Sehingga kini, katanya, sebanyak 13,257 rumah mampu milik di bawah PR1MA Pahang telah mula dibina membabitkan kawasan seluas 668 hektar.

Kita janji sebanyak 15,000 rumah mampu milik akan dibina dalam tempoh lima tahun iaitu dari 2014 sehingga 2018, tetapi kini dalam tempoh belum sampai setahun, lebih 13,000 rumah telah mula dibina.

Maknanya kerajaan negeri mungkin boleh tambah lagi pembinaan rumah untuk PR1MA Pahang ini, tetapi buat masa ini sasaran kita menyiapkan 15,000 unit rumah dengan segera," katanya.

Kembara berakit jadi tarikan terbaharu pelancongan

Posted: 15 May 2014 12:08 PM PDT

Rakit Kolej Antarabangsa IKIP dan Yayasan Pahang turut menyertai Kembara Berakit Sungai Pahang Sempena Tahun Melawat Malaysia 2014 di Temerloh, semalam. - UTUSAN/AHMAD ZAKKI JILAN

TEMERLOH 15 Mei - Kembara Berakit Sungai Pahang akan dijadikan sebagai salah satu produk pelancongan terbaru di negeri ini berikutan sambutan yang menggalakkan daripada pelancong dari dalam dan luar negara.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Mohd. Sharkar Shamsuddin berkata, pihaknya akan mewujudkan satu jawatankuasa untuk mengkaji bagaimana melaksanakan produk pelancongan baharu ini.

Kita lihat di negara luar, sungai merupakan salah satu produk pelancongan yang amat popular namun di Malaysia ini tidak berlaku.

Jadi dengan adanya program berakit ini secara tidak langsung dapat mempromosikan sungai kita yang memang kaya dengan keindahan semula jadi," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Kembara Berakit Sungai Pahang Sempena Tahun Melawat Malaysia 2014 di Dataran Esplanade Temerloh, di sini hari ini.

Yang turut hadir Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) negeri, Hasryn Izzuddin Mohd. Khairy.

Menurut beliau, pihak swasta boleh bersama-sama membantu kerajaan untuk membolehkan produk ini menjadi salah satu produk pelancongan di negeri ini.

Kita di pihak kerajaan akan membantu dari segi infrastruktur dan kemudahan asas, tetapi di pihak swasta pula mereka boleh menyediakan pakej yang menarik untuk pelancong," katanya.

Katanya, pakej itu boleh diperkenalkan kepada pelancong seperti melawat kawasan kampung tradisional, tempat bersejarah dan memancing.

Dalam pada itu, program berakit yang dirasmikan itu merupakan inisiatif kerajaan dalam mempromosikan Sungai Pahang kepada pelancong di samping dapat menikmati alam semulajadi.

Program ini merupakan kesinambungan penganjuran ekspedisi berakit Sungai Pahang yang telah dianjurkan sejak tahun 2001 oleh kerajaan negeri.

Seramai 210 peserta terdiri daripada pengunjung tempatan dan antarabangsa akan mengemudi sebanyak 27 rakit tradisi mengharungi arus Sungai Pahang," katanya.

Katanya, peserta akan mengharungi Sungai Pahang sejauh 69 kilometer selama tiga hari dan akan berakhir di Jeti Lama Chenor, Maran.

Bantuan RM32.5j dalam fasa terakhir

Posted: 15 May 2014 12:08 PM PDT

Oleh MOHAMAD SHOFI MAT ISA
shofi.isa@utusan.com.my

Sebahagian daripada orang ramai yang menghadiri Seminar Al-Quran Asas Kefahaman Islam dan Pembinaan Peradaban Peringkat Negeri Pahang di Kuantan, kelmarin. - UTUSAN/AHMAD ZAKKI JILAN

KUANTAN 15 Mei - Kerajaan Emiriyah Arab Bersatu (UAE) kini dalam fasa terakhir menyiapkan dokumen berkaitan bagi membo-

lehkan bantuan AS$10 juta (RM32.5 juta) daripada kerajaan itu disalurkan kepada mangsa banjir terlibat.

Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berharap mangsa banjir di negeri ini supaya bersabar me-

nunggu bantuan tersebut.

Seperti saya katakan sebelum ini, segala urusan pengagihan bantuan yang berbentuk kewangan itu akan diuruskan sendiri oleh pihak kedutaan.

Kita di peringkat kerajaan ne-

geri hanya diminta untuk menyenaraikan mangsa banjir dan akaun bank mereka," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas me-

rasmikan Seminar Al-Quran Asas Kefahaman Islam dan Pembinaan Peradaban Peringkat Negeri Pahang, di sini semalam.

Seminar sehari itu merupakan anjuran kerajaan negeri dan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) negeri dengan kerjasama Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).

Yang turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Dakwah Islamiah dan Tugas-tugas Khas negeri, Datuk Syed Ibrahim Syed Ahmad dan Ketua Pengarah IKIM, Datuk Nik Mustapha Nik Hassan.

Sementara itu, Adnan berkata, beliau berharap seminar tersebut dapat diteruskan kerana merupakan pendekatan terbaik dalam memperlihat sifat alamiah gagasan pemikiran yang dianjurkan oleh al-Quran.

Menurutnya, seminar sedemikian juga dapat menggariskan manhaj yang benar dalam pengkajian al-Quran dan menjelaskan syarat-syarat kefahaman maksudnya.

Al-Quran merupakan petunjuk sepanjang zaman bagi orang Islam dalam segenap aspek kehidupan dan perlu menjadi bahan rujukan setiap masa," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved