Rabu, 14 Mei 2014

Utusan Online - Pahang


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Puding raja dalam talian

Posted: 14 May 2014 12:14 PM PDT

Oleh ZAMZURINA AHMAD
zamzurina.ahmad@utusan.com

Fadzilah Mat Idin atau Tok Mak melayani pertanyaan para penggemar puding raja melalui laman sosial Facebook.

KUANTAN 14 Mei - Siapa sangka percubaan seorang suri rumah berkongsi minat memasak di laman sosial seperti Facebook mampu melonjakkan namanya sehingga mampu menjana pendapatan tambahan melalui jualan produk utamanya seperti puding raja, rempah soto serba guna dan roti naik Pahang.

Fadzilah Mat Idin, 54, atau lebih dikenali sebagai Tok Mak mula aktif berkongsi minat tersebut sejak tiga tahun lalu dan puding raja yang menjadi hidangan eksklusif di negeri ini berjaya meluaskan pasarannya ke seluruh negara.

Malah, rempah soto serbaguna Fadzilah juga bukan sahaja mendapat tempat di dalam negara tetapi telah menerjah di 15 negara seperti Mesir, Jordan dan Singapura, semuanya hanya bermula dengan perbualan di Facebook.

Menariknya, minat Fadzilah itu berjaya mencetuskan fenomena baharu dalam kalangan pengikutnya di Facebook iaitu lebih 5,000 orang berusaha untuk mencuba resipi yang dikongsikan seperti roti naik Pahang sehingga membantu menjana pendapatan tambahan kepada rakan-rakan mayanya.

Menurut ibu kepada tiga cahaya mata yang menetap di Indera Mahkota di sini, dia mahu membuktikan kepada masyarakat bahawa suri rumah juga mampu menjana pendapatan tanpa perlu keluar melakukan pemasaran.

Semuanya hanya di dalam talian. Facebook yang membuatkan nama Tok Mak dikenali sehingga saya terpaksa mengubah identiti akaun kepada umum bagi membolehkan sesiapa sahaja berkongsi resipi atau membuat tempahan puding raja, rempah soto serbaguna dan roti naik Pahang.

Saya lakukan semuanya secara bersendirian dan dengan pengurusan masa yang sistematik, semua dapat dilaksanakan dengan jayanya. Setiap hari saya akan hadkan tempahan mengikut keupayaan," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.

Bagi Fadzilah, anak keduanya iaitu Nurhafizah Jamaluddin, 32, merupakan tonggak utama dalam memperkenalkan produknya terutama di sekitar Lembah Klang dan Putrajaya.

Seperti rempah soto serbaguna, saya boleh membuat penghantaran melalui pos tetapi puding raja memerlukan wakil untuk menghantarnya.

Sehingga kini ramai yang menawarkan diri untuk membuat penghantaran seperti di Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Johor," jelas anak kelahiran Kuala Lipis ini.

Kata Fadzilah, dia yakin anaknya itu mampu mewarisi minatnya terutama dalam menghasilkan puding raja yang asli.

Bagi Nurhafizah, dia yang berkongsi minat yang sama itu teruja apabila air tangan ibunya mendapat perhatian rakan-rakan dan pengikut di Facebook.

Apabila menyedarinya, saya cuba memberitahu emak untuk meluaskan pasaran dengan tidak hanya menjual di Kuantan tetapi rakan-rakan di Lembah Klang dan Putrajaya.

Bermula daripada itu, rakan-rakan Facebook emak turut menawarkan diri menjadi ejen untuk memasarkannya ke seluruh negara," jelasnya.

Bagi mereka yang meminati atau mahu mencuba puding raja, rempah soto serbaguna atau roti naik Pahang boleh mengikuti Fadzilah di Facebook dengan nama Tok Mak.

Stadium Felda lonjak mutu sukan

Posted: 14 May 2014 12:14 PM PDT

Oleh SALEHUDIN MAT RASAD
utusanktn@gmail.com

Wan Salman Wan Ismail (tengah) bersama pasukan bawah 18 tahun Daerah Temerloh yang menjuarai kategori bawah 18 tahun Kejohanan Bola Sepak MSS Pahang peringkat negeri di Bandar Tun Abdul Razak Jengka, semalam. - utusan/SALEHUDIN MAT RASAD

KUALA KRAU 14 Mei - Stadium Felda bernilai RM87.9 juta di Bandar Tun Abdul Razak Jengka di sini akan memberi lonjakan berganda terhadap mutu kemajuan sukan, khususnya bola sepak dalam kalangan generasi baharu di negeri ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jengka, Datuk Wan Salman Wan Ismail berkata, pembinaan stadium itu yang kini di peringkat akhir bakal memberi faedah kepada warga peneroka menonton perlawanan bola sepak, khususnya dalam Liga Malaysia.

Tambahnya, stadium tersebut sekali gus merealisasikan impian penduduk negeri ini, khususnya warga Felda untuk memiliki bangunan itu apabila siap kelak.

Dengan adanya Stadium Felda di Jengka, di samping Stadium Darul Makmur di Kuantan dan Stadium Temerloh mampu memberi semangat baharu kepada orang Pahang untuk melonjakkan mutu sukan terutama bola sepak.

Peminat bola sepak khususnya di Pahang Barat sudah ada stadium alternatif untuk dikunjungi setiap kali pasukan Pahang atau Felda United beraksi," katanya ketika berucap dalam penutupan Kejohanan Bola Sepak Majlis Sukan Sekolah Pahang (MSSP) peringkat negeri di Stadium Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Pahang, di sini semalam.

Menurutnya, stadium tersebut mampu memuatkan 25,000 penonton yang membolehkan peminat bola sepak menyaksikan perlawanan sukan itu dengan lebih selesa.

Dalam pada itu, beliau memuji usaha Jabatan Pendidikan negeri yang menganjurkan kejohanan bola sepak bawah 12, 15 dan 18 tahun bagi mencungkil bakat berprestasi tinggi generasi baharu dalam sukan itu.

Kejohanan seperti itu dapat melahirkan ramai pelapis baharu daripada kalangan rakyat negeri ini untuk meletakkan Pahang sebagai pasukan disegani sepanjang musim," ujarnya.

Brooks Kuantan Half Marathon jadi acara tahunan

Posted: 14 May 2014 12:14 PM PDT

KUANTAN 14 Mei - Penganjuran program Brooks Kuantan Half Marathon bakal dijadikan acara tahunan bagi mempromosikan ikon pelancongan bandar Kuantan, sekali gus menambah bilangan kedatangan pelancong ke negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Mohd. Sharkar Shamsuddin berkata, kerajaan negeri akan mengadakan lebih banyak program di bandar ini bagi menjadikan bandar ini destinasi pelancongan yang unggul.

Kita juga akan meletakkan pelancongan sukan sebagai tarikan utama pelancong ke negeri itu dengan penganjuran acara seperti Piala Tengku Amir Enduro Challenge di Lipis dan acara berbasikal Kuantan 160 kilometer di bandar ini yang melibatkan peserta dari dalam dan luar negara.

Di samping itu, program sedemikian dapat menggalakkan masyarakat aktif dalam kegiatan kecergasan dan mengamalkan gaya hidup sihat, selain mengeratkan perpaduan kaum dan semangat ke-

sukanan," katanya kepada pembe-

rita selepas merasmikan program tersebut di sini baru-baru ini.

Yang turut hadir, Pengurus Besar Tourism negeri, Ishak Mokhtar dan Pengarah Tourism Malaysia negeri, Mohd. Faharuddin Hatmin.

Mohd. Sharkar berkata, program Half Marathon yang dianjurkan oleh Dusty Monkeys mendapat sambutan menggalakkan apabila menerima penyertaan sebanyak 2,050 peserta termasuk 52 peserta dari luar negara seperti Singapura, China, Korea, Amerika Syarikat, Filipina dan Indonesia.

Ini menunjukkan acara tersebut sangat berpotensi bagi menarik kedatangan pelancong asing ke negeri ini dan kita akan menjangkakan sehingga 5,000 penyertaan pada tahun akan datang.

Sempena Tahun Melawat Malaysia 2014 ini, kerajaan negeri menyasarkan penambahan kedatangan pelancong sebanyak 12 juta berbanding tahun lepas iaitu 10.37 juta orang," jelasnya.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved